Sains Sosial Untuk Memenangkan Islam?

“Antara manusia, mekanisma dan mesin, serta matlamat, manakah antara ketiga-tiga ini faktor penentu kecemerlangan?”, saya bertanya.
“Matlamat!”, jawab salah seorang hadirin.
Ia jawapan standard bagi mereka yang berpemikiran idealistik.
“Siapa yang menentukan matlamat?”, saya menyambung soalan.
“Manusia”, jawab mereka.
Benar sekali. Berubah manusia, berubahlah matlamat. Maka untuk mengekalkan matlamat, jangan lengah dalam membentuk manusianya.
“Tiada siapakah yang menganggap mekanisma dan mesin sebagai faktor kecemerlangan?”, saya mahu menyelesaikan persoalan berbaki.
Diam.
Senyum.
Menggelengkan kepala belaka…
Semua orang mengaku bahawa manusia adalah ‘harta’ paling berharga dan paling utama dalam menentukan kejayaan setiap tahap kehidupan. Kecemerlangan rumahtangga, syarikat perniagaan, sebuah gerakan Islam dan ummah keseluruhannya. Tetapi sejauh mana kita mengambil berat faktor manusia? Sejauh mana kita mementingkan manusia dalam pembangunan hidup ini?
Modal insan?
Berapa banyak agenda kita membangunkan modal insan, berbanding modal kita menjahanamkan setiap insan yang ada hari ini?
JIKA BENAR MANUSIA PENTING
Jika kita bersungguh-sungguh berpakat di atas suatu persetujuan bahawa manusia adalah yang paling utama, bagaimanakah sikap kita terhadap manusia? Usah dulu ke peringkat yang lebih rumit, cukup sekadar dinilai dalam kehidupan seharian.
Andai anak pecahkan pasu bunga, lupakah kita pada kelakuan ibu yang membelasah anaknya seolah-olah si anak andai binasa, boleh dibeli di mana-mana?
Jika mat rempit menjunam di atas jalan, diperiksanya motor terlebih dahulu atau kakinya yang sudah separuh tergantung?

Hakikatnya, kita tidaklah begitu menghargai manusia.
Bukan sahaja anak vs. pasu bunga dan motor mat rempit vs. kakinya sendiri, tetapi dalam konteks yang lebih besar, sejauh mana prihatin kita kepada sains sosial (sains kemanusiaan)?
Sejauh mana peduli kita kepada bidang sejarah, sains politik, sosiologi, antropologi, psikologi dan komunikasi? Malah pendidikan dan ekonomi?
SAINS SOSIAL UNTUK UMMAH SERTA GERAKAN DAKWAH DAN ISLAH
Apa perlunya ummah kepada sains sosial?
Tidak cukupkah pada sentuhan tradisi keilmuan Islam yang kaya raya itu untuk menjawab persoalan-persoalan memaknakan slogan “ISLAM PENYELESAIAN”?
Jangan pergi kepada ummah yang termanya terlalu dramatik itu. Perlu dijawab terlebih dahulu, perlukah sebuah gerakan Islam kepada sains sosial?
Soalan ini sering menghantui fikiran saya.
Sebagai seorang pelajar yang muhajir dari Syariah kepada Sains Sosial, soalan sebegini sering mencabut ketenteraman diri saya. Tentu sahaja setiap orang akan menganggap bidang yang dipelajarinya sebagai penting belaka untuk ummah ini. Namun saya runsing memikirkan tentang kedudukan sains sosial bukanlah untuk bertanding tentang bidang siapa yang lebih penting dari bidang yang lain. Tetapi saya memikirkan bagaimanakah kesan sains sosial meminggirkan gerakan Islam, dan bagaimanakah kesan gerakan Islam meminggirkan sains sosial?
Walaupun gerakan Islam mendabik dada bahawa imej ‘parti kampung’nya telah lama ditinggalkan berikutan penglibatan golongan profesional yang cukup memberangsangkan, malah dikatakan berupaya untuk kembali ke imej asal dengan nama-nama tokoh penggerak seperti Zulkifli Muhammad dan Burhanuddin al-Helmi yang juga dikategorikan sebagai golongan profesional, hakikatnya kenyataan ini mesti lebih dihalusi. Biar pun keterlibatan golongan profesional di dalam politik Islam semakin memberangsangkan, namun golongan profesional itu kebanyakannya adalah mereka yang datang dari disiplin hard science.
Gerakan Islam mengalami lambakan jurutera.
Gerakan Islam mengalami lambakan doktor.
Ia suatu perkembangan yang memberangsangkan. Tetapi ke mana perginya golongan profesional dari soft science? Jika soft scientist mahu dianggap profesional?
Di mana ahli sejarah dalam gerakan Islam?
Di mana political scientists?
Ke mana sociologists, anthropologists, psychologists, economists malah educationists dalam arus perdana gerakan Islam?

ASAL USUL KETERLIBATAN
Mengajak seorang pelajar kejuruteraan dan kedoktoran kepada kegiatan dakwah dan mungkin juga siasah, adalah lebih ketara dan berhasil berbanding dengan usaha mengajak pelajar sejarah, sosiologi dan sains politik kepada kegiatan seperti ini.
Ini adalah kerana pelajar kejuruteraan dan perubatan akan dengan cepat melihat gerakan dakwah itu sebagai pelengkap kepada ‘kekurangan’ dirinya sebagai pelajar ‘bukan agama’. Mereka akan melihat peluang terlibat di dalam usrah dan dakwah sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan seterusnya meletakkan diri mereka di atas landasan yang betul dalam beragama.
Tetapi mereka tidak akan mencabar content Tarbiyah apatah lagi retorik dakwah dan siasah!
“Saya tersinggung apabila ustaz menganggap pelajar kejuruteraan tidak cukup cerdik untuk mengkritik dakwah!”, keluh seorang teman.
Maafkan saya.
Saya bukan menyentuh soal cerdik atau kurang cerdik. Keupayaan mengkritik ini tidak bersangkut kepada cerdik atau tidaknya seorang pelajar, tetapi ia berkaitan dengan nature pembelajarannya terutamanya jika pelajar itu mengikat dirinya hanya kepada silibus dan hidupnya hanya untuk lulus periksa.
Teori-teori yang dipelajari di dalam pure science, tidak menuju secara langsung kepada menghasilkan contradiction terhadap usrah, dakwah dan siasah yang ada di sekelilingnya.
Ketika seorang pelajar kejuruteraan kimia sedang belajar tentang ChE process dan berurusan dengan Gibbs phase rule dan bezanya dengan Degrees-of-freedom analysis, amat sulit untuk dirinya berfikir pada masa yang sama tentang hubungkait subjek ini dengan dakwah yang disertainya. Kecuali hingga anda mengorek falsafah di sebalik aplikasi teori-teori ini dan pasti you have to be exteremely smart to do so!
Begitu juga dengan pelajar perubatan. Semasa dirinya meneroka molecular dan cellular systems, the integumentary system dan the skeletal system, adalah terlalu jauh untuk dirinya berfikir tentang usrah dan dakwah yang disertainya kecuali di sekitar persoalan “betapa agungnya ciptaan Allah hasil kajianku terhadap tubuh manusia ini”. Namun bagaimanakah kesedaran itu boleh membawa dirinya kepada mengkaji mekanisma rasional perbuatan manusia dan implikasinya kepada kehidupan… you have to be extremely smart to do so!
Maka tarbiyah dan dakwah lebih disambut secara subur oleh pelajar di bidang hard science tanpa ada sebarang konflik dengan bidang pengajiannya. Malah gerakan dakwah juga berebut-rebut mahu menerima keahlian mereka kerana ia meningkatkan imej kumpulan masing-masing.
Kumpulan saya ada ramai doktor.
Kumpulan saya ada ramai jurutera.
SAINS SOSIAL MENCETUSKAN KONFLIK
Tolaklah ke tepi pelajar-pelajar dari kategori yang belajar sekadar mahu lulus periksa. Perbincangan saya ini tidak ada kena mengena dengan pelajar atau sesiapa yang berkata “entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku ambil bidang ini!” Golongan seperti ini mungkin lulus cemerlang di dalam bidang sains politik, namun tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di sekitarnya dan menjadi mangsa pertama percaturan politik aplikasi biar pun dia itu wira politik teori di atas sekeping ijazah.
Namun, apa yang menjadi fokus saya ialah kepada pelajar yang sentiasa peka, belajar dan memikirkan tentang pelajarannya, serta apa hubung kait pelajarannya itu dengan kehidupannya di luar bilik kuliah dan perpustakaan.
Seorang pelajar sejarah, akan belajar tentang sejarah kemunculan idea-idea yang ada hari ini.
Sebelum bercakap tentang ancaman sekularisma kepada ummah, mereka telah terlebih dahulu perlu belajar tentang sekularisma era George Holyoake malah dikorek hingga ke akar umbinya seawal Ibn Rushd dan Averroism school of philosophy.
“Sekularisma ialah memisahkan agama dari politik. Sekularisma adalah jalan terpantas untuk seseorang itu menuju Riddah!”, kata seorang naqib di dalam usrahnya.
Idea-idea sebegini akan segera menyebabkan pelajar sains sosial di bidang sejarah dan sains politik rasa terganggu. Mereka akan segera merasakan bahawa kefahaman tentang sekularisma yang sedemikian rupa adalah terlalu dangkal dan tidak keterlaluan boleh dikatakan sebagai rubbish! Apakah content Tarbiyah kumpulan dakwah ini? Apakah mereka faham dengan apa yang mereka perkatakan? Soalan-soalan sebegini datang bertubi-tubi on daily basis kepada seorang pelajar sains sosial.

Sebelum bercakap tentang ancaman Islam Liberal, atau mengkritik Nurcholis Majid (Cak Nur), pelajar sains sosial telah terlebih dahulu dituntut agar mendefiniskan liberalism dalam konteks yang betul. Mereka telah terlebih dahulu perlu mengetahui pandangan orang-orang seperti Adam Smith, dan mengenal pasti perbezaan trend yang wujud di bawah slogan liberalism seperti Manchester Liberalism, Cultural Liberalism, Political Liberalism, Sosial or Neo Liberalism dan sebagainya.
“Liberalisma ialah usaha untuk membebaskan manusia dari ikatan kepada agama. Ia membuka ruang kepada manusia untuk bebas memilih sama ada mahu berdosa atau berpahala dan kita tidak berhak berkata apa-apa. Antum mahu negara kita jadi seperti ini?”, tanya seorang naqib kepada ahli usrahnya.
Pandangan penuh emosi dan bernada tinggi ini, akan segera menyebabkan pelajar sains sosial di bidang sejarah, sains politik dan ekonomi akan berasa terganggu.
“Naqib aku ni faham ke apa benda yang dia cakapkan ini?”, rungut hati seorang pelajar sains sosial yang juga dididik agar sami’na wa atha’na atas nama amal jama’ie.
Itu di peringkat teori dan kefahaman.
Dalam ertikata yang lain, saya cuba untuk mengajak kita semua melihat di mana rasionalnya pelajar sains sosial enggan mendekati kumpulan dakwah terutamanya yang berpegang dengan agenda Islamism. Mereka akan menganggap kumpulan ini hanya beretorik dan tidak mempunyai apa-apa kefahaman yang bersifat substantial kerana untuk berjuang menentang kebejatan sekularisma, mereka hanya berpada dengan definisi sekularisma yang dihafal dari mulut amir atau pemimpin mereka yang mursyid.
Cakap kosong semata.
APLIKASI SAINS SOSIAL
Itu di peringkat teori dan kefahaman.
Apabila persoalan ini dibawa ke peringkat mengaplikasikan teori sains sosial, konflik di antara gerakan dakwah dan islah dengan sains sosial akan jadi lebih meruncing.
Bagi sebuah gerakan yang berhasrat untuk mengubah masyarakat dan sistemnya, mereka perlu mempunyai kaedah yang jelas dan tepat dalam menganalisa masyarakat. Ahli sains sosial seperti sociologist dan anthropologist akan menganalisa masyarakat dengan disiplin dan metodologi yang boleh diukur dan berasas.
Misalnya, untuk sebuah gerakan Islam membuat keputusan tentang pendiriannya berhubung dengan trend yang wujud di dalam masyarakat terhadap isu-isu yang diperjuangkannya, mereka perlu melakukan kaji selidik. Survey sebegini mesti dilakukan dengan cara yang betul, memenuhi tuntutan kualitatif dan kuantitatif terhadap sampel yang terbabit supaya mereka mendapat keputusan yang tepat tentang gambaran sebenar kefahaman serta reaksi masyarakat kepada apa yang mereka perjuangkan.
Tetapi, sejauh manakah gerakan Islam memperlengkapkan dirinya dengan hal ini?
Apakah setiap kali gerakan Islam di mana-mana bahagian dunia kalah di dalam pilihanraya maka ia mesti berpunca daripada penyelewengan pemerintah dalam mengendalikan proses pengundian semata-mata?

Bagaimana pula kemungkinan perjuangan yang tidak bersandarkan asas? Memperjuangkan satu isu tanpa mempedulikan sejauh mana kefahaman masyarakat tentang isu tersebut, sejauh mana mereka memahaminya, sejauh mana relevannya isu yang dibawa… dan semua ini gagal dijawab kerana gerakan Islam tidak menyelidiknya?
Malah jika ada dakwaan bahawa penyelidikan dibuat, apakah asas penyeldikan berkenaan? Mampukah ia berdiri teguh jika ditimbang dengan neraca sains? Atau hanya sangkaan semata-mata?
KERISAUAN YANG BERASAS
Inilah yang mencetuskan kerisauan kepada saya.
Isu ini bukan sahaja isu gerakan Islam, malah isu masyarakat kita secara keseluruhannya. Kita menganggap manusia itu mudah kerana setiap kita ini juga adalah manusia. Kita lupa bahawa manusialah yang menentukan matlamat, manusialah yang menghasilkan mesin dan manusialah yang menghasil dan menggunakan teknologi. Sebelum matlamat dicabar, mesin dianalisa, teknologi dinilai dari segi etika, kita lupa kepada keperluan mendalami prima causa dan pemula segalanya… manusia.
PENYELESAIAN
Tidak sedikit pelajar kejuruteraan dan perubatan malah jurutera dan doktor sendiri yang dinamik dalam fikrah dan gerak kerjanya. Tetapi mereka berupaya untuk menjadi begitu apabila mereka keluar dari sekadar memperhambakan diri kepada silibus dan profesyen masing-masing. Mereka tidak hanya membaca buku teks kejuruteraan untuk profesyen dan buku teks Hasan al-Banna dan Mustafa Masyhur untuk dakwahnya, sebaliknya mereka meluaskan bacaan dan kefahaman dengan mengambil buku-buku Current Affairs, Political Science, Falsafah, Sejarah dan menganggap semua itu sebagai sebahagian dari keperluan Tarbiyah dan BEKALAN UNTUK MEMENANGKAN ISLAM.
Tidak sedikit pelajar Syariah dan ustaz ustazah yang dinamik, tetapi mereka menjadi dinamik hanya selepas mereka berjaya memecahkan tembok sangkaan bahawa “ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”.
Saya setengah mati mahu keluar dari tembok itu.
Sesungguhnya jalan untuk memenangkan Islam itu tidak semudah yang disangka…
Sejauh mana kita semua bersedia KE ARAH MEMENANGKAN ISLAM?
Abu Saif @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Salamun ‘alaikum.
Biarlah ana menjadi pengkomen pertama buat sekian kali. Sekadar berkongsi, apa yang ustaz gambarkan dalam artikel, benar-benar apa yang saya nampak di tempat saya belajar.
Sahabat saya, seorang pelajar Engineering, tetapi sungguh berminat membaca tentang teori tentang kemanusiaan, buku-buku self help dan sebagainya, sering kali mengambil pendekatan mengkrtitik pendekatan tarbiyah dan memberikan cadangan-cadangan buku untuk dibaca oleh para naqib dan sebagainya.
Tetapi setelah cadangan demi cadangan diberikan, kesemuanya seolah-olah ditolak oleh pihak naqib, yang akhirnya menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk tidak bersama dengan badan tarbiyah yang telah established itu, kepada platform yang lain.
Sekian sahaja, perkongsian, sekadar ingin membuktikan bahawa apa yang diceritakan oleh ustaz, bukanlah terhad kepada pemerhatian ustaz sahaja, tetapi juga daripada pemerhatian ana sendiri.
Wallahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum wbt..
sy sebagai seorg pelajar perubatan sangat2 bersetuju dengan pandangan ustaz..tp pada pandangan sy, utk menjadi seorang doktor yg tahu segala-galanya adalah satu perkara yg terlalu idealistik..ustaz bygkan,seorg pelajar perubatan perlu buka buku anatomy,physiology,biochem,pharmaco,patho, dan lain2 lg..kalau bernasib baik,pelajar yg ada fikrah untuk bergerak dalam jemaah islam akan ambik sedikit mase untuk membaca buku2 tentang haraki,feqah,tasawwuf dan lain2 lg..sy bukanlah mencari alasan untuk mengelakkan diri dr menjadi seorg yg ’sempurna’ dlam menegakkan islam, tetapi kita kena tgk jugak priority kita..mana yg lg penting.sistem pelajaran sekarang tidak menjadikan sy seperti ibnu sina,seorg yg mahir dalam bidang agama dan perubatan..hari ini,pelajar perlu memilih salah satu daripadanya, ustaz atau doktor..tetapi yg diberi hidayah akan cuba belajar ilmu2 agama,tetapi itu pun terlalu sedikit yg dapat dipelajari..sy tidaklah beruntung seperti ustaz yg diberi rezeki untuk belajar bidang agama..tetapi sy perlu berusaha untuk mencarinya walaupun hanya sedikit yg diperolehi..untuk mendalami semua ilmu adalah sgt mustahil meskipun ia boleh dicapai dengan mujahadah yg sgt2 tinggi..ape komen ustaz..
wa allahu a’lam..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Saya tidak meminta perubahan within satu malam..
Pelajar perubatan mesti membuang kepercayaan bahawa mereka terlalu sibuk hingga tidak punya masa untuk keluar dari silibus mereka bagi membaca dan memahami perkara-perkara lain…
Pelajar perubatan bukan manusia paling sibuk di alam ini
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ahhh, panjangnya perjalanan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Ustaz, saya mintak izin untuk copy perenggan terakhir article ni ke dalam blog saya. I’m a medical student yang alhamdulillah diberi hidayah untuk mengikuti tarbiyah islamiyah a few months back. My medical friends selalu juga melawat blog saya. I hope that paragraph will at least instill a sense of realisation if not immidiate change, insyaAllah. I’ll state the source. Thank you.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Sama la. Saya juga mengalami dilema yang sama. Stuck in a machinery world. Just like inside The Matrix.
Rekomen Ustaz untuk tonton The Matrix trilogy dan kaji falsafah disebalik filem tersebut.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Paling penting semua bidang perlu bergabung dan bekerjasama serta mendekati masyarakat sekeliling. Cuba tanya masyarakat apa yg mereka perlukan daripada seorang doktor, jurutera, ahli kajibumi, ahli sejarah, ahli agama dll.
Bila kita sedar matlamat utama setiap muslim adalah akhirat, menganggap setiap pekerjaan adalah ibadat, praktikal kita jadi berkat dengan sendirinya ia tersebar ke segenap masyarakat. Insyaallah.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
re comment #3, betul kata ustaz. pelajar perubatan bukanlah manusia paling sibuk di dalam dunia sehingga dirasakan begitu sukar utk membahagikan masa antara pelajaran, pentarbiyahan diri serta dakwah. however idealistic this may sound, “di mana ada kemahuan di situ ada jalan” ada banyak kebenarannya. selalunya, seorang pelajar (saya sendiri seorg pelajar) hanya ‘rasa’ bahawa kita sibuk dan masa itu selalu tidak mencukupi utk melakukan sesuatu perkara, especially pentarbiyahan diri. sedangkan hakikatnya, kita yang kurang bijak atau gagal dalam memperuntukkan masa untuknya. “it’s not that one does not have time for things; one is just not making time for things”.
———–
berkenaan artikel ini, saya sendiri sebagai pelajar “hard science” seringkali (especially of late) merasakan kepentingan mempunyai serba sedikit (if not serba se’banyak’) ilmu sains sosial. sociology for example, however hard to fathom ketika pertama kali menghadiri kuliahnya (as a part of the course requirement) has started to make sense especially apabila melakukan community work – berinteraksi dengan manusia.
however, itu adalah aplikasi sociology dalam course ‘hard science’ saya. bagaimana pula untuk tarbiyah dan dakwah? personally ustaz, i hardly know where to start!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
“Tetapi mereka tidak akan mencabar content Tarbiyah apatah lagi retorik dakwah dan siasah!”
saya cukup bersetuju dengan pandangan ustaz ini. jarang antara mereka yg mampu mencabar content Tarbiyah. bukan kerana tidak berani, tetapi kerana tiada pengetahuan yg mencukupi dan kurangnya kredibilti/authority(berijazah agama, menuntut dlm bidang agama, asal dr sekolah agama, bergelar ‘ustaz’) untuk mempersoalkan ucapan naqib/naqibah mereka.
saya faham maksud ustaz.ustaz bukan la menyeru pelajar sains tulen meninggalkan bidang mereka.cuma yg dituntut adalah untuk mereka membebaskan diri & pemikiran yg membelenggu mereka selama ni.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Secara peribadi saya dari sekolah menengah lebih suka membaca bahan psikologi dan seumpamanya untuk aplikasi dakwah walaupun saya aliran ‘hard science’. Kerana untuk ber’main’ dengan manusia menuntut ilmu untuk berhadapan dengan manusia.
Cuma saya perlu lebih proaktif dalam soal pengurusan masa. Sibuk bukanlah alasan terbaik!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
seronok baca artikel kali ni..sebab terkena dgn batang hidung sendiri,,tapi nak buat macammana ustaz,,ana banyak juga nak mempertikaikan banyak benda dalam jemaah islam ni,,tapi bak kata ustaz,bdk science ni rasa rendah diri dalam bab agama,,nak tak nak,,still join sebab saya nak jalankan tanggungjawab sebagai muslim.semoga satu hari nanti jemaah islam di malaysia akan dapat mengaplikasikan apa yang ustaz perkatakan di atas,,amin,,
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
nampaknyer artikel ni khas untuk pelajar ye
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
saya berminat dengan satu analisis kepada masyarakat atau population di tempat saya (institut pelajar) tentang kefahaman mereka tentang agama yang mereka anuti. Pihak surau ada membuat berbagai program tetapi sambutan tidak berapa menggalakkan dan saya ada juga mencadang kepada mereka supaya kita buat analisis tentang population dulu sebelum merangka program yang sesuai dan lebih “reaching”. Masalahnya di mana hendak mula? Saya tertarik kepada survey yang qualitatif and quantitatif tetapi bagaimana ya? Ada sumber yang boleh dirujuk? Contoh atau garis panduan?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam Ustaz.
Kalau nak diikutkan, Prof Syed Naquib pernah melontarkan kerisauan beliau dalam trend menempatkan pelajar-pelajar bijak ke dalam jurusan sains dan teknologi dalam jumlah yang begitu banyak manakala pelajar-pelajar yang ‘kurang cemerlang’ dilonggokkan di dalam aliran sastera di peringkat sekolah.
Kesannya dapat dilihat dengan jelas pada hari ini dimana ketidak seimbangan dalam dua aliran ini,iaitu sains (sains fizikal) dan sastera (sains sosial) telah menimbulkan polemik dalam masyarakat. Segala bentuk pembangunan yang dibina tidak mengambil kira faktor ‘kemanusiaan’ dan ‘ketuhanan’ kerana profesional yang ada pada hari ini gagal memahami falsafah kemajuan dan pembangunan menurut Islam malah meniru bulat-bulat model Revolusi Industri dari Barat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam
Bukan untuk pelajar sahaja rasanya artikel ini. Lebih kepada Ustaz mencabar pembaca untuk lebih bersikap analytic dalam menerima sesuatu idea especially dari golongan yang kita rasakan ‘lebih islam’ dari kita. Sebagaimana cabaran untuk memahami artikel ustaz tentang teori evolusi yang ada basis untuk mempercayai dari sudut sejarah dan ayat2 Quran.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…
terima kasih utk artikel ini ustaz..
saya dari bidang “hard science” juga…dan selama 2 tahun saya merasakan diri terlalu dungu..tidak tahu apa2 mengenai dunia luar..yang saya tahu cuma baca buku utk lulus exam sahaja..sampaila satu tahap saya tekad utk keluar dari belenggu ini..
ya..mungkin kefahaman saya terhadap tarbiyah dan gerakan islam pada awalnya tidaklah sebaik rakan2 yang berasal dari sekolah agama..dan saya tidak menjadikan itu sebagai alasan utk merasa rendah diri..malah saya semakin hari semakin minat untuk mendalami ilmu2 agama dan sejarah2 islam..alhamdulillah saya melihat diri saya kembali,mengubah diri dan alhamdulillah matlamat jua berubah..saya membuat perbandingan yang banyak..membaca apa sahaja bahan bacaan yg boleh memberi input..bukan buku2 agama sahaja..jangan jadikan kesibukan sebagai alasan..sy pelajar kejuruteraan yang belajar bukan dalam bahasa melayu mahupun english..ini lebih susah dari shabat2 lain kerana saya ada masalah memahami bahasa..bole jadi saya lagi sibuk dari pelajar medic..
mari bergerak untuk menangkan agama Allah ini..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salamun ‘alaikum,
Sekadar ingin bertanya, memandangkan seni dan sastera dihasilkan berdasarkan pemerhatian ahli sastera dan seniman terhadap masyarakat, politik semasa dan sebagainya, adakah pembelajaran seni dan sastera termasuk dalam artikel ustaz ini?
Tertarik dengan penulisan Zubir Ali tentang seni dan dakwah di utusan hari ni.
Wallahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Menarik artikel ustaz ni.
Di tempat ana, kebanyakan mahasiswa fakulti sains lebih cenderung untuk turun dalam medan dakwah berbanding fakulti lain. Pelik juga kadang-kadang tu..Orang yang banyak belajar tentang agama ramai yang duk diam.. apakah kerana cabaran dalam bidang yang dipelajari menyebabkan mahasiswa fakulti sains lebih berani berbanding yang lain?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
one of the best article ive read.it made my day.:)
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Alhamdulillah, naqib saya sering menyatakan berulang-ulang kali supaya membaca sesuatu yang bukan dari subjek pembelajaran kami…
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
assalamualaikum ustaz
saya tulis perihal ini dan mungkin tidak jauh dari maksud ustaz.
mungkin isi saya tidak sebaik ustaz
perihal ini tercetus sewaktu kepulangan saya dari sepanyol selama 10hari
http://someideas.wordpress.com/2008/01/21/ilmu-ilmu-asas-yang-mesti-dikuasai/
sekarang kelas dah mula dan mungkin kena kurangkan membaca buku-buku falsafah dan theology dan kembali kepada medicine
mohon maaf atas kritikan buku the blind spot
yeah, saya tak harus dicourage pembaca dari membaca apa-apa buku
freedom to access to information is the prerequisite for democracy
waAllahualam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
my qoute that might be good to think
mendirikan negara islam itu sukar
tetapi mengisi kemenangan negara islam itu lebih sukar
kerana shariah tanpa budaya tempatan itu kering
kerana melihat shariah dengan mata yang judgemental itu berbahaya
kelak kerajaan yang zalim akan dilegimitizekan hanya kerna dia berpaut pada
shariah yang kering dan menghambarkan
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
The keypoint is to be open minded, don’t become a pessimist, meet lots of people, travel around and do not critic if you have no knowledge about it.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
abg wan saiful takkan senyum jaa
komen lah sket
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam. 1 artikel yang mencerahkan.
Dari seorang pelajar Hard Science, saya lebih banyak memberi masa untuk Soft Science. Tulisan ustaz ni macam kebetulan pula bila dalam lewat kuliah yang saya ‘tumpang’, isu yang sama dibangkitkan.
Tulisan ustaz sangat menepati realiti semasa di mana saya fikir ramai kita yang terkepung antara fikiran hitam-putih tidak selesa.
Saya, meskipun percaya kepada Liberalisme, masih hati-hati dalam memahaminya. Mungkin kerana latar keluarga dan pergaulan yang luas dengan kelompok marhain menjadikan saya hati-hati, terutama dalam memahami sistem ekonomi liberal yang percaya kepada pasaran terbuka.
Sepanjang ingatan saya, sdr Fathi Arislah orang yang banyak mengingatkan saya dinamika manusia. Masih saya ingat saat mula bertemu FAO, secara sinis dia meragui kesungguhan mahasiswa untuk membawa perubahan kerana kualiti pembacaan dan kesediaan yang cetek untuk memahami. Hal yang sama lagi datang bila saya bertemu sdr Isham Rais, sdr Khalid Jaafar dan ramai lagi hingga akhirnya saya sedar, bahawa mereka pada akhirnya cukup sayang dengan orang muda tanpa mahu memanjakan.
Bertatih dan tak pernah rasa jemu. Dari seorang mahasiswa yang ‘kononnya’ lantang di kampus, saya mahu memilih jalan yang saya setuju wajar saya tekuni.
Sebetulnya saya sangat berminat dengan soft science ni kerana terlibat dalam bidang kejurulatihan – team building dan kepimpinan. Rasa tidak selesa dengan beberapa insiden membawa saya kepada artikel ustaz berkaitan bidang latihan yang cerita soal Malu dan Segan.
Alhamdulillah, sejuk hati kerana perasaan berat dalam hati rasa seperti dikongsi.
Sekadar perkongsian..doakan saya!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Acab, given what I know now, I would probably change some of the stuff that I wrote, but my “comment” is posted here: http://wansaiful.com/2004/12/29/teknokrat-hizbullah/
Sapere aude!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Anyhow, it took all the yes and no all along our experience (tajribah) to arrive at this conclusion. I had no regret about the past, but feel sorry and disappointed if ‘our today’ refuses to learn from the past.
Not all people considered failure and being defeated as pain. They even prefer to consider that as their comfort zone, rather than moving towards the courage zone by embracing CHANGE.
Better to be defeated again and again, rather than learn to CHANGE
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam
harap ustaz boleh menulis lagi tentang tajuk ini…harapan dengan percambahan idea tersebut, boleh membuka ‘pintu2′ yang seakan tertutup rapat.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
saya masih lagi cuba mempelajari “ilmu2 barat” dengan seobjective yg mungkin…tiap kali lecturer bincang marx ke durkheim ke mesti dalam kepala banyak soalan,especially yg tak puas hati dengan teori2 itu hinggakan essence of the subject sukar sesangat dicerap,macam mana ya ustaz?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
bila isu jurutera dan pelajar kejuruteraan dibangkitkan, saya terasa terpanggil untuk meninggalkan jejak.
benar, apabila seorang pelajar kejuruteraan itu hanya belajar ikut silibus,pengendalian usrah juga dibuat secara ‘ikut silibus’. katanya “bila aku belajar dengan cara ini, aku dapat 4 flat” tetapi masakan kefahaman manusia itu sama. nak-nak kalau nature course yang diambil itu berbeza.
But one point to be pondered; these guys are those who worked with numbers, problem based learning and results. The good thing about them is that they really care about the numbers involving Islamic movement. They will want results, they want better and bigger things. For instance, they want more members, more active role in spreading “the good words”
the problem is, it is not their nature to criticize. they learned that the formula to a certain Newton law is fixed. And in the context of tarbiyyah, they tend to use the same thing (curriculum) all over again for the same results. there is always uniqueness in each and every one of us. they can always use that!
and of course, some of them are lacking of soft skills. they can’t convince the leaders of their ideas, especially when they (the leadership) are not in the same course as them.
Benar ustaz, yang dinamik tak ramai. Pembacaan perlu diperluaskan. Soft skills perlu diperbaiki. Gerakan Islam amat perlu kepada yang dinamik. Kalau esok2 gerakan Islam menguasai semua pengeluaran minyak dunia. Tak ke haru Amerika Syarikat?
Terima kasih ustaz atas pandangan.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam ustaz, saya amat tertarik dengan artikel yang ustaz tuliskan. satu benda yang saya tercari-cari selama ini..
untuk pengetahuan ustaz, saya mempunyai dua orang anak usrah yang ENGGAN mengikuti program smart circle yang dijalankan oleh persatuan. saya amat risau dan sedih mengenangkan mereka kerana saya sangat mahukan setiap orang yang menjadi ahli smart circle saya mendapat KEFAHAMAN YANG JELAS tentang Islam kerana mereka adalah aset Islam, yang HAMPIR dengan masyarakat.
apabila terbaca artikel ustaz, saya memikirkan bahawa pengkajian sains sosial bukanlah merujuk kepada kajian terhadap masyarakat semata-mata , bahkan pengkajian terhadap individu itu sendiri sangat penting juga kerana mereka adalah KOMPONEN yang mewujudkan sistem sosial itu sendiri.
oleh itu, sebagai pengaplikasian teradap idea yang ustaz tuliskan, saya merasakan saya mahu mengkaji latar belakang anak usrah saya itu lantas memahaminya untuk menariknya kedalam usrah saya.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
maaf, respon saya untuk komen yang ke3..
sebab itu dalam buku ‘kewajipan remaja muslim pada hari ini’ oleh dr yusof qardhawi, “menjadi kewajipan ke atas remaja muslim MEMAHAMI ISLAM dengan kefahaman yang BAIK. tetapi BUKAN BERMAKNA kita inginkan daripada pelajar perubatan dan kejuruteraan meniggalkan pengajiannya kemudian menumpukan masanya untuk membaca kitab-kitab hadis, tafsir, fikh, usul dan sebagainya. bukanlah ini yang dituntut daripada semua orang. semestiya terdapat PENGKHUSUSAN dan KEPAKARAN yang tertentu, setiap orang DIPERMUDAHKAN bagi sesuatu yang diciptakan untuknya.”
1. oleh itu, kepada pelajar ‘hard science’, jangan abaikan bidang utama anda! tapi, jangan memberi banyak alasan mencari masa bagi memenuhi tuntutan kehidupan dan tanggungjawab kita dengan membaca dan mempelajari ilmu yang berkait dengan kehidupan. MASA itu ADA, cuma kita yang TIDAK BIJAK menguruskannya. KURANGKAN dan TINGGALKAN apa yang kurang penting, seperti makan, minum dan tidur.. KITA BOLEH , kalau kita NAK!!
2. saya mencadangkan agar diwujudkan pengkhususan, contohnya, kita wujudkan unit kajian dan pembangunan dalam setiap kumpulan gerakan Islam dan mana2 persatuan atau sayarikat perniagaan . mereka yang mengambil jurusan ’soft science’ la yang paling layak untuk mengganggotai unit tersebut. mereka adalah penasihat utama dalam persatuan tersebut.
kita TIDAK PERLU mendalami secara serius dalam bidang selain bidang utama kita, TAPI,
kita masih BOLEH MEMBACA dan MENDAPATKAN sedikit pengetahuan dalam mana-mana bidang supa ya kita mampu mencapai kejayaan dalam sistem kehidupan yang dah tersedia ada seperti sekarang ini.
salam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam..
sy ade satu mslh besar.. saye sorang plajar hard science gak.. sy sdar dgn kebenaran artikel ustaz nih, namun sy risau dgn mslh diri sndri yg kurang minat bab2 soft science nih.. lagi2 sejarah la.. tp,sjak ade kesedaran ttg islam n join tarbiyyah, sy dah minat balik utk gali balik sjarah Rasulullah SAW,para sahabat n juge tokoh2 islam yg lain.. namun minat sy pd buku2 atau bidang lain yg soft science tu masih blum bkembang..
ustaz atau sape2 ade idea x mcm mane nak timbulkan minat n keinginan utk bace buku2 Current Affairs, Political Science, Falsafah, Sejarah mcm yg ustaz sbut tu? seriously,rase susah je nak paham n hadam buku2 camnih.. huhu..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam…ust,barula saya faham kenapa senior2 saya dalam gerakan sangat menggalakkan kami mendalami sejarah2 malaysia,berkenaan theologi,hubungan antarabangsa…masa dulu,xfaham..rasa cam pelik..yerla,dalam medan tarbiyah,penting ker mender2 cmtuh..patut la fikrah diorang mantap2 dan fkiran pon memang kritis sangat2…biler bacer artikel ust yang nih baru saya faham relevan diorang suruh tuh..huhuhuhu…moga2 ada kekuatan tuh..
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam untuk semua
saya baca artikel ini 2 kali in different day just to really understand the whole discussion…itu pun mungkin ada juga yang tak berapa tepat.
yes, it really takes REAL courage to CHANGE.
memahami entry ni, pada pendapat saya kita perlu benar-benar memahami salah satu unsur kehidupan iaitu manusia – sifat dan sikapnya, nilainya serta kemampuannya memberi kesan terhadap perjalanan kehidupan.
terdapat perbezaan asas dalam memahami konsep pembelajaran kita di mana2 peringkat:
adakah setiap peringkat sijil/ijazah itu sama ada sarjana muda, sarjana mahupun PhD (pengajian habis dah) menggambarkan kemahiran kita secara spesifik dalam sesuatu bidang…ataupun perbezaan peringkat ijazah itu menggambarkan kematangan dan kemampuan kita dalam berfikir menghadapi segala perkara dalam kehidupan?
saya sangat cenderung kepada pilihan yang kedua; dan berharap kita menuju ke arah itu. dengan itu, kita tidak akan mengalami konflik antara hard science, soft science or whatever it is…
‘you dont have to be great to start, but you have to start to be great’
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pesan Pak Din Merican kepada kami – ‘utk sedar dan berusaha tidak penting di mana bermula, tapi di mana berakhir’
Pesan pensyarah saya – ‘orang putih kata Jack of all trades, masters of none untuk perli orang yang tahu banyak perkara tapi tak ada kepakaran dalam bidang mana pun. Tapi saya nak kamu jadi jack of all trades, master of one’!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Pesan Orang separuh inggeris separuh melayu – “Pendidikan di Malaysia seperti tikus membaiki labu”.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
salam,
#24 ummusaif Says:
January 22nd, 2008 at 10:40 pm
“The keypoint is to be open minded, don’t become a pessimist, meet lots of people, travel around and do not critic if you have no knowledge about it.”
…suka ayat dari ummusaif..
bace entry ustaz kali ni wat sy berfikir..huhu.sy pelajar perubatan.alhamdulillah dpt peluang ikut tarbiyah kat tempat sy belajar skng n semangat n kesedaran tu ada.nak kongsi dgn semua,sy dulu belajar disebuah sekolah yg kalo sebut nama mesti org akan kagum(sekolah agama)..tp seingat sy byk program kt skolah dulu yg x menarik hati sy atau sy sendiri yg study oriented.huhu.asyik study ja,xhirau org.at last mmgla dpt result spm yg ok,dpt scholarship blaja medic.tp bila fikir blk sy xsempat kutip byk pon mutiara yg ada kat skolah dulu..kesedaran utk ikut tarbiyah n dalami bidang agama nih pon timbul ms kat oversea ni..alhamdulillah dtg cni,walopon mula2 tu xnk terima tawaran nih..perancangan dari-Nya mmg cukup sempurna buat hamba-Nya..
sains social or sains tulin??sy mengaku sy dulu pon pnah ckp biarla org sains social yg amik agama,sejarah wat tugas2 dakwah nih.tp pandangan sy dah berubah skng,setiap muslim mempunyai tugas berdakwah..dakwah atau belajar?mana lg penting..mesti rmai yg jwb belajar..tp bg sy dua2 sm penting.masa bukan xcukup tp kita xpandai atur.huhu.jadiknlah belajar sbgai alat utk berdakwah teman2ku semua!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
still wondering and processing, need time to think, maybe bcoz my low blood glucose level this morning, interesting. wish u ilannajah
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
“Tidak sedikit pelajar Syariah dan ustaz ustazah yang dinamik, tetapi mereka menjadi dinamik hanya selepas mereka berjaya memecahkan tembok sangkaan bahawa “ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”.”
ustaz ana sedikit keliru tentang hal nih..boleh tak ustaz cadangkam satu artikel kpd saya untuk memahaminya
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
perlu ada team soft sains dlm grakan islam…..mereka ini perlu dihantar oleh jemaah secara on mission utk bidang2 spt ini….bljr 4-5 thn atau mungkin smpi dpt phD and then jd tink-tank utk create system camner nk latih naqib2 yg competent…mrk nie la tukang latihnya…..mereka2 yg dh lulus baru bole upgrade jd naqib
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Salam,
Artikel yang menarik, ust. Saya nampak apa yang diperkatakan, kerana topik ini memang menjadi persoalan utama yg menjadi perhatian saya dan beberapa teman.
Walaubagaimanapun, membaca komen demi komen yg rata-ratanya drp pelajar jurusan sains tulen dan beberapanya drp pelajar sains sosial, saya memilih utk berbeza dalam memberikan komen. Hal ini ada hubungkaitnya dgn bidang yang saya ambil, usuluddin.
Sains Sosial, dari sudut sejarahnya adalah bidang keilmuan yang dibangunkan oleh sekular selepas barat menolak panduan gereja. Dalam mencari panduan yang boleh membahagiakan manusia selepas gereja ditolak, satu demi satu disiplin sains sosial dibentuk. Sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan psikologi. Semuanya dibangunkan bagi menggantikan ’syariat’ Kristian, yg sememangnya tidak diturunkan utk membina sebuah negara.
Dari sudut yang lain, sains sosial dibangunkan drp epistemologi dan metodologi sekular. Sejauh mana kajian empirikal yang didakwa berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif terhadap ’sample’ itu mampu menafsir gelagat dan tingkah laku sosial dan meletakkan hasil kajian itu dalam satu jadual yang seragam dan men’generalisasi’kannya untuk memahami sikap dan tingkah laku manusia yang sememangnya kompleks dan rencam? Mungkin jawapannya ya, jika kajiannya dalam Sains Tulen, tetapi tidak dalam alam manusia. Kesimpulan yg dibuat dalam bidang sains sosial menghasilkan keputusan yang bersifat nisbi/relatif/spekulatif (Khoo Kay Kim) ataupun dalam bahasa al-Quran ’sangkaan kamu semata-mata’. Jadi, perlukah kita tercari-cari satu paradigma baru utk meninggalkan petunjuk wahyu yang bersifat qat’ei/pasti/mutlak dan menggantikannya dengan satu paradigma yang bersifat spekulatif dan relatif sepertimana yang ust sentuh dalam muqaddimah artikel ini?
Metodologi Sains Sosial (yang diambil drp metode sains tulen) hanya boleh mengesan fenomena sosial yang membabitkan iradah al-kawniyah, ataupun sunnahtullah. Mereka mengabaikan bahawa di sana terdapat iradah al-syar’iyyah. Konsep kausaliti Islam (cause and effect) telah meletakkan bahawa dlm setiap sebab-akibat ada faktor penengahnya iaitu Allah. Bahawa, sejauh mana kita melayan kehendak Allah dalam syariat-Nya, sejauh itulah Allah akan melayan dan menunaikan serta membahagiakan manusia.(dlm iradah al-syar’iyyah walaupun di sana tidak dinafikan ada konteks iradah al-kawniyyah -sunnahtullah- tapi tidak memadai tanpa memahami alam sosial ini juga dalam konteks dan konsep iradah al-syar’iyyah). Inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Konsep kausaliti sekular yang diletakkan asasnya oleh Ibnu Rusyd yang kemudiannya menjadi konsep asas dalam metode Sains Sosial barat (yang menjalankan fungsi sebagai metodologi kepada sekularisme dalam membebaskan diri daripada panduan agama) menafikan faktor penengah ini, iaitu Allah.
Begitulah yang saya pelajari (saya masih pelajar) dalam bidang Usuluddin. Itu yang saya bimbangkan. Bila saya membaca artikel ini, terdetik di hati saya, alangkah baiknya jika ust mensasarkan tugas ini kepada pelajar usuluddin, dan bukannya pelajar sains mahupun sains sosial(tanpa proses pembinaan asas pemikiran Islam kpd mereka terlebih dahulu). Itu yang lebih sesuai. Kita letakkan tugas pada orang di bidangnya. Amat bahaya saya kira, jika ust menyarankan dan mencabar pelajar sains tulen (yang tiada asas-asas kaedah dan konsep pemikiran Islam yang asli) untuk terjebak dalam perbahasan seputar sains sosial (tanpa dibina asas itu terlebih dahulu).
Hal ini bukanlah bermakna saya menolak peranan Sains Sosial secara total. Syed Quthb dalam Maalim fi al-Thoriq dlm bab ‘Konsep Islam Terhadap Kebudayaan’:
“Sesungguhnya haluan seluruh “falsafah”, dan haluan seluruh “pentafsiran sejarah manusia,” serta haluan seluruh “ilmu jiwa,” selain daripada beberapa detail tertentu, begitu juga haluan seluruh “perbandingan agama” dan seluruh “pandangan dan isme-isme kemasyarakatan,” kecuali hasil yang berdasarkan research dan statistic, di dalam fikiran ala jahiliyah, baik dulu mahupun sekarang, adalah terpengaruh secara langsung dan konsep jahiliyah yang hampir seluruhnya bertentangan dengan konsep agama, terutama dengan konsep Islam.”
Bagi saya, individu yang ingin terjun dalam bidang ini perlu masuk melalui ‘pintu’nya yang betul iaitu Usuluddin. Dikhuatiri tanpanya, pelajar-pelajar jurusan sains tulen ini akan terjebak dengan perangkap sekularisme ataupun setidak-tidaknya Islam Liberal! wal ya’uzubillah. Mungkin tidak dalam interpretasi sekular yang nampak jelas menolak Islam, tetapi mungkin akan terperangkap dalam persoalan epistemologi dan metodologi yang bahayanya lebih besar. Jika begitu, akan berlakulah kekacauan epistemologi dan semakin berpecah-pecahlah kesatuan umat. Bercampur-campur antara sekular dan Islam. (jika dulu, bercampur-campur dgn falsafah yunani yang melahirkan firaq muktazilah, murjiah dsb -kini melahirkan puak-puak yang mentafsir falsafah sosial menurut kayu ukur yg mereka bina sendiri dan bukannya pendirian keintelektualan Islam -Ahli Sunnah wal Jamaah).
Takut-takut, dalam kita ingin melahirkan Imam al-Ghazzaliyy mahupun Imam Ibnu Taimiyah moden, kita ter’hasil’kan Ibnu Rusyd dan Averroism (yang ada saham dalam mensekularisasikan Eropah) lantaran kelemahan kita dalam bidang epistemologi dan metodologi Islam yang dijuarai oleh ulamak-ulamak tauhid zaman berzaman. Itulah malapetaka yang sehabis-habis besar yang menimpa dunia Islam persis malapetaka dalam sejarah Islam yang berlaku tatkala Muktazilah memegang tampuk siasah dunia Islam. Dalam bertempur di dunia pemikiran, jangan sampai kita terperangkap dengan musuh dengan menggunakan senjatanya tanpa kita ‘bersih’kannya dengan panduan tauhid yang suci. Jika dahulu dalam falsafah metafizik, kini (meminjam istilah Maulana Abul Hassan Ali an-Nadwi dan Syed Quthb) ‘jahiliyyah’ itu berwajah baru iaitu falsafah sosial.
Saya mohon maaf jika ada salah dan silap dalam saya menyusun kata-kata. Saya berpegang kpd prinsip bahawa hanya pendapat yg akademik dan ilmiah sahajalah yg perlu diberi tempat di dunia intelektual dan saya amat meyakini bahawa pendirian keintelektualan Ahl Sunnah wal Jamaah inilah yg paling ilmiah. Jadinya, saya amat mengharapkan pandangan-pandangan drp ust utk membuat perbandingan dan mengisi lompang-lompang kosong dlm penghujahan.
Terima kasih banyak-banyak atas kesudian dan kesanggupan ust melayan kerenah saya, budak kecil yg baru belajar-belajar untuk bermain pasir di tepian pantai sebelum terjun ke dalam lautan dunia intelektual yg terlalu luas dan kompleks ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum.
Ustaz & shbt-sahabat..
Saya pelajar yang Allah letakkan dalam bidang Dentistry.
Saya sangat setuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh seorang pelajar Usuluddin, saudara Rauf #43.
Rauf says:
“Bagi saya, individu yang ingin terjun dalam bidang ini perlu masuk melalui pintunya yang betul iaitu Usuluddin. Dikhuatiri tanpanya, pelajar-pelajar jurusan sains tulen ini akan terjebak dengan perangkap sekularisme ataupun setidak-tidaknya Islam Liberal! wal ya’uzubillah.”
Abusaif said:
“Ahli sains sosial seperti sociologist dan anthropologist akan menganalisa masyarakat dengan disiplin dan metodologi yang boleh diukur dan berasas.”
“Saya setengah mati mahu keluar dari tembok itu.”
Maaf ustaz, saya menarik diri dari saranan ustaz pada Thread kali ini kerana saya masih perlu memahami apakah itu Siasah Syar’iyyah, Fiqh Muamalat, Tasawuf, Usuluddin, Usul Fiqh, Usul Tafsir, Usul Hadis dan ilmu-ilmu alat yang merupakan ‘benteng keintelektualan’ bagi memelihara syariat Islam supaya tidak lari dari kehendak Allah dalam mentafsir ajaran Islam. Saya juga harus memastikan setiap keputusan yang diperolehi benar-benar daripada syariat Allah yang pastinya membahagiakan dan menyelesaikan segala permasalahan manusia.
Saya kira ini adalah solusi yang terbaik daripada membebankan pelajar “hard science” (seperti saya) untuk mendalami disiplin ilmu sains sosial yang pernah direka bagi menggantikan “syariat” agama Kristian pada suatu ketika dahulu dan berterusan sehingga kini.
wallahua’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mungkin cara saya menulis telah menghasilkan tanggapan yang silap sesetengah pembaca bahawa seolah-olah saya mahu menggantikan tradisi Islam di dalam cabang Usuluddin, dengan Sains Sosial! Sudah tentu saya tidak bermaksud begitu.
Saya mengambil langkah memasuki bidang sains sosial bukan untuk mencari gantian kepada apa yang telah saya pelajari sebagaimana tercatat di dalam ijazah saya sebagai pelajar shariah dan pengajian Islam. Tetapi sains sosial yang saya pelajari berguna untuk mengukuhkan lagi apa yang telah saya pelajari sebelum ini, dan kombinasi antara sains sosial dan syariah saya, ia dapat membantu kita memperbaiki malah membetulkan teori.
Prinsip-prinsip asas dalam Islam, kekal, unggul, tidak ada cacat celanya. Prinsip dalam Qawaid Fiqhiyyah, prinsip dalam Usul Fiqh dan perbahasan-perbahasan tentang Aqidah, tidak pernah berubah.
Tetapi untuk cabang ilmu yang diolah hasil interaksi ilmu wahyu dan garapan persekitaran, seperti ilmu muamalat dan even siasah syariyyah… prinsip dasar yang telah ada dalam Islam, tidak cukup untuk menerbitkan satu sistem yang valid untuk kegunaan hari ini, kecuali ia mesti berinteraksi dengan cabang-cabang ilmu lain.
Muamalat mesti diasah dengan ilmu ekonomi, bukan untuk mengubah prinsip asas muamalat, tetapi untuk memberikan implimentasi yang betul supaya produk muamalat tahun 2008 sesuai dan kompetetif untuk kegunaan tahun 2008.
Prinsip dalam siasah syariyyah telah berguna dalam mengatur tatacara pemerintahan di kurun ke 8 atau 9 Hijriyyah. Tetapi dengan keadaan hari ini, banyak semakan, rombakan dan pengubah suaian diperlukan… supaya syura bukan hanya konsep, tetapi polisi. Untuk menghasilkan hal ini,interaksi ilmu Syariah atau Usuluddin dengan ilmu dalam sains sosial diperlukan.
Ada ke saya cadangkan supaya pelajar hard science tinggalkan bidang usuluddin dan kaji sains sosial?
Saya rasa takde.
Malah ada ramai pembaca bahan sains sosial cakap tak tentu hala kerana tiada foundation Usuluddin dan Syariah.
Sebelah kaki saya di Jabatan Sejarah di Fakulti Sains Sosial. Sebelah kaki saya yang satu lagi dalam surau, masjid, dan seminar-seminar Islam. Saya bukan meninggalkan Syariah kepada Sains Sosial, tetapi saya mengahwinkan kedua-duanya… dengan pembaikan, atau pembetulan.
Wallahu A’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Lanjutan dari kenyataan bahawa manusia bertindak lebih banyak atas kepercayaan dan bukan kebenaran maka lahirlah pendapat yang sains sosial itu menggantikan syariah. Sudah pasti saya menyokong Ustaz bahawa bukan itu yang dilaksanakan. Ustaz mengahwinkan kedua-duanya, sebagaimana pentingnya kita menghawinkan atau synergikan Sunnah dan Syariah Allah. Saya lebih gemar merujuk sebagai Sunnah Allah (SA) dan Sunnah Nabi (SN). Maka kalau ada 3 cabang utama dalam beragama (SN) iaitu usuluddin/tauhid … maka kita mesti mengenali 3 cabagn yang sama di dalam SA, yang kajian tentangnya dirujuk sebagai ilmu sains. Saya melihat Pure Science sebagai Tauhid (bukti) dalam SA, sementara Usuluddin sebagai Tauhid (percaya) di dalam SN. Begitu juga dengan Sains Sosial boleh dianggap sebagai Syarak (bukti) di dalam SA, sementara Ibadah sebagai Syarak (percaya) di dalam SN. Setiap yang dipercayai mesti dibuktikan. Hanya apabila kita gagal memaksimakan penggunaan akal kritikal kita akan tidak dapat melaksanakan pembuktian.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
i’m one of those who left tarbiyyah because of the reason you’ve mentioned. nothing makes sense when tarbiyyah was actually about dictating what to do and not to do, and not about expanding our horizon, about challenges of being human and Muslim in this world at this period of history.
Respond to this comment [with empathy]
Pak Din reply on May 23rd, 2008 5:27 pm:
Care to elobrate about expanding the horizon! The universe is expanding ever since the Big Bang. I am very interested to share the expansion experience, especially one involving Natural Selection as oppose to Natural Enforcement.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Dari sudut yang lain, sains sosial dibangunkan drp epistemologi dan metodologi sekular. Sejauh mana kajian empirikal yang didakwa berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif terhadap ’sample’ itu mampu menafsir gelagat dan tingkah laku sosial dan meletakkan hasil kajian itu dalam satu jadual yang seragam dan men’generalisasi’kannya untuk memahami sikap dan tingkah laku manusia yang sememangnya kompleks dan rencam?”
Salam semua
Terima kasih Ustaz, hijau mendamaikan, biru melapangkan, merah meransangkan tetapi putih menyucikan ke arah kesempurnaan, kerana ia mengandungi semua warna yang lain, bagi Al Baab. Terima kasih juga kepada Asna, yang menyebabkan saya terlihat atrikel Ustaz yang mencabar ini.
Petikan dari Sdr Rauf (salam perkenalan) diatas perlu perhatian, tetapi tidak bermakna artikel asalnya tidak berkesan. Sudah pasti selaku tuan rumah Ustaz memikirkan yang terbaik. Malangnya kuda nampak rumput seberang sungai lebih hijau dan lupa nak minum! Bukan tak haus.
“ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”, saranan untuk memechahkan tembuk sangkaan, sebagaimana Ustaz menyimpulkan artikel di atas.
Menjadi Al Baab bukan sesuatu yang Tuhan baru cakap, melalui Al Quran. Kalau tidak secara suratnya di Kitab yang awal (tak dapat dibuktikan kerana tiada yang tinggal), kita perlu peka kepada peringatan yang serupa di semua Kitab yang telah diilhamkan kepada nabi-nabi yang ditugaskan, “Allah itu Satu” dan tiada Tuhan melainkan Dia. Jangan kita larikan focus daripada pandang makro atau menyeluruh, iaitu Islam dengan mengalih perhatian kepada Bagsa Arab. Bukan bermakna hendak memperkecil keberadaan Bangsa Arab, tetapi ingatlah bagaimana sebelum Arab, Isreal telah menjadi kesayangan Allah … sudah pasti perlu peringatan Isreal yang bagaimana?
Pertama sekali kalau dirujuk kepada “La hawla walaa kuwata illa biLah” dan “Faal Hamaha Fujuroha wataqwaha”, tidak mungkin ada ilham yang dicetuskan manusia atau mahluk lain (sebagaimana Al Quran mengatakan Allah memberikan wahyu kepada lebah dalam hal membuat rumah) termasuklah agen syaitan yang boleh berlaku atau ada, tanpa adanya atau hadirnya Allah membentuk Alam dan isinya (sebenarnya isinya itu juga Alam atau mahluk). Kesemuanya berakar kepada iradah Allah. Hanya sekarang ini kita, terlalu menyimpang dalam menerapkan sentiment baik sangka dengan Allah, sehinggakan semaca ada dua kuasa yang wujud, iaitu kuasa Allah (baik) dan kuasa syaitan (buruk).
Kau masih ada di minda pemikiran dua kuasa, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya telah membawa dua kayu ukur yang berbeza, dan sudah pasti akan terdapat perbezaan bacaan ukuran. Sampai bilapun kalau bacaan ini hendak disamakan ia tidak mungkin, kerana menentang Sunnah Allah. Hanya apabila kita bersetuju ada kesilapan cara mengukur atau apa yang ukur, dan bersetuju mencari perbezaan untuk disamakan, barulah bermakna pertukaran yang diushakan.
Allah sentiada bercakap dengan mahluk. “’Alamal bil Qalam” Yang mengajar dengan Kalam, apa yang kita tidak tahu. Dan Kalam Allah itu adalah segala kejadian ciptaannya. Segala Sunnah Allah yang dapat kita rasai sepanjang hidup kita. Carakerja Allah yang tidak pernah mengantuk dan tidak tidur. Qodo dan QadarNya yang memastikan segalanya berjalan mengikut kadar yang telah ditentukan termasuklah mukjizat (yang baik) atau sihir {yang tidak baik). Kefaham kepada Quantum sains akan memberikan gambaran jelas kepada berlakunya mukjizat, sudah pasti pada Al Baab, dan buka pada yang tidak percaya kepada wujudnya Allah.
Maka sekularnya pemikiran Muslim yang memisahkan kuasa baik dan kuasa jahat itu yang sebenarnya menjadikan mereka mendefinasikan “sains sosial dibangunkan drp epistemologi dan metodologi secular”. Pendekatan ilmu sains sangat telus, dan ikhlas. Maka sesiap sahaja yang cuba menjalankan penipuan, akan dengan sendirinya dihukum oleh Sunnah Allah, di dalam bentuk tidak berjayanya mereka memperolehi keputusan yang baik, seperti diharapkan, di dalam menjalankan eksperiment yang dijalankan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustadz,
saya adalah seorang yang terperangkap dalam situasi ini.
seorang pelajar hard science yang terlalu ghairah dengan social science.
hanya tinggal satu semester lagi untuk saya grad.bercadang ingin melanjutkan pelajaran dalam lapangan socia science.
saya x ingin menyesal di kemudian hari. tapi saya pasti ada orang akan kecewa dengan tindakan saya.
masih belum pasti samada ingin buat master atau start dari degree.
ada yang mengatakan membazir masa. ada juga yang amat bersikap pragmatik. lepas grad, kerja, kawin.
saya memerlukan 2nd opinion.
semenjak tahun lepas lagi saya bergelut dengan diri untuk menghabiskan pengajian engineering ini.
saya sangt menghayati falsafah erti hidup untuk memberi. saya ingin menyumbang sesuatu kepada agama dan negara
mohon sekiranya ustadz mempunyai kelapangan masa (saya tahu ustadz sibuk) agar dapat membalas comment saya ini.
apa pandangan ustadz?
saya benar-benar terbelenggu
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
ust, time kasih..
sy sbnrnya keliru dgn bdg sains sosial..sy mnt bdg ni n apply tajaan jpa..
tp rmai kwn2 kte bdg ni xde manfaat..
ble mce artikel ust sy rse smngt blk..
syukran ust..
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
@tengku abdul hadi b tg md fauzi,
saya beri sokongan 100% kepada adinda untuk memilih bidang ini. cuma sedikit pesanan, tebalkan juga usaha, pembacaan dan pengkajian dalam ilmu-ilmu usuluddin Islam untuk dijadikan stering dalam kembara sains sosial anda…
go for it…
Respond to this comment [with empathy]
about 10 months ago
saya amat tertarik ngan bdang ni sbb laen dari yang laen dan tak ramai yang berani menceburkan diri dlm bdang ni. boleh terang kan lbeh lnjut tak ape yang kita mampu buat dan peranan kita stelah menguasai bidang sains sosial ni
Respond to this comment [with empathy]
Siti reply on June 22nd, 2009 4:32 am:
@taufiq, Ya, sy pun bersetuju dgn saudara taufik. Kalau boleh juga, saya berharap ustaz dpt menerangkan dgn lebih lanjut bagaimana kami yg dari bidang sains sosial ini mampu memberi sumbangan kpd Islam?
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
Assalamualaikum, ustaz. Saya mendapat tawaran jurusan sains kemasyarakatan (Antropologi dan Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik, Perancangan & Pengurusan Pembangunan) di USM. Mulanya saya ragu-ragu juga utk meneruskan pengajian dlm bidang ini, seperti yg dikatakan saudara tengku abdul hadi, ramai org kata bidang ni tidak ada manfaat, ada yg kata bidang ini ssh utk mendapat kerja walaupun sy tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi alhamdullilah dan terima kasih kpd ustaz kerana menulis tentang bidang ini, sedikit sebanyak mampu menambahkan semangat sy utk belajar dlm bidang ini..
Respond to this comment [with empathy]