Hidup Berpendirian, Jangan Peduli Apa Orang Kata

You know, I am your dad and I am supporting your idea to become an artist one day. You have the opportunity now to create that path on knowledge based because they’re here. But I have only one concern” saya berbual dengan anak-anak selesai makan malam yang siang.

Makan jam 8 malam. Tetapi matahari mencanak di tingkap.

Musim panas di Oulu Finland tiba lagi.

What is it?” tanya si anak.

Being an artist means that you will be a public figure. Being a public figure means, you are constantly criticised by people. They will scrutinise your work, your talent, and then your fashion, followed by your family, your everything. My worry is, even now, you are concerning too much on what people say, and even think about you. How?” saya menyuarakan kebimbangan.

Saya tidak bimbang dengan idea anak kami yang mahu menjadi artis. Beliau seorang yang word smart, suka membaca dan sastera, suka kepada lakonan, berbakat di dalam nyanyian, melukis dan pelbagai cabang ekspresi diri yang seni. Saya gembira untuknya kerana selama di Malaysia, beliau tertekan apabila penekanan akademik sentiasa di dalam subjek yang beliau tidak minat, manakala bakat dan kelebihannya pula tidak mendapat penghargaan.

Apabila guru dapati beliau lemah matematik dan bagus di dalam seni, guru memanggil saya dan memaklumkan dapatan berkenaan (tanpa perlu saya memberitahu) dan paling mengujakan, guru mengatur perancangan bagaimana menggunakan seni untuk mengajar matematik kepada anak kami ini.

Apabila seninya dihargai, akhirnya matematiknya pun pulih.

Sokongan saya kepada cita-citanya mahu menjadi insan seni, adalah demi pemulihan self efficacy beliau. Akhirnya nanti dia jadi insan seni atau tidak, itu terpulang kepadanya di masa hadapan itu nanti.

Kebimbangan saya ialah, anak yang seorang ini selalu diserabutkan oleh drama-drama remaja, apa yang orang gosipkan, apa yang orang kata, cakap, umpat, di belakangnya.

That’s kinda true, though!” si abang menyampuk.

Berkongsi kebimbangan yang sama.

I am not your best example. Tapi baru sahaja semalam telah menjadi hari memaki Hasrizal. People were bashing me for what I said” saya berkongsi.

OMG, what happened this time?” anak sulung terkejut. Sudah faham sangat dengan perangai bapanya yang tidak habis-habis dengan kontroversi.

Kenapa agaknya, sebuah masyarakat yang tudung kena sangat betul, samak sanggup satu bangunan dan makan mesti sangat…

Posted by My Learning Journey on Sabtu, 6 Jun 2020

Saya ceritakan apa yang berlaku. Pendapat saya mengenai sikap masyarakat yang berlebih-lebihan di dalam bab taharah, melampaui apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam sendiri dan generasi Islam yang awal. Macam-macam alasan yang dikemukakan. Ada yang memberi alasan Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam bersuci secara ringkas sebab zaman itu kekurangan air. Tetapi zaman kita air bukan lagi masalah. Apakah zaman Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam tidak sempurna dan hukum Islam hanya dapat dibuat sempurna apabila Islam tiba ke negeri banyak air macam di negara kita?

That is so messed up!” kata si anak.

Why people labelled you as wahabi, dad?” si anak bertanya.

I don’t even know what Wahabi is” anak yang seorang lagi menyampuk.

Saya memandang pinggan yang kering. Aduh, nak cerita ke?

Why being labelled as Wahabi is something?” seorang lagi bertanya.

Well, it is so far still one of the most efficient character assasssination in our society. If you don’t like or don’t agree with someone, just label him as wahabi” saya menyahut.

Character assassination is such a lazy and lame approach to fight with someone” si anak berdarah muda berasa bengang.

The term Wahabi came from a man from the past. He was a reformist in the 18th century Saudi Arabia. His strive was calling people to return to the true teaching of Prophet Muhammad peace be upon him, avoiding bid’ah and khurafat. Someone came to a graveyard because he lost his camel. He prayed to the deceased, oh so and so, help me finding my camel. So, this Muhammad bin Abdul Wahhab advised him, why do you pray to the deceased? Pray to the God of the deceased, to Allah. The deceased can’t do anything to help you” saya menukilkan kisah mengenai Muhammad bin Abdul Wahhab.

So, you mean he was someone like Martin Luther in Christianity?” tanya si anak yang baru selesai Grade 7 di sekolahnya.

To certain extend, yes. For Christianity. In Islam, we always have people like him from time to time, realigning the society to walk on the right path. And they’re always controversial. As for Muhammad bin Abdul Wahhab, his way of doing his da’wah was harsh in our people’s standard, but I think that suited his society well. They were arabs, the bedouins. They had different attitude and norms in the society” saya menyambung cerita.

Yeah, if you disagree with his approach, its fine. But that doesn’t make him deviated from Islam. Where did that come from?” anak saya yang tiada prior knowledge mengenai hal ini, berfikir secara rasional.

Anak bongsu sudah kebosanan. Tidak faham. Lebih baik menonton Larva di Netflix.

Are you a fan of Muhammad bin Abdul Wahhab?” tanya anak yang seorang lagi.

I wrote thousands of articles and rarely quoted anything from him. But, I was a historian and I studied the historiography of Muhammad bin Abdul Wahhab, wrote an article about it. My objective is to serve justice, for both foes and friends. As Muslims, we must be just to people we agree and disagree. In order the have a fair view on Muhammad bin Abdul Wahhab, you must study his own writing, writing by others who support him, writing by others who against him, official writing about him, and writing about him by western historians or travellers who witnessed his life. Then only you will get a 360 degree view about this man” saya menyambung kisah.

Kami berbual panjang mengenai pelbagai topik seputar isu kontroversi Muhammad bin Abdul Wahhab, latar belakang dakwah Imam Birgivi, gerakan Kadızadeli, Sulaiman al-Maghribi, madrasah hadith di Cyprus dan kemudiannya di Syam, serta kedatangan Muhammad bin Abdul Wahhab ke Syam sebagai penuntut ilmu.

Paling mengejutkan saya, apabila saya jelaskan tentang kontroversi ayat mutasyabihat di dalam al-Quran, mengapa sebahagian ulama mentakwil ayat manakala sebahagian yang lain mengekalkan maksud asal dan menguncinya dengan prinsip “tiada suatu apa pun yang menyerupai Allah” (surah al-Syura 42: 11), anak kami berkata, “it is very understandable and both have valid points of view, their motives are actually one!

Saya amat bersyukur kepada Allah. Rahmat Allah.

Ini adalah anak yang semasa Tahun 1 dahulu, mendapat markah 0 di dalam subjek aqidah kerana bengang dengan soalan Sifat 20 yang ditanya di dalam peperiksaan.

Kini, mengapa ayat mutasyabihat ada keadaannya perlu ditakwil, dan ada keadaannya lebih baik tidak ditakwil, difahami dengan baik. Sebabnya, otak sudah sesuai untuk memprosesnya. Tetapi otak budak 6 ke 7 tahun, memperkenalkan Allah kepadanya bukan dengan Ilmu Kalam, malah tidak juga dengan tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah atau al-Asma’ wa al-Sifat. Budak 7 tahun tidak perlukan semua itu.

Panjangnya perbualan kami.

KISAH KENDURI ARWAH

Apabila masuk bab kematian, saya kongsikan kisah bagaimana semasa baru balik ke Malaysia tahun 2004, satu malam, saya berkuliah Maghrib di masjid kampung kami. Siangnya, berlaku kematian. Lelaki yang meninggal dunia itu tidak ke masjid, tidak untuk solat Jumaat, tidak untuk solat raya. Seperti tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Saya hanya mengenali beliau kerana petang-petang beliau berjalan ke kedai melintasi kawasan rumah kami.

Inna lillah…. beliau meninggal dunia siang berkenaan.

Saya sudah tahu, malam nanti pasti ada kenduri arwah.

Semasa sesi soal jawab usai kuliah Maghrib, seorang jemaah masjid bertanya, “ustaz, kalau ada orang tu tidak pernah ke masjid, apabila dia meninggal dunia, patut ke kita pergi kenduri arwah dia?”

Saya tergamam dengan soalan tersebut.

Saya tahu anak atau menantu arwah ada di dalam majlis dan pasti akan membuat pengumuman selepas solat Isyak nanti mengajak jemaah masjid ke rumah arwah. Bayangkan betapa malu dan aibnya beliau apabila ada jemaah tanya macam itu.

Saya jawab, “jika yang bersalah adalah yang meninggal dunia, mengapa kita membalas kesalahan beliau kepada ahli keluarganya? Itu yang pertama. Kedua, selama ini beliau tidak pernah ke masjid, adakah kita pernah mengajak dia ke masjid dan menyantuninya? Tiba-tiba apabila sampai masanya beliau meninggal dunia, kita hukum dia dengan macam-macam hal.”

Saya jelaskan bagaimana sifat kenduri kematian di zaman Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam kepada anak-anak. Bagaimana apabila berlaku kematian ke atas sepupu baginda iaitu Jaafar bin Abi Talib r.a., Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam telah meminta jiran memasakkan makanan untuk keluarga Jaafar yang pasti sedang bersedih dan sibuk. Maka, amalan yang lebih baiknya ialah jiran masak untuk keluarga si mati. Bukannya keluarga si mati masak untuk jiran tetangga.

That’s reasonable. But why back in Malaysia people do the opposite?” anak curious bertanya.

I don’t know. That requires some sociological and anthropological studies. But, maybe… this is just my guess, maybe back in the past, people in general do not really know how to pray and make du’a for their deceased family member. So, they invited people from the mosque to come to their house and pray for the deceased. And to appreciate that, they served some food. Maybe!” saya berhipotesis.

Yeah, but it shouldn’t be made compulsory. It’s even opposing what Rasulullah and sahabat did” kata si anak.

I know. It’s quite upsetting though” saya akur.

So, did you go the atuk’s house?” si anak bertanya.

I went. My intentions were two. First, I want to acknowledge the family members. Second, I hope I can do something to educate the family and orang kampung” saya memberitahu.

Semasa kami tiba di rumah arwah dan hendak memulakan bacaan Yasin dan tahlil, ahli keluarga ramai yang bersembang bising dan buat macam-macam hal. Saya mengepalai bacaan. Semasa berdoa, saya berdoa di dalam bahasa Melayu. Saya sentuh, bagaimana kematian itu pasti. Bersedia atau tidak, kematian tetap datang. Kematian bermaksud kita lepaskan kehidupan dunia yang sementara ini menuju ke alam abadi. Mohon kepada Allah agar kematian menjadi peringatan untuk kita berubah. Memohon keampunan untuk arwah dan dikurniakan kesabaran serta kekuatan untuk menunaikan amanah mengagihkan harta pusaka dengan baik, dijauhkan daripada pergaduhan anak beranak, dan sebagainya.

Saya tidak berceramah.

Saya hanya berdoa.

Dengan ayat yang syahdu, tetapi on point belaka.

Perlahan-lahan, kebisingan tetamu reda dan fokus kepada doa yang saya baca.

Esok dan lusanya semasa saya hadir, ahli keluarga yang wanita mula berselendang, tidak bising, dan duduk bersama semasa bacaan Yasin dan Tahlil.

Saya tahu, cara saya ini boleh menyebabkan yang pro Wahabi kata saya sesat, dan anti Wahabi pun kata saya sesat.

You know, some readers are so happy reading my latest book Seni Berfikir Yang Hilang, They might not realise, living according to those 6 categories of knowledge in that book is not easy. You will be tested. You might ended up living in aloneness” saya menyentuh sedikit hal buku berkenaan.

Anak-anak mengangguk.

Mereka tahu ayah mereka di Finland ini tidak ada kawan kecuali dua tiga orang sahaja.

But… this is where I want to make my point clear. Think, how did I go to sleep when people are bad mouthing about me? I put my trust in Allah. Even if the entire world leave me, I am alone, but never lonely, as long as Allah is with me. That is where I want you to think. Stop caring about what people said about you. Of course we might feel sad, we are human. But we won’t stop doing the right thing simple because people talk bad against you. Got it?” saya menyoal si anak.

Beliau termenung.

Mengangguk.

Saya tahu, peringatan sebegini kena selalu.

Bukan hanya untuk anak, malah untuk diri saya sendiri.

Is this why you decided to leave Malaysia? si anak melontar soalan bonus.

Hurmm… I am protecting you all from what I experienced. At least I hope, please don’t be mean to me. I don’t mind losing everything, but not my family. I am proud of you all. But if one day, if you decided to go against me, remember, I came to this world alone, and I am not afraid to leave this world alone, because I will stand before Allah, all by myself, alone” saya menyudahkan perbualan.

Kepada Allah jua dipulangkan segala urusan, dan cukuplah Allah bagiku dan bagimu untuk mendepani sesiapa jua.

فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ ۖ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ – 2:137

“Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2: 137)

Hasrizal
Oulu Finland

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share