Jangan Jadi Keldai

On 23/03/2007, in Akademik, by Abu Saif | 5,791 views | Print Print | Email Email |
buku002.JPG

Semester ini saya telah membeli buku-buku berikut:


UNDERSTANDING ISLAM AND THE WEST

  1. Ideas: A History of Thought and Invention, from Fire to Freud, by Peter Watson (RM79.90)
  2. The Clash of Civilization and the Remaking of World Order by Samuel P. Huntington (RM64.32)
  3. The Idea of History (Revised Edition) by R.G. Collingwood (RM79.90)
  4. Orientalism by Edward Said (RM64.12)
  5. Covering Islam: How the Media and the Experts Determine How We See the Rest of the World by Edward Said (RM56.31)
  6. Contending Visions of the Middle East: The History and Politics of Orientalism by Zachary Lockman (RM87.59)
  7. Islam and Orientalism by Maryam Jameelah (RM34.90)
  8. What Went Wrong? The Clash Between Islam and Modernity in the Middle East by Bernard Lewis (RM52.06)
  9. Is There An Islamic Problem? Essays on Islamicate Societies, the US and Israel by M. Shahid Alam (19.00)
  10. No God But God by Reza Aslan (RM45.50)
  11. Orientalism by Ziauddin Sardar (RM126.00)
  12. Haqiqah
    al-Istishraq wa Mauqifuhu min al-Islam mundzu Dhuhurihi ila Nihayah
    al-Alfiyyah al-Tsaniyah li Muhammad Bahauddin Husein Ahmad (RM26.30)
  13. A Concise History of Modern Ireland by Richard Killen (EURO24.99)

HISTORY OF THE HISTORY

  1. Historiografi Islam Dari Klasik Hingga Modern oleh Dr.Yusri Abdul Ghani Abdullah (RM26.80)
  2. Filsafat Sejarah Dalam Islam oleh Drs. Misri A. Muchsin (RM19.90)
  3. Nahw Mafhum Islami li ‘Ilm al-Tarikh li Ahmad Ilyas Husein (RM18.80)
  4. Fifty Key Thinkers on History by Marnie Hughes-Warrington (RM101.90)
  5. Ibn Khaldun and Muslim Historiography Edited by Ahmed Ibrahim Abu Shouk (RM26.30)
  6. Madkhal ila al-Tarikh wa al-Hadharah al-Islamiyyah li Imad al-Deen Khalil (RM26.30)

SELF HELP

  1. The 6 Most Important Decisions You’ll Ever Make by Sean Covey (RM61.50)
  2. The Difference Maker by John C. Maxwell (RM24.90)
  3. Fikah Luar Negara oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat (RM19.00)
  4. Mencari Hakikat Agama: Panduan Rasional bagi Manusia Moden, oleh Muhammad Husaini Behesyti (RM19.90)
  5. Menyingkap Tabir Ilahi: Asma al Husna Dalam Perspektif al-Quran, oleh M. Quraish Shihab (RM59.80)

HISTORY OF ISLAM

  1. Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Othmaniyyah oleh Dr. Eeman Mohamed Abbas (RM100)
  2. The Routledge Atlas of the Arab-Israel Conflict by Martin Gilbert (RM97.08)
  3. Modernist Islam 1840 – 1940: A Sourcebook, Edited by Charles Kurzman (89.90)
  4. Tarikh Harakah al-Islah wa al-Irshad li Ahmad Ibrahim Abu Shouk (RM22.50)

DAKWAH

  1. Menuju Jamaatul Muslimin: Telaah Sistem Jamaah Dalam Gerakan Islam, oleh Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir (RM39.80)
  2. Da’wah and the Malaysian Islamic Movements by Dr. Badlihisham Mohd Nasir (RM10)
  3. Lima Tokoh Gerakan Islam Malaysia, PAS Gombak (RM5.00)

Ada beberapa buah lagi buku yang tidak sempat saya semak, namun jumlahnya hanya sekitar lima atau enam buah. Manakala berikut pula adalah senarai buku yang dihadiahkan kepada saya pada semester ini. Terima kasih kepada semua:

  1. Al-Andalus Menangis: Antologi Puisi Grup Karyawan Luar Negara, Penyelenggara Irwan Abu Bakar dan Fahd Razy (Dihadiahkan semasa Majlis Pelancaran Buku di Ireland, Disember 2006)
  2. The Concept of Education by Syed Muhammad Naquib al-Attas (Dihadiahkan oleh Kak Hajar yang sering mengunjungi saifulislam.com, namun belum berkesempatan untuk bertemu bagi mengucapkan terima kasih)
  3. Islam and Secularism by Syed Muhammad Naquib al-Attas (Dihadiahkan oleh Kak Hajar yang sering mengunjungi saifulislam.com,
    namun belum berkesempatan untuk bertemu bagi mengucapkan terima kasih)
  4. Mukhtasar Raheeq al-Makhtum oleh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury (Dihadiahkan oleh Encik Shaharuddin Shawal dari Surau al-Naim, Wangsa Maju)
  5. Hukuman Dalam Undang-undang Islam: Satu Kajian Perbandingan, oleh Mohamed S. El-Awa (Dihadiahkan sebagai cenderahati selepas menyampaikan ceramah Maulid al-Rasul di DBP)
  6. Mengurus Stres: Pendekatan yang Praktikal, oleh Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (Dihadiahkan sebagai cenderahati selepas menyampaikan ceramah Maulid al-Rasul di DBP)
  7. Travelog Relawan: Misi Kemanusiaan ke Asia Tenggara dan Asia Selatan oleh Azam Abdul Rahman, Azwiralbukhairi Ab Aziz, Jufitri Joha dll (Dihadiahkan sebagai cenderahati semasa menyampaikan ceramah GPTD di Anjung Rahmat

Saya hitung-hitung, saya telah habiskan lebih RM1500 untuk buku, dan jika dicampur dengan majalah dan bahan bacaan yang lain, sekurang-kurangnya RM500 lagi telah dihabiskan, hanya dalam tempoh di antara Disember 2006 – Mac 2007.

Apakah dengan buku ini, ilmu saya sudah bertambah baik berbanding sebelumnya? Apakah dengan ilmu yang bertambah, saya sudah bertambah amal? Apakah dengan semua itu juga saya semakin banyak memberi? Allahumma … janganlah aku ini menjadi keldai yang memikul buku tanpa makna…

Perbandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Jumu’ah : 5)

Nampaknya saya perlu bekerja dengan lebih keras lagi kerana untuk semester depan, jumlah buku semakin banyak yang perlu dibeli dan yuran juga perlu dibayar sendiri sepenuhnya. Alhamdulillah anak-anak telah ditakafulkan, bimbang pula saya terhadap keupayaan diri untuk menggenggam kewajipan nafkah di tangan kanan, dan kewajipan ilmu di tangan kiri… Moga dipermudahkan Allah…

powered by performancing firefox

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Jangan Jadi Lilin “Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi...
  2. Layan Jangan, Lawan Pun Jangan “Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa...
  3. Kenapa Anda Berdakwah? – Siri 3 (Saya Nak Jadi Wakil!) Ketika Parti Refah di Turki mencapai kemuncak kegemilangannya pada pertengahan...
  4. Jangan Gopoh Dalam Bicara Al-Marhum al-Sheikh Said Hawwa Mengapa sepi? Bukan tidak ada isu...
  5. Jangan Bakar Buku! “Boleh saya tengok buku tu?” pinta Yusuf. “Silakan,” saya mengajukan...

 

28 Responses to “Jangan Jadi Keldai”

  1. Lancaster says:

    In the Name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful

    Read! In the Name of your Lord Who has created (all that exists). …

    Kita senasib ustaz. Dekat sini kalau saya kira 5 buku pertama yang saya beli tahun ini dah seribu lebih (RM)…ish ..ish..ish Teringin nak baca buku arab tetapi dah lupa…dulu belajar cuma untuk dapat “distinction” aje. mmm Teringin juga nak pinjam beberapa buku dari koleksi di atas…

    Bravo.

  2. Lancaster says:

    tetapi Alhamdullilah dapat cari kedai yang boleh bagi diskaun sampai 70 peratus…

  3. Jenny says:

    Seronok tengok koleksi buku-buku Ustaz kat shelves tu, semuanya hardcover :D

    Entry ni a good reminder utk kami students (saya terutamanya) yang kadang-kadang ‘terlebih sibuk’ untuk curi sedikit masa untuk membaca buku selain buku teks sekolah – terlampau sibuk, lebih sibuk dari ustaz yang sudah bekerja, sudah berumahtangga dan ada anak tiga!

    Aduhaiii hidup~

  4. acin says:

    Alhamdulillah.moga kesibukkan ini sekurangnya kita telah mengisi ruang waktu dengan perkara yang sewajarnya kerna kelak akan dipersoalkan sedetik masa yang berlalu.

  5. ibnu roslan says:

    mantap! ustaz terlalu kaya. harta ustaz bertimbun bahkan yang bangganya harta uztaz tu tak akan dirompak oleh perompak secara kebiasaanya….

  6. cikgumi says:

    saya pun suka beli buku..saya suka baca buku di book garden dekat dewan kuliah..beli bila berkenan tapi anehnya bila buku tu sudah saya miliki, jarang ada kesempatan untuk baca balik buku-buku tu. saya bersyukur sebab dengan jumlah biasiswa yang terhad ni masih boleh beli buku selain subjek major saya. alhamdulillah.

  7. Kak Ija says:

    Assalamualaikum,

    Jauh sgt ustaz dari kategori keldai tuh, jazakallah khairan kathira kerana berkongsi ilmu dengan pengalaman. Akak terkilan juga sebab tak sempat baca artikel “Bagaimana diingati selepas mati” under kategori teladan hidup. Itu habit no 2 kan, kena bersabar tunggu ustaz habis berjuang untuk semester ini.

    Akak sekarang tengah membaca balik buku 7 Habits tu dalam Bahasa Melayu dan Principled-centred Leadership. Rasa2nya ESQ Way pun dah get his way in Malaysia, by Pak Ary Ginanjar.

    Akak 200% setuju ustaz bukukan artikel2 nih. Kena lawan buku “I am a muslim” by Dina apa ntah(tak ingat). Muslim yang tak boleh dijadikan teladan pula yang menghasilkan buku kategori “as I passing by”. Mereka juga berkesempatan mengfilemkan “puppy love” mereka yang tidak tahu dimanakah letaknya unsur2 tarbiyah bagi generasi kini.

    Semoga kita diberi kekuatan untuk mempamerkan keindahan Islam dari segala aspek. Ameen

  8. saifulislam says:

    Waalaikum al-Salaam Kak Ija,

    Jangan bimbang, baru sat tadi saya dah upload artikel Bagaimana Dikenang Selepas Mati bertarikh 25 Oktober 2006 :) Next exam 29 Mac. So ada masa lebih untuk ‘menyimpang’

  9. elbaritii says:

    Rak enta makin senget. Baik tukar dengan besi punya.

  10. Kak Ija says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih yang tidak terhingga. Itulah masa artikel ada tak mau baca, terima kasih sekali lagi.

  11. elbaritii says:

    Dah ada buku ” Ancaman Bahaya Sekularisme” oleh Zulkifli Ismail?
    Ana ada satu lagi, kalau enta belum ada lah. RM25. :)

  12. salam ustaz,
    no God but God by Reza Aslan. Is it any good? I think ive heard his speech during the launch of his book (can’t remember which one now).

  13. sai says:

    salam.
    itulah, kalau sudah suka membaca. belumpun semester berakhir, dah kering poket kerna dah habis uang dibelanjakan untuk buku2. kebanyakannya tiada kaitan dengan pelajaran kejuruteraan yang ditekuni. sigh~

    apepun, macam ustaz cakaplah, jgn jd keldai. buku bertimbun, tapi ilmu dalam dada hanya seciput.

  14. ex-sis says:

    ustaz tgk comment ana kat dalam artikel ustaz “agar jalan itu tak dialpakan”

  15. khairnaj says:

    Andai kata dapat peluang membaca sebilangan buku-buku di atas tak mungkin dilepaskan. Tak rugi rasanya berhabis duit untuk buku…

  16. malimputih says:

    Assalamaulaikum,

    Nak tanya kat mana boleh dapat buku yg ditulis oleh Dr Yusof Abbas tu?Berapa harganya?

  17. pembaca says:

    ustaz, saya tersenyum bile bace yg ustaz pon ade jugak beli buku ‘Fikah Luar Negara’ by Maszlee Malik and Hamidah Mat.. Jadi ape pandangan ustaz berkenaan buku tu? Sbb bagi sy yang cetek ilmu ni, banyak sgt benda baru dlm buku tu and it somehow confused me..

  18. abu sarah al feraki says:

    okey la beli buku. kita tak tau orang lain belanja duit dia kemana contohnya kalau kaki kereta sehari boleh habis 2500 untuk sport rim. sport rim boleh bagi hidup lebih bermakna ke?

  19. bangku says:

    teringin mendapatkan buku2 karangan Prof Abu Shouk….

  20. bangku says:

    saya rasa buku2 asas psikologi, pedagogi, sosiologi dan antropologi juga penting utk membekalkan kita dgn pelbagai alat2 canggih utk buat analisis terhadap karangan2 “applied” yg ustaz senaraikan di atas.

  21. saifulislam says:

    kena satu-satu, bangku :)

    Lagi pun, pendekatan disiplin dan metodologi Sejarah berbeza dengan sosiologi dan antropologi. Ia berkait rapat, namun ada perbezaan yang ketara terutamanya dalam menentukan metod kualitatif atau kuantitatif untuk mencanai material yang dirujuk.

    Untuk dibawa ke masyarakat, tak dinafikan kena manfaatkan kombinasi semua bidang ni. Tapi untuk exam saya, kena jawab ikut metodologi Sejarah, bukan sains sosial yang lain :)

  22. wewr says:

    Wah…
    Banyaknya kitab ustaz…
    Ok ustaz, iklan kargo dah keluar…kalau ust nak tambah koleksi lagi, boleh ana kirimkan sekali ke Malaysia. Pickup spot nanti ana bagitahu balik, dan ana rasa tak lah susah dan tak jauh drpd ust kot.

    Emelkan ana senarai kitab ust nak, dan nanti ana detailkan apa-apa yang perlu lagi.

    p/s: (kalau penuh satu kotak pun takpe, kotak ada banyak. Oh ya, satu kotak 20usd)

    Terliur nak beli Tahrirur Tanwir oleh Syeikh Tahir Ibn Asyur…Tapi harganya buat ana fikir banyak kali…80-90jd!

  23. saifulislam says:

    Tak mampu dah… siang tadi baru je beli buku THE MODERN MIDDLE EAST, edited by Albert Hourani, Philip Khoury & Mary C. Wilson, London: L.B. Tauris, 2004.

    Lebur RM110.90… isk isk… mudah-mudahan dapat membantu exam Modern History of the Arab World Jumaat ni. Doakan…

  24. shahrizan abdul wahab says:

    satu hari nanti, ana ingin bertemu ustaz..-shahrizan abdul wahab

  25. irshadian says:

    ustaz penah ckap pasal org yang jual buku..tapi kalau kita beli buku just pakai satu sem ja buat apa baik jual kat junior

  26. saifulislam says:

    kena periksa dulu irshadian, buku apa yang dimaksudkan. kalau buku yang dibeli tu ialah buku physiology medic yang hanya valid utk setahun dua, maka silalah jual buku tu kepada juniors sebaik sahaja exam selesai. isteri saya sekarang ni sedang buat clinical masters, buka balik buku anatomy dll yang dipelajari masa 2nd year medic dulu, tapi buku version 1997 dah tak boleh pakai sekarang. maka end of semester, kalau nak jual silakan… even better. sebab kalau perlu in future sekali pun, kena dapatkan version terkini.

    tapi kalau buku yang dibeli utk subjek semester itu ialah buku agama, yang ditulis tahun 400H dan masih dipakai pada tahun 1428H, maka tidak wajar buku ini dibeli kalau dengan niat sekadar nak lepaskan exam. dan kalau dah beli, simpanlah kerana insya Allah lepas grad nanti pun, buku2 gini masih akan dirujuk dari semasa ke semasa.

    dan apa yang maksudkan dengan sikap negatif jual balik buku yang telah dibeli itu, ialah buku kategori kedua…

  27. wewr says:

    Lebih negatif untuk kategori kedua kalau, fotostat buku2 tu, pada helaian yang masuk periksa saja, dan lepas exam, semua buku yang difotostat dengan duit itu masuk tong sampah. Ini realiti sebahagian masyarakat di sini.

    Untuk kategori pertama, mungkin susah kot nak fotostat buku2 medic ni…copyright kan?

    Dr Muhammad Al-Haj ada cerita, zaman mereka buat Master n PhD dulu, musyrif (penyelia) bukan akan nilai pada kerja mereka, tapi akan datang ziarah rumah. Kenapa? Kerana kalau seorang pelajar postgraduate tidak mempunyai khutub khanah sendiri, tidak layak untuk buat tesis!

  28. wewr says:

    THE MODERN MIDDLE EAST, edited by Albert Hourani, Philip Khoury & Mary C. Wilson, London: L.B. Tauris, 2004.
    Saya ada buku ni…hehe…sebab guna untuk belajar subjek Hadharah Arabiyah Islamiyah…Seronok…

Leave a Reply