Kebodohan Yang Menjadi Istidraj

On 28/02/2008, in Siasah, by Abu Saif | 5,673 views | Print Print | Email Email |

55994972.jpg

Istidraj itu luar biasa.

Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya.

Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya.

Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang menjamah keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.

Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.

Itulah penangan istidraj.

istidraj.JPG

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]

Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya.

Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa… namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.

Sokongan yang luar biasa.

Kepatuhan yang tiada duanya.

Biar ditipu entah kali yang ke berapa.

Sokong terus sokong… tidak berganjak biar sehasta.

Sungguh luar biasa.

Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat dari kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala ‘kemanisan’ itu mungkin sekadar ISTIDRAJ dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman mereka.

Agar bila sampai masa Allah menghukum dan mengazab mereka… tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.

hadithistidraj.JPG

Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.

Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]

Mereka sangat zalim, tetapi mereka terus mewah dengan kemewahan yang luar biasa.

Mereka sangat menindas, tetapi mereka terus gembira dengan kegembiraan yang luar biasa.

Mereka sangat berdusta, tetapi mereka terus diangkat dan disokong dengan sokongan yang luar biasa.

Mereka sangat sombong, tetapi mereka terus dikasihi dengan sepenuh hati dengan kasih yang luar biasa.

Kezaliman, penindasan, pendustaan dan kesombongan mereka mendungukan manusia.

Marhaen jadi dungu, ilmuan jadi dungu, sarjana jadi dungu, manhaji jadi dungu. Sesiapa sahaja yang menyentuhnya beransur dungu. Kezaliman yang luar biasa, mencetuskan kedunguan yang luar biasa. Kezaliman yang dibalas istidraj oleh Dia.

 noname.gif

Sesungguhnya apakah kita mahu membuktikan, bahawa kita sebahagian dari kedunguan itu?

Apakah kita mahu kebodohan kita yang luar biasa ini untuk terus ditipu buat entah kali yang ke berapa, menjadi istidraj dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman MEREKA? Lantas yang zalim dibinasakan Dia, kemudian yang cenderung kepada yang zalim disambar api Murka?

Semoga Allah menyelamatkan kita dari kebodohan yang luar biasa itu, sebelum kebodohan menyempurnakan asbab untuk BINASA.

“Seeru ‘ala barakatillah”

taknak_bn.jpg

Abu Saif @ www.saifulislam.com

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya foto “Pasukan kita akan bertanding di Piala Dunia dan menjulang...
  2. Sukarnya Menjadi Genius Apabila artikel yang ditulis merayap di internet, macam-macam boleh berlaku....
  3. Kenapa Mahu Menjadi Doktor? “Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas...
  4. Menjadi Muslim di Bumi Asing Debat antara agama di The Queen’s University, Belfast “Hasrizal, marilah...
  5. Kenapa Mahu Menjadi Ustaz? Hari ini saya dikelilingi oleh pelbagai reaksi masyarakat terhadap golongan...

 

22 Responses to “Kebodohan Yang Menjadi Istidraj”

  1. Kak Ija says:

    Mengkagumi nikmat dunia perkara biasa, hanya hati-hati yang luar biasa mempunyai pandangan yang menembusi hijab disebalik kemewahan yang luar biasa ini.

    Sukar untuk menjawab soalan “Kalau kami zalim mengapa Allah melimpahkan kemewahan ini untuk kami?” Sudah pasti artikel ini telah menjawab persoalan ini.

  2. Ummu Aniq says:

    Salam.
    Istidraj… banyak contoh yang telah Allah perlihatkan kepada kita sama ada melalui sirah rasul bahkan yang ada di depan mata. Teringat zaman persekolahan dahulu ketika saya masih tercari-cari jemaah manakah menyampaikan mesej Islam yang sebenar, saya pernah tertarik dengan jemaah Al-Arqam, ada antara hujahnya ” Kalau jemaah kami jemaah yang tidak benar, mana mungkin Allah izinkan kami terus berkembang luas bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara”. Bersyukur pada Allah kerana saya tidak terperangkap dengan hujah tersebut dan akhirnya kita lihat Al-Arqam tersungkur juga dengan kehendak Allah.

    Semoga Allah selamatkan kita semua daripada menjadi orang yang bodoh dan dungu…

  3. Paracletos says:

    saya kira tidak berbaki lagi penulis politik yg hebat dimalaysia selain daripada lutfi othman, sayuti omar dan lain2 lg. betul2 tak sangka ust hasrizal mempunyai bakat didalam bidang ini, ditambah dengan mengadunkan isu2 politik bersama nilai2 agama menjadikan ianya lebih ber’isi’ – jarang dilakukan oleh penulis2 biasa-

    dahnak pilihanraya ni baru nampak ‘belang’ ust :D

    moga Allah selamatkan rakyat malaysia daripada terus diperbodohkan

    * saya menunggu artikel seterusnya

  4. leokid says:

    sungguh, saya lebih takutkan istidraj dari ujian yang Allah berikan secara jelas kepada saya.

    Andai saya sakit, saya tahu itu ujian Allah.
    Andai saya miskin, saya tahu itu ujian Allah.

    Tapi andai saya diberikan kesenangan, andai saya dikurniakan rezeki melimpah ruah,
    Saya risau saya sedang menghadapi istidraj. Dan yang lebih menakutkan, saya risau saya tidak sedar yang itu adalah istidraj!

    (xnk komen psl politik, nk menimba ilmu dulu psl bab2 politik ni. tunggulah smpai masanya nnt..heheh)

  5. zai57f says:

    Asalamualaikum wr.wb. pada yg berbahagia ustaz….artikel yang sungguh hebat TAJAM nya menembus dada ke jantung dan MENAMPAR yang terlena memanjang terus TERJAGA dan pada yang terpinga-pinga dapat GUIDELINE-nya…( modal insan harapan negara)BERUNTUNGLAH BUMI MALAYSIA MEMILIKI “PERMATA”seperti ustaz….saya peminat baca blog saifulislam.com……..Alhamdulillah terima kasih ustaz banyak pengajaran yang saya dapat..(dari pulau selatan)Wslm.

  6. zz says:

    Kebodohan yang berleluasa, memperbodohkan rakyat di media massa. Kenapa apabila pilihanraya mesti ada: -

    - Parti pembangkang suka memfitnah
    - Penyokong parti pembangkang bertindak ganas
    - Negara akan huru-hara apabila parti pembangkang memerintah
    - Negara akan muflis jika parti pembangkang memimpin

    Seolah-olah parti pemerintah bersifat baik & tidak megadu domba, tidak suka kekerasan dan bersifat lemah lembut. Bosan, benci, meluat…. Kebodohan yang tercipta & dimomokan oleh parti pemerintah. (Tengin bebenor deme ni)

  7. yob says:

    Huhu tak kusangka cempedak jadi nangka… rupanya ni lah senario politik malaysia… tapi risau gak rakyat malaysia pun kena istidraj dek kesenangan yang melimpah ruah… sedang byk negara islam lain kebuluran… kita tersandar kekenyangan… nauzubillah

  8. AinulHafizah says:

    salam….ustaz…memang sedap tulisannya…saya pun suka berserita…tapi saya suka mengaotkan pengalaman dan juga membuat analogi…minta tunjuk ajar dari ustaz kalau ada kekurangan. saya nak JEMPUT ustaz ke blogs saya. tengok2 lah kalu ada apa2 yang boleh di tegur…ni memang cita2 saya, untuk menyampaikan dakwah melalui tulisan. bukan tulis saja, tapi ada kesan dan makna…boleh buat orang terasa..JEMPUT ye ustaz..

  9. Ibnu Aiman says:

    salam…ustz ana nak kongsi skit ape yg ana dpt perhatikan dr shbt2 ttg “jgn dedah soal peribadi”…kdg2 ada segelintir masyarakat melihat memperkatakan soal rasuah pemimpin,lifestyle,akhlak tu adalah soal peribadi dan tidak boleh didedahkan pd umum.kalau kutuk muka ke cm……tu sememangnya pribadi..sedangkan itu semua kemungkaran…kita bkn nak pilih tok batin(maaf xda mksd tertntu),kita mahu memilih pemimpin.jd kita ptt tahu dan sebarkan siapa sebenar mereka2 itu..jika mereka baik kita smpaikan,jika buruk pun kita ptt sebarkan…dlm msyrkt ana rase ada salah paham ttg “Tidak boleh dedah soal peribadi”…

  10. mahasiswa says:

    Ustaz TN Guru Haji Hadi pun kata pasal kena mendedahkan hal peribadi orang, seperti masalah yg ditimbulkan oleh Ibnu Aiman(komen#9).
    Saya rasa adalah baik jika ustaz menjelaskan hal ini dalam artikel ustaz akan dtg…..

  11. Ibnu Aiman says:

    ana xtimbulkan..just mengutarakan je..ape2 pun ana dah phm mksd mahasiswa…hehe

  12. mahasiswa says:

    salam
    sekali lagi saya ingatkan kepda semua calon2 dan jentera BA yg muslim… Bekerja habis-habisan, pohon kekuatan dan pertolongan ALLAH, bangun solat tahajud, buat solat hajat, puasa sunat, sungguh2 mohon pada Allah, dekatkan diri kita semua dan tingkatkan pengharapan kita hanya kepada Allah SWT. Hanya dgn izinnya sahaja kemenangan akan berpihak kepada kita…
    Jangan lupa, doakan agar Allah buka pintu hati Tan Sri Rashid dan seluruh kakitangan SPR agar tidak melakukan penipuan..

    PERINGATAN TERBUKA KEPADA PETUGAS SPR YG MEMBACA KOMEN SAYA INI, ANDA MUNGKIN TERLEPAS DIMAKAMAH DUNIA INI JIKA MELAKUKAN PENIPUAN, TETAPI KAMI RAKYAT MALAYSIA BERJANJI AKAN MENUNTUT ANDA SEMUA DI MAKAMAH ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK!!!!!! JIKA ANDA KURANG YAKIN DGN ADANYA HARI AKHIRAT, SILAKAN LAKUKAN PENIPUAN………. SAYA BERJANJI AKAN MENUNTUT KEADILAN DI HADAPAN ALLAH NANTI…

  13. mahasiswa says:

    http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=1615
    kalau gambar imam hadhari macam ni dikira mengumpat ke?
    Bukti dah jelas, kalau fitnah suruh pak lah saman…..

  14. elfaruqi says:

    salam…sungguh tajam idea ini..tahniah ustaz

    cuma peringatan kpd kita semua…tidak bermakna kita meyakini hal istidraj akan menimpa MEREKA YG ZALIM, menyebabakan kita hanya tunggu dan lihat apa lagi kezaliman yang mereka akan buat selepas ini, & cakap “tak lama lg sampai la bala ALLAH kat org2 zalim ni”…jgn sekali-kali begitu!!!

    kerana bala yang akan menimpa bkn kena ke atas org zalim sahaja

    ANDA MAMPU MENGUBAHNYA…anda akan diberi 1 peluru PARLIMEN & 1 peluru DUN pd 8mac nanti…PASTIKAN SASARAN ANDA TEPAT!!

  15. Pak_Din says:

    Ketidakadilan yang paling parah adalah apabila tidak dapat menyedari kesilapan diri sendiri dengan hanya terus mengikut arus perdana yang menyesatkan. Anda mempu mengubahnya bukan dengan hanya bersemangat pada mengundi di PRU12 tetapi mengambil kisah untuk mengundi pilihan yang ada di dalam diri. iaitu untuk percaya atau untuk fikir.

  16. [...] #15 Pak_Din Says: March 9th, 2008 at 9:16 am [...]

  17. umaralfateh says:

    rupanya seruan pada pilihan raya..

    mendalam maksudnya..

  18. sumayyyah says:

    macam mna kta nak taw 2 istidraj atau tidak,,,,,adakah rupa paras yg elok…juga merupakan istidraj?

  19. sanchez premera says:

    artikal yang menarik sekali… syabas ustz hasrizal… kte jagn takut sebarkan kbenaran walaupn ia pahit

  20. asmaq daud says:

    Allah Maha Penyayang. Walaupun seseorang itu kafir akan tetapi kebolehan luar biasa(istidraj) tetap dikurniakan olehNya kepada mereka.Ini menunjukkak kepada kita bahawa kita perlu berfikir kenapa pemberian tersebut dikurniakan kepada mereka. Allah itu tidak pilih kasih. ArRohmaan(untuk umat Islam) ArRohiim(semua orang)..

  21. batu petir says:

    teringat saya satu pepatah inggeris

    “when it is all okay, something is really wrong”

    perkara ini bukan sahaja kita lihat, kita juga pernah mengalaminya. biasanya, apabila kita menegah sesuatu yang buruk dalam keluarga, inilah antara jawapan yang diberi,”rezeki aku murah, mana mungkin aku buat salah?”

  22. hashimah says:

    Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A’raaf : )

    untuk ayat surah ni, golongan mcm mana di katakan orang2 yang mendustakan ayat2 kami..? contohnya sekarang..ramai kaum wanita kurang menjaga aurat, atau meringankan hukum menutup aurat mengikut konsep syarak sebetulnya..sedangkan mereka adalah golongan berpendidikan agama semasa sek. men dan tahu tentang konsep aurat tapi entahlah..adakah tu termasuk dalam golongan tersebut..kadang2 kita terlalu meremehkan masalah yang penting mungkin disebabkan x guna konsep zikir n fikir..

    wallahulam..

    sekadar persoalan di minda..

Leave a Reply