“Ana nak minta anta karangkan satu lagu untuk naikkan semangat kerja pilihanraya nanti ni”, kata Ustaz Shukri kepada saya. Lebih 10 tahun yang lalu.
“Bagi ana masa dua tiga hari, Insya Allah”, saya menyatakan setuju.
Selepas beberapa hari, lagu KEMENANGAN KITA saya hasilkan, Alhamdulillah. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana lagu tersebut digunakan untuk membantu sahabat-sahabat di tanah air menjelang musim Pilihanraya Umum 1995 ketika itu. Jauh di perantaun, selain doa yang dipanjatkan, nasyid dikirim tanda kebersamaan.
Atas semangat yang sama, lagu ini saya selongkar dari simpanan dan saya tujukan ia kepada keseluruhan jentera Barisan Rakyat Pilihanraya Umum 2008… seeru ‘ala barakatiLlaah!
Telah sekian lama kita menanti
Al-Quran berkuasa, kembali bertakhta
Langit dan bumi terpisah kini bersatu
Zaman Islam diperintah telah berlalu
Sambutlah kemenangan ini
Kemenangan yang lama telah dinanti
Kuasa yang kita miliki
Membawa Islam ke singgahsananya
Dalam jerih dan payah cabaran disanggah
Yang rosak dibaiki dengan teliti
Susah yang sama dirasa sabar ubatnya
Demi perjuangan kita Islam bertakhta
Ulama’ dan kepimpinannya
Bangkit gagah di tengah keruntuhan
Kuasa baginya amanah
Ditunaikan dengan penuh keimanan
“Seeru ‘ala barakatillah”

Abu Saif @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Tumpang dengar ya Hocam..
Bait lirik penuh makna..
Kritis lagi kreatif..
buyrunuz….
saya dah tukar versi yang ada subtitle dan hujung tu jangan terkejut saya. saya terpaksa modify sikit sebab masa rakaman, terlebih semangat bubuh bunyi machine gun pulak…nanti jadi fitnah, ye dak. salam kepada mehmet hocam ya
Best ustaz…
Ustaz, tak sedar saya sampai menitiskan air mata bila menghayati kedua2 lagu itu. Bilalah harapan itu akan menjadi kenyataan..
Ayuh sahabat2ku, berbuatlah sesuatu demi kemenagan Islam, jgn tanya apa yg org lain telah buat, tanyalah apa sumbangan kita kepada perjuangan ini.
Buat semua teman2 mahasiswa dan anak2 muda yg membaca komen saya ini, saya menyeru agar kita turut sama2 menyumbang kerana masa depan negara ini berada ditangan kita.
bebaskan fikiran kita dari sikap TAKUT!. bergeraklah mengikut kemampuan masing2. Ingat setiap kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti.
Ustaz saya sedih kerana masih ramai rakan2 saya tidak ambil tahu pasal politik, kami disogok dgn hiburan, konsert dan pesta yg melupakan kami kepada tanggungjawab kami terhadap negara ini.
kami diperlakukan seperti budak sekolah di universiti2, diugut tarik pinjaman, ditakut2kan agar tidak berani menentang kerajaan. Sedangkan kami adalah bakal2 pemimpin yg akan mewarisi negara ini!!!!!
Sekali lagi wahai sahabat2ku, ayuh negara ini memerlukan anak2 muda seperti kita utk terus berjuang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Moga Allah membimbing kita ke jalan yg benar. Aminnnnnnn
ye ustaz, masa student mmg semangat membara.. tu ada bunyi machine gun tu…
ustaz, masa kecil dulu lagu ini la yg kakak sy hantar dari jordan dulu…terkenag masa kecil dulu..
duk dengar lagu2 usrah firdaus ni, kemudian salin lirik dn nyani kuat-kuat dgn
penih asyi k mansyk
Jazakallah
Takbir!
Apa lagi perlunya kepada peniupan semangat, sekiranya kita sedar bahawa nadi jantung kita merupakan irama yang mengalunkan kalimah Allah yang Agung. Sudah pasti yang tidak suka irama RAP (Ransangan Akal bukan Perasaan) tidak akan sedar kehadiran irama nadi, walaupun setelah di taufankan (ditup dengan kuat) semangat padanya.