Benazir Bhutto: Hanya Kematian Menjadi Noktah Dirinya

On 31/12/2007, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 5,989 views | Print Print | Email Email |

daughteroftheeast.jpg

Pagi itu cuaca amat dingin di kota Dublin.

Saya menutup heater dan membuka pintu bilik untuk meredakan radang mata yang sedang menyerang. Tiupan angin musim sejuk di Dublin banyak memberi kelegaan kepada mata saya yang sakit semenjak beberapa hari yang lalu.

“Breaking news! Benazir Bhutto diserang. Kemungkinan beliau terbunuh!”, BBC24 yang saya biarkan terpasang di laptop menyentak lamunan.

Astaghfirullah… suatu berita yang sungguh menggemparkan, biar pun saya tidak terkejut dengannya.

Selang beberapa ketika, BBC menyiarkan berita untuk mengesahkan kematian Benazir Bhutto… insan yang seterusnya menemui ajal di bawah sumpahan Dinasti Bhutto. Selepas hukuman mati ke atas Zulfiqar Ali Bhutto, Perdana Menteri pertama Pakistan yang dipilih melalui proses pilihanraya, seorang demi seorang keluarganya mati. Antaranya ialah Murtaza Bhutto, Shanawaz Bhutto dan kini Benazir menyusul jalan yang sama.

Sama seperti keluarga Kennedy di Amerika Syarikat, keluarga Nehru – Gandhi di India, dan keluarga Menderes di Turki.

DI SEBALIK IDEOLOGI

Ketepikan seketika perhatian kita tentang ideologi Benazir dan pertimbangannya menurut garis panduan yang ingin kita guna. Soal kecenderungannya kepada Barat dan keterbukaannya untuk meminta bantuan sesiapa sahaja demi menekan gerakan ganas atas nama Islam di Pakistan, terbuka kepada analisa masing-masing.

Namun, saya tidak dapat nafikan, kekaguman saya kepada keberanian, kesungguhan dan dedikasi Benazir dalam melaksanakan prinsip yang dipegangnya untuk memperbaiki Pakistan, sebuah negara yang saya kira dibelenggu kemunafikan yang berlapis-lapis. Hingga sulit hendak diputuskan siapa yang mahu mempercayai siapa…

Tetapi Benazir bukan orang sebarangan…

Saya mencapai buku Daughter of the East di rak sebuah kedai buku di Dublin dan selembar demi selembar lembaran catatan otobiografi beliau saya hayati. Buku itu telah diterbitkan pada tahun 1988 tetapi kemudiannya dihasilkan semula dengan catatan Benzir Bhutto sebelum beliau mengambil keputusan untuk pulang semula ke Pakistan bagi menghadapi pilihanraya yang dijadualkan pada Januari 2008.

“I didn’t choose this life; it chose me… Born in Pakistan, my life mirrors its turbulence, its tragedies and its triumphs… Pakistan is no ordinary country. And mine has been no ordinary life. My father and two brothers were killed. My mother, husband and I were all imprisoned. I have spent long years on exile. Despite the difficulties and sorrows, however, I feel blessed. I feel blessed that I could break the bastions of tradition by becoming Islam’s first elected woman Prime Minister. The election was the tipping point in the debate raging in the Muslim World on the role of women in Islam. It proved that a Muslim woman could be elected Prime Minister, could govern a country and could be accepted as a leader by both men and women. I am grateful to the people of Pakistan for honouring me…”

Mungkin soal seorang wanita menjadi Perdana Menteri dan pemimpin umat, adalah sesuatu yang kontroversi dan boleh menjadikan kita tenggelam dalam pertikaman lidah yang tidak berkesudahan. Namun sepanjang saya mengikuti perkembangan Benazir, dan pada setiap bait kisah hidup yang dirakamkannya di dalam otobiografi itu, Benazir tidak memanjat tangga kepimpinan dengan memperalatkan status kewanitaannya, atau menggunakan alasan dirinya sebagai wanita supaya tidak dikasari… tetapi beliau mendaki tangga kehidupannya dengan penuh usaha dan ikhtiar serta kepayahan, lantas jangan ada wanita mahu pun lelaki bercita-cita untuk memimpin negara jika tidak berusaha sekurang-kurangnya seperti seorang insan bernama Benazir Bhutto.

“I have three lovely children, Bilawal, Bakhtwar and Aseefa. They gave me much joy and pride. When I was expecting my first child, Bilawal, in 1988, the then military dictator dismissed the Parliament and call for general elections. He and his top army men believed a pregnant woman could not campaign. They were wrong. I could and I did. I went on to win the election held shortly after Bilawal’s birth on September 21, 1988…

While my second pregnancy was still a secret, my army generals decided to take me to the Siachen Glaciers, the highest point in Pakistan… Pakistan and India had nearly gone to war over Siachen in 1987… I was worried that the lack of oxygen on those glacier peaks could adversely affect my unborn child. My doctor assured me that I could go… It was a great morale-booster for our troop to see their Prime Minister with them on the Siachen Glacier Heights…

Once the political opposition learned I was pregnant, all hell broke loose. They called on the President and the military to overthrow me. They argued that Pakistan’s government rules did not provide for a pregnant Prime Minister going on maternity leave. Thay said that during delivery, I would be incapacitated and therefore the government machinery would irretrievably break down for the period of time…

I didn’t want to encourage any stereotypes that pregnancy interferes with performance. So despite my condition, I worked just as hard, and probably a lot harder, than any male Prime Minister would have. In the end, I chaired a meeting of my Cabinet in the capital and then left for Karachi. I woke up early in the morning and with a friend left for the hospital in her car…”

Dan kisah susah payah Benazir menyusun kehidupannya berterusan. Beliau tidak menjadikan keperempuanannya sebagai penghalang untuk terus bekerja keras ke arah memperbaiki negara mengikut strategi dan kefahamannya.

Keluar masuk penjara adalah terlalu biasa baginya. Bagi ibunya, dan seluruh keluarga mereka semenjak di usia remaja.

Malah kerana hidupnya yang dibesarkan dengan semangat perjuangan, Benazir pernah membayangkan dirinya tidak akan berkahwin. Bukan kerana tiada keinginan, tetapi kerana kehidupannya yang bukan kehidupan biasa. Namun beliau akhirnya bertemu jodoh dengan Asif Zardani pada 1987, perkahwinan yang terus berdiri di hadapan gelombang badai hingga ke nafas akhirnya pada 27 Disember 2007.

MENYEDIAKAN SEBUAH KELUARGA PEJUANG

Sekali lagi saya tegaskan, kekaguman saya kepada peribadi bernama Benazir Bhutto adalah suatu pendirian yang berasingan daripada pandangan saya terhadap idea beliau di dalam pemerintahan. Namun contoh-contoh besar yang Benazir tinggalkan di dalam sejarah hidupnya adalah nilai universal yang mesti diteladani oleh setiap insan yang bercita-cita besar.

Keluarga adalah aset penting kepada sebuah perjuangan. Sama ada keluarga berfungsi sebagai sumber inspirasi utama dan kekuatan dalam perjuangan, atau keluarga juga boleh menjadi titik kelemahan utama yang mengikat kaki dari langkah keperwiraan. Saya mempelajari hakikat ini pada titik-titik hitam kehidupan saya selama ini.

“Adalah SANGAT penting, untuk setiap kita memahamkan keluarga masing-masing tentang perjuangan yang dipilih dan seterusnya meraih sokongan mereka, serta kesediaan untuk susah bersama”, itu nasihat yang sering saya kongsi bersama rakan-rakan, selain refleksi penting kepada kesediaan diri sendiri.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

SUNNATULLAH

Saya tertarik dengan komen seorang doktor pakar di sebuah hospital di Ireland yang dikongsi bersama rakan saya yang bertugas di situ. Katanya sebagai mengulas kematian Benazir, “Thank God, 1 munafiq has gone, another 499 to go!”

Saya hanya mampu tersenyum kelat kerana salah seorang dari 499 itu mungkin dirinya sendiri.

Oleh kerana itu saya hadkan artikel ini hanya kepada meneladani usaha keras dan dedikasi Benazir Bhutto serta kesungguhannya bekerja. Apakah sirah hidup Benazir Bhutto menepati Islam? Saya hadkan jawapan YA kepada SUNNATULLAH. Man jadda wajada… siapa yang berusaha, dia yang akan dapat hasilnya.

Saya mengagumi kesungguhan beliau kerana saya benci dengan pemimpin-pemimpin Malaysia yang lembik, tidak berkata dengan jelas, pemikiran yang tidak dapat difahami (bukan kerana ketinggian, tetapi kerana kerendahannya) dan rakus pula terhadap nafsu wang, wanita dan wayang!

Gerakan Islam pula sulit hendak menang jika tidak dapat menandingi keberanian dan kesungguhan Benazir dalam perjuangannya. Apatah lagi dengan kekucar kaciran saf, biar pun atas nama jihad dan negara Islam.

PERGI TAK KEMBALI

Sulit untuk membayangkan seorang insan bernama Benazir Bhutto mengejar kemenangan semata-mata untuk kepentingan peribadi kerana harganya adalah nyawa dan kematian. Benazir pulang ke Pakistan dengan pelukan selamat tinggal kepada suami dan anak-anaknya, kerana perginya mungkin takkan kembali…

27 Disember 2007, Benazir Bhutto pergi…

Dan Pakistan tenggelam dalam kebinasaan tanpa noktah yang pasti

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Dublin, Republic of Ireland

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Kelahiran di Sebalik Kematian BELFAST: Cara Kerja Allah sungguh misteri, tetapi harmoni! “Kami mahu...
  2. Abdullah bin Saba’ Hanya Khayalan? Ramai pihak kebelakangan ini cuba menimbulkan rasa curiga terhadap Abdullah...
  3. Sukarnya Menjadi Genius Apabila artikel yang ditulis merayap di internet, macam-macam boleh berlaku....
  4. Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada...
  5. Hanya Itu Yang Kupinta Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu Tiada nikmat...

 

23 Responses to “Benazir Bhutto: Hanya Kematian Menjadi Noktah Dirinya”

  1. ayahanas says:

    Salam sekali lagi..
    Cepatnya menulis. Hmmm.. pasal Bhutto pula. Mungkin ana salah seorang saksi hidup yang pernah berada dibawah pemerintahan Benazir selama dua kali. Cukup sekadar itu. Benar juga ungkapan

    Namun, saya tidak dapat nafikan, kekaguman saya kepada keberanian, kesungguhan dan dedikasi Benazir dalam melaksanakan prinsip yang dipegangnya untuk memperbaiki Pakistan, sebuah negara yang saya kira dibelenggu kemunafikan yang berlapis-lapis. Hingga sulit hendak diputuskan siapa yang mahu mempercayai siapa…

    Pernah ana dengar dari sendir dari mulut Allahyarham Us Azhari salah seorang tokoh ulama terkenal diutara tanahair mengatakan “kalau anta nak faham maksud hadis pasal 72 golongan yang terkeluar dari sunnah anta boleh lihat di sini” dari qadiani, brelvi, syiah yang pelbagai dll.
    Pembunuhnanya menyalahi adat perkauman masyarakat di sana apatah lagi suatu yang bacul dilakukan terhadap wanita dan ditembak dari belakang. Ana bersetuju dengan artikel ini yang menggambarkan semangat perjuangan seorang wanita tanpa melihat medan perjuangan yang dipilih. Bayangkan jika kekentalan seumpama ini berada pada kalangan muslimat yang berada dalam gerakan Islam. Tidak bersetuju jika ada pula yang nak menjadikan beliau sebagai idola perjuangan wanita Islam.
    Susah hendak diungkapkan dengan sepatah dua kata apabila dicampur adukkan peristiwa pembunuhan beliau yang agak tragis dengan “jasa”nya terhadap lembaran baru sejarah umat Islam apabila terpaksa menukarkan istilah kamus mujahidin kepada terrorist. Allah knows the best.

  2. abuaslam says:

    Keadaan yang melanda Pakistan menjadi ‘fitnah’ buat Islam dengan kejadian pengebom berani mati@bunuh diri makin menjadi2.. sesama Islam.. begitu juga di Iraq..

    Jika di Palestin tu ada ulama yg mgharuskan sbb kekejaman Israel..

    Harap pakar sejarah seperti Abu Saif dapat menghuraikan isu ini dan jalan penyelesaiannya..

  3. Abu Saif says:

    Terima kasih kepada Abu Anas dan Abu Aslam yang memberikan komen segera. Saya sebenarnya menulis dalam kekaburan kerana masih merah mata akibat conjunctivitis. Maaf jika ada kesalahan ejaan yang teruk dalam artikel ni… dah dekat 10 kali saya edit.

    Saya tertarik dengan komen seorang consultant (doktor) di sebuah hospital di ireland yang dikongsi bersama rakan saya yang bertugas di situ. Katanya sebagai mengulas kematian Benazir, “Thank God, 1 munafiq has gone, another 499 to go!”

    Saya hanya mampu tersenyum kelat kerana salah seorang dari 499 itu mungkin dirinya sendiri.

    Sebab itu saya hadkan artikel ini hanya kepada meneladani effort Benazir Bhutto, kesungguhannya bekerja, dan seimbang antara berani hidup dan berani mati… Apakah ia menepati Islam? Saya hadkan jawapan YA kepada SUNNATULLAH. Man jadda wajada… siapa yang berusaha, dia yang akan dapat hasilnya.

    Saya mengagumi kesungguhan beliau kerana saya benci dengan pemimpin-pemimpin Malaysia yang lembik, tidak berkata dengan jelas, dan rakus pula terhadap nafsu wang, wanita dan wayang!

    Gerakan islam sulit hendak menang jika tidak dapat menandingi effort Benazir dalam perjuangannya. Apatah lagi dengan kekukar kaciran saf, biar pun atas nama jihad dan negara Islam.

  4. athirah says:

    “Saya mengagumi kesungguhan beliau kerana saya benci dengan pemimpin-pemimpin Malaysia yang lembik, tidak berkata dengan jelas, pemikrian yang tidak dapat difahami (bukan kerana ketinggian, tetapi kerana kerendahannya) dan rakus pula terhadap nafsu wang, wanita dan wayang!”

    -perjuangan islam tiada pernah dihampar dengan permaidani merah..semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam era moden ini..welcome aboard 2008!!

  5. aye says:

    Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan… “(Syed Qutb)
    Gajah(kerajaan) dengan badak(PPP) bergaduh, si kancil (jemaah islam) yang kat tengah terhimpit… just anggapan..

  6. umi azrini says:

    salma ustaz,
    saya teruja membaca catatan tentang butho…
    berada di pakistan ini memberi gambara sebenar rakyat pakistan dan kesan politik ke atas rakyat negara mereka. negara yang 30 tahun merdeka lebih awal dari malaysia, tapi kini cara pemikiran rakyatnya/keadaan negaranya, rasanya 30 tahun ke belakang berbanding malaysia…
    kematian butho, menjadikan huru-hara di pakistan nampak real. kami harus berkurung di dalam ruamh selama dua hari dan tidak mampu ke mana2 hingga keadaan reda.. mungkin selepas pilihan raya nanti… tak tahulah…
    berminat jika ustaz boleh ulas lebih lanjut tentang “Thank God, 1 munafiq has gone, another 499 to go!”

    munafikkah pemimpin negara ini, uztaz? (boleh delete, jika soalan sya salah)

    sya yg dangkal ilmu sejarah/politik berminat untuk tahu apa yg sebenarnya mereka ni? benderanya tercatat republik of islam… tapi dah dekat dgn msyarakatnya, sya rasa aneh… mungkin mazhab/fahaman berbeza.. tapi entahlah… cara bertudung mereka juga berbeza dari org arab/org kita… maksud sya cara berhijab… tak tahulah nak susun macam mana persoalan sya ni…

    cuba cari buku pasal pakistan ni, tapi kedai buku pun susah kat sini. di islamabad pula, banyak havoc-nya. wikipedia pun, limited infonya…

  7. kembaradk says:

    ramai yang mencari pemimpin yg sejati dan membenci pemimpin yang ada. Untuk lebih baik layari http://www.harunyahya.com semoga kita sama2 memahami

  8. Abu Saif says:

    Apa kaitannya harunyahya.com dengan topik ini ya? I wonder….

  9. shiha says:

    Salam…

    Dah lama mencari cerita pasal Benazir ni, Abu Saif jugak yang tolong spoonfeed sikit :P . Terharu membaca pengorbanan Benazir sewaktu mengandung. Ingatkan pengalaman mengandung sendiri dah cukup mencabar, tapi sudah semestinya ada ramai lagi yang lebih mencabar jalan hidupnya.

    Pengalaman mengandung sewaktu houseman amat menggetirkan. Mungkin kerana dalam keadaan ‘terpaksa’. Syukur alhamdulillah semuanya selamat. Namun hanya Allah taala yang tahu betapa berharganya pengalaman itu. Anak kedua dan ketigapun, tak kurang mencabarnya, namun lain perasaan sewaktu itu. Walaupun mencabar tapi saya gembira.

    The point is, kalau kita buat sesuatu itu kerana kita sendiri yang mahu dan minat, insyaAllah apa saja dugaan yang melanda, kita sanggup hadapi dengan hati rela dan redha. Biarpun seteruk mana keadaan itu di mata orang lain, tapi diri yang menghadapinya terasa tenang dan gembira kerana cinta dan minat yang mendalam. Wallahuaklam dan wasalam.

  10. Azrul Hasni says:

    Mampukah kita terus berjuang dlm keadaan kita tahu kita takkan mungkin menang? [ http://azrulhasni.blogspot.com/2007/12/blog-post.html ]

  11. [...] mengaku yang saya tidak mengetahui banyak tentang Benazir. Akan tetapi cacatan yang saya baca di saifulislam dot com memberi sebuah tamparan hebat buat diriku. Tamparan yang menyedarkan dari lamunan panjang. Lamunan [...]

  12. kembaradk says:

    Benazir Bhutto adalah salah seorang pemimpin yg sya kagumi. Peminpin akan datang dan pergi yang ada perlu meneruskannya. Sebenarnya kalau dibuka harunyahya.com versi indonesia memang ada kaitannya. semuanya terjawab disitu. Pencarian yang selama ini memang dicari cuma kita perlu selidiki. walaupun sya bukan org terpelajar mcm abu saif tapi kita perlu sentiasa bermuhasabah diri…

  13. Abu Saif says:

    Saya mengharapkan agar kembaradk boleh specifickan, bahagian manakah dari tulisan harun yahya yang mahu dikaitkan dengan benazir bhutto. adakah berkenaan tulisan beliau tentang freemason, atau tentang the perished nation atau yang macam mana. seseorang yang paling terpelajar sekali pun tiada upaya untuk membaca fikiran orang lain dan berteka-teki. tanpa maksud yang jelas, kalam kita akan menjadi lagha (misfunction)

  14. kembaradk says:

    Saya minta maaf kerana telah mengelirukan ustaz. Bacalah artikel tentang kedatangan Al-Mahdi untuk menegakkan kembali islam ke jalan yg benar, sy belum nampak secara jelas peminpin yg ada skrg samada dlm negara atau luar negara yg benar2 membuat hati sy tertarik. Paling penting apa tindakan kita untuk kembalikan akhlak mulia yang telah banyak hilang dikalangan kita. Itulah sebenarnya yg perlu digali dan diselidiki serta mencari jalan penyelesaiannya agar lebih ramai golongan muda memahaminya… itulah erti hidup pada memberi

  15. assyafie says:

    Nice article.. Abu Saif elaborated about her in a bright side..
    lot of people only look at the dark side of her.. this is the way of fair thinking.

  16. pembaca says:

    Gerakan Islam pula sulit hendak menang jika tidak dapat menandingi keberanian dan kesungguhan Benazir dalam perjuangannya. Apatah lagi dengan kekukar kaciran saf, biar pun atas nama jihad dan negara Islam.

    ustaz, ada typo error.. kekucar kaciran saf ustaz.. minta padamkan komen ni lepas ustaz baca dan betulkan error tu.

    :-)

  17. Saddiq says:

    Everybody have their own SWOT. Just like to read many articles about Bhutto here

    http://fanonite.org/2007/12/31/pakistans-feudal-charade/

    Saddiq

  18. fahi says:

    Salam
    Rasanya dengusan ketidak puas hati terhadap pemerintahan Bhutto adalah disebabkan allegation of corruption terhadap beliau. Ya, beliau mempunyai rumah yang besar di UK semasa dalam buangan. Hasilnya dari mana duit tersebut, serahkan pada Allah. Bhutto sememangnya punyai kegigihan dalam perjuangannya. Beberapa bulan sebelumnya, ada percubaan membunuh beliau tetapi beliau tetap dgn prinsip beliau , berjuang untuk Pakistan.

    Kalau ke Pakistan, memanglah Pakistan adalah negara yang mundur, korupsi dan punyai pelbagai fahaman yang berbeza beza. Kekacauan disana bukan sahaja antara sunni-shiah, tapi puak Muhajir dan tempatan, konflik india- pakistan, pengaruh taliban dan sebagainya. Memberi nafas baru pada Pakistan adalah sesuatu yang agak sukar. Yang paling saya kagumi ialah kecekalan beliau berjuang keras walaupun halangan seperti mengandung dsbnya. Ini patut dicontohi oleh umat melayu.

    Amalan beliau sudah tamat. Segala apa yg berlaku dimasa lepas akan dipersoalkan. Seorang rakan Pakistan memberitahu saya, beliau membuat wasiat pembahagian harta sebelum di bunuh, setelah percubaan pertama membunuh beliau gagal. Sebagai muslim, kacamata kita bukan penghukum, jadi doakan beliau moga Allah menerima amalan beliau yang lepas. Giliran kita pergi menemui Ilahi menyusul akan datang, moga2 ia memberi kefahaman bahawa kita berada disini hanyalah sebentar shj.

    Mungkin benar kata2 – Manusia mati meninggalkan nama….

  19. Dianne says:

    Benazir Bhutto came from syiah family,Thats what i can say,the friend of mine who lives in UK,was very close to her family,alcohol, things like this no problem for them,astagfirullah.But Benazir was better than the others.Not Islamic though…my friends also said – to be honest, I would not trust “Islamic” people in Pakistan !!! they would be very bad and not real Muslims…with stupid interpretations of what is sharia.. like Taliban or like Iran… and people think bad about Islam cuz of that.theres no false the teaching of Islam religion its self,the matter is the muslim faith who has lacks by shaytan.
    Shia practises are not in accordance to the Quran and Hadith. They do not believe in our Hadith books. They curse the companions of the Prophet such as Abu Hurayrah, Abu Bakr etc, so they do not believe in the Prophet words. Hence, they do not follow the Prophet Muhammad.They do alots of shirk,innovations! Yes the Shia believe this Goat is special and can heal just because it lives in some Shrine. AND ALSO Common Grave Worship. Obviously, they do SHIRK (associating partners with Allah) in their Karbala and Najaf (where they killed our Prophet’s companions).
    Brother & sister,forgive me for what i said,May Allah swt guide us all,shirk is not in Islam.
    wassalam

  20. Abu Saif says:

    I have no objection against what you have said. The only thing is that I clearly stated at the beginning of my writing, that I will only focus on Benazir’s courage and commitment in what she believed best for her country. Courage and commitment are the basic requirement for any belief and idea to success.

    We can discuss in thousands of pages about Benazirism and PPP, but that is beyond my interest.

  21. Abi Hibban says:

    Assalamualaikum Ustaz.

    Apabila ana melayari web ini dan meneliti satu persatu tajuk, maka terjumpa ana artikel ini.

    Peristiwa pembunuhan Benazir itu, tidak mudah ana lupakan sehingga ke hari ini 28/07/2009. Ketika itu ustaz berada di Dublin.

    Pada masa peristiwa itu berlaku, ana sedang berada di Tanah Suci Makkah al Muqaramah, baru lepas menyudahkan kerja Haji pada 2007 dan masih ada waktu beribadat di Masjidil Haram sebelum ke Madinah.

    Yang anih nya semasa berulang alik dari tempat penginapan ke Mesjidil Haram, sebelum pengeboman tersebut, ana berbual dengan seorang jemaah haji lelaki Pakistan yg bolih berbahasa English dan sedikit arab, semasa menuju ke Mesjidil Haram.

    Suasana Pakistan ketika itu hangat di perkatakan dan disiarkan dalam akhbar dan berita.

    Ana bertanya pandangan nya mengenai Benazir sambil memberi ulasan tambahan kepadanya, ‘mengapa begitu ramai lelaki yang berkebolihan dan berkemampuan untuk mentadbir, serta banyak Ulamak dan pemikir Islam yang hebat-hebat, masih lagi rakyat Pakistan memerlukan sorang wanita memimpin negara ante?’

    Jawapan ringkas nya ‘banyak masaalah’ dan ‘banyak puak-puak’. Buttho sudah lama tidak di perlukan di Pakistan.

    Bagaimana begitu ustaz.

    Apa komen ustaz? Wassalam.

Leave a Reply