Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah

“Allah selamatkan penduduk Mekah yang jahiliah itu. Mereka bukan sahaja mengotorkan Masjidil Haram dengan lebih 300 patung, malah bertawaf secara bertelanjang. Tetapi Allah selamatkan mereka dari serangan Abrahah”, saya cuba mengimbas situasi Mekah di ambang kelahiran Rasulullah SAW.
“Jika penduduk Mekah yang jahiliah itu, Allah selamatkan mereka dari kebinasaan, mengapa Allah tidak selamatkan kita? Mengapa kita terus kalah dan kalah? Bukankah kita yang menyembah Allah? Bukankah kita yang berjuang dengan nama Allah? Kenapa Allah tidak tolong kita?”, soalan yang mengganggu fikiran saya ini semakin kritikal.
Malah jika direnung kepada keadaan semasa, yang jahat dan jahiliah itu terus menang dan menang, namun Islam dan kebenaran terus lemah tertindas, bagai tidak terbantu.
Di manakah silapnya?
Fikiran meraba, tangan meraba… lembaran kalam Allah diselak satu persatu dan kita sampai kepada janji Allah ini:

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)” (Al-Anfaal : 33)
Itu janji Dia.
Bahawa tiada kaum yang terbiar menderita, jika di kalangan mereka itu ada Muhammad SAW.
Biar pun penduduk Mekah itu jahiliah, tetapi dek kerana dari mereka itulah lahirnya Muhammad SAW, maka keberadaan Muhammad itu menjadi sebab untuk Allah selamatkan mereka, sebagaimana Allah menyelamatkan umat Badar, Uhud malah yang kritikal seperti Khandaq.
Hari ini baginda SAW secara fizikalnya tidak ada dan tidak akan ada… kerana jasadnya sudah pulang ke asal. Tetapi bagaimana dengan cara kita beragama? Samakah Islam kita dengan Islam Rasulullah SAW? Serupakah cara kita mencari kejayaan dan kemenangan, jika dibandingkan dengan cara Rasulullah SAW? Atau dalam bahasa yang lebih mudah, ada atau tidak Rasulullah SAW itu dalam kehidupan seharian kita? Hidup minum dan makan, serta hidup di medan perjuangan?
Mungkin Rasulullah SAW tiada… biar pun di sisi mereka yang bernama Muhammad dan berjuang kerana cinta kepada Muhammad… lantaran tidak mengikut acuan yang digunakan oleh Baginda SAW.:

“Acuan Allah… Apakah ada yang lebih baik dari acuan Allah, sedang kita ini kepada-Nya, adalah HAMBA “ (Al-Baqarah : 138)
JALAN KELUAR
Di belakang mereka maut, di depan juga maut.
Musa dan Bani Israel yang beriman itu dikepung maut. Di belakang mereka adalah Firaun dan bala tenteranya, manakala di hadapan mereka adalah laut yang luas terbentang. Jika dihitung pada upaya helah akal manusia, tiada lagi jalan keluar.
“Bawa-bawalah mengucap!”
Tetapi putus asa dari rahmat Allah itu bukan sifat golongan yang layak dibantu. Kerana segala kesempitan dunia itu, tidak terbanding oleh kuasa Allah untuk menghulur keselamatan.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan untuknya jalan keluar (dari belenggu masalah) dan dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka” (Al-Thalaq: 2-3)
Laut itu terbelah, membentangkan jalan keselamatan dan pertolongan yang tidak disangka-sangka buat Musa dan Bani Israel. Mereka yang kerdil itu terselamat dan meneruskan perjalanan, Firaun yang gagah, lama berkuasa lagi mencengkam rakyatnya itu tenggelam, binasa… kerana mereka terlalu kerdil di sisi Allah yang Maha Gagah lagi Perkasa.
Syaratnya adalah TAQWA.

SYARAT TAQWA
Taqwa itu bukan slogan. Ia bukan modal khatib melenakan jemaah Jumaat.
Taqwa adalah kayu ukur Allah terhadap kualiti insan. Sebaik-baik kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya.
“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.
“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
“Pernah saja”, jawab Umar.
“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.
“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.
“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.
TAQWA itu adalah kualiti manusia yang merentas jalan berliku. Ada manfaat ada mudarat, ada yang boleh ada yang jangan… seorang ahli taqwa itu akan mengambil kira semuanya. Melangkah dengan penuh kesedaran, bijak mengawal pergerakan, dan peduli kepada setiap yang menjadi cabaran di sepanjang perjalanan itu. Itulah taqwa.
Orang bertaqwa bukan orang hidup ikut suka.
Pejuang bertaqwa bukan pejuang yang berjuang ikut suka.
Mereka mengambil kira segala peraturan Allah, perkara yang memenangkan, dan perkara yang membinasakan.
PERATURAN ALLAH
Soalnya peraturan Allah itu bagaimana?
“Patuh pada al-Quran dan al-Sunnah”, jawab kita semua.
Sahih… tepat… tetapi mungkin belum jelas, mungkin belum lengkap dan belum praktikal.
Ketetapan Allah itu ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah, tetapi bukan di situ sahaja adanya ketetapan Allah dalam kehidupan ini. Ada petunjuk datang dari nas, ada petunjuk datang dari peraturan alam.
Peraturan nas itu adalah Syariatullah.
Peraturan alam itu adalah Sunnatullah.
BAGINDA SAW, SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH
Ketika Baginda SAW mengajar kita melakukan urusan harian, Baginda SAW sering memberikan demonstrasi perlakuan agama pada mematuhi Syariatullah dan Sunnatullah.
i. Urusan Harian
Lihat sahaja urusan sembelihan. Kita diajar supaya memperelokkan sembelihan, dan Sunnahnya adalah pada Basmalah dan pisau yang tajam. Apakah faedah menggunakan pisau yang tajam?
“Ayam tak sakit!”, jawapan standard kebanyakan kita.
“Syariat diturunkan untuk faedah manusia, bukan ayam”, itu ulasan saya.

Penggunaan pisau yang tajam akan mempercepatkan kerja. Kurang tenaga yang diperlukan namun lebih hasilnya. Lebih efisyen, lebih efektif… atau dalam bahasa hari ini, Baginda SAW mengajar kita soal produktiviti.
Maka keelokan pada sembelihan bukan hanya pada Basmalah, tetapi juga pada pisau yang tajam.
ii. Urusan Perjuangan
“Aku Rasulullah, aku kekasih Allah, Allah memerintahkan aku berhijrah dan berjuang, pasti Allah membantu….!?”
Pernahkan Baginda SAW berfikiran begitu? Pernahkah Baginda SAW beranggapan bahawa perjuangannya atas nama Allah, Islam dan kebenaran, pasti perjuangan itu akan menang, lantas baginda lengah dalam strategi dan persiapan?
Tidak sekali-kali.
Untuk Hijrah, Baginda SAW memanfaatkan segala kebijaksanaan, memaksimakan segala strategi hingga boleh menjadi prinsip kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai SAINS KETENTERAAN.
Begitu banyak lambakan perancangan dan strategi Baginda SAW hingga sahabat bertanya, mana satukah wahyu dan mana satukah pandangan profesional Baginda? Syariatullah pada wahyu menjadi suatu kepatuhan dan ketaatan, manakala Sunnatullah menuntut perbincangan, analisa dan bekerja secara kolektif.
Tiada tinggi rendah antara tuntutan Syariatullah dan Sunnatullah… kerana kedua-duanya merupakan aturan Allah untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Ayat hukum terbitan nas, dan ayat sains terbitan alam, kedua-duanya dilaksanakan sepenuh hati.
CONSTANTINOPLE DAN UKURAN RABBANI
Sikap demikian terhadap persoalan Syariatullah dan Sunnatullah, bukan hanya tercatat pada era Nubuwwah, malah ia terus menjadi kayu ukur kepada kesempurnaan kerja Ummah pada agenda seterusnya.

“Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” [Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335]

44H, Muawiyah bin Abi Sufian Radhiyallahu ‘anhu menghantar delegasi pertama umat Islam ke arah menundukkan Constantinople. Ramai sahabat yang menyertainya, termasuk Abu Ayyub al-Ansari dan Ibn Abbas sendiri. Mereka pergi dengan keyakinan yang tinggi terhadap janji Nabi SAW, bahawa Constantinople yang gah, sombong dan bongkak itu akan tunduk kepada Islam, bukan terjajah tetapi untuk dibebaskan dari perhambaan sesama mereka sendiri.
Bagaimanakah kekuatan Constantinople? Bagaimana cuaca di sana? Bagaimana sosio politik penduduknya?
Sahabat Nabi SAW tidak mengetahuinya. Namun kerana yakin dengan janji Baginda SAW bahawa kemenangan adalah untuk Islam… mereka teruskan jua.
Misi tidak berhasil. Bukan gagal, tetapi belum berjaya. Abu Ayyub al-Ansari radhiyyallahu ‘anhu terbunuh syahid. Biar pun mereka itu generasi sahabat yang dididik sendiri oleh Rasulullah SAW, namun Allah belum mengizinkan kemenangan kerana ada pelajaran besar yang perlu ditekuni oleh Ummah.
Usaha diteruskan lagi di zaman Sulaiman bin Abdul Malik, di zaman Harun al-Rashid dan terus dicuba dan dicuba…hingga ke era Sultan Yildirim Beyazit (1389-1403) dan Murat Ke-2 (1421-1451)di era Othmaniyyah… janji Nabi SAW belum tertunai.

Hinggalah muncul era pemerintah Kesultanan Othmaniyyah, Sultan ke-7 bergelar Sultan Muhammad bin Murad II menaiki takhta. Beliau insan biasa yang luar biasa.
Luar biasa pada keghairahannya terhadap misi Constantinople.
Luar biasa pada ketinggian akhlaq dan ilmunya.
Luar biasa pada penguasaan kemahiran memerintah dan peperangan.
Luar biasa pada Syariatullah dan Sunnatullah yang dijunjungnya atas nama TAQWA.
Sultan Muhamamad al-Fatih mengkaji aspek ketenteraan, aspek politik dan sosial Constantinople. Beliau mengetahui serba serbi tentang kekuatan dan kelemahan kota yang bakal ditundukkan itu lantas bertindak selaras dengannya. Malah bukan sahaja beliau yang hebat, tentera-tenteranya juga sama tinggi.
Semasa beliau bersama ribuan tenteranya bergerak menuju Constantinople, mereka telah melintasi ladang anggur. Sultan Muhammad telah berpura-pura jatuh gering.
“Hanya anggur sahaja yang mampu menyembuhkan sakit ini”, katanya.
Tetapi tidak ada seorang pun daripada tenteranya yang mempunyai buah anggur. Ladang anggur yang bukan milik mereka itu tidak disentuh dan tidak pernah menjadi salah satu daripada pilihan penyelesaian kepada masalah yang ada.
“Beta sudah sembuh!”, kata Sultan Muhamamd al-Fatih.
Ternyata tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sultan Muhammad ’sembuh’ dengan ketinggian Syariatullah pada taqwa tenteranya, di samping Sunnatullah yang telah diperlengkapkan.
Setelah tawaran perdamaian di saat akhir ditolak, serangan dilancarkan bertubi-tubi… lebih sebulan pertempuran berlangsung dan akhirnya tibalah saat yang dijanjikan Allah dan Rasulnya, Constinople rebah di tangan insan biasa yang luar biasa… Sultan Muhammad bin Murad II… Sultan Muhammad al-Fatih.
Insan biasa yang luar biasa, menempa kejayaan hasil menggabungjalinkan Syariatullah dan Sunnatullah.
Sabda Nabi SAW tentang kemenangan Islam di kota Constantinople bukan berlaku di tangan generasi sahabat. Ia berhasil di tangan sebaik-baik ketua dan sebaik-baik tentera, lebih 800 tahun selepas janji itu dilafazkan Baginda SAW.
Itulah formula kemenangan Islam.
Islam tidak menang hanya kerana nama perjuangan itu adalah perjuangan Islam. Kemenangan adalah untuk kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan.
Ayuh pejuang Islam… jika mahu menangkan Islam, jangan berikan alasan tembok Constantinople itu terlalu kukuh untuk runtuh. Jangan beri alasan perjalanannya yang jauh. Jangan beri alasan bahawa helahnya licik bagi belut di liku selut. Kemenangan itu dekat, jika pejuangnya melengkapi syarat TAQWA. Iaitu pada mematuhi Syariatullah dan Sunnatullah.
Integiriti itu penting.
Komitmen kepada hukum syarak semasa turun berkempen itu penting.
Halal haram itu sentiasa penting.
Efisyensi rekod dan pengurusan itu penting.
Penggunaan segala skil komunikasi itu penting.
Teknologi itu penting.
Syariat dan Sains kedua-duanya itu penting.
Itulah formula memenangkan Islam.
MOTIVASI AKHIR
“Kota Constantinople itu akan berada di tangan umat ini”, pesan Baginda SAW kepada sahabat yang keletihan di medan Khandaq.
Constantinople?
Janji itu keterlaluan.
Masakan tidak. Penduduk Madinah hanya segelintir. Mereka itu pula antara hidup dan mati, tatkala dikepung segenap Barisan Nasionalis Arab yang bergabung membentuk tentera Ahzab. Tiba-tiba baginda SAW memberikan janji bahawa kita yang kecil, antara hidup dan mati ini, akan menundukkan Constantinople, kota terbesar di dunia itu.
Apakah ini suatu kemustahilan?
Beginilah cara Nabi SAW memotivasikan sahabat.
Percaya selepas melihat sesuatu tiada nilai iman. Ia hanya suatu ikrar pada sesuatu yang telah ada hasilnya. Percaya seperti ini percaya murahan yang tidak berhajatkan kepada usaha dan pengorbanan.
Namun Baginda SAW mengajar para sahabat supaya percaya sebelum melihat sesuatu, dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.
Itulah hebatnya motivasi minda mukmin profesional.
Mereka percaya sebelum melihat dan bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.
Kita belum pernah melihat Syurga, namun kita mempercayainya. Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya.

Kita juga belum pernah melihat kemenangan Islam, bahkan diselubungi kekalahan demi kekalahan. Namun kita percaya bahawa hari esok adalah untuk Islam. Maka bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya.
Bahawa kemenangan adalah milik Islam.
Andai cukup syarat-syaratnya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
Pendek kata keadilan dengan maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya bukan hanya slogan yang dicanang sebagai tuntutan dari orang lain sebaliknya kita yang harus lebih gigih meletakkan sesuatu pada tempatnya..
Benarlah kata ‘untuk menegakkan negara dengan paksi Islam, tegakkan Islam dalam dirimu’…
Ayuh berusaha terus!
Moga diri saya dan kita semua akan dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai insan yang beriman…masuk ke dalam Islam seluruhnya..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kesimpulan yang saya dapat rumus dari artikel ustaz ini ialah..
.. bertandinglah lebih 2/3 kerusi parlimen.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sudah banyak diperkatakan tentang Islam Popular dan isu berkaitan denganya sebelum ini di halaman SI. Nampak kita terus mempraktikan cara kita membaca Al Quran kepada dalam membaca artikel yang Ustaz keluarkan, kerana ramai yang membaca Al Quran untuk 10 markah setiap huruf, biarpun petunjuk dan saranannya tidak sampai ke minda. Itu yang dipentingkan dalam Islam Popular dan itulah yang menghasilkan keluhan yang Ustaz coretkan. Adakah Sunnah Nabi (SN) masih hidup di masyarakat Islam sekarang ini? Pada saya jawapannya sangat jelas. SN hanya dipraktikan oleh Islam Popular separuh sahaja, kerana yang didiberi penekanan ialah isu selepas Nabi saw menjadi Rasul, setelah berusia 40 tahun. BAgaimana Nabi saw menghabiskan umur 15 tahun sehingga 40 dengan berekonomi tidak mendapat tempat secara mendalam di dalam Islam Popular. Mereka membiarkan sistem dioleh oleh bukan Muslim dan hanya sibuk dengan isu daun di dalam kewangan dan ekonimi tanpa mahu mengubah isu pokok yang lebih utama.
Kedua kalau tadi SN diambil hanya separuh, di dalam mengambil Sunnah Allah (SA) Islam Popular jauh lebih rendah markahnya, sehingga Ustaz membawakan contoh Ah Chong (bukan Islam) tanam sayur lebih subur dari Ali (Muslim). Pada saya Islam Popular score hampir kosong kerana ramai yang hanya suka sains yang melayan nafsu diri. JAdi keseluruhannya ialah hanya suku sunnah (1/2 dari SN dan 0 dari SA). MAcam mana nak maju kalau kita suku sunnah?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ustaz wrote:
“Jika penduduk Mekah yang jahiliah itu, Allah selamatkan mereka dari kebinasaan, mengapa Allah tidak selamatkan kita? Mengapa kita terus kalah dan kalah? Bukankah kita yang menyembah Allah? Bukankah kita yang berjuang dengan nama Allah? Kenapa Allah tidak tolong kita?”, soalan yang mengganggu fikiran saya ini semakin kritikal.
kawan saya ramai yang bertanya pada saya soalan yang sama. akhirnya saya jawab di youtube seperti berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=I6il58K6eXE
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya lebih suka compilation ‘budak 6th sense’ tu dari ‘testing ceramah’ yang kurang audio-less-visualnya, hehe.
Untuk tidak hilang wang pertaruhan, jangan pertaruhkan semangat buluh runcing di zaman tekan butang ni. 2/3 yang ada tidak ada masaalah tayar bocor untuk meneruskan perjalanannya. Saya faham ada tyre balancing dan wheel alignment yang perlu dibuat, tetapi setiap kali wiper rosak (masaalah yang agak kecil) kita beli kereta baru tu, sama dengan semangat buluh runcing.
Ada lagi ke siri ‘budak 6th sense’ tu, yang akan datang? Terima kasih.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah artikel daripada ustaz yang cukup baik..
Ayuh sahabat2.. Bekerjalah dan janganlah suka meletakkan alasan dihadapan..
Bahawa kemenangan adalah milik Islam.
Andai cukup syarat-syaratnya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Maaf MFR saya tak setuju dgn kesimpulan anda!. Bukan masalah berapa kerusi yg kita bertanding, tetapi masalah syariat dan sunnahtullah seperti yg ustaz terangkan. Strategi, gerak kerja, perang saraf perlu dimantapkan, disamping sepenuh pengharapan kepada tuan yg punya dunia.. Allah SWT.
Adakah bijak kerana ghairah utk memerintah malaysia bersendirian kita kena bertanding lebih 2/3? Sedangkan kemampuan belum mengizinkan. Bagi saya lebih baik kita fokus kepada kawasan yg berpotensi (60 kerusi parlimen). sekurang-kurangnya jentera dan dana dapat di optimumkan. Bagi saya adalah lebih baik pembangkang menumpukan usaha untuk menafikan 2/3 kerajaan… Moga Allah mengizinkan. Sekali lagi teruskan bekerja dgn bijak dan berstrategi di samping menguatkan pengharapan kita kepada ALLAH SWT.
Oh ya, buat sahabat2 yg mungkin takut utk bergerak secara terang2ngan disebabkan komitmen kerja maupun jawatan, tak apalah jika takut utk buat kerja, cuma saya mohon Doa sahabat semua agar Allah buka pintu hati semua rakyat Malaysia supaya dapat buat pilihan yg terbaik… Jika berdoapun sahabat semua takut, tiada apa yang boleh saya katakan…
moga Allah beri kekuatan kepada kita semua.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah, boleh ana recall balik input2 yg ustaz lontarkan dlm kuliah di surau an-nur bangin malam tadi…
Syariatullah mesti kita kahwinkan dgn Sunahtullah, baru mhasilkan ‘anak’ yg ’sempurna’ dan ’sah taraf’nya…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam;
Questions…
1) Memenangkan Islam = election ? Seems to be people are understanding your article in that manner … Not against democratic political process; but from as much as i can guess of you; there should be more … still the ideas of berdakwah lima tahun sekali does make me feel uneasy
2) or is the article part of your thinking process? Interesting … sometimes by listening would also provide answers… Sometime we are talking to much and didnt have time to listen… we have lost knowledge in that process.
3) probably we should talk about election now, because it is the time and the hour. But bringing in history… Muhammad Al Fateh as a comparetive arguement for election campaign … i beg to differ. Hope that doesnt sound too harsh.
4) …
am thinking of meeting you up again sometime, probably you can join me to meet my guru in Bangi [Mutiara Taman Adabi]; its just i have lost my phone and your number. If you have the interest and time do buzz me.
wasalam
Abu Saif Al Mahshari
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
apa eh kita yg dicari?result bkn sgala2nya..akademik bkn sgala2nya..brape jmlah “A” yg kite dpt bkn sgala2nya..ssuatu hanya akan mempunyai “nilai” jika mpunyai “maksud” yg jelas…ape ertinya hidup ini?yer pd mberi..utk ape kita mberi?utk merasai nikmat kemanisan islam,iman dan ihsan dlm kehidupan,kehidupan yg bagaimana?kehidupan yg memberi KETENANGAN…utk mbuat keputusan,mencari keyakinan yg sebenar pd Pencipta…to be a well-rounded person..better than the best
“life is communication,
communication is observation…
of how we approach it,to FACE people.”
Terima Kasih AbuSaif
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,
lama tidak singgah disini, pada saya ini adalah antara artikel terbaik yang pernah ditulis oleh ustaz hasrizal, menampakkan betapa kritikal minda yang selalu diasuh untuk berfikir dapat memberi penyelesaian terhadap masalah-masalah umat.
Masalah umat islam pada hari ini adalah pada malasnya untuk berfikir lebih dari kebiasaan, terima kasih pada ustaz atas usaha yang telah mencelikkan minda saya dan saya percaya ramai lagi yang telah celik mindanya hasil dari tarbiyyah saifulislam.com
Harap ustaz dapat terus diberi kekuatan buat melahirkan 1000 lagi pemikir yang dapat menggunakan ketajaman akalnya untuk terus memberi…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kakitangan kerajaan “berani hidup” undi BN. “berani mati” kena tranfer 24 jam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
I guess Abu Saif Penang should understand that my article is not supposed to be read separated from the previous issues. Me myself as someone who is viewing from within, the ideas of berdakwah lima tahun sekali is causing me all the bad feelings before anyone else. This should be discussed separately, and I have indeed discussed about the matter many times before.
I don’t see any problem in bringing Sultan Muhammad al-Fateh to the scene because my mazhab in history, is understanding human character in their big picture. I am trying to emphasize some qualities that al-Fateh had, which should be brought into reflection to those brothers who engage themselves in kerja-kerja pilihanraya, such as:
i. obey Syariatullah… with the story of buah anggur
ii.obey Sunnatullah… do homework, care about the management, communication and make use of the free media like internet
So, I am indeed talking about election as it is the time and the hour. But do I have to use the same language as tranungkite, harakahdaily or malaysiakini? I don’t think that people come to this place for that.
Let us move forward and focus on all our unique positions to enhance whatever is needed to be enhanced. Seeru ‘ala barakatillah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Dalam isu berdoa ni kita perlu berhati-hati mengendalikan senjata yang diberikan. Tak tahu menggunakan dan tidak mahu tahu menggunakan senjata menjadikan senjata Mukmin ibarat Gajah Putih, kalau tidak lebih teruk lagi memusnahkan diri Muslim. Ada satu kata-kata yang selalu saya ingat ‘Tak berdoa kufur dan berdoa syrik’. Kalau setiap kali berdoa hanya mengingatkan Allah tentang kerja yang sepatutnya Dia lakukan, contoh ‘Ya Allah berikan kemenangan Muslim ke atas bukan Muslim’, kita hanya mengingatakn Allah, semacamlah Allah lupa kerjaNya. Sebab itu berdoa jadi syrik, kerana mengarah Allah memberikan sesuatu. Sebaliknya kalau tak berdoa sudah pasti kita akan menjadi kufur kerana tidak menghayati kesempurnaanNya.
Doa itu tidak boleh dijadikan satu pulau sendirian. Doa, Usaha, Iltizan dan Tawakal (DUIT). Doa sepatutnya menyeru diri (mengingatkan diri) supaya berazam membuat pillihan terbaik (Ikhtiar) dan dengan azam itu diterjemah menjadi usaha mengikut Sunnah Allah, contoh mengambil tahu kenapa sawi Ah Chong subur dari sawi Ali. Ramai Muslim yang berdoa kemudian berusaha, bukan untuk mengambil tahu (belajar) sawi AC subur, tetapi sibuk dengan Fardu Ain semata-mata tanpa mahu mengetahui keperluan FA itu diadakan. Fardu Kifayahnya untuk memastikan, seperti kata Ustaz, “kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan” dianaktirikan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Aiwah, cantik sekali olahannya.. Mungkin ust kena letak skali kaedah ‘anti-slogan’ kat sini.. Kadang2 ana terfikir, adakah cukup dengan laungan2 dan janji2 manis yang dicampakkan utk menjamin simpati para pengundi sedangkan segala kelengkapan dan persediaan utk ‘menyambut’ kemenangan itu masih rapuh dan samar? Bukan hendak memandang rendah, tapi jelas di beberapa kawasan yang ana lihat, ‘pekerja’2 di situ hanya aktif ketika PRU tiba.. Bahkan jika kalau bukan kerana PRU tersebut, mungkin langsung kita tidak dengari ‘kalimah dakwah’ itu sendiri..
Sedarlah wahai tenaga2 kerja gerakan Islam, andalah pendakwah, bukan hanya sekadar pengempen atau pelaung slogan.. Ana harap gerak kerja kita bukan sekadar utk menghadapi PRU akan datang, bahkan dakwah Islamiah yg kita warisi drpd Rasulullah SAW ini akan terus kita laungkan setiap masa.. Betul kerja anda kerja Islam, utk menegakkan daulah Islam seperti yg dilakukan Baginda SAW.. Tp adakah benar cara dan kaedah anda itu diekstrak drpd cara sepertimana yg diwariskan Baginda SAW? Bukan nak salahkan cara berpilihan raya, tp adakah PRU sahaja jalan anda utk bg kesedaran Islam kpd org ramai? Sama2 kita bermuhasabah..
::Jalan dakwah itu penuh berduri, sudah pasti ketaqwaan itu yg menjadi bekal bagi menjamin penghujung jalan itu kita nikmati::
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“So, I am indeed talking about election as it is the time and the hour. But do I have to use the same language as tranungkite, harakahdaily or malaysiakini? I don’t think that people come to this place for that.”
Wise.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,
I dont see bringing in Al-Fatih value for politics as something odd. Unless we think that politics(for this time and hour we can read as election) totally separated from our life and dakwah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya cuma tak bersetuju dengan part ini. Bukankah Islam itu diturunkan untuk rahmat sekelian alam?
Sekiranya syariat bukan untuk faedah makhluk lain, kenapa pula ada larangan membunuh binatang, memusnahkan tumbuhan dan bangunan di dalam peperangan?
Dari sudut ekonomi dan produktiviti, larangan ini berfaedah untuk manusia namun dari aspek lain larangan ini boleh dilihat sebagai rahmat Islam ke segenap penjuru alam.
*Nampaknya saya sorang saja off-topic
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
takde masalah tak setuju…tapi yang menghairankan saya ialah, ratusan kali saya tanya soalan yang sama, ratusan kali jawapan yang saya terima iaitu ayam tak sakit.
memang tak dinafikan faedah sembelihan cara islam kepada ayam. kurang trauma, segera mati dan darah keluar elok.
tapi sebab asyik fikir faedah perbuatan tu untuk ayam, lupa kepada point sunnah guna pisau dalam konteks manusia.
maybe jalil hamid kena tambah few sentences dalam lagu AYAM dia.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Apa yang abu saif cuba sampaikan dalam artikel ini begitu jelas…
Pentingnya kebijaksanaan dalam agenda memenangkan Islam, bukan sekadar atas nama Islam, maka segala-galanya akan menjadi suci dan pasti menang, bukan begitu tawakkal namanya…
Agenda memenangkan Islam ini perlu sentiasa berjalan tiap masa dan ketika, tidak kira musim pilihanraya atau tidak.
Jika di Australia John Howard tumbang hanya kerana kegagalannya menandatangani protokol Kyoto dan menjadi sekutu kuat Amerika sedangkan peningkatan ekonomi dibawah pemerintahannya begitu ketara sekali. Rakyat Australia begitu kritikal dalam mengundi hinggakan nampak bahawa warga Australia adalah warga yang prihatin dengan kesengsaraan bangsa-bangsa lain akibat dari tindakan Howard..
Kita di Malaysia bagaimana?, andaikata kerajaan BN yang ada sekarang adalah kerajaan yang adil, berjaya memartabatkan ekonomi dan berjaya memberikan perkhidmatan pentadbiran yang cekap, maka apakah kita masih lagi akan memberi undi kepada parti-parti pembangkang? terutama sekali PAS…apakah pertimbangan kita ketika itu?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya sangat setuju dengan artikel ini kerana ramai pendukung2 islam dan dakwah tidak serius dalam menguruskan perkara dengan sesempurna mungkin. Datang tepat masa, duit tak miss walau satu sen. Oppsss terlalu bersetuju pulak saya dengan topik ni.
Ok saya tidak setuju pula dengan ustaz kerana seolah-olah cuba untuk mengubah persekitaran yang sedia ada sekarang di Malaysia. Kita hidup dalam comfort zone sekarang ni tau, gaji tetap dah ada tiap2 bulan tau, pakaian semua cukup tau, putrajaya cantik tau, banyak konsert2 tau, byk pesta heboh2 tau. Rugi la nafsu saya kalau tukar semua ni tau.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Seronok baca apa yg ust tulis ni..
Apakah takrif sunnahtullah yg sebenarnya menurut ahli sunnah? Konsep sababiyah (kausaliti) dan bab sifat iradah.
Cuba bandingkan dgn metode sains sosial barat, adakah kausaliti dalam sains sosial (yg diletakkan asasnya oleh Averrous) sama konsepnya dgn konsepsi Ahli Sunnah?
Tentu sekali tidak!
Sebab tu la bg saya, sains sosial itu sendiri merupakan metodologi sekular dalam mendapatkan penyelesaian dan kebahagiaan umat manusia selepas syariat gereja ditolak. Dalam Islam, kita bahas bab ni dalam siasah syar’iyyah, fiqh muamalat, dsb kan.. Kita kene tundukkan term sains sosial itu sendiri di bawah siasah syar’iyyah dsb dalam kita ingin meletakkan sebarang polisi dan tindakan, bukan sebaliknya (ambil terus sains sosial).
Sunnahtullah dalam bab sains tak perlulah kita tolak. Sbb objek kajian benda jamad, beku. Buat kat mana2 pun sama je keputusannya. Tapi salah kalau kita guna metode ’saintifik’ ini (kononnya) dalam mentafsir dan memahami alam sosial! Sbb di sana ada iradatullah tasyri’iyyah yg Allah taklifkan kepada manusia. Sains sosial tidak pernah mengiktiraf iradatullah tasyri’iyyah yg kita perjuangkan itu.. Bahawa sejauh mana kita melayan kehendak Allah dalam syariatnya, sejauh itulah Allah akan melayan dan membahagiakan manusia.. Ahli sains sosial hanya mengkaji manusia mcm kaji ayam, kaji batu dan benda2 jamad.
Metode yg mereka gunakan ialah induction ataupun dalam mantiq disebut istiqra’. Istiqra’ ada 2, taam dan naqis. Kesemua kesimpulan yang dibuat dalam falsafah sosial atau teori-teorinya dalam segala cabang kemasyarakatannya adalah dari jenis istiqra’ naqis yang membawa ifadah yang syak, kerana variasi gelagat manusia mustahil dapat digeneralisasikan dan difahami secara seragam kerana terlalu kompleks dan rencam.
Inilah asas saya dalam komen terhadap artikel ust mengenai ‘Sains Sosial utk Memenangkan Islam’ yg lalu.
Maaf salah silap. Saya cuma hendak menerangkan apa panduan usuluddin bila kita berbicara mengenai topik ini.
Sekian.
Wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Agar diskusi tidak tersasar dari fokus, saya sekadar memberikan komen ringkas. Soal Sains Sosial yang terbit atas prinsip sekular dan keruntuhan institusi agama di Barat bukanlah tidak saya sedari.
Malah supervisor saya sering mengingatkan (biar pun telah disentuh dalam banyak kelas) agar saya teguh membawa diri di dalam bidang Sains Sosial khususnya dalam cabang anthropology yang tidak bertuhan itu.
Tetapi, mendekati Sains Sosial dari pintu Usuluddin akan menghasilkan pertentangan dan pertentangan itu somehow mahu dikekalkan.
Tetapi saya mendekati Sains Sosial dari pintu Sejarah dan UIA dengan prinsip Islamization of Knowledge berperanan membetulkan teori. Maka saya tidak menganggap pertentangan sebagai halangan. Tugas ahli sains sosial muslim adalah membetulkan teori.
Harap tajuk ini tidak divert artikel ke perbahasan teori kerana hari dan jam ini adalah hari dan jam ‘bekerja’
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“tatkala dikepung segenap ‘Barisan Nasionalis’ Arab yang bergabung membentuk tentera Ahzab”
Dua tiga kali baca ayat ni rasa lain macam je. Hehe
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ada juga yang perasan ya…
Permainan bahasa… bagi yang tekun membaca
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terima kasih atas ingatan2 yang diberikan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam.
ustaz, syukran. indahnya Islam..Maha Hebatnya Allah..agungnya Rasulullah..
nasihat utk diri sendiri, sbnrnya perjuangn utk islam bukan pun utk islam tp sbnrnya bonus utk diri kita sendiri.
sbb Islam tak memerlukan kita tp kitalah yg memerlukan Islam..
astaghfirullah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
syukron ustaz…
artikel ni banyak beri ilmu n membuka minda saya..
syARIATULLAH N SUNnatullah….bnar2 2 kombinasi yg hrus dterapkn dlm dri stiap mukmin in order 2 produce a strong syabab one day..insyaallah..=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam
Subhanallah…air mata berjuraian selepas membaca apa yang ustaz ulas…
hati yang sedang bersedih mengenangkan nasib diri tiba2 dibangunkan…
Tentang janji…janji Allah yang pasti akan menjadi nyata…
Astgfirullah…kerdilnya, lalainya insan bergelar hamba…
moga diri ini beroleh TAQWA…InsyaAllah…
Syukron ustaz…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
subhanallah..
betapa Islam itu indah, sangat mudah dipraktik &
penuh dengan ketenangan..
mmg benar, Allah s.w.t perancang terbaik, pengatur kehidupan makhluknya.. kerana Dia lebih tahu apa yg terbaik utk kita.. syukran ya ustaz.. smg blog ini mampu menyentuh hati2 insan yg kdg2 terlena dgn kefanaan dunia.. Mg2 terdetik hati insan bergelar muslim ini utk membuat anjakan dalam menghadapi liku-liku hidup yg semakin mencabar dan penuh dgn fitnah dunia..
Akhirul kalam.. mg iman perisai kemuliaan diri,
mg taqwa penjaga hati insan..
Allahuakbar..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
…awaiting more self-made articles and also free space for islamic forum…
InsyaAllah.. smg blog ini mendapat sokongan dari semua golongan..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Orang cerdik selalunya “mengosongkan akal” sebelum membaca supaya analisa terbaik boleh dibuat.
Membaca dengan prejudice menghasilkan prasangka yang bukan-bukan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mengapa ketika ini Islam masih tidak menang? Terus ditindas?Jawabannya ada di dalam Quran, iaitu pertolongan Allah hanya diberikan sekiranya kita telah bersungguh-sungguh menyiapkan faktor2 kemenangannya. Sesungguhnya pertolongan Allah itu adalah dekat!
Pertolongan Allah itu adalah satu timbal balik. Ianya tidak free, tanpa kita menolong dulu agama Allah.
Kemenangan dgn penegakan islam di madinah adalah serius dan bersistemnya baginda menyususun tarbiyyah di mekah hingga terbentuknya kader2/jundi2 yg siap utk membela agama ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mencari kemenangan dgn acuan Allah di Malaysia? Soalan yg perlu sama2 kita fikirkan. Pandangan saya yg kurang berilmu ini ramai rakyat di malaysia inginkan fasa zaman madinah tertegak di Malaysia, iaiitu adanya penegakan agama/iqamatuddin , tetapi yang janggalnya ialah tidak melalui fasa Mekah dahulu ..inilah yang pincangnya pada pendapat saya.
sejarah penegakan Islam zaman Rasulullah ialah melalui 2 fasa, Mekah dan Madinah, setiap fasa ada manhaj2 tertentu yg jelas yg dah pasti the best. Tetapi kita masih tak faham apakah karakter fasa Mekah itu atau di sebut Taasis. Sekiranya umat Islam di malaysia tidak mah memahaminya, maka pandangan saya fasa Medinag masih jauh lagi buat bumi Malaysia. Umat Islam kini hendak melompat terus ke fasa medinah dgn meninggalkan fasa mekah itu. Maka inilah yg dikatakn melawan sunnahtullah
justmy 2 sen opinion
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya ada point serius untuk dibincangkan bila sebut fasa mekah dan madinah.
(Mohon pembetulan Abu Saif jika ada) Setelah kejatuhan kerajaan abasiyah 1258. Osman I memulakan kerajaan othmaniyah pada 1281. Dua2 adalah kerajaan dah saya pasti fasa mekah tidaklah terlalu ditekan.
Bagi keadaan Malaysia hari ini, jika dari sudut undang2 (cuba tanya peguam2) Perlembagaan Malaysia beragama Islam. Mungkin undang-undangnya tidak Islam. Sama macam org mengaku agama Islam tapi tak ikut Islam(sbb tu ramai sekularis beriya2 nak define Malaysia negara sekular) . Boleh ditakrifkan disini Malaysia adalah kerajaan yang mengiktiraf Islam tapi kadar peratusan perlaksanaan Islam masih rendah.
Jadi adakah perlu kita go deeply at the early stage of fasa mekah kerana kita beranggapan kita tiada kerajaan? Itu bermaksud membina yang baru seperti yang Nabi SAW lakukan.
Atau kita memperbaiki atau ‘buang’ mana yang tak patut untuk menambahbaik yang sedia ada. Ini bermaksud melakukan rawatan pada tubuh yang sakit.
Mohon dibincang.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ro ya alip dhod, tak silap ana dasar perjuangan pas adalah melaksanakan hukum2 Islam dan memelihara keharmonian Agama Islam. Situasi yang kita lakukan sekarang, kita berjuang utk dirikan daulah islam (Pas,+,+) dan pd masa yg sama juga kita membaiki kerajaan yg ada (BN,+,+…). Sebab itu, kalau kita tidak mampu memerintah sekalipun, tetapi semampu mungkin kita mesti menjadi pembangkang yang kuat agar kita boleh merawat dan mengawal BN-UMNO (menambahbaikan)…
Betulkan ana klu salah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sebab tu la Tok Guru Nik Aziz bagitau kalau UMNO dah laksana Islam dengan sungguh-sungguh, PAS boleh bubar je..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
ana bersetuju dengan ro ya alip dhod dan Aye. Dasar perjuangan Pas dan UMNO-BN adalah tidak sama. Dasar Pas adalah melaksanakan syariat Islam dan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan negara (maksudnya Islam memerintah negara) jauh berbeza dengan UMNO-BN yang mengambil pendekatan kebangsaan dan nasionalisme (Islam diperintah dan dimanipulasi sesuka hati oleh manusia).
Pendekatan Pas sebagai jemaah Islam adalah bertujuan untuk mewujudkan situasi di mana Islam adalah prioriti di dalam setiap urus tadbir negara. Tetapi UMNO-BN tidak bersetuju malah menolak perkara tersebut. Kecuali mereka menegakkan apa yang Pas perjuangkan, maka Pas tidak perlu wujud pun, maka kalau UMNO hendak mansuhkan Pas, UMNO kena terima dan laksanakan Islam sebagaimana yang sepatutnya.
Kalau tidak, para pejuang Islam tidak akan berhenti daripada menggasak kezaliman ini seperti sabda Nabi SAW “sama ada Islam menang atau aku mati kerananya”.
Bagi ana, para pejuang Islam di Malaysia tidak muncul 5 thn sekali tapi tiap2 hari mereka bekerja, cuma hanya segelintir penyokong sahaja yang betul2 bersemangat ketika semboyan ‘peperangan’ ini baru sahaja ditiup. Para pembaca mungkin lebih berpengalaman daripada ana dari segi gerak kerja jemaah ini dan realiti yang berlaku, ini kerana kita masih mempunyai kekurangan dari segi pentarbiyahan dari peringkat akar umbi menyebabkan berlakunya situasi ini.
Kelemahan di dalam jemaah tetap ada dan kitalah yang WAJIB memperbetulkannya. kita yang telah sedia ada fikrah ini hendaklah bekerja dan bukan sekadar berkata-kata. Hunuskan ‘pedang’ dan cantaslah segala kezaliman sehingga Islam kembali gemilang. Islam tidak tertegak dengan pohon jahiliyyah kerana Islam itu mesti tertegak dengan pohon Islam itu sendiri.
errmmm…..lupa plak nak tambah ustaz, masa peristiwa Khandak tu, Rasulullah ada menyebut dua tempat yang akan ditawan oleh orang Islam, pertama adalah Constantinople dan satu lagi adalah Rome. Dan Rasulullah menyebut Contantinople adalah yang pertama. Adakah kerajaan Rome telah ditawan oleh umat Islam seperti di dalam sabdaan Nabi SAW ini. Boleh tolong terangkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam… Yaa Utz.
Anak saya di KUIS sms, entri Utz diatas di’persembah’ sebagai text Khutbah Jumaat di Masjid Al-Azhar – KUIS hari ini..!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah…..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Dasar perjuangan kedua-dua sebenarnya sama, cuma beza satu Hadari (lebih fikir) satu lagi Popular (lebih percaya). Bagaiman boleh berbeza kalau kedua-dua BA dan BN punya rakan kongi yang berlainan akidah. Wajib kita memperbetulkan salah tanggapan bahawa yang satu tu sahaja yang berjuang untuk Islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mungkin ini kali terakhir saya komen di sini.
Model mana yg kita nak guna pakai dalam perumusan teori & paradigma sebelum kita mengaplikasikannya ke alam realiti? Islamisasi Faruqi? al-Attas? Nasr? Atau Islam Hadari?
Hassan Al-Banna telah menyelesaikan ‘epistemologi’nya dalam Usul 20 sebelum terjun ke dalam masyarakat.
Syed Quthb telah mengkritik Sains Sosial dalam Maalim fi Al-thoriq sebelum gagasan Islamisasi muncul utk mmpertahankannya semula setelah diberikan wajah Islam. Persoalannya, model mana yg kita nak gunapakai sebelum bertolak ke alam aplikasi?
Maaf salah silap.
Teruskan perjuangan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ro ya alif dhoh…
Fasa mekah bukanlah bermakna tiada kerajaan. apa yg penting ialah perlaksanaan fasa mekah yg perlu ditekankan dahulu. apakah dia fasa mekah?saya kita umat islam patut menghayati penuh teliti. fasa mekah – fasa pembinaan rijal2 menurut acuan Allah iaiatu dgn salimul aqidah (aqidah yg sebenar). Rija2 ini dibangunkan pemikirannya, perassannya dgn acuan Allah hingga mereka boleh digerakkan utk mendokong Islam.
Ada pembinaan yg bersistem serta setiap individu mampu ditingkatkan keimanan mereka sehingga ada perubahan pada pemikiran, akhlaknya serta amal kerjanya.
saya kira karakter tersebut adalah sangat relevan kpd malaysia, adakah umat islam malaysia kini sudah dibangunkan pemikiran, akhlaknya serta kerja amalnya menurut acuan Allah? Rijal2 inilah yg akan mendokong bila tertegaknya Islam, tetapi kalau fasa ini terlepas pandang…maka sejarah fasa medinah sangat sukar di mesia…..
proses pembinaan individu adalah substance utama dalam fasa mekah dan ianya berterusan sehingga berlaku lagi di medinah dan berlaku lagi. lihat sajerlah antara faktor kejatuhan kerajaan uthmaniah ialah krn tiada lagi berlakunya fasa pembinaan individu muslim ini.
inilah yg disarankan oleh Allah dalam Al Imran : 104
just my views
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ro ya alip dhod, para sekularis seperti DAP dan PKR memang telah mentafsirkan Malaysia negara sekular berdasarkan perlembagaan Malaysia dan bersedia pertahankan status sekular itu. Akan tetapi PAS mentafsirkan Malaysia negara sekular berdasarkan perlembagaan akan tetapi mahu mengubah status itu. Manakala UMNO yang menjadi tunjang BN mentafsirkan perlembagaan dan mengisytihar Malaysia negara Islam, namun UMNO urus secara sekular.
Walaupun begitu, tindakan UMNO itu lebih selamat dari perbuatan Kamal Attarturk. Kamal Attarturk menegakkan perlembagaan sekular dan mengisytiharkan Turki sebagai negara sekular sehingga hari ini, AKP yang islamist pun walaupun dah menang tak mampu nak ubah status Turki menjadi negara Islam. Baru cadang nak tarik peraturan ban tudung pun terpaksa bagi alasan hak asasi manusia dan bukan alasan hukum Allah. Begitu sekali peritnya perjuangan menegakkan negara Islam di bumi sekular yang diisytihar sekular.
oleh itu berhati-hati jangan sampai naik Attarturk versi Malaysia pergi isytihar Malaysia negara sekular. Nanti PAS menang jadi kerajaan pun, PAS jadi standard AKP saja.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya sentiasa berdoa dan berusaha agar Malaysia tidak jadi macam Turki, dan berdoa serta berusaha agar PAS mencapai standard AKP!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Singa Utara,
Apa yang saya nak nyatakan adalah dari peristiwa hijrah, hingga jatuhnya Othmaniyah, Islam berkerajaan. Ianya kelangsungan yang berterusan. Lepas jatuh satu bangun satu lagi. Samaada tinggi atau tidak peratus penerapan Islam oleh kerajaan2 terus ada pelbagai.
Dari apa yang saya terangkan dalam komen sebelum ini adalah adakah sekarang ini perlu membawa Islam ‘from scratch’ atau memperbaiki apa yang ada. Jika ‘from scratch’ maka fasa madinah tak perlu ditekankan. Jika hendak memperbaiki fasa madinah perlu juga diberi perhatian.
Dan saya tidak fikir fasa mekah langsung tidak ditekankan sekarang ni. Jika lihat Kuantiti mungkin tak nampak. Jika lihat Kualiti mungkin kita akan hargai.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya harap, untuk lebih realistik PRU ini kita pastikan calon alternatif yang kuat dalam parlimen. Terlampau banyak isu umat yang terbiar akibat too much politicking by both sides (UMNO and PAS).
Pada masa yang sama, kekuataan grass root orang Melayu Muslim masih lemah. Maka, semua pendakwah, pejuang Islam harus berfikir diperingkat fundamental dalam mengupayakan kembali orang Melayu Muslim dan demokrasi bukanlah segala-galanya dalam mengembalikan Islam di tanah air ini.
Wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saudara Fayhsal, di malaysia ini pemimpin politik berjiwa rakyat yang tak pandai politiking ditikam. Manakala yang naik samada hebat politiking atau menjadi kroni orang yang hebat politiking. Maka sebab itu politik malaysia banyak berkisar politik berkeluarga. samada dia jadi politikus sebab ayah dia dulu politikus ataupun kerajaan yang dibina berdasarkan keluarga: ayah pm, menantu wakil rakyat, anak dapat projek. atau ayah pm, isteri dan anak perempuan wakil rakyat. dua-dua kronisme.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Agak2 kalau semuanya mudah, ada ke yang dipanggil pejuang ni ya?
Cuit sikit2 dah la..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ro ya alif dhod.
Situasi di mesia, dua2 fasa kena berjalan. Tapi fasa mekah kena mantapkan mengikut acuan Rabbani (ada 4 karakter dlm quran yg Allah sebut pasal Rabbani, sy x boleh nak huraikan kat sini)
Oleh krn PRU dah dekat, maka perlu rebut peluang ini utk memasuki Fasa Medinah, krn peluang ini hanya 5 tahun sekali. Andaikata berjaya, fasa Mekah kena terus berjalan dgn mantap juga utk lahirkan rijal2/pendokong agama. Sejarah membuktikan mana2 negara yg telah sampai fasa medinah tanpa didokong oleh rijal2, maka kerajaan itu takkan bertahan lama. Kekuatan dakwah Rasulullah adalah krn adanya sokongan rijal2 ini,Bukannya sokongan material. Allah juga kalamkan dlm Al Ahzab:23.
Penegakan agama di muka bumi mmg dituntut oleh Allah dlm Quran. Dan Allah janji akan jadikan gol beriman penguasa di muka bumi. Tetapi Bagaimana????Ianya tidak free sahaja. Allah menuntut kita persiapkan faktor2 turunnya bantuan Allah, barulah Allah akan memberikan pertolongan.
Kejatuhan Terengganu PRU 5 tahun lepas patut menjadi iktibar bg pendokong dakwah di mesia. Sejauh mana pembentukan rijal2 terbentuk dlm tempoh 5 tahun sebelum jatuh. Kita x mahu rijal2 dibentuk atas dasar semangat nasionalisma atau atas dasar figurity. So, fasa mekah itu very2 significant terus berlaku sama ada adanya kerajaan atau tiadanya kerajaan Islam. Dalam surah yusuf:108, Allah tegaskan “a’du ilallah”, mengajak kpd Allah dahulu, barulah mengajak kpd jamaah. kalau rijal2 dibina atas dasar semangat jamaah, nasionalisma, figurity, dll, maka inilah kepincangan yg nyata yg perlukan bantuan doktor-doktor pendakwah utk mengubatinya.
waallahua’lam
Ole
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,
Terima kasih semua. Saya bawa persoalan ni bukan kerana tak tahu. Tapi mencabar apa yang selama ini saya pegang. Alhamdullilah semakin mantap.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Tak terasa air mata mengalir membaca posting ni…
Mohon diletakkan dalam blog kami ya, ustaz…
sebagai satu muhasabah dan peringatan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum,…saya rasa skrg nie…brmain2 dengan slogan & motto2 yg sifatnya ‘memancing’ org….udah2 la tue…hentikan sumer tue…..sy x nmpk ia akan m’hasilkan kemenangan islam……
kemenangan islam hanya akan t’jadi melalui bukti2 amal-solih kita..,pengorbanan,jihad,persiapan,kekuatan hbgn dgn allah s.w.t…..
apa yg kita harapkan utk dptkan kmngan walhal utk bangun malam berqiamullail pun tidak sanggup???apa yg kita harapkan utk dptkan kmngan walhal utk membaca al-quran 1 juz sehari pun masih terkial2???
pernahkah rasulullah s.a.w meninggalkan qiamullailnya???pernah x kita mendgr yg rasulullah smpi bengkak2 kaki betahajjud…..untuk apa rasul s.a.w buat smpi ke thp ini..saja2???
dgn kualiti spt ini pun,rasul s.a.w tetap memerah idea utk strategi perang, bersama2 para shbt korek parit…….so,apakah kita…yg hina ini..yg mungkin nk berqiamullail pun susah…(jgn citer qiamullail..nk berjemaah subuh di surau/masjid pun susah)…yg apb disogok sikit dgn duit,mula hanyut….dgn peribadi yg kualitinya hampeh mcm nie…kemudiannya bercita2 nk menangkan islam..& yg x thnnya claim sudah cukup layak utk dpt pertlgn allah s.w…..sbb katanya slogan perjuangannya ialah islam….malula sket…
apakah kita x melihat kualiti shbt nabi s.a.w….abu bakar assiddiq tue…infak sluruh hartanya utk islam….ada kita sanggup nk infak walau 5% je ke palestin???jgn crita infakla….nk boikot brg yahudi pun t’kial2 lg…malah,crita ttg apa yg berlaku di gaza pun..ada kita ambil tahu…pastu claim…kita boleh menangkan islam..apa crita??
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam….itu la kualiti umat islam….cuba kaji sirah nabi s.a.w & para shbt….
kualiti iman yg plg penting disertakan dgn gerak amal yg agresif spt berlumba2 buat kebaikan,m’infaqkan harta tanpa pikir 2 kali…berjuang ketika susah atau senang…..umat islam kita skrg??ada nk berjuang ketika waktu xde duit,ketika sibuk dgn kerja,ketika sibuk dgn family…mungkin waktu ade duit, bolehla berinfaq…time xde duit….sanggup berinfak??utk agama allah??sanggup???ini la kualiti sebenarnya…peribadi2 mcm nie la yg kita cari…..pribadi2 spt ini iA. akan gantikan peribadi2 hampeh….daripada tangan mereka inila,baru islam boleh dimenangkan
so, yg penting skrg nie..bina peribadi2 yg kuat,tangguh,bijak,berstrategi..hbgn cinta dgn allah mantap….kalau boleh kita nk yg konsisten bangun malam..yg baca quran sekurangnya 1 juz sehari..yg tak pernah tinggal solat jemaah,yg sihat tubuh badannnya,yg pandai memahami psikologi manusia,yg hebat ilmu sejarahnya,yg tahu perbezaan fiqh 4 mazhab..yg terus konsisten dakwah fardyiah dan membina individu2 lain untuk kemudiannya boleh mentarbiyah org lain..dan byk lg sebenarnya muwosofat2 yg perlu dipenuhi…
dari situ peribadi2 ini bergabung…mungkin masuk p/raya..& menang utk perintah negara…..bukan hanya sekadar slogan islamik tp individu2nya hampeh..muwosofat2 tak terpenuhi….
time tue…x perlu pun nk berslogan2….rakyat dh tahu sape yg layak perintah negara…itula yg berlaku pd hamas…sbb org tahu org2 hamas nie sgt hebat akhlaknya,jujur,amanah..bukan itu shj malah wawasan jauh,fikiran tajam….sgt disiplin menjaga masa,physically fit,profesional dlm mangement..sama gak cam kat turki..org tahu AKP tue mcm mana…..efisien,pakar jaga ekonomi,kerja sungguh2…byk projek yg dulunya terbengkalai diselesaikan..tgk bila diorg memerintah,apa jadi?ekonomi berkembang,inflasi turun,benda2 cam nie org tgk…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
jundi dakwah, itulah masalahnya sekarang ini. kalau di kelate tu takde masalah. 18 tahun tok guru jadi MB pasal tok guru bukan qiamulail sorang-sorang, tapi didik anak buah, pemimpin, masyarakat semua qiamulail.
SPR menipu ka, BN muslihat ka, apa ka, semua tak boleh lawan kuasa Allah bila Allah akan tunaikan segala permohonan hamba dan pejuangnya yang bertaqwa. Bukanlah bermaksud pejuang islam lain tak qiamulail. macam kisah konstinapol yang dinukil oleh ustaz hasrizal di atas lah.
bukan tak ada iman, bukan tak ada semangat, bukan tak ada usaha, tapi periksalah usaha itu sudah capai 2 kriteria berikutkah?:
1- syariatullah- berjuang untuk raih redha Allah dengan buktikan pada Allah kesungguhan pengharapan kita padaNya. qiamulail pun tak buat, zikir pun jarang, asyik kempen bergaduh mencarut dalam forum politik, apekebende nak raih redha Allahnya. jagalah segala perintah Allah dan contohilah sungguh-sungguh sunnah Rasulullah.
2- sunnatullah- persiapkanlah strategi yang boleh menjadi asbab pada cita-cita. susun atur strategi menjurus pada kejayaan. kalau strategi tak nampak menjurus pada cita-cita, apekebendenya nak dapat kejayaan. berapa ramai yahudi, kafirun berjaya sebab Allah akan bagi sapa-sapa saja berjaya kalau strateginya menjurus pada berjaya. Itu sunnatullah. kalau pergi menyerang amerika pakai keris saja, memang semua mati kena tembak, itu sunnatullah. semak balik strategi. semak balik matlamat. kita akan kata berjaya bila menang kerusi macam tahun 1999 atau bila masyarakat islam dan pemimpin islam kembali pada Allah. mana satu matlamat kita, letak strategi ke situ. kalau nak menang kerusi, maka strategi ke arah menang kerusi sajalah.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sedap membacanya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pak Din..
Jauhnya hati ini nak katakan Hadhari muncul kerana lebih fikir.
BA dengan BN memang tak jauh beza. Yang jauhnya PAS dengan yang lain2nya.
Setuju tak?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Setuju … tapiiiiiiii arah persetujuannya tak pasti.
Tugas kita adalah memastikan PRU berlaku dengan adil dan sempurna. Selepas 50 tahun merdeka sepatutnya ada peningkatan cara berfikir masyarakat kerana itu yang akan mencorak suasana politik atau kepimpinan. Kalau dahulu susah nak menterjemah ayat ’setuju untuk tak bersetuju’ sekarang ni ada peningkatan etika bersidang di parliment, tak sampailah naik kaki dan tangan, cukup dengan pertikaman lidah. Yang jauh lebih susah dan masih belum mencapai tahap memuaskan adalah keupayaan merationalkan pemikiran selepas mood terganggu disebabkan ketidak-sehaluan pendapat. Ini masih jelas berlaku di semua peringkat masyarakat.
Seperti yang saya sentuh dahulu, gabungan BN-BA sahaja yang berupaya memerintah dengan adanya check and balance. Jangan terlalu kuat 2/3 nya sehinggakan, ramai yang ponteng bersidang pun boleh senang-senang luluskan akta. Pada masa yang sama mendapat kerajaan simple majoriti juga akan membuka peluang menghabiskan masa bersidang untuk menegakkan benang yang basah, tanpa penafsiran kukuh nas yang dirujuk, tambahan lagi kedua-dua merujuk kepada nas yang sama. Perbezaan padang permainan, dasar percaya atau dasar fikir, memerlukan akhirnya kepada ’setuju untuk tidak bersetuju’.
Kita memerlukan pemimpin yang berdiri atas dua kaki yang kukuh, Sunnah Allah dan Sunnah Nabi. Tidak dapat tidak pemimpin atau sekumpulan pemimpin yang memimpin, perlu mempunyai kedua-dua asas atau tahu mengutamakan kedua-dua sunnah. Kita bersaing dalam dunia global bukan lagi bermain di padang kampung. Lawan kita sekarang adalah mereka yang lebih memahami Sunnah Allah dan mendapat keizinan melakukan apa sahaja dengan menekan butang, sedangkan kita masih di takuk terpaksa membeli alat untuk menekan butang. Tiada keredhoan Allah di hari Akhirat tanpa mendapat keizinanNya menjalankan kehidupan di dunia. Percayalah apa yang perlu difikirkan dan fikirkanlah apa yang perlu dipercayai.
Respond to this comment [with empathy]