Buku Sulung Saifulislam.Com – Update 7 April

On 04/04/2008, in Pengumuman, by Abu Saif | 7,685 views | Print Print | Email Email |

cover_03.gif

“Segala puji bagi Allah!”, saya mengurut dada.

Setelah lebih sedekad menulis dan menulis, akhirnya impian untuk melihat sebuah buku terhasil tercapai jua. Terima kasih kepada Galeri Ilmu dan Majalah ANIS yang telah mengusahakan penerbitan buku pertama saya “AKU TERIMA NIKAHNYA”. Buku ini sebahagian besarnya adalah kompilasi tulisan saya di dalam kategori kekeluargaan suami – isteri, ibu bapa – anak-anak, dan psikologi perkahwinan. Kebanyakan artikel juga, pernah tersiar di dalam Majalah ANIS.

Buku pertama saya, adalah sebuah buku tentang rumahtangga, kerana perjuangan dan cita-cita besar saya terhadap ummah, bermula dengan perjuangan serta cita-cita saya di dalam rumahtangga.

Terimalah buku ini sebagai buah tangan saya buat para pembaca budiman di saifulislam.com yang tidak serik-serik memberikan komen untuk saya terus mencari awan dengan kaki yang kekal berpijak di bumi kenyataan. Sebagaimana buku ini merakamkan pengalaman saya mencari bahagia dan damai di dalam rumahtangga, mudah-mudahan dapat juga menyuntik kebahagiaan yang sama kepada pembaca.

cover_01.gif

Insya Allah buku AKU TERIMA NIKAHNYA ini akan mula dijual di booth Galeri Ilmu (Gerai nombor 5) di Pesta Buku Antarabangsa PWTC esok (5hb April 2008). Buku dijual dengan harga RM20.90. Diskaun 15% istimewa untuk pembeli di sepanjang Pesta Buku kali ini.

Bagi pembaca di dalam atau luar negara yang berhajat untuk mendapatkan buku ini secara pos, saya dengan rasa rendah dirinya mencadangkan supaya anda mendapatkan bantuan melalui sahabat masing-masing kerana saya tidak berkapasiti untuk melakukannya sendiri.

Sesi bersama penulis pula akan diadakan pada jam 2:30 petang 12hbApril 2008. Temui saya di sana pada tarikh itu, Insya Allah.

UPDATE 05 APRIL

Petang tadi saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Turut sama, adalah Ummu Saif dan anak-anak kami, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah dan Muhammad Imaduddin. Tanpa banyak melengahkan masa, kami terus berkunjung ke gerai Galeri Ilmu di Booth No. 5, kerana saya sendiri masih belum berpeluang menatap buku AKU TERIMA NIKAHNYA itu.

Sedikit malang, buku saya masih belum sempat tiba ke Pesta Buku seperti jadual asal. Tentu sahaja! Galeri Ilmu bekerja keras untuk menghasilkan penerbitan puluhan tajuk buku baru menjelang ‘Grammy Award’ untuk industri buku ini semenjak tahun lepas lagi. Mungkin lewat petang tadi buku itu tiba, atau mungkin harus menunggu dalam sehari dua lagi, Insya Allah.

Namun, saya tetap gembira kerana bertemu dengan warga kerja Galeri Ilmu yang sentiasa bersemangat, manis dan mesra melayan semua pengunjung.

Seperti biasa, Pesta Buku juga merupakan tempat paling lazim saya terserempak dengan kawan-kawan lama, termasuklah al-Fadhil Ustaz Zahazan Mohamed, rakan sepengajian di Jordan dulu, yang sering saya temui beliau di kaca TV dan corong radio, namun ini kali pertama kami bersua muka selepas kali terakhir bertemu di Jordan lebih sedekad yang lalu.

Pesta Buku ini juga merupakan peluang saya ‘terserempak’ dengan saudara mara… dan ramai lagi. Pandangan mata kasar saya menyimpulkan bahawa pengunjung utama pesta buku terbesar Asia Tenggara ini, adalah kaum muslimin, sebagai signal yang baik kepada perkembangan budaya membaca umat Islam kita.

05042008128.jpg

Namun dalam ramai-ramai insan istimewa yang saya temui dalam kunjungan singkat petang tadi, saya hanya berkesempatan untuk bergambar dengan adik-adik dari kumpulan In-Team yang turut berada di Booth Galeri Ilmu. Semoga akhi Syahril, Hazamin dan Rahim terus maju jaya dan prolifik dengan nasyid, ceramah motivasi dan juga buku mereka yang turut sama diterbitkan oleh Galeri Ilmu.

UPDATE 07 APRIL

Saya dimaklumkan oleh teman yang berkunjung ke gerai Galeri Ilmu pagi ini (Isnin 7 April) bahawa buku AKU TERIMA NIKAHNYA telah kehabisan stok! Harapnya, janganlah penulis buku sendiri pun sekadar dapat menatap kulit buku dalam format jpeg ya…

Salam ukhuwwah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Sesi Ramah Mesra di Pesta Buku Terima kasih kepada seluruh pembeli buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Genap...
  2. ATN Drama vs Buku: Tajuk Serupa Tetapi Tidak Sama Semenjak sebulan dua yang lalu, saya semakin kerap diajukan soalan...
  3. Liputan Hari Pertama KLIBF09: 17 April “Nak pergi terus atau merayau dulu?” saya berkira-kira. “Kalau pergi...
  4. Buah Tangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi. Kali ini diawalkan...
  5. Pesta Membaca Buku Bermula! Dengan lafaz Bismillaah al-Rahmaan al-Raheem, saya merasmikan Pesta Membaca Buku...

 

70 Responses to “Buku Sulung Saifulislam.Com – Update 7 April”

  1. Fariz says:

    assalamualaikum…
    boleh tak saya bank in duit melalu maybank2u kat ustaz, then ustaz pos buku tu ke alamat rumah saya.??

  2. Abu Saif says:

    untuk pos, mungkin untuk praktikal, mohon bantuan kawan encik fariz beli dan poskan. saya tak percaya kepada kemampuan diri membantunya. boleh ye :)

  3. abuamiir says:

    Kira hadiah Hari Lahir aa nih ek :)

  4. Campden Grove says:

    Harap nama kami takkan ada dalam novel tu… buat spoil cerita tu jadinya nanti!

  5. syphoon says:

    hoho, boleh book? balik Msia nanti ambil..

    Hehe…

  6. geologist says:

    setuju campden

  7. mujahidah says:

    ustaz nak tanya, adakah kandungan buku ini adalah koleksi penulisan ustaz di saifulislam.com?

  8. fikir says:

    ustaz, tahniah. semoga diberi barakah.

  9. zul UTM says:

    Tahniah ustaz!

    satu karya yang ditunggu-tunggu oleh pembaca blog saifulislam.com

    Ana doakan supaya buku-buku ustaz yang lain dapat diterbitkan..

    Ana tengah tunggu buku ustaz pasal “maaza ya’ni” version BARU..huhu

  10. shiha says:

    Salam..

    InsyaAllah akan cuba dapatkannya. Semoga dapat digunakan untuk muhasabah dan koreksi diri sendiri. Nanti dah baca, boleh la komen isi buku tu kat sini :)

    p/s: Dok tengah mengumpul buku2 dari ustaz bloggers :P so far dah ada buku solat dan WADI dari UZAR. Terasa buku2 sebegini lebih menyerap ke hati kerana boleh communicate directly dengan authors thru their websites. Sesuatu approach yang baru di zaman kini.

  11. nur says:

    mabruk 3layk!

  12. dalila says:

    pastikan saya beli bile di tanah air nnti iA :)
    teruskan usaha menulis ustaz!

    ~perjuangan yg tiada henti~

  13. Abu Uwais says:

    ‘Sesi bersama penulis pula akan diadakan pada jam 2:30 petang 12hbApril 2008. Temui saya di sana pada tarikh itu, Insya Allah’

    Saya harap untuk bertemu ustaz di sana. Nak bersalam.

    Sedikit kemusykilan, kenapa tiada program tu dalam jadual ustaz disini? ke “Insya Allah tak datang ni”? :)

  14. one says:

    salam..

    tahniah kepada ustaz hasrizal..

    hoho.timing buku ni cantik juga..saya ni insyaAllah nak bernikah summer ni.saya pasti ada ayat2 dlm buku ni yang akan membuka mata saya bab2 rumah tangga ni..insyaallah..terima kasih kepada ustaz hasrizal..

  15. dingin says:

    Salam,

    saya mesti pilih.

    :-)

  16. Nurulwahida says:

    Tahniah ustaz!!

    Rasa-rasanya buku ustaz ni dijual di kedai-kedai buku besar macam MPH tak?

    Terima kasih

  17. Gulnur says:

    Selam Hocam,

    Tahniah! Moga buku ini dimanfaat sepenuhnya oleh pembaca.
    Allah bless you, Hocam! :)

  18. syifa' says:

    tahniah ustaz…tahniah n tahniah sekali lg…

    i want this book…i want this book…i want this book…

    walaupun saya jauh diperantauan,akan saya minta kwn2 saya dapatkan seawal yg mungkin…hehehe…

    tak sabar mendapatkannya…

    walaupun selama ni saya tak pernah beri komen,lebih kepada memahami apa yg ustaz sampaikan…tp kehadiran ni menyebabkan saya teruja….

    terima kasih ustaz…tq…tq…tq…

  19. syifa' says:

    tahniah ustaz…tahniah n tahniah sekali lg…

    i want this book…i want this book…i want this book…

    walaupun saya jauh diperantauan,akan saya minta kwn2 saya dapatkan seawal yg mungkin…hehehe…

    tak sabar mendapatkannya…

    walaupun selama ni saya tak pernah beri komen,lebih kepada memahami apa yg ustaz sampaikan…tp kehadiran buku ni menyebabkan saya teruja utk hantar komen….

    terima kasih ustaz…tq…tq…tq…

  20. lonsaa says:

    Kalau jadi ustaz dtg muktamar di US hujung tahun ni, boleh bawak skali kot buku ni..confirm ramai yg beli

  21. musafirah says:

    mabruk aleyk..

    insyaAllah akan akan dicari di Malaysia.

  22. zaki says:

    tahniah!!!
    mesti dimiliki nie….
    thanks ustaz!!!!

  23. uzair says:

    salam buat semua di saifulislam.com…kepada sesiapa yang dalam pertimbangan untuk memulakan proses kelahiran baby comel yang pertama…elok kiranya membaca buku nii…hehe jom baca

  24. zaida says:

    salam…
    adakah buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat???
    atau untuk org2 tg ingin & sudah berkahwin sj???

  25. mudin001 says:

    Ustaz, tahniah. Esok ana akan ke Pesta Buku dan cari buku ini Insya Allah. 12/4 nanti kita jumpa (bukan di Pesta Buku) tolong sign, ya!

    :)

  26. silversarina says:

    salam dear ustaz,

    Tahniah !!

    Buku yang pastinya ramai yang telah lama sedia menanti pelancarannya. Akak kena tunggu dijual di kedai buku berdekatan baru dapat membelinya, InsyaAllah.

  27. shamamia says:

    tahniah Ustaz!
    saya mmg berhajat ke PWTC, tanpa sebab utk membeli buku (byk buku belum dibaca atas meja ni)

    slps mampir ke sini, saya sekarang sudah ada satu tujuan – beli buku karangan Ustaz.

    alhamdulillah :D

  28. ummusaif says:

    Pun blh dibeli sebagai hadiah utk org lain.
    Kami dulu suka beli buku Men are from Mars and Women are from Venus dan juga buku parenting sebagai hadiah wedding.

  29. Amin Ahmad says:

    menarik cadangan Ummu Saif ni..bolehla saya membaca sebelum pergi jengok2 hospital, hehe

  30. Basri says:

    Tahniah!

  31. sufi19 says:

    salam…tahniah…

  32. eisma says:

    Salam. InsyaAllah saya pun akan dapatkan buku ni bila dah jual kat kuantan nanti. Agaknya sesuai sebagai hadiah pada anak buah yang sedang menanti cahaya mata pertama tu ye.

  33. abu dzahin says:

    salam

    tahniah..insyalah ana ke pameran buku esok utk dapatkan buku ustaz

  34. Zul Maza says:

    Salam ustaz..di sini saya nak mengusulkan sedikit cadangan sempena PUISI 08 Jogjakarta.Alangkah menarik jika turut diselitkan bedah buku ‘Aku Terima Nikahnya’..Mungkin dibawa beberapa naskhah untuk kami yang kempunan nak ke PWTC.Semoga tinta2 ilmu yang dicoretkan oleh Abu Saif mampu membungakan kuntuman2 segar erti sebenar sebuah perkahwinan.Ameen ;-)

  35. Signiture says:

    Salam ustaz.. kalau sudah ada buku hari ini..datanglah ke PWTC lagi.. nak tandatangan ustaz lah.. tidak sempat datang rasanya 12 hb.. selamba je request.. hi..hi..

  36. iskandar says:

    Tahniah ust. Moga terus istiqamah menulis

  37. najiha says:

    salam…pertamanya, TAHNIAH buat ustaz dan isteri…
    tak sabar nak ke Pesta Buku Antarabangsa tu…
    insyaAllah nak dapatkan buku ni…
    “pelikkah cinta tanpa berkenalan,
    keluar makan2,
    berbalas emel dan sms?”
    tak pelik…memang itulah yang sebaiknya pada saya…
    semoga kelahiran buku pertama ini menjadi perintis untuk kelahiran buku3 seterusnya…
    ameen…

  38. alqasam says:

    Tahniah ustaz!

  39. Genevieve says:

    Thank you for participating in blogging for autism awareness.

    I stumbled across your site and am adding it to the blog roll.

    ~genevieve

  40. dperantauan says:

    mabruk dari kami dperantauan..nampak gaya kena tunggu cuti summer nak dapatkan buku ni (kalau takde yg pulang bercuti lebih awal). moga lebih banyak buku utk kami dapat pencerahan dari enta, insyaALlaah..p/s: kalau enta x dpt berita lagi, berita baik buat Ust Hasan – tiada kes!

  41. Abu Saif says:

    Assalamualaikum WBT.

    Terima kasih Abu Muaz dari Dubai. Insya Allah satu dua buku menyusul lagi. Start dengan kekeluargaan dulu :) Masya Allah… sampaikan salam ana kepada Ustaz Hasan, rasa bersyukur yang setinggi-tingginya. Rasa nak pergi Dubai peluk Ustaz Hasan nak ucap tahniah, sambil ceramah… haha… :)

  42. mdm fiske says:

    tahniah ustaz dan terima kasih untuk perkongsian ilmu yg tidak ternilai harganya ni.

    saya mesti beli buku ni….;)

  43. noraini says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Hampa rasanya pergi berhimpit-himpit dengan pengunjung dan membawa tamu dari Ipoh untuk mendapat buku Aku terima Nikahnya malangnya tak sampai lagi. Sepatutnya perkara begini tak berlaku.Saya cadang nak ambik kat ustaz je sbb saya di btr dekat ngan rumah ustaz…….

  44. Humaimee says:

    Masya-Allah. Allahu yaftahu qalbaka, ya Ustaz.

  45. Nuril_nz says:

    alhamdulillah…tahniah ustaz..xsabar rs nye nak beli
    hari ni pulak hari lahir sy, jd sy nk adiahkn kt diri sndri laa..
    hehehe..excited nye nk beli
    sy dah plan utk habiskn masa seharian pd khamis ni di pesta buku..can’t wait! (^_^)

  46. Abu Saif says:

    Maafkan saya, saya pun tak berpeluang lagi menatap buku ini. Semasa berkunjung ke gerai Galeri Ilmu, khabarnya ramai juga yang frust (masih berdiri tegak)sebab buku belum sampai dari percetakan.

    Harap-harapnya by Isnin ni dah ada…. ameen

  47. anwarshazali says:

    Assalammualaikum,

    Tahniah Abu Saif di atas penerbitan buku sulung Ustaz… Teruskan Perjuangan…

  48. mudin001 says:

    Semalam (Ahad) ada buku ini di Galeri Ilmu. Ana dah sambar dua. Satu untuk ana, satu untuk k4ml. Dia nak minta ustaz sain buku dia lawa-lawa. Nanti ana bawa 12/4 nanti. :D

  49. idz_nsh says:

    salam ustaz,

    Tahniah atas penghasilan buku ini. Insyaallah saya akan dapatkannya…

    Sampaikan salam saya kepada warga Gaaleri Ilmu khususnya Ustaz Abu Hasan Morad (guru kaunseling yg mengetengahkan bakat NOWSEEHEART ke persada nasyid ketika di Sek Men Agama KL dulu)..rindunya nak jumpa beliau!

  50. attinn says:

    Alhamdulillah!.. Tahniah ya Ust.

    Akhirnya termakbul juga hasrat nak baca buku hasilan ust. moga b’manfaat!

  51. Ayah Adam says:

    Tahniah ustaz di atas penghasilan buku tersebut. Semoga Ustaz terus berkarya.

  52. irshadian says:

    mabruk ya ustaz…suatu yang twelah lama dinantikan oleh seluruh umat manusia…jom beli buku…jom pi book fair…iqra’

  53. Amir says:

    TahniaH!!!!!!

  54. Abu Saif says:

    UPDATE 07 APRIL

    Saya dimaklumkan oleh teman yang berkunjung ke gerai Galeri Ilmu pagi ini (Isnin 7 April) bahawa buku AKU TERIMA NIKAHNYA telah kehabisan stok! Harapnya, janganlah penulis buku sendiri pun sekadar dapat menatap kulit buku dalam format jpeg ya…

  55. guest says:

    Salam Ustaz. Tahniah. Sekiranya dijual di MPH dan stor-stor buku, tidak mustahil menjadi buku the best seller tahun ini. Insyallah.

  56. Mas Mahady says:

    Tahniah Ustaz atas penghasilan buku sulung! Teruskan usaha berkarya dan memberi.

  57. imanmuslihah says:

    tahniah ustaz!!

    sahabat saya di malaysia bersusah payah dapatkan buku ustaz tu untuk dikirimkan kepada saya dan kawan2 di uk ni..panas betul ya psaran buku ustaz..tahniah =)

  58. PakLong says:

    Tahniah dan teruskan perjuangan ustaz,

  59. shiha says:

    Salam..

    Sekadar berkongsi cerita. Baru balik dari PWTC ni. Mestilah singgah kat booth no. 5 :) Alhamdulillah, dapat capai ATN sebuah. Sembang dengan kakak yg jual tu:
    Saya: Laku ye Kak buku ni?
    Kakak: Tu lah. Buku ni baru lagi. Penulisnya ada website sendiri…
    Saya: Ooo

    Dalam dok belek – belek isi kandungan tu, saya tersenyum sendiri. Kebanyakan cerita dah saya baca. Tapi takpe, sebagai tanda support kepada penulis Muslim di Malaysia. Mestilah saya beli.

    Wasalam

  60. aline says:

    alhamdulillah jumpe saya juga ke booth galeri ilmu tadi. while i was searching i met a few ppl in the book fair also intend to find the book..panas..bkn saya sorang memburu nih nampaknya. baru beberapa jam balik naik komuter dah separuh buku saya ‘hadamkan’..mmg ye opener buat saya yg ‘kafir (engkar)’ dan ignorant nih. tima kasih bebyk sbb menyedarkan erti hidup ni..basic je kan..hidup ngan memberi..but powerful words..i’ll try not to forget that. tq

  61. Abu Saif says:

    terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membeli dan menyokong. perpanjangkanlah kebaikannya dengan mengamalkan apa-apa yang baik dari buku itu. saya mengalu-alukan teguran dan komen kalian…

    setakat hari ini, saya belum ada rezeki untuk menatap buku sendiri. entah macam mana le ghopenye

  62. PakatanRakyat says:

    bila agaknya buku ini akan dijual di MPH?

    ataupun sudah ada…

  63. PakatanRakyat says:

    Tahniah!!

    Hope you will write more books and one day become best seller!!

    You are on the right track..just keep on and never look back..

    just dont bother to those who give bad comment to you..

    because there are many other people somewhere out there who are eager to hear from you..

    just remember those who have been and and will always be supportive to you..

    Erti Hidup Pada Memberi..

  64. irshadian says:

    saya dah beli!!!saya kat sabah, paksa kawan kat kl tolong beli. meh ustaz, saya beli buku ustaz, kemudian saya hadiahkan pada ustaz, amacam…saya juga suruh kawan beli itu men from mars, women are from venus, ana min earth!!!

  65. Dr.N says:

    Tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    InsyaAllah akan ‘sambar’ buku ni bila ke kedai nanti.

    I suggest kepada semua yang nak bagi hadiah pada member yang kahwin, bagi je buku ni, as the only or part of the other presents.

    Masa kahwin , hantaran dari hubby saya termasuk buku-buku, so sapa sapa nak kahwin, include this book as hantaran ‘wajib’…

  66. PakLong says:

    Ustaz, bila buku nie PakLong boleh dapatkan dikedai2 buku?Kalau PakLong nak ke Pesta Buku tu rasanya tak tercapaila cita2 untuk miliki buku Ustaz tu….hmmmmmmm.

  67. Abu Saif says:

    saya kurang pasti bila buku ini akan berada di kedai-kedai buku. Insya Allah saya akan maklumkan dari semasa ke semasa.

  68. mardihah says:

    baru saja usai mendapatkan buku ini…..terima kasih sahabat yang sudi membelikannya dahulu…:)

  69. Abu Saif says:

    terima kasih semua.

    saya berhasrat untuk mengunci ruangan komen di sini. sebarang perkembangan mengenai buku, komen dan persoalan yang ingin ditimbulkan, bolehlah disambung ke halaman khas yang saya sediakan untuk buku di

    http://saifulislam.com/?page_id=1690