Sokong ISLAM Atau MUSLIM?

“Assalamualaikum Rizal. Macam mana dengan tempat kita? Tak pernah ada calon orang kita. Okay ke kalau nak undi calon Cina?”, bunyi sms dari abang saya.
Hampir setiap hari saya diajukan soalan yang sama. Bagaimana mahu memilih calon?
Ada sesetengah kawasan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, kedua-dua calon BN dan BA adalah Melayu dan Muslim. Ada juga yang salah satunya Melayu Muslim manakala di satu pihak yang lain adalah bukan Melayu dan bukan Muslim. Malah ada juga kawasan yang kedua belah pihak adalah bukan Melayu dan bukan Muslim.
Cara saya mengkategorikannya pun sudah tidak sedap dibaca. Macam ada yang tidak kena.
Memang ada yang tidak kena!
Bagi yang tidak mempunyai rujukan agama, atau mempunyai agama tetapi tidak menyandarkan pilihannya kepada agama, tidak sulit untuk mereka membuat pilihan. Maka kelihatannya tidak sulit untuk kaum Cina dan India, Buddha dan Hindu atau Kristian dan sebagainya, membuat pilihan.
Fikir logik sudah memadai.
Penipu, pengkhianat, tidak buat kerja, cakap tak serupa bikin…. ditolak.
Komited dengan integiriti, memperjuangan keadilan, ketelusan, kebersihan pentadbiran negara dan menghormati pendirian rakyat… akan dipilih.
Soal agama apa, bangsa apa… bukan isunya.
BAGI KITA MUSLIM, ORANG ISLAM
Akan tetapi bagi orang Melayu, yang beragama Islam lantas dikenali sebagai Muslim, Melayu Muslim… pelbagai cabang kepala dan idea terbit di musim pilihanraya. Makin merujuk kepada agama, makin bercelaru panduan-panduan mengundi tersebar di alam siber maya.
Bagi yang pemalas, mudah sahaja, “ahh, undi sapa pun buang masa sahaja. Tak ada makna. Dua kali lima. Baik duduk rumah kunyah kuaci!”
Golongan putus harapan seperti ini diharapkan diam dan telan sahaja apa yang berlaku di sepanjang empat tahun akan datang. Kenaikan harga barang, rasuah dan penyelewengan, kanak-kanak diculik satu demi satu dan tiada yang ketemu, kehancuran sosial dan hilangnya ketenteraman dalam kehidupan, DIAM SAHAJA kerana keputus asaan anda dalam pilihanraya melayakkan anda untuk hilang hak mengeluh, hilang hak bersuara.
Lantas calon bagaimana yang harus dipilih?
BOLA SEPAK DAN BUKANNYA BADMINTON
Pertamanya…
Wakil rakyat, sama ada di Dewan Undangan Negeri, khususnya di Parlimen seumpama mereka yang bermain bola sepak. Mereka bukan bermain badminton. Dalam erti kata yang lain, mereka bergerak dan berperanan secara berpasukan. Seorang ahli parlimen tidak akan bertindak atas pertimbangan peribadi, sebaliknya mereka bersepakat di atas satu keputusan bersama oleh pasukan yang diwakili.
Maka, kelebihan personaliti seorang calon hanya mewakili bahagian yang kecil sahaja daripada kelayakan dirinya untuk dinilai oleh pengundi. Kelebihan personaliti, integriti dan kualiti seorang calon, adalah urusan parti untuk meneliti dan akhirnya meletakkan hanya yang terbaik sebagai calon. Ada pun bagi pengundi, mereka harus memahami bahawa menghantar wakil ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bukan menghantar pemain badminton, tetapi pasukan bola yang akan bermain di dalam satu pasukan.
Maka jangan hanya menilai peribadi calon, tetapi tumpukan kepada pasukan yang diwakilinya.
SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?
Berat soalan ini.
Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.
Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.
“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']
Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.
Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.
Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.
Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.
KEADILAN UNTUK SEMUA
Prinsip Islam tidak mengenal Muslim atau bukan Muslim. Apa yang dipertahankan dan dijulang adalah keadilan.
Pilihanraya adalah proses terpenting untuk membersihkan negara daripada keangkuhan kuasa yang sudah lama bertahan, dan sewenang-wenangnya melakukan kezaliman dan penindasan.
Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI”. Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?”. Baginda SAW menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA” (hadith riwayat al-Bukhari)
TOLONG MEREKA YANG DIZALIMI
Jika anda mahu membantu sekalian yang dizalimi sama ada di dalam tahanan ISA, yang dituduh tanpa kesalahan, yang menjadi mangsa penipuan, penindasan, tekanan ekonomi, politik dan sosial, MAKA BUATLAH PILIHAN YANG BETUL DENGAN MENYOKONG ISLAM, BUKANNYA MUSLIM. Sokonglah pasukan yang memperjuangkan keadilan, ketelusan, dan kebajikan sekalian rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.
TOLONG MEREKA YANG ZALIM
Jika anda mahu benar-benar membantu sekalian yang zalim dan bongkak selama ini, hentikan mereka dari terus menang dan berpeluang meneruskan kezaliman.
Itu juga pesan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke arah membersihkan BN dan Malaysia.
TOLONG KEZALIMAN
Akan tetapi, jika anda memilih Muslim dan non Muslim yang zalim atau menambahkan kekuatan pasukan yang zalim, untuk terus melakukan kezaliman, “ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!”
Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)
SMS BALASAN
“Ok Rizal, abang dah jelas sekarang ni. Jom mengundi!” , kata abang saya.
Saya gembira dan terus menyambung kerja.
“Seeru ‘ala barakatillah”

Abu Saif @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
- Sivin Kit’s Garden » Random Links 224 ("Election Nomination Sunday" Edition)
- Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Undi aku untuk PAS dan PKR
- jom mengundi! « i luv to write!!
- Truth Has A Way : Ad-Dunya Dhilun Zailun :: Pertembungan Pemikiran Siasi 1 :: February :: 2008
- Sebelum Balik Mengundi « Naim Adnin – Gema Hening
- Apakah Kemunafiqan Bukan Lagi Suatu Persoalan? « Cahaya Hidayah
Comments are closed.








































about 1 year ago
Akak pun dah jelas sekarang ni. Jzkk ustaz
about 1 year ago
Alhamdulillah akhirnya artikel ini selesai saya karangkan… moga dapat meredakan kekusutan minda menjelang pilihanraya.
about 1 year ago
alhamdulillah ustaz
semoga artikel ustaz ini dapat memberi gambaran yg lebih jelas siapa yg patut kita undi.
Ana pun pernah juga ditanya soalan yg sama. Tahu jawapannya, tapi idak pasti kenapa.
jzkk
about 1 year ago
Masa kursus BTN dulu, kebetulan saya dilantik imam kursus. Punyala dok membebel sokong kerajaan, alih2 ketua jurulatih tu tanya saya “Ustaz, depa dok kata kita assabiyah, assabiyah tu apa ustaz?”
Saya pun petik la hadis di atas. Terus terdiam dia. Dia harap saya dpt jwb macam Ibnu Khaldun dlm kitab Muqaddimah.
Sama juga baru2 ni minum dgn kwn2, ada kwn dr Sabah kata ‘tak boleh undi bukan Islam’, maklumlah kes di Borneo lebih kompleks. Tapi sekompleks mana pun, saya kekal berpendapat jika kita berlaku adil dan mengelakkan berbuat keputusan atas alasan ‘kebimbangan yg keterlaluan’. Saya memilih hujah yg sama seperti Ustaz.
Di BTN, waktu saya diberi ruang (dan itulah ruang terakhir untuk saya di kampus, even pegang jawatan waktu itu pun tak dibenar berjumpa mahasiswa untuk ‘ceramah’) membentangkan isu Politik Islam di kampus, saya sebut dengan jelas bahawa Melayu dalam perlembagaan itu ada 3 ciri iaitu 1) berbahasa melayu; 2) amal adat budaya melayu dan 3) beragama Islam.
Ciri 1 dan 2 adalah ciri yang juga boleh diamalkan oleh Ah Chong dan Ramasamy tapi ciri ketiga tidak ada. Maka itulah pembolehubahnya. Dari pembolehubah itulah kita harus memahami bagaimana kita harus bertindak kerana Islam tak suruh kita sokong sdr kita sambil menzalimi orang lain. Nilai keadilan adalah cukup tinggi dalam Islam. Siapapun tak akan puas hati kalau ketidakadilan berlaku terhadap dirinya. Even tengok Manchester United main bola pun kalau pengadil bias kita tak puas hati.
Pokoknya, kita mesti tanam dalam diri kita untuk berlaku adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya). Ia bukan soal parti lagi kerana Islam lebih tinggi dari persoalan itu. Dan hanya dengan meletakkan satu standard yang tinggi; kita akan berusaha berlipat ganda dari segi spiritual, intelek, emosi, jasmani, sosialisasi dan sebagainya untuk memenuhi apa yang terbaik dari jamak realiti yang kita hadapi.
Jangan kerana kita tidak bersedia, kebimbangan itu kita campakkan kepada Ah Chong dan Ramasamy sebagai penggugat aqidah dan mencabar agama kita. Islam didatangi dan mendatangi. Semoga saya lebih dulu faham dan amalkan dan Allah s.w.t. memberi kefahaman untuk saya dan kita semua.
about 1 year ago
di kelantan ada beberapa ustaz ‘pemain badminton’ menentang ‘pasukan bola sepak’ kerajaan Islam…mari doakan pemain badminton tersebut ditewaskan.
about 1 year ago
Artikel yang jelas dan meyakinkan kepada mereka yang mahu membuat perubahan. Jgn lupa siaran langsung penamaan calon pada pagi ini-24 Februari 2008. Takbir !
about 1 year ago
Mungkin dalam hal pakatan ini ustaz dapat masukkan kisah perjanjian Fudhul untuk menunjukkan bagaimana komitmen Rasulullah s.a.w. dalam hal menentang kezaliman dan hal berpakat dengan mereka yang bukan Islam.
about 1 year ago
Sungguh tepat kata-kata Ustaz, pilihlah prinsip bukan orang yang melaksanakan prinsip. Pilih Islam bukan Muslim. Kerana semua Muslim dari pelbagai mazhab, kumpulan, manhaj dan sebagainya, mengatakan mereka adalah pejuang Islam di lisan mereka. Hasilnya ialah bercakaran, berperang dan berbalah kerana sudut pandangan dari kedudukan mereka ke arah Islam yang luas ini, terlindung akibat halangan, yang selalunya adalah perangkap adat, rabun pemikiran dan tuntutan nafsu. Selagi kita tidak memfokuskan kepada erti sebenar ‘Awaluddin maariful Llah’, kita akan sentiada keluar dari mulut buaya masuk ke mulut rimau dan keluar dari barisan masuk barisan lain.
about 1 year ago
I’dilu huwa akrobu littakwa….
Ameen…..
about 1 year ago
Ayuh sahabat2, sebarkan artikel ini….
about 1 year ago
Asslamualaikum UStaz…tadi semasa duk melaung kata2 semngat di kenamaan calon kami ada laung “Hidup-hidup Islam, hancur-hancur kuffar”..
sedangkan bersama-sama kami adalah oang non-muslim…… macam mana tu??..patutke laungan ini dibekukan sementara pilihan raya ni bagi mengelakkan tak selesa dari penyokong non muslim..
about 1 year ago
Alhamdulillah..dgn artikel ini terbuka sudah pilihan di hati..sama2 kita sebarkan maklumat ini. undilah demi masa depan kita sendiri
about 1 year ago
Wsalam wbt.
Inilah yang sering saya fikirkan…
Manifesto sudah mengalami perubahan, hasil perubahan yang berlaku kepada analisa pimpinan terhadap pendekatan PAS semasa. Daripada tertumpu kepada soal negara Islam dan pentingnya Islam, kini kita bercakap tentang bagaimana Islam yang kita pegang boleh diterjemahkan kepada hasanah dunia, sebelum hasanah akhirat.
Tetapi budaya masih belum berubah…
Saya tengok ucapan-ucapan seperti calon N13 Kuang, masih dok ulang ulang isu nak buat hudud… tambahan pula dengan contoh laungan sorakan yang dicontohkan oleh sisyahid… maknanya tiada keseragaman di situ. Ini boleh menjejaskan kempen dan penyebaran mesej.
HIDUP HIDUP ISLAM.. HANCUR HANCUR KEZALIMAN.. HANCUR PENIPUAN HANCUR PENINDASAN… masih power ucapan begitu!
about 1 year ago
Sisyahid,
Untuk saya eloklah dihentikan slogan dan label yang mudah dimanipulasikan dan gunakan slogan serta label yang jelas boleh difahami.
about 1 year ago
Ustaz saya setuju, jangan sibuk dgn slogan sahaja! yg penting pengamalan sistem dan keadilan islam itu. Baru lah masyarakat blh lihat keindahan islam..
Islam bukan sekadar slogan!
about 1 year ago
Semangat yang ditiup melalui slogan memang cepat maraknya, tetapi cepat padamnya secepat maraknya. Semangat yang diazamkan pemikiran yang waras, memerlukan jangkamasa panjang tetapi ia terus hidup lama dan susah nak terpadam. Laungan slogan hanya befungsi jangka pendek dan banyak mengundang bahaya dengan mencetusnya kemarahan pehak lawan. Sudah pasti ia tidak bersesuaian dengan akhlak mulia yang menjadi ukuran. Tanpa disedari kebanyakan slogan, yang merupakan juga sebuah doa dan harapan, hanya membuktikan yang menggunakan senjata tidak tahu apakah yang didoakan. “Hidup Islam, Hancur kezaliman …..” adalah sejagat sifatnya. Ia hanya menghancukan orang yang menggunakan slogan/doa kerana tidak mahu mengakui bahawa slogan itu boleh digunakan oleh dua-dua barisan. Fikir betul-betul siapa lebih Islamik, melihat ‘Islam tanpa Muslim di Paris (KL) atau Muslim tanpa Islam di Kaherah (Kota Baru)’
about 1 year ago
Dari penjelasan dpd ustaz hanya dikhususkan supaya islam membenci islam (kerana kononnya dari parti pemerintah yang mengekalkan kezaliman ke atas sekalian rakyat). Banyak hadis-hadis yang mudah dan contoh sejarah islam bahawa islam perlu memerangi orang-orang bukan islam. Macamana hukumnya jika kita mengadaikan maruah islam kepada bukan islam yang mana si kafir ini sesungguhnya ada lah ahli neraka dan tidak akan memperjuangkan nasib orang islam. Kan lah ulamak PKR sama berperangai macam ulama BN. Astagfirullah halazim…….
about 1 year ago
Islam perlu memerangi orang-orang bukan Islam kerana mereka bukan Islam? Saya tidak pernah jumpa Islam ajar macam tu. Malah inilah versi Islam yang Amerika mahu… yang Samuel Huntington propagandakan.
Ada orang lontarkan kepada saya, bahawa kita tetap kena sokong Muslim sebab dosa syirik lebih besar dari dosa rasuah dan penyelewengan harta rakyat!! Ia suatu kebodohan dalam beragama kerana tidak dapat melihat mengapa prinsip Fiqh sendiri membahagikan hak kepada hak Allah, hak manusia dalam hukum jinayat.
Ulama PKR sama dengan ulama BN tu yang mana satu?
about 1 year ago
alhamdulillah, saya pun dah clear sekarang ni pasal masalah tu… semoga Allah memahamkan lebih ramai orang…
berkenaan dengan ’slogan’ tuh, bagi saya, secara peribai, kesan slogan memang menjadi pendek kalau hanya diulang-ulang pada masa tertentu sahaja( terutamnya dekat pilihanraya sahaja), TETAPI, apalah salahnya jika kita mengulang-ulangnya setiap masa dan setiap tempat, tampal kat dinding rumah, dinding bilik, kat cermin kenderaan dan dimana-mana sahaja.. kerana dakwah Islam dan perjuangan kita untuk menentang kezaliman bukan hanya pada pilihanraya semata-mata tetapi ianya berterusan sehingga tujuan nabi diutuskan dipratikkan dalam kehidupan kita seharian..
sabda nabi saw;” sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”.
jadikanlah akhlak yang terpuji sebagai slogan anda, semoga akhlak kita dan pemerintah akan mengamankan bumi malaysia…
tariklah hati dan jagalah hati para pengundi malaysia.. jangan lupakan aset manusia untuk mencapai matlamat kita…
akhir kata;
HANCURKAN KEZALIMAN! SEMPURNAKAN AKHLAK!!
about 1 year ago
“Membuka mata” umat melayu/Islam sesukar membuka kerang hidup. Kena di’rebus’ dahulu baru mudah buka.
about 1 year ago
Salam. Rasanya apa yang ustaz terangkan cukup jelas kalau kita baca dengan minda yang terbuka. Kapada ‘islam pada nama’, saya tak pernah jumpa dan tidak pernah belajar bahawa Islam perlu memerangi orang-orang bukan Islam kerana mereka bukan Islam? Lupakah saudara kepada Sirah Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah, sedangkan raja Habsyah pada masa itu beragama Nasrani? Walaupun beragama Nasrani tetapi atas dasar kemanusiaan dan keadilan maka raja Najasyi tetap mempertahankan orang-orang Islam yang menumpang negaranya. Yang perlu diperangi adalah orang-orang kafir harbi dan bukan kafir zimmi!
about 1 year ago
Harap-harapnya PRU kali ini memberi harapan cerah kepada rakyat. Sudahlah ditekan dengan pelbagai-bagai kenaikan harga barang, minyak, tol dan elektrik. Yang peliknya media bukan main lagi ulang-ulang ‘condemn’ pasal konsep negara kebajikan nih. Dah tak mau buat, duduk la diam-diam. Ni nak suruh rakyat sokong dia, tapi tak mau tolong rakyat. Tipu yuran sekolah, tipu tarikh pilihanraya, tipu macam-macam lagi. Harap-harapnya jangan lah rakyat mudah lupa. Lepas ni jangan salahkan org lain kehidupan makin tersempit, salahkan diri sendiri kerana salah memilih kepimpinan cucu ulamak.
about 1 year ago
Betul tu cil lee. Kak pun ada abg, adik ipar, anak2 sedara yg nak kempen2 kak kak, kak buat dek aja. Akak doakan depa supaya sedor. Klu kak balas kot masam muka.
about 1 year ago
Surah Ali Imran
3:28 Let not the believers Take for friends or helpers Unbelievers rather than believers: if any do that, in nothing will there be help from Allah. except by way of precaution, that ye may Guard yourselves from them. But Allah cautions you (To remember) Himself; for the final goal is to Allah.
Puak-puak ni, mu’min ke? Wallahua’lam
about 1 year ago
Petikan kata General Colin Powell berkaitan kepimpinan;
“The day soldiers stop bringing you their problems is the
day you have stopped leading them. They have either lost
confidence that you can help them or concluded that you
do not care. Either case is a failure of leadership.”
“Great leaders are almost always great simplifiers,
who can cut through argument, debate and doubt,
to offer a solution everybody can understand.”
about 1 year ago
Bila kene mengundi di tempat calon2nya bukan muslim…pegang lah kepada maslahat ‘ammah.. di mana antara calon2 tu yang memperjuangkan keadilan, ketelusan etc… atau paling tidak ada “pakatan” atau “janji” dengan pihak yang benar2 memperjuangkan Islam…
Jom mengundi!
about 1 year ago
Perkara ini akan lebih jelas jika kita memahami siapa itu mukmin, fasik, kafir, musyrik, si zalim atau lain-lain sikap itu berdasarkan petunjuk Al-Quran.
Contohnya: Surah as-shaf (surah barisan) adalah antara panduan yang jelas.
Apa yg nak disampaikan oleh penulis artikel memang tepat & jelas cuma barangkali wacana “sokong Islam atau Muslim” tu perlu diperhatikan dengan tenang & teliti kembali.
about 1 year ago
Satu artikel yang baik dari Raja Petra. Point lebih kurang sama dengan artikel Abu Saif ini. Tetapi dari perspektif non-muslim untuk undi PAS. Dua artikel ini kalau gabung will be a good one.
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3220/84/
about 1 year ago
tahniah atas artikel yang dapat membuka mata dan minda!ustaz kena terus kuatkan semangat untuk berjuang.member kita yang dulu tu,dah ambil calon kat rantau panjang,ustaz bila lagi…kena terus masuk gelanggang ustaz,jangan main kat kat luar je… ;-]
about 1 year ago
#30 ahmh,
saya menyengajakan penulisan ini ditulis dengan simple tanpa melonggokkan pelbagai persoalan di dalam satu artikel. sebabnya, terlalu banyak artikel yang diletakkan di bawah panduan berpilihanraya, tetapi berakhir dengan kekeliruan yang menyebabkan orang tak pergi mengundi, atau saja buat undi rosak, atau memilih calon atas pertimbangan yang salah.
soal dekotomi saya antara ISLAM dan MUSLIM hanya sekadar untuk highlight kepentingan menyuluh aspek PRINSIP sebagai pertimbangan.
soal kaedah al-Quran membahagikan manusia kepada muslim, mukmin, munafiq, fasiq, zalim dan kafir… saya tidak sentuh kerana tidak perlu di peringkat ini.
maybe apa yang telah ditulis oleh tokoh semasa seperti sheikh yusuf al-qaradhawi, dan artikel dato dr harun din, sudah memadai untuk kategori artikel ilmiah.
artikel saya, seperti biasa, hanya untuk memecahkan kekeliruan minda dengan common sense.
maybe selepas saifulislam.com versi 1.0 yang dislogankan sebagai ERTI HIDUP PADA MEMBERI, versi 2.0 menyusul dengan slogan COMMON SENSE
about 1 year ago
Jazakallah atas artikel ini. tapi bagaimana pula jika dasar DAP yang juga prinsipnya bertentangan dengan Islam yang tidak menyokong negara Islamyang tetap mahu menjadikan negara ini sebagai negara sekular.
about 1 year ago
jika diterbalikkan soalan ini, bolehkah kita kata… sokonglah mca dan mic sebab mereka menyokong malaysia sebagai sebuah negara islam mengikut deklarasi dr mahathir few years back?
isu negara islam vs negara sekular sudah menjadi caca merba dan semua pihak perlu redefine apa yang mereka maksudkan dengan negara sekular dan negara islam itu.
apa yang pasti, pas mahu sebuah negara yang mendukung keadilan dan people oriented. rujukan pas untuk mendefinisikan keadilan dan kebajikan rakyat ialah al-quran dan al-sunnah. manakala dap mahukan sebuah negara yang mendukung keadilan dan people oriented. rujukan dap mendefinisikan keadilan dan kebajikan ialah bahan-bahan mereka yang bukan al-quran dan al-sunnah.
hasilnya, pas dan dap sama-sama setuju bahawa ISA itu kezaliman. rasuah itu jenayah, korupsi itu busuk untuk negara, kenaikan harga barang adalah beban kepada rakyat. lantas semua ini perlu dibersihkan, dan untuk membersihkan semua ini, semua pembangkang perlu bersepakat dan bekerjasama.
kerja untuk ini pun dah cukup banyak sebelum nak cari masa debat balik apa beza negara yang dap hendak dan apa yang pas hendak…
this will be a good start >>>> who needs an islamic state?
about 1 year ago
jazakallah, clear macam crystal. saya akan hebahkan kepada sahabat – sahabat yang lain. insya Allah. moga kemenangan kepada Islam ..
about 1 year ago
siapa yg harus saya pilih..PAS atau UMNO … tempat saya ni calon UMNo adalah pengerusi masjid dan kalau tak silap lepasan universiti al-azhar…yg Pas pula seorang doktor perubatan yang tak ada lulusan agama…dari segi agamanya mungkin saya lebih dpt manfaat daripada calon UMNo sebab beliaua adalah pengerusi masjid yang menganjurkan kelasa agama dan kuliah…(ini bukan soalan provokasi) sila ustaz beri jawapan segera kalau ada hujah disebalikjawapan ustaz saya amat alu-alukan…mudah Allah menunjukkkan jawapan yg benar …
about 1 year ago
Masya Allah…
Saya dah sebut dah di atas… berkenaan pasukan Bola dan pasukan Badminton tu…
ADUN atau MP, tidak akan bergerak atas kapasiti peribadi. Seorang yang bagus tapi mewakili parti yang tidak bagus, akan mewakili parti yang tidak bagus serta menghasilkan polisi yang tak bagus.
Kalau sayang kat Ustaz UMNO al-Azhari tu, janganlah calonkan dia, supaya dia boleh terus mengajar di masjid
about 1 year ago
Salam NAMA,
Dari apa yang diterangkan saya agak2 lah, saya tahu kawasan mana. Kalau di sebuah titi betullah tu. Kalau betul, calon PASnya adalah anak ulama’ besar dan beliau sendiri punya background sekolah agama tersohor walaupun belajar sebagai doktor. Kalau bukan harap maaf.
Sebagaimana yang Abu Saif terang, kalau bagi dia jadi ADUN/MP, boleh ke dia nak terus mengajurkan kuliah (menganjur sahajakan bukan beri kuliah) ?
about 1 year ago
Penggunaan media TV dan radio sebagai alat utama utk kempen amat membimbangkan saya.. BN baru sahaja melancarkan manifesto mereka yang hebat..
Mengapa Pembangkang dinafikan hak untuk menggunakan media berkenaan..
Jika padang tak sama rata.. memang sukar untuk menang..terutama negeri2 Pantai Barat..
Moga Islam menang..biarpun agak sukar
about 1 year ago
Tahniah ! Di saat yang tepat ini, anta telah menunjukkan posisi anta seperti yang diharapkan semua ‘pengikut’ blog anta. Semoga ia ikut menyumbang ke arah perubahan yang kita harapkan demi meninggikan kalimah Allah.
about 1 year ago
Satu pandangan yang lebih kepada politik bukan dasar hukum. Sudahkah kita yakin dengan kekafiran orang bukan Islam di Malaysia yang menyokong BA akan membantu perkembangan Islam. Kita lebih rela meramaikan orang bukan Islam di Parlimen atau Dun daripada orang Islam sendiri. Persoalannya kenapa pihak BA meletakkan calon bukan Islam untuk bertanding dengan orang Islam BN. Jika BA meletak calon Islam melawan calon Islam BN tidaklah menyusahkan. Alasan seperti pemain bolasepak tidak boleh diterima. ini bukan permainan ini bab negara. Lain kali saya minta pemimpin BA Islam muhasabah dulu. Saya walau penyokong PAS tapi saya tetap dengan pendirian calon muslim lebih baik daripada calon non muslim
about 1 year ago
Hanya golongan ’sekular’ sahaja yang ada pendapat politik dan ada pendapat hukum. Saya bukan sekularis
Ya, sejauh manakah keislaman orang Islam di Malaysia yang menyokong BN telah membantu perkembangan Islam?
Apakah soal kekafiran dan keislaman yang dipertaruhkan di sini?
Sudah 50 tahun, parlimen dan DUN dipenuhi majoriti wakil yang beragama Islam. Apa yang mereka telah buat kepada negara kita?
Sebab calon BA bersetuju menentang kezaliman dan penindasan, manakala calon orang Islam BN terus mengharuskan segala kemungkaran yang memakan negara kita.
Kenalah orang Islam beramai-ramai celikkan mata belajar apa makna keadilan, ketelusan, kebajikan dan amanah supaya jangan yang bukan Islam lebih mengerti.
Kenyataan saya pun menyebut “seumpama”. Maka ia adalah perbandingan individu vs. teamwork. Bandingkan negara dengan perlawanan bola tak layak? Allah SWT guna nyamuk sebagai perbandingan, dan Allah ‘tidak malu’ menggunakannya (Al-Baqarah : 26)
Lain kali tu pilihanraya ke 13 ke? Tahun 1212 barangkali? Saya doakan. Moga masih bernyawa ketika itu.
Saya juga mengharapkan lebih ramai Muslim yang komited dengan Islam. Namun buat masa ini saya bingit telinga mendengar BN bertepuk tangan…
about 1 year ago
soal kuasa kepimpinan adalah satu perkara yg besar.bukankah dlm quran Allah melarang kita mengambil org kafir sebagai wali?jika org islam sendiri yg tidak membantu mengembangkan islam dan membiarkan maksiat berleluasa,what do we expect from the non muslims?membantu mengembangkan islam,something they themselves do not believe in?membanteras maksiat when it’s already part of their lives?
saya juga penyokong pas.tapi tak setuju meletakkan wakil non muslim.
about 1 year ago
wakil rakyat hanya pengurus penduduk di sebuah lokaliti dan membawa urusan itu ke dewan undangan negeri dan parlimen. wakil rakyat bukannya khalifah, atau amirul mukminin…
betul ke dari segi fiqh kalau masukkan bab ni ke dalam bab larangan mengambil orang kafir menjadi wali? Apakah memberi undi dalam konteks hari ini, sama maknanya dengan memberi wala’ dan bai’ah sebagaimana perbahasan al-Quran?
about 1 year ago
Assalamualaikum ustaz… membaca komen 42 & 44, membuat saya jadi hiba…masih ramaikah ahli PAS yg sebegini….
about 1 year ago
doktor perubatan, Cuba turun padang ada ramai lagi. Tak mengapa masa akan ‘flush’ mereka
about 1 year ago
Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.
(Dr Burhanuddin Al-Helmy, Kota Melaka, Disember 1946)
about 1 year ago
Bila dengar ucapan Tun Mahathir, hati saya jadi sayu… syukur, tak sangka Allah dah bukakan hati dia. Remember, how he used to be so different from now…
Moga dia terus dibukakan hatinya oleh Allah SWT dan tergolong di kalangan mereka yg beriman.
about 1 year ago
to 46# – saya pun tumpang hiba juga tapi sebenarnya masih ramai lagi seperti mereka seperti kata saudara riyadh(dirumikan).
Seperti mana saya yang selalu mengajar student supaya melihat “bigger picture” dari menghafal proses yang detail, itulah juga yang sepatutnya di tarbiyahkan kepada semua ahli gerakan Islam..
If we get the concept right…then however difficult/strange/twisted the scenario is, we cannot get it wrong all the time…
Usaha ustaz melalui website ini saya rasa menjurus kepada pemahaman konsep dan gambaran besar.. dan pendetailannya boleh didapati sedikit sebanyak melalui komen-komen yang diberikan…
Harap-harap metodologi pentarbiyah ahli gerakan Islam juga (terutama di kampus) boleh mengalami proses evolusi yang sama.
Dan mereka yang kita hibakan boleh di’flush’ atau digilap seiring dengan perubahan yang diharap.
Allahu’alam
about 1 year ago
Sorry rasa nak tukar ayat sikit…
Seperti mana saya yang selalu mengajar student supaya melihat “bigger picture” dari menghafal proses yang detail, saya mahu cadangkan itulah juga yang sepatutnya di tarbiyahkan kepada semua ahli gerakan Islam..
Takut ada yang salah faham….naik lif tekan sendiri pulak
Allahu’alam
about 1 year ago
assalamualaikum ust, tadi terbaca kenyataan SS Dr Asri di al-ahkam, dia menegaskan “UNDILAH BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI ”
apa komen ust?
about 1 year ago
kepada komen ummusaif #begitulah kalau seorang bekas pemimpin yang tidak lagi berada di tampuk pemerintahan…dia boleh nampak apa yg kurang dan yang tidak sepatutnya dibuat… walhal semasa berada dalam pemerintahan, itu jugak yg dilakukan….
lumrah kehidupan…seketika kau di atas, seketika kau di bawah…
about 1 year ago
assalamu’alaikum ustaz.. macam mana nak berhujah dengan sahabat-sahabat jurusan pengajian Islam yang berpegang pd hadis2 sahih: 1)wajib taat pada pemimpin walaupun mereka zalim, 2)tidak boleh memburuk-burukkan pemimpin. harap ustz dpt beri komen
about 1 year ago
“UNDILAH BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI ” kata mufti perlis….. saya rasa ianya sgt bertentanngan dgn tulisan ustaz….boleh tak ustaz kemukakan hujah daripada al-quran dan al-hadis utk menyokong hujah ustaz….utk rujukan pihak ustaz temubual itu boleh dilayari di ahkam.net…..pening…pening….ya Allah tunjukkan kepada kami golongan agama yg boleh kami berpaut kepadanya…
about 1 year ago
Ya. tadi saya jenguk juga di al-ahkam.net. Ada yang sampai loya nak termuntah baca artikel saya kat situ… biasa sahaja. simptom kepada abdnormality.
Alhamdulillah, ada ustaz emran ahmad yang mengulas kembali tulisan saya dengan bahasa yang lebih dekat dengan pengunjung al-ahkam.net. point ustaz emran yang paling saya hargai ialah:
Berbalik kepada soalan utama, tentu sahaja, kalau pilih parti kerana taasub dengan parti, maka ia jadi asabiyyah. Namun, mampukah pengundi memilih berdasarkan calon, jika tempoh kempen hanya beberapa belas hari? Media disekat, ceramah diganggu, fitnah bertebaran macam kelkatu di malam hari? Mampukah pilihan yang tepat dibuat dalam suasana begitu? Segala penipuan SPR, cubaan mensabotaj calon pembangkang dan sebagainya, tak ada nilaikah semua ini dalam nasihat SS Mufti kepada pengundi? Meminta rakyat memilih berdasarkan pertimbangan akal yang waras jangan macam budak budak sekolah? Fatwakan dulu tindakan SPR memutarbelitkan isu stem duti, menerima pencalonan BN yang terbatal dan sebagainya…
Bukan rakyat memilih parti yang kebudak-budakan, tetapi pihak sebelah sana yang tidak matured. Bukan sahaja kebudak-budakan, malah budak yang jahat mengalahkan ***** lagi.
Kalau suasana seperti di USA, yes. Undilah hasil kredibiliti personaliti calon. Sebabnya, pemilihan siapa nak jadi wakil parti untuk bertanding presiden pun, kena buat secara open. Tapi di Malaysia, perdana menteri ditentukan dalam mesyuarat parti yang menang sahaja.
Maka sebab itu saya seru supaya kita melihat big picture dalam pemilihan. Kalau Mufti Perlis jadi calon BN, kat dalam parlimen nanti, kalau PM sumbat saya dalam penjara di bawah ISA, will he go against PM dan selamatkan saya? He has no power to do that… sebab setiap ahli parlimen dan DUN akan bertindak mengikut keputusan parti.
Kalau ada ahli UMNO, MCA atau MIC yang berani langgar keputusan parti dan ikut kebijaksanaan sendiri, tanya-tanyalah nasib dirinya kepada Dato Shahril Samad dll…
about 1 year ago
Ya, jangan lupa dulu wakil rakyat MCA 2 orang kena gantung dari attend Dewan OLEH BN kerana beri sokongan kepada Sekolah Cina!
about 1 year ago
Bukan setakat itu ustaz, kalau ustaz kena ISA akan dikatanya “sapa suruh lawan kerajaan”…
Entahlah Labu…
about 1 year ago
Aslm wbt.
Dah banyak cadangan dikemukakan, daripada Ustaz Hasrizal, SS Mufti Perlis. Cuma saya hairan apabila ada yang gundah gulana apabila membaca artikel SS dan terus membawa kepada Abu Saif untuk menambah-nambah hujah bagi membungkam cadangan SS.
Saya merasakan artikel Abu Saif dan SS sudah cukup dengan hujah-hujah bagi idea masing-masing. Maka kita lah memilih.
Sebelum artikel Abu Saif ini muncul, saya ada berdiskusi dengan seorang sahabat di UIA, dan pandangan saya sedikit berbeza dengan apa yang tertulsi Abu Saif, dan malam itu juga keluar artikel Abu Saif, terus sahabat memberitahu saya tentang itu. Apa masalahnya jika artikel Abu Saif ini berbeza dengan pandangan saya. Tak ada masalah langsung.
Ini bukan berbicara tentang hukum yang ia fixed. Ini adalah cadangan masing-masing bagaimana mahu memilih ketika pilihanraya nanti. Maka tak perlu bergundah gulana selepas membaca artikel Abu Saif jika anda menyetujui idea SS Mufti, dan begitu juga sebaliknya. Abu saif dan SS sudah memberikan lontaran idea, terpulang pada kita mahu memilih idea mana yang mahu diikuti.
about 1 year ago
betul masri…
seeloknya anak-anak muda belajarlah membuat keputusan sendiri.
luangkan masa baca dua tiga pandangan and make up your mind. tak perlu berlari ke sana sini bila bertemu perbezaan pandangan.
risau saya tengok trend macam ni. asyik panik je memanjang
tapi mungkin juga panik itu terbit akibat bertembungnya title ustaz blogger dengan title Mufti negeri.
about 1 year ago
Huhu..ana antara yang panik dan pening juga, tetapi lebih menyetujui pandangan Ust. Walau apapun, ia bergantung kepada case by case juga rasanya..Allahua’lam. Nice video, like Ummu Saif said, Thank God, he finally confess..huhu
about 1 year ago
Bagus juga berdialog dilaman ini. Mcm-mcm pandangan dilontarkan. Malah pandangan saya yang telah menarik pandangan anda untuk diulas dgn panjang lebar. Terima kasih banyak atas komentar itu. Namun pandangan ia tetap satu pandangan selagi mana pandangan itu tidak merugikan Islam. Saya boleh terima komen anda cuma apabila saya sebut lain kali pemimpin BA perlu muhasabah maksudnya setiap kali pilihan raya tak kira pilihan raya kecil ka atau pilihan raya umum ka. Bila saya kata kenapa tak tak letak orang Islam BA lawan orang Islam BN anda kata kena bagi ramai orang Islam celik tentang keadilan. Apakah sekarang ni BA sudah ketandusan orang Islam yang faham erti keadilan. Anda pun boleh jadi calon.
about 1 year ago
Barisan Alternatif itu terdiri dari PAS, PKR dan DAP.
PAS tak ada masalah.
Tetapi untuk peringkat awal, belajarlah mengundi calon PKR dan DAP andai PAS tidak bertanding di kawasan anda. Kalau nak minta Barisan Alternatif calonkan muslim, PAS tak ada masalah. Ramai je calon. Tapi PKR dan DAP berbeza. Kalau Muslim bertanding atas tiket DAP, sudikah kita belajar memahami alasan yang diberikannya?
Bit by bit.
Saya bukan ahli politik. Buat masa ini lebih efektif di tempat lain. Tetapi untuk masa-masa akan datang, itu cerita lain. Jangan jemu kunjungi saifulislam.com hingga tahun 2020 nanti ya
about 1 year ago
salam
apa akan jadi kalau bukan muslim lebih ramai daripada muslim di parlimen? bolehkah hukum islam didaulatkan? adakah dasar yang bakal digubal dijamin tidak mengancam umat Islam Malaysia?
about 1 year ago
wsalam.
parlimen yang ada hari ini sudah pun sejak sekian lama menjadi ancaman bukan sahaja kepada umat islam, bahkan kepada seluruh rakyat.
jangan andai-andaikan benda kita pun tidak pasti. apa yang pasti buat masa ini, menafikan 2/3 majoriti BN adalah sasaran terpenting, demi menghapuskan ego yang menguasai pemikiran, sikap, polisi dan segala yang terbit daripadanya.
mungkin kita kurang bergaul dengan non muslim… sebab itu kita susah hati sangat…
about 1 year ago
ABU SAIF SAID:
NAMA SAYS : BETUL JUGE SBB SETIAP KEPUTUSAN PASTI AKAN DIPUTUSKAN BERDASARKAN PRINSIP PARTI DAN BUKANNYA INDIVIDU…TQ ABU SAIF…DALAM ISLAM PUN MAKMUM KENA IKUT IMAM TAK BOLEH PANDAI-PANDAI BUAT KEPUTUSAN…ITU PRINSIP BERJAMAAH ADA KETUA KENA IKUT
about 1 year ago
common sense sahaja sebenarnya NAMA… selamat mengundi
about 1 year ago
memang ketika ini, aulawiyatnya ialah menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen. saya setuju sgt2. tetapi dalam kita hendak menafikan majoriti 2/3 tu saya rasa aspek agama perlu dipertimbangkan…..sebab parlimen adalah tempat menggubal dasar…. kita membuat andaian sedemikian sebab ingatkah kita pada ketika mantan PM mengumumkan malaysia negara Islam…apa respon menteri2 bukan Islam…..itu menjadi bukti kepada kita semua betapa sukar keadaan kita jika ramainya bukan Islam dalam parlimen nanti…tentu kita masih ingat mengapa tok guru nik aziz tidak membenarkan syed husin ali bertanding di parlimen kota bharu pada pru 11 yang lalu. syed husin ali membawa dasar sosialis……..dasar tidak kepada Islam…sama juga seperti bukan Islam lain tidak membawa dasar kepada Islam….
about 1 year ago
Saya bukanlah Profesor Serba Tahu yang semua soalan ada jawapannya. Saya juga bukanlah Mursyid Am PAS atau PKR atau DAP untuk menjawab bagi pihak parti. Apa yang saya suarakan, hanyalah cubaan untuk menjelaskan pandangan sendiri dan jika ada kebaikan, mohon dimanfaatkan juga oleh pembaca…
Itu muqaddimahnya.
Izinkan saya keluar dari senario politik Malaysia sat. Jika kita lihat masalah dan beban beragama yang menimpa umat Islam di Turki, penyelesaian tidak pernah muncul dari pihak ‘Muslim’. Tu ada inverted comma tu!
Maksud saya, apabila rakyat di Turki tidak boleh bertudung, isu Kurdi, isu menjadi base Amerika nak serang Iraq… jiran-jiran Turki yang ‘Muslim’ tu takde faedah apa-apa pun. Saudi? Mesir? Syria?
Apa yang menjadi bekalan terakhir (mudah-mudahan bukan terakhir) untuk Turki selesaikan masalah ini semua ialah dengan berusaha mendapatkan bantuan European Union. EU lebih komited dalam menyelesaikan hak-hak asasi manusia, berbanding negara Muslim sendiri.
Umat Islam di Amerika Syarikat dan Eropah mendapat hak kebebasan beragama, hasil kerja tangan pemerintah bukan Islam. Malah pemimpin-pemimpin Ikhwan yang nak disembelih di negara yang parlimennya Muslim belaka tu pun, mendapat perlindungan di negara Eropah.
Point saya, semua kecelaruan ni berlaku sebab orang Islam lemah. Bak kata (tanya) Sheikh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi, “apa ruginya alam dengan lemahnya umat Islam?”… maka inilah salah satu kerugiannya. Nak buktikan Islam rahmat kepada alam pun, terkial-kial kita dibuatnya.
Maka persoalan sekarang adalah persoalan prinsip. Siapa yang berpegang dengan prinsip yang haq, siapa yang berpegang dengan prinsip yang batil.
Muhammad Abduh pernah sebut dulu (kurun ke 19), “aku ke Paris dan aku bertemu dengan Islam tanpa Muslim. aku ke Kaherah dan aku bertemu dengan Muslim tanpa Islam”.
Kalau Muhammad Abduh masih hidup dan jadi warganegara Malaysia, mungkin dia akan kata, “saya pergi ke kem Lim Guan Eng dan Tien Chua, saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim, dan bila saya ke kem Islam Hadhari, saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!!!”
saya lebih banyak menangis dari ketawa kalau Muhammad Abduh cakap macam ni… peritnya menanggung realiti
about 1 year ago
Yang pertama sekali, sejauh mana ancaman calon nonmuslim BA vs calon muslim BN? berapa kerusi terlibat? 1,2? Malaysia ada 222 kerusi parlimen dan lebih 500 DUN lah… Sangat tidak relevan ketakutan ini..seolah olah diperbesar besarkan. Ana rasa calon muslim BA lawan calon nonmuslim BN lagi ramai. Contohnya di Batu Caves. Ini kes terpencil saja..takkan sebab ni kita nak lupa isu kezaliman, rasuah..you name it.
Parti atau calon?
Ana cukup setuju dgn ustaz. Kalau di USA misalnya ok la kita pilih calon sebab dalam democrat atau republican pun kempen dan debat selama setahun lebih untuk jadi calon parti…setiap calon bentang plan masing masing..berapa kadar cukai, isu Iraq macam mana (kalau nak tarik balik askar sama ada serta merta atau berperingkat peringkat. Kalau berperingkat peringkat berapa lama jangka masanya), nak lulus stem research atau tidak dan 1001 isu isu secara terperinci..setiap calon ada pegangan masing masing. Pergi website election CNN akan dicatatkan senarai-senarai isu dan apa pendirian setiap calon..
Hillary dan Obama walaupun satu parti tapi lain pendirian dalam beberapa isu..undi lain-lain di Dewan Senat..tiada masalah.
Di Malaysia ni adakah calon BN akan undi untuk gubal undang2 di Parlimen ikut penilaian individu? tengok apa jadi dengan Dato Sharir Samad, Sothianathan dll..
Ana tak berniat nak against mufti, rasanya beliau pun ada batasan batasan tertentu atau strategi untuk menyuarakan pendapat..Tetapi SERAHKAN AMANAH PADA AHLINYA.
Hilang kuasa politik kalau nonmuslim menang banyak kerusi?
Berapa banyak kerusi DAP bertanding? 47..out of 222. Paling baik pun DAP pernah menang 24 kerusi. Lim Kit Siang pun tahu diorg takkan dapat memerintah..sebab tu matlamat diorang sekadar nafi 2/3 sahaja dari dulu pun..mesej simple ni pun susah nak nampak.
Ni belum cerita strategi PAS menghilangkan fungsi UMNO selaku teras politik Melayu dan bergabung dengan parti komponen BN yg lain..cukup la.
Masalah terbesar orang Melayu ialah tak cerdik politik..Biar susah dari berubah!
about 1 year ago
Pendapat ustaz sama macam Datuk Seri Najib Tun Razak. Hehe
about 1 year ago
Najib pun boleh faham benda ni… Ngapa le yang lain susah sangat.
Anyway, bukan Najib je. Ni sorang lagi sahabat saya, seorang paderi, Mr. Sivin, sedang memikirkan artikel ini dalam konteks Kristian…
Common sense…
about 1 year ago
Assalamualaikum WBT.
Mungkin mereka perlu membaca pendapat-pendapat ini tanpa mengetahui siapa penulisnya. Ketika itu baru hilang panik agaknya.
about 1 year ago
Untuk saya pandangan SS Dr MAZA dan Ustaz Hasrizal kena baca pada konteksnya. Saya ada tulis sikit di blog
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Kenapa video yg ust letak tu dah “no longer available” ??
about 1 year ago
Link baru kepada video tersebut.
http://video.google.co.uk/videoplay?docid=7989413500039066173&hl=en-GB
cepat tonton! sebelum video tersebut dihapuskan oleh pihak yg jealous.
about 1 year ago
PAS = Islam sonsang menhalalkan yang haram …amalkan sikap anti sosial ,pandangan dari golongan pemikiran tahap lembu, ramai member aku yg sokong PAS ialah org yang teguk arak kaki romen bodoh nakl mampus,
Contohnya Ulama boroi Hadi yang tak bersalam dengan sahabat seagama menunjukkan dia bodoh tolol
about 1 year ago
Saya bersimpati dgn skizzo75 kerana telah memalukan diri sendiri disini.
about 1 year ago
cybertroops in action?
about 1 year ago
Saya lebih suka dengan pendapat ustaz Asri Mufti Perlis…
http://drmaza.com/?p=202
about 1 year ago
Nampaknya skizzo75 bermasalah besar ,, kesiannya ..tak dapat menggunakan akal ke tahap optimum.. nasihat saya aktifkan diri dalam menganalisis, mentafsir,mensintesis….jadilah “ulul albab” (org yg suka berfikir)…bak kata pak menteri kita lah ni – anjakan paradigma-dan dlm Saifulislam ni pun dah puas ustaz ajak berfikir- berfikir… –.FIKIR-FIKIRKAN LAH-
about 1 year ago
tapi, apa-apa pun… sama juga apabila kedua-dua point digabungkan dan diletakkan di dalam konteks… macam amin ahmad cakap (#74)
about 1 year ago
Salam,
semalam saya juga berdebat hal ini dengan Baba Saifullah. dia kata dosa syirik lebih besar drp dosa-dosa lain. saya kata begini;
satu hari abg dan seorang bukan islam tengok seorang muslim masuk rumah orang utk mencuri dan disamping itu dia heret sekali anak gadis comel tuan rumah itu. selepas diperkosa dia bunuh gadis itu. orang bukan islam itu nak tolong gadis itu tapi abg tengok saja sebab penjenayah itu muslim dan muslim tidak boleh bersubahat dgn nonmuslim. tolonglah berfikir dalam context, kata saya pada suami tercinta.
tidakkah kita sekarang dirompak, diperkosa dan dibunuh akal dan jiwa oleh muslim sendiri. Dan kita masih hendak menyokong orang yang akan merompak harta dan maruah kita dan membunuh akal dan rohani kita sehingga kita tidak lagi mengenal Allah?
Jika ada orang biarpun nonmuslim hendak beri saya keadilan sehingga saya jumpa wisdom untuk mengenal Allah. Saya akan ikut si nonmuslim kerana jika saya ikut simuslim jahat saya tidak selamat dunia akhirat kerana saya mungkin akan terikut-ikut perangai sijahat muslim itu dan lupakan Allah kerana hati sudah berkarat pekat dengan dosa-dosa.
jangan biarkan orang menghina Islam dengan membiarkan orang mengatakan Islam akan menyokong apa saja termasuk kejahatan jika dilakukan oleh muslim.
sesungguhnya orang yang tidak menggunakan akalnya tidak mencapai kebenaran adalah lebih hina dari binatang buas (lihat al-Anfal:22)
about 1 year ago
Salam…
kesian skizzo75, masih berada di bawah tempurung lagi kah..? anda berlaku zalim ke atas Ust hadi jika anda memilih utk menerima khabar dari satu pihak sahaja. Media perdana yang bias mengaburi mata anda. Dengarlah dari pihak yang satu lagi & compare mana yang benar, mana yang tak benar. Ini baru adil namanya.
“Kata demokrasi”
about 1 year ago
Tentang pakatan menghapuskan kezaliman ini telah ada dalam penjelasan Rasulullah s.a.w. berkaitan perjanjian Fudhul. Rasanya ustaz pernah tulis atau ada dalam perbincangan di sini satu masa dulu.
Soal cybertroopers tu kita janganlah layan banyak2 sangat. Mereka mungkin dibayar dan mereka hanya bekerja untuk itu. Jika mereka tidak bayar dan bertindak kunun atas keyakinan mereka, percayalah mereka akan berputus asa bila tiba masanya mereka sedar bahawa kelakuan mereka amatlah huduh untuk dilihat. (Sengaja saya tulis kunun dan huduh dalam ejaan begitu untuk menunjukkan jeliknya saya pada mereka).
Saya dah mula rasa kurang sihat sedikit akibat kurang tidur
harap para petugas dapat mengambil kira aspek kesihatan juga agar semua benar2 memberi yang optimum dan tidak berlaku adil utk diri. Kang tak pergi mengundi pulak kerana itu!
Terkejut tengok manifesto BN, dalam realiti jenayah meningkat di zaman Pak Lah, mereka berani claim nak bawa keselamatan kepada rakyat? Entah bukti apa nak dibawa, kunun ekonomi Malaysia selamat – hakikatnya jika kemenangan BA, mereka yang akan panas akibat banyak rahsia akan terbongkar!
about 1 year ago
salam….begitu bnyk ulasan pada satu isu…yang penting…buka mata…buka hati…jgn kita leka dek hiburan,duit yang disuakan….apakah nilai rm200 untuk 4tahun pemerintahan….
about 1 year ago
Assalamualaikum Ustaz, sy cut and paste and email pd ahli keluarga dan rakan2, semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah untuk membuat pilihan bertepatan dengan saranan article ustaz. Terima kasih atas penjelasan tersebut.
about 1 year ago
Salam….
Naper video tu x boleh nak tgk?? ader saper2 ader copy x??
kat zaharuddin.net pon x dapat nak tgk.
sent kat email boleh???
asrul_crazee@yahoo.com
about 1 year ago
cuba masuk semula ke laman tersebut.. http://tvceramah.tblog.com/?=
about 1 year ago
salam ‘alaik…alhamdulillah…selepas ana baca artikel ni ana rasa dh terlepas satu beban cz dh lama ana memikirkan hal ni…mujur ada sahabat yg beritau ust ada menyatakan mengenai hal ini…nampaknya ana dh nampak apa yg perlu ana buat skarang…sekurang2nya ada juga sumbangan buat Islam walaupun hanya sedikit…jazakallahu khairan kathira buat ust and semua yg xhenti melontarkan pandangan2 yg bernas2 belaka…moga Allah sentiasa berkati kalian…insyaAllah…
TAKBIR!!!
about 1 year ago
Salam.
Ustaz, saya ade sedikit kemusykilan.
Kadang kala, ade orang mengatakan pilih lah orang yang terdiri dr kalangan Melayu (Islam @ Muslim), kerana kalo pilih orang2 cina mungkin mereka akan lebih berkuasa dan jelasnye skrg mereka sudah menguasai kebanyakan sumber ekonomi negara kita. Mungkin negara kita akan menjadi spt Singapura yang mana hak2 orang melayu dinafikan.
Apa pendapat ustaz ttg hal ini?
about 1 year ago
Cuba musykilah baca semula artikel di atas dgn perlahan2 dan hayati setiap baris satu persatu. Apa yg patut kita menangkan, Islam itu sendiri atau org muslim? Janji Allah, Islam adalah rahmat buat sekalian alam. Jika kita yakin dan beriman dgn janji Allah ini, sudah tentu kita yakin alam ini akan ditadbir dgn suatu sistem/perundangan yg terbaik buat alam ini.
Allah telah berjanji tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka sendiri. Fitrah alam ini, siapa yg berusaha lebih mereka yg akan berjaya. In other words, whoever strive and work hard, they will succeed. Basically, they deserve it.
Mungkin kita blh salahkan penjajah kerana mereka yg membuat pembahagian geo-sosio-ekonomi. Kaum Cina di bandar, India di ladang dan Melayu di kampung. Ini menyebabkan kaum Cina lagi lbh berpengalaman di dalam bidang ekonomi (secara umum).
Tetapi, sekarang semuanya sudah berubah. Sudah ramai org melayu dan india yg terlibat di dalam bisnes. Maka, utk berjaya kita kena berusaha lebih. Sebagai muslim, pastinya jika kita hendak berjaya, mestilah dgn penuh keberkatan. Jauhi dari korupsi, riba, rasuah. Banyakkan sedekah dan derma. Contohnya tokoh maal hijrah baru2 ini, Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhari.
Hak2 org melayu masih dikekal dan diperjuangkan kerana melayu claim kita penduduk asal negara ini dan juga kerana melayu masih lagi merupakan penduduk majoriti. Well, kat mana2 negara pun menggunakan sistem yg sama. Yang majoriti akan mendapat lebih peruntukan dan subsidi. Manakala yang minoriti akan terus mempersoalkan hak2 istimewa begini. Di UK, US, Australia dan di mana2 sahaja. Tetapi, adakah ini satu tindakan yg wajar dan tidak menzalimi yg lain? Itu kita blh fikirkan di ruang yg lain. Sebab saya pun masih lagi mencari jawapan bagi soalan tersebut.
Cuma, mari kita cuba letak diri kita di tempat mereka yg tidak mendapat hak2 istimewa ini seketika dan berfikir sejenak..
Setiap hari saya berjumpa dgn pesakit2 dari pebagai kaum. Memandangkan HUKM terletak di Cheras, kebanyakan pesakit adalah dari kaum Cina dan Melayu. Majoriti mereka adalah warga Cina tua. Apa yang selalu membuat saya terfikir dan sedih ialah bila mengenangkan mereka masih lagi bekerja di usia emas (70an) utk menanggung kehidupan seharian. Sejak merdeka lagi, mentaliti mereka ialah mencari duit utk menanggung keluarga dan bukannya mengharapkan subsidi dan pencen. Kebanyakan mereka akan datang sendirian ke hospital utk rawatan susulan bulanan/tahunan. Bila ditanya kenapa anak tak datang, ramai yg menjawab, “Anak kerja. Kalau selalu ambik cuti, nanti kena potong gaji”. Bila ditanya pula kenapa masih bekerja, “Duit mana cukup. Anak2 saya pun mahu tanggung anak bini dia”. Bayangkan, utk menbuat coronary angiogram di HUKM berharga antara RM 600-RM 5000(if proceed with stenting) minimum. DI IJN, bagi yg ada pencen, adalah percuma (tak silap saya, sebab bapa saya buat dulu tak bayar apa2). Maka, cuba kita bayangkan dilemma bagi mereka yg tak berkemampuan..
Itu adalah realiti di kalangan bukan Melayu yang kebanyakannya bekerja di sektor perniagaan atau swasta. Mentaliti bekerja keras utk hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, diteruskan ke generasi yg seterusnya sehingga ibu bapa mereka pun tak kisah jikalau anak2 mereka tidak dapat menjaga kesihatan ibu bapa mereka demi pekerjaan.
So, nak tak nak, they have to work hard and succeed in order to survive. Tidak seperti kebanyakan org Melayu yg bekerja di jabatan kerajaan, bersara dan mendapat pencen.
Selain daripada cerita pesakit2 di HUKM, saya juga teringat rakan2 sekelas semasa di tingkatan 3. Kebanyakan mereka adalah Cina dan India. Hampir kesemua mereka mendapat keputusan SRP 1990 sekurang2nya 10 Agregat dan SPM sekurang2nya 20 agregat. Tetapi, setahu saya tidak satu pun di kalangan mereka yg masuk U selepas SPM dan menjadi professional. Dari dulu saya selalu tertanya2, mengapa mereka susah benar nak masuk universiti?
Saya menulis ini di atas pemerhatian dan pengalaman hidup saya sahaja. Mungkin blh dibincangkan bersama. Wallahu a’lam.
about 1 year ago
Ummu saif, pengalaman itu GURU pd kita…cm kita ini lebih baik susah dari berubah…tu baru ummu saif ambil bab sara hidup..belum lagi masuk bab agama…so sahabat2 fikirkan la
about 1 year ago
botol kicap ade 2,
pilih jename kicap yg lebih sedap dan baik…
tentu xde bahan2 yg memudaratkan….
about 1 year ago
Terima kasih ummusaif.
Skrg br saya jelas n nampak senario y berlaku.
about 1 year ago
Well said, Ustaz. To quote from Nurcholish Madjid, “Being a Muslim must not be like a member of a clan or a tribe. It has to be understood as a state of mind, a mode of Being.”
about 1 year ago
Membaca entri ini, terfikir betapa beratnye tanggungjawab mengundi dlm pilihan raya sebenarnya. Suatu topik yang banyak menjelaskan kekeliruan di dalam realiti pilihan raya. Kita sendiri selalu keliru siapa yg sepatutnye kita undi.
about 1 year ago
Alhamdulillah. Inilah artikel yang paling saya nanti-nantikan. Trima kasih Ustaz. Tanpa was-was lagi saya akan ikuti saranan/panduan ustaz. TQ
about 1 year ago
Alhamdulillah, perkongsian yang menarik dan amat diperlukan bagi yg masih kabur dan kelam. Sewajarnya pencerahan seperti ini dihuraikan mungkin dalam khutbah2 jumaat mahupun media2 yang berpengaruh agar pertimbangan dapat dirasai oleh lebih ramai lagi sasaran2 awam.
Berkaitan calon muslim dan non-muslim, selain slogan2 yang “lapuk” dan tidak lagi mencerminkan ke”bulatan” pakatan, ana amat bimbangkan berkaitan sebahagian cara kempen PAS yang sesetengahnya mengambil kesempatan di atas ke-non-musliman calon kerajaan untuk menjelaskan akan keburukan mengundi calon non-muslim ini bagi kapasiti orang-orang Islam seluruhnya.
Akan tetapi, di sebahagian yang lain, kita sebagai muslim ini pula amatlah PERLU menyokong calon non-muslim tersebut atas kapasiti “pasukan bola sepak”.
Jadi, yang ana dapat lihat di sini ialah ketidaksepakatan dalam hal pendirian parti di kalangan ahli-ahli terutama calon yang mewakili parti, hingga jelas nampak, seolah-olah, kata memakan diri. Susah juga jika dibayangkan cara hendak menjelaskan daripada seorang anak yang BULAN terhadap seorang ayah yang DACINGNya besar (berjawatan).
Pada hemat ana, pencerahan terhadap pendirian PAS berkaitan calon non-muslim tidak hanya berlegar di padang (perbincangan) akan tetapi amat wajar untuk diperkasakan agar difahami dengan jelas oleh ahli-ahli di semua peringkat agar hal-hal yang bertindan tidak lagi wujud yang selalu menjadi bahan manipulasi puak dacing yang menangguk di air yang payau.
~ bil hikmah, bil hikmah, matlamat tiada menghalal cara, walau di mana dan dengan siapa, kerana dirimu cerminan Islam… takbir!
about 1 year ago
Sudah pasti sokongan hanya pada Islam bukan Muslim, pada Prinsip bukan pemegang Prinsip, pada Allah bukan yang mengaku mengenal Allah dab pada barisan pemerintah (kerajaan dan pembangkang) bukan penyokong parti.
about 1 year ago
papepon, org muslim yang ada kena tetap bersatu membawa perubahan negara ini… sama2 kite dukung islam. sama2 kite hidup lebih aman bersama agama lain bangsa lain budaya lain sekali pon…
about 1 year ago
salam alaik ust..
erm, mcm kputusan yg kita lihat..(sy fkus kpd wlyh slngor)
di slngor trutamanya.. jadi bgaimana kita nk aplikasikn perkara ni? mmg btul fikrah ust tu.. tp mungkin ramai yg tidak sedar bhawa peratus pembangkang yg mningkat, buknlah dari pas atau pkr.. ttp dap.. saya bukn ingin berasabiah di sini.. akn ttp mungkin kita tdak sedar bahawa sedikit sbnyk negara kita sudah mula ingin dikuasai oleh org cina.. dan kita juga maklum ttg kita tlh dijajah oleh kaum cina secara economi..
adkah di slngor kita tdak mmpunyai golongn islam yg btnding dgn clon DAp trsebut.. tntu sekali ada, ttp…?? bg sy mmg bgus slngor tdak lg di bawah bn, ttp yg kita impikn.. ialah daulah islamiyah dpt dijulang… bgaimana kita hndak julang jika kuffar mrupakan peratus pmbngkng terbesar.. buknnya pas…?? kita mmg tdak mnolak bangsa lain, akn ttp yg sy risaukn ialah kaum cina itu sndri.. jika mereka mula mngatur strategi halus utk mlalaikn ummat islam.. spt yg dijayakn oleh BN..
sy ada terbaca,ibn khldun juga ada mnybut di dlm muqadimahnya, bhawa sesebuah ngara ini terbntuk dgn asabiah… dan mmg btul bahawa negara2 ini dipisahkn apbila kuasa barat yg mmcahkn nya.. tp pasti ada hikmahnya.. jika ngara kita di bawah satu negara dgn ngara thai misalnya.. mungkin budaya2 thai akn mnyelinap setrusnya mmbawa kpd ikhtilaf yg mmbahayakan,na’uzubillah..(mlysia yg kcil ni pun da mcam2..
)
ini mmbuktikn bahawa kita yakni umaat islam sendri masih ramai yg mnyokong bn dari pas.. bnbnding org cina yg mjoriti mnykong dap dari bn..
jadi, sy buknlah mnidakkan pndapat ustaz.. ttp perkara ini tidak trjadi di zaman nabi s.a.w. , kerna di zaman Baginda s.a.w. hny hizbul islam.. (soal memilh PEMIMPIN dlm keadaan sebegini) dan ada juga fiqh waqi’ , dan raasanya malaysia adalh satu2nya ngara yg mngalami kekeliruan sebegini..(masyakat majmuk terbesar puratanya dalm ngara yg kecil)
jadi bagaimana ust? jika tdk kberatan ust boleh tgur sgalanya di emel sy di batu_hitam06@yahoo.com
jazakallah ya ustaz..
appun sy ttp bersyukur krana rakyat sudah pndai mnilai.. cuma perlu bijksana lg.. insyaAllh..
about 1 year ago
terkini..
kita lihat di perak.. dap mula mnuntut hak..
dan di penang.. selang bbrp jam dap mnjadi MB, knyataan mnolak DEB dkluarkan..
DEB yg boleh mmbntu mlyu dimnsuhkan.. itu bru permulaannya ust.. kita perlu brsdia utk 4thun akn dtg…
wallAhua’lam..
about 1 year ago
Melayu di Pulau Pinang kehilangan hak mereka dan hidup merempat, hasil DEB yang telah dilaksanakan. Apakah kedudukan Melayu masih mahu diukur dengan DEB?
Malah dengan beraninya kita perlu berfikir, apakah DEB menetapi terjemahan keadilan menurut Islam?
Survival Melayu terletak kepada sikap mereka. Jika mereka mampu bangkit untuk bersaing, mereka tidak akan kehilangan apa-apa kerana selepas 50 tahun merdeka, Melayu sepatutnya sudah bersedia untuk memperolehi apa yang diusahakan, bukannya membiarkan diri lemah dan mahu ditongkat sentiasa.
DAP bermasalah di Perak bukan dengan PAS atau PKR atau orang Melayu. Masalah DAP di Perak adalah masalah DAP dengan Undang-undang Tubuh Negeri. Perak menguji sejauh mana DAP mampu play with the rule. Ia suatu pengalaman baru. Jika DAP gagal menyesuaikan dirinya dengan persekitaran (sedangkan PAS, Muslim dan Melayu sudah melakukan banyak perubahan yang drastik) maka DAP akan menerima hukum alam yang akan menolaknya dari arus perdana.
Ia menjadi pengalaman yang berguna untuk membetulkan mentaliti orang Melayu Muslim di Malaysia, juga DAP.
Dan jika DAP melakukan kesalahan, maka DAP masuk dalam kategori zalim bersama-sama dengan BN, dan kita akan menolaknya dalam pilihanraya akan datang. Kita menolaknya kerana dia zalim, bukan kerana dia bukan Islam atau bukan Melayu!
Sokong Islam atau Muslim, seperti artikel di atas, masih valid sebagai panduan memilih calon.
No regret… especially jika lawannya BN. BN is never an option. Melayu Muslim, Cina India, telah rosak struktur sosialnya akibat pemerintahan BN yang mengimani kronisma, nepotisma… atas nama DEB dan Kontrak Sosial yang diperalatkan.
Keluarlah dari kotak untuk berfikir dengan dimensi baru
about 1 year ago
salam ustaz..sy 1st time baca laman web ustaz ni..sgt bagus..insyaAllah..cuma nk berkongsi skit tntg ketewasan pndirian sorg hmBA Allah ni(laki)..yg slama ni menyokong pjuangn BN-UMNO yg spt tade hala tuju..kdg2mlas sy nk sntuh isu politik ni utk dijadikan topic pbincangn dgn dia..disebabkan dia adlh ayah sy..dn sy tak nk lg bertegang urat mprtahankan pndapat masing2 tntg pjuangan antara pas dan umno..wpun selama ini telah berulang kali sy cuba utk mperjelaskan mengenai politik islam skit sebanyak yg sy tahu, kpd dia..namun tak berhasil..
tp akhirnya, sy tau pndirian dia sedikit tewas apabila dia mengakui negara kita yg yg dikatakan negara islam..bukanlah spt negara islam yg spatutnya..tidak menjalankan syariat yg sepatutnya dr sg undang2 syariah..
hal ini diakuinya sndiri apabila dia sndiri diuji oleh Allah dgn1 kes (perkhwinan)yg menimpa batng hidungnya sndiri..yg mlibatkan dia dikenakan undang2syariah..namun tindakan undang2yg dikenakan itu tidaklah sejajar dgn apa yg islam anjurkan/gariskan..
masa tu..rasa tergelak hati sy bila dia memperlekehkan perjuangan pemerintahan pilihan dia sndiri..erm..bukanlah niat sy nk merendahkan ayah sy sndiri..jauh skali ingin mmburuk2kan dia..
tp, apa yg sy nk ketengahkan..ialah sy percaya bukan ayah sy sorg je yg mcmtu..ramai lg..memg plik..mengapa masih ada lg sesetengah golongan yg masih tak nampak lg apa yg diperjuangkan oleh setiap parti..bila dh terkena btang idung sndiri baru nk terasa..xnampakke dorg apa dh jadi dgn negara kita sekarang..pnuh dgn hidonisme..hiburan, hiburan, hiburan..yg xtau smpai bila sudahnya maksiat yg semakin berleluasa…dgn jenayahnya lagi..dgn barangnya naik lg..ish2!pening pala pk pasal masalah politik ni..msalah umat lg laa..
bangunlah wahai syabab..ayuhla fatayat..kamu bukanlah yg memulakn perjuangan Rasulullah tp kamulah generasi yg menyambung kan rantai perjuangan Rasulullah..teruskan JIHAD kalian mahupun dlm kdn berat mahupun ringan ..innallaha Ma’na.. wallau’alam..
about 1 year ago
slt ca va moi yassin age de moi 17 ans
ok bay
about 1 year ago
ustaz abu saif wrote :
1) Melayu di Pulau Pinang kehilangan hak mereka dan hidup merempat, hasil DEB yang telah dilaksanakan. Apakah kedudukan Melayu masih mahu diukur dengan DEB? Malah dengan beraninya kita perlu berfikir, apakah DEB menetapi terjemahan keadilan menurut Islam?
2) Melayu Muslim, Cina India, telah rosak struktur sosialnya akibat pemerintahan BN yang mengimani kronisma, nepotisma… atas nama DEB dan Kontrak Sosial yang diperalatkan.
——————————————————–
salam. ustaz yang dihormati, izinkan saya memberi respons pasal DEB. maaf jika berbeza pandangan dengan ustaz..
cuba kita tengok duty roll poliklinik dr azhar. itu bukti DEB berjaya. itulah dasar yang memberikan kita, melayu ini peluang untuk berkecimpung dalam sektor-sektor kritikal
contohnya engineering, medicine dll supaya pengimbangan sosio ekonomi dapat berlaku. di UKM pula misalnya, adalah satu daripada tanda keberkesanan DEB.
cuba ustaz bayangkan.. satu bangsa yang seumur hidupnya bertani, tetiba nak bersaing dengan Cina yang sudah beratus tahun berdagang. malahan bangsa Cina mempunyai networking
bisnes yang amat hebat dan kuat. jadi, bukankah DEB itu membawa satu peluang sebenarnya?
jadi kalau bukak tender beli tanah, bukankah hak melayu itu mesti di patuhi untuk MEMBOLEHKAN melayu BERSAING membeli tanah? kalau open tender, habis la melayu nak beli macam mana? duit tak banyak. orang Melayu memang ada duit, tapi tak banyak.
bantuan daripada DEB itu boleh dilihat sampai sekarang. MARA contohnya. sampai SEKARANG biasiswa dan pinjaman student-student melayu untuk mengaji pada peringkat mana sekali pun. yang ini jarang sesetengah pihak highlight kan pulak.
sesetengah orang pilih nak highlightkan kroni yang entah berjuta ringgit digemukkan. itu mereka lah yang kata. saya tiada bukti. wallahualam
about 1 year ago
dipetik dari petikan :ustaz Abdullah zaik
Pro – Kontra Isu Ketuanan Melayu
Saya sendiri tidak merujuk istilah ini kepada mana-mana rujukan dan tidak pasti secara tepat apa mafhumnya. Jadi saya gunakannya mengikut skop tafsiran dari berbincangan semasa.
Saya rasa terpanggil memandangakan akhir-akhir ini ia menjadi istilah yang semakin laris diperkatakan sama ada oleh puak yang setuju atau yang tidak setuju. Saya sendiri terpaksa analisa dulu apa maksudnya sebelum menyatakan pendirian. Namun begitu saya rasa semua orang setuju bahawa isu ini perlu dijelaskan.
Saya melihat ada orang melihat ia dengan mafhum “cauvinis” , maksudnya hegemoni bangsa Melayu atas bangsa lain dengan menganggap bahawa Melayu adalah bangsa yang paling mulia di mana bangsa lain di cipta untuk berkhidmat kepadanya seperti dakwaan Yahudi dan Nazi.
Sebelum pergi jauh saya tidak setuju bahawa mafhum seperti itu wujud di Malaysia atau dalam pemikiran orang Melayu.
Pejuang “rakyat” yang berpegang dengan konsep “multy-racial” mengambil tafsiran tersebut untuk mengutuk UMNO dan menyeru kepada mafhum merit atau kesamarataan antara kaum tanpa mengira bangsa atau agama.
Benarkah “ketuanan Melayu” ini begitu negatif dan buruk sehingga orang Melayu sendiri mengutuk Melayu. Saya rasa wujud ketidaktentuan dalam maslah ini yang perlu diperjelaskan.
Saya bimbang kita jadi tidak objektif dalam maslah ini.
Berdasarkan takrif perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu merujuk kepada tiga perkara iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam dan budaya, bukan kepada rumpun tertentu seperti Jawa, Sunda, Batak atau sebagainya. Ini bermakna tiga ciri tersebut membentu identiti nasional umat Melayu. Orang yang bercakap bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya hidup Melayu (yang berteraskan Islam) maka mereka adalah Melayu.
Ini menunjukkan betapa sinonimnya hubungan antara Islam dengan Melayu. Persis seperti Arab dengan Islam. Nabi sebut Arab itu bahasa dan dibawahnya ada berbagai rumpun seperti Quraisy dan lain-lain.
Apabila disebut ketuanan Melayu maknanya ketuanan Islam. Berdasarkan faktor sejarah negara ini adalah Negara Islam. Maka munasabahlah jika mereka menjadi tuan. Tuan bukan bermaksna hegemoni yang menzalimi orang lain tetapi tuan sebagai hak asal. Nama Malaysia sebelum ini pun adalah Tanah Melayu.
Barangkali hikmat Tuhan juga di Malaysia kita tidak ada satu nilai integrasi seperti PANCASILA di Indonesia, jadi ada istilah bangsa Indonesia kita tidak ada istilah bangsa Malaysia.
Oleh itu bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu, agama Malaysia adalah agama Islam, budaya Malaysia ialah budaya Melayu (yang berterasakan Islam), di samping intitusi raja Melayu adalah tonggak penting kenegaraan Malaysia.
Adakah pejuang rakyat dan pendokong ideologi “multy racial” akan menafikan hakikat ini?.
Saya rasa sekadar ingin memperbetulkan kesilapan dalam hal layanan terhadap kaum yang beragama lain saya rasa kita tidak perlu mengubah identiti Negara kita atau mengutuk isitilah “ketuanan Melayu” atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang melampau.
Masalah kecacatan pentadbiran UMNO/BN perlu diperbaiki atau di tentang ok, tetapi jangan sampai keliru identiti, kerana bila kita keliru identiti, politik kita juga akan keliru. Ertinya kita berpolitik untuk apa?
Saya tidak setuju jika perjuangan kebangsaan Melayu menganggap Melayu lebih mulia dari bangsa lain dan menceraikan budaya Melayu dari Islam, dengan menghidupkan wayang kulit, dikir barat dan sebagainya kononya itulah nilai kemelayuan.
Saya tidak setuju itu.
Tapai saya ingin tegaskan bahawa Melayu lebih mulia dari bangsa lain di Malaysia dengan Islam mereka, dan saya tegaskan juga bahawa muslim dari kaum lain adalah satu bangsa dan satu umat dengan kita.
Saya pun tidak setuju jika atas dasar perjuangan Islam menafikan peranan Melayu sepanjang sejarah, kononnya Islam ialah nilai universal dan menafikan peranan orang Melayu sebagai umat Islam tonggak di rantau ini yang memperjuang dan menjaga kesinambungan ketuanan Islam di rantau ini.
Ini tidak menafikan bangsa lain kalau mereka Islam dan saya tidak membezakan manusia atas asas semata-mata bangsa,tetapi kita tidak boleh menafikan hakikat/uruf bahawa Melayu adalah beragama Islam (kalau ada seorang dua berbanding bila kita sebut Cina atau India ia akan merujuk kepada bukan Islam). Saya sedih orang melayu yang menyamakan orang Melayu dengan bangsa lain yang tidak Islam, kononya hak sama rata antara rakyat berbilang kaum.
Tinggal lagi soalan adakah orang masuk Islam itu sama dengan masuk Melayu?
Tidak semestinya tetapi boleh jadi. Orang Mesir dulunya bukan orang Arab tetapi telah menjadi Arab dengan kemasukan mereka dalam Islam. Itu juga lah yang berlaku selama ini orang masuk Islam telah menjadi masuk Melayu. Tetapi Melayu mereka bukan kerana mengucap tetapi dengan berlaku proses yang dipanggil transformasi bangsa. Bila orang Cina masuk hendak berkahwin dengan orang Melayu dia kena masuk Islam, dan apabila mereka mendapat anak, anak mereka akan didaftar sebagai beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Tidakkah ini satu pencapaian sejarah yang perlu kita pertahankan, kenapa kita harus undur ke belakang kerana mengambil hati bangsa lain. Saya tidak mengatakan bahawa keadaan yang ada itu ideal tetapi antara dua yang tidak baik, kita pakai yang kurang mudharatnya. Kaedah fekah menyebut; mengubah mungkar tidak harus menybabkan mungkar yang lebih besar.
Mail tulisan ini kepada rakan
about 1 year ago
salam; bagaimana minda seorang daie yang melihat segala masalah dengan penyelesaian yang tepat?….adakah kerana nilaian ia bersama sesuatu perkumpulan pihak-pihak tertentu yang bersifat massa(boleh berubah-ubah) menyebabkan ia bertindak mengatakan sesuatu yang tidak tepat mengikut realiti umat islam dan bangsanya sendiri?.. sebagai contoh,dasar DEB dan keistimewaan melayu adalah ukuran minda anda… kita melihat bahawa memang benar bahawa dengan islam sahajalah kita dapat maju lebih daripada bangsa lain.. tetapi disana kita perlu berpijak dibumi yang nyata kemungkinan masalah yang belaku adalah disebabkan oleh kelemahan para daie ilallah dalam merencanakan sesuatu untuk ummat ini…. kita berhak untuk menatakan itu dan ini menurut penyelesaian islam.. tetapi “hal nahnu qaumun amilun” yang sebenar2nya? jika DEB dan hak istimewa orang melayu hilang adakah saudara boleh menjanjikan dengan kekuatan dakwah dan daie pada hari ini dapat membantu umat melayu islam?realitinya, kita masih jauh ketinggalan dalam banyak aspek dan kekuatan… maslahatnya tetap pada hak asal melayu islam demi apa sahaja matlamat yang dicita-citakan tanpa mengurangkan hak-hak bangsa lain yan bukan beragama islam.. cuma apa yan berlaku hanyalah manipulasi kuasa yang salah oleh kerajaan… saya benar2 percaya jika pembangkang juga yang memerintah… pas sebagai mewakili orang melayu islam tetap akan memikirkan mekanisma untuk menyelamatkan bangsa melayu islam…ataupun kita kita akan hilang segala2nya apabila orang bukan islam menafikan hak asal penduduk islam di malaysia… maka umat dan negara islam yang dicita2kan hanyalah angan2 kerana tindakan dan pandangn yang salah dan tidak berhikmah oleh para duat..sebagai peringatan :generasi hari ini perlu dididik(tarbiah) dengan kefahaman islam yang sebenar,memperkasakan dakwah dalam erti katanya yang sebenar serta memahami sejarah umat bangsa kita. kita perlu sentiasa belajar daripada sejarah lalu…generasi ini,merekalah pemimpin masa akan datang yang diharapkan akan mencorakkan segala-galanya untuk agama dan bangsa…
about 1 year ago
betul ke kerajaan sekarang ini zalim??? adakah kebebasan beragama kita di halang?, ramaikan anak-anak kita yang digagalkan dari masuk universiti?, pernahkan penderitaan umat Islam dipandang sebelah mata? Benarkah ISA itu kejam jika konsepnya banyak melindungi Islam dan kepentingan Melayu