Model Hijrah Songsang

On 10/05/2008, in Cabaran Islam, by Abu Saif | 10,950 views | Print Print | Email Email |

Hati saya terguris.

Pedih telinga, pedih mata dan rasa terhina membaca komen-komen fanatik pihak yang mengkritik SS Mufti Perlis untuk mempertahankan Faizal Tahir yang ditegah dari membuat persembahan di Konsert Jom Heboh TV3 baru-baru ini.

Biar pun dalam beberapa hal saya berbeza pandangan dengan SS Mufti Perlis, tetapi beliau tetap di sisi saya seorang Ulama’, tokoh masyarakat, pemimpin institusi agama, pendidik rakyat malah lebih dari itu, seorang sahabat.

Cubit paha kanan, yang kiri terasa jua. Kerana itu, saya sendiri rasa offended melihat komen-komen liar yang busuk dilontarkan di sana sini mencaci SS Mufti Perlis atas kritikannya itu, sebagaimana yang tersiar di gua.com.my.

Ia menggambarkan betapa rosaknya harga diri rakyat negara kita yang moralnya sudah jatuh ke tahap muflis. Institusi hedonis mendukung jiwa kebal yang merempuh mudah sesiapa sahaja yang menyuarakan sebaliknya.

LEBIH UMUM

Walau bagaimana pun, secara jujurnya, saya rasa lebih tenang dan selesa, andaikata kritikan yang dibuat oleh SS Mufti Perlis tidak menjurus kepada Faizal Tahir secara peribadi, atau menjadikan Faizal Tahir sebagai kayu ukur untuk artis-artis lain.

Biar pun kita ada pertimbangan yang rasional untuk mengambil pendekatan sebegitu, sentimen peribadi itu dengan mudah mencetuskan suasana liar dalam reaksi balas terhadap kritikan seperti itu. Tetapi mungkin sudah lumrah masyarakat kita hari ini, jika dikias-kias dia buat tidak tahu. Jika disuluh terang dia melompat berang.

Akan tetapi, jika nama Faizal Tahir mahu disebut secara terang dan nyata, mungkin alasan yang SS Mufti beri harus lebih eksklusif dan spesifik. Alasan menari terlompat-lompat dan berambut panjang dijadikan hujah, mungkin agak longgar kerana saya kira ramai lagi artis lain yang lebih kritikal termasuk penyebar lagu-lagu cela seperti “Papa Jahat“, “Cinta Separuh Masa” dan “Makhluk Tuhan Paling Seksi” yang sungguh bertentangan dengan agama malah budaya bangsa yang ada jati diri, sejarah dan maruah ini.

Faizal Tahir masih moderate dalam konteks ini.

Namun bagai kata pepatah Arab, wa maa faata faat, wa man maata maat iaitu “yang sudah itu sudah, yang mati itu tetap mati”. Segalanya sudah berlaku.

Sudah tentu, komen saya ini bukan dengan maksud mahu mengajar SS Mufti, jauh sekali. Ia hanya perkongsian pandangan dari perspektif saya semata-mata.

Jika Faizal Tahir mahu dijadikan subjek, maka saya menyetujuinya dengan alasan yang sedikit berbeza. Saya tidak senang dengan Faizal Tahir bukan kerana cara beliau menyanyi atau apa-apa yang lazim dikaitkan dengan personaliti ini. Tetapi saya menolak beliau kerana mesej songsang yang dibawanya.

Songsang dalam ertikata, Faizal Tahir membawa sampel Hijrah yang salah arah! Dan beliau bukan yang pertama.

ISLAM BUKAN PENGHALANG KUALITI KARYA

Ketika satu demi satu artis berhijrah meninggalkan dunia hedonis kepada sebuah kehidupan yang lebih dekat dengan nilai Islam, personaliti bernama Faizal Tahir mengambil arah yang bertentangan. Beliau berhijrah ke dunia hedonis itu, dari sebuah kumpulan nasyid bernama Mirwana. Apa yang ditinggalkan oleh para artis yang mendapat petunjuk itu, itulah yang pula dipungut oleh seorang bekas penasyid bernama Faizal Tahir.

Apa yang lebih penting, para artis yang berhijrah seperti Aishah, Erma Fatima dan terkini Sheila Rusly atau yang lelakinya seperti Akil Hayy malah Amy Search… membuktikan bahawa penghijrahan tidak pula menyekat mereka daripada menghasilkan karya-karya yang hebat dan signifikan. Penghijrahan mereka adalah penghijrahan nilai dan cara hidup, sedangkan bakat seni yang ada terus menghasilkan output yang berkualiti malah berubah dari sekadar seni untuk seni, kepada seni untuk seruan kebaikan.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (riwayat al-Bukhari)

Sedangkan Faizal Tahir memberikan mesej sebaliknya iaitu beliau memperlihatkan seolah-olah ketulenan seni tidak boleh dilakukan dalam kehidupan yang berpegang dengan tatacara Islam lantas beliau berhijrah demi seni dan diri.

Lihatlah Yusuf Islam dengan album bukan nasyidnya seperti An Other Cup serta duet beliau bersama Ronan Keating… genre lagu Yusuf Islam bukan lagi nasyid seperti album The Last Prophet. Yusuf Islam dinamik pada genre seninya, tetapi akhlak, penampilan dan wacananya, masih Yusuf Islam. Dunia Yusuf Islam, bukan halangan kepada karya seni yang berkualiti.

Hijrah songsang bukan keperluan.

Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.

Saya khuatir dengan segala lambungan pujian dan kemenangan yang melimpah ruah sejurus selepas hijrah songsang Faizal Tahir, apakah nanti mudah baginya mencari JALAN PULANG?

Saya menolak metode Faizal Tahir kerana kasih saya kepadanya sebagai saudara seagama. Biar pun saya cuba untuk bersikap terbuka dalam hal ini, saya tetap gagal untuk menjustifikasikan bagaimanakah Allah SWT boleh merestui perubahan yang dilakukan oleh Faizal Tahir di dalam hijrah songsangnya?

Maaf kerana terlalu banyak menyebut nama…. semuanya dilafaz hanya dengan sebuah nawaitu..

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian yang mutlaq. Kecuali golongan yang beriman dan beramal saleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”

Semoga SS Mufti Perlis dan barisan Ulama’ ummah terus memainkan peranan mereka memberikan inzar kepada masyarakat dan kita semua dilunakkan hati oleh Allah untuk melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan…

Dan supaya pembaca tidak hilang fokus, subjek artikel ini bukan SS Mufti Perlis, bukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti, bukan konsert Jom Heboh, tetapi Faizal Tahir dan model hijrah songsang!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Cinta Songsang Semakin Songsang   Artikel di bawah telah saya tulis lebih setahun yang...
  2. Bertemu di MHI TV3 Sempena Maal Hijrah Baru-baru ini saya dijemput oleh saudara Ahmad Fedtri Yahya untuk...
  3. KEM HIJRI: Kem Hijrah Remaja Islam 1430 Saya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus...
  4. Hijrah Kali Ini – Update 1430 Hijriyyah bukan Hijrah sebarangan. Kali ini, saya dan keluarga...
  5. Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perak 1429H     Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perak 1429H...

 

73 Responses to “Model Hijrah Songsang”

  1. iman says:

    salam,
    saya setuju dgn pendapat abu saif ttg isu ni..tp mungkin juga dgn disandarkan kpd faizal tahir barula nampak teruknya rakyat Malaysia kini..kerana bukan apa, di U saya sendri ramai yang meminati faizal tahir dan sampai berubah ni pun ada juga aura2 kefanatikan..sedangkan dulu dia membawa mesej islam..kini dgn lagu mendayu-dayu membuatkan ramai sahabat yang confuse…apatah lagi dgn yang memang tak faham..
    “alah, penyanyi nasyid pun sama gak dgn penyanyi lain..takda bezanya..”
    sangat sedih..saya sokong SS Mufti Perlis tu..chayok2

  2. Ummu Mu'adz says:

    Salam,

    Saya juga sebenarnya dah lama terkilan apabila saya mendapat tahu bahawa Faizal Tahir yang memenangi tempat ke-2 dalam One In A million dulu merupakan bekas vokalis kumpulan nasyid Mirwana yang membuat mesej ketuhanan dengan genrenya tersendiri. Saya rasa masyarakat makin bingung dan keliru dengan perkembangan seperti ini. Dan usaha dakwah sahabat2 terutamanya yang berkecimpung dalam industri nasyid dan lagu2 dakwah semakin mencabar bagi memahamkan masyarakat tentang seni hiburan yang diharuskan dalam Islam. Kita berdoa yang terbaik untuk semua. Mudah2an Allah sentiasa memberikan petunjukNya.

  3. Membandingkan antara 2 kenyataan:

    Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin: “Saya tidak anti-manusia bernama Faizal Tahir, tetapi keperibadian dan tingkah laku liar serta tidak matang artis itu setiap kali melakukan persembahan, jelas membayangkan imej kebudak-budakan.”

    Kenyataan Faizal Tahir: “”Ibu bapa saya agak terkejut kerana mereka juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Cuma mereka tidak nampak kenapa sampai perlu nama saya disebut.

    Wallahu a’lam bissawab.

  4. uzair says:

    salam
    SS Dr Asri telah meletakan penanda aras yang jelas dalam konsep hiburan ni, tetapi masyarakat terlalu cepat melatah dan gagal dalam menginterprestasikan kata2 beliau.malangnya masyarakat,media(terutamanya wartawan hiburan) mengganggap apa yg disuarakan oleh beliau adalah sesuatu yg tidak wajar…(huh!takutnya…bercakap atas kapasiti seorng mufti pun org tak heran..apa nak jadi dgn masyarakat malaysia ni..???hijrah songsang yang diperkatakan oleh ustaz tu besar maknanya..positif kepada negatif..walaupun sedikit tetapi kesannya kepada hati cukup besar.

    • ummu saif says:

      “hijrah songsang yang diperkatakan oleh ustaz tu besar maknanya..positif kepada negatif..walaupun sedikit tetapi kesannya kepada hati cukup besar.”

      Konfius pulak baca ayat di atas ni. Apa yg sedikit, apa yg besar?

  5. Pak Din says:

    Saya lebih gemar pergi kepada yang asas, yang kemudiannya membena yang kita nampak di sekeliling. “Awal Ad Din MaarifatuLlah”.

    Sekiranya dalam penafsiran kepada qaul itu, yang sangat asas, terdapat banyak sudut, yang akhirnya menjadi dua sudut pandangan yang besar, tidakkah perbezaan pandangan asas itu, pastinya menghasilkan pelbagai dahan, rantng dan daun yang berbeza.

    Bagaimana boleh terkeluar “anti-manusia” sekiranya Surah An Nas mengatakan bahawa perangai syaitan itu terdapat di kalangan Jin dan Manusia?

    Bagaimana boleh mempunyai “latarbelakang agama yang kuat” sekiranya qaul pertama tadi tidak pernah diendahkan?

  6. kaklong syikin says:

    salam,

    inilah sbnrnya cabaran buat Faizal Tahir supaya tidak menjadi fitnah kepada masyarakat apatah lagi dia bekas ahli kumpulan nasyid. Once org label kita sbg ahli kumpulan nasyid, sampai bila2 org ingat itu biarpun dia dah keluar drp genre nasyid. Berat sbnrnya beban gelaran yg dia bawa sbg bks ahli kumpulan nasyid.

    Kasihan juga pada Faizal tu, tapi itulah harga yang dia harus bayar. Moga dia ambil iktibar. Ingatlah Faizal, org tegur tandanya sayang. Apatah lagi yang menegurnya tokoh agama.

    Tentang mufti kat negara kita..ana tak heran kalau masyarakat negara ni masih memperlekehkan para mufti kita sbb pemimpin2 negara pun ada yg tak hormati pendapat mufti. siap perlekehkan pun ada. cuba check balik2 fatwa2 yang telah dikeluarkan, adakah semuanya dipatuhi?

  7. wargadunia says:

    perlakuan faizal Tahir memang keterlaluan….
    saya sokong sepenuhnya kenyataan Dr Asri berhubung perkara ini.
    menyebut nama Faizal secara khusus pada saya merupakan jalan terakhir kapada khalayak agar khalayak tidak terus bersangka-sangka siapakah artis yang dimaksudkan. bukankah bersangka-sangka tidak baik dalam Islam?

  8. masri says:

    Aslm wbt

    benda dah berlalu sudahlah, saya pun kurang sedap bila nama FT di sebut, cuma mungkin sebab kes nya masih segar di ingatan, dan dia nama yang femes buat masa kini. Maka terpacullah namanya dari mulut mufti, atau mungkin mufti kenal dia sorang sahaja, artis lain yang dijadual buat persembahan tak dikenali, maka FT lah jadi mangsa.

    Kita selalu tersasar dari topik utama. Yang patut diambil peduli ialah garis panduan yang diberikan oleh Jabatan Mufti Perlis, bukannya isu Faizal Tahir. Tapi media, highlight isu FT dan tak highlight garis panduan yang diberikan. Garis panduan tu umum, tak kira siapa. Itulah fokus sebenar.

    Biasalah, manusia selalu hilang fokus, dulu sebelum PRU pun, waktu khutbah tok mufti tentang ciri-ciri pemimpin yang layak dipilih, terpacul pulak orang yang tanya eh mufti khutbah tak pegang tongkat. Tu lah isu lain yang patut dihighlight, isu tongkat yang dibisingkan. Samalah macam kes ini.

    Moga Zahid Hamidi dapat mengambil kira garis panduan yang Jabatan Mufti Perlis dah gariskan, jika tak sia-sia sahaja dok rapat dengan tok mufti, faedah sikit tak dapat.
    Wallahu’alam.

  9. Abu Saif says:

    Saya menulis tentang hal ini sedikit lewat kerana pada saya isunya masih relevan. Subjek utama entri ini bukan SS Mufti Perlis dan Jom Heboh, tetapi Faizal Tahir dan model Hijrah Songsangnya. Sama juga bekas penasyid lain seperti Yasin dan yang seumpama dengannya.

    Kita tidak mahu membanyakkan anak bangsa yang bercita-cita mengikut hijrah songsang ini terutamanya dari kalangan warga sekolah Islam dan universiti Islam

  10. masri says:

    Setuju dengan ustaz, maaf ye komen saya tadi bukan untuk entry ustaz tapi untuk orang yang dok gembar gembur isu patutke FT disebut namanya, samapi surat khabar pun sama.

  11. khaulah says:

    Assalamualikum….
    pendapat saya, sebagai seorang mufti, memang itulah peranan yang sebenarnya. Syabas buat Dr.Asri
    kerana keberaniannya…. dalam zaman dimana ramai ulama’ tidak berperanan dengan sebaik, tetapi masih
    ada ulama yg utuh mempertahankan pendirian kerana Allah. islam itu datang dengan dagang dan kembali
    dalam keadaan dagang. tentang faizal tahir pula, kita sebagai seorang muslim, wajib membenci perbuatannya.
    Tetapi kita harus sayang padanya dari kacamata seseorang yang sgt perlukan bimbingan. hakikat hidayah buatnya
    memang ada, insayaAllah, saya berharap suatu hari nanti dia akan kembali pada hijrah yang sebenar. saya percaya dia seorang yang mempunyai pemikiran (aqliyah) islam, tahu tentang hukum2 islam,
    tapi bermasalah pada nafsiyah yang menyebabkan tidak terbentuk syakhsiah islam pada dirinya. Ada tiga pra-syarat
    sesuatu hukum dapat ditegakkan. pertama ketaqwaan dari individu, kedua: kawalan dari masyarakat, ketiga:
    peranan negara. Dalam kes ini, kawalan dari masyarakat dan peranan negara sudah tiada, masyarakat kita sudah
    keliru membezakan antara baik dan buruk dan negara juga tidak lagi berperanan sebagai pihak yang wajib menegakan
    hukum Allah, bahkan rela dan gembira hukum Allah diinjak-injak atas dasar kepentingan. semoga Allah memberikan
    kesabaran pada seluruh pencinta dan pejuang-pejuang islam menhadapi gelombang ujian seperti ini… sekian, wassalam

    • azie says:

      Salam,

      “islam itu datang dengan dagang dan kembali dalam keadaan dagang.”

      Apa maksud ayat ni? Islam datang dengan berdagang, saya akui kerana itu hakikat sejarah tapi ‘kembali dalam keadaan dagang’? Apakah yg cuba disampaikan oleh penulis? Islam telah kembali dalam keadaan dagang yang sebagaimana kah? Sudah kembali kah?

      Terima kasih kepada yang sudi menjawab.

      • Kak Ija says:

        Assalamualaikum Azie,

        Cuba type “Islam kembali dagang” di Google, InsyaAllah mendapat penerangan yang baik dari beberapa bloggers.

  12. Abu Saif says:

    Saya rasa tak perlulah dipuji sangat ‘keberanian’ SS Mufti. Bukannya kena tahan ISA kalau tegur artis. Soalnya sekarang ia peduli atau tidak peduli. Saya puji SS Mufti atas kepedulian beliau. Bukannya keberanian….

    Takde pun isu berani atau takut… lainlah kalau SS Mufti bersekongkol dengan RPK mengajak pembunuh Altantuya ke jahannam… yang tu boleh kot guna isu berani tak berani

    • ummusaif says:

      Ya, saya setuju. Dalam isu ini bukan keberanian, tapi kepedulian yg utama!

      • Saya pernah diberitahu, pedulisme adalah antara syarat utama kejayaan dakwah! :-) Semoga kita semua menjadi insan peduli.

        • Pak Din says:

          Kepedulian itu tidak bermakna sekiranya ia hanya mengatakan sesuatu yang telah berlaku tanpa tahu memberikan alternatif apa yang perlu dilakukan. Fatwa itu kurang berkesan sekiranya fakta sainsnya tidak sertakan. Mempedulikan ayat-ayat Al Quran sahaja tidak mengukuhkan kedudukan masjid dan agama dengan tidak mahu mempedulikan ayat-ayat Kirab Alam, yang jauh lebih susah untuk diimaginasikan. Selagi kita tidak mempedulikan Sunnah Allah (Carakerja Allah atau ilmu sains) kepedulian tidak akan memberikan kesan yang sepatutnya.

    • squall says:

      kepedulian beliau adalah mengambil tahu hal2 semasa yg brkaitan dgn urusan agama termasuklah masalah sosial @ akhlak yg semakin menular di negara kita.
      tetapi keberanian beliau menyatakan pendapat dihadapan media membuka mata banyak pihak termasuk peminat Faizal yg mencemuh beliau…
      kdg2 kepedulian hanya mengambil tahu dgn tidak brkata2…ttp keberanian perlu bhadapan dgn pelbagai reaksi…

    • xxpi says:

      saya rasa pon mmg tak payah puji pon SS mufti, dah mmg tugas dia.. moga Allah bagi ganjaran padanya atas perkara baik yg dia buat.. juga kita, atas menda baik yg kita buat.. ameen.. Tapi kalau org puji, saya rasa kita yg lain nie tak payah la kata toksah puji lah..

      rasa rasa kepedulian saja tak cukup, tanpa keberanian.. betapa ramai org peduli, tapi berapa ramai yg BERANI menzahirkan kepeduliannya itu.. ISA bukanlah the only ‘neraca’ nak kata berani tak berani..

  13. uzair says:

    hijrah songsang yang diperkatakan oleh ustaz tu besar maknanya..positif kepada negatif..walaupun sedikit tetapi kesannya kepada hati cukup besar.”

    hmmm….dalam kontek agama perubahan tersebut menunjukkan iman kita semakin terhakis tanpa kita sedari…

  14. uzair says:

    yang kecil tu perubahan(apa2 perubahan bukan hanya Faizal saja)…dan yg besar tu…kesan terhadap iman kita…
    cth soal pakaian…dulu bertudung labuh…kini kertudung ala2 DMI…WALAUPUN MASIH BERTUDUNG TETAPI IMAN KITA TELAH TERHAKIS..

  15. zaki says:

    sayang bakat beliau sedikit tersasar…
    moga tegoran SS Mufti diambilkira…

  16. iMu HaRDaN says:

    salam..

    “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (riwayat al-Bukhari)

    ust blh tlg explain psl ayat ni??
    syukran…

    • HafizAdam says:

      maybe, pada zaman jahiliah org tetap pilih besi (logam), zaman Islam pun org tetap pilih besi (logam) utk buat barangan keluli..

      camtuh?

    • Amali says:

      pada pndpt saya kaitan hadith ni dgn hijrah songsang tu merujuk kpd contoh logam yang dimaksudkan…

      logam yang bersinar2 dan berkilat2 waktu zaman jahiliyah juga bersinar2 dan berkilat3 waktu zaman memeluk islam.ya’ni slps bhijrah

      a star..
      contohnya- Umar Alkhattab
      – Sumaiyah

      cth lain: Yusuf Islam

      kenapa logam? logam sgt rare….. logam juga boleh dimagnetkan untuk menarik besi2 lain.. sangat berpengaruh……..

      p/s anyway.. tak tahu pulak sbnr2nya yg ust maksudkan..

  17. AnakKelantan says:

    Sepatutnya teguran ini tidak khusus kepada Faizal Tahir sahaja tetapi kepada keseluruhan industri hiburan itu sendiri yang selama ini diHALALkan oleh Kerajaan. Walau bagaimana terlompat-lompatnyanya faizal tahir dan walaubagaimana dia mendedahkan tubuh badannya, rasanya mudaratnya tidak seteruk artis-artis wanita Malaysia yang berpakaian seksi dan menari terkinja-kinja di atas pentas.

    Begitu juga pemakaian artis-artis wanita di Festival-Festival Filem, yang berkemban, yang menampakkan sebahagian besar bahagian dada, yang terbelah sana sini. Kenapa tidak ada kenyataan dari para Mufti untuk menegur perlakuan ini ?

    Begitu juga akhbar utama kita seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia di ruangan hiburannya yang memaparkan gambar posing seksi artis wanita kita yang menggiurkan, mengelojakkan iman para lelaki.

    Belum lagi masuk soal majalah hiburan, yang jauh melampau cover depannya dengan aksi peluk artis lelaki dan wanita.

    Kenapa Faizal Tahir sahaja yang digam kerana memecat bajunya di khalayak ramai dan kenapa Mufti Perlis tidak menuding terus kepada institusi hiburan negara kita yang memang sudah lama terpesong jauh dari akhlak Islam dan 100% meniru perlakuan artis barat.

    Rasanya selama ini sudah lama Konsert Sure Heboh ini diminta supaya dihentikan, kenapa hanya bila Faizal tahir ingin ke perlis, baru isu ini timbul. Adakah jika Faizal Tahir tidak membuat persembahan di Perlis, Konsert Sure Heboh tidak akan ditegur…..

    Walauapapun, ada hikmahnya nama Faizal Tahir ini ditimbulkan….mungkin sebagai teguran khusus kepadanya secara tidak langsung sebagai seorang bekas penasyid..

    • ummusaif says:

      Hmmm…good comment. Point taken.

    • xxpi says:

      salam syiekh,

      statement cam nie byk dah kita dgr.. kenapa buat A jer.. kenapa tak buat B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z ! @ # $ % ^ & * ( ).. dan sebagainya.. come on lah.. saya ni bukan nak bela la SS Mufti Perlis nie.. tapi, nak bagi komen pon rasional lah sikit.. dan baca bagi lebih.. anda marah utusan berita harian, tapi byk sumber maklumat ni enta ambik dari berita² ni lah.. peh tu komen sesedap rasa..

      comeon lah, mufti perlis komen lah faizal tahir specificaly sbb faisal tahir yg dieklankan nak mai perlis utk jom heboh.. dan baca la kenyataan dia lebih sikit or dgr penerangan.. dia bukan tak bagi faizal tahir mai tu sbb adegan bukak bagi tu saja..

      mufti ni sebut pasai jom heboh ni bukan la skrg nie.. byk kali dah.. adakah sbb tidak dilaporkan.. anda buat kesimpulan “[i]kenapa hanya bila Faizal tahir ingin ke perlis, baru isu ini timbul[i]“.. isu timbul tak timbul nie ikut media lah.. kalau boleh laku lebih sikit dgn issue tu.. dia bagi HIGHLIGT lebih la.. tambah plak kalau libatkan artis.. takkan congak ni pon tak paham kot.. TIMBUL lah dia.. kalau tak, tenggelam lah..

      lagi satu, takkan tiap-tiap satu isu mufti kena bagi komen.. every single one tak bleh miss.. any occasion yg ade libatkan artis mufti kena tgk tv tgk ada tak pelanggaran etika secara specifik.. tentunya mufti kenalah buat keutamaan tertentu sesuai dgn tugas dia sbg mufti bagi negeri perlis.. saya personally rasa byk isu semasa yg mufti perlis dah sentuh pon.. beraneka.. tapi kemampuan manuasia ni terbatas, takkanlah semua isu mufti perlis kena sentuh! mana pegi mufti yang ade berbelas di malaysia nie..

      bagilah ruang sikit aiiiihhhhh..

    • squall says:

      sebenarnye sebelum ni da banyak artis terutamanye artis perempuan yg ditimbulkan dlm ceramah2 mufti…cuma pada kali ni pihak media tampil di Perlis menanyekan pendapat beliau ttg penampilan Faizal…beliau hanye menjawab soalan shj…adakah perlu beliau senaraikan artis2 di seluruh Malaysia yg tidak boleh mengadakan persembahan..(panjang sgt agaknye nanti)…
      ceramah2 mufti banyak di uploadkan dlm you tube….taip je mufti utk search video…x perlu utk stik kpd 1 lmn web @ blog utk bbincang masalah masa kini…
      the good points that i can see frm mufti perlis action….semua org bukak mata yg di negara kita sistem mufti masih bfungsi utk menjadi penasihat agama kpd pemerintah…

  18. Leokid says:

    falsafah hedonis, jiwa berkudis,
    hidup sadis, iman x rasa manis..

    kenapa agaknya, dari seorang yg memperjuangkan dakwah melalui nasyid, seorang yang well-ditarbiyyah (agaknya), dia boleh tergelincir dari landasan tersebut, futhur, malah menyongsang arus yang diperjuangkannya dahulu?

    Namun ratapilah/insafilah diari hidup perjuangan insan bergelar FT ini.. Tidak mustahil seorg “da’ie” futhur mengikuti hijrah songsang ini, dan tidak mustahil seorg yg super-jahil diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang benar. Kita boleh bersyukur dengan keadaan diri sekarang ini yang mendapat rahmat di sebalik hidayah yang Allah kurniakan, tetapi kita tidak boleh terlalu yakin kita tak akan jadi seperti beliau, moga dijauhkan Allah.

    Berkata Imam Hasan Al Bashri. “Dunia ini hanyalah 3 hari. Hari kemarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu lagi untuk merubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka,beramallah sebanyak-banyaknya.”

  19. Medvedev Boneka Putin says:

    salam

    realitinya di malaysia kini…rakyat melayu yg beragama Islam tidak prihatin kepada agama Islam itu sendiri, tidak mahu mengikut acuan hidup yg Islam sarankan dan tidak menghormati ustaz dan alim ulama’.

    ini bukan benda baru ustaz abu saif. benda nie dah lama bernanah dlm masyarakat. lihat sahaja isu “pemecatan” mufti selangor ust. ishak baharom. lihat sahaja kepada tindakan meng”gam” pendakwah & penceramah bebas seperti ust. haron din, ust. ismail kamus dan sebagainya pada hujung tahun 90-an hinggalah sekarang.

    di atas nie bukan dilakukan oleh rakyat biasa. tetapi ianya dilakukan oleh orang Islam yg berada pd tampuk kuasa. jejak langkah dan tabiat orang yg berkuasa ini diikuti oleh rakyat seluruhnya.

    pepatah melayu selalu menyebut….bapa borek anak rintik….cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari….kedua-dua perumpamaan nie sangat tepat…..bapa dan cikgu adalah pemimpin….anak murid adalah rakyat kebanyakkan.

  20. suffy says:

    salam…
    saya setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh penulis Juga saya secara mutlaknya bersetuju malah sangat- sangat bersetuju dengan tindakan mufti perlis.. semoga mufti- mufti dari negeri- negeri lain juga berani mengambil tindakan yang bakal menjadikan akhlak generasi muda pada masa akan datang lebih gemilang.

  21. jacknaim says:

    Apabila ulamak dibuang,
    Apabila artis dipuja,
    Maksiat berleluasa,
    maka tunggulah kebinasaan

  22. Said says:

    Apa yg berlaku adalah disebabkan konflik identiti yang masih mencari cari. Dalam masa yang sama pencarian untuk mengejar nama dan glamour membuatkan manusia lupa, alpa dan lena di ulit mimpi, impian dan cita cita. Diharapkan setiap yg terlibat bertanya apakah nawaitunya. Mungkin juga isterinya, bekas ahli kumpulan nasyidnya atau ibubapa mampu menjadi peer pressure kepadanya.

    Bukan apa saya bimbang bila anaknya membesar dan dewasa dan melihat berita dan gambar bapanya. Walaupun bukan bekas ahli nasyid sekalipun apa yang beliau buat melampaui fitrah sopan santun manusia.

    Moga beliau berhijrah sekali lagi hendaknya.

    Said Razi

  23. INFINITY says:

    Assalamualaikum.

    Setuju dengan ustaz.
    Sebagai remaja hari ini, sya kira pada nilaian jiwa kasar saya..remaja hari ini sudah ke puncak agak teruk. Dan, saya yakin banyak punca penyebab dan kini yang paling saya yakin sebabnya adalah hiburan. Sungguh menyedihkan. Manusia memerlukan model, dan hari ini manusia mengagungkan artis menjadi maka kepincangannya bertambah teruk.

    Berbalik pendapat ustaz mengenai teguran mufti, tegurannya bagus sayang hanya pada seorang yang mungkin jelas terang nampak silap. Tapi, itulah..

    “Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..”

    Musykilnya..nila itu adalah Tuan Mufti, dan susu pula yang mewakili para artis..akhirnya, yang benar nampak salah. Yang salah pula diagungkan benar. Benar-benar pemikiran kelas ketiga.

    Sayang, teramat sayang. Pentas hiburan yang makin galak bertumbuh bak cendawan selepas hujan menjadi racun pada generasi saya. Kiranya rosak generasi remaja zaman saya, maka apalah jadinya generasi selepas saya?

    Jadi sewajarnya pihak atasan dan berwajib menegur pentas hiburan yang secara tidak langsung menegur semua pelakon di atasnya..

    moga-moga..

  24. white_sabre says:

    Salam
    amat setuju dengan ustaz…budaya hedonism amat menular..sebab masyarakata dah terbiasa hidup dengan hiburan sebagai pusat…yang dipuja bukan kebenaran..tapi hiburan…hingga yang menegur jadi salah…yang salah jadi hero..

    memilih untuk hijrah dari baik kepada yang tak baik..tanya kepada sesiapapun akan kata ia salah..tapi bila berlaku pada artis..tiba-tiba saja jadi benda yang boleh diterima..lebih kebal dari raja…berapa ramai artis keluar masuk lokap kerana dadah..senang sahaja kita memafkan mereka..kalau itu abang atau adik sendiri..dah lama dibuang keluarga…

    teringat tak lama dulu…apabila pada waktu sama seorang bayi sakit dan memerlukan bantuan pada waktu yang sama seorang celebriti tv sakit…berduyun orang membantu celebriti…bayi meninggal…celebriti sihat..sedih-sedih…

    hebatnya artis…takut nanti lebih ramai yang bercita-cita mahu jadi artis daripada kecil berbanding bidang profesional lain sebab mindset yang artis itu lebih baik..ketika itu..bayangkanlah apa akan jadi pada masyarakat..nauzubillah…

    semoga kita diberi Taufik dan Hidayah untuk membezakan benar dan batil..
    wallahualam..

  25. ahmh says:

    hijrah songsang bukan sahaja berlaku pada artis dakwah, malah berlaku dalam pelbagai golongan pendakwah lain juga tak kira dari lapisan apa pun. Naqib di sekolah, ustaz sekolah, motivator, naqib di universiti, dan mungkin pelbagai lagi. Keadaan ini memang berlaku, cuma sama ada dipeduli atau tidak oleh masyarakat amnya dan pendakwah itu sendiri khususnya.
    Dan jika disedari pun, adakah kisah-kisah mereka ini diambil pengajaran sebagai cermin diri atau hanya jadi buah bicara tanpa langkah yang proaktif dan praktikal.
    Pemerhatian saya, berdakwah kepada golongan pendakwah adalah lebih sukar dan mencabar lantaran sikap merasa diri sudah cukup. Adakah waras nak berdakwah kepada pendakwah? Saya kira Abu Saif lebih sedia maklum hal ini.
    Jika dari kalangan pendakwah pun boleh berlaku kes hijrah songsang, bagaimana pula dengan golongan sasaran dakwah? Kebarangkaliannya pasti lebih tinggi.
    Dalam dunia penuh fitnah, semua golongan tak terkecuali dari diuji.

  26. Salam Ustaz..

    Saya bersetuju dengan apa yang dibincangkan di atas. Kita perlu berjuang untuk memperbaiki keadaan masyarakat yang semakin galak menjadikan hiburan sebagai cara hidup yang diagung-agungkan. Serulah kepada kebaikan walaupun kita tak mampu melakukan semuanya dan ajaklah manusia meninggalkan kejahatan walaupun kita tak mampu meninggalkan semuanya….

    Datanglah ke blog saya lak..www.magik-7.blogspot.com

    Terima kasih atas segalanya….

  27. hanif says:

    salam 2 all viewers,
    faizal tahir mempromosikan jenama SUPERMAN. bagi saya tak sesuai sebab ia adalah propaganda zionis utk mencabar kuasa Allah.
    tk

  28. sedih melihat ikon manusia hedonisme…. ana baru sahaja berbual mengenai personaliti ini semalam….ya, bahkan, yang kita bencikan adalah perbuatannya, sifatnya, bukannya jasadnya, jasadnya tidak bersalah…. tetapi jiwa dan ruh yang mengisinya membuatkan jasad turut sama dirtarik… moga Allah menerangkan hati syabab-syabab yang kian hanyut ini…

    • Pak Din says:

      Kesian jadi Hendon! Biarlah jadi Indon .. jangan marah

      Salam,

      Apabila saya ternampak ‘perbuatannya, sifatnya, bukannya jasadnya’ maka sudah pasti ia boleh diubah sedikit kerpada zat, sifat dan feal (peal kata Melayu atau perbuatan). Bukanlah nak belajar bahasa, tetapi sifat menceritakan keadaan feal atau zat sesuatu, sementara feal adalah kelakuan atau tindak-tanduk atau carakerja sesuatu atau seseorang. Ali (zat) makan (feal) nasi dengan gelojoh (sifat) atau batu (zat) itu keras (sifat). Mustahak nak faham ni dulu, baru boleh cerita ilmu kalam … atau mahluk yang dibentuk oleh empunya ilmu kalam.

      Kita adalah roh (atau ruh – pemandu) yang diberikan jasad (kenderaan) untuk menjalani ujian kehidupan di atas muka Bumi ini bagi menentukan kedudukan di Akhirat. Sangat cantik Sdr Emir, tidak menyalahkan kenderaan, kerana kesalahann kita selalunya hanya nampak kenderaan. Bayangkan sampai ke masjid kenderaan masuk saf, pemandu pergi main golf, atau berjumpa si dia (rohnya entah ke mana tak hadir di saf), gara-gara tak faham, tak arif, tak tahu, tak nak ambil tahu, tak mahu tahu, siapa kita?

      Bagaimanapun, feal dan sifat tidak boleh hadir atau wujud dengan sendiri … sekurang-kurangnya di Dunia ini. Dan kerana keterlibatan jasad mendokong roh, wajarkah kita mengenepikan fungsi jasad. Meletak jasad di kedudukan bawah, dan tidak mengkaji lebih mendalam fungsinya atau pengajaran dari keberadaannya? Saya lontarkan persoal ini kerana, masyarakt tidak diajar menghukum roh atau jiwa, kita tidak dididik dengan pendekatan yang mengutamakan roh, dengan kefahaman yang mendalam tentang roh, kerana ramai yang mahu mengambil pendekatan mudah dalam kehidupan. Mengikut nafsu (bersama jasad) berbanding akal (bersama roh). Ikut arts dan ke tepi sains.

      Jasad adalah matters (yang menimbulkan konsep materialisma, pada skala luas) sementara roh adalah tenaga, tetapi ilmu sains telah menghubungkaitkan kedua-duanya dengan adanya orang bernama Eienstin, malangnya kita mengenepikan pembuktian ini dan mengambil pendekatan hanya percaya kepada sesuatu, tanpa mahu mencari asal usulnya. Kita mengenepikan sains apabila kita tidak dapat atau susah hendak memahaminya. Hanya kerana kita tidak bersedia membuka minda seluas-luasnya. Hanya kerana kita terpedaya dengan ajaran cetek arus perdana yang hanya mementingkan yang mudah. Mementingkan cara dari tujuan.

      Saya tabik Ustaz kerana menjadi ustaz pertama di blog Melayu membincangkan isu Evolution. Saya tabik usaha beberapa blog lain seperti Sdr Saifuddin (iklannya ada di ruang cit-cat SI), yang berusaha mempertahankan Evolution, kerana hanya dengan memahaminya, menggunakan displin ilmu sains, yang sudah pasti tidak ditentang Al Quran, baru Muslim boleh kembali menjadi satu umat yang dapat menguasai Dunia, dan kemudian lulus ujian dengan cemerlang untuk kedudukan yang baik di Akhirat. Jangan cerita berjaya di Akhirat tanpa mahu mendapatkan keizinan Allah melakukan sesuatu di Dunia. Jangan cerita pasal keizinan Allah sekiranya kita tak faham carakerjaNya. Jangan cerita pasal nak faham carakerjaNya, kalau kita hanya suka sains gunaan dan tidak sains yang mengarah kepada menjelaskan ketuhanan.

      Syabas Sdr Emir, Blog Saif Al Islam (Ustaz-lah), dan Sdr Saif Ad Din kerana membolehkan saya mencetuskan idea ini. Syabas pembaca kerana tidak blur dengan apa yang saya tulis.

  29. shiha says:

    Salam..

    Melihatkan apa yang berlaku membuatkan saya sentiasa berdoa. Ya Allah, Kau mampu memberi dan menarik hidayahMU kepada sesiapa sahaja. Semoga aku sentiasa menerima petunjuk dan hidayah dari Mu ya Allah.

    Pengajarannya adalah sangat besar bagi orang – orang yang mahu berfikir.

    Wasalam

  30. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki Nya…jadi hargailah pemberian Allah yang tak ternilai dengan segala isi dunia ini dengan bersyukur dan istiqamah beramal dengan ikhlas. sama-sama kita doakan mereka yang jauh dari hidayahNya akan kembali ke jalan yang lurus..”Ya Muqallibal qulub, thabbit quluubana ‘alaa dinik wa ‘ala tho’atik..” amin ya Rabbal alamin..

  31. egypt_medik says:

    salam ustaz..
    model hijrah songsang.
    bahana kalau orang popular yang baik pada awalnya dan berubah menjadi tidak baik kemudiaannya. kalau orang itu pimpinan (sama ada di peringkat sekolah, universiti, pejabat dan lain2), apatah lagi? semakin ramailah manusia yang akan mngikut jejak langkah mereka.. na’uzubillah…

  32. Kak Ija says:

    Akak faham kebimbangan yang cuba diketengahkan memandangkan anak akak memang agak terkesan dengan artis, tetapi dia ni lebih menjurus kepada pelakon.

    Jadi kepada yang meminati penyanyi, fenomena hijrah sonsang ni takut2 dijadikan model pula. Orang memang suka trend mengurangkan rasa berdosa nih.

  33. hanif says:

    salam,
    mungkin inilah bukti anak-anak islam hadhari yg ditaja pihak2 tertentu, ala-ala liberal.tk

  34. ex-hamidian says:

    salam,

    saya sebagai seorang ex student maahad hamidiah kajang, tempat lahirnya Kumpulan nasyid Mirwana, memang sedih sayu tengok faizal ngan yasin tu, sebab dua2 saya kenal. apalagi yasin, time dia kat sekolah sampai orang ingat dia bakal jadi ulamak muktabar bukan setakat penasyid, yela arab terrer, inggris pun cair. subjek agama ngan non agama pun dia tip top. ustazah yg handle mirwana(para hamidian mesti tahu cerita ni) sampai nangis tengok anak didik dia berhijrah, hijrah songsang!!

    kegemilangan zaman sekolah dan siqah kita pada orang tertentu bukan jaminan untuk individu itu tidak berubah suatu hari nanti
    apatah lagi dengan biah dunia luar sekolah yg bukan biah solehah
    yang mana mehnah dan tribulasi benar- benar dijalani

  35. sofeyya says:

    kita berada di pengakhiran zaman..di mana manusia semakin kekaburan dengan nilai iman..berhati2lah wahai umat akhir zaman,kita sudah sampai ke zaman di mana imanmu sedang diancam kemusnahan….umpama daun2 kering yg dimamah api…Islamnya kita di pagi hari tidak menjamin Islamnya kita tika petang menjelma..apatah lagi untuk tempoh yg lebih lama..esok hari..minggu depan..bulan depan or tahun depan..

    setiap yg Allah yg taqdirkan berlaku pasti ada hikmh untuk kita fikirkan dgn akal dan renungkan dgn hati yg disuluhi nur iman…
    memg sikap anak bukan salah ibu mengandung.Tapi,mungkin ada manfaatnya kita revise balik cara didikan anak2 kita..kot2 ada yg perlu diperbetulkan @ ditambahkan..

  36. pencadang says:

    FT ni dr keluarga yg baik,ada bakat seni tersendiri,dan sy nampak ada karisma tersendiri yg boleh mempengaruhi suasana…asalnya dia bukan ahli mirwana,tp ahli mirwana melihat bakatnya yg boleh ditonjolkan dlm genre yg baik…cume desakan diri sendiri yg ingin keluar dr kelompok yg soleh tersebut…kenape?die pernah menyuarakan bahawa dia tak tahan lg utk hipokrit krn dirinye yg sebenar bukan baik mana pun…so,kalau dia lebih lama dlm mirwana akan lebih mengundang fitnah kpd kelompok nasyid sendiri…tp dlm satu segi,adakah abu saif sendiri mengakui bahwa mirwana adalah kumpulan nasyid?krn ada suara2 mengatakan bahawa mirwana juga adalah perosak atau pencemar nasyid tu sendiri melalui bentuk yg mereka persembahkan…

  37. aye says:

    Salam. Sy fikir isu ini menjadi ‘panas’ kerana berlaku pertembungan dua ‘team’ yang ketara. So ‘pengikut fanatik’ akan ‘panas punggung’ dan melatah bilamana ‘icon’ mereka dikritik atau dihina. So kesimpulan saya, ‘berhikmahlah’ dalam menyampaikan ‘risalah agama’..
    p/s… kedah ingin mencontohi kelantan dalam membina lintar lumba untuk ‘mat-mat rempit’… so tak patutlah kalau kita gelar diorang ‘dajal atau syaitan’ rempit demi mendidik menjadi baik kan?? afuan ustaz lari topik.

  38. Abu Saif says:

    Saya bukan mempertikaikan keberanian SS Mufti Perlis. Tetapi saya berpandangan bahawa kes menegur si FT ni bukanlah kes berisiko tinggi yang mengundang ancaman, tak kisahlah ISA ke atau apa-apa. Pada saya, tindakan SS Mufti Perlis menegur FT tu ialah suatu tindakan prihatin beliau tentang perlunya ada garis panduan dalam hiburan. So, saya memuji keprihatian itu.

    Kalau puji keberanian tak kena tempat, ia tak jadi pujian, sebaliknya boleh jadi sindiran.

    Basically, saya pro dengan tindakan SS Mufti Perlis. Apa yang nak dikecohkan….

    Saya tidak into nasyid2 Mirwana dan saya dah menulis tentang pendirian saya mengenainya di dalam artikel “NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT JUANG” serta “MENJIWAI PEMBERONTAKAN DI DALAM NASYID”.

    Tetapi definitely FT lebih baik semasa bersama Mirwana berbanding keadaannya hari ini… wallahu a’lam

    my 2 cents opinion

  39. bila kita dilahirkan dalam islam.jarang sekali kita nak hayati keindahan islam tu sendiri berbanding ngan sahabat kita yang baru masuk islam yang begitu bersusah payah untuk menjadi true muslim.

    kita kena pikir…sapa diri kita.Adakah kita ni islam secara warisan atau sebaliknya.

    Hal artis2 ni…dah lumrah dunia artis ini penuh dengan fitnah dunia jika silap langkah..maka masyarkat akan menilai.

  40. elfaruqi says:

    apabila SS mufti sebut nama FT, phk tv3 terus x jadi bwk FT ke perlis..
    kalaulah SS mufti sebut 2-3orang lg nama artis yg terlibat dlm konsert (yg mewakili sikap major ditonjolkan artis kita..e.g seksi, mulut celupar etc) mungkin ada pengurangan lagi terhadap jumlah artis yg dibawa.
    ntahla…hedonisme ni mmg dah jd agama baru muda-mudi kita skrg

  41. elfaruqi says:

    saya dah bekerjasama dgn beberapa artis nasyid(nasyid kontemporari, nasyid 90-an saya belum berkesempatan terlibat lg masa tu, sori ye ustaz,hehe)..termasuklah penah deal dgn Mirwana (masa tu x pasti FT jd vokalis Mirwana ke tak). tp honestly, saya plg kagum setakat ni dgn raihan & rabbani je…terlalu byk perbezaan dgn kump2. nasyid lain…
    maaf ustaz lari tajuk sikit..maksud ana industri nasyid kita sendiri perlu tajdid/hijrah/islah.
    ana rasa ustaz dah tulis artikel suatu masa dulu tentang kekosongan nasyid skrg kan?

  42. j_albaghd says:

    salam,

    pada saya,bkn faizal tahir shj yg tidak harus dibenarkn utk menyertai konsert jom heboh,tp semua artis yg tidak menutup aurat juga perlu diambil perhatian. memang trend sekarang,artis nasyid berkumpulan keluar utk bekarya secara solo.Namun,mesti ada batasnya.Jangan sampai masyarakat keliru tentang batas2 untuk berhibur.

  43. Amin Ahmad says:

    Ustaz, mungkin ada isu yang di luar topik ini mahu saya ketengahkan.

    Hanya kebetulan ramai juga dari kalangan teman2 saya yang bersekolah agama, sebahagiannya sangat menjadi dan lebih ramai yang terlungkup malah berlaku sebaliknya. Saya berpendapat, fenomena ini berlaku terutama di sekolah agama harian kerana mereka memilih sekolah agama hanya kerana tidak mahu masuk ke sekolah yang diklasifikasikan ‘lemah akademik’, selepas gagal masuk ke sekolah harian yang dikategorikan ‘cemerlang akademik’. Fenomena ini mungkin berlaku pada zaman saya, zaman sekarang saya tidak cukup pasti. Hal yang sama juga berlaku dalam pilihan mereka ke sekolah teknik.

    Kesan dari hal ini imej sekolah agama mungkin tercalar, malah sebahagian kawan2 saya yang kebetulan sama sekolah dengan anak seorang ulama’ mempertikaikan wibawa ulama’ ini kerana anaknya juga 2×5. Sudah tentu saya punya jawapan untuk masalah mengaitkan ulama’ dgn anak (korelasinya mungkin tipis, wallahu’alam), pokoknya adakah dasar pengambilan tidak mencerminkan kepentingan imej keluaran sekolah agama?

    Saya tidak anti-sekolah agama kerana sebahagian yang saya kenal cukup outstanding :)

  44. HanaNasir says:

    salam,
    ana stuju dgn pndpat ustaz,lbih2 lg skg wjud pula Faisal yg myertai Af6,sayang skiranya mkin lame,mkin rmai ank2 muda yg mgikuti jjak lgkah Hijrah Songsang ni..
    Smoga kita sume sntiasa d jln yg dredhai Allah,,amin

  45. simple-shida says:

    **Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki Nya…jadi hargailah pemberian Allah yang tak ternilai dengan segala isi dunia ini dengan bersyukur dan istiqamah beramal dengan ikhlas. sama-sama kita doakan mereka yang jauh dari hidayahNya akan kembali ke jalan yang lurus..”Ya Muqallibal qulub, thabbit quluubana ‘alaa dinik wa ‘ala tho’atik..” amin ya Rabbal alamin..

    teruja utk menatap entry ni.. lalu ingin menitipkan kalam skit..hehe..
    erm, HIjrah yg soNgsang… hIJrah yg TAk perlu sama sekali..2 kali.. 3 kali au byk kali lah..
    kita nk ikut.. mmg HIjrah itu PErlu.. tapi.. bukan p mai p mai tang tu…
    tapi.. HIJrah yg ke arah lebih BAIK.. lagi baIk.. dan TErbaik..

    tuntasnya.. kita punya AKAL.. gunakan AKAL dgn sebijaknya..
    wallahu’alam.. ;)

  46. [...] Model Hijrah Songsang [...]

  47. abu aslam says:

    Semoga kita dan generasi kita (anak, cucu cicit) tidak tergolong dalam hijrah sonsang..
    Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlan hati kami atas Deen Mu dan ketaatan Mu..
    FT memang berbakat besar…Moga FT di beri Hidayah untuk kembali ke landasan yang di redhai Allah.

  48. Juman says:

    Satu artikel yang bagus. Tahniah.

    Mengutip kembali tulisan sdr SaifulIslam: “Saya menolak metode Faizal Tahir kerana kasih saya kepadanya sebagai saudara seagama. Biar pun saya cuba untuk bersikap terbuka dalam hal ini, saya tetap gagal untuk menjustifikasikan bagaimanakah Allah SWT boleh merestui perubahan yang dilakukan oleh Faizal Tahir di dalam hijrah songsangnya?”

    Pandangan saya: kita tak perlu menjustifikasikan Allah SWT yang ‘merestui’ perubahan atapun hijrah songsang si FT. Adakah Allah ‘merestui’ hijrah songsang itu? Pada saya tidak. Kita diberi pilihan untuk membuat keputusan. Kalau hendak persoalkan Allah SWT, kita kena persoalkan juga, kenapa Allah ‘restui’ Syaitan dan nafsu untuk menggoda dan menyongsangkan manusia?

    Inilah yang dikatakan iman manusia itu turun-naik. Tidak seperti malaikat dan Rasul2Nya. Pelbagai kisah wali dan anbiya’ yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Kisah FT boleh kita jadikan sempadan. Moga Allah SWT pelihara kita dan diberikan kepada kita dan si FT nikmat iman hingga akhir hayat.

  49. erin says:

    Faizal Tahir perlu berubah kepada hidup islam sebenar
    Itu komen yg terbaik blh sya katakan.

  50. uzair says:

    hmm..iman para malaikat tidak turun dan tidak kurang..maintain!iman para rasul sentiasa meningkat,iman kita turun naik!

  51. SangPelangi says:

    Hmm.. tak dapat nak dikatakan apa-apa lagi.
    Bak kata ustaz. kalau disebut umum, nasihat cuma jadi angin sepi.
    disebut nama, berang sampai naik tangan kaki.

    Menyeru kepada kebaikan itu rupanya tidak semudah mana. Banyak betul dugaannya.

    wallahualam.

  52. issha_din says:

    salam..

    teruja juga saya membaca entri ustaz kali ini.
    pada awalnya mesej yang disampaikan adalah tentang hijrah songsang
    yang dibawa bagi segelintir penggiat seni kita yangg semakin rabun dalam
    menilai erti seni ataupun mengejar populariti.

    tapi ia menjadi semakin besar dan terus membesar kepada beberapa
    isu penting yang boleh dikupas dalam menjana pemikiran kita sebagai
    islam yg prihatin
    jadi apa yg saya dapat komen mungkin hanya sedikit:

    1)hijrah songsang

    saya bersetuju dengan pendapat ustaz tentang komen perubahan songsang yang dibawa
    segelintir artis malaysia. pada saya tidak salah sekiranya mana2 artis
    nasyid ingin bergerak solo, tapi perubahan yang dibawa telah menyebabkan
    kekeliruan kepada masyarakat kita yang pada awalnya menghormati dengan imej dan
    mesej yang ingin disampaikn oleh penasyid2 kita..
    pendek kata pada dasarnya penasyid2 ini lah harapan kepada kita dalam
    menggerakkan seni yg berlandaskn islam..
    tapi penghijrahan tersebut telah mencelarukn matlamat si artis tersebut.
    pada permulaanya saya masih mampu bersangka baik
    mungkin penghijrahn solo tersebut lebih memudahkan pergerakan si artis tersebut
    dalam berdakwah (seperti mana matlamat asal ketika
    dalam berkumpulan) ataupun si artis ingin lebih rapat dengan remaja2 yg tidak berminat
    dengan genre nasyid ni..
    tapi sangkaan baik saya sedikit2 telah terhakis dengan tindakan mahupun kelakuan
    si artis tersebut yg tidak mencerminkan imej islam..huhuh confius2
    mungkin juga populariti yg dikecapi mengaburi matlamat si artis lalu menjadikan
    si artis semakin ghairah dalam mencari identiti yg bersesuaian..(opss yeke??)

    2)kritikan / teguran mufti perlis terhdp FT

    keprihatinan, ketegasan, dan keberanian mufti perlis ini perlu dicontohi. bukan
    setakat untuk mufti2, mahupun pemimpin2 sahaja. malah ia sepatutnya dicontohi oleh kita
    semua..
    kita sebagai pendengar mempunyai kuasa yang paling besar dalam menilai/ menegur mana2 artis
    tanpa peminat siapalah artis(cewahh) ,

    3)garis panduan dalam gelanggang seni hiburan di Malaysia

    ramai yang membangkitkan mengapa isu FT dibangkitkn walhal ramai lagi artis2 yg bermasalah moralnya..
    pada saya teguran terbuka ini adalah rentetan daripada peristiwa artis tersebut ketika melaksanakan konsert livenya di stesen
    televisyen swsta.dan sekiranya kita ingin melihat garis panduan dalam hiburan seni diperhalusi
    sepatutnya kita sepakat dan setuju dengan tindakan mufti perlis dalam menzahirkn keprihatinan nya terhadap artis tersebut
    secara tidak langsung ia menjadi satu amaran kepada artis2 yg lain .
    demi memuaskan hati semua pihak,dan kebaikan bersama wajarlah garis panduan ini diperhalusi,diperbaiki dan dilaksanakan sepenuhnya.
    persatuan2 mahupun pergerakan seni hiburan malaysia (x taulah nama persatuan seni yg ada kat malaysia ni..sory ye)
    juga sepatut mengambil inisiatif dalam menggubal dasar mahupun panduan agar ia selari dan menetapi budaya dan yg lebih penting
    menetapi kehendak islam dalam berhibur..

    4)sikap masyarakat kita yg cepat melatah

    isu ini menjadi hangat/ hangit bila wujudnya 3 puak bak kata si aye berlaku pertembungan dua ‘team’ yang ketara.
    dan tambah satu puak lagi puak yg tak kisah(x ambil pusing tntg isu ni).
    sikap melatah kita masih tidak dapat ditangglkn selagi minda masing2 tidak diisi degn fikiran yg rasional.
    masing2 ingin menang dan mempertahankan pendirian masing2..tidak salh selagi ia tidak menjejaskan pendirian kita sebagai islm
    bila diperhalusi sikap melatah ni wujud bilamana masing2 tidak fikir pro kontra.
    tundukkan ego kita selagi teguran itu adalah untuk menyelamatkan islam..akui kesilapan masing2 dengn bersangka baik..
    pendek kata relax, tarik nafas dan fikirkan sejenak kritikan tersebut agar kita tidak dilabel kaki melatah kelak
    diri sendiri yg malu.. hehehe (bukan orang tua je yang kuat melatah tau)

    wallahualam

  53. salman says:

    Allah Maha Pembolak-Balik Hati manusia…. MilikNya jualah hidayah… Namun sebagi manusia kita perlu berusaha untuk menggapai hidayah Allah swt….. Apabila usaha untuk menjauhkan diri daripada Allah semakin hebat… akan lemahlah usaha untuk bertaqarrub kepada Allah… Gelombang Hedonisme ini mesti kita tangkis seolah-olah kita menangkis pengaruh komunisme pada era terdahulu… penyatuan fikrah dan kekuatan pelbagai pihak daripada peringkat pemerintah sehinggalah anak-anak kecil perlu digembleng….. al-Quran dan as-sunnah jadi panduan kita bersama…

  54. Sufie says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana ustaz beri komen pasal artis.

    Saya kira masing2 dari kalangan kita mempunyai hujjah tersendiri.Tapi saya fikir siapakah yg bertindak “serve Muslim interest” maka
    mereka itulah yg patut di sokong.Setiap perkerjaan biarlah ada objektif dan objektif tersebut biarlah menjaga kepentingan
    Ummah.

  55. akula says:

    mmg patut disebut trus nama faizal tahir agar industri muzik yg agak melebeh2 hedonismnya smpai tahap gaban memandang serius perkara ini.ss mufti menyebut nama faizal tahir sbb dia yg akan dtg ke perlis.so,bila mention namanya barulah dia sedar sket akan ketidakbagusan sikapnya dlm industri.

  56. zack says:

    kembalilah faizal tahir! tuhan masih lagi menyayangi mu, jom sebelum terlambat.

  57. T-rex says:

    slm kpd abg saif,
    saya amat bersetuju dgn abg saif.saya seorang yang tak berapa minat dgn dunia artis.Pada zaman sekarang terlalu ramai anak2 muda yang menjadikan artis sebagai idola,dan jika seseorang ulama menegur artis maka banyak kritikan yang dilemparkan kpd ulama tersebut namun hakikatnya benda tersebut terang-terangan adalah salah.mereka seolah seperti tidak tahu bahawa perkara tersebut adlh salah,ini menunjukkan ceteknya ilmu agama.Hanya Allah sahaja yg mengetahui…

Leave a Reply