Jiwa Dai’e Otak Faqih

On 12/06/2009, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 10,893 views | Print Print | Email Email |

albanna.jpg

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.

Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.

Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi,  “Seek First  to Understand, Then to be Understood“.

Kita perlu belajar untuk memahami mad’u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.

Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da’i tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR.

Perbezaan pandangan tentang keutamaan di antara 8 atau 20 rakaat solat Sunat Tarawih itu sudah lama, seusia dengan umur umat ini. Namun ia tidak pernah menjadi racun yang membunuh kesatuan umat, sehinggalah persoalan hukum dikelabukan oleh permasalah yang lebih besar.

Masalah sikap.

Masalah akhlaq.

Hal seperti itu bukanlah masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka bosan dengan pendekatan para agamawan yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan ‘hukumnya ialah…”

DA’I HARUS LEBIH TINGGI UPAYA MEMAHAMI

Seorang Da’i yang berjiwa Da’i akan belajar untuk memahami mad’u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad’unya memahami dakwah yang dia bawa.

Mari kita semua bermenung di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan ‘usrah’ kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan beberapa soalan lain, yang asalnya tidak terjangkau oleh fikiran saya ia akan ditanya oleh seorang Muslim.

Seandainya saya mengambil pendekatan ‘seorang ustaz’, mungkin saya akan leterkan beliau ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang syok sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.

Saya tidak punya pengalaman untuk mengendalikan keadaan seperti itu. Bekalan yang ada hanya sebuah sikap yang saya yakin penting. Tekan butang pause, bertenang, dan cuba untuk melihat apa yang tidak diperlihatkan. Persoalan sebenar berbanding persoalan yang ditanya. Apakah benar, tudung, solat dan bela anjing itu masalah sebenarnya, atau ada masalah lain yang lebih kritikal di sebalik semua itu.

“Saya tidak rasa itu patut jadi persoalan awalan kita. Mungkin elok kita bincang persoalan yang lebih perlu diselesaikan. Sesuatu yang lebih pokok,” saya memberanikan diri mencadang.

“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama ustaz?” tanya gadis tadi.

“Apa tujuan hidup awak? Apa yang awak nak capai dalam hidup ini?” saya menyoal.

“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.

“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?” saya menguji.

Silly game.. mengarut!” ujarnya sambil tersengih.

Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?” saya menyoalnya.

Dia menggangguk.

“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, adalah cara mudah untuk gagal dalam hidup. Awak setuju?” saya meneruskan perbualan.

“Ya, saya boleh bersetuju.” jawabnya.

“Jadi, apa tujuan hidup awak?” saya menyoal.

“Saya nak berjaya dalam kerjaya, ada firm sendiri dan dengan pendapatan jutaan Pound setahun!” katanya dengan yakin.

“Awak belum dapat berjuta Pound setahun. Ada orang dapat berjuta Pound sehari, tak bahagia pun. Tu si Donald Trumph, kaya raya. Tetapi dia tidak bahagia, ‘diceraikan’ oleh isterinya. Saya tidak rasa berjuta Pound itu tujuan hidup awak atau sesiapa” saya mengulas sedikit. Cuba melontar provokasi.

“Hmm…,” dia mengeluh. Sepi tanpa jawapan…

“Habis, apa tujuan hidup ustaz?” gadis itu bertanya kepada saya.

“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…” cakap saya terputus.

“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?“, gadis tersebut memintas saya dengan soalannya.

“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″ saya menjawab.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat. Jangan salahkan Islam atas apa yang orang Melayu buat!” saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.

PERCUBAAN

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami.

Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad’u saya dengan konsep Jiwa Da’i Otak Faqih dan tidak sebaliknya.

Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sinis, “inilah perangai bebudak sekarang!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
23 Jun 2006

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Jiwa Da’ie Otak Faqih   Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu...
  2. Getaran Jiwa Entahlah kenapa. Saya hilang tumpuan. Gelisah dan tidak tentu arah....
  3. MISI QATAR: Membekal Generasi Dongak Dengan Jiwa Tunduk Program di Khawr Community memberangsangkan. Saya sepatutnya berceramah hanya satu...
  4. Gurindam Jiwa Menjadi Garam Fikiran saya buntu. Jari saya lumpuh untuk menulis. Akal pula...

 

76 Responses to “Jiwa Dai’e Otak Faqih”

  1. Saladen2 says:

    Salam ustaz..saya rasa ramai juga pendakwah kita (saya sekali) yang kurang bijak menghandle benda2 mcm nih..mcm kita handle non-muslim pon..kita mgkin kene susun strategi berdakwah ni kemas2 dan mungkin juga boleh mulakan dgn badan islam di kampus2..

  2. [...] Jiwa Dai’e Otak Faqih, artikel yang saya tulis lama dahulu, sedikit sebanyak menjelaskan persepsi saya tentang hal ini. Seorang Muslim yang berjiwa dai’e, menghargai setiap perkembangan seseorang biar pun masih jauh dari mencapai kesempurnaan. Apa yang dilihat, bukan berapa banyak yang dia belum buat, tetapi berapa banyak yang dia sudah mula laksanakan. [...]

  3. [...] Perbincangan diteruskan dengan merujuk beberapa artikel di saifulislam.com. Moga-moga perbincangan hari itu merupakan langkah pertama buat mereka untuk lebih menghargai erti kehidupan. Sehingga kini, saya sendiri masih berusaha memaknakan TUJUAN HIDUP berdasarkan apa yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Antara artikel yang dimanfaatkan ialah ini ` Jiwa Daei, Otak Faqih`. [...]

  4. noor says:

    ustaz,bagaimana keadaan ummu saif skrang?harap semuanya lancar..insyaAllah.

  5. aman says:

    Assalamualaikum….

    Pendakwah bagaikan tentera yang pergi berperang…
    ilmu didada bagaikan senjatanya….
    tektik peperangan bagaikan modus operandinya…
    musuh-musuh adalah orang yang hendak didakwahkan….

    jika senjata yang canggih,
    namun strategi tidak bagus,
    kecundang juga akhirnya.

    Namun..
    kena ingat,,tugas dakwah ini ada pada setiap umat Islam.
    maka…
    berusahalahkita berdakwah untuk orang-orang sekeliling kita….

    input yang menarik untuk kita semua sebagai seorang pendakwah!

  6. tat_nenas says:

    Salam. Post ni sangat tepat dengan berita tentang actor hollywood yang popular dengan movie Transformer tu. Usia baru 23! Kalau saya, tentu terasa sangat berjaya dan gembira sebab apa yang dia capai adalah impian ramai orang.

    Tapi malangnya, dia tak tahu apa tujuan dia hidup pun? Jadi dia tak tahu kenapa dia jadi baik atau jahat atau apa saja tindakan dia buat. Sebab dia tak ada tujuan.

    Kesian dia sebenarnya. Hidupnya KOSONG dan tak bermakna disebalik semua kejayaan tu!

    Juga hari tu ada tengok satu ceramah dalam TV. Ditanya tentang hukum isteri yang diceraikan kerana tak mengizinkan suaminya berkahwin lain?

    Ustaz tu laju je jawab “HUKUMNYA…..”

    Langsung tak nak tahu atau faham lebih lanjut situasi suami-isteri dalam soalan tu. Contohnya mungkin isteri tu berkelakuan baik sebelum tu, dan tak adil jika diceraikan begitu saja. Atau mungkin sebab dia tahu suaminya tak layak atau tak akan mampu menanggung isteri lain kalau berkahwin lain.

    Nampak macam Ustaz tu memang ‘HAFAL’ buku undang-undang keluarga atau kitab mana-mana pula! Very Verbatim..(pinjam ayat Ustaz Hazrizal)

    Kalau non-muslim atau orang yang hati keras – ilmu cetek tengok, mesti dia fikir Islam ni tak ada tolenransi langsung. Tak bertimbang rasa etc

    Walau sebenarnya, Islam ni indah. Cuma kelakuan dan tindakan penganutnya yang mencemarkan keindahan tu…

  7. ummualya says:

    Salam Ustaz;

    Dalam kereta petang semalam; saya mendengar pemanggil menelefon radio IKIM; pemanggil itu seorang bukan Islam. Tak silap saya program masa tersebut adalah hebahan jika ada program / syarahan dll.

    - Katanya – “Saya call dari Penang. Saya nak minta panggillah Ustaz2 beritahu kat kami pasal Islam, pasal Tuhan kat kami (loghat Penang) nama saya XXXX a/l XX. Kami pun nak tahu pasal Allah, pasal tuhan, pasal Islam.

    TOLONGLAH, mai lah (berulang kali disebut); janganlah dok ceramah kat orang dah tahu dan kenal Tuhan. buang masa je.. kami ni pun nak tahu, nak kenal, nak belajar juga”

    (ayat2nya banyak diganggu oleh juruhebah yang kata OK, Ok, .. seolah mengejar masa atau apa….dan juruhebah juga tidak bertanya lanjut.. )

    Saya yang mendengar menangis didalam kereta; kerana..
    - Dia meluahkan hajatnya..bunyinya bagi saya ikhlas; walau kedengaran sinis
    - Kita bertuah; dah tau ALLAH; hakikat kejadian dan tujuan dijadikan..
    - MasyaALLAH betapa beruntungnya kita mendapat nikmat Islam
    - Betapa kasihannya mereka yang masih teraba-raba mencari bahagia; mencari kemahuan fitrahnya (baca ISLAM)

    Memang ada Ustaz-ustaz yang boleh berjiwa da’i dan otak faqih..

    Tetapi yang tiada lebih ramai (begitupun; tetapi tugas dakwah untuk tanggungjawab semua insan Islam berilmu)

    Wallahualam.

  8. mieza says:

    terima kasih ustaz ….input yg sangat berguna utk saya.
    walaupun saya nie bukan seorang daie, cuma seorg ibu utk anak2 saya…artikel nie benar-benar mengajar saya bagaimana menghadapi soalan anak2 saya yg yang sentiasa mencabar…

  9. AyKay says:

    salam Ust,

    menang berdakwah spt juga dgn menjual barangan, perlu pendekatan berbeza bila berdepan dgn clientele berbeza. Mungkin pendekatan Ust yg saudara mentioned dlm n3 itu bukan utk anak2 muda milenial di KLCC tu, tetapi utk si pelupa, si slow learner macam saya… tapi begitulah akhirnya, tak ramai yg berjiwa Dai’e spt Sheikh Hasan Al Banna,,,, semoga lebih ramai manusia yg akan berjiwa Dai’e selepas ini

  10. book says:

    Dialog dalam entri seumpama Socratic Method. Kan?

    • Ummu Saifullah says:

      @book,
      Assalamualaikum book. Haah, dialog socratic. Akak rasalah para dai perlu belajar socratic method untuk berdakwah yang berkesan hingga terbina worldview Islam mad’u

  11. zhafran says:

    Barakallahufik Ya Ustaz

  12. iskandar says:

    Salam ustaz. Teringat lagi intro waktu ustaz mulakan ceramah ustaz pada bengkel tot kami di holiday inn kch. Mg kami di sini juga diberi kekuatan berjiwa daie dan berotak faqih. Makluman ustaz, alhamdulillah adam dah dapat adik pada 10 jun yg lepas. Diberi nama azam, siaplah kami dengan 2 hero ni ustaz.

    • Abu Saif says:

      @iskandar,

      wsalam wbt.

      tahniah ustaz dengan kelahiran azam. kami doakan ibu dan anak sembuh. kena hadiahkan adam seekor kuda padi sebagai meraikan dirinya yang jadi abang. bila kita nak jumpa ye, ustaz

      • iskandar says:

        @Abu Saif, tk ustaz atas doa. Mudah-mudahan begitulah-isteri ana ceaser tempoh hari. Ana doakan juga ustaz dan zaujah selamat menimang cahaya mata baru nanti. Utk adam, yelah kuda padi tu payah nak cari, kuda mainan oklah kut. Insya allah ada rezeki kita berjumpa nanti.

  13. book says:

    Haha. Socratic method itu cuba menyesuaikan sesuatu idea dengan worldview mad’u.

    Pendakwah selalunya cuba memaksa mad’u menerima worldview dia.

    Besar bezanya di situ.

    Pernah saya dengar ungkapan ni: Kau tak perlu nak cerita pasal neraka, ramai orang tak takut neraka lagi dah.

    Ungkapan yang pahit, tapi ada benarnya.

    • Ummu Saifullah says:

      @book,

      “Pendakwah selalunya cuba memaksa mad’u menerima worldview dia.”

      sebab itulah pendakwah mesti di latih. usually about 95% trainees akak realized their assumptions about life which unconsciously govern their life after the end of 1 session of socratic dialog. the remaining 5% concluded that what i’m doing is “not Islamic” (to put it mildly).

    • Abu Saif says:

      @book,

      wah, suka pula saya nak membaca sambungan kisah ini.

      socrates… wa maa adraaka maa socrates…

  14. Azwan Affendy says:

    Salam Ustaz,

    Artikel yang sesuai dikeluarkan kala isu Kerajaan Perpaduan menjadi polemik.

  15. mardihah says:

    Sebuah kisah yang membuat saya berfikir berjuta kali…penuh tenang alirnya dan sentiasa terkenang dakwah kepada ramai kalangan mereka berjiwa besar di sini…alangkah bahagia jika ramai tahu tentang tujuan hidup kepada Islam…..

    Terima kasih ustaz…

  16. Ng Chee Hong says:

    Two Thumbs Up!

  17. mira says:

    salam ustz..
    utk jd seorg yg berjiwa da’ie, otak faqih nie mcm mn?
    bukan suma org ade klbihan utk berbahasa n brsoal jwb sbgmn yg ustz lakukan.
    sy sgt yakin, suma nie prlukan ltihan. pd org yg ad kelebihan, bg sy klebihan itu 1 aset. mcm mn ya crnya? syukran.

  18. jiwamelayu says:

    kadang2 orang yang dah diberi kelebihan tersebut
    tapi dia tak tahu, lantas tak manfaatkannya
    sayang betul…

    (ada lagi yang balik dari mesir, jordan bla bla bla nak bertengkar masalah khilafiyyah)
    pengalaman saya, kawan pernah cakap macam ni, “hek eleh, pak2 ustaz pun bergaduh, macammana aku nak ikut”

  19. sridewi says:

    Agree dgn tat_nenas..

    If only to talk about hukum-hakam all the time memang jawabnya penyebaran Islam ke Nusantara oleh pendakwah Islam dahulu tak kemana.

    Dulu pendakwah lebih tekankan about akidah, basis akidah ada baru fokus on syariat. Eventough its interrelated but for non-muslim they sometimes tak boleh nak relate directly hubungkait akidah dgn lain2.

    Its a really a “process” to berdakwah, you got to have creative strategy. T think our Rasulullah also ada his own creative strategy bila berdakwah.

    Wallahualam.

  20. nisha says:

    Assalamualaikum Ustaz.

    Yalah, betul kata-kata ustaz tu. Cara ini juga patut kita aplikasikan untuk mendidik anak-anak. Tapi maklumlah saya ni tak sekolah tinggi jadi kadang-kadang tu ikut cara sendiri, yang boleh memakan diri sendiri. Sekarang saya cuba merubah diri supaya menjadi lebih sabar dan berlembut dengan anak-anak kerana sebelum ini terlalu tegas.

    Terima kasih ustaz, ilmu-ilmu/bacaan-bacaan macam nilah yang para ibu perlukan.

  21. 969 says:

    Salam Ustaz….
    Jzkk utk post yg bnyk m’bantu sy dlm memahami jalan dakwah ni…..
    sy cuma insan kerdil yg bru join usrah since dtg Adelaide ni…alhamdulillah,sy rs amt tenang & lebih faham ttg Islam…
    Namun,sy agk sedih…krn xmampu utk m’bawa family b’sama2 dgn sy….
    Smasa summer di Malaysia hari tuh,sy umpama agk m’berontak sbab mereka xcuba utk memahami sy….stlh bc post ni.sy sedar ini mmg silap sy sbb xtau mcm mn nk approach mereka…
    sy nk mnta pndgn ustaz @ mn2 pembaca yg boleh syer mcm mn nk b’dkwah kpd org yg plg rapat dgn kita iaitu family kita….

    • Abu Saif says:

      @969,

      wsalam wbt.

      teruskan perjuangan.

      jangan cepat kesal dengan kondisi keluarga. latar belakang puluhan tahun itu tidak mungkin boleh diubah sehari dua. kurangkan tegur dengan perkataan, banyakkan contoh dengan perbuatan. jangan stress, ceriakan diri. tunjukkan kita lebih dinamik dan ceria dengan Islam, dan bukannya kerut dahi dan senak minda akibat masalah umat.

      kuasa keceriaan diri, sungguh luar biasa untuk sebuah dakwah, khususnya kepada keluarga terdekat

  22. Salam Ust.

    Saya nak tanya satu soalan dan saya harap ust dapat jawab.

    Macamni ust,boleh tak kalo saya berdakwah@menyeru kepada kebaikan dengan mengatakan seolah-olah perkataan kita sahaja la yang paling rajih,walaupun pada dasarnya kita tahu dan telah belajar?
    Macam mana pulak bagi seseorang pendakwah yang kadang-kala erlalu emosi dalam menyatakan sesuatu yang haq?Adakah itu akan membuatkan umat islam berpaling dari orang-orang yang alim?

    Maaf ye ust,soalan saye macam budak kecik tapi saya nak taw sangat dan harap ust reply saya ye?

    • Abu Saif says:

      @Imranulkhalis,

      wsalam wbt tuan.

      soalan pertama, ana kurang jelas.

      soalan kedua… ya, emosional juga mengurangkan ketajaman rasional dalam berhujah. selalunya kita sendiri yang akan sesal tatkala memikirkannya kembali.

      gopoh dari syaitan, tenang itu mengundang redha-Nya

  23. mawadda says:

    Salam.. ana setuju.. Memang para pendakwah perlu update cara pendekatan mad’u.. Semoga ustaz berjaya lebarkan sayap menyampaikan kaedah ini untuk digunakan dalam generasi Y..

  24. hamba says:

    mmmm.. sangat menarik ustaz.. terima kasih atas perkongsian…
    inilah yg dikatakan “HIKMAH” dlm dakwah

  25. wardah ppukm says:

    Alhamdulillah ..
    Bile visit blog ustaz
    dapat recharge semula iman +ilmu
    pastinya insan sentiasa memerlukan peringatan

    syukran laka ya ustaz

  26. ati says:

    Salam Ustaz…terima kasih…sesuatu yang saya cari. Nak belajar mcmana the right approach, teknik n tactics to be a dai’e.
    Insya Allah next week ada kena attend Perkasa Diri Module II after 5 years heheeh…

  27. atam says:

    salam wrt ustaz.
    jzkk atas post nih.
    sy slalu saje menghadapi masalah cam ni.
    lebih2 lg pade non-muslim.
    x pandai nak tackle diorang bile tnye2 bab2 yg pakai tudung,solat.etc.
    iAllah,sy akan terus belajar…

    • Abu Saif says:

      @atam,

      kalau dibalikkan kepada Sirah, dakwah Rasulullah s.a.w kepada non Muslim amat besar portion-nya di sisi didikan baginda kepada sahabat yang Muslim.

      seharusnya kita tidak ketandusan contoh, cuma perlu dipertajamkan pembacaan

  28. hanif says:

    salam,
    best cara ustaz bdakwah ngn budak itu
    dpt rasakan jiwa ustaz itu lemah lembut dan sgt memahami
    walaupun ditulis dgn pena sahaja…

  29. lisa says:

    kisah ini menyebabkan saya terfikir tentang isu sisters in islam sekarang.Patutkah dengan mencadangkan pengharaman itu cara yang terbaik?

  30. Frewdell Maxim says:

    hekhek…;)

  31. Iman Aisyah says:

    Salam,

    sgt tertarik dgn pendekatan ustaz, syukran jazilan perkongsian..
    jiwa mad’u dan masalah mad’u perlu kita selami dan fahami..
    hati2 yang lembut dan hidup akan menghidupkan pula hati mad’u..
    ~seorg da’ie hendaklah memperhatikan celah2 kabaikan yang ada pada org lain kemudian memupuknya, sehingga celah2 keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mau bangkit berdiri melangkah di jalan Islam~

  32. Kak says:

    Sangat2 setuju dgn tulisan Ustaz.

    Org2 perempuan berjemaah di masjid2 esp ketika tarawikh lebih mencabar ustaz. Mungkin ustaz tak tau sbb ust tak nampak. Mai kak kabar utk ustaz jadikan bahan2 utk kabar kat kaum2 wanita. Sblum tu nak mohon maaf, KAK MUNGKIN YG SILAP.Antaranya:

    1) Datang awal & di saf depan (sangat ok). Sementara lum start solat, pi le ke bilik air, manakala telekung, beg,alas sejadah yg dibawa khas dari rumah ditinggalkan, kira2 ‘book’ tempat le.
    Jemaah lain dtg,pi ke saf kosong kat depan tu. Ada ‘barang2′ yg ditinggalkan. Solat dah mula,tempat tu masih kosong, nak alih, nanti tuannya tercari2 pula. Last2 putus le saf. Dia rupanya tak datang sbb kena ceret beret.

    Pendapat saya yg jahil ni: Dia bawa le ‘barang2′ dia sekali masa dia nak keluar tu. Ada rezeki dia bole pi depan semula, tak de rezeki, duduk le mana2 yg sesuai. Kelebihannya, dia memudahkan urusan jemaah lain, tak ‘lokek’ tempat, saf tak putus, walu tak dapat saf pertama..tak pe..bukankah Allah Maha Mengetahui, Segala2nya.(ini sbb dok dari dulu, sekarang & akan datang agaknya..ceramah2 yg didengar “saf pertama..sekian,sekian..(tanpa dielaborate dgn realiti).

    2) Kisah jemaah perempuan lebih baik di tengah, di kanan atau di kiri imam, pun tak habis2.
    Tu yg masing2 nak pertahankan pendapat guru masing2,sampai putus saf.
    Saya pernah di tengah2 antara 2 puak ni (lebih kiri & lebih kanan), mereka kata : “kak, mai kiri, kak mai kanan”, (serba salah juga), last2 saya pilih kanan sbb saya lihat hak kanan lebih ramai, ada pula org tua yg uzur, saya ajak puak kiri menganjak ke kanan, tak mau mereka.
    Lepas solat, kak tanya le kenapa tak rapat ke kanan, depa jawab,’ustaz kami ajar dulu sampai sekarang..begitu le)”
    Kak jawab : “Mana2 boleh, kiri ke, kanan ke..yg penting tak putus saf”. Mereka jawab: “Nak kiri juga”.

    Mereka2 ni adalah mereka2 yg rajin pi majlis2 ilmu & solat jemaah..
    Mungkin saya silap..

    Tk (panjang pulok tulisan kak ni, mengalahkan ustaz)

  33. pali says:

    salam,

    dalam hidup ni kena banyak mendengar dari ingin orang lain mendengar kata. Dalam apa jua sekalipun. Dengar, tarik nafas.. fikir dan kemudian berikan jawapan.

    Lebih baik mengatakan TAK TAHU @ tanyakan apa yang dia tahu terlebih dahulu sebelum MELATAH memberi jawapan.

    Tapi jika seolah2 pihak itu memang tidak mempunyai kesediaan untuk mendengar kata @ dia sekadar datang untuk menghamburkan hujahnya. DIAM itu lebih baik.

    “pengalaman mengajar kabare dijawabnya waras”. :P

  34. Ibnu Muhammad says:

    Alamak, terkena..!!! Jazakallahu khayr for the reminder. Kadang-kadang respons pertama bila kita baca or tengok berita pasal mat rempit, zina, jenayah2 di merata-rata tempat: “ni lah dia budak-budak zaman sekarang” or “dunia dah nak kiamat” etc.

    In sha’ Allah, kita boleh tukar respons kita agar lebih proaktif. Mungkin dengan memikirkan cara terbaik untuk mengubah diri dan masyarakat..=)

  35. sufi mustika says:

    ilmu ni tak diajar dalam silibus pendidikan ustaz..tak semua mampu nak memberikan persoalan kembali kepada soalan yang ditanya..jangan disalahkan pendakwah yang tersilap cara tetapi mereka juga perlu didekati bahkan mereka juga adalah mad’u..

    barangkali seminar yang mengajar pendekatan sebegini perlu diperbanyakkan di seluruh dunia untuk membantu para penggerak Islam yang ingin berdakwah dengan berjiwa da’ie dan berotak faqih

  36. Azman Ishak says:

    Assalamualaikum Ustaz & Ummu.
    Walaupon agak susah nak paham… disebabkan ceteknye ilmu,
    tapi atas dasar minat dengan penulisan ustaz.. aku gagahkan jugak
    habiskan entri ni.

    Jutaan terima kasih aku ucapkan.
    Salam horhat~

    • Abu Saif says:

      @Azman Ishak,

      Wsalam wbt.

      Terima kasih tuan kerana bersusah payah nak membaca artikel ini. Saya menghargainya.

      Tahniah juga kerana menggunakan W1MAX. Review saya pening lalat sikit. Masalah tak stabil yang makin mengganggu gugat ketenteraman hidup kebelakangan ini.

  37. LittleCaliph says:

    AL-FATIHAH. Salah seorang tokoh berjiwa da’ie berminda faqih, Ust Dr Fathi Yakan baru meninggal dunia. Semoga Allah menempatkan beliau dengan para mujahideen.

  38. hakeem says:

    hurm..
    masih mencari2 buku2 yang boleh memberi panduan kepada kami tentang bagaimana hendak mendekati mad’u dan cara2 berdakwah..
    mungkin ustaz atau ikhwah wa akhawat dapat membantu..
    syukran jazilan

    • Abu Saif says:

      @hakeem,

      Bacalah sebanyak mungkin dan sepelbagai mungkin buku yang ada. Insya Allah setiap satunya, akan menjadi batu bata yang membina diri. Namun, menghadam ilmu Usul Fiqh boleh saya kira sebagai salah satu pra syarat yang penting, kerana ia mendidik kita cari mencantumkan nas dengan realiti

      • hakeem says:

        @Abu Saif,

        syukran Ustaz..
        saya sudah meminjam beberapa buku daripada library iium, tapi masih tidak berkesempatan membacanya..
        Ilmu usul fiqh yang saya belajar di sekolah dulu banyak membantu saya merasionalkan hukum di sisi minda yang selalu inginkan logika dalam sesuatu perkara,juga menerangkan sebab di sebalik sesuatu hukum pada rakan2 yang bertanya..

        p/s:tidur lewat ya Ustaz….?

        • Abu Saif says:

          @hakeem,

          baru sahaja tiba ke rumah selepas forum di Seremban yang tamat jam 12 malam tadi. Sedang siapkan slide untuk ceramah jam 9 pagi di UKM nanti.

          p/s:tidur lewat ya Hakeem?

          • hakeem says:

            @Abu Saif,

            aduh..
            kena balik..
            heheh..

            baru usai ulangkaji subject islamic worldview..
            minggu depan final exam..

            saya masih belum lagi berkesempatan hadir ke mana2 program ustaz..
            InsyaAllah satu hari nanti..
            apapun terima kasih atas artikel ustaz yang bermakna ini..

  39. abu aslam says:

    Terima kasih Ustaz atas perkongsian wacana ilmu di Surau Al Amin BBB..yang menyentuh cerita dan isu di atas..

    InsyaAllah ada ura-ura dari pihak surau untuk menjemput Ustaz secara bulanan bagi menyampaikan wacana ilmu buat kami di sini..

    • Abu Saif says:

      @abu aslam,

      Terima kasih juga kepada Abu Aslam dan pihak Surau al-Amin. Juga untuk Pak Latif yang bersoreh-soreh rupanya sedara kerabat juga. Insya Allah ada rezeki kita berkongsi lagi, ameen.

  40. Amin007 says:

    saya pun ada masalah juga semasa join jemaah tabligh.
    persoalan saya adalah kalau nak jumpa orang apa perkara yang
    perlu diperkataan

    dah ler saya tak pandai guna ayat quran dan hadis. namun cita-cita ingin mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

    tapi kalau kita tengok sirah para nabi dan rasul, mereka semua dakwah manusia kepada Allah dalam erti kata mengenal siapa tu Allah. saya juga mengikut method yang sama seperti para nabi dan rasul iaitu mengajak manusia kepada Allah.

    ada seorang yang bernama Dr Nasuha dalam jemaah tabligh telah menagajar saya 12 perkara yang perlu diucapkan ketika berdahwah. mula dari situ saya dah boleh mula berdakwah kepada orang lain.

    tapi macam mana pun dalam hal berdakwah, saya lebih suka berkomunikasi dua hala untuk kefahaman yang lebih bagi saya dan orang yang didakwah. tapi masalah kalau bertanya bab hukum, biasanya saya akan rujuk dia pada ustaz-ustaz tertentu.

    namun jika ada peluang …

  41. Teman says:

    Salam Ust Yeop teman,

    Jazakallah, mungkin ya, mungkin juga tidak, mesej yang teman terima dari artikel ni. Apapun, terima kasih di atas peringatan ini, pada teman tepat juga keluarnya artikel ini dengan waqi sekarang.

    Ikut bacaan teman, bukan senang jugak nak memahamkannya, apatah lagi untuk menyulamkannya dengan realiti, namun alhamdulillah dapat juga akhirnya teman khadamkan.

    Kurang le dah sikit rasa getik, “liba libu”, “menceghin” dan “dedor” teman semenjak dua ni. :-)

    • Abu Saif says:

      Wsalam wbt @Teman,

      Dedor juga teman nak memahamkan mesej tuan. Tahap tinggi ni. Ala kulli haal, sesama le kita mencari-cari selagi daya, cara nak menolong igama Allah Taala ini. Untuk kita juga…

  42. Salam ust…kat ipoh ni yang terdekat tak mandang ke?

  43. Kak says:

    Salam.

    Diwar2 sejak dulu ada hadis leb kurang begini, “7 umrah menyamai 1 kali haji”, di sampaikan di kuliah2, maka ramailah yang berusaha untuk pergi umrah tiap2 tahun (ada yg setahun 2,3 kali), malah ada ibu bapa yg mendesak anaknya utk tujuan tersebut wlu dah pi haji & umrah (Tak termasuk yg kerana tugas & buatkan utk org lain)

    Dlm kitabnya Memahami Keutamaan, Dr Yusuf AlQardawi mengulas ttg perkara tsb. Terima kasih guru kak yg memperkenalkan kitab tersebut & mengulas panjang lebar mengenainya & kami telah mula mengamalkannya beransur2.

    Betapa kak selama ni sangat sempit pemikiran salah satu sebab kerana bila dah kerja tak nak mendalami ilmu agama, tak nak membaca,tak nak mengembara, tak nak berjamaah dll sdgkan inilah yg Nabi saw dengan para sahabat buat. Semata2 kerana Allah.

    Tepat benor le wahyu pertama yg keluar tu “Baca le”.
    Realiti sekarang, MAJORITI yg rajin membaca bhan2 yg baik2, mengembara, memberi, adalah penganut agama lain.

    Pengalaman kak promosi buku Dr Yusuf AlQadrawi tsb di kalangan sahabat masih tak dapat sambutan, antara alasannya:”dah tua tak perlu buku2 tu”, “Mahal sangat”, Bukan kita nak amik periksa” dll.

    Kadang2 kak kata “hadiah kat anak2, atau sapa2, kita dapat pahala”, depa senyum aja.Ada pulok yg sinis kata, “bukan kita yg beri pahala”.

    Yg kata tak de duit tu, kak tengok gelangnya 2, 3 urat besar2.
    Sapa nak marah baca komen kak ni, marah la, sbb ada masanya dakwah kena terus terang.

    Kak ni pun banyak jahilnya , sebab dakwah terus terang begitu le, alhamdulillah mula sedar sikit2, dan insaf masih banyak lagi yg perlu dipelajari & alami.

  44. pencari kehidupan says:

    salam….saya raser bagus sangat apabila ada pendakwah yang memikirkan cara mendakwah yang sesuai mengikut individu. cuma, pesan saya kadang2 kiter menganggap sesorang itu pelik disebabkan perangai atau pemikiran dier yang berbeza dengan kiter. ada segelintir orang yang kuat agamanya tapi tidak bercampur dengan orang-orang biasa. malah ada juga yang kuat agamanya dan nampak hebat diluar tapi peribadi dirumah sangat berbeza. saya ada persoalan dan harap ada yang sudi memberi pandangan. semua orang ada kekurangan.namun apabila ustaz dan ustazah ada kekurangan kiter akan raser dier tak layak jadi seorang ustaz atau ustazah. jadi, haruskah mereka menjadi sempurna atau berusaha menjadi sempurna atau kiter yang perlu menerima kekurangan mereka.

  45. nusayba says:

    ust, ana nak copy and publish kat blog ana tulisan kali ni. boleh kan?
    http://nusayba-musafircinta.blogspot.com

  46. Nadzirah says:

    Assalaam ustaz..
    Jakallah for the reminder… kebetulan tengah prlukan motivasi disamping ilmu2 Allah untuk terus berdakwah..
    Jazakallah..

  47. asrafsharafi says:

    Assalamualaikum ustadz..
    saya sdar kwajipan nak berdakwah ni..dan skrg tga mencuba utk bergiat aktif dlm bdkwah..utk mmbantu rakan2 yg lain memahami Islam..tapi masalah saya skrg adalah metod dakwah tersebut..saya mmg xdpt berfikir dan menyelami jiwa mad’u utk didakwahkn..saya harap ustadz dapat berkongsi dgn saya bagaimana utk menjadi jiwa daie otak faqih..adakah dgn belajar ilmu agama macam ustadz barulah dapat mjd jiwa daie otak faqih ustadz?Syukran jazilan ustadz

  48. Amin007 says:

    apa pun ilmu pasal dakwah ni tidak diajar di sekolah.
    sama ada sekolah kebangsaan ataupun sekolah agama.
    ada satu garisan yang kecil antara dakwah dan mengajar agama.

    kebanyakan orang menganggap hanya ustaz sahaja yang boleh berdakwah padahal nabi perintahkan sampaikan ilmu agama walaupun satu ayat.

    dakwah tentang agama memerlukan satu skill, mempengaruh orang supaya menerima nur agama lalu membersihkan kekotoran di dalam hati

    namun jika ada peluang ….

  49. M.S Alia says:

    salam ust..sy ada kwn yang bermasalah mcm ‘gadis’ tu.
    tapi, bila kita ckp seperti yang ust ckp tu, dia persoalkan pula tentang kebenaran ayat Quran dan Quran itu sendiri.
    dia da tulis pd status dia ‘agnostic’ dan saya tak tahu nak buat apa.
    saya sedih sebab dia kawan baik saya masa sekolah agama dulu. kini, dunia dia dah lain. tak pakai tudung, bela anjing dan berkahwin dengan mat saleh serta menetap di Ohio State.
    susah hendak nasihat jika tidak bersemuka dan duduk jauh dari family.

    macam mana ye ustaz?

    Alia,
    Tanta Uni. Fac. of Medicine.

  50. yushida03 says:

    salam.

    post yg baik dan ‘mengetuk’ di kepala. terasa bersyukur (sekurang2nya) dilahirkan daripada ibu bapa muslim.

  51. elazwar says:

    salam,
    nak minta bantuan ustaz or sesiapa jawab comment ini di blog ana boleh?
    http://www.thoughts.com/elazwar/blog
    bawah tajuk what is your purpose of life?

    “I honestly don’t believe there is a purpose in life, except what you make of it. I want to grow up, become an Accountant/business owner, be happy, financially stable, and have a family, but really, after I die, a few hundred years later, it will be as if I never existed. So really, is there a purpose? I would have to say no.”

    jzkk.

  52. Amin007 says:

    kejap elazwar, saya buat terjemahan sikit ayat komen yang anda salin dari blog anda
    “saya secara jujur tidak percaya adanya tujuan dalam hidup, melainkan apa yang kita percaya. saya membesar, jadi akauntan dan buat biness, gembira, kewangan kukuh. ada keluarga. tapi sebenarnya selepas saya mati 100 tahun kemudian, adalah sama macam saya tak pernah wujud sebelun ni. jadi adalah tujuan dalam hidup?? saya kata tidak”

    entah betul apa yang saya terjemah ni. dari apa yang saya faham, orang ni percaya hidup setakat di dunia sahaja. tak percaya kepada hari pembalasan.

    kalau nak buat bandingan dengan bermain bola, orang ni sangat seronok menendang bola, buat free style. jika penat berhenti, lepas tu buat free style lagi yang lagi baik lagi. dia rasa cukup hanya buat free style sahaja. dia tidar sedar bahawa keseronokan bermain bola adalah ketika menjaringkan gol.

    jadi sebarang usaha membawa orang ni ke arah menjaringkan gol umpama membawa orang ni dari melihat dunia kepada akhirat yang kekal abadi. cuba bertanya kepada orang ni, kalau ada peluang untuk hidup lebih lama adakah dia akan ambil peluang tersebut atau memilih untuk hidup 100 tahun sahaja, lepas tu bunuh diri sebab dah puas hidup???

  53. elazwar says:

    terima kasih banyak atas cadangan…
    idea yang bernas.

  54. [...] siapa pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal yang bertajuk Jiwa Daie Otak Faqih? [...]

  55. Yani says:

    Baru faham maksud perbualan ni dalam ‘Cinta Sempurna’. Ntah kenapa masa menonton rancangan mesej itu x sejelas ni.

  56. Ummu Balqis says:

    Salam ustaz..

    Pertama kali mengisi ruang setelah agak lama membaca. Jazakallah khair atas perkongsian.

    Renungan bersama buat da’ei. bukan hak kita untuk memilih mad’u. Oleh itu, perlu dipertingkatkan dengan ilmu yang pelbagai. Dekatilah mad’u terutama anak2 remaja yg masih mencari halatuju dalam hidup. Usahakan diri menjadi da’ei yang mampu menakluk timur dan barat.

Leave a Reply