“Dia sudah kurangkan minum araknya dari siang malam pagi petang, kepada meminumnya hanya untuk sesekali menghilangkan ketagihan!”, kata si A.
“Rasanya saya ada nampak dia pergi masjid untuk sembahyang Jumaat. Ok la tu, at least dia sudah mula sembahyang”, ujar si B tentang rakannya.
HUKUM VS DAKWAH
Perkembangan separuh-separuh begitu, akan dibalas bergantung kepada persepsi seseorang. Jika kita melihatnya dari kacamata hukum, maka minum arak sesekali tiada bezanya dengan minum arak sentiasa. Dia tetap seorang peminum arak. Orang yang hanya bersembahyang Jumaat dengan meninggalkan sembahyang fardhu yang lima secara harian itu, tetap dilihat sebagai mengingkari kewajipan besar yang disyariatkan oleh Allah SWT.
Tetapi bagi pendakwah yang bekerja merawat manusia, ia mungkin akan dilihat sebagai suatu perkembangan yang positif. Meninggalkan ketagihan arak secara harian dan mula mampu memilih waktu tertentu sahaja untuk meminumnya, adalah suatu peningkatan. Self control diri peminum itu mungkin sedang melalui proses membina kekuatan.
Begitu juga dengan orang yang tidak pernah bersolat, mula ‘memberanikan’ diri untuk menghadiri solat Jumaat, ia merupakan proses menjinakkan dirinya dengan sesuatu yang mungkin begitu asing bagi dirinya sebelum ini.
Jiwa Dai’e Otak Faqih, artikel yang saya tulis lama dahulu, sedikit sebanyak menjelaskan persepsi saya tentang hal ini. Seorang Muslim yang berjiwa dai’e, menghargai setiap perkembangan seseorang biar pun masih jauh dari mencapai kesempurnaan. Apa yang dilihat, bukan berapa banyak yang dia belum buat, tetapi berapa banyak yang dia sudah mula laksanakan.
Tetapi…
IDOLA
Saya khuatir apabila mad’u yang berubah-ubah secara beransur ini, adalah seorang public figure yang menjadi idola dan ikutan ramai.
Golongan yang saya maksudkan ini adalah para ARTIS.
Mungkin buruk benar jika saya katakan bahawa, saya lebih suka jika artis-artis ini tidak bertudung, tidak bercakap soal agama dan langsung tiada kelihatan kepedulian mereka terhadap agama. Lantas apabila ada yang berhasrat untuk berhijrah, mereka berhijrah sepenuhnya. Orang tidak merujuk kepada artis untuk mencari contoh beragama.
Kalau ditanya kepada emak saya, tentu ingatan yang tidak mungkin beliau lupakan ialah kehilangan seorang selebriti pembaca berita terkenal di RTM iaitu Wan Chik Daud. Hijrahnya memakai tudung telah ‘mengundurkan’ dirinya dari muncul di kaca televisyen, sedangkan beliau amat dekat di hati masyarakat kerana suaranya yang beraura ketika membaca berita dan mengacarakan majlis, hilang secara tiba-tiba (sehingga kini RTM menjadi satu-satunya stesyen televisyen negara yang masih tidak membenarkan pengacara dan pembaca beritanya memakai tudung).
Tetapi kebelakangan ini, hijrah yang berlaku mula sekerat-sekerat. Khususnya dalam konteks pemakaian tudung.
TUDUNG SILAM
Tidak dapat saya nafikan, bahawa jiwa ini lebih sejahtera ketika orang perempuan kita tidak pandai menggayakan fesyen dengan tudung. Bermula dengan tidak bertudung, kemudian bertudung bawal dan kemudian bertudung labuh serta bulat, dan mungkin sebahagian memilih untuk berpurdah. Terpulang. Tudung di kala itu adalah suatu perjuangan untuk seorang wanita Muslimah membina jati dirinya.
Memakai tudung ialah suatu proses besar yang memerlukan pengorbanan.
Namun tudung mengalami evolusi, seiring dengan nasyid dan ‘perkara-perkara Islam yang lain’ apabila kreativiti ditumpahkan kepadanya supaya tudung jangan lagi dikaitkan dengan imej bosan, tidak menonjol dan distinguished from others. Bertudung tetapi masih boleh kelihatan ‘cantik’. Lantas pelbagai cara pemakaian tudung berlaku, pelbagai fesyen diketengahkan, seiring pula dengan busana Muslim yang terkini, diangkat menjadi industri antarabangsa.

Tetapi di manakah kerisauan saya?
TUDUNG CACAT
Konflik berlaku apabila kita melihat kebelakangan ini, penggayaan fesyen dilabelkan sebagai Islam sedangkan ia amat jauh dari menepati hukum asas Islam. Tudung dipakai sekerat dengan membiarkan bahagian depan terkeluar… ia dikategorikan sebagai Islamik dan sesuai untuk menonjolkan imej seorang Hajjah.
Dari tudung yang cukup untuk melindungi leher dan dada, artis-artis yang telah berhijrah ini mula mengurangkan tudungnya kepada sekadar menutup rambut tetapi dibiarkan telinga, leher dan dada terdedah.
Apabila pakaian-pakaian seperti ini semakin berleluasa, ia menghantar satu mesej yang salah kepada masyarakat. Pemakaian seperti ini dianggap sebagai telah menyelesaikan tuntutan Islam, sedangkan ia masih jauh lagi dari ukuran Islam terhadap apa yang dinamakan sebagai hijab. Lebih khuatir lagi, apabila nama-nama besar dalam industri fesyen memberikan sentuhan mereka untuk mencantikkan lagi ‘pakaian cacat’ ini, dan ia diperagakan atas nama Busana Islam!
Terpulang, jika tudung mahu dihias cantik dengan labuci dan renda. Terpulang jika jubah mahu dibuat dari material hebat seperti French Lace dan sebagainya. Tetapi tudung hanya menjadi tudung apabila ia berjaya melindungi rambut, telinga, leher dan dada seorang wanita yang mahu mentaati Allah di dalam pakaiannya. Jubah hanya menjadi jubah apabila ia berjaya melindungi rupa tubuh seorang perempuan kecuali muka dan tapak tangannya.
Sebagai pendakwah, saya tetap menghargai perubahan beransur yang berlaku dari seorang yang berpakaian seksi kepada berpakaian yang lebih sopan, serta sehelai kain yang diletakkan di atas sebahagian kepala. Dakwah boleh mendefinisikannya sebagai ‘suatu perubahan’. Namun untuk difahamkan bahawa pakaian sedemikian adalah fesyen Islam, busana Islam dan sudah memenuhi tuntutan Islam… ia adalah suatu pencemaran kepada kefahaman Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [Al-Baqarah 2: 208]
Saya tidak akan memadamkan catatan pengorbanan Muslimah yang berusaha untuk menutup aurat mereka dengan sempurna hingga diludah di kampus-kampus. Saya tidak akan pencilkan catatan pengorbanan sebahagian artis yang meninggalkan dunia glamour yang melumpuri kehidupan mereka demi untuk menghayati ajaran Islam yang betul. Segala perit pahit mereka tidak harus terpadam oleh fesyen baina-baina (sekerat-sekerat) yang semakin berleluasa sekarang ini.
INPUT PROSES OUTPUT
Juga tidak harus dilupa, tudung itu adalah proses. Sama juga seperti solat dan puasa. Syariat mengkehendaki seorang Muslim dan Muslimah berpakaian dengan pakaian tertentu, melakukan ibadah tertentu, tujuannya adalah untuk memproses hati dan tingkah laku. Memakai tudung bukan tanda seorang itu sudah baik, sebaliknya untuk seseorang memperbaiki diri dia harus memakai tudung dengan sedar (full of consciousness). Bukan dia baik dengan alasan dia bertudung, sebaliknya kalau hendak jadi baik, kenalah bertudung.
Orang yang berpakaian kerana Allah, hanya ada Satu Tuhan yang mahu digembirakannya. Orang yang berpakaian untuk menyedapkan mata manusia memandang, akan menjadi hamba kepada tuhan-tuhan kecil yang mahu digembirakannya.
Apakah nawaitu kepada perubahan itu?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











komen seorang penyanyi X
“walau pun saya menyanyi, tapi saya menutup aurat!”
mungkin auratnye hanya rambut shj kot! itu la dia pemahaman masyarakat sekarang tentang aurat, pelik tapi benar. jadi tak pelik la kalo yg pakai tudung pon terkinja2 atas pentas menyanyi, sangkaannya kewajipan untuk menutup aurat sudah langsai
salam ustaz..alhamdulillah..tepat sekali entry ustaz ni pada masanya..pagi tadi baru saya tonton MHI..terkejut saya bila melihat penyanyi popular ini menggayakan tudungnya..
Persoalan dalam fikiran saya sebentar tadi iaitu ‘hijrah’ ke arah Islam oleh para artis ni beri kesan positif ke negatif, terutama pada umum telahpun terjawab melalui entry ini..
Syukran ya Ustaz..i really appreciate it
Keadaan ini sangat tidak sesuai kepada mereka yang meningkat remaja kerana ianya boleh memberi kesan kefahaman yang tidak benar. Dikhuatiri generasi yang akan datang yang boleh dilihat “bunga-bunga”nya pada cara pemakaian tudung di kampus-kampus sebagai suatu perkara biasa/benar pada masa hadapan. Nauzubillah himin zalik.
subhanAllah, bahkan ustaz… ana sendiri banyak kali berbicara mengenai perkara ini… kononnya mahu membuat dan menyinarkan busana muslimah, tetapi menjadi busana syaitanah pula… astaghfirullah… sedihnya apabila manusia seperti ini menjadi ikon remaja juga kaum ibu lantas merusakkan ummat manusia bergelar an-nisa`… moga Allah selamatkan mereka dan kita semua dari fitnah ini….
bagi sesetengah org..tudung adalah fesyen semata2..oleh sebab itu, kita dapat lihat ramai yg bertudung bukan kerana Allah tapi kerana ingin mengikuti fesyen..jadi tidak hairanlah jika kia masih melihat sesetengah wanita itu memakai tudung tp pada masa yg sama turut melakukan maksiat..sabar jelah!
setuju ust..mmg dah jd trend. bahaya org2 yg ada pengaruh dan jadi ikutan ni. dia akan membiak dan memberanakkan dosa2 pada orang lain untuk jadi ikutan
Bila saya baca article ini,terkenang article ustz yang dulu…trend mengurangkan rasa berdosa…Adalah satu fitnah yang besar pada Islam jika bertudung tetapi leher terdedah dan etc2… mereka menyaluti hakikat aurat n kewajipan bertudung itu dgn fesyen2 sebegini..sedangkan sebenarnya jauh dari hakikat kesempurnaan aurat yang sebenar…tahniah pada insan yang mahu berubah dan istiqamah dalam perubahan walaupun perubahan pertama hanya sekadar mengenakan tudung yang kecil…cuma saya terfikir masyarakat kita ini adalah masyarakat jahil atau masyarakat ingkar?…ermm..
jzkk ustz..nice article
salam..
“Saya khuatir apabila mad’u yang berubah-ubah secara beransur ini, adalah seorang public figure yang menjadi idola dan ikutan ramai.”
ustaz, saya amat bersetuju dengan petikan ni, artis itu IDOLA ramai manusia..
kalau mereka melakukan perubahan yang sedikit2 dan perubahan mereka yang SEKERAT JALAN itu menjadi ikutan kepada peminat-peminat yang tiada basic agama yang mantap, maka tak sempurnalah pengamalan Islam itu dalam kehidupan mereka.
sungguh, saya masih belum berjumpa artis2 yang melakukan perubahan yang sepenuhnya.. mereka suka melakukan perubahan yang tidak sempurna lalu menganggap bahawa mereka telah sempurna.. kesannya, apa yang tidak islamik pun dianggap islamik…
secara peribadi, saya amat kecewa melihat perempuan yang bertudung segi tiga, kerana apa yang saya faham dari surah an-Nur tu, Allah suruh kita melabuhkan tudung sehingga ke dada, tapi kalau kaita pakai tudung yang segitiga, adakah kita telah menutup dada kita?
kalau dipandang dari depan, memang kita dah menutup dada, tapi, kalau dipandang dari tepi, bagaimana??
maafkan saya, kalau saya tersilap.. agama ni pun bukan bidang saya..
hanya jauhari yang mengenal manikam..
saya tak nak jadi protaz yang berlagak pandai dalam bidang agama.. sekian sahaja, salam..
“sungguh, saya masih belum berjumpa artis2 yang melakukan perubahan yang sepenuhnya..”
Ada, atleast sorang -> Puan Noorkumalasari
.. dan Hajjah Wan Chik Daud as mentioned by ustaz. Tapi mungkin bagi adik – adik <20 yrs old, tak kenal kedua – dua selebriti ini. Diorang ni glamour di zaman remaja saya.
ade, heroin filem ghazal untuk rabiah – wilma mohd. dulu seksi sangat, sekarang Alhamdulillah berubah sepenuhnya dan dah x berlakon lagi.
setuju tu…memang dua2 tu cara bertudungnya konsisten…paling saya kecewa seorang artis yang terkenal sbg pengacara dan model Slimworld tu…dulu respect juga,. tapi sejak tudungnya makin mengecil dan menggayakan pakaian ala-ala kebaya sebg model Slimworld… hati jd tawar..
* biarlah aku ketinggalan dlm fesyen tudung……..tak mengapa….
Saya org pertama komen ke?? Setuju sangat dengan pandangan Ustaz. Memang namanya busana Islam, tp. langsung tak menunjukkan ciri2 Islam. Islam disesuaikan dengan zaman, atau zaman disesuaikan dengan Islam ?? Takut musuh-musuh Islam mengadakan agenda-agenda ini supaya matlamat menghalalkan cara.
Untuk melindungi diri, perisailah diri dengan Ilmu. Insya Allah, selamat.
saya jijik tgk pompuan pakai tudung tp terburai rambut kat blakang..terutama remaja. ada jugak yg bertudung tp ketat2 dan singkat..klu duduk di kerusi nampak panties. tp bertudung…ada yg baju singkat di bahu tapi pakai tudung..agak2 sama x dgn org pakai sluar pendek tp pakai lebai? org ckp gila!
assalamualikum ustaz…
artikel nie best..suka cara ustaz menegur, mengingatkan dan berpesan….
penuh berhemah…terima kasih…
tudung wahida, tudung wardina, tudung rosalinda, etc..
kot-kot lepas ni ‘lahir’ pulak tudung CT dan tundung OG..
jgan tudung saji dah heheheh….
setuju dengan artikel ustaz tu… kalau nak mengamalkan islam, amal kan sepenuhnya..jangan separuh- separuh,bab menutup aurat ni, mmg dah jadi kebiasaan manusia untuk mencedok atau meniru atau menerima hukum dari sumber yang paling longgar atau linean.. jadi dalam permasalahan ni, biarla orang alim ulama sahaja yg bercakap ttg agama jgn artis yg ilmu agamanya ntah ke mana nak pandai2 bagi nasihat atau keluarkan “fatwa” pulak.
Pengalaman di sebuah universiti melayu banyak mengingatkan saya tentang trend bertudung ini, adakah kerana sekadar ikut-ikutan fesyen atau ikhlas dalam hati?Dengan terdedahnya depan,belakang, dalam dsb saya lihat ini adalah sesuatu yang menyebabkan saya sentiasa berfikir adakah mereka bangga dengan apa yang mereka ada?susah tidak ada ke sifat malu dsb?
Pernah saya mengajukan persoalan ini kepada kawan-kawan saya yang dianggap ‘liberal’ fahaman mereka tetapi mereka memandang ini sebagai satu pencabulan undang-undang hak asasi manusia kononnnya(hujah perlembagaan dan UDHR sebagainya), lebih teruk lagi memeprtikaikan pemahaman Surah An-Nur ayat 31 malahan lebih jelek lagi konon menganggap ini adalah Uitm bukan UIA, jadi jangan timbulkan persoalan ini!
Aduh!apa dah jadi dengan segelintir pemahaman orang2 Melayu yang berugama Islam terpengaruh dengan ideologi liberalism ini tanpa memikirkan kesan-kesan pada masyarakat. Saya adakala jadi ralat dengan semua ini.
Walauapapun saya beranggapan ini adalah satu ujian dan cabaran untuk menerapkan dan memahamkan nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat.Prospek itu sudah terbuka luas dengan kematangan masyarakat dalam memahami Islam tetapi persoalannya ialah bagaimana mahu menerapkan nilai-nilai dan roh Islam dalam jiwa manusia itu sendiri.
Tepuk dada tanya lah iman kita.
Salam,
Syukran ustaz…article yang tepat pada waktunya..Apabila artis menjadi sanjungan dan teladan dalam menilai tuntutan bertudung maka rosaklah kefahaman mereka tentang islam.
Akhir-akhir ni saya kesal dan sesak nafas , bila ada artis lelaki yang sibuk berdakwah kepada remaja sedangkan imej yang di bawanya sendiri bercanggah dengan syariat. Kenapa artis juga yang mahu diketengahkan….seolah-olah Malaysia sudah ketandusan orang-orang yang arif dalam agama. Yang kita bimbang ia mungkin memberi kesan pegangan agama yang caca merba di masa akan datang…Nauzubillah..
“Memakai tudung bukan tanda seorang itu sudah baik, sebaliknya untuk seseorang memperbaiki diri dia harus memakai tudung dengan sedar (full of consciousness). Bukan dia baik dengan alasan dia bertudung, sebaliknya kalau hendak jadi baik, kenalah bertudung.”
hmm.. suka baca ni.. simple dan basic..
maknanya kalau nak jadi jahat tak perlu la nak pakai tudung… (betulkan kalau silap)
berbalik kepada “perlukah manusia kepada Tuhan” dan aqidah Islam
ALLAH knows best
bahaya kan org yg jd public figure ni. benda baik ke takbaik ke, ada je orang yang nak tiru. pernah terdengar seorang pakcik ni cakap, “PM kita tu lulusan agama, dia mesti ada sebab tersendiri kenapa isteri dia tak bertudung. mesti ada ilmu yang dia belajar yang kita tak tahu. sebab tu aku tak suruh isteri aku pakai tudung!”
Sakit jantung dengar dia cakap gitu
Memang tepat pada masanya isu ini diketengahkan…Ada sesiapa ingat dengan kumpulan Sisters in Islam yang sering memutar dan membelitkan tuntutan Islam? Sakit hati juga dengar hujah mereka dulu-dulu…
p/s Ummu hakim, saya pun sakit jantung baca apa yg pakcik tu cakap…ceteknya fikiran atau sengaja mencari alasan!
sbb org yg buat ‘sekerat2′ nilah, muslimat yg baik pun terkena tempiasnya. org sekarang suka cakap; alah, bertudung bukan maknanya baik, jgn caye sgt!! sedih mndengarny. tapi akur, mmg itu realiti sekarang..
geram kdg2 bila tgk org bertudung yg buat maksiat terang2. tak tahula samada masalah ni hnya berlaku di malaysia shj, atau di negara islam yg lain jg.
inilah masalahnya bila bibit2 islam liberal (islam H*****i) mula tersebar dalam pemikiran rakyat!
Btul tu Ustaz, susah kalau dah agama ni ‘diwarisi’ semata2….
mudah-mudahkan lepas ni akan ada pula artis yang cuba cari kelainan dengan meng’islamik’kan sdikit lg ‘corak’ tudung agar btul2 islamik…
saya lebih suka untuk memencilkan isu islam hadhari, islam liberal, islam progresif or apa sahaja label berkaitan sebab mereka yang pakai tudung jenis macam ni, tidak ada pun memikirkan islam version apakah yang mereka pegang semasa mengambil keputusan untuk pakai tudung macam ini atau macam itu…
Saya tertarik dengan cara olahan artikel ini seperti menarik rambut dalam tepung.
Cara teguran yang membuka minda.
Artis, pemimpin, ulama, watak-watak popular bukan sahaja menjadi IDOLA, bahkan kadangkala sudah menjadi BERHALA bagi sesetengah kelompok masyarakat. Sepatutnya perbuatan mereka yang kita nak ambil sebagai TELADAN kepada yang baik, SEMPADAN kepada yang buruk.
Saya memahami, menghargai dan memnyokong mereka yang berubah secara beransur-ansur dari segi pelaksanaan ke arah yang lebih baik. Tapi perubahan beransur-ansur itu perlulah berdasarkan pegangan yang dah ditetapkan pada jalan yang hak. Barulah perubahan itu akan berterusan hingga ke arah perubahan seratus-peratus.
Kerna dari segi akidah, jika yang dipilih adalah jalan sekerat-sekerat/setengah-setengah, nak berpegang pada yang hak tapi masih nak berpegang pada yang batil, maka hasilnya jalan yang dituju hanya ke arah kebatilan yang sebenar-benarnya kerna mereka bukan sahaja takkan berubah secara keseluruhan lantaran merasa diri sudah cukup, malah turut mengelirukan kaum mereka ke arah kebatilan tersebut.
Dan saya juga berpendapat, kebanyakan mereka yang berubah separuh-separuh berdasarkan pegangan yang separuh-separuh adalah kerana mereka tidak mengetahui perintah yang sebenar-benarnya. Kebanyakannya hanya bersangka-sangka. Tanyalah pada masyarakat Islam kita, mengapa mereka menutup aurat, bagaimana menutup aurat yang diperintahkan, pasti pelbagai jawapan yang diperolehi. Ramai yang tidak mengetahui perintah yang sebenarnya. Perintah yang mudah difahami tetapi tidak disampaikan dengan sebenar-benarnya.
Jika perintah yang sebenarnya tidak diketahui dan difahami atau dikelabui oleh penyampaian yang samar-samar, bagaimana mereka nak berpegang?
“Orang yang berpakaian kerana Allah, hanya ada Satu Tuhan yang mahu digembirakannya. Orang yang berpakaian untuk menyedapkan mata manusia memandang, akan menjadi hamba kepada tuhan-tuhan kecil yang mahu digembirakannya.”
ustaz ana nk pinjam ayat nih..mahallah
Ana nak membuka satu lagi persoalan yang mungkin open secret atau ramai yang tak ambil endah. Aurat bersama ipar duai dan sepupu sepapat. Buntu memikirkan penyelesaian. Nak cakap salah tak cakap salah.
p/s: yang jantan jgn lupa ayat an-nur 31 dalam video tu sebelumnya ayat 30, memang untuk yg jantan2.
sy bersetuju dgn ustaz.
cuma saya ade satu soalan nk tny. soalan ni mgkin lari dari tajuk yg ustaz cube ketengahkan ni.. (cum sy nk tahu, biar lbih jelas)
adakah dibolehkn kita nk pamer gmbr yg mcm ustaz postkn kt artikel ni? pdhal kiter tahu gmbr tu x menepati syariat Islam yg sbenar. apakh hukumnya?
maafkan sy klo salah
~ saya budak yg masih tercari-cari~
SALAM USTAZ,
Isu tudung ni mmg takkan habis diperkatakan sepanjang zaman
.
mmg menjadi masalah kalau kita tak faham apa makna menutup aurat. tu yang jadi kes tutup kepala tapi nampak leher, nampak lurah dendam, nampak bentuk p*ngg*ng, pendek kata segala liuk lekuk tubuh seorang perempuanitu nampak dek kerana dia tak faham makna menutup aurat. paling haru, kalau pakai tudung, tp kaler getah rambutnya masih jelas nampak, rambutnya kita tau panjang atau pendek.
bukan itu saja, ramai yg tak faham bahkan tak tahu bahawa menutup aurat di dpan bukan muhrim ni hdklah dilaksanakan di mana juga hatta di dlm rumah sendiri jika ada lelaki ajnabi. tu yg jadi kebiasaan bila keluar rumah bertudung, tp bila dlm rumah tak bertudung wlwpun ada abg ipar, biras lelaki, sepupu lelaki, anak saudara lelaki kepada suami kita dll. Walhal mrk yg ana sebutkan ini tergolong dlm bukan muhrim wanita wlwpun mrk ada pertalian saudara dngn kita..tp mrk tak tahu barangkali, ia hanya pertalian saudara tp bukan pertalian darah daging..kenapa? sbb lelaki2 tersebut drp segi hukum syarak boleh berkahwin dgnnya dngn syarat2 tertentu, spt contoh, kalau abg/adik ipar lelaki bercerai dngn kakak/ adik kita, kita boleh berkahwin dgnnya stlh tamat eddah si kakak/adik (kalu belum tamat eddah, haram pulakan, sbb tpoh eddah belum habis)dll. hmm..isu ni aje panjang kalau dibincangkan.
dan masalah bertambah apabila kita, orang yang bertudung gagal menunjukkan akhlak yang baik. bukankah antara hikmah memakai tudung ni yelah supaya wanita itu dikenali sebagai wanita yang baik2 dan tidak akan diganggu? masalahnya sekarang, betapa ramai gagal menampilkan akhlak yg baik sejajar dngn penutupan auratnya. lihat saja yg keluar berdating bertudung, itu belum lagi buat maksiat ringan. nastaghfirullah dan na’udzubillah. itu belum lagi pergi tgk konsert2 nyanyian yg tidka menurut hukum syarak dll yang org bertudung ini tak perasan sebnrnya perbuatan mereka itu menimbulkan fitnah kepada agama sendiri.bahkan org bertudung pun ada kena tangkap khalwat!
cabaran berdakwah supaya wanita islam bertudung dan menutup aurat sepenuhnya bermula di kalangan sanak saudara kita sendiri. cabaran ini juga berlaku dlm keluarga ana. jd satu cabaran pada diri sendiri supaya jadi uswatun hasanah pada mereka. tp kalau kita menutup aurat kerana Allah, insyaAllah, yg nampak sukar itu mudah sbnrnya. Biarlah org sekeliling kita tak bertudung, tp kita istiqamah memakainya krn kita faham tanggungjawab kita.
Yang jadi kejap bukak kejap tutup tu sbb hatinya belum benar2 memahami tanggungjawabnya sbg seorang Muslim.
dan lagi satu, ada orang yg tak mau menutup aurat pula akan beri alasan “alah, yang penting hati”. seolah2 memberikan gambarn kita tak tutup aurat tak pe, yang penting hati baik. persoalannya di sini, adakah hati kita betul2 baik kalau perintah Allah pun kita tak mahu penuhi? hujah mrk lagi, “alah..yg pakai tudung pun belum tentu baik”..mmg betullah anggapan tu, sbb contoh bnyk berlaku depan matakan.
tetapi, sekurang2nya org tu dah bertudung dan menjadi tanggungjawab dia pula nak menjaga akhlak dan hatinya..kalau pakai sbb nak menunjukkan tak de maknanya, krn tak dapat pahala pun. jd, pakai tudung/menutup aurat hendaklah seiring menjaga hatinya sama.tak boleh pilih salah satu; tak tutup aurat tapi baik atau tutup aurat tapi hati tak baik. sbliknya dua perkara ni kena jalan serentak.
hmm..panjang dah ni ustaz. maaf. tp isu bertudung mmg topik menarik diperbincangkan.
Salam Ustaz,
Teringat entry Ustaz tentang perlunya bertuhan dan beragama. Kalau boleh difahamkan kenapa kita perlu bertuhan, maka mudah lah kita nak ikut kehendak-kehendak beragama.
Jadi entry Ustaz kali nih lebih kepada jangan mengalah dalam usaha untuk membetulkan keaadaan dan jangan terpengaruh dengan keadaan yang kita sangka baik tapi banyak celanya.
Terima kasih Ustaz.
sekerat Islam? mmmm, agak menarik bunyinya tetapi ada juga keras.
pada pandangan saya setiap yang bergelar muslim berhak juga bercakap berkaitan agama hatta dia seorang artis. Islam bukan milik para pendakwah atau ustaz sahaja. apa yang diperkatakan adalah berdasarkan apa yang difahami oleh diri sendiri berkenaan ISlam. selepas itu, jika ada yang tidak kena atau was-was perlulah merujuk kepada yang ahli.
jika kita hendak beragama hendaklah merujuk kepada ahlinya, bukan kepada ahli hiburan.
Salam ustaz. Kelmarin saya berbual-bual dengan seorang guru non sambil-sambil kami menyiapkan tudung untuk pasukan choral speaking sekolah.Banyak isu yang kami bualkan mengenai tudung.Antaranya beliau berkata:” Orang sekarang sudah lupa apa tujuan asal bertudung…”
Terjumpa entry yang menarik lalu ingin dikongsikan bersama.
-dhuat-
assalamualaikum ustaz..
jazakallah untuk entry yang sangat menarik..ibarat menarik rambut dalam tepung…saya terfikir, alangkah baiknya kalau entry yang sangat bagus seperti ini ditulis dalam bahasa inggeris..supaya dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan di prayer hall…apa2 pun, terima kasih ustaz atas ingatan:)
salam, isu yg menarik dn lama saya fikirkan.
tapi penyelesaian nya sukar.
bagaimana mampu kite nak bina persepsi yg betul..sekarang idola ‘mereka’ adalah artis,
n bile baca ‘artikel’ bentuk diatas idola mereka(=artis) diibaratkan musuh(=syaitan)
mungkinkah ini boleh diterima?
Assalamualaikum ustaz dan semua
selepas baca entri ini saya teringat pada
satu video the reminder dari UmmahFilms
tajuknya that’s not hijab
jemput menonton semua, it is really good
http://ummahfilms.blogspot.com/2006/11/thats-not-hijab-ummah-films-season-2.html
Salam ustaz,
satu desakan hati saya melihat rakan sekerja yang berskirt cantik (pada mereka dan yang melihat). Mereka solat 5 waktu…alangkah indah jika
mereka menutup aurat dengan sempurna dan solat itu akan jadi lebih sempurna pada pandangan Ilahi….
InsyaAllah. Doa saya semoga hati mereka terbuka untuk hidayah Ilahi. Amen
perlu dibezakan antara menutup aurat dengan memakai tudung…pada saya kalau nk tutup aurat, x perlu pakai tudung pon xpe…cthnye pakai benda selain tudung, tapi syarat2 wajib aurat semua ditutup dari atas sampai bawah dada..
kalau pakai tudung pon masih x menutup aurat..yang Allah suruh tu tutup aurat dengan syarat2 nye..bukan suruh pakai tudung..cara nak tutup aurat tu buat la mcmana pon asal tertutup aurat tu…tudung labuh, tudung bulat, empast segi hanya cara nak tutup..tapi cara nk tutup ni jugak boleh jadi x tepat
jus my 20cent
Salam.
Erkkk! Alhamdulillah ! saya kenyang dengan tulisan ustaz berkenaan dengan pemakaian tudung.
Jelas dan tepat = menjelaskan kekeliruan.
Terima kasih!
Assalamualaikum… Ustaz dan semua
Entri kali ini membuat saya terfikir tentang perubahan2 lain yang cuba diterapkan dalam diri (bukan berkisar tentang pemakaian tudung dan menutup aurat) yang sedikit sebanyak sama situasinya. Kita sering merasa tak berupaya melakukan sesuatu perubahan itu sekali gus dan berazam untuk melaksanakannya sedikit demi sedikit… Perubahan yang sedikit2 itu memang baik. Tapi sekiranya tidak disediakan program yang tersusun ke arah mencapai matlamat yang diingini, kita seringkali tidak mendapatkan hasil yang diharapkan.
Analoginya begini. Bayangkan diri kita sedang berenang dalam misi menyeberangi lautan yang bergelora. Sekiranya kita sekadar menguak sedikit2, bila rasanya kita nak sampai ke pantai… itupun kalau tidak tewas mengharungi badai (istiqamah), ataupun maut dihempas ombak besar. Seorang perenang professional sekalipun dalam misi yang sebegitu, pasti akan membuat perancangan rapi, merangka strategi dan formula… berdasarkan keupayaan dan pengetahuan (ilmu) yang dimilikinya. Misalnya, berapa stamina (daya ketahanan) yang perlu dimiliki, berapa kelajuan yang perlu dikekalkan (istiqamah), berapa masa yang dijangka diambil untuk sampai (target)… dan tak kurang penting, tunjuk ajar seorang jurulatih selain sokongan pasukan penyelamat andainya berlaku sesuatu masalah.
Elemen penting bagi suatu perubahan adalah Istiqamah (yang sememangnya sukar walaupun dalam melaksanakan perkara yang mudah), termasuk juga persekitaran yang menyokong istiqamah itu. Antaranya keperluan berada di kalangan kawan2 yang baik. Kita memilih kawan yang baik bukan kerana kita baik… tapi sebab kita nak jadi baik. Istiqamah dalam melayari blog ustaz juga mungkin boleh dikategorikan sebagai ‘persekitaran’ yang saya maksudkan tadi.
Yang pasti, dalam apa2 pun perkara yang nak dibuat, perlu berbalik kepada niat… kerana setiap usaha bermula dengan niat. Kata pepatah, ‘where there’s a will, there’s a way’… ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Rasanya amat penting juga ditekankan dalam sistem pendidikan kita pemahanan konsep ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’.
At the end of the day, hidayah itu hak eksklusif Allah untuk memberi. Yang penting kita tidak berputus asa dalam memohon rahmat dah hidayahnya, semoga Allah memberi kita kekuatan dalam beristiqamah. Wallahu ‘alam.
Pada golongan tersebut saya tidaklah membenci mereka..sekadar berdoa setiap keburukan mereke Allah ganti dengan kebaikan.
Kitakan hidup dalam jemaah, gunalah kuasa yang ada pada kita untuk membuat perubahan samada melalui perbuatan, perkataan atau sekecil-kecilnya berdoa. WALLAHUALAM.
salam ustaz..berkenaan dgn komen d atas…
‘secara peribadi, saya amat kecewa melihat perempuan yang bertudung segi tiga, kerana apa yang saya faham dari surah an-Nur tu, Allah suruh kita melabuhkan tudung sehingga ke dada, tapi kalau kaita pakai tudung yang segitiga, adakah kita telah menutup dada kita?
kalau dipandang dari depan, memang kita dah menutup dada, tapi, kalau dipandang dari tepi, bagaimana??’
bagaimane ye?salahke?ermmmmmmmmmmmmm
Salam,
Artikel ini mengigatkan saya pada kwn2 saya. Bertudung tapi melucutkannya ketika mandi-manda (berkelah di air terjun atau pantai). Bertudung untuk ke tempat kerja, tetapi melucutkannya ketika bersiar2. Nak kata tak tahu hukum agama.. ada yang menuntut di sekolah agama. Maka terlucutlah kata2 dari sebahagian kwn lain “kalau budak2 sekolah agama pun mcm tuh … tak tahulah budak sekolah biasa mcmmana”
Saya tidak berniat menyentuh sensitivity sesiapa.Maaf jika ada yg terasa dgn ayat di atas. Apa yg saya ingin ketengahkan di sini.Ilmu tak cukup sekadar mengetahuinya.. tp harus diamalkan …
Two thumbs up kat director short documentary tu!I like it very much!
assalamu`alaikum ustaz
thanks for the input
ye, sekerat-sekerat yang ustaz cakap tidak akan terjadi kalau kita menghayati islam sepenuhnya. cth, bab berzina, bila terfikir nak berzina, terfikir pula tentang amalan solat kita, amalan puasa (walaupun tak seberapa), tapi akan runtuh dengan amalam zina walaupun hanya sekali tanpa diiringi taubat nasuha
rasanya you tube video tu, budak dari faculty creative multimedia, MMU yang buat kan
. dah bsnyak orang forward
salam,
terima kasih ustaz. dah lama terpendam nak blog isu ini. Tapi kengkadang kaum hawa ni sangat sensitif dgn teguran, dan bimbang akan terbantut niat murni mereka mendekati Islam.
Assalamualaikum Ummu Auni
cuma nak clarifykan tentang video youtube
yang saya letakkan linknya tu
ummahfilms tu based in usa
bukan budak mmu
boleh tau lebih jelas dari sini
http://www.ummahfilms.com/
wassalam
assalamu’alaikum..
saya selalu bce artikel dlm website ustaz tp bru terpanggil utk beri komen…
saya ade terbaca ttg seorg artis popular yg mula berhijrah tp hijrahnya nmpk spt tidak ikhlas (wallahu’alam)..
dr ape yg saya bce,artis tu ckp biarlah dia pakai tudung mengikut cara dia..
saya kesian pd dia kerana bercakap spt xtau hukum hakam..bukan dia seorg,tp artis2 lain jgk.
wallahu’alam…
Salam, saya tertarik dengan penulisan mengenai aurat dengan ipar duai dan keluarga luas. Ini berlaku dalam keluarga suami saya. Adik ipar saya sendiri pun salah seorang daripadanya. Dalam keluarga saya, walaupun ibu bapa saya bukan seorang yang alim dalam bidang agama tapi, hasil didikan dan kesedaran dalam diri, emak saya amat menitikberatkan mengenai aurat hatta dengan sepupu dan ipar sekalipun. Alhamdulillah hasil didikan emak dan abah, saya yang berlatarbelakangkan didikan agama ini berusaha menjadi contoh dalam menutup aurat mengikut syariat yang sebenarnya. Sebagai anak sulong selepas berkahwin, adik-adik saya akan menjaga aurat mereka bila suami saya berada di rumah, malah suami saya rasa selesa dengan keadaan tersebut. Berbeza dengan keluarga suami. Semasa baru berkahwin saya terkejut melihat adik ipar yang tidak menjaga aurat mengikut syariat yang sebenar dan ketika berada dengan lelaki ajnabi seperti ipar dan sepupunya. Mula-mula jadi persepsi, sebab suami saya ikut jemaah lantang bersuara, bapa mertua bilal masjid, pesara guru. Arwah emak mertua jaga aurat dengan ipar dan sebagainya, malah rajin pula mengaji di masjid. Sementara adik beradik suami tak ramai, tiga orang saja. Yang perempuan adik ipar itulah satu-satunya perempuan dalam adik beradik suami. Terkejut juga adik ipar ni tidak suka pakai anak tudung sampai nampak rambut panjang ke pendek, warna getah rambut pun nampak. Kadang-kadang pakai baju lengan pendek. Itulah bab kata orang, kadang-kadang kita boleh berdakwah kepada orang lain, tapi adik beradik sendiripun susah kita nak ubah cara hidupnya yang tidak baik. Bagi saya ini cabaran untuk saya berdakwah. Saya nak cuba tegur ipar saya, tapi belum ada kekuatan walaupun saya tahu mungkin dia boleh terima. Satu lagi persoalan kadang-kadang orang tidak ambil berat aurat ketika di halaman rumah yang depan, kiri kanan ada rumah. Bukankah orang lalu lalang? Tapi kita yang jaga aurat ni perlu memohon pada Allah moga Allah tidak terbalikkan hati kita, tetapkan iman kita, Amin!
ap cmmen ustaz psl sy mnyanyi.
sy xsalah..sy cr rezeki yg halal
setiap perubahan memerlukan keyakinan dan tawakkal kpd Allah. Doa supaya Allah kekalkan kita dalm Iman dan Islam.
wanita yg baik adalah wanita yg tidak dilihat dan yang tidak melihat….
(ana tengah mencari makna disebalik kata2 ini)
wanita yang tidak melihat akan terlanggar hos pemadam api yang tergantung di dinding koridor
Assalamualaikum para pembaca sekalian,
Saya ingin bertanyakan pendapat kalian semua,
kalau seseorang tu masih merasa tidak sempurna dirinya dlm amalan dan tingkah lakunya sbg seorang muslimah dan mengambil keputusan utk menunggu sehingga dia benar2 mampu memakai tudung dgn sempurna spt yg detetapkan syariah dan meninggalkn perkara2 lagha yg lain, dan juga sehingga dia menyedari dan ‘nampak’ keindahan di sebalik tuntutan pemakaian tudung itu, bukn sekadar pakai atas dasar ikut ‘kawan’ atau masyarakat, adakah lebih baik? Atau adakah lebih patut dia memakai tudung tanpa penghayatan?
Salam..
Proses memakai tudung bagi seorang perempuan, bagi saya, adalah sama seperti proses berhenti merokok bagi seorang lelaki. Memerlukan pengorbanan yang besar!
Adalah mudah bagi seorang muslimah yang dibesarkan dan dididik dengan syiar Islam sepenuhnya, dan kekal dalam environment sebegitu terutamanya ketika meningkat remaja, untuk mengatakan bahawa dia tidak bermasalah untuk bertudung. Tetapi bagaimana pula seorang muslimah yang lain, di mana dari kecil tidak diajar bertudung, belajar di sekolah yang kebanyakan pelajar perempuannya tidak bertudung, kemudian baru mendapat hidayah untuk bertudung? Antara kedua wanita ini, yang manakah yang lebih besar pengorbanannya? Sama seperti lelaki perokok tadi.
Sebagai contoh lain, terdapat dua objek, dikehendaki untuk bergerak dengan halaju yang sama (memakai tudung/tidak merokok). Tapi objek A diberi friction/geseran yang lebih besar (cabaran sekeliling/peer pressure) dari objek B. Maka lebih tenaga (pengorbanan) yang diperlukan oleh objek A untuk bergerak dengan halaju yang sama dengan objek B.
Wallahua’lam & wasalam.
Bila pembahas dah keluarkan sains, sudah pasti saya ke tepi …. tapi tunggu,
Bila ceramah Magrib keluarkan sains sudah pasti saya tunggu …. tapi nanti,
Bila fatwa berasaskan fakta (sains) sudah pasti saya menanti…. tapi mati la,
Bila Muslim ketepikan sains. sudah pasti saya mati (akal)!
[...] Sekerat Islam – Kefahaman Islam & Fesyen [...]
[...] Sekerat Islam – Kefahaman Islam & Fesyen [...]
hurm..tudung!!
yer la kan..zmn skrg ni..main2 lagi ngn tudung..poning eden..
sekejap bukak sekejap tutup..pemakaian tudung ni arahan Allah..bila main2 mnde2 camni ibarat main2 ngn hukum Allah r..xtakut k??hurm..pelik la zmn skrg ni..kdg2 tu rasa2 bertudung(agama) ni bukan syariat tapi sebagai adat..meaning juz turun temurun je..bkn nk ikut sgt..amek syarat jer..sedey2 zmn skrg
‘tegakkan islam pada dirimu, nescaya islam akan tertegak sndrirnya dalam sebuah negara’
Assalamualaikum, ape pandangan anda sekalian tentang seorang perempuan yang memakai tudung bawal bidang 40 (kebesarannya biase je) yg tidak difesyen2kan (dilepaskan ke bawah menutupi dada). Saya nak mintak pandangan ustaz, adakah salah memakai tudung begitu? Saya selalu di pandang jelek oleh muslimah2 yang lain yang majoriti di sini memakai tudung labuh.
Dlm Quran takde spesifik kena pakai tudung macam mana. Cuma difirmankan utk melabuhkan sehingga ke dada.
Makanya mmg byk interpretasi pemakaian tudung. Dari berniqab (tutup semua), hanya berselepang (di Pakistan), tudung labuh, tudung bawal, tudung Siti Norhaliza dan lain2. Di negara2 selain malaysia juga menunjukkan cara pemakaian tudung yg berbeza2.
Maka, terpulang nk pakai yg macam mana. Asalkan tidak jarang, menutup aurat sepenuhnya, labuh hingga ke dada, disertakan dgn baju yg longgar dan tidak mengikut bentuk badan. Pemakaian tudung sewajarnya dipadankan dgn akhlak yg mulia. Tanpa akhlak yg baik, tudung selabuh mana sekalipun tidak bermakna. Ikut tanpa faham tidak akan berkekalan.
timer kacih, ummu saif
assalaamu’alaikum,
mintak jasa baik ustaz ketengahkan hal ‘tabarruj’. jarang nampak topik ini di kupas (atau mungkin pembacaan saya di laman2 agama ni tak byk lagi…)
terima kasih
Assalamua’laikum,
kita sering melihat kebanyakan wanita memakai tudung melitupi dada dan berpakaian longgar yang menutup aurat seperti baju kurung dan jubah-jubah modern, namun masih tidak menutupi kaki seperti hanya memakai kasut sandle. Pendapat ada yang menyatakan berdosa seolah-olah sama seperti tidak menutup aurat langsung. Dan saya juga masih keliru dengan hukum aurat tentang kaki ketika berada dirumah semasa ipar duai ada bersama. Memang saya menutup aurat kecuali kaki di hadapan ipar duai. Perluke saya memakai stoking di rumah memandangkan saya perlu membuat kerja-kerja di dapur dan memasuki bilik air. Apakah hukumnya? Minta jasa baik ustaz untuk memberikan penjelasan tentang perkara ini.
Terima kasih.
betul2…
ana pon menghadapi masalah ni.. Ana budak sekolah agama, tapi risau kalau jumpa pelajar lelaki,pekerja2 dekat asrama tuh, aurat kaki masih jadi persoalan. Harap sangat persoalan ni terjawab..