Sepetang di Antrim
“Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam” Abdellah menahan saya di pintu masjid selepas Solat Asar.
“Waalaikummussalaam. Insya Allah semampu yang mungkin, saya cuba membantu. Apa masalahnya, brother?” saya berhenti sambil merenung langit yang gelap dipintas awan mendung.
“Saya mahu mengajak Imam ke rumah saya. Saya harap Imam dapat membantu abang saya” jawab Abdellah.
Beliau merupakan salah seorang jamaah yang bersolat di masjid kami.
“Eh saya tak pernah tahu pun yang kamu ada adik beradik di sini. Kenapa dengan abang kamu?” saya agak terkejut kerana biasanya Abdellah hanya kelihatan bersama kawan-kawannya sahaja.
“Ya, dia sudah lama di Belfast. Sekarang ni dia semacam ada masalah. Sentiasa berkurung di dalam bilik. Selalu menangis dan kadang-kadang menjerit tak tentu hala hingga menakutkan kami” Abdellah menjelaskan kepada saya.
Kerut dahinya memahamkan saya bahawa permintaan itu mesti saya penuhi.
“Mungkin dia kena rasuk jin agaknya, Imam!” ujar beliau lagi.
“Hmm, saya tidak pandai dan tiada pengalaman dalam hal ini. Tetapi kita tawakkal sahaja kepada Allah. Bila kamu mahu saya ke rumah kamu?” saya bertanya.
“Sekarang!” Abdellah menarik tangan saya menuju ke keretanya.

Belfast Lough sentiasa sibuk dengan kapal dan feri.
PERJALANAN KE ANTRIM
Perjalanan ke Antrim petang itu memakan masa hampir sejam. Pandangan mata saya terlepas jauh ke Belfast Lough yang sesekali ombaknya bergelora dipukul badai musim sejuk. Kelihatan sayup-sayup, kren Harland & Wolff (H&W) meratah usia tua selepas pernah gemilang membina kapal Titanic yang kononnya tidak mungkin dapat ditenggelamkan walau pun oleh Tuhan!
Hati saya resah.
Apakah yang bakal saya hadapi petang ini? Saya tidak mempunyai pengalaman menghadapi kes-kes merawat orang yang dirasuk jin. Terdetik juga rasa `sesal’ di hati. Susahnya menjadi Imam di Belfast. Usia saya baru 26 tahun. Tetapi disebabkan oleh tugas saya sebagai Imam tunggal dan pertama di sini, saya terpaksa mengendalikan pelbagai bentuk kerja yang terlalu besar untuk `budak hingusan’ seperti saya ketika itu.
Abdellah memandu keretanya dengan tenang. Lebuhraya Belfast ke Antrim sesak dengan kenderaan orang ramai pulang dari tempat kerja masing-masing. Saya dan Abdellah tidak banyak berbicara. Masing-masing sedang tenggelam dalam fikiran yang berkecamuk. Seperti trafik di M2 pada petang itu. Hati semakin berdebar dan akhirnya, selepas melewati bulatan ke lapangan terbang, saya tiba di rumah Abdellah.
DI RUMAH ABDELLAH
“Silakan masuk,” pelawa Abdellah.
“Ya Allah, aku gagahkan sahaja diri ini demi membantu hamba-Mu. Berilah aku perlindungan dengan niatku yang mahu membantu hamba-Mu ini semata-mata kerana-Mu ya Allah” saya duduk di atas sofa.
Susun atur perabut rumah itu nampak mewah.
Ada sentuhan Arab kerana banyak yang berwarna emas.
Namun cahaya rumah itu suram dan malap, seperti ahlinya.
Abdellah membawa turun abangnya dari tingkat atas. Beliau diperkenalkan sebagai Ali. Saya terpaku melihat mukanya.
Petang itu saya melihat wajah yang amat menggusarkan hati. Entahlah, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Semacam ada awan hitam yang menyelaputi mukanya sehinggakan mata saya rasa kurang berdaya untuk menatap wajah Ali. Air mukanya bercampur baur antara dendam, sedih dan marah. Keliru barangkali…
“Assalamualaikum Brother Ali. Nama saya Abu Saif” saya menghulurkan tangan. Ali menyambut lemah. Semacam ada kedinginan padanya menerima kedatangan saya.
“Adik awak menjemput saya untuk melihat keadaan awak. Saya bukan doktor. Cuma seorang Muslim yang mahu membantu saudaranya. Dengan al-Quran” saya cuba memulakan perbualan.
Sepi.
Ali tidak memberikan sebarang respon.
Pandangan matanya banyak jatuh ke lantai.
“Ali, saya akan bacakan beberapa petikan ayat al-Quran perlahan-lahan. Kamu cuba ikut saya pada mana-mana ayat yang kamu ingin” saya mengajak Ali merawat dirinya.
Abdellah menepuk-nepuk belakang abangnya agar menurut arahan saya.
“Kami mohon perlindungan dengan-Mu ya Allah, dari syaitan yang terkutuk lagi tercela. Aku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih…” saya memulakan bacaan.

Saya yakin, ayat-ayat dan zikir yang saya amalkan dari himpunan al-Ma’thurat, adalah bekalan terbaik yang boleh saya gunakan. Apakah ada yang lebih baik daripada apa yang menjadi amalan dan kebiasaan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam sendiri?
Saya membaca dari satu petikan surah ke surah yang lain. Kadang-kadang pada ayat yang saya rasakan penting untuk di’rasa’ maknanya, saya ulang ia beberapa kali.
Saya nampak ada sedikit perubahan di wajah Ali. Kalau tadinya, wajah beliau seakan-akan tiada perasaan, mula terbit kemerah-merahan di bawah matanya.
Berkaca-kaca.
Tangannya sedikit ketar dan tiba-tiba, matanya menumpahkan tangisan seperti anak kecil yang merengek kelaparan.
Saya meneruskan bacaan sambil menepuk-nepuk belakang tangannya yang saya genggam.
“Sabar ya akhi. Mintalah bantuan daripada Allah. Kita ini hamba-Nya” saya cuba menyabarkan Ali.
Air matanya terus turun melimpah-limpah. Ketika sampai kepada firman Allah di penghujung surah al-Baqarah, saya berhenti seketika…

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu” [al-Baqarah 2: 286]
Bibir Ali terkumat kamit seakan-akan cuba mencari kembali ingatannya kepada ayat yang saya bacakan itu. Beliau merenung mata saya semacam memberitahu bahawa di hadapan saya ada seorang manusia yang sedang tenggelam di pusar air. Bagai terbaca di matanya jeritan meminta pertolongan.
Saya sedih…
Tidak banyak yang saya lakukan petang itu. Hanya al-Ma’thurat yang menjadi bekal. Selepas kami berdoa, Ali bangun dan naik ke tingkat atas rumah. Sendunya masih terdengar sayup-sayup di bilik atas.
“Terima kasih Imam atas pertolongan kamu!” kata Abdellah.
“Brother, janganlah berterima kasih kepada saya. Saya tidak berbuat apa-apa. Apa yang saya buat, hanyalah membacakan kembali kepada abangmu kata-kata Tuhannya yang mungkin sudah lama dia tinggalkan. Ali bersolat?” saya cuba mencungkil asal usul masalah yang membelenggu ahli rumah itu.
“Tidak. Tidak pernah saya melihat dia bersolat. Kami tiba ke Belfast dari Algeria sudah lebih 4 tahun yang lalu. Abang saya nampaknya semacam terkena kejutan budaya. Dia tidak pernah solat, tidak pernah ke masjid, dia minum arak, malah…” saya memberhentikan kata-kata Abdellah.
“Tak apalah saudaraku. Kesilapan-kesilapan yang lalu biarkan ia berlalu. Bak kata orang Arab, wa maa faaata faat, wa man maata maat. Yang sudah lepas, biarkan ia berlalu, yang telah mati, biarkan ia mati. Mulakan sahaja hidup baru” saya tidak mahu keaiban Ali diceritakan kepada saya.
ROH ITU DEKAD DENGAN ALLAH
Saya mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan Abdellah bahawa jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. Tetapi hati, roh dan jiwa kita terseksa.
“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah” saya menamatkan bicara di situ.
Jam di tangan sudah menunjukkan tepat jam 5 petang. Waktu Maghrib sudah pun masuk dan saya mengajak Abdellah bersolat jemaah bersama. Beliau cuba mengajak abangnya sama tetapi Ali enggan turun.
“Dia menyuruh kita bersolat dulu, Imam” kata Abdellah kepada saya.
“Tak apa, Insya Allah kita berbaik sangka. Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk kembali bersolat” saya tersenyum dan Abdellah mengangguk setuju.
Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara langsung dengan kita dan kita menjawabnya secara langsung dengan Dia? Demikianlah kebersamaan kita dengan-Nya. Membawa diri kepada zikrullah, membaca kalam-Nya dan bertadabbur menghayati ciptaan-Nya, semua itu adalah perjalanan roh yang kita bentangkan untuk ia kembali ke asalnya. Dekat dengan Dia. Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu dan mengikut jejak langkah Syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal dan semakin sesal dan bebal dengan kegundahan yang ditanggung.
Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal. Kepada Tuhan.
Saya bermusafir di Eropah, tinggal di kota besar seperti London, namun saya masih mencari kampung. Mencari padang hijau dan burung undan berenang di kali. Saya bertemu tenang di situ kerana saya berasal dari kampung. Kembali ke suasana kampung bererti membawa diri kembali ke asal. Ada tenang di situ.
Malah tatkala saya memeluk ibu dan mencium tangannya, hilang semua resah di jiwa. Masakan tidak, saya berasal daripada dia. Mencium dan memeluknya adalah kepulangan saya kepada asal.
Itulah sifir kehidupan.
Tatkala resah membelenggu diri, kembalilah ke asal. Kembalilah ke kampung, kembalilah kepada bonda, kembalilah kepada Dia, Allah yang asalnya dirimu dekat dengan-Nya.
ALI KEMBALI
Jumaat itu, Ali muncul di masjid buat kali pertama semenjak beliau tiba di Belfast. Saya sempat melemparkan senyuman kepadanya ketika mahu memulakan khutbah. Segala puji bagi-Mu ya Allah. Tuhan yang lebih suka Mengampunkan hamba-Nya daripada mengazab mereka.
Kisah ini muncul semula di fikiran, ketika saya bersama isteri dan anak berkunjung ke Istanbul pada Disember 2003. Ketika azan dilaungkan, tiba-tiba hati saya menjadi pilu dan timbul rasa hairan di fikiran saya…, “apakah yang ganjilnya ini?”
Barulah saya tersedar, sudah lebih 3 tahun saya tidak mendengar kalimah Tauhid berkumandang di udara. Walaupun di masjid, ada azan yang dilaungkan, namun ia hanya di dalam kawasan masjid. Perasaan menghayati dan mendengar puji dan puja kepada Allah berkumandang di seluruh ruang udara, adalah terlalu indah.
Allah..!
Selama ini tidak pernah saya sedari bahawa di dalam jiwa ini merebak sebuah kekosongan. Rindu kepada laungan azan berkumandang di udara, tidak saya sedari sehinggalah seribu menara masjid di Istanbul membelah langit dengan kalimah yang mengagungkan Allah, memberitahu apa yang telah saya hilang.
Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…
Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat’ dengan Allah…
Kembalilah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











assalamualaikum ustaz..lama x jumpa ya. saya ke sini selepas baca komen ustaz di artikel Sukarnya Menjadi Genius. Tenang je baca artikel ni..memang betul kalu seminggu tu bila dapat peluang baca quran puas2, rasa fresh+lega sangat hati ni..macam baru lepas buka puasa.
waalaikum al-salaam imad. memang, lama betul kita tak jumpa. hari tu ummu saif nampak kelibat anta di HUKM. katanya, wajah anta nampak ok, so kami assume yang semuanya smooth menjelang final exam akan datang ni… insya Allah ya…
senang-senang, jalan ke rumah
dekad [dibaca dekat]… elok sekiranya di betulkan.
Syukran jaziilan,ya ustaz.Mohon banyak-banyak lagi nasihat di masa depan.Moga di izikan Allah,kita kan bersua,insyaAllah.Andai tidak di dunia ini,moga dunia sana dapat jua dipertemukanNya,insyaAllah.Mahu lagi dibaca buat kali ke duanya.
Ya Allah,tetapkanlah dunia ini hanya di hujung jari ana,bukan terpaut dihati ana.Jazakallah ustaz.
insya’Allah ustaz..doakan agar hati kami disini juga , agar sentiasa dekat denganNya.
insya’Allah.=)
[...] dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan [...]
Salam. Begitulah jua saya ini. Terlalu lama tidak mendengar suara indah azan yg dilaung laungkan kpd semua. Sudah lama bermusafir, hendak dijadikan cerita pergi ke muzium dan kebetulan muzium tersebut ada bercerita tentang Islam. Tentang Rukun Islam untuk diterangkan. Saya sampai dibahagian ‘menunaikan haji bagi yg berkuasa’ lantas ada video org mengerjakan haji dan dilaungkan azan di dalam video tersebut dan bergema satu muzium itu. Tanpa saya sedari saya menangis mendengarnya, tak sangka itu adalah rindu. Benar kata ustaz, hati itu sebenarnya dekat pada Allahswt, yg menjauhkannya adalah kita.
minta izin utk saya C&P paragraph berkenaan roh itu dekat dengan ALLAH..
terima kasih atas posting ini..
Assalamualaikum..Segala puji hanya buatMu Allah Penguasa Alam Buana. Ana suka dengan penyampaian dan persembahan artikel. Perjalanan cerita dan kehidupan yang banyak membawa kepada Allah SWT. Walau kemana arah yang dituju, pasti membawa kita kembali padaNya.
salam..
subhanallah..
“Allah, selama ini tidak pernah saya sedari, bahawa di dalam jiwa saya merebak sebuah kekosongan. Rindu kepada laungan azan berkumandang di udara, tidak saya sedari sehinggalah seribu menara masjid di Istanbul membelah langit dengan kalimah yang mengagungkan Allah.
Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…”
Al-Qur’an itu adalah kalam Allah.
membacanya adalah ibarat bercakap dengan-Nya.
segala ketenteraman dan ketenangan pasti dari Dia, maka selayaknya ketenteraman itu diperolehi dari kalam-kalam-Nya.
cuma kita yang selalu leka. lalai ini sukar sangat dibendung.
lupa bahawa asal kita hanyalah dari setitis mani.
http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/04/cerita-pancutan-mani.html
sedang berusaha untuk kemballi..doakn ana moga thabat ust…
terima kasih atas entry yang mengubatkan..
http://www.youtube.com/watch?v=m1a2dGAwmEY
subhanallah, dan saya pernah mengalaminya..Jiwa kosong, dunia yang luas seakan sempit, dada penuh dgn kesedihan…mungkin jauh drpd tuhan…
terkadang diri rasa terlalu lemah.. hati yg besar terasa kosong.. bagai tiada punya apa-apa.. hanya sendiri.
salam ustaz..
syukran atas entri ini..
sungguh menyentuh jiwa yg kekosongan..
moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada ustaz utk terus memberi..amin..
thanks ustaz.
salam, ya ustaz,
sy suka dgn paragraph mengenai roh yg dekat dgn Allah.
syok juga mengulang baca artikel ustaz ni..
saya pernah berjumpa sedari yg luarannya nampak ‘happy go lucky’, tapi jiwanya dibelenggu kekusutan.
dia ketemu dengan ketenangan yg dicari2.. ubat berupa air/pewangi, yg dibacakn dengan selawat dan ayat2 suciNya. “Akak rasa tenang sangat2, perasaan yg tak pernah akak rasa sebelum ni”, katanya sambil mempromosikan brgn itu– dan saya berasa terpana dengan komennya. Dgn personalitinya, langsung tak terfikir dia dibaluti keresahan jiwa yg mendalam.
Terima kasih ustaz, utk artikel yg mengingatkan
Mengingatkan sy kpd lagu:
‘…Country road..
Bring me home..
To the place..
Where i belong..’
Perasaan ingin kembali sememangnya adalah fitrah. Wallahua’lam
salam
saya minx copy artikel ini yer ustz..
sedey membaca nyer,,sob..sob..=<
hati ini seharusnya diisi dgn sebtiasa mengingati Allah…
Thanks Ustaz for a wonderful and insightful article… Almost make me cry… Almost…
subhanallah..
kembali kepada fitrah..itu yg sering kita lupa lakukan..terima kasih ustaz atas entry ini.
salam..mintak izin share kat sahabat2..syukran
huh,ustaz, hati ana juga telah jauh mengembara..
bila lah ia mahu untuk pulang ke tempat asalnya..
saya akan bawa. insyaAllah
sangat mendalam peringatan yang dibawa kali ini, betul2 menusuk kalbu, jzkk ustaz!
Fitrah asal manusia adalah kebaikan. Sejahat-jahat manusia, pasti ada sekelumit keinginan dalam hatinya untuk kembali kepada fitrahnya, iaitu kebaikan. Pasti ada keinginan untuk membasuh jiwa. Fitrah manusia ialah kebaikan.
Alhamdulillah, cerita menarik utk dikongsi, ana pun berpengalaman melihat situasi org yg dirasuk.
point yg dikatakan oleh ustaz yg mengubat adalah bila jiwa/roh kita kosong, maka syaitanlah yg menguasai…
jom, tingkatkan hubungan dengan Allah S.W.T…
salam..ana mohon copy artikel nie yea..ustaz.. mohon di izinkan..
Kembalikan diri kepada FITRAH, bukan dengan mematikan semangat hidup di Dunia, tetapi dengan memahami FITRAH mengenali dan membudayakan CarakerjaNYa.
Diri kita yang akan kekal hidup merentasi tujuh Alam ialah ruh, dengan jasad diberikan kepada kita sebagai kenderaan semasa di Dunia sahaja. Apabila terpisah roh dan jasad, beredarlah roh ke Alam Barzah menunggu alam-alam seterusnya.
Dari artikel, ““Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan”
Malangnya roh yang sangat kenal dengan Tuhannya itu terlalu mudah diseliputi dengan kekotoran jasad, yang dibekalkan dengan nafsu, menyebabkan roh tidak dapat memancarkan cahayanya, yang kemudiannya menjadikan diri kita dikawal lebih oleh nafsu daripada oleh ruh.
Hanya dengan mengambalikan kawalan diri kepada roh, dapat kita memastikan diri kita kemudian mengenali siapa Penciptanya. Minda (akal) adalah sebangsa dengan roh, dan roh (kita) sepatutnya mengawal jasad (kenderaan) kita. Yang menjadi perantara di antara roh dan jasad ialah jiwa..
Maka dengan usaha kita membersihkan pengaruh nafsu dan perasaan (hati) ke atas diri kita, dapatlah diri kita pulanga kepada fitrahnya sebagai roh, walaupun setelah diberikan kenikmatan menjalani kehidupan di Dunia bersama jasad dan nafsu. Allah julah yang mebolak-balikkan hati manusia kerana pilihannya.
Index 5
terima kasih pak din, best baca komen pak din.
Terima kasih kerana minat membaca, tetapi pernah diutarakan dahulu, membaca sahaja tidak memberikan banyak makna melainkan ditadabburkan!
Peringatan di Blog PPMI juga menarik, terutama yang di dahulukan (pertama), “mencintainya kerana Allah” … tidak juga bermakna mengenepikan kepentingan yanga lain.
Kerana Allah itu mempunyai SunnahNya sendiri, yang sangat berlain dengan cara kerja manusia, berkemungkinan terdapat perbezaan antara hubungan manusia-manusia dengan perasaan, kalau dibandingkan dengan, hubungan manusia-manusia dengan fikiran.
Sebagaimana pentingnya RAP ketika membaca, iaitu Ransangkan Akal (fikiran) bukan Perasaan (hati), bagi memastikan ketepatan inti-pati yang diperolehi, kerana perasaan terlalu mudah untuk terasa, walaupun sebenarnya kita menyampaikan untuk difikir.
Seimbangkan antara peringatan, ‘Berkata yang baik-baik atau diam ‘ dengan ‘sampaikanlah walau sepotong ayat, agar kita tidak dipersoal diAkhirat kelak kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.
Sesungguhnya Islam itu indah, kerana antaranya ialah saling ingat mengingatkan, walaupun yang diingatkan itu hanya mengajak mengesakan Allah, sebagaiman kita mengulangi Al Fatehah berkali-kali sehari, sebagai peringat untuk diri kita sendiri.
Index 5
assalamu’alaikum
ustaz..maaf ni bukan komen yg related dgn topik…sy cume nk tny..bile ustaz biasenye mengupdate blog?sbb sy tau ustz sgt bz..bile ustz cr bhn n wat ayat pjg2 ni ye..n anyone if ade jwpn,yg sm status mcm ustz ni, bz, still tp sempat la memberi ssuatu..sudi kirenye untuk berkongsi dgn sy…
(maaf ye jike sy tersalah ruangan utk bertanye perkare ni, yg mungkin ruangan ni utk komen tajuk yg diutarakan shj)
jazakallahokhoiran kasiro..
barakallhufikum=)
Hati yang hidup adalah hati yang tenang kerana dekad dengan Allah yang menciptanya…
Wahai hati yang tenang..kembalilah kepada kami yang jiwanya kacau ini
Wahai tuhan yang membolak balikkan hati ini, tenangkan hati ini untuk hidup dalam gelombang arus deras yang menghempas…agar kami selamat selamat sampai menemui destinasi itu..
kepada semua berdoalah agar hati menjadi hati yang tenang
Pasti!
ujian yang kita lalui pasti akan membawa hati kita dekat dan kembali pada asalnya…
Mesti!
Ingat Allah selalu…hanya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang…
“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah”
nak pinjam quote yang ni boleh ustaz?
jazakallah for the post. Its a very meaningful post indeed. =)
salam uztaz,
saya tak faham la. apa yg dimaksudkan dgn kebersamaan Allah tu? adakah kebersamaan tu boleh diterjemahkan dlm english; equality ? tapi rasa macam kena plak. sebabnya sy belajar bahasa melayu dulu, tak pernah saya jumpa lebih dari 2 imbuhan. kata root word nya “sama” kan ustaz? boleh uztaz explain. sekian. terima kasih.
Wsalam WBT.
Menurut Kamus Dewan edisi 4, KEBERSAMAAN itu bermaksud “keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat”
Mudah sahaja.
Maklumat di hujung jari.
terima kasih ustaz ataz nukilan ini..ya, ruh kita dekat dengan Allah.bila jauh, kita akan resah.jiwa terasa kosong.saya pernah alaminya semasa zaman sekolah menengah.ada perasaan tidak tenang dalam diri saya. saya sukar fokus kepada sesuatu kerja.terasa seperti mencari-cari sesuatu yang saya sendiri tidak tahu. sehinggalah pada suatu hari saya menghadiri satu usrah bersama-sama rakan-rakan.saya dapat rasakan perubahannya. jiwa terasa tenang…damai sekali.ketika itu baru saya sedar apa yang saya cari selama ini..baru saya sedar mngapa saya tidak tenang.rupanya saya jauh dari Allah! Alhamdulillah Allah masih sayangkan hambaNya ini, cepat Dia menunjukkan jalan apabila hampir tersasar..Allahu Akbar!!
Salam ustaz.
ustaz ada pengalaman berdepan dengan atheist tak? pada pandangan saya untuk meyakinkan seorang atheist kepada Islam adalah lebih payah kalau nak dibandingkan dengan orang yang dah percaya pada tuhan. harap kalau ustaz ada pengalaman boleh tolong kongsikan bersama.
Assalamualaikum..
“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah”
Terima kasih ustaz..
Insyaallah..saya percaya kepada Allah bahawa akan tiba suatu ketika nanti biarpun mungkin bukan sekarang,esok,lusa atau dua tahun lagi janji ada rindu,ada cinta,ada kasih yang mendalam di hati kita buat ALLAH..sekalipun demikian doa saya semoga ‘jika ku harus mati pertemukan aku dengan MU..’pinjam lirik lagu sikit..hehe..Insyallah..TQ
terubat sket jiwa baca artikel ni..alhamdulillah
Salam..
ustaz, alhamdulillah..
ats artikel ustaz ni, baru ana tahu tntang roh yg dekat dengan Tuhannya..
Patutlah setelah beberapa tidak d beri pengisian hati,
apabila datang ke surau mendengar tazkirah, hati ana menjadi pilu..
Apabila nama Allah disebut, air mata mengalir tidak henti2..
Rupa2nya ada sebab d sebaliknya..
Hati yg kosong dan kerinduan pada Tuhannya..
salam,ustaz..
harap ustaz sht dn dilindungi rahamt ke atasnya..artikel yg ditulis ni amatlah sy tertarik dan amat sy suka dijadikat fokus utama di kolej sy ini..
mereka harus baca ap yng usraz tulis…sy pun berasa serbaa salah jika kawan2 sy juga meninggalkan solat sewenang2nya..\
setiap kali solat,sy berniat semoga hati mereka terbuka untuk bersolat bersama saya..hanya doa yang saya blh sumbangkan kepada mereka…salam saya untuk kawan2 sy bersama.salam.
Ustaz, saya pun rindu pada laungan azan di udara.. Kerana azan hanya dikumandangkan di dalam persekitaran Masjid.. Hidup aman di negara maju, tapi ada satu rasa kehilangan.. kalimah Allah bersahut-sahutan di ruang udara..