“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan”, rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam tadi.
Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk.
Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa.
Hari ini Buletin Utama membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara.
Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.
Apa maknanya itu? Biar pun saya sedikit kebingungan dengan penjelasan Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz tentang beza berpelajaran dan berpendidikan, tetapi mesejnya jelas. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!

S. Subashini,12, a student of Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Simpah died in hospital, a day after she was found hanging from the ceiling of her room. [The New Straits Times Online]
Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.
Sejauh mana isu ini diperbahaskan?
Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR?
Sesungguhnya berita itu benar-benar menjadikan saya kecewa dan hampir putus harapan terhadap masa depan negara ini. Lebih-lebih lagi dengan komen simplistik semua pihak yang ditemui oleh pihak media. Sedangkan kes adik S. Subashini sepatutnya menggegarkan seluruh sistem pelajaran Malaysia, izinkan saya menggunakan perkataan rasmi ‘pelajaran’ biar pun jiwa ini lebih mencari nilai sebuah ‘pendidikan’.
“Modal insan bukan bertujuan untuk melahirkan pekerja semata-mata. Kita sepatutnya berusaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir dan mencipta idea. Itu tujuan terpenting bagi mana-mana sistem pendidikan bagi sebuah negara”, komen Profesor Khoo Kay Kim lagi.
Dan saya terus kecewa dan berduka di depan televisyen.
Siapakah yang peduli kepada saranan beliau?
Siapakah yang mahu bersungguh-sungguh berfikir tentang hal ini?
HARAPAN DARI SEBUAH PENDIDIKAN
Saya teringat kembali kepada presentation saya semasa menjadi panelis bagi Seminar Ibn Khaldun II yang diadakan bulan lalu di Institut Integriti Malaysia. Saya memberikan penekanan kepada aspek pendidikan dalam menjawab soalan “Islam: A Blessing to Malaysians?”
“Biar pun saudara Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan kelebihan yang dinikmati oleh orang Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam, sedangkan pembayar cukai Malaysia lain yang Hindu, Kristian dan Buddha dirangkumkan dalam satu kategori dan diberikan pendidikan MORAL, saya tidak dapat melihat ia sebagai suatu kelebihan bagi umat Islam di Malaysia. Bahkan mungkin mata pelajaran itulah punca kepada masalah mengapa kita sulit untuk menjawab ISLAM: A BLESSING TO MALAYSIANS?”, saya memulakan ucapan.
Sejauh manakah pendidikan Islam di Malaysia berjaya melahirkan Muslim yang boleh menjustifikasikan Islam sebagai rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia (boleh juga dibaca sebagai wa maa arsalnaaka illaa rahmatan lil ‘aalameen)?
Saya lontarkan isu ini kerana saya tidak melihat kecenderungan masyarakat kita untuk meletakkan pendidikan sebagai suatu keutamaan dalam menggarap masalah-masalah yang wujud di negara kita. Semuanya mahu diselesaikan dengan politik, ketika politik kita gersang dari integriti dan kejujuran. Masakan tidak, jika dulu parti politik banyak digerakkan oleh guru selaku pendidik, tetapi kini trend berubah kepada kemenangan politik bagi yang punya wang dan sokongan mereka yang punya wang. Itu sahaja sudah cukup untuk menjelaskan warna politik negara kita.
Apabila saya sebutkan pendidikan, saya maksudkan ia sebagai pendidikan formal dan tidak formal. Malah saya lebih menjurus kepada mengharapkan agar kita kembali kepada fungsi pendidikan tidak formal yang menjadi tanggungjawab setiap individu. Ibu bapa ada tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak, imam dan paderi ada tanggungjawab mendidik pengikut masing-masing, dan seterusnya mereka yang mempunyai minda kritis mempunyai tanggungjawab untuk membawa pemikiran mereka kepada masyarakat melalui seminar, dialog, perbincangan yang merupakan sebahagian daripada maksud pendidikan.
Tetapi kita tidak minat dengan semua itu.
MEMPOLITIKKAN SEGALANYA
Kita lebih cenderung untuk mensensasikan apa sahaja yang boleh melakukan surat khabar.
Asalkan ada sahaja isu yang muncul, semuanya mahu ditangani dengan kuasa, dengan politik dan kemudian semuanya berakhir sebagai berita sensasi dan tidak ada apa-apa yang dapat diketengahkan sebagai bahan untuk mendidik masyarakat.

Antara buku yang diharamkan di Malaysia, biar pun ia telah banyak membetulkan salah faham masyarakat antarabangsa tentang Muhammad SAW, malah ramai pula yang memeluk Islam kerananya
Ada buku yang pelik sedikit, haramkan!
Ada sahaja wacana yang lain dari definisi rasmi, ban!
Timbul isu penggunakan kalimah Allah dalam literasi Kristian, sekat, haramkan, saman… segala-galanya disensasikan dan berakhir dengan sentimen yang tidak punya apa-apa nilai pendidikan.
Malah kadang-kadang kita begitu gelojoh mahukan hasil tanpa mahu melalui prosesnya. Saya meragui rasionalnya permintaan Luthfi Assyaukanie dari Jaringan Islam Liberal yang mahukan dialog dihentikan, sebaliknya terus sahaja kepada menghasilkan polisi kebebasan beragama kerana baginya, dialog itu membuang masa.
Saya 50-50 dalam mengiya dan menidakkannya.
Dialog membuang masa, jika kita sensasikan apa sahaja yang ingin dibicarakan. Kita berdialog bukan untuk mendidik dan tanpa ketulusan motif. Kita pilih tajuk-tajuk yang mencetus emosi masyarakat dan kemudian kita memuncung bibir apabila dialog gagal menghasilkan apa-apa.
DIALOG POLISI
Tetapi semasa Seminar Ibn Khaldun II berlangsung, saya cuba meminjam pengalaman ketika mengendalikan dialog antara agama ketika saya bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara. Dialog itu bukan dialog teologi tetapi ia adalah dialog polisi. Kita bukan berhasrat mahu mengheret agama bertanding di medan dialog tentang siapa benar dan siapa batil, tetapi mengajak pandangan agama dikongsi bersama untuk mencari formula penyelesaian kepada isu Euthanasia. Memanfaatkan agama untuk menghasilkan polisi yang boleh disepakati bersama.
Tiada siapa yang membawa superiority attitude dalam dialog berkenaan.
Wakil Protestan dan Katholik memberikan pandangan berdasarkan kepercayaan masing-masing, dan saya memberikan pandangan berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Hasilnya kami dapat mengutip beberapa pandangan bernas dari kesemua wakil untuk diajukan kepada National Health Service (NHS) sebagai polisi kesihatan dalam kes Euthanasia.
Ia suatu pengalaman berharga.
Pengalaman yang memberikan keyakinan kepada saya bahawa seteruk mana sekali pun polemik politik, ekonomi dan sosial masyarakat, sinar harapan tetap ada di dalam pendidikan.
Semua pihak harus kembali kepada tugas yang lahir bersama tujuan hidup kita… mendidik yang makruf dan menegah yang keji. Jalannya adalah pada mendidik masyarakat.
Tetapi apabila pendidikan diinstitusikan secara membuta tuli, ramai yang melihat pendidikan sebagai tugas guru dan sekolah, manakala sekolah pula menunding jari bahawa ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak mereka. Segalanya berakhir dengan tiada siapa yang memberikan sepenuh hatinya kepada komitmen mendidik.
Semakin bertambah ilmu dan maklumat masyarakat, tindak tanduknya semakin dungu dan tidak masuk akal.
SERANGAN SOCRATES
Inilah yang menjadi kritikan Socrates terhadap golongan Sophists dan relativism mereka dalam menangani pendidikan.

Golongan Sophists ini hanya sibuk mengajar kemahiran dan skil kerja kepada anak-anak Athens tetapi mereka mengabaikan soal yang lebih penting.
“Apakah tujuan hidup ini?”
“Apakah nilai yang sepatutnya dipegang oleh seorang manusia dalam hidup ini?”
“Bagaimanakah seorang manusia itu boleh menyempurnakan karaktor dan personalitinya?”
Persoalan sebegini terabai tanpa perhatian. Semuanya ke arah melahirkan ‘pekerja’, melahirkan ‘ahli politik’ yang licik dan bijaksana.
Sedangkan Socrates berjuang bermati-matian untuk memberitahu masyarakat Athens bahawa matlamat pendidikan adalah untuk menyempurnakan watak seorang manusia, memulihkan akal agar terguna secara bijaksana dan melatih murid-murid agar berdialektik dan tidak kekok mengemukakan soalan dalam mencari kefahaman.
Tetapi seruan Socrates tidak diendahkan.
Akhirnya pada usia 70 tahun, Socrates telah dikenakan tuduhan merosakkan pemikiran anak-anak muda di Athens, bahkan mengimani Tuhan lain yang bukan Tuhan rasmi masyarakat arus perdana.
Tidakkah itu sejarah yang berulang?
Bahawa masyarakat kita juga menuju ke arah yang sama.
Jika segala-galanya berorientasikan keuntungan semata-mata… tidak hairan ilmu agama menjadi beku tanpa makna, ilmu sains kemanusiaan terabai tanpa perhatian… kerana yang diutamakan hanyalah untuk melahirkan ‘pekerja’, dan ahli politik yang licik dan bijaksana… bukan pemikir yang sering dituduh sebagai peracun minda.
SAYA HIDUP UNTUK MENDIDIK
Biar pun profesyen saya bukan sebagai seorang guru, tetapi sebahagian maksud hidup saya adalah untuk membentuk dan mendidik manusia… biar pun terpaksa ‘meracun’ minda mereka.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
6 Januari 2008
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor





Maaf pembaca sekalian, saya mengambil masa yang sangat panjang untuk menulis. Moga artikel malam ini bermanfaat…
@Abu Saif,
Sila lawati laman web ini. Sokongan dan dokongan semua diperlukan dalam usaha GAMIS membawa isu pendidikan khususya pendidikan Islam kepada pihak yang ‘berkuasa’.
http://kongrespendidikan.blogspot.com/
Assalamualaikum, terima kasih Ustaz kerana artikel ini amat menyentuh hati saya dan membuat saya tersedar dari lena kerana saya adalah salah seorang daripada insan yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan. InsyaAllah, akan saya jadikan kerjaya saya ini sebagai suatu ibadah. Demi memanusiakan manusia.
@Abu Saif,
Setelah membaca dua artikel mengenai “pendidikan” – teringat saya kepada kata-kata arwah ayahanda:-
Yang mana anak-anak/rakyat dilatih/diajar untuk menjadi pekerja yang setia;
Keupayaan individu untuk menganalisisa dan seterusnya membuat keputusan dinafikan;
Sistem nilai adalah sama sekali dikesampingkan;
Aktiviti sosial yang mengarah kepada kerosakan institusi keluarga dibajai dan seterusnnya menjurus kepada penafian wujudnya institusi kekeluargaan itu sendiri.
Apakah kita memang menuju ke arah itu?
Assalamualaikum, Alhamdulillah…di tanah air Malaysia ini masih ada insan yg prihatin terhadap maslahat isu masyarakat yang kian meruncing…..xramai org yg sanggup memerah keringat untuk membina generasi yg sedikit sebanyak berusaha berjiwa seakan generasi sahabat….mungkin ramai yg ‘syok’ berkata2 untuk buat macamni dan macam tuh demi anak bangsa dan ISLAM…tetapi praktikalnya tidak JELAS….smoga ustaz, ana dan org yg berfikir ttg masalah ummat tidak termasuk dgn buih2 lautan spt yg disabdakan Rasulullah….smoga kita digolongkan Allah spt dalam ayat 95-100 surah An-Nisa’….Jazakallah wa syukran katheer kerana penulisan ustaz byk menyedarkan ana…..Allahmaak…
sistem pendidikan msia yg hanya layak melahirkan manusia yg menjadi hamba kebendaan, tidak mampu mengenal pencipta…sistem msia kemungkinan besar layak melahirkan mereka yg mampu menjadi pencacai (andai tidak diubati).ini bukan generalization statement…
Pendidik lebih luas bidangnya kerana apa dan siapa pun kita, sifat menjadi seorang pendidik adalah perkara yang paling utama dalam hidup sebagai manusia.
Masalah yang timbul sekarang adalah kerana sekolah hari ini hanya menjadi tempat transaksi ilmu tanpa nilai. Kamu bayar saya ajar. Saya cakap kamu dengar. Kamu jawab benar kamu lulus. Saya ajar kamu paham atau tidak itu masalah kamu! Hancur generasi.
Timbul pertanyaan, apakah sikap pemimpin kita yang menerajui negara hari ini yang selalu bersikap sembrono pada tiap isu berbangkit adalah tanda bahwa pemimpin kita kurang atau bahkan tidak ber-ideologi? Ataukah kerana salah meletakkan tempat, tentera di hospital dan doktor di medan perang?
Terima kasih ustaz kerana menulis artikel yang sangat tepat ini. Semester ini akak kena berusaha untuk menyelitkan unsur2 mendidik dalam kuliah. Semoga dipermudahkan oleh Allah.
jazakallah kerana mendidik ustaz.
Syukran ustaz dgn ‘sajian’ ini.. ana rasa berbaloi dgn masa ‘lama’ yg ustaz ambil…
Bg ‘mereka’ yg cemerlang, mk tetap mampu ‘jadikan’ sistem ‘pelajaran’ ini sbg satu ‘pendidikan’…
cthnya org2 spt ustaz… Tp org mcm ana ni, hanya mampu ‘lahir’ sbg seorang berpelajaran bkn berpendidikan…
@aye, bro, jangan cepat berputus asa!
Saya juga ter’uja’ mencatat (di laman web keluarga – kelolaan Pak Din), tentang isu ‘education quality’ dan ‘impact’ keatas ‘decipline’ murid setelah di beritahu jumlah kelas Tingakatan-1 Sek Men Keb Cyberjaya (sekolah anak saya yang baru berpindah dari Tronoh, Perak) ialah sebayak 18 kelas (l/k 35 murid per kelas).
Saya tidak boleh ‘membayangkan’ bagaimana pihak PPD & sekolah mengadakan praserana, jumlah guru yang bersesuian dgn kepakaran masingx, dan soal bagaimana mereka ‘coup-up’ dgn jumlah murid ramai begini bila di kaitan dengan ‘akhlaq’ (murid yang islam terutamanya)? Saya juga menyuarakan bagaimana saya/kita semua sebagai bapa/ibu, berperanan bersama menyusuri isu ini?
**Kesemua 18 kelas tersebut berlangsung di sesi petang sekolah. Hari ini (Isnin), merupakan last day ‘induction’ utk muridx baru (T-1) yang di mulai dari hari pertama persekolahan…
salam. sistem pendidikan di Malaysia khusus utk sesi sekolah rendah dan menengah menjurus kepada teknik ‘spoon feed’. Menuntut ilmu untuk lulus periksa dan mendapat semua A dalam matapelajaran. Itu salah satu maltlamat pendidikan pada hari ini yang tidak tertera dalam pelan pendidikan, tetapi wujud dalam diri pelajar sekarang. Ini hanya salah satu daripada faktornya. Sekadar pendapat sahaja…
Assalamualaikum. Harap ustaz dah sembuh sepenuhnya. Saya sebagai ibu memang sentiasa pening dalam ‘memanusiakan’ 5 orang puteri dan putera saya. Alternatifnya saya terpaksa memilih untuk menghantar mereka kesekolah yang mampu mendidik mereka menjadi manusia yang cemerlang dunia akhiratnya (tanpa mengabaikan kita sebagai pendidik utama) Bukan menidakkan sistem pendidikan yang sedia ada, jasmaninya mungkin ya tapi rohaninya? Ditambah pula dengan ‘racun2′ disekeliling kita, sebagai ibu yang bekerja rasanya saya tak mampu untuk ‘memanusiakan’ anak2 saya bersendirian. Alhamdulillah banyak tulisan2 ustaz membantu saya dalam mendidik mereka, semoga apa yang ustaz usahakan mendapat ganjaranNYA. Amin.
Saya pernah terbaca dlm Readers Digest tentang negara Sweden yg mana mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia..
Guru2 dipilih dari kalangan mereka yang berminat dan pelajar terbaik diperingkat sekolah.
Gaji guru2 adalah terbaik melebihi@sama dengan Dr dan Jurutera
Tidak terikat dengan silibus..sentiasa dinamik dan kreatif mendidik anak2
tak pasti cerita itu benar2 sahih.. mgkin Ustaz lebih tahu
jika benar mungkin Malaysia boleh ke arah itu
Sebenarnya semua orang ada potensi sebagai seorang pendidik, mungkin yang membezakan adalah kadar pengaruh/kesan dari pendidikan yang terpancar dari setiap individu.
Sebuah sekolah menengah di indonesia telah menerapkan sebuah sistem bahwa setiap pelajarnya haruslah memiliki sifat-sifat pendidik yang diterapkan melalui proses mengajar dalam kata lain, setiap pelajar sebelum lulus dari sekolah tersebut haruslah lulus dalam praktek mengajar. Bahkan sekolah juga menetapkan syarat pengambilan sijil adalah dengan mengajar selama setahun. Praktek mengajar itu di jalankan setelah pembelajaran mengenai ilmu-ilmu asas dalam pendidikan yang disertai dengan latihan. Praktikal itu di jalankan di dalam kelas dengan di tonton oleh dua orang supervisor dan 10-40 orang teman-teman sekelas yang akan mencari kesalahan si pengajar tersebut sama ada dari segi methode, ucapan, sopan santun ataupun materi.
Dengan sistem yang demikian sekolah tersebut berjaya mengeluarkan pelajar-pelajar yang begitu berpotensi tinggi dan bernilai juang yang hebat ketika mereka kembali ke masyarakat.
Walaupun dengan jumlah seramai 4500 orang pelajar dan kawasan sekolah seluas hampir 15 hektar (di main campus) sekolah ini mampu mendidik dengan begitu berkesan.
Ramai pensyarah yang telah UM dan UIA yang telah pun datang ke sekolah tersebut, bahkan kunjungan terbaru adalah dari Kementerian Pelajaran Negeri Melaka. Pada tahun 2007 Confrence Ikatan Universiti Islam Sedunia (Rabitah Al Islamiyyah Al ‘Alamiyyah) turut di adakan di sekolah tersebut.
Sekolah tersebut juga merupakan satu-satunya sekolah yang menerapkan pemakaian bahasa arab dan bahasa inggris secara menyeluruh dalam kehidupan seharian 24 jam. Pelajar baru (tingkatan satu) hanya memerlukan tiga bulan sahaja untuk mampu bertutur bahasa arab.
Sebuah contoh institusi pendidikan yang cemerlang.
Oh ya nama sekolah tersebut : Balai Pendidikan Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo, Jawa Timur Indonesia.
Antara bekas pelajar sekolah tersebut : Hidayat Nur Wahid ketua Majlis Perwakilan Rakyat Indonesia bekas ketua Partai Keadilan sejahtera, Din Syamsuddin Ketua Muhammadiyyah, Hasyim Muzadi ketua Nahdatul Ulama, Abu Bakar Baasyir,
http://www.youtube.com/watch?v=4ru60r_MT70
http://www.youtube.com/watch?v=qdzjE1eTtb4
http://www.alumnigontor.com/
Benar, suami saya ada kenalan rapat sewaktu di UIA dulu yg merupakan bekas pelajar Gontor. Budi pekerti akhlaknya amat baik dan bahasa arabnya juga amat tinggi kefasihannya.
Gontor antara sekolah target yg saya letakkan dlm senarai apabila anak lelaki saya (baru 2 tahun) mencecah 13 tahun nanti insyaallah.
Kami pernah juga melawat Pesantren Darun Najah. Kualitinya juga sehebat Gontor dengarnya.
Assalamualaikum
Ini sebenarnya cabaran kepada setiap ahli keluarga, sama ada kepada ibu bapa khususnya, mahupun adik beradik yang telah bekerja dan berumahtangga. Ia juga satu bebanan berat kepada guru yang tersepit oleh sistem pembelajaran dan silibus yang membosankan dan ‘melemahkan’.
Sistem kita tidak melahirkan Protaz (Profesional Ustaz dan Ustazah)! Tiada jiwa manusia melainkan robot yang bekerja.
Saya merasakan sistem sedia ada hanya memenuhi akal tapi kurang menitikberatkan kemampuan mengisi hati dan perasaan yang turut berkembang sama dengan kemampuan akal.
Jika dahulu sistem sekolah integrasi jarang diamalkan, namun sekarang bermula tahun Y2K, kebanyakan sistem sekolah telah mula bertukar corak kepada integration style. Dan sehingga kini sistem pendidikan dan pembelajaran masih lagi mencari-cari gaya dan stail silibus terbaik.
Sistem terbaik fikir saya, adalah sistem yang mampu memanusiakan manusia dari memperbudakkan dan memperhambakan jiwa.
Memang benar ibu bapa perlu jadi pendidik utama, tapi soal persekitaran dan maklumat yang diberikan kepada generasi muda perlu sama kita pastikan benar dan membenarkan anak-anak kita menjadi insan dari menjadi pembeban masa depan. Nauzubillah.
kebanyakan kita melihat ijazah di universiti sebagai tiket untuk pekerjaan.
sebab itulah apabila saya tidak menjadi seorang peguam selepas 5 tahun mempelajari subjek undang2, saya dipandang sinis dan diperli oleh sebahagian rakan.
sedangkan pada saya memasuki universiti untuk menjadi manusia berilmu.
kalau mahu cari duit, sapu sampah pun boleh buat duit.
apabila masyarakat melihat universiti sebagai tiket pekerjaan semata-mata, maka tidak hairan rasuah berleluasa di sektor awam dan swasta. mereka masuk universiti bukan untuk menjadi manusia.
ws.
Pakdi
Kajang
saya juga sedang meracuni pemikiran orang lain dengan memberi pandangan berbeza tentang Penggunaan nama Allah di dalam Bible(http://www.yussamir.com/2008/01/bible.html)
Kalau kita Meracun rumput agar tidak naik menjadi lalang dan semak samun ,maka meracun pemikiran yang salah dan songsang dan sukar menerima perbezaan adalah satu hal yang dipuji dan perlu diperluaskan.Kalau nak meracun,gunakanlah racun grad A agar mudah ia mati…
my 2 cent
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan komen.
saya baru pulang dari pemeriksaan mata. Alhamdulillah keratitis pada kornea saya telah hampir sembuh sepenuhnya dan saya telah discharged dari klinik pakar mata di HUKM. Cuma ia telah meninggalkan parut pada kornea saya dan ia menyebabkan penglihatan saya kabur, mungkin untuk sebulan yang akan datang. Kekaburan itu juga sering menyebabkan saya didatangi tension headache kerana sentiasa struggle untuk melihat.
Semoga proses hilangnya parut itu berlaku pantas dan saya dapat mengejar kembali kerja dan pengajian master saya yang tertangguh hamoir sebulan… doakan.
teringat ayat2 cikgu saya dulu..
“aku bukan mengajar budak bagi jadi doktor, engineer, pilot! aku mengajar budak jadi manusia!”
dalam ayatnya tu. heheh.
Saya sependapat dengan ust.
Sistem membahagi-bahagikan kelas mengikut keputusan peperiksaan juga saya tak berapa setuju. Kelas pandai akan terus diberi perhatian. Kelas yang ketinggalan akan terus ditinggalkan.
Anak saya baru 2 tahun 4 bulan, masih belum tempuh alam persekolahan, tapi saya sudah gerun dengan sistem pendidikan masakini.
saya setuju dengan apa yg disuarakan oleh fauzan ibrahim. Cuba lihat kes ‘adi putra masih belajar di rumah’ utusan 7.01.2008. Cuma adi putra beruntung kerana mendapat ibu bapa yang tahu kebolehan anaknya, bagaimana pula nasib ank2 yg berada di pedalaman tapi mempunyai kebolehan lebih kurang mcm adi putra…syarikat swasta atau orang perseorangan yang mampu perlu memainkan peranan bagi melahirkan generasi berpelajaran dan berpendidikan tidak hanya berpelajaran sahaja yg banyak dilahirkan skrg
Salam.
Ya ustaz, dari pengalaman saya…Allah s.w.t. akan menguji diri kita dulu jika kita yang sering ke depan membentang usul. InsyaAllah, dalam keyakinan bahawa masa depan cemerlang umat ini menanti siapa yang mahu datang padanya, saya fikir kita semua harus mengambil sikap proaktif (1 ciri habit orang efektif). Tidak ada istilah terlewat untuk berpendidikan.
Saya sempat bersama sdr. Wan Saiful dalam wacana bersama sdr. Luthfi. Nyata, seperti sebelumnya, Luthfi cukup kuat memprovokasi minda.
Dulu, pernah saya menghadap tulisan Faisal Tehrani, saat dia menyerang sungguh apa yg diistilahkan ‘Islam Liberal’ – Dialog, bukan Pluralisme.
Kertas kerja singkat Luthfi – Kebebasan Beragama bukan Dialog, didokong dengan latar akademiknya, saya kira sedikit sebanyak mengasak minda berdepan dengan realiti dan keyakinan.
Asir ke tepi soal setuju atau tidak, umat ini harus yakin untuk memperkasa keyakinan dengan mendepani cabaran, bukan sekadar slogan.
Semoga saya dan kita semua beroleh faham dan kekuatan melaksanakannya.
Salam.
Terpaku saya di hadapan TV mendengar pandangan yang di suarakan oleh Prof. Dr. Khoo Kay Khim. Saya andaikan saranan yang di sampaikan melalui saluran media ‘sensasi dan terkini’ itu mungkin di dengari oleh ramai golongan (ibu bapa, guru, pemimpin, pelajar dsb). Mungkin juga di saat itu, para penonton yang memahami akan mengangguk-angguk tanda setuju, (yang tidak faham tu tak dapek lah nak menolong). Namun, seperti kata abang saya – Prof. Dr. Khoo telah menyatakan perkara yang sama sebelum ini tetapi ianya sepi begitu sahaja. Saya andaikan mungkin kita hendakkan perubahan tetapi tak berapa lama kemudian (di atas beberapa faktor) kita akan rasa ‘tak kuasalah nak melayan’. Maka keadaan akan jadi sukar nak berubah. Wallahu’alam.
Salam,
Baru lepas baca kisah Rasulullah ‘boikot’ isteri2nya selama sebulan atas dasar untuk mendidik mereka agar tidak cemburu dan memahami tugas Baginda sebagai seorang Pesuruh Allah dan juga atas sebab Hafshah anak Saidina Umar al-Khattab yang telah melanggar janjinya dengan menceritakan sesuatu yang tidak sepatutnya diceritakan kepada orang lain. Saidina Umar ketika ingin berjumpa dengan Rasulullah setelah sebulan beliau mengasingkan diri, walaubagaimanapun tidak di’benar’kan oleh penjaga pintu kebilik Rasulullah, telah mengatakan kepada penjaga pintu dengan suara yang nyaring (supaya didengar oleh Rasulullah) buat kali yang ke-3, Dia, i.e Umar ingin berjumpa dengan Rasulullah dan kalau sekiranya Rasulullah ingin menghukum Hafshah atas keterlanjuran kata2 nya maka Umar bersedia untuk penggal kepala Hafsah! Pendidikan yang Rasulullah berikan kepada sahabat2nya dan juga kepada isteri2nya cukup hebat!
salam
mohon sedikit tunjuk ajar dari mereka yang saya yakin amat tinggi ilmu dan sensitiviti terhadap keadaan masyarat sekeliling. Alhamdulillah, setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, baru saya nampak sedikit sebanyak kepentingan sejarah yang saya pelajarai dahulu, dan keyakinan ini bertambah sedikit demi sedikit dan memdorong saya untuk membaca semula sejarah negara kita dan juga sejarah dunia dari kaca mata yang berlainan..
walaubagaimanpun, harap sesiapa dapat membantu saya untuk melihat betapa pentingnya pelajaran geografi dalam membentu insan… semoga saya akan lebih menghargai ilmu yang pernah saya pelajari.. mohom tunjuk ajar
Knowledge and education that come from subject like History and Geography is like intangible assets. Intangible assets are difficult to measure in monetary term. People tend to see them as idea and concept only. What is there for the next generation? Let us compare that with having the tallest building, the biggest mall and so on. Our nation can be so proud of those superb of everything.
Once in a while we should challenge our view to make sure we really strive towards our belief, excluding ustaz of course, since he has dare to further in History. Are we ready to let our children to majoring in History?
Sorry for writing down my monologue
berbaliklah kepada sukatan pndidkan islam..Kerajaan ISlam Kelantan peneraju perubahan sistem pendidikan arus perdana.Pada tahun ini sahaja berduyun-duyun peljar dari luar kelantan datang utk belajar di sekolah agama di sini.Yayasan Islam Kelantan trpaksa membuka sebuah lagi cawangan maahad tahfiz sains dek kerana permintaan yg ramai..
dalam masa beberapa tahun yang akan datang, si syahid mungkin perlu revisit statement di atas dan pergi kepada memperincikan apakah yang dimaksudkan dengan sukatan pendidikan islam tersebut…
krisis pendidikan bukan hanya pada bidang akademik sunnatullah tetapi juga pada keadaan pendidikan Islam semasa wa imma di kelantan atau di mana-mana
blh tak sape2 tlg sy dpt kn gmbr n aktviti msa lpang student2 tahfiz.sy nk siapkn asgment.plez………
sy tak berapa jelas tentang hal ini..kadang-kadang saya terfikir di mana lagi sy ingin mencari pakej pndidkan yg lebih baik dari yg saya kecapi skrg ini di bumi malaysia nih..sukar sekali…
ustaz rasa, kita tak perlu terlalu mencari… kita berusaha mendapatkan yang terbaik pada apa yang mampu kita perolehi, tetapi tempuhilah setiap pengalaman di semua peringkat pendidikan dengan pemikiran yang sedar, kritis dan tidak mengkuduskan mana-mana yang dirasakan bagus… agar peluang baik pulih sentiasa terbuka…
ustaz, adakah krisis pndidikan ini hanya berlaku di Malaysia shj, ataupun satu isu dlm masyarakat antarabangsa? “mengkudus”…entahla ana tidak pasti.
well said ustaz. i couldn’t agree more with you regarding the banning of books and other literary works for unjustifed reasons… it is my hope that ‘important people’ in relevant departments and organizations will appreciate your experience as the minister of religion in Belfast and learn something from what you have shared with us about it.
Kelebihan bidang akademik sunnatullah adalah ianya dapat menghasilkan produk atau perkhidmatan yang amat diperlukan pada masa ini. Contohnya bidang jurutera menghasilkan produk baru manakala bidang perubatan menghasilkan doktor.
Manakala bidang akademik kemasyarakatan (social science) pula menjurus kepada penghasilan yang berbentuk pemikiran (idea and concept) kepada individu lain. Contohnya bidang perniagaan sepatutnya menghasilkan individu2 yang berani meneroka bidang keusahawanan tetapi ini tidak semestinya berlaku. Bidang sejarah menghasilkan sejarahwan (pakar sejarah?)
Standard pekerjaan yang bakal dimiliki oleh kedua-dua bidang akademik di atas mempunyai jurang yang besar. Masih ingatkah kita kepada skrip Mak Dara dalam ibu mertuaku “Majistret, lawyer, doktor…apa pemuzik, tidak ada keturunanku yang jadi pemuzik?” Walaupum pemuzik tu bukan contoh yang tepat tetapi ia melambangkan bidang pekerjaan yang tidak tentu pendapatannya.
Di kalangan ahli akademik pula bidang sains (sunnatullah) ini dapat menghasilkan produk dan berpeluang mendapat “Gold or Silver Medal” di Geneva manakala bidang sains kemasyarakatan menghasilkan penyelidikan yang biasa2. Jadi tidak menghairankan kenyataan Prof Khoo Khay Kim ini akan sejuk ditelan waktu.
After all has been said and done, (baca dengan nada pengacara Grammy Award) the winner (the scholarship) goes to….tak perlu sambung kot, lihat sahaja bidang apakah yang ditaja oleh pihak yang memberi biasiswa terutama untuk pelajar ke luar negara.
Selesai membicarakan input kedua2 bidang ini beralihlah kita kepada proses pemikiran masyarakat semasa. Proses pemikiran inilah yang akan menghasilkan output masa hadapan negara.
salam..
sebab..cara penyampaian k.ija ni sangat2 mirpi macam lecturer sy..
sangat2..
teruja nak tau.. kot2 lecturer sy..
k.ija ni lecturer ya..
di universiti mana
Kita ada cukup ramai pakar pendidikan, tetapi tidakkah konsultasi mereka diambil kira dalam rangka pelan induk pendidikan negara dan pengajian tinggi? Atapun sang menteri bersama juak-juak mereka juga telah sewenang-wenangnya memperjudikan pendidikan negara untuk menempa pengaruh masing-masing? shame on them!
Mana lagi sistem anjal tajaan Dato’ Najib? Apa pula produk ikan pekasam tajaan Dato’ Hisham? Mana dia pengampu Tun Mahathir sewaktu pengubahsuaian S&M dalam english?
Dalam fokus IPT, Dato’ Shafie pada zamannya telah berjaya mengapungkan satu review IPT yang bernas melalui Laporan Zahid walaupun ianya dibuat dalam masa yang cukup singkat dan tanpa konsultasi menyeluruh. Akan tetapi, ianya tidak lagi menjadi bahan penting di zaman Dato’ Mustafa yang gian menjenamakan dirinya sendiri melalui blue print baru pelan pendidikan IPT negara.
Konsultasi pula hanyalah gah pada nama dan kebanyakannya melekat diatas kertas sahaja untuk dijadikan khazanah khutubkhanah tatapan bila di waktu senja kerana kuasa perlaksanaan berada di tangan pemerintah yang bodoh lagi sombong.
Jika diluar arena pendidikan, antara konsultasi terbaru yang dipandang enteng adalah laporan penambahbaikian PDRM yang bertindak sekadar laporan tanpa perhatian. Kalau tidak, mana mungkin Tunku Aziz telah meluahkan kekecewaannya dengan pembaziran usaha, masa dan tenaga yang dilakukan oleh suruhanjaya dilantik.
I wonder what did happen to Pak Ungku during that 10 min interview?
Topiknya adalah sistem pendidikan negara, tapi fokus Pak Ungku hanyalah pada bahasa. Pak Ungku mau tembak siapa ya?
It’s a relief to know there are quite a lot of people who still care about this matter based on the comments above and I thank Allah for my mother who never forced those As on me. Woo to the politicians who step over this issue to levitate their careers and personal gains.
P.S : Ever since I read the revised version of Apology,Crito and Phaedo, I always thought that Socrates was a messenger of Allah to the people of Athens. It seems from the article that ustaz might share the same opinion too.
pendidikan di malaysia ibarata tikus membaiki labu..
byk sgt eksperimen y di buta ke atas student2 kat malaysia ni saban thn..
saye y msh student kadang kala skt hati dgn sistem pendidikan kat malaysia..
herm…
saya di “racun” oleh ustaz hasrizal
saya di “racun” oleh ustaz hasrizal. ketagih nak baca tulisan ustaz
Saya rasa perlu juga sama dicambahkan idea untuk kembangkan sistem pendidikan terbaik buat semua kaum dan agama…mampukah? Memandangkan Malaysia bukan hanya ada Muslim tapi juga mereka yang belum Muslim.
Salam Ustaz,
Saya rasa masalahnya lebih parah dari yang disangka.
Kita bukan sahaja tidak mendidik, malah tidak juga
mengajar, tetapi memprogram pekerja sebagai robot.
Ini dijelaskan oleh DSAI dalam satu interview dengan
media asing bahwa pekerja malaysia tidak lagi
kompetitif.
Bukan sahaja fresh graduate kita lemah, tidak
proactive dan tidak boleh berfikir, malah majority
buruh kita kita juga tidak mampu membuat selain dari
apa yang mereka lakukan selama ini.
Hakikatnya industri telah berubah ke tahap yang lebih
canggih. Kegagalan buruh kita untuk dilatih dengan
skill yang relevan menyebabkan FDI dan kilang-kilang
mengalir ke negara lain, termasuk Thailand dan
Indonesia. Malah dengan bangga Presiden Bambang
mengatakan Indonesia tidak akan terjejas dengan kesan
ekonomi US yang merundum, kerana faktor dalaman
ekonomi Indonesia yang semakin kukuh.
Hakikatnya, ekonomi dalaman negara sekarang semakin
rapuh dengan kuasa pembeli semakin lemah. Kita tunggu
sahaja pukulan selepas election. Belum lagi election,
harga barang sudah melambung naik. Saya kira harga
susu pun sudah naik lebih 20%, daging pun hampir sama
….
Selepas election dan kenaikan harga minyak, saya rasa
harga barangan asas akan melambung ke tahap 50%.
Sedang kilang dan pekerja kita semakin lemah dan ramai
yang akan diVSS kan atau dibuang terus.
Saya yakin ekonomi kita akan collapse selepas
pilihanraya dan tiada siapa dapat berbuat apa-apa
kerana OUR ECONOMIC FUNDAMENTALS has been destroyed by
years / decades or corruptions.
Sebab itu saya yakin lebih baik kita boikot sahaja
pilihanraya walaupun banyak isu seakan memihak kepada
kita. Ini kerana, isu sebenar lebih parah dan saya
tidak yakin kita mampu menanganinya. Kita perlukan
masa dan “solution” yang lebih konkrit dari hanya
hendak menurunkan harga minyak.
Hakikatnya bukan hanya harga minyak menjadi masalah,
tapi KITAlah (rakyat malaysia) MASALAH yang
SEBENAR………
Regards,
Raihan
Salam.
Kak Ija said…
“Knowledge and education that come from subject like History and Geography is like intangible assets. Intangible assets are difficult to measure in monetary term. People tend to see them as idea and concept only. What is there for the next generation? Let us compare that with having the tallest building, the biggest mall and so on. Our nation can be so proud of those superb of everything.
Once in a while we should challenge our view to make sure we really strive towards our belief, excluding ustaz of course, since he has dare to further in History. Are we ready to let our children to majoring in History?”
Hmm… people prefer tangible things because they want to see, measure and then set standard. Well that’s why we have the tallest, the biggest, the widest and what ever ‘the + …est’. I guess, the quantity determines the quality – finally it serves as the benchmark whether someone or something is good or not. Very few people can accept concepts or ideas, or what you described as intangible assets. These people, they want to see results. Just to share – I received this remarks about how should you consider yourself as a damn good teacher/lecturer: “you’ll be considered as a good teacher/lecturer when: teach five classes per sem., never cancel any classes, conduct students activities, do researches (at least five researches per year), teach extra classes for free (standard procedure: extra workload will be given extra pay) and, and, and the list goes on”. Hmm… as I was listening, my eyes were just blinking and then I realized that I was facing a superhero in disguise….yeah.
I’m speechless… well, I always tell my daughter (Nina), I don’t mind what ever course (pure science/social science) that you want to study but as long as it helps you to be ‘abd allah’ – I shall be contented.
Prof Diraja Ungku Aziz bukan nak menembak siapa. Beliau mengambil angle yang betul dalam mengemukakan masalah pendidikan dalam konteks yang lebih luas. Maksud saya membina negara dengan acuan sendiri harus bermula dengan bahasa peribumi.
Ia sebenarnya jelas dari firman Allah s.w.t. bahawa Rasulullah s.a.w. diturunkan dengan bahasa kaumnya…
Kita, dalam perbincangan, sebolehnya elak dari terlebih fokus kepada siapa. Reformasi atau islah adalah soal proses pembaikan, pembetulan malah penggantian proses-proses berfikir atau angle yang lemah dalam mengemukakan makna kepada matlamat. Ia soal apa. Harapnya jauh
lebih awal dari semua itu, kita telah menjawab persoalan kenapa..
Wallahu’alam. Moga saya dan kita semua diberi faham dan kebaikan yang banyak oleh Allah s.w.t..
Ustaz, dulu sdr Fathi Aris pernah upload gambar penjara buku di Indonesia! Buku-buku zaman sebelum berlakunya Reformasi…
Salam…
Masih setahun jagung untuk saya memberi komen akan hal ini. Anak – anak pun kecik – kecik lagi. Cakap banyak – banyak takut nanti anak tak men’jadi’, risau saya. Melihatkan senario sekarang (kes adik Subashini) memang menyeramkan saya sebagai seorang ibu. Tak mungkin saya akan ‘menolak’ anak saya sejauh itu. Not worth it. Tapi kita tak tau apa yang bermain di fikiran adik Subashini sewaktu itu. Betulkah kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan semata – mata, atau ada yang tersirat di sebalik yang tersurat… walau macam manapun, benda dah jadi… orang yang bijak akan mengambil ini sebagai pengajaran untuk diri sendiri.
Bagi saya, memang mudah untuk menyalahkan keadaan semasa, politician, sistem pendidikan dan apa – apa sajalah kecuali diri sendiri. Tidak dinafikan, semuanya ada peranan masing – masing, dan setiap dari faktor tersebut ada weightage masing – masing dalam menyumbang kepada masalah anak – anak yang semakin kurang modal insan.
Jadi, apakah sumbangan kita (or the lack of it) terhadap situasi ini? Saya sebagai ibu, adalah tugas saya untuk mendidik anak – anak sendiri semampu yang mungkin. Tak mudah dlm dunia sekarang, tapi kena paksa diri. Tak ada sesiapa yang akan buatkan untuk kita kalau bukan kita sendiri.
Dari segi sistem pendidikan pula, memanglah kalau boleh kita nak yang terbaik. Tapi kalau tak dapat, bak kata ustaz, make full use of whatever we have in hands. Kalau nak menjadi anjing yang menyalak bukit, teruskan lah. Tapi boleh juga kalau kita sendiri yang menjadi agen perubahannya. Antara cara yang saya dok terpikir – pikir, adalah melalui PIBG. Saluran dah ada, cuma cara untuk kita saling menyumbang itu yang boleh diperbaiki, oleh kita sendiri.
Maaflah membebel ntah apa – apa. Orang tengah boring dlm confinement nih, ginilah.. melalut pulak
Wasalam
Dalam perbincangan bersama masyarakat awam, kejahatan perlu disebut bersama dengan nama penjahat tersebut supaya masyarakat mengenali mana yang hitam dan mana yang putih dalam banyak warna-warna yang bersifat penuh dengan kekelabuan. Senang nak pangkah nanti (gurau).
Begitu juga dalam mentafsirkan perkataan yang dilafazkan, ada banyak lapisan-lapisan makna yang boleh diterjemahkan dengan pelbagai gaya masing-masing dan saya gemar untuk mentafsirkan ketersiratan pandangan Pak Ungku berbanding apa yang tersurat supaya ada sedikit unsur-unsur politik di situ.
Pendidikan terbaik adalah alam semulajadi. Biomimetik – teknologi melalui alam semulajadi, semut adalah sahabat kecil kita tapi mempunyai kerajaan yang cukup sempurna, memerang pembina empangan yg mahir dan banyak lagi. Untuk lebih lanjut layari harunyahya.com. PIBG adalah saluran yang ada untuk memperbetulkan yg pincang dalam sistem pendidikan. Sama-sama bekerjasama secara jujur dan ikhlas demi untuk generasi yg gemilang. Insyaallah.
salam….depuk dada tanya hati, tanya iman, tanya diri…semoga mereka yang berada dalam lapangan pendidikan lebih sedar tentang isu seperti ini…emmm…bilakah agaknya exam oriented akan berakhir dlm sistem pendidikan ngr kita…dari sekolah rendah sampai ke universiti, penilaian berasaskan peperiksaan kelihatannya lebih diutamakan….hanya melahirkan individu yang terpelajar tapi belum cukup terdidik…semoga diri ini dan sahabt2 yg bakal bergelar pendidik dapat mencetuskan revolusi baru dlm dunia pendidikan meskipun pastinya menuntut perjuangan yang yg besar…
insyaAllah..
Yang saya pelik ialah kenapa pelajar pelajar Hindu, Buddha dan Kristian tidak diberi pilihan untuk belajar subjek yang berkaitan dengan agama mereka masing-masing, padahal pelajar beragama Islam diberikan Pendidikan Islam. Saya rasa adalah baik sekiranya para pelajar yang bukan Islam diberi didikan dalam agama mereka masing-masing juga. Ini saya rasa adalah lebih sempurna daripada Pendidikan Moral.
@Mat Balak
pegi ambik jadual spm…belek satu2 list subjek yang ade…
ade subjek namenye bible knowledge..
maksudnye ade la yang ambik tu…
cuma mungkin xwajib macam yang islam wajib mesti ambik pend islam..
tp diorang yang kristian ade pilihan la..bukan xde…
assalamualaikum,
i would think its the mindset that needs to be changed.
even if people study maths and science, they don’t really think beyond that which is required of them, i.e. the syllabus.
and quite honestly, i do believe that there is a lack of appreciation towards knowledge in Malaysia, Muslims..
because though i am a science student, i thoroughly enjoy reading history, analyzing sociology, thinking about philosophy etc.
but i don’t suppose that’s the phenomena in Malaysia; how many people we see opening books on history in the komuter or lrt, for example..
wallahua’lam
Assalamua’laikum,
Sememangnya kita bersetuju sistem pendidikan kita perlu dinilai semula bagi benar-benar melahirkan modal insan, bukan hanya modal pekerja untuk membangunkan negara. Sistem pendidikan zaman kegemilangan Islam menjadi impian, namun melihat realiti hari ini, jauh panggang dari api. Apakah kita harus terus bermimpi?
Penerapan soal nilai/roh dalam setiap kurikulum sudah menjadi keperluan mendesak pada masa ini, tatkala ia dilihat bersifat kering dan terlalu tekstual.
Pemimpin, penggubal dasar dan agen pelaksana termasuk guru dan ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma, memahami dan menghayati tentang apa yang dimaksudkan dengan kecemerlangan hakiki. Seterusnya diterjemah dalam bentuk tindakan. Pemikiran matearialistik hanya menghasilkan tindakan menambah bilangan pelajar mendapat ‘A’ pada kulitnya sahaja, tetapi hakikatnya, amat mengecewakan.
Namun saya kurang bersetuju, apabila sesuatu bidang itu kurang diminati (cth: sejarah dan geografi), maka bidang lain yang nampak digemari seperti sains dan matematik pula dicalarkan rupanya.
Apa saja bidang yang baik perlu disokong dan dihormati. Namun yang baik itu juga punya kelemahan. Setiap bidang itu ada dakinya yang datang daripada pelopornya.
Sains dan matematik hari ini penuh kedinamikan, tapi punya kelemahan, kering dan tiada roh. Maka usaha memaknainya perlu ditekankan.
Sejarah dan geografi, jika betul caranya, cukup bermanfaat, namun ia kelihatan usang. Maka usaha memodenkan sejarah dan geografi perlu difikirkan. Jika bunyinya sejarah alam semesta atau geofizik, mungkin ia lebih meyakinkan pelajar zaman sekarang.
Suatu ketika dulu (1997) apabila aliran sains tulen diperkenalkan di sekolah yayasan Islam kelantan (YIK), daripada hanya 2 kelas, ia bertambah saban tahun. Perkara ini membimbangkan segelintir pihak, menjangkakan akan berlakunya kepupusan ulama pada masa akan datang. Malah ada ura-ura untuk menghantar memorandum membantah kepada YIK.
Namun permintaan masyarakat terpaksa dipenuhi, jika tidak pelajar-pelajar berpotensi ini akan terlepas ke sistem yang lain, ke MRSM atau sebagainya. Maka siapakah yang rugi?
Mahu tidak mahu aliran sains mesti diteruskan. Tapi sesuatu perlu dilakukan bagi menambah nilai aliran sains, tidak terhenti pada pengajaran subjek-subjek khusus Islam sebagai tambahan. Beberapa tahun kemudian muncul pula aliran tahfiz sains, menambah nilai dan memaknai aliran sains. Syabas kerajaan negeri.
Namun adakah sistem ini akan terus relevan pada masa akan datang? Mungkinkah aliran tahfiz sains gunaan pula akan mengambil tempat?
Bagaimanakah usuluddin/aqidah Islam dapat menjadi panduan buat theoritical scientists, sehinggga mampu mencipta teori-teori sains dari akar yang salim. Atau sekurang-kurangnya menapis teori-teori sains yang ada, bukan mengiyakan segalanya, atau lebih teruk lagi bertindak lebih kuah daripada sudu.
Atau bagaimanakah fiqh al-muazanah/pertimbangan dapat menjadi panduan buat applied scientists dalam aplikasi nuklear, seperti dalam perubatan, menimbang tara antara mudhar/kemudharatan dan manafi’/manfaat radiasi kepada pesakit. Manfaat dioptimumkan, risiko dikurangkan seminimum mungkin.
Pemimpin, penggubal dasar, dan pelaksana yang berfikiran sejahtera akan melihat perkara ini. Sentiasa memperbaiki sistem pendidikan, bergerak menuju kesempurnaan ilmu yang tiada penghujungnya.
Usah meratap dan bermimpi lagi. Jika kita merasakan ilmu yang kita pelajari tidak bermakna, ayuh kita memaknainya. Dunia tanpa sempadan. Ilmu ada di mana-mana. Malah di hujung jari. Cuma, mahu atau tidak.
Mereka yang A itu boleh jadi berpendidikan, boleh jadi juga hanya berpelajaran. Mencari perbezaan kedua-duanya memanglah sukar.
Tetapi apabila menghayati 2 hadis Rasulullah ini, maka asasnya berpendidikan dan berpelajaran itu dapatlah dibezakan.
Sabda Nabi mafhumnya “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim/muslimah”. Sabda Nabi juga mafhumnya “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”
Maka mereka yang berpendidikan itu menjadikan belajarnya satu kewajipan sepanjang hayat. Di universiti atau di kampung, bekerja atau menganggur, belajar tetap diteruskan, formal mahupun tak formal. Belajar kerana dorongan dalaman. Al-ilmu lil ilmi (belajar kerana mahukan ilmu).
Mereka yang hanya berpelajaran pula menjadikan belajarnya satu keperluan sementara, tujuan mendapatkan itu dan ini, harta, pangkat, atau status. Maka belajarnya akan terhenti tatkala peperiksaan semester tamat, atau bila dah bergraduasi, atau dah dapat masters, PhD, atau bila dah dapat kerja. Belajarnya kerana dorongan luaran, atau mungkin kerana terpaksa. Al-ilmu lil maal (belajar kerana mahukan harta).
Antara pengajian sarjana (by coursework/kuliah & exam) dan (by research/penyelidikan), saya memilih by research, walaupun memakan masa yang lama, tapi kepuasan mencari dan memproses ilmu kita dapat.
Dalam zaman di mana maklumat berada di mana-mana malah di hujung jari, apakah sistem yang menyumbat pengetahuan itu dan ini masih lagi relevan?
Bukankah lebih baik bekalkan saja search engine Yahoo atau Google serta kemahiran menggunakannya, maka manusia itu akan menjadi orang yang paling berpengetahuan.
Sudah tentu pendidikan hakiki melangkah jauh dari itu. Bukan setakat melahirkan manusia yang tahu, tetapi faqeh, lebih-lebih lagi dalam deen Islam, maka ia satu kebaikan. Dan faqeh itu amat sinonim dengan hati nurani manusia. Tempat tumbuhnya faham.
Firman Allah s.w.t mafhumnya “…dan bagi mereka hati, tetapi tidak mahu mengambil pengajaran (walahum qulubun la yafqohun)…”.
Mereka yang belajar atas kewajipan, sepanjang hayat, menggunakan sepenuhnya hati dan aqal, mereka itulah yang berpendidikan, walaupun tidak A.
sy setuju.
tidak perlu jauh,lihat sahaja asas pendidikan subjek.
bagi mata pelajaran sains,8 hingga 10 waktu diperuntukkan.
manakala bagi pendidikan islam pula,purata 4 waktu diperuntukkan.
ingin menjadi saintis,ataupun seorang muslim?
pejuang2 tanah air zaman dahulu,mereka berjuang untuk menegakkan agama islam. sanggup mati kerana islam. mengapa silibus sejarah sekarang mengatakan mereka menentang inggeris kerana dihalang mengutip cukai? adakah pemerintah yang sanggup mati kerana tidak dapat mengutip cukai?
Assalamualaikum.alhamdulillah masih ramai yang perihatin denagn isu2 yang sepatutnya difikirkan bersama demi kesejahteraan ummat.
Sekadar berkongsi pengalaman.Alhamdulillah ana merupakan seorang guru di salah sebuah Sek Men Islamdi Johor Bharu, siste pendidkan yang menjadi teras kepada penubuhan sekolah ini memyebabkan ana tertarik untuk menjadi pendidik di sek tersebut.
Yang paling jelas dan ketara yang membezakan sek ini dengan sek kebangsaan yang lain adalah, adanya masa yang telah diperuntukkan untuk setiap pelajar mengikuti MDP (Majlis Diskusi Pelajar) atau lebih dikenali dengan usrah. Konsep usrah yang dijalankan yang menjurus kepada apa yang telah dilaksanakan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.
Kelebihan inilah yang menyebabkan ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah ini.
Setiap guru ditekankan dan dijelaskan dengan matlamat, visi, misi pendidikan berteraskan ISLAM iaitu dalam melahirkan pelajar yang2 yang akan menjadi seorang pemimpin yang mempunyai ciri2 insan rabbani.
Setiap guru yang masuk untuk mengajar perlu memulakan pembelajaran dengan bacaaan doa. dan diterapkan nilai2 murni dalam apa sahaja subjek yang diajar..akidah merentasi kurikulum.
Semoga sek ini akan terus maju dan berjaya dalam mendidik anak2,pemuda pemudi, mujahid dan mujahadah
amin
sebagai guru, ya isu ini amat menyentuh hati kami. Benar, kami juga mengaku isu ini adalah benar dan sedang membarah.
Masyrakat melenting apabila kami cuba mendidik(mungkin mereka tak faham apa itu definisi mendidik) dan juga melenting apabila anak mereka tidak dididik.
Subjek kemanusiaan dipinggirkan oleh sistem pendidikan kita yang di tadbir oleh poliikus-politijus yang amat duniawi. Senario pendidikan hari ini adalah hasil dari tangan mereka.
Sebagai golongan pelaksana (cuma..), cabaran ini membuat kami cuba untuk tersu berjuang dengan cara sendiri.Tapi tidak ramai antara kami..sanggup untuk berjuang menentang arus, sebab kami juga insan biasa.Ada rasa gentar dan lemah.
assalam ust,maaf lambat bagi comment.Sy baru jumpa website ustaz yg sudah sekian lm menapak di ruang maya ini.SYABAS!!
sy tertarik dengan isu penddkn diMalaysia.Sy sebagai pelajar pun rs bahawa sistem pendidikan diMalaysia hanya medan anak-anak untuk melalui zaman budak2 mereka.Tetapi bukanlah menjadi medan untuk anak-anak mencari jawapan mengapa mereka dilahirkan kedunia.
sy bukanlah ada kuasa untuk menukar sistem sekolah dan penddkan di Malaysia,tetapi kerajaan kajilah kebajikan pelajaran rakyat Malaysia terutama melayu—sy rs komen ni kn anta kat yb menteri pelajrn sbenrnya.ermm…(“<)
terharu rase bace maklumat dalam website ni…..
Aminn, semoga Allah mempermudahkan segala urusan ustaz dan famili.begitu juga dengan sahabat2 yang lain.
saya bersetuju dengan saudari amirahsyuhada.
saya kasihan dengan guru2 sekarang. rata2 bukan salah mereka terhadap sistem pendidikan. mereka hanya menurut silibus.
kelemahan sistem ini jelas kelihatan di universiti. bilamana student yang berjaya mendapat tempat berbangga dengan deretan A (ataupun deretan C), tapi masyaAllah, kebolehan berfikir secara kreatif memang saya boleh kata HORRIBLE.
saya sedang mengajar di peringkat diploma. saya sedih melihat pelajar2 diploma lebih kepada menghafal daripada memahami sesuatu konsep. mungkin terbiasa dari zaman persekolahan agaknya. bila soalan berbentuk applikasi dikeluarkan, mulalah menggelabah kerana suka sangat mengafal nota tanpa memahami.
mungkin mengubah sistem yg ada sekarang ni agak susah, tapi alangkah baiknya jika sekolah-sekolah boleh menerapkan kebolehan berfikir utk memahami konsep (instead of menghahal utk dapat A).
saya juga (spt saudari amirahsyuhada) berusaha melawan arus. tetapi apabila guru2 baru (yg juga hasil daripada sistem pendidikan yg tidak betul) menerapkan nilai2 menghafal utk lulus peperiksaan dalam kelas, hanya Allah saja yang tahu betapa sedih/marah hati ni.
semoga perubahan ‘besar-besaran’ dalam sistem pendidikan yang dihebahkan sebelum ini adalah untuk memperbaiki keseluruhan sistem, bukan setakat bertumpu kepada isu PPSMI.
2. Berbelanja untuk berhadapan dengan sesuatu masaalah adalah jalan mudah. Tidak berbelanja sebaliknya adalah jalan yang agak susah. Kecelaruan saya? adalah mencari titik pertengahan antara berbenanja dan melayan kerenah. Di mana dan bagimana perkataan mewah itu terletak? Di mana ukuran keperluan asas tertanam? Apakah kaitannya dengan keberkatan? Mudah untuk kita mengambil pendekatan tambah pendapatan isi-rumah, persoalannya, berapa jauhkah perbezaan pendapatan isu-rumah antara kita dan jiran kita, yang tidak menjejaskan akidah.
3. Isu aqidah sangat luas cakupannya, untuk menjadi menyeluruh. Jalan mudah adalah mengambil agama yang kehilangan ketuhanannya. Beragama tanpa bertuhan, seperti dibincang di SIO satu ketika dahulu. Teringat saya juga kepada tajuk “Orang Agama dan Orang Beragama”. Orang Agama selalunya mempertahankan agama, sementara orang yang hendak beragama selalunya mencari ketuhanan. Mingkin terpengaruh dengan kata-kata, “bermulanya Agama itu adalah mengenal Tuhan”. Sekali pandang ianya sama, berkali pandang ia tak serupa.
Dari http://yamah.wordpress.com/2009/01/21/p163-melayan-kerenah/#comment-1814
“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit.” – dari artikel.
1. Saya berpendapat bukan hanya Sain dan Math, malah ia mencakupi semua bidang termasuk agama. Apabila yang dikejar adalah segulung kertas, kertas agama atau sains, ianya bukan untuk bungkus kacang putih, seperti dulu-dulu (untuk takad survival). Sekarang ini kertas itu, untuk melayakan sepemegang menyewa excavator, untuk mengaut seberapa yang boleh dari rezeki yang telah disama-ratakan oleh Pencipta. “Semua daabah (termasuk manusia) dijamin rezekinya”. Tetapi bila kita ada kertas naik excavator, habis kita kaut pergi rumah kita (untuk kepentingan sendiri – terlalu minima zakat 1/40, untuk membersihkan harta).
2. Saya bukanlah menyarankan untuk kita tidak berpelajaran, tetapi bila, seperti kata Ustaz berpelajaran tetapi tidak berpendidikan, isu memikirkan bagaimana hendak berkorban membantu orang lain itu sangat berkurangan, terutama harta jasmani. “Kehidupan Akhirat itu adalah lebih baik, tetapi kehidupan di Dunia memerlukan yang terbaik” – motto Permata. Termasuklah mendapatkan harta Dunia sebanyak mungkin, untuk kemudian dibelanjakan kepada jalan Islam, untuk mengenali Dia, terutama mengkaji CarakerjaNya. Jadi tak bermasaalah membawa excavator untuk mengaut harta, atas pretext, golongan iktisas atau professional, tetapi mestilah memastikan perbelanjaannya ke arah bersama.
3. Ini bukan masaalah golongan professional sains sahaja. Masaalahnya lebih berat bagi professional agama. Kita bezakan Orang Agama (OA) dengan Orang Beragama (OB), seperti kata Ustaz, baru kita faham kesamaan masaalah professional agama dan sains. Ramai golongan OA sekarang memandu kereta besar, rumah besar, (belum pasti isterinya besar!), yang bermasaalah sama seperti professional sains (termasuk teknikal, economist dan semuanya). Mereka merasakan bahawa dengan menjadi OA, mereka secara otomatik menjadi OB. Tidak sekali-kali. “Janganlah kamu menjual agama dengan harga yang murah” (menyebabkan sebahagian mereka charge mahal)
4. Rujuk artikel Ustaz tetang ‘Beragama tanpa Tuhan’. Masaalah pertama orang agama, kemudian baik sedikit menjadi orang beragama, tetapi masih ada klaus di atas. Terlalu sibuknya silibus untuk menjadi orang agama, sebagaimana teruk juga menjadi orang sains (terutama doktor), mereka tidak sedar hanya berlegar di lingkaran silibus pelajaran mereka sahaja (berpelajaran), sebagaimana orang sains ramai yang berligar di dalam lingkungan sains sahaja, mereka semua tidak dapat dipanggil sebagai beragama sekiranya tidak dapat menserasikan kedua kehadiran itu. Kehadiran sains dan agama perlu penserasian. Tiada penserasian bermakna tidak berpendidikan.
ROBOT. memang itulah kemungkinan matlamat yang ingin dicapai. Sekadar menjadikan semua orang dapat menjalankan fungsi masing-masing mengikut bidang yang telah ditetapkan. Ke mana pergi inovasi, kreativiti, kritis? Pada pendapat saya, seperti yang ustaz cakapkan kita usah menunggu, kita cari sendiri ilmu yang kita kehendaki. Sekarang pon banyak alternatif lain, buku-buku serta bahan digital boleh dimanfaatkan. Mulakan inisiatif sendiri, mencari ilmu yang menjadikan kita manusia…BACA..IQRA’…
salam…
ustaz,
Dua artikel yang ustaz yang berkenaan pendidikan benar-benar menarik perhatian saya.
Insyaallah, saya sebagai bakal guru sebenarnya memegang amanah yang cukup besar dalam pendidikan hari ini. Walaupun minat saya sebenarnya lebih menjurus kepada pendidikan khas dalam membantu golongan istimewa ini mendapat tempat dalam komuniti masyarakat dan juga peluang yang sama dalam bidang pendidikan .
Saya sering terfikir, mampukah pelajar yang cuma belajar berdasarkan silibus mampu menjadi seorang yang berfikiran terbuka, kreatif dan mampu memberikan idea yang bernas dalam setiap bidang yang diceburi. Benarkah pelajar yang memperolehi kesemua dalam semua matapelajaran bijak dalam mengemukan idea-idea yang bernas ataupun mereka ini sekadar menghafal tanpa tahu mengaplikasi apa yang dipelajari. Itu persoalan yang sering berlegar-legar apabila saya mula memasuki bidang perguruan.
Saya juga tahu, guru sebenarnya lebih kepada tugas berkongsi ilmu tetapi pada masa yang sama, guru seharusnya mempunyai peribadi yang baik.
Mungkin juga guru-guru hari ini dan bakal-bakal guru seharusnya memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam zaman dimanusia menjadi hamba kepada harta, maka segala-galanya akan terarah untuk menyembah harta, sistem pendidikan, ekonomi, politik, sosial bahkan segala-galanya mesti bermotifkan keuntungan.
Tanyalah kebanyakan pelajar-pelajar di universiti hari ini, apa tujuan mereka belajar, tidak lebih dari hanya untuk mencari pekerjaan dan menyara kehidupan.
Sistem pendidikan telah disongsangkan hingga ilmu itu hanya menjadi alat untuk menjana wang.
Hinggakan pernah timbul dahulu bahawa setiap penyelidikan di universiti pun mesti bermatlamatkan pengkomersialan…kemana hala tuju kita
assalamualaikum
sedikit sharing, sy memiliki 4/6 adik beradik sbg pendidik dan 4/5 ipar dlm bidang yang sama. kami sering berbincang ttg sistem pendidikan Malaysia. Ada beberapa kesimpulan kami dapati :-
1) Falsfah pendidikan negara tinggal falsfah yang dipelajari bkn difahami , apatah lagi dilaksanakan
2) Kementerian pendidikan ‘confuse’ dgn matlamatnya iaitu modal insan bagaimana yang ingin dihasilkan
3) Individu yang duduk sbg pengarah/pihak atasan terdiri drpd yang berumur (hampir nak pencen) dan tidak menyesuaikan pendidikan dgn zaman
4) Para pendidik dibebani kerja2 yang buang masa akibat perkara 2 & 3, keluarga terabai dan jadi pendidik bermasalah
5) Masyarakat keseluruhannya mengharapkan sekolah jadi kilang menghasilkan A utk anak2 mereka supaya anak mereka dpt masuk Universiti dan kerja yang lumayan
6) Keseluruhannya, masyarakat dan kementerian mengalami krisis identiti dan pemikiran
Konflik pendidikan adalah konflik yang rumit dan menyeluruh. Kami berpendapat, rawatannya adalah kembali kepada fitrah / ‘nature’ manusia, dan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi rahsia pendidikan dlm Al-Quran & As-Sunnah ini hanya boleh difahami oleh org yang cukup bijak. Saya sendiri tidak mampu lagi. Sistem yang ada adalah sistem Barat yang mereka pun dah x gunapakai lagi.
Maaf ustaz, cerita bab mata ni, saya bukan doktor pun cuma pengalaman isteri saya yang matanya berparut sejak kelahiran anak yang ke 3. Pakar mata di KT kata parut Kabur mata tu pabila mata kita dlm keadaan kering…Lalu dibekalkan ubat titisan yang mahu melembapkan mata…
Pastikan mata tidak kering …InsyAllah tak kabur…
Tapi katanya parut di kornea tu kekal ..Wallahua’lam
kalau Dr. yang merawat ustaz kata boleh sembuh alhamdulillah… saya pasti akan membawa isteri saya ke sana nanti…..
dalam arus exam oriented dan ramai yang berlumba2 mengejar ‘A’, kami juga berusaha untuk mendidik… pada saya, kalau sudah pelajar itu memang tiada harapan untuk ‘A’, saya lebih berharap suatu hari nanti dia akan berdikari dan mampu menjadi ‘orang’ yang boleh menyumbangkan sesuatu kepada orang lain.. ini yang kita mahukan.. saya cukup risaupelajar2 yang ‘A’ tetapi hatinya kosong dan tidak tahu menggunakan ilmu untuk masyarakat… bimbang nanti ilmu itu hanya tersimpan di dadanya dan mungkin juga digunakan untuk jalan yang salah…
semoga, sistem pelajaran kita, dapat dikembalikan kepada sistem pendidikan dan berupaya mendidik pelajar2 yang berpelajaran dan terdidik…
Assalamualaikum.
Ustaz pernah bertemu muka dengan Prof. Khoo Kay Kim ke? Saya pernah duduk berbual-bual dengan dia beberapa bulan lalu. Dia memang seorang tokoh hebat. Kami pun ada berdialong tentang perkara yang sama di atas.
Saya selalu teringatkan ustaz apabila tengok Prof. Khoo.
Wassalam.
salam~
saya memang bersetuju benar dgn pandangan ustaz. zaman saya nak SPM tahun 2006 dulu, saya telah dihalang oleh pihak sekolah untuk mengambil matapelajaran EST. mentang2 sekolah saya sekolah berasrama penuh, kononnya untuk ‘menjaga reputasi’. tapi alhamdullillah, saya berjaya mendapat A2 utk subjek tersebut.
lagi 1 bukti sains matematik begitu diagung-agungkan.
semasa saya di tingkatan 4, saya begitu teruk dalam matematik tambahan, asyik2 D7. tapi saya mendapat markah yang baik utk matapelajaran2 lain seperti sejarah, pendidikan alquran sunnah, syariah islamiah. 8a kesemuanya campur subjek lain.
tapi saya diletakkan dalam kategori ‘pelajar gagal’.
alhamdullillah, semua itu menjadikan saya lebih bersungguh..
Assalamualaikum
Semoga Allah SWT menyembuhkan enta dan kembali aktif.
“biar pun terpaksa ‘meracun’ minda mereka.”
1. Satu tekad yang amat padat. Satu wawasan yang memerlukan ketabahan dari seseorang, seperti Ustaz. Syabas dan tahniah Ustaz!. Ketepatan Ustaz dalam merakam kerenah persekitaran, samada politik, pendidikan, kebapa-ibuan (jangan betulkan cermin-mata anda), keagamaan dan pelbagai yang lain, sangat tepat kesahihannya. Ibarat sebuah videocam tercanggih, seperti yang digunakan oleh Rakib dan Atid semasa menjalankan tugasnya (itulah yang akan menjadi bahan bukti utama). Sudah pasti, sebagai melayani kehendak manusia, terselitlah drama-drama biasa (asam-garam tanpa MSG) antara fakta-fakta yang sediada, yang terpaksa di datangkan bersama, bagi menguji kecairan minda pembaca.
2. AQ banyak mencabar minda kita? “Tidak engkau perhatikan bagaimana … ” itu dan ini? Tidak kita fikirkan bagaimana tanam cacar dilaksana? Lupakah kita bahawa ianya adalah racun (benih penyakit)? Jadi salahkah ayat, “Jangan kamu mencampakkan diri pada kebinasaan”? Kalau kita tidak berfikir, sememangnya mudah untuk mensensasikan isu. Video clip yang panjang, kita sunting dan ambil yang sensasi sahaja. Yang tidak memberikan nilai kewangan (bagi materialist) dan nilai pahala (bagi non-materialist), diketepikan, atau diberikan kurang keutamaan. Ambil yang memberikan kepuasan kepada selera, kerana naluri manusia sukakan kedamaian, walaupun ianya mengorbankan kebenaran.
3. Kita meracuni sistem immuniti kita dengan harapan untuk mengajar sistem tersebut menghadapai serangan yang lebih besar. Kita belajar dari Kitab Alam (persekitaran) bahawa itulah yang sebenar berlaku, bahawa kulit itu berfungsi untuk melindungi isi, bahawa racun itu diperlukan untuk memberikan pendidikan, bahawa kemarahan itu adalah rencah utama dalam kehidupan, bahawa minda kritis itu yang menjadi nadi Islam. Seperti penjelasan Ustaz, “seterusnya mereka yang mempunyai minda kritis mempunyai tanggungjawab untuk membawa pemikiran mereka kepada masyarakat”. Syabas dan tahniah sekali lagi Ustaz, kerana tabah membangunkan mereka yang tidur, yang tertidur, yang pura-pura tak tidur dan sebagainya.
4. “Ada buku yang pelik sedikit, haramkan!”. Ada idea pelik sikit kita buat sekatan!. Kita terus menutup minda pada sesuatu yang selera kita tidak berminat mendengarnya. Kita layan segala permasalahan baru mengikut acuan kebiasaan, bukan berasaskan kepada kreativiti dan minda yang kritis. Kita laksanakan “Biar mati anak, jangan mati adat”, walaupun mulut kata bertentangan. Kita anak-tirikan ketepatan ilmu sains, sehingga sanggup memberikan definasi baru tentang Sunnatullah. Sehingga tak faham bahawa Sunnahtullah itu adalah Carakerja Allah. Sehinggalah akhirnya, sedar tak sedar, terpaksa menjurusakan sistem pendidikan kepada sistem pelajaran. Melahirkan generasi ‘berpelajaran tapi tak berpendidikan’.
5. Tidak perlu saya mengingatkan Utaz untuk meneruskan perjuangan, kerana tiada halangan yang dapat memberhentikannya, atau memperlahankannya, bagi Ustaz. Memberikan pendidikan tidak memerlukan jawatan rasmi sebagai guru. Memberikan tarbiah tidak memerlukan hanya Buku Rasmi berjenama Kitab. Jauh lebih banyak tarbiah Allah yang tersirat di persekitaran, yang selalu saya rujuk sebagai Kitab Alam. Jauh lebih banyak pendidikan yang perlu datang bukan dari seorang guru (yang bergaji) tetapi dari guru yang tak bergaji (ibu bapa dan masyarakat). Tapi malangnya yang tak bergaji tertanya, “Apa gunanya yang bergaji?”.
6. Tahniah dan syabas, sekali lagi Ustaz!. Kalau dilihat sebagai mengampu, ampuan itu pada yang perlu. Kalau terlihat ianya sebagai bertelingkah, ketahuilah sekelian, bahawa kami membuka langkah. Langkah untuk tidak bertelingkah, bersama-sama ke satu arah. Mengenal Tuhan yang Islam. Yakinlah, bahawa racun yang terlibat, adalah untuk memastikan kehebatan sistem immune berfungsi dengan sempurna. Bagi memastikan kita tidak terlena, sepanjang kehidupan menjalani ujian kenikmatan di atas Dunia. Untuk berjaya di Akhirat. “Kehidupan di Akhirat itu adalah jauh lebih baik, dan kehidupan di Dunia memerlukan yang terbaik”.
nice respond pak din . thank you kerana meracuni minda saya untuk menguatkan sistem imunisasi yang semakin lembik ini.
Assalamualaikum ustaz,terima kasih kerana membugar semula entri-entri berkaitan pendidikan.Dan untuk menulis mengenai isu SPM hanya dihad kepada 10 subjek pun,rasanya sudah amat berat bagi saya.Jazakallah ya ustaz atas entri ini.
salam..

teruja nak tau.. kot2 lecturer sy..
k.ija ni lecturer ya..
di universiti mana
sebab..cara penyampaian k.ija ni sangat2 mirpi macam lecturer sy..
sangat2..
mungkin saya silpa berfikir tapi saya tak nampak mana salahnya belajar untuk bekerja… saya tak mahu kita menjadi emosional sehingga menjadi tidak rasional… yang nyata kita kena bekerja untuk menyara hidup.. tak kira samada bekerja sendiri atau menjadi pekerja.. kerja tetap kerja..
cuma masalahnya mungkin.. tiada pengislaman terhadap ilmu.. ataupun ilmu itu telah dipisah-pisahkan dari unsur keislaman…
yang ada hanyalah mencari ilmu untuk menjadi kaya tidak kira betul atau salah..
itu sebab ada doktor yang mampu mencipta manusia klon.. tanpa memikirkan kesan emosi kepada ciptaan itu..
ada jurutera yang tidak amanah.. lantas menipu di dalam pengiraan semata-mata mahukan rekaan itu disahkan.. dan akhirnya menjadi bencana di kemudian hari..
ada akauntan yang mengubah semakan akaun.. supaya dapat lari dari dikenakan cukai..
kalau digiatkan proses pengislaman ilmu (meletakkan ilmu ditempat yang sebenar yang mendekatkan diri insan kepada Tuhan), saya rasa isu pendidikan tidak akan menjadi seperti hari ini..
@weber, Banyak kali saya telah bertemu dengan “pengislaman ilmu”, saya masih tidak bersetuju. Bukan bank atau universiti atau …, yang perlu diislamkan, tetapi penggunanya. Ilmu itu Islam, sebagaimana yang punya Ilmu itu, Allah, adalah Islam. Zat, sifat dan perbuatanNya adalah semuanya Islam. Hanya kita yang mengaku Muslim, tetapi masih memperjuangkan untuk mengislamkan Ilmu.
@Pak Din,
mungkin pakdin lebih memahami erti pengIslaman drpd saya, tapi ‘pengislaman ilmu’ yang saya maksudkan adalah sesuatu yang mudah sebenarnya..
saya mahu silibus pelajaran di sekolah ditekankan dengan konsep hablumminallah dan hablumminannas.. bila murid2 diajar tentang alam sekitar.. perlu juga diajar yang alam sekitar ini ciptaan Allah.. jadi tidaklah pelajar tadi bila nampak alam sekeliling, terpikir di kepala mereka duit shj…
bila murid2 diajar tentang tubuh badan manusia.. perlu juga diajar tentang rohani, emosi, dan akal. jadi tidaklah murid2 tadi terlalu nak mengejar ‘A’ shj. ataupun menggunakan tubuh badan untuk dapatkan duit secara haram…
saya setuju dengan pakdin tentang ilmu itu islam.. Allah yang mencipta ilmu..manusia ni menemukan shj… tetapi kenapa makin kita belajar makin jauh kita dari Allah? tengoklah di negara kita ni.. yang menentang Islam bukannya tidak cerdik.. malah belajar sampai ke luar negara..
satu sebab yang mungkin adalah.. telah berlaku proses deislamisasi kepada ilmu tersebut..
kalau saya boleh buat contoh.. solat itu ibadah.. tapi boleh juga solat itu menjadi aktiviti riadah.. proses deislamisasi boleh berlaku sekiranya diajar kepada murid2 yang solat itu semata2 riadah.. semata2 ritual..akhirnya disamakan solat itu dengan yoga..dengan taichi… hilang solat sebagai ibadah..
jadi ‘pengislaman ilmu’ yang saya maksudkan mudah.. bukan nak kata ilmu itu tidak islam.. tetapi cara ilmu diajar di sekolah2 seolah-olah memisahkan lmu dengan islam..
salam,
isu yang hebat. terkesan dan tercapai hasrat hati kerana ada insan yang berani membuka minda2 insan lain utk mbincang n mbahaskan pendididkan negara…. tapi setakat mana suara2 ini diberi perhatian oleh manuasia yang ada kuasa memerintah… namun alhamdulillah tq ustaz sekurang2nya( banyak sangat) membuka minda n suara2 yang mungkin selama ini diam diluar berkata2 di hati:0
walaupun baru menjadi guru yang formal namun senario pendidiikan negara ini sering menjadi perhatian. saya amat terbius dgn pendapat2 Pak DIn n MNS Yusuff. terima kasih pndgn kalian.
bukan subjek pelajaran yang menjadi ukuran bagi saya namun nilai dan kesan PENDIDIKAN dalm melahirkan model insan itu amat penting.
masyarakat hari ini perlu sedar, tak kira siapa n golongan mana utk mengurangkan gejala2 jenayah hari ini bermula dari akar umbi iaitu nilai2 dan kesan2 pendidikan dari sekolah hinggalah peringkat tertinggi. tidak mahu melihat graduasi2 timbul mcm cendawan namun dlm masa yang sama jenayah2 n masalah sosial seperti hujan kilat membinaskan bumi yang tak berdosa>>
salam,
alhamdulillah dan subhanallah.. orang Islam ni semua hebat2 sebenarnya.. cuma belum tunjukkan taring ja..ini baru bab pendidikan ye ustaz.. belum lagi ustaz sentuh bab-bab lain…bila baca artikel ustaz ni,membuatkan ana terus-terusan ingin membaca komen sahabat-sahabt dari mula sampailah akhir..
benarlah kata seorang ibu bahawa dia cukup bimbang tatkala anaknya menginjak dewasa.bimbang bukan kerana apa-apa tetapi bimbang terhadap didikan yang bakal anaknya terima. benarlah kata seorang ayah bahawa dia cukup gusar tatkala anaknya menginjak dewasa.gusar samada benarkah anaknya menjadi seorang yang berakhlak ataupun menjadi seorang yang tidak bermaruah..
sekadar berkongsi..
biasanya ta’lim kat rumah dgn shbt2 mula jam 8.15-8.45mlm..Tapi, disebabkan terbacanya artikel ustaz ttg pendidikan ni, ta’lim kmi mula 8.15mlm dan tamat jam 9.50mlm..hehe..semua panas dengan isu pendidikan.
sama-sama lah kita berusaha dengan cara masing-masing. namun matlamat kita sama
memastikan generasi hadapan dididik dengan sempurna menurut keinginan kita. Semua org perlu pegang part masing-masing. Saling melengkapi. Sama-sama kita fikirkan solusinya.
satu lagi ustaz,
sekadar ingin berkongsi.. ana ada jadi fasi utk budak sekolah menengah. Kebanyakan mereka tdk solat dsb. Bila ditanya waktu mana yg ditinggal, mereka kata solat subuh dan asar. Mereka melazimi qada solat. Dalam masa yg sama, ana tanya lg pasai apa x solat subuh, dikhabarkan pd ana seperti biasa la, liat utk bangun solat. ditanya lg knp tdk solat asr, disampaikan kpd ana bhw pelajar2 tersebut mmpunyai latihan softball, bola jaring, ragbi dan bola sepak. ditanya lagi, knp tdk solat ketika sampainya waktu asar tersebut, dikhabarkan kepada ana bhw jurulatih(guru) mereka tdk izinkan mereka solat..
terkedu ana mendengarnya ustaz.. inilah hasil didikan anak bangsa kita sekarang. sama-sama kita fikirkan solusinya. Sekadar pandangan.
teringat kata2 ustaz mustafa masyur,
“Tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya dapat dicapai dengan tarbiyah.”
Wallahua’lam.
Good article, the advertisment is sold?
@FridrihLop,
Its not only the question of selling our goods, but how effective our advertisement, in ensuring the mass, finally cause the sistem to accept our goods (idea). We happened to have good advertisement put on a wrong bill-board!
Saya pernah menulis dalam blog saya berkaitan ‘apa ingat sains tu bagus sastera lekeh’ hasil idea pembacaan dan pengalaman berhadapan dengan ramai orang pabila diajukan isu sebegini.
Selalu saya menekankan pada pelajar saya betapa apa yang penting dalam pelajaran ialah memahami dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku bukan semata-mata mengharapkan A. Masakan tidak pabila saya bertanya pada pelajar apa yang kamu ingini pabila belajar subjek undang-undang rata-rata hampir sebahagian besar kelas akan mengatakan saya mahu A sahaja. Tidak pula mereka kata ingin mendapat sesuatu dari mata pelajaran ini.
Semasa melihat penilaian pelajar pula, ada pula soalan diajukan adakah anda mengharapkan A untuk matapelajaran ini. Saya agak ralat kerana kalau beginilah sistem pelajaran kita walaupun di peringkat universiti masih menekankan bilangan A jadi kemana arah tuju negara kita?
Bagaimana mahu lahirkan pelajar yang bersifat kritis kalau kita disogokkan akan betapa tingginya sesuatu ilmu yang lain (sains dan math) tanpa kita mengambil kira subjek yang lebih mesra dan human barangkali dalam kehidupan seharian kita?
Sukar pabila kita hanya melihat quatitative berbanding qualitative yang tifdak kurang pentingnya itu.
Membaca komen saudara/i membuatkan saya tersenyum sendiri kerana perkara ini terkena batang hidung saya sendiri. Teringat subjek Fizik yang saya pelajari semasa di universiti. Saya memang meletakkan effort yang sangat tinggi pada subjek ini kerana saya memang teramat lemah dalam subjek Fizik ni. Puas saya berjumpa lecturer dan puas lecturer tersebut cuba memahamkan saya… nampaknya tidak berhasil. Saya hanya mampu menghafal hukum2 Fizik mengikut nota tapi bila tiba hari exam… saya gagal menjawab kerana ditukar bentuk soalannya. Kesimpulannya saya telah gagal memahami bagaimana untuk mengaplikasikan hukum Fizik tersebut kepada persoalan yang diberikan. Fizik oh Fizik! ;|
Bagi manusia yg selalu berfikir, semuanya adalah guru, alam,peristiwa, pengalaman.Kita terlalu menekankan formaliti sehingga agama juga suatu formaliti. Saya bersetuju kita perlukan perluasan dalam ilmu sains sosial.sains sosial yg mengawal sains tulen.
salam ziarah ustaz. Ana mrupakan seorang mahasiswa yang menuntut di IPGM Kampus Rajang. Ana adalah bakal guru.
Pertama kali ana memohon untuk menjadi seorang guru, ketika hadir pada interviewnya, ana berniat benar di dalam hati untuk mendidik dan mengajar anak bangsa.
Sehingga kini dari hari ke hari ana di dalam kampus, perkara itu semakin kuat menjadi pengangan ana dalam memastikan ana berjaya menjayakan profesion ana ini bukan sebagai kerja tetapi sebagai amanah dan tanggungjawab.
Artikel ustaz ini memang banyak manfaatnya buat ana. Syukran atas perkongsian ini.
Assalammualaikum.. mungkin saya ni dikalangan yg ter’lambat’ sbb bru je baca artikel ni. Namun smoga x terlambat utk berkongsi pndpt. Mula2 sya nak kongsi apa yg saya dpt dr sorng ust kat tmpt saya ni. Katanya: kita bimbang kalau anak lemah akademik tapi x pula bimbang anak lemah agama. kita sendiri bimbang kalau hilang hartabenda(dunia) tapi tak rasa apa2 kalau hilang agama.
Saya sdri punya anak 3 yg sulang dlm darjah 1. Bagi saya kalau anak lemah sikit dlm akademik saya masih blh terima asalkan akhlaknya baik, agamanya trjaga. Tapi si ibu bimbang klu anak tercicir. Anak saya dlm kelas ke-8 drp 12 kelas. Tapi dipantau apa yg dipelajari seharian dan apa yg kelas pertama pelajari,. Adkah sama apa yg kelas 8 belajar dgn apa yg kelas 1 belajar? Bila exam nnti blhkan si anak menjawab krn bimbang soalannya adalah apa2 tajuk yg si anak blm pelajari? inilah antara kebimbangan yg sering mghantui ibubapa (yg mengambil berat).
Nampak sungguh menekan! Krn apa? krn dulu prnah merasa duduk dlm kelas corot, tak dipedulikan oleh guru, dilabel sbg kumpulan pljr x punya masa depan! Benarkan begitu?
Ini semua krn kita mengukur kejayaan dgn material. Seseorg itu berjaya jika punya kereta besar, rumah besar, pangkat besar, gaji besar dan sebagainya. benarkah? Ada sesiapa yg nk tambah….
Assalamualaikum…
Izinkan saya mengongsikan pendapat yang relevan ( bagi saya ) dengan artikel ini dengan gaya penulisan blog Dr M. Berasaskan pengalaman sebagai guru ( walaupun hanya guru ganti ), pelajar, yang ditambah pembacaan berulangkali terhadap idea-idea berasaskan epistemologi Islam.
( disclaimer : Pendapat saya ini memerlukan saudara-saudari melihat sendiri pendirian Syed Naquib al-Attas, bukan hanya dalam bidang pendidikan tapi aspek penghidupan ummah secara seluruh. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan buku Pendidikan Estetika Dari Pendekatan Tauhid oleh Mohd Affandi Hassan serta Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan Dan Penerapan, oleh Mohd Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd Tahir dan Mohd Zariat Abd Rani. Dari buku-buku inilah saya belajar untuk mendekati Syed Naquib dan idea-idea beliau. Sungguhpun Syed Naquib BUKAN SALAFI ( pemahaman saya, jadi betulkan saya jika idea yang lebih tepat ), tapi pendapat beliau sungguh tidak dapat saya ketepikan. Bagi saya, pada idea-idea beliau ada remedy yang bagus untuk masalah yang diwacanakan Ustaz Hasrizal ini. )
1. Meminjam pendapat Mohd Affandi Hassan dalam buku Pendidikan Estetika Dari Pendekatan Tauhid ( boleh rujuk silang dengan m/s 20 buku tersebut ) :
“ Ilmu memberi manusia hikmah, kebijaksanaan; pengetahuan melahirkan kepandaian atau kemahiran tertentu. Ilmu selalu mendorong manusia mengerjakan amal salih, pengetahuan sering membawa manusia melakukan fasad ( kerosakan ).”
Diletakkan dalam konteks artikel ini, dapatlah saya simpulkan begini : ILMU adalah produk sistem Pendidikan, PENGETAHUAN adalah produk sistem Pelajaran.
Ada apa dengan kesimpulan saya ?
Itulah kunci yang membawa kita membuka pintu kepada pendapat saya dan beberapa individu yang bersetuju dengan idea-idea Syed Naquib al-Attas tentang istilah/konsep pendidikan dan ilmu yang dapat dirumuskan dalam seksyen 2 nanti.
2. Menurut apa yang saya dan Khalid Muammar A. Harris ( sila google, dan beliau banyak menyumbang di khairaummah.com ) fikirkan dari idea-idea Syed Naquib, apa yang terjadi kepada massa hari ini ialah kekeliruan dalam menafsir dan menggunakan istilah-istilah serta konsep seperti ilmu, pengetahuan, pendidikan dan pelajaran. Istilah-istilah serta konsep ( misalnya pendidikan, pembangunan dan kebudayaan ) yang diimplementasikan dalam massa hari ini adalah kurangnya kefahaman terhadap makna sebenar istilah-istilah ini dan tidak berjejaknya kefahaman terhadap konsep/istilah yang difahami kepada epistemologi Islam yang diakui sebagai al-Haq. Epistemologi yang digunakan oleh massa arus perdana untuk memahami konsep pendidikan adalah bertitik tolak dari weltanschauung/worldview Barat yang bersifat nisbi/relatif, dan menyebabkan massa mencampuradukkan ilmu dan pengetahuan.
3. Dari Khalid Muammar ( ketika membuat resensi buku FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi, oleh: Wan Mohd Nor Wan Daud ) :
( Penekanan saya untuk a), b) & c) : Pendirian Syed Naquib terhadap konsep Ilmu )
a) “ Bagi al-Attas ilmu adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia. Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang dianugerahkan ilmu yang betul. Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan pendefinisian ilmu secara deskriptif ke dalam dua bahagian. Pertama, sebagai sesuatu yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu (husul surat al-shayfi al-aql); kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat diberikan sebagai tibanya jiwa pada makna sesuatu objek ilmu. (wusul al-nafs ila ma’na alshay ).”
( u/p : Rujuk silang boleh dibuat dengan hlm. 87, buku yang sama ).
b) “ Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekedar pengumpulan maklumat dan fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak membawanya kepada hidayah dan jalan yang lurus. Massa memandang golongan ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekedar pengumpul maklumat.
Berlawanan dengan kecenderungan falsafah Barat dan golongan modenis dan liberal, bagi al-Attas, objek ilmu, bukanlah khayalan manusia, ia benar-benar wujud, berdiri sendiri. Ia disebut haqiqah dan huwiyyah sekaligus. Untuk memiliki makna yang benar makna yang diperoleh harus sepadu dengan unit-unit konsep lainnya yang terdapat dalam sistem konseptual al-Quran ( Rujuk silang dibuat dengan hlm. 89). Di sinilah pentingnya seseorang yang ingin memahami hakikat sesuatu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap al-Quran.”
( Penekanan saya untuk d) : Pendirian Syed Naquib terhadap konsep pengetahuan )
d) “ Al-Attas menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan ( untuk konteks artikel, memadai dibaca sebagai pengetahuan ) kontemporari adalah produk daripada kerangka intelektual peradaban Barat yang didasarkan kepada: (a) meletakkan akal semata-mata untuk membimbing manusia mengharungi kehidupan (rasionalisme). (b) konsep dualisme yang meliputi hakikat dan kebenaran. (c) ideologi sekular. (d) Doktrin humanisme. (e) Konsep tragedi ( Rujuk silang dibuat dari hlm. 272).
4. Setelah pembentangan seksyen 1, 2 dan 3, sayugia ditegaskan bahawa remedy terbaik untuk menangani isu yang dibangkitkan Ustaz Hasrizal adalah mengembalikan hak massa untuk mendapat penjelasan yang telus dan haq pada konsep-konsep seperti pendidikan, pembangunan dan kebudayaan dll. Dan selepas mendapat penjelasan, massa boleh membuat pilihan yang benar.
Dari Khalid Muammar : “ Menyedari pengaruh sekularisme terhadap massa Barat dan besarnya kesan sekularisasi terhadap dunia hari ini, maka apa yang perlu dilakukan oleh cendekiawan Muslim sebagai tindak balas adalah desekularisasi (menyah-sekularisasikan). Oleh yang demikian, al-Attas selalu menterjemahkan Islamisasi sebagai proses desekularisasi. Walaubagaimanapun, tumpuan proses Islamisasi bagi al-Attas adalah individu dan bukannya umat seperti yang ditekankan oleh al-Faruqi dalam konsep Islamisasinya.”
5. Seksyen ini adalah bonus buat pengunjung yang terfikir-fikirkan ungkapan ‘Pemikir yang sering dituduh sebagai peracun minda.”. Sukacita saya petik pendapat Mohd Affandi Hassan dari m/s 12 ( yang boleh dibaca syarah selanjutnya pada m/s 13 ), Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan Dan Penerapan :
“ Tidak seorangpun ingin dikenal sebagai seorang pengkritik, padahal mereka sangat bangga menerima kehadiran para pujangga, ulama, pengarang, penulis syair, bomoh, bidan, dalang, penglipur lara yang semuanya dikaitkan dengan sejenis disiplin atau profesion tertentu yang diterima kewujudannya oleh massa. Turut tidak diterima dalam massa Melayu ialah seorang tokoh tertentu yang boleh disebut sebagai ahli fikir, seorang filsuf yang khusus memikirkan dan merumuskan sesuatu persoalan yang dihadapi massa.”
Betapa realiti yang dipaparkan ini sebetulnya berakar mula dari kehidupan berbudaya massa Melayu-Islam.
Hal ini kian benar adanya jika dirujuk silang ( Awas, dengan turut melihat makna tersiratnya ! )dengan peristiwa tragis yang menimpa Hang Nadim ( Jika dirujuk kepada Sulalatus Salatin, Hang Nadim adalah bocah kecil yang mindanya berisi seperti Socrates ) di Temasik, serta tulisan-tulisan Frank Swettenham dalam bukunya The Malay Sketches.
Dan saya ( ditegaskan ) membentangkan pendapat saya bukan untuk bersilat minda tetapi untuk berkongsi respon dari aspek yang tidak diwacanakan oleh pengunjung lain. Mudah-mudahan bermanfaat.
Wallahualam.
Salam
Saya ingin sekali belajar ilmu ‘tasauf’…di Internet saya temui laman web “ANUGERAH AGUNG”….Sesekali saya yakin ilmu itu tidak bercanggah berdasarkan penerangan dan penjelasan..sesekali hadir dlm diri persoalan demi persoalan…benarkah?…
Saya tertarik dgn amalan ahli sufi sejak belajar lagi kerana guru saya rajin menceritakan betapa tinggi tahap ilmu mereka..
Saya mohon jawapan dari Ustaz..
terbaik la ustaz! saya suka post ini. terutamam pengajaran dari kisah socrates. memang tak jauh bezanya dengan zaman sekarang.
btw saya adalah seorang pelajar syariah, =)
Salam,
Ibubapa jugak memainkan peranan penting tanpa perlu memberikan semua skop kpd sekolah. Sudah acap diketahui umum silibus sekolah byk mengubah keperluan asas dan berlumba menjadi sekolah terbaik. Hal ini memberikan impak kepada student yg akhirnya tidak tahu apakah itu pendidikan. Mereka sgt berpelajaran, mampu menggarab ‘A’ sebanyak mungkin walhal jika ade org buta didepan mata lalu belum tentu mereka mampu menolong kerana subjek nilai akhlak pekerti ini tidak satu pun yg ditonjolkan.
Ada juga ibu bapa yg memberika pelajaran dan didikan yg baik di rumah namun tiba disekolah ilmu lain plak yg dipelajari.
ini kali ke berapa entah saya baca artikel ini.. alhamdulillah, saya nampak lebih jauh, lebih luas daripada bacaan sebelum ini…
saya mencadangkan cerita 3 idiots utk tontonan bersama.. (mengisahkan tentang kritikan terhadap sistem pendidikan )