
Tiba dengan bas dari Jordan ke Madinah sebelum ke Mekah
“Allah… jangan lepaskan diriku dari bumi Arafah ini dengan dosa yang tidak terampun, hati yang tidak terbersih, dan semangat juang yang tidak membara”, doa saya panjatkan dengan air mata yang sukar ditahan. Arafah makmur dengan bacaan ayat al-Quran, zikir dan munajat pada hujjaj kepada Allah.
Hari terbaik, tempat terbaik, detik terbaik… tengah hari di bumi Arafah itu hening dan penuh ketenangan. Syukur juga kepada Allah kerana mendapat tempat di dalam masjid untuk mendengar Khutbah Arafah dan seterusnya menunaikan rukun terbesar di dalam ibadah Haji di bawah teduhan.
“Betul ke kita nak jalan kaki ke Mina?”, saya mahu mendapatkan kepastian daripada kawan-kawan.
“Ana orait je. No problem“, Jamil membalas. Rakan-rakan yang lain juga mengangguk sama.
Perjalanan dari Padang Arafah ke Mina melalui Muzdalifah, memerlukan kami untuk berjalan kaki sejauh kira-kira 14km. Kami bersetuju untuk berjalan kaki kerana pengalaman mengerjakan haji pada tahun yang sebelumnya, memperlihatkan kesesakan lalu lintas yang maha dahsyat. Maka lebih baik sahaja untuk orang-orang muda seperti kami berjalan kaki.

Sebelum memulakan perjalanan ke Muzdalifah. Di pinggir Masjid Namirah
Ketika matahari jatuh, kami memulakan perjalanan. Plan kami adalah untuk bersolat jamak ta’khir di Muzdalifah.
“Anta dah ready ke imtihan (peperiksaan) lepas balik haji ni?”, saya bertanya kepada Zarin.
“Ala, janganlah bersembang tentang peperiksaan. Lupakan bab tu”, jawab beliau membalas soalan saya.
Di sepanjang perjalanan malam itu, kami berbual-bual tentang pelbagai isu. Sesekali kami menyepi dan mulut terkumat-kamit dengan zikir di perjalanan yang penuh erti ini.
Selepas hampir 4 jam berjalan kaki, akhirnya kami tiba di Muzdalifah. Di situ, saya dan rakan-rakan mengutip batu untuk digunakan bagi melontar jamrah di Mina nanti.
“Aduh… peha ni dah melecet rasanya”, saya menahan sakit.
“Sabar. Dah berapa kilo hilang?”, Ahmad Nazri menyindir saya. Kami tersenyum.
Sebelum batu dikutip, kami sama-sama mengerjakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di tepi jalan bersama ramai jemaah lain. Suasana pada masa itu sungguh menyentuh jiwa. Segala jenis manusia boleh ditemui, namun semuanya melakukan perkara yang sama, boleh solat bersama, dan masing-masing tahu apa yang perlu mereka lakukan, tanpa disuruh-suruh.

Berhenti seketika setelah beberapa kilometer berjalan kaki
“Eh tengok tu, pakcik dan makcik tu rasanya orang Malaysia”, Nasir mengisyaratkan telunjuknya ke arah sepasang suami isteri yang sedang duduk mencangkung di tepi jalan.
SESAT
“Assalamualaikum makcik, pakcik!”, saya memberi salam.
“Waalaikum salam, nak!”, jawab makcik tersebut. Suaranya letih.
“Kenapa pakcik dan makcik duduk di sini?”, saya kehairanan.
“Kami sesat, nak. Tadi Pak Chaq sakit perut. Dia turun dari bas, terus berlari ke tandas. Kemudian kami lupa bas kami di mana”, jawab makcik. Mereka memperkenalkan diri sebagai Pak Chaq dan Mak Chaq
“Kami sesat!”, jawab pakcik tersebut. Beliau kelihatan begitu resah dan ketakutan. Usia mereka berdua mungkin dalam lingkungan akhir 60an.
“Masya Allah! Makcik ingat tak apa-apa tentang bas yang pakcik dan makcik naik?”, Farouq bertanya.
“Susah nak habaq mai, nak, Makcik lupa”, jawabnya. Loghat utaranya sungguh pekat.
Kami telah mengambil keputusan untuk membentuk dua kumpulan bagi mencari bas pakcik dan makcik yang malang ini. Mereka berdua berasal dari Perlis dan ini merupakan kali pertama mereka menunaikan Haji.
“Sabaq noo!”, kami memujuk.
Puas kami merayau di celah ratusan ribu manusia, malah mungkin mencecah jutaan. Kaki saya juga sudah sedikit luka. Bimbang juga, sebab perjalanan dari Muzdalifah ke Mina masih jauh. Kami baru separuh perjalanan.
“Ha, tengok bas tu! Muka Melayu. Jom kita tanya”, saya mengajak Khairul dan Jamil turut sama.
“Assalamualaikum encik. Maaf bertanya, ini rombongan Malaysia ke?”, saya bertanya kepada lelaki yang kelihatannya seperti ketua kumpulan.
“Waalaikum al-Salaam. Dok, kami ini oghe Patani!“, jawabnya.
Aduh, ini sudah bas yang entah ke berapa kami periksa tetapi masih belum bertemu. Kami berkumpul semula bersama pakcik dan makcik tadi, yang kami tinggalkan bersama Zarin dan Nazri untuk menemani mereka.
Allah, jam sudah lebih 12 malam. Kami juga sudah sangat keletihan.
“Maaf pakcik, makcik. Kami tak jumpa bas”, saya memberitahu.
Kami terduduk di tepi jalan. Terasa letih yang amat sangat. Masing-masing dalam pakaian ihram duduk berlunjur di tepi jalan, sandar menyandar di antara satu sama lain. Belum pun lama berehat, jam sudah pun melewati tengah malam. Perjalanan harus diteruskan menuju ke Mina, supaya kami tiba sebelum subuh Aidiladha esok. Kami mahu melontar di Jamrah al-’Aqabah.
“Sudah! Sudah! Pak Chaq tak mau dah pi melontaq, Pak Chaq nak balik Kangaq, nak balik Kangaq!”, pakcik yang banyak mendiamkan diri itu tadi merampus dan mengamuk.
“Sabar pakcik, sabar. Ingat Allah. Kita di Mekah ni. Kami ada. Kami akan tolong Pak Chaq dan Mak Chaq”, kami cuba memujuk Pak Chaq yang sudah tidak tentu hala.
TERKENANGKAN ABAH DAN EMAK
Ketika itu hati saya berasa sangat sayu. Terkenangkan arwah abah ketika mengerjakan Haji bersama emak tidak lama dulu. Bagaimanakah keadaan mereka? Apakah ada yang membantu mereka? Semasa abah dan emak mengerjakan Haji, mereka diuji dengan peristiwa himpitan Terowong Muassim.

Emak dan Abah di musim Haji 1410
Beberapa ahli rombongan yang bersama abah terlewat bersiap. Ketika itu, ramai yang marah-marah kerana bas mereka terlewat bergerak menuju ke Arafah. Tetapi rupa-rupanya besar hikmah di sebalik kelewatan itu. Rombongan abah dan emak, hanya beberapa ratus meter sebelum memasuki Terowong Muassim. Pertembungan jemaah Haji dari dua arah telah menyebabkan berlakunya himpit menghimpit yang amat dahsyat. Peristiwa 10 Dhulhijjah 1410 itu telah menyebabkan 1426 orang terbunuh, membabitkan 79 jemaah Haji dari Malaysia.
Saya mengurut dada.
Masih terkenang betapa sesaknya dada kami lima beradik menunggu perkembangan emak dan abah di Tanah Suci.
JALAN KAKI ATAU BAS
“Kita nak ke Mina macam mana ni? Jalan kaki atau naik bas?”, tanya Jamil.
“Personally, ana rasa dah tak larat nak jalan kaki”, saya bercakap jujur.

Sama ada’naik bas’ atau ‘masuk’ bas
Perjalanan dari Muzdalifah ke Mina adalah sejauh kira-kira 6 atau 7 kilometer. Usahkan mahu berjalan kaki 7km, mahu berdiri pun sudah seperti tiada upaya. Lagi pun, bagaimana dengan Pak Chaq dan Mak Chaq yang terpisah dari rombongannya. Mustahil mereka mampu berjalan kaki.
Setelah tawar menawar dibuat, kami berjaya mendapatkan sebuah bas kecil (coaster) untuk ke Mina. Kami mengumpul wang seorang sedikit untuk mencukupkan jumlah beberapa ratus Riyal bagi sewa bas berkenaan.
Saya memapah Pak Chaq naik ke dalam bas. Oleh kerana Pak Chaq bertubuh kecil, beliau duduk di kerusi di atas tayar bas dan saya menemannya di sebelah atas permintaan beliau. Mak Chaq duduk di kerusi single di sebelah saya. Dua pertiga bas itu kami penuhi, dan masing-masing terkumat kamit berdoa memohon kemudahan dari Allah SWT untuk perjalanan yang seterusnya.
SATU KILOMETER SEJAM
Di luar tingkap, lautan manusia dan bas mendatangkan perasaan yang pelbagai. Ada rasa kagum dengan pemandangan yang kelihatan, tetapi resah kerana bas tidak bergerak-gerak. Setelah beberapa jam di dalam bas, kami sudah jadi semakin gelisah. Bayangkan, dalam tempoh 3 jam, bas ini bergerak tidak lebih dari 2km sahaja.
“Allah! Allah!”, Pak Chaq mengurut dada. Dia sesak nafas.
“Mak Chaq, tengok Pak Chaq ni!”, saya memanggil isterinya di sebelah. Kami bertukar tempat duduk.
Ya Allah, Pak Chaq seperti orang nazak. Kami semua berasa sangat tertekan dan sedih melihat keadaan Pak Chaq. Isterinya tabah menuang air yang terhad itu ke tangan lalu menyapu ke muka dan tubuh Pak Chaq.
“Laa Ilaaha Illallaah!”, saya menggosok belakang beliau.
Suasana yang terlalu sesak, cuaca mana di sebelah malam dan bas yang sempit amat-amat menekan kami semua. Ketika itu, kepada Allah jua kami letakkan pergantungan, memohon ihsan dari-Nya untuk melepaskan kami dari ujian ini.
Setelah 6 jam berada di dalam bas, barulah kami tiba di Mina. Tatkala khemah-khemah putih itu mula menampakkan kelibatnya, tiba-tiba pemandu bas menjerit.
” Hareeeeq, hareeeq (api,api!)”, jeritnya kepada kami.
“Kenapa tu?”, Mak Chaq bertanya.
“Api Mak Chaq. Ada kebakaran!!!”, saya menjawab.
MINA TERBAKAR
Orang ramai bertempiaran lari. Pemandu bas kami terus mencampakkan barang-barang dan menghalau kami turun daripada bas. Suasana sungguh mencemaskan.
“Ya Allah, anak! Jangan tinggalkan makcik!”, Mak Chaq memeluk saya ketakutan. Kawan-kawan yang lain juga panik.
“Tidak! Tidak! Kami akan bersama. Kita sama-sama selamatkan diri”, saya cuba bertenang dalam suasana yang amat mencemaskan itu.

Baru sahaja dua hari lalu, khemah-khemah di Mina terbakar besar pada hari Tarwiyah. Sebesar mana, kami pun tidak tahu kerana kami tidak mendapat liputan siaran berita dari mana-mana sumber.
Saya mendukung Pak Chaq dan membawanya berlari mengikut arus orang ramai. Jeritan orang ramai kedengaran di sana sini. Tetapi kami sendiri pun tidak tahu di mana kebakaran itu berlaku, sebaliknya hanya berlari mengikut arus manusia. Mak Chaq ketika itu memegang baju rakan saya sambil cuba berlari anak. Kasihan sungguh kami melihatnya.
Pak Chaq pula seperti anak kecil berpaut ke leher saya dan memejamkan mata sambil menangis. Kami terus berlari dan berlari menjauhi kawasan Jamrah al-Sughra sekuat tenaga yang tersisa. Sungguh menakutkan apabila melihat ada jemaah Haji yang terjatuh dan kemudiannya dipijak oleh orang ramai yang panik.
Setelah keadaan menjadi reda, matahari juga sudah samar-samar keluar. Kami mencabut salah satu kain ihram, membentangkannya di lantai dan segera mendirikan solat Subuh dengan seribu kepayahan. Selepas selesai bersolat, kami duduk termenung melepaskan lelah. Mak Chaq menangis dan terus mengesat air mata lesunya yang mengalir di celah-celah kedut wajah menahan usia. Terlihat benar payah dan letihnya. Pak Chaq pula kami baringkan sementara memulih tenaga untuk mencari penyelesaian seterusnya.
TABUNG HAJI
“Kat Mina ni mesti ada pejabat Tabung Haji, kan?”, kata Zarin memecahkan kesunyian.
“Ha ah, jom kita cari”, Nazri menyambut.
Kami berpecah. Sebahagian pergi mencari pejabat Tabung Haji di Mina, manakala sebahagian lagi menemani pasangan Pak Chaq dan Mak Chaq yang sudah tidak mampu berjalan.
Setelah kira-kira setengah jam mencari, akhirnya kami bertemu dengan apa yang dicari. Pak Chaq dan isteri kami bawa bertemu dengan pegawai Tabung Haji yang bertugas. Terasa lega benar di hati apabila segala-galanya selesai secara baik.
Menurut pegawai Tabung Haji, adalah sangat sukar untuk mereka mencari jemaah Haji yang hilang, terutamanya ketika hari melontar di pagi Aidiladha.
“Terima kasih la nak. Allah Taala sahaja yang balas jasa kamu semua. Nanti kalau hangpa pi Peghlih, cari sekolah Alawiyyah, kat belakang tu la rumah Pak Chaq. Hangpa mai, noo. Makan besaq takda la. Tapi ayaq sejuk, Insya Allah!”, kata Pak Chaq dengan nada berseloroh.
“Tak apalah pakcik, dapatlah anak-anak muda ni buat pahala tolong pakcik”, kata pegawai Tabung Haji kepadanya.
“Ya la, depa tolong pakcik dapat pahala. Pakcik susahkan depa dapat dosa”, kata Pak Chaq. Pandai juga orang tua ni berbalas hujah.
“Ishh, dosa apanya. Biasa Pakcik… musim-musim Haji ni memang macam-macam ujiannya”, saya menggosok belakang Pak Chaq.
“Maaf la ya nak. Pak Chaq sesat”, suara beliau perlahan sekali.
“Bukan, sesat, cuma tak jumpa jalan. Sesat tu tak dapat hidayah!”, balas Pegawai Tabung Haji, disambut dengan ketawa kami.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar… kami meneruskan perjalanan menuju ke Jamratul Aqabah untuk menyambung tugasan sebagai dhuyoof al-Rahmaan (Tetamu Allah yang Maha Pengasih).

Musim Haji 1417 penuh catatan. Biar pun Haji kali itu penuh suasana cemas, kami gembira kerana dapat membantu menyelamatkan Pak Chaq dan Mak Chaq. Mudah-mudahan pada hari kami fakir menagih bantuan, Allah sudah membelaskan ihsan-Nya kepada kami.

“Barangsiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya” [Riwayat al-Bukhari]
Semoga Pak Chaq dan Mak Chaq berada di dalam pemeliharaan Allah, biar di mana pun mereka berada.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Salam,
Seronok dapat menunaikan haji di usia muda…Allah, mudah-mudahan ,saya dan keluarga dapat menunaikan ibadah ini di usia muda…AMEEN
Wsalam wbt.
Ameen ya Allah. Moga Allah kurniakan rezeki kepada anta sekeluarga. Juga untuk ana supaya boleh bawa Ummu Saif pula. Memang besar bezanya buat haji semasa muda berbanding ketika usia lanjut seperti Pak Chaq dan Mak Chaq
Enrti yang sebegini hanya mampu ‘menarik’ kurang lebih 80 viewer(s) berbanding entri ‘Salah Nasihat’ yang di kunjungi seramai lebih 3000 viewer(s)…
Apa pun, ana teringatkan perjalanan kami ber-2 (naik bas), dari Riyadh ke Makkah utk menunaikan haji tahun hijr 1424H yang lalu. Waktu itu kami sudah hampir menamatkan tugasan di KSA. Ada juga catatan & foto di rakamkan, namun tidak se’detail’ yang Utz Hasrizal utarakan…! Allah Hafiz…
Ehe, mungkin sebab entry ni baru 2 jam online, En Adros
Tapi tak dinafikan, cerita kawin-kawin tu memang ramai yang suka
sedihnya membaca kisah ni, ustaz. sampai mengalir air mata. tak tahu lah kenapa. mungkin terkenang orang tua sendiri.
SEBUAH PERJALANAN YANG TERINDAH…
Semoga kita diberi peluang dan kesempatan menunaikan haji pd usia yg muda sebab jika sudah umur senja banyak kekangan..erm…haji memerlukan kudrat yang byk..bila nak ajak Ummu Saif pergi haji pulak,ustz?
Mak sy sekarang masuk umur 56thn, ayah pulah dah mcecah 61 thn…. hmmm
tak pasti bila boleh sy hantar mereka buat ibadat haji… then macamanalah akan jadi klu pkr sama blaku pd parent sy nanti… huhu sedih2..
Jangan sedih aye.
Tidak kurang nilai agama seseorang jika tak dapat buat haji kerana tak mampu. Itu belas Allah dalam syariat Haji. Kalau anta bercita-cita nak membantu mereka, kerja bersungguh-sungguh, cuba lagi kembangkan perniagaan yang baru anta mulakan, Insya Allah dilapangkan jalannya oleh Allah atas niat yang mulia tu
mudah-mudahan ana juga berpeluang menunaikan haji di usia muda ini…
amin….bertuahnya ustaz dapat tunai haji di usia muda
Assalamualaikum,
Saya mintak ustaz berbicara tentang isu murtad Lina Joy dan perkara2 berkaitan kepentingan umat Islam di Malaysia supaya mereka sedar untuk menjaga “Muslim interest” di negara ini.
Saya rasa dah berpuluh ribu artikel ditulis ttg LinaJoy tu kat internet. Baca je la apape yg ust tuliskan utk kita
alhamdulillah, bertuah dapat belajar di bumi anbiya`, dapat tunaikan haji… huhu.. seronok rasanya… moga Allah rahmati dan berkati enta ya ustaz…
Assalamualaikaum…
saya nak mintak ustaz bincangkan pasal isu couple..saya sememangnya pernah la couple ni,tapi syukur alhamdulillah skrg sy dah sedar akan keburukannya.saya nak mintak pandangan ustaz cz sjk break ni sy kdg2 ingt kat dia je.rse cam nk kontek dia tp alhamdulillah sy mampu lg kwl perasaan sy..
sudikanlah menggunakan khidmat search atau klik ke halaman BANK OF ARTICLES di atas kerana saya sudah SANGAT banyak saya menulis tentang isu couple ni. Cuba cek di bawah kategori kampus
terima kasih ustaz…
saya baru tahu pasal blog ustaz ni dari seorang kawan…
Ahlan wa Sahlan.
Cek juga artikel di bawah kategori keluarga ya. Moga bermanfaat
Tapi viewers untuk isu kontroversi lagi banyak, sehingga mengatasi artikel “Mengapa Mahu Jadi Doktor?”. Yang tidak sedapnya, tidak habis2 pula dapat laporan mengenai tokoh2 terkemuka yang berlainan pendapat.
Akak tetap berpendapat ustaz ni berpijak di bumi yang nyata kerana dalam Harakah ruangan surat pembaca, pengusaha Shell di Malaysia merayu agar stesen minyak mereka tidak diboikot. “Orang tu” rileks je, pihak lain pula yang menderita.
Maaf ustaz, confirm silap tempat akak punya komen nih. Geram orang tulis macam2 kat shoutbox. Kalau dia nak “ban” Quran, kita nak risau, yang berlambak tidak pedulisma pada Quran, kita tenang je. Sampai ada yg fikir boikot ni boleh menyatukan orang Islam. Miskin nilai sangat ke orang Islam ni sampai kena tunggu faktor luaran untuk bersatu.
Alamak ustaz, akak relalah komen ni dipadam, saje nak lepas geram. Tak lulus le akak bab tekan butang “pause” ni.
ya Allah, sampai tak sedar airmata meleleh membaca entri ustaz ni.Memang syukur alhamdulillah betul dapat nikmat mengerjakan haji waktu usia muda seperti ustaz. Tapi usia muda pun tak menjamin haji mabrur juga kalau tak dibawa sama ilmu menunaikan haji ye kan ustaz.macam peranan sabar seperti yang ditunjukkan oleh ustaz dan kawan-kawan sampai masalah pak chaq dan mak chaq dapat terhurai – mahal harganya tu. tak dapat nak buat gitu kalau di negeri sendiri belum dapat praktikkan. itu pendapat saya, ustaz, kalau salah tolong tegurkan ye.
jazakallahu khaira ustaz
Perbezaan pendapat biasa la Kak Ija..Tp dalam hal ini Ust kita yang cuba berbeza dengan orang lain.Namun pendapat Ust kita pun ada landasannya,tiada cacat celanya.Khilaf itu rahmat sbb manusia tu mukhtalif.Maaf gatal tangan plk.
pengalaman yang sangat menarik ustaz…
rasa dapat membayangkan kekalutan yang berlaku
terutama sekali semasa kebakaran tu berlaku
alhamdulillah semua sudah selamat after that
pengalaman mengajar erti hidup
hidup untuk memberi
Siapa yang berpeluang menunaikan haji pada usia muda, maka tunaikanlah dan sebolehnya-bolehnya tunaikanlah haji sebelum anda berkahwin kerana membawa isteri sekali pergi haji adalah sangat-sangat melecehkan!
Pengalaman sendiri naik sekali dgn trip yang ada mutazawwij muda. Geram!
dah2..jgn gaduh2. “jika anda sedar di samping boikot, masih ada kewajipan dakwah, maka anda TIADA MASA utk mengganggu kerja dakwah org lain.”. Byk berbalah pun lagha jugak. Sape yg nak boikot, teruskan jika itu ijtihad mereka(ie jihad ekonomi), yg tak nak boikot, teruskan berjihad di medan lain. Ana berjihad di medan ilmu di melbourne
Kalau ikut aturan, mak dan ayah saya hanya boleh menunaikan haji pada 2015. Humang aih punya lama..maka terpaksa cari jalan lain. Semoga mereka dipermudahkan. Sebenarnya kuota haji ni pun jadi satu masalah juga ya ustaz?
Seronoknya ustaz dapat menunaikan rukun islam – menunaikan haji masa usia muda. Abang saya di S’pore dah pergi umrah, tak terkata seronoknya dia merasai Maha Hebatnya Allah s.w.t..
Teringinnya saya…
* Untuk kawan2, Pak Chaq dan Mak Chaq tu dalam bahasa utara pekat. Maksudnya Pak Besar dan Mak Besar (ingat tak Dato’ K dipanggil Pak Besar oleh Dato’ Siti?). Dalam erti kata lain, anak sulung la tu..yang paling besar. Biasanya kerana bilangan anak ramai, sampai tak tau nak gelarkan apa.
Salam..
Bestnya dapat pergi haji waktu muda – muda nih. Siapa yang tak nak? Tapi nak kena ubah mindsetting kebanyakan orang muda kat Malaysia ni yang dok ingat, pegi haji waktu dah tua. Sedangkan dulu – dulu sebab takde duit, sebab tu dah tua baru mampu dan cukup duit nak pergi. La ni, purchasing power dah tinggi tapi mindsetting pasal ni tak tukar lagi. Nanti jadi la cerita macam Pak Chaq & Mak Chaq tu lagi. Mujur Allah swt jumpakan depa dengan rombongan ustaz. Tak berat ke usung Pak Chaq waktu tengah kalut tu? Nih dah kira mind over matter dah agaknya. Ada physiological basis kat situ.
Saudara Saifuddin, bleh cerita sikit, kat mana yang sangat – sangat melecehkan tu? Perlu jugak tau tu. Kot – kot la nanti boleh dijadikan sempadan.
Wasalam.
hadis yang last tu la ana duk cari2 semenjak 2 menjak ni. heheh. syukran ustaz!
kadang2 fikir, rasa terkilan dan bersalah juga. Ana dah merantau ribuan kilometer dari tanah air, sampai ke bumi Russia ni, hampir 2 kali ganda jauhnya berbanding Malaysia ke Makkah.
So terfikir la – sedangkan Russia yang jauh ini pun dah sampai, rasa cam rugi dan sia-sia sangat2 andaikan bumi Makkah yang lebih afdhal dan awla’ tu tak dapat ana kunjungi!
kalau ikut hati, memang nak je pegi Makkah time cuti winter or cuti summer. tapi itulah, dengarnya karenah birokrasi la, urusan visa la etc etc, agak susah.
namun dalam hati ni still berazam – sebelum tamat pengajian kat sini, nak jugak berkunjung ke baitullah walau sekali pun cukup! tak dapat haji pun tak apalah, dalam hati ni meluap-luap rindukan Rasulullah! y0sh~!!
Rindu sangat nak ke Haramain sekali lagi…
Harapnya tahun ni diberi kemampuan untuk ke sana sekali lagi…
Perlukah dibahaskan di sini ustaz, fiqh alawiyat atau keutamaan pergi mekkah (haji/umrah) dangan pergi pakistan dan india (azam 4 bulan)…
p/s… hujung2 semester ni, dah ramai ‘sahabat’2 kita yang telah memberi azam untuk ke pakistan dan india, 4 bulan (packej dituntut selepas grad)
insya’Allah.
Ustaz
Galakkanlah anak-anak muda kita menunaikan Haji ketika usia muda.
Pengalaman saya,haji bukan sekadar mencabar minda malah fizikal.
Bertawaf,saei,melontar jumrah semua mencabar.
Kerenah diri,isteri,teman sebilik & serombongan juga tak kalah cabarannye.
hmm..lewat sikit baca entry ni..
sebak,dan mcm2 lagi perasaan.Diuji di tanah suci..sungguh Allah jualah yg lebih tahu dan Dia Maha Baik.
Sem lepas,shabat ana buat umrah dengan fmlynya. Terasa bertuahnya dia..dengar dia bercerita,tersa berbunga2 hati ni..berdoa penuh harapn agar berkesempatan ke sana sebelum padam pelita hayat.
Alhamdulillah mak dan ayah nak buat umrah tak lama lagi..kata mak,bimbang tak sempat macam arwah adiknya. ana nak mintak mak doakan ana agar sempat ke sana…
Terima kasih ustaz,menarik perkongsian ni..jiwa sekental itu amat bermakna.
Masa muda-muda ni eloklah simpan duit. Pergi haji awal-awal. Moga-moga Allah permudahkan. Nanti dah pergi boleh pergi lagi. dan lagi. dan lagi.
Ustaz,gambar pertama tu macam ada gambar SS MAZA je.. betul ke atau salah pandang..
Subhanallah. sedih dan kagum bace entri ustaz yang ni.
sedih sebab memikirkan parents yang dah melepasi 60 tahun,tapi saya tak mampu lagi nak hantar ke makkah. tapi at the same time takut if by the time mak ayah dapat ke sana sudah terlalu tua dan tak larat..takutnye if jadi macam ni. kalau ade orang2 muda seperti ustaz dan kawan2 Alhamdulillah..
apepun saye kagum dengan semangat, kekuatan dan pertimbangan ustaz dan kawan2..
terima kasih kerana berkongsi..
aduh. manyak sedey la ini crita..
rasa bersyukur sngt mak ayah sy dah selesai menunaikan haji..
skrg pengurusan di mekah smakin dibaik pulih dgn pnambah baikan di bnyk kawasan laluan haji..
harap takde kejadian2 yg tak diingini berlaku lagi pd masa akan datang.. insyaAllah
wah, familiarnya muka dalam entry ni..tringat balik kenangan duk jordan..sempat menumpang sekejap di Mu’tah, berjirankan Rosdi dan Meor..
aduh.. kenangan, kenangan…
Assalamualaikum wbt,
Kepada pemuda-pemuda, sama-samalah kita merancang untuk sampai ke tanah suci semasa muda, kuat dan mampu. Jangan tunggu sampai dah hampir-hampir tak mampu dari segi fizikal, baru nak pergi.
Kalau tak dapat buat haji, haji kecil (baca=umrah) pun alhamdulillah sebagai persiapan untuk haji bersama ibu ayah, atau bersama isteri.
Betul kak Shiha, ‘mindset’ masyarakat masih menganggap haji nie bila dah tua baru pergi. Ini sengaja mencari kesusahan sebenarnya.
Alhamdulillah, kondisi untuk buat haji sekarang lebih baik dari segi kemudahan, tempat melontar dan sebagainya. Sepatutnya dah lama KSA nie buat semua nie, bukannya tunggu orang mati ramai dan sebagainya. Mungkin inilah kesannya bila rezeki emas hitam yang melimpah-ruah tue tak diberkati Allah SWT. Sedih juga kalau kita melihat Islam melalui masyarakat dan realiti di tanah suci.
Apapun, kalau berpeluang buat haji di usia muda, jangan lepaskan. Itu juga pesan orang yang dah pegi semasa usia yang baru 40-an.
Ana dah haji kecil, merancang untuk haji betul pula.
Alhamdulillah, uztaz dapat mengerjakan haji dalam usia yang masih muda. Panas mata kak ni setiap kali membaca kisah orang ke Mekah. Kak dan abang dah mendaftar tapi tahun 2017 nanti.
Doa kak, dalam 3 tahun lagi kak akan berkesempatan menunaikan fardhu haji bersama abang serta memdapat haji yang mabrur sebelum sakit kak ni bertambah teruk. Insyaalah.
Untuk saudara Saifudin, bukankah saudara mendapat pahala sunat kerana membawa isteri bersama?
Assalamualaikum
Sayapun rasa teruja nak pergi haji ni. Sekarang ni 34, hajat hati nak pergi sebelum 40. Ni la tengah mengumpul biayanya berdikit-dikit. Saya yakin dengan izin Allah saya akan diberi peluang juga akhirnya. Dan semoga saat berharga itu nanti dapat saya gunakan sepenuhnya untuk berdampingan dengan-Nya since saya ni bukanlah orang kaya-kaya yang boleh berulang kesana saban tahun.. macam trend org2 kaya la ni.
mudah2an ana juga bisa naik haji semasa muda.. bantu doa ya..
alhamdulillah…
pasti b’cmpur baur perasaan ustaz bila pkcik n mkcik tu da selamat…bila Allah nk tolong, byk cara yg Dia bleh buat…
kalau difikir2 smula, boleh je rombongan ustaz x nmpak depa 2 org tu..tp kuasa Allah mngatasi sgala…
kdg2 kisah2 mcm ni wat kita t’sedar yg ‘Allah ma’anaa’…