Buta Mata Atau Buta Hati

January 28th, 2008 by Abu Saif 12:53 am | 10,463 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

http://islamcan.com/miracles/icemountain.shtml

“Masya Allah… tulisan ‘Allah’ jelas kelihatan di puncak gunung itu!”, terpegun sebahagian kita dengan berita sebegini.

“Kalimah Allah jelas kelihatan di benua Afrika, jika dilihat dengan imej satelit. Subhanallah!”, terlopong segelintir kita dibuatnya.

“Ishh… dahsyatnya. Budak itu lahir dengan tanda ‘Allah’ di telinganya. Mesti budak tu luar biasa dan ajaib!”, komen seorang daripada kita kepada suatu laporan akhbar.

“Subhanallah, lihat tu… Ikan Allah!”, hingga terbit sebuah halaman web rasmi untuk ‘ikan Allah’ ini.

ikanallah.jpg
Ikan Allah?

Saya masih tidak faham. Sejak dulu lagi saya memang kehairanan. Mengapakah masyarakat kita sangat obses dengan kemunculan imej yang dilihat sebagai lafz al-jalalah ‘Allah’ di pelbagai tempat. Di langit, di perut lembu, di dalam isi tembikai, di kepala budak, di batang pokok di hutan, di sarang lebah dan entah di mana lagi…

Apakah semua itu keajaiban?

Mungkin ya, tetapi mungkin sangkaan semata.

Tetapi apa yang pasti ialah, mengapa hanya dengan kemunculan benda-benda sebegitu baru kita dapat ‘melihat Allah’. Mengapa tanda-tanda atau ayat Allah itu hanya mampu kita kesan apabila ia muncul sedemikian rupa? Yang sebahagiannya mungkin hanya sangkaan kita semata?

Mengapa kita tidak mampu ‘melihat Allah’ pada hari-hari biasa? Pada kelahiran biasa? Pada awan biasa? Mengapa harus menanti yang luar biasa baru tergerak hati untuk percaya dan peduli kepada-Nya?

albaqarah55.jpg

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]

Apakah kita telah dijangkiti dengan penyakit yang sama sebagaimana penyakit yang menimpa Bani Israel? Tidak mampu mendatangkan percaya kecuali dengan garapan pancaindera? Hilang deria melihat apa yang di luar upaya mata? Hanya mahu mempercayai Allah jika Musa memperlihatkan-Nya, sebagaimana mereka memperlihatkan patung anak lembu itu sebagai sembahan?

Atau seperti penganut Kristian yang sentiasa ternganga melihat ‘Virgin Mary’ yang berdarah lantas disangka ‘Bloody Mary’?

virginmaryeire.jpg

Apakah begitu sekali rendahnya nilai iman kita, hingga hanya mampu percaya selepas melihat?

Lupakah kita kepada segala-gala benda biasa yang luar biasa ini?

Lihat diri kamu sendiri… tidakkah kamu mampu melihat Dia? Hanya jika di dahimu tertulis kedut yang disangka kalimah Allah, baru kamu akui kebesaran Dia? Lupakah kamu kepada peringatan-Nya:

addzariyat211.jpg

“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?” [Adz-Dzaariyaat 51: 21]

Lihat dengan mata hatimu jari jemari yang sepuluh di tanganmu itu. Ia jari jemari biasa yang luar biasa. Panjang pendeknya menyerlahkan kesempurnaan penciptaan Dia. Lihat tubuh badanmu, jantungmu, matamu, kulitmu… semua yang biasa-biasa itu sebenarnya bukan biasa malah luar biasa. Mengapa harus dinanti sesuatu yang di luar kebiasaan untuk menyedari kehebatan Dia? Dangkal sungguh keupayaan kamu mengimani Dia.

Renung langit… lihat bulan dan bintang, perhatikan pertukaran malam dan siang… segala kejadian biasa itu bukan biasa-biasa. Semuanya luar biasa. Lupakah kita semua kepada sebutan Dia dalam firman-Nya:

aliimran190.jpg

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]

Mengapa yang luar biasa juga yang dicari, sedangkah segala-galanya terbentang di depan mata. Setiap kejadian sekecil atau sebesar mana sekali pun, tetap padanya ada tanda dan bukti kebesaran-Nya.

Tetapi dengan tanggapan manusia kaku yang gagal mengesan kehadiran-Nya hinggalah nama-Nya muncul (disangka muncul) di sana sini, kita sia-siakan mesej Allah yang disampaikan terus menerus pada penciptaan alam ini. Juga kita sering terkejut tidak tentu hala.

Bukan sahaja terkejut dengan terpahatnya jalur-jalur yang ditafsir sebagai ‘mesej dari-Nya’, malah menganggap pula ikan itu ikan Allah, budak ini budak Allah… apa semua ini?

Kita lupa kepada hakikat segala yang ada di sekitar ini, sedang dan sentiasa berhubung dengan Allah, melihatnya mendatangkan tenang, mendengar suaranya mendatangkan harmoni di dalam jiwa. Semuanya zikrullah..

israa44.jpg

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun [Al-Israa' 17: 44]

Sesungguhnya paradigma tahyul (takhayyul barangkali) menjadikan kita gagal melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, pada hari-hari biasa, kejadian-kejadian biasa… yang di sebalik semua itu tersimpan makna yang agung dan luar biasa.

hajj46.jpg

Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]

Buta mata hilang warna… buta hati hilang makna dan erti. Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Isteri Dan Mata Hati “Astaghfirullah. Hei you, it’s HARAM!”, seorang lelaki Arab tiba-tiba menengking...
  2. Membaca Dengan Mata Hati Bergambar di hadapan Tokyo Eki (Stesyen Keretapi Tokyo) “Ana ada...
  3. Sisipan: Perkembangan Mata Sudah lebih sebulan saya dijangkiti conjunctivitis. Ia kemudiannya mengalami komplikasi...
  4. Hina Islam Atau ‘Muslim’? “Dia sudah melampau. Mana boleh si kafir membaca ayat al-Quran...
  5. Sebelum Mata Dipejam “Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Hasrizal Abdul Jamil, bertugas sebagai...

Advertisement

44 comments

  1. pena hikmah says:

    harap2 bila ana forward artikel ust ni kat famili ana diorg faham laa kot apa yg ana cuba sampaikan dr dulu pasal imej yg kelihatan seakan-akan kalimah Allah/ LailahaillaLlah ni..diorg selalu jumpa dan selalu cerita kat ana..

  2. helmi says:

    Maha suci Allah,
    benarlah kata-kata Allah..

    “…
    ada hati – tidak memahami,
    ada mata – tidak melihat,
    ada telinga – tidak mendengar.
    …”
    (7:179)

  3. saifuddin says:

    Kadangkala pula imaginasi mereka ni sampai meleret-leret menyangkakan semua benda ada kalimah Allah. Selipar Bowling ada kalimah Allah, tayar kereta ada nama Allah, logo susu pekat F&N ada nama Allah. Sampai logo Coca Cola pun disangkakan La Muhammad La Mekah. Akhirnya yang dipersalahkan, pengeluar produk-produk yag kononnya ada kalimah Allah. Kuat betul imaginasi umat Islam ya…

  4. Zulhimi says:

    Nice article. I hope it will clear all the misconceptions surrounding this issue but still to a certain extent I can’t help but perceive that the people you described above are just not thinking enough. In the Quran, this verse was repeated many times -Afala ta’qeelun? (Do you not think?). It seems this verse was repeated many times after verses which show the wonders of Allah’s creations in nature just like the ones appearing on photographs similar to the above. Pardon me for my negative labels but it seems to me these people are just not thinking enough or maybe they just don’t have the intellectual capacity to do so…..can we really blame them? Not everyone has the capacity to grasp and understand the abstract concepts of theology. Maybe these engravings of “Allah” in nature is a blessing for them? This is just my point of view.

  5. al_baranji says:

    aslmkum..ust..mcm xhbis je artikel kt ni..> Ahkam, Tahkim dan Mahkum by Abu Saif on January 16th, 2008

  6. shiha says:

    Salam..

    Inilah realitinya. Dan suka atau tidak, inilah tugas pendakwah, untuk memberi kesedaran bagi mereka yg belum sedar. Bagi saya, pendakwah yang paling penting dlm konteks ini, adalah ustaz dan ustazah di sekolah rendah dan menengah. Kena clearkan betul – betul sblm budak – budak ni dilemparkan ke dalam masyarakat (baca: ibubapa sendiri dan jiran tetangga) dan didoktrinasikan oleh pemahaman sebegini disebabkan budaya dan kepercayaan orang Melayu tu sendiri. Bukan senang nak kikis benda2 sebegini. Kalau dah mak bapak sendiri yang percaya, lalu diturunkan kpd anak2 secara sedar ataupun tidak, maka budak2 yg fikiran dan hatinya yg suci dan bersih, lebih mudah untuk percaya bulat2 (takkan tak percaya kat mak bapak sendiri?). Tempoh umur yang amat vulnerable. Wallahuaklam.

  7. Teringat kesah mereka yang nampak objek dilangit zaman sekolah 10 tahun dulu.

  8. uzair says:

    sampai masuk buletin utama cerita mcm ni..heheh
    kelakar bila memikirkan imaginasi msyarakat!

  9. ibn umar says:

    ada gambar abuya kat bulan…. imaginasi tahap maksima ni

  10. Kak Ija says:

    I can’t agree more

  11. idea says:

    assalamualaikum, kami pula, ada sekali tu masa tengah dissect cerebellum, jumpa dentate nucleus. kawan2 kata, kalau tengok betul2 macam kalimah Allah. mungkin minda terarah nk fokus benda tu supaya nampak macam kalimah Allah..atau memang nampak mcm tu? huhu.

  12. Husaini says:

    Paling kesian daging korban tak dapat dinikmati semata-mata ada perkara semacam ini..hai, hilang nikmat korban..

  13. israkmikraj says:

    Salam,

    Tersengih sesorang baca artikel ni! Many years ago ada juga berkecimpung didalam bidang2 yang magic2 ni. (Macam kumpulan Estranged yang menang semalam, magic ke strange… tak tahulah) oops Sori Ustaz. Join orang rumah tengok semalam.

    Anyway, masa dulu2 siap pergi kekubur untuk melawan hantu pukul dua tiga pagi. Dibawaklah tongkat rimau dan pergi halau hantu2 yang kononnya cuba merosakkan rumah orang. Yang pelik bin ajaibnya orang2 yang mengikut kumpulan ini ada yang bertaraf professional. Tapi sememangnya kalau hendak dilihat, ketika itu saya, sendiri lepas balik belajar dari US dan kemudiannya bekerja mencari2 sesuatu yang berjalan diatas dasar Islam. Jadi apabila kawan2 mengajak kita ‘menolong’ dan pulak kita lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana orang2 yang datang meminta tolong apabila dibedah secara ‘ghaib’, patung2 atau bendasing2 yang keluar dari perut atau diambil dari telur yang telah dialin dibadan sipesakit. Dan sebelum memulakan ‘upacara’ pembedahan Quran akan dibaca dan digunakan untuk menjadi ‘bantal’ seseorang yang akan dibedah. Oleh itu ‘kepercayaan’ kita terhadap perkara2 ajaib ini begitu digunakan oleh orang2 yang cuba merosakkan Tauhid kita kepada Allah. Tetapi kalau sekiranya kita sulam apa sahaja perbuatan kita dengan do’a kepada Allah siang dan malam, maka niat kita yang suci iaitu ingin menolong orang ramai itu dan juga do’a kepada Allah akhirnya membuka ‘penipuan’ yang dibantu jin ini dari terus menipu kehidupan ramai antara kami. Tetapi bak cerita artikel Ustaz pasal Hijrah iaitu adalah satu kesalahan pendakwah sekiranya melalaikan diri terhadap orang ramai yang sedia untuk diprogramkan pada ‘hari-hari Allah’ dengan alasan tidak dibuat dizaman Rasulullah.

  14. hamidah says:

    Subhanallah….Begitu hebat pencipta alam.Biasalah ustaz,manusia ni bila kesusahan,baru ingat tuhan.Bila kesempitan baru cari tuhan.Bila nampak sesuatu yang luar biasa bak kata ustaz dalam artikel tadi baru ingat tuhan.Tapi mereka lupa pada bukti yang paling hampir dengan mereka iaitulah tubuh badan,anggota badan,panca indera dan segalanya.Tapi bagus artikel ustaz memberi kesedaran yamg mendalam.Tapi itulah realiti kehidupan manusia

  15. Ibnu Alwi says:

    Salam.
    Tahniah ustaz atas artikel yang bes ni.Cuma antara keunikan artikel ini ialah, saya rasa ini antara artikel yang mana kebanyakan ayat ustaz ialah ayat tanya. :D

  16. hanekaseyo says:

    Syukran jaziilan,diatas tazkirah ustaz.

    Apabila merenung tangan,menilik jari…banyak nikmatNya yang jarang kita syukuri….Andai dihilangkan sekejap nikmatnya,barulah terasa….Lemahnya kami..

    Katanya ustaz,lihatlah ke jendela luar,renunglah ke langit alam,singkaplah kehebatan cipataanNya…lantas kubuka sekejap tingkap malam,udara salji lantas menyapu pipi anugerah Ilahi.Subhanallah.

    Banyaknya nikmatMu yang sering ku lupakan.Bukan apa yang ada,sering ku syukuri…,namun apa yang tiada sering ku tagihi.Bimbinglah kami,hambaMu ya Allah.
    Jazakumullah kathiron.

  17. mr_muslim says:

    Assalamualaikum semua..

    Bagus ulasan ust mengenai isu nampak ‘kalimah Allah’ ni.. dan x mustahil bende ni kdg2 menampakkan imaginasi org ramai yg begitu ketara..

    Cume pd pdgn ana la ye, ‘keajaiban’ semacam ini x bleh kite sesiakan mcm tu je, sehinggakan kite berpandangan x de ape2 yg bleh dimanfaatkan jika berlaku fenomena begini.. knape ana kate ade manfaat? sbb kalau tgk syiar agama lain x de lgsg yg terpampang scr ‘x diduga’ semacam mane yg berlaku dgn ‘kalimah Allah’ ini..

    Dan mmglah jike pd iman org Islam itu segala ape yg diciptakan Allah ade tande2 kebesaran Allah padanya.. cume kite lihat bg mereka yg blom mendapat hidayah dan nikmat iman dan islam ini, bukankah ‘keajaiban’2 ini yg dpt membuka pintu hati mereka? lebih2 lagi bg mereka yg mencari2 kebenaran dlm beragama.. dan ini salah satu pintunye, dan ana katakan SALAH SATU..

    Sepatutnye yg berlaku, jika berlaku insiden2 seperti ini, kite salurkan kpd org ramai utk sedar akan kebesaran Allah lantas hikmah di sebalik yg berlaku itu kite singkapkan.. bukankah di situ iman org islam dpt diteguhkan dan org bukan islam itu dapat di’revert’kan?

    Sikap teros menolak bulat2 akan fenomena ‘tanda2 keagungan’ Allah ni ana rase kdg2 merugikan jgak.. dan pendekatan ini ade gunenye, ade manfaatnye.. nak menawan hati manusia bukan mudah, nak mempengaruhi pemikiran manusia lagi susah.. jd jgn kite rugikan setiap ruang yg ade, wallahua’lam…

  18. 'Ammar says:

    Waah, ustaz pulak komen tentang hal ni. Haa, ana pun ada tulis artikel pendek tentang benda ni. http://atmkeikan.blogspot.com/2007/09/kalimah-kalimah-allah-di-mana-mana.html

  19. Abu Saif says:

    Terima kasih atas komen-komen sahabat sekalian. Secara jujurnya, saya tidak pernah secara prinsip menolak kemungkinan berlakunya sesuatu yang di luar kebiasaan (khariqun lil ‘aadah). Tetapi keajaiban yang tidak mustahil itu tidaklah sampai menjadikan agama kelihatan bodoh.

    Kumpulkan segala himpunan mukjizat para Nabi dan Rasul, kita akan melihat kebesaran Allah SWT pada setiap mukjizat yang menyalahi kebiasaan tersebut.

    Tapi kalau terduduk sebab kagum dengan keajaiban sejadah yang bentuknya seperti orang yang sedang solat, atau tersentak sebab melihat anak bertukar jadi ikan kerana durhaka kepada ibu bapa… please, saya tidak mahu agama saya ada imej seperti ini. Ada ke orang masuk Islam or dapat hidayat sebab kes-kes macam ini?

    Yang pasti, ramai orang Islam kena tipu dengan helah photoshop, sebab mentaliti seperti ini menyediakan diri kita untuk ditipu. Ditipu oleh syaitan jinnati wannaas.

    Ajaklah manusia kepada Allah SWT dengan hujah, dengan akhlak, dengan nasihat. Bukannya dengan kepelikan-kepelikan karut yang menggambarkan kemalasan minda ummah yang sudah jatuh ke peringkat kanser tahap empat.

  20. MFB01 says:

    Assalamualaikum

    Uish…kanser tahap empat tuu.Yep,memang kronik sikap malas nak berfikir ummah sekarang,usahkan nak fikir tentang ummat,Islam, dan isu semasa,nak fikir pasal memajukan diri dari sudut ilmu dan akhlak pun malas,kalau pasal duit,boleh pulak ada masa.Itupun nak untung cepat…haiiiii

    Manusia sekarang dah jadi macam robot!Kerja,makan,tidur,kerja,makan dan tidur.Agaknya sistem pendidikan kita bermasalah kot?

    Assalamualaikum

  21. Amin Ahmad says:

    kanser tingkat 4? haha..harapnya tingkat 4 itu tidak memberi apa-apa makna berlainan :) = usik-usik saja!

  22. najlaa says:

    Salam,

    Subhanallah..setiap kali saya terima email sebegini saya terfikir perkara yang sama. Cuma ilmu saya belum cukup untuk saya utarakan apa yang bermain dalam minda. Sungguh, bagi saya iman bukan diukur hanya dengan melihat, tapi juga merasa dengan hati.. Wallahu’alam..

  23. Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people; smallest minds discuss themselves; Greatest minds implement ideas – Saya edit dan tambah dari quote Eleanor Roosevelt

  24. faiz says:

    nak komen…smua dah komen. maleh la nak komen. otak dah dihinggapi dengan kemalasan level 4 dah ni. hehehehhe.

    Uiks…level 4, ni level 4 kat mana ni? bukan kat Putrajaya ek…eheheheh

  25. Zamri says:

    Topik yang amat menarik untuk dibahaskan. Namun penulis tidaklah perlu terlalu emosi memperkatakan kejahilan umat Islam masa kini.Tidak semua manusia mampu melihat kebesaran Allah dengan mata hati. Kehadiran di dalam hati itu sendiri pun sebenarnya anugerah Allah terhadap hamba Nya. Penulisan yang seakan memaki dan marah-marah tidak akan membuka mata hati sebaliknya akan mengundang perbalahan. Pendekatan penulisan yang berfokuskan topik bukannya kekurangan manusia. Contoh terbaik antaranya adalah ceramah Dato’ Prof Dr.Harun Din. Beliau membawa message jelas Islam. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak memaki-maki sebaliknya memberi penerangan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.Tidak lebih dari itu. Teknik teguran yang betul perlu di terapkan supaya pembaca mudah menerima dan belajar. Semoga Allah menjaga hati-hati umat Islam daripada kegelapan dan terlindung dari tipu daya syaitan. Wassalam.

  26. Abu Musab says:

    Assalamualaikum

    Dari segi content yg mengajak utk melihat kebesaran Allah pada perkara2 ‘biasa’ saya amat bersetuju dengan artikel ini.
    Namun, dari segi pembawaan, saya hampir senada dgn sdr Zamri(#26) dan mr_muslim (#18).
    Ayat2 yg seolah-olah memperlekeh org yg mendapat ‘hidayah’ melalui benda2 ajaib ni patut dibuang utk mengelakkan mudarat yg lebih besar dari manfaat.
    Ayat yg saya anggap paling ‘mengguris’ ialah

    “Dangkal sungguh keupayaan kamu mengimani Dia”

    walhal bagi saya Allah ada beribu2 cara utk bagi manusia hidayah dan ini salah satu darinya. Tak semua org boleh dapat hidayah melalui perkara2 biasa yg hakikatnya luar biasa spt yg disebut.

    Selain itu,
    Bagi sstengah org pula, benda2 ajaib ni hanyalah penambah iman atau keyakinan… bukannya kalau tak wujud benda2 ajaib tu, tak beriman langsung.

    Nabi Musa juga pernah minta melihat Allah, tapi bukan maksud kalau tak dapat lihat, tak nak beriman.

    “Dan Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman langsung kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada-Mu.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya, nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka Setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.”
    (Al-A’raaf: 143)

    Nabi Ibrahim pun mintak benda pelik, tapi Allah layan dengan baik;

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al-baqarah: 260)

    Wallahualam

  27. Abu Saif says:

    Emosi atau tidaknya saya dalam artikel di atas bergantung kepada bagaimana intonasi pembaca membacanya… mungkin sedikit kelainan artikel ini dari ratusan artikel lain yang telah saya tulis, ialah ia banyak menggunakan ayat tanya… bak kata Ibnu Alwi dalam komen #16. Tetapi adakah persoalan itu ditanya dengan nada herdik, maki hamun, mencaci cela? Yang itu saudara kena cek balik… adakah saya bertanya dengan nada itu atau saudara yang membayangkan saya sedang maki hamun dan herdik?

    Saya tidak menulis dengan maksud memperlekeh. Sebab memperlekeh ialah sesuatu yang negatif. Kalau saya perlekeh… banyak benda yang terpaksa saya buang dari apa yang saya belajar dan ia menambahkan kebodohan diri saya sendiri sahaja. Misalnya, kalau kita baca sejarah bagaimana Islam masuk ke Maldives. Ia berkait rapat dengan kesediaan pendakwah melayan benda-benda mistik yang wujud di situ. Penduduk Maldives membuat sembelihan manusia setiap tahun untuk menolak banjir yang sering melanda pulau itu. Sehinggalah seorang pendakwah (saya tak ingat nama dia) minta supaya dia dipilih sebagai korban dan benarkan dia masuk ke laut di depan orang ramai. Apabila dia keluar dari laut dengan selamat, maka dia berjaya meyakinkan penduduk masa tu tentang kekhurafatan kepercayaan mereka.

    Saya menyetujui perbuatan pendakwah berkenaan, biar pun saya tahu ramai pendakwah moden hari ini akan kutuk perbuatan tersebut sebagai terlibat dengan bid’ah, sesat dan sebagainya.

    So, memperlekeh, mencela, memaki hamun, bukan cara saya… dan maafkan saya jika artikel ini adalah artikel pertama dan terakhir saya yang saudara baca.

    Tetapi saya mempersoalkan sejauh mana orang dapat hidayat dengan tengok tulisan Allah pada perut ikan? Cuba datangkan… siapakah Buddha, Hindu, Kristian, atau Atheist yang melihat kebenaran Islam kerana melihat tulisan Allah pada buah tembikai?

    Bandingkan permintaan Ibrahim dan Musa dengan ‘benda-benda Allah’ hari ini? Sepadankah untuk dibandingkan? Sampai sejadah sujud pun dianggap ‘tanda kebesaran Allah’.

    Saya menentang keras penceramah berceramah tentang hukum menderhakai ibu bapa, dan untuk menambah kesan ceramahnya, dia tunjukkan video ikan pari berbaring di atas katil yang dikatakan sebagai terkena sumpahan sebab dia derhaka kepada mak bapak dia. Kalau ikut pengalaman saya sendiri, sudah banyak kali saya berceramah tentang hal ibu bapa dan tidak sedikit peserta yang menangis. Kenapa mereka menangis? Sebab mereka berfikir tentang realiti… bukannya sebab takut disumpah jadi ikan pari…

    Terpulang kepada masing-masing jika nak mempertahankan juga benda-benda ni. Yang pasti, artikel saya bukan maki hamun, mencela, memperlekeh atau menghina.. ia bertanya hanya dengan meminjam cara Al- Quran bertanya “kenapa kamu tidak beraqal?”

  28. ainulsafiyyah says:

    Assalamu’alaikum buat semua..
    sekecil2 perkara yang ALLAH datang dan perlihatkan, tu semua mengandungi hikmah.. tak ALLAH jadikan sesuatu tu dengan sia2.. tiada kebetulan..semuanya dah tertulis.
    dengan ALLAH lihatkan kepada kita perkara2 seperti ini, sepatutnya menambahkan lagi rasa bersyukur kita dan merasakan kehebatan ALLAH..ALLAH MAHA SEGALA2NYA..
    kenapa ALLAH perlihatkan semua tu? x lain, supaya kt berfikir..dan jg mgkin mgingatkan kt semua di akhir zaman ni yang mana, banyak orang yang ‘jauh’ dari ALLAH..
    ALLAHU ‘A’LAM TA’LAM

  29. Abu Musab says:

    Terima kasih atas respon ustaz. Saya takde masalah utk meyakini niat ust bukan nak memperlekeh.

    Sebab tu saya katakan SEOLAH-OLAH memperlekeh….

    Pendapat saya secara peribadi, bila saya baca artikel ni, nadanya agak keras, tak padan dgn kesalahan yg nak ditegur .. berbanding dgn tulisan ust yg lain yg saya lihat ada juga keras, tapi bertempat dan kebanyakannya lembut. Mungkin saya sorang je rasa camtu. Mungkin ust boleh anggap ini pendapat minoriti.

    Dari segi content dan lain2 hal, saya amat bersetuju dgn artikel ini dan komen2 ust.

  30. kembaradk says:

    Kalimah Allah di ‘ikan’ hanyalah sebahagian drp memperingati kebesaran Allah bg hambanya yg tidak menyedari akan kebesaran sekian alam disekelilingnya dan tidak perlu terlalu taksub terhadapnya kerana islam sentiasa mengalakkan umatnya bersederhana dalam pelbagai perkara.

  31. mighty says:

    salam..
    sy x m`ngaji tinggi..x pandai komen..
    sekurang-kurangnya b`bangkitnya isu ini..
    syukurnya sy masih b`nafas.

  32. hamba_Allah says:

    say rasa sy sependapat dgn abu musab ..

    kekuasaan Allah

  33. amnikhassim says:

    assalamualaikum warahmatullah..
    saya dah lama terfikir macam ustaz. kita tidaklah mempertikaikan keajaiban alam tersebut. tapi kita pertikaikan karenah masyarakat yang terlalu memandang isu2 sebegini sebagai terlalu besar. Sedangkan ALLAH menyuruh kita memerhatikan alam sebagai satu cara untuk kita kembali kepadaNYA.maknanya di sini, perhatikan secara keseluruhan, jangan la apabila timbul tulisan2 kalimah ALLAH itu baru kita nak kembali kepada ALLAH.
    Satu lagi, masyarakat kita terlalu suka mempertikaikan tanda salib hingga kadang2 struktur bangunan juga dikatakan sebagai punca seseorg itu murtad. ALLAHU ALLAH. Perkara begini dijadikan isu, sedangkan banyak lagi perkara yang lebih meruntuhkan tidak pula dipertikaikan.

  34. misztwiti (o,o)v says:

    Salam….

    sangat setuju dgn artikel ust ni…dulu sy pun antara mereka2 ni…pantang je ada berita kalimah Allah kt ikan,tembikai,pokok dll kt paper,tv, majalah…mmg terlopong saya & artikel2 tu jd koleksi…ajaibnya…magiknya…subhanallah…tp tuh time kicik2 dulo…skrg besar sket da bley pikir kot..lagi2 bila tbaca tulisan ustaz ni…tima kasey…kuar gak hujah ust pasal hal ni…

    benda2 mcm ni klu kita da terlalu taksub pon akan memakan diri gak…misalnya laa suatu hari nti kalimah Allah ada kt benda2 x sepatutnya cth kt khinzir (teragak2 gak sy nk wat perumpamaan ni…). Mungkin angkara musuh Islam…so apa nk jawab time tu haaa…?? spt kata ust dlm posting ni byk lagi benda yg bley meningkatkan keimanan kita…

    ~sy budak bawu blaja~

  35. nasibah says:

    bg yg sudah terbiasa dngan gambar2 yg luarbiasa ini mungkin sudah tiba masanya melihat kejadian yg selama ini kita anggap biasa. …keagungan Allah itu tidah hanya terdapat pd perkara yg kita anggap luarbiasa semata..

    walaubagaimanapun sy mencadangkan bg sesiapa yg sudah terbiasa dng perkara2 yg luarbiasa ni.. why not beralih ke rancangan2 spt yg ada di nat. geo. ch yg memaparkan kejatuhan tamadun2 tertentu spt yg berlaku di pompeii, herculaneum etc. salah satu rancangan ttg pencarian the lost city yg dipaprkan di nat.geo.ch tidak secara langsung memaparkan betapa banyak bandar2 besar punah, tenggelam dan ini benar2 membuktikan kekuasaanNYA cd keluaran harun yahya juga mantap. rancangan2 ini membuatkan kita berfikir dng lebih jauh dan mendalam lagi akan kebesaran ALLAH dan bukan hanya dng menatap gambar dan menelan bulat-bulat apa yg dipaparkan semata . wallahualam.

  36. eisma says:

    Salam. saya x de masalah dgn artikel ustaz ni. Biarlah kita mengagumi Allah dengan cara yg ustaz sarankan. Lagi satu masyarakat kite ni hentikan la budaya bila ade sakit je.. jumpa bomoh. Kena lak yg baca ayat2 quran , terus percaya x de ape2 salahnya. Bg saya kalo terkena black magic ke, santau ke.. benda tu perantaranya setan. Allah saje yg mampu mengubatnya. Nak minta pada Allah, mcm kite nak pi jumpe agong ke? macam2 protokolnya. Allah menerima sesiapa saje, bahasa ape jua.. syarat ikhlas dan percaya sepenuhnya pd Dia. Umpama dlm family saye, motor hilang jumpa bomoh, anak malas bangun pagi pun jumpa bomoh dan mcm2 benda yg x msk akal. inila budaya masyarakat kite yg bukan sedikit terlibat ustaz..

  37. Syah Arifin says:

    bnyk mail masuk dalam inbox saye, ” TANDA KEBESARAN ALLAH”, “KEAGUNGAN ALLAH”, dan memacam subjek lg yg mana kesemua tuh mengandungi gamba yg sama – gambar ikan dengan nama Allah, gamba gunung yg mempunyai nama Allah dan 1428 macam lg gambar

    sedangkan apa yg perlu ditakjubkan adalah tentang kehebatan Allah dalam penciptaan alam ini, planet2 yg bergerak dalam orbitnye, struktur badan kite, yg mana sume neh diatur dengan ketepatan yg hebat, dan lelain lg

    lepas neh saye nak reply sorang2 sender tuh, letak gamba tapak kaki saye, pastuh letakkan subjek “TANDA KEBESARAN ALLAH”, harap2 derang paham sindiran saye

  38. zai57f says:

    MasyaAllah…sungguh best artikal ustaz nii sgt membantu pencerahan hati org2 yang dhaif seperti kami2 nii dan angkatan yang mencari2…ALHAMDULILLAH YA ALLAH

  39. zila says:

    Alhamdulillah,selepas membaca artikel ni saya menjadi lebih sedar.saya selalu merenung bintang,bulan dan lagit malam.Subhanallah…Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.tp tiap kali melihat kejadian2 pelik saya menjadi taksub dengan kekuasaan Allah..saya tertarik dgn kata2 ustz ‘mengapa harus dinanti sesuatu yang diluar kebiasaan untuk menyedari kehebatan-Nya’..mmg benar apa yang dikatakan oleh ustz,kita menanti sesuatu yang tersurat di hadapan mata sedangkan tubuh kita sendiri adalah ciptaan terhebat yang Allah berikan.Subhanallah..

  40. raushanfikri says:

    pendakwah kena berani menyatakan apa yang haq dan menafikan apa yang batil.baru namanya perjuangan yang sejati

  41. ziera says:

    subhanallah..cahaya keinsafan tlh hadir dlm diri saya bila memikir kan kebesaran ilahi.alhamdulilah.

  42. khiruddin says:

    kejadian pelik

  43. cahaya pencinta says:

    salam..subhanallah..saya bersetuju sekali…bila kita lupa, renunglah awan..betapa agung ciptaan Allah..saya sendiri terkadang mengalir air mata bila tengok awan..cantik..subhanallah..awan yang bergerak..siapa lagi yang mampu mencipta kejadian seindah dan seajaib tu?hanya Allah..wallahua’lam..

Leave a Reply