isabella.jpg

Saya bukan peminat novel. Hanya sesekali saya membelinya. Mungkin sepanjang hidup saya, tidak sampai 15 buah novel yang saya beli dan baca.

Tetapi novel yang satu ini amat saya minati. Saya puas membacanya. Dan saya membacanya berulang-ulang kali. Hingga lunyai lembaran-lembarannya.

Novel ini saya baca semasa saya di Tingkatan 3. Selingan dari buku-buku SRP yang bertimbun. Saya mendapatkan novel ini secara kebetulan di kedai buku di Puduraya. Tanpa disangka, saya tersedut masuk dan larut dalam perbincangannya.

Ia bukan novel sebarang novel. Novelnya adalah novel teologi. Memperkatakan tentang Tuhan dari dua dimensi keagamaan. Dan kehebatannya tidak terhenti setakat pada argumentasi teologinya, malah saya mengagumi ketinggian adab dan budaya hemah bangsa Muslim yang berilmu lagi berbudi.

Ketika membahaskan tentang perbezaan kepercayaan dalam agama, Muslim yang diwatakkan di dalam novel itu tidak emosi malah jujur dan ikhlas dalam mengutarakan perdebatan.

Itulah novel ISABELLA.

Sebuah novel karangan Maulana Mohammad Saeed. “A Novel Based on a Comparative Study of Islam and Christianity”.

“Personal experiences of Christian girl, daughter of the head priest of Cordova, the historical city of Spain. She studied Christianity and tested it by its basic teachings. A time came when she understood the misguidance and disruption of Christianity when the reality was revealed to her and she abandoned Christian faith and embraced Islam. She faced bravely and willingly the hardships and tortures of her father, the head priest, her teacher, who gave her of Christianity and other fellow citizens. A worth reading and notable book, which enhances your knowledge.”

Ia dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

Entah mengapa, tiba-tiba saya tersedar yang naskhah milik saya telah hilang dari simpanan. Dipinjam oleh seseorang dan lenyap begitu sahaja. Sesekali saya terkenangkan novel tersebut dan sering menyebut-nyebutnya terutama kepada adik-adik yang tidak berkesempatan mengenali novel tersebut. Bagi saya, novel Isabella sangat bermakna kerana ia telah memperkenalkan kepada saya dialog antara agama, Andalus, dan ketinggian peradaban Islam… seawal usia 15 tahun. Malah saya juga hairan kenapa novel sebagus ini, hilang dari pasaran dan dilupakan oleh orang kebanyakan.

Baru-baru ini saya teringatkan kembali novel itu dan setelah puas mengorek google.com, saya berjaya mendapatkan senaskhah novel tersebut, iaitu versi terjemahan asal oleh Rahm Ali Al-Hashmi yang masih dijual oleh Darul Ishaat, London. Dengan harga GBP6 dan yuran Pos, saya membeli senaskhah buku ini pada harga GBP7.50. Buku ini diterbitkan oleh Saeed International (Regd.), E9, Jangpura Extension New Delhi-14, Phone 24311354, Fax 24310809.

Biar pun masih rindu dengan naskhah Bahasa Melayunya, versi Bahasa Inggeris yang baru tiba ke rumah saya ini juga besar nilainya. Semoga dilapangkan masa saya oleh Allah untuk membacanya.

Novel ini juga boleh dibaca di halaman web http://masjid.phpbb24.com/forum. Terima kasih kepada tetamu bernama ‘hosyigata’ yang menemukan saya dengan link ini. Novel Isabella ini juga boleh diperolehi di dalam bahasa Inggeris dalam bentuk PDF dan WORD, kredit kepada www.darulislam.info.

Anda juga boleh membacanya dengan santai di http://blog.darulislam.info/node/93

Selamat membaca..

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace