Mencari Bahasa Baru

Perubahan itu perubahan yang besar.
Daripada debat tentang konsep-konsep Islam dan Negara Islam, PAS melakukan suatu pendekatan yang amat drastik dengan beralih kepada menjelaskan bagaimana Islam dan kenegaraan yang diperjuangkan oleh PAS, boleh memperbaiki masyarakat.
Lantas tawaran PAS lebih sejagat kepada masyarakat Malaysia yang berkepelbagaian latar belakang dan kefahaman.
Daripada pendekatan mengheret pengundi kepada menekuni PROSES, kini PAS lebih mempromosikan OUTPUT dan menyerahkan urusan PROSES kepada jentera kerajaan (jika menang) untuk mengendali dan merealisasikannya.
Ia suatu perubahan yang besar, dan saya melonjakkan syukur kerana bertambah satu lagi contoh bagaimana pemikiran dinamik yang mengalu-alukan idea segar, tepat dan jelas… menjadi kunci kepada survival parti, ummah dan tamadun manusia keseluruhannya. Challenge and response… itu kata kuncinya.
MEMBUKA HARAPAN
Saya masih ingat kepada perbualan saya dan rakan bersama beberapa teman dari Centre for Public Policy Studies and akhbar kewangan The Edge, bahawa “harapan masih ada untuk PAS” kerana nyata sekali bahawa PAS bukanlah sebuah Parti ala-Taliban seperti yang sering dimomokkan oleh akhbar seperti The Star dan yang seumpama dengannya.
Kesediaan PAS untuk meneroka bahasa sejagat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip Islam, membuka lebih banyak ruang kepada memberi kefahaman kepada masyarakat, mendidik mereka dan seterusnya menjemput kerjasama yang lebih luas ke arah cita-cita menegakkan Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafoo.
PENGHAYATAN ATAS BAWAH
Namun sejauh manakah perubahan ini dihayati oleh pendukung PAS dari atas ke bawah?
PAS telah pun mengadakan taklimat berkenaan dengan manifesto Pilihanraya ke-12, di Taman Melewar pada 6 Februari 2007 untuk jentera pilihanraya. Penjelasan mengenai perjuangan ke arah sebuah “Negara Beramanah, Bersih, Adil dan Berkebajikan”, disampaikan dengan terpeinci, malah mendahului parti-parti komponen Barisan Alternatif yang lain.
Akan tetapi, sebaik sahaja taklimat ini berjalan, pergerakan promosi manifesto ini ada kalanya kelihatan tidak selaras dengan hasrat dan cita-cita yang telah disuarakan.
Di alam siber, artikel-artikel LAMA, tentang jenayah pemimpin Barisan Nasional memperlekehkan hukum hudud pada tahun 1990an telah disebarkan semula. Hal-hal yang bersangkutan dengan kebobrokan pihak yang alergik dengan perundangan Islam, kembali beredar dari satu inbox ke satu inbox yang lain… dan soalnya ialah, sejajarkan hal ini dengan pendekatan dan manifesto PAS untuk pilihanraya ke-12 akan datang?
Masuk ke hari penamaan calon, masih kedengaran laungan-laungan yang tidak mencerminkan perubahan yang telah berlaku kepada PAS.
“Hancur kuffar!”
“Hancur sekularisma!”
Slogan-slogan seumpama itu dikeluarkan kembali dari gerobok simpanan dan dimuntahkan tanpa memikirkan sejauh mana kesan slogan sedemikian rupa kepada hasrat PAS untuk menjana suatu perubahan?
Malah ada di antara calon, masih menggunakan bahasa Pilihanraya 1999 dan 2004 dalam taklimatnya selepas penamaan calon, bercakap tentang kepentingan hukum hudud dan subjek-subjek yang tidak selaras dengan manifesto PAS 2008.
MANIFESTO SEJAGAT, SLOGAN SEJAGAT
Jika perubahan yang berlaku itu adalah perubahan yang benar-benar mahu dilihat kejayaannya, maka PAS harus bergerak selari di antara hasrat kepimpinan dan jentera penggerak. Bahasa-bahasa baru yang lebih menepati cita-cita PAS di tahun 2008 mesti dipopularkan agar laungan yang dijana, mencetuskan momentum yang betul, dan bukannya menggatalkan kepala rakan-rakan di Barisan Alternatif serta para pengundi yang tekun memerhati.
“Hancur kezaliman”
“Hancur penipuan”
“Hancur korupsi”
“Hancur perhambaan”
“Hancur …. (fill in the blanks)”
Banyak lagi slogan yang boleh terbit dari manifesto PAS 2008, asalkan homework dibuat dan bukan hanya membuka gerobok untuk Siaran Ulangan.
Pepatah Arab menyebut:

“Bercakap biar bertempat”
Kebijaksanaan pendukung PAS memilih perkataan yang betul akan menjadi bukti terbaik kepada masyarakat bahawa perubahan yang berlaku itu adalah perubahan yang berisi. Bukan sekadar menukar baju mengikut musim.
SYARAT BERJUANG
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah menyukai golongan yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan berbaris rapi, seakan-akan mereka itu sebuah bangunan yang terbina kukuh” (Al-Saff : 4)
Allah menyintai orang yang berjuang.
Tetapi bukan semua pejuang dicintai Allah.
Cinta Allah hanya untuk pejuang dan perjuangan yang tersusun, sistematik dan rapi. Sunnatullah kembali menjadi persoalan.
“Seeru ‘ala barakatillah”

Abu Saif @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
Di Kepala Batas semalam juga semasa penamaan calon, banner yang dibunakan rasanya tak ‘mesra’. “UMNO suka calon yang suka TIDO” Rasa kurang selesa dengan banner-banner macam ni. Juga slohan Hancur! Hancur! Hancur BN! dulaungkan semasa penamaan. Rasanya erlu bezakan keadaan semasa membuat bantahan dan semasa penamaan calon.
Kita dalam posisi nak mendapatkan sokongan. Sebaiknya ada ‘bahasa’ yang lebih baik.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Penamaan calon jadi medan menunjukkan kekuatan, nampak hebat & ramai tapi belum tentu boleh menang..
Bertempik berteriak dengan opponent, walhal dah pasti sebelah sana memang penyokong `hard core’.. tempik tara mana pun sokong jga.
Lebih baik hari penamaan calon masing-masing buat `groun work’.. yang pastinya golongan atas pagar berada di rumah.. tarik hati mereka.. rasanya itu lebih berkesan..
Entahlah..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz, mereka begitu zahir menunjukkan kezaliman mereka…
sebelum pru sehingga ke penamaan calon sehingga ke hari ini, mereka terus menerus bangga dgn
kezaliman yg mereka lakukan..Apa lagi yg mampu kita buat selain berdoa dn bekerja dengan kuasa kecil yg kita ada
sekarang ni..
????? ???? ???? ??????
Ya Allah pertahankanlah, kerajaan Islam Kelantan…selmatkanlah rakyat Malaysia dari
kezaliman pemimpin yang maksiat
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Cukuplah Allah SWT itu Sebaik-baik pembantu dan penolong untuk kemenangan kami”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ground work kena buat, tempik pun kena tempik, takbir pun kena takbir
Lawan tetap Lawan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum Ustaz,
Menarik artikel Ustaz ni… mula-mula memang saya sendiri pun rasa macam tu jugak….
Bila kami berkumpul nak berarak dengan jumlah yang cukup ramai di Gombak….termasuklah supporters Keadilan yang tidak sikit memandangkan Azmin bertanding…. – Ustaz timbalan YDP memulakan dengan DOA… selawat… Takbir….
Cuak juga mulanya bila kita tengok ramai India dan Cina dan Melayu ‘moden’ kat situ…..
Tapi Alhamdulillah… mereka boleh terima… dan seperti yang ana cerita sebelum ni… siap ada mamat India ni takbir sekali….
Bila ana fikir2 balik…. ada baiknya sebegitu… sebab ahli2 PAS yg datang ni… tak semuanya dapat tarbiyyah PAS dan involve secara active… tapi mereka cintakan Islam dan the only reason for them to support PAS ialah kerana Islamnya PAS… kerana perjuangan PAS untuk menegakkan Islam….
Mungkin melaungkan hancur kuffar tu terlebih extreme…. dan perlu dielakkan dan Alhamdulillah tak terjadi di Gombak…. walaupun Doa dlm bahasa arabnya ada…
Di Gombak.. AllahhuAkbar berselang seli dgn ‘hidup rakyat’ dan ‘Reformasi… dan beberapa lagi laungan ‘Correct*5′, ‘Barang Naik’ etc.
Dan outcomenya… Alhamdulillah WIN2…
Pencinta Islam pulang dengan keyakinan bahawa PAS tetap memperjuangkan Islam dan pencinta Keadilan pulang dengan keyakinan bahawa PAS memperjuangkan keadilan….
Takut juga kalau kita ubah bahasa 100%… takut2 yang dikejar tak dapat… yang dikendong keciciran…
Ok Ustaz…. pandangan anak buah yang Dhaif ini….
Wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Wsalam.
Cantik dah tu NK.
Thanks kerana baca dan reply promptly artikel yang saya tulis tu.
Pagi penamaan calon, saya bagi kuliah untuk nisaa’ di surau an-nuur bangi. Surau tu as many of us know, mudah kita bercakap straight forward. Tajuk kuliah saya, ialah IBU BAPA SEBAGAI GURU PERTAMA.
So, discussion akhirnya tertuju kepada macam mana nak mengundi dan memanfaatkan naluri keibu bapaan dalam membuat keputusan yang betul. Teringat pulak kat surah at-Taubah ayat 122 yang saya selalu cerita dalam usrah. Sekarang ni kerja saya ialah memberi kuliah ganti kepada kuliah ustaz-ustaz yang tak dapat ceramah sebab bertanding pilihanraya… kali ni ganti kuliah Dr Hasan Ali.
Next election, kalau saya bertanding, tambah lagi satu kerusi kosong kuliah… hehe
Habis kuliah tu jenguk sat penamaan calon kat kompleks sukan bangi.. tapi sekejap je sebab anak-anak pun dah menjerit sama kuat dengan orang kita.
Anyway, saya pun tak cadangkan kita ubah bahasa 100%. Cuma kena adjust beberapa benda je… Yang penting nak highlight prinsip tu… Kira macam yang NK cerita tu bagus laa… mudah-mudahan berterusan lagi hendaknya…
Salam ukhuwwah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kalau umur panjang PRU13, BA perlu buat e-manifesto yang akan di lancarkan dari HQKL dan di ikuti semua HQ Negeri.
Secara live
Slogan mesti selaras
Banner mesti seiringan
Seolah2 gerakan jadi sepadu
Kena buat silibus atau modul seragam
Memanglah kadang2 terlajak .. almaklum bersemangat
Looks like OK, Sound like OK but BN sure NOT OK!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum
ustaz, berkenan ngan gambar “taknak BN”
saya mintak kebenaran amik ye.
buat gambar Ym hehehe
teruskan perjuangan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
transformasi ni masih lagi baru bagi saya..
bermula dari PRU 12 ni je PAS telah berubah wajah..
mengharap seluruh PAS berbahasa dengan bahasa yang sama agak mustahil.
bagi saya, selagi mana pemimpin utma PAS tidak membuat kenyataan yg berbeza dengan menifesto, itu tidak menjadi masalah.
bukan saja kesediaannya menggugurkan agenda negara Islam dalam manifesto, transformasi besar dalam PAS yang saya perhatikan adalah kesediaan PAS menerima sokongan yang terbuka dari pelbagai kaum juga merubah imej mereka dari PRU2 yg dulu.malah kesediaan PAS meletakkan calon bukan Islam atas tiket PKR cukup menggambarkan usaha serius PAS untuk engage dengan semua kaum, bukan sekadar parti untuk orang Melayu sahaja. satu perkembangan positif untuk melihat tembok politik perkauman runtuh di Malaysia.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamu’alaikum
Banyak analisa politik mendedahkan sentimen pengundi yang sudah nampak kezaliman dan pekung BN, tetapi masih tidak nampak kewibawaan dan kredibility BA untuk menjadi substitute.
Jika BA menumpukan kempen lebih kepada menghentam BN, saya rasa itu hanya menperkuatkan kefahaman pengundi, tetapi BA jangan lupa ia tidak semestinya menjanjikan undi buat BA. BA perlu memperhebatkan kempen yg menumpukan anjakan paraigma pengundi supaya melihat mereka berwibawa dan mempunyai kredibiliti menjadi pemerintah, bukan sekadar ‘whistle blower’. Di sini slogan2 perlu mempamerkan pemikiran/sikap positif, yakin, berakhlaq dan gentleman. Semua manusia terpikat dgn keindahan. Bukankah Islam itu indah?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mgkn konsep dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas tu solusi kepada masalah yang ustaz ceritakan demi kemenangan kepada keadilan, kebajikan dan kesejahteraan malaysia.
Dan secara peribadi , pandangan An-Nasaai saya sokong sepenuhnya…kita bawa misi besar, jadi gaya dan pemikiran kita sepatutnya menonjolkan misi besar kita…Takbir ok la…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya ada kenal mamat dari kelantan merantau di negeri lain, katanya di kelantan susah cari makan.
Saya perhatikan dia ni ada bakat pikat burung, banyak masanya kat situ. Tak pe la bakatnya Allah beri kat situ, jadikan mata pencarian drp tu, ni banyak masa terbuang pikat burung, keja lain sambil lewa, org offer beli burung2nya dia tolak, lepas tu salahkan kerajaan PAS.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Artikel-artikel ustaz ada dekat blog-blog lain… ustaz yang post ke? Saya memang kecewa dengan perjalanan PRU kali ini….. kotor dan penuh penipuan….. semoga Allah beri kemenangan kepada pihak yang benar..
Dan tentang slogan hancur kuffar… saya tak pasti kuffar mana yang dirujuk, tapi kalau slogan itu merujuk kepada golongan bukan Islam di Malaysia yang dilihat bersifat ‘agak’ keras terhadap Islam, bagi saya ia masih tidak patut. Kerana kita tidak hidup dalam keadaan apa yang Islam perintahkan, mereka tidak nampak bagaimana indahnya Islam… mereka menentang Islam bukan kerana tidak setuju dengan Islam, tetapi kerana sikap dan keadaan di negara kita barangkali…. kita berbaik sangkalah begitu… kerana adakalanya bila saya letakkan diri saya dalam kasut orang bukan Melayu di Malaysia (mem’BM’kan pepatah Inggeris), tidak mustahil… saya pun boleh menjadi seorang yang anti-Melayu, anti-Islam…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Hancur kezaliman”
“Hancur penipuan”
“Hancur korupsi”
“Hancur perhambaan”
“Hancur …. (fill in the blanks)”
Saya panas hati bila memikirkan perjalanan politik Malaysia yang menuju ke arah kerajaan berdinasti.
So, saya tambah, “hancur kh@!*y!”. Kerana bagi saya “kh@!*y” ialah simbol tercalarnya pemisahan antara kepentingan peribadi dan masalahat umum dalam pemerintahan di Malaysia.
Hanya pendapat peribadi sahaja.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ikram, saya tak setuju
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
pendapat saya, ada yang tidak kena sejak dari alam pertarbiyyahan lagi..bila kita buat program agama- usrah, daurah dsb, kita meletakkan syarat setiap yg hadir perlu direkrut ie difikrahkan. Mesti join kita. Akhirnya bila pegi medan umum spt PRU atau masyarakat kita anggap org lain perlu terima ‘bahasa’ dan ’slogan’ kita. Cuba tanya balik, kalau kita perintah negara, apakah orang Islam diminta masuk Islam? tidak..kita hanya serve as a good goverment dan lindung hal sivil..itu sahaja.
Tetapi mengapa di peringkat pentarbiyyahan tidak disemai konsep ‘berkhidmat untuk semua’? Masih ada yg kecewa bila peserta program hanya datang dengar dan ambil benefit tapi tak jadi ahli aktif…sepatutnya kita menawarkan khidmat, dan bukan agenda memaksakan ideologi kita.
Kesannya masih berterusan sampai kpd penglibatan masyarakat. Masih mahu ekslusif. Apakah rakyat yg kurang islamic tidak akan dibela? orang bukan Islam perlu masuk Islam dulu atau terima konsep negara Islam baru akan dilayan sama rata?
mungkin penerangan saya tak precise lg..harap boleh la paham..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Hmmm. Tiba-tiba teringat tulisan ustaz tentang Partai Keadilan Sejahtera dulu.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kat Puchong ade orang buat lawak, saje aje dia sebut “hancur umno, hancur kuffar” pas tu mamat India sebelah dia bersorak….hehehe. Memang le salah, tapi kes ni jadikan saya gelak.
Perubahan berlaku di mana-mana termasuk Puchong.
Parlimen kami ditandingi oleh anak Karpal Singh. Lawan Gerakan. DUN pula, PAS vs UMNO dan DAP vs Gerakan. Pada hari penamaan calon, secara tidak dirancang Karpal Singh dan orang kanannya naik pentas PAS di sebelah dewan penamaan calon untuk berucap. Dia jelaskan…..” bla bla bla…kita sama2 tumbangkan kerajaan BN. ”
Itulah persamaan bagi seluruh pembangkang/alternatif.
Maka perlulah kita meraikan matlamat itu dengan bahasa yang paling sesuai.
Lagi menarik, kaum India yang hadir semasa penamaan calon itu ada yang datang dari Perak untuk menyokong Gobind Singh Deo. Diorang kata, India Selangor ni tak boleh harap, gengster aje ramai.
Yang menariknya, mereka tak henti2 menjerit menggunakan pembesar suara ” hidup PAS, hidup PAS, hidup PAS “. Ada pula, selepas penamaan calon, naik motor pusing Puchong Perdana bawa bendera PAS.
Di UPU saya pula, ketika kami pasang bendera, lalu di sebelah rumah India yang sedang mabuk, minum todi agaknya, mereka panggil kami dan minta bendera dipasangkan di dinding pagar rumahnya. Sampai hari ini masih ada lagi. Tapi bila puak2 BN opppsss petugas2 BN datang situ, kena halau. Mmmmmm
Memang ada perubahan, kalau tak banyak sikit. Tapi tiada tanda perubahan di kalangan orang Melayu Puchong.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Tiga hari lepas poster BA naik persiaran Bukit Raja. Semalam BN naikkan poster….tapi yang tak sedapnya semua poster BA kena koyak…. Tak mahu buruk sangka tapi nak kata macam mana lagi…. mungkin sebab mereka ‘GERUN’ tengok bendera kat rumah pangsa blok Chempaka, Mawar dan Dahlia (tepi Persiaran Bukit Raja tadi) dekat tingkap, bendera BA lagi banyak dari BN.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Next election, kalau saya bertanding, tambah lagi satu kerusi kosong kuliah… hehe.
Go for it!!!! Tapi tolong le dptkan pembantu rumah, menangis ummu saif nanti
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pemebetulan : ( Tanpa dirancang ( anak ) Karpal Singh dan orang kanannya…..). Maaf.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Visi KeADILan untuk sistem pendidikan akan:
1. Menyediakan akses ke semua peringkat pendidikan, dari tadika hingga universiti, yang berkualiti dan percuma sepenuhnya untuk setiap rakyat Malaysia.
2. Menjamin biasiswa kerajaan untuk semua pelajar yang berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan STPM, serta berjaya diterima masuk ke dalam universiti-universiti ternama dunia. Tumpuan khas akan diberi kepada keluarga-keluarga miskin serta pelajar luar bandar.
3. Menaikkan gaji, elaun dan faedah para guru sebanyak sekurang-kurangnya 15%, demi mengiktiraf pengorbanan dan kemuliaan profesi perguruan.
4. Memperkenalkan program perkembangan profesional untuk guru-guru, justeru memastikan bahawa mereka terus meningkatkan kemahiran mereka dan sentiasa peka terhadap perkembangan terbaru di peringkat dunia.
5. Menambah peruntukan perbelanjaan bagi pembaikpulihan sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar, untuk memastikan semua pelajar dapat menuntut ilmu dalam bangunan yang cukup selesa.
6. Menaiktarafkan kelengkapan dan prasarana sekolah-sekolah luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak, demi menjamin bahawa setiap sekolah kebangsaan sekurang-kurangnya mempunyai bekalan lektrik dan air.
7. Mengolah semula kurikulum persekolahan bersesuaian dengan penyelidikan terbaru tentang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baru akan menekankan pemikiran kritis, keupayaan mental, dan kebolehan menyelesaikan masalah, di samping terus mementingkan penguasaan matapelajaran teras.
8. Pemilihan Naib Canselor dan jawatan-jawatan kanan lain di institusi pengajian tinggi tidak lagi dilakukan atas dasar politik mahupun peribadi, tetapi akan hanya berdasarkan kebolehan akademik dan profesional mereka, serta mengambil kira kemajmukan masyarakat Malaysia.
9. Memansuhkan dengan serta merta undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akujanji yang mengongkong hak sivil dan politik para pelajar.
10. Memastikan penyelidikan akademik tidak lagi akan ditapis atau dihalang dengan apa cara sekalipun; golongan cendekiawan harus bebas sepenuhnya untuk menimba ilmu dan melakukan penyelidikan atas ikhlas mencari kebenaran semata-mata.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Jazakallah ustaz, artikel nie berguna untuk yang biasa faham atau kaitkan negara Islam dengan hudud,qisas, semata-mata. Tak nampak prinsip bersih, telus dan adil tidak mengira agama kerajaan Islam selain polisi kebajikan seperti Child benefit, yang diamalkan sejak zaman Khalifah Umar atau mungkin sebelumnya lagi.
hmm, terkejut juga, betulke ustaz ada plan untuk PRU13?
Macam TGNA dulu, saya pernah baca lupa kat mana. Beliau asalnya tak mahu bergiat dalam politik walaupun dah lama sebagai ahli PAS. Beliau sangat sayangkan pelajar-pelajarnya, dan berat juga untuk meninggalkan tugas sebagai seorang pendidik. Alhamdulillah, beliau telah mengambil keputusan yang tepat. Allah Maha Besar.
Katakan Tak Nak kepada Kezaliman, Tak Nak Korupsi. Dah, dah cukup dah Barang Naik (BN). Cukup LAH.
Dalam TV sedap jer BN kempen, macam BN jer yang bertanding. Saya rasa kita kena kempen penyokong2 BA supaya tak tengok TV atau beli paper arus perdana sepanjang tempoh kempen nie, fokus kepada kerja kempen, solat hajat jer. Tengok berita kat TV buang masa dan naik geram jer. Amacam semua pembaca?
Tumpang kempen yer ustaz.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
semakin hangat perkongsian drp Saifulislam.com sempena pilihanraya ini dan semoga pembaca2 di kalangan pro-kerajaan boleh membuka hati, meneliti dan menghayati cerita sebenar perjuangan yang berasaskan Islam yang menitikberatkan kebajikan sebagai aset kemakmuran.
ana amat tertarik dengan “bahasa baru” yang diusahakan oleh Y4C yang boleh dilayari di youtube.com dengan “keyword” Siri YB…
pencerahan2 sebegini amat bersesuaian dengan bahasa jiwa masyarakat sekarang yang lebih dinamik dan kritikal.
~ kelakar juga siri tu.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
wal takummninkum ummatun yad’una ilal khair. wayak muruuna bil ma’ruuf wa hanyauna ‘anil munkar watu’minuuna billah
ayuh berikan pas kuasa utk mentadbir malaysia!
“iqamatuddiin wa siyaasatuddunya bihi”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamu’alaikum
Ini adalah respon pertama saya dalam website ini. Saya mmg byk menimba ilmu dan membuka fikiran saya setelah membaca beberapa artikel yg ditulis oleh Ustaz. Jazakalahu khair.
mengenai isu “mencari bahasa baru ” ini, saya merasakan ini adalah titik permulaan positif yg dilakukan oleh Pas untuk menumbangkan kezaliman. Semoga dengan perubahan ini , Allah akan tunjukkan jalan kemenangan kelak. Untuk mencapai kemenangan , kita perlu berusaha dan berjihad dgn lebih tekun lagi. Kita kena bersedia utk menghadapi PRU sejak awal lagi , iaitu selama 4 atau 5 tahun… dan ini perlu dilakukan oleh setiap orang yg inginkan kemenangan…bukan hanya segelintir pihak sahaja….
Kita tidak perlu tunggu kesilapan pihak lawan untuk mencapai kemenangan kerana pada Islam itu sudah ada keindahan dan kesempurnaan utk kita gunakan sebagai modal utama dalam menumbangkan kezaliman.
Kita perlu contohi perjuangan nabi Musa dan Nabi Muhammad sebelum mereka memiliki kuasa. Kita perlu berusaha untuk mencapai kemenangan. Barulah layak utk kita mendapat kemenangan.
Untuk berjaya dgn cemerlang dalam peperiksaan SPM ,kita perlu bersedia sejak bermulanya Form 4 . Mmg sukar utk mendapat 10A1 jika persediaan hanya bermula 2 minggu sebelum peperiksaan dan mengharapkan soalan ramalan atau soalan yang mudah.
wassalam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
“Bercakap biar bertempat” tapi bertuhan jangan bertempat. Sama-samalah kita belajar bahasa Allah, bahasa yang akan mendekatakan kita kepada Allah dan Sunnah Allah.
Respond to this comment [with empathy]