ARTIKEL INI ADALAH RINGKASAN KULIAH MAGHRIB DI SURAU AL-NAIM WANGSA MAJU PADA 14 NOVEMBER 2007 DI BAWAH TAJUK “ISTIQAMAH PASCA RAMADHAN” [AUDIO RAKAMAN]

“Fastaqim kama umirta“, sedap hati dan jiwa mengulang-ulang ayat ini. Pelajar Kolej Islam Kelang, terlebihlah lagi kerana ia motto sekolah mereka.
Tetapi ayat itu laungannya mungkin rutin pelajar sekolah, sedangkan laungan yang sama telah mengubah fizikal Nabi SAW. Baginda jadi beruban dan tua, atas bebanan ayat itu.
Istiqamah… konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke atas Baginda SAW.
“Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.
Begitu sekali sukarnya untuk konsisten?
Tentu sahaja. Iman dipahat pada hati bernama QALBUN, iaitu sesuatu yang sifatnya berbolak balik. Siang beriman, malam kufur, pagi memperjuangan kebenaran, malam menjadi juara kebatilan. Hidup memperjuangkan kebaikan, mati di atas jalan kejahatan. Allah…!
Lantas memikirkan tentang Istiqamah… Baginda SAW jadi beruban… berubah fizikal dan penampilannya.
- (112) Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
- (113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
- (114) Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
- (115) Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
Itulah ayat yang dihujahkan oleh ulama, sebagai isi kandungan Surah Hud yang telah begitu sekali membebankan Nabi SAW.
MAKSUD ISTIQAMAH
Soalnya apakah maksud istiqamah itu? Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.
Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:
Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45
Namun keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.
ISTIQAMAH MENURUT SURAH HUD
“Beruban rambut Nabi SAW?”, ulang seorang sahabat semasa mendengar penjelasan saya tentang ayat ini.
“Ya… bukanlah seperti kita hari ini yang kelihatan tua kerana putus cinta, atau dikejar Ah Long”, saya bergurau.
Oleh kerana besar sekali inti Istiqamah, maka Allah SWT tidak membiarkan tuntutannya berlegar tanpa panduan. Oleh kerana Surah Hud itu yang telah begitu mempengaruhi reaksi Nabi SAW kepada perintah Istiqamah, maka marilah kita sama-sama melihat bagaimana Surah Hud sendiri memperincikan rukun Istiqamah.
RUKUN SATU: JANGAN MELAMPAU
“Janganlah kamu melampau”
Konsisten terjejas apabila manusia melampau. Kerana lazimnya melampau itu natijah emosi. Emosi penting untuk membakar motif perlakuan, tetapi lazim juga bakarannya hilang kawalan.
Inilah perintah SATU dari Allah SWT sebagai kriteria pertama manusia yang beristiqamah. Jangan melampau.
Melampau dalam erti kata melakukan lebih dari yang diperlukan, adik beradik dengan Culas, dalam erti kata melakukan sesuatu kurang dari yang dituntut. “Al-Ziyadah wa al-Nuqsan akhawaan. Berlebihan dan berkurangan adalah adik beradik”, kata Sheikh Fadhl Hasan Abbas ketika menyentuh isu ini (Al-Khumasiyyat al-Mukhtarah fi Tahdhib al-Nafs al-Ammarah)
Keterangan-keterangan al-Quran sering menyertakan perbuatan melampau ini dengan fasad. Melampau punca kerosakan. Sifat melampau (taghut) itu dirujukkan kepada kaum ‘Aad dan Thamud, Firaun dan Qarun, bahawa melampau mereka itulah yang mengundang kerosakan dan kebencanaan.
Bukan hanya pada soal moral dan akhlaq, malah hukum Allah pada alam juga begitu. Melampau pada makan minum, binasa badan, melampau pada meratah alam, kehidupan manusia binasa. Sifirnya mudah, melampau itu membunuh keseimbangan. Ia tidak mesra alam, kerana itu ia dicela Pemilik alam.
Jangan melampau dalam beragama. Pada amalan, juga pada prinsip dan perasaan.
Masyhur tercatat, sahabat yang kepingin solat malam tanpa tidur, puasa tanpa iftar dan beribadah tanpa nikah, dicela oleh Nabi SAW kerana itu bukan caranya manusia berTuhan. Semua harus seimbang. Puasalah, tetapi berbukalah juga. Bangunlah malam, tapi peruntukkan sebahagiannya untuk tidur. Beribadahlah semahunya, tetapi bernikah juga. Enggan pada peraturan seimbang ini, “engkau bukan dari umatku”, kata Nabi SAW.
Itu soal beramal.
Manakala dari aspek prinsip, Islam mengajar kita agar jangan melampau. Jangan melampau pada mengikut dan menyokong, jangan melampau pada menolak dan menentang. Lihat sahajalah ajaran Allah SWT sendiri pada langganan kita terhadap kebenaran, yang sering ada di pihak kawan, mungkin juga di pihak lawan.
Tatkala Permaisuri Saba’ mendengar berita kedatangan Sulayman ‘alayhi al-Salaam ke kerajaannya, beliau telah membuat suatu kenyataan:
Beliau berkata, “sesungguhnya raja-raja apabila mereka itu masuk ke sebuah negeri, mereka akan membinasakannya dan menjadikan orang-orang terhormat di negeri itu, terhina sama sekali”
Ia adalah suatu kenyataan yang dibuat oleh seorang musyrikah, musuh Allah, penyembah matahari. Kenyataan itu pula ditujukan kepada Sulaiman, Nabi Allah yang mukmin lagi tinggi dan mulia kedudukannya. Tetapi apabila kenyataan itu benar, maka kebenaran itu yang harus diiyakan, biar pun keluar dari mulut musuh. Lantas Allah SWT sendiri yang mengiyakan kenyataan Permaisuri Saba’ itu dengan firman-Nya:
… dan begitulah lazimnya apa yang raja-raja itu lakukan! (Al-Naml 27: 34)
Jangan pula atas sifat melampau kita dalam menyokong seseorang, kata-katanya sudah diiyakan sebelum didengar. Jangan pula atas sifat melampau kita dalam menolak dan membenci seseorang, pendapatnya sudah dinafikan sebelum didengar.
Sifat-sifat inilah yang mengundang fasad. Rosak dalam beragama. Terhindar dari petunjuk Allah.
“Mereka yang mahu mendengar pendapat, lalu mereka (kemudiannya) mengikut apa yang terbaik dari himpunan pendapat itu. Mereka yang seperti inilah golongan yang mendapat petunjuk Allah dan mereka inilah yang memiliki sari pati kefahaman” (Al-Zumar 39: 18)
Bagaimana mahu memilih pandangan yang terbaik, jika kita sudah siap memutuskan si fulan itu pasti benar percakapannya kerana cinta kita kepadanya, dan pandangan si fulanah pula pasti salah pendapatnya, kerana benci kita kepada dirinya? Sungguh melampau sikap sebegini, dan fasadlah masing-masing dalam beragama, apabila paksi Din itu bukan lagi hujah, tetapi syakhsiah.
Jangan melampau…
Bukan sahaja dalam soal-soal mengidolakan ilmuan, bahkan juga dalam politik dan pemerintahan.
Baca balik sejarah susur galur politik Malaysia, jika sesak nafas menyelak politik dunia. Mereka yang berlebih-lebihan itulah yang kemudiannya hilang konsistensi. Jika dipinjam sejarah PAS, kita akan bertemu dengan contoh jelas, bagaimana orang yang sukar dikawal percakapan dan tindak-tanduknya, yang membakar api di antara PAS dengan saingannya, mereka inilah pula yang terbalik ke belakang dan kemudiannya secara keji menjilat kembali ludahnya dulu.
Sama ada seseorang itu berada di dalam PAS, mahu pun UMNO, jangan melampau dan jangan berlebih-lebihan. Melampau itu emosional dan melampau itu tidak rasional. Ia melanggar hukum keseimbangan, hukum alam dan hukum Tuhan.
Bersederhanalah kerana kesederhanaan itu sulit, kecuali bagi mereka yang tenteram akal fikirannya.
RUKUN DUA: JANGAN CENDERUNG KEPADA GOLONGAN YANG ZALIM
Melampau itu zalim, kerana ia meletakkan pemikiran dan tindakan di luar neraca agama yang ditentukan Allah. Lantas kezaliman itu juga harus dihindarkan sejajar dengan rukun kedua Istiqamah, iaitu jangan pula cenderung kepada golongan yang zalim. Jangan zalim, dan jangan cenderung kepada si zalim.
“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”
Hasan al-Basri pernah menyebut, “telah dijadikan agama itu di antara DUA JANGAN. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim”
“Cenderung yang bagaimana?”, saya bertanya.
“Cenderung pada dua keadaan. Sama ada kecenderungan prinsip dan emosi, atau kecenderungan pada kebergantungan”, kata Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam bukunya al-Khumasiyyat al-Mukhtarah yang berada di tangan saya.
Kecenderungan pertama yang menghapuskan Istiqamah dan konsistensi, ialah pada kecenderungan hati dan emosi kepada manusia yang berlaku zalim. Hatinya tidak menolak, malah cenderung pula dengan jiwa dan perasan, atas sebab yang pelbagai. Rasa terhutang budi, lemah pendirian, semua itu boleh sahaja menjadi puncanya.
Manakala kecenderungan kedua pula, ialah berbalik kepada makna perkataan RUKUN yang digunakan di dalam ayat itu tadi. Rukun itu adalah tempat bersandarnya sesuatu, sebagaimana struktur rumah bergantung kepada tiang yang disebut RUKUN. Maka mereka yang cenderung kepada manusia zalim itu, antaranya ialah manusia yang bergantung kepada si zalim.
Bergantung kepadanya untuk makan minum.
Bergantung kepadanya untuk mengekalkan posisi. Atau apa sahaja kebergantungan yang berbalik kepada penggadaian prinsip itu tadi.
SIAPA SI ZALIM ITU
Oleh kerana ia disebut secara umum, maka Sheikh Fadhl Hasan Abbas memilih untuk mengekalkan konteks umumnya. Si zalim itu boleh jadi orang bukan Islam yang menindas, ia juga boleh jadi Muslim sendiri yang turut berlaku zalim dengan pelbagai wasilah yang ada. Maka konsistensi seorang mukmin amat penting pada mengelakkan diri dari kecenderungan kepada golongan ini.
Manusia zalim itu adalah manusia mensyirikkan Allah, melakukan maksiat dan menindas hak sesama manusia. Mereka perlu didampingi demi dakwah. Tetapi dampingan itu bukan dengan kecenderungan prinsip untuk mengiyakan perlakuannya. Soal pendekatan, itu pelbagai. Tetapi pada melihat kemungkaran dan kezaliman itu sebagai kemungkaran dan kezaliman, ia harus jelas di dalam pegangan diri.
Tetapi dalam zalim yang pelbagai, tentulah zalim yang paling kritikal ialah zalim yang kesannya adalah ke atas massa. Kezaliman begini lazimnya datang dari pemerintah dan penguasa. Manakala manusia yang paling kritikal pada kesan mendampingi pemerintah sebegini, adalah ilmuan yang digelar ulama’.
Mungkin kerana itu, Sheikh Fadhl Hasan Abbas menukil secara panjang, peringatannya kepada ulama yang cenderung kepada pemerintah.
ULAMA’ HILANG KONSISTENSI
Sufyan al-Thauri pernah ditanya oleh seseorang, “aku bekerja sebagai penjahit untuk si zalim itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan orang cenderung kepada si zalim? (merujuk ayat surah Hud ini)”.
Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim (yang disebutkan oleh surah Hud itu) ialah mereka yang menjual jarum kepadamu untuk kamu menjahit!”
Begitu sekali kerasnya amaran Sufyan al-Thauri kepada lelaki berkenaan.
Lantas al-Suyuthi telah mengarang sebuah kitab, khusus pada memberi amaran terhadap ulama’ agar yang mendatangi pemerintah. Beliau menamakan kitab itu sebagai Maa Rawaahu al-Asaatheen fee ‘Adam al-Majee’ ilaa al-Salatheen atau Apa Yang Telah Diriwayatkan Oleh Golongan Pakar Tentang Larangan Mendatangi Pemerintah.
Istiqamah itu sangat berkait rapat dengan keseimbangan. Seumpama seorang yang meniti di atas jambatan lurus yang kritikal. Sepenuh konsentrasi harus tertuju pada upaya untuk mengimbangkan diri. Jambatan itu terus lurus, namun kegagalan kita mengimbangkan diri dalam perjalanan itulah yang akan menjadikan kita terjerumus.
ULAMA DALAM SISTEM, LUAR SISTEM
Jika dibalikkan kepada Sejarah, kita akan bertemu dengan dua keadaan ini. Jika diamati pada tingginya institusi Ulama di dalam pemerintahan Othmaniyyah, maka untuk seorang alim duduk di dalam sistem, ia memudahkan beliau berperanan. Kedudukan tertinggi negara bukannya pada Sultan mahu pun Sadr al-A’dham (Grand Vizier), tetapi pada seorang alim berjawatan Sheikh al-Islam.

Sultan Suleyman al-Qanuni
Lihat sahaja contoh unggul dari zaman Sultan Suleyman al-Qanuni (1520–1566). Beliau selaku ketua sebuah kerajaan terbesar dunia di zamannya, telah dipanggil sebagai saksi untuk suatu kes perbicaraan di mahkamah. Namun kesaksiannya telah ditolak oleh Sheikh al-Islam Ebussuud Efendi dengan alasan, “Sultan gagal hadir ke beberapa solat Jamaah di masjid. Selagi belum terisytihar taubatnya atas kesalahan itu, Sultan tidak layak memberi kesaksian di mahkamah!”
Itulah wibawa seorang ilmuan di dalam sistem pemerintahan Othmaniyyah. Mampu berkata benar di hadapan sehebat-hebat pemerintah yang wujud di zamannya. Malah ketika golongan The Young Turk mahu menggulingkan Sultan Abdul Hamid II lebih 300 tahun berikutnya, persetujuan (endorsement) seorang Sheikh al-Islam tetap diperlukan.
Dalam sistem yang meletakkan seorang ulama itu lebih tinggi dari kabinet menteri dan Sultan, sejahteralah untuk beliau berada di dalam sistem, berperanan memimpin, memandu dan menegur perjalanan sebuah pemerintahan.
Semua ini hasil perkembangan sistem Othmaniyyah yang boleh dilihat dari wasiat Osman Gazi, pengasas Othmaniyyah, kepada anaknya Orhan bahawa “dampingilah ulama’ kerana daripada mereka itu kamu beroleh panduan”.
Ulama yang berani berkata benar di hadapan pemerintah, dan pemerintah yang sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama. Maka wujudlah keseimbangan di situ. Keseimbangan yang melakar Istiqamah.
Apakah mufti, ulama dan ustaz hari ini ada kedudukan sedemikian rupa?
Di kebanyakan zaman silam dan semasa, ia tidak begitu. Institusi ulama tidak setinggi itu. Lantas, himpunan nasihat Golongan Pakar (Rasulullah SAW, Sahabat dan Tabien) di dalam kitab Maa Rawaahu al-Asaatheen fee ‘Adam al-Majee’ ilaa al-Salatheen atau Apa Yang Telah Diriwayatkan Oleh Golongan Pakar Tentang Larangan Mendatangi Pemerintah oleh al-Suyuthi, mesti diambil kira.
Ia bukan bermaksud agar Ulama dan Umara harus bermusuhan, tetapi sebagai peringatan kepada Ulama dalam hubungan dirinya bersama Umara.
AMARAN RASULULLAH SAW
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, serta Abu Daud dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih dari Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, “sesiapa yang datang ke muka pintu Sultan (pemerintah), maka dia akan ditimpa ujian. Tidaklah sesiapa yang menambah dekatnya dia kepada Sultan (pemerintah) melainkan akan ditambahkan jarak jauhnya dia dari Allah SWT“.
Juga dikeluarkan oleh Ibn Majah daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “sesungguhnya Qurra’ (ahli al-Quran) yang paling dimurkai oleh Allah ialah mereka yang menziarahi pemerintah“
Seterusnya dikeluarkan oleh al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “apabila kamu melihat seorang alim banyak bercampur gaul dengan Sultan (pemerintah), maka ketahuilah bahawa si alim itu sebenarnya adalah seorang pencuri“
Juga dikeluarkan oleh al-Dailami daripada Umar al-Khattab, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah suka kepada pemerintah apabila mereka ini banyak bercampur gaul dengan Ulama tetapi Allah mengutuk Ulama’ apabila mereka itu bercampur gaul dengan pemerintah, kerana sesungguhnya apabila Ulama itu bercampur gaul dengan pemerintah, mereka menginginkan dunia. Manakala pemerintah apabila bercampur gaul dengan Ulama’, mereka menginginkan Akhirat“.
Ini adalah sebahagian daripada petikan pelbagai riwayat yang dikumpulkan oleh al-Suyuthi di dalam kitabnya itu tadi. Sebahagiannya juga dipetik oleh Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam kitabnya al-Khumasiyyat al-Mukhtarah tatkala membahaskan surah Hud ini. Sheikh Fadhl Hasan Abbas buta mata, tetapi hatinya celik pada melontarkan nasihat yang begitu signifikan.
PERSOALAN KRITIKAL
Peringatan-peringatan ini adalah suatu perkara yang besar. Kecenderungan orang agama kepada pemerintah boleh berlaku dengan pelbagai perkara.
“Apa nak buat, nak cari makan!”, kata seorang ustaz yang berputar alam 180 darjah.
Itu alasan pertama. Terutamanya apabila orang agama kurang kemahiran. Hanya kenal kitab dan kitab. Pulang dari bumi Anbiya’ dengan isteri dan anak tiga. Peluang kerja amatlah sulit, beban hidup makin bertambah, ahli keluarga mula menyampah, lantas segala idealisma yang diperjuangkan, rebah di bawah slogan apa nak buat, nak cari makan. Lebih hodoh lagi, jika alasan ini terpacul dari mulut seorang aktivis yang pernah melampau.
Dahulunya dia melampau, kemudian berubah kepada bersanadkan keperluan hidup dengan pemerintah, bekerja sebagai jurucakap siasahnya. Maka lengkaplah dua rukun utama yang meruntuhkan konsistensi juga Istiqamah. Lupalah dia kepada nasihat Hasan al-Basri, bahawa agama ini dibina di antara dua jangan. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim.
“Kalau boleh dakwah pemerintah, pemerintah akan support dakwah”, kata seorang ustaz yang lebih tinggi martabatnya.
Inilah yang menggentarkan jiwa saya. Betapa liciknya pertimbangan kita dalam membaca realiti. Dan langsung enggan peduli kepada sejarah yang menunjuk ajar. Satu demi satu, pendakwah menyandar harapan pada sokongan pemerintah. Pemerintah belum tentu berubah, tetapi diri si alim itulah yang hilang konsistensi, tersasar dari jalan Istiqamah.
Di dalam artikel saya yang lepas, saya sudah menyampaikan suatu nasihat buat teman-teman yang meniti jalan-jalan kecenderungan kepada pemerintah. Persoalan khusus dari artikel berkenaan ialah, apakah mekanisma Al-Din al-Nasihah golongan Ultra Salafi yang begitu teguh dengan idea larangan menegur pemerintah secara terbuka, kepada penguasa. Jika demonstrasi, penyataan parlimen, penulisan dan percakapan terbuka dianggap salah, maka bagaimanakah mekanisma menegur secara tertutup?
Maka kali ini, artikel saya ingin melontarkan nasihat, bahawa dalam suasana menegur secara tertutup, sejauh manakah hubungan Ulama’ dengan Umara’ ini selamat dari amaran Allah SWT dan Nabi SAW yang sebutkan di atas? Ketika kelompok Ultra Salafi begitu agresif menampal dahi mereka yang tidak bersetuju dengan pemerintah itu dengan label Khawarij, dan diulang berkali-kali atas beratnya dosa menegur pemerintah secara terbuka, maka apa pula justifkasi kalian yang begitu mesra dan intim dengan pemerintah?
Ikhtilath kalian dengan pemerintah, bagaimanakah caranya untuk ia tidak disanggah oleh amarah Allah SWT terhadap kencenderungan kepada orang yang zalim?
Baca kembali artikel “Peta Pemikiran Astora Jabat Dalam Isu Aurat” serta “Astora, Jangan Jual Agama“, serta nilaikan kembali bahasa teguran kalian kepada pembangkang dan pemerintah. Saya tidak mempertikaikan perjawatan dan kedudukan ahli agama di dalam kerajaan kerana keperluan mereka berperanan ada di situ. Tetapi saya timbulkan pertaruhan Istiqamah dan di atas prinsip, memandangkan pemerintah hari ini masih pemerintah yang sama ketika kedua-dua artikel di atas dikeluarkan. Ketika nada teguran kepada pemerintah dan pembangkang sudah berubah, apakah pemerintah berubah, atau penegur yang beralih arah?
GERAKAN SUNNAH
Gerakan Sunnah adalah gerakan yang sepatutnya paling selamat kerana berpegang dengan dua tinggalan utama Rasulullah SAW. Tetapi sikap melampau dalam mengkritik saudara seagama yang menentang kezaliman, serta kecenderungan diri kepada golongan yang zalim itu… gerakan Sunnah menempa pengulangan sejarah, bahawa dalam pusingan kali ini, ia bakal sekali lagi diperalatkan.

ANCAMAN KE ATAS KECENDERUNGAN KEPADA SI ZALIM
Andaikata kecenderungan itu mengorbankan suatu prinsip Ulama sebagai pemegang amanah Rasul SAW, ancamannya meliputi ancaman dunia dan ancaman Akhirat.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Golongan yang cenderung kepada para zalimin, bukannya dicampakkan ke neraka, bahkan mereka itu disambar oleh api murka Allah itu jua kerana kesan perbuatannya yang membinasakan masyarakat dalam beragama. Tiada pembantu di Akhirat, selepas terhina di dunia kerana tiada pembantu selepas Allah berlepas diri darinya.
Ingatlah kembali kepada nasihat guru kita Sheikh Fadhal Hasan Abbas yang berkata, “sesungguhnya sejarah silam telah menunjukkan betapa sekalian mereka yang cenderung kepada golongan yang zalim di dalam Perang Salib dan Perang Tatar, bahawa mereka itu dihina oleh Allah sehina-hinanya dan Allah tidak memberikan bantuan kemenangan kepada mereka. Sesungguhnya apa yang telah dibuktikan oleh sejarah silam, turut juga terbukti dalam sejarah semasa, bahawa Allah tidak akan memberikan kemenangan kepada sesiapa yang cenderung kepada musuhnya yang zalim itu” (al-Khumasiyyat al-Mukhtarah ms. 156)
Sesungguhnya agama ini dijadikan di antara dua jangan… JANGAN melampau, dan JANGAN cenderung kepada orang-orang yang zalim.
RUKUN TIGA: DIRIKAN SOLAT
Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
Istiqamah bersandar kepada Solat. Solat itu menjadikan kita terus menerus berhubung dengan Allah SWT. Pada bahagian siang dan bahagian malam, Solat berfungsi menjadikan seseorang itu sedar akan hidupnya yang berTuhan. Sentiasa connected dengan Allah SWT.
RUKUN EMPAT: BERSABARLAH
Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
Sabar itu sudah saya kupas dengan panjang lebar di sepanjang Ramadan, bahawa ia saya fahamkan sebagai keupayaan mengawal diri dan tindakan.
Bersabarlah wahai sekalian kita dalam beribadah, dalam belajar untuk jadi terpelajar.
Bersabarlah wahai sekalian kita dalam berdakwah, agar penolakan yang berlaku tidak mendorong kita mencari jalan pintas yang mengugat Istiqamah.
Sabar menjadikan kita terhindar dari dorongan emosi yang mengundang sifat melampau. Sabar menghindarkan diri kita dari ghurur dengan ilmu yang kita perolehi kerana sesungguhnya ilmu dan harta adalah dua subjek panas tatkala masuk ke genggaman seseorang. Sabarlah… agar ilmu datang dengan ketundukan, hartamu datang diiringi kesyukuran.
Jangan dengan ilmu itu kamu melampau.
Jangan dengan harta itu kamu melampau.
Sebagaimana jangan dengan kuasa itu, kamu melampau.
Bersabarlah… tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan bersama Allah, tiada sabar kecuali sabar untuk Allah, dan jangan sekali-kali berlaku sombong dengan menyabarkan diri DARI Allah.
Berat sungguh pengucapan Istiqamah ini.
Tidak hairanlah Nabi SAW naik beruban kerana memikirkannya.
Kesimpulan: Mereka yang menentang kerajaan JANGAN MELAMPAU. Mereka yang menyokong kerajaan JANGAN CENDERUNG KEPADA MANUSIA ZALIM. Semua harus konsisten dengan solat dan semua harus konsisten dengan sabar.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
ARTIKEL INI ADALAH RINGKASAN KULIAH MAGHRIB DI SURAU AL-NAIM WANGSA MAJU PADA 14 NOVEMBER 2007 DI BAWAH TAJUK “ISTIQAMAH PASCA RAMADHAN”
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Istilah berbaik dengan pemerintah ni adalah kategori “politically correct” “Berhikmah” dengan cara yang pelik. Berhikmah yang akak maksudkan bukanlah sebagaimana yang sepatutnya, itu yang letak pembuka dan penutup kata.
Jazakallaahu Khairan Kathiro…
Pencerahan yang tak ternilai bagi ana.
Matlamat Tajdid yang dikempen oleh golongan salafi pastinya tidak akan kesampaian dan sejarah akan berulang jika kita masih ‘naive’ dalam percaturan politik dewasa ini. Dalam kita berkempen agar massa tidak taksub dan taqlid dengan mana-mana pandangan Ulama’, kita sendiri secara tidak lansung telah taksub dan taqlid (adakalanya secara melampau) pada kempen itu sendiri. Hatta, secara tidak lansung melakukan kerosakan juga pada masyarakat.
Natijahnya jelas, ‘Religious Conservatism’ akan didominasikan dan perkudakan oleh golongan yang zalim untuk kesekian kalinya dan matlamat tajdid akan sekali lagi terbantut.
WAHAI IKHWAH SEKALIAN, BANGUN DAN CELIKKANLAH MATA-MATA MU!!!
salaam… semasa menuntut di KISAS tiada org mengupas psl ‘fastaqim kama umirta’ yg menusuk dlm hati sy. Stp kali ia diungkapkan semasa sekolah dan slps sekolah,hanya mampu menaikkan semangat tanpa menjiwai sepenuhnya. Rupa-rupanya sbb apa tidak rasa dlm hati sbb kurangnya pemahaman ttg ayat Al-Quran yg berat ini. Tidak paham maka tiada penghayatan dan selalu alpa dan leka. Dan sesungguhnya dalam benak fikiran saya yg dhoif ini, saya terfikir adakah disebabkan ayat yg menjadi slogan sekolah kami ini, bekas-bekas pelajar KISAS banyak diuji ALLAH. Ujian-ujian seperti makin futur,jauh dr ALLAH, istidraj, keruntuhan akhlak dan sbgnya. Saya lahirkan ini mungkin ada kaitan dgn artikel ustaz ini mengenai sahabat2 yang dahulunya org2 yg hebat dalam berdakwah,lantang bersuara tetapi pabila keluar dr KI, sudah berputar 180 darjah, dan ada yg 360 darjah jauh dr dirinya asal. na’uzubillah… Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd ustaz atas kupasan ayat ini yg amat baik sbg pelembut hati utk org2 yg tengah ‘panas’ sekarang,yg memungkinkan mereka berfikir secara tenang dan kembali kpd apa yg dikehendaki oleh ALLAH.
Alhamdulillah… dapat juga rezeki tazkirah pagi ini. Moga semua antara kita dapat terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan masing-masing ya ustaz. Pentingnya istiqamah dalam Islam sehingga amalan soleh yang sekecil-kecilnya pun namun jika dilakukan secara berterusan cukup disukai oleh Allah SWT.
al-Istiqamah khair min alfin karamah. ISTIQAMAH MEMERLUKAN IMAN YG THABAT DAN TEGUH DLM MENGHADAPI PERJUANGAN YG MENCABAR DAN PENUH DUGAAN. SYUKRAN USTAZ ATAS ARTIKEL YANG MENYUNTIK SEMANGAT AGAR TERUS BERSAMA GOLONGAN YANG MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN KEADILAN
assalamualaikum..
ust, dah jumpe ke belum artikel “10 dalil kenapa x boleh undi…..”??
MAZA kadang2 tersasar dalam memberikan pandangan,
habis semua orang di sisi, depan dan belakang dikritik membabi buta……
walhasilnya,rakyat kebanyakkan yang akan terus keliru….
bukan ada perasaan dengki terhadap MAZA tetapi beliau adalah mufti,
ramai mengaharapkan kemasukan beliau ke saf mufti dapat membantu mufti-mufti yang lain membangunkan islam bersama pemerintah tetapi pekung kini jelas kelihatan, MAZA seolah2 berkelakuan seperti ahli polotik bukan lagi seorang mufti…
jalan mudah, PRU akan datang MAZA boleh turun ke gelanggang politik secara rasmi.
Baju mana yang hendak disarung, MAZA mungkin sudah ada pilihan hati….
bukanlah saya ingin menyokong membabi buta MAZA, tetapi akh ridwanto agak kerap men”judge” awal apa future action MAZA. PRU x sampai lagi. dalam agam pun kita boleh menghukum selepas bukan sebelum. saya teringat pada awal-awal perlantikan MAZA sebagai mufti,beliau menangis kerana takut tersilap langkah dalam menjadi mufti. kalau lah kata kan beliau sentiasa menyokong ‘kerajaan’ pimpinan BN, saya x berapa setuju. kadangkala beliau kritik dengan “tepat’ pimpinann kerajaan dalam kuliah di masjid Alwi. dia tegur MB, RAJA dalam perhimpunan imam-imam perlis. saya banyangkanlah kalau enta atau saya dalam his shoes, tegur kerajaan dilabel pro-pembangkang, tegur pembangkang dituduh pro-kerajaan tapi dalam waktu yang sama kita mintak mufti adil dan bercakap dalam irama agama. oleh itu beliau bercakap mana yang tepati Quran dan Sunnah di pemahaman beliau(walau kadangkala ada yang kita tak mampu nak bersetuju 100%). kalau lah nak mintak dia bercakap disenangi pmerinth dan pmbangkang, Nabi S.A.W. pun dibenci musuh walau perfect 100%. berlapang dadalah dalam berkomen.
opps..salah..”20 sebab mengapa tidak boleh mengundi…”..
Bro Ridwanto, ape pekung yang jelas?..sila tampilkan bukti..Dr MAZA state die masuk parti..
golongan ultra salafi yang disentuh oleh dalam artikel ni bukanlah merujuk Dr MAZA..saya yakin..sebab golongan ni pun bantai Dr MAZA jugak.
kenapalah dalam byk2 perkara yang disentuh dalam artikel ni..nk bangkitkan jugak pasal Dr MAZA
Mungkin akhuna RIDWANTO UTM boleh berusaha melunakkan sedikit presentation kerana saya juga berusaha keras untuk menulis dengan selunak mungkin kerana demi Allah, tiadalah saya mahu membuang masa menulis akan hal ini melainkan kerana kasih dan sayang kepada Gerakan Sunnah dan rakan-rakan yang pernah bersama tetapi kini memilih pendekatan yang amat berbeza.
Oleh kerana saya tidak menyebut nama di dalam artikel di atas, kerana mahu mengekalkan umum lafaz biar pun ada pengkhususan pada sebab, maka berusahalah juga untuk tidak menyebut apa yang saya telah secara sengaja tidak sebut.
Ulasan, sebaiknya tumpukan ia kepada artikel dan bukannya kepada ulasan pembaca semata…
Dan saya tidak harus terkait dengan mana-mana komen pembaca…
jazakumullahu khairan katsira..
pencerahan yang sangat baik bagi saya. baru saya mampu melihat pada paradigma yg sedikit berbeza. dengan hujah2 yg diberi, cukup meyakinkan.
ternyata berat utk berada di perantaraan. hanya Allah tempat bergantung agar mampu istiqamah dan menghilangkan kecenderungan kepada kezaliman.
klu tak silap ini juga masuk dalam kategori ‘ifrat’ dan ‘tafrith’.
p/s: artikel ilmiah camni kena baca bnyk kali baru leh betul2 ‘masuk’.. huhu ..semua link2 artikel yg diberi pun klu dibaca sekali lagi pun bertambah cantik ‘ketukan’ pada hati.
Subhanallah.
Terima kasih kerana mencerahkan!
salam
1.Rasulullah juga adalah pemerintah Makkah dan Madinah.Begitu juga khalifah ar rasyidin.Mereka juga adalah pemerintah.
2.Mufti Perlis didatangi oleh pemerintah (MB perlis),dan di alahkam.net tersiar kumpulan ‘pembela sunnah’ bergaul dengan MB.
3.Mufti Perak mendatangi pemerintah samada sultan atau PM. bila mendatangi sultan mufti perak menyampaikan berita-berita yang mengancam agama Islam di kalangan rakyat pada sultan. Sultan azlan mengambiltahu akan nasib agama Islam dari mulut mufti Perak. Sultan azlan sendiri banyak belajar dan membaiki diri dari teguran dan didikan mufti perak.bila mendatangi PM, teguran-teguran mufti perak telah diutarakan. Contohnya seperti isu IFC bila ditanya kepada Paklah oleh mufti perak, paklah memberitahu bahawa keputusan menangguhkan dialog antara agama adalah untuk tidak membenarkan selama-lamanya.
4.Anwar Ibrahim lantang mengkritik pemerintah dalam ABIM. Anwar Ibrahim menjadi sebahagian pemerintah setelah Tun Mahathir naik jadi PM. Anwar Ibrahim menyokong pemerintah ketika menjadi sebahagian pemerintah. Anwar Ibrahim kembali menentang pemerintah setelah dipecat oleh pemerintah.
5. Ketika saya bertanya apakah PAS mahu menjadi pemerintah? kawan saya menyebut, “tidaklah kami bertanding pilihanraya melainkan supaya Islam memerintah”.
Alhamdulillah…
Satu lagi artikel yang mantap dari Ustaz. Saya baru baca kertas kerja Ustaz berkenaan Ulama’ Othmaiyyah malam tadi. Ditambah dengan artikel ini, bertambahlah kefahaman saya, kenapa di dalam Al-Qur’an terdapat banyak kisah-kisah yang memperihalkan umat terdahulu.
Pernah juga terfikir, kenapa banyak sangat kisah-kisah umat terdahulu dalam Al-Qur’an, tapi tak nampak sangat keperluannya kisah-kisah tersebut. Pada masa lalu, hanya tahu bahawa, sejarah pasti berulang, tapi tak faham maksud kata-kata tersebut. Alhamdulillah, kini saya semakin faham.
Terima kasih kepada Ustaz, kerana sentiasa istiqamah menulis walaupun sibuk.
Rasulullah dan Khalifah Ar-Rasyidin adalah orang yang berilmu. Mereka memerintah dengan ilmu. Begitu juga dengan Ulama’.
Pemerintah yang memerintah dengan kuasa adalah pemerintah dalam erti kata pemerintah.
Oleh itu, saya memahamkan, “pemerintah yang mendatangi Ulama’” tidak bererti secara fizikal semata-mata. Walaupun Ulama’ (mufti dsbg) yang datang secara fizikal kepada pemerintah, namun secara ideologinya, pemerintah yang megikuti Ulama’ dengan cara mengambil iktibar dari pesanan Ulama’ yang datang kepadanya. Oleh itu, Ulama’ yang sebegini, bukanlah Ulama’ yang menginginkan dunia.
Begitu juga, sekiranya pemerintah yang datang kepada Ulama’ tetapi untuk supaya Ulama’ itu setuju dengan pendirian salah pemerintah itu, dia tidak termasuk ke dalam kategori pemerintah yang menginginkan akhirat.
sdr mfr..
sefaham saya PAS memilih jalan politik berdasar usul fiqh ‘mala yatim al-wajib illa bihi fahuwa wajib’
Quote~akh ridwanto
“bukan ada perasaan dengki terhadap MAZA tetapi beliau adalah mufti,
ramai mengaharapkan kemasukan beliau ke saf mufti dapat membantu mufti-mufti yang lain membangunkan islam bersama pemerintah tetapi pekung kini jelas kelihatan, MAZA seolah2 berkelakuan seperti ahli polotik bukan lagi seorang mufti…
jalan mudah, PRU akan datang MAZA boleh turun ke gelanggang politik secara rasmi.
Baju mana yang hendak disarung, MAZA mungkin sudah ada pilihan hati”
Dr Maza dah keluar kenyataan tentang isu demo di laman web beliau(http://drmaza.com)
Mungkin akh boleh rujuk terus untuk tidak terlajak lagi jauh dalam “bersangka”
salam..
hujah begini memang saya nantikan dr ustz..
pendapat saya la, kdg2 kita nie tersilap dlm membuat keputusan.. oleh itu, memang kita perlukan teman yg baik untk menegur.. alhmdulillah, ustz mengambil pendekatan yg baik.. cume kdg2, ade org lebih sudu dr kuah.. bhy 2..
Subhanallh…. Fastaqim kama umirta!
Cantik dan mantap sekali. Jazakallah.
saya minta maaf kepada pembaca budiman sekiranya saya tersalah dalam melayarkan kata…
saya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis…
buat ustaz Hasrizal, insya Allah saya akan melunakkan pandangan saya…
saya mendoakan kejayaan sesiapa yang ingin ‘mendirikan’ Islam di bumi Allah ini terutama di Malaysia yang tercinta ini, kerana Malaysia adalah milik kita bersama walau apa pun baju yang di sarung oleh sang pendakwah…
biarlah apa yang kita sampaikan tidak menyebabkan masyarakat kita terus keliru.
Sayugianya, walau pun ada yang mendabik dada mengatakan dia saja yang benar namun hakikatnya masyarakat terus terkeliru….
maaf andai salah bicara
Sebagai contoh,
Melontar jumrah adalah simbolik kepada merejam Syaitan/Iblis. Memang Syaitan/Iblis dilaknat tetapi dalam kita menzahirkan permusuhan dengan Syaitan/Iblis, semasa melontar kita disyaratkan supaya tidak mengangkat ketiak walaupun kita bersemangat waja melontar seperti pembaling Baseball membaling bola, kerana ia boleh mencederakan selain Syaitan/Iblis.
Nak melontar Syaitan/Iblis pun tak boleh lebih2 weih, inikan dalam beragama.
Salam istoqamah
1. Bukanlah saya suka bermain di luar gelanggang, tetapi selalu terpengaruh dengan berfikir di luar kotak. Kalau nak dimasukkan di dalam gelanggang pemikiran luar kotak ini, ibaratnya ialah permain regu yang sentiasa mengawasi tempat kosong, yang tidak dikawal atau terkawal oleh pemain satu lagi. Kalaulah setiap masa kedua-dua pemain tergerak untuk pergi ke tempat yang sama, maka sentiasa berlagalah fizikal mereka dalam proses mempersembahkan permainan yang baik. Akan benjol-benjol muka mereka ketika mengambil hadiah kemenangan, kalaulah menang.
2. Dua jangan yang dirujuk sebagai tajuk, saya kira ialah “Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim.” Dan Ustaz telah memberikan 4 rukun dari iktibar Surah Hud, dalam menghuraikan lagi istilah istiqamah, iaitu, jangan melampau, anti zalim, bersolat, bersabar. Sementara “keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.” Dan memang tidak dapat dinafikan ketepatan waktu pengeluaran nasihat ini, kerana walupun thoharah (termasuklah memBERSIH dasar) itu wajib, ruang lingkup sempadan melaksanakannya perlu diketahui. Jangan pasal bewuduk itu wajib, buka paip di masjid boleh padam rumah terbakar.
3. Kecantikan istiqamah adalah, yang selalu dibuat walaupun sedikit lebih baik dari yang tak selalu dibuat walaupun sekali buat banyak jumlahnya. Macam yang popular berlaku, bulan Ramadan banyak gandaan, jadi kumpul markah dengan berlipat kali ganda bulan itu, untuk dibekalkan kepada sebelas bulan yang lain. Ibarat juga penuhkan saf solat Jumaat, penuhkan sejadah (kosong je) solat jemaah 5 waktu, kan? Jadi walaupun tajuk yang Ustaz bawakan itu biasa, implikasi pelaksanaanya sangat luar biasa.
4. Saya melihat jangan melampau dalam beragama dari sudut mendirikan tiang agama, iaitu juga rukun ke 3 di atas. Terlalu khusuknya menterjemah kefahaman perlu yakin membaca fatehah dalam solat (ustaznya ajar), sehingga suara itik seratinya keluar, (katanya telinga sendiri kena dengar apa yang mulut lafaz), sehingga tercekiknya suara tak nak mengganggu makmum di sebelah, sebenarnya mengganggu makmum sebelah. Begitu pentingnya tajwid, sehingga imam dah rukuk dia masih mengulang baca huruf dhod yang susah bagi lidah Melayu ni. Dulu suruh belajar makhraj huruf masa muda, dia hafal ‘Kuchi, kuchi ho tahey’.
5. Anti zalim yang paling asas saya lihat adalah kezaliman pada diri sendiri, yang sangat berleluasa di kalangan Muslim, sehinggakan bila dua petani, memetik kata Ustaz, menanam sayur, sayur si Tan membulat hijau (kobis) sementara sayur si Din (nama sebenar top secret) berulat. Terlalu lama belajar Sifat 20 dan yang setara dengannya, sehinggakan di menzalimi diri dengan tidak langsung hendak belajar carakerja Allah, pencipta alam ini. Itulah orang yang paling zalim, apabila dia tidak mahu mempelajari hukum alam, yang sebenarnya hukum Allah.
6. Bab Umarak dan Ulamak ni, dulu masa Nabi saw, dua U ni dalam satu serban. Yang berilmulah yang mengarah. Tak berilmu jangan mengarah. Kalau hantar resume untuk mengarah, sidia itu yang tak dapat, kerana konsep asalnya ialah dilantik menjadi pemimpin dengan kebolehan ilmunya. Ok lah sekarang dah bertukar, dua U tak boleh duduk setempat. Maka kita perlu tahu, U yang eksekutif (pemikul tanggung-jawab) berbeza dari U yang non-executif (penasihat sifatnya). Otak kita sendiripun memilih, berdasarkan ilmu yang ada, apa yang terbaik untuk dilaksanakan. Dan bukan semua yang hendak dilaksanakan dapat dilaksanakan, walaupun ianya baik dan berniat baik.
7. Akhirnya bersabarlah dalam melaksanakan istiqomah. Berevolusi dan beradaptasilah menghadapi kerenah hidup setelah usaha dan iltizam dilaksanakan. Berpesanlah dengan sabar dan berpesanlah pada kebenaran. Teori evolusi menasihatkankan ‘the survival of the fittest’. Ini bukan kata Darwin, ini Darwin jumpa dalam kitab Alam, yang dia baca. Oleh kerana dia yang pertama menyuratkannya dalam kitab sains, mahu tak mahu kita kena sebut si Darwin ni. Sehinggalah bangun Muslim, sedar akan tidak istiqomah mereka dalam beragama. Membezakan Syariat dan Sunnah Allah.
nampaknya article ini ditujukan khas untuk MAZA.. at least sebahagian daripadanya..
QUOTE
“Baca kembali artikel “Peta Pemikiran Astora Jabat Dalam Isu Aurat” serta “Astora, Jangan Jual Agama“, serta nilaikan kembali bahasa teguran kalian kepada pembangkang dan pemerintah. Saya tidak mempertikaikan perjawatan dan kedudukan ahli agama di dalam kerajaan kerana keperluan mereka berperanan ada di situ. Tetapi saya timbulkan pertaruhan Istiqamah dan di atas prinsip, memandangkan pemerintah hari ini masih pemerintah yang sama ketika kedua-dua artikel di atas dikeluarkan. Ketika nada teguran kepada pemerintah dan pembangkang sudah berubah, apakah pemerintah berubah, atau penegur yang beralih arah?”
apakah Ust Hazrizal jg melabel Dr Asri sbg ultra-salafi berdasarkan bbrp perenggan di atas quotation di atas? Perenggan² tersebut bila dibaca saling berkait dengan ayat ‘kalian’..
QUOTE
“Maka kali ini, artikel saya ingin melontarkan nasihat, bahawa dalam suasana menegur secara tertutup, sejauh manakah hubungan Ulama’ dengan Umara’ ini selamat dari amaran Allah SWT dan Nabi SAW yang sebutkan di atas? Ketika kelompok Ultra Salafi begitu agresif menampal dahi mereka yang tidak bersetuju dengan pemerintah itu dengan label Khawarij, dan diulang berkali-kali atas beratnya dosa menegur pemerintah secara terbuka, maka apa pula justifkasi kalian yang begitu mesra dan intim dengan pemerintah?
Ikhtilath kalian dengan pemerintah, bagaimanakah caranya untuk ia tidak disanggah oleh amarah Allah SWT terhadap kencenderungan kepada orang yang zalim?”
Sdr.fhm
Tidak mengapa lah siapa pun yang ustaz hasrizal ingin menegur.. Lihat lah pada isi bukan pada siapa yang ditegur…
Sedangkan MAZA terang2 mengkritik banyak pihak ketika menjadi mufti dengan menyebut nama pihak2 yang dikritik secara terang2an…
Adakah golongan salafi ini ,apabila mengkritik orang lain tidak mengapa tetapi bila dikritik, perlukan dikritik ‘dengan lunak’???
maafkan saya, bukan emosi tetapi fikirkan lah…
kita sudah terlalu banyak berbalah…
Sedangkan musuh bertepuk tangan meraikan umat islam bergaduh ,porak peranda kerana kita amat sukar untuk bersatu padu…
Lihatlah ,seperti isu BERSIH ini, niat yang baik untuk melahirkan sebuah pilihan raya yang BERSIH tetapi hanya kerana seorang ilmuan yang bernama MAZA kebetulannya mufti, dikritik ,habis melenting yang lain….
Salam Sdr.fhm,
Satu2nya insan yang boleh kita ubah adalah diri sendiri. Fikirkan bahawa artikel ini untuk diri sendiri, ahli jemaah kita, adik beradik atau sesiapa juga yang boleh kita nasihati. Jika benar artikel ini ustaz tujukan khas kepada seseorang mestilah ustaz hantar email atau surat kepada individu berkenaan tanpa perlu menulisnya untuk bacaan umum pula.
” Ustaz Abu Saif menulis kerana kasih dan sayang kepada Gerakan Sunnah dan rakan-rakan yang pernah bersama tetapi kini memilih pendekatan yang amat berbeza.”
“Fastaqim Kama Umirta”.. teringat zaman kat KISAS dlu…
Baru ringkasan nih… ade rekod tak ustaz? Upload la kalo bleh… bleh dengar same…
maaf2, tak perasan ade link kat atas tu utk download…
Assalaammualaikum,
Ana betul-betul takjub dengan sikap ‘defensive’ sesetengah individu yang mendakwa dirinya Salaafi. Sebagaimana jelas pada masa yang penuh fitaan ini, seseorang Muslim itu sendiri yang paling utama merosakkan Islaam, begitu jugalah dengan sesetengah individu yang menggelar diri mereka Salaafi memburukkan dan mencacatkan manhaj ASWJ itu sendiri.
Tidakkah apa yang ditonjolkan ‘kalian’ merupakan anti-thesis kepada apa yang ‘kalian’ perjuangkan?
Janganlah terlalu segera melenting. Ambil sedikit masa, muhasabah dahulu. Hatta, SS Dr. MAZA sendiri selalu memberi ingatan agar tidak taqlid dan taksub buta-buta pada mana-mana peribadi, pemikiran dan pergerakan kerana mereka kesemuanya (termasuk beliau) tidak sepi dari melakukan kesilapan.
Ibnu Ahmad Shah: tak perlu ta’jub kot. tak kira apa aliran sekalipun, akan ada segelintir yg tersasar dari jalan kesederhanaan..
saya bukan salafi..hehehehe
erm…dah macam masuk tranungkite plak rasenya….sejak akhir2 ni nampak lebih tepat,dan sasaran penulisan semakin jelas!adakah betul kena pada sasaran?tapi rasenya ni bukan ust hasrizal punya penulisan,lain gayanya,selama betahun-tahun yg akhir2 ni lain bebeno gaya penulisannya,rase cam org lain plak yg tulis,tapi kira penulisan kali ni berjaya menumbangkan rakan seperjuangan, KO habis dibuatnya sasaran yg dulunya pernah bersama-sama menuntut ilmu..tahniah,sekali sekala wajar gak ditegur…
jangan samakan saifulislam.com dengan tranungkite.net
saya boleh tahan jalan di lorong-lorong new delhi, berbanding mencelah masuk ke tranungkite.
lembut lidah tak semestinya takde gigi
taring barangkali
ustaz, nak tnye sket..
ade org samekan corak pemikiran dr asri ngn tuan guru nik aziz..
komen ustz?
salam syiekh2 sekalian.. kak ija & RIDWANTO UTM.. rilek rilek.. apa yang komen/sangkaan anda jauh sangat.. saya baru tanya al-fadhil Ustaz Hasrizal.. bukan nak gaduh pon dengan alfadhil Ustaz, sekadar mintak explaination saja.. saya sebagai pembaca artikel Ustaz Hasrizal cuma ingin mendapat maklumat yang nyata ttg ape yang nak disampaikan dalam perenggan2 tersebut.. agar mahu yang hendak dicetuskan dapat saya fahami dengan jelas.. dan dapat membuka jalan agar sampai ke destinasi di tuju..
Ingin saya fahami, perenggan tersebut kerana saya juga tak mahu tokoh seperti al-fadhil Ustaz Hasrizal seakan baling batu sembunyi tangan.. saya ingin faham ape yg nak disampaikan kerana maklumatnya seolah mengatakan Dr Asri itulah ultra-salafi yang mengkhawarijkan sapa yang tak bersetuju dengan pemerintah secara clear cut.. sedangkan takde pulak saya temui begitu melain saya mungkin terlepas pandang..
kepada yang kata “defensive”.. “melenting”.. “tersasar dari kesederhanaan” “geng salafii”..”anti-thesis”.. “taklid & taksud”.. cepat benar antum bagi label.. saya baru tanya soalan tu.. sapa yang lebih lajak? sapa yang lebih cepat melenting.. Saya bukan pembela Dr Asri.. takde pasai.. dia boleh bela diri dia sendiri.. malah, ape nak digusar, setakat somebody kritik/tegur somebody else.. mahkamah Allah itu pasti ada.. dia juga pastinya ade kesilapan tertentu.. biarlah dia dpt ape yg dia deserve.. begitu jg kita..
Saya, mengambil sikap berbeza dengan Dr Mohd Asri dalam hal Bersih.. namun saya perlu berlaku adil dengan Dr Asri atas pandangan beliau.. itu padangan dia, bukan fatwa.. padangannya amat umum.. tak terikat dengan Bersih semata-mata.. beliau pon bukan totally against yang pi perarakan BERSIH tu, sekadar question balik tujuan & keberkesanannya..itu just an opnion.. jauh pulak dari mengatakan khawarij.. itulah yg saya faham dari penjelasannya.. tapi kalau antum nak buat sangkaan pon go ahead-lah.. itu antara anda dan beliau..
another thing :”mendakwa dirinya salafi”.. “kalian anti-thesis”.. saya ni word salafi ni baru semenjak dua menjak ni la taunya.. before this hok besa dengarnya tu salaf-al-soleh lah.. saya lahir dikurun ini.. spt istilah wahabi la salafi la dan macam2 -i lagi.. saya pon tak pasti.. ade org nak gune, pakailah.. ana just a muslim, yg meminta pada Penciptanya agar Allah tunjukkan dan letakkan diri kerdil ini pada jalan yang Dia redha seperti jalan yang dibawa oleh rasulnya, Muhammad bin Abdillah.. dikala manhaj dan aliran perbagai rupa dan bentuk.. jemaah dan fikrah macam-macam jenis.. semua mengaku benar, moga dalam pencarian ilmu ini Allah tunjukkan jalan yang selamat..
takkanlah kalau ade bunyi kontra sikit terus dituduh dan di-stamp dengan macam2 label tu.. tak terpikir ke kita mungkin dia ni somebody yg just looking for an asnwer.. kalaulah kita suruh orang lain berlaku adil kat orang, mulakanlah dgn diri kita utk berlaku adil.. jgn cepat juga membuat sangkaan.. saya jg menyeru seperti tuan yang menyeru, “ambil lah sedikit masa”..
al-fadhil Ustaz Hasrizal, bukanlah Dr Asri point focus akan soalan saya, I am leading to few more questions.. menjurus kepada si zalim dan yang cenderong kepada si zalim (dalam konteks lebih luas – beyond mufti perlis lah).. tapi letihlah, dalam masa yg terbatas ni kalau baru tanya sikit dah kena tenyeh & pangkah.. & kena pulak tulih panjang-panjang nak exlain.. letih gak.. i rest my case..
kak Ija, Pendekatan berbeza tak bererti tak boleh bersama.. tak bererti kena bermusuh.. pedekatan berbeza mungkin atas brpp sebab.. mungkin subjectnya & target audiencenya berbeza.. namun kita tetap ada ikatan.. ikatan yang lebih kukuh dari ikatan organisasi atau kenegaraan hatta ikatan keluarga mungkin.. bukankah kita muslimin, beraqidah dengan aqidah yg sama dan byk sgt lagi persamaannya..
Terima Kasih ustaz Hasrizal, saya ambil sebagaian ilmu dari al-fadhil Ustaz, banyak manfaat yg saya dapat dari bacaan ini (artikel2 ustaz).. begitu juga dari tokoh/ilmuan yang lainnya.. moga Allah merahmati Ustaz & keluarga.. mintak maaf salah silap saya-diruang maya Ustaz & halalkan byte2 yg saya guna di sini.. maaf juga kerana tidak memberi komen seperti “artikel mantap”.. “bernas”.. “inilah yang saya nantikan”.. wassalam..
komen-komen seperti “artikel mantap”.. “bernas”.. “inilah yang saya nantikan” dan yang seumpama dengannya memang sedap dibaca, tetapi komen seperti komen saudaralah yang berfungsi menambah added value kepada apa telah dibincangkan.
jangan kerana komen pembaca, saya terbenam dari dihubungi..
salam semua…
artikel yang banyak mengubah pandangan ana dalam melihat demonstrasi BERSIH tempoh hari…
tapi ustaz..ana still ada doubt
kalau cara yang digunakan tu walaupun baik pada dasar nya tapi tidak pada kesannya pada pemerintah yang juga beragama islam wajar atau tidak dilaksanakan?
dalam article ustaz, ada sebut pasal mereka(pemerintah) perlu didampingi untuk dakwah tapi bukan dgn tujuan mengiyakan perbuatan zalim mereka..
mendampingi mereka tak bermaksud cenderung kepada mereka yang zalim ke ustaz??
bagaimana kayu ukur mendampingi mereka tanpa cenderung padanya??
kalau dgn cara yang kita gunakan itu menjarakkan kita dgn org yang perlu didakwahkan dan mesej tak tersampai kerana perasaan marah org yang ditegur akibat provokasi dari kita, ana rasa cara itu bukan yang terbaik..
betapa sukar mendampingi orang yang zalim tanpa cenderung padanya..
akhi fhm, ana tak sempat dengar apa yg sebenarnya disebut oleh dr maza dalam temuramah radio berkenaan komennya tentang BERSIH tu. (kalau ada sesiapa boleh berkongsi ayat-ayat sebenar yang dilontarkan dr maza ketika itu). jika benar ada, walaupun ia barangkali pandangan yang sekadar ‘question balik tujuan dan keberkesanan’, namun CARA dan KETIKA soalan dan pandangan itu dilontarkan telah menimbulkan FITNAH (terma arab fitnah) yang besar kerana kedudukannya sbg mufti dan imej pembaharuannya. ketika kezaliman dan kefasadan parti yang memerintah begitu berleluasa (bawwah?), dan pelbagai pihak yg prihatin melakukan “huluf” untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman itu dengan menyatakan dgn jelas tujuan dan matlamat yg dikongsi bersama-sama oleh mereka, tiba2 ketika bantahan itu sedang dilaksanakan, seorang mufti menerusi media meminta tindakan itu dipertimbangkan semula. ini memberi kesan kecelaruan yang besar.
jika dr maza dengan “question balik tujuan dan matlamat” itu adalah bertujuan untuk dapatkan maklumat, mengapa beliau tidak hubungi pihak2 yg terlibat dan dapatkan penjelasan? ana pasti, media bukanlah saluran yg wajar utk dr maza dapatkan maklumat, bahkan ia menjadi saluran yg menyebarkan pandangan , dan kerapkali pula memanipulasikan kenyataan.
ana teringat satu “huluf” yang berlaku di makkah sewaktu jahiliyyah ketika seorang pedagang dizalimi di makkah oleh seorang lelaki quraisy yg berketurunan kukuh dan ternama, lelaki itu naik ke bukit dan melaungkan permintaan tolongnya, permintaannya disambut oleh ramai pemuka quraisy yang mengadakan “huluf” untuk menegakkan keadilan bagi lelaki yang dizalimi itu, sehingga Rasulullah saw ketika menceritakan peristiwa itumemberitahu, mafhumnya, “jika aku ada ketika itu, pastilah aku akan menyambut seruan menentang kezaliman itu”. (boleh sesiapa dapatkan apa nama peristiwa ini – ana dah lupa)
salah ayat rupanya ana…. peristiwa itu adalah Halfu Al-Fudhul… Rasulullah menyaksikan peristiwa ini ketika baginda masih kanak-kanak. mafhum hadith nabi ialah “sesungguhnya aku telah menyaksikan satu perikatan janji (halafan) berlaku di rumah abdullah bin jad’aan yang mana sgt aku sukai lebih drp unta2 yg bagus (perbandingan metafora arab), dan jika aku diseru kepadanya walaupun ketika Islam ini, pasti aku menyahutnya”. (ArRahiq AlMakhtum)
Apa yang disebut oleh SS Mufti Perlis tentang BERSIH saya dengar di Radio 24 Bernama dan telah dicatatkan di dalam Entry #1000 di http://saifulislam.com/?p=1000
“Banyak pihak menimbulkan kekeliruan dalam isu demonstrasi yang diadakan baru-baru ini. Saya telah memberikan kenyataan yang umum bahawa masyarakat awam hendaklah memikirkan kesan setiap aktiviti secara masak atau matang. Bagi seorang muslim, penglibatannya dalam apa-apa aktiviti pun, hendaklah dilihat kepada persoalan-persoalan berikut;
1. Apakah tujuan sesuatu aktiviti dan gerakan itu dilakukan?
2. Apakah nilaian tindakan tersebut di sisi al-Quran dan al-Sunnah?
3. Apakah kesannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhan jika dinilai secara adil dan ilmiah?
Janganlah kita sendiri tidak faham akan tujuan kita melainkan menjadi pengikut semata. Apakah tindakan atau cara yang kita ambil mendapat keizinan syarak dalam ertikata lain tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar?. Juga adakah memberikan kesan yang baik kepada umat Islam khususnya dan manusia amnya. Kita boleh melihat dan menilai kesan yang telah berlaku kepada dunia lain yang mengambil tindakan yang sama.
Tuntutan demokrasi tulen juga hendaklah dinilai dari segi Islam, adakah itu bersifat quranik atau sebaliknya. Kemudian, adakah dalam dunia ini demokrasi tulen? Jika keadilan yang dituntut secara yang betul, saya menyokongnya.
Akhirnya, saya ingatkan juga para pemerintah, hendaklah berlaku adil kepada sekelian rakyat selaras dengan ajaran Islam. Ketahuilah ketidakadilan itu akan menimbulkan kegelisahan rakyat. Bersikap lunak dengan rakyat dan jangan diganggu hak-hak mereka selagi ia tidak mencemarkan keamanan umum”
sumber http://drmaza.com
Assalamu’alaikum wbt. kepada semua,
Kedua-dua pihak yang menyokong BERSIH dan yang menentangnya masing2 punya hujah yang tersendiri.
Sepertimana pengikut Aishah r.a. punya hujah dan keyakinan tersendiri untuk menyertai ekspedisi tentera Aishah dan pengikut Ali r.a. punya sebab dan dalil untuk setia dan berjuang di belakang Ali. Kita semua berpendapat kedua-dua pihak adalah benar dalam fitnah yang terbesar ini, dan rahmat ALlah ke atas mereka! Dan rahmat ALlah juga kepada mereka yang berkecuali dalam perkara itu, kerana ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat golongan yang paling benar adalah golongan Muslimin yang hanya duduk di rumah dan tidak menyertai konflik itu (maafkan dan betulkan saya jika tersilap).
Hari ini kita juga berhadapan dengan konflik dan fitnah yang dahsyat. Kita semua ingin berjuang untuk sebuah negara dan masyarakat yang lebih baik, namun kita berselisih dalam menentukan jalan dan metod yang terbaik untuk mencapai tujuan itu. Tidaklah menjadi masalah siapakah yang lebih benar atau siapakah yang lebih baik, bukankah yang lebih penting adalah matlamat yang hendak dicapai itu. Bagi mereka yang ingin berdakwah kepada pemerintah dengan cara yang sangat santun dan molek, dengan cara mendampinginya dengan penuh hikmah dan kemuliaan, silalah berbuat demikian, walaupun untuk seribu tahun lagi. Bagi mereka yang ingin turun ke jalan dan mendengarkan kepada dunia bahawa rakyat tidak rela lagi ditindas dan dimomok, silalah juga berbuat demikian, walaupun mungkin sang penindas akan terus bermaharajalela untuk selamanya.
Rahmat ALlah ke atas mereka yang ingin menegakkan kebenaran dan keadilan untuk mereka yang dizalimi. Rahmat ALlah ke atas mereka yang menegur pemerintah dengan diam dan hikmah. Rahmat ALlah ke atas mereka yang melaungkan penentangan ke atas pemerintah tirani yang menyuburkan korupsi dan kerosakan. Rahmat ALlah jua ke atas mereka yang berdiam diri dan berkecuali, tetapi tak pernah lelah mendoakan kesejahteraan manusia seluruhnya.
Abuzayd..itulah Hilful Fudhul!
Soal BERSIH ni soal yang cukup jelas untuk saya. Jika kita nak cakap soal idea; ia cukup banyak dari Soal Hak Rakyat hingga Ketelusan Sistem.
Sebenarnya rakan2 di dalam UMNO juga ada yang bersetuju. Tetapi Malaysia ini telah dididik bahawa setiap kata yang di atas mesti di’amin’kan. Hujah simplistik bahawa rakyat telah memberi mandat dalam Pilihan Raya beerti mereka mewakili suara rakyat dalam SETIAP pengucapan mereka adalah cukup bahaya. Kalau betul mereka berani cuba tanya berapa % rakyat nak harga tol, minyak dan barang naik??
Kita dimomokkan dengan budaya takut sedangkan kita tahu tidak ada bangsa yang memimpin dunia atau membina tamadun tanpa keberanian!
Dengan ketakutan rakyat, maka pemimpin boleh berbuat sesuka hati selagi mana ‘Melayu’ boleh digunakan sbg mata pancing!
BERSIH telah mengadu kepada pihak yang betul dalam soal Pilihan Raya (sila rujuk soal Pilihan Raya dalam Perlembagaan Malaysia).
Ya, perlu kita tegaskan bahawa Pilihan Jalan Raya ini bukanlah pilihan tunggal dan kita juga bukanlah hari2 mahu memilih jalan ini melainkan terpaksa. Kerana media dan akses media tidak bebas; maka rakyat tidak dapat ikut serta tahu saluran2 lain yang ‘berhemah’ telah digunakan.
Berhemah di sini mengikut definisi kerajaan – guna Parlimen dsbgnya.
Kita bukan tak tahu ada wakil MCA digantung dari Parlimen kerana menyalahi semangat Barisan Nasional bila mengangkat tangan menyokong usul Oposisi! Ini wakil rakyat atau wakil parti??
Ya Allah, Selamatkanlah Malaysia!
Assalamualaikum….
syukran kathiran dgn artikel yg bg ana umpama mbaca sebuah ‘kitab’. tepat, padat dan ‘santai’.
syukran…
Jika sedari awal lagi maksud Maza adalah secara umum, kenapa isu ini menjadi panas? Adakah ianya umum yang membawa makna khusus? Atau umum yang tidak berhikmah?
Bagi saya, perbalahan antara salafi/khalafi/wahabi/ dan apa apa lah sejak dari awal lagi memang merugikan. Kita semua sudah jauh terlanjur kononnya kita boleh dan perlu berdebat, berbincang, mencari kebenaran, berhujah, tidak menyebelahi mana-mana parti dan bermacam lagi, sedangkan kita semua mungkin bukan ahlinya untuk terlibat di dalamnya.
Jika saya menyebelahi Pas, apakah dengan semudah itu, saya tidak bijak kerana tidak bersederhana, tidak adil sebaliknya berpihak, tidak berfikir kerana patuh kepada pemimpin dan bermacam lagi.
Apakah benar itu dengan tidak menyebelahi umno atau pas. Apakah kebenaran itu dengan tidak menerima dan menyokong Bersih?
TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN SEMUA.
OLEH KERANA SAYA MEMPUNYAI TUGASAN DI PULAU PINANG, MAKA SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGUNCI RUANGAN KOMEN BAGI ENTRI INI UNTUK MENGELAKKAN KOMEN-KOMEN YANG TIDAK SESUAI KETIKA MANA SAYA TIDAK DAPAT MENAPIS DAN MENGAWAL PERBINCANGAN.
INSYA ALLAH SAYA AKAN MEMBUKA SEMULA RUANGAN KOMEN INI PADA HARI AHAD 18 NOVEMBER 2007.
MAAF DI ATAS KESULITAN
ABU SAIF
Ustaz, saya guna artikel ustaz ni sebagai guide kepada khutbah saya di universiti di Chicago untuk berpesan kepada teman-teman Pakistan, yang kesemuanya tidak bersatu antara sokongan terhadap Musharraf/Bhutto/NawazSharif, dan supaya tidak ekstrim dan tidak mengiyakan kezaliman. Semoga ustaz terus berkongsi buah fikiran kerana manfaatnya tidak terhad kepada orang Malaysia, bahkan dapat saya panjangkan kpd rakan-rakan Pakistan.
Salam,
Ana hanya nak coretkan pengalaman yg ada di depan mata sahaja, Apa perkiraan kita jika kita melihat seorang mufti merampas mic crphone ketika imam membaca doa selepas solat? Adakah tindakan ini ada hikmahnya kepada anak jemaah yg melihat?
Naik darah melihat tindakan sebegini, kalau tak suka pun jgnla sentap mic dr imam tu, mana dia sunnahnya dalam menegur?
Kak ni kira baru juga join. Banyak sangat ketinggalan, hingga rasanya tak terlarat nak baca semua. Dan rasa tak layak pula nak join, tapi hati tu nak juga join. Dari tulisan2 yg menyumbang tu kak rasa kebanyakan nya berkelulusan tinggi agama. So klu ada yg x betul betulkan kak ye. Kak ni kira anak murid tua. Kami (kak & geng2 org lama, terdiri dr suri rumah & pesara2) dlm proses belajar dgn beberapa guru kat rumah, pejabat, masjid & surau.
Memang kami dapati kadang2 pengajar2 ni berbeza2 pendapat atas isu yg sama. Ada kawan2 kak yg tak tau mana satu nak ikut. Ada yg tak mau pening2 jadi depa pi kat satu dua kelas aja, ada yg tak pi belajar lagi.
Tapi kak & segelintir kawan2 teruskan & alhamdulillah pada kak perbezaan pendapat tu tak jadi hal lagi.
Kami buat pelan2 ikut kemampuan, (Nak elaborate contoh2 nanti panjang lebar pulak). Yg penting ilmu meningkat dan berterusan (mohon supaya hingga mati dlm belajar), dan kami berlapang dada .
Tentang kadang kala terdapat gelagat murid2 (murid2 senior ni lagi interesting) termasuk kami, dan guru2 yg kadang2 tak disenangi tu kami anggap adalah kerana mereka/kami tu ‘manusia’ yg tak lari dari kesilapan.
Mereka2 & kami2 adalah merupakan ujian. Dgn pegangan akidah yg mantap, niat IKHLAS utk belajar & mengajar insyaAllah akan diberi kefahaman yg betul ttg Islam. (correct me if I’m wrong).
So utk response bil 50, pada pendapat akak, tindakan mufti tu merupakan ujian utk hadirin masa tu.
Dia manusia biasa. Berlapang dada & sabar. Urusannya serah pada Allah.
Hanya Allah & mufti tu saja yg tau apa sebab sebenar.
Kita pun tak pening sangat fikir2kan. Klu nak lebih baik, doakan.
Pendapat ustaz pula?
[...] 9. jangan melampau. (dan jangan cenderung kepada sang zalim). baca lebih lanjut. [...]
[...] Apa yang diperkatakan kali ini oleh SS Mufti Perlis tentang kedudukan menegur pemerintah secara terbuka itu tidak mempunyai pertentangan dengan pendirian saya sebagaimana yang telah disebutkan di dalam artikel “AGAMAKU BERDIRI DI ANTARA DUA JANGAN“. [...]
Article yg mnjwb persoalan yg mengusutkan pemikiran saya selama ini. Tq, ustaz.
Seronok bile bca ayat2 awal article ni
Teringt blk kt KISAS…
Tp, SS Dr MAZA@ ktua Ultra Salafi ni dlu pon Presiden BADAR KIK…hmmm…
salam ustaz, nice post.fastaqim kama umirta ni motto sekolah saye..(kisas)