
“Saifulislam.Com tu bukannya ilmiah. Penuh cerita sahaja!”, sampai juga ke telinga saya bahan mesyuarat tingkap sesetengah pemerhati jauh.
Memang pun saya tidak menghias tulisan dengan nota kaki, rujukan berderet-deret dan quotation kata-kata manusia terbilang. Sebab semua itu adalah disiplin saya dalam menulis assignment dan thesis.
Ada pun untuk blog ini, saya sudah pun mensyiarkan bahawa:
Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan
Ya… tujuan saya menulis bukan sekadar untuk menambah TAHU pembaca. TAHU semata… tiada faedahnya. Sedangkan apa yang diharapkan adalah pertambahan TAHU itu turut disertai dengan keMAHUan dan keMAMPUan.
Maka cara yang saya gunakan ialah dengan bercerita.
‘FADHILAT’ BERCERITA
Kita mungkin sudah lupa kepada peranan cerita. Kita anggap cerita ini sebagai suatu aktiviti yang membuang masa, dan menggambarkan kelemahan minda kerana cerita jarang ada nota kaki untuk menyolek tulisan agar nampak ilmiah.
Kita lupa kepada sejarah yang panjang tentang peranan cerita dan tukang cerita.

Di Eropah, sebelum teknologi pembiusan mencapai taraf kemajuan yang ada, doktor bedah menggunakan khidmat tukang cerita untuk mengkhayalkan pesakit. Hebatnya kesan cerita!
Kaedah yang sama juga saya kira digunakan secara bijaksana dan efektif oleh Tok Mudin dalam tradisi masyarakat kita. Selepas sireh ‘sakti’ dikunyah dan badan kecut direndam mandi di dalam air, Tok Mudin akan rancak berceloteh dengan ‘pesakitnya’ yang sedang duduk di atas batang pisang.
Pelbagai kisah dikongsi bersama sambil tangannya mengasah pisau (malah buluh) dan zap zap zap…. mission accomplished!
Malah kita tidak perlu lari jauh, kerana pendekatan dakwah Nabi SAW juga kaya dengan cerita. Ketika baginda SAW berusaha membina jiwa yang kental di kalangan para sahabat untuk bertahan dengan tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh Kuffar Mekah, baginda SAW tidak preaching semata-mata.
“Bersabarlah… sabar itu sebahagian dari iman”
“Jika tidak sanggup berkorban, jangan cakap tentang perjuangan”
Apakah itu nada Nabi SAW mentarbiyah sahabat?
Pendekatan baginda SAW sungguh hidup. Sungguh manusiawi. Antara elemen penting, adalah pada memanfaatkan cerita.
Demi menerapkan maksud sabar dan cekal ke jiwa sahabat, baginda SAW tidak hanya berceramah atau berdialog secara ‘ilmiah’. Baginda bercerita.
Untuk maksud dan faham sabar itu terserap ke jiwa para sahabat, baginda SAW mendatangkan misalnya kisah Ashab al-Ukhdud. Kisah yang membekas di jiwa setiap sahabat yang mendengarnya. Malah jiwa itu diketuk-ketuk pula dengan irama surah al-Buruj yang ‘merasuk’. Mesej untuk meneguhkan iman… disampaikan dengan lenggok bahasa yang tinggi, bermain dengan ragam bahasa, rhyme (
) secara efektif dan tidak menjemukan.
Mesej Rabbani itu disampaikan secara yang sungguh hidup lagi manusiawi, bukannya kaku, sejuk dan beku.
Nabi SAW sangat banyak menyampaikan cerita, tetapi cerita itu difaham oleh kita sebagai Hadith. Apabila cerita dilihat sebagai hadith, maka kita berfikir secara yang sangat teknikal, hingga unsur-unsur kemanusiaan dalam pendekatan Nabi SAW tercicir daripada proses pengambilan itu.
Dakwah yang dikatakan berteraskan sunnah jadi sungguh hambar, bosan, tidak lagi seperti dakwah Nabi SAW yang hidup, bertenaga lagi manusiawi.
SAYA DAN KEGEMARAN BERCERITA
Sejak kecil saya memang suka bercerita.
Semasa di Darjah 3, saya sudah mewakili sekolah ke Pertandingan Bercerita. Kisah pertama saya ialah kisah “Budiman” yang dipetik dari buku Mari Bercerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya suka bercerita dan ia banyak membantu saya. Saya belajar bercakap dengan betul, bertertib dalam menggunakan bahasa malah menambah rakan, serta mengurangkan lawan.
Semenjak di Tingkatan 1, tilam katil saya di asrama adalah tilam ternipis kerana hampir setiap malam katil saya menjadi gelanggang rakan-rakan berkumpul untuk berbual, mendengar cerita dan kemudiannya bercerita. Semakin saya meningkat dewasa, hubungan saya akrab dengan adik-adik di sekolah kerana salah satu daripada kelakuan saya semasa bersekolah ialah kesukaan saya bercerita.

Biar pun transit beberapa jam, cerita tetap cerita
Malah semasa bermastautin di UK dan Ireland ketika bujang, ada masanya ahli rumah dan jiran tetangga duduk berbual dan mendengar cerita saya hingga ke pagi. Semasa bercerita, saya tidak lupa memantau dan memerhati kesan cerita itu kepada mereka yang mendengarnya. Bukan saja-saja.
“Saya hairan bagaimana ustaz boleh ingat kisah-kisah lama dengan terpeinci untuk dimasukkan ke saifulislam.com?”, tanya seorang pembaca kepada saya.
Saya pun kurang pasti bagaimanakah patut saya menjawab persoalan itu. Tetapi kisah-kisah itu, biar pun ia berlaku semasa saya berusia lima atau enam tahun, segar di ingatan saya kerana saya sering menceritakannya.
Cerita membantu mengekalkan maklumat kerana fakta dan cerita menjadikan kita pengguna otak kanan dan otak kiri secara aktif. Itu pandangan saya.
SEJARAH SAIFULISLAM.COM
Saya sudah menulis secara aktif di internet semenjak 1998. Tetapi sehingga tahun 2004, tulisan saya kaku dan lebih tertumpu kepada meningkatkan karakter ‘ilmiah’ untuk mengukur kualiti penulisan.

“Permasalahan Sejarah Islam: Punca dan Penyelesaian”
“Kepentingan Sejarah Menurut Perspektif Islam”
“Pemuda Dan Tanggungjawab Terhadap Islam”
“Kedudukan Riwayat Abu Mikhnaf Dalam Lakaran Peristiwa al-Fitnah al-Kubra”
Itulah di antara tajuk kertas kerja atau artikel yang pernah saya tulis. Sesuai dengan zaman pelajar barangkali.
Tetapi ketika saya menggunakan pendekatan sedemikian rupa, artikel itu dibaca pada kadar yang biasa-biasa sahaja. Mahu mendapatkan 100 pengunjung dalam sebulan pun terlalu susah. Saya sendiri juga tidak prolifik dan menulis sekadar purata satu artikel sebulan.

Namun semuanya berubah, apabila saya menyertai kursus penulisan PTS. Puan Ainon mengajar peserta cara ‘menghidupkan’ tulisan. Panduannya ialah dengan meneladani teknik bahasa Surah Yusuf. Mulakan tulisan dengan ayat dialog. Ia sebagai penyuntik nyawa kepada keseluruhan tulisan. Akhirnya saya sampai kepada suatu kesimpulan, “sampaikan agama melalui cerita”.
Kebiasaan bercerita yang selama ini dianggap sebagai pemanis ukhuwwah, saya pindahkan kepada tulisan. Lantas semenjak 2005, sedikit demi sedikit saifulislam.com berubah wajah. Daripada kenangan pengembaraan saya ke merata tempat, hinggalah kepada isu-isu berat yang lazimnya menjadi pelaga kepala sesama kita, semuanya saya sampaikan secara santai dan berformatkan cerita, dan kesannya jauh lebih memuaskan.
KITA ADA CERITA SENDIRI
Jika kita perhatikan kepada siri buku motivasi seperti koleksi Chicken Soup oleh Jack Canfield, The 7 Habits oleh Stephen Covey, serta Your Road Map for Success oleh John C Maxwell, kesemua buku ini mempunyai dua versi. Versi pertama ada buku utamanya manakala versi kedua adalah workbook yang menyusul.
Mengapa workbook?
Ketiga-tiga buku yang membentuk manusia ini, kaya dengan cerita. Dan setiap kali kita mendengar dan membaca cerita yang dipaparkan, kita akan mula teringat kepada cerita kita sendiri. Kita juga mahu bercerita. Kita juga mahu mengaitkan cerita itu dengan cerita kita. Lihat sahajalah ruangan komen di saifulislam.com
Apabila saya bercerita, pembaca juga terpanggil untuk berkongsi pengalaman. Itulah ‘kuasa’ cerita. Ia menjadi alat yang efektif untuk mengikat pendengar atau pembaca kepada apa yang ingin kita sampaikan.
CERITA DAN KEIBUBAPAAN
Belum pernah anak-anak saya menolak untuk mendengar cerita.
Mereka yang fitrah itu dengan jelas menampakkan kecenderungan manusia kepada cerita.

Pengaruh cerita?
Biar pun saya belum mampu untuk membacakan satu cerita satu malam untuk anak-anak, namun setiap kali peluang itu ada, saya akan cuba berkongsi cerita. Insya Allah koleksi cerita saya bersama anak-anak akan muncul dalam format buku menjelang EKSPO BUKU ANTARABANGSA April nanti. Doakan…
PENCERITA PROFESIONAL
Keupayaan anggota sebuah syarikat bercerita, amat berkesan dalam pemasaran dan usaha mereka meningkatkan imej syarikat. Bercerita adalah suatu kemahiran profesional.
Maka tidak hairanlah jika di celah-celah kehidupan metropolitan, munculnya beberapa syarikat latihan jururunding yang menawarkan kursus bercerita secara profesional. Misalnya, saya sendiri sempat mempelajari serba sedikit kemahiran bercerita ini, melalui seorang jurulatih profesional iaitu Encik Mohamed Osman Mohamed Ibrahim, seorang pakar NLP yang saya kenali melalui JUST International.
Beliau sangat banyak memberikan tips kepada saya dan rakan-rakan dalam aspek kemahiran bercerita.
KEMPEN PILIHANRAYA
Saya yakin, jika para penceramah pilihanraya memanfaatkan kemahiran bercerita, kesan ceramahnya akan bertambah efektif. Ceritalah… dan angkat cerita sebagai kemahiran profesional dalam mempengaruhi pemikiran pembaca atau pendengar.

Mari kita semua jadi ‘radio’!
Biarkan media perdana menabur berita…
Kita membalasnya dengan cerita… cerita bukan sebarang cerita!
Abu Saif @ www.saifulislam.com
56000 P124 BANDAR TUN RAZAK
Tan Sri Khalid Ibrahim – BA
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











wah..bestnya cerita.. saya pun nak cerita, tapi takde cerita yang mahu diceritakan…ustaz, macam mana ye nak ingat cerita-cerita menarik??…bagi jenis yang kurang bercakap, macam mana nak tarik minat dia bercakap??..
(masih bertatih dengan manusia)
hehe..umaralfateh..semoga berjaya dalam usaha meningkatkan ‘hubungan baik dgn manusia’ di negara bekas komunis sana..^_^
Setuju ustaz,
Ceritalah duniaku! Dan cerita juga selalunya akan masuk ke subconscious mind..itulah kuasanya!
Stuju 101%, bercerita memudahkan penyampaian mesej!
Pernah ketemu seorang koperat yang titlenya “Story Teller” kat business cardnya (bukan Sales/Marketing Director). Katanya, I need to tell potential customers about my company, my product. This is my story, sambungnya!
Creative dalam dunia korporat!
Apa lagi perlu dalam berda’wah!
Terbaca dalam satu artikel bagaimana Obama dalam strategi kempen calun Presiden Democrat d US merekrut barber dan saloon workers! Siap d beri kursus lagi. Tugasan mereka?
Membawa “cerita” kehebatan Obama pada pelanggan yang melanggani kedai gunting rambut mereka! Ada ana selitkan dalam artikel d dperantauan.com (http://dperantauan.typepad.com/dperantauan/2008/01/lebarkan-jaring.html#more)
“Yang menarik, channel tradisional juga tak ketinggalan! Berbulan lamanya pasukan OBAma merekruit dan memberi latihan kepada (ratusan kalau tak ribuan) tukang gunting rambut yang akan bertindak sebagai story tellers! Kata seorang sahabat, apa pernah kita terfikir kenapa UMNO bertungkus lumus nak kuasai persatuan/perhentian teksi (drebar teksi bertindak sebagai story teller berkesan kepada penumpang!)”
Itulah kenapa UMNO beriya benar nak kuasai stesen/persatuan teksi!
Assalamualaikum WBT.
Bercerita adalah satu method penyampaian yang wujud di dalam al-Quran. Lihatlah kisah AshabulKahfi, Kisah Firaun, kalau mahu disenaraikan cerita-cerita yang wujud di dalam al-Quran terlalu banyak.
Jadi tak salah kalau dikatakan Abu Saif sedang mengikut salah satu method al-Quran, dan method di dalam al-Quran, bukan setakat bercerita, ada berbetuk amaran, ada berbentuk janji-janji manis dan lain-lain.
Jadi, jika tak mampu nak ikut semua method al-Quran, sekurang-kuangnya pilihlah salah satu. Masakan wujud manusia yang mampu menulis 100% seperti method al-Quran. Silap-silap 50% pun sukar digapai.
Wallahu’alam
Salam..
Saya masuk pertandingan cerita peringkat negeri sewaktu Darjah 6. Punyalah terkejut tengok ramai sangat penonton di dalam dewan, terus terlupa skrip!
[Haa.. kan dah masuk perangkap: Dan setiap kali kita mendengar dan membaca cerita yang dipaparkan, kita akan mula teringat kepada cerita kita sendiri. Kita juga mahu bercerita. Kita juga mahu mengaitkan cerita itu dengan cerita kita. Lihat sahajalah ruangan komen di saifulislam.com]
Wasalam
kadang2 terfikir kenapa dianggap parti yg satu lg tu mcm jahat sgt.. ‘Biarkan media perdana menabur berita’.. saya hormati penulisan ustaz tp ayat ni dan ayat2 dlm artikel2 sbelum ni membayangkan kebencian yang amat terhadap parti yg satu lg..sedikit spoil mood membaca saya kerana isi2 artikel sgt bagus, tapi ending nya dgn ayat yg sebegini..maaf jika pendapat sy x relevan..salam~
salam.. sememangnya teknik bercerita adalah salah satu dari method untuk berdakwah.. jadi, mengapa kita nak TINGGALkannya??
1. tambahan pula, dalam konsep dakwah fardhiah sekalipun, kita mestilah mengenali mad’u kita serapat mungkin supaya mudah untuk kita membentuknya menjadi seorang yang fahami dan ingin bekerja untuk Islam..
BERCERITA…
apabila kita bercerita tentang diri kita, mesti dia juga ingin bercerita tentang diri dia, so, tahap ukhuwah pun semakin meningkat…
2. untuk pengetahuan ustaz, banyak sikap saya berubah selepas membaca artikel2 ustaz dan memahami pemikiran ustaz.. terima kasih saya ucapkan..
sememangnya tujuan ustaz dalam menulis dalam saifulislam.com ini menepati sasaran..
“Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan”
alhamdulillah, syukur kepada Allah, kerana sekarang, saya dah mula membaca belajar ilmu sosial, membaca buku2 dari barat dan macam2 lagi..
smg ustaz akan membentuk dan melahirkan lebih ramai orang seperti ustaz supaya Islam TETAP bersinar terbilang, sentiasa ada pelapis… ameen..
bercerita dengan bersembang sama ke tak ek ustaz? heheh.. rasanya macam saya ni banyak bersembang je..
ps: saya tak pandai bercerita, tetapi suka mendengar orang lain bercerita. =)
[...] Abu Saif kata, Tok Mudin pandai bercerita. Tapi rasanya, Tok Mudin tuan punya blog ini tak termasuk dalam jenis itu. Tok Mudin yang ini hanya gheti kecek-kecek saja. [...]
Pendapat saya, kalau masa tuntut ilmu pun saya rasa ramai student yg suka bila pensyarah/guru mereka bercerita berbanding menyampaikan ilmu secara terus seperti dalam buku sebab yg masuk dalam kepala cuma fakta bulat2, sering buat student mengantuk….tp kalau relatekan ilmu tu dengan cerita ianya mampu diingat sampai bila2 even dalam exam pun boleh ingat semula dan mudah jawab soalan exam.
Pengalaman saya masa belajar dulu di sekolah agama, ustaz saya ni memang suka bercerita, masa mengajar dia tak bagi kami catit apa pun, kami tak pernah ada nota sepanjang dia mengajar. Masa nak exam, saya baca juga kitab yg diberi pihak sekolah tp masa jawab exam cerita2 ustaz saya lebih banyak membantu berbanding apa yg saya baca terus dari kitab. Dari ceritanya saya dapat ingat setiap bait perkataannya, gaya dia bercerita, mimik muka dia sekaligus dapat jawab soalan yg diberi dengan baik dalam exam….Alhamdulillah result juga sangat memuaskan…itulah kuasa cerita mampu menarik perhatian seseorang dan diingat sampai bila2.
Sungguh perit kata2 tajam yang membunuh semangat. Tapi itulah, kalau kita ingin meraih redha manusia, pastilah akan kecewa. Namun, wawasan redha Allah itu menjadikan kita terus berusaha.
Ustaz, gambatte kudasai!
Berdasarkan modus oprendi penceritaan di dalam Al Quran, saya mengkategorikan pembukaan kunci-kunci ghaib di Kitab Alam merupakan siri cerita yang terpanjang dan paling komplex untuk difahami dan dikaji. Tidak dinafikan mode penceritaan adalah terbaik mentarbiah minda, tetapi malangnya substance cerita mempengaruhi keterbukaan indera pendengar. Hal ini menjadikan pendengar terlatih dengan cerita yang sedap di hati berbanding cerita yang membena akal kritikal. Hasilnya adalh Muslin hariini yang minat mendengar cerita untuk dipercayai dan bukan cerita untuk difahami (fikir).
Salamun ‘alaikum Ust.
Ana terperasan typing error kepada ejaan terperinci, di bawah tajuk Saya dan kegemaran bercerita, perenggan kedua. Terima kasih
P/S: lebih kurang 10 jam lagi ana kan berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Sedih….
kpd Saudara rez…
tak perlu berlapik dgn mengatakan ‘parti yg satu lagi’ , terus guna BN je.
“kadang2 terfikir kenapa dianggap parti yg satu lg tu mcm jahat sgt..”. Maaf saya berterus terang, mmg BN jahat sangat. Satu contoh je, ISA sangat zalim!. tak jahat ker, nafikan kasih sayang seorg anak dan isteri dari suaminya?. Kalau mahu lagi, BN merobohkan kampung berembang dulu tanpa berunding. sedangkan babi di melaka diberi tempoh, tak jahat ker?. utk makluman saudara pddk kg berembang menang kes dimakamah!. Maaf jika bahasa saya kasar, tapi kadang2 jika kita terlalu berlapik dan takut nak kata benda yg benar, masyarakat akan lebih keliru…
memang berdakwahlah dgn penuh hikmah, tapi bagi saya bercakap benar dan tegas itu juga hikmah!. Supaya kita semua tak berasa sentiasa berada di zon selesa…
yg salah, kata salah… yg zalim kata zalim..
Salam.
Saya bersetuju benar dengan masri dan shiha. Dalam al Qur’an banyak cerita-cerita teladan dan daripada cerita-cerita seumpama itu kita boleh merenung jauh-jauh apa yang tersirat disebaliknya. Masa zaman sekolah rendah dulu, saya belajar memahami konsep beriman dengan Allah dan akhlak mulia melalui kisah-kisah dari al Qur’an yang telah diterjemahkan melalui buku cerita yang berwarna-warni. Daripada buku ke lisan, saya pula yang akan berceloteh dalam kelas tentang apa yang saya baca sehinggakan cikgu pilih saya masuk bertanding dalam pertandingan bercerita dalam bahasa Inggeris kerana kuat sangat bercerita dalam kelas (kena marah sebab tak reti-reti nak diam pun ada jugak).
Bila ustaz kata di zaman silam, pakar bius minta khidmat si tukang cerita untuk lalikan pesakit, saya boleh bayangkan. Ketika melalui saat pembedahan cesaerean section untuk anak pertama dan kedua, kedua-dua doktor pakar dan doktor bedah tak henti-henti celoteh… pasal memancing la, minta cuti tak lulus la dan macam-macam lagi. Saya yang terbaring ketakutan jadi terlupa sekejap yang perut dah kena toreh dengan pisau bedah. Agaknya semua pakar bedah dan pakar bius macam tu kot?
Assalamualaikum rez (#7)
penyataan “kebencian yang amat terhadap parti yang satu lagi” itu tidak tepat dalam mengungkapkan maksud saya. kebencian, apatah lagi kebencian yang amat, boleh memberikan maksud bahawa kita menolak dan memusuhi pihak tertentu secara membuta tuli, tidak rasional, dan hanya menurut perasaan. Dan ini bukanlah sikap saya.
saya adalah pendakwah, dan pendakwah tidak memusuhi sesiapa. jika ada pihak yang tidak boleh didekati dengan tiket politik, tiket dakwah adalah tiket universal yang menjadikan semua orang sebagai subjek dakwahnya.
namun pilihanraya adalah pilihanraya. tidak mungkin di atas nama dakwah, saya mengambil sikap berdiri di atas pagar, menyokong siapa yang menang, atau sesiapa yang boleh memenuhi keperluan hidup saya. mustahil!
pilihanraya adalah masa membuat PILIHAN. pilihannya pula adalah pilihan yang besar, sebab itu dinamakan PILIHAN-RAYA.
maka tulisan saya di bawah kategori pilihanraya (saya telah labelkan siap-siap artikel seumpama ini sebagai artikel pilihanraya), adalah artikel tentang pendirian dan pilihan saya.
asas pilihan saya adalah pada iman, ilmu, rasional, common sense dan bukannya secara membuta tuli. maka hormatilah pilihan saya, biar pun mungkin kita berbeza. saya juga menghormati pilihan orang lain.
maka artikel ini bukan kebencian… ia adalah penyataan pendirian.
maaf kalau artikel saya spoil mood anda, sebab kami di malaysia semua sedang mengalami mood yang spoilt akibat siaran berita radio, tv, dan hari ini berita harian diedar percuma di pintu masuk UIA… semuanya propaganda yang memualkan. beruntunglah mereka yang di Rusia kerana jika spoil, boleh off komputer. bagi kami di Malaysia, antibodi harus kuat kerana segala-galanya sedang bekerja keras untuk spoil mood kami!
Sokong ustaz! Bacalah dengan konteks
Ustaz, tak silap saya Ali Syari’ati juga menggunakan method cerita untuk menyampaikan mesej Islam.
Kebetulan dia seorang Syiah, tapi bukan itu yang mahu saya tonjolkan di sini, cuma membaca tulisan-tulisannya seakan memberi nafas baru dakwah.
Sama juga membaca artikel-artikel ustaz
assalamualaikum wbt
saya setuju sgt2 dengan respon ustaz #17
kita ada iman, kita ada aqal, kita ada nafsu, maka terpulang kpd kita utk memilih…berdasarkan level iman, aqal & nafsu yg kita ada.
jika hati kita pun spoilt dgn propaganda memualkan pihak2 pembuat makar (PM), maka sama2 lah kita selami hati TG nik abd aziz yg spoilt selama 18tahun dgn BN…terpacul sekali je dr mulutnya analogi “orang utan” (ustaz sendiri pun dah guna analogi katak kan), maka melatah melompatlah mereka 2 yg terkena analogi ni…seolah2 mengiakan sifat orang utan yg disebutkan tu.
tu baru TG nik aziz ckp ‘orang utan’…sedap lagi utk didengar. kalau lah kita ckp perangai mereka mcm anjing yg terjelir2, mcm binatang ternak yg bodoh piang (mcm perumpamaan dlm Al-Quran), apa agaknya respon pembuat makar(PM) & konco2nya?
assalamualaikum…..
ustaz, saya memang suka baca cerita…sebab tu suka mengunjungi blog ustaz…pastu, cerita kat kawan2 apa yang saya dapat dari bolg ini. semoga ustaz terus bercerita untuk membuka minda semua.
Salam,
Buat rez, anda cuma berbeza pendapat dalam berpolitik hinggakan mood anda spoil, namun masih MAHU teruskan penglibatan di Saifulislam.
Harapnya anda tidak hilang minat seterusnya….sudikanlah bersama di sini walaupun anda rasa pendapat anda tidak relevan. Saya yakin anda akan melihat titik pertemuannya di suatu masa, ketika itu semuanya akan lebih jelas dan relevan.
Sehari dua ini tentunya sebarang artikel ust akan dikaitkan dengan tema yang sedemikian, walaupun berat untuk rez terima buat masa ini, rahmat bagi sebilangan besar pembaca yang lain.
Takkan indah dunia ini kalau semua manusia berfikiran sama, dan kalu pun tak sama pasti ada titik pertemuannya…wassalam
salam..
saya percaya kehebatan dan kemampuan bercerita juga byk dipengaruhi oleh sikap rajin membaca dan bahan bacaan yg dibaca..tentunya itulah satu hobi ustaz yg menjana modal minda utk bercerita kan.. malangnya saya ni jenis malas plk nak bercerita terutama pada anak2 lantaran kepenatan dgn kerja2 di ofis..kesian anak2.. dia plk yg bercerita..jd pendengarlah kita…
setuju dengan komen #21. tunggu lah sikit lagi, dan kenali lah abu saif dengan lebih lagi melalui tulisannya. saya kalau membaca, akan mula dari ads by nuff nang kat atas sana tu sampai lah bawah. jadi sekali pandang kategori tu, boleh tahu dah ‘cerita’ apa abu saif mahu sampaikan kali ini.
by the way ustaz, saya mula masuk pertandingan bercerita dari darjah dua. ada la persamaan kita sikit
agaknya gaya penceritaan ustaz tu menarik saya setia di saifulislam.
setuju dengan komen #21. tunggulah sikit lagi, dan kenalilah abu saif dengan lebih lagi melalui tulisannya. saya kalau membaca, akan mula dari ads by nuff nang kat atas sana tu sampai lah bawah. jadi sekali pandang kategori tu, boleh tahu dah ‘cerita’ apa abu saif mahu sampaikan kali ini.
by the way ustaz, saya mula masuk pertandingan bercerita dari darjah dua. adalah persamaan kita sikit
agaknya gaya penceritaan ustaz tu menarik saya setia di saifulislam.
saya memang suka dengan gaya penulisan ustaz. lain drpd yg lain. terasa dekat bila membaca blog ini. hehehhe memang best la entri2 sebegini. saya bosan dengan entri2 serius berkenaan dakwah sebenarnya. terima kasih ustdz !
at least ada juga tempat di alam maya untuk saya menikmati cerita2 dakwah yang menarik sebegini
kerna ustaz berceritalah rasa dekat dirinya dgn ustaz..biarpun tak pernah bersua
Assalamu’alaikum
Benar, cerita merupakan wasilah pendidikan dan tarbiyah yg berkesan dalam pembentukan manusia. Malah brainwashing juga dilaksanakan dalam format ini oleh golongan Al Mala’.
Hollywood diwujudkan semata2 untuk tujuan ini. Malah Pentagon juga mempunyai hubungan rapat dengan pengeluar2 filem Hollywood sebagai agenda perang sarafnya. Paradigma kita lebih mudah dibentuk melalui wasilah penceritaan berbanding interaksi akademik. Di UK dan negara2 maju, iklan (terutamanya alkohol dan rokok) dirangkaikan selama beberapa hari dalam bentuk cerita pendek. Dan ramai penonton tidak sabar2 menanti iklan susulannya, walaupun iklan itu sebenarnya mengganggu perjalanan movie yg sedang disiarkan.
Dalam proses penceritaan, bahan2 kompleks ilmu yg hendak disampaikan dihidang dalam bentuk yg mudah oleh dicerna oleh aqal, emosi dan hati.
Golongan pendakyah telah lama mengeksploitasikan wasilah ini secara intensif. Pendakwah bila lagi…..?
Assalamu’alaikum
Rasa terpanggil untuk meninggalkan komen.
1) Al-Qur’an sendiri tak diturunkan bersekali dengan nota kaki. Bahkan penuh dengan kisah-kisah, yang tidak bertarikh dan tidak terperinci. Apakah Al-Qur’an itu tidak ilmiah? Ini soalan saya kepada ahli mesyarat tingkap. Rasa-rasanya, ahli mesyuarat tingkap yang ustaz maksudkan itu beragama Islam.
2) kekuatan penceritaan telahpun Ustaz Hasrizal jelaskan dalam artikel ini. Oh!! takder nota kaki, tak boleh nak tentukan validity artikel ini. Hujah2 nya tidak dapat dipastikan. Saya nak tanya, apakah gunanya otak @ akal yang dianugerahkan kepada kita? Tak boleh kah kita nak fikirkan kelogikan hujah Ustaz. Kalau tak logik, tinggalkan. Kalau logik, jadikan panduan. Bukan komen tanpa haluan.
3) Menjawab persoalan Saudara Rez.
Peningkatan jenayah di negeri kelantan. Heboh. Sampai lemah jantung saya melihat rencana ringkas di Peti televisyen. Dah la tak sampai lima minit, keluar pula rencana ringkas tapi panjang yang lain, yang menunjukkan kerajaan PAS di kelantan terlalu jahat.
Ini bukan budaya kita.
Berlainan parti tapi satu identiti (yg ni saya sokong, satu identiti yg baik sebenonye)
dan macam-macam lagi, maka, tidakkah saudara Rez terpikir soklan yang sama masa menonton TV?
itu sajalah setakat ini.
maaf kalau ada tulisan yang menyakitkan hati.
fair enough..saya minta maaf ustaz.. tak niat utk buat ustaz terasa hati..saya tak fikir dari side sebelah sana pula..ustaz jgn la garang sgt..saya suka bace artikel ustaz, byk mencelikkan mata saya..salam
thanks abu-alfateh…macam mind reader la saudara ni..tau je ape yg saya pikir..
sy juga setuju dengan pendapat saudari raudhah..ketika sy sekolah agama dahulu pun,ustaz sy lebih gemar bercerita yg juga berkait dgn lmu yg ingin disampaikan.keinginan utk mendengar menjadi membuak2 berbanding ketika ting4,ustzh sy mengajar subjek sejarah dengan hanya menjurus terus kepada fakta tanpa diselitkan apa2 cerita,lantas ramai pelajar yg tidur dr mendengar..
(“Saifulislam.Com tu bukannya ilmiah. Penuh cerita sahaja!”, sampai juga ke telinga saya bahan mesyuarat tingkap sesetengah pemerhati jauh.)
Salam,
Lawak betul ayat di atas. Saya senyum sampai mengalir air mata ( gelak dalam hati ). Rugi mereka-mereka yang tak memahami cerita-cerita ilmiah yang disangkanya sekadar cerita. Kuasa cerita memang LUARBIASA.
Assalamualaikum.
Kuasa cerita memang luarbiasa.
Kerana itu saya memilih menjadi tukang cerita. Walaupun tidak mpunyai nama seperti yang di bawah ini…
.
Almarhum Buya Hamka, SN Shahnon Ahmad, SN Abdullah Hussein, SN S Othman Kelantan, Mohd Affandi Hassan, Faisal Tehrani, SM Zakir, Mustofa Bisri, Maulana Mohd Saeed, Habbiburahman el-Shirazy dan yang lain telah membuktikan luarbiasanya kuasa berdakwah lewat cerita.
Bercerita juga jalan selamat untuk mengkritik pemerintah/masyarakat yang bobrok.
terima kasih Ustaz kerana menampilkan saifulislam.com, bila ilham menulis saya kering kontang, laman ustaz yang selalu menjadi sumurnya…
albarakatillah hendaknya !
Oh ya, nak tambah ckit…
walaupun bercerita tu jln selamat, namun sejarah membuktikan, tukang2 cerita ditindas kerana cerita yang tidak bohong.
Dakwah lewat bercerita adalah uslub penting demi mennentang wacana hegemoni barat dan pengaruh American Global Village yang makin membarah dalam komuniti kita.
Wallahualam…
Salam, EKSPO BUKU ANTARABANGSA bila? kat mana?
Salam, saya senang sekali dengan cerita ustaz. Boleh dikatakan tak pernah hadir rasa bosan. Teruskanlah ustaz, tulisan ustaz banyak memberi kesan baik, Insya Allah.
Salam… Saje je ni ustaz.. x nak komen pun… cuma nak bgtau.. sy mmg suka dgr n baca cerita… Syok… kalo kitaorg nak buat Case report tuk paTients pun kena buaT mcm bnTuk criTa gak… Baru tepat ckiT diaGnoSis yaNg nak Dipilih… theN ubat yang Sesuai nak Bg kt pesakiT… (Tuk Student laa.. Kalo Dr betuL2… sHort forM je SemUa.. hihi..)… klaH… saLam…
Assalamua’laikum..ustz, sy slh seorg pelajar USMKK yg dgr ceramah ustz hari tu..Tentang Cinta..mmg best n kalo boleh nk dgr lagi ceramah dr ustz..tp kt sini sy nk minta pandangan ustz ttg program yg masih dlm perancangan seorg sahabat saya. dlm ruangan ini ustaz ade ckp yg nk terbitkan buku cerita utk kanak-kanak kn???kami ade rancang utk buat program bercerita kpd kanak-kanak di wad paediatrik.kami igt nk bacakan crita2 islamik kt adik2 tu memandangkan diorg ni yg duk kat wad onkologi terutamanya mmg duduk lame la kat wad n tuk bagi diorg isi masa lapang kami igt nk bacakan crita utk diorg.jdk apa pandangan ustz ttg perkara ni. kami mmg nk sgt minta pandangan dari ustz memandangkan ustz byk pengalaman ttg bab bercerita ni..
Sekian,
PASti kan kemenangan Islam di bumi Kelantan..
Aminnnn…
Assalamualaikum , baru saya sedar kenapa saya ketagih utk membaca setiap artikel yang ustaz tulis. Ketagihan ilmu ini adalah kerana cara ustaz menyampaikan mesej . Iaitu dgn cara bercerita. Dari sudut ilmiah pula , ustaz pandai memasukkan fakta-fakta sejarah dan falsafah dalam penulisan ustaz. Ini membuatkan minda kita terbuka untuk mengaitkannya dengan keadaan semasa. Pada pendapat saya , ustaz mmg sesuai untuk memberi kuliah mengenai sirah Nabi atau kisah para rasul dan mengaitkannya dgn keperluan dan senario zaman kita skrg ni. Semoga Allah menambahkan ilmu kita semua .Jazakallahu Khair
saya kira kaedah penceritaan ini sangat berkesan lebih-lebih lagi dalam mempengaruhi individu lain dan sememangnya perhatian individu itu sangat mudah ditarik apabila ditabur dengan cerita yang pelbagai.secara tidak langsung,kita telah mengumpul pengaruh kita sendiri.apapn teruskan bercerita.saya akan terus menyokong website ini.tahniah.
From my observation, org yg tak suka mendengar cerita boleh jadi personaliti mereka membosankan dan jenis sukar didekati. Just my two cent!
this first time saya buka saifulislam.com..interesting, terlalu bnyak cerita..lain drpada laman web ilmiah yang lain..sebelum ni saya hanya dgr je ttg saifulislam.com ni..truskan perjuangan dakwah ustaz semoga zaman gemilang islam akan kembali semula..teruskan bercerita..