Kalau Fiqh Ada Usul Fiqh…

Sejarah bukan hanya membaca peristiwa, menghafal nama dan tempat. Ia adalah proses memahami dan menganalisa tabiat manusia. Belajar sejarah bererti belajar tentang manusia.
Ilmu sejarah di dalam tradisi Barat berbeza dengan ilmu sejarah di dalam tradisi Islam. Barat mengambil masa yang panjang untuk menentukan apakah Sejarah ini Sains atau tidak? Sains dalam erti kata ada manhaj, ada pemerhatian, ada pengumpulan data dan ada kaedah analisis. Jika Sejarah itu Sains, adakah ia sebahagian daripada Sains Sosial dan apa bezanya Sejarah berbanding dengan cabang Sains Sosial yang lain seperti Psikologi, Sosiologi, Antropologi, Sains Politik, Komunikasi dan sebagainya? Hal ini dibahaskan dengan panjang lebar apabila sejarah kepada Sejarah, dikaji dari kacamata Barat. Untuk memahami perbincangan ini, saya berasak dan berasap kepala untuk memahami diskusi R.G. Collingwood di dalam bukunya The Idea of History.
Ilmu sejarah di dalam tradisi Islam tidak begitu. Oleh kerana hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam, dan manusia secara peribadinya, begitu jelas di dalam al-Quran, maka kekaburan seperti diskusi di atas tidak berlaku. Sejarah terus berkembang sebagai 15-20% daripada kehendak al-Quran, dan terus menjadi subjek tumpuan ilmuan.
Jika kita mempelajari Fiqh, kita harus terlebih dahulu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah yang membentuk Fiqh itu sendiri. Fiqh tidak boleh difahami hanya dengan menghafal hukum A, B dan C. Fiqh tidak boleh difahami tanpa terlebih dahulu mempelajari Usul Fiqh iaitu ilmu yang mengajar bagaimana isu A hukumnya menjadi A, dan isu B hukumnya B.
Maka begitu jugalah dengan Sejarah. Jika sesiapa cuba mendekati sejarah hanya dengan membaca peristiwa, tanpa jelas kepada dirinya bagaimana peristiwa itu direkod dan kemudian bagaimana ia patut ditafsir… sejarah akan menjadi beku dan jumud… membosankan dan membuang usia. Untuk itu, kita perlu kepada Usul al-Tarikh, atau kadang-kadang disebut juga sebagai Fiqh al-Tarikh. Di IIUM, ia dimasukkan sebagai topik di bawah subjek Research Methodology.
Siang tadi, saya telah selesai menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Research Methodology yang memperkatakan tentang hal-hal di atas. Di sepanjang semester ini, subjek Research Methodology adalah subjek yang paling mencabar saya. Bukanlah semata-mata kerana kesulitan memahami falsafahnya, tetapi kerana kelas itu bermula pada jam 2 petang dan berlanjutan hingga jam 5.
Waktu yang sangat dahsyat untuk bermujahadah!
Isteri saya pula sering bekerja shif malam pada Rabu malam Khamis, maka setiap malam itu saya tidak nyenyak tidur melayan anak-anak. Akibatnya, Research Methodology sering menonton kejadian syahidnya saya di meja bulat kami. Kadang-kadang sampai Dr. Ahmed Elyas Husein terpaksa berhenti sekejap untuk memberi laluan kepada saya kembali ke alam nyata.
Rupa-rupanya bukan di dalam kelas sahaja saya sering kecundang, malah semasa peperiksaan akhir tadi juga saya tertidur! Allah… mujurlah hanya 10 minit saya terlelap. Syukur Alhamdulillah soalan yang diberikan berada di dalam jangkaan saya. Apa yang saya bimbangkan ialah jika tajuk Qualitative and Quantitative Methodology, keluar sebagai soalan wajib. Sukar sedikit untuk saya mensyarahkan sesuatu yang berbau teknikal dalam keadaan yang sangat mengantuk.
Berikut adalah soalan yang diberikan untuk saya menjawabnya:
- Explain the contribution of al-Quran to the early Muslim understanding and writing of history.
- Analyze the methodology adopted by early Muslim historians in studying ancient history.
- The study of change is one of the main issues in Western historical thought. Discuss this statement with special reference to the factors of historical changes.
- Analyze Khalid Blankinship’s views on “The Need for an Islamic Theory and Methodology of History”.
Alhamdulillah, saya memilih soalan 1, 2 dan 4 untuk dijawab kerana bagi soalan ketiga, saya keletihan untuk memikirkan manhaj Karl Marx di dalam menghuraikan tafsirannya terhadap historical change. 7 helai kertas pad, selama 2 jam 40 minit saya selesai menjawab. 10 minit saya tertidur dan untuk itu saya tidak bertangguh dan terus keluar sebagai pelajar pertama yang meninggalkan dewan peperiksaan. Mahu segera berkejar balik untuk qadha’ tidur.
Subjek ini akan diperdalamkan lagi melalui subjek Muslim Historiography yang akan saya pelajari pada semester 1 2007 / 2008 bermula Julai akan datang Insya Allah.
Sementara itu, untuk malam ini mujahadah diteruskan bagi peperiksaan subjek Modern History of the Arab World esok jam 9 pagi. Wallahu al-Musta’aan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 2 years ago
Assalamualaikum
Susahnya soalan-soalan tu. Sampai sekarang saya sukar membezakan antara Qualitative and Quantitative Methodology.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Kolay gelsin ya ustaz! ehee..hrp2 xdek grammatical mistake even sy kopipes jer..=D Maan najah bittaufiq fil imtihan ye ust! doakan kami same. Allah razi olsun…. len kali pegi turki lg,dh bole berbudi dan berbhs.. jzkk ye ust!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
terima kasih… banyak yang saya belum baca untuk exam esok pagi ini. Allah…
tadi tolong anak buat kerja sekolah, lepas tu tolong emaknya buat kerja rumah. dah baki-baki ni, baru nak start tolong diri sendiri. Khutbah jumaat esok mesti tertidur ni… alahai.
Respond to this comment [with empathy]
Harry asmi reply on January 23rd, 2009 2:37 pm:
@saifulislam, Takkanlah sampai begitu.Sudah lumrah kalau sudah berumahtangga.Suami dan isteri perlu tolong-menolong dalam mengurus rumahtangga,barulah mendapat sebuah keluarga yang harmoni.Bukan begitu?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
wah.. sempat tidur tengah exam tuh?!!
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamu alaikum
Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pelajaran enta.
Sesungguhnya tidur dalam berjuang itu satu nikmat bagi seorang mujahid.
Semoga ia menyegarkan tubuh dan minda untuk terus MEMBERI.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
Assalamualaikum,
Pada sayer senang aje beza qualitative and quantitative research ni: Quantitative is trying to resolve the question of what, when, where and how many, where as qualitative research is trying to solve the question of how and why.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
waalaikum al-salaam wbt. sebab itulah sejarah lebih banyak menggunakan method qualitative berbanding quantitative jika sejarah dibandingkan dengan social sciences yang lain seperti sociology dll. thanks azrul. bila nak jadi Dr. Ir. Azrul?
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
kalau hadis ada musthalah hadis…
Merujuk perkara di atas,suka ana berkongsi pendapat ngan ustaz atau pembaca yang lain dalam memahami tajuk subjek ini…
di fahamkan,ramai yang tak faham silibus subjek ini…
harap ustaz dapat bagi pendapat atau komen yang bernas…
wassalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 2 years ago
kalau ada salaf adalah khalaf, boleh gitu tak akhi?
Respond to this comment [with empathy]