Ini Sahajakah Imej Malaysia?

On 25/03/2007, in Kampus, by Abu Saif | 7,446 views | Print Print | Email Email |

zapin.jpgGambar Hiasan

“Alah payunglah payung, ketipang payung. Payung sutera anak raja muda, alah tolonglah tolong, cik abang tolong. Janganlah marah pada adinda!”, merdu suara Aliya, seorang pelajar kejuruteraan elektrik mendendangkan lagu klasik Melayu di Malam Malaysia itu.

Persembahan diserikan lagi dengan iringan penari yang rancak menyusun langkah. Satu depan, dua kiri, satu depan, tiga kanan. Cantik sekali tarian mereka.

Teruja penonton melihatnya. Bakal doktor, bakal akauntan, bakal jurutera, bakal pemimpin teraju negara, semuanya berbakat menari dan berdansa.

Sekejap lagu asli, sekejap lagu balada. Sekejap selembut nasyid, sekejap sekeras Rock membatu.

Malam Malaysia di mana-mana. Seluruh dunia yang ada pelajar Malaysia, mesti ada Malam Malaysia. Alasannya adalah untuk memperkenalkan budaya, mengukuh patriotik kepada negara. Tinggi falsafah indahnya warna.

Tetapi, ini sahajakah wajah Malaysia di mata dunia? Apakah Malaysia hanya ada tarian, hanya ada seni persembahan?

Saya akur bahawa jika Malaysia mahu disebut dari bahasa budaya, tentu sahaja zapin, wayang kulit, tarian dan dansa, itu yang terlintas di kepala. Akan tetapi, saya adalah seorang yang result oriented. Saya tidak melakukan sesuatu melainkan dalam keadaan penuh sedar, dengan apa yang mahu dicapai.

Apa yang mahu dicapai dari Malam Malaysia?

Asing benarkah tarian dan dansa kepada si putih di sini sana, sehingga setiap tahun dansa itu mesti diulang? Asyik-asyik menari, asyik-asyik menyanyi…

Saya telah beberapa kali cuba bertindak secara pro aktif, memberikan cadangan kepada pelajar di kampus-kampus luar negara. Jika mahu memperkenalkan Malaysia di mata dunia, janganlah hanya pada makan pakai, tari dan suara. Di mana idea Malaysia? Di mana pemikiran Malaysia?

Apabila pelajar bertanya kepada saya tentang hal ini, saya sering memberikan pandangan, mengapa tidak diadakan bersama “wacana minda”. Jika soal tari menari tidak boleh ditolak ansur, sekurang-kurangnya adakan juga sesuatu yang dapat memperkenalkan Malaysia dari sudut yang sesuai dengan imej universiti tempat ilmu dan pemikiran.

Mengapa tidak diadakan sesi, memanggil pakar-pakar ekonomi Malaysia, hadir memberikan pembentangan untuk memperkenalkan polisi pembangunan negara? Kalau rasa terlalu sensitif untuk menjemput figure yang dikaitkan dengan politik, kita ada ramai ahli akademik yang dapat menampilkan idea mereka di peringkat antarabangsa.

Tayangkan dokumentari tentang Malaysia yang tidak sukar untuk diperolehi dari pelbagai badan dan media. Didik masyarakat Barat tentang sesuatu yang boleh memperbaiki jati diri mereka. Bukan hanya hedonisma atas nama budaya.

BERALASANKAN KAUM CINA

Sesetengah pengalaman saya membabitkan alasan pelajar bahawa mereka mesti melibatkan tari menari kerana sejumlah besar tenaga penting persatuan adalah pelajar Malaysia berbangsa Cina. Sungguh pelik… apakah pelajar Cina bukan rakyat Malaysia, yang juga ada tanggungjawab sosial, politik, ekonomi, dan intelektual, sama seperti mana-mana bangsa Malaysia? Apakah hedonisma hanya salah pada harga diri Melayu tetapi tidak Cina? Apakah kaum Cina di Malaysia tiada agama untuk dipedulikan? Di mana rukun negara yang pertama?

Itu kalau benar, kaum Cina yang mahukan tari menari dan dansa.

Saya pernah berdialog dengan sebuah persatuan pelajar Malaysia yang kepimpinannya adalah daripada pelajar Cina. Subhanallah, mereka sangat terbuka.

“Saya harap peraturan-peraturan pelajar Muslim boleh sama-sama kita hormati”, saya memberi pandangan.

“Sudah tentu. Kaunter arak akan dilabelkan sebagai ‘not for Muslims‘ dan kami harap pelajar Muslim akan berpakat agar tidak bercampur jantina pada satu meja ketika dinner, dan tidak bercampur jantina dalam kumpulan bola tampar itu nanti. They need to be pro active“, kata Presiden persatuan pelajar Malaysia itu.

Sangat terbuka dan bertanggungjawab terhadap pluraliti agama dan budaya Malaysia.

Tetapi, pelajar Melayu Muslim sendiri yang suka bercampur bebas, terdesak untuk berjoget tanpa diminta oleh persatuan. Maka memberikan alasan bahawa mahu menghormati bangsa lain, hanyalah alasan untuk meneruskan budaya gersang minda dan lapar hedonisma pelajar Malaysia.

ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEBUAH MALAYSIA

Saya hairan. Jika Mak Yong yang sudah pupus kerana tenggelam oleh kesedaran beragama itu, boleh diberikan nafas dan nyawa baru atas nama budaya, mengapa tidak Islam juga dipromosikan kerana ia elemen yang penting bagi sebuah Malaysia? Selain Islam, tidak salah untuk dibuka ruang agar wakil agama Kristian, Buddha dan Hindu di Malaysia, berdialog tentang kesedaran beragama di Malaysia. Mungkin boleh dibincangkan tentang bagaimana agama berperanan membina internal strenght di dalam jati diri bangsa Malaysia.

Kalau aktiviti agama, penuh prejudis, halangan dan kekangan. Tetapi tari menari, cepat sahaja bantuan diberi. Saya tidak faham di mana rasionalnya hal ini. Seorang doktor, bukan hanya menjadi doktor. Dia akan memimpin sebuah jabatan, dia akan berurusan dengan pesakit yang insan. Maka, pelajaran tarian mana yang bakal meninggalkan kesan pada kepimpinannya di masa hadapan?

Segala peruntukan dan sokongan, hanya untuk nyanyian, tarian, fesyen dan pakaian. Itu sahaja imej Malaysia yang diulang-ulang dari zaman sebelum merdeka, sampailah menjelang milenium kedua.

Kerana kemaruk hedonisma, budaya dan jati diri Malaysia disalah guna untuk melesenkan nafsu muda yang tidak habis-habis mahu berpesta.

Di manakah masa depan Malaysia yang lebih bermakna?

Soalan itu tenggelam oleh libasan lidi Mak Yong di Barat sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Imej Baru: Melakar Semangat Remaja Islam Melihat remaja di usia ini adalah seperti melihat diri sendiri...
  2. Abu Saif @ Selamat Pagi Malaysia RTM1       Sekali lagi, saya menerima jemputan daripada sahabat...
  3. Sikap Baru Untuk Malaysia Baru   foto Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12...
  4. Saifulislam.Com di RTM1 “Selamat Pagi Malaysia”   Sekali lagi, saya menerima jemputan daripada sahabat saya DJ...
  5. Malaysia Hari Ini (MHI) Sempena Maulid al-Rasul Maulid al-Rasul tahun ini ada sedikit kelainan. Ketika perarakan tiba-tiba...

 

52 Responses to “Ini Sahajakah Imej Malaysia?”

  1. Mohd Hanafee says:

    Salam…
    Alhamdulillah, akhirnya hasrat ana untuk menyuarakan kebimbangan akan hal ini terzahir juga dalam bentuk penulisan. Pelajar Malaysia di luar negara kini semakin galak mempromosikan Malaysia dalam bentuk hiburan, tarian dan nyanyian. Ana sangat bersetuju dengan pendapat ustaz. Kita seharusnya lebih matang dalam menonjolkan imej sebenar Malaysia. Moga-moga kita tidak terleka dengan idea ‘kanak-kanak’ ini lagi di masa hadapan. Masa untuk berubah telah pun tiba…

  2. ubai_upm says:

    Saya ingin berkongsi sedikit kekeliruan yg berlaku dan masih berlaku pada minda mahasiswa di universiti di malaysia. Beberapa bulan lepas, saya terbaca kutukan terhadap persatuan mahasiswa Islam di sebuah kampus. Kutukannya lebih kepada mengutuk tindakan persatuan mahasiswa Islam kononnya persatuan mahasiswa Islam ni lebih kepada retorik semata-mata. Dengan menggunakan nama pena sebagai Hamba Tuhan, beliau mengatakan bahawa, persatuan mahasiswa Islam ni kalo buat program, mesti hati muslimin teringat pada muslimat, sbb bila buat program, muslimin dan muslimat akan hadir sekali walaupun selalunya bilangan muslimat lagi ramai. Hamba Tuhan ini mengatakan bahawa, tidak kene tindakan persatuan mahasiswa Islam menganjurkan program Islam dengan kehadiran muslimat kerana hati muslimin yang hadir pada program berkenaan mesti niat hadir program kerana muslimat yang hadir…lebih kurang begitulah.

    Cuma, saya keliru sedikit dengan pandangan Hamba Tuhan ini apa bila dia mengatakan begitu. Mengapa tidaknya, persatuan lain yang kebanyakannya dipelopori oleh mahasiswa melayu yang beragama Islam, bukan setakat tarian, malah siap ada sorakan lagi apabila ada perempuan (mahasiswa) yang cantik2 naik pentas, tidak pula dipersoalkan. Pengalaman saya sendiri dalam mesyuarat persatuan sebuah persatuan di universiti yang saya belajar ini sudah terlalu banyak. Hampir mengecewakan saya sebagai seorang mahasiswa universiti. Dari kebanyakan persatuan, persatuan mahasiswa Islam lah satu2 persatuan yang menjaga adab sopan apabila mengadakan sesuatu program. Dibuka dengan al-Fatihah, disudahi dengan Surah al-Asr. Tapi, tidak dicampuradukkan dengan nyanyian atau lenggekan perempuan2 yang tidak sepatutnya seperti yang pernah saya alami dalam persatuan lain apabila menganjurkan program.

    Saya pening. Mengapakah perbuatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dipersoalkan sehingga menjadi alasan kukuh utk menghalang program2 Islamik dianjurkan berbanding program2 yang tidak terjaga batasan adab sopan seperti yg pernah dianjurkan persatuan lain yang dibiarkan berleluasa? Inilah persoalan saya sebagai seorang mahasiswa yang masih lagi belum terjawab. Saya tidak tahu apa akan berlaku apabila saya bergraduat nanti. Ke manakah saya akan pergi? Dan apakah yang akan jadi pada saya nanti? Erm…inikah budaya Malaysia sebenarnya????

    Entahlah…mabuk dibuatnya….

  3. safuraaramli says:

    salam..
    menarik sekali artikel kali ini. kena dgn situasi kami di sini. mso (malaysian students organization) anu akan mengadakan satu malam ‘Malam Kenduri’ di mana first year students akan diwajibkan membuat 3 persembahan. masalahnya ialah persembahan malam itu kemungkinan yg sgt besar akan jadi seperti yang ustaz tulis di ataslah; makan, tari nyanyi. tambahan pula majoriti ahli mso di sini adalah kaum cina; mereka lebih kpd hiburan semata. jadi, nak minta jasa baik ustaz dan sahabat2 bagaimana utk sy mengurangkan sedikit sebanyak elemen hiburan dlm mso di sini. mungkin sahabat2 boleh mencadangkan satu, dua skrip drama pendek or something.. thanks.

  4. sitikhadijah says:

    salam ustaz. jazakallah kerana telah menulis artikel sebegini kerana, sebagai seorg pelajar yg pernah belajar di luar negara, sememangnya, perkara sebeginilah yg selalu dijadikan tema atau aset dalam `menjual`nama negara. saya juga pernah terlibat dlm aktiviti kebudayaan di luar negara(pada masa saya mula sampai disana), dan setelah difikirkan dalam2, ia tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu perasaan `syok sendiri.` dan boleh dilihat,selepas aktiviti2 sebegini ini dijalankan, banyaklah yg dapat dilihat percampuran dan perkenalan di antara lelaki dan perempuan berlaku dengan `pesat`dan bebas. memang benar, ia dikaitkan dengan rasa happy dan bangga kononnya ia adalah budaya bangsa melayu, tetapi ia langsung tidak dikaitkan dengan pemikiran dan reflection bangsa melayu itu sendiri. bercakap berdasarkan pengalaman, ia lebih dikaitkan dengan self satisfactory lebih daripada membudayakan bangsa itu sendiri. saya tertarik dimana diadakan pertandingan bahas bahasa melayu di antara pelajar2 bukan melayu dari luar negara yg diadakan 1 minggu yg lepas di mana pemenangnya adalah pelajar Russia. ini lebih menonjolkan warisan melayu itu sendiri berbanding dengan aktiviti yg tiada banyak input. wallahualam

  5. Wing 0 says:

    Hasrat pemimpin negara,
    Mencari al-ghazali dan asy-Syafie
    … di atas pentas tari-menari
    Semoga pelajar-pelajar Malaysia di seluruh pelusuk dunia
    Menerima hidayah, kesedaran, petunjuk dan kekuatan
    Dalam mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini

  6. lonsaa says:

    tepat pada masa ustaz keluarkan artikel ni. Ana baru nak bagi cadangan yg sama kat Malaysian Student Association di tempat ana ni. InsyaAllah kami disini akan cuba bawa perubahan…

  7. cidos says:

    Atas alasan yg sama juga, ana telah buat pelbagai helah untuk menangguh-nangguhkan penubuhan persatuan pelajar malaysia di sini.hehe..lain sikit la cara die. Kalau tak mampu nak control ke arah kebaikan, jangan tolong mulakan.

    Banyak lagi sebab lain selain daripada aspek agama yg menyebabkan ana rasa malam malaysia ni tak patut diadakan seperti tradisinya. lain kali cerita lah..

  8. Mas afzal says:

    Assalamualaikum wth..

    Hmm, to be honest, of the hundreds of spectators turning up for a Malaysian Nite, you can easily count how many of them are the locals, ie the ones who were supposedly the so-called target to promote Malaysia in the international stage.

    So why not resort to a new approach if it really does not help their cause?

    Because everyone knows Malaysian Nites in UK produce fortunes for the organizing society. Enough said.

    Don’t get me started on the opportunity to KNOW YOUR FELLOW MALAYSIAN FRIENDS BETTER. Malaysian Nites are definitely ‘the way to achieve it’ and ‘the way to go’.

    Ustaz Hasrizal pun mesti tahu dan faham punyer lah.. :)

    Mas
    Sheffield

  9. saifulislam says:

    komen ubai_upm susah nak diberikan response sebab ia berkaitan dengan artikel lain.

  10. Topan B says:

    May Peace Be upon all of you..
    Salam.. Isu ‘malaysian night’ yang telah dibangkitkan baru2 ini memang sangat menarik dan wajar dipertimbangkan dgn berat..
    Namun begitu, adalah sangat menyedihkan bila saya lihat ada diantara saudara2 muslim kite yg suke mengkritik ‘malaysian night’ ini tetapi kritik sahaja lah yg mereka buat.. pada pendapat saya, kalau malaysian night ni mmg menjadi tradisi university, adalah terbaik bagi mereka yg berkesedaran untuk take part dan perform perkara yg tidak dikategorikan sebagai maksiat, e.g silat, nashid and etc..
    Saya lihat, event seperti malaysian night ni, byk di sertai oleh saudara2 muslim kite yg kurang berkesedaran, dan akibatnya, performance yg ditayangkan oleh mereka adalah menjurus kepada tarian2 bergolek badan, rock band and etc.. Kita tak boleh salah kan mereka 100% kerana, merela merupakan mangsa keadaan.. Dengan kefamaham dan kesedaran yg sedikit ttg agama + suasana hedonistik barat, performance seperti itulah yg akan kita saksikan drpd mereka..
    Jadi, sebagai mereka yg berkesedaran, kite haruslah sekurang-kurangnya halang and kalau tak boleh halang, kite join and cadangkan performance yg molek2..
    Before I end my point, I would say that, above are my opinion and I am only a mere human being.
    May ALLAh bless u all

  11. Amar Razali says:

    Assalamualaikum,

    Artikel yang ustaz hasilkan ini mempunyai corak idea yang tidak jauh dengan artikel yang pernah saya hasilkan.

    http://intelektual.wordpress.com/2007/03/17/antara-melayulisasi-dan-amerikalisasi-pilihan-anda/

    Teruskan usaha ustaz dalam mengubah mentaliti orang2 Melayu, dan yang lebih penting membangkitkan semangat juang golongan intelektual remaja Islam.

  12. tetuan_udara says:

    assalamualaikum
    kononnya melayu dan joget tak dapat dipisahkan. penat tok janggut, mat kilau, dato’ bahaman, leftenan adnan dan juga ramai lagi panglima perang melayu islam berjuang, joget gak yang maintain. ke mana semangat juang para panglima-panglima melayu islam pergi?

    kalau nak kira, depa yang ‘perjuangkan’ tu ramai yang hidup bukan cara melayu yang sepatutnya. wake up malays..!!!

  13. dperantauan says:

    bangunan pencakar langit berlambak. d tambah dengan pelbagai inisiatif terbesar, tertinggi dan entah apa ter, ter lagi! namun ketinggian berfikir dan daya kreatif ummat dan anak bangsa masih d takuk lama!

  14. syphoon says:

    hoho..teringat plak ma3rad thaqafi thn lps… =D

  15. khairulnisa_85 says:

    assalamualaikum

    saye bdk 1st year kat germany..first time terlibat dlm mlm kebudayaan Malaysia kat nuremberg.cara hidup student melayu muslim pon dh berubah bile study oversea,macam mana r malam ini mampu untuk di ubahkan.apa yg saya nak cakap kat sini,nothing will change if their lifestyle doesn’t follow islamic way.kurangnye jati diri (sape nak kisah kalo nak buat ape2 pun di sini a.k.a x solat pon),lainlah di Malaysia,nak bawa perempuan masuk bilik,seribu mata memandang.iman bukan lg kukuh dihati,tetapi lebih menjurus kepada takutkan ape org kate (bila dh xde org kata,maka hilanglah rasa takut nak buat maksiat).

    siapa yg sedar,akan terus menjaga diri dan menegur.actually,saya pun mastermind gak dalam program kebudayaan ni.of course macam biasa ade nyanyian(kaum adam),tarian,silat,koir,kuda kepang dan presentation tentang malaysia (slide show) dan pembangunannya.soal pergaulan,itulah kami di sini,selepas tamat,kemas dan balik.buat persembahan kami still jaga aurat dan tarian di tetapkan tidak berlebihan.this is just a short briefing(maybe perkara ni tetap salah dan patut diperbaiki).tapi bagi saya,perubahan terlalu drastik amat susah untuk di terima.kalau nak buat nyanyian,boleh,tapi hanya kaum adam…and so on (ape saja yang boleh di hadkan).

    Bila orang luar bertanya,is this malaysia?saya jawab,yes,this is malaysia and not only malaysia.can u girls sings n dance?(i answered)yes,we can in our islamic way(byk diorang xpaham tentang islam yg lebih dikenali sbg agama memgongkong wanita).

    mungkin cara kami di germany(bavaria) agak berlainan berbanding di negara sprti UK yg sememangnya ramai pelajar malaysia di sana.dan perempuan yg belajar di sini boleh dikatakan terlalu sedikit (program MARA).

    saya berminat,seandainya ustaz boleh mengulas tentang penulisan ini.

    sekian,terima kasih.
    wassalam

  16. khairulnisa_85 says:

    lupa pula…cadangan ustaz amat membina.kami akan cuba perbaiki diri.

    “ingat mengingati antara satu sama lain.kami insan yang selalu lupa”

  17. Lancaster says:

    Setuju sahaja.

  18. Lancaster says:

    Paradigm shift ni belum ada dekat Malaysian ”malay” dekat “oversea”. Pelik ya!!! bila berlatih menari dan seumpamanya untuk kebudayaan Malaysia buat sungguh-sungguh dan tekun. Alangkah bagusnya..kalau dicerapkan kepada belajar….

  19. TAIK says:

    OK setuju sangat, tetapi inikan hanya kenayataan. Tapi, mana penyelesaiannya? Anda boleh cakap sesuka hati apa saja tetapi tolong sertakan penyelesaiannya.

  20. cidos says:

    saya pernah dengar seorang rakan ni cakap bila pelajar perempuan kita berjoget atas pentas siap dengan bertudung dan mendapat sorakan ramai nanti mat salleh akan sedar bahawa islam ni moderate dan tak diskriminasi wanita. Negara Islam contoh!
    Alahai…come on lah.
    banyak lagi nak komen, tapi nanti takut ada yg terasa..:)

  21. juliana says:

    19TAIK

    OK setuju sangat, tetapi inikan hanya kenayataan. Tapi, mana penyelesaiannya? Anda boleh cakap sesuka hati apa saja tetapi tolong sertakan penyelesaiannya.

    kepada saudara/ saudari TAIK:

    selepas saya membaca artikel ini, saya telah memikirkan beberapa inisiatif untuk memperkenalkan Malaysia kepada warga asing dan harap idea saya ini dptlah di gunakan oleh student2 malaysia yg lain:
    1) memperkenalkan pelancongan di malaysia~ maybe buat slide show…but, make sure slide show tuu sgt2 best n boleh menyampaikan message yg hendak diberi…
    advantage: boleh memperkenalkan malaysia dgn lebih berkesan
    2) maybe, selain tarian, kita boleh try perkenalkan permainan2 traditional negara kita. example, mcm congkak…batu seremban..etc.
    Boleh juga try interact ngan audience…

    harap student2 lain dapat memberii pandgn2 bernas…supaya mesej Malaysian Nite –> memperkenalkan malaysia di mata dunia dpt disampaikan dgn menyeluruh n menarik minat org ramai~

  22. saifulislam says:

    kadang-kadang saya rasa frust juga. ketika pelbagai cadangan saya kemukakan, ada pula yang bertanya di mana penyelesaiannya? takkanlah semuanya saya nak BOLD dan warnakan MERAH.

    saya dah sebut di atas, kalau nak perkenalkan Malaysia, cubalah perkenalkan dalam bentuk yang sesuai dengan fungsi universiti. tak salah ada pertunjukan dan persembahan, tetapi sesuaikan ia dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang beragama rasmikan Islam.

    semasa saya bertugas sebagai Minister of Religion di Ireland, saya sendiri turun menghadiri mesyuarat bersama pelajar-pelajar Melayu dan Cina Malaysian untuk menyusun program. saya tidak hanya bercakap sahaja…

    tetapi kalau kita hanya nak dengar apa yang kita nak dengar, susahlah! jika kita mahu mempertahankan kehendak hawa nafsu dan kecintaan kepada hiburan dan kelalaian, maka memang tiada penyelesaian yang boleh saya kemukakan, melainkan nantikan sahaja penyelesaian Allah pada hari selepas kematian!

    dunia ni bukannya lama mana pun

  23. Kak Ija says:

    Tepat comment 22 tu, itulah yang akak rasa, nasib baik akak belum menulis lagi.

  24. zalina says:

    Saya setuju dengan pendapat ustaz dalam artikel ini. kepada sekelian baca dan fahami. ada penyelesaiannya/ cadangan disebutkan dalam artikel ini. baca dengan mata hati. Syabas ustaz.

  25. syphoon says:

    ma3rad kami dlu xda pun unsur2 ni…bleh ja buat … cuma kene pandai carik alternatif lain la…yg mcm saudara/i juliana cadangkan tu. x semestinya malaysia ada tarian ja…xbleh ka kita dok btau Malaysia ni dlu nama dia serambi Makkah, tinggalan sejarah dia ka, pembangunan yg ada kat M’sia ka, tu suma boleh jadik alternatif. Setakat dok joget, menari, had non-Malaysian pun pandai….

  26. d49 says:

    aku sokong pendapat khairunissa 85 tu.budak melayu kalo study oversea,mane yg kat malaysia tak berapa sgt bab2 agama nie,sampai sini memang ranap le. takde sape nak tegur.ko nk tido laki pmpn sebilik pun tak kesah.nak minum,join parti,isap dadah ganja sume amik le.takde sape yg leh larang korang.sebab sini source dia lagi banyak.dan masyarakat sekeliling pun tak kesah.bdk2 melayu jela kot yg bising2.kalau mane yg solat tu on off je kat malaysia smpi oversea rasanye off terus kot.sbb kat malaysia ko leh le tau waktu solat tu sebab waktu solat malaysia fix.kat sini waktu solat berubah ikut musim.dan lagi satu takde azan or masjid tak byk utk bersolat.so kalo travel tu possibility tak semayang tu tinggi le.

    entahlah.kadang2 aku kecewa jgk ngan bdk yg study oversea nie.pandai2.tapi pandai akademik jela. kalau suruh berdebate bab2 politik ke,isu2 agama ke boleh je sume nak keluarkan pendapat.tapi kalo disuruh jadi imam.herm sume pakat tolak member masing2.

    bagi aku. kalau ko hebat ilmu dunia macam mane sekalipun,tapi kalau allah tu ko lupa,memang tak kemana hidup ko.cara hidup hedonistik,parti,seks bebas,minum dan byk lagi perkara2 mungkar yg ko buat.tak berkat ilmu tu nanti.maybe ko leh score tinggi kat exam,grad dgn result power,tapi ko kene ingat rezeki tu ditangan allah.ko pandai bijak usaha mcm mane sekalipun,kalau allah kata tak boleh,tak boleh jgk.

    dan kalau pun allah bagi sume yg ko nak,ko idup senang lenang walaupun ko engkar dgn perintah Nya, bila tiba masa nye allah turun bala kat ko,baru la ko sibuk2 nak mintak tolong allah.barulah nak solat sume.jgn sampai mati mak ko esok tak reti nak baca yassin utk mak sendiri udah le.kesian mak ko.

    so kesimpulan nya, ingatlah sume yg kita dapat nie datang dari allah. walaupun kita tak semayang tapi masih score tinggi dlm exam,tapi ingat sape yg bagi akal,tangan,mata, utk jawab sume2 soalan peperiksaan tu.allah jgk yg kasi.jadi bersyukur lah.

    “sesugguhnya nikmat
    Ku yg manakah telah kau dustakan”
    ar-rahman

  27. irshadian says:

    menerusi ubai_upm…sama ja situasi di universiti saya…program ilmiah atau islamik sangat sikit yang hadir tp kalau yang hiburan berduyun-duyun datang dan paling best program tu diberi banyak peruntukan.. kalau islamik nak luluskan proposal program pun susah…uppss salah ckp ada auku n msk court

  28. Abdullah says:

    Assalamualaikum…
    Melihat kepada situasi yang ustaz ceritakan, saya berpendapat bahawa kita sebenarnya telah terpengaruh dengan perang pemikiran yang dijalankan oleh Barat. Hal ini mungkin kesan daripada didikan yang kita lalui. Proses pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah sahaja tetapi turut berlaku sepanjang masa. Aktiviti harian yang kita lalui juga merupakan sebahagian daripada proses belajar. Saya berpendapat rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen sebenarnya telah berjaya mempengaruhi tindakan dan gaya pemikiran kita. Oleh sebab itu, tidak mustahil tingkah laku yang dahagakan hiburan dapat kita lihat di kalangan pelajar Malaysia.

    Saya bersetuju dengan pendapat Juliana. Di tempat saya belajar turut diadakan pameran oleh pelajar2 asing. Sedikit tambahan:
    1) Membawa bahan kraftangan Malaysia.
    2) Membuat pameran buku2 mengenai Malaysia meliputi semua bidang. Sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh buat tempahan.

  29. sumayyah says:

    salam,
    ye saya pun sgt setuju kalau takder joget2 atau acara ‘terkinja-kinja atas pentas diadakan untuk tayangan umum. ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat.
    1)negara kita sgt terkenal dgn rasa masakan yang sedap2. kalau dihidangkan cucur pun diorang dah puji melangit (hehe pengalaman) padahal cucur jer. buatlah kuih2 yang senang2 sperti karipap, roti canai, cucur bwg, jemput2 pisang etc.
    2) malaysian nite byk menggunakan masa, resource dan duit. kalau digunakan semua sumber tenaga itu utk acara ilmuwan lagi berbaloi rasanya. bincang dri segi teknology, ekonomi, politik, pendidikan atau kemajuan perubatan dan kesihatan. sbb kita dah diberi peluang utk berjumpa lebih ramai pakar di sini, tak salah rasanya kalau setiap dri kita menjadi sgt2 pakar dalam bidang masing2 utk dimanfaatkan di negara kita kan?
    3) kalau dgn alasan hendak mengeratkan hubungan antara pelajar malaysia boleh jer buat xtvt outdoor. all work and no play make jack dumber kan. hehe tapi buatlah asing2 antara lelaki ngn perempuan. barulah challenging. mountain hiking ke, camping ke. masa tu kenallah kawan anda tu sekenal-kenalnya sbb semua perlu bergantung pada satu sama lain utk keselamatan masing2. ada byk agensi kat sini yang sediakan aktivit begitu. jadi tak de lah susah sgt nak organise, tambahlah sikit dengan pengisian tazkiyah, peringatan dan nasihat.

    hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

  30. my says:

    Kalo di Southampton, sudah bertahun-tahun jugak Malaysian Night ni telah ditiadakan dan diganti dengan “Malaysian Food Festival” bagi memberi option lain kepada warga Malaysia untuk mempromosikan Malaysia (kalo nak ajak pakar-pakar dari Malaysia tu mungkin ada contraint kewangan sedikit la dari pihak sini).

    Alhamdulillah, memang Malaysian Food Festival ni mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan bukan sahaja dari warga Malaysia yang mungkin rindukan masakan Malaysia malahan orang-orang tempatan juga yang tak pernah merasa masakan Malaysia. Kadang-kadang tu, kedatangan locals mengalahkan kehadiran Malaysians itu sendiri!

    Mungkin boleh diaplikasikan di tempat-tempat lain sekiranya mencari-cari option lain kepada Malaysian Night tu..

    Allahu’alam..

  31. Putera says:

    Setuju ustaz!

  32. aye says:

    Salam ustaz…. ustaz lebih memfokuskan gelagat mahasiswa luar negara mempromosikan ‘budaya malaysia’…… mungkin di lain masa ustaz boleh mgulas gelagak mahasiswa di dalam negara kita mempromosikan ‘budaya malaysia’…. tengok diambang merdeka??? than tengok juga dimalam penutup minggu orientasi universiti ?? pesta2 konvo ?? dan macam2 lagi……
    siape yg mjadi mastermind dlm program ini semua kalau bukan TNC atau pengetua kolej yg memiliki PHD, malah sudah mendapat gelaran Prof atau Prof madya……..
    Ops,,,,, afuwan ana telalu emosinal……teringat time study dulu…. bunyi je prgram kerohanian….mesti di anak tirikan…. klu kbudayaan mesti cepat punye…

  33. ipts stdnt says:

    salam smua,,,
    aftr bace artikel ni,saye sgt setuju n timbul kesedaran dlm diri…
    ye…kal0 di ipta n ipts kt m’sia ni p0n, if ade je event yg ke arah hiburan,of c0urse sume tkt2 abes terjual… but if pr0g2 ker0hanian plk,even free p0n x rmai yg dtg [ myb bln ramadhan je ok sket..]
    baru2 ni di u saye ade event hiburan di mane stdnt2 b0le tnjk talent perf0rm band sndiri ( jamming n etc)… sambutan nye x yah ckp laa….sgt rmai yg dtg….dlm bnyk2 band tu,ade jgk gurl yg perf0rm…kal0 yg free hair tu x brape heran sgt la…tp ni,yg pkai tudung p0n same…bile tanye,d0rg kate open minded laa,music ni free to all, sume individu ade hak utk tnjk talents msg2….huhu…keadaan yg sgt menyedihkan….bile ade group2 pljr islam yg cube beri kesedaran dtg n ajk dgr crmh agama kt msjd,d0rg ckp “come 0n laa…diz is real w0rld…we must live in this w0rld….if ade talents mcm menari,b’zapin n etc brula well r0unded stdnt…..” adekah ini yg dikatekan ‘well r0unded’??? saye smkn x phm dgn keadaan student2 u skrg…..ntah la,mungkin akn tibe mase dimane kite smua akan bgn n sedar dr dunia yg penuh kealpaan ini…..

  34. moluska says:

    assalamualaikum

    terjumpe link ni kat status YM sorg kwn.
    http://mcotladiesgala07.blogspot.com/

    menarik..menarik.. n mungkin boleh mjadi satu alternatif kpd malaysian nights. satu usaha murni utk mengurangkan hiburan tdk sihat di kalangan generasi muda beragama islam.
    semoga usaha mereka mendapat ganjaran drp Allah.

  35. zaki says:

    apa yang salah dalam gambar hiasan di atas? saya tak nampak salah. salahkah orang laki menari di khalayak ramai?

  36. d49 says:

    to zaki,
    tu gambar hiasa je.takkan terasa kot.ade gmbr ko ke kat situ

  37. saifulislam says:

    namanya pun gambar hiasan, untuk mengelokkan pemandangan. kalau saya letak gambar perempuan menari zapin, nanti ada pembaca komplen saya letak gambar aurat perempuan di saifulislam.com pula

  38. UKstudentramaijeygbaik says:

    assalamualaikum,

    ni side point je ustaz, cuma nak mengkomen komen orang..harap diizinkan ye…

    ramai betul yang suka buat generalisation pelajar yang ke oversea rosak akhlak, tapi ramai juga kawan2 saya ke UK ni yang rasanya lebih mengenali Islam di sini dari di Malaysia. komen no 26, pada saya sangatlah membuat generalisation. Di UK ni lah saya belajar join usrah, tahu erti sebenar dakwah, kat UK ni jugaklah saya tengok PUISI, PMS dan daurah2 disertai ratusan pelajar. Kalau di Malaysia pengetahuan tentang usrah ni hanya terhad pada mereka yang tinggal di asrama atau yang ibubapa mereka memang mengikuti usrah. Yang lain2 memang taktau ape itu usrah. Saya bersetuju dengan ustaz, adakan lebih banyak program akademik, atau yang macam dilakukan di Southampton, adakan festival makanan instead. Orang Malaysia kan lebih dikenali kerana makanan dari tarian2 ni.. Sudah ada sebenarnya aktiviti akademik ni diadakan, tapi terhad sangat kot..kalau di UK ni kebanyakannya diadakan di London, masih ada ruang untuk ditambahkan lagi. Pengomen no 26, memang nampak gambar2 di website kalau orang yang minum2, berpesta ni letak gambar dengan bangga di friendster, facebook etc. tapi walaupun yang join program2 bermanfaat ni tak banyak sangat nak mempromote aktiviti mereka, tak semestinya bilangan kami tak ramai di sini…tapi yang penting, usaha kami mengajak lebih ramai lg join aktiviti2 bermanfaat seperti ini.

    siapa kata kami pelajar oversea tak pandai dan takut kalau disuruh menjadi imam…kat malaysia pun sama juga ramai student yang tolak menolak bila disuruh menjadi imam..tak baik mengeneralise…

    wassalam..

  39. d49 says:

    saya menyedari wahai pengomen 38, bahawa masih ade pelajar2 di oversea nie baik. cuma ape yg saya komen itu adalah perkara yg terjadi depan saya. saya menyaksikan rakan-rakan saya yg di malaysia dahulu lain dan apabila ke oversea dah jadi lain.

    ape yg saya katakan itu realiti yg berlaku di depan saya. mungkin realiti yg pengomen 38 itu gambarkan belum lagi terjadi di hadapan saya.

    syukurlah jika pengomen 38 yg belajar di UK nie mengesahkan bahawa masih ade pelajar2 yg belajar di oversea ni baik.bahkan ade yg lebih islamik jika dibandingkan ketika mereka berada di Malaysia.harap group2 seperti ini dgn kepandaian ilmu dunia dan kesedaran beragama yg ada dpt melakukan perubahan positif kepada agama dan negara kelak.

  40. saifulislam says:

    Penyelesaian terbaiknya ialah, kita kembali kepada maksud asal artikel yang ditulis. Apabila isu-isu yang dibincangkan semakin bercabang, kita mungkin terlupa bahawa li kulli maqaamin maqaal, “setiap keadaan, ada perkataan khusus yang sedang dan sesuai diperkatakan”

  41. abuhandzalah says:

    waktu di london dulu macam dah cuba jugak utk menggantikan malaysian nite ni dgn malaysian day lah, malaysian cultural day lah. mula2 try nak alihkan dari malam ke siang dulu, pastu nak try kasik alternatif acara yang tak melibatkan tari menari etc. tapi apakan daya tak berjaya jugak.

    antara reason yg dibagi seingat saya ialah, malaysian night ni menjadi sumber pendapatan malaysian society yang terbesar, dapat sponsor dari kementerian, dan macam2 lagi badan kerajaan maupun bukan kerajaan. tu belum campur duit tiket budak2 melayu dari seluruh uk datang msian nite kat london ni.

    hmm…kalo dah duit menjadi matlamat utama kepada msian nite, mmg susah la nak pegi ke alternatif lain. malaysian food festival pun tak laku agaknya.

  42. Assalamualaikum wbt…

    Terlebih dahulu,ana nak tanya pendapat umum,andaikata kita mempunyai saudara kandung dari golongan Hawa,sanggupkah kita sekadar menonton mereka berpakaian menjolok mata,atau tidak menutup aurat semata-mata hedak mempertayangkan hasil tarian mereka di khalayak umum?

    Jawapan yang ana rasa,ramai yang jawab tak sanggup,kan.Tahu sebab apa ana kata macam ni?sebab soalan ana sengaja ana kaitkan dengan saudara kandung kita,kalau ana tak kaitkan,sudah tentu ramai kata,alah…biasalah tuu…namanya tarian,kan kita budaya kita orang melayu pandai menari…atau apa nak dihairankan,lagipun buakan ada kena-mengena ngan aku pun….dan mungkin banyak lagi jawapan2 yang lain.

    So,sama-samalah kita gunakan akal dan otak yang Allah bagi pinjam buat sementara selagi kita masih hidup atas dunia ni…..

    Takbiir!!!Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

    wassalam….

  43. Name saye Feerhan V(^o^)V says:

    Malaysia = Islam ::: Masih ada yang sayang :::
    :-)

  44. kiko says:

    td tgh chat dgn kawan…baru sedar…kat america, smkn ramai yg convert…kat m’sia??lain pulak jadik nya…maybe ni la salah 1 sbb nye…org lebih focus on benda lain over the importance of islam…hmm…apa nak jadi la…

  45. kiko says:

    i mean…revert to islam =)…

  46. athirah mustafa says:

    malaysian food festival sounds great. Much better way to promote our country, through food. Especially northern part recipes.. All da way to Allah!!

    ‘Dunia ni bukannya lama mana pun’, this words truly inspires me..

  47. athirah basirah says:

    salam. Ustaz, terima kasih untuk entry ini. Terima kasih yang tak terhingga, ustaz. Saya betul-betul kebuntuan dalam mencari idea untuk ‘Malaysian Festival 2009′…sekarang,saya sudah nampak jalan keluar :)

  48. athirah basirah says:

    Tarian adalah sebahagian dari kebudayaan kita. Tapi, kita masih ada budaya lain yang mampu kite pertontonkan untuk orang luar. Saya masih baru di bumi UK ini, sehinggakan tersasul memanggil orang yang lebih berumur di sini sebagai ‘uncle’ atau ‘aunty’. Walaupun salah dari konteks bahasa, tapi, itu budaya kita, panggilan hormat untuk orang yang berumur. Apa yang saya nak sampaikan ialah, budaya kita bukan hanya berkisar tentang tarian sahaja. Bukan kerana hebatnya zapin, bukan kerana lembutnya inang; tapi aspek kesantunan masyarakat dan hidup harmoni yang perlu kita tekankan. Wallahu’alam.

  49. alhamdulillah. satu penerangan yang baik dari seorang yang berautoriti. semoga terbuka mata sekalian manusia di luar negara.

    apabila tradisi menguasai yang tertinggi.. ISLAM diletak dibawah kaki..

  50. cikcah says:

    salam..

    saya rasa ada baiknya jika saudari cuba mengadakan pantomin atau sketsa pendek yang boleh menggabungkan semua kaum. Contohnya sketsa yang berkaitan kemerdekaan dan bagaimana malaysia mencapai kemajuan seperti hari ini, yang jarang kita tonjolkan kepada orang-orang asing, boleh memberi sedikit info berkenaan malaysia kpd mereka dan juga memberi kesedaran kpd pelajar malaysia betapa malaysia memerlukan pemimpin yang lebih ‘pro-active’ dan bukan hanya memandang kepada hedonisme semata-mata, seperti yang ditegaskan dlm artikel ustaz.

    sekadar memberi pendapat~

  51. aman says:

    pencerahan, kembara insan mencari Tuhan…
    menarik sgt2…

    terima kasih ustaz~

  52. joegrimjow says:

    kat sheffield ada next
    ;-)

Leave a Reply