Pilihanraya dan Kemusykilan Minda Muda

On 01/02/2008, in Siasah, by Abu Saif | 8,124 views | Print Print | Email Email |

ontario-general-election.jpg

Angin Pilihanraya Umum ke-12 semakin kuat bertiup. Mungkin sesi fotografi selepas selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini menjadi satu lagi petanda semakin hampirnya PRU12.

Apakah ini suatu spekulasi? Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana pilihanraya adalah milik kita semua dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi. Hairan juga saya dengan saranan sesengah pihak yang menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRU12. Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami.

Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.

Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.

Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan proses demokrasi di negara kita.

KEMUSYKILAN 1: AKU TIDAK PEDULISMA

Kemusykilan terbesar yang menjadi ancaman ideologi paling kuno tetapi pesat berkembang iaitu pemikiran AKU TIDAK PEDULISMA yang melanda masyarakat kita, khususnya dari kalangan generasi muda.

Tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah… namakan apa sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.

Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara yang tidak ke mana. Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti. Anak muda bukan ada masa untuk mendengar celoteh ahli politik, baik di pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong, retorik dan jauh dari pembaris idealisma orang-orang muda. Lantas, sama ada pemerintah atau pembangkang, gagal menjadi mesra orang muda, dan menyumbang kepada kebosanan yang tinggi di kalangan mereka ini terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan politik.

Namun, ketidak pedulian itu juga mungkin sekadar tip of the iceberg. Isunya lebih dari itu. Lebih besar dari sekadar malas untuk peduli kepada pilihanraya. Ketidak pedulian manusia terhadap persekitarannya sering berkait rapat dengan persoalan world view… cara seseorang itu memandang dan menilai kehidupannya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin (atau tidak berkahwin tetapi hidup macam orang kahwin).

an-aam.gif

Mereka ini dibahasakan oleh al-Quran sebagai “seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat adanya”. Ada telinga enggan mendengar, ada mata enggan melihat, ada akal enggan berfikir… lantas dibahasakan oleh al-Quran sebagai binatang ternak.

Jika harimau, ada jugalah megahnya dia di rimba sebagai raja. Tetapi binatang ternak… seburuk-buruk tamsilan untuk manusia yang diberi akal tetapi masih hidup dengan falsafah binatang.

Apa falsafah binatang ternak?

Anda pernah melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya tidak! Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini, dan itu sahaja. Malang sekali, tidak sedikit manusia hidup dengan falsafah yang sama. Malah kerana dia manusia, bukan hanya berfikir hari ini mahu makan apa, bahkan hari ini mahu makan siapa!

Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat sembelihan, bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya? Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.

Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput, makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata.

Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.

balhumadhall.jpg
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A'raaf 7: 179]

Apakah sikap tidak peduli, lumpuh reaksi dan hambar terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara, merupakan simptom besar kepada melatanya generasi yang hilang arah dan tujuan hidup?

Semua pihak perlu serius memikirkan hal ini. Mereka yang bertanding, yang berkempen, yang berdakwah, yang bersiasah… isu ini isu semua. Pilihanraya, demokrasi, baik pulih pemerintahan… adalah isu yang tidak punya sebarang makna bagi manusia yang hanya berfikir tentang perutnya.

KEMUSYKILAN 2

Disebabkan oleh luasnya capaian internet, pelbagai idea dengan begitu mudah bertebaran dan tersebar tanpa sempadan. Kita menyediakan masyarakat yang bebas dalam bermaklumat tetapi pendidikan dan keseluruhan struktur rakyat kita tidak menyediakan masyarakat yang bijak mengendalikan maklumat.

Idea bahawa demokrasi itu Barat, tidak Islamik, Haram, justeru penyertaan sesiapa ke dalam pilihanraya dan sistem demokrasi dianggap sebagai bertentangan dengan Islam… menjadi sebahagian daripada wacana anak muda hari ini!

Ini bukan isu baru. Ia sudah lama diperkatakan, malah sudah pun dijawab dengan hujah dan penjelasan yang bertimbun-timbun. Tetapi ia baru popular di Malaysia.

Lantas golongan Islamist (izinkan saya menggunakan istilah ini) bercakaran sesama sendiri. Ketika golongan yang sedar dan celik politik itu kecil jumlahnya berbanding penganut AKU TIDAK PEDULISMA, golongan sedar ini pula tenggelam dalam diskusi yang entah di mana hujung pangkalnya. Apatah lagi wacana tentang hal ini dibahaskan dengan penuh emosi, dan meminjam teladan sejarah secara membuta tuli lagi tepu dengan elemen romanticism yang tidak rasional, lantas semua orang menjadi self proclaimed scholars mencampuri diskusi ini bahawa demi Islam, jangan terlibat dalam demokrasi dan pilihanraya, apatah lagi untuk mengundi calon Islamist.

Apakah cara golongan ini bernegara? Ceritanya panjang, namun pastinya kegagalan generasi muda menyelesaikan isu ini akan sedikit sebanyak melengahkan mereka daripada bertindak betul dan terus melayan siang serta malam dengan teori atas angin yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

KEMUSYKILAN 3

Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.

Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.

Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya semula dengan betul.

Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.

Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?

Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.

Ia adalah contoh kesan structured knowledge yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.

Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan jangka masa panjang.

KEMUSYKILAN 4

Beberapa insiden, kesilapan dan kesalahan yang berlaku di pihak pembangkang, sama ada di dalam urusan parti mahu pun ketika mentadbir negeri, mungkin menimbulkan rasa kecewa sesetengah kita. Kekecewaan itu bukan semuanya tidak berasas atau sekadar mainan perasaan. Bagi mereka yang membaca kritikan setajam kritikan Olivier Roy di dalam bukunya The Failure of Political Islam, ia mungkin menimbulkan rasa sesak dada kerana golongan seperti ini tersepit di antara kepincangan pemerintah yang ada, dengan pembangkang yang gagal.

Kekecewaan itu juga mungkin datang dari kesempitan definisi mereka terhadap kemenangan. Mereka mengukur kemenangan dan kekalahan hanya kepada soal mendapat kerusi dan bilangan undi. Lantas mereka menghitung belasan kekalahan pembangkang dan golongan Islamist di dalam sejarah pilihanraya negara kita.

Sedangkan mereka lupa kepada perubahan yang telah berlaku kepada masyarakat. Jika perlaksanaan Syariah masih belum berlaku dan ia dianggap kegagalan, bagaimana pula dengan tahap kefahaman masyarakat kita tentang Islam sebagai suatu cara hidup 20 tahun yang lalu, berbanding hari ini? Jika 20 tahun yang lalu, sebutan tentang hukum hudud diwacanakan secara jahil, hina dan biadab oleh masyarakat kita, apakah masih kedengaran intonasi yang sama pada tahun 2008?

Bagi ahli politik dan muslim yang berminda faqih, hakim dan qadhi… seorang yang dahulunya minum 10 gelas arak tetapi kini berkurang kepada 7, tetap dianggap sebagai peminum arak. Namun jika kita melihat pengurangan 10 kepada 7 dari perspektif seorang daie, seorang pendidik dan aktivis masyarakat, ia adalah suatu pencapaian, suatu perkembangan yang positif.

Golongan Islamist mungkin boleh terus menangis atas kekalahan demi kekalahan pada bilangan kerusi dan jatuh naik hitungan undi. Tetapi di sana ada 100 kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai di sepanjang jalan dan pengalaman yang ada. Mata politik mungkin selalu kecewa, tetapi mata pendidikan sering menyinarkan harapan.

Maka golongan yang kecewa dengan pencapaian Islamist dan pembangkang secara umumnya, janganlah menterjemahkan kekecewaan itu sebagai bonggol-bonggol jalanan yang menyulitkan perjalanan masyarakat. Sebaliknya gunakan kekecewaan itu sebagai suluhan untuk mengenal pasti kelemahan yang ada lantas seterusnya mengemukakan penyelesaian secara bijaksana. Jiwa mengemukakan penyelesaian harus sebesar jiwa menimbulkan persoalan.

MUHASABAH

Sesungguhnya kemusykilan di atas adalah sebahagian daripada apa yang sempat saya fikirkan buat masa ini. Ia mendesak saya untuk semakin percaya bahawa proses demokrasi di sesebuah negara hanya mampu berkembang sihat jika semangat berpolitik seiring dengan semangat mendidik dan memahamkan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak mereka. Bukannya memanipulasikan sifat naive masyarakat yang undinya diubah-ubah dengan baja tahi kelawar, kain pelekat dan surah yasin dengan bookmark RM50.

Jangan gadai negara dengan jual beli undi anda… sekurang-kurangnya itu pesan Tun M, mantan Perdana Menteri Malaysia selepas beliau turun dari pesada.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Pilihanraya Versi Rehat Minda “Abi, pilihanraya tu apa?”, tanya Saiful Islam. “Pilihanraya tu pertandingan”,...
  2. Merebut Saham Anak Muda “Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang...
  3. Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 Alhamdulillah, perjalanan ke Kuching lancar. Terima kasih kepada Bukhary, pemandu...
  4. Ulasan Tabiat 2: Bermula Langkah Dengan Akhir di Minda KENYATAAN: Artikel ini adalah sebahagian siri artikel saya berkaitan modul...
  5. GRAMEDIA Bookstores: Spa Minda Terkini di Ibu Kota Orang stress suka kepada spa. Boleh berehat dan tenang-tenangkan diri....

 

55 Responses to “Pilihanraya dan Kemusykilan Minda Muda”

  1. mozucorp says:

    Saya antara pembaca setia blog ustaz tp kali pertama menulis komen. Mungkin kerana topik ni menarik perhatian, maklumlah pilihanraya dah dekat. Saya pun mempunyai masalah apabila cuba berkempen pada kawan2 seuniversiti agar mengundi PAS atau Keadilan. Banyak ragamnya, yang sudah mengenal Islam berpendapat seperti yang ustaz nyatakan tadi, haram untuk melawan pemerintah yang sudah Islam, yang belum mengenal Islam memilih untuk bertelanjang sahaja, daftar pemilih pun belum, katanya malas nak undi, siapa memerintah pun sama sahaja. Entahlah ustaz… harap ustaz tambahkan usaha untuk ‘mengajar’ kerajaan kita yg sudah bongkak ini.. dalam demam pilihanraya ini, mohon ustaz banyakkanlah tulisan mengenai politik.

  2. Amin Ahmad says:

    Salam.

    Well said ya Ustaz. Kali ini saya pilih untuk tidak mahu banyak masuk campur membincangkannya :)

  3. Abu Saif says:

    Tak becoklah macam ni Amin…

  4. el-faruq says:

    salam.
    sama seperti mozucorp, inilah kali pertama ana respon utk artikel ustaz. ana takde komen lebih utk artikel ustaz ni, cuma mungkin sekadar berkongsi info. ana pernah dengar tentang teori ‘political animal’, yg mana dlm satu2 masyarakat, hanya 5-10% yg terlibat aktif dlm perjuangan, 20% lagi hanya menyokong, & 70% lagi disahkan mengidap syndrome “AKU TAK PEDULISME”. golongan 70% ni la yang betul2 dijaga diternak oleh amir2 politik toghut skrg agar mereka terus dgn tak tahu & tak peduli. jika kita dari golongan 10% @ 20% tu, jesteru ana menyeru..BERSATULAH! BEKERJALAH! TOLONGLAH AGAMA ALLAH!!!

  5. farhan says:

    “Golongan Islamist mungkin boleh terus menangis atas kekalahan demi kekalahan pada bilangan kerusi dan jatuh naik hitungan undi. Tetapi di sana ada 100 kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai di sepanjang jalan dan pengalaman yang ada. Mata politik mungkin selalu kecewa, tetapi mata pendidikan sering menyinarkan harapan.”

    salam ustaz

    saya mungkin golongan yg mengahdapi kemusykilan ke 4.jika melihat kepada bilangan kerusi dan kalah menang, memang mustahil untuk pembangkang khususnya Parti Islam menguasai Putrajaya. lihat sahaja jumlah kerusi yg ditandingi dan kesepakatan antara Parti Islam-Keadilan-DAP.tp saya mengharap pilihan raya dari ke 12 menjadi medan untuk memulihkan sistem check n balance di parlimen. saya lebih prefer mempunyai dua tiga ahli parlimen yang berkualiti daripada mempunyai berpuluh ahli parlimen di pihak pembangkang yang hanya menjerit dan makan gaji di parlimen.harap selepas PRU 12 insiden2 dan jawapan yg memalukan tidak lagi keluar di parlimen. saya amat bersetuju sekali dengan nasihat Tun dua tiga hari yang lepas supaya menolak calon batang pisang, tunggul kayu dan bersongkok.

    “Lantas, sama ada pemerintah atau pembangkang, gagal menjadi mesra orang muda, dan menyumbang kepada kebosanan yang tinggi di kalangan mereka ini terhadap apa sahaja yang dikaitkan dengan politik.”

    pada pemerhatian saya, barack obama dilihat antara calon yang paling mesra dengan pengundi muda terutamanya pelajar universiti. mungkin kerana ucapannya yang membuatkan orang muda di sini bersemangat untuk menjadi golongan tahu. kalau ustaz ada masa, tengok la democratic presedential debate kat LA ari ni, jam 9 am waktu Msia live at cnn.com. hehe. kat malaysia takde debat2 mcm ni kot.

  6. MFR says:

    salam ustaz.

    saya kemukakan idea saya menunjukkan saya bukan orang muda tidakpedulisme. (saya tahu ustaz boleh cari di mana arkib tulisan saya).

    saya mengaku saya menolak demokrasi liberal. kalau setakat unsur keputusan dibuat secara syura yang ada dalam demokrasi menghalalkan demokrasi menjadi butiran dasar perjuangan, itu suatu yang tak bermakna. malah bukan rahsia lagi, hari ini demokrasi sendiri diaplikasi menurut “suka hati” pendokongnya. akhirnya piawai demokrasi dipegang oleh agensi zionis. untuk apa? saya setuju dengan Dr Syed Ali Tawfik al attas pengarah ikim, bahawa maqasid syariah wajar menjadi ganti demokrasi yang diperjuangkan pejuang islam (islamist?). bukan saja maqasid syariah,piawainya dipegang oleh kalamAllah, malah sebagai syiar islam dalam medan politik atau siasah dunia. adakah saya tergolong anak muda yang mengharamkan demokrasi sedangkan saya mengharuskan pilihanraya?

    saya juga bukan anak muda salafi. saya rasa ustaz tahu tentang itu.

    http://alhikmah-diari.blogspot.com/

    jadi, saya ini anak muda yang dikelompokkan dalam kemusykilan nombor berapa ya ustaz?

    saya tahu ustaz akan delete komen ini macam biasa.

  7. sue says:

    salam,
    saya rasa sekarang nie byk golongan bijak pandai yg bisa memilih dgn baik..kdg2 anak2 muda..belajar dr pemerhatian+pembacaan. Jd saya rasa masih ramai yg celik..yg mana baik+sebaliknya….

    jd..jdlah pengundi bijak…

  8. Amin Ahmad says:

    Salam Ustaz,

    Kadang-kadang nasi bila terlalu banyak nampak di pinggan boleh memutuskan selera makan :)

    Untuk sdr mfr, selaku orang muda saya percaya idealisme kita cukup tinggi, dan kerana itu untuk apa yang kita mahu buat dengan idealisme kita, buatlah sekarang. Saya percaya pengalaman akan menjadikan kita sederhana.

    Sdr tak perlu terpekik di sini dan mengakhirkan hujah “ustaz akan delete komen ini macam biasa”. Untuk saya itu kurang sopan kerana laman ini milik ustaz sebagai tuan rumah dan sudah tentu kalau tetamu datang buat onar bukanlah jenis tetamu yang diharapkan oleh mana-mana tuan rumah.

    Berbeza pendapatlah sebanyak mungkin, namun kekallah bersahabat. Jika sdr rasa idea sdr betul, sdr akan mendapat khalayak sdr, tapi jangan lupa mendapatkan khalayak ini bukan hanya kerana idea yang betul semata-mata, masih banyak faktor lain yang bersangkutan.

  9. Abu Saif says:

    Mungkin MFR tidak faham mengapa saya delete sesetengah komen. Saya akan delete apabila pemberi komen tidak faham-faham peringatan saya supaya menghentikan komen tertentu, terutamanya komen yang berpotensi menyebabkan pembaca teralih daripada tajuk asal artikel.

    Kadang-kadang saya rasa macam pantang saya sebut demokrasi, biar pun sepintas lalu, MFR pasti akan macam terkena kejutan elektrik dan kembali mengulang perbahasan yang sudah dibuat sebelum ini sedangkan saya bukannya nak berbincang tentang demokrasi dan pandangan Dr Syed Ali Tawfik al attas yang sudah berkali-kali anta anta ulang.

    Saya juga delete link saudara ke komik tertentu sebelum ini sebab link itu berpotensi menyebabkan pembaca nak berbahas pulak tentang isu salaf khalaf yang boleh jadi berjela-jela sedangkan saya bukan mahu berbincang tentang itu.

    Kali ini saya kekalkan komen saudara tetapi jika komen itu menyebabkan ada komen yang berbalas-balas dan akhirnya balik ke square one, maka mungkin saya akan delete kerana saya sebagai penulis sangat terkilan jika pembaca menyimpang bincang ke benda lain. Letih je buang masa menulis, benda yang SATU, DUA atau TIGA ini juga yang nak diperbahaskan.

    Jika MFR atau sesiapa rasa yang empat kemusykilan di atas tidak mewakili diri anda, dan ada kemusykilan yang seterusnya, jangan mengamuk. Saya sudah sebutkan bahawa empat kemusykilan di atas hanya SEBAHAGIAN daripada yang sempat saya coretkan, untuk pusingan ini.

    Saya akan away selama tiga hari dan sulit untuk monitor blog ini dengan mobile phone. So, MFR boleh continue discussion dan kemarahannya di al-ahkam.net . Pembaca yang nak follow discussion initiated by MFR dan kekecewaannya kepada orang tua macam saya, boleh juga klik di al-ahkam,net.

  10. el-faruqi says:

    Alhamdulillah ana yg hidup d negeri yg ditadbir parti islam (tp parlimen & dun ana parti sekular yg dpt) dikurniakan kelebihan oleh Allah utk melihat contoh yg hidup tentang politik negara ini..sehingga ana meletakkan hukum Fardhu Ain ke atas diri ana utk mempertahankan kerajaan islam yg kelantan yg ada sekarang. mungkin sahabat2 boleh refer & diskus tafsir surah Al-Baqarah ayat 243-252 (kisah Tolut & Jalut), moga tenang hati kita dlm meniti perjuangan ini, dan menolak hujah2 mereka yg menentang perjuangan & pejuang2 islamist dlm arena politik

  11. irshadian says:

    mari berlapang dada

  12. uzair says:

    alhamdulillah..AKU TIDAK PEDUSLISME BUKAN MILIK AKU!aku benar-benar peduli…

  13. Joe says:

    Ustaz,

    baja atau baji tahi kelawar?….heheh

  14. abimuslih says:

    Ustaz dan rakan2 pengunjung, kepekaan politik itu sebahagian dari tanggungjawab. Jika kita alpa, tak mustahil akan dijajah sekali lagi. Namun, lihatlah anak muda hari ini. Ada semacam trend menjadikan anak-anak muda menjadi sekumpulan ternakan politik. Ternakan yang diperguna bila pilihanraya. Mereka diternak dengan hiburan melampau dan pergaulan bebas. Ilmu dan kesedaran makin luntur. Seolah-olah ia sengaja disusun begitu. Lihatlah peranan media yang merosakkan. Undang-undang yang ketat mengikat (seperti AUKU). Majlis hiburan pesta-pestaan yang diraikan pembesar. Lihatlah suara Islam yang makin disisih. Ulama dicemuh. Artis dipuja…. Semua ini makanan ternakan haiwan politik— anak-anak muda yang asalnya bersih dan putih.

    Ustaz, memang tak mudah mengubah trend ini. Perlu usaha bersepadu dari atas dan bawah. Dari kiri dan kanan. Terima kasih atas keprihatinan dan kesungguhan ustaz mewar-war soal yang gawat ini…

  15. mahasiswa says:

    Alhamdulillah i got the answer, kawan saya bagi hujah ttg hadis di bawah ini, yg menyebabkan saya yg kurang ilmu ini dalam dilema. Tapi Alhamdulillah ustz, berkat dorongan Allah tulisan ustaz ini saya akan terus cuba membebaskan diri saya dari TAKLID dan TAKSUB.

    Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

    “Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

    “Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

    Nah sekarang baru saya sedar hal2 ini sudah lama diperdebatkan. hehe
    tolong wahai saudara2ku, cukuplah………. jgn buang masa kita berbalah, berhujah sana-sini, beremosi, Agama Allah sgt membutuhkan kita utk memperjuangkannya.

    Alhamdulillah ustaz kemushkilan saya tentang perkara ketiga akhirnya terjawab. Moga Allah terus bimbing kita semua.

  16. mahasiswa says:

    ehm komen ni pun bagus gak utk luaskan sumber perbincangan
    http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/01/komen-terhadap-artikel-sikap-terhadap.html

  17. sharifah says:

    Salam. Sebenarnya sindrom “AKU TAK PEDULISME” bukan sahaj melanda anak muda tetapi juga kepada golongan yang takberapa tua (sudah berkerjaya-30-han) Ini daripada pemerhatian di tempat kerja saya sendiri. Mereka seolah lansung tidak peduli ttg politik dan politik adalah satu topik yang sangat salah untuk dibincangkan. Betul seperti tulisan ustaz, mereka berpendapat bahawa siapa juga yang mentadbir tidak akan memberi kesan lansung kepada mereka, asalkan periuk nasi mereka tidak diusik, kepentingan individu adalah menjadi keutamaan. Bagi golongan yang mahukan islam pula dilihat lebih mengambil sikap, “lebih baik susah daripada berubah”. Asal saja mereka boleh menunaikan ibadat wajib sudah memadai.

  18. abu-alfateh says:

    macam-macam ada…..

  19. Jepunis says:

    Satu jawapan yang saya boleh kongsi untuk mereka yang mengatakan ‘Buat apa pergi mengundi. Aku pi undi bukan boleh ubah apa pun’.

    Lecturer Jepun saya kata terhadap orang-orang macam ni, ‘Ingat awak bukan Tuhan., boleh mengubah ikut suka hati awak dengan hanya memetik jari!!”(mafhum kata beliau)

  20. Abu Nabil says:

    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata beliau akan cuba menyedarkan rakyat bahawa sokongan kepada BN biarlah bertempat dan mestilah berasaskan akal waras.

    “Sekiranya orang yang seperti tunggul dan korup dicalonkan, walaupun jika mereka mewakili BN, rakyat tidak patut memberikan sokongan. Dengan cara itulah sahaja kita dapat membersihkan kerajaan,” katanya sambil menegaskan beliau tidak akan menyokong atau berkempen untuk pembangkang.

    Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan bukunya bertajuk “Mahathir’s Selected Letters to World Leaders” di Yayasan Perdana di Putrajaya Rabu lalu.

  21. ibn umar says:

    insyaallah anak muda ini akan mengundi buat kali pertama. tiada kemuskilan cuma tunggu memanda mendapat ilham dalam lena tudurnya.

  22. soffis sban says:

    kita perlu membuat perubahan demi masa depan ummat..pilihanraya adalah medan terbaik untuk “mengajar”pemerintah yang gagal menjalankan tugasnya dengan penuh amanah..bangkit lah wahai pemuda…sensitif dengan masalah ummat…

  23. Dr_abdullah says:

    assalamualaikum..

    sekadar berkongsi pandangan peribadi drpd org muda yg baru 1st time nak mengundi..ibu ayah sy org umno..atok org pas..paklong pas..pakcik makcik org keadilan..sumenye ade jawatan dlm parti masing2..setiap kali kalau berkumpul mesti cite politik..tp alhamdulillah family kami harmoni..alangkah cantiknya jika masyarakat islam di malaysia ni harmoni mcm ni..

    ape natijahnye pd org muda seperti sy?secara peribadi sy tidak memandang pd parti..tp pada individu..tp ade juga conflict dlm mengundi..jika individu umno yg bertanding lebih berketrampilan utk membawa islam, adakah sy akan mengundi calon pas yg kurang ketrampilan tp bernaung di bawah parti islam? wallahualam

    sy teringat kata2 ayah sewaktu sy bertanye dahulu..”mengapa ramai org sokong umno?”ini jawapannya..KITE BERNAUNG PADA POHON YANG RENDANG. dulu sy tidak faham..hari ini sy faham maksud kata2 ayah. ini pemahaman sy..org ramai mengundi parti yg boleh memberi manfaat pd diri sendiri&keluarga. atok org pas..dulu keluarga kami kena blacklist..nak join koperasi pun tak boleh. sekarang? semuanye mudah. (ini bukan promote mane2 parti, just berkongsi reality hidup)

    symptom “aku tidak pedulisma”..ya sy akui golongan seangkatan umur dgn sy tidak peduli dgn politik negara. mengapa? sebahagian drpd mereka berpendapat walau siape pun yg memerintah tidak memberi kesan pada mereka..sy fikir tiadenye direct approach pd golongan muda yg menyebabkan mereka seakan2 “lari” @ erti kate lain “diabaikan”. kebanyakan isu2 yg dilambakkan lebih relevan dgn golongan “tua”..isu naik harga, isu minyak & etc. kalaulah isu2 seperti penghapusan bunga PTPTN, penambahan biasiswa JPA, penambahan tempat di IPTA, mengatasi masalah pengangguran & etc maka ini pastinye membuka mata golongan muda. tidak keterlaluan jika sy nyatakan majority yg bertanding pilihanraya adalah golongan tua..sedar @ tidak..sebenarnye golongan muda yg menentukan hala tuju politik negara kelak..justeru tiadanye “balancing umur” dlm parlimen juga sebenarnye suatu faktor kewujudan symptom ini.

    sekadar pandangan peribadi..maaf jika ade yg mengguris hati mane2 pihak..wallahualam

  24. abuhandzalah says:

    mungkin nature manusia suka mengekalkan status quo. atau sudah senang berada dalam comfort zone macam artikel ustaz tentang berani untuk berubah tempoh hari. maka itu menyebabkan mereka kurang peduli tentang masa depan negara atau siapa jua yang memerintah, asalkan boleh buat 5 rukun hidup yang ustaz sebutkan dalam artikel ni.

    ditambah pula dengan golongan-golongan yang anti pilihanraya dan demokrasi, dan juga mereka yang menyebarkan kata-kata ‘sebenarnya tak perlu politik dan kuasa ni, kena dakwah je’ (seolah2 terlibat dgn politik dan mendapat kuasa itu bukan salah satu jalan utk berdakwah), maka semakin jauhlah masyarakat terutamanya golongan muda terhadap masa depan politik dan pemerintahan negara.

    pusing ikut mana pun, masih lagi berlegar pada masalah sikap sama ada aku tak pedulisme atau malas nak pikir dan digest maklumat-maklumat yang banyak. amik satu, pegang terus sampai bila2.

  25. azlan says:

    halo brader. apa yang aku nampak, ada la satu parti tu cakap aje lebih. negeri dan kawasan tak bergerak pun. takat dok hentam pimpinan sedia ada sapa pun boleh. bila depa buat ceramah, bukan orang qariah yang mai, tapi org luar yang banyak. jangan perasan sangat nak menang. aku prnh dgr YDP satu kawasan tu berucap kat depan mengarut je banyak. ntah hape-hape. dia tu mesti kuat melobi org. so, lebih baik kita kekalkan pimpinan sedia ada drp jadi mcm satu negeri yg depa perintah sampai la negeri termiskin dalam malaysia. layak ke negeri tu sbg contoh terbaik kerajaan pro kebajikan?? kelemahan pimpinan pusat standarlah kat mana2 pun ada, so marilah sama-sama memperbaiki..should take time

  26. durratulzahirah says:

    salam..dah lama menanti ulasan ustaz pasal pru..selaku anak muda yang baru nak g mengundi,,saya rasa memang kurang sangat tenaga nak bekerja utk pihak islam.apabila berpeluang ikut program mereka,,rasa terharu dan kesian sebab makcik2 tuh hari2 ada meeting..DARI PAGI-balik dekat 12 malam hari2,,anak2 muda tak de..sgt setuju dgn pendapat adanya strategy melalaikan anak muda oleh “org2 tertentu”.cuma nak tambah sket,,mungkin anak mudatakut if puak islam menang, dorang dah takleh berhibur,,berseronok tiap2 malam macam sekarang..waalua’lam.

  27. Kak mas says:

    Confuse, confuse, kepada orang biasa2 cam kak ni yang tak belajar kat Jordan, Mesir ke, UM ke, UKM ke dll. Termasuk orang kampung2, pekerja2 kilang dll yg akedemik tak tinggi. Pengetahuan agama la ni pun kami dapat dari kelas2 di surau, masjid, tV, ceramah & sikit2 baca buku. Jgn la kutuk kami. Sebaliknya kesihankan kami. Dlm negara kita ni, ada pati pemerintah dan pembangkang. Meneliti dari tulisan ustaz, pemimpin dari pati pemerintah ada yang OK & tak OK, & ada juga dari pembangkang yang OK & tak OK.

    Tapi bila mengundi kena pilih salah satu saja. Kalau kami pilih drp ke2 parti nanti rosak undi pula, Kalau tak mengundi lansung nanti termasuk golongan pertama.

    Cuba ustaz & pembaca2 yang bijak bistari beri panduan kat kak ni secara terus terang, bole kak sampaikan pada yang masih confuse:
    Contoh: antara PAS & UMNO nak undi mana, DAP & MCA undi mana, PKR & MIC nak undi mana, dan sebagainya. Seperkara lagi, nak pilih atas nama parti ke atau pilih wakil (tak kira parti apa?). Kerana kadang2 kita berkenan kat wakilnya, tapi parti kita kurang berkenan dan sebaliknya.

    Senang la nanti. Jgn lupa ya ustaz, hujahnya dalam bahasa yang sangat mudah.
    Salam untuk semua.

  28. Pembaca says:

    Harapnya jangan jadi pencula undi dah le. Pilihanraya dah nak dekat. Mcm2 boleh jadi. Saya doakan web ni tak jadi terget serangan mafia2 internet.

  29. Amin Ahmad says:

    Salam.

    Kempen Sapere Aude! (Berani Untuk Tahu!) – Jangan Haram Buku!
    maklumat lanjut di http://www.patahbalek.blogspot.com dan http://www.becok.blogspot.com

    Maaf ya ustaz :)

  30. fairuz says:

    Saya memang dah lama menyokong parti Islam.. kerana saya yakin dengan prinsip perjuangannya. Saya memahami apabila sering diperkatakan tentang kelayakan parti pembangkang untuk memerintah. Tapi sejauh mana kebenaran kenyataan ini?. Adakah parti pemerintah benar-benar orang yang layak memerintah.Berbekalkan SPM atau sekadar sijil oleh sesetengah menteri, saya yakin ia sudah cukup membuktikan bahawa parti pemerintah juga ada yg langsung tidak patut memimpin. Saya juga nak bawa sahabat untuk merenungi realiti ketiadaan hak bersuara di media-media. Jika dilihat di negara-negara Barat yang mengamalkan demokrasi, semua parti mendapat equal right untuk berkata-kata, manifesto dan sebagainya.Media bersikap neutral, mengkritik kerajaan dan pembangkang, maka dari situ lebih mudah untuk kita menilai jika benar pembangkang layak memerintah atau tidak. Namun saya tidak menolak bahawa banyak lagi kelemahan parti pembangkang terutamanya PAS yang perlu diperbaiki jika ingin benar-benar menawan hati rakyat. Teringat sejarah penawanan Constantinople, nabi muhammad telah bersabda ttg penawanan kota tersebut ketika perang khandak, tapi penawanan kota tersebut berlaku beratus-ratus tahun selepas itu. Takkan selepas 50 tahun berada di persada politik malaysia, kita pendokong islam nak islam menang sebegitu mudah. Teruskan perjuangan! Allah telah pun menjanjikan kemenangan Islam, yang penting kita berusahah ke arahnya.

    Teringat kata-kata seorang pimpinan Pas, kata beliau: jika org dtg padanya tidak mahu memilih Pas kerana itu dan ini, kelemahan itu dan ini, jika saudara itu boleh bercakap 5 jam ttg keburukan Pas, dia boleh cakap selama 5 hari kelemahan Pas. Masuknya die ke dalam Pas bukan kerana pemimpinnya yg hebat seperti tuan guru nik aziz, tapi kerana prinsip perjuangan. Maka manusia yang boleh berfikir tidak patut menolak sesuatu solely kerana manusia yang di dalamnya, seperti mana kita semua tidak masyarakat non muslim menilai kita sebelum memeluk islam, pasti lah ajaran islam yang perlu dinilai, bukan orgnya. Namun, tidak lah boleh nak digunakan alasan ini selama-lamanya kerana kita selaku org islam perlu sentiasa menjaga nama ad deen kita dengan berakhlak mulia. Begitu juga Pas, perlu continously memperbaiki kelemahan demi menjaga nama baik parti, semoga lebih ramai yg terbuka hati untuk memberi sokongan kepada Pas.

    p/s kepada saudara Azlan, saya cuma nak bertanya, benarkah kelantan negeri paling miskin di malaysia? saya yakin tidak, saudara perlu mencari maklumat tersebut sendiri. Terengganu merupakan negeri kedua termiskin ketika pemerintahan BN kemudian naik ke tangga ke empat ketika pemerintahan Pas kemudian jatuh semula ke tangga ke2 apabila BN memerintah semula. Fikir-fikrikanlah

    Semoga aku tidak fanatik dengan Pas. Kupilih perjuangan ini kerana Islam. Kerana aku yakin ini jalannya. Kepada sahabat-sahabat ku, bersikap terbukalah, nilailah sebaiknya. Semoga Malaysia dirahmati. Allahu Akbar

  31. Amin Ahmad says:

    Sdr Fairuz,

    Setuju dengan sdr… Rasanya berkaitan sistem yang tempang itu pendirian mereka yang ‘mengkritik’ PAS adalah jelas. Sistem yang tempang itu turut dikritik, jangan ada kerisauan tentang itu.

    Cuma dalam diskusi, banyak sempadan-sempadan yang sengaja dirobohkan untuk tujuan meneroka idea, supaya sebolehnya semua sudut pandang ditekuni sebaiknya. Untuk saya, dari pengalaman saya juga ia banyak membantu proses pemahaman dan tidak melulu membuat keputusan.

    Misalnya dalam soal kebebasan, dasar kebebasan yang dipegang mungkin berbeza, sebab itu diskusi sering meneroka persoalan tersebut. Sayangnya, seringkali mereka yang mahu terjun dalam diskusi juga mahu lekas mematikan diskusi dengan keputusan.

    Jika akhirnya mereka yang berdiskusi membuat keputusan bahawa PAS bukan pilihan – atas faktor yang mungkin pelbagai – maka saya kira, bersikap sejahteralah kerana keyakinan adalah sesuatu yang bersifat internal, tidak nampak. Saya punya seorang teman yang kuat membantu kerja-kerja PAS, kerana arwah ayahnya dulu pendokong PAS. Tapi dalam perbualan jujur kami di warung kopi, dia mengakui bahawa dia tetap akan memilih UMNO. Dan jangan terkejut kerana ada juga yang berkempen untuk UMNO akhirnya memilih PAS di hari pengundian. Hal-hal yang sebegini harus cuba difahami dan dicari punca serta jalan penyelesaiannya.

    Jika sdr mengatakan adanya equal right yang membolehkan parti2 Islam berpeluang untuk mendapat sokongan, adakah jika parti Islam di Malaysia menang maka equal right itu akan dikekalkan?

    Ramai teman-teman saya percaya TG Nik Aziz lebih baik amalan agamanya berbanding DS Anwar, tapi ramai juga percaya dalam realiti kini, DS Anwar lebih kompeten untuk menjadi pemimpin. Itu sekadar pandangan, dan tentunya ia terbuka kepada pilihan orang ramai.

    Saya fikir kerisauan ramai yang sering berdiskusi dan mengkritik PAS ialah kerana dalam tekanan kerajaan – adanya respons yang diberi PAS (saya rasa lebih tepat pendokong, ahli-ahli dan sebilangan pemimpin) bersifat gopoh dan ia menjadi modal panjang untuk melanjutkan kerisauan yang ada.

  32. fairuz says:

    jzzk atas respons, saya budak baru belajar. Saya suka kritikan membina. Cuma kadang-kadang bila banyak kritik,saya rasa kurang sesuai. Dalam keadaan ramai yang masih bersemangat bekerja, kritikan yang banyak memungkinkan kerisauan, kecelaruan dan sebagainya.

    Sekadar merespons kepada equal rights yang saya suarakan awal-awal tadi, saya tiada jawapannya. Tapi saya amat mengharapkan ia akan berlaku. Jika tidak diadakan secara terus, mestilah ada step by step untuk mengadakan, jika tidak saya akan kecewa.

    Tujuan awal luahan tersebut apabila terlalu banyak suara yang mempersoalkan kelayakan pembangkang menerajui negara. Benarkah kenyataan ini? Bagaimana kita menilainya? Bagi saya, media merupakan alat yang maha penting dalam kita menilai pimpinan dan sekarang ia menjadi suatu kekurangan kpd parti pembangkang. Namun tidak saya nafikan masih banyak kekurangan di pihak pembangkang.

    maaf, tulisan saya belum matang, belum banyak pengalaman yang membolehkan saya menulis panjang. Saya org muda masih belajar. Yakin dengan perjuangan Islam.

    mohon respons jika ada yang perlu diperbetulkan

  33. Kak Ija says:

    Assalamualaikum kepada semua.

    Sebenarnya artikel ini “applicable” juga kepada kepada golongan yang tidak berapa muda, malah kerja adalah salah satu dari senarai 5 rukun yang ustaz utarakan. Artikel ini cuba membawa pemikiran bakal pengundi untuk menilai diri sendiri, adakah kita terdiri dari golongan “aku tidak pedulisma”?. Alhamdulillah, ramai yang mengaku tidak berada di dalam kategori tersebut.

    Tetapi checklist tu perlu diteruskan, jika kita peduli tetapi adakah kita merasakan diri Islamik dan terasa benar2 memahami perjuangan Rasulullah lantas terus menolak demokrasi dan pilihanraya kerana di zaman Rasulullah tiada SPR. Seterusnya Jika kita menerima pilihanraya sebagai suatu wadah perjuangan, teruskan checklist tersebut.

    Adakah kita merasakan salafi tulen dan asli lantas merasakan pembangkang tidak wajar menegur pemerintah walau dalam apa keadaan pun. Jika kita lulus ketiga2nya kita perlu melihat erti perjuangan sebenarnya, jangan diukur kemenangan dengan kejayaan mendapatkan kerusi tetapi perubahan2 positif yang telah diambil kerajaan kerana desakan pembangkang.

    Hargailah artikel ini sepenuhnya, terdapat banyak komen yang seolah2 skrin komputer tidak cukup besar sehingga seolah2 satu dua perenggan sahaja yang dibaca.

    Maaf di atas kekasaran bahasa sekiranya menyinggung perasaan. Pujukan supaya ustaz teruskan berkarya rasanya tidak perlu kerana ustaz ni ada “built-in burning desire”. Pembacalah yang perlu meningkat teknik dan keupayaan membaca dan mencerna keseluruhan artikel. Tidak perlu bersetuju cuma pertimbangkan setiap point.

    Terima kasih kerana membaca komen ini sepenuhnya.

  34. cikli says:

    Salam semua….

    Sama-samalah kita sembahyang ISTIKHARAH utk buat pilihan.
    Bukan masa nak kawin je…
    Kalau nampak dacing jugak atau samivelu nak buat macam mana….

    TAKBIR!

  35. abuaslam says:

    Sekadar berkongsi seloka tentang pilihanraya

    ——————————————————–

    Pilihanraya makin tiba
    mungkin lepas Tahun Baru Cina
    mungkin juga Bulan Tiga
    Paklah dah dapat ilham dan tanda

    Pilihanraya makin tiba
    ada yang suka ada yang duka
    Bakal bergelar YB di usia muda
    YB tua pula berputih mata

    Pilihanraya dah makin tiba
    Pilihlah yang beragama
    Pilihlah yang yang amanah dan setia
    sanggup jadi hamba
    kepada rakyat jelata

    Pilihanraya dah makin tiba
    Jangan pilih yang pandai bermuka-muka
    Menabur janji tidak terkira
    Yang senang dan kaya suku-sakat dia

    Pilihanraya dah makin tiba
    Biarlah padang sama rata
    Baru jantan namanya
    Jangan nanti dikata betina

    Pilihanraya dah makin tiba
    generasi muda asyik berfoya
    ramai belum mendaftar nama
    walaupun dah mencecah usia

    Pilihanraya dah makin tiba
    BN kata berilah lagi mandat pada mereka
    BA pula kata berilah peluang pada kami pula
    Kebajikan rakyat lebih terjaga

    Pilihanraya dah makin tiba
    tunaikan tanggungjawab anda
    sebagai warganegara di bumi tercinta
    diam tak diam dah 50 tahun merdeka

    Abu Aslam
    Bandar Baru Bangi

    23 Januari 2008

  36. Amin Ahmad says:

    Sdr Fairuz,

    Jangan risau. Saya faham bahawa kritikan yang keterlaluan dan sering dilihat tak kena masa itu valid – dalam konteks pilihan raya di mana rakyat perlu membuat keputusan.

    Saya tak tahu sama ada dalam diskusi (sebut saja usrah) ada atau tidak pendekatan merobohkan sempadan-sempadan yang selalu difikir terlarang. Yang saya pasti, dari pengalaman saya – ia cenderung bersifat pengukuhan dalam bentuk ‘jangan melangkaui sempadan-sempadan tersebut’. Maka diskusi akan jadi medan yang sering tidak membina. Saya tidak kata salah, tapi mengkayakan pemahaman untuk saya adalah bagus dan menambah yakin diri.

    Kritikan-kritikan yang ada untuk saya, harus dinilai, diwacanakan jika perlu, dijawab, diambil tindakan. Yang lebih penting kita boleh memahami bentuk kritikan itu sama ada mahu merobohkan atau sebenarnya mahu memperkasa. Saya cukup pasti Ustaz tidak mahu PAS menang satu penggal saja! :)

  37. Amin Ahmad says:

    Komen #36 itu harus difahami dalam konteks “Akhlaq Bukan Lalang” :)

  38. aye says:

    salamualaikum, Alhamdulillah utk PRU 12 ni Allah telah memberi peluang kepada ana untuk bergerak kerja dalam PAS, bagi membantu membenangkan PAS di putrajaya. W/pun akhi Farhan menyatakan semacam mustahil utk kami (pas kaw putrajaya) menang bagi kerusi parlimen putrajaya, ana menyatakan, kemenangan atau kekalahan kami dlm PRU12 nanti, itu bukan soalan utama. kerna kami yakin kami sudah di “pihak yang menang” hatta kami hanya dianggap ‘si burung kecil yg ingin memadangkan api yg membakar nabi ibrahaim as’. untuk itu, kpd sahabat yg ingin turut serta dlm ‘perjuangan’ ini, ana mengalu-alukan. Infak boleh disalurkan kedalam BIMB 16018010009961 (DANA PILIHANRAYA PAS PUTRAJAYA)… kemudian sila maklumkan kpd ana di no tel. 0193101483 syukran jazillah…

  39. [...] Pilihanraya dan Kemusykilan Minda Muda  http://saifulislam.com/?p=1359#comment-12336 [...]

  40. Kak mas says:

    Komen2 kebanyakan memeningkan kepala. Bahasa tinggi2 & kadang2 berbelit2. Baca Harakah lagi faham insyaAllah. Anyway saranan drp bil 34 Cik Li sangat mudah. Tima kasih. Cik li ni pasti org yg ceria selalu!

  41. fairuz says:

    jzkk, especially to akh amin ahmad

    saya suka di kelilingi sahabt2 yang berfikiran terbuka , it help to be more matured when thinking ..

    saya setuju bahawa takkan nak Pas menang sepenggal saja, kena nilai realiti politik yang terlalu banyak likunya .. jzkk atas peringatan ini, it did make me ponder for a while ..

    i guess i am not experienced enough to really say this and that .. yg pasti saya akan terus bersama Islam insyaAllah .. dan dengan pertolongan sahabat semua, insyaAllah saya akan lebih matang dalam menerusi liku2 dakwah di malaysia ..

    semoga pejuang2 islam diberi kekuatan oleh Allah .. sesungguhnya manusia yang merasakan mereka berkuasa itu tidak patut digeruni .. bukan mereka yang menentukan syurga neraka kita ..

    Allahu akbar !!

  42. Amin Ahmad says:

    Aduh, sebenarnya saya tak mahu campur tangan keterlaluan dalam soal ini :)

  43. Mohon yang ada berbincang disini untuk hadir ke Forum dengan Tajuk: Pertubuhan Amal Islami (NGO) – Peranan & Strategi Berdakwah dalam Masyarakat Majmuk

    Di KISAS, Klang 16 Feb 2008 9am

    Ahli-ahli Panel:
    Sdr Ann Wan Seng (Pen S/U Kehormat, PERKIM Kebangsaan/S/U Agong Per Cina Muslim MACMA)
    Sdr Mohd Abdullah Nicholas Sylvester (Pengerusi JK Dakwah, JIM/ Pengerusi Hidayah Centre)
    Prof Madya Dr Ishak Sulaiman (Exco, Per Ulama Malaysia)

    http://web.alkis.org.my/wp-content/uploads/2008/01/agm.jpg

  44. eastern_eagle says:

    baji tahi kelawar atau baja tahi kelawar? or is it same?

  45. anzalah says:

    Komen 25: En Azlan oii, Bukan ke negeri di bawah bayu tuuu yang termiskin di malaysia…bukan negeri depa yg satu tuu..

  46. indah says:

    Saya rasa artikel ni membuka mata ramai anak muda. Ada satu artikel berkaitan yang lebih kurang seruannya di sini http://drmaza.com/?p=175. Agak menarik juga.

  47. pena_prima says:

    “Contoh: antara PAS & UMNO nak undi mana, DAP & MCA undi mana, PKR & MIC nak undi mana, dan sebagainya. Seperkara lagi, nak pilih atas nama parti ke atau pilih wakil (tak kira parti apa?). Kerana kadang2 kita berkenan kat wakilnya, tapi parti kita kurang berkenan dan sebaliknya.”

    Assalamualaikum wrt wbt.

    Kak Mas,

    Pilih PAS, DAP, PKR jika Kak Mas adalah penyokong pembangkang. Jika kerajaan, tentulah lawan mereka.

    Saya suka jika kita melihat kerajaan drp sudut yang tidak biasa kita lihat. Biasanya para pelajar agama melihat drp sudut hukum lawan pemerintah boleh ke tak. Itu memeningkan orang seperti Kak Mas.

    Saya cadangkan begini, jika kita sayang kerajaan sekalipun, apa salahnya kita mengundi pembangkang. Rata-rata percaya ( termasuk pemimpin pembangkang ) BN masih lagi utuh untuk mentadbir Malaysia. Kemenangan mereka saban penggal menyebabkan mereka semakin angkuh dengan kuasa dan dunia. Buat apa sahaja, rakyat tetap menyokong mereka.

    Apa salahnya kita mengingatkan mereka tentang kuasa itu bukan milik mutlak mereka. Kami lebih berkuasa. Kami menentukan undi kami. Kami mahu kami diingat bukan ketika pilihan raya sahaja. Kami ingatkan kami kena bayar tol, tuan menteri tak payah. Kami sukar bergerak ke kampung kerana tol dan minyak dah beratus, tuan menteri cukup mewah.

    Kami perlu bantuan, tapi tuan menteri habiskan beratus juta hanya untuk membina replika masjid di Terengganu. Kami mahu bina rumah dan bayar hutang, tapi tuan menteri bebas selamatkan syarikat kroni dengan wang kami.

    Kami hanya mahu ingatkan tuan menteri dengan undi kami kepada pembangkang. Kami mahu pembangkang menilai pemimpin kami di parlimen.

    Jika kita mengundi pembangkang kerana ingin memberi peringatan kepada pemerintah…apakah dianggap khawarij juga yer????????? ( wahai sang pelampau )

    Saudara Amin,

    Sempadan yang bagaimanakah itu kiranya….

  48. pena_prima says:

    Bagi saya, adalah betul memilih parti drp memilih individu. Sebaik mana sekalipun wakil rakyat itu, tindakannya tidak boleh bertentangan dengan idealisme perjuangan partinya. Kesejahteraan kita juga bergantung kepada idealisme perjuangan parti memerintah.

    Ibarat menaiki bas yang dijadualkan menuju ke utara, jika ada penumpang yang mahu ke timur atau mahu merampas bas bagi dilencongkan ke barat, sudah tentu dia akan terhumbang keluar atau turun sendiri.

    Nak tak nak, dia terpaksa ikut bas ke utara. Bagi kita pengundi, jika kita setuju bas ini ke utara, kita pilihlah bas ini. Kalau mahu ke selatan, pilih bas lain yang ke selatan. Kecualilah jika berjaya merampas bas itu, atau menjadi pemandunya.

    Tak berapa nak betul sangat perumpamaan ni, tapi cukuplah untuk menggambarkan parti dinilai melebihi calonnya.

    Lihatlah dasar dan perlembagaan parti2 politik ini, dan siapakah pemandunya.

    Bagi orang pelampau mudah sahaja sifir mereka, biarkan negara ini ditentukan oleh pemerintah. Biarkan remaja musnah. Biarkan maksiat berleluasa, asalkan jangan lawan kerajaan. Tugas kita ialah menasihati, jika pemerintah tak dengar, kita dah layak masuk syurga agaknya…

    Manalah pemerintah umno nak dengar. Kalau dengar, jerut leher sendirilah jawabnya.

  49. enigma says:

    Undi anda adalah rahsia..huhu

  50. amani says:

    Dr_Abdullah says,

    “sekadar berkongsi pandangan peribadi drpd org muda yg baru 1st time nak mengundi..ibu ayah sy org umno..atok org pas..paklong pas..pakcik makcik org keadilan..sumenye ade jawatan dlm parti masing2..setiap kali kalau berkumpul mesti cite politik..tp alhamdulillah family kami harmoni..alangkah cantiknya jika masyarakat islam di malaysia ni harmoni mcm ni..”

    Tp tak sume family mcm ni. Kadang kala apabila membahaskan isu politik dalam keluarga, boleh memecah belahkan institusi kekeluargaan itu sendiri jika ianya terlalu mengikut emosi tanpa ilmu dan juga kewarasan akal sehinggakan tidak bertegur sapa adik beradik.

    Mgkn ini bezanya ant org y berilmu dan dpt menerima sgla kritikan dgn baik…tanpa sebarang naik angin pun.

  51. artikel ustaz dan diskusi kalian ini bakal membantu ‘assignment’ saya(berkenaan syura dan demokrasi) nanti….teruskan berdiskusi ya…

  52. [...] Pilihanraya dan Kemusykilan Minda Muda [...]

  53. Ilham says:

    Assalamualaikum…

    Err…untuk pengetahuan am jeee..Mengenai pencapaian negeri Kelantan…kot ada ramai yang tak tahu…

    1) Antara negeri paling kurang jenayah ( lihat statistik polis tahun 2004…tahun 2007 camne rupanya )
    2) Hutang kepada kerajaan persekutuan ( no 2 paling bagus bayar dan top 3 paling sikit berhutang ( hampir tiada defisit- laporan ketua audit negara )…Johor yang nampak gah ni pun no 2 paling sakit nak bayar hutang.(kaw2 defisit)..
    3) Kemiskinan – MERUPAKAN NEGARA KETUJUH TERMISKIN DI MALAYSIA DI KALA INI…..BUKAN YANG TERLAST( Terengganu masa Pas jaga membaik ke no 4 paling miskin dan laporan terbaru sekarang dah jatuh balik no. 2 paling miskin )
    4) Di iktiraf sebagai Negeri terbaik dalam penjagaan/management hutan simpan/balak…
    4) Dan antara negeri paling sedikit keluarkan video l*c*h .3gp anak muda melayu….

    Orang bukan Islam pun mengakui kebagusan kerajaan Kelantan …

    Cubalah baca artikel mereka di sini :

    http://jedyoong.wordpress.com/2008/02/27/breaking-stereotypes-islam-in-malaysia/

    http://blog.limkitsiang.com/2008/01/07/najib-you-are-wrong/

    Tq

  54. ummunaili says:

    Kak Mas,
    Senang cerita, undi je lah Bulan atau yang ada unsur bulan. Setiap perbuatan pada niatnya. Masa mengundi tu, niatkanlah undi itu untuk menegakkan syiar Islam. Kalau tak dapat hari ni, semoga ianya merintis jalan untuk hari esok, untuk anak2 kita, insyaAllah. Seperti ustaz kata, bukankah Allah telah berjanji (dan Dia tak mungkin memungkiri janji) , akan datang pertolongan pada kaum yang tidak pernah putus asa dengan rahmat Allah (lebih kurang).

    Jangan kita undi parti yang unjurkan islam, tapi dalam pasa masa yang sama, berlumba-lumba menyogokkan hiburan melampau. Tengok sajelah cara hidup pemimpin2 kita sekarang termasuklah anak2 mereka, cakap pasal Islam mengalahkan ulamak tapi cara hidup tak melambangkan islam, penuh kemewahan yang melampau. Mungkin kalau junjungan kita Rasulullah s.a.w masih hidup, dia pun akan memalingkan muka kerana benci. Wallahualam. Selamat mengundi semua !!

  55. kerja kosong says:

    saya rase rakyat yang bijak pandai memilih ketua pimpin..itu terpulang di tangan rakyat..apabila pimpin itu di pilih..pimpin itu harus la menjalankan tangungjawab dgn sempurna

Leave a Reply