Siapa di Sebalik al-Quran Itu?

On 09/04/2008, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 10,530 views | Print Print | Email Email |

quran004.jpg

“Quran ini, Quran itu, Quran bla bla bla…”, tidak habis-habis orang memperkatakan tentang al-Quran.

Terkini, seorang ahli politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders pun bercakap tentang al-Quran. Percakapannya menjadi fitnah kepada dunia, sesuai dengan tajuk filemnya itu sendiri, Fitna.

Ramai pihak yang mahu mengkritik, menghentam, membela atau mempertahankan al-Quran, terlepas satu proses yang penting. Proses yang disepakati oleh sesiapa sahaja yang bercakap dengan rasional dan berakal waras, tanpa mengira agama.

Proses yang saya maksudkan itu adalah proses menganalisa kesahihan al-Quran.

Di dalam disiplin sejarah sebagai cabang sains sosial, sebelum satu-satu bahan mahu dijadikan rujukan kajian, proses menganalisa ketulenan bahan tersebut harus dilakukan terlebih dahulu. Apakah benar duit syiling yang ditemui itu, merupakan syiling asli, atau syiling palsu. Apakah benar teks tulisan seorang tokoh itu, benar-benar ditulis oleh beliau, dan teks itu merupakan teks asal.

Atas dasar yang sama, proses mengedit dan menyaring manuskrip, memerlukan kepada sekurang-kurangnya tiga salinan berbeza untuk manuskrip yang sama, supaya perbandingan boleh dibuat bagi mengawal ketulenan bahan yang dikaji.

Soalnya, sebelum debat atau kritikan mahu dikenakan ke atas al-Quran, seseorang itu harus memeriksa adakah al-Quran itu benar, tulen, atau palsu serta rekaan semata-mata.

Logiknya mudah.

BUKU PETA

hotel.JPG

“Hmm, nak kena beli A-Z London ni. Takut sesat”, kata Ahmad ketika di Lapangan Terbang Heathrow. Baru pertama kali beliau menjejakkan kaki ke kota London.

Ahmad menuju ke kedai buku, untuk mencari peta yang boleh memandunya selama keberadaan beliau di kota London.

“Hmm… printed in Bangalore!“, Ahmad terkejut.

Peta yang cantik, komprehensif dan murah di tangannya itu dicetak di Bangalore. Peta London dicetak di India!

“Aduh, printed in 1985!”, kata Ahmad menambahkan terkejutnya dia.

Peta London dicetak di Bangalore, India, pada tahun 1985!

Apakah Ahmad akan membelinya untuk dijadikan panduan agar tidak sesat semasa berada di kota London? Tentu sahaja Ahmad tidak akan membelinya. Ahmad meragui kesahihan peta tersebut, biar pun ia diberikan percuma.

Benar sekali. Kita tidak akan jadikan sesuatu yang kita ragui kesahihannya sebagai panduan..

QURAN PULA

Cuba lihat al-Quran.

Di’turun’kan di Arab Saudi.

Masya Allah. Fahamkah al-Quran ini dengan isu di Eropah atau di Malaysia?

Di’turun’kan bukan pada tahun 1985, tetapi lebih 1430 tahun yang lalu!

Allahu Akbar! Apakah al-Quran ini faham situasi manusia pada tahun 2008 sedangkan ia sudah wujud lebih seribu tahun yang lalu.

Sejauh manakah keyakinan kita kepada kesahihan al-Quran?

albaqarah1-2.jpg

“Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” [Al-Baqarah 2: 1-2]

Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk, bagi orang-orang yang bertaqwa. Tetapi syarat besarnya ialah, al-Quran itu tidak dihinggapi keraguan. Tiada keraguan di dalamnya. Maka menjadi ujian bukan sahaja ke atas manusia yang tidak atau belum mempercayai al-Quran, bahkan kepada Muslim yang mendakwa dirinya pengikut al-Quran, harus membuat ketentuan, di manakah letaknya keyakinan beliau tentang kesahihan al-Quran.

Jika seorang Muslim mempercayai bahawa al-Quran itu merupakan kalam Allah, Tuhan yang Satu, maka di manakah buktinya?

Jika seorang non-Muslim mahu mempertikaikan al-Quran, bercakap tentang al-Quran, mengimani atau mengkufurinya, sudahkah diperiksa kedudukan al-Quran tersebut? Jika anda menolak al-Quran, apakah alasannya? Jika anda mahu mengimaninya, apakah asasnya?

Oleh yang demikian itu, setiap kita harus mengimani al-Quran yang dipilih, bukan menerima al-Quran sekadar suatu warisan. Soalnya, di manakah kesahihan al-Quran itu mahu ditentukan?

BAHASA

Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk memeriksa al-Quran. Apakah ia benar kalam Tuhan, kalam insan, atau apa?

Permulaannya, mungkin pada aspek bahasa.

Bagi yang pernah belajar bahasa Arab, cuba semak kembali karangan Bahasa Arab kita semasa SRP / PMR beberapa tahun yang lalu…

1190.JPG

Hadhizi madrasati. Madrasati kabiratun, waasi’atun, mulawwanatun, jamilatun, mahbubatun…!”, tahniah, anda telah mendapat ‘A’ untuk Bahasa Arab setaraf itu. Malu rasanya membaca tulisan sendiri. Betapa rendahnya kualiti Bahasa Arab kita pada masa itu, berbanding dengan beberapa tahun selepasnya. Sama juga dengan bahasa-bahasa yang lain.

Cuba lihat al-Quran. Mampukah dari aspek bahasa, kita bezakan ayat-ayat tahun 1, dan ayat-ayat tahun ke-23? Nampakkah bezanya dari segi bahasa di antara Iqra’, Bismi Rabbikalladhee khalaq dengan Idhaa jaa’a nasrullaahi wal fath?

Bahasa al-Quran sungguh konsisten. Tiada bahasa matang dan pra matang dalam tempoh 23 tahun ia terbentuk.

Nyata sekali, konsistensi bahasa al-Quran adalah sesuatu yang mustahil untuk manusia. Tiada manusia yang mampu mengekalkan konsistensi bahasa seperti bahasa al-Quran.

Jika tiada manusia yang mampu berbahasa secara tinggi lagi konsisten sebagaimana bahasa al-Quran, maka tidak masuk akallah untuk al-Quran itu dinisbahkan kepada mana-mana manusia, biar sepakar mana sekali pun dia di dalam bahasanya, kerana konsistensi bahasanya di luar kemanusiaan. Sesungguhnya ia bahasa Tuhan. Pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu bukan manusia. Bukan Muhammad. Sesungguhnya Dia yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Tuhan. Allah Subhanahu wa Ta’aala Pengucap firman.

Tapi sudah tentu, untuk memeriksa kesahihan al-Quran dari sudut ini, anda harus punya upaya Bahasa Arab.

ASBAB NUZUL (SEBAB TURUN AYAT)

Ketika Aishah radhiyallahu ‘anha difitnah oleh golongan Munafiq dengan tuduhan zina (Kisah al-Ifk), Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh umat Islam hidup dalam keresahan. Rancaknya golongan Munafiq mengadu domba memburuk-burukkan Ummu al-Mu’mineen ketika itu, ditambah lagi dengan tiadanya ‘hujah pembelaan’ dari al-Quran.

Jika al-Quran ini karangan Muhammad, maka pada saat-saat itulah Muhammad sangat perlu mengarang sesuatu untuk membela isterinya. Tetapi ia tidak berlaku sedemikian rupa. Tatkala isterinya terfitnah, ujian ditambah dengan ‘tiada’nya ayat al-Quran baru yang ‘turun’ membela. Hingga Muhammad sendiri terdongak-dongak ke langit menunggu sesuatu.

Kerana al-Quran itu adalah kalam Tuhan. Firman Allah. Semasa Aishah terfitnah, Allah menguji Muhammad S.A.W, Aishah dan seluruh umat Islam dengan ‘menahan’ wahyu. Hinggalah akhirnya Allah membebaskan Aishah dan membersihkan maruahnya dengan terwahyunya ayat-ayat di dalam surah al-Noor (24 : 1-26)

Ia suatu peristiwa yang dicatatkan sejarah, betapa Muhammad tiada upaya untuk mendatangkan al-Quran, biar pun pada saat yang paling kritikal, melainkan pada apa yang diterima oleh baginda dari Sumber al-Quran, iaitulah Tuhan, Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri.

Namun sudah tentu kisah ini tidak relevan bagi yang menolak literature Muslim, khususnya Hadith Nabi Muhammad S.A.W.

MATEMATIK YANG UNIVERSAL

Mencari kebenaran al-Quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan kepada pendekatan yang lebih universal. Bahasa sejagat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeda manusia dari binatang.

Gunakan matematik dan teori kebarangkalian yang kita semua tahu.

Kita semua sedia maklum bahawa di antara keistimewaan al-Quran ialah pada kewujudan fakta-fakta Sains yang mengagumkan. Begitu banyak penemuan Sains yang hanya ditemui pada era moden ini, telah tercatat dengan jelas di dalam al-Quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh dari upaya manusia menganalisa alam dengan disiplin sains.

Dari manakah datangnya fakta-fakta yang betul itu?

“Aghhh… mungkin hanya lucky guess!”, jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-Quran.

Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta Sains di dalam al-Quran hanya lucky guess, oleh ‘penulis’nya bernama Muhammad.

Dengan menggunakan teori kebarangkalian, mampukah Muhammad membuat ‘lucky guess‘ di dalam al-Quran?

probability1.jpg

Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan satu balingan? Jawapannya adalah satu perenam (1/6). Berapa pula kebarangkalian kita untuk mendapat nombor “3″ dengan dua balingan? Jawapannya adalah satu perenam kali satu perenam bersamaan satu pertiga puluh enam (1/6 X 1/6 = 1/36).

Gunakan teori yang sama untuk menganalisa fakta Sains di dalam al-Quran.

Misalnya, di dalam al-Quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari. Jika Muhammad mahu membuat suatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang dari sumber yang lain, maka berapakah kebarangkalian untuk Muhammad membuat tekaan yang betul?

Pasti, kebarangkaliannya adalah satu perdua (1/2). Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya dari sumber lain.

Itu satu fakta Sains.

Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-Quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi. Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk dari apa… jika setiap satu fakta Sains di dalam al-Quran ini mahu disampaikan secara lucky guess oleh seorang manusia bernama Muhammad, maka berapakah kebarangkalian Muhammad untuk membuat tekaan yang betul?

probablity21.jpg

1/2 X 1/6 X 1/25 X 1/78…. ada seribu fakta Sains di dalam al-Quran, maka kebarangkaliannya ialah 0.00000000007686443547657… dan angka itu berterusan… atau dalam erti kata yang lain… MUSTAHIL!!!

Namun, kesemua fakta Sains di dalam al-Quran itu adalah TEPAT dan BETUL.

Maknanya, yang bercakap di dalam al-Quran itu mestilah satu pihak yang SANGAT TAHU tentang manusia dan alam. Tidak lain dan tidak bukan, pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Pencipta alam dan Pencipta manusia… itulah Tuhan, itulah Allah … Allahu Akbar!

Probability theory boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-Quran.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

SAINS SEBAGAI ALAT

Saya menulis artikel ini, bukan dengan maksud mahu membuktikan bahawa di dalam al-Quran ada sains. Itu sudah menjadi cliché.

Kita harus kembali kepada keterangan al-Quran bahawa segala isi kandungannya datang dengan maksud menjadi PETUNJUK (Huda). Maka kegunaan sains di dalam al-Quran adalah untuk membantu manusia mencari petunjuk. Jika sains diangkat sebagai penentu kebenaran, secara empirikal bagai dikata, maka ujilah al-Quran dengan sains.

Sesungguhnya soalan terbesar yang harus diselesaikan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap tentang al-Quran ialah SIAPA DI SEBALIK AL-QURAN ITU?

Benarkah ia kalam Tuhan?

Mampukah al-Quran dipercayai sebagai bukan kalam Tuhan?

Jika anda bertemu dengan Tuhan dalam pencarian jawapan ini, segala ketidakfahaman anda tentang maksud al-Quran, adalah bukti kejahilan diri, bukannya kecacatan al-Quran, kerana ia adalah kalam Allah, Tuhan yang Maha Suci.

taqiloon.jpg

“Mengapa kamu tidak merasionalkannya?” [Al-Anbiyaa' 21 : 10]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

 

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. AIDILFITRI – Siapa ‘Aideen dan Siapa Faaizeen? Selamat Hari Lebaran, Minal ‘aideen wal faaizeen… bait-bait lagu raya...
  2. Who is Behind the Quran? This is a generous translation of my previous article “SIAPA...
  3. Siapa Saya Sebenarnya? Saya sudah berubah? Itu kata kawan-kawan lama. Terima kasih kerana...
  4. Getting to Know the Quran It is a challenge for Dhuat to help our young...
  5. Getting to Know the Quran It is a challenge for Dhuat to help our young...

 

54 Responses to “Siapa di Sebalik al-Quran Itu?”

  1. Leokid says:

    Alhamdulillah atas artikel ini, ustaz.

    Kebetulan ana ada nak kena buat assignment/project untuk peperiksaan philosophy akhir semester ni. Cadangnya nak buat pasal kaitan alQuran dan Sains. Maklumlah, lecturer ana kat sini atheis, so ingt kalau dapat kaitkan dengan sains mungkin dia lebih berminat.

    Dan itulah, harapnya dengan hujah-hujah dari alQuran, dapat menunjukkan mengenai keindahan serta keajaiban Islam itu sendiri inshaAllah.

    Sudah tentulah, kaitan dengan alQuran memerlukan beberapa hujah dan bukti yang menunjukkan alQuran itu sendiri adalah sahih dari dulu sampai sekarang. Ustaz ada hujah (dari segi saintifik/fakta/aqli) tak bagi orang2 bukan Islam ni untuk membuktikan alQuran yang ada sekarang, adalah sama tidak berubah, tidak ditambah mahupun dikurangkan, dengan alQuran 1400 tahun lampau? Mungkin boleh diselitkan sekali dalam artikel di atas.

    Syukran atas artikel ini ustaz. Sesungguhnya alQuran itu mukjizat teragung, lebih hebat dari mukjizat Isa menghidupkan orang mati, lebih hebat dari mukjizat Muhammad membelah bulan. Tetapi di manakah letaknya mukjizat alQuran itu, kita sendirilah yang menentukan. Sama ada sekadar lembaran biasa yang dibiarkan berdebu atau dijadikan perhiasan (mahupun mahar), atau kita hendak fahami dan teliti seribu satu macam keagungan yang terkandung di dalamnya. Tanpa usaha untuk memahami isinya, alquran itu tidak ubah seperti sekadar cetakan biasa di atas helaian kertas..

    Wallahua’lam.

    • eizan says:

      salam…
      teringat ana ms mengikuti progran PASAK (PEMBENTUKAN AQIDAH MELALUI ALQURAN DAN SAINS ) Oleh Dr. Arif Kasmo…

  2. Kak Ija says:

    Syabas ustaz, akak rasa pengisian ini pernah disampaikan kepada anak2 Muslim Professional? Berhujah bukan berbalah

  3. white_sabre says:

    Salam syam/kid…boleh cuba tengok-tengok buku ni juga..

    http://www.witness-pioneer.org/vil/Books/MB_BQS/default.htm

    wallahualam…

  4. Abu Saif says:

    Betul Kak Ija. Ini adalah write up ceramah yang saya sampaikan dalam program MPF tempoh hari. Dan saya sering ulang point ni especially dalam program student yang nak ke oversea :)

    Juga sebagai menyahut kempen Quran yang diserukan oleh ‘kaum minoriti’ yang menolak boikot.

  5. umar alfateh says:

    Proses pencerahan aqal..
    tertarik dengan tafsiran ustaz,

    “Mengapa kamu tidak merasionalkannya?”

    berbanding yang biasa didapati “Apakah kamu tidak ada otak(untuk berfikir)?”

    kadang-kadang ada benda yang ana tak sampai akal nak rasionalkan, tapi selalunya dengar beredarnya masa, yang mahu dirasionalkan tu terjawab sendiri dengan pembacaan terhadap alam..

    terima kasih banyak ustaz..Moga dipermudakan segala urusan ustaz untuk thesis Master dan untuk PhD akan datang..(saje je nak tinggalkan bekas kat sini,takut dikata dah tak sudi jengah sini..hehehe..)

  6. mh_0202 says:

    ustaz..rasenye kalau artikel ini diterjemah ke dalam bahasa inggeris lebih molek..mampu mencelikkan minda non-muslims yang masih meragui kesahihan Al-Quran…

    sekadar pendapat :)

  7. Umar_Al_Khattab says:

    saya harap artikel ini akan menggerakkan hati orang2 yang dilahirkan oleh ibubapa Islam supaya meneliti dan mengkaji keshahihan Quran bagi menguatkan iman mereka…

    tanpa kajian itu , iman yang kita sangka ada dalam hati kita adalah umpama iman orang2 kafir yg beriman bahawa agama merekalah agama sebenar….

    zaman skrg ni terlalu banyak perkara2 dan ucapan2 manusia yang boleh melahirkan keraguan dalam hati kita terhadap iman kita..

    so wajib setiap org periksa dahulu keshahihan quran ini.

    sebuah artikel yang membuatkan kita berfikir.

    dan pada pendapat saya , proses inilah sebenarnya yang membezakan ustaz2 berkualiti dgn ustaz2 yang ‘ordinary’

  8. ariff55 says:

    bismillah

    iman kpd al-quran akhirat malaikat rasul untung baik dan tak baik perlu kemaskan dulu sebab rukun basic

    realiti semasa ayah tak mau mentalqinkan al-quran ni kpd isteri dan anak-anak…

    cuba minta anak dan isteri taddarus surah pembukaan tu… sebab Rukun qauli dlm Solat

    kalimah syahadat tu dah ayah cek dak?

    atau cuma Aku terima Nikahnye…

    ayah boleh mula dakwah dlm keluarga dulu

    Wallahu’alam

  9. ariff55 says:

    bismillah

    Fitna MAMPU membawa Muslim kembali menoleh kpd Al-Quran dan DIA semoga ayah (imam Keluarga) dapat Imankan Solat Jamaah Keluarga dan mengekalkan tahlil jamaah keluarganye secara konsisten mencapai pencerahan bertuhan secara makrifa haqiqi

    Ubat hati baca quran dan maknanye—>Sunan Bonan Kalijaga

    wallahu’alam

  10. alhamdulillah, sangat menerangkan…. keyakinan kini kian bertambah… moganya anak-anak muda yang merupakan syabab seperti ana akan sedar akan hakikat ini dan tidak akan semberono mengatakan bahawa Quran ini tidak relevan dan sebagainya lanta mendaulat dan mengilahkan barat membuta-tuli.. na\’udzubillah…

  11. fatinazmin says:

    http://www.kkdn.gov.my/index.php?option=com_prooflist&Itemid
    link untuk senarai AlQuran yang ditashih oleh lajnah tashih AlQuran di Malaysia..

  12. ariff55 says:

    Bismillah

    Fitna yg paling trajis Fitna Dajjal…
    jadik dalam pencerahan dan kembara insan mencari Tuhan jgn lupa Bismillah 6 atau 10 ayat akhir surah Kahfi atau doa yg Rasul s.a.w pesan selepas tasyahud akhir tu…

    Fitna Dajjal almasih… Fitnah (ujian keimanan)

    ummati ummati ummati

    Fitnah semakin hampir… gempa berulang-ulang di Bukit Tinggi dan Lahad Datu

    Wallahu’alam

  13. sarimi says:

    assalamualaikum ustaz.
    terputar semula point2 ustaz masa ceramah kem fly high yang lalu. saya amat tertarik dengan probability theory tu sebab saya majoring in math. memang betul untuk real world problems diteka dengan tepat adalah mustahil. sebab 1% pun dah mustahil inikan pula 0.0000002..% tersangatlah mustahil. Hmm terasa diri ini jauh lagi dengan Tuhan. semoga ana dapat bawakan ISLAM PILIHAN dalam hidup ana. Terima kasih atas satu artikel yang amat baik. jazakallah.

  14. imhanif says:

    asm,
    Disini disertakan link e-book http://www.islam-guide.com/ utk rujukan ringkas tapi mencakupi beberapa bidang sains tentang keajaiban Al-Qur’an dan hujah2 kebenaran Islam & Al-quran. Sesuai utk dakwah non muslim & juga rujukan pelajar etc. Kalau scroll kebawah, boleh download percuma dlm pdf. wsm…

  15. chanz says:

    “Hadhizi madrasati. Madrasati kabiratun, waasi’atun, mulawwanatun, jamilatun, mahbubatun…!”

    hehe.saya pun pernah buat ayat karangan bahasa arab macam tu masa pmr tahun 2003.Alhamdulillah dapat A.
    bila baca pasal keindahan bahasa Al-Quran, teringat masa belaja kat sekolah dulu, ada sasterawan Arab nak cuba meniru ayat al-Quran tapi tak jadi.tetap tak tertanding.dia buat ayat tentang katak pula tu.

    Just recalling my memory.

  16. ariff55 says:

    Bismillah

    sifir mudah… 4.5 muka surat selepas setiap solat lima waktu pasti khatam quran dalam satu bulan…

    mauizatun wa syifa un

  17. saifuddin says:

    Bukti kebenaran Al-Quran adalah menurut pembacanya.

    Benar Al-Quran bagi orang sains adalah dengan bukti penemuan sains moden yang selari dengan Al-Quran.

    Benar Al-Quran bagi orang sastera adalah dengan ketinggian gaya bahasa Al-Quran yang tiada tandingan serta perumpamaan-perumpaan yang tepat.

    Benar Al-Quran bagi orang matematik adalah dengan ketepatan nilai numerologi Al-Quran.

    Benar Al-Quran bagi orang feqah ialah dengan relevannya hukum Al-Quran pada sepanjang zaman.

  18. syaima says:

    salam,
    sy sebenarnya setuju dgn apa yg dicadangkan oleh mh_0202 tentang menterjemahkan artikel ini ke bhs inggeris.. dan itulah benda pertama yg timbul difikiran sy.. alangkah bagusnya kalau artikel ni dlm bahasa inggeris.. bukan sahaja utk menerangkan kpd non muslim yg lain tp juga utk menyedarkan saudara se Islam yg non malays.. malah terdetik juga hati saya utk men’translate’ artikel nih.. tp sy rasa baik sy serahkan tugas ni kpd empunya artikel.. =)

  19. drmuthiah says:

    mabruk ustaz,,

  20. j-QAF says:

    Salam..
    Pokok pangkalnya ialah bagaimana nak ‘merasai’ bahawa Allah itu dekat dengan kita.
    Kita takkan rasa kalau kita tak yakin&percaya.
    Apabila sudah yakin…cakaplah apa saja tentang AL QURAN pasti kita akan dapat lihat betapa banyak hikmah dan pengajaran di dalamnya..
    Ruh kita telah yakin&percaya pada Allah tetapi penyakit hati dan sombong sahaja yang menjadi hijab menyebabkan kita tak dapat nak lihat kebenaran atau kebatilan..

    “Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedang mereka (sebetulnya) bukanlah orang-orang yang beriman”
    (QS. AL BAQARAH : 8)

    “Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, tetapi mereka hanya menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar”.
    (QS. AL BAQARAH : 9)

    “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan untuk mereka siksaan yang pedih, disebabkan mereka berdusta”.
    (QS. AL BAQARAH : 10)

    Orang yang tidak beriman itu tidak dapat menipu orang yang benar2 beriman dengan perbuatan dan kata-kata mereka.
    Sungguh CANTIK AJARAN QURAN…

    SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR..
    MASYA’ALLAH…

  21. AHMAD JOWEL says:

    maha benar firman Allah taala bahawa “Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” [Al-Baqarah 2: 1-2). Quran bukan untuk orang yang tidak bertaqwa. sebab tulah orang-orang kafir masih tetap tidak mengakui kebenaran Quran. saya merasakan keupayaan kita mengeluarkan hikmah-hikmah sedikit membantu saudara2 kita yang masih tidak mahu beriman kepadaNya. teruskan usaha ustaz krn sesungguhnya sekalian penduduk langit dan bumi akan mendoakan ustaz dan pejuang2 yang lain. insyaAllah………..takbir Allahuakbar3x,,,,

  22. Sang Buana says:

    ustaz…

    mcm mana dengan pandangan ustaz zaharuddin?

    x nak komen ker? dia amik sebijik sebulat hujjah ustaz..kemudian dia sesuaikan dengan hadith dan ayat quran..

    So, bila pula ustaz nak jawab??

  23. zahan says:

    Salam ustaz..

    Mungkin soalan ini boleh dikira bodoh..tapi jika tidak bertanya maka seseorg itu boleh jadi bodoh juga..bagaimana seseorg itu dapat mengenal Al-Quran?..apatah lagi dengan kemampuan kefahaman bahasa arab yang rendah..ini bersebab kerana untuk mengenal dan memahami Al-Quran itu sendiri juga boleh menyebabkan sesorang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar..apatah lagi untuk mengamalkan semua ajaran didalamnya..bagaimanakah cara terbaik yang ustaz boleh cadangankan?..

  24. mat arau says:

    Nak tanya,

    Ayat al-Quran yang mana menunjukkan secara spesifik mengenai bumi mengelilingi matahari?

    Terima kasih.

  25. Umar_Al_Khattab says:

    satu soalan yang baik drpd saudara zahan…

    sebelum ustaz menjawap , biarlah saya beritahu apa yg saya lakukan utk memantapkan ilmu agama saya.. jika cara saya bukan yg terbaik atau salah , harap ustaz dan bro/sis kat sini dapat tegur…

    saya tergerak utk belajar isi kandungan al-quran itu dgn sendirinya . Ada satu peristiwa yg telah buatkan saya mendekati Islam dan melazimkan solat berjemaah… lepas tu saya beli quran dgn terjemahan bahasa melayu…dan saya selalu baca quran beserta dgn terjemahannya…

    then saya baca artikel2 mengenai Islam , dan saya dpt tahu bahawa sumber Islam itu adalah quran dan sunnah…

    so saya beli buku2 hadis… masa ni sy tak tahu adanya pengkelasan hadis – shahih , maudu , daif semua…

    saya baca dan cuba amalkan sekadar kemampuan saya…. dan pada masa ini buku yang paling saya minat adalah Tanbihul Ghafilin…. saya melihat keindahan Islam semasa saya membaca buku ini…

    kemudian saya beli riyadhus shalihin , dan saya terpesona dgn hadis2 dalam jilid 1 kerana walaupun ianya terjemahan , tetapi bahasa yg digunakan oleh nabi sgt simple dan straight to the point… inilah pengalaman saya yg pertama belajar hadis..

    kemudian masalah wahhabi menjadi popular dan ianya byk dibincangkan di dalam ceramah dan suratkhabar…saya mula mendgr kembali perkataan bidaah yg sblm tu saya belajar masa SPM…

    tanggapan pertama saya adalah mazhab wahhabi ini bertentangan dgn mazhab iman yg 4…

    ini kerana saya menerima bulat2 apa yg disampaikan oleh ustaz2 yg berceramah…

    mereka mengatakan bidaah hasanah itu dibolehkan…

    kemudian selepas itu saya terjumpa satu buku kecil yg bertajuk bidaah hasanah -istilah yg disalah tafsir tulisan mohd asri zainul abidin…. semasa menulis buku ini beliau belum jd mufti lagi…

    bukunya sangat menarik kerana dia telah memberikan bukti2 drpd quran dan hadis dan pengkelasan hadis…saya tidak pernah baca buku di mana hujah2 disokong dgn ayat quran dan hadis2 …. saya telah suka approach ini kerana saya mmg sudah berjinak dgn quran dan hadis…..tetapi belum pandai kaitkan segala amalan kita dgn nas2 yg kuat…

    semua pengalaman yg berlaku ini saya percaya adalah petunjuk drpd Allah…

    niat saya membeli dan membaca tafsir dan hadis adalah hanya satu… untuk belajar mengenai Islam daripada sumber yang benar…

    yang lainnya adalah petunjuk drpd Allah…

    dan saya juga dpt tahu buku tanbihul ghafilin adalah buku yang bercampur didalamnya hadis2 yg tidak kuat…

    selalunya terjemahan yg saya baca itu mmg apa yg saya perlukan pada saat itu…. seolah2 Allah mendtgkan ayat2 yg saya perlukan pada masa itu…

    so saya masih berada di dalam proses mendpt petunjuk drpd Allah dan byk juga artikel2 dalam ini menjadi petunjuk kepada saya . Alhamdulillah..

    saya meneruskan journey ni dgn keyakinan bahawa Allah ada bersama saya…

    so , saya percaya kepada petunjuk daripada Allah… saya yakin saya boleh faham Islam tanpa menguasai bahasa Arab (tapi lebih elok kalau faham arab)

    barangsiapa yg Allah ingin beri kepadanya kebaikan , maka Allah akan buatkan dia faham mengenai Islam..

    dalam quran juga , ada ayat2 di mana Allah tekankan bahawa quran itu diturunkan dalam bahasa Arab supaya mereka dpt mengambil pengajaran…

    so logiknya adalah , kita kena belajar quran dalam bahasa yang paling kita faham…

    so kalau niat kita ikhlas utk mengetahui Islam yang sebenarnya , maka ia sudah cukup kerana jalan seterusnya adalah ditunjukkan oleh Allah…

    kalau kesimpualan yg kita buat itu salah…. maka tidak lama lepas itu , kita akan tahu akan kesalahan kita itu… ini sy ckp melalui pengalaman…

    saya harap bro/sis dpt memberi komen dan nasihat jika cara saya ini bukan yang terbaik… atau ada kesalahan ..

    InsyaAllah saya akan menerimanya kerana saya masih percaya saya masih memerlukan hidayah Allah…

  26. wmazmi says:

    saya menyokong cadangan mh_0202 dan syaima agar artikel ini diterjemah ke BI. saya mohon izin ustaz utk guna gambar dan artikel ini.

  27. j-QAF says:

    Assalamualaikum..

    Kepada Umar_Al_Khattab…

    Benar..AL QURAN itu terlalu banyak ilmu dan hikmahnya..

    [36.2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

    Penerangan yang anta dapat adalah berpunca dari KEYAKINAN anda pada ALLAH (IMAN).

    Apabila kita faham IMAN, kita akan melihat dengan mata hati. Merasai ALLAH sentiasa bersama kita dan DEKAT dengan kita. Setiap perbuatan, kata-kata, amalan terasa diperhatikan sentiasa. Kerana itulah juga kita menjaga setiap perbuatan dan percakapan kerana sedar bahawa ALLAH MENDENGAR, ALLAH MELIHAT.

  28. darul idris says:

    alhamdulillah, syukran ustaz,. artikel ni bole wat bahan dakwah utk non muslim. :)

  29. Ummu Saifullah says:

    Assalamualaikum,

    Petang tadi akak menjadi fasilitator untuk program melatih guru mengajar kaedah thinking through philosophy. perdebatan antara akak dengan seorang ukhti tentang interpretasi al-Quran setelah soalan mengenai “do i have a right to interpret Qur’anic verses?”

    ramailah cakap kita tak boleh interpret ayat Qur’an, hanya ulamak saja yang boleh. Jadi akak bagi contoh, sekiranya akak kata “Iqra’” tu maksudnya baca dan baca itu mestilah baca dengan memahami “read with understanding”, adakah saya salah?

    Ukhti kata salah dan tak boleh interpret sendiri. akak kata kalau kita baca tanpa memahami then it beats the purpose of the Qur’an as the book of guidence. besides so many people converted to Islam just by reading the Qur’an without going through the interpretation by ulamak and we are not going to make any fatwa just for your understanding of your relationship with your God.

    She insisted that it was wrong, so i said prove me wrong. it shocked the hell out of her.

    Lepas tu ukhti merajuk dan terus tidak datang untuk sessi seterusnya. and that makes me feel bad until now.

    Big Q: is it really wrong to read the Qur’an and understand our own way so long as it does not contradict islamic principles and values?

    eg. i explain “Allah teaches Adam names of things” as Allah has endowed man with the potential of conceptual thinking. names of things is the prequisite for thinking since thinking cannot be done without language and “single” ideas which are the foundation of knowledge. i.e. thinking is connecting ideas in the mind to make those ideas meaningful and to come up with new knowledge and understanding.

    harap dapat penjelasan. Terima kasih.

    • Pak Din says:

      @Ummu Saifullah, Al Quran itu tiada keraguan di dalamnya. Ia mengandungi ayat-ayat mahkamat (nyata hukum) dan ayat-ayat mutsyabihat (samar). Maka julat bergeraknya (dynamic range) luas. Secara terang, berkali-kali Al Quran mengajak manusia berfikir, menggunakan akal dan yang setara dengannya. Julat bergerak menggunakan akal juga luas, dari 0 (yang gemar taklid) kepada yang mahu memaksimakan penggunaannya. Dan akhirnya Al Quran menyatakan bahawa mereka yang dapat menghubung kait peristiwa dan kejadian Alam sebagai tanda keterlibatan kekuasaan dan tenaga Allah, dirujuk sebagai Ulil Al Baab, iaitu mereka yang menggunakan akal dengan semaksima yang boleh. Pada ayat-ayat bagaimana yang perlu kita gunakan akal? Itu persoalannya. Saya menyokong penuh Ummu menafsir ayat. Tetapi ayat mana?

  30. Muna says:

    salam..sy setuju sgt2..

    Rasionalkan agama bukan mengagamakan rasional..

    wallahualam~

    • pak din 31 says:

      @Muna, Secara rationalnya, saya pasti pintu SIO dikawal rapi secara remote controlled walau di mana tuannya berada.

      Dengan adanya kerangka fikir rational, timbullah protestant-nya sesuatu isu, bukan sahaja dalam beragama, malah dalam bertuhan.

      Malangnya protestant itu boleh terus dirationalkan dengan tahap seterusnya, dan seterusnya, yang akhirnya terkadang menjadi irrational.

      Begitu juga di hujung satu lagi, diemosionalkan (mengikut terlembutnya hati) tanpa mahu, sedikitpun merationalkan sesuatu isu, sehingga Islam itu menjadi asalnya Arab.

      Maka tidak salah mengagamakan rasional, sekiranya ia membawa makna membudayakan Syariat dan juga membudayakan Carakerja Pencipta Syariat.

      Protestant atau tidaknya pendekatan beragama, seharusnya membawa kita ke arah lebih mengenali Pencipta dengan lebih rapat.

  31. Abu Saif says:

    Waalaikum al-Salaam Ummu Saifullah…

    Untuk memudahkan jawapan, saya istilahkan konfrontasi Akak dengan ukhti tersebut, sebagai konfrontasi di antara ‘Muslim Protestant’ dengan ‘Muslim Catholic’.

    Protestant dan Catholic itu adalah kerangka berfikir yang menimbulkan versi yang berbeza terhadap Kristian. Oleh kerana Protestant dan Catholic itu muncul akibat bertembungnya dua cara berfikir yang berbeza, maka cara berfikir yang berbeza itu juga boleh terjelma kepada Islam kita.

    Untuk saya, Islam saya adalah Islam protes yang lebih dekat kepada istilah ISLAH, TAJDID dan REVIVALISM

  32. UNi says:

    salam..
    blh ustaz terangkan maksud Islam protes dengan lebih detail lg?

  33. j-QAF says:

    Untuk saya, Islam saya adalah Islam protes yang lebih dekat kepada istilah ISLAH, TAJDID dan REVIVALISM

    Saya tak jelas dgn penjelasan ustaz diatas. Adakah ia jawapan kepada soalan Ummu Saifullah, atau penerangan tentang prinsip ustaz sendiri?

    Saya setuju dgn soalan Ummu Saifullah kepada Ukhti : “She insisted that it was wrong, so i said prove me wrong.”

    Mudah kata, ‘jangan tuduh tanpa bukti’. Prove it.

  34. Abu Saif says:

    apabila ukhti tersebut berkata “it was wrong” dan ummu saifullah menjawab “prove me wrong”, maka ummu saifullah telah memprotes. itulah islam protes yang saya maksudkan.

    untuk keterangan lanjut, bacalah artikel-artikel saya seperti “BERAGAMA TANPA TUHAN”, “KERAGUAN ADAKAH IA JALAN ISLAH” dan yang seumpama dengannya

  35. pembaca says:

    Assalamualaikum to all.

    Sekadar berkongsi satu artikel lain tentang ketulenan Al-Quran dalam bahasa Inggeris.

    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=697

  36. itu_aku says:

    assalamualaikum

    minta maaflah ustz jika saya katakan,artikel ini tidak begitu mnjwb persoalan saya…

    saya pastekn soalan sy di sini..

    “bagaimana kalau seorang hamba ni dia percaya kewujudan Tuhan,sbb setiap benda dlm alam ni mestilah ada penciptanya.tpi dia x percaya akn kesahihan al-Quran itu diturunkn kpd nabi Muhammad dan x percaya kerasulan Muhammad.

    hujah die,kita x pernah nmpk al-Quran (or wahyu)diturunkn kpd Muhammad.so siapa yg dpt buktikan Muhammad ni rasul?apa buktinya?kita x boleh nak bagi hujah ‘dlm al-Quran ada menyakan Muhammad itu rasul Allah sbb dia x percaya pd Al-Quran.hujah dia,slain Quran,siapa atau apa yg boleh membuktikan kerasulan Muhammad?

    dia juga x percaya bahawa al-Quran itu sahih dri dulu smpi skarang.hujah dia,kalo betul wahyu tu indeed diturunkn pd Muhammad,dia seorang yg buta huruf,x tahu menulis,maka dia hanya hafal saja ayat2 tersebut sblom ditulis oleh sahabat2.so dia kata ada possibility ayat2 tu silap kalau nabi terlupa or salah hafal.dia jugk x boleh terima sifat ‘maksum’ nabi(nabi x bwat silap) sbb die mmg x percaya pd kerasulan Muhammad.”

    artikel ini hanya membincangkn ttg kesahihan al-Quran dr segi sains,bahasa dn matematik.tetapi tidak menyentuh ttg kebarangkalian al-Quran itu salah dri awal2 lagi.

    persoalan rakan sy ini ialah apabila wahyu itu turun, hanya Rasulullah sahaja yg menghafalnya.maka dia mempersoalkn kemungkinan baginda tersilap atau terlupa ketika membacakn kembali surah2 tersebut kpd sahabat.potongan ayat2 dri Quran dn sifat maksum Rasul tidak boleh dipakai sbg hujah kerana dia tidak percaya al-Quran dn kerasulan Muhammad. jika boleh, saya tidak mahu mmberi jwpn yg pathetic seperti ‘kami percaya Muhammad itu maksum,xkn ada kesilapan,kalau kamu tanak percaya sudah.’

    harap ustz atau sesiapa saja yg sudi boleh berkongsi pandangan di sini…

    trima kaseh.

  37. Abu Saif says:

    itu_aku,
    sudah tentulah artikel ini tidak menjawab terus soalan anda kerana saya menulisnya bukan sebagai respond kepada soalan anda. cuma, kalau diproses sedikit lontaran-lontaran yang ada di dalamnya, akan terbuka beberapa panduan.

    pertama sekali saya tidak setuju jika statement “kami percaya Muhammad itu maksum” sebagai pathetic. Ia cuma tidak compatible tetapi bukannya pathetic.

    Soalan rakan saudara itu adalah assumption. persoalan “mungkin” muhammad tersilap hafal semasa menerima wahyu, adalah andaian. apa yang perlu dilakukannya ialah, mendefinisikan kesilapan itu sebagai apa. kita akan katakan sesuatu buku itu ada kesilapan, jika ada percanggahan, jika ada keganjilan perkataan, jika ada kesalahan tegar pada fakta dan seterusnya. so, jika dia mahu mengandaikan muhammad ada buat salah, maka perlulah dia tunjukkan di mana part yang didapatinya salah, lalu boleh dihujahkan. mengandaikan quran itu ada kesalahan kerana masalah teknikal dalam penerimaan wahyu, tanpa dapat didatangkan contoh-contoh kesalahan, adalah suatu kemalasan dan permainan dalam berhujah.

    kawan anda itu juga perlu mempelajari sosiologi bangsa arab, bahawa bukan sahaja al-quran yang dipindahkan secara hafazan, malah hampir kesemua literature bangsa arab mengambil kaedah yang sama. selepas lebih sekurun al-quran wujud, barulah proses menulis literature kaum arab berlaku secara besar-besaran. hujah org yg tidak membaca sebagai OKU dalam keilmuan dan wahyu, adalah kesalahan membaca sejarah dengan mindset 1000 tahun selepas sejarah itu.

    saya harap respond saya ini tidak dicut and paste kerana saya menggalakkan pembaca memproses apa sahaja benda yang dibaca, dan tidak mengambil pendekatan pembaris yang hanya mampu menggaris lurus

  38. itu_aku says:

    assalamualaikum

    jgn marah ya ustz..bukanlah mksud sy nk memperkecilkn artikel ustz.sya kira ini silap sy yg kurang tajam akal,bila sy baca,x nmpk apa connection isi kandungannya dgn soalan sy..hmm..

    pathetic yg sy mksudkn ialah bg pihak beliau,sy tidak sesekali rasa mempercayai Rasulullah itu maksum sesuatu yg phatetic,nauzubillah…

    trima kaseh ustz ats pndangan yg diberi.ya benar,satu kenyataan yg sy x pernah terpikir,semua persoalan yg dikemukakan rakan sy itu hanyalah assumption yg tidak disertakn hujah..

    smoga sy dn dia dpt mengambil manfaat drpd tulisan ustz secara mendalam,bkn hnya copy paste sahaja…

    wassalam

  39. Abu Saif says:

    opss.. tak tak… ustaz bukannya marah. tulis tu straight forward je. cuma kurang berbunga dari biasa sebab nak cepat. sorry for any inconvenience

  40. Abdullah says:

    Salam ustaz,

    Thanks for the article! I also agree that faith and deen should both be an informed choice on the part of the believer, as opposed to following religion “blindly”. One needs to actively “question” one’s beliefs, and to want to know why one believes in God, why God is one, why the Quran comes from God, et cetera – it is through knowing that one can understand one’s position as a Muslim better.

    On a side note, would like to recommend the writings of Hamza Tzortzis (blognya di hamzatzortzis.blogspot.com dan websitenya pula http://www.theinimitablequran.com) which I feel may be relevant, if you are not already aware of it – he writes on the linguistic aspect of the Quran and its miraculous nature, and how the question of the Quran’s “authorship” can best be explored and found an answer to (all the more pivotal as per God’s challenge in the Quran for an imitation of itself, I guess). Very interesting read also =)

    Well, again, many thanks for the article=)

  41. [...] 25, 2008 by abusaif This is a generous translation of my previous article “SIAPA DI SEBALIK AL-QURAN“, smartly done by a sister who is a family friend of us. Thank you Ummu Ridhwan for your [...]

  42. Firdaus Faizal bin Karim says:

    Assalamualaikum ustaz, saya ingin nak mta sedikit sebanyak bahan untuk membuat tesis pembelajaran saya dalam subjek ulum quran, soalannya berbunyi: Sejauh manakah kandungan al-Qur’an dapat membuktikan kebenaran Islam..mohon agar ustaz dapat memberikan sedikit point bagi persoalan ini…syukran…

  43. Cobratasya says:

    Ustaz,

    Salam ustaz,
    Atas apa sebab komen saya tidak dipaparkan ?
    Terlalu sensitive kah ?
    Mohon jawapan ustaz jua.
    Saya keciwa kalau ustaz buang saja tanpa menjawabnya.

  44. Abu Saif says:

    @Cobratasya

    Salam.

    Ustaz tidak bertemu dengan komen yang dimaksudkan. Boleh resend semula? Mungkin ia termasuk ke spam. Selalunya komen yang akan termasuk ke spam ialah apabila ada URL lebih daripada satu dimasukkan. Maaf atas kesulitan…

    Dan kalau boleh, cuba baca komen-komen di atas, kalau-kalau sudah ada jawapan kepada persoalan yang mahu ditimbulkan.

  45. Cobratasya says:

    Salam ustaz,
    Sebagai muslims, kita semua berpegang kepada 6 rukun iman. Kita mesti menerima rukun2 sebagau muslim dan kemudian mempercayainya. Tahap kepercayaan terhadap rukun iman berbeza dari individu ke individu. Ada yg takliq buta tuli dan ada yg mengkaji dan ada yang mengalami dan lain lain.
    Quran sebagai salah satu perkara dalam rukun iman, ingin saya paparkan kepada ustad dan para pelawat blog ini. Semoga mendapat penerangan atau rebuttle daripada pihak ustad hendaknya tentang dakyah asakan terhadap Quran sebagai bukan dari Allah oleh ramai bukan muslim. Perkara ini sudah bukan lagi satu rahsia atau sensitiviti kerana khidmat internet yang begitu transparent.
    Semua aritcle oleh muslim, memuji dan memuja-muja Quran sebagai mengiktiraf kesucinnya. Malah akan mempertahankan kesuciannya higgga ke titisan darah atas dasar keimanan. Manakala pihak bukan islam pula terus memberi pelbagai macam justifikasi dengan asas rational dan logika bahawa ayat Al Quran itu adalah semata mata dari Nabi Muhammad.
    Bagi pembaca yg malas nak baca rujukannya ( nanti saya berikan ) maka inilah beberapa justifikasi yg saya mampu rumuskan :

    1. Terlalu banyak kesilapan fakta sejarah, kontradiksi, abrogations dan kesalahan grammer.
    (http://inthenameofallah.org/Errors%20in%20the%20Quran.html)

    2. Diwahyukan sesuai dgn kebijaksanaan, kehendak dan keperluan Nabi Muhammad di sepanjang 23 tahun kerasulannya.

    3. Wahyu yg diterima melalui unsur di sekeliling Nabi Muhammad. (http://www.truthnet.org/islam/source.htm)

    MOhon pihak ustad memberi penerangan tanpa bergantung kepada taqlik atau pun asas keimanan yg dituntut terhadap semua muslimin. Dengan demikian kita dapat sama sama mempertahankan kesucin Al Quran juga melalui asas yang sama. Terima kasih.

  46. Anonymous says:

    terima kasih atas artikel2 yg bernas dan santai dari ustaz…

    seringkali kita terdengar para saintis dan ilmuan menemui sinar islam setelah mengkaji al-quran….sampai satu detik saya tertanya…..adakah ilmuan islam yang murtad??..saya mencari jawapannya…ada…salah satu bukti yang saya jumpa ad di sini…http://indonesia.faithfreedom.org/forum/imam-arab-zaki-amin-murtad-t31009/….

    oleh sebab kebanyakan bukti yang saya jumpa merupakan temubual di dalam bahasa inggeris…sya tidak berani mendengarnya sendiri….berbekalkan muet band 3 saya ni….takut terpesong akidah dibuatnya…..

    jadi….saya amat berharap agar topik ini akan ustaz bincangkan…tq n assalamualaikum…

  47. MUZAYYANAH ABDULLAH says:

    Salam…masyaAllah! seronoknya tengok pbincangan hangat topik ini! alhamdulillah..masyarakat semakin sedar…sama2 kita terus berdakwah…MENJULANG AL-QURAN SBG “LA ROIBA FIH”… Hanya sedikit sumbangan saya utk ‘mrk yg baru nak bjinak2′…APA ITU AL-QURAN terbitan PTS. Slm ukhwah fillah

Leave a Reply