Kelantan: Demi Sebuah Cinta!

Hadir ke USM Kubang Kerian hari ini merupakan suatu pengalaman yang berharga.
Tentu sahaja datang ke Kota Bharu selepas pembubaran parlimen, jiwa diselubungi dengan mood pilihanraya. Apatah lagi dengan perang bendera yang sudah mula melanda Kota Bharu Bandaraya Islam, di sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa menuju ke Rumah Tetamu di USM.
“Tak ada banyak beza Kota Bharu ini dalam setahun”, kata petugas USM yang mengambil saya.
Beliau merujuk kepada kata-kata saya bahawa kali terakhir saya berkunjung ke Kota Bharu adalah lebih setahun lalu. Semasa mengkursuskan kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di bawah kelolaan Fitrah Perkasa.
“Kelantan tidak ada duit macam negeri-negeri lain”, katanya lagi.
“Tak ada duit banyak, tetapi tak ada hutang banyak… besar nikmat tu”, saya menyampuk. Tersenyum sendirian.
Jika mahu diulas tentang perubahan, saya lebih senak perut memikirkan bandar kelahiran saya sendiri di Ipoh. Selepas puas merantau belasan tahun di luar negara, saya pulang ke Malaysia dan melihat Ipoh hampir-hampir sahaja sama dengan Ipoh belasan tahun yang lalu.
Segala-galanya lembab.
Pengangkutan awam hampir pupus. Peluang pekerjaan sangat sempit dan menyulitkan. Dan saya tidak terkejut jika keputusan pilihanraya akan datang jadi kencang kerana penduduk Ipoh mati kutu dengan kelembapan hidup.
Sekurang-kurangnya penerbangan MAS ke Kota Bharu jauh lebih kerap dan rancak kebelakangan ini, berbanding Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh yang kini menjadi tempat mendarat burung gagak mematuk ulat.
TIBA DI USM KK

Jam mencecah pukul 12 tengah malam. Saya ditempatkan di Rumah Tetamu USM KK dan masa yang berbaki, saya gunakan untuk mengemaskinikan slide bagi presentation pagi Sabtu. Hampir jam 3 juga baru saya dapat melelapkan mata. Terkenang Ummu Saif dan anak-anak, kerana tidur dengan air conditioned memang sesuatu yang kami anak beranak hargai. Terutamanya Saiful Islam yang semenjak pulang ke Malaysia dari Ireland, tidak pernah tidur berbaju.
Lahir di tempat sejuk barangkali.
PROGRAM BERMULA
Saya terkasima.
Jumlah mereka yang hadir agak besar. Mungkin mencecah 500 peserta. Dan hanya satu perlima sahaja dari kaum lelaki. Mungkin kurang macho hadir mendengar ceramah “Tentang Cinta”!

Peserta perempuan begitu ramai!

Peserta lelaki mungkin mementingkan ‘kualiti’ berbanding ‘KUANTITI’!
Tajuk ceramah ini sama dengan tajuk buku guru saya iaitu Ustaz Pahrol Mohamad Juoi iaitu Tentang Cinta. Malah saya sendiri turut serta dalam diskusi akhir Ustaz Pahrol semasa buku itu mahu diterbitkan. Namun persembahan saya dalam sesi Tentang Cinta di Kubang Kerian ini, saya olah hasil gabung jalinan buku The 7 Habits of Highly Effective Family oleh Stephen Covey, juga buku Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan.

Namun syarahan saya mulakan dengan memetik kisah dari buku Ustaz Pahrol bahawa lebih mudah untuk saya bercerita tentang HANTU berbanding cerita Tentang Cinta. Sekurang-kurangnya orang tidak pernah berjumpa dengan hantu. Kalau tidak pun, orang tidak pernah lihat hantu yang saya lihat. Maka lebih mudah untuk saya bercerita. Tetapi cinta, setiap insan ada pengalaman mengenainya dan saya sedang bercerita tentang public secret!
Akan tetapi terima sahajalah pembentangan saya, dengan anggapan ia sebagai suatu perkongsian dari bekas remaja, yang kini cintanya bertanda dengan satu isteri dan tiga anak yang saya selimutkan dengan cinta 9 tahun kami. Masih baru!
CINTA VS PILIHANRAYA
Mungkin sedikit kekok ketika rakan sibuk berkempen pilihanraya, saya bercakap tentang cinta!
Tak power gitu!
Tetapi jika petugas pilihanraya mampu menyuruh orang yang mabuk cinta keluar membuang undi, saya tabik kepada mereka!
Kuasa Cinta itu luar biasa. Kerana cinta hidup boleh musnah semusnah-musnahnya. Kerana cinta juga, kita mampu menjadi segagah-gagah manusia.
“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”, itu seruan saya sebagai langkah memaknakan hidup anak muda ini.
Syukur Alhamdulillah, program berjalan lancar biar pun setiap satu sesi pembentangan saya, ia mencecah lebih 2 jam dan program tamat pada jam 1:30 tengah hari.
Terima kasih kepada Pusat Islam USM kerana menjemput saya, dan terima kasih juga kepada AJK yang memilih cenderahati yang paling saya minati iaitu BUKU. Tiga buku dijadikan cenderahati buat saya, dua daripadanya memang tersenarai di dalam buku yang ingin saya beli iaitu:

- Wang, Anda dan Islam oleh al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
- Speeches That Changed the World dengan pengantar oleh Simon Sebag Montefiore, dan
- How to Live with An Idiot oleh John Hoover

Buku ketiga di atas, menyebabkan saya tidak kering gusi, dan meredakan hati saya terhadap komen-komen yang menyakitkan hati di blog ini dan di tempat-tempat lain yang pernah saya baca.
KE RAUDHAH SAKINAH KELANTAN
Selesai pembentangan dan makan tengah hari, saya digegaskan pula ke Raudhatus Sakinah Kelantan atas jemputan Dr. Zaharah Sulaiman.
Raudhatus Sakinah (RS) beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM) adalah sebuah projek membantu kalangan remaja bermasalah dan saya berasa sangat terharu dengan peluang yang diberikan ini.
Biar pun sesi saya hanya sekitar setengah jam sebelum bergegas ke Lapangan Terbang, saya berusaha untuk memanfaatkan waktu yang begitu singkat, untuk menyedarkan anak-anak remaja yang pernah melalui fasa gelap hidup mereka itu, dengan menjawab persoalan TUJUAN HIDUP, agar mereka tahu memandang ke depan, demi sebuah perjalanan hidup yang masih panjang.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat saya, Dr. Zakuan Zaini Deris yang juga merupakan Naib Presiden PAPISMA kerana sudi menumpangkan saya ke Lapangan Terbang. Saya tiba di kaunter masuk pada jam 4:30 petang sedangkan pesawat berlepas pada jam 4:50! Saya adalah penumpang terakhir yang didaftarkan masuk, atas belas ihsan pegawai MAS yang membantu.
Pesawat terbang ke udara dan hati saya sayu melihat negeri Kelantan sayup di bawah. Biar pun kunjungan saya terlalu singkat kali ini, namun bibir saya tidak pernah berhenti melafazkan doa, “Allah… selamatkan negeri ini di dalam rahmat-Mu”
Saya terlena… tanpa mimpi kerana perit membaca realiti!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
kdg2 jiwa kita terusik dgn lafaz “Bilalah Islam nak Menang”….mmg itu tidak salah krn Islam pasti menang.Yg penting soal masa dan ketika kita serah pd Allah…Tgs kita adalah hampirkan diri pd syarat2 membolehkan Allah kurniakan kemenangan kpd kita…Kepada ustz dan semua pejuang Islam…slmt berjuang dan InsyAllah syurga dijanjikan pd kita semua….Semoga Allah peliharakan Kelantan dan juga Malaysia..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum..nmpknya saya org pertama yg bagi komen.syukran Ustaz untuk cerita di sebalik tabir di Kelantan..saya stuju dgn kata2 ustaz lelaki memang pentingkan kualiti daripada kuantiti..tetapi tidak mendambakan cinta insani seperti kebanyakan kaum Hawa.oh Kelantan..teruslah memacu kegemilangan Ummah..Bandaraya Islam..Membangun Bersama Islam.ws
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Waalaikum al-Salaam wbt.
Terima kasih atas komentar yang diberikan. Namun statement saya “Peserta lelaki mungkin mementingkan ‘kualiti’ berbanding ‘KUANTITI’!”, lebih merupakan sindiran berbanding kenyataan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kan indah jika rijal itu mantap dari segi kualiti dan kuantiti …agak metafora tapi tidak mustahil utk dicapai…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
aslm wbt
gitulah gamaknya ustaz,
xcaye? dtglah kuliah hadith 40 seyiap jumaat mlm di adm lt3 anjuran QYC.
Hari tu dua baris je lelaki, bahagian kiri perempuan penuh dari hadapan ke belakang, belakang lelaki pun penuh perempuan, Rajin sunnguh budak-budak perempuan ni.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pesawat terbang ke udara dan hati saya sayu melihat negeri Kelantan sayup di bawah. Biar pun kunjungan saya terlalu singkat kali ini, namun bibir saya tidak pernah berhenti melafazkan doa, “Allah… selamatkan negeri ini di dalam rahmat-Mu”
Amiin…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam.
lelaki sudah jadi lumrah memang tidak berminat untuk program sebegini. kecuali sedikit. kisah cinta laris ditangan wanita berbanding lelaki. kecuali sedikit. walaupun sebenarnya lelaki sukakan cinta tapi tidak mahu/pandai pamerkan seperti wanita.kecuali sedikit
aku lelaki, tahu sangatlah golonganku. kecuali sedikit.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam. Cinta? Kerana cintalah kita perlu sedarkan anak-anak muda agar letakkan cinta pada tempatnya. Jika cinta pada Allah SWT di letakkan ditempat yang teratas maka segala apa yang dilakukan adalah untuk mendapat keredhaanNya. Dengan cinta juga kita mahukan Islam terus berada di atas… “Al-Islamu ya’lu wala yu’la alaih”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam….saya sebagai lelaki,mengakui kadang2 lelaki merasakan diri mreka terlalu ego untuk menghadiri program seperti yang abu saif kendalikan di usmkk ni.secara realiti dan fakta.mugkin di sana ade sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.mungkin ada sesiapa yang dapat mnjawabnya secara ilmiah……atau….mungkin mereka sibuk berkempen…terutama di kelantan kot…
KAMI BERSAMA TOK GURU…..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamua’alaikum, semua…. sebagai anak Kelantan, saya berasa seronok mendengar pujian dari ustaz dan beberapa poster y lain.. Alhamdulillah, walaupun ditekan, diabaikan namum Kelantan mampu membangun sedikit demi sedikit.
Tapi tiada siapa boleh menafikan keruntuhan akhlak di kalangan remaja Kelantan kian teruk. Arak, dadah, judi, rempit, dan seks bebas yang menular dengan cepat di kalangan anak-anak muda agak membimbangkan saya.
Semoga pilihanraya kali ini memberi keputusan yang menyenangkan kita.
Saya dah tak sanggup melihat betapa rendahnya mutu kita sekarang yang selalu mendendangkan “kita adalah umat terbaik”.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamu’alaykum semua…
Sebagai anak jati kelantan terasa sekelumit bangga apabila ustaz menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu untuk menyampaikan perkara yg penting tetapi makin dilupakan iaitu tentang cinta……ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang mengerti dan memahami tuntutan disebalik itu. Walaupun sy tdk dapat mengikuti program itu, tetapi setelah 3 kali berpeluang mengikuti program ustaz sy yakin akan ada pencerahan di sebalik pengisian yang ustaz sampaikan…
” Kelantan (pada pandangan sy dari dalam sebagai anak kelahiran kelantan dan dari luar sbg anak rantau malaysia ) merupakan bumi bertuah, pemerintahan Islam yang unggul dan benar hanya di bumi ini, tetapi calitan lumpur jahiliyyah tetap ada kerana bagaimana kerajaan negeri mampu menyekat andainya pengaliran bahan kuffar dan maksiat spt melalui media massa adalah di bawah seliaan kerajaan pemerintah negara kita…..hanya Allah yang tahu apa nasib sesuatu negeri itu dan sesuatu negara itu..tugas kita sebagai rakyat????
anda lebih tahu wahai pembaca yg budiman!!
“Ya Allah , selamatkanlah negeriku agar terus dilimpahi rahmat dan dipayungi pemerintahan Islam yg asli”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam semua dan ustaz tentunya.. sedey jgk bile dpt tahu yg program ustaz tu hanya utk student perubatan USMKK shj..
terkubur jua hasrat nk jumpa ustaz.. tak pe la… mungkin Allah belum izinkan..
mungkin nnti sy boleh jemput ustaz bg ceramah motivasi pd pelajar di tempat sy pula..insyaAllah!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ya Allah..selamatkanlah negeriku…diriku..keluargaku..saudara2 seislamku…
lembutkanlah hati2 kami dgn cinta, cinta pd-Mu,pd Muhammad s.a.w,pd agama kami…bimbinglah kami,hya pd Kau kami bserah diri…ameen!
p/s:sy ore kelate!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Insya allah Kelantan akan terus kekal di bawah pemerintah yang mengutamakan keredhaan Allah berbanding pemerintah yang hanya ingin memenuhkan tembolok masing-masing. Amin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…bila dgr citer ustaz pi kelantan, rindu nak balik kampung nak mengundi. Alhamdulillah dimudahkan untuk pulang juga akhirnya kerana dapat cuti . Semoga pimpinan di Kelantan kekal.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam alaik~

saya salah seorang peserta program ustaz di usmkk..malu juga mengenangkan pembahagian tempat duduk semalam..tapi nak jelaskan, program semalam banyak clash dengan aktiviti lain..jadi saya berbaik sangka mungkin muslimin banyak komitmen..:P
terima kasih ustaz, kerana benar2 meng’sunshine’kan (maaf dewan bahasa!) kami..kami benar2 menghargainya…
bila balik dari program, saya dan rakan2 lain membuat post-mortem tentang pengisian yang ada…semuanya amat berpuas hati dan berharap akan ada lagi pertemuan dan pengisian ilmu dan pengalaman bersama ustaz..malah, ada yang kata, ‘rasa macam pergi kursus kahwin!’:)
cuma saya sedikit kurang kerana saya ternanti2 kesudahan cerita anak datin tu.ada perubahan atau kekal seperti biasa~~
komen sikit tentang kelantan..saya bukan anak jati kelantan, tapi saya bahagia di kelantan..rakyatnya sangat menghargai tetamu..satu amalan yang amat kurang di tempat lain..pasal pembangunan pula..tiada yang cacatnya..yang penting kita selesa dan bersyukur..betul tak?tapi usmkk memang banyak pembangunan..setiap hari pun ada kerja pembinaan, sampai seorang pensyarah saya dengan nada gurau menyatakan USM adalah singkatan kepada universiti selalu membina!
sekali lagi, terima kasih atas kunjungan ustaz..kami doakan agar perjalanan kehidupan ustaz akan terus cemerlang, bahagia selalu!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam wbt.
Ustaz, kalo kt sini, diorg ade kepanjangan CINTA tu…Cerita INdah Tanpa Akhir..:)
1 Mac ni pon kami buat Forum pasal tu jgk, ada invite sorang ustaz local yang banyak karang buku2 psl cinta
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam n walhamdulillah,
syukran jazilan kpd ust di atas kunjungn k klantan walaupun skejap..
Kami ank2 klantan, sgt brbesar haT menerima kunjungn ust..
Shbt2 skalian, berdoalah smoga bumi ini masih kekal d bwh pemerintahan ulamak..
Sesungguhnya nasib anak bangsa kita trletak pd tgn kiTa..
“Al-Islamu Ya’lu wala Yu’la alaih”..Allahu Akbar..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
tertarik pula saya dengan buku2 di atas. akan saya dapatkan di kedai2 buku berhampiran.
ustaz takde button ke. saya nak promote website ustaz di laman web baru saya. heheheh
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
Saya bersetuju dgn seruan ustaz..kene sibukkan diri dgn perjuangan dan aktiviti yg +ve , baru hidup tak lesu dan lebih bermakna pada diri sendiri dan org lain.
Amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pesawat terbang ke udara dan hati saya sayu melihat negeri Kelantan sayup di bawah. Biar pun kunjungan saya terlalu singkat kali ini, namun bibir saya tidak pernah berhenti melafazkan doa, “Allah… selamatkan negeri ini di dalam rahmat-Mu”
amiin..
p/s: ala, sama dgn comment #6 la.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Allah… selamatkan negeri ini di dalam rahmat-Mu”
Dan aku akan gunakan tangan dan jari jemari ini untuk memangkah parti yang perjuangkan Islam. Semoga di akhirat nanti aku boleh berbangga kerana walaupun sumbanganku sedikit, tapi sekurang-kurangnya aku menyokong perjuangan Islam. Allah Akbar!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
USM…
heheh….
dkat jer ngn umah sy….
jln kaki 10 minit da smpai da…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terima kasih ustaz sudi menjejakkan kaki ke usmkk…satu program yang bermanfaat dan banyak membuka mata kita.
selama ni asyik baca blog ustaz aje. tetapi 16 hb itu dapat jumpa ustaz real:)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum…
saya merupakan salah seorang rakyat kelantan yang belajar di usmkk. Saya telah mengikuti program ‘tentang cinta” itu dan impaknya sangat memuaskan hati saya.Melalui program tuh banyak yang telah saya pelajari khususnya “MENJADI LEBIH BAIK DARI MENCARI” dan “MEMBERI LEBIH GEMBIRA DARIPADA MENERIMA”…terima kasih ustaz.
Sebagai rakyat yang perihatin(walaupun masih dibawah umur), saya sering mengikuti perkembangan politik di negeri ini. Saya benar-benar kagum dengan sanak sedara saya yang merantau mencari rezeki ke negeri orang sanggup balik mengundi walaupun hanya sehari kerana satu undi begitu bermakna.
buat rakan-rakan sekalian…pilihlah kerajaan yang mengislamkan bangsa….bukan yang membangsakan islam!!ALLAHUAKHBAR!!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Teringin la nak dengar ceramah tentang cinta tue…Bleh updoad tak audio tu?Teringin sangat nak dengar…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Buku TENTANG CINTA tu memang banyak membantu saya dalam membentuk prinsip tentang cinta. Insya Allah akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Saya cuba nak hadiahkan buku tersebut kepada seorang kawan perempuan tapi dia menolaknya sebab ‘tak rock’ baca buku tentang cinta, huhu….
Anak kelantan juga, tak sabar nak balik mengundi
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kak ni dah lebih separuh abad, biar kak terus terang walau mungkin dikata sikit emosi ttg kehadiran lelaki di majlis2 ilmu. Memang kebanyakan di mana2 mereka kurang berminat. Agaknya dah teror benar, kat surau kak misalnya macam2 kelas ada, Tajwidlah, tafsir, hadis, dll, berapa kerat org lelaki yg dtg, sedangkan mereka tu pemimpin pada keluarga mereka. Cam mana mereka nak tahu ttg tanggungjawab, kelebihan & merasai kenikmatan menuntut ilmu, solat berjemaah, dll kalau ustaz beri kuliah mereka tak datang?
Ada pula misalnya si isteri rajin datang, alhamdulillah suami walau tak datang tapi tak menghalang. Bila isteri (dek dah bertambahlah ilmu), inginlah menyampaikan pada suami apa yg dipelajarinya, suami dah warn: “kau belajar aja, tapi jgn nak ajar aku”. Terkedu lah isteri tu sebab dia teringin sangat suami yg dicintainya memperbaiki solatnya, faham cara2 cam ne nak masbuk, solat qasar & jamak dll, Tu baru bab solat.
Ada pula yg suami menghalang isteri belajar. Dia pegang pada: isteri mesti patuh perintah suami. Maka hasilnya, seluruh keluarga jahil.
Dari survey kebanyakan (org tua2 esp) malu nak belajar sebab tak pandai. Tak pandailah sepatutnya belajar., kita semua asalnya jahil, tu yg perlu belajar sampai mati (termasuk kak esp)
Cukup lah setakat ni, nanti ter’emosi’ lebih2 bahaya. Control, control, sabar, sabar..kan dah belajar, he,he..
Takbir! Malam2 pertengahan bulan, pandang2lah ke langit..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
emmm…cinta 2 rumit..susah nk dimengertikan..bnar kte uztaz..bolh menuntun mnusia ke arah kehancuran ataupn ke arah kegemilangn…plih la yg mmbwa keuntungn dan xmembawa kmudaratan dunia akhirt…=)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum..
Saya mewakili pelajar usmkk ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kepada ust kerana sudi datang ke sini.datang la lagi
jangan diucap selamat tinggal
tapi ucaplah sehingga berjumpa lagi
kalau tidak di bumi Tuhan
inshaAllah di syurga nanti
betul tak ust??heheh
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum..
rasa teruja bila tahu USM pun buat progrm pasal cinta ni..sebab universiti saya pun ada buat forum pasal cinta ni minggu lepas..syukur Alhamdulillah, bila ada banyak usaha utk memperbetulkan persepsi masyarakat hari ini tentang cinta..terutama tentang masalah ‘couple’ yang dianggap sebagai suatu yang lumrah/ trend masa kini..
mohon jasa baik ustaz,kalau dapat berkongsi di blog ustaz ni tentang pengisian-pengisian yang ustaz dah sampaikan di USM…jazakallaah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
subhanAllah.. ustz dtg klantan rupenye.. ruginye xdpt dgr..
sy anak jati klantan gak tp di perantauan..
“Ya Allah,slamatkanlah negeri ini dlm rahmatMu…” amin3..
walo sehebat mane pun keinginan utk Islam menang di Klantan,tp Allah jua yg berkuasa atas sgalenye.. jd hny doa yg dpt kupohonkan sbb x cukup umur lg nak mngundi.. huhu.. moge Islam trus gemilang di klantan.. Allahuakbar!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
# Mebangun bersama Islam!!!!
* Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang mampu menbina insan….. bukan sekadar membina insfrastruktur…
*Takbir…
Allahu Akbar!!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz,
teruskan perjuangan untuk menegak kan Islam. Bersabar lah….
Seandainya ramai manusia tidak menyokong dan membantu, biarlah, kerana apabila kerja buat kita membantu ugama Allah, pasti nya Allah akan membantu kita. Di saat itu, kita lah manusia yang paling bahagia. InsyaAllah Islam akan menang!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sayer org kelate
blaja pn kat kelate, usmkk
sayer pn ikut serta program tentang cinta..
woo.. best2..
tq ustaz!!!
p/s:wahai anak2 kelate, cintailah negerimu.. heheh
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
sy slh sorg peserta “TENTANG CINTA’.
byk input yg sy dpt dan sy jg turut memberi output kpd kwn2 yg x dpt hadir.
tgh order air kt kafe, tgh mkn dan on d way nk g klas lps mkn pon sy menceritakan ape yg ustaz bgtau semasa “TENTANG CINTA”
bak kata #wardah18, mcm kursus sambungan kursus kawin plak.infact, lbh baik dr kursus kawin..
ape2 pon, congrats to ustaz n truskan menyebarkan ilmu…
5 star utk ustaz (out of 5)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalmualaikum…
saya seorang pelajar usmkk..
terasa rugi sangat tak dapat join aktiviti tentang cinta…buat pengetahuan ustaz,byk program yg diadakan pada hari yg sama…slah satunya program bengkel bigsib yang mmg tak dapat dielakkan…dah minta excuse dgn dr. yg conduct this program but dr. kata program bengkel ni wajib..sedangkan program tentang cinta bukanlah mandatory utk hadir(walaupun compulsory bagi saya…hehe)…so,dr. kata,antara yg wajib dan yang “sunat”,mana yg perlu diprioritikan?i’ve become speechless….
tp apa yg saya dgr dari member yg join program ni,mmg best program ttg cinta ni…so apa salahnya kalau saya dapat melihat rakaman program…harap dpt prtimbangkan…
sekian……salam ukhuwah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
my first comment for saifulislam.com…
but definitely not my first time here…
tertarik nak tulis pun sbb saya ade baca buku tentang cinta…
alhamdulillah, byk ilmu yang saya peroleh…
dan insya allah, akan saya praktikkan dan gunakan nasihat2 tu…
cemburu tgk kelantan…
alahai, bila la selangor nak berubah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya rasa, klu kiter ada 10pemimpin spt tuan guru sudah memadai…tp saya juga melihat, ramai pemimpin kita mudah lupa, tak kira BN/BA. saya, mengagumi pemerintahan PAS hanya kerna tuan guru…tp warga PAS yg lain, saya masih anggap mereka sama seperti BN..susah mencari pemimpin yg faham erti amanah…+tggjawab….wallahualam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah..sebagai wakil Timbalan Pengarah Pusat Islam dalam program tentang cinta di USM baru-baru ini saya merasa amat bangga dan berterima kasih di atas penyampaian tuan tempohari.
Tahniah semoga Allah membalas segala jasa baik tuan..jika ada kelapangan kami di sini sedia menerima kehadiran tuan dilain program silalah contact kami lagi jika ada kelapangan atau berbetulan dengan lain-lain program di kelantan.
Semoga Semangat dan kesungguhan tuan dalam medium dakwah semakin sehari semakin menyubur .
Tuan adalah idola kami..semoga Allah memberkati kita semua..Amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam.saya cemburu ustaz ke usmkk…
kami di usm induk,p.pinang tak berkesempatan bertemu ustaz (“,)
semoga InsyaAllah satu hari saya berpeluang hadir kemana-mana program ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ramai pula orang sekampung yang menumpang lalu di celah2 artikel SaifulIslam.com ynag melimpah ni…..melimpah kuantiti, melimpah juga kualiti.
Saya juga anak Jati negeri Kelantan dan pembaca setia SaifulIslam.com.
InsyaAllah akan balik dari perantauan pada bulan MAC ini tapi bukan untuk mengundi. Balik untuk berjuma dengan ahli keluarga yang dah setahun tak berjumpa.
p/s * Saya ni hijau lagi, belum boleh mengundi
tabik hormat untuk Abu Saif,
Wan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sokong dgn komen mama
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terkilan xdpt join talk,
kbetuln dgn ada kelas hr tu..
salam perjuangn buat abu saif,
barakaLLahu lak..
insha Allah
Ya Allah,payungi negeri in di bwh rahmat-Mu..selalu..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam wbt.
May be ustaz boleh syarahkan serba sedikit kandungan buku yang telah ustaz baca iaitu berkaitan
2. Speeches That Changed the World dengan pengantar oleh Simon Sebag Montefiore, dan
3. How to Live with An Idiot oleh John Hoover
Mudah-mudahan ada manfaatnya!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Analogi P*S vs XX.
Yang penting akarnya mesti kuat,barulah pokok pun kuat.
Yang penting pemimpin atasan tu BENAR ada ciri2 dikehendaki,insyaAllah anak didik bawah tu kalau tak 100% sempurna pun,kita tahu Ketuanya dah ajar yang terbaik.
Macam juga agama Islam.Allah dan Nabi tak ajar benda tak elok, tapi ada gak orang buat.Salahnya siapa?Bukan salah ajaran Islam, tapi orangnya yang sendiri salah.
Memang menakutkan apabila remaja Kelantan pun tak dinafikan ada yang teruk,namun selagimana hanya kerajaan negeri yang mentadbir secara Islam,dengan perkembangan anasir -ve luar yang masuk,memang agak sukar juga menghapuskan terus gejala2 sosial ini melainkan PUSAT juga bertukar.
-Anak jati pantai Timur yang berada di perantauan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz,
ustz bergurukan ustaz pahrol rupany.. patutla ana suka sgt membaca penulisan ustaz, sama seperti sukanya ana membaca penulisan ustaz pahrol. penulisan yg sgt balance mengenai isu semasa dr segi agama, realiti dan logik.
syukran krn selalu memberi hati&akal ini ‘kenyang’.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Dipetik dari UMMU SAIF di shoutbox: saja nak berceloteh: lately byk benar usatz dpt email ttg remaja dgn hubungan lelaki/perempuan, remaja mintak cari jodoh, masalah suami isteri dan seumpamanya..
Pada pendapat akak, mereka masih bertanya kepada ustaz kerana gagal menghayati ilmu yang ustaz curahkan selama ini. Telah banyak yang ustaz utarakan. Makin banyak ustaz memberi saranan makin banyak pula yang menjadi persoalan.
Harapan ustaz adalah agar artikel2 yang mengandungi cerita2 ustaz tidak dianggap semata2 seperti novel tetapi perlulah diaplikasikan di dalam kehidupan sendiri. Kang tukar profesyen plak ustaz ni ke Marriage Counselor, Relationship Counselor. Terkejut John Gray
Respond to this comment [with empathy]