Beragama Tanpa Tuhan

Gambar hiasan
“Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang lelaki di zaman Andalus.
Namanya Hayy ibn Yaqdhan. Anak muda yang tercampak ke sebuah pulau asing, dan sejak kecil beliau membesar sendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoe kurun ke-18.
Hayy ibn Yaqdhan tidak pernah tahu apa itu ‘agama’. Beliau membesar dengan belajar hukum alam di sekitarnya. Belajar mengajuk cakap binatang, belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat.
Tetapi di dalam diri Hayy, ada suatu unsur kuat untuk dia melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Unsur untuk membolehkannya ‘berfikir’ tentang Kuasa Agung di sebalik semua material yang mengelilinginya. Semua ini tidak bermakna kecuali ia dihubungkan kepada Kuasa Agung itu.
Hayy terus menelah kehidupannya dan dia sampai kepada yakin, bahawa tiada kebahagiaan dalam hidup ini kecuali dengan bertafakur dan merenung Kuasa Agung itu, dialah Tuhan.
Hayy hidupnya begitu.
Dorongan fikir dan renungnya terhadap ‘Allah’ melalui mesej-Nya yang disampaikan melalui ciptaan Allah memaksa Hayy untuk dengan sendirinya tunduk rukuk, malah rebah sujud ke bumi. Terasa benar siapa dirinya, hingga tersungkur di depan Dia.
Segala-galanya berubah, apabila Hayy dikunjungi buat pertama kalinya oleh seorang lelaki dari ‘negeri bertamadun’. Lelaki itu bernama Absal.
“Manusia apakah ini yang hidup sendirian, bersalut bulu angsa untuk menyembunyikan anggota sulitnya?”, Absal terkejut melihat Hayy.
Setelah puas berusaha meyakinkan Hayy bahawa kedatangannya tidak membawa apa-apa maksud yang tidak baik, Absal dan Hayy bersahabat karib.
Pada renungan Hayy, biar pun Absal ini beragama dengan ‘agama itu’, cara Hayy bertafakkur dan berhubung dengan Tuhannya, selari dengan agama yang dianuti oleh si Absal. Namun, akhirnya mereka berdua akur bahawa ‘agama’ Hayy itu lebih asli berbanding amalan Absal yang hanya berorientasikan ritual semata. Atas kesepakatan ini, Absal membawa Hayy ke negerinya yang bertamadun itu untuk memperkenalkan ‘agama tulen’ si Hayy.
NOVEL
Kisah di atas bukan catatan sejarah. Hayy ibn Yaqdhan dan Absal hanyalah dua watak fiksyen. Ia merupakan kisah yang dikarang oleh seorang ahli falsafah Arab bernama Ibn Tufayl di negeri Andalusia, untuk mengkritik secara kiasan terhadap masyarakatnya ketika itu.
Ibn Tufayl tidak menyebut apakah agama si Absal yang dikatakan penuh ritual tanpa makna itu. Tetapi agamanya berteraskan sehimpun solat dalam sehari, berpuasa di bulan tertentu, memberi bantuan kepada si miskin dan ziarah ke tempat suci. Sebagaimana agama Hayy ibn Yaqdhan dipraktikkannya tanpa nama, Ibn Tufayl juga tidak menyebut secara jelas bahawa agama yang dikritiknya ketika itu adalah agama Islam yang diamalkan oleh penduduk Andalus.
Mengapa harus dikritik? Mari kita sambung perjalanan Hayy ibn Yaqdhan bersama Absal…
Hayy teruja.
Teruja melihat penduduk negeri Absal beribadah sepertinya. Rukuk, sujud… semuanya serba serbi. Banyak persamannya.

Tetapi Hayy tidak lama begitu. Dia segera mengesan, bahawa segala perbuatan kaum di negeri Absal itu hanya ilusi. Mereka melakukan ibadah secara kosong tanpa makna. Tidak faham mengapa rukuk, tidak tahu mengapa sujud. Justeru ibadah mereka tidak memberi bekas. Tiada kesan.
Kehidupan penduduk negeri itu sibuk dengan huruf-huruf pada teks aturan agama tetapi mereka kehilangan roh aturan agama itu.
Hasrat Hayy untuk mencari manusia pintar yang boleh menerima dan mempelajari ‘agama tanpa nama’nya itu, tidak berhasil. Lantas Hayy dan Absal mengambil keputusan meninggalkan ‘negeri bertamadun’ itu kerana pada hemat mereka, penduduk di situ tidak lebih dari sekadar makhluk yang umpama binatang yang tidak berakal.
Mengapa?
Seperti binatang… hidupnya juga ada peraturan. Malah jarang sekali peraturan itu dilanggar. Tetapi binatang itu tidak mampu memahami maksud agama Hayy, kerana mereka tiada akal. Manusia yang mengikut peraturan tanpa akal, binatanglah mereka!
“Mereka bergantung sepenuhnya pada meniru pesan Nabi dan tradisi agama, secara melulu tanpa berusaha untuk memahami maksud perbuatan mereka itu”, simpul Hayy.
PEMURNIAN AGAMA
Apa yang dilakukan oleh Ibn Tufayl di dalam novel fiksyennya ini, hampir sama dengan apa yang cuba dilakukan oleh Moses Maimonides kepada Judaism. Agama yang sudah menjadi ritual.

Moses Maimonides
Tetapi saya lebih terkasima dengan kisah Hayy ibn Yaqdhan. Lebih dari ungkapan tentang Robinson Crusoe sebagai novel pertama Inggeris, lebih dari Moses Maimonides yang hidup lebih awal, sezaman dengan Ibn Tufayl. Kerana hakikatnya, kritikan Ibn Tufayl kepada masyarakat Andalus melalui kisah Hayy ibn Yaqdhan dan Absal ini, masih relevan dan kena dengan kesengsaraan jiwa saya melihat kelakuan Muslim hari ini.
Agama menjadi ritual.
Kita semakin beragama tetapi beragama tanpa Tuhan.
BERTUHAN TANPA AGAMA
Terdahulu, saya kasihan melihat Eropah. Kekecewaan mereka terhadap agama Kristian yang penuh kecelaruan dan bertentangan dengan asas akal manusia, ramai yang lari meninggalkan agama.
Tetapi ini tidak bermakna mereka lari meninggalkan Tuhan. Berbekalkan keyakinan kepada Tuhan, mereka masih terus cuba mengenal pasti kehendak-Nya, tanpa agama. Lantas muncullah para saintis seperti Newton dan terutamanya François-Marie Arouet atau lebih dikenali dengan nama penanya Voltaire.
Tentu sahaja jika diukur pada soal hablun minallah, maka mereka tidak teratur malah tidak tentu arah dalam cubaan menjustifikasikannya. Tetapi sari pati di sebaliknya masih ada. Fahaman Deism, yang saya simpulkan sebagai berTuhan tanpa agama, sudah cukup untuk memahamkan kepada kita mengapa tanpa Risalah Kenabian dan Syariat yang jelas, Eropah masih boleh bangkit sebagai sebuah masyarakat yang sistematik dan bertamadun.
CETUSAN SEBUAH REVOLUSI
Liberty… pembebasan
Equality… kesama rataan
Fraternity… persaudaraan
Slogan itu adalah intisari Revolusi Perancis. Ia berperanan besar dalam mendefinisikan kembali apakah itu keadilan bagi sebuah pemerintahan. Keadilan yang menjadi subjek tertinggi turunnya Syariat dari Pencipta alam kepada penghuni alam. Berlaku adil dan kehidupan, dan pemerintahan.
Tetapi sedarkah kita bahawa ketiga-tiga elemen itu, merupakan khasiat sebenar Tauhid dan Syahadah kita kepada Allah?
Apabila kita lafazkan ungkapan La Ilah… ia menjadi teras kepada sebuah pembebasan. Membebaskan diri dari diperhambakan oleh diri yang lain. Jangan lagi ada manusia yang cuba menindas manusia lain.. La Ilah menyuntik pembebasan. Revolusi Perancis melaungkan La Ilah pada ungkapan Liberté, dan kerana mereka kabur dengan Tuhan sebagai rujukan, Liberté itu berjaya mencetuskan pembebasan tetapi dengan pelbagai kesan sampingan.
Akan tetapi seorang Muslim melaungkan La Ilah demi keluar dari penindasan dan perhambaan, lalu diikat kepada IllaLlaah! Bahawa kita keluar dari perhambaan bukan kepada menjadi Tuan. Kita keluar dari perhambaan sesama manusia, kepada pulang menjadi hamba kepada Dia, Allah Tuhan yang Maha Mencipta.
Kerana itu, antara komen awal yang diterima oleh Baginda SAW tatkala melaungkan seruan La Ilaha IllaLlaah ialah “seruan ini dibenci raja-raja yang memerintah”. Sesiapa sahaja yang memahami maksud Kalimah Tauhid itu akan tahu bahawa ia akan melucutkan hak menindas yang dinikmati oleh pemerintah.
Perancis di Eropah bertolak dari Liberté itu kepada égalité atau equality.
Setelah manusia bebas dari perhambaan sesama manusia, barulah mereka bersedia untuk menerima hakikat bahawa setiap insan dilahirkan sama. Tiada lebih arab ke atas ajam, tiada lebih putih ke atas hitam, malah tiada lebih penguasa dan rakyat, kecuali semuanya sama di hadapan peraturan dan undang-undang. Seruan ini membawa kepada deklarasi tahun 1789 bahawa setiap individu adalah sama statusnya sama ada terhadap hak mendapat perlindungan undang-undang, atau hak dihukum oleh undang-undang.
Inilah juga kesan Tauhid bahawa perlindungan sebuah kerajaan bukan hanya kepada orang kaya, malah turut memberi jaminan kepada si miskin. Hukuman jenayah bukan hanya mengerat tangan si miskin, tetapi juga si kaya serta penguasa. Lupakah kita kepada seruan perpisahan Nabi SAW di Hajinya yang satu itu?
“Wahai manusia sekalian! Sesungguhnya Tuhanmu adalah Satu, dan kamu semua berasal dari bapa yang satu, setiap kalian berasal dari Adam, dan Adam terbuat dari tanah, orang yang paling mulia di antaramu adalah mereka yang paling bertakwa. Tidak ada keutamaan bagi orang arab atas orang non arab, dan (sebaliknya) tidak juga bagi orang non arab atas orang arab. Juga tidak ada keutamaan bagi orang kulit putih atas orang kulit merah, kecuali dengan TAQWA”
Kesamarataan ini adalah intipati keadilan. Dengannya manusia memandang manusia lain dengan rasa kebersamaan. Di atas titik itu mereka berupaya untuk hidup sejahtera, bekerjasama di dalam lingkungan ukhuwwah persaudaraan. Biar pun Eropah memilih pelbagai jalan yang sulit untuk mendefinisikan fraternité atau Fraternity itu, namun mereka komited dalam usaha. Daripada Kristianisasi yang berfungsi sebagai tali pengikat di antara sesama manusia, mereka menyeru kepada rasa cinta kepada tanah air, demi sebuah penyatuan.

The storming of the Bastille, 14 July 1789
JELEK TERHADAP EROPAH
Kita mungkin jelek dengan Eropah dan jelek dengan usaha saya membuat perbandingan ini.
“Ada apa dengan Patriotisma ala Revolusi Perancis itu?!”, bermuncung-muncung kita mengkritik.
“Sama rata? Sama rata apa kalau perempuan memakan masa yang panjang dan susah payah yang jerih untuk sekadar membolehkan mereka itu ada hak memiliki harta, dan mengundi? Islam sudah lama begitu”, sombong seorang Muslim terhadap Eropah yang dipandangnya penuh jelek.
Ya, jika mahu diungkit kekurangan Eropah, kekurangan itu memang banyak. Apatah lagi jika cerminnya adalah Islam yang silam. Memang jauh sekali hebatnya Islam berbanding Eropah. Tambah pula jangan dilupa, bahawa Eropah itu berTuhan tanpa agama!
Tetapi busuk-busuk Eropah, biar pun dengan ideologi yang pelbagai, mereka mampu bertolak ansur dengan sentimen masing-masing terhadap sempadan negara. Mereka mampu membentuk Kesatuan Eropah. Kita yang Muslim dengan satu Tuhan, satu Rasul, satu Kitab dan satu Syariat itu, mampukah satu itu menghasilkan Kesatuan?
Kesatuan Arab?
Kesatuan Negara Muslim?
Pencapaian terbaik kita setakat ini ialah bersetuju untuk tidak bersetuju.
Jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka, apa perlunya dunia ini kepada Islam? Jangan main-main dengan soalan ini, kerana anda wajib bersedia menjawabnya.
Kita bangga dengan konsep Syura, tetapi sejauh mana pandangan orang ramai diambil kira? Usahkan orang ramai, sejauh mana pandangan pihak lawan di dalam medan sekecil parlimen, diambil kira? Tanya sahaja mana-mana negara Muslim, apakah ada Freedom, Equality dan Fraternity yang boleh diketengahkan untuk menandingi Eropah yang dipandang buruk itu?
KEADILAN SOSIAL ALA SUMER
Lawatan 2006 saya ke Dublin mencetuskan sesuatu di minda.

Standard biasa kebanyakan rumah di Dublin
Saya melihat hampir kesemua projek perumahan dalam lingkungan usia sedekad ini, dibina dengan spesifikasi yang hampir sama. Boleh dikatakan kawasan perumahan di mana-mana sahaja yang sedang dibangunkan, ia mempunyai standard yang sama. Pembeza harganya hanyalah lokasi. Atas dasar ini, sesiapa sahaja yang mahu membeli rumah, akan membeli rumah yang ITU. Lantas di sebuah kawasan perumahan, bertemulah kita dengan seorang doktor berjiran dengan guru, tukang paip, akauntan, jurutera dan ahli perniagaan. Rumah mereka sama.
Jika ada yang kayanya lebih, mungkin dia akan membeli lebih dari satu rumah untuk pelaburan, atau beli sahaja istana lama di kawasan rural yang jauh dari penempatan awam. Lantas tidak wujud istilah rumah kos rendah di sisi rumah mewah. Tidak ketara di bandar besar seperti Dublin, adanya golongan elit ala Sierra Mas yang mustahil bertemu dan bercampur gaul dengan komuniti perumahan kos rendah di Damansara Damai di seberang jalan.
Sungguh….. perkataan apa yang patut diguna di sini? Sungguh Islamik!
Teringat saya kepada struktur seni bina bandar Ur kaum Sumer. Rumah ahli agama dan ahli politik serta rakyat jelata duduk di tempat yang sama. Pusat bandarnya pula ada rumah ibadah mereka. Ia menjadi asas tafsiran pengkaji sejarah bahawa struktur begini sulit untuk berlaku kecuali dengan kuasa agama, agama Tauhid yang memberikan equality kepada sesama manusia.
Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam. Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita. Tetapi bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?
Soalan ini terbuka kepada perbincangan.
Equality di Eropah bukan mainan ceramah atau tulisan, ia adalah nilai teras justeru dapat dilihat dalam polisi awam dan dinikmati oleh semua.
Dublin dan Eropah itu tidak punya Islam. Tetapi mereka ada nilai Islam. Eropah berTuhan tanpa agama.
MUSLIM BAGAIMANA?
Kita ada serba serbi.
Rujukan kita lengkap.
Bukan sahaja lengkap, malah jangan dicabar kesahihannya. Persenjataan ilmu kita amat kukuh untuk mempertahankan ketulenan agama kita.
Tetapi, dengan agama yang sahih itu… apakah terbit nilai yang sebenar? Apabila Allah SWT memerintahkan kita agar berlaku adil, dapatkah manusia lekeh setinggan dan manusia elit di puncak bukit menikmati keadilan yang sama?
Bagaimanakah layanan pemerintah di negara-negara Muslim terhadap rakyatnya? Terhadap pembangkang di dalam sistemnya? Terhadap kebolehan bersuara memberikan pandangan? Adakah ruang untuk seorang rakyat biasa di atas kerusi roda masuk ke parlimen untuk menyoal pemimpin tertinggi, seperti nikmat hari Rabu di sebuah Parlimen tanpa Islam bernama Westminster?
Jika semua itu tidak wujud pada amalan, di manakah silapnya?
Hayy ibn Yaqdhan akan lebih terseksa jika ziarahnya sampai ke kehidupan kita hari ini.
Agama kita hanya ritual. Bukan sahaja ritual pada sujud dan rukuk, malah ritual dalam segala-galanya. Tanpa makna.
Kita tegas menentang riba sebagaimana yang diperincikan oleh teks agama, tetapi alternatifnya sama menindas. Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada.
Kita solat, berpuasa, berzakat dan berhaji, tetapi sejauh mana solat menjadikan kita ini sujud dan tunduk di luar solat? Sejauh mana puasa membebaskan diri dari perhambaan kepentingan peribadi, kepada mengutamakan kepentingan yang Maha Tinggi? Sejauh mana zakat kita menjadikan komuniti Muslim sebagai komuniti yang saling menjaga kebajikan si miskin yang tiada status sosial? Sejauh mana haji kita menjadi kemuncak Freedom, Equality dan Fraternity?

Kita berusaha keras untuk mensahihkan penampilan luaran ibadah kita, tetapi pedulikah kita kepada roh ibadah itu sendiri?
Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit… ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan. Apakah kita benar-benar berhubung dengan Allah melalui solat kita yang sahih itu? Jika kita berhubung, mengapa Solat kita tidak melahirkan manusia hamba? Lebih ramai yang sahih solatnya, lebih ramai yang berkelakuan seperti tuan, bukan hamba seperti yang sepatutnya.
Itu dalam soal ibadah individu.
Bagaimana pula dalam soal yang lebih besar?
RITUAL DALAM BERPOLITIK
Tunuslu Hayreddin atau Khayr al-Din al-Tunisi, bekas presiden Tunisia yang juga Menteri Utama Khilafah Othmaniyyah di zaman Sultan Abdul Hamid II, sudah mengingatkan kita bahawa keupayaan Eropah untuk maju, misalnya di zaman Charlemagne, bukanlah kerana Kristiannya mereka. Tetapi kemajuan itu dicapai atas komitmen mereka kepada JUSTICE, keadilan!
Inilah yang mesti disedari oleh pemerintah Muslim, bahawa mereka harus sedar bahawa maksud Islam dalam pemerintahan, ialah pada menegakkan keadilan. Tidak cukup menjadi pemerintah Muslim, jika pemerintahannya kosong dari komitmen kepada keadilan.
Apa maknanya tertegak sebuah pemerintahan yang diwartakan sebagai pemerintahan al-Quran dan al-Sunnah, jika ia jauh dari komitmen terhadap keadilan? Keadilan adalah akhlak sebuah kerajaan yang lurus.
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Al-Nisaa’ : 58)
Sebagaimana Hayy ibn Yaqdhan kecewa dengan penduduk negeri Absal yang ‘menyembah teks’ kerana berkelakuan seperti haiwan tanpa akal, saya juga terus berkongsi kekecewaan dengan golongan agama yang berkelakuan yang sama hari ini.
SALAF DAN KHALAF
Salaf dan Khalaf berkongsi masalah yang sama. Fazlur Rahman pernah memberikan komen tentang gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab, bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab mahu membasmi taqlid dari masyarakat, tetapi beliau telah membuang instrumen terpenting untuk seseorang keluar dari taqlid, iaitu akal. Lantas mereka yang mengikut manhaj Muhammad bin Abdul Wahhab berpindah dari satu jenis taqlid, kepada taqlid yang lain.
Bagi khalaf pula, biar pun mereka tegas mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal. Apakah ada sebab untuk Sifat 20 dipertahankan, jika dalam masa yang sama kita menolak fungsi akal dalam memahami agama.
Lantas kedua-dua golongan ini terus berbalah di sepanjang sejarah, atas kesepakatan mereka menolak faculty of reason. Jika ada yang cuba keluar dari dua kelompok ini, segera pula dibungkus dengan plastik berjenama Muktazilah! Habis cerita…
SIASAH
Soal pemerintah yang melakukan kesilapan dan kesalahan, ia adalah sesuatu yang lumrah. Ia terbit dari sifat asli manusia. Kerana itu sains politik diletakkan sebagai cabang disiplin sains sosial (sains kemanusiaan). Apa sahaja ideologi yang menjadi dasar sesebuah negara, ia akan memperuntukkan kaedah check and balance untuk mengawal keadaan ini. Biar pun pemerintah tidak gemar dengan pembangkang, tetapi untuk menafikan peranan pembangkang sebagai pelengkap kepada sebuah sistem, belum ramai yang sampai ke situ, kecuali pemerintah maha diktator.
Tetapi penyembahan teks tanpa peduli kepada maksud Syariat Allah, menjadikan lahir segelintir ilmuan agama lebih rela melihat berleluasanya kemungkaran, berbanding usaha membetulkan keadaan.
Sebagai suatu kajian kes rujukan, munculnya golongan ni atas pegangan mereka kepada teks Sunnah yang menyebut larangan menegur pemerintah secara terbuka, mereka mematuhinya tanpa peduli kepada apakah maksud di sebalik perintah itu. Apa yang mahu dipertahankan ialah, jangan ditegur pemerintah itu. Baik di parlimen, atau di mana sahaja.
Soal maksud pemerintahan untuk menegakkan keadilan terhadap rakyat, semacam terlalu murah untuk diberi perhatian.
Lantas Eropah tanpa agama, lebih telus dan komited dalam melaksanakan keadilan kepada rakyatnya, berbanding negara mahu pun negeri al-Quran dan al-Sunnah. Lihat nasib pembangkang di negera dan negeri itu, lihat kekebalan pemerintah di negara dan negeri itu? Di situlah suburnya maksiat. Mungkin bid’ah rakyat rancak dihapuskan, tetapi maksiat pemerintah dan ketidak telusan dalam pemerintahan, dibiarkan begitu sahaja kerana kepercayaan bahawa pemerintah tidak boleh ditegur, bersabar ke atas maksiat mereka adalah jalan Taqwa.
Sesungguhnya ini adalah kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan, menurut tafsiran Ibn Tufail di dalam novel kritik sosialnya melalui watak Hayy ibn Yaqdhan dan Absal. Apa yang mahu dicapai oleh seruan Baginda SAW langsung tidak dipeduli, Apatah lagi seruan oleh Rasul yang sama terhadap tuntutan kalimatul haq ‘inda Sultan Jaa’ir.
Ketika semua ‘agama’ dan ideologi menerima bahawa kestabilan negara mesti dijaga, kerajaan mesti berlaku adil, dan kesilapannya mesti diperbetulkan, melalui pelbagai sistem yang ada, tiba-tiba hanya ada satu versi sahaja yang muncul memberitahu sebaliknya. Dan ia muncul atas nama al-Sunnah. Bahawa mengkritik pemerintah ialah suatu dosa!
Dosa warisan puak Khawarij!

Jika Hayy ibn Yaqdhan masih hidup, mungkin komennya semasa mendarat di semenanjung ini ialah… this is a pseudo religion, agama saduran!
Tidak hairanlah, Muhammad Abduh pergi ke Paris dan pulang ke Kaherah, membuat kesimpulan bahawa, “aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim, dan aku pulang ke Kaherah dan kutemui Muslim tanpa Islam!”
Kita bersolat sekadar ritual.
Kita berzakat sekadar ritual.
Kita berpuasa secara ritual.
Kita berhaji secara ritual.
Malah kita berekonomi secara ritual, dan malang sekali… kita juga berpolitik secara ritual.
Eropah bertuhan tanpa agama, Muslim beragama tanpa Tuhan. Eropah sesat menuju Akhirat, Muslim muflis dunia dan nasibnya juga belum tentu di Akhirat. Lantas agama kita kosong dari nilai… hanya ritual seperti kepatuhan lembu terhadap naluri laparnya yang menuntut rumput.
Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Assalamua’laikum,
Isu yg sama dibangkitkan oleh YM Raja Petra Kamaruddin di dalam Malaysia Today tp dlm nada yg lebih keras.
wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam ya Ustaz.
1 lagi artikel yang mencerahkan! Voltaire pernah berkata “Fanatisme adalah penyakit segala abad!”. Pada hemat saya, cerita berTuhan tanpa agama dan beragama tanpa Tuhan ini adalah cerminan kata-kata Voltaire. Ia berlaku kerana fanatisme yang membengkak.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Wsalam wbt.
Saya juga diberitahu oleh seorang sahabat bahawa YM Raja Petra menulis hal ini di dalam Malaysia Today… secara kebetulan…
Resah dan gelisah memikirkan gejala keruntuhan beragama… kerana meninggalkan fikiran, sebelum saya runsing dengan keruntuhan ibadah dan akhlak.
Benar Amin… saranan Voltaire itu terngiang-ngiang lagi di dalam kepala saya. Lau kaanoo ya’qiloon
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sebenarnya tidak kisah siapa yang menulis. Untuk saya setiap penulis ada sasaran khalayaknya. Sebab itu olahan bahasa yang diguna pakai berbeza meski mesejnya sama. Mungkin ada yang tidak setuju dengan cara YM Raja Petra tetapi lebih sejahtera dengan pendekatan Abu Saif.
YM Raja Petra yang saya kenal dari dekat sudah tentu peribadi yang telah memilih jalan atau pendekatan perjuangan yang berbeza berbanding Abu Saif. Pokoknya di sini, saya pasti jika mereka bertemu, wave length untuk bicara isu akan lebih mudah bertemu berbanding dengan mereka yang sekadar tidak bersetuju dengan slogan tetapi wave length yang tidak sama akan menyukarkan perbincangan.
Tidaklah saya bermaksud meremehkan sebahagian dari kita, malah saya juga insyaAllah giat berusaha memperkasa faham saya. Kita harus berusaha dan cuba tidak membengkakkan fanatisme. Tidak apa jika kita punya pendirian, tetapi dalam perbincangan kita harus cuba menghormati hak berpendapat. Saya kira Abu Saif dalam melontarkan artikel2 yang ada, bukanlah orang yang tidak berpendirian melainkan ada bahagian2 yang perlu diperkasa fahamnya.
Ya Ustaz, pandangan Voltaire itu saya cuba renung utk sbg sebahagian hisbah kepada pendekatan yang saya pilih dlm memahami liku perjuangan saya dan sahabat2 di kampus. Teruskan menulis ya Ustaz, jika tidak ada orang lagi mahu membaca artikel2 Ustaz, saya pasti tidak akan jemu membaca
= (tetapi saya tidak menjanjikan bahawa saya akan bersetuju sepenuhnya..)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
1.kempen hidup berTuhan ini teringat saya pada kempen ’sohibuzzaman’ ajaran sesat Asaari at-Tamimi aj-Jawai Rufaqa al-arqam Corporation sdn. bhd. dan segala buang masa yang saya habiskan di rufaqa-sesat.blogspot sepanjang tahun 2006 dulu.
2.bila sebut Raja Petra bernada sama dengan Ustaz Hasrizal, maka saya teringat Hishamuddin Rais dan Khalid Jaafar dan segala macam watak-watak melayu liberal,Freedom, Equality , Fraternity, democracy, hak asasi manusia, IFC, Bar Council,malik imtiaz, ,lina joy dan bermacam lagi watak-watak yang saya pernah rasa nak tumbuk.maaf.
3.saya teringat kata-kata guru matematik saya ketika saya darjah 5, cikgu kamaruddin yang lulusan maktab sahaja,tapi pesanannya cukup mendalam buat saya hingga saya sudah berumur tua 20 an hari ini:
“bila kau dengar orang ajar agama menyuruh kau jangan guna akal, maka tidurlah engkau seperti kau tidur semasa khutbah jumaat. bila kau dengar orang ajar ilmu akal menyuruh kau jangan guna agama, maka kau tempelenglah mereka dan suruh mereka jangan balas dengan tempeleng semula tapi suruh mereka balas dengan akal mereka semata-mata”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam…
Alhamdulillah, satu artikel yang cukup mengenyangkan fikiran,sememangnya ummah hari ini dilanda satu musibah yang besar iaitu “MALAS BERFIKIR” terutamanya dalam perkara-perkara berkaitan agama. Segalanya hanya ritual. Dari fikiran datangnya perasaan dan dari perasaan akan lahirnya tindakan, ummah yang malas berfikir tidak akan mampu untuk melahirkan apa-apa perasaan apatah lagi tindakan yang mampu mengubah dunia…
Ana sangat tertarik dengan quotation “Jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka, apa perlunya dunia ini kepada Islam? Jangan main-main dengan soalan ini, kerana anda wajib bersedia menjawabnya”
Harakah Islamiyyah juga wajar bersedia untuk menjawab persoalan besar ini, jangan hanya matlamat sahaja yang besar, untuk menegakkan daulah islam, membangunkan khilafah tetapi berjiwa dan berfikiran yang tidak akan menyampaikan ummah kesana. Strategi harus dirancang dan sejarah perlu dijejaki, bagaimana ummah ini satu ketika dahulu sanggup untuk menguasai 1/3 dunia, membangunkan tamadun dan melahirkan manusia-manusia hebat sehebat Tariq Bin Ziyad, Sultan Muhammad Al Fatih dan membangunkan bangunan sehebat Masjid Cordova…
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan bahawa dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa….” 24:55
Jazakallah atas satu tulisan yang ana rasa wajar dihantar ke akhbar-akhbar dan majalah majalah arus perdana untuk diterbitkan
Moga terus diberi kekuatan
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Hayy
1. Apa lagi nak dikata? Mana lagi nak lari? Dah semua perkataan Ustaz dah guna dan semua tempat Ustaz dah cover! Tapi kesimpulan yang cantik, “Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!” itu yang paling menarik hati (akal?) saya. Kita boleh lari bertempiran kalau serangan tidak berstrategi, tetapi penulisan Ustaz yang menyeluruh dan merangkumi semua sudut ini, menjadikan kita hanya cuba lari dari mulut singa dan masuk mulut buaya. Tetapi sebagai manusia, kita akan terus lari kerana tidak mahu merasakan itu cerita tentang kita, tentang perangai kita, tentang kehidupan kita, tentang agama kita dan tentang Allah (sebenarnya Tuhan) kita.
2. Saya lihat kecenderungan Ustaz memuji Europa, bukanlah kerana dia suka orang itu. Dan sebaliknya mengeji orang Islam bukan kerana dia benci Muslim ini. Kadang-kadang kerana terpaksa, bukan kerana mengikut selerea, terpaksa kita buat ganas untuk buat kebaikan. Be cruel to be nice. Yang ingin mengambil kesempatan meninggikan kepekaan emosinya, sentiasa menunggu input-input begini. Diberitahu cara baik pun dia tak dengar dan diberitahu cara kasar pun sama juga. Kerana gara-gara bal hum adhall. Hobi meninggalkan minda ditempat selamat dan berkunci, takut kalau-kalu dicuri orang sekiranya dibawa ke sana sini.
3. Islamnya pemerintahaan di Malaysia adalah se Islam pemerintahan Alam. Booo! Mana boleh sama pemerintahan Allah dengan pemerintahan manusia! Op silap! Islamnya pemerintahan di Malaysia oleh yang sediada, lebih Islam dari pemerintahan yang sedia nak ada. Lembut sedikit bunyinya. Yang sedia nak ada pun nak bergabung dengan yang mempunyai kepercayaan berbeza dengan mereka. Bak kata Ustaz, ‘ritual dalam berpolitik’, ‘beragama tanpa Tuhan’ dan berperangai ‘bal hum adhall’. Cuma ialah, sana sini kena repair, lampu pechah, bangunan runtuh, hakim (yang syarii pulak tu) silap kira duit dan pelbagai masaalah harian manusia. Biasalah kalau yang sedia nak ada, memerintah pun, entah-entah x5 lebih besar outanya (pasal campuran bahanapi Jet sangat bebahaya)
4. Islamnya pemerintahan Alam, oleh zat yang Muslim tak kenal (beragama tanpa Tuhan) menyediakan positif dan negatif, agen baik dan agen jahat, malaikat dan syaitan dan pelbagai pasangan warna kehidupan. Tidak pulak pemerintahaan Allah terlalu kuku besi sehingga permintaan menggoda tidak diizinkan. Dah minat dia menggoda, jangan salahkan dia bila tergoda. Korek bijik mata simpan dalam safebox, bukan akal yang di simpan di situ. Segala infrasturktur bersifat neutral, yang memberikan charge +ve dan –ve ialah minda manusia. Jadi kalau Alam menyediakan infrastruktur yang begitu, kenapa tidak boleh yang serupa dilaksanakan di bumi Malaysia ? Kenapa perlu ditukar terbilang kepada temberang? Siapa yang temberang, sebenarnya?
5. Kita diberikan akal untuk memilih yang terbaik. Tak layak dipanggil manusia kalau tidak digunakan akal itu, ditempat yang diperlukan. Tak layak untuk beragama kalau asyik megenepikan fungsi akal. Lihat semua rukun-rukun wajib melaksanakan ibadah semuanya memerlukan seorang yang berakal, tidak gila, tidak mabuk, samada sengaja memilih untuk mabuk atau dipengaruh untuk mabuk. Sekiranya tiada kewarasan semasa menjalankan ibadah, maka jadilah semuanya ritual. Seautomatik lembu yang lapar lari ke arah rumput, untuk memenuhi perutnya dengan makanan.
6. Sebenarnya ramai yang kata mereka guna akal. Setiap hari, keluar sebelum subuh (solat di pejabat) dan balik selepas Magrib, memerah otak mencari nafkah, melibatkan diri dengan mu’amalah, dan pelbagai kegiatan sosial lagi. Malangnya pemerahan ini semuanya termasuk di dalam kategori menyebukkan diri hanya dengan carakerja mahluk, tanpa sedikitpun mahu mencampurkan atau cuba memahami carakerja Haliq. Dua kategori yang sangat berbeza. Selagi kita tidak dapat lihat pemerintahan Alam, yang sempurna itu sebagai pemerintahan yang perlu diikuti, kita akan melihat kejayaan orang Europa akan lebih ketara dari Muslim, kerana antara baragama tanpa Tuhan dengan berTuhan tanpa agama, Sunah Allah akan menyebelahi pehak pertama.
7. Kita perlukan penggunaan akal sehingga kita dapat menghampirkan kefahaman dari beragama dengan Tuhan kepada beragama dengan Allah, seperti mana di cadang oleh kalimah tahid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Dengan mengenepikan fungsi akal, atau meletakkan akal selepas nas, kita terperangkap pada nas terlebih dahulu, sebelum dapat menggunakan akal membacanya. Bukan kata nak buang nas, tapi keutamaan susunan sangat perlu. Akal, nas, Syariat, Sunnah, sains, arts, mahluk, Halik, percaya fikir, termasuklah akhir sekali Saifulislam, Pak Din perlu susunan yang mantap bagi menghasil sesuatu yang jitu. Apa ada PD tanpa SI? Terima kasih Ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pak Din! Pak Din! Silaplagi … kerana antara baragama tanpa Tuhan dengan berTuhan tanpa agama, Sunah Allah akan menyebelahi pehak kedua. …. bukan pertama. iaitu yang memahami Sunnah Allah (walau apa nama diberikan … Nature ke, Semulajadi ke, dia percaya atau tidak kepada tuan milik Nature) akan lebih berjaya mendapat keizin Alam dari kumpulan pertama yang beragama secara ritual
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam
Tadi saya ada bagi sedikit ulasan, tapi network breakdown. Nak taip balik dah tak larat sebab agak panjang. Apa pun, Almarhum Malek Ben Nabi pernah menyebut tentang gejala kelemahan dan kemalasan berfikir. Saya fikir mungkin kerana itu kita rimas dengan hujah dan cenderung membengkakkan fanatisme.
Yang saya cukup pasti Rasulullah s.a.w. tidak menjawab perbezaan pegangan dan pendapat ini dengan ‘keinginan menumbuk’!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya sudah bersama dengan rufaqa-sesat.blogspot.com sebelum A pertama ditaip. Soal mengapa Arqam atau Rufaqa enggan menggunakan lafz jalalah dan menggantikannya dengan Tuhan, dari buku Abuya, sampailah ke nasyid Mawaddah, sangat jauh bezanya dengan sebab saya menyebut kalimah Tuhan di sini.
Tulisan saya ini tidak ada kena mengena dengan “kempen hidup berTuhan” Rufaqa atau Arqam. Jangan trauma anta dengan Rufaqa mahu diterjemahkan sebagai kemalangan kepada orang lain.
Nak komen, sila komen isi. Tang mana setuju tang mana tak setuju. Nak menjolok di luar pagar, itu bukan budak baru belajar mengaji, tapi baru belajar mencuri
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ya Ustaz,
Saya hanya mahu berkongsi pandangan, mungkin dalam bentuk pertanyaan juga.
Saya berpendapat, atau mungkin kerana terhadnya ruang capaian saya, sumber2 sejarah umat Islam ini belum betul2 dikumpul dan diteliti. Justeru, kita tidak dapat merujuk bentuk2 konstruk sosial yang berlaku di zaman generasi terbaik. Jika ustaz tahu, sudi kiranya maklumkan pada saya sebagaimana selalu ustaz maklum dari hal bahan2 yg saya tanya pada ustaz untuk memperkaya faham saya.
Saya sangat setuju dengan penegasan keadilan yang ustaz besarkan hurufnya…setakat faham saya, itu adalah antara nilai sosial yang terbesar ditunjukkan Rasulullah s.a.w. dalam konstruk sosial Baginda s.a.w..
Lagi satu Ustaz, saya berpendapat kita (tidak terkecuali saya) dilanda inferiority complex. Kita cukup takut dengan slogan2 dan simbol2 yang rapat dengan kehidupan barat seperti Freedom, Equal Rights dan sebagainya sampai kita mencari2 hujah yang menunjukkan ini konspirasi Barat untuk merosakkan Islam.
Saya percaya Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Soal kebebasan dan sbgnya dijuarai Barat kerana masyarakatnya (meski tidak semua) telah jadikan ia nilai yang dominan (walaupun ada yang over define makna tersebut). Kita sepatutnya mendefinisikan hal ini sesuai dengan kehendak Islam dan sebagaimana sabda Rasul s.a.w. “iman itu menetap di hati dan dibenarkan dgn amal”. Justeru, kerana kita telah terlebih dahulu mewujudkan sangka2 tanpa mengambil peluang untuk mendominankan definisi kita tentang slogan2 ‘kebaratan’ ini, kita langsung tidak berusaha menjadikan ia dominan.
Kebetulan saya dan sahabat sejak akhir2 ini berbincang panjang persoalan ini. Saya percaya di luar sana lebih ramai bijak pandai yang dapat berkongsi pandangan yang lebih segar.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya boleh faham jika dikatakan bahawa kegagalan memahami tuntunan nas seperti tidak melakukan riba’ namun dalam masa yang sama menindas sebagai beragama tanpa tuhan.
Namun jika disifirkan sekali satu keadaan ini dengan bersolat hanya sekadar ritual seolahnya (pada saya) menjadi satu generalisasi. Mungkin sahaja seseorang itu solat benar ritualnya dan tinggi penghayatannya, namun tidak semestinya mereka tahu tuntutan Allah tentang riba’. Mungkin juga mereka tidak tahu tuntutan Agama tentang penindasan – malah mungkin sahaja kefahaman mereka tentang keadilan itu tidak benar.
Apapun, saya cuba memahami penulisan Ustaz ini dengan;
Perbaiki ritual dan penghayatan solat (shahadah, puasa, haji, zakat). Dalam masa yang sama fahami seruan al-Quran dan sunnah yang lain dari segi ‘ritual’ dan ‘roh’nya.
… Atau mungkin umat kuat dengan rukun Islam tapi lemah rukun Iman?
(kamu telah tunduk, tapi iman belum memasuki hati – terjemahan lebih kurang) (Saya tak ingat terjemahan ayat dari surah mana)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam Ustaz,
manusia yang beragama tanpa Tuhan juga menganut satu fahaman lain. Fahaman materialisme. Sesuatu yang dilihat itu sesuatu yang ditafsir dan dipercayai. Sesuatu yang boleh disentuh dan diperlihatkan. Sesuatu yang boleh dinikmati dan distatuskan. Manusia yang memahamkan bahawa dunia ini untuk dipergunakan bagi memperolehi kemewahan. Pemimpin yang memahamkan bahawa manusia lain untuk diperalatkan bagi memperolehi kesenangan.
Dan fahaman materialisme semakin menular dan diperturunkan dari generasi ke generasi.
Terima kasih ustaz atas pencerahan hari ini. Pencerahan yang tak kurang hebat dirasakan selepas membaca karya Faisal Tehrani yang terbaru, Tuhan Manusia.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz hasrizal. saya kecewa dengan ulasan komen ustaz yang saya cenderung untuk yakin ditujukan pada komen saya.biar saya melebarkan lagi komen saya biar berjela lagi.
1. membaca tentang konsep berTuhan dalam keseluruhan isi artikel ustaz ini yang menerangkan tentang bagaimana orang Eropah itu mampu hebat walaupun mereka berTuhan tanpa agama, pastinya dapat kita fahami mesej jelas ustaz untuk menyarankan orang beragama macam kita ini Muslim biarlah beragama dan berTuhan (agama bukan sekaadr ritual atau ilusi). Dan saya teringat kalimah berTuhan yang ustaz guna dengan yang dikempen oleh UmmuJah dalam Rufaqa bukan memfokus pada kalimah Tuhan yang ustaz guna.
saya tak senada dengan blog rufaqa-sesat yang melawan rufaqa atas penggunaan kalimah Tuhan itu semampu daya. Saya tak ada masalah untuk merujuk Allah sebagai Tuhan,sebagai Ilah, sebagai Rabb, atau sebagai Kamisama (Tuhan dalam nihon-go). Maka bila baca ulasan ustaz tentang penggunaan ‘Tuhan’ itu bukan masalah saya.
Yang saya nak utarakan dalam mesej yang lepas adalah saya teringatkan kempen Rufaqa yang terhebat pada masa kini iaitu kempen ‘hidup berTuhan’ merujuk pada kehebatan pengurusan ekonomi mereka yang diakui oleh segelintir pemerhati (walaupun bagi sesiapa yang mengenali Rufaqa tahu apa yang berlaku sebaliknya),dan bagaimana akhirnya mereka mampu melatih anak muda belasan tahun mengurus ekonomi dengan slogan berTuhan. Mereka juga wajar dijadikan kayu ukur sebagaimana ustaz telah meletak eropah sebagai kayu ukur kelemahan kita menandingi eropah yang berTuhan tanpa agama sedangkan Islam tidak mengajar beragama tanpa berTuhan. Kita malu dengan eropah, begitu juga kita harus malu dengan rufaqa kumpulan ajaran sesat yang boleh kononnya beragama berekonomi berTuhan.
itu yang saya nak sampaikan dalam mesej saya yang lepas.
dan mengapa saya bangkitkan soal rufaqa-sesat itu adalah betapa yang saya lihat di cbox nya dipenuhi cela-mencela dari kelompok salafi yang saya track datang dari al-ahkam.net. mungkin ustaz bukan salafi jenis itu, mungkin itu ultra salafi, yang nyata dakwah mereka tak menunjukkan mereka berTuhan lebih baik dari rufaqa berTuhan. adakah mereka berTuhan tanpa agama seperti eropah? tak pula, sebab mereka pun peserta ekonomi kapitalis tak wujudkan pun pasaran ekonomi islam macam mana rufaqa sekurang-kurangnya mencanangkan teori pembangunan ekonomi islam mereka sendiri. ini yang buat saya bosan bila nak dakwah sahabat-sahabat saya yang dalam rufaqa. usaha saya diganggu oleh pencela salafi yang tak nampak berTuhan.
2. komen nombor dua saya , ustaz tak jolok. sebab saya kira ustaz tak habis baca komen saya seakan-akan hanya rujuk komen nombor satu sahaja. komen kedua juga ada kaitan dengan isi artikel ustaz. saya tahu penulisan ustaz ada tiga tahap yang dapat saya fahami. tahap pertama ustaz memberiTAHU tentang konsep. tahap kedua ustaz memberiMAHU untuk konsep itu dipraktikkan.tahap tiga ustaz nak memberiBATU pada segelintir pihak supaya biar terkena batang hidung mereka bila baca artikel ustaz. saya boleh tangkap ustaz nak memberiBATU pada ‘ahli politik kerajaan’ yang tak mahu peduli pada pembangkang dalam parlimen mahupun luar parlimen. Dan juga ustaz nak memberiBATU pada ‘agamawan’ yang kalau kaitkan dua tiga entri sebelum ini memang BATU yang dituju kena lagi kat ‘agamawan’ yang sama. walaupun bila-bila saja ustaz boleh cover dengan meng’umum’kan mesej ustaz pada sesiapa saja yang boleh ambil manfaat. Tapi kadang-kadang bila dah nampak banyak kali kalimah ‘tak boleh tegur pemimpin’ itu dah nampak pihak mana yang ustaz nak tujukan. (oh melalut pula)
berbalik pada komen saya yang kedua itu juga saya nak memberiBATU juga pada golongan melayu liberal yang ustaz sendiri boleh kaji pemikiran mereka. saya sedar ustaz kontra dalam bab ini dengan saya. saya memang anti dengan konsep-konsep barat-eropah ini dan anti juga jika ada orang islam nak jadi jaguh teori dan ideologi barat ini. saya akui ada beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan kesyumulan Islam. Tapi saya tetap tegas untuk anti kerana tak pernah saya dengar pejuang-pejuang konsep kebebasan, kesamaan, demokrasi, hak-hak manusia ini menyuling konsep yang mereka nak jaguhkan itu dengan suruhan dan perjuangan ulama dan Islam.
apa tidaknya, contohnya bab manusia itu sama (equality) itu memang ada dibawa oleh Islam, tapi awas! Islam tetap ada batasnya tak semua keadaan itu manusia itu sama. Bila manusia kafir tak sama dengan manusia Islam. Kafir kena bayar jizyah, Islam bayar zakat. manusia yang berilmu itu tak sama dengan manusia tidak berilmu. mana boleh kata mfr sama dengan ustaz hasrizal, ustaz hasrizal ada ilmu, maka hormatilah. (maaf ustaz, kalau saya ada berkasar dengan ustaz). hatta manusia beriman itu juga punya kedudukan berbeza jika dibanding dengan manusia berTAQWA! tapi konsep barat mana peduli ini semua. sebab itu saya rasa nak tumbuk je mana-mana melayu liberal nak jadi jaguh dengan petik ideologi barat sebagai rujukan dan kayu ukur.
3. saya tak faham mengapa ustaz tak nampak ‘yang mana saya setuju, yang mana saya tak setuju’ berkenaan tulisan ustaz itu. walaupun saya menjolok di luar pagar, kalaupun ustaz rasa saya salah, jangan jolokkan saya cepat sangat. saya petik sekali lagi kata-kata guru matematik saya dalam komen nombor tiga saya,
“bila kau dengar orang ajar agama menyuruh kau jangan guna akal, maka tidurlah engkau seperti kau tidur semasa khutbah jumaat. bila kau dengar orang ajar ilmu akal menyuruh kau jangan guna agama, maka kau tempelenglah mereka dan suruh mereka jangan balas dengan tempeleng semula tapi suruh mereka balas dengan akal mereka semata-mata”
saya tak mahu jadi pengomen yang tulis,”bagus artikel ini”, “bernas”,”mencerahkan”.. saya juga mahu beri komen supaya memberiTAHU,memberiMAHU dan memberiBATU.
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
wsalam akhi mfr.
bila komennya panjang-panjang begitu, mudah sikit nak memahami apa yang dimaksudkan
thanks for the elaboration.
seperti mana yang saya sudah explain berulang kali sebelum ini, saya tidak pernah meletakkan suatu harapan bahawa semua pembaca memberikan komen-komen yang sedap didengar. “terkesannya”, “oh, saya sungguh tersentuh” dan yang seumpama dengannya. tetapi jika pembaca memberi komen begitu, ia juga ada nilai yang mana saya akan faham bahawa tulisan saya ada impact tertentu. kalau kita menulis, pembaca tak berminat nak komen apa-apa, maka saya perlulah nilaikan balik, di mana silapnya.
Tetapi jika kita tidak mahu memberi komen yang sedap didengar telinga, ia tidak pula bermaksud kita terpaksa memberi komen yang menyakitkan telinga. Saya tak rujuk secara specific kepada komen #15 oleh mfr, tetapi ramai pembaca yang tersangka begini. Demi untuk tidak memuji, kita mengeji pula. Itu yang tak kena.
ISU RUFAQA
Seperti yang akhi mfr sendiri sebut, walaupun mereka yang kenal Arqam dan Rufaqa tidak akan mudah terpesona dengan kehebatan ekonominya sebagaimana yang sering disangka oleh orang ramai, ia tidak bermaksud kita menolak semuanya. yang baik dan hebat tetap hebat. saya membaca minda abuya sejak sekolah dan berlanjutan hingga ke jordan. apabila balik ke malaysia, saya bekerja dengan MINDA ABUYA yang telah meninggalkan al-arqam dan saya faham Insya Allah apa yang tersirat dan tersurat.
Walaupun saya menolak al-Arqam dan Rufaqa, jika ada tempat yang sesuai maka saya akan mengenengahkan contoh positif dari mereka. Misalnya di dalam artikel saya “KEPIMPINAN: KUASA BUKAN SENJATA UTAMA”, saya mengiktiraf kehebatan leadership by action yang ditunjukkan oleh Abuya. So, kita mesti berlaku adil.
Tetapi kalau saya tak guna Rufaqa untuk measure artikel ni, sebaliknya guna Eropah sebagai contoh, I must have my own reason.
KRITIKAN KEPADA AGAMAWAN
Bagi sesiapa yang membaca tulisan Jamaluddin al-Afghani tentang sains dan barat, akan terus faham bahawa kritikannya itu ditujukan secara specific kepada Sayyid Ahmad Khan, tanpa perlu disebutkan nama.
Apabila dua tiga entry mutakhir saya berisi kritikan yang keras, saya tidak menyebut nama bukannya kerana mahu berselindung, atau takutkan apa-apa. Tetapi jika saya tulis, kritikan saya ini ditujukan kepada Dr Maza, maka orang tidak akan berbincang tentang kritikan saya. Sebaliknya yang mereka bincang ialah apa motif saya. Kenapa saya tak suka Dr Maza dan bla bla bla… so akhirnya buang masa sahaja saya menulis kritikan tersebut. Sebab itu saya prefer untuk tidak sebut nama sesiapa. So faham-faham sahajalah.
Dua tiga artikel terakhir saya adalah kritikan saya kepada golong ultra salafi yang dipimpin oleh dua tiga orang tokoh, yang juga tidak bersetuju dengan Dr Maza. Perlukah saya sebut namanya? Supaya kalau orang google nama mereka, mereka akan jumpa blog ini? Tak perlulah…!
Lagi pun kritikan saya adalah kepada idea, sikap dan pemikiran, bukannya kritikan ke atas individu. Biar pun semarah mana sekali pun saya kepada mana-mana individu, saya tetap waras untuk memisahkan di antara pemikiran dengan hal peribadi. Dengan tidak menyebut nama secara terbuka, ia tanda saya tetap menghormati mereka sebagai individu. Bukannya kerana ‘tak cukup jantan’ bak kata Siddiq Fadzil di Kelantan baru-baru ini.
Kritikan saya memang specific biar pun dengan menggunakan bahasa umum. So kalau MFR akhirnya jelas saya kritik siapa, ia bukanlah suatu PENEMUAN, ia hanya menunjukkan yang akhirnya anta faham apa yang saya nak sampaikan. I don’t have any hidden agenda. Yang tertulis, itulah yang saya maksudkan.
Soal mfr setuju atau tidak dengan pandangan saya tentang Eropah, itu terpulang. Maybe literature kita berbeza.
Dan jika anta nak bubuh dalam satu bakul semua nama yang disebut di atas pun, terpulang. Tetapi saja judge person by person, issue by issue.
SAYA TIDAK BERGURAU
Tetapi apabila saya menulis slogan “memberitahu, memberi mahu dan memberi mampu, ia bukanlah ayat gurauan, yang saudara nak tamatkan dengan memberi batu“.
Ada tempat kita bergurau, ada tempat kita pandai-pandailah berbahasa.
Tapi kalau nak beri batu juga, saya balas dengan air. Batu dengan air, batu tenggelam. Mudah-mudahan batu anta tenang di dasar sana. Dan kalau nak kalahkan air saya, lepas ni boleh sembur api pulak.
Itu warisan permainan ooo som yang saya belajar zaman sang kancil dulu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Mungkin tambahan sikit kot…Just pandangan.
Isu tak leh tegur pemerintah dari gang2 sunnah termasuk saya sendiri pun rasanya berpunca daripada pembangkang yang tidak berkesan di Parlimen.
Sikap pembangkang yang tidak berapa TAHU dan RASA turut jugak dirasai oleh pemerintah sejak 50 tahun merdeka lagi..Politik kita tidak kira ZAM dari Merbok mahupun Mat Sabu adalah low class…Kutuk..Caci..Sindir..Inilah perangai orang yang pendidikan tak seberapa dan tidak profesional tapi gatal tangan untuk terlibat dengan politik ! Mufti negeri utara pulok, BETUL bendul…Sesiapa tanya tidak kira TV1 ke, Radio 24 ke..semua gatai mulut nak jawap….Sahibul samahah kena banyak FIKIR (TAHU)..baru aman dunia…
Keputusannya…Jadilah profesional yang TAHU, MAHU dan RASA.
Pokok pangkalnya SIKAP….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Mat Sabu atau Zam, kedua-duanya adalah manusia. Manusia datang dan pergi. Jika kelemahan manusia yang jadi pertikaian, maka tumpukan kritikan kepada manusia itu. Apa yang menjadi subjek saya ialah, ikhwah salafi bukan mengkritik manusia, tetapi mengkritik sistem. Yang dilabel sebagai dosa, khawarij dan sebagainya, bukanlah Mat Sabu atau sesiapa, tetapi position pembangkang dan agenda kritikannya kepada pemerintah.
Lagi pun, apakah measurement kita terhadap keberkesanan pembangkang di parlimen? Saya tidak sama sekali berniat mahu menyapu masalah pembangkang ke bawah karpet. Malah saya merasakan bahawa kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam pilihanraya, biar pun pahit, ia sesuai dengan kualiti pembangkang. Memang tahap keupayaan pembangkang setakat ini, masih di peringkat memerintah negeri… belum negara. Tetapi bandingkan suasana Parlimen semasa wakil pembangkang Muslim ramai, before 2004, berbanding sekarang. Analisa baik-baik, bagaimanakah isu-isu Islam mendapat tempat atau tidak di dalam parlimen. Saya yakin, kehilangan ramai ahli parlimen PAS dari parlimen, mempunyai kesan yang amat signifikan.
Jika geng Salafi (saya tak suka guna istilah geng Sunnah, macam orang lain tak Sunnah pulak), merasakan bahawa PAS, Keadilan dan lain-lain tidak efektif, maka langkah penyelesaian ialah dengan mengkritik calon PAS dan Keadilan. Bukannya dengan mengenengahkan suatu gagasan bahawa ‘menegur pemerintah itu adalah khawarij, dosa dan maksiat kepada Allah’. Ia suatu kesilapan yang fatal.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Aiseyh missed satu diskusi aktif.
Berkerja didalam persekitaran pejabat, telah mengajar saya untuk berkerja mengikut template(Framework). Framework yang dimaksudkan adalah mengelak kerja yang sama dilakukan berulangkali dan memudahkan pemahaman terhadap sistem kerja. Walaupun Framework amat mudah mengefektif kerja tetapi kebergantungan keterlalauan kepada Framework akan menjadi pekerja sebagai zombie. Ketidakmahuan untuk memahami Framework telah menzombiekan pekerja. Tidak salah menjadi pekerja zombie cuma tiada value pada diri mereka.
Begitu juga dengan beribadah/berTuhan. Kita telah diajar dari kecil mengikut Framework(cara beribadah) tanpa banyak soal. Tetapi apa bila sudah berakal masih gagal untuk memahami Framework(ibadah dan Islam seluruhnya) akan menjadikan kita Zombie Muslim. Tiada salah menjadi Zombie Muslim cuma tiada value.
Saya rasa ini point yang cuma dihighlightkan dari artikel ini.
Saya pun hendak memberiBATU, kita berhujah bukan untuk menunjukkan kita mampu membalas. Kita berhujah untuk meranumkan idea. Jika buah yang diidamkan tak menjadi, maka ambillah batang pokok dibuat perabut. Adakah kita menghujah balas untuk sekadar menunjukkan kita mampu berhujah? Zombie?
p.s: banyak pulak kiasan pada pokok pulak saya ni.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
Tak dapat mengawal jejari ini untuk mengomen.
Bercerita tentang PROSES
Bukan juga mahu seperti kata mfr “membaguskan”, “membernaskan” dan “mencerahkan” apa yang telah sedia jelas. Walau bagimanapun, melihat idea tajdid – yang di lontarkan oleh saudara hasrizal, ditambah dengan kritik dan debat yang dilontar para komentaris – rasa bagai saya saya bukan berada di Malaysia.
Ramai juga, yang kalau tidak menghayati namun berusaha untuk beragama Tuhan disini. Kalkalus mudah disini maksudnya ada yang disni sudah lebih bagus dari Eropah.
Bercerita tentang ISI
Saya pengkritik Barat, juga pembenci Barat, namun saya juga seperti penulis melihat sebahagian kekuatan Barat adalah kerana mereka memiliki nilai Islam. Proses untuk mencapai tahap itu bukan mudah kerana mereka menghadapi zaman-zaman konflik yang sebahagiannya membawa mereka unuk bersetuju untuk menerima beberapa nilai yang bersifat makhluki atau manusiawi. Nilai itu dikongsi secara universal dengan nilai Islam.
Barat moden melalui beberapa kala masa dengan zaman-zaman sepertimana jika kita lihat dalam cerita berimej klasik barat dengan pakaian wanita yang mengembang di bawah menutupi sebahagian aurat atas nilai-nilai malu mereka sebagai wanita berakhlak “ladies” dan lelaki dengan pakaian kemas segak ala-ala “gentleman”. Namun barat moden yang berkonfrantasi tentang nilai dan adab mana yang harus diikuti telah melalui zaman “pembebasan” sepertimana yang dapat diperlihatkan dalam klimatik mereka dalam zaman hippies sekitar 60an dengan woodstock sebagai titik klimatik pada idea “pembebasan” yang mereka mahukan ini. Ketika ini nilai adab dan akhlak “ladies and gentleman” telah dimangsakan oleh idea pembebasan woodstock yang berakhir dengan lautan manusia bertelanjang bulat.
Berepistimilogi (@berkiblatkan idea keilmuan bersumber) dari Age of Reasoning yang membuahkan idea pencerahan – enlightenment dan pembebasan – liberalisasi, telah menyebabkan barat memilih untuk menerima pakai proses liberalisasi dan enlightenment secara mutlak dan tanpa batasan sehingga memisahkan kehidupan duniawi mereka dari kehidupan beragama (dibaca sebagai sekularisasi). Liberalisasi dan pencerahan oleh barat ketika itu adalah benar kerana ia mengangkat mereka keluar dari kedunguan logik, kejahilan ilmu, dan kebuntuan sains dan teknologi. Itu kejayaan yang mereka perolehi dengan akhirnya memiliki nilai yang bersifat manusiawi yang berjaya mengangkat diri mereka lebih bermoral dan berteknologi dari bangsa lain. Namun idea pembebasan dan pencerahan ini tanpa rujukan (Qurani), panduan (Sunnah) dan limitasi (syariah) menyebabkan mereka terbabas dan memilih untuk menguasai, memonopoli, menghambakan serta memilih nafsu (wahan – dibaca dengan maksud keseronokan, kuasa dan kekayaan) sebagai nilai tertinggi dalam kehidupan mereka. Ini dilihat pada nilai diskriminasi, apartheid, hedonisma, pelanggaran hak asasi, neoliberalisma dan kapatalisma global, militirisasi, budaya konsumerisma yang melampau dan pelbagai bentuk penjajahan yang dibawa oleh Barat.
Namun begitu thesis atau wacana yang dibawa saudara Hasrizal adalah tetap benar. Barat telah terkehadapan kerana proses keilmuannya dan suara ramai (dibaca sebagai demokrasi) telah menyebabkan Barat menerima sebahagian nilai manusiawi (atau bahasa Sy Naquib – Makhluki) yang semestinya selari denngan nilai Islam. Namun yang lebih malang dari itu, walaupun sebegitu bobroknya ketamadunan barat moden, masyarakat Muslim hari ini kelihatan lebih muflis lagi kerana bukan hanya beragama tanpa Tuhan namun juga kerana mengTuhankan barat dalam ritual kehidupan kita. Kita mengambil yang paling buruk dari kedua-dua dunia (Barat tanpa Tuhan dan Muslim tanpa agama) [Taking the worse from both world].
Sebegitu proses pembaharuan Agama telah menjadi Sunnah dalam Islam. Namun dalam waktu yang sama, dalam konflik pemikiran yang berlaku hari ini sepertimana krisis perdebatan sia-sia antara kelompok itu dan ini harus diluruskan dengan menyelamat dan memurnikan pengertian Tajdid (yang tidak hanya bermaksud pembaikan ibadah atau ritual agama). Namun ianya harus melepasi horizon ke isu-isu pembaharuan dalam menanggapi isu-isu baru moden seperti politik demokrasi, keadilan kehakiman, urus tadbir negara, alam sekitar, kesihatan, kepenggunaan, neoliberalisasi dan sebagainya tanpa mengetepikan pokok persoalan beragama iaitu mentauhidkan Allah dan menentang usaha-usaha penyelewengannya.
Hanya Allah Maha Mengetahui
Bertam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Komen Abu Saif dari Penang, adalah contoh penambahan nilai kepada artikel saya. Tak perlu bersetuju semua, tetapi memberikan komen secara objektif. Terima kasih…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz hasrizal.
nama saya bukan firdaus.
nama saya sama macam nama anak sulung abuya.
saya beri batu bukan pada ustaz, tapi pada jagoan-jagoan melayu liberal.
saya yakin, bila ustaz bersebati dengan mereka , ustaz akan nampak apa yang saya nampak.
saya setuju dengan konsep yang ustaz bawa.
memang ustaz dah menang sebelum saya komen lagi. saya tak oo som dengan ustaz. (di jepun oo som dipanggil jangken)
maafkan saya ustaz. tiada niat saya berlaku kurang ajar hingga sanggup ‘fire’ (beri api) pada ustaz. ustaz tetap salafi yang saya nampak punya FAHAM yang tinggi.
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
wsalam akhi. maaf saya dah padam nama ‘firdaus’ tu. tak tahu kenapa muncul nama tu pula, walhal tahu dah nama anta begitu. sorry ye.
Insya Allah batu yang mfr nak balik kepada jagoan melayu liberal tu, saya ambil sebagai peringatan kepada diri. Memang apabila saya lontarkan idea seperti artikel ini, ia mengundang lamaran jagoan melayu liberal untuk mengajak saya bersama.
Tetapi saya mengenengahkan idea ni untuk menyelamatkan agama, bukan untuk mengkesampingkannya dari kehidupan dan nilai. So, ada titik temu tetapi jelas juga titik pisah.
Saya pun tak tahu saya salafi ke idak…. geng salafi pun bukannya suka sangat dengan saya. Tapi yang penting, apa yang saya ungkapkan di sini, itulah saya. Alhamdulillah…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sedihnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
oh, saya lupa nak beritahu ustaz. ini hanya pendapat saya saja.
saya masih boleh terima konsep ustaz berkenaan dengan memberiTAHU atau memberiMAHU, kerana memberitahu (tabligh) dan memberi mahu (kemahuan=nafsu) ada kaitan dengan diri manusia. tapi bila tiba memberiMAMPU , saya tak bersetuju. kerana la haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim.
pada peminat saifulislam.com. saya minta maaf menimbulkan isu memberiBATU. itu mungkin konsep di bawah sedar ustaz hasrizal. hanya dilihat oleh orang luar. saya tak korek hati ustaz hasrizal.
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
kenapa sedih ro ya alip dhod?
mfr,
jika diteliti, apa yang saya sebut ialah, “agar bergerak menuju MAMPU“, dan bukannya, “memberi MAMPU”. Laa haula wa laa quwwata Illa Billaah” itu ada di sebalik ungkapan ini. terima kasih atas penjelasan… maybe ada pembaca lain pun memikirkannya tetapi tidak tertanya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Banyak perbincangan serpihan yang mengabui point2 penting untuk dibicarakan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya juga berharap agar tumpuan dapat dibalikkan ke isi kandungan yang terdapat di dalam artikel ini..
saya menghabiskan masa 3 jam continuously menaip artikel ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam….
Lama benar tidak mengomen dekat sini..Maklumlah sibuk dengan exam..
Saya rasa artikel ini ada kaitan lagi dengan menegur pemerintah.
Saya sepenuhnya bersetuju dengan beberapa artikel ustaz sebelum ini yang berkaitan dengan artikel ini juga.
Secara peribadi, saya berpendapat, ada baiknya golongan sunnah atau salafi Malaysia menjadi badan NGO macam ABIM,JIM,ISMA dan HALUAN. Apa yang pemerintah buat yang selari dengan tuntutan agama, mereka menyokong penuh.
Jadi, kita tidak tersepit mahupun bias kepada mana-mana pihak sama ada pembangkang atau kerajaan.
Rasanya pun, peranan NGO lebih baik di Malaysia berbanding parti pembangkang mahupun kerajaan. Isu yang tidak siapa peduli, AIDS, akhirnya badan NGO seperti PENGASIH ambil alih secara bersepadu..Nak harapkan pusat serenti atau pembangkang? Belum nampak lagi.
Dalam isu tahanan ISA, rasanya NGO yang diketui oleh JIM lagi berperanan daripada pembangkang mahupun mufti perlis apatah KERAjaan.
Saya secara peribadi berharap suatu hari nanti, NGO lah menjadi tempat masyarakat tempat rujukan untuk kebajikan, keadilan dan keislaman. Dan mengambil contoh di Indonesia, PKS asalnya badan NGO yang mantap akhirnya dapat meningkatkan peratus sokongan rakyat di kota jakarta..Jakarta rasanya lebih teruk dari KL,KB mahupun Kangar!
Dan lebih jelas lagi Ustaz Hasrizal…No politicing action…Rasanya kita perlu 10 orang lagi Ustaz hasrizal untuk dijadikan sebagai Public opinion Leadership dan targeted tajnid di Malaysia untuk mengarah kepada perubahan yang menyeluruh! Dan contoh terkhir NGO atau syarikat yang tidak ada kaitan dengan kerjaan mahupun pembangkang adalah PTS dan ALAF 21…..
Rasanya PTS dan ALAF21 lagi memainkan peranan cukup besar dalam memastikan rakyat jadi pandai berbanding kementerian pelajaran dan biro pendidikan pembangkang jika ada..
Jadi…ada baiknya gang2 sunnah jadi NGO, tolak la jawatan pegawai agama kerajaan..jadi pensyarah lagi bebas…Perjuangan kita biarlah membumi di Malaysia!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maafkan saya, last off-topic,
saya petik mesej ustaz kat #16
SAYA TIDAK BERGURAU
Tetapi apabila saya menulis slogan “memberitahu, memberi mahu dan memberi mampu, ia bukanlah ayat gurauan, yang saudara nak tamatkan dengan memberi batu“.
Ada tempat kita bergurau, ada tempat kita pandai-pandailah berbahasa.
—————–
baiklah kembali pada topik berTuhan ini.
silakan komen bernas dari ro ya alip dhod pula.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya sudah memberikan komen di #19. Mungkin bukan bersifat penambahbaikan artikel atau komen yang bernas pada mfr atau abu saif. Sila abaikan jika perlu.
p/s: Agaknya melayu muslim sukar fokus pada tajuk. (Pengalaman kehidupan seharian saya)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Janganlah macam tu Ro Ya Alip Dhod.
Perumpamaan yang anta bagi tu ana yakin menyuluh banyak pihak untuk melihat di mana rasionalnya apa yang ana ketengahkan dalam artikel ini. Maybe Hayy ibn Yaqdhan pun suka dengan term Zombie Muslim anta tu… at least better than Zombie Kampung Pisang
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ro ya alip dhod menulis fokus pada tajuk #19:
Begitu juga dengan beribadah/berTuhan. Kita telah diajar dari kecil mengikut Framework(cara beribadah) tanpa banyak soal. Tetapi apa bila sudah berakal masih gagal untuk memahami Framework(ibadah dan Islam seluruhnya) akan menjadikan kita Zombie Muslim. Tiada salah menjadi Zombie Muslim cuma tiada value.
Saya rasa ini point yang cuma dihighlightkan dari artikel ini.
Saya pun hendak memberiBATU, kita berhujah bukan untuk menunjukkan kita mampu membalas. Kita berhujah untuk meranumkan idea. Jika buah yang diidamkan tak menjadi, maka ambillah batang pokok dibuat perabut. Adakah kita menghujah balas untuk sekadar menunjukkan kita mampu berhujah? Zombie?
saya ulas komen yang fokus pada tajuk:
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
(Surah Al-Maaidah, Ayat 7)
jangan ingat semua yang mengikut framework itu tiada value apatah lagi jika framework beragama Islam ini. mungkin orang diluar nampak zombie, tapi di sisi Allah mereka adalah golongan yang mendengar dan taat. benarlah ketika seorang sahabat dijanjikan syurga oleh Rasulullah ketika diselidiki oleh sahabat yang lain, sahabat yang dijanjikan syurga itu tidak ada apa kelebihan ibadahnya melainkan ketika terjaga dari tidurnya, dia menyebut “Allah”. value di sisi Allah jauh berbeza dengan value di sisi manusia.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ralat: jangan ingat semua yang mengikut framework itu tanpa soal tiada value apatah lagi jika framework beragama Islam ini. mungkin orang diluar nampak zombie, tapi di sisi Allah mereka adalah golongan yang mendengar dan taat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
3 jam? huhu
bak kata mfr, “memberiBATU”..ana rasa memang terkena sangat BATU daripada artikel ni. Sebagai orang biasa, membaca artikel ini seolah-olah satu generalisasi bahawa keterlebihan komitmen kita terhadap isu agama menjauhkan kita dari Tuhan. Melihat dari satu sisi syiling yang lain, memberi maksud, “usahla terlalu komited dengan agama, yang penting jadi BAIK.” BAIK di sini merangkumi semua nilai-nilan murni yang ingin diperoleh melalui ritual agama;berakhlak mulia, pemimpinan yang adil, berkasih sayang dan sebagainya.
Wallahua’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maybe saya boleh cadangkan supaya komen Husaini di’rephrase’ sedikit supaya lebih jelas ya.
keterlebihan komitmen kita terhadap isu agama tidak menjadikan kita jauh dari Allah SWT. tetapi debat yang tidak berkesudahan, apatah lagi debat yang tidak masuk akal, memang ‘menghilangkan’ Allah SWT daripadanya.
kita juga tidak harus menjadi baik dengan peninggalkan proses ritual dalam beragama. segala tuntutan ibadah, soal sah tidak sah, rukun dan syarat, semua itu adalah proses. yang menjadikan kita ini ‘beragama tanpa Tuhan’ ialah apabila kita berpuas hati memerangkapkan diri di dalam proses tanpa melihat outputnya, tanpa menilai pada inputnya. Apa tujuan kita beribadah, apa hasil ibadah kita. Dua soalan ni penting dijawab.
malangnya kita banyak tertumpu kepada soalan di tengah2 antara dua soalan penting tu, iaitu mengemaskinikan proses hingga lupa kepada input dan output
menulis 3 jam adalah ritual pelajar postgrad
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya hanya mahu bertanya sikit:
Orang yang mengaku bahawa Tuhan itu Esa dan Satu, tapi dia tak mahu mengikut mana-mana syariat, boleh kira Islam ke? Ataupun dalam kata lain kalaulah Hayy dalam cerita di atas hidup pada zaman kita, boleh kategorikan dia sebagai orang Islam ?
Macam mana pun saya sangat suka dengan cerita Ibn Tufayl dan bersetuju dengan mesej yang disampaikan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
on #33
Mungkin saya perlu rephrase “Tiada salah menjadi Zombie Muslim cuma tiada value” kepada “Tiada salah menjadi Zombie Muslim cuma tidak dinamik”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ust,
artikel ustz dan komen-komen kawan-kawan nampaknya ada persamaan dgn
ucapan penggulungan TG MB Kelantan selama 9 minit…boleh dengar kupasan yang ringkas tapi padat menyentuh hati pembangkang K’tan.. tapi ‘mrk ada hati : ttp tidak TAHU dan tak MAHU mendengar…”
wslm.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam semua,
Artikel ustaz semenjak dua menjak ni memang berat2, nak download dalam otak pun dah berat apatah lagi di dalam jiwa, hati dan perasaan. Itulah yang akak leterkan pada anak2 saban hari (maaf, typical mum, suka berleter) Liat nak bangun subuh sebab kita tak terasa yang nak kita temui adalah merupakan segala2nya dalam hidup kita, yang tanpa keredhoanNya tiada makna kewujudan kita di dunia ini.
Akak nak buat komen serpihan je ni, harap2 tak mengelabui mata mana2 pihak. Akak faham semua point ustaz, dan akak yakin semua pembaca mempunyai kefahaman yang tinggi. Cuma akak nak highlight satu perenggan aje kerana akak rasa populariti saifulislam ni kadang2 jadi point of reference pula.
“Kita tegas menentang riba sebagaimana yang diperincikan oleh teks agama, tetapi alternatifnya sama menindas. Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada.”
Perenggan ini penuh dengan kebenaran kerana terlalu banyak perkara yang berlaku setelah lebih 20 tahun penubuhan institusi perbankan Islam. Tetapi buat masa ini, inilah satu2nya muamalat yang halal di Malaysia. Akak tidak bercakap mengenai pembaca saifulislam yang sefikrah ini tetapi masyarakat umum yang masih menggunakan alasan bahawa kos dan cajnya sama sahaja antara konvensional dan islamik, jadi apa bezanya?
“Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada.”
Perumpamaan yang akak gunakan kepada para pelajar adalah, dengan mata kasar ayam goreng yang disembelih dengan ayam katok (yg tidak disembelih) tetapi digoreng a la KFC tiada bezanya,tetapi proses muamalatlah yang membezakannya.
Akak sedar ustaz bercakap mengenai “beyond ritual is having no added value”. Tetapi akak sekadar terkenangkan perahu2 kecil.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
terima kasih mutiara hati. mari kita sama-sama dengar ucapan tu semula. kat mana nak cari ya.. nanti saya search..
to kak ija,
memang betul apa yang kak ija mention tu. saya menulis point tu dalam keadaan sedar tentang apa yang saya tulis. dan saya memang expect someone boleh timbulkan isu ni.
selama ni pun, bila ada kengkawan tanya apa rasionalnya charge yang tinggi oleh perbankan Islam, saya memberikan jawapan yang sama dengan kak ija. iaitu kalau fikir selapis, yes… you can choose the conventional banking… the hukm gives some possibilities to do so. tapi kalau ada niat nak berjihad, berjuang dan membangunkan sistem, maka we should understand what is the rational behind that.
cuma gitulah, saya berikan contoh, kawan saya beli rumah berharga RM175K tetapi dengan pinjaman bank yang islamik, total amount dia kena bayar ia RM500K!
So, impression yang mesti dilihat ialah, sistem sebegini mesti dianggap sebagai dalam proses penyempurnaan, dan bukannya telah mencapai maksud Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Kerana unsur tekanan masing obvious pada alternative tersebut.
Anyway, amat jarang saya bercakap tentang muamalat kerana saya bukan ahlinya. Ziarahilah laman web sahabat saya http://www.zaharuddin.com untuk lebih pencerahan
Wallahu A’lam…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bercakap tentang perbankan Islam(PI) mungkin akan lari dari point artikel ini. Tetapi boleh saya katakan Perbankan Islam adalah satu contoh Zombie yang saya maksudkan dalam comment sebelum ini.
Saya pernah berbincang dengan komprehensif dengan beberapa ahli PI. Persoalan yang dibincangkan adalah kenapa PI terlalu mahal sehingga ramai yang putus asa dengan PI.
Kami pergi ke konklusi akhir, Perbankan Islam adalah untuk mereka yang mampu sahaja. Ini kerana kewujudan bank(termasuk PI) adalah untuk mencari keuntungan, dan sasarannya adalah org2 yang mampu. Kami menyimpulkan bahawa untuk mereka yang tidak mampu(untuk PI) maka ia adalah tanggungjawab pemerintah.
Ini diambil dari contoh bagaimana org Ansar ditegah dari memberi pinjaman untuk berniaga kepada org Muhajirin yang datang sehelai sepinggang. Sebaliknya Ansar disuruh untuk bermusyarakah(berkongsi, untung sama2) dengan org Muhajirin.Ini adalah contoh campurtangan pemerintah. Apabila Muhajirin sudah mampu berdiri, barulah pinjaman dibenarkan semula.
Kenapa saya katakan PI adalah Zombie? Kerana PI dilihat lebih kepada Pengamalan Islam dalam sebahagian tatacara kewangan. Tetapi tidak sehingga kepada staf muslimnya bertudung dan cara mereka menganjurkan keraian (masih ada PI berparti seperti bank biasa). Islam pada PI seharusnya menyerap sehingga kedalam batu-batan pada bangun bank tersebut
Saya pasti pengamal PI kurang senang dengan komen saya ini. Tapi jika benar kutiplah apa-apa yang patut.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
sangat2 setuju dengan komen #42, tetapi setuju gak dengan komen ustaz #41
“So, impression yang mesti dilihat ialah, sistem sebegini mesti dianggap sebagai dalam proses penyempurnaan, dan bukannya telah mencapai maksud Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Kerana unsur tekanan masing obvious pada alternative tersebut”…
PI kenalah cari mangkin (catalyst) agar sistem islamik yang lengkap dapat digunapakai.
dan apa yang saya nampak, sistem PI seperti yang ada sekarang (seperti yang terjelas dalam komen #42) adalah sama macam slogan-slogan barat…
jika Nasionalisme, maka nasionalisme semata-mata
materialisme, maka materialisme semata-mata…
jika perbankan islam, maka sistem perbankan jer yang islam, orangnya, tak tutup aurat jugak….
mahkamah islam (syariah), undang2 jer yang islamik (kononnya) tapi, hakimnya perasuah, makan suap…
kembalilah kepada Islam yang sebenarnya, yang syumul… yang sarwajagat…. itu yang aku belajar masa nak amik SPM dulu…. tapi, bila dah besar panjang n dah dapat ijazah… hatta sebelum dapat ijazah… telah hilang kesyumulan Islam dalam pemikiran… na’uzubillah….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
http://www.youtube.com/watch?v=SQdkgCbKGQ8
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Terkejut saya bila lihat komen dah mencecah 44 sewaktu saya sedang menaip ini. Apapun di medan ini kita boleh rancak berwacana – salah satu nilai demokrasi (jika ada yang tak suka dgn perkataan ini sila abaikan dan pilih kata2 yang disukai) yang kian hilang dalam kehidupan seharian.
Ya ustaz..la tahzan..saya sangat berbangga waktu pertama kali menjengok ke laman ini selepas saranan akhi Wan Mohd Firdaus, mantan Presiden UKEC (selepas kami bersama sebagai panelis dalam forum politik mahasiswa di UIA tahun 2005 dulu). Ustaz, percayalah tulisan2 ustaz ada impaknya dan saya harap ustaz terus menulis. Cabaran yang datang sebenarnya sesuai dengan beban perjuangan yang kita galas. Kalau berjuang kecil2, cabarannya biasanya jenis yang tak sebesar berjuang besar2.
Dengan ramainya pengunjung di sini boleh juga jadi indikator kepada bagaimana hausnya umat kepada ustaz yang rasional dalam penghujahan, betapa umat sirna dalam kegawatan jamak pandangan, betapa umat merintih mencari jalan keluar..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Perbincangan positif yang bagi saya ianya mengupas intipati salah satu firmanNya dalam 7:179 dan memberi penjelasan yang lebih meluas kepada saya.
Maka barangkali penyataan penulis mengenai keadaan muslim beribadah secara ritual tanpa menggunakan akal yang dibaratkan seperti binatang tu dapat difokuskan lagi kepada keadaan “binatang ternakan” sepertimana dalam ayat 7:179 tersebut. … Mereka mempunyai hati (akal) tetapi tak digunakan untuk memahami perintahNya ….
Pada pemahaman saya, keadaan binatang ternak lebih menghampiri keadaan muslim tersebut.
Tak dapat nak menghurai panjang lantaran masa yang terhad.
Terima kasih kepada penulis.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Mungkin ustaz boleh terangkan firman Allah s.w.t. yang saya tidak ingat surah dan ayat mana tentang ‘keldai yang membawa lembaran kertas’..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ternyata umat Islam akhir zaman kadangkala mementingkan luaran dari dalaman.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam ekonomi
1. Ekonomi (muamalah) merangkumi 3 aspek utama, pengadaan kekayaan (creation of wealth), penyimpanan dan pembahagian. Membentuk ekonomi yang sempurna memerlukan ketiga-tiga pekara utama ini. Dengan kepincangan hanya salah satu dati tiga aspek ekonomi, akan menjadikan keseluruhana ekonomi tidak dapat berfungsi dengan betul. Ekonomi adalah tentang kekayaan, yang sebenarnya semua milik Allah, sebelum ada yang mengatakan apa perlunya berekonomi. Bagaimanapun Allah menyuruh kita menjalankan kegiatan ekomomi dan Nabi saw mengingatkan kita tentang pentingnya perniagaan dalam kehidupan kita.
2. Pengadaan kekayaan bermula dengan kegiatan perniagaan. Pada zaman mula tamadun, perniagaan hanya dijalankan dengan pertukaran keperluan atau barter trade. Bagi mengemaskini dan menjadikan kegiatan perniagaan ini lebih rancak dan menyeluruh, maka sistem kewangan dicipta manusia, untuk memmudahkan perturaran barang dan keperluan. Bemacam jenislah pada mula media yang dijadikan bahan pertukaran yang dapat diterima pakai, seperti cengkerang, binatang ternakan, emas, perak dan akhirnya diterimalah sistem mata wang yang berdasarkan wang kertas, sebagai media pertukaran.
3. Berkembangnya kegiatan perniagaan, selari dengan keperluan manusia menyara kehidupan, dan penerimaan satu media mata wang, keperluan penyimpanan menjadi kritikal. Maka terbentuklah sistem perbankan. Sudah pasti semua ini berevolusi, dengan sistem yang tidak berkesan ditukar kepada sistem yang tahan lasak, sesuai teori Darwin, survival of the fittest. Sistem perbankan yang ada sekarang adalah hasil dari ujian masa dan keadaan, dengan kebanyakan, seperti biasa dalam apa bidang pun, Muslim tidak memainkan peranan penentu semasa pembentukkannya. Ibarat kita hanya berlegar di sekitar masaalah daun dan tidak pernah mahu terlibat dengan masaalah pokok, apatah lagi akar yang tak nampak.
4. Menghijaukan daun yang melekat pada dahan dan batang kelabu (bak kata Akhi Riyod samar) adalah kerja, yang layak diberikan kepada si Pandir, atau, bak kata Ustaz, “sistem sebegini mesti dianggap sebagai dalam proses penyempurnaan”. Sistem perbankan adalah hanya satu komponen dari tiga yang utama dalam berekonomi. Oleh itu sekiranya penekanan hanya diberikan kepada mengislamkan penyimpanan dan yang berkaitan, tidak akan mendatangkan kesan yang menyeluruh kepada ekonomi. Penyimpan hanya baik dari segi apa yang disimpan. Ibarat garbage in, garbage out. Yang perlu diberi penekanan lebih serius ialah kegiatan perniagaan itu sendiri.
5. Keseluruhan sistem ekonomi adalah pengadaan kekayaan atau satu sistem meletakkan harga kepada segala yang Allah berikan sebagai rezeki kepada kita. Sebenarnya kalau kita hendak menilaikan rendah dari segi matawang, pada sesuatu pemberian Allah, walaupun nilai sebenarnya tinggi, ia merupakan kesepakatan yang perlu diiktiraf bersama oleh ahli masyarakat yang terlibat. Malangnya pekara-pekara begini tidak berligar di minda dan akal Muslim, dengan membiarkan sistem pengkajian pemerintahan Alam dibuat oleh bukan-Muslim. Ia semuanya berkaitan, segala kegiatan manusia akhirnya, sekarang ini diukur dengan nilai matawang, yang sekiranya Muslim terlibat dari awal secara berkesan, tidak mengarah kepada pemikiran materialistik.
6. Keperluan meletakkan harga pada apa yang Allah berikan percuma, datangnya dari sifat semulajadi manusia yang malas dan ingin jalan pintas menyara kehidupan. Bagi memisahkan antara yang suka dengan pengunaan percaya dan yang suka pengunaan fikir, maka sistem penilaian kewangan tercipta dan menjadi penggalak kepada yang berusaha keras, dalam segala bidang, memastikan mereka mendapat imbuhan yang sesuai kepada apa yang mereka usahakan. Oleh kerana ramai Muslim yang bersifat creationist (mengharapkan segala dah ada), maka susah untuk mereka mehayati keperluan menjadi evolutionist (semua perlu diciptan dan mengalami penambah-baikan setiap masa)
7. Kunci kata, sistem perbankan tidak bertanggung-jawab secara lansung kepada kegiatan perniagaan, walaupun ianya sendiri menjalankan perniagaan. Sistem perbankan dipertanggung-jawab untuk mengurus penyimpanan dan pengurusan mata wang, yang mana mata wang sendiri bergantung penuh kepada macro ekonomi, bukan sesuatu yang dikawal oleh bank. Makro ekonomi adalah berkait rapat dengan kuasa pasaran di dalam masyarakat, yang selalunya dipimpin oleh sistem pemerintahaan atau politik. Politik tidak lain penyerahan kuasa dari ahli masyarakat kepada pemimpin masyarakat. Maka kalau ahli masyarakat, iaitu kita, tak mahu membincangkan makro ekonomi lepas solat Magrib, bagaimana nak harapakan ummah untuk faham.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Maaf ustaz, saya tak pasti ustaz setuju atau tidak cara saya ini. Sila sahabat2 baca berita di bawah ini, apakah Syahidan sudah mula berpearanan untuk melagakan kumpulan-kumpulan Islam? Sama ada secara terancang atau kebetulan, ia memang merugikan islamis di Perlis…
” KANGAR, 23 Nov (Hrkh) – Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis selama dua hari berakhir semalam dalam keadaan agak panas kerana kelakuan Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kassim.
Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Persidangan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang baru disiapkan baru-baru ini.
Sidang Dun kali menyaksikan pembentangan Bajet 2008 oleh Shahidan diikuti perbahasan para wakil rakyat.
Semalam, ketika Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berucap membahaskan bajet 2008, masa yang diambil adalah melebihi dua jam.
Ini berikutan beliau sering diganggu oleh Shahidan yang sering meminta laluan dan penjelasan tentang perkara yang diulang-ulang.
Selain Shahidan, empat orang Exco kerjaan negeri juga bangun memohon penjelasan dari Ustaz Hashim.
Bagaimanapun, mereka melakukannya hanya sekali, tetapi Shahidan telah bangun lebih daripada 10 kali.
Perbuatannya itu jelas mengganggu ucapan Ustaz Hashim sehingga beliau tertinggal beberapa perkara penting yang mahu disebutkannya.
Jika dilihat daripada keseluruhan ucapan, Ustaz Hashim mungkin mengambil masa masa sekitar 40 minit dan jika dicampur dengan empat orang Exco yang bangun mencelah ianya mungkin mengambil masa sekitar lima minit sahaja.
Jadi selebihnya masa ucapan Ustaz Hashim selama lebih dua jam itu adalah dimonopoli oleh Shahidan yang bukan sekadar meminta penjelasan tetapi juga memberi huraian, selain cuba menonjolkan kehebatannya.
Antara perkara yang dibangkitkan olejh Shahidan ialah tentang masalah agama dan politik yang membabitkan kedua-dua parti iaitu PAS dan Umno.
Selain itu, Shahidan juga membebel tentang penceramah PAS yang katanya datang berbohong di Perlis serta Harakah yang menuduhnya membuat fatwa baru.
Ustaz Hashim yang kurang melayan soalan-soaln Shahidan berkata beliau tidak mahu menyentuh bab agama dan politik yang membabitkan PAS dan Umno.
“Dato’ Speaker, saya ada banyak lagi perkara yang nak disebut, tetapi kalau selalu diganggu macam ni bila saya nak boleh habiskan ucapan saya,” kata Ustaz Hashim apabila beberapa kali diganggu oleh Shahidan.
Bagimanapun kemudiannya, Shahidan bangun lagi beberpa kali untuk terus mencabar Ustaz Hashim tentang beberapa perkara termasuk yang membabitkan isu kafir-mengkafir.
Shahidan kemudiaannya mencabar untuk diadakan muzakarah antara Majlis Fatwa Negeri Perlis dengan beberapa orang pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta Ustaz Hashim sendiri berkaitan isu tersebut.
Dengan angkuhnya Shahidan mengajak diadalakn muzakarah tersebut hari Ahad ini, kemudiannya diubah ke Jumaat depan dan kemudiannya diberi tempoh 10 hari.
Ustaz Hashim kemudiannya hanya menjawab perkara sebegini perlu dibuat secara tersusun dan jemputan perlu dibuat melalui saluran yang betul kerana ia dianjurkan kerajaan negeri.
Shahidan menjawab kemudiannya dengan nada yang agak sombong dengan mengatakan apakah Ustaz Hashim sebagai pemimpin tertinggi PAS Perlis tidak mempunyai kuasa untuk menghubungi Presiden PAS.
“Saya kalau mahu dan perlu, saya boleh panggil Pak Lah datang ke Perlis dalam masa dua-tiga jam,” kata Shahidan. – mns ”
SUMBER : Harakahdaily.Net
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Cerita sebegini memang banyak yang telah saya dengar dan kali ini, ia tersiar pula di dalam harakah. Entahlah akhi… pembangkang dibelasah, khalaf dihambat… tak tahu apa lagi lepas ini. And yet namanya Darul Sunnah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz,tak fahamlah,mengapa ustaz katakan mereka bermusuh dengan seruan aqal?? dari yg saya tahu(berdasarkan dari pengetahuan yang amat cetek)golongan mereka ini banyak berhujah dengan hujah aqal dan falsafah,macam mana tu ya ustaz?terangkan sikit,barakallahu fikum
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
macam mana nak explain ye… saya beri contoh begini: Ilmu Kalam adalah kaedah menghuraikan prinsip aqidah secara logik akal untuk berdepan dengan rasional Muktazilah pada zaman itu.
signifikannya Ilmu Kalam ialah pada “bersetujunya kita untuk menerima akal sebagai satu faktor penting dalam menjustifikasikan iman”. Oleh kerana akal digunakan dalam perbahasan aqidah, akal juga janganlah pula dikesampingkan dari Fiqh dan cabang-cabangnya.
Misalnya, golongan tradisionalis di Malaysia, (bukan semua), sebahagiannya sangat agresif dalam mempertahankan ilmu kalam (ilmu logik dalam aqidah), tetapi mereka juga bermati-matian berpegang dengan hukum yang tidak masuk akal. Misalnya, sibuk dengan hukum imam solat memakai mikrofon bertali, menggesa pesakit mengambil wudhu’ sebelum disimen (tak pernah dibuat orang) dan lain-lain.
Jadi rupa-rupanya, mereka yang seperti ini, menerima ilmu kalam bukan sebab mereka menerima peranan akal, tetapi kerana bertaqlid dengan tok guru dan ilmuan yang dirujuk semata. Bukan berakal, tapi bertaqlidkan akal tok guru.
sama juga dengan salaf. mereka anti dengan taqlid, hingga sebahagiannya memusuhi mazhab kerana menganggapnya sebagai produk taqlid. tetapi bagaimanakah mungkin kita keluar dari taqlid, jika akal sebagai alat berijtihad tidak mahu diguna pakai? lantas mereka ini berpegang dengan hukum-hukum yang tidak masuk akal, demi komitmen mereka kepada nas, katanya. dan ia tidak dapat dijustifikasikan. seperti isu-isu yang saya sebutkan dalam artikel di atas.
dan jika pemahaman mereka ditegur, mereka menuduh penegur sebagai ahlu ra’yi, guna akal tak guna nas, neo muktazilah dan sebagainya. akhirnya mereka ini, berhambat lari meninggalkan imam syafie, berpindah kepada bertaqlid dengan tokoh yang lain pula.
Kedua-dua golongan ini mendiskriminasikan akal.
Anyway, bila saya perincikan hal ini, terasa macam nak menuju ke artikel http://saifulislam.com/?p=243 pulak!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Artikel yang berat ni memberatkan lagi jari untuk memberi komen.
Apa yang saya dapat rumuskan dari artikel yang berat ni ialah, bukan saja kita ini menganut pseudo religion, malah kita adalah juara kepada pseudo-pseudo yang lainnya.
Sekularisme. Barat mengaplikasikan sekular dalam kehidupan dalam keadaan agama telah menafikan penggunaan akal dalam beragama dan kehidupan, namun tetap mereka tidak menafikan Tuhan. Mereka memerlukan sekularisme untuk menstrukturkan sosial dan ekonomi.
Tapi di dalam negara Islam, kita cuma mengambil sedikit juzuk dari sekular bukan kerana Islam menafikan penggunaan akal, tapi untuk menafikan Tuhan. Rasa berTuhan ketika hanya di masjid. Rasa berTuhan hanya ketika bersolat. Itu bukan sekularisme, tapi pseudo-sekularisme.
Pseudo-demokrasi, pseudo-salafi…semua pseudo belaka.
Dalam Islam ada demokrasi, dalam Islam ada hadharah, dalam Islam ada persaudaraan, dalam Islam ada pembebasan, dalam Islam ada nasionalisme…Orang Islamlah yang pertama mencipta itu dan ini, bukan Barat. Barat mencedok idea Islam, sebab itu mereka maju. Ah, saya sudah meluat dengan hujah sebegini. Italy tidak pernah mengungkit kemegahan tamadun Rome. Iran tidak pernah mengungkit kehebatan empayar Parsi. Tapi kita pula mengungkit-ungkit apa yang kita tiada!
Ya, benar dalam Islam ada semua yang disebutkan itu tapi segala-galanya hanya dalam bentuk teks. Hadharah dalam Islam hanyalah teks sejarah, fraternity, liberty, equality semuanya hanyalah teks. Hakikatnya kita Islam dengan teori.
Pseudo-religion…
Maaf sekiranya off-topic
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Tambah sikit.
Bercakap tentang taqlid, sekarang pun ada trend taqlid yang baru.
Saifulislamisme.
Apabila membicarakan isu yang pro-Saifulislam dalam forum, blog, usrah, tazkirah atau sebagainya, pasti ada saja kata-kata “Ustaz Hasrizal kata itu”, “Ustaz Hasrizal yang kata camni”, “Ustaz Hasrizal dah lama jawab” sebagai menguatkan hujah masing-masing.
Bagi saya taqlid itu perlu. Manusia yang tidak bertaqlid adalah manusia yang tiada arah tuju. Namun taqlid janganlah sampai menafikan penggunaan akal.
“Dah besar nanti saya nak jadi macam ayah saya”
“Idola saya adalah ustaz sekian”
Bukankah itu taqlid?
Sekiranya seseorang itu ingin mencontohi ayahnya, adakah bermakna dia secara membuta tuli bertaqlid? Pastinya dia kenal siapa ayahnya, dia faham perangainya, dia tahu perwatakannya. Bagaimana? Itulah fungsi akal. Masakan dia ingin bertaqlid dengan orang yang tidak pernah kenal.
Taqlid itu satu keperluan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
jazakumullahu khiaran katsira ya ustaz,barakallahu fikum,allahumma najjihka fima tafaal wa fima taksibu,allahu yarhamukum ya ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Membuat quotation secara kerap daripada pandangan seseorang, tidak harus didefinisikan sebagai Taqlid. Tak salah untuk golongan Salafi sering merujuk kepada Ibn Taimiyyah yang penting dalam methodology mereka.
Dan saya yang takde apa-apa ni pun, tak dapat mengelak jika ada orang yang suka quote cakap saya. Macam diskusi bersama Fathi Aris Omar lama dulu. Beliau dan sahabat2nya somehow sedih (hairan) mengapa pandangan mereka perlu mendapat endorsement daripada seorang ustaz seperti saya, maka baru ideanya nak diterima oleh golongan agamawan / Islamist.
Tetapi quotation itu mestilah kerana convinced dengan apa yang dipetik. Kata-kata itu diterima sebab ia relevan, bukannya sebab ia diucapkan oleh pengucapnya.
Bilakah garis halus ini teruji?
Apabila pandangan saifulislam.com tidak tepat, pembaca tetapnya tidak gila-gila mempertahankannya, sebaliknya terbuka mengkritik.
Nanti le saya tulis sikit-sikit bab ni. Banyak juga dah sahabat yang raise the issue… SAIFULISLAMISME…. ya Allah… geli mendengornya…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
merujuk pada komen saifuddin di #54:
Dalam Islam ada demokrasi, dalam Islam ada hadharah, dalam Islam ada persaudaraan, dalam Islam ada pembebasan, dalam Islam ada nasionalisme…Orang Islamlah yang pertama mencipta itu dan ini, bukan Barat. Barat mencedok idea Islam, sebab itu mereka maju.
komen saya:
dukacita saya maklumkan kenyataan saudara di atas juga sejenis pseudo pada penglihatan saya.
apa yang saya faham mengenai betapa ibn yaqdhan yang tak kenal Islam (agama) boleh hidup berTuhan adalah kerana beliau kembali pada FITRAH. orang eropah yang dirujuk ustaz hasrizal juga disebut oleh ustaz sebagai berTuhan tanpa agama menunjukkan orang eropah kembali pada Fitrah dalam bidang-bidang tertentu.
Benar, ada dua fakta yang boleh kita sebut sebagai orang eropah mencedok idea Islam untuk mencetuskan renassaince, iaitu pertama ramainya orang eropah mengaji dari tamadun islam dan orang eropah membentuk pengkaji-pengkaji orientalis.namun awas! tamadun islam ketika zaman kemuncak keilmuan keduniaannya adalah banyak ditunjangi cendikiawan-cendikiawan Muktazilah yang bukan dari golongan Islam sebenar.kaum Muktazilah mengutip, menyusun,dan mengembangkan ilmu-ilmu GREEK! betul, ada disadurkan dengan falsafah Islam dan qurani. Tapi awas, renassaince di eropah juga terang-terang bertemakan “kembali pada keilmuan Greek”.
Dan kita tahu Greek sudah bertamadun malah menyusun sistem demokrasi sebelum adanya tamadun Islam lagi. Jika kita menongkah mengatakan orang eropah maju kerana cedok islam, maka orang eropah boleh memberiBATU mengatakan Islam mencedok idea Greek, apatah lagi kalau muncul melayu-melayu liberal yang tersyok sangat dengan renassaince eropah, ideologi dan falsafah barat, malah tak malu-malu kagum pada tamadun Greek. entah pe hape.
apa yang saya dapat kutip antara kaitan kisah ibn yaqdhan dan kisah orang eropah yang kedua-duanya dirujuk ustaz hasrizal sebagai berTuhan tanpa agama, adalah bagaimana manusia boleh maju dan hidup berTuhan jika kembali pada fitrah. adalah malang jika manusia yang beragama (islam) yang agamanya mengajak pada kembali pada Fitrah tidak kembali pada Fitrah lalu hiduplah mereka beragama tanpa berTuhan.
jika ibn yaqdhan boleh berTuhan tanpa kenal Islam, saya juga boleh maju seperti eropah tanpa kenal eropah dengan semata-mata kembali kepada fitrah menerusi ISLAM. dengan kata lain, orang ISLAM boleh kembali beragama dan berTUhan jika kita manfaatkan ISLAM AGAMA FITRAH ini!
oleh itu, mana idea ekonomi, sosial,politik kita? tak payah nak segan-segan bangkit dan keluarkan. tak payah nak menyamar-nyamar di sebalik demokrasi,hak asasi manusia, kebebasan bersuara, semua itu mengarut. Betul, smeua itu fitrah, tapi awas! cenderung pada fitrah tanpa batas syariat, maka sialp-silap fitrah itu adalah fitrah nafsu manusia.
maka atas nama demokrasi, seorang pelakon TV boleh jadi presiden. atas nama hak asasi manusia maka perkahwinan gay dibenarkan. atas nama kebebasan bersuara, nak memaki Tuhan di jalanraya orang pun tak kisah.
tak payah. gigit dengan geraham panduan Islam, kemukakan idea menyeluruh kita dalam ekonomi,sosial dan politik atas dasar Islam yang kembali pada Fitrah ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
nasihat saya kepada mfr, jangan keterlaluan dalam mengkritik dan menolak benda-benda yang anda tak suka.
kita boleh sepak terajang tumbuk baling batu racun pijak belasah gusti siku luku dan hentak-hentak semua benda yang mfr tak suka tu. demokrasi… poorah. hak asasi manusia… pigi dah… renaissanse… tuih…. boleh, boleh.. takde masalah. banyak manusia masih mati dalam iman tanpa kenal semua benda tu, Insya Allah.
tetapi bila mfr tulis,
maka, di sinilah cabarannya. cabaran mfr ialah untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan:
1. idea menyeluruh
2. ekonomi
3. sosial
4. politik
5. dasar islam
5. FITRAH itu sendiri
saya petik satu sahaja. kalau dikembalikan politik ke zaman rasulullah saw, baginda mengizinkan orang yahudi dan kristian berhukum dengan hukum kitab taurat dan injil mereka. bagaimanakah konsep ini nak diterjemahkan ke dalam praktikal semasa hari ini?
adakah dengan maksud, membenarkan kaum minoriti di sebuah negara mempunyai constitution yang berasingan dari constitution yang diguna pakai di negara tersebut? yahudi pakai rujukan yahudi, kristian pakai rujukan kristian, hindu pakai undang-undang hindu? bolehkah sebuah negara bergerak dengan konsep ini?
semasa kerajaan othmaniyyah di zaman Mahmud II menghapuskan sokongan kerajaan kepada peniaga muslim, dan membuka pasaran perniagaan kepada semua… agar peniaga muslim lebih kompetetif, apakah kesannya pada masa itu? muslim semakin berkualiti, atau peniaga yahudi dan kristian yang dapat manfaat?
nak atasi semua ini bagaimana?
boleh jawab soalan ni dengan buat bodoh terhadap semua yang datang dari eropah? saya harap boleh. tapi saya mungkin tidak se’power’ anta. maka mahu tidak mahu, saya belajar tentang eropah untuk mengukuhkan persoalan islam yang masih banyak bersifat conceptual itu.
bercakap dengan TEPAT dan JELAS masih merupakan prinsip penting saya berkata-kata. harapnya kita semua juga begitu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
ustaz hasrizal tulis:
maka, di sinilah cabarannya. cabaran mfr ialah untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan:
1. idea menyeluruh
2. ekonomi
3. sosial
4. politik
5. dasar islam
5. FITRAH itu sendiri
jawapan saya:
baiklah kalau ada masa saya karangkan tulisan berjela tidak ilmiah saya di blog khas untuk ustaz hasrizal untuk menyahut cabaran itu. walaupun saya dah banyak ulas benda-benda tu kat tulisan-tulisan lama saya yg saya letak kat arkib saya:
http://mfrstudio.board-realtors.com/arkib-f22/
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
cuma saya rephrase sikit…
walaupun semua benda di atas itu adalah cabaran, saya tidak melontarkan dengan bahasa mencabar
saya sedang mengamati link yang diberi… dan impression pertama saya ialah, susahnya jadi pensyarah universiti kalau macam ni… dan mengapa tiada komen sesiapa di situ? maksud saya, adakah memang ia sekadar tempat parking artikel tanpa komen? sekadar mahu faham apa format yang mfr pakai terhadap halaman web berkenaan.
ala kulli haal, selain point-point yang lima di atas, saya nak juga mendengar komen mfr tentang isu kepelbagaian undang-undang di atas.
terima kasih
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
oh, mulanya nak buat tempat parking je forum tu. arkib macam almari. bahagian arkib mulanya nak kunci semua. sebab kawan saya hack forum saya tu, saya dah tak jadi admin di situ.jadi saya tak dapat kunci. sebab kenapa tak ada orang komen, sebab idea saya tak ada siapa kisah. saya pun tak promosi pun, kecuali bila ada keperluan untuk orang tau apa saya fikir, saya beri link tu. kemudahan berdiskusi di ruang maya.
yang pasal kepelbagaian undang-undang yang ustaz sebut tu, saya rasa kesepakatan bernegara telah termaktub dalam piagam madinah. berhukum dengan taurat dan injil untuk yahudi dan nasrani memang tak jadi masalah pun dalam bernegara kerana kamu agama kamu, aku agama aku. di malaysia memang selama ini cina berhukum dengan hukum cina, dengan fengshui nya dengan confucious,taoisme, buddha, hindu dengan hukum hindunya, semua itu tak jadi masalah bernegara selagi sebelum negara dibina disepakat dulu piagam (perlembagaan).
saya tak rasa Rasulullah maksudkan boleh berhukum dengan taurat dan injil bagi yahudi dan nasrani itu hingga boleh mengenepikan piagam madinah. jika kesepakatan dilanggar maka itu sudah khianat dan zalim, jadi boleh dihalau sahaja dari negara.
saya kurang faham apa yang ustaz nak saya jelaskan. jika ustaz mahu tahu adakah boleh malaysia secara khusus bernegara tanpa mengambil demokrasi, atau apa-apa ideologi untuk bernegara, jawapan saya boleh. atau bolehkah memberi kebebasan hindu berhukum dgn hindunya juga boleh, kerana dia agama dia.jika soal negara, maka kesepakatan bernegara mesti wujud.
jika ustaz nak tahu, kesepakatan bernegara itu bagaimana bentuknya, saya ada satu impian. namun nak capai impian itu kenalah renung situasi yang ada sekarang, nak bawa situasi sekarang ke impian itu, maka itu saya letak sebagai perjuangan. saya tak nampak apa-apa yang menghalang umat Islam untuk bawa negara ini ke satu bentuk impian tanpa mengambil sedikitpun kaedah atau ideologi luar dan hanya melaksanakan ISLAM semata-mata dalam setiap medan ekonomi, politik,sosial. saya tak nampak mengapa melayu di negeri perak mesti membeli ayam dari penternak cina sebagai pembekal, kemudian bila harga ayam naik, semua melayu bising, padahal nenek saya bela ayam tetap mendapat ayam secara percuma di belakang rumah, samada ayam naik harga atau tidak. itu kiasan saya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya mahu mfr lebih teliti dalam statement di atas. apabila saya usulkan fakta sejarah bahawa Rasulullah SAW membenarkan ahli kitab berhukum dengan hukum mereka, ia merujuk kepada undang-undang seperti undang-undang jenayah.
So kalau kata cina di malaysia bebas mengamalkan HUKUM mereka, apa yang saya maksudkan ialah bolehkah andai Malaysia memerintah dengan hukum Islam menurut cara mfr, maka Malaysia yang itu membenarkan kaum cina menyelesaikan kes-kes mahkamah dengan undang-undang jenayah yang dihasilkan daripada sistem undang-undang buddha? kristian di malaysia dibenarkan menyelesaikan kes-kes mereka dengan mahkamah kristian?
So, macam mana perbuatan Rasulullah SAW membenarkan ahli kitab menggunakan peruntukan Taurat untuk menyelesaikan jenayah dalam komuniti mereka itu, hendak diterjemahkan kepada sistem semasa?
Saya tak ada jawapan muktamad sebab saya sedang belajar mengenainya. Ia berkait rapat juga dengan semakan semula kepada apa yang kita faham tentang sekularisma. Tetapi pembelajaran saya ke arah mencari jawapan ini, tidak boleh lari dari belajar tentang Barat, untuk faham prinsip-prinsip asas macam mana nak ubah hukum dalam kitab al-umm dan al-majmuk, kepada sebuah constitution yang boleh dirujuk oleh pengamal undang-undang.
bila mfr kata “halau sahaja dari negara”, macam mana cara halau tu? macam halau ayam ke? macam halau kambing masuk kandang? atau kejar mereka sampai ke sempadan dan sepak keluar dari imigresen? negara mana yang nak terima orang buangan kita tu? so, kalau cara nak halau orang engkar, bukan macam halau ayam, maka konsep-konsep seperti pelarian politik dan sebagainya yang ada diguna pakai sekarang, ambil dari mana? templatenya siapa buat?
nanti sambung lagi… saya nak bawa anak-anak tengok pameran kucing. nanti depa kata saya manjakan mfr lebih dari mereka pulak… nanti sambung ya.. Insya Allah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
oh, jadi apa yang dicita-citakan PAS juga wajar dipandang semula. bukankah PAS mengkehendaki hudud yang diangkat sebagai undang-undang itu hanya termaktub pada orang Islam sahaja dan orang bukan Islam boleh memilih untuk samada dihakimi dengan hudud atau selainnya. Maka jika selainnya itu adalah sivil, bukankah sama saja dengan beri orang bukan Islam berhukum dengan hukum mereka sendiri.
yang bab halau negara itu bukan suatu yang asing dan mustahil. Rasulullah pernah menghalau kaum yahudi dari madinah, dan di dunia sekarang ini buang negara bukan satu keganjilan. sudah banyak individu yang dibuang negara kerana melanggar institusi perlembagaan negara itu.
saya tak pasti adakah hidup berinstitusi dan menjaga tatasusila itu satu yang ganjil dan hanya diamalkan oleh Islam semata-mata. sedangkan artikel ustaz menjelaskan eropah yang tak kenal Islam boleh susun komuniti mereka dengan tertib. maka jika Islam membenarkan komuniti bukan Islam mengurus komuniti mereka dengan hukum mereka sendiri adakah akan bawa mala petaka? sedangkan mereka agama mereka dan kita agama kita. Jika mereka nak cucuk pipi dan berjalan atas api, kita takkan halang mereka selagi itu cara mereka urus diri mereka dengan agama mereka.
Saya rasa Rasulullah tidak meletakkan hingga yahudi dan nasrani boleh berbuat khianat dan zalim, kerana termaktub dalam piagam madinah, selagi tidak zalim dan khianat maka semua selamat berada di madinah.
ya, ustaz dah berkeluarga. saya bujang lagi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
JAWAPAN SAYA: YA! (capital Y dengan saiz 70)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Antara Piagam Madinah tajaan Rasulullah dan Negara Islam tajaan PAS, masih banyak lagi kekurangan yang perlu kepada penambahbaikan. Soal bagaimana Piagam Madinah boleh meraih persetujuan dari pihak Yahudi, juga perlu diambil kira. Lihat pula kepada Negara Islam dan Hudud, adakah PAS dapat meraih pengundi Cina dan India dengan mempromosikan idea itu? Malah di kalangan Melayu sendiri ada yang meraguinya.
Kerana itulah kita ada mendengar ejekan-ejekan seperti, “Kalau mahu makan sup tangan, pergilah ke Kelantan”, “Al-Quran boleh bikin jalan raya ka?” dan sebagainya. Saya yakin mereka menolak bukan kerana tidak MAHU, akan tetapi tidak TAHU. Maka tidak dapat mencetus kepada MAHU. Seperti wanita Yahudi yang membenci Rasulullah hanya kerana khabar angin mengata Rasulullah itu dan ini. Apabila mendapat TAHU peribadi sebenar Rasulullah, maka datang cetusan MAHU untuk memeluk Islam.
Idea Islam perlu didatangkan dengan teladan. Bukan teori dan teks. Itulah kekurangan kita di dalam PAS. PAS kurang meyakinkan masyarakat dalam mempromosikan Hudud mahupun Negara Islam. Belum lagi berbicara tentang ekonomi Islam, perundangan Islam, politik Islam, sosial Islam. Bagaimana ekonomi Islam dapat memberi keuntungan kepada komuniti Cina. Bagaimana perundangan Islam dapat menjaga maslahat komuniti India. Tiada promosi. Maka sebab itu, PAS masih ditakuk lama, hanya mampu memerintah negeri. Idea Islam tidak ke mana.
Dalam gelanggang boxing, boxer yang sentiasa defensive tidak sekali-kali akan menang kerana tidak memperoleh poin. Pencapaian paling baik dengan defensive ialah hanya seri.
Begitu juga dengan PAS, sikap defensive PAS terhadap cemuhan-cemuhan musuh yang bertujuan menghilangkan keyakinan rakyat sekali-kali tidak membuatkan PAS memenangi hati rakyat. Abaikan cemuhan, promosikan Islam. Nyatakan data-data dan statistik yang meyakinkan. Tunjukkan calon PAS mampu untuk mentadbir.
Terjemahkan teori dan teks ke dalam situasi semasa dengan realistik.
Faham kita sepatutnya ialah kePERLUan kita kepada Islam, bukan keWAJIPan kita dengan Islam.
Seperti mfr, saya juga masih bujang.
(kali ni memang off-topic langsung)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Masalah pertentangan antara A dan B sememangnya sukar untuk dibendung. Antara aliran yang mendakwa diri mereka salafi dan yang mendakwa diri mereka khalaf / mazhabi [ walaupun hakikatnya sebahagian mereka ini tidak bersifat sebagaimana salaf dan khalaf terdahulu ]
Sebenarnya sekiranya mereka2 ini dapat bertolak-ansur dalam masalah2 hukum hakam yang dzannie maka penghayatan agama itu dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan seharian . Yang menjadi masalahnya apabila satu pihak menyatakan yang mana mereka lakukan itu lebih baik [ sedangkan apabila sesuatu itu lebih baik/afdhal maka tak semestinya yang lain itu buruk @ tercela ] ; manakala satu pihak lagi menyatakan apa yang mereka lakukan tidak salah . Ana sendiri akhirnya semakin keliru dan kelabu dengan pertentangan 2 pihak yang mahukan Islam dalam ertikata yang syumul . Bagi ana masalah yang mereka bangkitkan sepatutnya tidak perlu diperhalusi lagi . TTg hukum-hakam yang cabang ini apabila sudah ada ulamak2 muktabar tlh mengeluarkan hukum-hakam maka bagi diri kebanyakkan kita yang tidak mampu bolehlah mengambil pandangan mereka dan tak perlu lagi bagi kita untuk menukilkan pandangan mereka dan berhujah bahawa kita adalah terbaik .
Bagi ana selagimana masalah perdebatan ahli agama dan pengikut yang ntah apa2 ini berlarutan maka sukarlah untuk mengembalikan penghayatan Islam yang sebenar .
Sukar untuk kita membahaskan mengapa kita perlu sembahyang apabila kita lebih sibuk membahaskan di mana kedudukan tangan yang afdhal ketika qiam ..
Sukar untuk kita membahaskan pengucapan kalimah tauhid itu apabila kita lebih sibuk membicarakan di mana Allah ..
Sukar untuk kita mencorakkan sistem apabila kita lebih senang untuk membicarakan cara mana yang lebih afdhal dan syarie ….
Bagi ana yang berada di negeri Dar Sunnah ini .. ana sendiri merasakan kekelabuan dan jerebu dalam beragama . Bkn kejelasan dan kecerahan .
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bismillah. Saya yakin perbandingan yang dibuat di atas adalah tidak adil dan tidak lojik sama sekali. Piagam Madinah dirangka oleh sebuah kerajaan manakala konsep Negara Islam PAS dikemukakan oleh sebuah parti yang miskin ( bukan idea! Jangan cepat menuduh melulu ) kesempatan dan ruang untuk menyampaikan idea kepada seluruh pengundi, lebih-lebih lagi pengundi Cina dan India.
Berbalik kepada persoalan Konsep Negara Islam PAS, bahawa ia hanyalah sebuah konsep, manakala Piagam Madinah, jika ingin diterjemahkan pada masa kini, adalah sebuah perlembagaan negara berdaulat.
Seterusnya, apakah yang anda harapkan di zaman moden ( ala Malaysia ) ini untuk sebuah parti pembangkang yang 24 jam ditindas daripada hak penerangan dan penyiaran efektif, melakukan yang terbaik dalam menghasilkan sebuah dasar/konsep/idea dan piagam SECARA DETIL, kemudian disebar luas secara positif kepada masyarakat pelbagai gaya dan rupa.
Sebuah perlembagaan, jika ada kekurangan dan kelebihan, tiada siapa yang mampu menyentuhnya secara negatif, berbeza dengan sebuah buku kecil konsep yang dibawa “pembangkang Islam Malaysia”,
Persoalan saya bukan kepada kemampuan dalam memahami agama dan intipatinya untuk digarap kepada struktur moden dan terkini, sebaliknya KEPERLUAN MENDETILKANNYA ketika mana anda tidak boleh berbuat apa-apa jika ianya diberi layanan zalim oleh musuh politik PAS, dalam sebuah negara polis.
Dalam keadaan rata-ratanya tidak adil, perlukah anda menghabiskan masa mendetilkan perkara yang akhirnya mudah dihumban oleh pengundi Cina misalnya, hanya dengan pembohongan fakta oleh BN. Lihat pengalaman PAS difitnah dalam isu rogol isteri ( mungkin ada kelemahan dalam penyusunan ayat/penyelesaian masalah khilaf ) bukan Islam dibebaskan jika berzina dan pelbagai lagi, ketika Kelantan dan Terengganu mengemukakan Enakmen Hudud masing2. Itu baru isu jenayah, belum lagi konsep sebuah negara Islam yang maha LUAS…. Apakah anda rasa berbaloi mendetilkannya yang akhir hanya berlegar di kalangan pengundi setia?
Bukanlah saya menafikan usaha dilakukan oleh PAS dalam memberi penerangan kepada pengundi Cina, namun berapa undikah yang diperolehi dalam majlis itu berbanding penonton Buletin Utama yang berjuta orang.
Kita mudah menyalahkan PAS kerana gagal. Bagi saya, sesiapa juga boleh gagal, dengan ketiadaan ruang yang mudah untuk berjumpa minda rakyat.
Seterusnya, apakah kita terlalu mudah memperkecilkan penerimaan orang Melayu terhadap hukum-hakam Islam, jika mereka menerima penerangan secara adil dan postif dari PAS? Ceramah? Siapalah ahli Umno yang akan datang ke ceramah2 PAS setiap malam itu.
Akhirnya PAS terus dianggap gagal untuk berenang ke tepian ketika tangan dan kakinya diikat untuk berenang.
Mungkin ada sahabat yang jemu mendengar alasan sebegini, tetapi itulah hakikat yang walaupun bosan didengari, memberi impak negatif yang kuat kepada PAS.
Anda sedar sebenarnya punca penolakan itu, mereka tidak tahu. Tetapi masih mudah menyalahkan PAS seoalah-olah PAS tidak berusaha bersungguh-sungguh memberi tahu untuk mahu berubah.
Itu adalah kritikan biasa bagi orang yang mungkin kecewa Gerakan Islam tumpas, tetapi dalam masa yang sama enggan terjun ke medan sebenar untuk tolong memberi tahu kepada pengundi di kampung2, taman2 dan seumpamanya, yang dianggap kerja setaraf orang seperti Mohd Sabu?
Saya terbaca satu komen yang dengan jelas memperkecilkan Mohd Sabu dan dia seolah-olah ikon buruk di dalam PAS. Itulah kerja terbaik yang mampu pengkomen ini lakukan untuk Islam agaknya, tanpa mengambil kira kebaikan dan pengorbanan Mohd Sabu dalam bekerja untuk Islam.
Malah, jika anda mengikuti perkembangan yang berlaku, sudah banyak perubahan dalam ucapannya, malah ketika ini beliaulah antara penceramah PAS yang pandai mengulas isu semasa yang boleh difahami oleh pelbagai tahap pendengar. Mari turun dan dengar bersama-sama, jangan lagi percaya kepada momokan manusia. Jika sekadar satu-dua kutukan keras beliau, apakah anda percaya itu punca orang menolak PAS? Kalau ahli BN dan rakyat biasa tidak hadir ke ceramah PAS, apakah penolakan mereka berpunca daripada kekerasan Mohd Sabu lagi? Ish ish…
Dalam isu Hudud PAS pula, bagi pandangan PAS, dibenarkan mereka tidak mengikut hukum hudud jika agama mereka ada hukumnya sendiri. Saya ingin bertanya, agama apakah yang ada hukum jenayah di dalam kitab mereka selain Islam?
Kedua, ia lebih kepada isu politik dan hikmah penyampaian bagi parti yang belum memerintah. Jika PAS samaratakan dalam hal ini, bolehkah ianya diterima oleh Cina dan India? Mungkin anda akan katakan pula, PAS kurang bijak untuk mendapatkan undi kerana tidak memahami situasi Cina India yang jahil tentang Islam, dan bermacam lagi mungkin.
Anda bangkitkan teladan, tetapi seterusnya anda menyentuh isu promosi, bukankah kenyataan tersebut bercanggah.
Bagaimana mungkin teladan ditunjuki jika tidak memerintah. Untuk menunjuk cara menyebat peminum arak pun tak boleh, kecuali secara teori dan praktikal mudah, inikan ekonomi Islam sebuah negara cuba diminta pembangkang menunjukkan teladan? Jika sekadar membina sebuah empayar perniagaan, sudah ramai kumpulan Islam berjaya melakukannya, termasuk ahli2 PAS.
Bagi saya baik dan lemahnya PAS dalam mempromosi Islam tiada kaitan langsung dengan kemampuan PAS memerintah negeri atau negara. Oh, kalau begitu PAS Kedah belum mahir mempromosi Islam seperti PAS Kelantan? Mudah… Atau apa sebenarnya maksud yang tersirat?
Data dan statistik apa yang anda minta PAS kemukakan? Jumlah ahli PAS yang bekerja sebagai lawyer? Tunjukkan calon PAS mampu mentadbir? Hahaha…Mentadbir apa? Cuba jelaskan dengan lebih terperinci, supaya pandangan anda boleh digunakan untuk sahabat saya yang akan menjadi calon nanti, jika menjadi.
Inilah teori yang sudah diperkatakan sejak lama dulu, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa PAS adalah antara parti yang sukar mencari calon pilihanraya. Bukan kerana tiada yang layak, tetapi tiada yang mahu. Orang Perak kata, bertolo-tolo. Isu calon ini mungkin sesuai dibicarakan dalam topik lain. Cuma saya nak sebutkan, menjadi calon PAS dan menang, maka bersedialah anda kerana berkemungkinan menjadi YB yang miskin,susah dan meminta-minta untuk diberi kepada rakyat pula. Mahukan fakta?
Bagi saya, syarat penting menjadi calon PAS ialah orang kaya atau berpendapatan mantap sebelum dan selepas pilihanraya.
Isu kewajipan, ulasan saya ialah, ketika mana Rasulullah menyuruh anak seusia 10 tahun dipukul kerana tidak solat, bukan kerana solat itu hanya satu keperluan, sebaliknya ia suatu kewajipan yang boleh mendatangkan hukuman jika ditinggalkan. Itulah juga hukuman ke atas isteri yang nusyuz dan ingkar. Dalam masyarakat sekarang berapa ramai yang masih jauh daripada memahami keperluan Islam bagi kehidupan mereka, maka kesedaran perlu diketuk dengan kewajipan beragama, sebelum keperluan.
Untuk pengetahuan sahabat2 semua, sebelum saya aktif di dalam PAS, saya adalah seperti sahabat2 semua. Tetapi apabila saya kencing, berak, makan, minum, tidur dan sakit di dalam PAS sebagai aktivis kampungan, maka segala idea dan teori itu, saya simpan dahulu, biar ianya dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dan pemikir2 seperti sahabat-sahabat.
Saya tidak perkecilkan teori, teguran dan idea sahabat2, saya tetap baca dan cuba lakukan-begitu juga semua pimpinan PAS agaknya- sama seperti apa yang saya simpankan itu, tetapi janganlah sahabat-sahabat sangka kami langsung ketepikan semuanya hanya kerana ingin menjadi ahli politik kampungan, tanpa sebab.
Akhirnya PAS memang banyak kekurangan dan perubahan tetap diperlukan, tetapi bila dan siapa, itulah persoalannya yang masih belum berjawab. Sekadar satu contoh, Abu Urwah yang hebat dalam menggerakkan IRC suatu ketika dahulu, apa yang beliau mampu lakukan untuk mengubah ke arah kebaikan bagi sebuah parti rencam seperti PAS, setelah sampai ke tahap sekarang? Bagi saya, ini adalah satu cabaran besar buat beliau sebenarnya.
Akhirnya, PAS tidak akan berubah hanya dengan lontaran idea pemerhati, dan PAS tidak akan berubah hanya dengan memiliki seorang dua yang hebat seperti kalian mungkin! PAS perlukan ramai seperti kalian, yang aktif berpolitik di dalam PAS sepenuh masa.
Bunyi tulisan saya ini ibarat mempertahankan parti PAS tanpa mengemukakan jalan penyelesaian atau jalan keluar yang mampan dan sepatutnya. Saya bersedia dikatakan sedemikian, dan saya harap ada pengkritik dan pemikir selepas ini memberikan penyelesaiannya setelah diambilkira realiti apa itu PAS. Tidak perlu lagi mencungkil kelemahan yang telah lama disedari, kerana ia sememangnya diketahui. Kecualilah jika permasalahan baru dilontar untuk pemimpin dan aktivis PAS merenung dan mengkajinya.
Wallahu a’lam. Maaf akhi, panjang2 dan tidak setaraf pengkomen rutin enta. Isi masa malam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam lebih
1. Ekonomi nampaknya bersuara lebih lantang sebagaimana keperluan akan menyebabkan semangat perjuangan luntur. Kita memang mengidamkan yang sempurna, tetapi malangnya yang sempuna adalah hasil dari perlaksanaan yang kurang sempurna. “Untuk mengukuhkan persoalan islam yang masih banyak bersifat conceptual itu” kita perlu berjalan di bumi nyata, dengan menyedari hakikat kehidupan. Majmuknya Malaysia tidak mengizinkan beberapa pekara untuk berlaku, kerana ketidak-seimbangan kebolehan dan keupayaan komponen masyarakatnya bertanding di padang yang rata. Melayu tak minat ekonomi.
2. Sebagai Islam kita merasakan memegang kuasa politik melalui status Melayunya. Dengan kuasa politik kita seharusnya boleh mengarah aliran ekonominya ke arah yang kita suka. Malangnya ini yang menjadi masaalah besar dan utama. Penguasaan Melayu terhadap politik tidak melahirkan penguasaan ekonomi. Nabi saw, sebelum menguasai politik Muslim, telah menguasai ekonomi masyarakat di masa itu. Maka merujuk kepada Sunnah Allah, keutamaan yang ditunjukkan Nabi itu sangat menentukan. Keperluan mengenali yang mana lebih menterjemah kuasa sebenar, perlu difahami secara mendalam. Muslim hanya berkobar mengikut Syariat Allah dengan tidak memerhatikan perinciannya bahawa Sunnah Allah dan Sunnah Nabi, mengutamakan yang lebih utama.
3. Dalam memilih apa yang sepatutnya dilakukan sekarang, kita tidak seharusnya menambah kekusutan dengan berkobar menukar yang sedia ada. Memberikan fokus kepada pembaikan yang ada, jauh lebih baik dan senang dilaksanakan dari menjemput yang belum tebukti. Bukan kita tidak dapat menilai baik buruk yang telah ditunjukkan, malangnya kita meningkatkan kepekaan emosi kita terlalu lebih dari kepekaan rational yang membena. Cuba mengulangi sejarah dengan tidak mahu sedar kepada pepatah ‘Menang sorak, kampung tergadai’. Check and balance dalam sistem kerajaan yang dipilih sekarang, perlu dilihat sebagai lengkap dan boleh melayani kehendak kita mencapai tujuan negara hampir Islam.
4. Jelas nampaknya kekeliruan kita dalam memilih warna mana yang kita hendak. Ditambah keliru apabila kedua-dua pehak menggunakan sistem percaya semata-mata, tanpa mahu melebihkan guna sistem percaya-fikir. Kedua-dua membaca nas yang sama dan menambah warna kegemaran dalam perlaksanaan. Keadaan buta warna ini bukan sahaja akan menghilangkan Melayu di dunia, malah yang dikhuatiri, Islamnya hilang juga, dan menjadikan dari situasi teruk, beragama tanpa Tuhan, kepada yang lebih teruk menjadi hanya berbudaya tanpa bertuhan. Bukan setakad kerja tidak menjadi ibadah, malah yang disangkakan ibadah pun, tanpa disedari, diancam Allah dengan balasan yang teruk.
5. Kita perlu U trun dan lihat kembali liku-liku kehidupan yang pahit, apabila hanya dapat mempertahankan Melaka, Melayu dan Islam selama 100 tahun sahaja, yang kemudian dijajah selama hampir 500 tahun. Apakah Islam yang telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis? Yang pasti kedatangan Islam melalui pedagang menjadikan Melaka berkembang pesat dan dapat mengawal empire yang agak besar. Islam yang diperkenalkan itu juga yang dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi Melaka, sehinggakan penjajah tidak boleh duduk senang dan bertekad untuk menjajah. Sudah pasti ketika itu tiada salaf atau khalaf dan pelbagai istilah yang lain dibincang. Hanya apabila telah 50 tahun merdeka, dan ramai yang dihantar ke tanah Arab pulang, perbendaharaan kata agama bertambah, sehinggakan menimbulkan perpecahahan.
6. Kita tidak nafikan pentingnya tajdid yang membawa erti pembaharuan pemikiran. Bukan tajdid yang membawa makna pembaharuan kepercayaan. Dari satu percaya kepada satu kepercayaan yang lain, yang kedudukannya masih di tahap percaya tanpa bukti. Kita perlu anjakan paradigma pemikiran dari kurang berfikir kepada lebih berfikir dan berilmu. Kita perlu sedar adanya perbezaan antara ilmu dan pengetahuan, agar kita tidak buta warna, menjadikan kita mengutamakan yang bukan keperluan. Kalau kita menyedari Nabi saw mengutamakan ekonomi dalam kehidupannya, kenapa kita hanya mengikut Sunnahnya dengan mengenepikan ekonomi? Ekonomi adalah keperluan asas dalam beragama, terutama ke arah beragama dengan Allah.
7. Seperti yang dikemukakan di salam ekonomi, pengadaan kekayaan itu sangat perlu dalam berekonomi, bukan menghabiskan tenaga membincang cara penyimpanannya, yang tidak dinafikan kepentingannya. Tetapi kita perlu tahu mengenali keutamaan. Terus dengan makan gaji, bukan sebenarnya terlibat dengan ekonomi sebenar. Memberikan nas dengan warna tersendiri bukan terlibat dengan kegiatan ekonomi. Nabi saw yang mengingatkan, perniagaan itu adalah 9/10 kegiataan muamalah. Kenapa kita hanya mengingatkan yang lain dan tidak memokuskan perhatian kepada kegiatan perniagaan? Dengan kuasa ekonomi di tangan kita sudah pasti, beribadah akan menjadi lebih selesa, dari memperjuangkan semangat sorak bukan keutamaan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Betul ke ni Akhi? “Bagi saya, syarat penting menjadi calon PAS ialah orang kaya atau berpendapatan mantap sebelum dan selepas pilihanraya.” Apakah mereka sudah berekonomi dengan baik? Syabas Akhi!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Mahunya tidak, kalau dah menang, jangan harap le nak dapat duit dari kerajaan. Pengalaman kami di Parit, orang umno datang mengadap YB PAS minta duit nak belikan kompang. Belum lagi dikira makan minum di kedai kopi ketika melawat kawasan.
Maksud saya…. Ramai yang tak mahu menjadi calon PAS kerana mereka tahu susahnya tugas itu. Tetapi masih ada yang berjaya, hasil pendapatan drp perniagaan sendiri.
Ini terkecuali di Kelantan dan mungkin juga Terengganu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pak Din, saya terpaksa untuk tidak bersetuju dengan pendapat pak din , ekonomi,ekonomi,ekonomi tak perlu ubah (?) yang sedia ada.
Sudah ramai yang kononnya, mahu berekonomi dahulu kemudian mahu membantu Islam. In your dream!!! Mereka gagal. Setelah sibuk nak berekonomi kononnya, akhirnya pejuangan agama ditinggal. Setelah berumur 40++,berstatus tinggi dan penat berekonomi mereka mahu kembali kepada perjuangan Islam dengan status dan pangkat yang telah mereka kecapi?
Saya langsung tidak bersetuju, kita perlu ‘gila-gila’ mengejar ekonomi. Dan pada masa yang sama ‘terlupa’ perjuangan. Saya respect orang2 yang elbariiti sebut, iaitu mereka yang jadi YB PAS sebenarnya mengundang miskin. Biar pun mereka berekonomi dengan baik, mereka perlu berkorban. Tak ramai sanggup infaq begitu.
Mal(harta benda) dan pangkat adalah dugaan yang amat besar, ramai yang terpesona.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Panjang tetapi penuh isi. Tidak boleh terbiar begitu sahaja dan mesti direnung. Terima kasih elbariti.
Kadang-kadang anta macam memberikan respond kepada komen Saifuddin di #66, tetapi di celah-celahnya, ana rasa anta juga menjawab komen ana di http://saifulislam.com/?p=194#comment-9253 dan juga http://saifulislam.com/?p=194#comment-9279 .
Walaupun kita sekapal tetapi kita mengalami kecenderungan yang berbeza kerana kita bertumpu ke medan yang berlainan. Ana tidak malu untuk mengaku bahawa jika nak dibandingkan dengan anta, ana ni bolehlah dikategorikan sebagai orang kampung yang lupakan desa. Menulis macam dah lupa lumpur kemuncup kampung, or in other word tidak turun ke grassroot.
Ana kurang berbuluh, kerana banyak berebung.
Apa yang elbariti luahkan itu mesti ana pandang serius. Dan juga mesti dipandang serius juga oleh mereka yang rancak berteori.
Namun perlu ana tegaskan di sini, tidak semua teori itu angan-angan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Kerancakan kita bergerak di grassroot yang dianggap medan sebenar, sering menjadikan kita jarang berwacana pada teori, dan kesannya besar. Kesannya mungkin tidak terasa di kampung-kampung tetapi kesan besarnya ialah senior tidak dapat acknowledge perubahan besar yang berlaku di peringkat generasi muda, peringkat pelapis. Kita yang di atas sibuk dengan pelbagai kerja yang bukan calang-calang, tetapi apakah yang letih dan mati, elok tumbuh cantik berganti?
Seruan gerakan Islam semakin tidak laku di kampus-kampus. Nak cari di mana punca kegagalan ini? Jawapannya tak ada di usrah cawangan dan kawasan. Tetapi ia perlu dibincang di satu medan khusus, untuk menjawab apakah nasib gerakan Islam 10 tahun akan datang.
Yes, di peringkat penerimaan mesej kita di kampung-kampung, faktor tekanan dan kekangan kerajaan masih relevan. RTM1 dan semua rangkaian Media Prima memberikan laporan senada. Maka kita perlukan ramai orang macam elbariti untuk menangkis kekurangan ini. Turun ke ruma-rumah, bak kata seorang tokoh dulu, “semua ahli kena jadi radio bergerak”.
Tetapi sekatan kerajaan ke atas media, tidak relevan di bandar. Akses internet luas. Sekatan pihak berkuasa, tidak relevan di universiti kerana semua pelajar ada akses internet. Maka kegagalan gerakan Islam meraih sambutan, bukan lagi kerana generasi muda dan orang bandar itu TIDAK TAHU, tetapi masalahnya harus dibalikkan kepada form and substance gerakan Islam sendiri.
Saya berikan contoh, ada kajian akademik dibuat, mengatakan bahawa less than 5% penduduk non Malay / Muslim di Lembah Kelang yang rasa apa yang PAS bawa relevan kepada mereka. Statistik tidak berbohong. Statistik dibuat dengan disiplin tertentu. Tetapi apabila statistik ini diberi kepada PAS, respond yang diterima ialah “survey kat tempat orang tak sokong PAS memang le dapat result macam tu!”. Sikap begini mesti dikikis kerana ia menjadikan PAS anti thesis.
Kerja di grassroot ada peranannya, namun bercakap dan berteori juga penting kerana ia menjadi asas amal kita. Takkan buat kerja tanpa teori. Buruk juga berteori tanpa amal.
Maka, janganlah amilin di peringkat grassroot memperlecehkan medan teori, kerana ia mungkin berkaitan dengan isu survival. Dan janganlah pula mereka yang berwacana, memandang lekeh kepada kerja-kerja di setinggan, kampung dan kedai kopi kerana di situ letaknya kekuatan yang besar, khususnya dalam konteks pilihanraya.
Kita sepatutnya saling berkongsi idea dan pengalaman, dan bukan melagakan antara keduanya kerana kita sebenarnya saling melengkapi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Hehehe, sori, ana tak bacapun dua komen enta tu. Ana dah ketinggalan mengikuti semua komen yang ada, bila terbaca yang akhi saifuddin tulis tuh, terasa jari nak membalas. Orang kampung le katakan.
Ana tidak menafikan terus peranan pemikir dan pengkritik, itu sebab ana sifatkan akhi Abu Saif sebagai pemikir untuk PAS dan lain2. Kalau tak sama, mungkin hampir sama kedudukan DR Yusuf Qaradhawi dengan pemikir2 Islamis di Malaysia ini. Beliau berdarah ikhwan, tetapi melepasi batasan dan sempadan Ikhwan.
Cuma, kadang2 terasa sesetengah teori itu sukar dilaksanakan.
Tentang situasi di kampus2, itu ana setuju. Mungkin PAS perlu perjelaskan semula struktur organnya yang perlu memberi fokus kepada kampus. Dan paling penting, penelitian semula terhadap silibus pentarbiyahan di kampus, biar sesuai dengan tuntutan semasa.
Ana juga setuju apabila senior pimpinan tidak dapat memahami masalah sebenar di peringkat bawahan ( golongan pelajar,intelek muda ). Pemuda Pusat perlu berperanan lebih.
Satu cabaran dalam PAS yang perlu difahami semua pencinta PAS ialah, kepimpinannya dipilih melalui undian ahli di peringkat kawasan. Saya katakan cabaran kerana sistem ini terdedah kepada banyak risiko, tetapi setakat ini, itulah yang terbaik. Satu contoh, pemimpin dipilih berdasarkan kepada kepetahan berpidato, bukan kebolehan bekerja. Ye lah, mana ahli rompin tahu pemimpin di Kedah cthnya, mahir bekerja atau tidak.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya pelik, kenapa agaknya ustaz hasrizal suka mengambil rujukan dari barat dan rujukan2 lain berbentuk pemikiran. Sehingga mohd. Abduh yg sesat sebagai muktazilah juga diambil. Then, masih juga tidak paham konteks hubungan golongan bermanhaj salaf dengan pemerintah. Tidak pernah tahu keadaan sebenarnya, tapi tetap mahu mengkritik walau dengan kondisi yg salah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ahlan ibnsubandi…
Terjemahkan PELIK itu kepada dialog dan perbincangan, hilanglah peliknya.
Perkataan sehingga tu macam ‘ataf gayanya. Tapi Muhammad Abduh bukan Barat.
Anyway tok guru anta kata muhammad abduh sesat, anta pun ikut sama muhammad abduh sesat… gitu ke? kalau tidak begitu, sebutkanlah tang mana sesatnya…
Saya pun maklum dengan label-label yang aliran anta suka sedekah kepada figure seperti Muhammad Abduh sebagaimana label yang juga suka disedekah kepada mereka yang tidak menyetujui pemerintah. Muhammad Abduh dimatikan dengan label Muktazilah. Pembangkang dimatikan dengan label Khawarij. Antum sahaja yang Ahli Sunnahnya
Fahamkan saya. Setakat debat ratusan post anta di al-ahkam.net dan blog anta, anta masih gagal memperlihatkannya. Sudah berkali ana mengulang soalan yang sama, jika sistem pembangkang dan ngo menegur kerajaan pemerintah yang ada hari ini salah, apakah alternatifnya. Macam mana cara anta dan mereka yang sepengajian dengan anta menegur kemungkaran pemerintah? Itu yang anta belum jelaskan… Atau anta enggan beramal dengan hadith “Kalimah Haq ‘inda Sultan Jaa’ir?”
Kita satu kelas ke masa sekolah dulu, yang anta kata TIDAK PERNAH tahu tu?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
“…konteks hubungan golongan bermanhaj salaf dengan pemerintah..”
Hebat/tinggi sangat ke maqam golongan bermanhaj salaf ni?
p.s: Bila saya kata golongan bermanhaj salaf, saya tidak merujuk salafus soleh. Self-claimed Bermanhaj salaf hari ini dan salafus soleh dua golongan yang dipisahkan sejauh 1000+ tahun.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam imbang
1. Tidak perlu Akhi Riyod memaksa diri untuk tidak bersetuju, kerana sudah semestinya kita tidak bersetuju dengan penekanan yang hanya ekonomi, ekonomi dan ekonomi, sebagaimana tidak bersetujunya kita kepada percaya, percaya dan percaya. Dalam beragama, ekonomi adalah komponen penting, selain politik (kepimpinan) dan pencarian halatuju hidup yang seimbang kearah mengenal Allah. Sebenarnya dengan beragama kesemua kos (budget perbelanjaan) untuk melaksanakan sesuatu perlu menjadi agenda penting, sepenting mengemukakan apa cadangan sekalipun. Keseluruhan perjuangan memertabatkan Islam perlu mengambilkira kos melaksanakan, jika kita ingin melihat kejayaannya. Tanpa menyediakan kos kita hanya memanjangkan mimpi di siang hari kita.
2. Kita tidak mahu menjadi seperti sami berjubah orange berjalan demi memperjuangkan agama mereka, dengan mengharapkan segala perbelanjaan disara oleh orang lain. Kita perlu melihat secara serius segala perjuangan menegakkan agama memerlukan kos dan perbelanjaan, bukan dengan hanya menekankan pentingnya membayar zakat atau bersedekah ke jalan Allah, tanpa memberi faham kepada kepentingan mengadakan kekayaan. Mengingatkan pembayaran zakat hanya bermakna apabila kita telah pandai, tanpa perlu diingatkan, melaksanakan tonggak aktibiti utama ekonomi, iaitu mengadakan kekayaan.
3. Tidak dinafikan manusia terbawa arus ketika menjalankan kegiatan, bukan sahaja dalam mencari harta, atau meramaikan anak, tetapi juga ramai yang terbawa arus semasa memperjuangkan sesuatu manhaj, pendekatan, agama dan sebagainya, dengan tidak mahu melihat kepada komponen keseluruhan untuk memastikan kejayaan. Dan dalam kes ini, lebih ramai yang terlupa menediakan kos perbelanjaan perjuangan, dari yang terlupa untuk berjuang. Akibatnya, kehabisan sumber semasa berjuang dan kemudian mengharapkan belas kesihan untuk meneruskan perjuangan. Sebab itu dalam perjalanan kehidupan Nabi terakhir kita, peniagaan (kegiatan menyediakan kos perjuangan) menjadi contoh utama, sebelum Nabi diberikan tanggungjawab besar memperjuangkan Islam
4. Keseronokan manusia mencari harta menjadikan mereka lalai kepada perjuangan Islam, bila dah berjaya, tetapi ramai juga yang terlalu seronok memperjuangkan sesuatu dan terlupa mencari harta, sebagai membiayai perjuangan tersebut. Kononya perjuangan itu mengatasi segalanya. Sunnah Allah tidak menyebelahi mereka yang terlupa kepada kepenting kos melaksanakan sesuatu, termasuklah dalam berjihad ke jalan Allah, kerana menyediakan harta, sebagai kos perjuangan, adalah sebahagian dari jihad tersebut. Kalau kita lupa kepada Qadar yang telah tentukan kerana telalu taksub dengan matalamat perjuangan, dan mengenepikan cara membiayai perjuangan, sudah pasti perjuangan tersebut akan menjadi menu utama berminpi.
5. Kegiatan memperjuangkan agama akan pincang sekiranya komponen ekonominya diketepikan. Pemikiran Muslim tersilap, dalam menterjemah kepentingan ekonomi yang dipaparkan oleh Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi memperjuangkan perniagaan, sebagai sumber mengadakan kekayaan, Muslim sekarang mengharapkan kekayaan itu telah ada dengan sendiri, untuk mereka berjuang. Mengharapkan tongkat kewangan setiap kali mahu memulakan pencarian kekayaan dan sudah habis tongkat, kekayaan terlepas juga dari gengaman. Kalau duduk di atas Bumi berminyak sekalipun, dengan tiada modal permulaan, tidak akan keluar hasil tersebut. Belum cerita lagi tentang modal ilmu yang diperlukan.
6. Penukaran pimpinan politik hanya akan menyebabkan kos yang tinggi berlaku. Agak berbaloi kalau hasilnya nanti jelas, tetapi kalau hanya pandai berjuang tetapi lupa kepada ekonomi sebagai komponen perjuangan yang utama, kita dapat menjangka apa yang akan berlaku. Perjuangan akhirat akan menjadi alasan kepada kemiskinan di dunia. Sedangkan keizinan Allah mejayakan sesuatu di dunia, adalah merupakan ukuran kepada keredhaan Allah yang akan diperolehi di akhirat. Jangan kita tinggikan kepekaan emosi kita tidak mahu belajar dari Barat, hanya kerana kita percayakan janji Allah semata-mata. Janji Allah memang benar akan dipenuhi, tetapi baga mereka yang patuh pada SunnahNya dan juga SyariatNya, pada masa yang sama.
7. Kita memerlukan pejuang yang faham tentang ekonomi, sebagai pengerak utama kepada kejayaan yang diperjuangkan. Kita tidak mahu berillusi dengan berjuang tanpa ekonomi atau mengharap belas kashian sebagai modal perjuangan. Hasil dari pemikiran sebegitu, dunia Muslim menjadi yang paling miskin, paling tidak berilmu dan terkebelakang di atas dunia ini. Tak nafikan ramai yang tak mahu setuju dengan mengatakan mereka kaya moral atau non-material matters. Saya kira ini hanya sambungan mimpi malam yang dibawa ke siang hari. Dan bila dikejutkan dari mimpi, memberikan alasan untuk terus bermimpi dalam jaganya. Teruskan impian dalam mimpimu wahai pejuang! … senyum sikit aja.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pak Din,
Maka point kita adalah sama. Dalam kita menginfaq diri dalam medan perjuangan Islam, kita juga perlu berekonomi dengan baik. Cuba lihat YB PAS yang ala kadar sahaja. Biar pun berekonomi dengan baik, hasilnya tidak dapat dizahirkan kerana di infaqkan kembali kepada perjuangan.
Cuma yang saya kurang setuju (dalam comment sebelum ini) apabila kita fanatik mengejar ekonomi dan tinggal terus medan perjuangan. Dengan harapan satu hari kita akan kembali. Sejarah telah membuktikan ramai yg tidak kembali.
Pertanyaan Pak Din mengenai YB PAS “Apakah mereka sudah berekonomi dengan baik? ” seolah2 generalize calon-calon ini tak reti berekonomi.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Calon-calon memang tak dinafikan kebijaksanaannya, tetapi secara keseluruhan, masyarakat yang saya perkatakan disebalik soalan itu. Tak dinafikan pekomen SI semuanya bersatu atau cuba mengemukakan ke arah point yang satu, iaitu beragama dengan Allah, tetapi kita dapat lihat cara perlaksanaannya yang agak berbeza … kan?
Secara masyarakat perjuangan perlu dititikberatkan kepada yang utama, yang keperluan. MAaf kata pandainya calon berekonomi kerana mereka nampak keperluan itu, tetapi tidak terlambang di dalam perjuangan yang disampaikan, kenapa? Ada udang balik mee? atau memilih yang lebih senang untuk diperjuangkan?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ibnu Subandi,
Bila ana pulang dari Madinah, ana tidak bawa fahaman ekstrim salafi pulang bersama. Di dalam kelas kami, bukan setakat muktazilah, Syed Qutb kafirpun kami biasa dengar. Asyairah sesat dan bukan ahlu sunnah, everyday. Tetapi kewujudan kami di sana, dengan melihat aliran salaf daripada pelbagai sudut, dan kewujudannya dalam pelbagai versi, maka kami semakin bijak menilai dan memilih.
Di Madinah ada Salafi gaya Syeikh A’tiyyah, ada salafi gaya Syeikh Rabi’, ada salafi gaya Syeikh Syanqiti, ada salafi gaya puak2 ekstrim algeria, ada salafi gaya puak2 ekstrim kuwait, ada salafi ibnu Taimiyyah, ada salafi ikhwan, ada salafi Seikh Salman Audah dan ada salafi PAS!
Kami beruntung kerana dihadapkan dengan salafi-salafi yang boleh dipilih. Bukan seperti mereka di Malaysia, salafi itu adalah Asri, dan Asri itulah salafi. Apabila Asri bertembung dengan Rasaul Dahari…masing2 terdiam!
Dulu ana agak marah jika ada sesiapapun yang menyebut istilah wahhabi, kerana ianya tidak wujud pada pemahaman ana. Tetapi, akhirnya ana terpakasa akur, bahawa ana salafi biasa-biasa, dan orang2 yang seperti enta ini, biarlah dipanggil wahhabi. Biar kita kelihatan berbeza.
Jika menentang kerajaan itu bukan salafi, bagaimana kedudukan gerakan-gerakan salafi yang menyertai pilihanraya di negara2 Arab. Jadikan Kuwait sebagai kajian enta. Enta akan temuinya, insya Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ente bagi ana idea untuk memperkenalkan nama manhaj baru, iaitu Al-Bab-ul-Al-Barati (Pemikir dari Barat) kerana ante telah meluaskan lagi perbendaharaan kata manhaj dan fahaman. Jangan marah ya Akhi tiru nama Akhi. Sekadar nak mengingatkan diri yang ana minat kepada kecendrungan Barat mengkaji dan memikirkan tentang Alam Semulajadi atau carakerja Allah (Sunnatullah). Dari segi beragama, masih bersama, kerana mengaku beragama dengan Allah, cuma dari segi pendekatan mungkin berbeza. Lagipun Sunnah Rasul, yang merangkumi kegiatan ekonomi itu tak ramai yang minat ekonominya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam ustaz,
Menarik sungguh bila rumah2 yang dibina di Dublin sama, perompak pun “indifferent” nak menceroboh yang mana satu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Wsalam Kak Ija.
Mungkin banyak sangat benda yang saya sumbat dalam artikel ni, sedangkan komen yang berlegar pada satu dua isu sahaja. Ada juga akhirnya yang mengupas di luar ‘mainstream‘. Memang unik rumah di Dublin tu. Sebelum perompak nak rompak rumah yang mana, selama saya di sana, memang jarang benar dengar rumah kena rompak. Walhal pagar tak ada, grill rumah tak ada… just a matter of cungkil tingkap or pintu sikit aje…
Hmm… takpe, benda ni banyak diulas dalam artikel saya AKHLAK ITU BUKAN LALANG
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bukan senang nak cipta nama pena ni tau. Masa kat Madinah dulu, macam-macam ana cuba. Sampaikan al-khandaqi pun keluar. Juga al-Lambori, al-Firaqi, al-beraqi hehehe.
Tapi yang menusuk ke hati, al-bariti, diadjust sedikit jadi elbaritii, sambil teringat jam pertama yang dihadiahkan kepada ana masa sekolah rendah dulu ialah elba. ( ke alba? )
Semasa kami di sana, memang jarang sangat dengar istilah salafi. Jika belajar aqidah, apa yang disebut ialah ahlus sunnah, asyairah, maturidiah, khawarij dll.
Bila belajar fiqh, kami dengar turutan Hanafi,Maliki,Syafie dan Hanbali. Walaupun pensyarah banyak “menangkan” Hanbali, tak pa lah, masih bermazhab lagi.
Ana rasa bodoh sangat bila ada orang kata tak perlu bermazhab. Pening2. Yang salah bukan bermazhab, tetapi bersalahan dengan dalil. Kesian mazhab.
Samalah macam jamaah atau parti, bukan itu yang salah, tetapi yang salah sikap tidak bertamadun, berat sebelah, bercanggahan dengan syariat dan seumpamanya.
( Kenapa cerita pasal istilah pulak ya! )
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Hebat nama orang Parit = Paritian = elbariti sorang ni… kekalkan…
Masa ana belajar di Jordan dulu pun sama. Tak keluar pun istilah dan pakej2 salaf khalaf ni. Fiqh belajar dua pusingan. Satu pusingan dalam subjek Fiqh, satu lagi dalam Hadith Ahkam. Masa rasa pelik dengan pandangan-pandangan dua tiga ulamak yang ultra di Jordan pun, jarang dikaitkan sama ada mereka ini Salaf atau Khalaf…
Hingga ke akhir-akhir hari ana di Jordan, baru benda ni jadi kecoh. Dikecohkan juga oleh figura-figura yang sama mengecohkannya di Malaysia… dari kedua belah pihak.
Rindu kepada suasana pengajian yang tenang tanpa prejudis, 10 tahun yang lalu….
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Akhi, mlm ni kalau ada masa ana ulas isu2 lain plak ya. Sori. Dah submit, baru baca komen kat atas tuh.
Puas hati tengok ulasan Uthyakumar dalam aljazeerah sebentar tadi. Jahat polis, tembak peluru pemedih mata lagi banyak pagi tadi berbanding 10 Nov dulu. Kesian makcik2 India terkena gas dan air asid.
Pening2 samy vellu. And nak dengar apakah ulasan Mufti Perlis terhadap keganasan polis ini. Ya lah, tegur lah sikit. Sapa lagi kalau bukan Mufti Kerajaan Sunnah!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam orang parit,
Jika ada orang melayu Islam yang menyokong perhimpunan BERSIH dahulu saya masih boleh tolak ansur kerana mungkin mereka tak faham apa yang saya faham mengenai ruang campur tangan asing untuk menggalakkan ‘demokrasi’, ‘hak asasi manusia’ ,’kebebasan bersuara’ yang diidam-idamkan Barat untuk dengar di dunia sebelah asia.
namun, yang saya hairan ada melayu Islam yang menyokong perhimpunan HINDRAF ini. siapa yang tak tahu siapa HINDRAF, apa permainan tuntutan mereka.Saya memang cukup anti dengan malaysian bar sejak kebelakangan ini, selepas nampak malik imtiaz muncul jadi pembela BERSIH, saya memang dah tak tahu lagi kalau ada melayu Islam yang tak nampak lagi pola gerakan liberal pandang barat ini. lagi-lagi jelas peguam HINDRAF juga di kalangan warga malaysian bar.Jika tuntutan penindasan atau hak berhimpun ala-ala alasan BERSIH itu boleh lagi jika nak kaitkan dengan alasan-alasan Islami, tapi mereka juga tuntut senarai ‘FREEDOM’ yang memang terang-terang mahu pandang kepada barat.
suara Freedom of Religion yang disuarakan oleh HINDRAF tak ada beza dengan freedom of religion yang disuarakan oleh malaysian bar, DAP dan PKR. Kalau kes Lina Joy bermati-matian peguam Islam peringatkan betapa ruang syariah kita yang tersedia ada jangan digugat supaya perancangan mengangkat hudud secara berperingkat tak terganggu, tapi ada lagi melayu islam yang tak faham perjuangan. Yang peliknya masa Lina Joy bukan main lagi semangat nak pertahan, tapi bila tiba tuntutan Hindraf pergi bela pula. Nampak sangat strategi pejuang Islam celaru!
Bagaimana lagi tak bosan dengan sikap orang dewasa sebegini. kalau rakan saya yang masih muda celaru itu, saya faham, ini dewasa yang dah bergiat dalam masyarakat masih tak nampak gerakan liberal ini. Nak kawal UMNO yang liberal separuh itu pun kita tengah gagahkan, nak bagi peluang naik puak liberal sepenuhnya pula kita galakkan? apa ini?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Persoalan yang elbariti timbulkan tu ialah soal keganasan polis dalam meredakan demonstrasi tu. Itu tidak sama sekali patut diterjemahkan sebagai menyokong tuntutan HINDRAF. Betul atau tidak apa yang HINDRAF buat adalah satu tajuk yang berasingan daripada cara polis meleraikan demonstrasi.
Jangan nampak celaru orang je.
Dan dalam komen #85, saya sudah meminta kita fokus balik kepada content asal artikel ni. Takde faedah komen mencecah #90 kalau diskusinya entah ke mana
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kami dtg sini bukan nak dengar leteran budak mfr ni… ckp dgn org tua, kalu tau lebih sekali pun, jaga la adab. macam bagus je
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maaf, saya taipkan dengan penuh rasa emosi bila saya nampak tulisan elbariti saya teringatkan tulisan-tulisan pejuang islam yang lain yang bertebaran dengan dalam dunia internet ini termasuk tulisan DSAI. kalau saya keluar topik, maafkan saya. memang benar, saya seorang sahaja yang keluar topik.
jangan risau nasihin, ini komen terakhir saya dalam saifulislam.com sepertimana laman-laman web lain yang saya datang jenguk bila nampak orang tak faham mesej saya dan rasa saya biadap, saya akan pergi bertapak di web lain pula. internet luas. saya boleh tulis jela-jela dekat mana2 tapak termasuk domain saya sendiri. maaf atas segala kepersetanan tulisan saya selama ini.
wassalam, tamat dari orang sauk!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
garangnya nasihin…
anyway… ada lelaki mengeluh. asyik putus cinta. katanya semua perempuan tak sesuai dengan dia. tapi saya rasa kalau dia asyik putus cinta, bukannya semua perempuan tak sesuai dengan dia, sebaliknya dia yang tidak sesuai dengan semua perempuan…
point saya, kalau mfr asyik dicap dengan pelbagai label negatif di mana sahaja anta memberikan komen, maka mungkin yang perlu dimuhasabah bukannya semua blog / website tadi tu, tetapi diri anta sendiri.
cuba bertenang, bukan sahaja di depan komputer, tetapi juga dalam menyusun kata-kata.
saya tak berapa berkenan dengan cara nasihin menegur begitu (maaf ya), tetapi ada point di situ. walaupun umur saya 32 tahun dan apa sahaja pengalaman dan kelulusan yang saya ada, saya tetap belajar mengawal percakapan apabila menyuarakan pandangan di hadapan orang yang berumur 42 tahun. saya yakin ada banyak benda yang dia tahu, yang saya tidak tahu, kesan umur dan kematangan serta exposure kepada pelbagai pengalaman hidup.
so, bawalah bertenang mfr. anta baru di awal 20an.. jangan binasakan diri dengan kehangatan anta yang lebih hangat dari biasa tu…
ambil air sembahyang dan tenangkan diri… ana masih mengalu-alukan pandangan anta… asalkan kita sepakat dalam tertib berbicara. kerana tiada khilaf dalam soal-soal yang begitu.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
banyak benar komen di sini, banyak juga yang tersasar dari topik sebenar. Bimbang lagi terperinci dihujahkan dalam ruangan komen akan hilang manfaat tulisan dan merendah kualiti tujuan asal artikel. Pembaca lain mahukan kefahaman yang berkaitan artikel di tulis.
Ana terkadang ingin faham sesuatu itu melihat reviewnya bersama. review untuk artikel ini adalah komennya.
Apapun, bila berbincang dengan bekas pensyarah ana, memang benar Barat telah makin menuju ketuhanan tanpa jelas jalan agamanya sedang Muslim mula terkapai sebab mabuk dalam teks agamanya hampir lupa Tuhan itu Esa lagi perlu ditaat tanpa buta.
wallahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum,banyoknye kene baca kalau nak faham semua komen kat atas-atas nie.Terima kasih ustaz atas artikel di atas.
We’ll see what we want to see
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam;
Talking about process
From my last comment of no #20 till now #96 … it take guts to adhere the different perception of knowledge to be able to read through and also to moderate all the comments.
Sadly some how, it had dwell to two main topics of Malaysian type politics and differences in Fiqh and Fikr … typical Malaysian Muslim.
The intention of Saifulislam.com (from my perception) is greatly honoured; for dakwah to perahu kecil and sometime reference to al-alim. It can also be to activist and duat, a rock that sharpen the sword after a long and tiring battle. How ever; i’m very very worried if it become another front of disgruntled, bashing, and worthless debate (my appology if the word use is to harsh) – perucapan yang sia-sia dan tidak mengangkat umat dan agamanya.
I would advice to the learned; if your views and concern is neccessary so speak. If this is just to proved that your point is correct or better than other … so please move on.
I would advise us (you and me all) to reflect back on the other meaning of Taubah:122 “nor should the believers all go forth together: if a contingent from every expedition remained behind, They could devote themselves to studies In religion, and admonish the people when They return to them,- that Thus They (may learn) to guard themselves (against evil).”
The other side of this verse means; not all of you (and me) have the responsibilities to be debators, commentators, scholars etc … many of us who does not have the privileges and wisdom to play the part of tafaqahu fiddeen, you and me have the responsibility to do our bit on the field – in what ever ways we can. Dont be a pseudo scholars.
Who ever have received from Allah the responsibilies to be good scholars then do your bit. Let you knowledge be the beacon in finding solution to deplorable state of our ummah.
I dont actually know why and how … I do think Bro Hasrizal effort in writting all this article is doing JUSTICE to his numbers of Muslim readers, but sometime i dont see “how and why” many of us doing any justice by putting so much of time and effort in debating and commentating. It is not my role to judge but … i dont think we have enough people doing work on the ground… if such time and effort can be diverted to create small snowballing change on the ground… how much, how much could be done.
Let not make this good forum suffer the same fate as many other malysian muslim mail list … un neccessary worthless debate that doesnt right the wrong in the world “datangnya tidak menambah, baliknya tidak mengurang, hilangnya tidak ditagih” …
p.s. This comment is written while reading and surfing to find more information on “Impact of Free Trade Agreement to Health” Could only wish there are at least one muslim scholar who can dedicate their time and effort on this realm, and many other “lompang-lompang yang belum terisi”
I seek forgiveness from Allah and He holds The Knowledge and Knows More
Bertam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Semenjak tiga bulan yang lalu, saifulislam.com telah menerima 6,475 komen pembaca. Jumlah ini tidak mengambil kira komen yang saya delete, komen yang diklasifikasikan sebagai spam (mencecah 10K) dan tanpa mengambil kira komen yang dibuat melalui email dan di luar saifulislam.com
sahabat boleh cuba meletakkan diri kalian di tempat saya, apakah kesannya ribuan komen itu kepada saya, apabila setiap satu komen itu saya baca, tanpa pernah miss walau satu pun.
Akhi Abu Saif dan sahabat-sahabat sekalian,
Apabila seseorang itu banyak berada di medan kerja, dia mudah lemas dengan gelagat manusia yang tidak selaras dengan kerja yang sedang dilakukannya. Dan saya appreciate kalau Abu Saif rasa sesak dada melihat komen mencecah 100 tetapi mungkin 50 daripadanya elok dipadamkan sahaja.
Jika saya mahu mengikut rasa hati, tindakan memadam komen hanya berada di hujung jari. Tetapi saya lepaskan sahaja majoriti komen yang ditulis, biar pun saya rasa diri dan masa saya di’insult’ apabila lain yang saya tulis, lain yang orang komen. Apatah lagi jika komen di luar tajuk itu, menyakitkan otak dan hati saya.
Tetapi saya tidak tergamak untuk berbuat demikian. Sebaliknya saya hargai effort pemberi komen menulis. Lainlah kalau dia beri 25 komen yang dicut and paste dari mana-mana sumber yang ada. Yang ini definitely antum semua tidak melihatnya kerana saya delete tanpa tangguh.
Blog ini masih satu hala, jika boleh saya katakan begitu. Maksud saya, semua artikel masih merupakan hasil tulisan saya. Tentu sahaja apabila saya menulis, saya mahu apa yang saya tulis itu sebagai sesuatu yang terbaik. Tetapi saya gunakan ruangan komen untuk menilai bagaimanakah lontaran idea saya apabila ia diketengahkan. Komen-komen yang 6,475 itu memaksa saya untuk realistik, tidak terlalu ambitious, malah tidak menghabiskan masa mengeluh… kerana busuk wangi yang saya terima, itulah cermin kepada realiti masyarakat.
Agak tidak adil, misalnya apabila saya memberikan pandangan mengkritik SS Mufti Perlis, sesuai dengan posisinya yang durian, beliau tidak perlu memberikan apa-apa respond dan boleh menjawab secara high profile melalui kolum di akhbar perdana. Dulu kami timun dan tempoyak, sebab itu boleh duduk semangkuk. Tetapi hari ini timun masih timun, sedangkan tempoyak sudah berada di dalam kulit durian yang penuh duri. Tetapi oleh kerana timun ini cuba mengusik durian, saya terpaksa berdepan dengan GELOMBANG yang datang, membela beliau. In order to defend my idea, I have to do the ‘dirty job’ on my own, while a durian will have the privilege to let others do it. Sometimes it does make me feel stupid, but what else can be done.. if you want people to be addressed with the issue. Pejam sebelah mata aje le…
Tetapi, saya tidak ada masalah untuk bergelumang dengan ini semua. Saya boleh jual mahal, menulis secara syok sendiri, lock bahagian komen, present paperwork saya di seminar atau kolokium yang lebih kaya dengan idea. Tetapi dengan hasrat hati mahu berada ‘dekat dan mudah dihubungi’, saya tidak kisah diri saya diinsult biar pun secara tengin oleh sesiapa sahaja, hatta oleh seorang yang sedekad lebih muda dari saya.
Yes, kadang-kadang saya sendiri terikut rentak… tetapi isi respond saya tidak hanya pada fakta yang dibincangkan, tetapi juga pada cara saya melayan, yang kalau pembaca melihat dua kali, dia akan faham bahawa kadang-kadang maksud saya di sebalik permainan bahasa hanya satu iaitu “BOLEH DIAM TAK?”
Gitulah sahabat sekalian… saya terfikir betapa seksanya pensyarah saya menanda kertas jawapan studentnya sekarang. Mereka yang bertaraf profesor terpaksa melayan jawapan pelajar yang sesetengahnya mungkin perasan bagus dan insult intelektualiti pensyarah-pensyarah ini. Tetapi kalau tak sabar dengan semua ini, apakah ada jalan untuk mendidik?
Anak-anak saya tentu lebih faham betapa kartunnya saya dengan mereka walaupun saya di dalam ceramah lain wataknya. Apakan daya… itulah sifir pendidik. “Khaatibu al-naas ‘ala qadr ‘uqoolihim“.
Lau Kaanoo ya’lamoon…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kita kembali kepada main issue. Saya ada terbaca artikel terbaru Dr Maza di dalam utusan. Mungkin beliau telah membaca teguran ustaz terhadap beliau kerana perenggan akhirnya berbunyi, ”
Selebihnya ustaz boleh baca di utusan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terima kasih Saifuddin.
Saya sudah membacanya awal pagi tadi. Oleh kerana tulisan saya yang saya emailkan kepada SS Mufti tidak menerima sebarang balasan, maka saya menerima artikel itu sebagai respond langsung dan tidak langsung kepada pandangan saya.
Oleh kerana entry ini bukan berkisar tentang isu yang beliau utarakan di dalam artikel itu, maka saya tidak berhasrat untuk memberikan komen mengenainya di sini.
Ambillah yang mana baik… seperti biasa.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam agama
1. Dalam Al Quran istilah Ulil Al Baab disentuh tidak kurang dari 16 kali. Manhaj Al Baab ini berkisar kepada pengunaan akal selepas asas percaya terbena. Maka Manhaj Al Baab atau Ulil Albaab, lembutnya, adalah pendekatan pecaya-fikir berbanding kebiasaannya percaya-percaya. Yang lari lari percaya-percaya ini pula, seperti di Europa tersasar kepada fikir-fikir, iaitu tanpa element pecaya lansung. Maka jangan lupa kepada fikir-percaya, yang mendahulukan fikir, tetapi dengan adanya Rukun Iman, lebih sesuai, Ulil Albaab ini dikaitkan dengan percaya-fikir.
2. Bertuhannya Eropah tanpa agama, adalah atas dasar kehilangan kepercaya kepada sistem percaya-percaya. Dengan mendapatkan dan mengusahakan bukti kepada segala yang dihujah dan dicadangkan, Eropah membuktikan hasil fikir-fikir hampir menyerupai tuntutan Islam. Maka timbullah “Jika tanpa agama, Eropah boleh memperelokkan struktur sosial, ekonomi dan politik mereka, apa perlunya dunia ini kepada Islam?” Kita seharusnya membuka minda kepada hasil yang diperolehi Eropah dan memahami konsep yang hendak dijelaskan oleh Al Quran melalui istilah Ulil Albaab. Al Quran sentiasa mengingatkan kita bahawa percaya-percaya (taqlid semata) itu tiada mendatangkan hasil.
3. Kenyataan “Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam”, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah. Dari manusia pertama, Nabi Adam, sehingga Nabi Muhammad saw, nabi penutup, dan sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat. Jadi bolehlah dinafikan “Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita.” Sekiranya tidak “bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?”
4. Revolusi Perancis adalah hasil dari masyarakat tidak menerima sistem percaya-percaya, yang pada dasarnya melaksanakan penindasan dan paksaan agama di Eropah, terutamanya Sepanyol (The Inquisition). Kemarahan yang memuncak menyebabkan tersasarnya penerimaan fikir-fikir, tanpa mahu sedikit menyelitkan percaya, selepas dari apa yang berlaku pada mereka. Maka kelihatan “manusia bebas dari perhambaan sesama manusia,” dan “ barulah mereka bersedia untuk menerima hakikat bahawa setiap insan dilahirkan sama.” Tetapi dengan keterbukaan sistem fikir-fikir yang mengutamakan bukti, pembaharuan pemikiran di bidang ekonomi berlaku, yang kemudianya menghala kepada ekonomi terbuka, dan terbukti sekali lagi menghasilkan kekayaan dan keselesaan.
5. Pada asasnya “Kesamarataan ini adalah intipati keadilan. Dengannya manusia memandang manusia lain dengan rasa kebersamaan.” Dengan penelitian kepada Hukum Alam, pemikir Eropah kemudian membuktikan, ada bidang yang perlu kepada sistem imbuhan, bagi meransang manusia bekerja keras dan bijak. Timbul sistem ekonomi yang mereka rasakan tidak boleh diasaskan kepada kesama-rataan, kerana susahnya mengajak manusia untuk kerja keras bersama-sama, terutama dalam kerja berfikir. Dengan pengenalan kepada hak cipta intelek dan copyright, Barat sebenarnya lari dari kesama-rataan secara menyeluruh kepada secara berpilih. Al Quran menceritakan ini sebagai “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya.”
6. “Lantas Eropah tanpa agama, lebih telus dan komited dalam melaksanakan keadilan kepada rakyatnya, berbanding negara mahu pun negeri al-Quran dan al-Sunnah.” Dengan memberikan bukti dan hujah fikir, perbezaan pendapat pun dapat diterima dibidang tertentu. Ini sebenarnya mengundang kos yang tinggi, tetapi dengan ekonomi yang telah dibena lebih awal, kos ini dapat ditampung dengan selesanya. “Soal pemerintah yang melakukan kesilapan dan kesalahan, ia adalah sesuatu yang lumrah. Ia terbit dari sifat asli manusia.” Dan menyedari ini politik Britain memperkenalkan sistem check and balance, iaitu dengan adanya pembangkang. Semua ini berjaya kerana landasan sistem fikir-fikir.
7. Sebagai Muslim kita seharusnya menjadi manusia yang sentiasa melihat kepada Sunnah Allah dan mempelajari apa yang Allah tarbiahkan kepada kita melalui Alam Semulajadi. Sangat sedih jadinya, ada yang “mempertahankan gagasan pembelajaran aqidah melalui Ilmu Kalam, tetapi sebahagian mereka turut bermusuh dengan seruan akal.” Ini membuktikan kerapuhan “kepercayaan membuta tuli terhadap teks yang diangkat sebagai subjek sembahan”. Muslim seharusnya memahami roh beribadah, sekiranya betul-betul mahu menolak materialism semata. “Ia bukan soal Sufi Tasawwuf atau falsafah putar belit… ia adalah maksud beragama sebagai jalan berhubung dengan Tuhan” dengan memahami carakerjaNya membentuk Alam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terima Kasih Pak Din…makin mencerah kamar ini…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Juga terima kasih dari saya Pak Din, atas pengolahan yang menambah nilai…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam mfr
Tak kan kerana orang tak faham tulisan kita, kita kena berhenti menulis. Sepatutnya ia memberikan peluang untuk terus menulis. Lain lah kalau kita dah memang tak nak menulis, di mana-mana. Be cool! Anak pak cik macam tu juga! 21 dan darah baru. Persetan dengan setan-setan yang berenang di aliran darah muda dan tingkatkan kepekaan rational dan turunkan kepekaan emotional. Rasanya pintu tak pernah tutup!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz, tak sempat nak ulas artikel ini lagi. Mohon ruang respon kepada akhi MFR.
Bismillah.
Tulisan anda ini menampakkan yang anda terlalu buruk sangka terhadap BERSIH. Ya, memang benar BERSIH terdiri daripada pelbagai NGO dan parti poitik. Sekretariatnya dikuasai oleh orang bukan Islam, ( DAP ). Tetapi anda tahu siapa yang menggerakkan BERSIH? Saya pasti anda tidak tahu.
Mungkin BERSIH membawa pelbagai idea. Mungkin BERSIH digunakan oleh pelbagai pihak, termasuk DSAI. Tetapi anda perlu tahu yang menggerakkan BERSIH adalah PAS. Pada adatnya, tidak akan muncul kurang lebih 100k pada perhimpunan itu jika PAS tidak bergerak menggerakkan BERSIH. Malah setiap mesyuarat dan penerangan BERSIH di serata pelusuk negara digerakkan oleh PAS sendiri.
DSAI pun tiada apa-apa yang dilakukannya untuk BERSIH. Seperti beliau sendiri tidak yakin kemampuan BERSIH mengumpulkan 100k. Beliau memberi respon pada saat akhir untuk hadir. Juga Lim Kit Siang. Selepas berjaya, beliau pulak lebih2 nak buat 200k. Inilah kesempatan politik namanya.
Dalam situasi begini, apakah kami “ahli-ahli PAS” tersilap langkah menggerakkan BERSIH. Apakah bodoh sangat kami menggerakkannya untuk pihak lain mempersetankan agama kami. Bertenanglah, jangan perasan anda seorang sahaja yang sayangkan agama dan prinsipnya.
Berkaitan perhimpunan HINDRAF ini, sila baca pandangan DSAI dan Mohd Sabu. Setakat apa yang saya tahu, kedua pemimpin ini menyokong kebebasan ruang perlu diberikan untuk mereka memberi pandangan dan rasa. Jika ruang itu juga disekat oleh kerajaan, apakah ini bermakna kita telah menyelamatkan Islam daripada tuntutan mereka?
Itulah juga pandangan peribadi saya. Biarkan sahaja mereka berhimpun dan menyerahkan memorandum. Jangan jadikan mereka ibarat air empangan yang tidak dialirkan ke ruang aliran yang sepatutnya.
Bagaimana pula jika kita yang memerintah? Apakah ruang suara mahu disekat? Itukah Islam?
Malik Imtiaz tidak menjuarai BERSIH. Jangan bimbang jika dia muncul di Al jazeerah mewakili BERSIH. Jangan bimbang jika dia berada di balai polis untuk membantu mengeluarkan rakyat yang ditahan polis jahat.
Siapa yang bela tuntutan HINDRAF? Saya? Saya hanya membela makcik yang pedih mata kena tembak dengan air gas tuh. Sebagaimana mata saya pedih ditembak dan menderita, saya dapat rasai sakitnya mereka ditembak.
Apabila perhimpunan itu di hadapan Suruhanjaya British, dan memohon tuntutan pampasan 14 trillion daripada kerajaan Britain, maka jika saya menyokong, saya menyokong mereka mendapat duit itu. Persetankanlah liberal mereka buat seketika. Apa kaitannya freedom mereka dengan Suruhanjaya British? Mereka berada di bawah kerajaan BN, bukan kerajaan Gordon Brown.
Saya juga tertarik dengan penghujahan Uthayakumar di Al Jazeerah. Mereka membantah ketidak adilan yang berlaku di Malaysia. Mereka tiada biasiswa, mereka tiada skim untuk kemahiran bekerja, mereka dianaktirikan oleh Kementerian Pelajaran, mereka tiada amanah saham India, mereka dan mereka. Jika saya menyokong kenyataan ini, apakah saya menyokong liberal dan freedom yang diperjuangkan oleh HINDRAF.
Orang Islam yang bijak ialah menyokong kebenaran, dan berhati-hati dengan permainan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
pertamanya, maafkan saya ustaz hasrizal andainya komen2 saya bersifat kontra. yg pro, mungkin saya diamkan tanda setuju.
ok,
Saya tidak faham, apakah yg ustaz hasrizal cuba sampaikan… adakah mengajak kita semua kepada bermanhaj-kan aqal, melihat sunnah2 barat yg dipandang baik menururt aqal?
Kerana aqal-lah, munculnya ilmu kalam yg menatijahkan pelbagai firqah lagi.
apakah aqidah itu perlunya kepada akal, sehingga membawa kritikan terhadap muhammad abdul wahhab. apakah mereka yg mengambil pendekatan muhammad abdul wahhab harus ditukar manhaj dan perinsipnya dalam berakidah kepada manhaj pemikiran? mengolahkan dalil berdasarkan waqi’ dan aqal semata? persoalan aqidah dianggap ringan supaya penekanannya tidak nampak ekrasa pada pandangan sebahagian org2 semacam ustaz?
then, refer kepada artikel ustaz…
Ustaz said:
Sudah dinyatakan ianya perlu kepada sirr… kenapa perlu lagi didedahkan? apakah kami harus berbangga berjaya menyampaikan dakwah menurut sunnah?
sewajarnya, mereka yg mengkritik pemerintah tanpa memikirkan ttg sunnah itulah yg wajar mengkaji semula landasan/manhaj mereka. apakah sudah dikritik, baru sibuk tercari2 kepada dalil untuk menyokong tidnakan mereka?
kalau ustaz mendengar bebrapa rakaman2 yg saya kumpulkan, di sana mmg ada diceritakan beberapa aktiviti dakwah kepada pemerintah (di m’sia) tertentu secara sirr… diceritakan kepada org2 tertentu, kebetulan saya dapat merakamkannya… kalau siapa yg mendengar, nilailah.
Adakah kami tidak pernah buat, atau kami hanya pandai bercakap dan mengkritik…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya tidak melihat bahawa tidak perlunya kepada akal… dan saya nak tanya, apakah benar muhammad abdul wahhab menolak element2 utk berfikir dengan akal yg waras? sedangkan, dalam al-qur’an banyak menyentuh perihal akal/untuk berfikir.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu’alaikum,
Ustaz, response saya terhadap luahan hati ustaz dalam komen #96.
Ya… kadang-kadang memang kita rasa sakit hati. Saya selalu meletakkan diri saya sebagai “tuan punya blog” bila saya melawat sesuatu blog. Oleh itu, saya akan cuba memahamkan apa yang “tuan punya blog” nak sampaikan. Kadang-kadang, bila baca komen yang ditulis yang menyakitkan hati “tuan punya blog” saya yang terasa walaupun kedang2 saya sendiri tak setuju dengan apa yang “tuan punya blog” tersebut sampaikan.
Banyak kali bila saya baca sesuatu blog dan saya menulis komen, walaupun komen tu dah berjela dan saya dah menghabiskan masa lebih kurang setengah jam, akhirnya bila saya baca balik komen yang saya tulis, saya padam. tak jadi nak hantar. Sama ada komen saya tu boleh menyakitkan hati ataupun off topic dan tak membina.
Saya berpegang pada kata-kata “Jangan sampai orang tak suka kebenaran yang kita bawa disebabkan perlakuan/kata-kata kita yang menyakitkan hati”.
Sekali lagi saya ucapkan TERIMA KASIH kepada ustaz Hasrizal sebab sudi meluangkan masa ustaz untuk menulis di saifulislam[dot]com. Kadang-kadang, kata-kata pujian diperlukan buat pembina semangat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Menjelaskan tidak semestinya untuk berbangga-bangga. Tetapi penjelasan perlu supaya kaedah yang dipakai boleh dimuhasabah. Pertamanya, bagaimanakah caranya ia dilakukan? Keduanya bagaimanakah keberkesanan cara tersebut? Ketiga mengapakah cara itu berkesan atau tidak berkesan?
Jika perkara ini tidak diperjelaskan, bermakna saudara mengajak orang bertaqlid terhadap pendapat ini. Apakah alasan untuk seseorang menerima pendekatan ini jika hujahnya tidak diperjelaskan. Ya, Nabi SAW menyebut tentang larangan menentang pemerintah secara terbuka. Tetapi Baginda SAW juga meletakkan perbuatan menyatakan kebenaran di sisi pemerintah yang zalim, sebagai jihad yang afdhal. Maka bagaimanakah hal-hal ini diharmonikan, secara teori dan secara praktik.
Saya masih ingat kepada kritikan Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi terhadap mereka yang menafsirkan ayat al-Maidah tentang celaan Allah SWT kepada mereka yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, apabila salah satu tafsiran ayat ini ialah perlu dilihat niat dan motif mengapa pemerintah tidak melaksanakan hukum Allah. Motif itulah yang akan membezakan di antara 3 label yang Allah kenakan dalam ayat itu. Kata Sheikh Solah, “siapakah pendakwah yang mahu berjumpa dengan raja atau presiden, bertanyakan soalan, maaf tuan, mengapa tuan tidak mahu melaksanakan peraturan Allah? siapa yang berani bertanya begini?”
Sambung Sheikh Solah al-Khalidi lagi, “siapa pula yang dapat menilai ketelusan jawapan yang diberi oleh raja itu?”
Soalan-soalan inilah yang menuntut penjelasan. Jika jawapannya tidak boleh dikongsi, maka ia adalah pseudo religion.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Bila disebut pasal sirr, saya teringat dengan zikr sirr ahli sufi. Diperingkat sirr, tak boleh cerita dengan orang lain, langgar bai’at, katanya. Kalaulah kita belajar yang benar tentang makrifat kepada Allah, dengan tarikat yang terang disuluh, untuk menuju kepada hakikat yang dicari, bagi mendapatkan hadirat bersamaNya, mengapa perlu di’sirr’ pembelajaran dan pengajarannya. Tak salahlah kalau dikata, kadang-kadang ada yang mengenepikan syariat akhirnya. Tidak termasuk Ulil Al Baablah nampaknya, tetapi awalnya hampir serupa, pentingkan falsafah yang memerlukan akal ditahap maklsima. Memahami Sunnah Allah cara Ulil Al Baab, mengutama bukti nyata tak tersembunyi atau berrashia.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
” Sudah dinyatakan ianya perlu kepada sirr… kenapa perlu lagi didedahkan? apakah kami harus berbangga berjaya menyampaikan dakwah menurut sunnah?
sewajarnya, mereka yg mengkritik pemerintah tanpa memikirkan ttg sunnah itulah yg wajar mengkaji semula landasan/manhaj mereka. apakah sudah dikritik, baru sibuk tercari2 kepada dalil untuk menyokong tidnakan mereka?
kalau ustaz mendengar bebrapa rakaman2 yg saya kumpulkan, di sana mmg ada diceritakan beberapa aktiviti dakwah kepada pemerintah (di m’sia) tertentu secara sirr… diceritakan kepada org2 tertentu, kebetulan saya dapat merakamkannya… kalau siapa yg mendengar, nilailah.
Adakah kami tidak pernah buat, atau kami hanya pandai bercakap dan mengkritik… ”
——————————————————————————————–
Ini yang tidak berapa jelas , Kalau ulamak2 terdahulu menegur pemerintah secara sirr bagaimana kita boleh membaca dan mengetahui tentang bagaimana Al- Ghazali ; Ibn Taimiyyah ; Imam Ahmad ; Imam Izz ibn Salam ; Imam an-Nawawi … berhadapan dengan pemerintah . Ada yang dilucutkan jawatan ..ada yang dipenjarakan ..
Bagaimana kita boleh mengetahui ttg surat2 dan suara mereka dan ketegasan mereka sekiranya ianya dilakukan secara sirr .
Itu di zaman khalifah islam .. sekarang di zaman ?
Apakah menegur pemerintah secara sirr merupakan tiket untuk bersama2 mereka ; bersenyum sumbing di samping mereka .. cukup sekadar hati membenci mereka ..
Boleh jelaskan ..supaya ana tak terkeliru dan kelabu
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Ustaz
Kalau 3 bulan 6425 + 10k terlalu banyak, tetapi kalau 3 tahun sedikit pula. Tetapi sudah pasti andaian saya 600k views menghasilkan 6000 comments, dahulu terlalu sedikit. Melihat stat terakhir purata 20-30k unique PV, dengan data bulan Jun 40k tetapi Jul 14k. Dan Nov ini boleh jangkau 35k. Minat saya baca stats begini. Memang tak dapat nafikan kebolehan dan kesungguhan Ustaz melayan, mebaca, mengurus dan segala yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan ‘erti hidup pada memberi’. Itu pun baru di Web, belum lagi segala kerumitan dan pengorbanan sebenar di dunia nyata. Syabas Ustaz!, semuga berterusan usaha Ustaz, menahan sabar dan berkorban demi untuk mendidik. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Yang pasti saya tak sanggup!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam beragama
1. Semakin jelas pada saya sekurang-kurangnya, pendirian Ustaz berhubung apa yang dikatakan beragama. Seperti yang pernah diutarakan Kak Ija, saya juga meminjam keberanian Ustaz dalam memilih bukan sahaja tamadun Islam, malah peradaban Barat, sebagai sejarah yang perlu dilihat, dalam meneruskan kembara mencari Tuhan. Seperti yang pernah disebut, bukan tak jelas apa yang dicari, blueprintnya ada, hanya belum berjumpa. Biarlah apapun manhaj yang diperkenalkan dan pelbaginya istilah yang digunakan untuk menerangkan keesaan Allah, kita terpaksa mengambil yang terbaik dari semua yang ada. Nama pakej tidaklah sepenting mengetahui apa isi sebenar yang dipakejkan.
2. “Eropah bertuhan tanpa agama, Muslim beragama tanpa Tuhan. Eropah sesat menuju Akhirat, Muslim muflis dunia dan nasibnya juga belum tentu di Akhirat”, membuktikan dalam mengejar yang sempurna, jangan kita terlalu taksub dengan yang terlalu conceptual, terlalu ideal sehingga diidolakan dan tidak dapat memenuhi kehendak kehidupan di alam nyata ini. Dengan keberanian Ustaz mengatakan nasib Muslim belum tentu di akhirat, saya mendapat keberanian mengatakan bahawa yang menggangap Eropah sesat menuju Akhirat, (setelah jelas memaparkan ciri-ciri keislaman di dunia), adalah mereka yang hanya minat mengidolakan nas, tanpa mahu mencari kebenaran sejati.
3. Tambahan lagi apabila terdapat ketegasan “menentang riba sebagaimana yang diperincikan oleh teks agama, tetapi alternatifnya sama menindas. Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada”. Ini disebabkan penumpuan kerja adalah pada menghijaukan daun, dari memastikan kesihatan dahan dan pokok di mana daun itu tumbuh, tidak pernah hendak dihiraukan. Tidak mahu menyedari bahawa menyelesaikan masaalah perlu melihat kepada kebenaran (pokoknya) bukan dengan bersentimen politik dengan meraih popuariti (daun) semata-mata. Sistem mata wang yang keluar-masuk ke dalam sistem perbankan itu sendiri yang perlu dilihat dan diperbetul, sebelum memprosesnya di dalam sistem perbankan, agar tidak selari dengan ‘garbage in, garbage processed and garbage out’.
4. “Ketika semua ‘agama’ dan ideologi menerima bahawa kestabilan negara mesti dijaga, kerajaan mesti berlaku adil, dan kesilapannya mesti diperbetulkan, melalui pelbagai sistem yang ada, tiba-tiba hanya ada satu versi sahaja yang muncul memberitahu sebaliknya. Dan ia muncul atas nama al-Sunnah. Bahawa mengkritik pemerintah ialah suatu dosa! Dosa warisan puak Khawarij!”. Apakah itu yang menjadi pendirian atau prinsip perjuangan sekian lama? Atau kerana keterpaksaan menukar kenyataan dengan sesuatu yang boleh menyara kehidupan? Ibarat tadi menghijaukan daun yang tak akan hijau kerana dahan dan pokok yang dah mati dan tak diambil peduli. Belum sampai bab akar lagi, yang tersembunyi!
5. As Sunnah kalau Nabi saw punya, bermula dengan keperitan memahami perniagaan, sebagai keperluan asas menyara kehidupan. Lebih 20 tahun, sebelum diangkat menjadi Rasul, nabi mempraktikan ilmu simpan kira-kira (accounting), ilmu menjual barang (advertising, product and seller branding), ilmu mencari pelanggan (menandatangani MoU, FTA dan bermacam lagi), ilmu mencari modal (Letter of Credits, Loans, Borrowing, Buisness Modelling, Banking) dan bermacam lagi ilmu-ilmu yang diperlukan bagi memastikan perniagaan yang menguntungkan dan selaras dengan hukum. Kemudian barulah Nabi menjadi Rasul dan diberikan bebanan yang besar menyeru manusia untuk mengesakan Allah.
6. As Sunnah kalau Allah punya pula, bermakna memahami bahawa ilmu sains itu adalah ilmu mengkaji Alam, yang penciptanya ialah Allah swt. Tidak kurang 1000 ayat-ayat di dalam Al Quran merupakan ayat ilmu sains, bukan sahaja sains kegunaan, sains kemanusiaan, malah banyak juga sains ketuhanan. Muslim sekarang ini, memilih sains yang hanya memberikan kepuasan nafsu dengan pelbagai peralatan elektronik moden dan kecanggihan kenderaan menggantikan kuda tunggangan. Apabila disebut sains ketuhanan yang menyentuh carakerja Allah, Muslim tidak berminat dan membiarkan ilmu itu dikaji oleh bukan Muslim. ‘Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan Bumi … terdapat ayat-ayat (keterangan Kitab Alam) kekuasaan Allah bagi Ulil Albaab.’
7. Sebab itu akhirnya kata-kata keras disimpulkan di akhir artikel, “Yang enggan hidup dengan akal itulah haiwan ternakan, bal hum adhall!” bagi menjentik minda rational Muslim supaya bangun dari tidur dan mimpi yang mengasyikan. Syabas Ustaz, sekali lagi atas artikel yang bernas dan menyeluruh. Saya hanya tumpang menambah sedikit di sana dan sini. Idea asalnya sudah pasti milik Ustaz dan hasil dari usaha Ustaz yang tidak pernah kenal penat sekian lama. “Erti hidup untuk memberi”. Kalau dilabelkan sebagai taklid, taksub dan takdol (mengidola) kepada Saifulislam pun, terimalah sebagai ketentuan kerana hampir persamaan dalam wavelength. Kepentingannya adalah dalam ke arah memahami konsep beragama dengan Allah.
Terima kasih kerana meng’italic’kan yang di’quote’. Tak tahu saya nak buat dari sini.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Terima kasih juga kepada Pak Din, sebab ulahan semula yang Pak Din buat itu membantu saya memperincikan beberapa bahagian yang saya tulis sambil lalu. Bak kata isteri saya, dia baca komen-komen dulu sebelum baca artikel suaminya. Sebab komen-komen tu lebih explicit dan bersusun berbanding dengan artikel asal
Nak italic mana-mana ayat mudah sahaja. Pak Din just taip <_em_> di pangkal ayat tu tanpa simbol _ . Saya letak _ supaya instruction ni tak diitalickan. Tutup ayat yang nak diitalickan tu dengan tapi <_ /em_> dan sekali lagu buang simbol _ tu.
Kemudian kalau nak buat quotation, letakkan <_blockquote_> di pangkal quotation, juga tanpa lambang _ tu. dan kemudian tutup dengan tag yang sama <_ /blockquote_> dengan membuang simbol _ berkenaan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Entah kenapa dah rasa jemu belajar bahasa programming yang baru, termasuk HTML ni, selepas pernah mempelajari banyak bahasa yang lain. Yang saya cuba kekalkan sehingga sekarang hanya Visual Basic untuk MS Office sahaja, yang lain semua dah hilang, termasuklah bahasa Rusia yang pernah saya pelajari di U dulu. Terima kasih Ustaz, saya akan cuba. Sedang beusaha memahami bahasa Alam!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Ustaz
Saya kurang faham macamana berlakunya trackback ini, kerana saya tidak bermaksud untuk menambah bilangan komen. Apa yang menyebabkan ia berlaku? Kalau saya buat saya prefer “Pak Din Says”. Tapi nampaknya memang ada manfaat sekiranya tahu untuk digunakan dengan betul. Dah terlalu kerap berlaku pula. Memang saya suka copy komen saya sendiri dari ruangan komen Ustaz dengan no.-no. dan haribulannya sekali.
Terima kasih Ustaz, akan datang tanya lagi!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pak Din, weblogs/websites now are clever enuff to know incoming and also outgoing link.
What happened is you put a link of any article from saifulislam into your blog/website. And this blog and also your blog will track all this occurances. This is term as “trackback”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum w.m.b
SaifulIslam mencetus ‘mahu’ …seluas alam ciptaan Allah…Moga rahmat Allah buat hambanya yang mahu, mencetus mampu…
Mahu, mampu…hanya Allah yg Maha Tahu..Islam akan bangkit…Kebenaran akan datang, kebatilan akan hilang…dengan izin
Allah yang Agung…Amin…
Tetapkan hati, teguhkan iman…janji Allah pasti akan datang!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang…Tiada daya upaya manusia, hanya dengan izin Mu jua, Ya Allah. Amin
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Teruskan usaha..berjuang di jalan Allah….mahu mencetus mampu,,menjadi umat yg jitu..menuju SATU.
Allah bersama mu…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Asmah
Agak-agaknya “Kebenaran akan datang” yang bagaimana yang diharapakan dari “daya upaya manusia” yang akan mendapat keizinan Allah. Bukan apa, yang kurang kebenarannya pun, telah dan akan datang, juga dengan izin Allah, walaupun atas dasar beragama tanpa Tuhan. Jadi, seakan setiap individu mendapat ‘kebenaran’ dan keizinan Allah. Sudah pasti keizinan Allah sentiasa kita perlukan, tetapi adakah hanya untuk kebenaran? Tajuk ini sangat besar impakny pada kita!
Sebagimana Ustaz kata “subjek ini amat besar impaknya kepada pemikiran saya. Membaca, mengkaji pelbagai tajuk dalam format seminar bagi subjek ini, telah mendedahkan saya kepada banyak perkara, yang sebahagiannya saya muatkan di dalam artikel penting saya iaitu “Beragama Tanpa Tuhan“. Kerana itu, saya dapat memujuk diri, bahawa walaupun peperiksaan saya bagi subjek ini agak menurun, saya mendapat sebesar-besar manfaat daripadanya. Ia mungkin menjadi fokus utama thesis saya, dan tidak mustahil untuk PhD, Ameen.”
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
W’salam,
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang…
Fokuskan apa yang di cari!…
Perhatikan kejadian makhluk Allah..berpasang- pasangan
Siang vs malam
Adam vs Hawa
Baik vs buruk
Dunia vs Akhirat
Segala ciptaan Allah sempurna…Islam sempurna dan mudah
Jln mencarinya amat payah…kerna Iblis sudah berjanji akan menyesatkan umat Adam…
Teruskan mencari….InsyaAllah Ketenangan Abadi!
Utk apa manusia diciptakan?
Kembalilah…
Yang baik dari Allah, yg buruk dari kelemahan saya sendiri…
Moga rahmat Allah buat mereka yang tidak mudah putus asa dan terus mencari… Ameen
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pak Din 112#
1. “Kembara mencari Tuhan”….InsyaAllah rahmat Allah buat mereka yang IKHLAS mencari.
2. “Eropah bertuhan tanpa agama, Muslim beragama tanpa Tuhan. Eropah sesat menuju Akhirat, Muslim muflis dunia”…. Eropah mengikut kata hati….menuju Akhirat, Muslim mengikut hawa nafsu, menjadi lesu…”nasibnya juga belum tentu di Akhirat”.
renungan buat mata hati yng hidup…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
“ Tetapi di dalam diri Hayy, ada suatu unsur kuat untuk dia melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Unsur untuk membolehkannya ‘berfikir’ tentang Kuasa Agung di sebalik semua material yang mengelilinginya. Semua ini tidak bermakna kecuali ia dihubungkan kepada Kuasa Agung itu.”
Membaca tulisan di atas membawa saya hampir 12 tahun ke belakang. Ketika mula mempelajari subjek yang bertajuk TAUHID, saya cuba mencari di manakah kekuatan subjek ini atau apakah buah yang terhasil daripadanya. Saya gagal menemuinya di dalam kelas.
Para pensyarah seperti gagal atau kurang mahu mengaitkan material yang dibentang dengan konsep ubudiyah itu sendiri. Apa yang hanya ditekankan ialah proses pembersihan dalam fahaman tauhid/aqidah ini. Jika dihurai tentang iman, apa yang disentuh ialah, pentakrifan, pendalilan, pentarjihan dan dan pengkelasan pandangan. Jarang mereka menyentuh iman daripada sudut yang lebih luas, menyentuh hati. Malah semacam tiada usaha untuk menanam iman itu sendiri pada hati pelajar.
Yang pasti ialah penghujahan di bibir cemerlang, namun buah pada tindakan kurang kelihatan. Seperti material itu tidak dihubungkan dengan matlamat subjek itu dan matlamat bertuhan itu sendiri. Saya pasti, puncanya ialah apabila peranan akal tidak dihayati dengan sebaik mungkin, bagi mengolah bahan yang disediakan.
# penjelasan terhadap kenyataan saya sebelum ini berkaitan pendakwaan kufur pada As Syahid Syed Qutb, bukan dilakukan oleh pensyarah, sebaliknya pelajar ultra salafi Arab.
“Hasrat Hayy untuk mencari manusia pintar yang boleh menerima dan mempelajari ‘agama tanpa nama’nya itu, tidak berhasil. Lantas Hayy dan Absal mengambil keputusan meninggalkan ‘negeri bertamadun’ itu kerana pada hemat mereka, penduduk di situ tidak lebih dari sekadar makhluk yang umpama binatang yang tidak berakal.”
Apa yang dapat saya kesan di sini ialah kesilapan Hayy dan Absal meninggalkan negeri hadhari tersebut. Kesilapan inilah juga, pada hemat saya seringkali di ulang laku sepanjang zaman, sehingga ke hari ini.
Jika Hayy dan rakan barunya itu terus kekal bersama komuniti yang beribadah tanpa roh ini, mungkin ada ruang pembaikan yang dapat diisi. Mengelak daripada menggauli manusia yang tidak kenal Tuhan ini merupakan satu kerugian yang MAHA besar.
Mereka bukan benci kepada agama, malah bukan mahu menolak Tuhan sama sekali, sebaliknya Cuma belum mengenali. Tambah sedikit sahaja penyedaran dan pembetulan, maka insya Allah komuniti itu akan menjadi lebih baik, dan mungkin terbaik di muka bumi Andalus, ketika itu.
Manusia muslim masa kini juga sama. Tetapi bukan sekadar itu, ramai juga yang telah mengenal Tuhan tetapi tidak beragama secara betul. Mereka juga sama kedudukannya seperti masyarakat yang ditinggalkan oleh dua watak tadi.
Kerugian besar dalam dakwah masa kini, jika kelompok muslim yang sayang dan cinta agama, kenal Tuhan ini disisihkan hanya kerana rutin amalan mereka sedikit terpesong. Ditambah lagi dengan kritikan dan teguran tidak membina sama sekali. Akhirnya Hayy dan Absal moden ini yang tidak meninggalkan masyarakat tersebut, telah tersisih daripada hati-hati mereka.
Lagi malang jika kelompok mereka ini ditinggalkan terus, tidak didampingi malah organisasi mereka cuba dirobohkan ibarat robohnya kota Melaka di tangan pendatang asing Portugis yang berjiwa ‘menjajah’.
“Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam. Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita. Tetapi bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini? Soalan ini terbuka kepada perbincangan.”
Saya agak ramai dah menjawab persoalan ustaz ini di dalam komentar, yang mungkin antara komen yang belum sempat dibaca oleh saya.
Soalan saya, apakah ustaz memilih bahawa hanya sari pati tauhid sahaja yang mampu mencetus kesan positif bagi masyarakat di Eropah? Bagi saya tidak. Manusia tanpa tauhid masih lagi mampu untuk menjadi manusia baik, selagi mana mereka menggunakan akal yang diberi oleh Allah ta’ala dengan betul.
Contoh mudahnya ialah cerita Hayy itu sendiri. Akal digunakan untuk menghasilkan ‘agama’ sendiri yang ahkirnya dilihat seperti agama asal Absal. Tidak pada kesemuanya, tetapi sebahagiannya.
Begitulah juga Eropah bagi pandangan cetek saya. Bukan bermakna kesan akal mereka lebih baik daripada kesan sari pati Tauhid, tetapi lebih baik daripada muslim yang meninggalkan sari pati Tauhid dan akal yang waras.
“Kita tegas menentang riba sebagaimana yang diperincikan oleh teks agama, tetapi alternatifnya sama menindas. Riba hilang, tetapi penindasan dan tekanan tetap ada.”
Kenyataan sambil lalu sebegini memerlukan kajian terperinci untuk ianya diterima. Bagi pengamal perbankan Islam di Malaysia, saya fikir mereka tetap akan menolaknya dengan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh akhi Riyadh.
Ajakan saya pula ialah, jangan disasarkan persoalan dan masalah ini kepada penggerak industri, sebelum ianya dislesaikan di peringkat polisi. Jika penggerak industri bersalah, maka kesalahan mereka pada mengamalkan konsep yang sedikit tercemar sedangkan tidak mampu melakukan perubahan. Mereka sememangnya berniat mencari perniagaan dan keuntungan secara halal dengan industri ini. Sari pati Tauhid yang perlu diterapkan, harusnya bermula daripada dalam diri pemerintah.
“Lantas kedua-dua golongan ini terus berbalah di sepanjang sejarah, atas kesepakatan mereka menolak faculty of reason. Jika ada yang cuba keluar dari dua kelompok ini, segera pula dibungkus dengan plastik berjenama Muktazilah! Habis cerita…”
Komen saya mungkin lari daripada point yang dikemukakan.
Seorang pendakwah dan penganalisa gerakan Islam/politik terkenal dari London yang berbangsa Arab pernah membahagikan salafi kepada tiga jenis. ( Lupa nama, bukan Azzam Tamimi )
1. Salafi jihadi. 2. Salafi haraki 3. Salafi akedemik.
Salafi jihadi dicontohkan dengan golongan yang masih lagi menetap di gunung ganang Algeria. Mereka menerima aliran ini secara turun temurun, tanpa mengkaji dan memahaminya secara betul.
Salafi haraki adalah golongan salafi yang banyak menjalankan kerja dakwah, tetapi tidak membawa fahaman pecah belah serta mereka bersedia terlibat di dalam sistem politik dan pilihanraya.
Salafi akedemik dicontohkan kepada golongan salafi di Arab Saudi, yang hebat dalam kesarjanaan ilmu, tetapi kurang dalam memahami realiti dunia, tidak berpolitik dan tidak membenarkan kerajaan ditentang.
Bagi pemerhatian saya, walaupun golongan ultra salafi di Malaysia mendakwa tidak mengambil faham mereka bulat-bulat dari Arab Saudi, tetapi di situlah akarnya bermula. Jika mereka kembali ke akar, saya fikir faham mereka sudah molek dan muluk untuk dipraktikkan, namun jika sampai ke daun, perlulah diambil kira keperluan daun yang sedikit berbeza dengan akar tadi.
Persekitaran akarnya pun sudah berbeza dengan daunnya.
Maaf ustaz, komen orang2 kampung yang berasal tak jauh dari ‘Boston.’
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
124#
Dengan nama Allah.
“Apa yang dapat saya kesan di sini ialah kesilapan Hayy dan Absal meninggalkan negeri hadhari tersebut. Kesilapan inilah juga, pada hemat saya seringkali di ulang laku sepanjang zaman, sehingga ke hari ini.”
Istigfar…semuanya ketentuan Ilahi…siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan Dia.
“Mereka bukan benci kepada agama, malah bukan mahu menolak Tuhan sama sekali, sebaliknya Cuma belum mengenali. Tambah sedikit sahaja penyedaran dan pembetulan, maka insya Allah komuniti itu akan menjadi lebih baik, dan mungkin terbaik di muka bumi Andalus, ketika itu.”
Masanya pasti akan tiba..InsyaAllah…
“1. Salafi jihadi. 2. Salafi haraki 3. Salafi akedemik.
Salafi jihadi dicontohkan dengan golongan yang masih lagi menetap di gunung ganang Algeria. Mereka menerima aliran ini secara turun temurun, tanpa mengkaji dan memahaminya secara betul.
Salafi haraki adalah golongan salafi yang banyak menjalankan kerja dakwah, tetapi tidak membawa fahaman pecah belah serta mereka bersedia terlibat di dalam sistem politik dan pilihanraya.
Salafi akedemik dicontohkan kepada golongan salafi di Arab Saudi, yang hebat dalam kesarjanaan ilmu, tetapi kurang dalam memahami realiti dunia, tidak berpolitik dan tidak membenarkan kerajaan ditentang.”
Setiap makhluk diciptakan Allah dengan tugasan tersendiri…..jalankan amanah Allah…selebihnya terletak di tangan Allah.
komen dari insan kerdil…dibumi Allah..moga terbuka jalan penyelesaian bagi insan yang mengerti..Ameen..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam salafi
1. Akhi elbariti, sejuk mendengar “pendakwaan kufur pada As Syahid Syed Qutb, bukan dilakukan oleh pensyarah, sebaliknya pelajar ultra salafi Arab”. Pelajar yang terpengaruh dengan tidak mahu menta’wilkan nas. Maka pendakwaan kufur itu tidak disetujui Akhi. Dan “Mereka bukan benci kepada agama, malah bukan mahu menolak Tuhan sama sekali, sebaliknya Cuma belum mengenali” Tuhan sebagaimana Syed Qutb mengenali Allah. “Tambah sedikit sahaja penyedaran dan pembetulan, maka insya Allah komuniti itu akan menjadi lebih baik”, sekiranya dapat memahami apa yang menjadikan dakwaan kufur itu.
2. “Kerugian besar dalam dakwah masa kini, jika kelompok muslim yang sayang dan cinta agama, kenal Tuhan ini disisihkan hanya kerana rutin amalan mereka sedikit terpesong. Ditambah lagi dengan kritikan dan teguran tidak membina sama sekali.” Kerugian lebih besar apabila hanya menyedari kesilapan yang sedikit itu memberikan impak yang besar di hari kemudian nanti. Bagaimana teguran boleh membena sekiranya ia tidak diambut dengan kepekaan rational, kerana terlalu ultra salafi dan tidak amhu berganjak walau sedikit, kerana tersangat bergantung pada percaya?
3. Ukjti Asmah, saya tertarik dengan “Tiada daya upaya manusia, hanya dengan izin Mu jua, Ya Allah” kerana nas asalnya ‘… illa bil Llah’ atau dengan Allah. Dan ayat yang menghuraikan ‘Aku lebih hampir kepadamu dari dirimu dengan urutmu’. Walaupun Syed Qutb hanya menghuraikannya dari Surah Al Ikhlas, tetapi kesimpulannya hampir sama, ke arah kesatuan. Maka pentingnya mengembara mencari Tuhan adalah untuk membuktikan kesilapan pendakwaan kufur tadi, agar ‘ciri-ciri Islam dalam Barat’ dapat diserapkan kepada Muslim yang ‘beragama tanpa Tuhan’, lantas menjadikan mereka beragama dengan Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Hebat Pak Din menyusun ayat, bersambung2.
Macam lagu oh bangau aje bunyinya, hehehehe
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Jadi pelakun mana yang salah bangau, kerbau, kayu atau semua betul kalau faham kesatuan. Bukankah mereka ini semua pelakun pentas dunia, bak kata Ukhti Asmah. Bukan setakad bangau oh bangau sahaja, si Pandir, si Crusoe semuanya dah dengar … cuma cari dalam Al Quran tiada yang cerekarama … semuanya kisar benar yang berlaku, termasuklah sekarang ni tengah baca Surah Lebah yang mendapat wahyu!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Hem……
Manusia di uji dan teruji…nampak perkataan ‘*****’ terus kene delete…SubhanAllah..
Maknanya luas seluas alam ciptaan Allah, bagi mereka yang mengerti…
Di situlah jalan menuju Ilahi…InsyaAllah..
Salam Rahmat di pagi Jumaat yang mulia…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Orang-orang bertakwa adalah orang-orang yang sebenar-benar takut kepada Allah dengan mematuhi Syariat (ayat-ayat Al Quran) dan Sunnah (ayat-ayat Alam). Orang-orang bertakwa tidak berani membiarkan Sunnah Allah (yang menerangkan carakerja Allah) dikaji oleh orang bukan Islam dan hanya menunggu hasil dari kajian yang dibuat oleh bukan Islam. Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kemunduran Muslim disebabkan tidak memberikan kesimbangan dalam mematuhi Syariat dan Sunnah Allah. Segala pelajaran dari alam hanya diperolehi dari kajian teliti bukan Muslim. Keizinan Allah untuk manusia dapat melaksanakan kerja dengan berteknologi di Bumi, merupakan tanda arifnya kaum tersebut dengan carakerja Alam, kepunyaan Allah. Dan tanpa keizinan Alah di Dunia, keredhaan di akhirat tidak mungkin tercapai kerana kesalahan meninggalkan dunia kepada bukan Muslim. Itulah apa yang disimpulkan oleh Ustaz dengan beragama tanpa Tuhan, merasakan diri kenal Tuhan tetapi kurang mendapat keizinan Allah berbanding bukan Muslim.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya merasakan ada kehilangan satu komen sebelum #130 (8:58) kerana saya merujuk kepada orang bertakwa. Saya kurang pasti perkataan ‘*****’ yang dicadangkan untuk di delete, tetapi perkataan itulah yang digunakan di dalam Al Quran sebelum dita’wilkan. Terserlah kebijaksanaan Ukhti bila mengtakan “Maknanya luas seluas alam ciptaan Allah, bagi mereka yang mengerti”. Bagaimanapun ada satu lagi perkataan yang lebih sensitif iaitu ‘++++++++’ yang maknanya jauh lebih luas. Syabas Ukhti, Hari ke 4 memberi komen atas nama Asmah? Demi memahami tajuk ‘Beragama tanpa Tuhan’ kita manfaatkan ruangan ini. Senyum selalu
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Elabariti, mungkin ahli politik british yang anta maksudkan adalah Allahyarham Kallim Siddqiue dengan karyanya yang popular Towards Islamic Revolution. A good book on Worldview of Islam and Reform in A Modern State.
Cuma takrifan Salafi; ana tak ketemu dalam penulisan beliau, mungkin ana ter”miss” mana-mana buku. Maaf bahasa rojak in “”.
Pengamatan peribadi ana pelabelan salafi terutama dalam pengamatan peribadi ana dibeberapa buah negara adalah lebih dari 3 kumpulan di atas. Ada kumpulan Salafi yang memang membawa pegangan “tidak boleh menegur pemerintah” – di Malaysia sebagai contoh idea saudara Sulaiman Yassin dan sebagainya. Ada kumpulan Salafi berakar umbi dari gerakan Muhamadiyyah yang masih “mantain” pegangan “so called” Salafi. Di Indonesia sendiri ada banyak kumpulan yang membawa pegangan Salafi dengan pendekatan masing-massing. Di Thailand juga punya beberapa kumpulan Salafi sendiri yang mempunyai beberapa pendekatan yang berbeza dengan pembawaan Allahyarham Dr Jihad, Ismail Luthfie dan satu kumpulan yang menekankan pemakaian burqah selaras dengan pemakaian masyarakat arab tradisi. Dalam waktu yang sama ada juga kumpulan Salafi yang memiliki pegangan dari Sekolah Peshewar Abdullah Azzam yang membawa faham Aqidah Salafiyah Fikrah Jihadiyah yang serba sedikit dilihat atau dikatakan punya persamaan dengan Syeikh Abu Bakar Basyir di Indonesia atau Syeikh Abu Jibrail Banting. Kumpulan ini kelihatan tidak teragak-agak pula menegur pemerintah bila merka rasa perlukan. Ini berlainan sekalai dengan ide kumpulan Salafi MAZA.
Apa pun, ana tidak membahas Salafi mana yang betul atau salah dan ana rassa tidak perlu pun perkara tersebut dibahas. Cuma maksud ana mengenengahkan isu ini adalah kelihatannya banyak kumpulan mendakwa diri mereka Salafi dan mungkin rujukan asasi mereka sebahagiannya pada ulamak yang sama namun mereka tetap punya perbezaan antara satu dengan yang lain. Ini mungkin berkaitan interpritasi mereka yang berbeza pada beberapa pandangan rujukan mereka.
Sorry if i myself have diverted from the original topic as i myself have lost touch of the flow of idea behind this discussion.
Abu Saif Al Mahshari
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
tersesat di hujung jalan, carilah pangkal dan pulang kepadanya
artikel saya sebagai subjek asal discussion ini tidak ada mengalami apa-apa perubahan…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
…intipatinya tetap sama…Jalan menuju Akhirat. Percanggahan tidak semesti berbalah…
Rambut sama hitam…hati lain-lain…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Berikut adalah korus line lagu seloka cak kun cak. Perhatikan baris yang ada perkataan khilaf dan baris2 berikutnya.Lagu ni cukup sarat dengan nasihat. Baris paling pedih “memikul belati tiada yang memilih”
———–
Disulami syair termasyhur
usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
laallalala
kulitnya bersih, hatipun bersih
budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya bersih, hatipun bersih
memikul belati tiada yang memilih
Jadikan bersih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Dengan nama Allah…
Pemahaman saya yang cetek….melalui bait-bait lagu tersebut.
Melayari kehidupan di dunia
Jangan lah sampai terleka
Muhasabah Diri
Ingat mengingati
….
Jasad bersih, Roh (hati ) bersih
sifat yang baik, hati penyayang (pengasih)
Jasad bersih, roh (hati) bersih
Menjalankan Tanggung jawab dengan IKHLAS
Roh (hati) bersih mendapat rahmat dari ALLAH
Berkata benar (Ilmu Allah), tiada keraguan
Roh (hati) bersih mendapat rahmat dari ALLAH
Dikurniakan Ilmu Allah, bagi mereka yang mendapat rahmat dariNya…
Hamba Allah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Komen di Entry ini sudah mencecah 138.
Harap apa sahaja komen yang ingin ditambah, mestilah berbaloi dengan kesusahan pembaca untuk membuka halaman yang maha panjang ini. Jangan mumbling. Terima kasih.
Akh Riyadh, terima kasih kerana ingatkan saya kepada lagu itu. Saya akan masukkan ia ke dalam entry terbaru Insya Allah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Niatnya adalah beragama dengan Allah. Tetapi kerana ‘khazanah pintu’ ilmu tak terpilih, maka hatinya jadi tak bersih walaupun kulitnya masih bersih. ‘Usahlah berdengkur’, lalai dengan ritual tak bertujuan, walaupun dengan ‘budi yang baik dan hati pengasih’, semasa memikul belati (tugas) dengan tidak memilih (semua ritual dibuatnya), tetap masih beragama tanpa Tuhan, sekiranya Allah tidak dikenali. Biar kita sentiasa bertafakur, memikirkan tentangNya, bagaimana carakerjaNya, dengan ‘berkata benar dan bermulut fasih’ dan tahu apa yang disampaikan. Niatnya baik, ‘yang mana khilaf, tegur menegur’, tetapi apakan daya Salafi ku, salafi ku .. Salafi mu, salafi mu. Semuga hanya istilah salafinya berbeza, tetapi tidak berbeza apa yang ada di dalam salafi itu (Nabi saw dan sahabat-sahabatnya hanya satu set, tiada yang lain), untuk kembali ke pangal jalan mencari agama dengan Allah. Sebelum tersesat di hujung jalan U-turn lah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Saya melihat hampir kesemua projek perumahan dalam lingkungan usia sedekad ini, dibina dengan spesifikasi yang hampir sama. Boleh dikatakan kawasan perumahan di mana-mana sahaja yang sedang dibangunkan, ia mempunyai standard yang sama. Pembeza harganya hanyalah lokasi. Atas dasar ini, sesiapa sahaja yang mahu membeli rumah, akan membeli rumah yang ITU. Lantas di sebuah kawasan perumahan, bertemulah kita dengan seorang doktor berjiran dengan guru, tukang paip, akauntan, jurutera dan ahli perniagaan. Rumah mereka sama.”
Assalamualaikum,
Wallahu a’lam, saya nampak kalu semua orang sama, rumah sepatern, kete sepatern, pakai sepatern, semua sama; kita akan kembali menjadi jenis yang sama macam binatang. Tiada akal tiada talent; semua sama.
Perbezaan ada dan akan terus ada selagi nama kita manusia. Atas perbezaan itu fungsi agama menguruskan manusia.
Keadilan yang saya nampak; memberikan peluang yang sama kepada semua orang dalam perkara-perkara asas kehidupan. Sekiranya peluang itu tidak sama maka perlu ditampung dengan kebajikan..
Setakat sekarang, yang saya nampak untuk mencapai keadilan mutlak;
-percumakan pendidikan (untuk membentuk nilai manusia)
-percumakan kesihatan (orang sakit kronik ramai yang kena mintak sedekah-merudumnya maruah!!)
-terkurang terlebih ditampung dengan kebajikan sesama insani.
Terlebih kita dalam keadilan= sosialis / kuku besi / kingdom of animal
Terkurang kita dalam keadilan=kapitalis / kuku besi
Eropah cuba menutup kekapitalisannya dengan kebajikannya. Tapi Islam itu sedari awal adalah kebajikan. Farq kabir.
-Kata orang ireland antara negara Eropah termiskin!!
“aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim, dan aku pulang ke Kaherah dan kutemui Muslim tanpa Islam!” – Ungkapan yang menyeramkan!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ironi sekali, ireland dikatakan sebagai negara Eropah termiskin, tetapi tiada rakyatnya yang hidup menderita sampai makan sagu dan siput babi semata-mata.
eropah tidak menyembunyikan kekapitalisannya kerana tiada sebab untuk mereka sembunyikan. mereka berkapitalis secara terbuka, tidak seperti tanah air umat islam yang banyak nifaqnya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Suatu ketika dulu dicerita orang al-Marhum Syekh Mustafa al-Siba’i ada mengarang sebuah kitab “Ishtirakiyyah al-Islam” Kitab ini ditentang oleh ramai ulama sezaman itu…lantas kitab itu diubah namanya..rahimahullah Syekh al-Siba’i
Kekadang kita terlampau tersirna dengan apa yang ada pada orang hingga terbuta dengan apa yang ada pada kita…
Kalu betul ada sebenarnya keadilan dan agama pada orang ireland tidak melarat orang gipsi di sana????
salam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam,
ustaz, saya ambil masa agak lama nak fahami apa isi kandungan entry ini. sekali imbas tadi, jelas sedikit beberapa point berbanding ‘blur’ ketika mula2 baca entry ini. saya bukan major sejarah atau political science tapi lepas ambil kelas us history, mudah nak faham beberapa point dalam entry ini.
satu perkara yang menarik tentang kelas sejarah di sini adalah lecture yang tidak ‘terkongkong’ pada satu pandangan sahaja. student diberi peluang menjadi decision-maker sebagai politician, diberi peluang memberi pendapat dan hargai pandangan pihak lain. kata2 lecturer yg saya ingat iaitu ‘created equal’ yg turut menjadi asas constitution di sini. paling menarik ketika lecturer memberitahu sebab/niat sebenar apa2 tindakan politician di sini. kadangkala terbayangkan complexity and transparency pihak di sini bagaikan sistem pemerintahan Islam semasa di puncak dulu. ada beberapa prominent court case di sini yang saya baca dan hampir semuanya menggambarkan beberapa perkara yang ditekankan dalam Islam (eg hak, kebebasan dan keadilan). bezanya cuma pada agama, lebih tepat akidah. wallahuallam, cuma pendapat saya.
minta maaf ustaz, mungkin comment saya ini terkeluar sedikit dari entry ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
MaasyaAllah.kagum-kagum!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 month ago
saya suka dgn web anda
islamik yg logik
Respond to this comment [with empathy]