
“Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam lubang. Aaaaa……. kancil jatuh jauh ke dalam”, saya bercerita.
“Lepas tu?”, tanya Saif.
“Kancil berasa sakit kaki dan dia mengurut-urut kakinya. Macam ini…”, saya menarik tangan Naurah ke kaki saya dengan lagak mengurut.
“Jangan la Abi”, kata Naurah.
“Lepas tu?”, Saif bertanya lagi.
“Kepala kancil terus berfikir… macam mana aku nak keluar dari lubang ni”, saya menyambung.
“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.
“Oh ya… emm! Kepala kancil terus berfikir, macam mana saya nak keluar dari lubang ni”, saya membetulkan ‘kesilapan’ tadi.
“Lepas tu?” Saif menyambung lagi.
“Tiba-tiba kancil terdengar bunyi tapak kaki sesuatu yang besar. Hah, ini mesti sang Gajah. Naurah macam mana bunyi gajah?”, saya mencucuk perut Naurah.
“Eeeekkk!”, Naurah menggayakan bunyi gajah.
“Macam sakit perut aje gajah ni”, saya ketawa.
“Lepas tu Abi?”, Saif tidak berpuas hati sebab cerita saya merewang ke sana sini.
“Lepas tu kancil menjerit memanggil gajah. Wahai gajah! Langit nak runtuh. Tengok di atas sana tu. Hitam… awan jahat!”, saya bercerita lagi.
“Gajah tu dengar tak?”, Saif bertanya.
“Dengar. Dia bertanya kepada kancil macam mana dia nak selamatkan diri?”, saya menjawab.
“Kancil cakap apa?”, tanya Saif.
“Kancil kata, wahai gajah… kalau kamu nak selamat, masuklah ke dalam lubang ini. Macam saya…!”, kata saya.
“Gajah tu lompat ke?”, anak saya sudah tidak sabar dengan cerita yang perlahan ini.
“Tentulah… berdentum dia masuk ke dalam lubang. Dan apa lagi, kancil pun terus naik ke atas badan gajah dan melompat keluar dari lubang itu”, saya menyudahkan cerita.
Saif ternganga.
“Pandai tak sang kancil?”, saya bertanya.
“Kancil penipu. Tipu jahat”, kata Saif.
Saya menggaru-garu kepala.
Selama ini saya dibesarkan dengan imej kancil sebagai haiwan yang bijaksana. Hari ini, anak saya memberikan komen spontan bahawa kancil itu jahat kerana penipu. Manipulatif!
Ok, kita dengar cerita lain.
“Pada suatu hari, sang kancil lalu di tepi sungai. Dia ternampak ada banyak pokok rambutan di seberang sungai. Masak ranum. Yop dengan Naurah suka rambutan?”, saya memulakan cerita kedua.
“Suka!”, anak-anak saya menjawab.
“Kancil pun suka. Tapi dia tidak pandai berenang. Dia mesti mencari jalan macam mana hendak menyeberang sungai ini”, saya menyambung.
“Kancil buat apa?”, tanya Saif.
“Kancil dapat satu akal. Dia berdiri di tebing sungai sambil menjerit, wahai buaya sekalian. Aku adalah utusan raja. Aku mesti mengira satu dua tiga, berapakah jumlah kamu semua”, jerit sang kancil.
“Kancil tak takut buaya ke?”, tanya Saif.
“Buaya kuat tapi tak cerdik. Buat apa nak takut”, saya memberitahu.
“Beraturlah kamu semua sampai ke tebing sana. Aku mahu mula mengira, kata sang kancil”, saya ketawa kecil melihat anak-anak ternganga-nganga. Masuk lalat baru tahu!
“Lepas tu?”, tanya Saif.
“Kancil pun melompat ke atas kepala buaya itu satu demi satu. Yop tahu apa kancil cakap?”, saya bertanya.

Saif menggelengkan kepala. Naurah meniru sama.
“Kata sang kancil, satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk”, saya menggayakan luku ke kepala anak-anak.
“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.
Ishh, susah betul nak bercerita. Obses betul anak saya ini menentang penggunakaan perkataan AKU.
“Akhirnya, sang kancil berjaya menyeberang sungai. Dia berkata, ha ha ha, padan muka kamu semua. Saya sebenarnya hanya mahu memakan buah rambutan ini! Semua buaya di sungai marah kerana ditipu sang kancil”, saya menamatkan cerita.
“Jahatnya kancil. Suka tipu orang”, kata Saif.
Saya menggaru kepala.
Apa benda yang saya belajar selama ini?
Sang kancil bijaksana. Sang kancil pandai menyelesaikan masalah. Rupa-rupanya, sang kancil mewakili golongan manipulatif di dalam masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kita yang tidak habis-habis ditipu.
Patutlah susah nak mengundang perubahan.
Kita semua mangsa sang kancil!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











hihihi….pandai saif tu pk…kenape laa saye x pk macam saif dolu2..tabik springgg la kat saif! bijak..bijak… subhanallah! =D
zaman kegemilangan kancil dah berlalu, manusia dah berubah dah berevolusi, manusia dah tahu yang mana bijak dengan yang mana manipulatif.
Salam ya ustaz,
Ada penulis Barat pernah menulis “All that I want in life, I’ve learned it in the kindergarten”..maksud yg saya faham sbnrnya nilai2 yg kita perlukan dalam hidup kita telah belajar masa kecil, cuma mungkin waktu itu akal fikiran kita tak dapat hubungkan dengan pengalaman hidup.
Dan bila besar dengan mehnah yang pelbagai, nilai2 ini dihakis sedikit demi sedikit.
Berbahagialah mereka yang diberi kefahaman oleh Allah s.w.t.. Semoga saya dan kita semua bersama kelompok ini.
http://i12.tinypic.com/868scxj.jpg
Padam muka kancil ya Mfr, kah kah kah.
oh tertinggal satu lagi, nah pak din
http://i17.tinypic.com/85f8j9t.jpg
tertinggal satu lagi pak din,
http://i17.tinypic.com/85f8j9t.jpg
Salam ya ustaz,
Teringat saya kepada zaman kecil-kecil dahulu kala; antara zaman yang semakin terkambus (tertimbus) jauh dalam ruang ingatan; ditelan masa dan suasana. Budak-budak ni memang suka kalau mendengar orang bercerita, lebih-lebih lagi oleh ibu bapa mereka sendiri; macam yang ustaz lakukan. Di samping membina minda/pemikiran anak-anak, dapat juga merapatkan lagi hubungan dengan mereka. Anak-anak/budak-budak ni suka kalau ada orang yang cakap-cakap dengan mereka. Terasa dihargai. Adik saya begitulah juga. Seronok katanya. Apa yang mereka dengar, terus ingat. Jadi, kalau kita cerita yang elok, lekatlah yang elok dalam ingatan mereka. Sebaliknya, yang sebaliknyalah. Kita sebenarnya bertanggungjawab membina dan mengawasi pembinaan minda mereka. Kalau boleh jadi macam Saif tu pun, alhamdulillah. Mampu membezakan yang haq. Harap-harap Saif terus istiqamah terdidik sebegitu. Membesar sebagai anak yang dapat berdamping dengan abinya dan pejuang-pejuang kebenaran menegakkan yang haq dan menidakkan yang batil. InsyaAllah.
Bersatulah wahai buaya-buaya dan gajah-gajah. Jangan diperbodohkan lagi…
Salam kat Saif dan Naurah ya ustaz.
buaya dan gajah bersatu:
http://i16.tinypic.com/82ca4k1.jpg
kita amik manfaat hanyalah dari kancil yang ada afiliasi dengan perodua.
patut la selama ni saya sering rasa tak selesa bila dengar cerita sang kancil yang ‘bijaksana’..
berapa banyak lagi idola dongeng kita yang sebenarnya satu manipulasi idealisme utk memutarkan cara fikir manusia. pak pandir, lebai malang, mat jenin, dsbg. yg binatang selain kancil ada lagi ke x ye?
allahu a’lam
kreatif jgak mfr ni ek.. mantap2.
Nasib baik saya cek di spam comment. Link MFR banyak sangkut di situ. Mana-mana komen yang menyelitkan dua atau lebih URL akan didefinisikan sebagai spam oleh akismet. atau pun komen dengan URL yang rapat-rapat.
Anyway… komik begitu memang specialization MFR. Thanks a million…
maafkan saya. minta delete semua komen yang berulang. tiada niat saya ingin men ‘spam’ saifulislam.com ini. walaupun saya pernah dikenali sebagai spammer disebabkan suka meletak URL berbanding pendapat. wasalam.
(idea 2 komik yang awal itu idea lama zaman sekolah rendah dulu)
Salam kancil
1. Walauapa tajuknya, kalau nak dimanfaatkan perbincangannya memang boleh. Nampaknya terpaksalah anak-anak Ustaz Abu Saif membersar cepat, kerana ruang keluarganya telah berbau lain. Tapi rasanya tak kisahkan bau apa pun … yang penting memanfaatkan ruang dan waktu. Terutama kalau memang ada talent seperti Mfr, yang kalau diberi peluang betul boleh kalah Dato Lat, yang sekarang dah masuk Disney Channel ‘Bola Kampung’. Syabas Ustaz, Mfr, Dato’ Lat dan pembaca SI. Kalau dicadang Mfr jadi kartunis Saifulislam.com, ada sokongan tak? Tapi bau katun kena wangi sedikit dan menyeluruhlah!
2. Saya tertarik dengan “sang kancil mewakili golongan manipulatif di dalam masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kita yang tidak habis-habis ditipu”. Begitu juga sokongan dari Dr Kadir yang mengharapkan gajah dan buaya bersatu. Tak lupa penasan Mfr “Jemput orang luar, maka binasalah semua”. Kerana sebelum ini kata Kak Ija, “si Tipah asyik kena tipu”. Yang saya khuatirkan mangsa-mangsanya bukan sahaja bangsa kita (Melayu), tetapi yang seroius lagi ummah kita, Muslim. Kalau Melayu sahaja hilang di dunia, tak nangis sangat, tapi kalau Muslim kehilangan dunia, menangis tak berlagu, kerana akhiratnya juga akan hilang.
3. Syarief kata “pak pandir, lebai malang, mat jenin, dsbg” termasuklah kancil dan semua Hang-hang yang Lima itu, timbul zaman hampir 500 tahun Tanah Melayu dijajah dimulai dengan si Protugis, dengan bantuan Laksamana Melaka yang rasuah, bertukar tangan beberapa kali, sehinggalah si British akhirnya mengaut kekayaan bumi Malaysia dengan rakusnya untuk kemajuan mereka. Yang mereka ajar dan tinggalkan kepada kita ialah semua cerita-cerita tadi. Cerita-cerita itu tidak begitu menakutkan, tetapi yang lebih menakutkan lagi ialah apa yang membuktikan bahawa penjajah tidak membaca cerita-cerita dari Al Quran? Dan diceritakan ala Robin Hood kepada kita?
4. Sang Kancil masih Sang Kancil sehingga sekarang, seekor binatang comel, yang dipanggil mousedeer, banyak terdapat di Taman Tasik Perdana, satu ketika dahulu masa saya sering membawa anak-anak kecil saya mengenali binatang. Masalahnya Melayu masih juga Melayu yang masih ditahap Laksamana Melaka dahulu, walaupun Parameswara telah mengambil Islam sebagai ugama resmi pemerintahannya. Kini selepas 50 tahun merdeka, Melayu masih mahu mengundang kedatangan penjajah bentuk baru, dengan membuka ruang udaranya dirakam semasa mereka menjalankan aktibiti di luar peraturan dan perundangan yang dipersetujui bersama.
5. Kita tak nafikan banyak binatang-binatang digunakan dalam siri pengajaran kepada kanak-kanak di Barat, yang kini banyak diikuti di dalam dunia Islam. Pelbagai animasi kartun juga turut digunakan dengan kebanyakkannya menyelitkan nilai-nilai murni ke dalam cerita mereka. Saya kagum dengan kebijaksanaan kanak-kanak masyarakat Barat membesar dengan segala katoon dan karekter binatang, dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Habis sahaja zaman kanak-kanak mereka, segala pengajaran melalui segala karekter memanusiakan binatang dan animasi, dapat membantu mereka berfikiran lebih terbuka kepada kehidupan. Kenapa tidak berlakau di masyarakat kita? Melayu dan Islam?
6. Bagaimanapun iktibar dari ciri Kancil, yang selalunya dikaitkan dengan berfizIkal kecil tetapi berfikiran tajam, tidak boleh dimatikan dengan tajuk yang Ustaz pilih. Siri Kancil yang cerdik perlu terus dihidupkan tetapi yang perlu dimatikan atau diperbetulkan adalah persepsi Muslim, tetang manipulasi yang berkaitan dengan kecerdikkan Kancil atau sesiapa pun. Akhi Riyod pernah mengingatkan pesanana Al Quran “Inna Allah khairun maakirin”, sebaik-baik stretegi adalah kepunyaan Allah, yang ditulisNya, sebahagian besar di dalam Kitab Alam.
7. Muslim perlu membudayakan sebaik atau sehampir mungkin sifat Allah sebagai penstrategi atau pembuat rancangan terbaik, dengan mempelajari terbiah dan pelajaran yang Allah tunjukkan di dalam hasil kerjaNya, iaitu pembentukan Alam yang meliputi semua mahluk hidup dan tidak-hidup. Di dalam teori Darwin dan Big Bang, yang cuba menerangkan sejarah keberadaan alam semulajadi atau nature. Kenapa tidak manipulasi itu diarahkan kepada golongan yang menjadi musuh Islam? Malangnya Muslim yang tidak mahu belajar dari Allah, dari Sunnah Allah dan dari tarbiah Allah di alam semulajadi!
sepupu saya bertugas sebagai childplay specialist dengan postgraduate degree dari UK. Beliau bertugas di sebuah hospital. pernah beliau cadangkan kepada hospital supaya playroom pesakit kanak-kanak di hospital berkenaan ditukar catnya agar lebih berwarna ceria, dan dilukiskan animasi-animasi ala-ala mickey mouse dan yang seumpama dengannya.
malangnya, doktor di hospital berkenaan tidak bersetuju dengan alasan, kalau lukis gambar, nanti malaikat tak masuk bilik tu, nanti jadi punca pesakit tak sembuh dan mati…
saya hanya mampu menggelengkan kepala….
Salam.
Terharu ana tengok telatah Saif dan Naurah. Sememangnya ummah hari ini
memerlukan generasi yang boleh peka sebegini untuk mencapai kejayaan.
Semoga Saif dan Naurah terus berjaya dalam kehidupan kalian pada masa akan dtg.
Membaca artikel kali ni mengingatkan pada lagu kumpulan 5forty2 – Jom Jadi Jenin. Mesej yang bagus dari kumpulan anak muda ni. Melihat kisah Mat Jenin dari perspektif berbeza. Tapi mungkin akan ada kata pseudo-rappers..hmm..isu lain tu
Salam untuk anak-anak ustaz juga. Comel saif dengan naurah tu.
Menarik. Ditambah lagi dengan komik kreatif dari MFR. Memang menarik.
p/s: Tiada guna menjadi seorang yang bijak, seandainya kebijaksanaan itu digunakan untuk menipu orang lain yang kurang bijak.
Kembali memikirkan tentang sikap manipulatif yang ada pada kancil, rasanya manusia yang se’fikrah’ dengan kancil ini memang ramai dalam masyarakat kita hari ini. Menggunakan pelbagai helah untuk menyelamatkan diri sendiri,namun bila fikir-fikir balik, orang macam ni boleh rasa aman ke dalam hidup mereka? pastinya mereka akan berasa bimbang dan tidak selamat, kalau-kalau mereka yang pernah ditipu akan kembali untuk membalas dendam, diperbodohkan sedemikian.
Kecualilah mereka yang sepertinya gajah dan buaya itu mengambil sikap rela diperbodohkan dan tidak mahu bertindak balas. Apapun sambil-sambil search tentang kancil, terjumpa kisah ini daripada sebuah website ini
http://kancil10.tripod.com/index.html
Mungkin moral yang boleh diambil, jika semua bersatu untuk menyedarkan kancil tentang melampaunya dirinya, mungkin kita dapat mengharapkan suatu yang lebih baik pada suatu hari nanti…
insyaAllah
banyak pulak kiasan dan ayat terselit berlapis-lapis
tapi masih boleh difahami kan kan..
memang inilah masa untuk perubahan..
kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan kita, siapa lagi?
mereka menyediakan perubahan, kitalah mengubahnya!
Sebenarnya, banyak yang kita boleh ambil dari kisah Sang Kancil. Kisahnya terlalu banyak. Lihat saja apa yang kita dapat hasil dari perbincangan kisah ini.
1) satu perspektif baru dari Saif. yang membuatkan kita cuba menyemak kembali kisah-kisah tersebut.
2) hasil kreatif MFR. Comel, kelakar, sinis dan berisi.
dan lain-alin lagi.
Kisah Sang Kancil ni banyak. Saya ada terbaca satu buku himpunan kisah Sang Kancil yang menceritakan dari awal, sebab Sang Kancil mula menipu. Dia menolong haiwan kecil yang lain, lepas tu dia menjadi bangga diri atas kepandaiannya, lepas tu di tipu, dan insaf dan dia bertekat untuk menggunakan kepandaiannya untuk menolong yang lemah. Pada saya buku tu agak bagus. Tapi lupa publisher dia.. hehe..
bravo mfr!
sekurang2nya kita harus sedar bahawa ruang perjuangan tidaklah sesempit yang kita sangka meski tuntutan melapangkan kesempitan yg ada itu perlu diteruskan!
Mungkin moral yang boleh diambil, jika semua bersatu untuk menyedarkan kancil tentang melampaunya dirinya, mungkin kita dapat mengharapkan suatu yang lebih baik pada suatu hari nanti… insyaAllah – Dr Kadir.
Tetapi isunya siput itu pun menggunakan helah juga. Bagaimana ya? Matlamat tidak menghalalkan cara, kalau ikut peraturan pertandingan dah disqualified juga.
Berbalik kepada artikel ustaz, perbuatan kancil ni kategori tactical dan ia adalah seekor strategist. Yang penting apa yang dia lakukan tidak melanggar undang2, siapa suruh binatang2 lain percaya, betul tak?
Benar, kita tidak sepatutnya menjadi seperti kancil tetapi kita perlu mengenali insan2 berjiwa kancil ni agar kita tidak ditipu hidup2. Jangan menjahilkan diri terhadap kancil.
alahai naurah, chubbynya
Pelanduk dan kancil sama ke? Ada pepatah sebut jerat tak pernah lupakan pelanduk. Seperti sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Niat kancil baik dan berstrategi sebab berdepan dengan musuh yang kuat tapi tak cerdik-buaya.
Emmm benar juga kata kak ija tu.
Teringat pula suatu cerita tentang kisah kancil dan buaya juga, as buaya sudah semakin pandai dan mungkin dah educated sikit, time kancil menyuruh buaya-buaya itu beratur untuk dikira, mereka beramai-ramai beratur di atas darat dan menyuruh kancil untuk mengiranya…
Apapun berstrategilah dalam apa jua yang kita lakukan kerana pekerjaan tanpa perancangan dan strategi akan mudah dikalahkan. Turut tidak menjahilkan diri kepada musuh
Tapi rasanya tidak salah untuk kita berhelah dalam sesuatu perkara asalkan kita tidak menipu. Atau helah itu sememangnya menipu? Ke camana ustaz?
err… apa la nak susah-susah kan diri.. kancil tu kan binatang… kita tak yah la ikut cara kancil… pun jangan jadi macam buaya dan gajah…. so jadi lah manusia yang bertakwa…
Saya rasa, benda terakhir yang manusia nak buat ialah jadi binatang. walaupun saya masih terkejut tengok orang kahwin dengan anjing kat India, seperti yang tersiar dalam Kosmo minggu lepas.
Ini adalah cara orang kita berbahasa, in fact orang lain juga…. Cerita tentang binatang sudah lama digunakan untuk menceritakan watak manusia. Seperti yang juga boleh dibaca dalam Aesop’s Fables. So, bila cerita ni cerita binatang, janganlah disangka ia sebagai Animal Planet atau National Geographic.
Ia adalah juga cara Allah SWT di dalam al-Quran, bercerita tentang lebah, semut, nyamuk dan labah-labah, untuk mengumpamakan watak manusia.
Kisah kancil, buaya dan gajah, valid untuk menjadikan manusia bertakwa..
cerdik seperti sang kancil
dengan kata lain cerdik orang Melayu ialah dengan memanipulatif, menipu, dan memijak kepala orang lain untuk mendapatkan perkara yang dihajatkan.
dalam bible, matthew 10:16 ada disebut be as wise as a serpent.
“To be wise as a serpent means to have basic and fundamental knowledge of what areas you can go into and what areas you cannot go into – and to always be on your guard against the snares, traps, deceptions, and tricks that the dark side will try and throw at you in order to try and knock you off course, or try to enslave you into a dark area or into a dark side group of people.”
kita ada peribahasa “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” tapi kenapa boleh wujud kisah sang kancil yang memanipulatif binatang lain untuk kepentingan diri?
agaknya apa mesej sebenar orang dulu-dulu nak sampaikan dalam kisah ini?
“Sang kancil pandai menyelesaikan masalah. Rupa-rupanya, sang kancil mewakili golongan manipulatif di dalam masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kita yang tidak habis-habis ditipu.”
Saya kurang bersetuju dengan statement ini. Sebelum menilai watak Sang Kancil, adalah lebih adil kita melihat watak-watak lain terlebih dahulu seperti gajah, buaya dan harimau (walaupun tiada dalam cerita di atas).
Gajah. Binatang yang dilambangkan sebagai kekuatan dan kekuasaan. Gajah juga adalah lambang kebongkakan dan keangkuhan seperti yang digambarkan dalam Surah al-Fiil.
Buaya. Dikenali sebagai raja di dalam sungai. Melalui hikayat sang kancil, kita tahu buaya adalah watak jahat kerana selalu mengganggu ketenteraman binatang lain yang nak minum air di sungai.
Harimau. Raja di dalam hutan. Diceritakan bahawa Pak Belang ini suka menindas haiwan lain yang lemah. Sentiasa berasa sombong dan angkuh kerana kedudukannya sebagai raja hutan.
Dalam ketiga-tiga watak ini, mereka berkongsi satu perkara yang sama iaitu “kuasa”.
Kancil. Walaupun bersifat memanipulatif namun kita tahu sang kancil tidak pernah memanipulatif binatang lain yang lemah sepertinya. Malah sentiasa menolong mereka menghadapi binatang lain yang lebih kuat.
Kancil ialah lambang kepada rakyat biasa yang lemah.
Gajah, Buaya dan Harimau ialah lambang kepada pemimpin atau penguasa.
Kisah ini selari dengan keadaan Tanah Melayu yang ketika itu dalam penjajahan. Anak-anak muda dididik untuk jadi cerdik seperti kancil untuk bangun menentang penjajahan. Dan penentangan mestilah dilakukan dengan merancang dan berstrategi seperti sang kancil.
Lubang mungkin boleh digambarkan sebagai penjahahan. Buah rambutan mungkin boleh digambarkan sebagai nikmat kemerdekaan.
Wallahua’lam. Ini cuma teori saya. Entahlah
Antara peraturan asas kiasan ialah, membincangkan subjek dalam konteks kiasan itu sahaja.
Kalau belajar Usul Fiqh, lagi mudah nak faham statement ni.
Tidaklah nanti melarat sampai ke kedudukan kancil dalam ranking binatang di hutan, hubungan ‘sosial’ antara kancil dengan tapir di hutan, asal usul kancil dari pulau lain dan bagaimana boleh muncul di kepulauan melayu dan apakah kancil itu tidak berumahtangga dan siapa suami isterinya… kalau main macam ni, sampai 5GB pun tak habis cerita
emm… sy rasa sy setuju juga dgn pendapat saifuddin. sy teringat sebuah sejarah dlm dunia penjajahan Tanah Melayu. tak byk beza pun dgn kisah saifuddin, cuma sy analogikan sikit ke dlm bidang sy.
pd waktu penjajahan British, ketika itu, penjajah sedang menjejaki secara halus siapa antara rakyat Tanah Melayu yg berpotensi menggugat kedudukan mereka. waktu itu, org2 yg mereka nampak adalah pesilat2 Melayu yg berjuang atas nama bangsa dan agama.
demi mengukuhkan kedudukan penjajah, penjajah menabur janji2 manis utk mengumpulkan pendekar2 hebat. kalau di sini, sy anggap mungkin spt siput yg Kak Ija cakap tu. kemudian mereka buang pesilat2 ni dlm laut. hanya mereka yg benar2 hebat shj yg dpt kembali. di sini, sang kancil sudah mendpt pengajaran. apa akibatnya?
waktu tu dato’ meor mengilhamkan tari bunga tanjung, bunga teratai dan seni cindai. ketiga-tiga seni yg sgt lembut pd luaran tp sgt berbahaya dan dpt membunuh. ini helah yg digunakan sang kancil utk menipu sang gajah, buaya dan harimau. sebab itulah silat berkembang sbg sebuah seni.
tp, cerita sang kancil x berakhir di situ. kerana kecerdikan kancil menyebabkan kancil sombong. dan dia semakin lupa diri dan terlupa hakikat kecilnya fizikal dirinya. di sini analoginya konflik persilatan sehingga pembelajaran dgn dato’ meor x dihabiskan dan org Melayu pun semakin terkandas. kemudian, seperti yg Dr Kadir cakap, buaya pun semakin bijak dan tak membenarkan mereka ditipu lg. maka bermulalah ‘penipuan’ buaya terhadap kancil, pihak penjajah memulakan penjajahan mental, atau ‘ghazwul fikr’ (perang pemikiran).
apa kesudahan yg terjadi pd sang kancil?? sy rasa, generasi akan dtg nilah yg akan menentukan nasib sang kancil..
insyaAllah, kalau semua kanak2 dididik dgn kritis mcm Saif dan Naurah, pengakhiran sang Kancil tidaklah seburuk mana..
1GB pun saya rasa dah cukup ustaz untuk perbincangan sepanjang itu. Maktabah Shamilah pun hanya guna 3GB space. Apatah lagi kisah-kisah hikayat. kekeke…
saja je akhi
… panas malam ni. susah betul nak tidurkan anak. cerita kancil pun tak makan.
mungkin kena bagi cerita tamar jalis baru ok kot…
ustaz, mengapa kata diri aku dikatakan tak baik? sedangkan bagi orang jawa , aku = saya. so apa masalahnya?
sebab saya sekeluarga bukan orang jawa.
kebetulan abang-abang saya berkahwin dengan orang jawa dan penggunaan aku adalah sangat baik dan biasa. no problem. tetapi bila balik ke keluarga kami yang bukan jawa ni, tidaklah ia digunakan kerana berbeza kesan.
tiada masalah di situ…
“syu’uuban wa qabaaila li ta’aarafoo”
kancil boleh diceritakan dengan versi taqwa:
http://i2.tinypic.com/81tuo1y.jpg
Teruskan usaha kreatif mfr.Suatu idea yang cukup menarik dan mencetuskan daya berfikir dari perspektif dan dimensi yang berlainan.Setiap manusia itu di ciptakan dengan kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..-Anugerah DariNya,Rabb yang Esa.
Gunakanlah ia dengan sebaiknya.Setiap yang diciptakan pasti dan pasti tersirat hikmat dariNya.”Mumtaaz wa ahsanta,ya anak-anak ustaz.InsyaAllah,moga jadi pelapis perjuangan islam di masa depan.InsyaAllah.”
ustaz,saya tertarik dengan cerita diatas. tak sangka sebenarnya kita dibesarkan dengan minda yg berbeza dengan anak2 sekarang…alhamdullilah saya rasa anak ustaz membantu kita semua mencelikkan mata yg selama ini tertutup dengan kelopaknya..=)
Akak rasa jika kita terpengaruh dengan kisah atau tindakan kancil ni, kita mungkin tersalah langkah. Jadi, kancil ni a la robinhood la ye. Kita perlu kembali kepada paradigma bahawa pengharapan kita kepada Allah dan Hari Akhirat dan ingat Allah banyak2.
Harap2 kiasan akak ni tak terkeluar dari context, terdapat segolongan masyarakat yang berfikir bahawa kita tidak dapat berjaya dalam perniagaan sekiranya kita jujur. Pemikiran ini juga mendokong watak kancil sebagai hero, sedangkan ianya jauh dari kebenaran.
Mungkin juga kita boleh ambil idea mfr tu, kita didik kancil subaya menjadi bertakwa. Berterus-terang dengan buaya, sekiranya mereka tidak mahu tolong binalah kehidupan yang baik di situ, tidak perlulah menyeberang sungai tersebut, atau tunggu seseorang menyiapkan titi.
Penindasan dan kezaliman dibalas dengan penipuan, tidak akan membawa natijah yang baik. Jika dua orang berniat untuk membunuh, yang membunuh pasti berdosa tetapi yang terbunuh jua tetap berdosa kerana mempunyai niat untuk membunuh.
Syabas Saif, ummu dan abi saif kerana berjaya mendidik anak2 untuk menilai kebenaran
Satu kisah yang membuka ruang untuk kita berfikir.
Mungkin benar kata ustaz, 5GB pun tak cukup sebab ilmu tu luas. Walau hanya dari kisah sang kancil, tapi kita boleh mengembangkan idea tu seluas-luasnya.
Banyak idea yang nampak macam pro dan kontra di sini, tapi asasnya sama, membentuk satu pemikiran. kalau kita tak sokong, kita mesti ada hujah yang kuat, bukan ikut-ikutan ajer. kalau sokong pun kena ada hujah yang kuat jugak. Tapi, takder la sampai kutuk-mengutuk. Masing-masing padai menunjukkan rasa hormat dalam mengulas sesuatu perkara.
Kisah Tamar Jalis baru makan? Hehe, ustaz punya gurau ni selalu menggeletek hati saya.
Saya rasa ustaz, di samping pengetahuan yang berkembang atau lebih kemas, panduan berfikir
juga harus kita semua di sini sama2 belajar. Saya sangat gembira dapat belajar mengemaskini
panduan berfikir – bukan saja memuntahkan pengetahuan.
Berdekah-dekah ketawa keseorangan kerana mfr punya penangan. Jazakumullahulkhayr. Mantap-mantap semuanya. Lama dah mengikuti entry Ustaz ni, baru ni tergerak nak leave a comment. Terimakasih Ustaz.
Seingat saya, waktu saya kecil dulu cerita Sang Kancil ini diakhiri oleh nenda saya dgn kesimpulan bahawa “Fikiran yang lebih baik mengatasi kekuatan fizikal”..
Tapi waktu kecil dulu saya fikir semua yang nama fikiran ini ‘jernih-jernih’ belaka..atau dengan kata lain kalau nama guna akal tu mesti bersifat positif. Bila dah besar saya sedar bahawa fikiran itu boleh dimanipulasi ke arah yang baik atau buruk.
Bukan salah fikiran, tapi salah si pemikir! Benarlah maksud hadis Rasul s.a.w. berbahagialah mereka yang diberi kefahaman oleh Allah s.w.t.. Moga kita semua dalam lingkungan keinginan Rasulullah s.a.w..
Tak bermaksud untuk mencapahkan perbincangan ke ruang private, mungkin kita boleh kaitkan kekuatan fikiran berbanding fizikal ini dlm menilai keutamaan perjuangan – bahawa tidak cukup sekadar tunjuk rasa; mungkin nisbah tunjuk ras dan bergiat di alam fikir harus lebih jelas. Allah s.w.t. juga yang memberi kita faham.
hmmm…
knape dulu x tepiki yg sang kancil nih penipu???
subhanallah…ternyata yg saif dan naurah lbh sensitif dr saya…
Akal, roh, minda, faham duduk di sebelah kanan atau positif sementara pasangannya nafsu, rasa, hati, jasad di sebelah kiri dan berpotensi negatif. Jiwa atau diri di tengah-tengah boleh dipengeruhi oleh kedua-dua unsur, +ve dan -ve. Yang mana menang akan menceritakan ciri jiwa, seperti jiwa berwibawa, tenang, resah dan sebagainya. Menggunakan akal untuk membantu perasaan ibarat carakerja yang baik ke arah tujuan yang jahat. Manusia mendapat jasad terlebih dahulu dari akal, membuatkannya lebih berpengalaman mengendali keburukan dari kebaikan. Setiap yang dibentuk Allah berpasangan, paling asas baik dan jahat. Contoh akal boleh memikirkan yang baik dan jahat, tetapi penggunaan sebenarnya mengarah kepada kebaikan. Masakan Allah memberikan akal dan ilmu, sebagai lambang kepada kekhalifahan manusia. Kotornya akal diakibatkan nafsu menyeliputinya, ibarat kereta yang kotor dipenuhi lumpur, masih boleh dibersihkan kerana kereta itu sebenarnya bersih.
[...] Salam kancil [...]
moga-moga tambah bagus ceritanya ,cerita ini sebenarnya ada kesalahan tapi mohon diperbaiki
ntah apa apa la cerita sang Kancil.. Tak best langsung masuk pulak Abi dan semua benda jadi confius. Tak best tak best