Politik minyak sungguh unik. Ia emas yang menggilakan manusia
“Abi baru balik?”, tanya Saiful islam.
Dia terjaga dari tidur mendengar kepulangan saya. Jam sudah lewat 1 pagi.
Saya tidak mampu berkata apa-apa. Hanya terdiam, mengusap kepalanya yang botak.
“Tidurlah nak. Esok kita sambung cerita…”, saya memujuk Saiful Islam agar tidur semula.
Ada juga sedikit sebanyak rasa terkilan kerana saya tahu, esok juga saya tidak sempat bertemu anak-anak memandangkan saya harus keluar awal untuk program yang penuh.
“Hanya seketika… ia harga sebuah prinsip, nak!”, saya bercakap sendirian sambil bersila melihat anak-anak nyenyak tidur.
Kasihan Ummu Saif… dalam penatnya sendiri, terpaksa menjaga anak-anak sendirian buat seketika, disebabkan oleh jadual saya yang amat padat.
Biar pun penat, tambah pula dengan beban jiwa melihat wajah pengundi-pengundi dari Hulu Klang yang saya lihat sebentar tadi, saya tidak dapat melelapkan mata. Beban melihat wajah mereka… yang mencari sinar untuk kehidupan yang lebih baik. Jika tidak untuk diri sendiri, mungkin untuk anak-anak dan masa depan mereka.
“Kita adalah pasukan yang percaya, dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya. Tuan puan percaya atau tidak?”, saya menyoal.
“Percaya!!!”, jerit mereka dalam renyai malam itu.
“Maka mari kita bersama bergandingan tangan, bekerja untuk melihat apa yang kita percaya”, saya menyambut terikan mereka.
Kita semua mesti percaya. Harus percaya. Kerana kita tiada pilihan selain untuk percaya. Kita mesti percaya kerana kepercayaan kita ialah suatu kewajipan. Rakyat berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Lebih terbela.
“Apakah mustahil untuk harga minyak diperbaiki?”, saya bertanya lagi.
“Tidak!!!”, jawab mereka.
“Tidak mustahil. Kerana kita akan bekerja untuk membuktikan apa yang kita percaya. Yang mustahil ialah di sebuah negara yang mengeksport minyak, masih ada rakyat yang makan siput babi! Itu mustahil. Itu tidak masuk akal!”, saya menambah perisa ucapan.
“Tuan puan sekalian, Allah tidak menciptakan manusia itu ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah ciptakan manusia itu berbeza-beza kepandaian. Tetapi kepandaian kita tidak berguna kerana kita tiada peluang untuk pandai di bawah pemerintah yang menganggap bahawa hanya mereka sahaja yang pandai. Hanya mereka yang tahu memerintah. Yang lain semua bodoh”, saya menyambung.
Hujan lebat mencurah, namun hadirin setia menanti.
Selepas mendapat mikrofon dari tangan Haji Saari Sungip calon DUN di situ, saya menyambung giliran bercakap.
“Macam mana kita tidak hilang kepandaian? Segala-galanya menjadi mangsa politik. Bola dipolitikkan, guru dipolitikkan, profesor di universiti dipolitikkan, semuanya dipergunakan hanya untuk parti yang satu itu! Segala-galanya lemah, kerana kebijaksanaan orang kita ditenggelamkan oleh kepentingan politik mereka”, saya meneruskan ucapan.
“Tetapi kami, tuan puan dan kita semua, adalah pasukan yang menghormati kepandaian semua. Kita akan serahkan bola kepada pakar bola. Kita akan serahkan kajian universiti kepada pakar-pakar di universiti. Kita akan serahkan pendidikan kembali kepada pakar pendidikan. Kita akan hormati pakar bahasa untuk memperbaiki soal bahasa. Kita akan pulangkan amanah kepada ahlinya!” ucapan diteruskan lagi.
Terasa gugup, kerana ia bukan pentas yang biasa buat saya. Namun demi prinsip… saya tidak mampu untuk tidak bersuara. Biar pun dalam keupayaan diri yang terhad, bebanan peperiksaan yang masih belum selesai, namun saya mesti meletakkan diri pada sebahagian dari usaha… kerana dengan itu saya dan kita semua sudah menang sebelum bertanding.
Menang kerana kita percaya.
Percayakan kebenaran… bahawa masyarakat boleh hidup dengan lebih baik, kerana yang membangkrapkan negara bukanlah ada sebab yang lain, selain korupsi dan nafsu besar pihak yang sudah terlalu lama berkuasa.
“Kita belajar bahawa Rasulullah SAW memulangkan kunci Kaabah kepada Bani Shaibah yang belum Islam ketika itu. Kita belajar bahawa Sultan Muhammad al-Fatih melantik kembali paderi Orthodoks sebagai ketua komuniti mereka. Islam mengajar kita memulangkan amanah kepada ahlinya. Maka inilah kunci negara yang kita percaya. Negara kita, negara semua!”, saya meneruskan lagi ceramah malam itu.
“Muhammad al-Fatih berpura-pura sakit. Ubatnya hanya anggur. Namun setelah diperiksa tenteranya, tiada seorang pun yang mencuri anggur di sepanjang perjalanan semata-mata untuk menyembuhkan ketua mereka yang ‘sakit’. Mereka bukan pasukan yang bekerja untuk ketua. Mereka adalah pasukan yang bekerja untuk Allah. Untuk Islam dan untuk kebenaran. Inilah pasukan yang kita mahu. Pasukan yang bekerja untuk kita, bukan untuk ketua mereka semata-mata!
Korupsi menjahanamkan Malaysia.
Rasuah menjahanamkan Malaysia.
Hanya satu cara untuk kita ubah semua ini. KIta ubah undi kita. Kita ubah undi kita! Sekian… wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh!”, saya menyelesaikan ucapan.
Hanya 2o minit. Kerana itu sahaja upaya saya. Sudah terlalu letih, tetapi tidak pernah jatuh semangat atau kecewa.
Biar pun ‘turunnya’ saya malam itu hanya untuk satu sesi yang sederhana, tetapi ia adalah dimensi baru buat diri ini.
Saya mahu berdiri sebagai manusia prinsip.
Saya bukan penjenayah kerana menolak kerajaan yang ada. Tidak ada negara di dalam dunia yang memberikan gambaran bahawa pembangkang adalah penjenayah, kecuali negara yang satu ini. Kerana sudah terlalu lama berkuasa, amanah sudah dianggap hak milik peribadi. Hilang fungsi kepimpinan sebagai amanah. Sebaliknya kepimpinan dan politik, menjadi lesen untuk mengumpul mewah.
Saya sebagai pendakwah, saya tetap saya seperti sebelum malam itu. Tetapi saya khianat kepada diri sendiri, andai saya berdiam diri. Biar pun hanya seketika… saya sudah ‘kotorkan’ kaki, demi membersihkan negara untuk masa depan yang sempurna.
Demi anak-anak, demi masa depan mereka, benih perubahan telah kusemai, kerana AKU MANUSIA PERCAYA.
“Seeru ‘ala barakatillah”

Abu Saif @ www.saifulislam.com
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Syabas ustaz! di keheningan malam di dalam markaz ini, ana bertahmid memuji ilahi…
tahniah ustaz! Kepada semua pengantung bendera, petugas2 parti…
Pembangkang bukan lah penjenayah utama negara Malaysia, walaupun parti yang satu ini menganggap pembangkan sedemikian rupa….
Hapuskan kerajaan tiga beranak!!!!!!!!
Hebat!
Ya Ustaz,
Terharu saya membaca artikel ini…insyaAllah kejayaan itu sangat dekat dengan kita.
Ya ALLAH, Kau permudahkanlah dan janganlah Kau uji kami dengan apa yang kami tidak ada kemampuan menghadapinya.
ustaz. terima kasih.
terharu. teruskan.
Ya Allah jadikan kami orang-orang yang istiqamah dalam mujahadah.
Semoga sentiasa mendapat rahmat dan maghfirah dari Allah s.w.t…Amenn……
“Tidak ada negara di dalam dunia yang memberikan gambaran bahawa pembangkang adalah penjenayah, kecuali negara yang satu ini.”
Saya sangat sangat setuju dengan point ini…
Allahhuakbar…semangat ku kembali stlh dijajah kepada berita2 yg dicanang setiap mlm….Ya Allah selamatkan bumi Malaysia ini…..
Salam…cayalah ustaz!!! semangat membacanya. kita manusia yang mesti percaya! percaya pada perkara yang belum kita lihat! memang kewajipan kita untuk percaya. Kita telah menang sebelum bertanding. kerana kita cuma ada 2 pilihan. samada MATI SYAHID @ MENANG..TAKBIR!..
Inilah wajah dan watak projek tokoh calon PRU13 InsyaAllah.
Qalamullah: Ra’d / ayat :11 ….???? ????? ?????? ??? ????????? ??? ???????? ?????? ???????????? ??? ??????????????….
..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ..
Hadith Nabi : “Keme Kuntum tuvellu” anlami “Nasilsaniz, oyle yonetilirsiniz.”
Selamun Aleykum hocam, Selaminizi hanim iletti bana, Allah Razi olsun, sizinle gorusmek istiyorum ama siz cok yogun programiniz var, insaallah nasip ne zaman ise o zaman gorusuruz.
Hocam hayirlisi olsun insaallah, secimler itibariyle simdi buradaki halk bir yol ayriminda, yeni bir parti yukselirse, yeni parti azicik zorlanacak bir de eski parti aynen Turkiye’deki gibi cok siyasi planlar yapacak. Ama halk en azindan inisiyatif kullanip degismis olacak.
Aksi takdirde bir musibet geleceginden korkuyorum. Zaten dunya bir musibete dogru gidiyor. Hani yuzyil once ne oldu? Simdi yulyil sonra baska bir turlusu olacak. Dunyaya kapilanlar cok elem gorecek. Allah mu’minlerin yardimcisi olsun. Bu bahsi cok uzatmayayim.
Ne olursa olsun, insaallah bir bes alti sene sonra dunya cok degismis olacak, cok guzel olacak. Rabbim Rizasi icin guldursun, Rizasini kaybettirecek tatli eksi her seyden muhafaza buyursun.
Hocam sayet anlasilmayan kelimeler olursa, seslisozluk.com cok guzel, oradan istifade edebilirsiniz. Hakkinizda duaciyim.
Hurmetlerimle,
Mehmet
Qalamullah: Ra’d / ayat :11 ..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ..
Hadith Nabi : “Keme Kuntum tuvellu” anlami “Nasilsaniz, oyle yonetilirsiniz.”
Selamun Aleykum hocam, Selaminizi hanim iletti bana, Allah Razi olsun, sizinle gorusmek istiyorum ama siz cok yogun programiniz var, insaallah nasip ne zaman ise o zaman gorusuruz.
Hocam hayirlisi olsun insaallah, secimler itibariyle simdi buradaki halk bir yol ayriminda, yeni bir parti yukselirse, yeni parti azicik zorlanacak bir de eski parti aynen Turkiye’deki gibi cok siyasi planlar yapacak. Ama halk en azindan inisiyatif kullanip degismis olacak.
Aksi takdirde bir musibet geleceginden korkuyorum. Zaten dunya bir musibete dogru gidiyor. Hani yuzyil once ne oldu? Simdi yulyil sonra baska bir turlusu olacak. Dunyaya kapilanlar cok elem gorecek. Allah mu’minlerin yardimcisi olsun. Bu bahsi cok uzatmayayim.
Ne olursa olsun, insaallah bir bes alti sene sonra dunya cok degismis olacak, cok guzel olacak. Rabbim Rizasi icin guldursun, Rizasini kaybettirecek tatli eksi her seyden muhafaza buyursun.
Hocam sayet anlasilmayan kelimeler olursa, seslisozluk.com cok guzel, oradan istifade edebilirsiniz. Hakkinizda duaciyim.
Hurmetlerimle,
Mehmet
Ustaz benim yorumlar?m olan 12- 13 – 14 – 15′i siliniz, bana ar?za (error) mesaj? verdi bende düzeltmeye çal??t?m, me?erse burada ç?km??. Ayr?ca bu mesaj?da silebilirsiniz.
Terharu ana baca artikel ini ustaz. Syabas ana ucapkan kepada ustaz kerana berani menyatakan kebenaran dalam menghadapi kebatilan yang sedang menggila. Jemput ke blog saya di http://disertasi.blogspot.com utk artikel Peringatan buat semua calon Muslim ; Hindari ciri-ciri munafiq. Syukran
Insya Allah, ini lah masanya untuk kebangkitan Islam bukannya Islam Hadhari yang digembar-gemburkan oleh Pak Lah. Islam yang hanya pandai kata-kata shja tapi tidak diamalkan. Allahu Akhbar!!!!
Semoga setiap pembaca dan setiap rakyat malaysia dapat menilai erti demokrasi sebenar. sebagai muslim, marilah kita bersama-sama bermunajat, bangun malam, tahajjud dan solat hajat agar Allah swt membantu segala usaha kita kerana kita adalah hamba yang percaya ….
Syabas ustaz, moga Allah bimbing ustaz. Kami memerlukan lebih ramai lagi golongan bijak pandai dan alim ulama seperti ustaz.
Saya menyeru kepada mufti2, alim ulama, ustaz dan ustazah, imam2, profesor dan pensyarah2, anda semua telah diamanahkan oleh Allah ilmu, anda semua adalah org pertama yg akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Janganlah kerana dunia, kerana pangkat dan kedudukan, prinsip kebenaran dan keadilan di nafikan..
Sekali lagi saya rayu, sebagai anak muda generasi saya akan memimpin negara ini. Kami memerlukan tunjuk ajar dari anda semua. Demi generasi akan datang, ayuh sama2lah berusaha demi agama dan negara ini…
Saya rayu sekurang2nya undi dan doa anda sekalian.
Seeru ‘ala barakatila
wah! ustaz berceramah di pentas politik. Syabas!
jazakallah ustaz…ya Allah…bantulah kami semua memulangkan amanah kpd ahlinya…aamin..takbir!
Mabruk Ustaz! Mabruk..kita akan menukar kerajaan ini…Insya Allah!
Tahniah Ustaz, sumbangan yang bukan sahaja bernilai dari sudut butir-butir ucapan, namun juga dari sudut kehadiran bagi menyatakan sokongan. Alhamdulillah kita semua saling perkukuh dan memberi dorongan. Insyaallah sinar Islam akan makin gemilang.
salam ustaz,
malam tadi ana di perjumpaan tok guru dengan anak kelantan di hotel nikko. Ambo tertarik satu ungkapan Dato Husam “Umno-BN suka berjanji tapi tak buat, tok guru tak berjanji tapi buat” contoh macam skim kifalah.
TAKBIRR!!!
Salam.
Syabas ustaz, atas prinsip diri yang tidak menggadaikan keuntungan peribadi . Demi kemaslahatan negara, saya dan keluarga juga tidak akan “mengotorkan” tangan dalam memberi hak pentadbiran negara, pada calon yang tertera jelas di kaca tv saluran perdana.
Takbir!M’sia memerlukan golongan spt ustaz.
MESTI BACA JIKA BENAR-BENAR ANDA RASA ANDA MAHU JADI BAIK!!!
Antara 10 tanda jiwa kita dikuasai Iblis secara halus [sebelum diri kita dikuasai sepenuhnya.] dari 1001 tanda yang hanya boleh diketahui melalui muhasabah diri dan keinsafan yang dalam terhadap ajaran Al Quran dan hadith.
[Az Zukhruf : 36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya. 37. dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.]
1. Tidak mahu menambah ilmu – tidak kira sama ada kita terasa-rasa serba berilmu atau tidak mahu tanggungjawab lebih bila ada kelebihan ilmu;
2. Sentiasa mahu didengari, dilihat serba berilmu dan diberi perhatian bila menyampaikan ilmu atau pendapat tetapi berat telinga bila diminta mendengar pula;
3. Sentiasa rasa mulia diri, inginkan kemasyhuran, dan disusuli dengan mudah memandang “ kecil” orang lain;
4. Bila ada sesuatu kebenaran yang terkena batang hidung sendiri, mudah rasa tersindir lalu tercari-cari alasan untuk menafikannya atau mematahkan hujah;
5. Gembira dengan keburukan orang lain tetapi terlalu susah hati bila keburukan sendiri terdedah kerana nak maintain “air muka” depan manusia;
6. Tidak pernah rasa berdosa, sentiasa terasa ampun dan memandang kecil dosa-dosa kecil yang dibiarkan berlaku berulang-ulang;
7. Sentiasa ghairah mencari bahan ilmu untuk memperbetulkan orang dan mudah rasa megah bila dapat membongkar kebathilan dan menumbangkan pihak lawan dan bukan berpesan-pesan antara satu sama lain atas dasar ikhlas dan kasih sayang (iaitu tegas memperbetulkan kesalahan dengan cara yang berhikmah; dan gembira bila kesalahan sendiri diperbetulkan walaupun dengan cara yang menyakitkan hati);
8. Mengambil sikap sambil lewa terhadap krisis umat Islam;
(bayangkan di padang masyar ketika kita sedang seronok melangkah dalam syurga dengan pelbagai amalan tiba-tiba ditahan oleh satu hamba allah yang dibunuh kejam oleh yahudi, anak perempuannya dirogol dan anak-anak lelaki dibunuh, hartanya dirampas tetapi kita tidak pernah terdetik rasa simpati dan menangisi nasib mereka dan mendoakan keselamatan dan keampunan untuk mereka, dan kerana doa yang tidak pernah terucap tanda persaudaraan, kita dihumbankan dalam api neraka) ;
9. Berputus asa untuk memperbaiki diri kerana lebih takutkan penolakan manusia yang sentiasa tidak mahu berubah dan menerima kebenaran daripada ditolak oleh Allah di Padang Mahsyar;
10. Lebih teringin hati itu untuk berbuat dosa tetapi tertahan kerana takut diketahui manusia.
Antara tanda nifak yang paling halus – gembira bila ada hujah yang kuat untuk menundukkan lawan cakap tetapi hakikatnya diri sendiri tak terbuat.
Oleh itu, jika ada penyakit ini, maka berhati-hatilah kerana kita ini manusia yang lemah dan terlalu harapkan pertolongan dari Allah dan sewajarnya terlalu bimbang dengan keadaan umat islam yang tidak terbela menyebabkan semua amalan kita tertolak. Tak mampu angkat senjata, angkatlah tangan sama-sama kita berdoa untuk keselamatan dan keampunan semua saudara kita di mana sahaja kita berada.
Mulakanlah dari sekarang membaca Al quran sehari semuka dan khatamkan bacaan matan dan terjemahannnya sebanyak mungkin dan kita akan bertemu sendiri pelbagai ilmu yang menjadi jawapan kepada apa sahaja persoalan kita Insya allah. Sesungguhnya tanda kita mencinta Rasul SAW ialah dengan membaca AL Quran, dan jika ingin berbual dengan Tuhan, maka bacalah terjemahannya dan hayatilah pengajarannya. Setiap orang akan ada penemuannya yang berbeza-beza menurut keperluan dan persediaan iman dalam jiwa.
Maaf – Ustaz – menumpang ruangan anta – pohon disampaikan buat yang mahu hidup berendah diri dan berhubungan atas dasar iman dan takwa. Wallah a’lam – dari insan yang masih berhati buas. Wassalamualaikum.
Ya Allah,
rahmatilah usaha kami…
Moga-moga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kebahagiaan buat ustaz sekeluarga. Ameen…
Asm Ustaz…ana cukup terharu dan berbangga dgn ustaz. Semoga ustaz diberikan kekuatan utk istiqamah dlm perjuangan bagi menegakkan kebenaran. Sayang sekali ana tak dapat turut serta dlm pilihanraya kali ini. Sedih dan terkilan mengenangkan mrk yg bertungkus-lumus berjuang memenangkan Islam. Hanya doa shj dapat dikirimkan dari bumi Kiwi…Takbir
saya sangat gembira membaca artikel ini
Insya Allah. Walaupun BN dibantu oleh SPR dan polis yg. penuh tipu muslihat, Insya Allah.. Bantuan Allah akan tiba. Moga-moga perjuangan Islam disemarakkan dengan pejuang2 Islam yg. mencari rahmat Allah macam ustaz dan rakan2 semua.(termasuk diri ini) amin…
salam
nasilsin?
ajmala tahanie..syabas syeikh…ana adalah sahabat yang paling gembira bila enta memulakan langkah yang tepat pada masanya.. pesanan enta kepada rakan2 sewaktu belajar dulu masih basah dalam ingatan.. kita akan terus bekerja dan bekerja lillah..bekerja di atas kepercayaan. mudahan Allah memberi segala kekuatan dan kemudahan..berdiri di atas prinsip..bekerja di atas prinsip.
allah simarladik
Satu permulaan yang sangat baik untuk kita adalah menjadi manusia yang percaya. Bagaimanapun setelah benih percaya itu bercambah, ia mesti dibaja dengan pembuktian melalui proses pemikiran kritikal dan bersedia menjadi Ulil Al Baab selaras saranan AL Quran mengarahkan kita membaca Kitab Alam selepas membaca Kitab Al Quran.
[...] #33 Pak_Din Says: March 9th, 2008 at 9:05 am [...]