Berani Hidup vs. Berani Mati

December 11th, 2007 by Abu Saif 11:50 pm | 9,948 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

Pagi ini saya ke Angkasapuri.

Biar pun Selangor bercuti, tetapi demonstrasi di Parlimen menyebabkan saya bangun seawal 4 lagi. Menyiapkan apa yang patut dan keluar seawal jam 7, walau pun sesi saya ke udara ialah pada jam 8:30 pagi. “Menghulur dan Berkorban”, itu tajuk yang bakal diperkatakan.

Ternyata jangkaan saya tepat. Entah di mana rasionalnya, pihak Polis sudah mengadakan sekatan jalan raya sejauh Jalan Cheras dan ia telah mencetuskan kesesakan jalan raya yang luar biasa. Apa sahaja alasan Polis, dan apa sahaja komen rakyat, kesesakan jalan raya pagi hari Selangor bercuti ini, tetap menjadi rungutan kepada ramai.

Kesesakan berlanjutan ke merata tempat. Perjalanan yang biasanya memakan masa 30 minit dari rumah saya ke Angkasapuri, telah menjadi 1 jam lebih. Saya tiba di sana, cukup-cukup masa untuk membuat persiapan sebelum siaran langsung Selamat Pagi Malaysia. Tetapi DJ Erwan selaku moderator masih jauh terperangkap di dalam traffic jam. Setelah melewati jam 8:30 beliau belum berjaya tiba di International Broadcasting Center (IBC), lokasi pagi ini.

Setelah pelbagai agenda tambahan dimasukkan, akhirnya barulah segmen saya bersama DJ Erwan ke udara. 15 minit berbaki diisi dengan sebaiknya.

Kelewatan masa ke udara, memberikan saya banyak masa untuk berfikir.

Berfikir tentang negara, tentang rakyat, tentang pemimpin, tentang tuntutan, juga demonstrasi dan bantahan demi bantahan, juga kesesakan lalu lintas yang menghantui penduduk KL pagi ini.

REALITI MASYARAKAT

BERSIH mempunyai sebab yang jelas mengapa demonstrasi perlu diadakan pada 10 November 2007 yang lalu. Penyerahan memorandum, publisiti dan usaha mencubit rakyat yang lena di ambang pilihanraya, adalah justifikasi yang dikemukakan. Reaksi tetap pelbagai. Ada yang memperlekeh, ada yang menyokong. Yang memperlekeh lantang bersuara, yang menyokong membanjiri ibu kota.

Namun BERSIH telah dianjurkan dengan publisiti yang cukup memberitahu. Rata-rata mereka yang tinggal di sekitar Lembah Kelang sudah sedia maklum tentang perhimpunan itu, maka kesesakan lalu lintas yang luar biasa, memang telah sedia ada di dalam minda semua. Kecuali mereka yang benar-benar lumpuh dan hidup seperti binatang ternak, memikirkan hanya tentang makan, minum, kerja, rehat dan kahwin (seks) semata. Golongan ini mungkin terkejut dan terpinga-pinga.

Umumnya, keseluruhan fenomena BERSIH 10 November lalu, berada di dalam jangkaan semua pihak. Semua telah bersedia.

Sama ada kesesakan lalu lintas, hinggalah kepada penangkapan beberapa orang pemimpin Pembangkang.

Tetapi perhimpunan di Parlimen hari ini jauh berbeza. Liputannya tidak begitu meluas. Ia diburukkan lagi dengan persepsi bahawa jalan raya Kuala Lumpur akan lengang sedikit kerana Selangor bercuti. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai yang terkejut, malah saya melihat sendiri betapa kelam kabutnya studio apabila tetamu dan pengacara, tidak dapat hadir pada masanya. Siaran langsung hari ini menguji kecekapan semua pihak mengendalikan alternatif agar tidak sampai keluar jalur pelangi “Harap Maaf. Jangan Tukar Siaran Anda”!

Itu di Angkasapuri.

Bagaimana pula di tempat lain?

BERBALOIKAH SEMUA INI

Persoalan besar saya pada pagi ini ialah, berbaloikah semua ini? Berbaloikah segala rungutan orang ramai? Mampukah keseluruhan pakej kejadian hari ini dan yang sebelum-sebelumnya, diterjemahkan kepada undi yang sejahtera? Soalan ini mungkin tidak popular di kalangan Barisan Alternatif, tetapi tidak salah untuk membuat introspection secara kritis.

Tentu sahaja pembangkang boleh menunding jari kepada Pak Lah dan kabinet menteri, pihak polis dan semua jentera yang bersatu. Saya juga serius dalam mempersoalkan rasionalnya pendekatan pihak kerajaan yang memerintah dalam menangani bantahan yang dikemukakan terhadap mereka. Sebagaimana saya juga turut berasa tidak gembira dengan sekatan-sekatan jalan raya dan kekasaran melampau pihak FRU menyuraikan demonstrasi yang sepatutnya berlangsung dengan aman.

“Apalah polis ni, biar sahajalah mereka nak berdemo”, kata seorang pemerhati.

“Apahal polis buat sekatan jalan raya sampai ke Cheras ini? Perhimpunan cuma di sekitar Parlimen sahaja”, komen seorang yang ‘berfikir’.

“Hasrat kerajaan untuk meminda perkara 114 Perlembagaan Negara dalam fasa 3 dengan menggantikan perkataan 65 tahun kepada perkataan 66 tahun untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Rashid sebagai Pengerusi SPR bukan perkara kecil. Jangan biarkan ia berlaku”, alasan mereka yang peka dengan nasib dan masa depan negara.

Saya yakin, suara-suara di atas adalah suara patriotik dan sayangnya rakyat kepada Malaysia ini. Mereka bukan penyangak! Golongan penyangak adalah golongan yang hanya mementingkan diri sendiri, perut sendiri, dan jika berada di tahap kebulur, mereka akan mengotorkan negara dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa, tersembunyi malah terbuka!

Itu semua justifikasi mereka yang berfikir. Tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat (baca sebagai pengundi). Apakah mereka rasional dalam pemerhatian?

PENGALAMAN TURKI

Sambil menunggu giliran untuk ke udara, saya terus cuba membuat analisa dan salah satu kaedah yang sering melintasi fikiran saya adalah pengalaman gerakan Islam lain.

Misalnya Refah di Turki.

Di kemuncak kejayaan Parti Refah pada separuh kedua era 90′an, mereka telah sampai ke suatu tahap di mana pihak sekularis fundamentalis telah secara Lose-Lose, mengharamkan Refah serta menangkap pemimpin-pemimpin utamanya. Walaupun Refah hanya sempat memerintah kurang sepenggal, mereka telah sangat berjaya memperbaiki negara Turki dari pelbagai aspek ekonomi, politik dan sosial. Tetapi tentera dan gerakan sekularis tidak langsung peduli kepada semua itu. Apa yang mereka mahukan ialah, golongan Islamis harus disingkirkan, biar pun ia membinasakan negara.

Mereka adalah pelampau sebenar.

Dan memang tindakan mereka membinasakan negara.

Tetapi sikap tentera dan golongan sekularis pelampau itu tidak mengejutkan. Semua orang sudah sedia maklum, bagaimanakah sikap mereka di sepanjang sejarah Republik Turki.

Tetapi apa yang menjadi persoalan kepada rakyat Turki ialah sikap menyerang Refah dan ucapan-ucapan provokasi pemimpin seperti Erbakan. Rata-rata rakyat Turki pada akhir-akhir 90′an telah menunding jari menyalahkan gerakan Islam atas musibah yang menimpa SELURUH rakyat. Inflasi telah mengheret keseluruhan struktur masyarakat ke dalam lubang gelap. Pengangguran, kejatuhan mata wang yang melampau, dan kehuru-haraan politik di Turki telah memberikan tekanan yang maha hebat kepada keseluruhan rakyat, penyokong Refah dan penentang Refah.

Keseluruhan rakyat meletakkan kesalahan ke atas Refah. Mereka tidak menafikan kebodohan golongan sekularis fundamentalis. Tetapi mereka kecewa dengan Refah yang turut melakukan tindakan yang sama dianggap ‘bodoh’ kerana mencurahkan minyak ke atas api. Kerana terlalu mahukan apa yang mereka mahukan, tentera bangkit dan memusnahkan segala-galanya.

Pendekatan yang penuh unsur konfrontasi telah meruntuhkan Turki dan kesannya dirasai oleh seluruh lapisan rakyat. Ini adalah titik penting yang menjadi semakan Fazilet, dan akhirnya membawa kepada perpecahan Saadet dan AKP.

Inilah yang saya fikirkan. Dalam usaha pembangkang mahu menyedarkan rakyat tentang kepincangan kerajaan yang ada, apakah pembangkang juga efektif dalam menguruskan kesan-kesan sampingannya yang serius? Bersediakah PAS, PKR dan barisan pembangkang yang lain untuk dipersalahkan oleh orang ramai atas hilangnya keselesaan hidup mereka.

Tidak semua rakyat yang idealis bahkan majoriti pengundi masih berpemikiran “apa yang aku dapat” berbanding dengan segelintir pejuang yang hidupnya ialah “apa peranan yang aku boleh sumbangkan”. Patriotisma yang popular masih versi mengibarkan Jalur Gemilang dan bukannya berusaha menyelamatkan negara dari penyelewengan dan rasuah.

Namun, kegusaran saya ialah pada keupayaan pejuang menangani reaksi golongan ini yang majoriti. Ketika masyarakat duduk dalam ketidak selesaan dan tekanan, mereka tidak bersedia untuk mendengar apa-apa alasan sekali pun. Apa yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan peribadi yang terjejas. Sesuai dengan mentaliti selfishness yang amat kuat di kalangan rakyat itu sendiri.

Sebelum BERSIH sempat menerangkan apa rasionalnya perhimpunan kedua mereka ini, cakap-cakap yang menyalahkan BERSIH sebagai punca segala masalah terus merebak. Tiada siapa yang berminat untuk mempersoalkan tindakan polis membuat sekatan jalan di laluan utama Kuala Lumpur kerana rata-rata sudah maklum dengan trend sebegitu. Apa yang menjadi persoalannya ialah, jika sudah tahu polis bertindak demikian, mengapa masih memilih jalan konfrontasi jalanan?

OPTIMUM

Saya timbulkan persoalan ini, kerana apa yang saya fikirkan adalah tentang ITQAN, melakukan sesuatu dengan optimum. Itu prinsip Islam yang penting.

Lihat sahaja cara Nabi SAW mengajar kepada kita dalam perbuatan menyembelih haiwan. Sunnahnya bukan hanya pada Basmalah, tetapi juga pada menggunakan pisau yang tajam. Memang tidak dinafikan, penggunaan pisau yang tajam adalah lebih ‘rahmah’ kepada haiwan yang disembelih. Tetapi maksud Syariat yang lebih utama adalah pada mendatangkan manfaat untuk manusia. Pisau yang tajam akan memberikan manusia tiga unsur penting dalam amalan dan pekerjaan mereka iaitu:

  1. efektif
  2. efisyen
  3. etika

Dengan usaha yang minima dan menjimatkan, kita mendapat hasil yang maksima. Dan untuk memenuhi kriteria ini, kita berbalik kepada hidup ini yang dijadikan oleh Allah sebagai ujian, untuk melihat siapakah di kalangan kita yang terbaik pekerjaannya. Sentiasa mencari cara terbaik, adalah perjuangan hidup yang asasi.

ahsanuamala.JPG

Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat [Al-Mulk : 2]

HUDAIBIYAH MASIH RELEVAN

Sekali lagi saya memetik peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah. Antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi SAW untuk mencapai apa yang paling diperlukan oleh dakwah, iaitu masyarakat yang tenteram dan aman dari peperangan. Baginda SAW sanggup kehilangan beberapa sub-maslahah demi maslahah terbesar ini. Hasil Perjanjian Hudaibiyyah kesemua pihak bersetuju untuk mengenakan gencatan senjata dan menghentikan peperangan.

Inilah peluang yang dinantikan oleh Rasulullah SAW.

Semasa keamanan berlangsung, Baginda SAW menggunakan segala peluang yang ada untuk berdakwah, melakukan out-reach kepada kabilah-kabilah Arab seluasnya, malah kepada ketua-ketua empayar di sekitar Semenanjung Tanah Arab.

Soalnya sudahkah kita manfaatkan semua peluang aman, sebelum memilih jalan konfrontasi?

ANTARA KEINGINAN SYAHID DAN KEINGINAN MEMENANGKAN ISLAM

Kadang-kadang saya terfikir, antara pengebom berani mati dengan pejuang berani hidup, manakah yang lebih utama? Lupakan kepada mereka yang berkepentingan peribadi atau takut dengan risiko. Pejuang berani hidup yang saya maksudkan di sini adalah mereka yang tidak berputus asa berjuang di dalam ruang-ruang yang masih berbaki, dan tidak mengambil jalan pintas dengan memanggil mati.

Antara berusaha untuk menyelamatkan kehidupan dengan memilih jalan kematian, biar pun namanya syahid, manakah yang lebih sukar, dan manakah yang lebih dekat dengan apa yang Islam mahukan? Atau dalam istilah yang lebih mudah, antara menyerahkan diri untuk syahid dengan berjuang untuk memenangkan Islam, manakah yang patut dianggap sebagai kepahlawanan Islam?

Saya timbulkan perkara ini kerana kembali memikirkan, apakah berbaloi segala kesusahan sama ada di pihak pembangkang yang berdepan dengan penangkapan dan segala tindakan keras pihak berkuasa, dan kesulitan hidup orang ramai atas tindakan Barisan Alternatif membawa sokongan ke jalanan?

Sekali sekala, sebagaimana BERSIH pada 10 November, ia merupakan suatu tindakan yang ada justifikasi. Tetapi untuk mengulanginya dalam jarak masa yang dekat, diselangi oleh oleh demonstrasi HINDRAF dan Hari Hak Asasi Manusia, sayaberpandangan, kepimpinan pembangkang harus menerima hakikat bahawa ia sulit untuk ditelan oleh masyarakat seperti masyarakat kita.

Sebelum kita menganggap penangkapan, kecederaan dan seksaan itu sebagai sebahagian daripada Sunnah Orang Berjuang, apakah kita sudah memaksimumkan saluran lain yang ada? Memang media perdana menyampaikan maklumat secara satu hala dan senada sebahasa, tetapi bagaimana dengan saluran lain? Sudahkah medium internet digunakan sebaik-baiknya untuk memberikan penjelasan dan mengubah apa yang patut diubah dari segi pemikiran masyarakat?

Apakah ceramah-ceramah umum pernah disemak output daripadanya? Berapakah belanja yang dikeluarkan pada satu malam oleh pembangkang di seluruh negara, dan sesuaikah belanja itu dengan hasil pulangannya? Sama ada hasil pulangan dalam bentuk modal, atau pun hasil pulangan dari segi keberkesanan ceramah dalam mencorakkan pemikiran masyarakat?

Apakah wasilah yang ada hanya ceramah? Tiadakah kaedah lain, khususnya untuk menghubungi muka-muka baru yang tidak pernah muncul di padang ceramah di mana-mana?

Sudahkah digunakan semua peluang yang ada, sebelum kita meratapi peluang yang tiada?

Soalan-soalan saya ini bukan soalan yang menuduh pembangkang tidak berusaha, tetapi ia adalah soalan untuk mengembalikan keseluruhan perjuangan Islam kepada tuntutan ITQAN yang telah saya sebutkan tadi.

HARGA KONFRONTASI

Harga bagi sebuah konfrontasi itu sangat besar. Penangkapan pemimpin pembangkang boleh berlanjutan kepada cabang-cabang masalah yang lebih rumit. Jika Ustaz Abu Bakar Chik pernah bertanding pilihanraya ketika berada di dalam tahanan suatu ketika dahulu, pembangkang tentu tidak mahu membayangkan jumlah calon yang bertanding dari balik tembok batu itu merebak besar lebih dari satu.

Kembali kepada soalan asal, berbaloikah semua ini?

Sekali lagi saya cuba memetik pengalaman Refah di Turki.

Ya, memang di satu tahap, Refah dipersalahkan oleh rakyat atas segala kesulitan yang mereka tanggung. Di dalam suasana itu Refah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya dikenakan tindakan. Fazilet cuba bangkit semula dengan pendekatan baru, namun usianya juga cukup pendek.

Tetapi, walaupun pendekatan konfrontasi Refah di Turki telah banyak menyusahkan seluruh rakyat (pada persepsi masyarakat), mereka berjaya mengatasi perasaan dan tuduhan itu kerana kualiti yang ada pada calon-calon gerakan Islam itu. Mereka bergerak ke arah menepis penguasaan DSP, CHP dan Bulent Ecevit dengan suatu kualiti yang meyakinkan rakyat.

Tanyalah siapa sahaja di Turki, kewibawaan AKP yang merangkak dari pembangkang kepada pemenang terbesar pilihanraya 2007 adalah kerana kualiti yang berjaya mereka buktikan. Di mana sahaja AKP menang, penduduk dapat melihat kesan perubahan kepada kehidupan mereka. Ia dapat melupakan keperitan yang ditanggung semasa penggulingan kuasa oleh tentera di tahun-tahun akhir Refah memerintah.

Soalnya, jika proses mengubah tampuk kepimpinan di negara kita dilakukan dengan konfrontasi yang sama, apakah tawaran pembangkang sebagai Barisan Alternatif itu cukup berkualiti dan berharga? Saya yakin, soal kepincangan dalam pemerintahan yang ada sudah menjadi public secret tetapi kewibawaan penggantinyalah yang masih menjadi tajuk utama.

PANDANGAN TIDAK POPULAR

Pandangan saya ini bukanlah suatu kemuktamadan kerana ia hanya pemerhatian seorang rakyat biasa. Seorang yang membuka sebelah telinga untuk mendengar dan memahami pandangan kanan, dan membuka sebelah lagi telinga untuk cuba memahami pandangan kiri. Pandangan ini juga mungkin tidak digemari oleh kedua-dua belah pihak yang bertembung.

Tetapi demi semangat Islam yang mengajar kita ITQAN, atau dalam bahasa tenteranya disebut sebagai satu peluru satu musuh, apakah segala kesusahan yang ditumpahkan, menepati sasaran yang diharapkan?

Semoga Allah melorongkan kita kepada menemui jalan-jalan terbaik sebagai reaksi kita terhadap hakikat kehidupan yang dijadikan Allah sebagai ujian, ke arah mencari formula “ayyukum ahsanu ‘amala“.

ahsanuamala.JPG

Saya menyanjung pejuang berani hidup, lebih dari sanjungan kepada pejuang berani mati.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Mengganggu Yang Hidup Dengan Mencela Sirah si Mati Kalau seorang ahli forensik mengkaji tubuh badan si mati, seorang...
  2. Desa Mati, Kota Sesak Separuh Mati Rumah Mak Yang di Bota Kiri “Semua kosong!”, saya terkasima....
  3. Biar Mati Anak Jangan Mati ‘Adat’ “Biar mati anak, jangan mati adat” Keras benar bunyi pepatah...
  4. UJIAN: Antara Berani dan Bijaksana “Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan...
  5. Terlalu Letih Untuk Mati “Ehh… ramainya pasukan tentera!” saya terkasima. Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut...

Advertisement

96 comments

  1. syphoon says:

    betul tu ustaz, berani biar berstrategi…

  2. shiha says:

    Salam…

    Ada hikmah rupanya DJ Erwan terlambat sampai. Di dalam kekalutan masa dan suasana, ustaz masih sempat mengoptimumkan keadaan ini untuk menghasilkan satu artikel yang bermanfaat :)

    ‘Kejayaan’ BERSIH dalam menangani keseluruhan agendanya saya lihat adalah kerana persiapan penganjur yang rapi. Satu aspek yang mungkin tidak ditangani dengan sebaiknya oleh rentetan demonstrasi yang diadakan selepas itu.

    “Keseluruhan rakyat meletakkan kesalahan ke atas Refah. Mereka tidak menafikan kebodohan golongan sekularis fundamentalis. Tetapi mereka kecewa dengan Refah yang turut melakukan tindakan yang sama dianggap ‘bodoh’ kerana mencurahkan minyak ke atas api. Kerana terlalu mahukan apa yang mereka mahukan, tentera bangkit dan memusnahkan segala-galanya.”

    Kenyataan di atas amat benar dan amat mencerminkan pandangan majoriti rakyat. Bak kata SS Mufti Perlis, pandangan majoriti tak semestinya pandangan yang benar. Tapi implikasi dari suara majoriti ini tetap harus diambilkira oleh pihak yang ingin melakukan perubahan, samada dari pemerintah atau pembangkang. Bagi saya, sikit – sikit seperti menarik rambut di dalam tepung. Itulah hakikatnya, kerana mentaliti majoriti rakyat bukanlah boleh dirombak dalam sehari dua. Pokok pangkalnya, berbalik kepada ilmu (yang diamalkan) dan proses pendidikan.

    Kita mungkin boleh kecewa dengan tahap pemikiran arus perdana yang lebih mementingkan periuk nasi masing – masing, demi survival diri sendiri dan keluarga, namun persoalan yang sama penting, adalah bagaimanakah kita dapat mengambil kesempatan dari pemikiran yang sebegitu, untuk melakukan sebarang perubahan kepada sistem pemerintahan negara?

    Adakah demonstrasi cara yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu? Atau ianya hanyalah jalan terbaik untuk mendapatkan publisiti? Tak kena gaya, ada juga kemungkinan pendekatan yang digunakan boleh memakan tuan… hakikat yang tidak sedap ditelan tetapi itulah yang dinamakan pengajaran hidup. Wallahuaklam.

    Wasalam

  3. ibnurosly says:

    Komen ringkas dari kawan sekolah begitu mengesankan, kata beliau ‘Dia memang menyampah dgn pemerintah skrg tapi dlm masa yg sama gagasan yg dikemukan oleh pembangkang tidak menyakinkan.

    Rumusan beliau, undi rosak….

    Apa pun, seperti biasa tulisan yg baik dari Ustaz. Terima kasih daun keladi, tulisan Ustaz biasanya menjadi inspirasi pada saya.

  4. ummufurqan says:

    Ustaz,

    pandangan ustaz ni lebih kurang sama dengan pandangan saya cuma saya tak reti menulis macam ustaz. Saya ada menulis semacam ini, tapi barangkali tak berhikmah, saya diketuk oleh orang PAS. Teruskan berdakwah!

  5. noraini says:

    Ustaz,

    Apa pandangan ustaz memang benar. Sekarang adalah masa untuk berubah cara pemikiran dan paradigma yang penting adalah melihat kehadapan supaya Islam di daulatkan dengan optimum di bumi yang kita kasihi ini.

  6. mulvi78 says:

    salam

    ustaz abu saif yang dihormati,
    ini kiriman kedua saya. selalunya hanya menjadi pembaca pasif yang setia :) . saya bersependapat dengan pandangan ini. pernah saya suarakan kepada sahabat-sahabat yang terlibat langsung dengan gerakan supaya meminimakan aktiviti yang popular tapi tak (kurang?) beri impak kesedaran kepada rakyat. tapi macam ummufurqan, saya pun kena lekuk… benarlah seperti kata-kata hikmah yang dimasyhurkan sebagai sabda Nabi SAW (tapi bukan!) jihad terhadap hawa nafsu lebih akbar dari jihad di medan tempur!

  7. mohd fatihee mohd sanasi says:

    Ustaz,dalam tajuk ini ana mungkin tidak sependapat dengan ustaz. Jika ustaz mengatakan “berbaloikah semua itu?”,ana tetap mengatakan YA.Mungkin pembangkang mahu ketukan di buat pada Kerajaan.Maka kita melihat polis-polis mula bertindak sebagai respond kepada kebangkitan suara rakyat walau hanya sekelompok (HINDRAF@BERSIH).
    Ana amat bangga kepada orang yang mampu bangkit dan keluar untuk berdemonstrasi, sebab ana tak mampu jadi seperti mereka. Ana terikat dengan kerajaan, maka ana kurang berani bersuara. Hanya mampu memberi tarbiah dan menerima tarbiah yang kadang-kadang merasakan tak sehaluan dengan pembangkang dan tak sehaluan dengan pemerintah.
    Tapi ana bangga kepada mereka yang turun padang untuk “bersuara” walau tidak di hargai oleh orang yang tidak sehaluan.
    kata-kata Rashid Rehda yang di popularkan oleh AsSyahid Imam HAsaan Al-Banna “kita bersatu pada perkara yang di sepakati, dan berlapang dada kepada perkara yang di selisihkan”

  8. ummu arib says:

    salam..

    ustaz

    saya yakin jika kita mampu bangunkan minda pemuda-pemudi yg sentiasa siap siaga untuk berjuang sebagai pejuang dan serikandi demi terus memastikan islam terus berdaulat..insyaAllah segala methodolgy lain yg lebih baik mampu kita laksanakan untuk mencapai tahap ITQAN yang ustaz tekankan tu. tanpa kuasa mmg amat perit untuk menyuarakan kebenaran yang hakiki walaupun kita tambah demo kepada 200k sekalipun.. pandangan sebegini amat perlu diketengahkan supaya seruan utk melestarikan perjuangan islam boleh dipelbagaikan selagi tidak tersasar dr jln syariat.. teruskan ustaz..moga2 penulisan sebegini juga mampu sedikit sebanyak menggerakkan jiwa2 pembaca terutama muda mudi kita agar menguja idea,minda dan tindakan yg realistik demi memastikan kesinambungan dakwah dan perjuangan terus tertegak.

    msyarakat kita masih terlalu ramai yg lena melainkan jiwa2 yg segar bugar yg sentiasa bersemangat berjuang menegakkan kalimatullah.. jiwa2 yg ada hasil penangan 50thn didikan sekular tak mungkin dapat kita ubah dalam sehari dua..

    tapi jiwa2 muda yg ada hari ini amat perlu/penting/wajib utk mndidik anak2 masing2 sbg tunas2 baru islam yg tak akan mengulangi lagi kesilapan yg sama dlm melahirkan mujahid/ah yg benar2 islam luar dan dlm..bukan spt kebykan jiwa2 yg ada hari ini..hidup utk jaga perut sendiri..dan hanya jadi pak turut..

  9. zila says:

    Satu artikel menarik untuk dibincangkan. Saya rasa ramai rakyat yang tidak suka cara pemerintahan skrg. Untuk lebih jelas lihatlah politik antara negeri terengganu dan kelantan. Pas perlu lebih bekerja daripada lebihkan ceramah… Pengalaman sudah ada tapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Saya ingin tunggu dan lihat…….

  10. deizal says:

    Ana rasa kita semua masih tercari-cari the right balance or the near perfect formula bagi memungkin kemenangan islam di bumi malaysia. ana berat untuk setuju dengan contoh-contoh yang ustaz berikan, tetapi berlapang dada dengan seruan untuk mencari ITQAN dalam strategi yang di atur.
    Di Kelantan umpama nya, kuasa yang ada memungkinkan practicality, rakyat Kelantan dapat menilai siapa yang lebih baik, membuat perbandingan. “Di mana sahaja AKP menang, penduduk dapat melihat kesan perubahan kepada kehidupan mereka”

    ‘Konfrontasi’ sekarang bagi ana bukan dengan tujuan untuk memberi alternatif, tetapi lebih bersikap sebagai wake up call, mungkin bukan untuk rakyat majoriti, tetapi kepada ahli-ahli yang sudah semakin lesu. Juga sebagai wake up call untuk golongan pemerintah, yang semakin hari semakin rakus. There must be confrontation to allow other elements to cross by.

    Teringat images rakyat palestin yang tak henti-henti membaling batu kepada askar-askar yahudi yang lengkap bersenjata dan berkereta kebal.

  11. iskandar says:

    Sekilas pandang-salahkah berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum bagi memastikan kebenaran terus tertegak? Renung-renungkan.

    Tahniah buat mereka yg berhimpun smlm walaupun ditangkap dengan cara yang tidak betul.

    Saya yakin rakyat mampu sedar akibat persitiwa luar biasa yg berlaku spjg minggu ini. Hanya Allah mampu memberikan hidayah.

  12. fajarislam says:

    Berlembut tak bermakna bersetuju… mengalah tak bermakna salah… diam tak bermakna bersetuju… senyum tak bermaksud reda… Bersama tak bermaksud bekerjasama…

    Tidakkah itu antara cara yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menghadapi golongan yang kafir…. Perang adalah jalan terakhir jika wujud penganiayaan yang keterlaluan atau ianya memberikan keuntungan yang lebih besar daripada kerugian…

    Jaga perut tu tak salah… tapi jaga perut sampai lupa tuntutan dan batas syariat itu yang salah… Jangan salahkan masyarakt kerana nak menjaga perut nanti masyarakat semakin jauh dengan kita… Tapi sedarkan mereka mengenai kepentingan jaga syariat, bukan hanya perut sendiri… Perut tu sebahagian kehidupan bukan seluruh kehidupan…

    Berjuang bukan untuk puaskan hati sendiri atau nak berbanga-bangga tapi nak ‘puas’kan kehendak Allah… Beribadah bukan nak puaskan hati sendiri tapi nak ‘puas’kan kehendak Allah dengan mentaati perintah dan laranganNya… Subhanallah…

  13. sisyahid says:

    salam.. apabila semangat melebihi kefahaman maka banyaklah yang akan jadinya.semangat perlu diseimbangkan dengan kefahaman..

  14. zacharias says:

    tak apa ustaz, lagi banyak demo, lagi banyak traffic jam. InsyAllah, lepas tu, masyarakat kita akan lebih rajin gunakan basikal. Kurang carbon emission, dan terpeliharalah alam sekitar.

  15. hisham says:

    Assalamualaikum,saya tertarik dgn petikan ni”Patriotisma yang popular masih versi mengibarkan Jalur Gemilang dan bukannya berusaha menyelamatkan negara dari penyelewengan dan rasuah.”
    sememangnya masyarakat malaysia sekarang telah dibutakan matanya oleh kerajaan untuk melihat erti patriotik yang sebenar.kerajaan selalu melaungkan kibarkan jalur gemilang tetapi tidak bersungguh dalam memerangi penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan..buktinya,rasuah berlaku di sana sini.
    ana harap melalui laman web ini dapat membuka mata masyarakat teruatama golongan muda dalam menilai yang mana betul dan yang mana salah..wassalam

  16. Salam,

    Tuan – tuan dan puan – puan, disebalik kita mempertikai penganjuran perhimpunan, jangan dilupakan perkara sub-event yang berlaku menunjukkan salah guna kuasa dan korupsi.

    1) Polis menangkap Mustapha Ali kononnya ada court order. Tetapi apabila diminta menunjukkan court order tersebut, polis enggan. Fake court Order? Lihat disini http://uk.youtube.com/watch?v=aVtY8MTWSjI

    2) Adakah ahli politik lebih teruk dari geng pecah rumah? Tian Chua yang harmless telah menerima tumbukan semasa diheret kedalam kereta polis, kerana enggan beredar dari bangunan parlimen. Adakah tuan2 dan puan2 terancam nyawa kita Tian Chua terus disitu? Lihat disini http://www.youtube.com/watch?v=4joFEtOG5nE

    Itu sekadar 2 contoh yang cukup menunjukkan salah guna kuasa dan korupsi. Tidakkah cukup menunjukkan ia ada perkara yang SALAH?

    Saya harap jgn lupa point bahawa ada salah guna kuasa. Jgn mudah lupa melayu. Terjemahkan kepada undi.

    Jika pembangkang, cukup 1 kesilapan maka berderu-derulah celaan kita.

  17. Abu Saif says:

    Artikel saya ni tidak sama sekali bermaksud menolak demonstrasi.

    Saya hanya mengajak muhasabah kepada frekuensinya Ia umpama rotan, kalau selalu sangat rotan anak, bisanya akan hilang.

    Saya juga mengajak kepada penilaian semula terhadap sejauh mana demonstrasi diatur dengan baik. Pengalaman saya duduk di Belfast, IRA yang mahu mengebom bangunan kerana mahu menarik liputan media yang berat sebelah, mereka pun tidak mencederakan orang ramai sebaliknya memberitahu pukul berapa bom itu akan diletupkan supaya pengosongan lokasi dapat dibuat. To that extend…

    Bukan menjustifikasikan perbuatan IRA, tetapi memberi sedikit kredit kepada concern mereka bahawa tujuan letupan hanya untuk menarik media, bukannya untuk memudaratkan orang awam.

    Artikel saya juga tidak sama sekali cuba meremehkan tindakan polis dan kerajaan ke atas pimpinan PAS dan PKR. Tetapi soalan saya, apakah semua ruang yang tidak memerlukan risiko penangkapan sudah digunakan sebaiknya, sehingga kita pergi kepada option yang membawa kepada penangkapan?

    And somehow… saya berlapang dada dengan apa sahaja respond terhadap artikel ini, kerana sambil-sambil tu, saya sedang menguji artikel “saifulislamisme?” yang lepas.

  18. Abu Saif says:

    Sedikit penambahan perenggan di atas:

    HUDAIBIYAH MASIH RELEVAN

    Sekali lagi saya memetik peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah. Antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi SAW untuk mencapai apa yang paling diperlukan oleh dakwah, iaitu masyarakat yang tenteram dan aman dari peperangan. Baginda SAW sanggup kehilangan beberapa sub-maslahah demi maslahah terbesar ini. Hasil Perjanjian Hudaibiyyah kesemua pihak bersetuju untuk mengenakan gencatan senjata dan menghentikan peperangan.

    Inilah peluang yang dinantikan oleh Rasulullah SAW.

    Semasa keamanan berlangsung, Baginda SAW menggunakan segala peluang yang ada untuk berdakwah, melakukan out-reach kepada kabilah-kabilah Arab seluasnya, malah kepada ketua-ketua empayar di sekitar Semenanjung Tanah Arab.

    Soalnya sudahkah kita manfaatkan semua peluang aman, sebelum memilih jalan konfrontasi?

  19. Marzuki says:

    Pada pandangan Ustaz, apa lagi jalan lain selain konfrontasi yang pihak pembangkang kena lakukan ? Rasanya pembangkang terutamanya PAS yang didokongi oleh kebanyakan Ulama dah kering idea kot. Nak kata depa ni tak berbincang di atas sesuatu tindakan yang dibuat, tak mungkin sebab PAS ada Majlis Syura. Tolong la bagi idea supaya saya (ahli PAS) boleh ketengahkan idea tersebut kepada pimpinan.

  20. arrushd says:

    sememangnya itqan adalah idealis dalam perjuangan tetapi tidak bermakna apabila itqan tidak dapat dicapai, perjuangan terus diabai. Kaedah Fiqhiyyah juga ada memperbincangkan prinsip yang seumpama ini ; ma la yudriku kulluh la yutraku kulluh.

    perjuangan islam yang dipelopori oleh PAS masih lagi berpaksikan kepada muwajahah silmiyyah. apa yang mendukacitakan adalah provokasi yang dimainkan oleh pihak yang berkuasa yang lupa akan kekuasaan yang bersifat dengan sementara. mengapa menuding jari pada pejuang keadilan semata-mata sedangkan pemimpin korupsi dibiarkan bertakhta?

    saya juga cukup yakin dengan pendirian ustaz terhadap perjuangan islam di tanahair cuma kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan dari (sorry to say) sikap neutral ustaz terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan politik seumpama ini.

    Alla kullihal … tahniah pada yang berani turun padang …

  21. Abu Saif says:

    Menganggap pendirian saya sebagai neutral, adalah suatu ungkapan yang tidak tepat. Saya bukan penulis atas pagar dan saya juga bukan penulis yang mencari populariti dengan cuba memuaskan hati semua pihak. Saya berada di dalam gerakan dan saya bukan sekadar menjadi penonton.

    Tetapi saya berusaha untuk meletakkan pendirian yang menguatkan, bukan melemahkan. Jika saya mahu menyihatkan gerakan saya, saya tidak akan memberi gula manis, tetapi sebaliknya saya menawarkan ubat pahit.

    Tujuan saya lontarkan isu ini ialah supaya perjuangan KITA terus relevan dan menepati sasaran. Seperti kata Said Hawwa: Kai Laa Namdhi Ba’eedan ‘an Ihtiyaajaat al-’Asr (Supaya Kita Tidak Bergerak Jauh Dari Keperluan Semasa)

    Tetapi jika ada pembaca yang berpenyakit dan menafsirkan tulisan saya jauh dari apa yang saya maksudkan, falaa yalumanna illa nafsahu!

  22. aye says:

    Salam…. ana menyokong padu tindakan BERSIH semalam (11 Dis), tp tak semestinya ana menolak pandangan ustaz :-)
    Ana dapat rasakan kerjayaan di pihak BERSIH dalam hal ini walaupun secara fakta tuntutan mereka dinafikan. Setidak-tidakannya BERSIH tidak KO. Sekarang ni ana tak sabar2 utk menunggu impak positif peristiwa semalam…. http://www.harakahdaily.net/bm/

  23. Amin Ahmad says:

    Salam

    Kita tak perlu gopoh. Saya kira gesaan agar tidak melakukan demonstrasi kedua dari kalangan simpatisan cukup jelas. Tapi tidak bermakna yang digesa supaya tidak peduli pula!

    Sikap yang kita pilih tidak seharusnya antara A dan B sahaja kerana A dan B yang ada di Malaysia bukanlah sesuatu yang mutlak.

    Untuk saya, hak-hak rakyat mesti dipertahankan dan saya cukup yakin kerajaan punya pilihan yang jauh lebih baik dari pilihan yang telah dibuat.
    Akhirnya ia berbalik kepada political will. Sebab itu, saya fikir kerajaan berasa tergugat, kerana agenda Reformasi lebih dari memperbaiki apa yang ada sebaliknya menukar pemerintah kerana ia berbalik kepada political will.

    Dalam hal ini, saya harap saya dan kita semua sedar bahawa yang perlu diperkasakan ialah Civil Society, bukan parti A, B dan sebagainya. Kerana Masyarakat Sivil adalah masyarakat yang sedar, peka dan akan bertindak sesuai dengan hak dan tanggungjawabnya (berlaku adil kepada diri sendiri dan persekitaran). Parti dan pemimpin boleh berubah, malah datang dan pergi. Sistem yang kita mahu pelihara. Dan sistem yang mahu kita pastikan telus, bersih dan adil.

    Kita tak perlu pergi jauh, kalau main bola pun kita nak pengadil yang adil. Kalau saya sokong Chelsea (sekadar contoh), kalau pengadil berat sebelah asyik menangkan Chelsea walhal nyata kekasaran dan kesalahan berlaku, saya akan tidak gembira kerana yang saya mahu tonton ialah perlawanan bola sepak, bukan Chelsea semata-mata! Sebahagian dari kita mungkin berbeza, tak apa pengadil berat sebelah asalkan memenangkan pasukan kita! Cukup dengan fikiran seperti itu, fikiran kita berada di ambang korup!
    ________________________________

    Arus perubahan sebenarnya tidak dapat disekat, cepat atau lambat sahaja. Jika kita hanya sekadar mahu beraksi, ia tidak cukup (tak pernah saya kata tidak perlu, harap maklum). Sejarah adalah bukti bagaimana underlying philosophy behind the action akan menentukan nafas perubahan. Sebab itu idea tentang Reformasi, Negara Islam, Masyarakat Madani, Islam Hadhari harus dikembangkangkan and must be contested dan bukan paksaan dari atas ke bawah sebagaimana lazimnya berlaku.

    Dan kita harus berpijak di bumi yang nyata bahawa tidak mungkin 100% akan bersetuju malah mungkin lebih ramai yang sinikal. Dari situ harus wujud dan dizahirkan sistem2 yang menangani kepelbagaian ini (saya malas nak tulis Pluralisme, nanti ada yang cepat batuk!).

    Gesaan saya untuk saya dan kita semua, banyakkan berbincang soal sistem dan pembawaan berbanding terlalu kerap menyebut individu2 tertentu, sekali-sekala mungkin boleh..biarlah kena pada tempatnya dan saya fikir rasa hormat mesti dizahirkan walaupun kita terlalu membenci.

  24. mohd fatihee mohd sanasi says:

    kita kena terus untuk berusaha menggabungkan semua pihak yang membawa product ISLAM ini. ana cuba mencari punca untuk kita semua di malaysia ini bersatu. kumpulkan kesemua wakil-wakil tertinggi pertubuhan dan bincang satu resolusi yang mana semua pihak perlu hormati.ana harap pendekatan bersatu ini di manfaatkan oleh semua pihak. Ustaz juga boleh manafaatkan diri ustaz untuk membawa semua pihak kepada kesatuan. usaha 13 tahun dakwah di Mekkah dan usaha 10 tahun dakwah di Madinah….satu perjalanan jauh

  25. pentium 4 says:

    saya amat tertarik dgn istilah kualiti yang ustaz gunakan kepada aktivis2 AKP… sungguh… masyarakat kita masih belum dpt melihat kualiti tersebut dlm diri aktivis2 pembangkang di Malaysia ini… sy selaku rakyat biasa dpt melihat semua itu… sy tak akui ada yang berkualiti… namun jumlah tersebut tak mencukupi… maka kita kena akui yang aktiviti tarbiyyah masih belum mantap lg untuk melahirkan aktivis2 yang berkualiti… kepada rakan2 yang rasa tak selesa dgn artikel ini… berlapang dada lah… setiap dari kita berhak untuk memiliki pandangan… tak kisah pandangan itu betul atau salah… yang penting sentiasa bersedia utk mendengar pandangan org lain… jgn risau semua… dlm masa 100 tahun lg akn ramai aktivis2 yang berkualiti dpt dikahirkan hasil tarbiyyah yang mantap… kalau nak baca Quran 1 juzuk sehari pun susah… nak bangun tahajud pun malas… maka jauh lg la…

  26. ummufurqan says:

    “apakah semua ruang yang tidak memerlukan risiko penangkapan sudah digunakan sebaiknya, sehingga kita pergi kepada option yang membawa kepada penangkapan?”

    soalan UH diats wajar kita fikirkan jwpnnya bersama. mmg benar, adakah kita sudah gunakan wadah yg selain mmbw kpd penangkapan secara maksima? dlm soal ni, ana suka mengambil contoh PKS di indonesia. meskipun mereka kerap berdemo secara aman, namun agenda utama adalah dakwah kepada rakyat antaranya dengan memasuki perkampungan2 di ceruk2 daerah untuk mengajar akidah kpd rakyat yg cetek pegangan islam dlm bentuk halaqah dan ta’lim. apabila ada bencana, merekalah dulu yg tampil ke depan mmberi bantuan. pendek kata, kerja dakwah lebih utama berbanding ceramah umum. Di kelantan, saya tak pasti samada usrah diadakan secara rutin untuk rakyat kelantan bagi mengajar bab akidah terutamanya. tapi yg pasti ada adalah ceramah. kesan ceramah tak sama dgn kesan usrah. saya warga kelantan tp menetap d Kl. apa yg sudah kita buat untuk menarik msyrkat yg jauh dr islam yg mana mrk memerlukan kasih syg? sy pasti kalau skdr mendengar ceramah beragenda politik, mereka tdk minat nk dtg dengar. adakah dengan menggertak kerajaan, fikiran masyarakat akan berubah? kita berdakwah (mengajar mrk mengenal Allah) kpd masyarakat mudah-mudahan cara berfikir mereka berubah drpd hidup tanpa matlamat kepada hidup kerana Allah. kalau pemikiran mrk sudah betul, kita tak pyah ajar mrka nak undi parti apa. sekadar pandangan.

  27. arrushd says:

    maaf UH, tak berniat nak labelkan ‘title’ tu tp just quouting daripada perbincangan dengan rakan2. mohon tidak disalahtafsir.

  28. elbaritii says:

    Salam.

    1. Sentuhan ustaz dalam artikel di atas sangat dialu-alukan.
    2. Perarakan semalam terlalu kecil, pada hemat ana, untuk dibandingkan dengan kesilapan Refah@Erbakan di Turkey sehingga rakyat turun memandang serong kepada mereka. Namun ia boleh mencetuskan fikir.
    3. Secara fakta, kesan negatifnya sangat kecil. Cthnya: Ia berlaku di KL. Yang terkesan hanya yang bekerja pada hari itu. Mereka yang ingin keluar membeli-belah, akan keluar lewat. Kesan positif, khususnya tiupan semangat kepada ahli gerakan dan masyarakat perihatin seluruh negara dapat dirasai mereka. Media antarabangsa memberi liputan yang menyebabkan BN akan berhati-hati dengan perancangan yang mungkin lebih melampau. Jika rentetan bantahan tidak dilaksanakan, kita boleh lihat orang Melayu cepat lesu dan layu, walaupun pembenci kerajaan BN. Melayu mudah lupa- memang banyak kebetulannya.
    4. Persoalan yang ustaz kemukakan bagai yang disebut pada #26, memang betul. Namun jika ditanya kepada ahli bawahan yang terbabit: mereka akan katakan semuanya telah dilaksanakan. Banyak yang tertutup. Malah, selepas penipuan besaran pada 2004, ramai yang sudah sebut jalanraya. Ramai yang hanya menunggu arahan. Apabila BERSIH muncul, kesempatan tidak disia-siakan. Mudah mengumpulkan jumlah yang besar.
    5. Pada pandangan ana, persoalan itu ( walaupun benar ) sudah terlewat bagi majoriti anak muda pembangkang. Mereka mahu jalanraya sebenarnya. Siapa tahan kalau kepala berdarah dipukul di Ijok, hampir mati di Batu Burok dan pembohongan SPR secara berterusan. Mereka sudah tidak mempercayai SPR. Maka pilihan mereka ialah jalanraya. Hanya menanti arahan.
    6. Ini adalah masa kritikal bagi pemimpin pembangkang. Membuat pilihan antara pilihanraya atau jalanraya atau keduanya sekali atau tertangkap di jalanraya sehingga ternafi menyertai pilihanraya.
    7. Ustaz, bagaimana rumusan dibuat sehingga mengkonklusikan dalam artikel sebelum ini, bahawa AKP mengambil peluang daripada faham sekularisme untuk kepentingan mereka, Islam dan ummah? Kajian sendiri atau ianya ittifaq pengkaji2 Turkey? Atau AKP sendiri mengakuinya?

    Ana masih meragui apakah PAS perlu mendalami jalan2 AKP di Turkey? Ragu kerana masih kurang faham duduk sebenar AKP di sana.

  29. mohd zamri says:

    salam pendengaran.ana ada buat satu kajian tentang gerakan islam di malaysia pada masa dulu yang diharamkan oleh kerajaaan.mungkin ada yang akan melemparkan satu tanggapan negatif.tapi ana ingin mengambil sikap positif.banyak buku ana baca mengenai gerakan ini. tarbiah perjuangan mereka cukup mantap.mereka bukan hanya cakap ,TAPI MEMBUAT.samaada dari aspek ekonomi,politik mahupun sosial.cara penyampaian dakwah juga agak berkesan.banyak perubahan dimalaysia yang berlaku di ere mereka.antara yang byk memberi kesan adalah dalam bidang ekonomi dan juga sosial.ayuh sahabat sekalian,kita wujutkan kembali sikap jemaah contoh ini.

  30. robocop says:

    Saya merasakan pihak pembangkang telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mengembalikan demokrasi di Malaysia. Rasanya pertemuan demi pertemuan diatur dengan SPR tetapi tidak diendahkan akhirnya tertubuhlah Bersih. Demontrasi itu adalah jalan terakhir yang diambil oleh rakyat yang ada kesedaran tentang hak mereka, bagi saya tindakan mereka adalah disebabkan oleh sikap pemerintah sendiri yang menggangu dan menekan Polis supaya tidak diberikan permit(sepatutnya tak perlu pun sebab hak berhimpun tercatat dlm perlembagaan. Tugas Polis bukan halang atau provoke tetapi mengawal supaya keadaan supaya demontrasi berjln dengan baik dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Sudah 50 tahun sepatutnya kerajaan M’sia bersikap lebih matang dan demokrasi di M’sia menjadi lebih baik bukan sebaliknya, malu kepad dunia dan negara lain. Bagi saya tindakan yang dibuat itu semata-mata takut mereka kehilangan kuasa. Kalau kerajaan berani saya cabar Kerajaan M’sia supaya berikan hak kepada pembangkang untuk akses kepada media sebagaimana berlaku dinegara demokrasi yang lain dan laksanakan pilihanraya secara adil. Bila blh keluar di Tv mcm sdr penulis barulah pembangkang tak perlu nak ceramah malam-malam, saya rasa orang pun tak suka nak keluar malam-malam, lebih baik duduk rumah buka suis TV kemudian dapat tengok pemimpin kerajaan dan pembangkang memberikan pendapat dan polisi parti mereka jika mendapat mandat memerintah.

    Selamatkan M’sia Sebelum Parah.

  31. Abu Saif says:

    Terima kasih atas komen sahabat-sahabat sekalian. Sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas, saya menulis artikel ini bukan untuk memperlekeh, memandang remeh atau menafikan keputusan-keputusan pimpinan dalam tindakan. Tetapi dengan menulis dan berbincang, benda-benda yang kabur, terkambus dan tak kelihatan, dapat diketengahkan dan diketahui.

    Memang sulit kalau dibandingkan ‘saiz’ Refah dengan ‘saiz’ PAS kerana perbezaan saiz memang ketara. Jumlah rakyat Turki pun mencecah lebih 70 juta orang. Malah untuk menang satu kerusi di bandar seperti Istanbul pun, ia boleh sampai kepada memerlukan majoriti satu juta undi. Tetapi isu besar kecil bukan isu utama kerana apa yang nak dilihat ialah pada bentuk tindakan dan kesan hasil daripadanya. Sebab itu sehingga kini, gerakan Islam di Turki adalah di antara gerakan yang kerap dikunjungi oleh pimpinan kita untuk bertukar pengalaman dan pandangan.

    Cuma, selepas kemenangan AKP di Turki pada pilihanraya baru-baru ini, saya belum pasti bagaimanakah kelangsungan proses bertukar-tukar pandangan ini.

    Tulisan saya sebelum ini tentang asbab kemenangan AKP bukanlah ittifaq pengkaji kerana dalam analisa politik, tidak wujud apa yang dinamakan sebagai ittifaq (kesepakatan). Tetapi ia adalah analisa-analisa yang dibuat oleh pelbagai pihak sebagaimana yang tersiar di dalam islamonline.net, Mustafa Akyol di dalam The White Path.Com, halaman Turkish Daily Zaman, dan press statement yang dibuat oleh AKP sendiri.

    Jika kita meragui keperluan PAS mengkaji AKP kerana perbezaan yang wujud pada perincian-perincian yang kecil, maka PAS tidak boleh belajar daripada sesiapa pun kerana semua gerakan Islam mempunyai suasana yang berbeza dari satu negara ke satu negara. Tetapi kita sepatutnya berlapang dada supaya jangan hanya mencontohi Refah ketika mereka sama, tetapi kita ketepikan AKP apabila mereka berbeza. Kenapa pernah sama dan kenapa kini berbeza, harus diteliti.

    Soal apa yang pembangkang dah buat sebelum demonstrasi jadi pilihan, elok kita terus sebutkan supaya pembaca dapat menilai. Adakah banyak itu banyak yang pelbagai atau banyak yang berulang.

    Nanti kita sambung lagi, Insya Allah

  32. shiha says:

    Salam

    Sokong dengan pendapat #23 saudara amin.

    wasalam

  33. elbaritii says:

    “Tulisan saya sebelum ini tentang asbab kemenangan AKP bukanlah ittifaq pengkaji kerana dalam analisa politik, tidak wujud apa yang dinamakan sebagai ittifaq (kesepakatan). Tetapi ia adalah analisa-analisa yang dibuat oleh pelbagai pihak sebagaimana yang tersiar di dalam islamonline.net, Mustafa Akyol di dalam The White Path.Com, halaman Turkish Daily Zaman, dan press statement yang dibuat oleh AKP sendiri.”

    Terima kasih. Ana tak kenal Mustafa Akyol. Soalan pendek, selepas ini bolehkah ana mengambil sahaja semua tulisan dia berkaitan Turkey/AKP?

    Ana percaya pimpinan akan belajar drp sesiapa sahaja. Cuma ana secara peribadi yang kurang jelas.

    Ana masih lagi kabur tentang “kejayaan” yang telah diperolehi oleh AKP. Apakah apa yang berlaku sekarang memang berada di landasan betul pelan perancangan mereka atau ia agak tersasar kerana seperti “terlalu mengikut rentak” sekularisme. Sedangkan di Malaysia keracunan pemikiran yang berlaku tidaklah seteruk Turkey.

    Sebagai cth: Apakah PAS juga perlu mengikuti AKP dengan “mendiamkan” seruan negara Islam demi menyatukan/menguatkan BA untuk meyakinkan rakyat? Sedia maklum terdapat dua pengaruh berbeza di dalam PAS. Ana masih lagi bertapak di dalam kem memperjuangkan kandungan dan “kulit”. Tetapi masih mencari kesimpulan terbaik.

    Sudah lama ana menanti tulisan lengkap Saifulislam terhadap pelan, kejayaan, kegagalan dan pengajaran yang berkait dengan AKP. Setakat ana tahu, belum lagilah.

    Wallahu’alam.

  34. Abu Saif says:

    Sudah lama ana menanti tulisan lengkap Saifulislam terhadap pelan, kejayaan, kegagalan dan pengajaran yang berkait dengan AKP. Setakat ana tahu, belum lagilah.

    Kalau semua yang berkaitan dengan AKP telah ana tuliskan dengan lengkap, maka selesailah thesis master yang ana tengah usahakan. Apa yang diperjuangkan oleh AKP dan PAS, tidak boleh ditulis secara simplistik bahawa dengan satu artikel atau satu kertas kerja, kita dah serve semua yang perlu dicatat dan dianalisa. Apa yang ana tengah buat sekarang ia break down the ideas satu persatu. Sedikit demi sedikit dan feedback pembaca juga merangsang untuk idea tu diteliti dari semasa ke semasa.

    So, kalau anta kata “belum lagilah” tu, memang belum lagi. Masih kecil dan kerdil. Tapi langkah-langkah awal, sedang dibuat.

    Bila anta tanya apakah anta boleh mengambil sahaja semua tulisan Mustafa Akyol berkaitan Turki dan AKP, ana rasa jawapannya anta pun jelas. Bahawa tak kena kalau kita guna pendekatan ambil semua, begitu juga pendekatan tolak semua.

    Ana rujuk kepada sumber-sumber tadi sebab ia ditulis oleh orang Turki yang duduk di Turki dan menganalisanya secara dekat. Tentu sahaja merujuk kepada sumber Turki untuk memahami tentang Turki, lebih sejahtera daripada merujuk sumber-sumber yang jauh.

    Soal apakah AKP berada di landasan yang betul atau tidak sekarang ni, itu yang perlu kita teliti. Kalau KITA tu tak berapa menarik, izinkan ana sebagai sebahagian daripada KITA tu telitikan. Ana meragui statement anta bila anta kata “di Malaysia keracunan pemikiran yang berlaku tidak seteruk Turkey”.

    Jika PAS tidak mahu bertolak ansur dalam soal mendiam atau melaungkan seruan negara Islam di Malaysia, maka PAS perlu berjuang untuk meyakinkan rakyat bagaimanakah strategi PAS mendepani 50% pengundi Malaysia yang non Muslim? Ana akui PAS di Kelantan telah banyak berjaya melunakkan kaum Cina hasil pendekatan cemerlang Tuan Guru dan kerajaan Kelantan, termasuk dalam isu kafalah untuk warga emas tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi apa pendekatan PAS terhadap Cina di Pantai Barat, atau lebih specific kaum Cina di Lembah Kelang?

    Apakah kita telah bertemu dengan bahasa yang betul dalam meyakinkan kaum Cina Kuala Lumpur tentang negara Islam yang diperjuangkan? Selepas pilihanraya 2004, ada statistik yang menjelaskan bahawa kaum Cina Lembah Kelang hanya less than 5% menganggap isu yang PAS bawa dalam pilihanraya relevan. Tetapi statistik itu tidak diendahkan.

    Maka, kalau tak kena gaya, cabaran PAS nak menegakkan negara Islam di Malaysia, lebih sulit daripada cabaran AKP di Turki.

    Dan jangan lupa, ana timbulkan semua ini adalah kerana mencari formula untuk menambahkan kekuatan PAS, bukannya untuk melemahkannya. Maka motif ana ialah mencari jawapan, bukan menyebarkan persoalan. Namun izinkan ana yang masih belajar dan lemah ini mencari jawapan itu secara berperingkat kerana jawapan segera lazimnya retorik semata.

  35. Abu Musab says:

    Salam

    Secara overall, saya setuju dengan artikel ini, terutama penekanan kepada prinsip ITQAN. Harapan saya pimpinan aware ttg perkara ini dan saya yakin pimpinan aware.

    “Apa yang menjadi persoalannya ialah, jika sudah tahu polis bertindak demikian, mengapa masih memilih jalan konfrontasi jalanan?”

    “Tetapi soalan saya, apakah semua ruang yang tidak memerlukan risiko penangkapan sudah digunakan sebaiknya, sehingga kita pergi kepada option yang membawa kepada penangkapan?”

    Bagi saya, mana2 ruang yg dilihat menjejaskan pemerintah, akan berlaku risiko penangkapan. Ust Abu saif sendiri akan mengalami risiko penangkapan sekiranya pemerintah sedar saifulislam.com boleh menjejaskan mrk. Adakah masa itu Ust akan mencari ruang yg lain?

    Saya rasa, segala saluran yg ada bersifat SYNERGIZE. Mungkin demonstrasi yg dilakukan menaikkan semangat ahli2, dan ahli2 lain terutama ajk2 yg terlibat dlm saluran lain(cth dlm PAS ialah dewan ulama) akan juga terkesan dan memperbaiki gerak kerja mereka. Begitu juga sebaliknya, tarbiyah yg mantap dan ceramah yg berkesan akan mampu menggerakkan demonstrasi yg berkesan pula.

    saya rasa, terlalu awal utk menyoal berbaloi atau tak demonstrasi di parlimen dan baru-baru ni dan himpunan 10 nov lepas.perlu dikaji dengan lebih teliti. Barangkali kesan langsung boleh dilihat semasa pilihanraya nanti . Tapi persoalan yg ust utarakan ini bagus sebagai peringatan.
    Apapun saya rasa, pendekatan demonstrasi oleh pembangkang belum keterlaluan atau belum optimum (kesan positif masih lebih besar berbanding kesan negatif)

    Saya setuju gesaan utk memperkemaskan saluran lain yg tak kurang strategiknya tanpa perlu mempersoal saluran demonstrasi jalanan yg sudah sekian lama tak dimaksimumkan. Nanti, semua benda tak jadi.
    Ibarat anak yg cenderung bersukan tapi malas baca buku, jgnlah berkata “Nak, maksimumkan baca buku dulu, baru bersukan”. Nanti si anak baca buku pun liat, sukan pun malas sebab takde dorongan.

    Maaf, tak pandai menyusun kata2. Utk pengetahuan ust, saya ambil masa 45 minit utk tulis komen ini! bagi menjaga adab sopan dan megelak salah faham serta mmg tak biasa menulis.
    Kalau ada yg terguris, adalah tidak disengajakan

  36. Abu Saif says:

    Terima kasih Abu Musab.

    45 minit yang berbaloi. Lama tu… :)

    Saya setuju dan saya pun ada sebut dalam komen lepas bahawa saya tidak menolak demonstrasi. Cuma, ia perlu diperkemaskan. Dan sesuai dengan pandangan Abu Musab, bahawa ia perlu dimaksimumkan. Memaksimumkannya tidak semestinya bermaksud mengkerapkannya, tetapi setiap satu penganjuran, harus tersusun dan well justified.

    Kalau sampai masa saya dan saifulislam.com nak ditamatkan, memang saya kena cari jalan lain. Muncul saifulislam.com pun selepas tulisan yang saya hantar ke harakah sudah tidak diendahkan… lama dulu.

    So, kita memang kena selalu meneroka jalan. Tak boleh sini, cari tang sana. Tak boleh sana, cari peluang-peluang lain yang pasti terus ada. Insya Allah

  37. mohd fatihee mohd sanasi says:

    jom kita semua jadi pendamai.berkatalah yang benar walaupun ianya pahit.jauhkan kepentingan diri sendiri. Tiada jemaah terbaik agung dan ulung. Taida Kata-kata sebaik ayatul Quran dan Al-Hadis.utamakan pentarbiahan ISLAM dari berkata-kata yang boleh menyakiti hati manusia. mengajak manusia untuk kembali kepada ISLAM keseluruhannya. Sudah ramaikah orang ISLAM yang betul-betul melaksanakan tuntutan ibadat solat.
    Hadis ke-9 dari Hadis 40:

    Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
    Rasulullah SAW bersabda:

    Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang
    aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
    terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka
    terhadap Nabi-nabi mereka.

  38. 7potrt says:

    Berbaloikah..?
    Pro dan kontra bagi yang memikirkan keuntungan atau faedah atas kejadian ini atau dirisendiri mungkin menyusahkan,

    bagi yang memikirkan kehadapan munkin cetusan bersih itu perlu,contoh skrg ini bagi individu yang melihat bank

    didepan matanya dirompak, munkin ada yang amik action(call polis)ada yang buat tak tau (lantaklah bukan bank

    aku,kalu ada simpan kat bank situ insuran leh cover) atau pun dia nak buat sesuatu tapi tak de upaya(menjerit mintak

    tolong, orang lain buat pekak je atau pun takut perompak tembak dia) atau berkemungkinan lataklah apa jadi aku nak

    gi keja ni biar orang lain amik action. bagi ada kesedaran mungkin ia akan amik action.

    binatang ternak (ayat yang best uztaz cetuskan, mungkin uztaz marah dengan orang yang tak peka).cuba kita renungkan

    berapa peratus rakyat malaysia yang termasuk golongan ini cnth rakyat malaysia ada 20jt perhimpunan bersih hadir

    200,000 termasuk yang nak pegi tapi takut periuk nasik terjejas dan yang terkandas di tengah jalan atau yang

    menyokong didalam hati. 1% saja tapi berkemunkinan 1 percent ini akan mencetuskan kpada percent yang lebih besar

    sebab minyak nak naik,tol, barang-barang,perkhidmatan yang hampeh lembab,yang kaya makin kaya siswazah tanam

    angur,universiti makin banyak, keja kurang sebab perancangan kerajaan tak tajam. banjir sistem saliran lemah,harga

    keta mahal sebab nak cover keta yg low quality.gejala sosial..sebab mak bapak kena keje nak tampung ekonomi yang

    makin gila menigkat masa ngan anak kurang,sistem perumahan sempit hanya sesuai untuk 4 orang atau lambat siap con

    lari,rasuah ,politik wang… atau pun kedudukan ini 1% tadi masih tak berubah sebab kebanyakan orang berasa selesa

    dengan keadaan tadi atau pun dah memang buta mata dan hati.

    kalu betul kerajaan kita bersih kenapa tak ikut jer permintaan bersih masa sistem pengundian nanti buat apa nak

    takut, atau pun memang wujud apa yang dikatakan puak pembangkang.

    kesedaran/peka/tangungjawab pemimpin dan rakyat. pemimpin ada kesemua itu tapi rakyat takdak pun tak jadi. rakyat

    ada kesemua itu pemimpin takdak pun tak jadi. jadi kena balance.

    rakyat tertipu atau ditipu,tak tahu ditipu,ditakut-takutkan,dimomokan,atau memang penakut atau tertakut begantug

    kepada rakyat sendiri. tapi kuat kah kita untuk mencubit 99% yang tertidur,terawang awang,hayal, dan masih selesa

    dlm keadaa sekarang tampa fikirkan masa depan anak-anak dan cucu cucu kita nanti.

  39. Amin Ahmad says:

    “Di sebalik topeng ini adalah IDEA” – dialog dari filem V for Vandetta.

    Semua perubahan besar di dunia ini punya kekuatan idea di belakangnya. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Almarhum Malek Ben Nabi dalam mengetengahkan soal ‘guiding ideas’ dalam pembentukan dan pemerkasaan tamadun.

    Soal kena tipu, kerajaan zalim, degil dan sebagainya bukanlah soal baru dan ia telah jadi ‘wirid’ yang lebih disuarakan dalam bentuk tidak puas hati berbanding menjadi alternatif yang berkesan.

    Baru-baru ini seorang rakan mengadu kepada saya tentang sikap seorang tokoh dari jemaah Islam yang mahukan penggerak HINDRAF di-ISA-kan. Untuk saya ia menunjukkan keruncingan pemikiran yang cukup dalam. Bagaimana idea bisa digerakkan dalam suasana fikiran yang sebegini?

    Awal Subuh tadi seorang rakan tergesa bertanya kebenaran SMS bersabit rusuhan kaum kononnya pada 15hb dan 16hb ini. Lebih malang bila SMS yang dipanjangkan kepada saya tersebut tertulis “Polis mengarahkan orang Melayu agar….”.

    Saya tertanya sendiri “Sudah hilangkah kebijaksanaan rakyat berdepan kekalutan yang pelbagai?”.

    Mungkin Hishamuddin Rais benar dalam mendakwa “Korupsi bukanlah dosa paling besar parti pemerintah, tetapi dosa paling besar ialah membonsaikan fikiran rakyat!”.

    Peristiwa-peristiwa ini hanyalah sekadar contoh nyata yang saya depani sehari-hari tatkala meraikan pergaulan yang luas.

    Ustaz mengajak kita berbincang bukan sekadar soal berbaloi atau tidak, tetapi pendekatan-pendekatan yang lebih menyeluruh dan tersusun dalam membangkit kesedaran rakyat, saya percaya bukan sahaja soal kebejatan pemerintah, tetapi juga dalam diri. Kerana saya percaya, jika pemerintah bertukar sekalipun, kita tidak mahu hanya bersalin kulit…boleh rujuk komen saya di #23 tentang Masyarakat Sivil..

    Saya tak tahu sama ada kita betul2 bersedia menjadi masyarakat Islam contoh atau sekadar menang sorak kampung tergadai..

  40. KaWaN says:

    [~i just picked it up from tranungkite.net... love to hear any comments here... syukran~]

    KLIK DI SINI

    Menjawab Persoalan Saiful Islam;

    1. QUOATE : Bersediakah PAS, PKR dan barisan pembangkang yang lain untuk dipersalahkan oleh orang ramai atas hilangnya keselesaan hidup mereka. ?
    MY VIEW – Membandingkan budaya politik Turki dan Malaysia agak tidak sepadan. Tentera Turki sangat berperanan dalam politik dan pemerintahan berbanding Malaysia. Justeru, mengandaikan kehancuran Malaysia akibat tindakan BERSIH dan seumpamanya agak tidak relevan. Politik di Malaysia lebih kepada pertembungan antara segelintir POLIS dan rakyat. Itu sahaja.
    Saiful mengatakan majoriti rakyat berfikiran “apa yang aku dapat” agak keterlaluan. Seolah-olah rakyat Malaysia dari bandar ke desa sangat MATERIALIS. Cuba kira kembali undi yang didapati dari keseluruhan undi rakyat Malaysia antara pembangkang dan kerajaan. Mungkin saudara akan dapat jawapannya. ATAU lihat saja dari sudut sejarah pembukaan KOTA MEKAH. Siapa sangka rupa-rupanya rakyat Mekah majoritinya silent supporter kepada NABI SAW. Bila sahaja NABI mendapat kekuasaan, berbondong-bondong mereka memeluk Islam. BACA aje surah an Nasr. Maka kita boleh andaikan juga sebenarnya majoriti rakyat suka kepada pembangkang tetapi tidak dapat menzahirkannya kerana pelbagai faktor yang meresahkan. Bayangkan jika pembangkang mendapat kekuasaan.

    Masalah yang dihadapi rakyat ialah faktor menganalisis berita. Berita dari satu pihak sahaja adalah sangat merbahayakan pemikiran rakyat. Rakyat harus disedarkan tentang fenomena ini. Justeru, satu tindakan yang boleh menimbulkan rasa prihatin untuk berfikir perlu dilakukan. Sekurang-kurangnya BERSIH telah mewujudkan fenomena pemikiran yang proaktif dan kreatif dikalangan rakyat. Membangunkan minda mereka untuk bercakap dan menilai.

    QUOTE : Sebelum BERSIH sempat menerangkan apa rasionalnya perhimpunan kedua mereka ini, cakap-cakap yang menyalahkan BERSIH sebagai punca segala masalah terus merebak.
    Benarkah persoalan ini ? Semua orang tahu sekitar KL akan sesak. Persoalannya kenapa ramai yang keluar ? Kemana mereka ? Kerja ? Memerhati ? Peserta ? Urusan Peribadi ? atau lain-lain ?

    QUOTE : Kadang-kadang saya terfikir, antara pengebom berani mati dengan pejuang berani hidup, manakah yang lebih utama? Lupakan kepada mereka yang berkepentingan peribadi atau takut dengan risiko. Pejuang berani hidup yang saya maksudkan di sini adalah mereka yang tidak berputus asa berjuang di dalam ruang-ruang yang masih berbaki, dan tidak mengambil jalan pintas dengan memanggil mati.

    Rasanya saudara sedikit tersilap dalam memikir atau terlupa maklumat. dalam perjuangan, ada yang perlu mati, menjadi umpan, mengatur strategi, perancang dan seumpamanya. Yang tidak berpututs ass berjuang dalam ruang-ruang yang berbaki masih ramai. Yang mengambil jalan pintas untuk mati juga ramai. Justeru, tidak timbul persoalan yang mana lebih utama. semuanya ada dalam perjuangan.

    QUOTE :

    Sebelum kita menganggap penangkapan, kecederaan dan seksaan itu sebagai sebahagian daripada Sunnah Orang Berjuang, apakah kita sudah memaksimumkan saluran lain yang ada? Memang media perdana menyampaikan maklumat secara satu hala dan senada sebahasa, tetapi bagaimana dengan saluran lain? Sudahkah medium internet digunakan sebaik-baiknya untuk memberikan penjelasan dan mengubah apa yang patut diubah dari segi pemikiran masyarakat?

    Untuk pengetahuan, kedua-dua method perjuangan ini sudah lama berjalan serentak. Sejak era reformasi lagi. Maka dgn usaha gigih sebeginilah rakyat semakin bijak menilai. Mendapat maklumat yang sepatutnya. Yang buta internet, mendapat idea dari yang celik. Yang pekak mendapat ilmu dari yang berkata. Yang bisu mendapat idea dari yang melihat. Maka, method sebegini sudah tentu memakan masa dan perlu pengubahsuaian yang relevan. Hakikatnya, ia sedang berjalan dan sedang menuju ke arah kesempurnaan.

    Kesimpulannya, mencari jalan yang terbaik itu berbeza persepsinya dari individu ke individu. Melihat kepada kemusnahan agama, akhlak dan pelbagai lagi sekarang amat menakutkan. Membuat keputusan bijak dalam perjuangan sekarang adalah amat amat dan teramat penting.

    Bagiku, dalam kemusnahan agama dan akhlak sekarang, tidak ada masa lagi untuk banyak bersangka baik jika BUKTI-BUKTI sudah jelas didepan mata. Bukan masanya untuk kita cuba merasional berdasarkan perasangka baik. Bagiku, AGAMA dan KEMASLAHATAN generasi sekarang adalah ukurannya.

  41. elbaritii says:

    “Ana meragui statement anta bila anta kata “di Malaysia keracunan pemikiran yang berlaku tidak seteruk Turkey”.”

    - Apakah pendirian anda terhadap kenyataan di atas. Sila huraikan dalam masa setengah jam? 50 markah. ( Hehee mcm soalan periksa ). Ustaz, gurau je. Kalau ada masa boleh huraikan. Statement ana berdasarkan kepada kerosakan agama yang dilakukan oleh Mustafa Kamal. Sebelum ini memang ustaz ada huraikan perbezaan muslimin di Turkey dan Malaysia.

    “Namun izinkan ana yang masih belajar dan lemah ini mencari jawapan itu secara berperingkat kerana jawapan segera lazimnya retorik semata.”

    Ana tunggu insya Allah. Kalau sehingga Ihsan dapat adikpun tak apa.

    “Maka, kalau tak kena gaya, cabaran PAS nak menegakkan negara Islam di Malaysia, lebih sulit daripada cabaran AKP di Turki.”

    Ana tidak pasti apakah PAS memaksimumkan pengkajian dan penyelidikannya dalam hal2 seperti ini termasuk menyelidiki secara serius kejayaan rakan2 di luar. Sejauh manakah PPP menglinkkan dirinya dengan pengkaji2 di institusi pengajian tinggi. Malang juga jika semuanya sibuk dengan jalanraya. Kalau Dr Z masuk dalam, siapa pulak nak ketuai kerja selidik. Bendahari pun selalu ukur jalanraya.

  42. 7potrt says:

    salam tuan amin ahmad

    Sebab itulah kena sedarkan 99% tadi. laman web ini juga satu langkah mencetus kan pemikiran rakyat kearah tamadun islam bukannya islam hadari. islam yang tulen yang mencakupi sains, politik, ekonomi,strategi dan pencaturan kehidupan manusia yang sempurna bukan setakat bab syariat nak mengukur dosa dan pahala sahaja atau hudud semata mata.tetapi kesempurnaan idividu menjadi insan sempurna.Bila individu sempurna baru keluarga sempurna,setelah keluarga, masyarakat, setelah masyarakat barulah negara. renungkanlah langkah dan kesempatan strategi yang diambil oleh nabi S.A.W dari perjanjian hudaibiyah.Dan renung juga lah langkah langkah yang diambil oleh pemimpin-pemimpin zaman khalifah islam sehingga kota ROM jatuh ketangan islam.

    Tapi sekarang kenapa zaman khalifah jatuh dan terhapus, penting diri sendiri, dambakan kuasa-kuasa dan laba dan juga takut jatuh dari puncak kuasa ingin kecapi semahu mahunya tampa pedulikan hak dan tangungjawab pada kesejahteraan rakyat, isu islam,ekonomi,kemajuan dan teknologi dijadikan kosmetik menutup keburukan.rakyat ditipu dan ditakutkan serta dihiburkan dengan hiburan,berita teknologi,huru hara negeri lain djadikan cerita seram tertanam pada rakyat.

    Usaha dakwah,salah satu cara mencambahkan pemikiran input pada individu 99%yang lena,tapi berapakah yang akan bercambah, sedangkan paksi hiburan menjadi agenda arus perdana,soal politik dijadikan tabu dalam berdakwah, yang boleh hanya bab fikh,bab beribadat dosa dan pahala dalam amalan dan juga peradapan sosial.bab politik islam dimandulkan.

    kesempurnaan individu adalah amat mustahil selagi tarikan mainstream hiburan dan gaya hidup dijadikan ubat penenang rohani individu dalam keaadan sekarang. untuk menyedarkan 99%rakyat adalah cabaran dan tangung jawab bagi individu yang bergelar uztaz atau protaz yang sedar dan bertangung jawab. Sebab tulah kita tengok orang tengok konsert lebih ramai dari orang dengar ceramah,atau disurau surau, masjid masjid atau kuil-kuil gereja gereja bagi bukan islam kita boleh jangkakan kuasa mengudi orang terpegaruh dengan mainstream gaya hidup lebih banyak dari orang yang mendambakan kesempurnaan rohani(ini takira orang yang gi surau atau masjid yg nak nunjuk atau gila nak rebut jadi jawatan kuasa masjid target elaun).

    jadi bolehkah uztaz atau protaz yang layari laman web ini menyahut cabaran menyedarkan 99%untuk pencambahan fikiran.Atau pun dah memang hukum Allah, bagi yang memepercayai kemunculan Imam mahadi yang sebenar (bukan arkam punya mahadi) untuk memimpin umat manusia kezaman kegemilangan khalifah.bagi yang tak percaya kita boleh bedoa untuk pentabiran yang gemilang,terbilang bukan temberang untuk masa hadapan.

  43. Ibnu Ali says:

    Assalamualaikum.

    Tak mahu komen banyak. Cuma artikel ustaz yang ini membuatkan saya kecewa. Banyak statement yang mengecewakan saya. Dan saya sangat tak sangka habis saya baca berulang kali sangat mengecewakan.

    Wallahua’lam.

  44. pentium 4 says:

    to anak ali…
    nape kecewa?
    kecewa sbb ustaz hasrizal melalui artikel ini kelihatan tidak menyokong tindakan bersih mengadakan perhimpunan kedua tempoh hari?
    tak perlu kecewa… setiap org berhak berpandangan… yang penting terbuka utk menerima pandangan org lain… sy yakin pimpinan atasan dah syura kan perkara ini… even dah syura… tak semestinya teguran dan buah fikiaran yang tidak sealiran dgn syura tak bleh dilontarkan… yg penting tidak melampau2 dlm berbahasa…

  45. zainulfaqar says:

    Assalamualaikum.

    “PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA…”

    Kita kena pilih, sama ada sama ada beriltizam mati dalam perjuangan, atau mati di atas katil (sebagai tukang cerita).

    Tolong doakan saya boleh mati sebagai pejuang agama Allah walaupun penggiat blogger dewasa ini.

    Terima kasih Ustaz…

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  46. Abu Nabil says:

    Kenapa perlu ada pembaca yang kecewa? Bukankah saifulislam.com cuba mengajak kita semua berfikir secara kritikal. Membawa kita ke satu dimensi yang membuka pemikiran..

    Seringkali kita suka bersikap kritikal pada orang lain, tapi kurang kritis ke atas gerakan sendiri.. ini yang membantutkan perkembangan gerakan, secara sedar atau tidak..

  47. Secara dasarnya, saya percaya kepada untuk mencapai tujuan perlu kepada cara. Dan saya percaya cara tidaklah hanya satu. Pelbagai cara boleh dilakukan dengan penuh kreativiti untuk mencapai tujuan. Cara-cara yang boleh digunapakai adalah subjek untuk dibincangkan dan dicanaikan.

    Cara-cara yang boleh digunapakai tu bolehlah kita maksudkan sebagai perkara teknikal. Ada masa trial n error, ada masa perlu kritik mengkritik. Saya berlapang dada dgn Abu Saif yang byk mencanaikan idea-idea untuk memperbaiki perkara teknikal. Buat masa ini saya masih belum membuat konklusi.

    Yang paling tak boleh pakai adalah kecewa.

  48. Abu Saif says:

    Terima kasih atas komen yang pelbagai. Setelah pelbagai ‘sokongan’ diberikan semasa saya mengkritik SS Mufti Perlis dan UMNO sebelum ini, kini tiba masanya untuk saya dibalas dengan ‘tahi’ oleh rakan seperjuangan yang tidak cermat membaca. Baru sehari artikel ini online, nampaknya berlaku beberapa perubahan kepada hidup saya.

    Tentang komen-komen di tranungkite, saya rasa komen di sana bolehlah diikuti di sana. Berikut adalah email yang saya terima daripada seorang muslimah yangmelabelkan saya sebagai pengecut dan cintakan dunia:

    salam ustaz , saya tak nafikan apa yang ustaz milikki ( dari segi pencapaian akademik ) tapi perlu saya nyatakan disini ustaz tergolong dalam golongan yang pengecut , cintakan dunia sebab

    1) perhimpunan BERSIH adalah rentetan daripada penindasan rejim BN ke atas pihak lawan hampir 50 tahun

    Jika ustaz tidak lupa ,

    a)bagaimana BN khasnya UMNO menghadiahkan pemuda tahan lasak sekitar tahun 60an kepada pihak PAS

    b) memusnahkan perjanjian setiakawan semasa kerajaan PERIKATAN

    c) isu Lubuk Merbau ( awal 70 an )

    d) menghadkan media , ceramah , akta OSA , akta ISA

    e) isu memali ( 80 an )

    f) DSAI , suqiu , maunah dll

    quote : Sudahkah digunakan semua peluang yang ada, sebelum kita meratapi peluang yang tiada?

    ( INI ADALAH SOALAN YANG SUDAH EXPIRED !!)

    2) Dalam konteks perhimpunan BERSIH yang dilabelkan haram oleh pihak UMNO ,walaupun kita awal-awal lagi menyatakan bahawa perhimpunan tersebut dibuat secara aman untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong yang mana hak kita sebagai warga negara Malaysia yang di akui oleh perlembagaan sepatutnya pihak polis memastikan kawalan keselamatan bukan sebaliknya
    .Perhimpunan tersebut tidak meminta tumpah darah , nyawa hanya sekadar sokongan dalam bentuk yang aman .Apakah ini tidak mampu kita lakukan ?

    Bagi mereka yang tidak berkepentingan peribadi tiada sebab untuk kita tidak menyokong langkah yang di ambil oleh BERSIH seperti yang terkandung dalam memorandum tersebut .

    quote : Dengan usaha yang minima dan menjimatkan, kita mendapat hasil yang maksima.

    ( TIADA JALAN MUDAH MENCARI REDHA ALLAH)

    quote : Saya menyanjung pejuang berani hidup, lebih dari sanjungan kepada pejuang berani mati.

    Himpunan BERSIH 1 atau 2 dan yang keseterusnya bukannya n’dak pergi mati tapi sebagai warga negara yang bertanggung jawab , itu adalah satu inisiatif untuk hidup bermaruah .

    Apa yang boleh saya komen tentang kecaman di atas?

    Tak ada apa-apa.

    Taubah [105] Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan

  49. shah03 says:

    La Haula Wala Quwwata Illa Billah! Hanya kepada Allah saya mohon petunjuk hidayah dan taufiq.

    Ustaz, gambatte kudasai ne.

  50. mahasiswa says:

    Alhamdulillah, mampu juga saya baca semua komen disini… sedikit sebanyak terbuka juga fikiran ini. setelah sehari suntuk menghadap buku kuliah…
    ehm pandangan saya, marilah kita saling berlapang dada, jgn berkata2 lewat emosi dan nafsu… Syabas kepada yg sudah menulis komen anda disini.. sekurang2nya anda semua prihatin dgn suasana dinegara kita… InsyaAllah, moga Allah bimbing kita semua… Satu doa yg tak pernah saya lupa setiap kali lepas solat: “Ya Allah bukakanlah hati semua rakyat Malaysia kepada keadilan dan kebenaran… Engkau pemilik segala hati, maka gerakkanlah hati semua rakyat negara ini utk dapat menerima yg hak dan menolak yg batil” Amin….. Ayuh saudara2 ku jgn tanya apa yg org lain sudah buat utk memperjuangkan keadilan dan kebenaran, tanya apa yg kita sudah lakukan dalam perjuangan ini..
    Oh ya Ustaz dan pembaca2 sekalian, doakan kepada Allah agar Allah buka hati Pak Lah utk membebaskan semua tahanan ISA.. Kezaliman yg jelas dihadapan kita, tapi malangnya kita lebih suka berbicara tentang perbedaan……

  51. Abu Uwais says:

    Assalamualaikum;

    Alhamdulillah, entry yang amat mengesankan. Tercambah fikiran. Dalam entry lain ada komen yang macam lost dari tajuk, tapi komen dalam entry ni cukup jelas dan objektif. Agak kecewa dengan pandangan golongan yang ‘berbau’ Ahli PAS@BA. saya juga orang PAS (undi tak pernah miss), tapi masih celik.

    Matlamat tidak menghalalkan cara. Penyampaian pelbagai itu penting bagi menunjukkan keluasan akal yang kita ada, tapi tindakan tanpa perancangan dan kurangnya pertimbangan terhadap kesan sesuatu penganjuran akan menyebabkan matlamat yang baik itu terhijab oleh kesan kerosakan yang jelas mempengaruhi matlamat yang ingin dicapai. Jangan sampai nisbah kebencian terhadap BA di pihak BN dan sebaliknya bertambah dan akhirnya menambah lagi jurang diantara dua titik pertemuan yang ada.

    Saya rasa pada mereka yang mengaku orang PAS tu cubalah perhatikan perkembangan arus perdana rakyat malaysia sekarang agar dapat dicari dimanakah letaknya titik pertemuan yang boleh KITA gunakan bagi memberi kesedaran (dakwah) dan mencari pendekatan menarik fikrah selain KITA kearah tujuan KITA yang murni tu….Negara Islam. Jangan kita melalak tepi jalan (syok sendiri) tapi kesannya naik semangat KITA-KITA je tapi tak sampai pada selain KITA. selagi kita sentiasa betul dan orang lain semua salah maka KITA dan mereka tak jauh beza….

    “Perjuangan bukan ‘sekadar’ berdemo sahaja”

    wasalam

  52. Pejuang Amanah says:

    Salam

    Ustaz,

    Artikel ustaz kali ni buat fikiran saya ligat berfikir tentang beberapa perkara :

    1. Bila berkhidmat dalam kerajaan, Surat Aku Janji wajib ditandatangani. Maknanya kena ikut segala undang-undang dan peraturan. Erti kata lain, tiada bantahan dalam kerajaan. Kalau membantah……tau lah apa anda dapat.

    2. Sebelum disahkan dalam jawatan kena pergi Kursus Biro Tatanegara. Pandangan saya, kursus ini ‘Kursus Membasuh Otak’. Ayat paling ‘power’ melekat kat kepala saya ni “Jangan undi Pembangkang! Terutamanya PAS! Kalau kita undi PAS dan pembangkang, apa yang berlaku pada pilihanraya 1999 akan berulang lagi. Negara kita akan susah dalam membuat keputusan sbb majoriti undi tidak sampai 2/3. Maka undilah BN!”

    3. Ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam menyebarkan berita-berita semasa oleh media-media, membuatkan saya hilang minat untuk mendengar berita perdana, membaca suratkhabar ‘gergasi’ malaysia, mengikuti ceramah atau kursus anjuran kerajaan. Ia akan menjadikan otak saya ‘lemah’ sbb akan pasti ada ‘mesej’ dalam berita tersebut….’Undilah Barisan Nasional”.

    Terlalu banyak ‘dendam yang membara’ tidak dapat dilunaskan sebab terikat dengan peraturan kerajaan. Walau bagaimanapun, akhirnya ‘dendam’ saya berkurangan sedikit demi sedikit apabila saya mendapat seorang suami yang sememangnya berjuang untuk sebuah kebebasan atas sebuah negara demokrasi berparlimen. Sekalipun saya tak mampu melunaskan amarah, pada suamilah saya letakkan pengharapan. Saya sekadar hanya mampu berdoa dan ‘berdiri’ di sisinya.

  53. Abu Saif says:

    Apa yang lebih membimbangkan saya ialah, apakah di dalam PAS, kita mempunyai keupayaan yang cukup untuk menerima pandangan yang berbeza? Apakah susut kePASan saya jika saya mempersoalkan frekuensi demonstrasi (bukan mempersoalkan demonstrasi)?

    Jika PAS mengambil sikap tidak akomodatif terhadap pandangan yang berlainan dan sentiasa defensif terhadap kritikan, mampukah dengan jiwa ini PAS menjadi pemerintah? Selama-lamanya mana kerajaan sekali pun tidak akan mempunyai rakyat yang satu fikrah, satu aliran, malah satu parti. Maka kepelbagaian pandangan di luar dan di dalam… adalah realiti yang berterusan. Tetapi jika satu pandangan saya yang berbeza telah mengundang kecewa anda kepada saya… saya khuatir dengan sikap seperti ini.

    Banyak lagi introspection yang akan saya ketengahkan Insya Allah, demi untuk kita mengkritik diri semasa belum menjadi pemimpin ini, kerana ia lebih mudah berbanding mengkritik selepas menjadi pemimpin dan pemerintah. Jika UMNO dibidas kerana begitu kebal dari kritikan, apakah kita mahu menyemai kelakuan yang sama di dalam saf gerakan Islam? Cakap lawan ditentang habis-habisan, cakap kawan pun mahu dibenam jauh ke dalam?

    Ayuh sahabat, membaca sirah Nabi SAW dikontras pandangannya oleh sahabat dalam strategi Perang Uhud, membaca sirah Umar RA dibidas wanita secara terbuka, bukan sekadar hiasan usrah dan ceramah. Tetapi ia harus menjadi akhlak yang dipegang… lapangkan dada, tenteramkan jiwa…

  54. pentium 4 says:

    Adoi… tak sangka begitu sekali kekecewaan sesetengah pembaca terhadap artikel ustaz kali ini… kalau sblm memegang kuasa pun dah defensif terhadap pandangan yg berlainan… nampak gayanya bila dah pegang kuasa lg la defensif… lalu kita juga akan mengulangi apa yg dilakukan pemerintah sekarang…

  55. Marzuki says:

    Biasalah tu, tak semua ahli PAS tu boleh menerima pandangan yang menyerang sebab kebanyakan mereka ni tak dapat tarbiyah terus daripada kepimpinan. Dapat tarbiyah kat program kuliah di surau-surau jer. Ini berdasarkan pengalaman saya tinggal di Wangsa Maju yang subur dengan kuliah di surau. Ramai yang datang, kalau bertakbir, orang kata boleh bergegar arasy. Dahsyat puak-puak ni. Tapi bila panggil buat kerja parti, macam-macam alasan yang diberi. Saya biasa buat program tarbiyah haraki dan usrah. Kehadiran memang mengecewakan, ramai yang tak datang. Kesimpulannya, ahli PAS yang berkualiti memang tak ramai. Suruh turun buat kerja, punyalah susah. Tak ramai yang istiqamah. Maka tak hairanlah, bila Ustaz Hasrizal memberi pandangan yang agak menyerang (tapi sebenarnya baik untuk perjuangan), ada yang melatah tak tentu pasal. Tahniah Ustaz kerana artikel ini memang membuka minda.

  56. mohd fatihee mohd sanasi says:

    susah nak membawa pembaca@rakyat untuk berlapang dada,menerima teguran.selagi merasakan kepentingan jemaah adalah lebih baik dari kepentingan Agama, maka sukar untuk menerima TEGURAN. pembaca-pembaca sekalian, insyaALLAH kemenangan milik ISLAM.tak perlu di persoal bilakah ianya, sebab pertolongan ALLAH adalah dekat.
    yang perlu sekarang,terapkan element “keterbukaan” untuk menerima pandangan. Khilaf adalah untuk rahmat untuk umat.teguran bukan untuk memperlekeh dan merendah, teguran untuk sama-sama membaiki diri. jika merasakan sudah “maksum”…maka susahla kita untuk bersatu.baik di kekalkan sahaja pemerintahan sekarang. …berfikirlah..bertindaklah…keterbukaan akan membuatkan kita gembira di dunia dan insyaALLAH kemenangan di akhirat(walau tidak menang di dunia)

  57. ibnu razi says:

    pandangan saya perhimpunan itu hanya didasari oleh sentimen politik murahan yang mandul dari segi prinsip. sekiranya tindakan itu dilakukan atas nama rakyat kenapa hanya berlegar di dalam bab politik sahaja. saya lebih melihat usaha-usaha ini hanya sekadar meneruskan sikap ketidakmatangan sesetengah pihak yang melabelkan diri mereka sebagai pejuang rakyat di dalam dunia politik. tidak ada prinsip yang jelas…..wallahuallam

  58. zainulfaqar says:

    Kalau nak tak tentang keterbukaan dalam PAS, better terjun dululah. Dalam PAS baru kita tahu betapa berharganya dakwah kita di sana.

    Duduk luar PAS, susah nak tahu tentang keterbukaan PAS. Sekadar bergiat dan memikir!

    http://zainulfaqar.wordpress.com

  59. Amin Ahmad says:

    Salam.

    Saya kira persoalan yg ustaz bawakan (rujuk #53) adalah persoalan yg penting. Saya telah kemukakan pertanyaan kepada diri sendiri sebelum ini (rujuk #39) pada statement terakhir “Saya tak tahu sama ada kita betul2 bersedia menjadi masyarakat Islam contoh atau sekadar menang sorak kampung tergadai..”

    Sdr Zainulfaqar, gesaan sdr terjun dalam PAS dulu tu bunyinya menarik..UMNO juga mendakwa mereka ada sistem ‘terbuka’ yang sendiri melalui majlis2 anjuran parti.

    Soalnya kita bicara persoalan ruang awam di mana idea dan pendekatan kita must be contested.

    Sdr Ibnu Razi, sy kira perkataan ‘politik murahan yang mandul dari segi prinsip’ itu sebagai keterlaluan.

    Untuk saya kita mengiktiraf hak rakyat untuk menyatakan pandangan dan demonstrasi/perhimpunan aman adalah sebahagian daripadanya.
    Cuma persoalan yang lebih besar dari itu, jangan kita lupa..bahawa yang ditagih tuan2 adalah kemenangan politik dalam erti kata menukar pemerintah. Bila cakap soal tukar pemerintah, pertimbangan2 politik adalah perlu.

    Dan ruang Saifulislam ini, saya harap kita faham bahawa ia ruang untuk bertukar idea dan pandangan. Ia adalah soal reformasi yang lebih luas dari soal pertukaran politik. Kata luas yang dimaksudkan di sini bukanlah sampai menafikan persoalan2 lain, harap maklum.

    Mungkin elok saya cadangkan, kepada teman2 yang bergelut dengan soal kelompok yang sejahtera dengan memajorkan kegiatan berfikir dan kelompok yang lebih sejahtera dengan kegiatan berhimpun, eloklah mendapatkan buku “Long Walk For Freedom” – Nelson Mandela.

    Saya bukanlah orang yang pandai sangat, tetapi saya harap kita semua sedar bahawa yang kita perbalahkan bukanlah soal nak menangkan siapa, tetapi soal nak merakyatkan idea pembaharuan dan perubahan yang moga-moga dapat menyantuni semua.

    Wallahu’alam

  60. mohd fatihee mohd sanasi says:

    Alhamdulillah,ana merasakan medan perbincangan maya ini adalah antara jalan terbaik untuk melihat keterbukaan. ana pasti laman saifulislam.com ini di lawati oleh semua lapisan dan pelbagai background. Ustaz boleh manafaatkan ruangan ini dengan memberi laluan kepada pengkritik,pemuji,pembincang,peluah perasaan dan SB (harap2 ada SB yang baik). mungkin ustaz ada cara terbaik untuk meneutralkan pembincangan jika berlaku “pemanasan global”.
    wahai pembaca dan pengkritik sekalian, laman web ini bukan sahaja di lawati oleh anda dan pihak anda sahaja, insyaALLAH ada pembaca yang mungkin dapat mengambil manafaat dari laman web ini. jadi,didalam berbicara maka isilah dengan hikmah.

  61. Amin Ahmad says:

    Salam

    Hujan lebat sekitar UPM. Saya masih kebasahan..justeru ‘pemanasan global’ tidak berlaku..

    Sdr Fatihee, dalam pengalaman saya – discourse ‘biar tegang jangan putus’..saya berharap ini boleh jadi peluang untuk kita belajar
    berdepan dengan kepelbagaian, experience the sense of rejection and experience the responsibility when we come out with idea(s).

    Di sini bukan medan kita nak cari siapa pemenang dan nak point fikiran orang itu ini sesat, tidak islamik atau bersifat anti..

    Idea yang baik, praktikal (mengikut keluasan kemampuan melaksana bagi individu yg berbeza) insyaAllah akan kekal sbg sisi pertimbangan
    dalam membuat keputusan. Idea yang kurang baik atau buruk barangkali mungkin hanya bersifat semasa, ia mungkin menjadi sangat
    relevan pada masa tertentu.

    Jadi, janganlah saya dan kita semua gopoh. Saya kira laman Saifulislam ni adalah milik Ustaz, kita semua wajar meletakkan hormat pada
    sikap ustaz di ruangnya sendiri walaupun ada di kalangan kita mungkin bimbang ia juga merebak menjadi sikap sebahagian yang lain. Sebab itu kuasa idea ini cukup penting.

    Kita masih bebas berpendapat di ruang ini pada batas akhlaq. Dan saya percaya ustaz tidak pernah menghalang orang lain untuk tidak
    bersetuju di sini. Kita sama ada bebas menulis di tempat lain, malah masih bebas menyatakan sikap di sini. Saya fikir ustaz juga tidak pernah
    menafikan kaliber pimpinan2 yang turun padang tempoh hari. Mereka adalah pimpinan yang telah teruji di padang..

    Saya masih kekal mahu menyarankan kita semua menjadikan teks pengalaman Mandela sebagai sebilangan bahan rujuk yang penting…

  62. Salam akhi,

    Tiba-tiba ana berasa bosan dengan persoalan2 kritis tentang kebaikan ummah dan Islam. Bukan kerana muak dgn perbincangan begini, tetapi kerana muak dan kasihan kepada mereka yang tercedera, terpekik, dan melenting kerana persoalan2 begini.

    Ana ambil keputusan bersabar (pause) untuk persoalan2 begini.

  63. Abu Saif says:

    Sama ada kita sedar atau tidak, artikel saya tentang bab lain, jarang dapat respond komen melebihi 50. tapi kalau bab politik, alhamdulillah, sampai beratus pun ada. tu saya dah masukkan plugin untuk collapse komen dan kalau nak baca komen penuh, klik dua kali pada perkataan READ IT di hujungnya.

    Dalam Perang Mu’tah, kubur pejuang yang bertanda cuma ada tiga. Tapi tidak bermakna tiga orang sahaja mujahidin dan syuhada dalam perang tu. Berpuluh lagi syahid… entah di mana kuburnya, mungkin bawah kedai ayam di bandar Mazar Selatan, Jordan. Manusia dah lupakan siapa the unsung hero ini, tapi Allah tidak pernah sia-siakan amal mereka selama hidupnya.

    Point saya, sikap kita memperlekehkan pandangan orang yang kita tak kenal, melabel mereka itu tak berjuang dan cakap dari luar, tak faham waqi’ dan sebagainya, adalah sikap rabun terhadap perjuangan. “Tak pernah dengar pun nama dia ni”… adakah kalau tak pernah dengar nama saya maka secara default saya ni UMNO, MCA atau MIC? Hatta kalau saya ini siapa sekali pun, mengapa soalan “siapa saya” yang nak dibincangkan? Bincangkanlah soalan yang saya kemukakan sebagai isi artikel yang asal.

    Maaf akh ro ya alip dhod, kalau nak dikira bosan, saya mungkin sudah bosan sejak 10, 15 tahun sudah lagi. Tetapi inilah perjuangan. Tugas kita bukan hanya memastikan peralatan bekerja dikemaskinikan, malah peralatan berfikir juga mesti diganyang. Pedang berkilau otak berkarat, senang-senang sahaja kena tipu dengan musuh nanti..

    Ayuh kuatkan semangat, teruskan diskusi.

    Kalau cakap lawan tak dipeduli, cakap kawan dibalas ‘tahi’, ucapkanlah selamat tinggal dari bercita-cita tinggi…

  64. Amin Ahmad says:

    Uiks, bunyinya lain macam ya Ustaz,

    Sebenarnya dalam cita-cita perjuangan, saya yakin semua mahukan kemenangan. Masing2 saya percaya punya idea dan kebijaksanaan melaksanakan cita-cita dari kaca mata sendiri. Dalam kerja beramai (berjemaah), kita kena faham bahawa ada garis2 yg memisahkan kita
    walaupun kita bercita sama. Big picturenya kena jelas..

    Dalam diskusi bersiri saya dengan teman2 aktivis di Indonesia dari pelbagai jaringan; nyata kesulitan pasca reformasi hanyalah kerana
    masing2 telah menyelesaikan perkara pokok di sana. Usai pertukaran pemerintah, mereka balik kepada paksi masing2 dan kerjasama
    semasa reformasi di Indonesia tinggal azimat yang membolehkan mereka terus duduk berbincang kerana pasca reformasi telah membawa
    mereka kepada soal tuntutan per-se masing2.

    Waktu saya melapangkan masa bertanya khabar teman yang memilih terjun dalam politik dia mengungkapkan kata keluhan “Orang2 dalam
    pembangkang ni kadang-kadang aku hairan, buat kerja macam dah menang!”. Tapi dalam keluhan, kerja mesti terus, idea mesti dijana..

    Yang terbaik untuk Malaysia dan umat seluruhnya, bukan untuk kita.

  65. Akhi, Ana masih bersemangat, cuma pause sebentar.

    Kepada yang kecewa saya hadiahkan metafora ini. “Next time i create the universe i’ll make sure you participate”

    Boleh ke nak mencipta alam?

  66. Murnimawar says:

    Ustaz, baca tulisan murnimawar akan datang dalam komentar TKO. Perbincangan terbuka

  67. Abu Saif says:

    Saya appreciate kalau Murnimawar boleh berbincang di sini dan bukannya di tranungkite sebab saya tidak berforum di sana, dan kemungkinan pembaca di sana tidak membaca artikel saya, sebaliknya hanya komen di atas komen.

    Ada beberapa point yang saudara/i kemukakan tentang saya & artikel saya iaitu:

    1. kata-kata saya yang BERALAS berpotensi melonggarkan golongan atas pagar.

    2. saya mungkin dikelirukan akibat paradigma asuhan saya sebagai motivator

    3. saya juga mungkin keliru kerana saya pengkaji Turki dan pengkaji sejarah

    4. saya dan netters dinasihatkan supaya menggunakan perkataan “segelintir ahli pas”, “segelintir orang pas” dan bukannya “pas”.

    Point keempat, Insya Allah saya menerimanya sebagai sesuatu yang wajar diberi perhatian kerana generalization is always bad.

    Point pertama, kedua dan ketiga, saya terbuka untuk berbincang mengenainya. Sulit juga, jika serba serbi tentang saya itu boleh mengelirukan saya.

    Anyway, Amin dan ro ya alip dhod, jangan susah hati. Saya biasa-biasa sahaja. Masih seperti biasa… walaupun hari ini bertubi-tubi kejutan semasa membaca sms dan email..

  68. 7potrt says:

    salam uztaz

    Sesunguhnya manusia itu unik,pro dan contra biasalah dalam pendapat,perdebatan,penerimaan,berfikir dan cara berfikir memang amat berbeza.

    hati,akal,nafsu,syaitan,ketuhanan semuanya ada pada manusia, buruk dan baik semua dari Allah, walaupun kejahatan dilakukan oleh manusia kalu diizinkan oleh Allah maka berlakulah kejahatan, begitulah sebaliknya. kada dan kadar ketentuan olehnya, kita dikurniakan akal digunakan untuk berfikir,baik atau tak baik,terima atau tak terima logic binary 0 dan 1 secara digital kalu diolah kepada masaalah kehidupan menjadi pelbagai bit sequen yang komplex, tetapi ia akan kembali pada dasar bit 0 dan 1 tadi(dosa dan pahala).sudah dinyatakan didalam hati manusia ada seketul daging,kalu baik ia baiklah segalanya, kalu buruk ia buruk segalanya. dan diterangkan syaitan itu adalah musuh yang nyata, bukanya diluar tapi didalam rongga manusia dan tipu dayanya amat halus.selagi manusia tidak berusaha menghindar syaitan didalam dan berusaha membersihkan hati selagi itu sifat haiwan menguasai diri sebab itu tak hairan kalu pak imam pun ditangkap khalwat. selagi diri dikuasai dan hati masih kabur kebaikan boleh diangap 0 kejahatan diangap 1. dikemudian nanti kita diteliti pada hati dan dan ditimbang pada amal.

    jadi disini keupayaan individu untuk memilih dipengaruhi hati dan syaitan yang tak nampak bukan kepada kepandaiannya/akal/otak jadi disini kita renungkan HATI dan AMAL. BAGI YANG CERAH HATI anda patut berlapang dada, patut memahami sikap manusia..

  69. Pejuang Amanah says:

    Teringin nak tahu apa perkembangan terhadap ‘saifulislamisme’ selepas keluaran artikel ini.

  70. Abu Saif says:

    Saya kira, wajar kita cuba menarik balik perbincangan kepada isi asal artikel ini. Soal boleh tegur tak boleh tegur, terbuka atau tidak, wajar atau tidak, boleh diketepikan seketika.

    Sebaliknya, kegusaran saya di dalam artikel di atas ialah tentang kesediaan barisan alternatif menangani kesan-kesan perhimpunan yang dikerapkan. Misalnya dalam MHI pagi ini, pengacaranya memberitahu bagaimana, ada pesakit dialisis yang terperangkap di dalam kesesakan jalan raya selama dua jam dan ia memudaratkan pesakit tersebut. Ia mungkin satu contoh persoalan yang wujud. Mungkin segelintir dengan rasa kurang peka lalu berkata, “alah, siapalah sangat seorang pesakit buah pinggang itu… ” tetapi dengan kuasa media, ia boleh membesar dan dimanipulasi.

    Soalnya mampukah barisan alternatif menjustifikasikan hal ini. Saya bertanya bukan dengan nada cynical dan mengandai-andai, tetapi mengharapkan ia dikaji secara serius oleh pemimpin-pemimpin yang memegang stering masyarakat.

  71. 7potrt says:

    salam uztaz

    sebagai orang islam kada dan kadar, ajal, maut ditangan tuhan, sebagai manusia kita pilih dan usaha.. sebagai usaha pihak hospital boleh mintak heley dari pihak yang berkenaan…sebab bagi pihak kerajaan memang dah jadi tangungjawab untuk merancang segala kemungkinan yang akan terjadi, lagi pun kl boleh jam any time,peak hour,banjir dan etc. kita merancang tuhan menentukan…

  72. pentium_4 says:

    komen 55… mmg tak semua ahli PAS join usrah… yg ramai setakat dgr ceramah… kira ok la tu berbanding yg daftar jer… tp yg daftar pun bleh kira sbg ok… ini la problem sebenar… tak join usrah… bak kata ustaz hasrizal dulu… org yg tak ponteng kelas… beri tumpuan dlm kelas… fikrahnya akn terbentuk dgn sendirinya terhadap subjek yg dipelajarinya… so sama la jugak dgn yg tak ikut usrah… semangat je lebih… bahaya… beza PAS dgn PKS (perbualan aktivis PKS yg dtg ke m’sia dgn sahabat sy) ialah ahli2 PKS sgt jaga & dekat dgn institusi usrah…

  73. pena_prima says:

    TULISAN USTAZ HASRIZAL MUDAH DAN RINGKAS. TAPI KOMEN DRP PEMINAT, ALAMAK BAHASA TINGGI2, BUNGA2. KADANG2 POINT PUN TAK BRAPA NAK NAMPAK.

    USTAZ, JANGAN FIKIR RESPON YG DITERIMA MEWAKILI PIMPINAN. TAK TAHULAH KALAU ADA PIMPINAN RESPON KERAS MELALUI EMEL ATAU SMS.

    PERINGATAN AJAK BERFIKIR INI PENTING JUGA, KALAU KITA LIHAT DRP SUDUT AWLAWIYYAT ANTARA PERHIMPUNAN DAN GERAK KERJA PILIHANRAYA.

    SAYA RASA, KALAU DAH KERAP BERHIMPUN LEPAS NIH, AHLI BAWAHAN AKAN LEBIH SUKA MENANTI DEMO DRP MENAIP, MEMFOTOSTAT, MENGEDAR RISALAH DAN MENCULA UNDI….

    KITA MAHU MENANG PILIHANRAYA, SO JANGAN LEBIH2 SANGAT BERSIH TU, SBB WALAU BURUK SEKALIPUN SPR, BA TETAP AKAN MASUK PILIHANRAYA.

    SO APA POINT BANTAHAN DIKERAPKAN??? ( alamak terbesar…malaih dah nak taip blk! )

  74. pena_prima says:

    Maksud saya, kenapa mesti kerap2 sehingga hilang fokus kepada gerak kerja pilihanraya. Bekerja untuk pilihanraya tidaklah semudah yang ramai pihak sangkakan.

    Dan jangan pelik, ramai juga pimpinan pertengahan PAS turun BERSIH, tetapi hati tidak pada BERSIH, kerana mereka lebih berminat memfokuskan gerak kerja pilhanraya termasuk MENGATASI sebarang penipuan yang dilakukan. Rakyat Malaysia belum sampai ke tahap mampu menumbangkan kerajaan dengan gelombang, seperti Indonesia.

  75. adib. says:

    mengenai pendapat daripada akhbar yang mengatakan perniagaan terjejas akibat BERSIH! itu tidak benar..cuba kita fikirkan secara logik dan rasionalnya…orang ramai berjalan agak jauh…kemudian perut perlu di isi…maka tempat rehat kedai makan restoran di cari…bagaimana boleh merugikan..ia menguntungkan semua pihak….senang saja cerita ustaz..tak pi tak tengok tak taw.bila kita pi dan tengok baru kita taw keadaan sebenar..

  76. Ibnu Ali says:

    to anak ali…
    nape kecewa?
    kecewa sbb ustaz hasrizal melalui artikel ini kelihatan tidak menyokong tindakan bersih mengadakan perhimpunan kedua tempoh hari?
    tak perlu kecewa… setiap org berhak berpandangan… yang penting terbuka utk menerima pandangan org lain… sy yakin pimpinan atasan dah syura kan perkara ini… even dah syura… tak semestinya teguran dan buah fikiaran yang tidak sealiran dgn syura tak bleh dilontarkan… yg penting tidak melampau2 dlm berbahasa…

    Hanya menyatakan kekecewaan saya terhadap tulisan ini. Adakah tidak boleh menyatakan kekecewaan saya? Adakah kamu berhak menahan untuk saya meluahkan kekecewaan saya? Adakah dengan saya kecewa lalu saya terus menidakkan pandangan orang lain? Bukan tak boleh terima, kerana ada pada tulisan tersebut bukan realiti yang berlaku dalam sebuah perjuangan sejak tertubuhnya PAS. Wallahua’lam

  77. Abu Saif says:

    Hanya menyatakan kekecewaan saya terhadap tulisan ini. Adakah tidak boleh menyatakan kekecewaan saya? Adakah kamu berhak menahan untuk saya meluahkan kekecewaan saya? Adakah dengan saya kecewa lalu saya terus menidakkan pandangan orang lain? Bukan tak boleh terima, kerana ada pada tulisan tersebut bukan realiti yang berlaku dalam sebuah perjuangan sejak tertubuhnya PAS. Wallahua’lam

    Ibn Ali,

    Terima kasih kerana masih responsif. Ana tiada sekatan apa-apa untuk mana-mana pembaca menyatakan persetujuan atau bantahan. Jika tulisan ana mengecewakan anta, ana menerimanya dengan terbuka. Namun, ia lebih membantu jika dapat dijelaskan di manakah kekecewaan itu timbul. Apabila anta sebut “kerana ada pada tulisan tersebut bukan realiti yang berlaku dalam sebuah perjuangan sejak tertubuhnya PAS”, maka ana mohon pencerahan, apakah “bukan realiti” yang dimaksudkan itu.

    Moga kita semua tidak bermimpi di siang hari, ketika dalam perjuangan ini… Realiti mengalahkan ilusi…

  78. pena_prima says:

    RASIONALKAH BERARAK KE PARLIMEN?

    Marilah kita cuba melihat rasionalnya perarakan ini. ( BUKAN PERHIMPUNAN ). Ia diadakan pada Hari Selasa, dua hari selepas Polis mengganas di Tambun dan Johor Bahru. Bermakna ia dilakukan selepas polis menunjuk amarahnya. Lebih tepat selepas BN-Umno meluluskan penangkapan pimpinan PAS, PKR dan BERSIH. ( Kenapa pimpinan DAP tidak terlibat sama ditahan pada hari Ahad tersebut? )

    Bagi saya, penangkapan Mohd Sabu berlaku untuk memenuhi beberapa motif. Antaranya, melakukan provokasi terhadap ahli2 PAS. Jika mereka benar2 mahu melumpuhkan beliau, ISA adalah terbaik. Tetapi dibimbangi boleh menaikkan lagi gelombang BERSIH.

    Penangkapan dan pendakwaan dilakukan dengan harapan ada yang melatah.

    Begitu juga usaha untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Rashid. Apakah hanya dia seorang sahaja yang mampu dan sanggup memelihara Umno-BN? Jawapannya tidak. Apakah Rashid tidak boleh membantu dalam sebarang penyelewengan? Jawapannya boleh, walupun tanpa jawatan, kerana sememangnya kerja2 jahat akan dilakukan secara tersembunyi, bukan di dalam mesyuarat rasmi SPR.

    Jadi, apakah bantahan dengan menghantar memo ke Parlimen ini boleh kita katakan respon yang dimahukan oleh kerajaan?

    Saya boleh bersetuju dengan, ya. Sama ada pelan anggota polis berjaya atau tidak adalah isu lain.

    Kita perlu tahu, BERSIH 10NOV07 memerlukan kerja berbulan2 untuk mengumpulkan rakyat. Perarakan pada hari Selasa sekadar dua tiga hari pengumuman dilakukan. Tak ramai rakyat yang turun. Impak positif kecil. Negatif?

    1. Mencari peluang menangkap pemimpin PAS PKR dan DAP.
    2. Menakutkan ahli2 bawahan dengan penangkapan pimpinan
    3. Menimbulkan provokasi sehingga berlaku keganasan dan akhirnya BERSIH boleh disamakan dengan Hindraf.

    Adalah kurang rasional dan kurang strategis jika perhimpunan terus diadakan selepas kita melihat keganasan dalam perhimpunan hindraf.

    Semua ini akan digunakan oleh kerajaan dalam kempen pilihanraya nanti. Mungkin kita bangga dengan keberanian pimpinan, semangat jihad ahli, sanggup berkorban, perlaksanaan teori biar mati syahid drp hidup mengundi BN, tetapi propaganda BN adalah:

    Jika anda mengundi BA, maka anda meletakkan negara dalam huru-hara. Jelas mereka ganas seperti Hindraf. Apakah anda mahu Malaysia dipimpin oleh penggans? Apakah anda fikir orang kampung akan menolak teori propaganda kerajaan nanti? Saya percaya mereka akan menerimanya.

    Oleh itu, rasionalkah perhimpunan kecil2 selepas kita telah berjaya pada 10 Nov dan selepas nama “perhimpunan” itu diburukkan oleh keganasan ciptaan pada perhimpunan Hindraf?

  79. asparagus says:

    Ibnu Ali, ust abu saif buat master sejarah. kalu ada fakta sejarah pas yg ibnu ali tau yg ust abu saif tak tahu, bagitau le ust. boleh ust guna dlm pembelajaran diri.

    Saya, sbb masih student… saya rasa saya yg lbh bnyk tak tahu. dunia student lain, dunia ust lain.

    Apa-apa pun,harap weekened ni takde demo2 kecik2 lagi sbab semuanya mcm pena_prima cakap, menghilangkan sokong org kpd 10 november dulu

  80. Amin Ahmad says:

    Saya kira kita boleh berlapang dada..

    1) Tidak ada kenyataan bahawa demonstrasi itu tidak perlu.
    2) Tidak ada kenyataan bahawa pemikiran itu tidak perlu

    Yang jadi persoalan ialah

    1) Impaknya kepada rakyat atau kata lain mencapai objektif yang lebih luas atau tidak

    Dalam pengurusan manusia, ia memang sangat sukar dibendung..sama ada impak positif atau negatif..

    Untuk saya – tak perlu buang masa TERLALU byk utk saling menafikan..
    Perlu ada mekanisme ‘pemantauan’ atau ‘monitoring’ untuk tindakan2 yang diambil..
    Mungkin lebih awal dari itu ialah ‘Anticipation’ yang boleh dirangka melalui need assesment..

  81. Kak Ija says:

    Akak rasa artikel ni memedihkan hati mereka yang telah cuba sedaya upaya demi Islam. Itulah yang akak rasa pada pilihanraya 1999, tipah tertipu. Akak kira kebangkitan Islam rupanya terpengaruh dengan isu semata2. Baiklah, ada penyelewengan di dalam pilihanraya tetapi akak rasa selagi rakyat memilih kemewahan dan hiburan secara logiknya masih banyak perkara perlu dilakukan.

    Lihat saja banjir pengunjung di Jom Heboh. Benarlah kata ustaz realiti itu pahit. Apa2 jemaah pun proses tarbiyah tu amat penting kalau tidak pendirian kita mudah goyah apatah lagi kalau hidup kita pun disaluti kemewahan, semangat juang akan turun.

    Untuk ruang siber ni yang dikerumuni generasi muda mungkin memerlukan ikon yang muda untuk buat blog yg menggunakan bahasa org muda tapi diari/blog dia tu menyelitkan aktiviti2 PAS yang dihadiri. Orang muda tak suka perkara formal, semuanya kena disampaikan secara santai. Suami akak kata ramai ustaz dah buat blog, tetapi akak rasa mestilah format yg agak formal dan penuh bahasa tarbawi.

    Nak membina keyakinan rakyat untuk PAS memerintah, yang itu mungkin kena buat blueprint kot. Yang ni nak cari sokongan golongan atas pagar dan yang tidak beragama Islam. Mereka ini memang tidak ada istilah perjuangan kecuali perjuangan keselesaan peribadi. Blueprint tu kenalah praktikal dan berpijak di bumi nyata.

    Ceramah ni sebenarnya target market nya agak terhad, zaman reformasi dulu mungkin ramai sebab ada isu. Tetapi kenangan yang kekal adalah dapat makan pelbagai kebab.

    Dikhuatiri ramai rakyat yang mengambil sikap, biarlah pemimpin rasuah asalkan aku tak hidup susah.

  82. Vecuronium says:

    Assalamualaikum
    .. If that is your comment, why not you be the one that strive to live.. abu saif.. surely you could do more than writing in your website as your brother-in-law is a strong man of Keadilan, if Iam not mistaken

    So much of your uplifting text in this website, I recommend you to start giving them your ideas. Let not it be too late. WaAllahu Alam

  83. Abu Saif says:

    Assalamualaikum
    .. If that is your comment, why not you be the one that strive to live.. abu saif.. surely you could do more than writing in your website as your brother-in-law is a strong man of Keadilan, if Iam not mistaken

    Waalaikum al-Salaam my dear friend.

    Me and Raja Ahmad Aminullah

    If the above picture is what you meant, then I am very proud to have Raja Ahmad Aminullah as my ‘biras’ (my sister in law’s husband) as like you said, he is a strong man of Keadilan.

    As for me, its difficult to live with an idea that something that we don’t see does not exist. Alhamdulillah, no single day in my life that I don’t think, write, read, learn, strive, preach, coach, and to certain extend suffer, for my commitment to Islam, justice and truth. This blog is a place for me to engage my idea with my crowd, but let put it this way, I always have series of brainstorming session with ‘my team’.

    Taubah [105] Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan

  84. Azwan says:

    Sekadar nak bagi pandangan. Saya amat bersetuju dengan tajuk ini kerana gerakan Islam di Malaysia pada hakikatnya melahirkan ramai pejuang berani hidup dan amat sedikit pejuang berani mati. Jadi, yang nak membangkang tak tentu pasal, baik lihat diri kita tu siapa?? Sungguh kah ANDA berani MATI?? Kalau berani MATI, jom kita ke Palestin untuk sama-sama dengan pemuda Palestin menyatakan kesediaan kita bersyahadah bersama mereka..Berapa tahun lagi agaknya?? Palestin…tunggukan kedatangan ku…

  85. Abu Saif says:

    Harap baca dengan lebih teliti kerana apa yang saya tulis adalah completely the other way round dengan komen saudara

  86. pena_prima says:

    Azwan, demo BERSIH baru ni bolehlah dianggap latihan kepada berani mati. Kalau hati masih ragu2 dengan air dan cota, maka jangan cuba lagi peluru dan meriam.

    Kalau kita ke Palestine apakah Hamas menerima kita agaknya? Yang pasti mereka lebih memerlukan wang ringgit dan doa drp kita.

    Saya teringin nak mati di Malaysia dalam perjuangan, malah mesti.

  87. Ibnu Ali says:

    Soalnya sudahkah kita manfaatkan semua peluang aman, sebelum memilih jalan konfrontasi?

    Inilah terjahan keras yang dilakukan. Realiti apa yang hendak digambarkan dari persoalan ini? Adakah PAS tidak menggunakan peluang aman selama ianya ditubuhkan? Sejak ceramahnya lebih ramai penceramah dari pendengar, sejak tazkirahnya lebih ramai tiang dari jamaah, sejak masjid berbicara tentang fiqh ibadat tidak beralih ke fiqh2 yang lain.

    Kita lihat kepada ruang yang kecil, mana2 kawasan PAS. Tinjauan yang dilakukan, ada kawasan yang tenaganya hanya terdiri dari pekerja-pekerja kilang, peruncit, adalah seorang dua orang ustaz. Dilihat mereka menggunakan masa semaksimum mungkin. Semasa kerja, balik kerja. Dan kadang-kadang tak balik rumah, balik lewat perkara biasa. Kerja-kerja luar (dakwah), analisa kawasan dan sebagainya.

    Jika melihat dari pimpinan pula, peluang aman mana agaknya tidak dipenuhi? Semasa memerintah Kelantan Terengganu? Kalau dilihat sejak dahulu, sehingga bertukarnya kepada era kepimpinan ulama hingga kini. Peluang aman mana yang tak digunakan?

    Saya tak pastilah, mungkin ustaz berkondisikan dari luar. Jika ustaz duduk dari dalam (PAS). Maybe ustaz lebih sibuk dari masa ustaz sekarang. Dan mungkin ustaz akan terasa sepertimana saya terasa dengan kata-kata ustaz.

    Wallhua’lam

  88. mujahidinreformasi says:

    Salam,

    Ya benar Abu Saif,ana menyokong sebahagian pendapat enta terutamanya berkenaan implikasi buruk perhimpunan jalanan yang dilaksanakan Bersih yang berkemungkinan menggugat keamanan negara dan menghancurkan mood rakyat yang cintakan kedamaian dan ketenteraman.

    Seolah2 pihak pembangkang terbawa2 dengan isu menghentam k’jaan semata2 tanpa ada satu injuksi/suntikan ke arah mencari solusi/penyelesaian kepada permasalahan negara.Seharusnya,kita bersifat lebih matang dengan berfikir mencari jalan tebaru dalam membuka untaian tali yang dah tersimpul rapi ini.Jangan ditambah lagi keserabutan simpulan itu.

    Namun,jika kita gah berbicara pun tidak berharga di sini kerana gerak kerja itu yang lebih kita mahukan untuk memberi impak terhadap perjuangan ini.

    Wassalam

  89. Amin Ahmad says:

    Salam

    Saya percaya setiap dari kita mempunyai sumbangan tersendiri dalam usaha mematangkan proses hidup bernegara.

    Saya percaya sikap tasamuh sangat penting dalam menangani realiti kepelbagaian dan keruncingan masalah yang ada.

    Jangan kita tuntut demokrasi hanya kerana ia melibatkan masalah kita tetapi saat kita dituntut melaksanakan demokrasi,
    kita juga tidak jelas bagaimana. Amalan harus jadi buah kesedaran dan tidak bersifat sloganan.

  90. diZZYana says:

    ustaz,

    for me, each and every entry, never failed to deserve a cup of coffee. They were comprehensive, precise, focus and concluded well. they deserve the quality which beyond the readers espectation… May Allah lead your way ever!!…

  91. ah..liPAS says:

    salam..memang para PENDOKONG PAS bekerja keras dan mencuba segala ruang AMAN yang mereka boleh..saya tahu sebab saya anak mereka..bukan setakat usrah dan ceramah sahaja..bukan setakat forum dan edar risalah..kerja2 amal membantu mangsa banjir, berdakwah di kawasan bukan islam seperti buat aktiviti dan pemeriksaan kesihatan percuma untuk membuka mata masyarakat walaupun berimpak kecil..cuma ia tidak diketahui oleh mereka yang tidak menyertai sehingga ke peringkat PENDOKONG.
    namun, jangan disempitkan minda..teguran adalah bagus untuk membaiki.
    teruskan usaha!

  92. ali says:

    kepada mahasiswa : sebagai follow-up (monitoring) perhimpunan BERSIH di universiti, cuba create web komuniti di kampus masing2 . upload video komen tentang demonstrasi BERSIH daripada pemimpin BA dalam web komuniti itu. boleh ambil daripada tvpas dan lain-lain . refer jawapan kepada tohmahan kepada BERSIH contohnya dalam ladang.net dan harakahdaily.net. sebarkan URL web komuniti tu dalam yahoo messenger (YM). kitorang dah cuba. alhamdulillah ramai orang posting memberi respons. student mula menerima rasional dan justifikasi BERSIH. cuma pandai-pandailah jangan sampai kantoi identiti. dikhuatiri ada spy HEPP

    - bagus teguran ustaz hasrizal -

  93. ms07 says:

    slm.Pd sy memang tindakan pembangkang menganjurkan demonstrasi bersejarah BERSIH pd 10 Nov adalah satu tindakan y bijak.Impak minimum bg mereka yg hidup bagai “katak bwh tempurung” adalah keluar dari tempurung itu sendiri..itu lbh baik dr terus mati bawah tempurung!!Tapi ada benarnya persoalan us utk kita bw muhasabah..sudahkah kita memanfaatkan segala peluang ITQAN yg ada di dpn mata?Tepuk dada tanya iman.Teguran buat kita mengenal kebenaran!syukran ya us..

  94. Saifudin_Ibrahim says:

    Mungkin terlalu kerdil ana nak memberi komen bals terhadap tulisan saifulislam, tetapi ana merasa sedikit tidak kena pandangannya yang ditulis didalam webnya. Ana sejak dulu lagi tidak bersetuju dengan mana-mana pihak (yang sudah faham dengan konsep berjemaah) mempertikaikan segala tindak tanduk yang dibuat oleh pimpinan di”langit terbuka”. Ana musykil adakah Ust haszrizal sudah menggunakan segala peluang yang ada untuk menegur pihak pimpinan. Setakat yang ana tahu, Ust Hasrizal mempunyai ramai kontek dikalngan pimpinan PAS. Samada beliau telah memberi pandangan atau tidak, ana harap dia sudah beri, tetapi dengan meluahkan di’langit yang terbuka’, ana masih musykil dengan tindakannya.

    “Apa yang menjadi persoalannya ialah, jika sudah tahu polis bertindak demikian, mengapa masih
    memilih jalan konfrontasi jalanan?”

    Ana bukan hendak jawab, tetapi ana suka melontarkan kembali persoalan yang pernah ditimbulkan oleh golongan2 yang tidak mempercayai jalan demokrasi dalah jalan yang terbaik untuk menegakkan Islam di Malaysia. “Jika kita sudah tahu kerajaan & SPR akan menggunakan segala tipu daya dalam pilihan raya, mengapa PAS masih memilih jalan pilihan raya untuk tujuan tersebut”.

    Antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi SAW untuk mencapai apa yang paling diperlukan oleh dakwah, iaitu masyarakat yang tenteram dan aman dari peperangan

    Apa yang ingin dipertegaskan, PAS sejak ditubuhkan Hizbul Muslimin belum lagi memilih untuk mengangkat senjata atau dengan cara keganasan. Ia masih lagi bertindak dalam ruang yang bagi ana, cukup ‘aman’. Pernah tahun 1986, apabila persitiwa Memali meletus, PAS masih lagi membuka ruang pintu ‘aman’ dengan pihak kerajaan. Satu tuduhan liar, jika dengan mengatakan mengadakan demosntrasi adalah satu timdakan keganasan & tidak aman. Walhal, umum mengetahu demonstrasi aman, perlembagaan sendiri mengatasinya. Komen Dr Aziz Bari dalam Harakah terbaru, cukup baik untuk diteliti & difahami. Walaupun dengan cara penangkapan yang ganas terhadap beberapa pimpinan PAS (dilihat sebagai ) beberapa minggu lepas, pimpinan PAS belum lagi cepat meatah, malah masih menggunakan ruang aman untuk mendapatkan haknya. Dan yang terbaru PAS akan menggunakan saman kepada pihak polis sebagai balasannya. Mungkin maksud Ust Hasrizal ialah persepsi masyarakat umum terhadap kejadian ini, tetapi kita perlu melihat, psoitif setara manapun kita, UMNO akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan tindakan PAS itu menjadi negatif. Isu Allah samseng yang dimanipulasi oleh UMNO menjadikan ucapan Tok Guru itu sebagai kesalahan. Walhal sebenarnya tidak.

    Soalnya sudahkah kita manfaatkan semua peluang aman, sebelum memilih jalan konfrontasi?

    Ust. Hasrizal sepatutnya memberi pendetailan cara mana lagi yang patut dibuat oleh PAS. dengan ceramah? Di kelantan, Polis pada awal bulan ini telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengeluarkan permit untuk dibuat ceramah. Dengan media, kita hanya boleh memanipulasi siaran media internet sahaja. Kesan untuk ini cukup minima. Lihat di Turki, penguasaan media melalui internet, TIDAK DAPAT DIKUASAI OLEH PASTI AKP, malah media interneyt dikuasai pihak pro sekular. Tetapi memandangkan rakyat turki masih lagi berada ditahap kurang celik didalam IT ia masih beloum dapat pengaruh AKP di Turki.

    Melalui media massa lain, untuk mengharapkan Harakah, Siasah menandingi akhbar mainstream, boleh diiabartkan langit dengan bumi.

    Jalan apakah yang lagi yang boleh dirintis oleh pihak pembangkang. Mungkin ada beberapa jalan lagi, tetapi jalan yang baru mesti berkeupayaan untuk menghadapi PRU 12 yang dijangka akan menjadi medan pertempuran ter’buruk’ dalam sejarah politik.

    Atau jalan yang bakal dirintis mungkin dapat dilihat hasilnya untuk tempoh jangka masa panjang. Tetapi untuk jangka masa terdekat, bagaimana ya….. sama2 kita fikirkan untuk kebaikan bersama.

    Pejuang berani hidup yang saya maksudkan di sini adalah mereka yang tidak berputus asa berjuang di dalam ruang-ruang yang masih berbaki, dan tidak mengambil jalan pintas dengan memanggil mati.

    Pejuang berani hiudp yang dimaksudkan, ana yakin PAS yang layak menerima gelaran ini. Walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada para pimpinan, tetapi PAS masih lagi yakin masih ada kejyaan yang boleh dikecapi dalam medan pilihan raya ini.

    Saya yakin, soal kepincangan dalam pemerintahan yang ada sudah menjadi public secret tetapi

    kewibawaan penggantinyalah yang masih menjadi tajuk utama.”

    Persoalan sebegini turut dilemparkan ketika pilihan raya umum ke 9, sebelum PAS dapat memerintah kelantan. tetapi sebenarnya PAS mampu memerintah tanpa banyak masalah besar, walaunpun cabaran begitu banyak.

    Yang menjadi masalah ialah kemampuan untuk menonjolkan seorang pemimpin yang layak menerajui negara. Dan pencarian ini diselesaikan dengan menonjolkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai PM jika B.A memerintah. I-A.

    Sekian dulu.

    Jumpa di lain kali
    29 Dis 2007

  95. aye says:

    Apa salahnya jikalau hasil ‘kematian’ seorang pejuang berani mati itu, akan ‘melahirkan’ 10 pejuang berani hidup lain.. kan berbaloi.. :-)
    p/s..Kalau diri sediri tak ‘rela’ meng’ijtima’kan dalam jamaah islam, tak payahlah beri komentar over2 sangat ye!! ataupun yang kata nak perjuangkan islam, tp tak rela pun infakkan sedikit nikmat yg Allah kurniakan utk kemenangan Islam, so tak payahlah nak mendabibik dada, “aku pejuang”…

    So, ringgan2kanlah tangan menyumbang tenaga dan kewangan utk PRU12 ni ye.. :-D :-D

  96. nazmi says:

    salam..jadi apakah pengebom berani mati itu dikira syahid, adakah mengebom pusat2 maksiat itu termasuk dalam cabang perjuangan dan startegi untuk Menang?

Leave a Reply