April Fool: Antara Barat dan Keparat

April 1st, 2010 by Abu Saif 11:31 pm | 17,816 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »

b0141.jpg

“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.

“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.

“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.

Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT

Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.

Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:

lubangdhab.jpg

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. Islam dan Barat: Menguji Pendirian   Tangan berpeluh. Masing-masing merenung whiteboard. Tergamam. Soalan yang diberi...
  2. Antara Kak Nor dan Encik M – Update Saya tersentak apabila membaca sebuah artikel yang disiarkan di ruangan...
  3. Antara Kamunting dan Guantanamo Bay Source: Amnesty Terdiam seketika. Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum...
  4. Memahami Dialog Antara Agama (Interfaith) Tenaga di Balik Tabir IYEP Berdiri dari kiri: Saifulislam.Com, Maria...
  5. Antara Tuhan dan Hantu! “Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam...

Advertisement

60 comments

  1. NuRuL iLyAni says:

    salam ustaz n shbt2..
    ramai muslim kite yg still sambut april fool..paling tidak juz mengenakan kawan2..
    best juge if history ttg april fool scr ringkas diperjelaskn spy dpt remind balik asal usulnye yg baathil ni ustaz..

    ilmu tanpa amal..sia2..
    amal tanpa ilmu..sesat..

    na’uzubillahiminzaalik..

    baarakallah ustaz..
    jazakallah..

    • Hamba Allah says:

      @NuRuL iLyAni, salam, terima kasih atas komen saudari. cuma ingin meminta pertolongan agar setiap perkataan di taip penuh. rasanya tidak penat jari-jemari untuk menaip dibandingkan dengan menulis. jadi apa salahnya kita cuba untuk sempurnakan perkataan tersebut. seperkara lagi, hargailah bahasa kita. pabila berbual, mungkin berbeza tetapi pabila menulis atau menaip dalam perbincangan intelek dan ilmiah, latihlah diri agar menjadi professional. harap maaf, terima kasih.

  2. Abu Saif says:

    wsalam wbt.

    sejujurnya, saya pun tak tahu apa sebenarnya sejarah April Fool ni. Logik yang ada, ialah pada gurau senda semasa proses penukaran Tahun Baru dari awal April ke awal Januari pada kurun ke-16 dulu. Wallahu A’lam

  3. Ada satu lagi fool yg mungkin tak di ketahui ramai. Nak bagi tau bukan sebab nak encourage, tapi agar kita tak kena fool. Tak tau apa nama dia, mungkin leap year fool. Event seperti kenduri kahwin etc dikatakan pada tarikh 29 Februari pada tahun bukan lompat. Kalau yang dijemput tidak aware, maka kena fool la jawabnya.

  4. masri says:

    aslm wbt

    Apa kaitan sejarah april fool dgn org Islam yang kita sibuk-sibuk mahu tahu?

    Cukup dengan budaya menyambut aprill fool dengan menipu dalam bergurau sudah menunjukkan ia bukan cara Islam. Tidak payah memenatkan kepala nak memikir sejarah April Fool.

    • lembu tersedak says:

      memang benar pelaksanaan april fool ni tidak mengikut ajaran islam. akan tetapi tidak menjadi satu kesalahan kalau kita ambil tahu serba sedikit mengenai sejarahnya. kalau sahabat hendakkan ilmu, jangan kita menidakkannya. islam tidak mengajar kita bunuh potensi sahabat-sahabat.

  5. egypt_medik says:

    salam.. saya menyokong penuh masri ni.. nak buat pe sibuk2 nak tau tentang sejarah,kan??

    pada saya, janganlah sibuk sangat bincang tentang april fool je, nasihat us supaya tidak keliru antara barat dan keparat harus diambil perhatian..

    kalau kita dah faham, macam mana dari sudut pelaksanaan?
    ‘people dont care how much you know,
    but they know how much you care.’

    dan, bagaimana plak dengan rakan2 kita yang lain??

    • fidauddin says:

      @egypt_medik,
      adakalanya sejarah disebalik kejadian menjadikan sempadan dan panduan.

      dalam Al-quran n hadis pun disebut ttg org islam dan bukan islam supaya kita tahu sempadannya…
      jgn berpegang sesuatu perkara membabi buta. biar jelas n boleh disam[paikan kepada org dengan berhikmah.

  6. syarief says:

    ..betulkan egypt_medik je sker

    “people don’t care how much you know,
    UNTIL they know how much you care”

    that’s more like it..

    “..NOT UNTIL they say that u’re a fool (ops.) “

  7. rohul says:

    kadang2 kita pun fool juga sebab sambut april fool. kesannya meninggalkan dendam kesumat pada org yg di PERBODOHKAN dan org yg MEMPERBODOHKAN pun fool juga sebab masih jahil. langkah BIJAK ialah jgn jadi BODOH. zalim namanye tak meletakkan sesuatu pada tempatnya. takut2 kita nanti jadi BODOH sebab MEMPERBODOHKAN org

  8. Abu Saif says:

    banyaknya BODOH :)

  9. aye says:

    Salam, saya setiap 1st april dapat banyak ucapan… semalam rata2 bagi ucapan, mak-ayah, kakak-abang, adik2, teman2, kawan2, malah drp Takaful, Digi dan Celcom turun beri ucapan kat saya…klu dari famili rata2 mereka wish “Selamat Hari Lahir ke 25, smoga panjang umur, murah rezeki dan cepat btemu jodoh… :-D

  10. rohul says:

    bukannya nak emphasize pasal perkataan BODOH. tapi biar masyarakat tahu bahawa FOOL itu BODOH. kadang2 kita keliru bahawa BUNGA itu RIBA. same aje. 2×5, 5×2. hehehe

  11. anis saleh says:

    Riwayat Abu Daud Rasulullah S.A.W,maksudnya:
    celakalah org yg berbicara lalu mengarang cerita dusta agar org lain tertawa.celakalah.

  12. pendakwah says:

    Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

    Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

    Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

    Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

    Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

    Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

    Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

    Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

    Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

    Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

    • Abu Saif says:

      Wsalam wbt.

      Saya lebih sedih kalau kita percaya dengan cerita ini sebab cerita ini adalah palsu, tiada kesahihan dalam sejarah dan mempercayainya akan menjadikan kita kelihatan ‘tidak cerdik’ di mata yang mengetahui.

      Tolak sahaja April Fool kerana ia lagha dan tiada kena mengena dengan budaya Islam. Tak perlu kita di’April Fool’kan oleh cerita April Fool ini!

      • izza says:

        @Abu Saif,
        ye iza setuju ustaz..

      • Husaini says:

        Entahnya, sudah jadi macam trend pula, asal nak cerita pasal sejarah sesuatu peristiwa pada hari yang tiada manfaat menyambutnya, mesti umat Islam juga yang jadi mangsa. Valentines Day, umat Islam dibunuh, April Fool, umat Islam ditipu..agaknya, semua hari-hari seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar dan lain-lain lagi hari di atas muka bumi ini,semua umat Islam jadi mangsa..teruklah begitu. Hina sungguhkah umat ini?Lebih hina kerana ia dimangsakan oleh cerita-cerita palsu rekaan umat Islam sendiri…Subhanallah ‘amma yasifuun.

      • pali says:

        @Abu Saif,

        salams, nasib baik saya baca komen ni. Memang, cerita begini memang menjadi cerita favourite bila bersembang berkenaan April Fool ini.

        Di barat, banyak perkara yang baik, dan juga banyak perkara yang tak baik. Kena pandai-pandai la memilih.

        Nak fleksibel, nak open minded, boleh. tapi perlulah optimis dalam limit.

        nampaknya banyak sangat cerita-cerita daif di pasaran la ni ye. Nak merujuk haji Google memang maklumat banyak la, tapi tak boleh percaya.

        Kena la merujuk Haji Hasrizal dan Haji-haji yang lain. :D

        “biarkan jari jemari terus menari”

  13. pendakwah says:

    berdasarkan tinjan sy..sejarah ini mungkin btol..sbb..sy telah meneliti setiap website Islam..semua memberi cerita yang sama seperti di fotokopi..

  14. saudaramu says:

    salam kepada semua :)
    kepada semua yg berkunjung di sini, terutama kepada terhormat penulis laman ini, silalah berkunjungb ke blog saya untuk sedikit pengetahuan & info bersama. Jangan lupa tinggalkan teguran/nasihat/ respon tuan2 di sana. Terima kasih :)

    “Ukhwah Terjalin-Allah Menjamin”
    InsyAllah….

  15. bee says:

    salam,
    sokong ustaz,
    tolak shj april fool, ia tiada kaitan dgn cara hidup org islam, ttp jgn abai sejarah, sbb ia pntg utk knal jati diri dan asal usul sst bangsa.

  16. Campden Grove says:

    Assalamualaikum.

    Entri yang bagus, ustaz (to say the least): seolah-olah membela gaya hidup saya LOL

    Wassalam.

  17. yushida03 says:

    01/4/2009 sama jer dgn hari2 yg lain, kalu baik pengisiannya, maka baik lah jadinya.. :)

  18. izyan insyirah says:

    hm…betul gak laaa…terfikir jugak…ramai yg keliru skg nie..

  19. ct says:

    tak payahlah nak sambut april fool 2 buang masa je.

  20. MindPollution says:

    kalau sambut berdosa?

  21. hakeem says:

    bagaimana jika menceritakan sejarah april fool yang tidak sahih ini kepada orang yang ‘menyambut’ april fool(i.e dengan mengenakan orang lain) sebagai salah satu cara untuk menegur mereka supaya tidak mengulangi perkara2 seperti ini?

  22. muharrikdaie says:

    Ikhwah …

    April fool telah lama menjalar dalam masyarakat kita dan sebenarnya melayu islam ini terikut ikut dengan budaya ini …..ana rasa akhi tidak lah membawa kepada kesyirikan cumanya …pembohongan, penipuan dalam meraikan aprill fool ini menjadi dosa dan kita membincangkan perkara ini pun rasanya tidak memberikan apa apa menfaat ….apa lagi untuk membuahkan amal …

  23. MindPollution says:

    kalau kite sambut april fool secara tak langsung merapat kan lagi hubungan bagaimana ?

  24. aman says:

    April itu tidak BODOH!

    yang bodohnya adalah mereka-mereka yang menyambutnya….

  25. ummu mahjan says:

    salam..
    budaya barat..
    isu lapuk yang kian meruncing..
    sebenarnya orang melayu keliru dengan diri sendiri..
    apa yang kita perlukan adalah kematangan..
    hanya orang yang matang boleh membezakan mana yang baik, mana yg buruk..
    so, banyakkan muhasabah diri..
    orang yang mengikut cara barat (yang buruk je) sebenarnya tertipu..
    keliru n do not understand..
    jadi..kita perlula menjadi generasi pemburu ilmu agar kita tidak mudah ditipu..
    apabila kita menjadi orag yang berilmu, kita akan mudah faham sesuatu perkara..
    mengkaji, memahami..

  26. joey says:

    salam..
    ade kalanye..ramai org kompius ngan 1 april nie…
    sy sndiri ngaku yg sy pun kgkadang kompius…
    inagat lagi mase zmn kat sek men dulu…
    biase la bdk2 ostel…bile 31 mac mlm tu…sy da get ready nak tido…
    tetibe tgk de sowg adik dorm leka wat kad…
    konon nak bg kat ‘admire’ dia le…hehhee..
    bile tanye kat dia, bley ke kite smbut april fool nih?
    pastu dia kate, bley kot…juz for fun katenye…
    sy pun angguk je la..
    hmmm…skrg bile da besar2 nih…baru la tau yg benda tu salah…
    hehehhe, moga adik2 dorm sy pun tau la ye…:)

  27. Hadeed says:

    Assalamualaikum.

    Saya hanya ingin mengenengahkan satu cerita. Supervisor saya ada anak di darjah empat. Dengar kata cikgu anak beliau ada buat ala2 april fool pada rakan sekelasnya kelmari. Saya pun malas nak cerita apa yang dibuat. Cuma, aneh ya…

    1. Seorang guru cuba membudayakan budaya yg ntah apa2 ini ini di dalam kehidupan anak2 muridnya.
    2. Juga merisaukan…kalau pun nak mengamalkan budaya yg pada fikirannya “boleh saja untuk di amalkan” layakkah memperbodohkan anak kecil yang tidak tahu pun apa itu april fool!

    Hairan…

  28. arulz says:

    ntah…baru perasan pasal tarikh semalam bile tengok artikel ni. Alhamdulillah kat sini xde pulak yang terpikir nak buat@ ingat pasal aprilfool. Yang ana dok igt tarikh hari ni sbb ulangtahun ana :P

  29. Ustaz Nazmi says:

    Dalam satu siri kuliah saya tntang april fool..saya cuma menyentuhnya tidak kurang 10 minit..Yang selebihnya ialah bagaimana umat Islam harus kembali kepada ajaran sebenar serta mengenali perkara yang menjadi puncanya…seoang mahasiswa bertanya selepas kuliah..knpa sekejap sngat cite tntg april fool..saya jawa..buat apa kita nak smbang tntang “fool” begitu lama…????

  30. Nuar says:

    Saya mengajar di sekolah cina. Takde pun diaorang nak mengapril foolkan diri sendiri dan rakan2 sekolah? april, april la…tak ingat pun ade april2 fool ni. Tu sekolah cina. Tapi kalo orang melayu, Islam yang beria2 membodohkan diri dan orang lain pada bulan april ni, entahlah….

  31. afiq_kedah~pak jan~ says:

    “april fool,,, haaaa kn dh kena…:, smpai jer blan april sllu smbut budaya sdmikian nie… bkan shja dantara kita malah d media masa pun mlebih kn tntg april fool nie,,, klau hal positif xpe la,, nie negatif… hal sbgni mnybabkn ank2 muda trus2 tikut ngan bdaya nie… so, guer hrap la noh media masa tdk trus mnybarkan sbegini,…. hatan g dak,,, mikir pa,,, ikut dan….

  32. zalizalu says:

    assalammualaikum..
    saya buat link ke laman nie… sebagai rujukan kat orang2…

    • sirqalbi says:

      salam
      April fool adalah satu budaya yang sepatutnya tidak diamalkan oleh kita khususnya umat islam. Tetapi, bagaimana pula budaya “menipu untuk bergurau’?
      saya adalah seorang yang serius atau lebih tepat lagi…seorang yang lurus. Ada seorang kawan saya itu sering menipu untuk bergurau (katanya untuk merapatkan ukhuwwah) tetapi saya sering tertipu sehinggakan satu tahap saya rasa sudah tidak begitu mempercayainya. Seorang rakan saya lagi juga suka menipu kerana kononnya untuk melatih saya menjadi tidak terlalu lurus….katanya dunia penuh dengan penipuan
      salahkan menjadi seorang lurus??dan bolehkah penipuan disebabkan oleh sebab2 begitu? Penipuan diaorang tidaklah teruk tapi cukup buat orang yang tidak mengenali mereka mempercayai kata-kata mereka.

  33. assalamualaikum wrt.

    saya setuju dengan ustaz berkenaan sejarah perayaan-perayaan bodoh ini. saya rasa tak perlu nak sibuk-sibuk pasal sejarah kalau secara prinsipnya ia memang sudah jelas sesuatu yang bodoh dan sia-sia.

    dalam banyak perkara, cerita-cerita yang direka berkenaan teori-teori konspirasi begini buatkan umat islam nampak terlalu defensif sampai keluar cerita-cerita mengarut yang nak tergelak pun ada.

    contohnya ialah seperti email yang di-circulate-kan tak berapa lama dulu berkenaan nombor flight yang langgar WTC dalam kejadian 9-11. Bila saya cek, tak tepat pun nombor pesawat tu, tapi semua orang asyik menyebarluaskannya tanpa usul periksa.

    Orang islam juga nampak buruk akhlak sebab sebar cerita tak sahih tanpa usul periksa.

    Wallahualam.

  34. mj ustad says:

    salam….kakak saya mengajar di kafa internasional school…and pelajar disitu tak tahu langsung cakap bahasa melayu…jadi yang sayangnya mereka hanya membaca buku in inglish sahaja dan buku2 yang dibaca itu adlah buku yang agak merapu…bolehkah ustad menulis dalam bhasa inggeris?sayang mereka sangat rajin membaca tapi pembacaan mereka tentang islam takde langsung…

  35. Ibnu Ahmad Affandi says:

    ya ustaz,saya terasa post ustaz kali nie ade sedikit kekasaran…bukan niat saya nak cakap ustaz salah dan saya betul,tapi saya dapat rasakan ustaz menulis post ni dalam keadaan yang marah…maaf ustaz atas komen saya ni…

  36. anna says:

    Jika perkara-perkara sensitif, musibah dan kematian pun dijadikan bahan lawak untuk diAprilFoolkan, maka rasa saya budaya ini sudah melebihi batas. Where all common senses gone to? Pada pendapat saya, budaya ini lebih banyak melukakan hati orang dari menghiburkan. Bukan satu perkara yang menghairankan jika ada orang yang marah.

  37. hazazi says:

    tahniah..

    pandangan dan tulisan yang baik utz.

    sy sokong dan smoga kita sm2 kmbali kpd wahyu dan rasul2Allah swt. InsyaAllah.

    mardotillah…

  38. pak din 31 says:

    “Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.”

    Saya melihat TUSIAD dan MUSAID dalam menterjemahkan keperluan muamalah di Turkey selepas era Ataturk ada persamaan yang ketara, iaitu westernization.

    Saya pasti ramai peminat Erdogen mahu menerapkan perjuangan di Turki ke gelanggan tempatan, tanpa betul-betul memahami apakah makna secularization itu sendiri.

    Dengan hanya melihat kepada kejayaan terbatas yang telah dicapai, ia menjadi satu proses peniruan taklid, seperti mana taklidnya masyarakat mengikut April fool.

    Tidak disangkal kesimpulan Ustaz, bahawa peniru akhirnya menjadi lebih keparat dari yang Barat, kerana tidak mengetahui asal usul sesuatu.

    Sebagai mana masyarakat kerap melupakan bahawa Syariat itu berakar-umikan (asal usul) Sunnah Allah, yang menjadi hukum utama Allah mengurus Alam ini.

    Index 5

  39. Hadjie says:

    Macam tak matang pula kalau orang buat lawak, kenakan orang apa ke sebab April Fool.
    Kalau sebab nak bergurau untuk rapatkan hubungan apa ke, hari lain pun boleh.

Leave a Reply