
Gambar Hiasan
“Saya mahu sertai program PAS, program JIM, program ABIM dan ikut Tabligh keluar sebab saya sudah bosan dengan perpecahan”, kata seorang anak muda kepada saya.
Saya mengangguk.
Kemudian menggelengkan kepala.
Saya bersetuju dengan keluhannya bahawa kita semua sudah bosan dengan perpecahan. Tetapi saya menggelengkan kepala kerana tidak bersetuju dengan formulanya untuk mengatasi perpecahan itu.
“Tentu sahaja idea itu baik dan saya menyokongnya, jika anda meletakkan diri sebagai penyokong dan kekasih Islam”, saya cuba menjelaskan sebab saya menggelengkan kepala pada separuh kedua kenyataan pelajar tersebut.
“Tetapi jika anda seorang pendokong dan kekasih yang berkasih dengan Islam, anda harus lebih teliti, rasional dan realistik”, saya menyambung.
“Maksud ustaz?”, tanyanya kepada saya.
Asalnya saya kurang berminat bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada anak-anak muda ini untuk mencari cara terbaik bagi mereka ‘menolong agama Allah’. Tetapi option yang terlalu terbuka menyebabkan mereka meraba-raba di bawah sinar mentari, bukan purnama.
“Izinkan ustaz membuat satu analogi”, saya cuba memudahkan perbualan.
KOMITMEN KERJA
“Jika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan… memutih dan menyihatkan gigi kita…
… tetapi jika kita bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah kilang ubat gigi, atau pegawai pemasaran, malah pekerja subordinate di kilang tersebut, adalah mustahil untuk syarikat kilang itu membenarkan anda pada masa yang sama bekerja di syarikat ubat gigi yang lain!”, saya menyudahkan penjelasan.
“Kenapa pula?”, tanyanya dalam kekeliruan.
“Aih… takkan tanya ‘kenapa pula’? Anda akan bertindan waktu kerja, anda akan bertindan strategi pemasaran, anda akan bertindan pelbagai kepentingan dan siapakah yang akan anda berikan keutamaan?”, saya agak terkejut dengan kekaburan fikiran beliau.
“Setiap kumpulan Islam, mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi… itu contohnya”, saya menyambung.
“Ada kumpulan yang menganggap penglibatan dan keprihatinannya terhadap persoalan siasah dan isu semasa sebagai suatu kelebihan, manakala ada kumpulan yang menganggap pendirian non partisannya sebagai prinsip yang mesti dipertahankan. Maka, anda boleh menghadiri program semua kumpulan ini, jika kehadiran yang anda maksudkan itu adalah sebagai peserta program umum, outreach dan anda hadir sebagai orang yang hanya mahu menerima. Bukan memberi!”, tambah saya.
“Dan ustaz sering mengingatkan kami bahawa penglibatan kita di dalam dakwah harus untuk memberi, bukan menerima, betul tak?”, tanyanya.
“Yang ini ustaz angguk 100%”, saya tersenyum.
MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH
Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi.
Seronok mengaji tetapi tidak sampai kesedaran tentang tuntutan mengajar.
Kata Nabi SAW:
“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”
Maka seorang mukmin yang mengikut jalur kenabian akan segera mahu memberi sejurus selepas menerima, apatah lagi dalam soal-soal kebaikan:
“Tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu sehingga dia itu suka untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri”
Dalam erti kata yang lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dengan menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula.
Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna.
Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.
ANTARA SIYASAH DAN TARBIYAH
Kebarangkalian dari segi strategi bergerak, mungkin ada ruang yang membolehkan. Ramai sahaja ahli JIM yang turut menjadi aktivis PAS. Ada sahaja aktivis PAS yang dipinjamkan ke PKR dalam pilihanraya. Tetapi ini bergerak di dalam kerangka siasah, tidak dalam agenda tarbiyah.
Oleh yang demikian, idea ‘pelik’ sesetengah kita yang memilih JIM supaya boleh menyokong PAS tanpa risiko, harus disemak semula, terutamanya di kalangan warga menara gading. Itu idea politik, bukan idea tarbiyah.
Tarbiyah itu ialah proses mengacu dan membentuk, sebelum diguna pakai di lapangan yang pelbagai termasuk siasah. Maka proses pembentukan fikrah tidak akan berhasil jika tajarrud dalam pemikiran tidak dibentuk. Pemikiran akan lebur dan mencetuskan krisis identiti dan fikri.
Akhirnya kita sendiri tidak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu apa yang kita percaya. Amal bagaimanakah yang boleh terbit dari kekaburan fikrah dan kepercayaan seperti ini?
Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan (takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie.
Jika dipinjam analogi ubat gigi itu tadi, maka di atas rak pasar raya, sepuluh jenama ubat gigi boleh duduk sebelah menyebelah dan terpulang kepada pengguna untuk memilih atas pertimbangan masing-masing.
Tetapi semasa ubat gigi itu di kilang masing-masing, tidak mungkin formula ubat gigi Colgate© dicampur dengan formula Sensodyne© lalu dikotakkan dengan pakej Darlie©. Di kilang Colgate©, semuanya harus Colgate©. Campur aduk yang tidak menentu dalam menghasilkan produk ubat gigi, hanya akan menyebabkan pengguna keliru dan membuat kesimpulan mudah bahawa ubat gigi Colgate© berkotakkan Darlie© ini bukanlah kombinasi formula, tetapi ubat gigi palsu semata.
Seorang aktivis JIM itu perlu jelas pada kefahaman dirinya apakah yang menjadikan dirinya itu seorang ahli JIM. Soal komitmen, kepercayaan, menjaga kerahsian, dan tanggungjawab dilaksanakan secara ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.
Begitu juga dengan aktivis PAS. Penyertaannya di dalam gerakan Islam itu harus atas dasar al-fahmu, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan PAS, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Apakah beza pemikirannya dengan kumpulan lain seperti Hizb al-Tahrir atau ABIM, ia harus jelas dan terbina secara tersusun lagi kemas melalui agenda tarbiyah masing-masing. Mengetahui perbezaan bukan untuk mencetuskan perbalahan, tetapi supaya boleh mendefinisikan diri.

Bagi yang mencelah dengan idea “ana Muslim, full stop“, boleh berehat di tepi padang sehingga dijemput masuk. Saya sedang cuba menyelesaikan sindrom “tepat tetapi tidak jelas”.
TITIK PENYATUAN
Tinggal satu lagi persoalan penting iaitu di manakah soal kerjasama dan penyatuan itu boleh berlaku?
Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.
Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.
Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.
Fikrah saya jelas dan di atas kejelasan itu, saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk pergi ke mana-mana program, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan seterusnya membantu pada apa yang boleh dibantu. Semuanya harus didahului oleh usaha menentukan apa yang kita percaya lantas menentukan siapa kita.
DALIL
“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.
“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”, itu sahaja yang mampu saya jawab buat masa ini.
Ayuh kemaskan fikrah, untuk kelancaran dakwah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
BACA JUGA: “JEMAAH ITU KEPERLUAN UMMAH ITU TUJUAN”
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam ustaz.. syukran kerana menambahkan kefahaman saya dalam harakah islamiah ni.. doakan saya menjadi pendokong kepada jemaah yang saya join sekarang..memberi something dan menerima tarbiyah sepenuhnya untuk memperhebatkan pemberian… insya Allah
“Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.”
saya amat menyokong perenggan ni, ustaz..
rata2, setiap jemaah kata nak kan Islam, tetapi, kenapa dari sudut gerak kerja untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman kepada seluruh masyarakat , kita tak boleh nak bekerjasama??
harapnya, semoga keadaan di mesir ni lebih baik dari sekarang.. semoga semua pendokong mana2 gerakan Islam akan lebih praktikal dalam merealisasikan matlamat dan bekerjasama untuk meningkatkan kefahaman Islam kepada semua pelajar di mesir ni…. bukan berteori semata2 atas dasar ketaksuban kepada mana2 jemaah Islamiah…
ustaz…
bagi masalah naqib yg melarang anak2 buah menyertai sebarang aktiviti pertubuhan lain..camne pulak erk?
Saya juga terfikir2 jugak jika setiap kelompok mahu menubuhkan organisasi masing2 dengan pelbagai2 nama…NGO2 pon dah berjela2 senarainya disetiap negeri.Nak mintak pandangan ustaz, disini adakah menunjukkan kepada kekuatan ataupun perpecahan sebenarnya?
Sekadar mahu berbincang.
Pada pandangan saya, jika aktiviti yang ditegah oleh si naqib itu adalah program umum seperti seminar dan sebagainya, saya kira ia tidak kena. Tetapi jika program yang ditegah itu adalah program perkaderan, pertandingan ‘memancing’ dan yang seumpama dengannya, maka tegahan itu boleh difahami. Terpulang…
Saya tidak gemar dengan idea pelajar-pelajar yang bosan dengan perpecahan, melarikan diri dari kumpulan sedia ada ke arah mewujudkan kumpulan baru yang menolak kumpulan sedia ada.
Ia adalah jenayah kepada masa dan tenaga.
“Saya tidak gemar dengan idea pelajar-pelajar yang bosan dengan perpecahan”<–maksud ustaz?
hakikatnya ustaz, sekarang makin lama makin banyak pertubuhan2 yg menggunakan pelbagai nama bagi menggelarkan team mereka.dari segi manhaj, mungkin lebih kurang sama sahaja tapi mereka hanya mengharapkan nama supaya lebih dikenali di kalangan masyarakat berbanding team lain.Dari luaran, mereka ini mempunyai pakej yg baik utk msyrakat, tapi disebabkan mungkin oleh perbezaan sedikit sahaja pendapat menyebabkan kekuatan mereka ini berpecah kepada beberapa bahagian.Sedih rasa..=(
maaf andai tersilap dan minta diperbetulkan.
Barangkali maksud ustaz adalah pendirian yang diambil oleh sesetengah mahasiswa yang memilih untuk tidak menyertai mana-mana jemaah yang sedia ada kerana “perpecahan”, pada hakikatnya telah mewujudkan sebuah jemaah baru iaitu jemaah yang tidak ada jemaah. Jemaah baru ini tidak ada manhaj tarbiyyah, takde syllabus usrah, tak de foundation, barangkali mempunyai objektif yang tepat, tetapi tidak jelas kerana batasan pengalaman, yang ada barangkali adalah ukhuwwah dan semangat to do something. It takes time and effort to establish. even after buat satu program, disebabkan tak de penerusan, takde objektif yang jelas dan tersusun, once off program sahaja. takde pelapis, takde key perfomance indicator… > jenayah kepada masa dan tenaga ummah
Kalau diumpakan mahasiswa yang baru nak berjinak dengan gerakan Islam ini seumpama dengan Muslim yang baru nak pergi masjid. Sesampai sahaja di masjid, dia tengok Imam tengah lead solat. Dia tengok saf tak betul, Imam solat tak ikut “sifat solat Rasulullah”, makmum ade yang tak pakai kopiah, ade yang angkat takbir ratul ihram tak betul, ade makmum yang bau peluh, baru lepas jual ikan di pasar, ade pakaian makmum yang compang camping, tapi muka inilah jugak yang dok bersolat di masjid tersebut, siang malam, hujan kemarau, senang susah. Perlukah di buat jemaah lain?
Yang salah bukanlah jemaah, tetapi ahli-ahli yang menggerakkan jemaah.
tp bukankah program akan bermula dgn umum..from that akan ditajmi’. so x salah ke naqib tu larang? itu ke maksud ustaz
Assalam..
Sekadar pendapat…
kalau ingin pergi ke program umum islamic yang lain…pastikan kita mantapkan kefahaman dalam Islam, fikrah dan sebagainya sebab kadang-kadang pengisian sesuatu program itu agak tinggi dan masih belum sesuai dengan tahap kefahaman kita.malah akan memberatkan pemikiran kita.seterusnya kita sendiri yang akan jadi keliru dan berhenti di tengah jalan. memang banyak program2 umum(yang dibuat oleh orang luar), tp biarlah kita ikuti yang serasi dengan tahap kefahaman kita. tidak terus melompat dalam keadaan yang masih lemah..tu sebabnya naqib/naqibah ada yang melarang kita daripada mengikuti program luar.bukan sebab ‘asobiah atau merasakan team kita yang terbaik dan tidak boleh bergaul dengan orang lain.tapi untuk menjaga diri kita daripada dibelenggu oleh perasaan kurang yakin atau keliru dll.
wassalamualaikum…
@depankomputer,
salam ust ana tertarik dgn penulisan ust berkenaan tajuk ni.cuma konsep taadud jemaah dlm islam wajar ke tidak wajar.?minta ust ulas ckit mengenai pandangan ust zawawi.
http://www.issainad.blogspot.com/
salam…bagi pndgn saya.Jika program itu bersifat umum sepatutnya sebarang jamaah tidak patut melarang ahlinya menghadiri..tetapi jika program itu bersifat mengarahan gerak kerja memang patut dikecilkan skopnya pada anggota..ini kerana setiap jamaah ada pengarahan berbeza-beza..jika wujud senario semua boleh masuk…nanti wujud pertindihan..ini seterusnya memeningkan kepala dan merugikan Islam itu sendiri..
Jika dalam pemilihan jamaah,kita sebagai orang baru patut teliti dan fikirkan apa yang sesuai dan sumbangan kita boleh dimaksimumkan…adakah melalui cabang politik,sosial dan sebagainya..yang penting jangan tidak mana-mana sudah..
Orang fikir perbezaan pendapat dan fikrah itu adalah punca yang kita tidak mampu “Bersama”…tetapi hakikatnya punca kita tidak mampu “Bersama” kerana masalah akhlak dan sikap…
Afwan panjang ustz…
salam alaik ustaz…
Allahuakbar..Tulisan ustaz betul-betul menjawab persoalan saya kebelakangan ni..Alhamdulillah, sangat2 membantu..Pecah sudah kebuntuan…Syukran ustaz..
Assalaamualaikum ustaz.
JazakAllahu khair kepada ustaz atas artikel ini. Saya rasa setiap ahli pendakwah wajib membaca artikel ini untuk memperbetulkan fikrah masing-masing.
terima kasih sekali lagi di atas peringatan.
Salam…ana berharap para du’at dpt faham apa itu dakwah dan tujuan kita melakukan dakwah…
Pada pendapat ana,jemaah-jemaah Islam yg ada di muka bumi ini memerlukan antara satu sama yg lain…dan saling lengkap-menglengkapi…
Jemaah-jemaah masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yg patut kita para du’at dan umat Islam akui…
Setiap jemaah yg lahir diperlukan dan berperanan besar memajukan umat Islam…Adakalanya seseorg itu tidak rasa selesa dgn gerak kerja yg dibawa oleh sesuatu jemaah…Maka dgn itu dia tidak seharusnya memberikan alasan utk tidak terlibat dgn dakwah…Atasilah dgn meyertai mana-mana jemaah yg dirasakan sesuai dgn dirinya selagi jemaah itu TIDAK MELANGGAR SYARIAT ISLAM…
PARA MAS’UL setiap jemaah seharusnya memikirkan aktiviti-aktiviti dakwah yg boleh dilakukan bersama-sama seperti iftar jama’i,kuliah hadis,kuliah tafsir dan riadhah serta mabit/qiyam jama’i…
Para mutarabbi yg dilatih hendaklah ditarbiah utk melakukan kerja dakwah kerana Allah S.W.T. bukan kerana jemaah.Manhaj yg ditarbiah mestilah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.Selain itu,fikrah yg ditarbiah mestilah fikrah yg salim iaitu pola pemikiran yg sejahtera.Fikrah yg bebas dr ideologi-ideologi selain Islam.
“Kejayaan Kita Ialah Kejayaan Mendidik Hati Nurani” iaitu sanggup melakukan apa sahaja untuk Allah S.W.T..Cintanya kerana Allah S.W.T..Syahidnya kerana Allah S.W.T..Allah S.W.T.. segala-galanya…
Bukannya cintanya kerana akhwat atau muslimat.Bukan cintanya kerana ikhwah.Bukan syahidnya kerana kemegahan.Bukanlah dunia adalah segala-galanya…
Jika para du’at melakukan kerja-kerja dakwah kerana Allah S.W.T..Dengan izin-Nya dakwah Islam pasti akan berjaya satu hari…
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Insyaallah saya jelas dgn fikrah saya…iaitu ISLAM. Islam adlh fikrah kita.
Saya bersetuju dgn pandangan ustaz di mana ada program-program tertentu yang boleh kita sertai, dan ada yang tidak.
Secara common sense nya, mana mungkin kita dapat melahirkan graduan yang berkualiti jika kita sering menukar-nukar universiti dan melompat-lompat kuliah. Dan lebih sedih jika dalam masa yang sama, ada ‘kuliah’ yang kita ponteng.
Bagi saya, pililah universiti tarbiyyah yang anda yakini…dan berikan komitmen 100% kepadanya. Insyaallah dengan cara ini, gerak kerja kita lebih kemas dan tersusun…dapat memberi serta menerima.
Situasinya simple, masing-masing perlu berlapang dada. Setiap universiti menumpukan sepenuh usaha mentarbiyah anak didiknya. Hasilnya kelak, graduan-graduan akan bekerja bersama-sama menegakkan islam di muka bumi.
Mari sama-sama bekerja menegakkan khilafah Islam kembali.
Allahu a’lam
sekadar friendly reminder,
ketika sahabat rancak berkongsi komen dan pandangan, jangan terperangkap di dalam ‘penyakit TEPAT tetapi TIDAK JELAS”
hm…kita baru dikejutkan dengan keluarnya seorang tokoh dari parti pimpinannya..ini lebih menjelaskan kepada masyarakat pentingnya objektif dalam kepimpinan.
no komen. sedang ternanti-nanti artikel sebegini. akhrinya muncul juga Abu Saif bersuara. Terbaca artikel di blog lain, agak pedas & makan dalam bila di label tidak cintakan Islam kerna tidak mahu dakwah berjemaah. Mungkin tiada fikrah di situ, janganlah mghukum mengalah mufti.
entry ustaz kali ini memang jmenelaskan kekeliruan fikrah ana. jazakallah. Entry paling bagus ana kira.
Assalamualaikum
Shukran lama saya x hantar komen di entri ni
Alhamdulillah kalaulah semua naqib jemah yang macam ni kira ok
Saya sendiri bila ajak student (pensyarah di IPT) saya tanya dia dulu biasa usrah tak , kalau dia kata biasa dan ada naqibnya saya kata teruskan usrah berkenaan , dan saya ulang kali kata kat anak usrah tentang kefahaman ikut usrah yang penting kefahaman atas islam tu dulu baru jemaah dan saya selalu tekankan pentingnya belapang dada dalam perbezaan pendapat
Wallahuallam
Abu Mujahid
Ipoh
menarik. sy sgt setuju dgn prinsip ni. xde lah mad’u td pening nak fikir. adil bg semua pihak.
Assalamualaikum
Bagus artikel ni.
Cuma yang membacanya terdiri dari pelbagai tahap dan latar belakang. Bagi yang faham alhamdulillah.
Bagi yang mula nak faham baca betul2, tak faham tanya ust hasrizal.
Bagi yang silap faham dan buat keputusan dari silap fahamnya tu sangat bahaya. Konon macam dah faham tapi tak faham sebenarnya.
Wallahua’lam
@ibnu ali,
betul tu ibnu aly…tp, satu perkara yang sangat penting dlm hal ini.
kita sangat di tuntut dlm melakukan istikahrah secara berterusan supaya Allah menujukkan jalan yang terbaik tuk diri kita..
apa yang ust hazrizal jelaskan adalah jeneral…
bila jumpa puak abim mesti depa akan jelaskan abim secara terbaik…begitu juga dgn jim, pas dan lain2..
dlm hal inilah kita perlu melakukan istikharah secara berterusan supaya kita meayakini jemaah yang kita intima`..
sekadar pendapat..
Syukran ustaz, artikel yg menambahkan lg pemahaman ana terhadap konsep Harakah Islamiah, jzkk.
jangan pulak ada yang nak lepas ni ada jemaah saifulislam
hehe
well said ustaz!
Ikutlah Jemaah yang penulis saifulislam ikut.
Assalamualaikum ro ya alip dhod,
Ustaz tak suruh buat macam tu, setiap org kena memilih kerana kesesuaian, tak boleh main ikut2, ni pun dah berlambak saifulislamism, dengan cara berdalilkan artikel ustaz. Sebagai panduan berfikir bolehlah tapi tak boleh taklid buta.
Saya letak tanda senyum tu tanda gurau je. Kalau nak take serious pun tak pe.
@ro ya alip dhod,
manusia x sama…takut ada yang salah faham…betul kata kak Ija 2..
klu salah faham, mgkin sebahagian yang ambil mudah jadikan sebagai dalil..
apa yang ustaz sampaikan adalah jeneral…
semua jemaah tidak akan mengatakan bhwa diorg x syumul…
jumpa promoter insurance, masing2 akan mengatakan bhwa tawaran/benefit mereka adalah yang terbaik..
sama2 kita istikharah secara istiqamah semoga Allah tunjukkan jalan..
klu Allah tunjuk sertai PAS, please do so..
klu Allah tunjuk keluar dari ABIM, please do so..
klu Allah tunjuk, masuk UMNO, pastikan sebelum istikharah tu xda maksiat..
sedangkan nak nikah kene istikharah, ni kan kita nak intima1 jemaah sampai mati…so, fikir, dan buatlah pilihan..
tabiat dakwah sentiasa ada kayu ukurnya. pertembungan antara jemaah islam sepatutnya tidak berlaku yg sepatutnya berlaku ialah pertembungan antara jemaah islam dgn kumpulan yang menolak Islam seperti sekularis yg tidak iktiraf ataupun ceraikan Islam dari kehidupan manusia. Cth pensekularan terbesar ialah pemisahan Islam dari sistem masyarakat – siyasah, ekonomi dan perundangan.
sayang juga bila ada yg gelarkan jemaah islam tapi tolak dakwah melalui ekonomi islam samalah juga jemaah islam tapi pragmatik dengan siyasah. Seolah-olah menerima ensekularan turut berlaku dalam dakwah. Ataupun Memyokong pihak yang menang ataupun mencari jalan untuk mendapatkan peluang. akhirnya kerja2 Islam menjadi berterabur, lambat dan berserabut.
seperkara lagi ialah akhlak berjemaah. kayu ukur sekali lagi boleh dibuat ialah sejauhmanakah kita berlapang dada, boleh terima dan sanggup bekerjasama tanpa prasangka dan elakkan bersikap double standard. menifestasi ukhuwwah sesama ahli jemaah sepatutnya lebih dirasai dengan masyarakat ataupun yg disebut sebgai mad’u. seharusnya kepada mereka diberikan prioriti ataupun perhatian.
Moga-moga Allah memimpin kita semua – dan menyedarkan kita bahawa kerja Islam ini terlalu banyak dan tidak terduga. majulah setapak demi setapak. jangan undur, dan jgn hanya terlalu sempit dan tertumpu pada sesuatu perkara yang terhad dan kecil. Masyarakat memerlukan da’iy seperti mana masyarakat memerlukan doktor dan hospital.
jzkk ustaz atas artikel yg amat bermakna ini.
@yusuf,
ada hadith mengatakn umat akhir zaman yang seperti buih berpecah belah dan ditindas…lebih kurang cam 2 la bunyi dia..
xingt la hadith tu…
cuba cek balik statement pertama..
salam.
ust hasrizal,ana ni jim tapi pas pun ia gak.
artikel ni mcm perli ana je.tapi cuba tgk saari sungip dan exco kedah ir amirruddin,mereka dari jim,xde masalah pun bila join pas.kamaruddin jaafar dari abim,xde masalah dgn pas.kita semua muslim.ade beza ke ?
bila kita komited hanya dgn satu2 jemaah,kita akan taksub jemaah.kita akan katakan jemaah kita lebih islam.dan paling bermasalah bila kita katakan hanya jemaah kita yg benar dan jemaah org lain bukan jemaah.
dan ini ana nampak dlm jemaah pas ramai.tapi ana tak kisah pun sbb ramai ahli2 pas peringkat bawahan ni xde tarbiyyah langsung.cakap ikut dan je.dan pemimpin pas mcm tak peduli dgn masalah ni.entahla,
kami yg ikut jim anggap pas mcm saudara sendiri.sbb kita semua mengucap benda yg sama gak.so,kami cuba la tampung kekurangan tu.usrah pas dan usrah jim mmg kami ikut.sbb selang seli.xde masalah.
dan bila kami berdepan dgn masyarakat dan pengundi,kami ckp pasal islam bukan pasal jemaah kami.kami ajak mereka kpd islam dan bukan ajak mereka kpd jim atau pas.
rasanya kesilapan semua jemaah adalah mengajak mad’u kpd jemaah masing2 dan bukan pd agama islam.itu yg dlm usrah jim kami simpulkan bhw taksub jemaah bermula apabila mengajak mereka pada jemaah dan bukan pada islam.
kami juga berpendapat bhw semua jemaah wajib berpegang pada quran dan sunnah yg tulin sperti mana ia diturunkan pd hari2 nya.mufti perlis selalu tekankan pekara ni.bila semua jemaah berpegang pd pekara2 yg tulin sudah tentula kita tidak berpecah dan cumanya nanti cara dakwah itu hanya akan berbeza strategi.
jadi peranan kami yg memegang 2 kad penganalan pas dan jim secara serentak ialah menyebarkan islam dan terpulang kpd mad’u2 kami nak memilih jemaah,samada berparti atau tidak berparti.kami dah tak kisah jemaah mana yg mahu mereka pilih atau tidak berjemaah.Yang penting mereka amalkan islam.
bukankah itu sbnrnya dakwah iaitu memperkenalkan islam yg syumul kpd semua org tanpa mengira parti dan bangsa.dan kejayaan dakwah kami ialah apabila mad’u kami mengamalkan islam yg syumul dan bukan lah kejayaan dakwah kami dgn kemasukan mad’u2 kami dgn hanya menulis borang keahlian samada menjadi ahli pas atau jim.
jika dilihat pada bangsa cina,mereka tak kisah menyertai banyak ngo asalkan ngo terbabit menguntungkan bangsa cina.diharap kita yg muslim yg komited dgn mana2 jemaah sekalipun,biarlah ummah yg untung.
maaf ustaz hasrizal kerana celahan ana.
Bila rasa diperli, di situ dah SERKAP
Ana rasa ustaz telah mengulas dengan adil dan saksama berdasarkan pengalaman dan pergaulan ustaz bersama muda-mudi zaman sekarang. Berdasarkan komen enta, ana ucapkan tahniah kpd enta. Ana rasa fikrah enta sudah jernih. Barangkali perlu cuba memahami tulisan ustaz secara mendalam untuk memahami target group dan konteks maksud yang ingin disampaikan.
Pengalaman, pergaulan dan pengetahuan individu yang berbeza akan melahirkan kesan yang berlainan terhadap artikel yang sama.
SANGKA … baik ke jahat ke .. adik beradik SERKAP, iaitu terlebih percaya terkurang bukti.
Saya rasa “Anti Perpecahan” sudah menjelaskan dengan baik bahawa saya tidak memaksudkan apa-apa perli di dalam artikel ini. Semuanya straight forward.
Saya sangat menghargai sokongan ahli JIM kepada PAS di dalam politik, kerana ia boleh dilihat sebagai suatu bentuk kerjasama yang sihat serta menampung ketidak terlibatan JIM di dalam politik. Maka jelaslah bahawa tidak menyertai politik bukan bermaksud tidak peduli kepada politik.
Tetapi sudah saya tulis dengan jelas bahawa sokongan dalam bentuk ini boleh berlaku di dalam siyasah (politik) namun ia tidak berlaku di dalam tarbiyah. Sebab itu tokoh-tokoh seperti Saari Sungip, Dato’ KJ dan lain-lain, dicontohkan di lapangan siasah, bukannya tarbiyah dan perkaderan.
Oleh yang demikian, di dalam masalah perkaderan, adalah tidak kena untuk JIM atau MSM atau ISMA misalnya memberitahu mereka yang cenderung kepada PAS bahawa “sokonglah kami sebab kami pun undi PAS juga dalam pilihanraya. Cuma tarbiyah kami lebih kemas dan kami tidak ada risiko”. Idea sebegini tidak kena.
Perkaderan harus mengajak kepada menghayati fikrah JIM dan bukannya mencelarukan fikiran mad’u dengan memberikan impression bahawa JIM ialah another version of PAS, tetapi yang tidak berisiko sebab bergerak atas NGO.
Dalam masa yang sama juga, perkaderan PAS juga wajar memfokuskan kepada menjelaskan kelebihan PAS dan apa yang PAS boleh tawarkan sebagai wadah, dan bukannya dengan mengenengahkan kekurangan pihak lain dengan idea-idea ‘yang ini lebih syar’ie dari yang itu’ kerana ia tidak menyelesaikan masalah dan melambatkan kerjasama.
In other word, seruan masing-masing harus jernih…
Artikel ini banyak memfokuskan kepada generasi mahasiswa, dan bukannya konteks masyarakat umum.
[Oleh yang demikian, di dalam masalah perkaderan, adalah tidak kena untuk JIM atau MSM atau ISMA misalnya memberitahu mereka yang cenderung kepada PAS bahawa “sokonglah kami sebab kami pun undi PAS juga dalam pilihanraya. Cuma tarbiyah kami lebih kemas dan kami tidak ada risiko”. Idea sebegini tidak kena.
Perkaderan harus mengajak kepada menghayati fikrah JIM dan bukannya mencelarukan fikiran mad’u dengan memberikan impression bahawa JIM ialah another version of PAS, tetapi yang tidak berisiko sebab bergerak atas NGO.
Dalam masa yang sama juga, perkaderan PAS juga wajar memfokuskan kepada menjelaskan kelebihan PAS dan apa yang PAS boleh tawarkan sebagai wadah, dan bukannya dengan mengenengahkan kekurangan pihak lain dengan idea-idea ‘yang ini lebih syar’ie dari yang itu’ kerana ia tidak menyelesaikan masalah dan melambatkan kerjasama.]
masalahnye itu yg selalu berlaku…merendah2kan fikrah gerakan lain semasa proses perkaderan..dan lebih teruk lagi terus memperkenalkan jemaah sebelum tarbiyah dijalankan..
bergerak ke arah amal tajammu’
Amal tajammu’ tu ape?
Biskut chipsmore ke?
Siapa yang merendahkan fikrah siapa?
Siapa yang kurang tarbiyyah?
Siapa yang tak cukup ikhwan/salaf?
Siapa yang tak thiqah?
Siapa yang asyik dok berpolitik tak buat kerja dakwah?
Sabar, ini adalah medan untuk berbincang. Bincanglah dengan sebaiknya. Bukankah kita adalah orang-orang yang faham?
Awasilah dirimu sahabat sekalian, jangan terjatuh ke dalam longkang-longkang mazmumah
kata2 enta ada benarnya..marilah kita saling menampung kekurangan masing2 kerana Allah dan Islam.
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah kerana ustaz telah mengutarakan hal ini dalam artikel barunya yang bermaksud “updated” setelah artikel jemaah itu keperluan, ummah itu tujuan.
Cetusan pemikiran ini sering kali diucapkan oleh generasi yang baru ketika era ini. Ini kerana mereka muncul dan bangkit, kemudian terpinga-terpinga melihat “perpecahan yang ditakrifkan mereka” di dalam Islam. Mereka melihat kepelbagaian jemaah itu tidak seperti generasi dahulu yang mengikuti sebab dan asbab munculnya jemaah yang pelbagai nama.Cetusan ini mungkin sudah menjadi “lumrah” buat mereka yang masih baru dan semangat mereka supaya “penyatuan yang ditakrifkan mereka ” sebenarnya perlulah diterima sebagai “salah satu” respon yang baik ke arah Islam yang syumul.
Namun hakikatnya, sememangnya perlu mereka ini diperingatkan tentang realiti yang sebenar supaya tidak munculnya jemaah yang baru setelah ada pelbagai jemaah lain yang bergerak dengan strategi dan cara yang berbeza. Saya tertarik dengan analogi ustaz tentang kilang ubat gigi tersebut sebagaimana ingatan saya terhadap pelbagai analogi lain yang ditimbulkan ketika masalah ini mula terpacak di pemikiran saya sendiri.
Semoga fikrah kita diperkukuhkan dengan lebih banyak mendalami tentang “fikrah cara kerja jemaah” sendiri dan orang lain. Seterusnya. terpulang pada kemampuan seseorang untuk terus memberi di dalam cara mana yang dirasakan adalah terbaik dan memastikan diri terus berpijak di bumi yang nyata.
Saya tertarik juga dengan hal ketaksuban jemaah dengan mengatakan jemaah kita sahaja yang betul dan jemaah yang lain adalah salah. Alhamdulillah, al-Quran dan sunnah akan terus menjadi panduan hidup kita dan terus bersikap realistik dan bertindak juga dalam realiti.
-maaf kerana terlalu panjang dan jika tersalah bahasa sehingga sukar difahami
wassalam
yang masalahnya bila manusia xnak berjemaah sbb rasa semua jemaah ada kekurangan. so baik la sendiri2. tp kita sendiri pun ada kekurangan juga. atleast dgn berjemaah, ada yg akan compliment kekurangan kita. wallahualam.
kita tidak dapat membicarakan semua isu di dalam satu artikel, maka subjek ini telah saya sentuh di dalam artikel lain iaitu “JEMAAH ITU KEPERLUAN, UMMAH ITU TUJUAN”
Salam.
Saya sangat setuju dengan pandangan ustaz. Dan saya hormati juga kerisauan sahabat2 kita di luar yang kalau boleh taknak ada byk2 jemaah dan nak tgk Islam bersatu walau di mana2.
Tp kita kena tengok waqi’ dan realiti semasa lagi2 pasca kejatuhan empire/khilafah Islam pada zaman ini. Kita tidak hidup di zaman Nabi dan khilafah di mana ketika itu ummah Islam cukup kuat utk berada bawah satu panji besar, itupun masih byk berlaku perpecahan sekalipun di kalangan sahabat2 nabi sendiri.
Kita hidup di zaman pencinta2 Islam masih mencari2 resolusi terbaik utk bangunkan Islam kembali dalam keadaan dunia yg sudah menjadi lebih global dan lebih kompleks. Di sinilah pentingnya pemahaman kita tentang konsep methodologi dakwah ataupun fiqh dakwah, khususnya pemahaman tentang cara terbaik utk kita jalankan dakwah kita mengikut acuan dan langkah2 kontemporari mengikut zaman tanpa menggadaikan prinsip2 Islam yg kita yakini.
Dan ada hikmahnya kepelbagaian jemaah ni, create a sense of competition. Kalo boleh saya gunapakai analogi ustaz tadi, kilang2 td akan berebut utk hasilkan produk yg terbaik. Jadi, semua jemaah akan berusaha utk perbaiki gerak kerja dan juga elemen tarbiyah masing2. Tetapi apapun, saya nampak JIM, PAS, tabligh, NGO2 lain, semua ada peranan masing2 dan inshaAllah semua pendokong2 ini akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Semuanya berada di bawah satu golongan ahli sunnah waljamaah yg sama, yg mempunyai tujuan yg sama, tetapi bekerja utk Islam melalui pintu2 yg berbeza.
Dan penting utk kita tetap/istiqamah utk kekal menjaga pintu kita tu dgn sebaik mungkin, tanpa sibuk2 nak intai pintu orang lain apatah lagi mengkhianat melekakan penjaga2 pintu tadi. Dari pintu daripada buluh, kita baiki jadi pintu kayu, pastu perlahan2 jadi pintu besi. Dan amat tidak sesuai utk kita lompat dari satu pintu ke satu pintu yg lain kerana akan menjejaskan penambahbaikkan pintu2 kita tadi.
Jadi terpulang kepada kita utk decide jemaah mana yg paling layak utk kita berikan komitmen kita kepadanya demi nak tgk kemenangan Islam itu sendiri. Di sinilah perlunya itu kita guna logik akal kita dan ilmu serta kemampuan/potensi yg kita ada mungkin dalam memilih utk berada di bawah satu saf kepimpinan yg kita benar2 yakini dapt nobatkan Islam, bermula di tanahair terdahulu. kemudian iA dgn kemenangan2 gerakan Islam di negara2 lain, ummah akan dapat disatukan kembali…
Mungkin boleh baca karangan Ustaz Fathi Yakan, ke arah kesatuan gerakan Islam…try google it ada punya. Cantik penulisan ini..
Wallahualam
Assalamualaikum samuraitajam,
Memandangkan artikel ini khusus untuk mahasisiwa, akak setuju dengan pendapat tidak perlu tercari2 pintu yg lain, setelah membuat satu pilihan. Tetapi bila sudah habis belajar, bolehlah menilai kesesuaian kembali.
salam…
“Jadi terpulang kepada kita utk decide jemaah mana yg paling layak utk kita berikan komitmen kita kepadanya demi nak tgk kemenangan Islam itu sendiri.”
setuju sgt dgn point ini..yang penting sumbangan kita utk islam..PAS, JIM, ISMA, MSM, PKR mahupun DAP tidak mampu memberikan syurga kpd kita tetapi amal daawah kita…
pak abu at eye ee…
oh satu lagi sebelum terlupa.
since ade replies yg mention perkataan ‘taksub’, ana lebih prefer kepada perkataan ‘wala’ atau ketaatan, dan bukannya taksub. Ahli yg bekerja dalam satu jemaah dan taat bawah satu kepimpinan tidak bermakna taksub tetapi itulah yg ditekankan dalam rukun baiah Hasan alBanna sendiri.
Tp ana tak nafikan ade juga sejumlah ahli JIm, Pas dan tabligh yg ‘taksub’ dgn jemaah yg kalau saya nak simpulkan menyatakan jemaah ni je jalan utk ke syurga huhu.
Jd persoalan mengajak kepada jemaah bagi saya tiada masalah kerana kebiasaannya mereka yg kita ajak ke jemaah, sudah memahami kenapa perlunya mereka kepada Islam…dan berdasrkan reply saya tadi bukan utk hasilkan perpechan. Yes, saya setuju utk mad’u2 yg basic, langkah awal adalah basic juga, iaitu ajak kepada Islam terlebih dahulu. kena bezakan amal islami dan amal jama’i.
saya pula lebih selesa menggunakan istilah “komitmen” dan “disiplin kerja” berbanding “wala’”.
adakah perlu mengikuti semula proses perkaderan dan tarbiyyah (PAS) jika sudah lama tidak mengikutinya?
Assalamualaikum Zaki,
Well, kalau dah hilang ingatan, kenalah kot. Analoginya, pengecualian kredit pelajar diploma memohon sarjana muda adalah tidak melebihi 7 tahun.
“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.
“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”,
Saya membaca artikel ini dengan penuh harapan untuk mendapatkan jawapan kpd masalah yg sedang saya hadapi kini.Alhamdulillah..di akhir artikel,saya telah bertemu dengan perenggan di atas…syukur,terima kasih ustaz…
Selain dalil yg sahih yg pastinya menjadi pegangan utama setiap jemaah ahli sunnah wal jamaah,common sense jgn dikesampingkan…malah ianya sgt penting jika mengimpikan keberkesanan da’wah..
Tapi,bukan senang nak memahamkan org tentang common sense ni,Allahuakbar!
..selain tu,terima kasih dan tahniah juga kepada para pemberi komen yg sungguh baik dan bernas sekali.
“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil”
Salam
Seperti biasa tulisan Ustaz sudah pasti mencabar minda yang bergerak. Creative. Innovative. Proactive. Progressive dan yang setara dengannya. Tidak dinafikan Ustaz sememangnya mempunyai kelebihan di situ, dengan idea-idea menarik yang tidak pernah putus. Dan sudah pasti tidak akan putus.
Memang saya sendiri terasa nak keluar merah jadi putih atau lain, … tapi fikir-fikir balik tak menjawab banyak soalan cepumas … Siapa kita? Apa kita? Di mana kita, ke mana, kenapa? bagaimana? dan seterusnya. Yang kita masih setuju ialah bagaimana nak menyatukan perbezaan!
Tak nafikan pentingnya beraksi di dunia dengan mempunyai jatidiri dengan fikrah yang mengikut selera diri, tetapi kita tidak boleh melaksanakan itu di semua peringkat atau tahap. Tang dahan boleh atau bagus lagi ranting, tapi kalau tang batang atau akar, hanya yang tunjang yang memberikan kekuatan maksimum. Memang ada Allah tarbiahkan di Alam pokok yang bermacam, tak da akar tunjang, bercabang di batang, tetapi itulah yagn di arah kita melihat kepada kejadian penciptaanNYa, agar kita dapat memikirkan evolusi yang ke mana akan memberikan impak istemewa!
Bagaimanapun aktibiti Dunia perlu diteruskan.
It is not only the art of performing life, but the SCIENCE of understanding the art of performing life.
Sebenarnya perenggan itulah punca saya menulis artikel ini.
Isu panjang lebar dalam artikel ini hanya contoh.
Isu utamanya ialah lack of common sense yang semakin menular hingga kita semua semakin hidup dalam kepelikan fikiran.
Saya tak kisah pun pembaca setuju atau tidak dengan saranan saya di dalam artikel ini, namun saya sangat kisah apabila isu common sense diabaikan. Quran dan Sunnah pun jadi tak guna bila digarap dengan fikiran yang tidak berfikir
Takut saya nak cakap yang tu Ustaz, tapi bila Ustaz dah mention, bolehlah saya angguk.
salam….
common sense ~~~
saya rasa kadang-kadang bila nak menenangkan semangat membuak-buak generasi muda dengan “common sense” ini sukar sekali kerana mereka sedang berfikir “common sense yang lain takrifnya”. Ini kerana semangat mereka lebih berkobar-kobar dari berfikir secara rasional…
saya mengangguk jugalah selepas rasa diketuk…
assalamu’alaikum wrt wbrt
pada pandangan saya, seimbang, seimbangkanlah apa yang perlu dan apa yang kurang, maka lebihkanlah.. lengkap-melengkapi.. yang penting, ujub dan riak harus dikikis dalam diri masing-masing… semuanya pinjaman daripada Allah… apa-apapun kerana Allah… setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing untuk menjaga islamNYA… yang saya tahu dan yakin, kita semua menyembah Allah yang satu, berpegang teguh pada qalammullah yang satu malah berpaksikan kiblat yang satu… rasulullah s.a.w. pun hanya satu… maka, dengan ilmu saya yang masih kurang ini, saya ingin menyatakan janganlah kerana masing-masing terlampau keorganisasian/kepuakan/ke…………an/dan seterusnya, ia bakal merugikan ummah kita sendiri oleh kerana masing-masing merasa diri adalah benar dan hebat… seimbangkanlah apa yang perlu untuk ummah kita yang amat memerlukan gerakan islah dewasa ini…
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
waalaikum al-salaam.
kepuakan, ketaksuban dan lupa kepada Islam sebagai matlamat, saya bincangkan di dalam artikel JEMAAH ITU KEPERLUAN, UMMAH ITU TUJUAN dan KENAPA ANDA BERDAKWAH (3 siri)
artikel ini khusus memperkatakan tentang keperluan menjelaskan fikrah bagi mereka yang berada di dalam kerangka berjemaah dan berdakwah.
jalan licin, tidak semestinya berhenti memandu. cuma perlu lebih teliti dan berhati-hati agar tidak terbabas. mohon diraikan garis-garis kelabu, hitam dan putih yang ada.
Kena tulis kot ustaz kat awal artikel nih mengenai artikel2 prerequisite macam intro Habit no 5 tu, kalau tidak komen asyik tersasar aje.
Aduh.. penat betul la Kak Ija, dok buat kerja ni….
Macam mana la gamaknya jadi pensyarah menanda kertas jawapan pelajar yang tanya lain jawab lain ya… boleh share sikit?
Saya faham ada perbezaan guru dan lecturer tapi … macam yang keluar paper harini, baru beri amaran dah kena duduk lokap! 4 polis datang tangkap, macam kes …
assalamualaikum..
1) sejernih-jernih dakwah itu adalah apabila seorang itu mengajak mad’unya mengenal Allah, dan tidak menekankan agar terlibat dalam jemaah itu atau ini. Biarlah jika mad’u yang sedang kita tarbiyah itu bekerja untuk jemaah yang lain, kerna sekiranya kita ikhlas berdakwah kerana Allah taala, semua itu bukannya menjadi satu titik fokus….
2) yang pentingnya bekerja secara amal jamaie, untuk saling melengkapi antara satu sama lain, bukannya berada dalam jemaah brand A atau B….
wallahualam..
waalaikum al-salaam wbt.
hal ini juga sudah saya jelas secara terang benderang lagi bersuluh di dalam artikel JEMAAH ITU KEPERLUAN, UMMAH ITU TUJUAN dan KENAPA ANDA BERDAKWAH (3 siri)
jemaah-jemaah bran alif dan ba harus bekerja untuk mengenalkan ahlinya kepada Allah tanpa keterikatan yang menyekat keikhlasan.
pastikan kita betul-betul faham apa sebenarnya isu yang sedang dibincangkan dan tidak berputar-putar pada pre-conceived idea masing-masing
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
ustaz, apa yang saya maksudkan disini mudah… bebaskan pemikiran diri daripada ideologi-ideologi pemikiran yang berkepentingan (barat, timur tengah mahupun tanahair)… kita kembali kepada fikrah untuk islam itu sendiri… jangan biarkan perbedaan-perbedaan yang jelas dalam pelbagai halaman ideologi mahupun pendekatan organisasi NGOS itu sendiri semakin ketara hingga menjadikan ummah yang masih samar dalam kekaburan semakin jauh dari islam, terutamanya generasi remaja/belia yang masih memerlukan bimbingan (kejahilan didikan ibubapa) lantas menyebabkan mereka beralih arah ekoran daripada kerumitan yang ditimbulkan oleh pelbagai fahaman dalam skop telahan daie-daie dalam sesebuah organisasi itu sendiri lalu menimbulkan kacau bilau pemikiran dan perpecahan ke atas pemahaman dan penghayatan kepada asas islami sedia ada daripada hadith rasulullah dan aya’-aya’ dari qalamullah… kita tidak mahu ada lagi spesimen seperti dr amina wadud yakni, sarjana seperti ini jelas memperkotak-katikkan ajaran islam mengikut pemahamannya sendiri dengan mengimamkan jemaah solat jumaat… ia merugikan ummah rasulullah kita.. mengajar kerana telah belajar yakni mengaji kerana ditawarkan tetapi tidak menghayati (ustaz/ustazah-segelintir) ataupun menghayati kerana ingin mengetahui tetapi tersasar (saudara baru/mualaf) malah ingin memahami tetapi terputar-belit (yang dilahirkan tapi zero ilmu agama) adalah lain, amat berbeda mengikut keupayaan akal individu dan tempat kendatipun masa… inilah bahana yang kita hadapi…
assalamu’alaikum wrt. wbrt.
jauh tu
Bagaimana pula jika asas/silibus proses tarbiyah/pengkaderan dalam jemaah tersebut yang menjadi salah satu punca masalah.
Masalah-masalah sikap, penyakit tepat tetapi tidak jelas, dan pelbagai masalah-masalah yang pernah dikupaskan oleh penulis blog ini dan realitinya sememangnya sedang dihadapi oleh jemaah-jemaah yang berpecah-belah ini seringkali berpunca dari proses tarbiyah/pengkaderan yang tidak hak, tidak jelas, mengelirukan dalam nak mencapai tujuan utama yang menjadi syariat kita. Adakah jemaah-jemaah sentiasa menambaikan dalam tarbiyah masing-masing dan terbuka dengan cadangan dan kritikan?
Saya kagum jika anak-anak muda mulai bosan dengan perpecahan jemaah kerana itu bermakna anak-anak muda ini mula berfikir dan memerhati keadaan jemaah/masyarakat mereka. Namun saya tidak bersetuju andaikata sikap bosan itu dijadikan alasan untuk berkecuali atau keluar dari jemaah. Bosan dengan masalah sepatutnya dijadikan cabaran untuk mencari penyelesaian dan lari dari masalah bukanlah jalan penyelesaian. Tetapi jika menenangkan diri untuk berfikir, mudah-mudahan menemui petunjuk yang ditunjuk.
Maka tiba masanya, untuk silibus atau manhaj tarbiyah warisan turun temurun itu disemak, dinilai dan diperbetulkan.
Itu yang sedang saya lakukan, secara kecil-kecilan di dalam circle of influence saya
Antara hujah mereka yg “tepat tapi tak jelas” ialah,
1. Ini salah, ini bukan Islam..
2. Patutlah engkau tak boleh perintah Malaysia, sebab kau tak islam. islam macam ni la..
3. tengok dan tengok, dan komen n komen…
hanya mereka yg bermanual sahaja yg tahu peritnya sebuah pengIslaman itu…ya Allah….
[...] 20, 2008 by radzizawawi Tertarik apabila terbaca tulisan artikel senior lama di Izzuddin dahulu..Ust Hasrizal ( Orang yang sangat popular dengan penulisan-penulisan tentang kehidupannya yang banyak memberi [...]
assalammualaikum wr wb wm wr…
wah, panjang komen untuk entri ni ustaz…. banyak fikir yang dibuahkan untuk mewujudkan solusi-solusi yang boleh dimurnikan dengan wahdatul fikr… huhu~ moga dalam kita mencari redha Allah ini, kita tidak menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan semata-mata untuk memastikan sesuatu itu tercapai…. niat tidak menghalalkan cara… uhrm… banyak yang perlu diislah lagi sebelum jauh melangkah…
Salam,saya nk tanya,skrg dh banyak circle yang memperjuangkan pembinaan Insan Islami yang diketuai oleh ketua2 agama yang kononnya dah tahu 100% agama.
Jadi saya nk tanya pendapat teman2,apabila orang yang dah ikut circle agama seperti ini,mereka lebih takut untuk membuat dosa kerana takut ketua mereka marah,dan bukannya kerana takut kan ALLAH.adakah pendekatan seperti ini benar dalam Islam?
Wsalam wbt.
Itu tanda lemahnya iman. Maka tindakan yang diperlukan adalah nasihat dan pembetulan, dan jangan disesatkan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ustaz yang dikasihi;
Alhamdulillah, artikel penuh pencerahan dan penjelasan. Syukran ya ustaz!
Sekadar berkongsi berita berkaitan dengan artikel ini:
Nota-nota nakal (baca secara sinikal – read between the lines): Jamaah tidak akan masuk Syurga. Apa yang pasti, manusia-manusia yang menggerakkan jamaah itulah yang akan dihisab amalannya dan akan diberi balasan oleh Allah Azza Wajalla sama ada nikmat Syurga atau azab Neraka.
Wallahu a’lam.
@Muhtar Suhaili,
sesuai dengan pendekatan kalimatin sawa…
kesatuAN fikrah antara jamaah mgkin mustahil secara tilikan alami..
jemaah tidak akan masuk syuga…jemaah adalah wasilah untuk mencapai khilafah..
masuk jemaah dengan beramal pun masih xda jaminan, ni kan tanpa amal..
nauzubillah.
[...] Image From : Saiful Islam [...]
salam. ust. semoga sentiasa dalam rahmat Allah. sekadar satu perkongsian. kiranya sekali lagi isu yang sama pasti timbul. ini bukan isu baru, bahkan dah berzaman-zaman. tetapi realitinya tetap sama. kalau boleh dikongsikan beberapa pandangan.
sila lihat:
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/07/ummah-centric-bahagian-1.html
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/07/ummah-centric-bahagian-2.html
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/07/golongan-tengah-bahagian-1.html
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/07/golongan-tengah-bahagian-2.html
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/07/golongan-tengah-bahagian-3.html
http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2008/05/dawah-pasca-pru-ke-12.html
anta nak suruh siapa bai’ah?
Salamun ‘alaikum,
Sekadar berkongsi, kadang-kadang yang menjadi isu antara organisasi dakwah, adalah berkenaan isu ‘merampas’ anak usrah dan apa-apa sahaja nama yang diberikan untuk perbuatan mengajak orang yang telah berusrah A untuk masuk ke dalam usrah B. Ana ulang, mengajak bukan memaksa atau membuat orang rasa terpaksa.
Bagi pendapat ana, terminologi ini tidak harusnya wujud, kerana menjadi hak seseorang untuk meRASAI dan bebas memilih mana-mana usrah yang dirasakan paling menepati jiwa, kecenderungannya dan mampu untuk membangkitkan potensinya. Yang penting, kaedah mengajak tersebut, dibuat dengan cara yang beretika yakni bukan denngan kaedah memburukkan organisasi lain.
Yang keduanya, adakah tarbiyah ini berlangsung dengan kaedah siapa cepat dia dapat? Just happen in many cases yang apabila mahasiswa2 baru sampai ke sesebuah tempat yang baru, kemudian datanglah seorang senior A yang memberikan bantuan atas rasa persaudaraan yang akhirnya membawa kepada masuknya seseorang pelajar baru ke dalam usrah senior A tersebut dengan tanpa mengetahuinya bahawa adanya organisasi lain yang turut memberikan tarbiyah yang tak kurang hebatnya.
Sekiranya pelajar baru bertemu pula dengan senior B, kemudian setelah berbincang-bincang, B mengajak pelajar baru ini untuk masuk ke dalam usrahnya pula, dan setelah beberapa ketika, mengikuti kedua-dua usrah, pelajar baru ini lebih cenderung kepada usrah senior B. Maka, adakah perbuatan senior B ini ‘merampas’ anak usrah A, dengan berhujahkan bahawa senior A yang mengajaknya terlebih dahulu.
Setakat ini jawapan ana, pilihan di tangan pelajar baru. Mungkin ada yang berhujah, senior B tak patut buat begitu, nanti pelajaar baru pening sebab ada 2 perkumpulan dan sebagainya. bagi ana, kita tidak seharusnya terlalu undermind minda mahasiswa seperti kanak2 kecil, dan isu pening ini timbul kerana sikap para naqib yang mungkin sedikit beremosi dalam menerangkan kepelbagaian platform dakwah.
Mohon pendapat Ust, dan sahabat-sahabat lain.
Wallahu’alam
shah2873
Shah2873, perkara ini amat biasa terjadi.
Oleh kerana ia suatu kebiasaan, maka kadang-kala ia tidak diuruskan dengan cermat dan beradab. Sebenarnya lagi wajar pihak yang ingin membentuk usrah baru dalam usrah yang sedia ada ataupun mengajak masuk ke usrah lain memaklumkan terlebih sebagai menghormati pihak naqib/naqibah yang mengendalikan usrah yang sedia ada. InsyaAllah sekiranya mrk ikhlas dalam usaha berdakwah tidak akan timbul masalah. Ini juga dapat mengelak berlakunya suatu keadaan atau situasi yang disebut sebagai ‘double standard’ – usrah dalam usrah/jemaah dalam jemaah. Sekiranya usrah tidak berkesan atau efisien, berilah cadangan terlebih dahulu. sekiranya usrah terlalu ramai atau tidak focus berilah saranan dan teruskan beri sokongan. Tunggulah beberapa waktu dan sekiranya tidak ada perubahan maka nyatakan keinginan untuk membentuk atau mengikuti usrah lain.
Sensitiviti naqib/naqibah juga perlu dijaga lebih-lebih lagi jasa dan masa yang diperuntukkan oleh mereka untuk membuat persediaan usrah dan kadang-kala menyediakan jamuan. Supaya tidak timbul rasa terkilan ataupun mereka tertanya-tanya cthnya mrk akan tertanya-tanya apakah anak usrah terasa hati dengan mereka, apakah anak usrah tidak suka pada pengisian yang disediakan, apakah anak usrah tak suka cara pembawaan usrah mereka dsb. maka eloklah dibuat permintaan dengan jelas sekiranya kita merasakan usrah yang mereka usahakan kurang berguna pada diri kita – dalam erti kata lain tidak menambah ilmu Islam dan tahap iman – dan juga sahabat-sahabat yang lain.
begitu memahami perasaan seorg naqib/ah.setuju.
sentiasalah berlapang dada, terbuka serta memaafkan. Belajar juga dari sejarah kerana dari sejarah kita boleh kenal asas dan juga halatuju. Ambil contoh sejarah Abim yang bersama2 Umno sewaktu Anwar dan JIM yang berpendirian pragmatik terhadap pihak yang menang sehingga pada awal tahun 1990 an dibincangkan dalam muktamar JIM keperluan bersama-sama UMNO untuk membantu Anwar ketika itu dalam UMNO.
Walaupun apapun sikap dan pendirian yang lalu, bagi ahli-ahli jemaah Islam perlulah terbuka, berlapang dada dan bersifat memaafkan. Walaupun suatu ketika dahulu jemaah-jemaah Islam tersebut membantu seteru politik Pas. Tarbiyah Pas ternyata berupaya menjadikan wadah mereka fleksible dengan semua pihak. hatta DAP dan kumpulan sosialis pun sudah bersama-sama dengan mesej yang dibawa oleh Pas, apatah lagi mereka yang menyertai usrah dan tamrin (yang sempurna) seperti JIM dan ABIM sudah tentu memberikan sokongan berlipat ganda.
Jika tarbiyah menjadi kayu ukur dan pendinding untuk menyatakan kesediaan bersama-sama Pas, wajar sahabat-sahabat JIM dan juga Abim turut memberikan bantuan dan juga cadangan apakah modus operandi yang paling berkesan mentarbiyah kepelbagaian ahli dan penyokong Pas yang terdiri dari penarik beca, nelayan, petani dan sawah, mat rempit, peniaga pasar malam, pentadbir sehinggalah kepimpinan tertinggi mrk iaitu mursyidul am, Tn Guru Nik Abdul Aziz. InshaAllah, saya percaya mereka amat mengalu-alukan usaha murni tersebut.
Saya nampak suatu kesediaan dan semangat jamaiy ditunjukkan oleh para ahli jemaah berlainan dalam posting-posting di sini, maka sekaranglah ialah waktunya untuk mendesak ataupun mencadangkan kpd pimpinan masing2 di peringkat mahasiswa/golongan muda agar bekerjasama di peringkat kepimpinan muda dalam kepelbagaian jemaah ini. Buktikan bahawa kita semua menjadi agen penyatu, bersedia untuk membuka sayap ukhuwwah (dan menghayati) makna ukhuwwah berjemaah di kalangan pendukung-pendukung dakwah.
Saya percaya mrk yang mendapat pentarbiyahan akan berlumba-lumba ke arah ini. InshaAllah
assalamualaikum ustaz,
parti politik is based on free market. kalau tak laku dan x popular, produk tidak kompetitif, strategi sampah, calon tidak cekap berpidato, pemimpin lembik dan lemau, dah expired, mestilah susah untuk pengundi nak undi. letaklah jenama islam atau nasionalist, buruh atau konservatif, republican atau demokrat sekalipun.
ini berbeza dengan education atau tarbiyah. tarbiyah mesti based on kewajipan perlunya modal didikan insan untuk pengisian agama islam kepada masyarakat.
saya rasa pasca politik mac 2008, PAS harus melihat bagaimana ia tidak lagi based on tarbiyah based, rather than change to free market. PAS harus berfikir dan sama paradigma dalam economic progression.
jika dulu lawannya korupsi dan kuku besi dalam UMNO, PAS harus guna whatever it takes-brainwash, rasionalkan orang untuk jadi ahli PAS untuk lawan umno.
tapi kini, banyak telah berubah. PAS kena menumpukan aspek pengurusan kerajaan yang cekap. susahla jika PAS juga bina modal insan.
bab tarbiyah dan modal insan, serahkan pada rakan2 gerakan islam lain. PAS kena terus kompetitif lah untuk sentiasa dinamik dan diterima sebagai payung bagi gerakan islam lain. JIM, tabligh dan ABIM pasti akan sokong PAS jika PAS terus terbuka dan kompetitif. ini masih terbelit dengan isu-isu 70an. sedangkan umat malaysia makin pantas.
ramai je dalam jemaah PAS yang tak minat politik. tapi sbb diorg ni dah dibrainwash kata PAS sahaja jemaah yang betul, maka mereka dilema di dalam PAS. bila saya ajak berdebat dalaman tentang polisi PAS, masing-masing mengecut dibelakang. bila bertanya apa masa depan dalam PAS “eh, ana tengah belajar. ana tak tau lagi.”
jemput sahaja JIM dgn tiket JIM, ABIM dengan tiket ABIM, tabligh dengan tiket tabligh untuk berdebat dalam memperkemaskan PAS. jikalau mereka betul dan terbaik pendapat, kehadapankan mereka. (eh ini jemaah dalam jemaah ni. mana boleh).
saya rasa ustaz dan saya pun tahu asyik-asyik orang yang sama akan kehadapan bekerja. walaupun kemenangan yang baik dalam pru 2008, ada kelompongan besar dalam PAS.
saya rasa keperluan untuk ustaz-ustaz yang narrow-minded, dan takut kedudukan mereka dalam dewan ulama pas, ahli jawatankuasa pusat dicabar, diorg ni lah yang masih menghalang golongan2 muda seperti kami untuk naik. maka tak abis2lah berjumpa dgn pelajar dan menaikkan semula api-api pertentangan jemaah. (sekadar pendapat sahaja).
gerakan Islam pelajar di universiti gagal menjadi suara mewakili rakyat dan mengkritik PAS. jika ada yang beridea ganjil dan progressive, maka akan keluarlah label-label liberal, progressive, islam liberal, dan macam2 lagi. senang sahaja orang2 ini dibuang dari jemaah PAS berbanding yang berketayap tapi tak punya idea dan asyik putar kaset lama.
ya tidak salah jika saya katakan gerakan Islam mewakili PAS sudah hilang taring di universiti. masing-masing terikut-ikut gaya-gaya golongan beragama. sudah tiada idealisma, sudah malu berbeza pendapat.
entahla
maaf jika bahasa kurang enak
Wsalam wbt.
Jazakallah atas pendapat yang diberikan. maafkan ana, cuma ana tak nampak kaitannya dengan artikel ustaz di atas. Ustaz menulis mengenai kepentingan fikrah yang jelas dan jernih terhadap konsep berjemaah dalam konteks taadud jemaah dewasa kini. Ana berpandangan Ustaz hanya cuba untuk meletakkan batu asas yang betul, sikap yang efektif, paradigma yang jelas, mind set yang sejahtera agar konsep fikrah dan jemaah dilihat dari perspektif yang sewajarnya. Ini penting untuk mengelakkan fikrah dan jemaah daripada disalah ertikan dan lebih teruk lagi (wal iya zubillah) menjadi perencat (rate limiting step) kepada usaha dakwah itu sendiri. Kita pastinya sudah serik mendengar kritikan yang cukup pedas terhadap golongan haraki. Contohnya agama fikrah bertuhankan jemaah.
Artikel ini (dan kebanyakan artikel lain, mengenai agenda perubahan sikap contohnya) adalah umpama tools kepada pembaca untuk diterjemahkan berdasarkan pengetahuan, kefahaman dan situasi masing-masing.
Ana melihat tulisan enta lebih kepada muhasabah dan teguran kepada PAS, mengenai masa depan PAS, cadangan agar usaha tarbiyyah/pengkaderan ahli diswastakan dan sebagainya.
Sebagai ahli PAS ana sangat mengalu-alukan teguran yang sebegini. Justeru, ana pohon agar dibawa cadangan di atas kepada peringkat pimpinan PAS.
Dan, ana percaya di peringkat pimpinan sendiri keterbukaan sememangnya ada. Cuma, ana merasakan ramai cenderung untuk mengkritik dan berpendapat, tetapi tidak ramai yang tahu, mahu dan mampu untuk melaksanakan perubahan yang dilaung-laungkan.
“Ramai yang boleh bercakap namun hanya sedikit yang mampu bersabar ketika beramal. Dan sedikit di antara yang sabar ini mampu memikul beban jihad yang sukar dengan amal yang nekad”
Jazakumullahu khairan kathira.
Assalamualaikum wrt,
Setuju dgn Mohd – “Cuma, ana merasakan ramai cenderung untuk mengkritik dan berpendapat, tetapi tidak ramai yang tahu, mahu dan mampu untuk melaksanakan perubahan yang dilaung-laungkan. ”
Sebagai seorang professional PAS, tidak dinafikan kadangkala ana tidak bermotivasi utk bergerak dlm aktiviti2 peringkat cawangan mahupun kawasan disebabkan oleh pertembungan cara berfikir dan cara bekerja dgn ahli2 PAS dari latarbelakang yg berbeza. Namun, ana sedarkan diri kembali bahawa ana hanya mampu meluahkan rasa tidak puas hati dan mahukan perubahan, tetapi ana tidak mampu utk melakukan perubahan tersebut. Ahli2 PAS orang2 kampung inilah yg menggerakkan PAS di akar umbi dan peringkat pimpinan – merekalah yg mengerah tenaga merayu undi ketika PRU dsbgnya. Ana sendiri malu dgn ahli2 PAS dari kampung ini. Bagi pembaca2 yang memberi komen agak negatif kepada ahli2 PAS yang ‘kurang tarbiyah’ dan ‘taksub’ ini, diharapkan saudari/i cuba merenung kembali, adakah kita telah melaksanakan kerja2 PAS seperti mana yg mereka laksanakan sekian lamanya? Memang wujud permasalahan antara ahli PAS yg berbeza latarbelakang ini tetapi ini bukanlah sebab utk ana mengundur diri dari PAS – dan sertai jemaah lain. Terus-terang ana katakan, ana tidak dapat lari dari memikirkan bahawa ahli jemaah selain PAS kebanyakkannya tetap bersama jemaah mereka disebabkan mereka serasi bekerja sesama mereka yg sealiran fikiran, sama2 professional dan berfikiran maju. Sebab itu juga ahli2 mereka dari kalangan professional sahaja. Jika itu perasaannya, usahlah dikritik PAS kerana masalah ‘kurang tarbiyah’. Sebab itu menunjukkan seolah-olah mereka menyertai jemaah selain PAS di sebabkan ketidakpuasan hati terhadap ‘masalah tarbiyah’ ini. Sebenarnya bukan ahli PAS sahaja yg perlu berlapang dada, tetapi juga ahli2 jemaah yang lain. Wallahu’alam.
@ummu atifah,
bgus sekali commentnya ukhti….
kene belajar berlapang dada terhadap jemaah lain..
minta ust hasrizal ble singkapkan konsep berlapang dada dari perspektif ilmiah…
Apa yang paling penting.. ingat kembali apa tujuan kita…
“Carilah hanya Redha ALLAH… Ikuti jalan sunnah Rasul-Nya”
walau dibumi mana pun kita berada,
walau jemaah apa pun kita,
walau siapa pun kita,
insyaALLAH kita tak tersungkur/terbabas… kena kita tahu tujuan terakhir yang mendasari jalan yang kita lalui… Kerna kita tahu SIAPA KITA!
~SALAM BERJUANG BUAT SEMUA PEJUANG ALLAH!!!~
(‘ ‘,)
Assalamualaikum
Saya rasakan elok jika ustaz dapat conduct ceramah/seminar berkaitan dgn masalah ini. Saya rasa golongan muda macam kita ini perlu mengetahui perkara2 yg berkaitan dgn jemaah ini dgn sejelas-jelasnya.
kalau dlm IkhwanMuslimin, ba’iah adalah selepas memahami rukun-rukun ba’iah & manhaj IkhwanMuslimin… logiknya, takkanla kita perlu membaiah kepada sesuatu yg kita x faham lagi apa hakikatnya…
Secara logiknya jugak, the moment seorang tu mengucap 2 kalimah syahidah, die dah berbaiah dgn Islam dan segala prinsipnya.
Adakah maksud enta, sebelum masuk Islam perlu faham Islam dan hakikat Islam? Barangkali kita boleh hafal rukun Islam dan rukun Iman serta rukun-rukun yang lain, akan tetapi adakah kefahaman akan hakikat Islam itu sendiri akan datang dengan segera sehingga kita perlu syaratkan untuk masuk Islam perlu faham akan hakikat dan manhaj hidup Muslim. Sebagai orang Islam, adakah enta berani mengaku sekarang enta faham dan jelas akan hakikat Islam?
Sesungguhnya nikmat yang paling besar setelah nikmat Islam adalah nikmat niat yang baik dan kefahaman yang sahih. Ana memahami kenyataan Ibnu Taimiyyah ini dalam erti kata bahawa kefahaman yang sahih itu tidak datang dalam masa yang sekejap, dengan usaha yang sedikit, it could be a journey of a life time!
Justeru, ana berpendapat kita tidak perlulah mengambil tempat untuk mejadi pengukur kefahaman orang lain terhadap Islam. Adalah lebih baik jika usaha untuk menerangkan Islam itu dijalankan sesuai dgn kontek mad’u. Kalau mahasiswa, boleh berbicara mengenai idealisme gerakan Islam dan daulah contohnya. Tapi, bagi yang dikurniakan Allah rezeki dalam bentuk yang lain, semestinya merlukan pendekatan yang berbeza.
Barangkali pak cik2 (yang tak dpt projek/kerja kerajaan, anak tak dpt bantuan, terpaksa ditukarkan ke hulu gua musang, etc) yang sanggup pegi gantung poster tengah2 malam buta, yg tidak ikut usrah berjam2 lebih faham akan erti kata perjuangan dan maksud pengorbanan dalam menegakkan Islam, walaupun dia tak tahu ape itu rukun baiah!
kefahaman bai’ah adalah dalam… ramai orang yg mengucap kalimah syahadah… tapi tak laksanakan apa yg diperintahkan Allah… maka jd berdosa… begitu jgak org yg berbai’ah pd sesuatu jemaah, apabila dia tidak melaksanakn tuntutan jemaah @ langgar prinsip jemaah, maka dia bersalah trhdp jemaah…
anyway, bai’ah selepas faham hakikat jemaah tersebut adalah prinsip dlm IM.. prinsip ini memastikn disiplin ahli IM…sesiapa yg x stuju dgn prinsip tu x de mslh… itu adalah prinsip IM, sebuah jemaah yg mungkin betul mngkin salah…
Adalah tidak mudah untuk tajuk sebegini ditulis dalam bentuk sebuah artikel terbuka yang boleh dibincangkan bersama. Masalah yang saya lontarkan di dalam artikel ini adalah isu zaman berzaman tetapi masing-masing berbincang di dalam kelompok masing-masing hingga tiada perkembangan dan tidak dapat melihat isu berkenaan dari perspektif orang lain.
Maka, manfaatkanlah ruang yang ada ini untuk berkongsi pandangan. Tetapi pastikan anda telah membacanya dan faham, isu yang mana satu yang sedang diperkatakan kerana saya tidak gembira dengan komen-komen yang tidak memperlihatkan hubung kaitnya dengan tajuk yang sedang diperkatakan.
Teruskan perbincangan
tulisan ust ini mmg mencabar kita utk membuat penilaian kembali. Ia juga mengajak kita berfikir ttg ‘dakwah Islam’ yg satu. Dakwah kpd Islam iaitu mengajak masyarakat kpd Allah dan rasul-Nya.
mungkin pas belum sepenuhnya berjaya memimpin masyarakat kpd Islam ambil saja cth satu negeri iaitu di kelantan walaupun sudah 18 tahun mentadbir di sana, masih byk kekurangan, rakyat tidak berjaya ditarbiyah sepenuhnya, byk lg gejala sosial berlaku di negeri itu. barangkali kalau Jim atau Abim ataupun tabligh yg diberi amanah tersebut tentu jemaah islam ini dpt melaksanakan dakwah Islam dgn lebih syumul dan efisien. Sudah tentu lebih banyak perubahan berlaku dan pentarbiyahan rakyat akan semakin baik.
kepimpinan jim, abim, tabligh dll perlu dikehadapankan. Penonjolan mrk ini akan menjadi cth dan taladan kpd kejayaan pentarbiyahan jemaah. Dari sinilah akan nampak karisma mrk dan kejayaan tarbiyah. Tidak cukup bukti karismatik, hanya dgn mengeluarkan kenyataan2 media, tetapi perlu buktikan kemampuan jemaah membawa mesej kemaslahatan ummah secara praktikal. Perlu tunjukkan cth-cth apakah bentuk pembawaan ‘Islam’ yang dilaung-laungkan. Jika tidak, ia hanya nampak sebagai slogan semata-mata.
Sekarang masanya untuk kita buat assesment terhadap ‘makna’ dan ‘praktikal’ Islam yang kita sebut-sebut sebagai mesej Islam dan dakwah. rasanya semua ahli-ahli jemaah islam membaca surah al-saf betapa besarnya kemurkaan Allah, jika kita asyik berslogan dgn kata2 – kita kata dakwah kita ialah Islam, kita ulang kata dakwah kita kpd Allah – tetapi slogan itu slogan dlm usrah/tamrin/wacana semata2, bila tiba waktu untuk praktikal ataupun perlaksanaan, kita takut, kita diam pd kemungkaran, ketidakadilan, kita tidak mampu laksanakan slogan tersebut. Membuatkan kita keliru pembawaan islam yg bagaimana. Jika sama, apakah yang menjadikan kita saling berbeza? dan mengapa pula kita perlu berbeza sedangkan kita adalah sama?
menyedari kita sering terbawa2 dgn emosi, tersilap langkah, tersalah cara dsb. maka Allah sediakan ‘manual’ penyelesaian utk trouble shooting’ seumpama ini, iaitu – berada dalam satu saf seperti sebuah binaan yg tersusun. oleh itu wajar bagi semua ahli jemaah islam merealisasikan ‘saf yang tersusun ini’. Allahu A’lam
Assalamualaikum WBT,
Jadilah manusia yang bermanfaat kepada masyarakat, apabila join mana-mana jemaah, kita pilih jemaah manakah yang kita boleh berikan sumbangan kepada masyarakat pada tahap yang optimum. Mungkin dengan mengikuti mana-mana kumpulan, kita dapat memberi manfaat kepada masyarakat, akan tetapi pasti kita ada pengkhususan atau kelebihan dalam sesuatu hal, maka pililah kumpulan yang mana kita memberi banyak manfaat kepada orang lain.
Mungkin insan A jika dia menyertai kumpulan B, dia akan menjadi insan yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat, dan jika dia dengan kumpulan A, dia masih menyumbang tapi tidak seoptimum apabila dia di dalam kumpulan B, maka dalam hal ini wajarlah dia pilih kumpulan B.
Begitu jga mungkin insan B akan lebih dapat menyumbang sekiranya dia bergerak bawah kumpulan A.
Bak kata kawan saya “IKlankan dakwah, rahsiakan tanzim”
Maka program-program umum, macam kuliah-kuliah, riadhah, seminar-seminar, maka semua kumpulan bukan setakat patut membenarkan ahli-ahli masing menyertai program anjuran kumpulan lain, bahkan patut membantu dalam mempromosi. Akan tetapi dalam hal tanzim atau pengurusan organisasi, tidak patutlah dibawa semua orang menyertainya, yang patut ialah mereka yang ada di dalam organisasi itu sahaja.
Maka jadikanlah kumpulan itu sebagai wasila memudahkan kerja-kerja dakwah, bukan sumber berpecah belah.
– saya tidak gemar menggunakan perkataan jemaah dalam isu ini, kerana takut-takut ada pula yang menyalahgunakan hadith-hadith tentang jemaah-
wallahu’alam
hmmm…rumit sungguh tajuk ni… Izinkan sy buat impian ‘lawak’ ye… Sy nak tengok “JIM, ABIM,’pas’,Tabligh,HT,UMNO etc yang kata nak perjuangkan islam” duduk bergerak-kerja dibawah satu panji BULAN purnama untuk ISLAM…
Menegakkan Daulah islamiah itu kan cita2 tertinggi…
Afuan..
Fikir…fikir…
ustaz, mungkin boleh komen sikit ttg ahli pas yg tak sempurna tarbiyah, ahli jemaah islam spt jim dan abim tetapi menyokong umno, sebuah parti sekularis. cthnya yg berlaku dlm pilinhanraya baru2 ini Abim-pas lawan Abim-umno spt yg berlaku di parlimen tumpat kelantan. saya juga pernah mengenali rakan-rakan jim di peringkat pimpinan pelajar yg menyokong umno, ada juga yg keluarkan statement sokong dasar2 islam hadhari, pernah jg terbaca laporan akhbar kenyataan tersebut. (harap kenyataan mrk tidak ‘diputar belit’ oleh media – ataupun jim ‘berpolitik’ di dalam sidang tersebut) cthnya: JiM ajak wanita hayati Islam hadhari (b.harian) dan bbrp lagi kenyataan yg boleh didpti dari internet source.
@muslih,
ush3x…nnt timbul bnyk kontroversi..
klu ust ble ulas secara seimbang or secara mengajak berfikir atau dlm erti kata lain kurang/tidak menimbulkan kontroversi mgkin ble..
hmpir semua post menyentuh secara jeneral..
assalamualaikum
saya pon sangat bersetuju dgn pendapat saudara Aye.Impian lawak beliau pun sebenarnya merupakan impian lawak saya.Saya nak tgk smua jemaah islam bersatu……tapi macam perkara ni mustahil.tak boleh ke kalau pimpinan tertinggi jemaah PAS,ABIM,JIM berbincang utk menyatukan jemaah?
@fhusna,
huhu susah gak tu ukhti..cari sejarah cam ner taliban ble wujud..
perang jugA Sesama muslim..
pening2…
Salam ustaz,
Jika 5tahun dulu saya membaca artikel ini, mungkin hidup saya berbeza dengan apa yang saya lalui sekarang.
Berapa ramai remaja (remaja tua/belia muda) yang keluar dari mana-mana jemaah, akibat keliru dan kecewa. Keliru dengan fahaman, kecewa dengan diri sendiri yang sukar memahami, dah akhirnya hanyut di dalam kehidupan.
Jika ada yang ingin bertindak seperti insan yang bertanyakan soalan tentang jemaah ini pada ustaz, iaitu keluar dari jemaah kerana putus asa dengan semua jemaah yang pernah dimasukinya, insan2 ini perlu diselamatkan, dan insan-insan ini juga harus berfikir lebih matang dan tajam, sebelum bertindak keluar, dan semakin jauh. Kerana jalan pulang adalah begitu sukar,setelah lemas dilautan.
sepertimana saya,salah seorang insan yang kecewa..huhu
kpd yg lain selain abg rizal mcm ni la, tenaga pas d kampung2 pun bukan brapa cukup sgt so apa kata kita baiah dgn pas & terus gerakkan kerja sukarelawan untuk islam. penyokong pas ramai tp pendukung kureng syeikh………
Masalah Ta’adud Jemaah berlaku di mana-mana, bukan di Malaysia sahaja….kena terimalah hakikat ni…
hmm sgt bagus ulasan ustaz. tetapi masalah yg selalu timbul apabila ada jemaah yg rasa dia saja betul dan hanya jemaah dia shj yg sepatutnya ada. kemudian seperti bermusuh dgn jemaah lain seperti menghalang aktiviti jemaah lain, dll
mengapa tidak bekerjasama? setiap jemaah fokusnya pada jalan yg lain, tetapi matlamatnya sama. analoginya seperti berperang. setiap puak bersatu dan bekerjasama merancang utk melawan musuh. tetapi dgn cara yg berlainan. setiap puak mahir dlm salah satu cara, memanah, menggunakan pedang, berkuda, tombak. bukankah lebih mudah mencapai matlamat jika semua menjalankn cara masing2, tetapi bersatu apbl dipanggil?
united we stand tall, ready for the ummah’s call.
betul tu. buat kerja dalam kepelbagaian. tetapi kepimpinan hanya satu badan saja. jika tidak kucar-kacir jadinya.
mungkin ada yg ingat pd 1998, apabila Gerak ditubuhkan dan diketuai oleh almarhum dato hj fadhil noor. hampir semua jemaah islam bergabung di atas satu payung memperjuangkan keadilan. gabungan ini juga disertai oleh ngo2 muslim, bukan muslim, dap, dll. mengapa boleh bergabung sebab halatuju sama dan jernih tujuan – memperjuangkan keadilan rakyat.
apa kata kita pakat gesa semua ahli2 jemaah islam bergabung di bawah suatu payung dlm mcm gerak memperjuangkan tarbiyah dan dakwah.
Salam.. saya bersetuju dengan semua. Kita ni ibarat anggota badan. Kalau tangan sakit maka seluruh anggota akan berasa sakit. Samalah semua jemaah di Malaysia ini. Kita kena kurangkan perselisihan faham. Musuh kita besar ada kat depan. Kalau kita hanya bertelagah pasal benda yang kecil maka kita rugi besar di situ..
Sekarang kita kena pikirkan cam na kita nak ajak diorg yang tak berfikrah gerakan islam ini untuk bersama kita. sebab cabaran kita diluar lagi besar. Bersamalah kita muhasabah diri. Saya teringat kata2 Prof Hamka:
“Mengakui kelemahan diri adalah tangga buat kesempurnaan diri. Berikhtiar mengisi kekurangan itu adalah keberanian yang luar biasa”.
“Berasa cukup adalah alamat tidak cukup”.
“Barangsiapa yang tidak sanggup atau tidak berani menguasai diri, jangan harap akan sanggup menguasai orang lain”.
“Bukanlah keberanian kalau hanya sanggup berdepan dengan harimau, tetapi keberanian adalah kesanggupan melawan kehendak nafsu”
Buat pedoman semua. Lawatlah blog saya. Insya Allah..
assalamualaikum…
entry ni mcm terkena btg hidung sendiri
betapa bahayanya kalo kita ikut-ikut (taklid buta)…
masalah juga bila nak da’wah kat family yg tersayang bila wujudnya perbedaan fikrah
”jernihkan fikrah sblm berdakwah”
kalo saya ni ustad kena tambah clorox br jernih kot…. coz saya baru jer kenal erti hidup berfikrah untuk berda’wah
Semoga Allah membantu saya untuk berdakwah kpd insan2 tersayang dan mengislah diri juga
teman sokong pendapat mike tu….paham sgt
ana dah malas nak berhujah secara kritis spt dlu krn kenalan yg ana kenal byk yg retorik so apa yg ana tengok reaksi dari kita sekarang bukan dari segi mulut tp tindakan. mungkin sahabat lain duduk dalam suasana ilmiah atau alam maya so kita berada di alam syok sendiri tapi kalau duduk di dalam realiti masyarakat diskusi kita ni tiada dlm mentaliti mereka. ana tertarik dengan tema mesyuarat pemuda pas kawasan ana baru ni iaitu ‘merakyatkan maklumat’. juga daripada feedback org2 arus perdana mereka belum nampak kewujudan kita dalam program masyarakat.brg dingat Alah telah beri peluang utk parti islam mentadbir negeri perak so dengan kesempatan inilah sepatutnya kita menggunakan kemudahan yang ada so janganlah kita mengeluh di kemudian hari……
eg. kalu ana sudah mmilih jemaah tabligh, kemudian ana msuk ke univrct yg tiada tabligh ttp ade jemaah laen. ape yg ana prlu lakukan utk mnerus kn tabligh???
join jemaah yang sedia ada di universiti tersebut selagi ia membawa anda mendekati Islam..berfikiran terbuka dan berlapang dada.. =)
kalau tak nak join jamaah lain..anda boleh lah mulakan usaha tabligh itu sendiri di universiti tersebut dengan niat untuk menyebarkan Islam dengan kaedah jemaah Tabligh itu sendiri =)
jadilah seperti muhajirin dan ansar..
1)sanggup berkorban isteri untuk sahabat-sahabat lain…begitu jugalah dalam berjemaah..sanggup melaksanakan apa sahaja program tarbiah tidak mengira kita dari jemaah mana sekalipun..
2)sanggup berkorban harta…tidak mengira kepentingan jemaah atau tidak kerana harta yang dikeluarkan bukanlah untuk tujuan lain,utk islam juga kesudahannya..
3)sanggup salamatus sadr dan berlapang dada…kerana Islam menganjurkan kita berlapang dada..jangan pula ada yang suka menghalang penceramah yang tidak sejemaah dengannya..
4)ithar..melebihkan ikhwah lain dalam segala hal..dan bertoleransi..jangan pula sampai berlaku masam muka seperti di kampus-kampus…dan jangan pula ada umpat-mengumpat…
5)berkata benar dan menyembunyikan aib…jangan pula ada yang menarik ahli kepada jemaah dengan mencanangkan keburukan dan kelemahan-kelemahan jemaah lain seperti…”jemaah ni kurang tarbiah”…atau lebih buruk “jemaah ni tak alami/syumul/menyeluruh”..atau “jemaah ini bertanzhimkan yahudi…”..atau “..jemaah ini untuk orang elit sahaja..”
ini semua adalah study case yang berlaku di kampus dan juga di luar negara..jangan pula nafikan dan tutup sebelah mata sahaja..nak tak nak kita kena terima dan ubah pemikiran ini..
tiada siapa membantah soal wala’ / komitmen terhadap jemaah..tetapi jangahlah kerana wala’ dan komitmen ini membawa kepada kehancuran ukhuwwah..yang kita imani adalah ISLAM,IMAN DAN risalah RASULULLAH..bukanlah “jemaah” / kump yang kita bentuk hasil ijtihad kita yang belum tentu benar semuanya…
you might want to try to be honest to urself lah.
Erghh…ni dh lari jauh dr tajuk artikel ni~
salam..ana juga tertanya ttg ini…
Setuju dengan Abu Saif.. program umum boleh bersama@menyertai tetapi program khusus ikut jemaah masing-masing.
Alhamdulillah saya dapat mempraktikkan cara tersebut hingga kini dan saya punya banyak kawan dalam berbagai jemaah.
Cuma masalah antara jemaah ialah perebutan ahli@mad’u. Saya pernah mengalami suasana tersebut ketika di UKM tahun 1990-1994. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut? Ini kerana masing-masing ingin mencari mad’u yang mudah@baik sedangkan mad’u yang ramai ialah yang tak mengenal jemaah.
Saya juga berharap agar tidak ada lagi jemaah yang berpecah@serpihan kerana rasanya buat masa ini fikrah dan pendekatan tidak jauh berbeza. Masalahnya ialah pada tahap kepimpinan..bila ada rasa tak puas hati akan timbul satu jemaah lagi.. lalu jadi 2×5 dgn beberap parti politik di negara kita.
Islam matlamat kita..jemaah hanyalah wasilah dalam melayari bahtera dakwah.
Bersatu Teguh Bercerai Roboh!!!
“mencari mad’u yang mudah@baik” =)
pendapat saya,sekiranya itulah sasaran kebanyakan jamaah,carilah sasaran selain itu..masih ramai yang memerlukan didikan asas Islam..kita berusaha,Allah yang memberikan hidayah..sekiranya mendapat “mencari mad’u yang mudah@baik” ,bersyukur dan alhamdulillah… =)
Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini.
Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong.
Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah
menghisab di atas usaha dan niat kita.
assalamualaikum..
ana tak tahu kenapa komen2 ana tidak diapprove..ana hanya membawa analogi untuk kita sama-sama bincangkan..
boleh kah wala’ dan taat setia kepada 2 jemaah secara serentak?
Jemaah A – abim/pas/jim/isma/pkpim
Jemaah B – angkatan pengguna kenderaan semalaysia (APKM)
kalau kilang ubat gigi,sudah tentu tak boleh bekerja bersama kilang ubat gigi lain kerana berbeza perancangan dan mempunyai kepentingan bisnes tersendiri..
tapi kalau jemaah A dan B di atas bagaimana..cara sangat berbeza,kepentingan sudah tentu hanya utk syiar Islam sahaja,tiada lain..so,bagaimana,nk wala’ pada kedua2nya atau kena pilih juga salah satu antara A dan B..
bimbang kita hanya tenggelam dalam perbincangan jemaah yg ala-ala ikhwani sahaja..sedangkan terdapat pelbagai jemaah lain..seperti ustaz cakap,tabligh dll..jazakallah..
Kita tidak boleh berbahas menggunakan analogi.
Analogi tujuannya adalah untuk memudahkan kefahaman. Agar ada common sense.
Landasan perbahasan/perbincangan adalah hujah dan fakta yang berpijak kepada bumi yang nyata.
Sapaan Mohd mewakili apa yang saya maksudkan. Terima kasih…
Analogi itu satu pendekatan dalam membetulkan cara berfikir. Fungsinya terhad kepada sudut yang dibahaskan sahaja. Maka analogi tidak boleh dikembang-kembangkan hingga terkeluar dari konteks asal.
Malah, saya meninggalkan penggunakan istilah dan konsep WALA’ secara sengaja dan sedar kerana tidak berminat mengheret perbincangan ke daerah itu. Saya hanya menggunakan istilah KOMITMEN agar lebih dekat dengan dunia biasa-biasa.
remaja dan pemuda bosan dengan kemelut jemaah yg tak selesai2..semua mendakwa masing-masing lebih baik ditambah pula dengan ‘kekerasan’ sesetengah pengikut. Indonesia sendiri sgt penuh dgn jemaah2 dan sebahagiannya saling menjatuhkan malah sampai ke peringkat me’murjiahkan’ dan me’mutazilah’kan yang lain
akhirnya ramai yg kecewa, lalu malas berjemaah..lebih baik berjemaah di depan TV menonton sepak bola, berjemaah di restoran mamak dan sebagainya. atau berjemaah ke shopping mall dll.
letih2..tp mungkin solusi yg paling selamat, berpegang teguh la dengan Quran dan sunnah, lalu berjemaahlah..FIKRAH MERENTASI JEMAAH.
wallahu’alam
just my 2 cents, correct me if i’m wrong.
jika kita berdakwah dan menyertai jemaah untuk menerima, maka kita sering tertumpu kepada kelemahan. kita meletakkan expectation untuk menerima yang terbaik dari jemaah yang kita sertai. hakikatnya tiada jemaah yang bebas dari masalah, maka kita terus berada di dalam pencarian yang menjemukan. lantas mungkin bertindak melarikan diri kerana ‘putus asa’ dengan realiti yang ada.
Tetapi jika kita menyertai jemaah untuk memberi, maka kita terus sahaja memanfaatkan keterlibatan kita dengan jemaah yang kita pilih, dan lebih menumpukan diri kepada peranan dan bukannya hak penerimaan. Jika jemaah itu berpotensi, maka dia memainkan peranan dengan memberi idea, tenaga dsb. Jika jemaah itu sedang bermasalah, maka dia memainkan peranan dengan menawarkan diri sebagai sebahagian daripada penyelesaian.
Melarikan diri dari realiti itu memenatkan. Anda menjadi pelarian yang tiada kesudahan.
Erti hidup pada memberi…
assalamualaikum abu saif..
semoga sentiasa di bawah rahmat Allah..
ana merasakan analogi persaingan antara dua syarikat ubat gigi tidak sesuai..sememangnya mereka bersaing untuk menang/kepentingan syarikat sendiri..salah satu syarikat sudah tentu rugi..
tapi ini soal jemaah daripada jemaah2 muslim..walaupun mereka “bersaing”, tetapi kepentingan akhirnya dikongsi bersama..yakni,ISLAM..jadi, analogi abu saif sangat2 tidak tepat dan tidak munasabah..apalah salahnya jika seseorang dai itu memberikan komitmen kepada jemaah A kemudian memberikan komitmen kepada jemaah B..dengan tujuan, kepentingan untuk menegakkan syiar Islam itu tercapai..
KOMITMEN vs WALA’ ?
apa maksud abu saif tntg komitmen?adakah wala’ dan komitmen itu berbeza?sekiranya berbeza, perlukah para jemaah islam merombak kaedah wala’ kepada komitmen..atau komitmen sebenarnya sama sahaja dengan wala’…
UMMAH CENTRIC – GOD CENTRIC
ana tidak nampak beza antara 2 perkara di atas sepertimana abu saif minta para pembaca membaca tulisan sebelum ini..yang ada hanya permainan istilah sahaja..sekiranya ummah itu tujuan, apakah Allah itu bukan tujuan kita? teringatkan slogan ikhwan..Allah Ghayatuna..
PERTEMBUNGAN
sekiranya ada 2 program Islam, pertama anjuran jemaah A, kedua anjuran jemaah B..komitmen Ali (rekaan) sememangnya terhadap jemaah A..namun, beliau diminta hadir untuk kedua2 program, dalam masa yang sama, program jemaah B adalah lebih patut diutamakan..bagaimana?
JEMAAH-JEMAAH
ana sekadar nampak para pembaca berputar di sekeliling jemaah-jemaah ala ikhwani sahaja..cuba buka lebih luas..di malaysia ni, terlalu banyak jemaah..sebagaimana yang disebut ustaz mazlee..NIDA’, MPF dll..sekiranya seseorang itu memberikan komitmen beliau terhadap persatuan india muslim semalaysia, apakah tidak boleh beliau memberikan komitmen kepada parti islam semalaysia?
harap dapat disiarkan, dan dibincangkan bersama..kerana manusia sering mencari identiti diri mereka..termasuklah ana..sebelum tu abu saif, jom kita baca blog ini..
http://www.abuulwan.blogspot.com
ana mengelakkan diri daripada menggunakan istilah WALA’ kerana WALA’ itu bersandarkan maksudnya pada nas-nas al-Quran berkaitan dengannya dan ini mengundang pembaca untuk eksiden langgar sana langgar sini kerana lemah fokus dan tumpuan perbincangan.
misalnya, akan ada yang berkata, “kalau ana ahli PMRAM tapi ana pergi ke kelas talaqqi yang dianjurkan oleh Kelab UMNO, maka adakah ana sudah tidak wala’ kepada jemaah?”
akan ada juga pembaca yang akan kata, “pada ana, wala’ kita hanya pada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman sebab nas al-Quran cakap macam tu”.
statement seperti ini kalau muncul di tengah-tengah diskusi sebegini, mudah saja menyebabkan pembaca yang PMRAM, Alami, ISMA, JIM, Salafi, Sufi, Tabligh bergaduh tentang istilah disebabkan oleh tafsiran masing-masing yang berbeza tentang penggunaan istilah wala’ tu… akhirnya semua tu menyemakkan bakul sampah je…
sedangkan apa yang ana nak pertekankan ialah disiplin dalam amal jama’ie. Itu sahaja. Disiplin itu adalah disiplin yang simple dan common sense, lalu perkataan KOMITMEN itu sudah memadai.
apakah ana ni separuh sedar antara sedar dan pengsan hingga tidak sedar bahawa di Malaysia ni ada banyak jemaah lain selain yang ala-ala Ikhwan? Come on…
tetapi untuk menulis tajuk yang taboo seperti ini, seorang penulis perlu menggariskan ruang lingkup diskusinya. tak boleh nak lambak semua dan kemudian semua orang lost tak tahu mana ekor mana kepala.
apa yang ana cuba tegaskan di sini, ialah beberapa step yang praktikal (bukan retorik atau idealistik yang tidak realistik) semasa pelajar nak buat decision join tarbiyah. ana mencadangkan supaya sesiapa yang nak berdakwah dalam suasana yang sedia ada sekarang ni, membuat penilaian dan pertimbangan lalu pilihlah mana-mana jemaah yang dirasakan sesuai untuk dijadikan wadah berdakwah. Yang penting berdakwah.
Kalau nak bawa idea-idea yang lain, silakan.
Cuma, ana nak tanya, kalau sekiranya ada student yang ikut tarbiyah PAS, nak ke MSM atau ISMA atau ISK (?) terima student ni jadi ahli mereka? Setakat realiti yang ada, usahkan nak jadi ahli, jemputan pun tak diperpanjangkan.
Soal penyertaan seseorang di dalam PAS dan dalam masa yang sama juga menjadi ahli JIM, yang ni boleh rehat kat tepi padang sebab tajuk yang sedang diperkatakan bukan tentang level ini. Tajuk yang ana cakap ni ialah tentang level student dan keterlibatan mereka di dalam wadah tarbiyah.
Jangan berbalah dengan ana sebab keputusan nak terima orang jemaah lain masuk jemaah kita tu, diputuskan oleh pimpinan jemaah masing-masing. So kalau ada sesiapa yang ikut tarbiyah Alami, juga nak mohon mengikuti Tarbiyah PAS, silakan. Keputusan, bukan Abu Saif yang putuskan.
Kalau ada sesiapa yang pro PAS nak jadi penggiat ISK, silakan. Keputusan terima atau tidak bukan ustaz yang bernama Abu Saif ni yang putuskan.
Blog ini disinggah oleh pendakwah pelbagai wadah. Maka bila nak sentuh bab taaddud jemaah, kena memilih bahasa yang boleh menggalakkan perbincangan dalam damai. Kalau tak berhasil membentuk kawan, tidak perlu mencipta lawan! Maka idea-idea yang self-centered… tidak dialu-alukan di sini.
Artikel ana ni ialah panduan untuk clearkan fikiran yang keliru antara kenyataan dan angan-angan. Untuk tolong adik-adik buat keputusan. Kalau ada yang pilih nak join ISMA atau MSM atau AUSIS, silakan. Berdakwahlah bersungguh-sungguh. Kalau ada yang pilih ABIM atau PAS, terpulang.
Tetapi ingat…. kalau tak berhasil menambah kawan, jangan pula mencipta lawan.
Kalau ada idea lain… silakan. Jika analogi ana tentang ubat gigi tu tak boleh pakai, abaikan aje. Jika ada analogi lain yang lebih jernih dalam nak bagi orang faham dan reti bahasa, silakan. Mungkin idea orang tua macam ana ni (taklah tua mana) dah tak valid untuk memandu pelajar-pelajar sekarang yang power-power ideanya.
Wallahu A’lam
p/s: menggunakan bahasa santai tidak bermaksud ana sedang BERMAIN bahasa!!
syukran ustaz =) ustaz sangat membantu mahasiswa seperti kami..hilang segala kekeliruan dan terima kasih kerana menunjukkan jalan =)
assalamualaikum…
pertamanya, abu saif dan ummu saif, ana memohon maaf kerana ana hanya bertanyakan soalan..sememangnya ana antara mereka yang meminati tulisan dan ide-ide abu saif..antara mereka yangj juga menyebarkan artikel-artikel abu saif yang ana kagumi dan hormati…tidaklah ana bertanya ni untuk membentuk lawan…hanyalah bertanya sekadar mad’u yang tidak mengerti..
“…Cuma, ana nak tanya, kalau sekiranya ada student yang ikut tarbiyah PAS, nak ke MSM atau ISMA atau ISK (?) terima student ni jadi ahli mereka? Setakat realiti yang ada, usahkan nak jadi ahli, jemputan pun tak diperpanjangkan….”
tapi yang ini abu saif…masya Allah…benarkah? atau hanya khabar angin ataupun luahan perasaan seorang dua..rasanya tidak berlaku dan jemputan memang diperpanjangkan…yang ada, hanyalah ego kerana tidak mahu menerima hakikat kehadiran jemaah lain..
1)abu saif, sekadar bertanya, kenapa perlu dan wajibkah memilih jemaah dan memberikan komitmen kepadanya? kalau wajib, adakah mereka yang tidak menyertai jemaah dianggap berdosa?
abu saif tulis tajuk “clearkan fikrah sebelum berdakwah” dan menceritakan kisah seorang pelajar yang mahu ikut semua program jemaah2..dan bencikan perpecahan..adakah pelajar ini tidak clear fikrahnya kalau dia tidak mahu ikut mana-mana jemaah? mungkin budak-budak salafi di uia tak clear fikrah mereka sebab mereka berpegang pada manhaj salafi dan kurang antara mereka yang komitmen dengan jemaah2 yang sedia ada..yang ana tahu, mereka banyak membantu jemaah-jemaah ini walaupun tidak menjadi ahli / memberikan komitmen dalam disiplin amal jamai’e..
yalah, bimbang pula dikatakan tidak clear bila harini ini ke program jim untuk isu wanita, esok ke program pas untuk isu pilihan raya, lusa ke program saba islamic media untuk comparative religion, tulat ke program pmram utk tajuk “dakwah fardhiah” , dan hari-hari lain untuk ke program umum dan khusus yang melibatkan pelbagai jemaah, namun akhirnya dilabelkan sebagai seorang yang tidak clear fikrahnya…rugi sahaja menghabiskan masa ke program islam, tetapi fikrah tidak clear..kerana yang clear hanyalah mereka yang betul-betul komited dengan satu jemaah sahaja…
di samping itu, ramai jugalah antara dai yang tidak clear fikrah islam mereka sebab ramai sahaja yang berdakwah bersendirian, dan hasilnya lebih hebat ana rasa…
2)bolehkah kita memberikan komitmen terhadap jemaah PAS dan dalam masa yang sama memberikan komitmen dalam Jemaah PEMBINA / Jemaah Anti-Rasuah / apa-apa jemaah selain jemaah ikhwani-oriented?
mohon maaf abu saif..ana menulis dengan nada bersahaja bukan mengikut emosi..harap dibaca dengan tenang dan rasa ukhuwwah sesama kita kerana ana suka terhadap artikel-artikel abu saif di blog ini..
hamba yang lemah..
maaf, tak dapat edit yang di atas…
1)abu saif, apakah pula yang dimaksudkan dengan fikrah..?
2)adakah fikrah JIM/ABIM/ISMA/HALUAN vs fikrah PAS?
ataupun fikrah mereka adalah fikrah ISLAM dan tujuan mereka untuk membawa islam..sama sahaja…cuma berlainan cara dan method dalam berdakwah..
ana teringatkan satu tulisan di blog http://www.ustaz.blogspot.com tentang jemaah..beliau telah mengupas cantik tentang isu ini..mengapa perlu ada fikrah jim atau fikrah abim atau fikrah isma atau fikrah pas sedangkan sepatutnya ada satu fikrah sahaja..iaitu fikrah islam..masalah ini yang memeningkan ana abu saif…sekadar bertanya dengan rasa ukhuwwah…
terima kasih jiwa da’ie atas feedback yang diberi. tentu sahaja kita perlu melapangkan dada selapang Islam yang maha luas dan cantik ini.
ana straight to the point ye.
Tahun ini genap 20 tahun penglibatan ana di dalam usrah dari satu jemaah ke satu jemaah. Statement ana ini bukan berdasarkan rumours tetapi tidak perlu pula ana mendatangkan contoh satu, dua dan tiga. ia perlu dijawab sendiri oleh mereka yang sedang berada di lapangan itu di dunia student. Keyword, ia bukan rumours.
kewajipan itu ialah kewajipan dakwah. soal nak pilih jemaah atau tidak pilih, telah ana jawab dalam 3 siri artikel KENAPA ANDA BERDAKWAH.
Isu ini telah ana sentuh secara jelas di dalam artikel di atas. Kehadiran ke program itu kesemuanya adalah sebagai peserta program dan bukannya sebagai ahli. pergi program jim sebagai peserta, pergi program Saba’ Islamic Media sebagai peserta. Maka bab ni TIDAK ADA APA-APA MASALAH malah digalakkan. Isu artikel ini ialah menjadi ahli dan aktivis ISMA dan kemudian dalam masa yang sama juga menjadi ahli dan aktivis PAS. Apa masalahnya? Jangan tanya ana tapi tanya mereka. Siapa mereka? Anda tahu siapa mereka.
bab ni terpulang. ana berjemaah atau tidak berjemaah bukan dengan sebab wajib tak wajib, tetapi ana mematuhi hukum sinergi. sama ada sinergi itu mesti mengambil format jemaah atau tidak, terpulang.
why not?
bab “vs” ana tak setuju
ana sangat menghormati ustaz emran. untuk diri ana… ana kurang prefer mempersoalkan realiti sebab realiti itu sudah pun wujud. maka orientasi ana banyak kepada menguruskan realiti…. wallahu a’lam
ana juga menjawab dengan penuh ukhuwwah
alhamdulillah…jazakallah abu saif atas penerangan abu saif..ana sekadar bertanya sahaja…semoga abu saif dan ummi saif terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus berjuang..amin..
cuma soal jemputan tu, mana-mana jemaah berlaku..hatta penceramah pun tidak diberikan peluang untuk berceramah hanya kerana sentimen jemaah berbeza..alhamdulillah, MSM menjemput ustaz setiap masa..
asslmkm..rasanya bg mrk yg berkecimpung dlm bdg da’wah smmgnya xleh lari dr persoalan isu berkenaan harakah islamiah..dan bg mereka yg benar2 berfkr dan mngmbil serius ttg pglibtn mrk dlm sesebuah Jmaah will sooner or later will think about this..iaitu ttg komitmen mrk dlm Jmaah mrk dan juga persoalan penyatuan J.bg mrk yg juga confuse atau prnah berada dlm fasa confusion dlm persoalan ini..bg pndgn ana..Alhamdulillah anta/anti berfikir ttg ini..& menunjukkn bhw anta/anti bnar2 ingin memahami fikrah..instead of just menerima bulat2 dan mngkn tidak cuba berfikir scr mndlm apakah peranan anda atau siapakh diri anda bilamasa sudah trlibtnya dlm harakah islamiah..sbb kdg2 para mutarabbi adlh mrk yg prnh ditarik utk mmasuki Jmaah..lalu mrk mgikut prog ttp xdk mnghyti prog shingga akhirnya tidak berlakunya kfhmn fikrah..lalu akhirnya byklh mrk2 yg mngikut Jmaah atau usrah tanpa mmahami hakikat sbnrnya pglibtn mrk.wallahua’lam..
salam ust,
sy nak tny, kenapa salah atau sedikit terpesong jika seseorang itu mahu kata, “ana muslim, fullstop”? mestikah dia identify dirinya sbg ahli mana2 jemaah? bukankah jika seseorg itu mengenalkan dirinya sbg ahli sejenis jemaah, nanti akan di stereotypekan oleh org lain, i.e “patut lah dia mcm tu”, “tak payah ajak dia, dia ahli JIM”, etc?
yg sy nampak skrg, mslh perpecahan ni dah lama sgt n xtahu lah semakin baik ke buruk, tp kalau blh nak lah agar semakin baik…wallahua’alam.
Assalamualaikum WBT.
Di link ini saya nukilkan pengaduan seorang sahabat yang bergiat di dalam usrah di mana, mahu menghadiri kuliah umum yang saya dan sahabat-sahabat saya anjurkan juga perlu mendapatkan keizinan naqibah.
http://the-authenthic.blogspot.com/2008/06/apa-komen-kalian-untuk-usrah-ini.html
Dan bukanlah khusus untuk kuliah-kuliah yang saya dan rakan-rakan anjurkan, bahkan apa-apa aktiviti smapai nak balik kampung pun begitu.
Dan saya merasakan inilah hal yang Abu saif tak setuju, kerana kuliah-kuliah umum seperti namanya, adalah umum, tidak berkaitan sedikit pun dengan gerak kerja organisasi dan lain-lain.
Ia adalah kuliah umum yang berkaitan hadith, feqh, tafsir, yang semua insan berhak mempelajarinya tidak kiralah dia menumpukan kepada bidang poliktik, dakwah kepada nn-muslim, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan lain-lain.
Maka fahamilah, konsep “Sembunyikan gerak kerja, Iklankan dakwah”.
Keterleibatan dengan mana-mana kumpulan mestilah mengambil kira apakah manfaat yang mampu kita berikan, dengan kumpulan manakah kita dapat menjadikan diri kita bermanfaat secara optimum, bukan hanya untuk diri sendiri, bahkan untuk masyarakat.
Ingat pesan Abu Saif “Erti Hidup Pada Memberi”.
bilamasa kita sdh mnjadi pndokong utk ssuatu gerakan..dan mngikuti proses tarbiyyah gerakan itu…msh lg kita dianjurkn utk ikuti prog umum pihak2 lain kn?..tp kita komit kpd prog khusus ..prog khusus lh yg kita x melompat2 kn bg memastikn keberhasilan prog takwim kn? dlm bab walimah pula,..apa pndgn ust..sy rs agak jumud apabila kita restrictkn ahli jemaah ini dgn ahli2 nya..tp apa pndgn ust bg mrk yg brpndgn apabila kedua2nya dr jemaah yg sama akan mnghasilkn satu sinergi dan memastikn penerusan tarbiyyah ahli2nya?
[...] Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah http://saifulislam.com/?p=1964 [...]
“berlapang dada dlm hal yang x disepakati dan bekerjasamalah dalam hal yang disepakati”. as-syahid imam hassan al-
banna
Salam ust…saya skrg belajar di Mesir.saya nak berkongsi pengalaman setakat khdpn saya selama ni di Mesir:)
Apa yang ingin saya highlightkn ialah”BERAMALLAH”bukannya berdebat,dan “QUDWAH sblm bercakap”
saya bukanlah org yg pandai mengarang tapi saya ingin berkongsi pengalaman selama saya di Mesir.dan inilah yg sebenarnya dirasai oleh sahabat2 saya dan kebanyakan student2 di mesir ini.
Mungkin kita biasa mendengar istilah2 ISMA,PMRAM,NADI UMNO,ABIM,dan sebagainya….
Cuma saya tertarik dgn qudwah yg ditunjukkan oleh ahli ISMA dalam mentarbiyyah para mahasiswa/i di bumi anbiya’ ini.
drglah contoh dan terkedepan dalam pelbagai sudut:
1-Menziarah student2 lain exp: di imarah rumah negeri,di rumah2 sewa (drg ziarah berpuluh kali
2-Merekalah yg mula2 menyapa student2 lain dlm kuliyyah.(sbb biasanya kalau student lain espclly PMRAM tahu tu budak ISMA drg x tego!!
3-Yang lelaki pergi sembahyang jemaah 5 waktu complete…
4-x de prestasi buruk dlm rekod(exp:chatting lain jenis,borak ngan lain jenis,mata x jaga,ckp bahasa x elok,n lain2)
5-Waktu Ramadhan ni drg bg shantoh2 Ramadhan(beg berisi makanan n poster2 sbg sedeqah) di rumah negeri,edarkan poster2 penghayatan Ramadhan,terawih,iktikaf n saling buat iftar(kwn cerita kt saya)ajak org iftar.Dgr sgt brsungguh2 mengejar fadhilat Ramadhan sedangkan mahasiswa/i lain x kira ustaz/ustazah or sape2 yg lain meraikan Ramadhan seperti hari2 lain cuma bezanya kena puasa n terawih…..
6-AJAK ORANG KPD ISLAM,BULAN MASUK PERSATUAN
7-Dan paling saya suka ialah drg x pernah dididik utk berdebat2 dlm isu jemaah2 ni.Mereka selalu dilabelkan sbg pemecah belah tp kalau tanye sape2 pun semua akn jwb x pernah terpancul dr mulut drg pasal perdebatan isu jemaah,hatta kalau dlm majlis ilmu yg drg anjurkan..
“Qudwah sblm bercakap”…kenapa ISMA smakin cpt merebak pengaruhnya dikalangan mahasiswa/i Mesir SEDANGKAN drg x de plk dpt tmpt dan microfon utk ckp pasal drg punye persatuan atau cakap pasal keburukan persatuan lain n kebaikan sendiri???????
ini x lain x bukan sbb QUDWAH drg di mata masyarakat mahasiswa/i Mesir x kira dari sudut akhlak(peribadi),pelajaran,kepimpinan,muamalah drg n lain2…
so,saya x nak salahkan sape2…masing2 cuba bekerja baik ISMA,PMRAM,ABIM n lain2…..cuma,kpd semua sahabat;
Buatlah kerja dan kurangkan bercakap dan berdebat.sampai kiamat pn x kan selesai…jgn kita jadi mcm bani Israel n orang kafir yg asyik berdebat dgn nabi drg….sbb kita akan masuk syurga bkn semata2 amalan kita,tp dgn rahmat Allah.
so,kalau asyik tunding jari n cari kesalahan orang sampai rosak ukhuwwah buat ape,nnt sendiri dpt balasan kat akhirat.Baik ajak je orang kpd islam.
SELAMAT BERAMAL:):):)
wassalam
Salam…Saya juga dari Mesir..Elok sangat cerita tentang kebaikan sendiri dan keburukan orang lain. awak cakap macam orang mesir 2 orang je…Ana tak pernah pulak dapat bekalan ISMA di rumah negeri,artikal jauh sekali.Dijemput program presiden ISMA tak datang, PMRAM juga ada program ilmiah..Harap2 sgt dapat betulkan ucapan awk. Ana sebagai saudara yg terasa sangat2 dengan ucapan yang banyak cacat dan salah..maaf
Satu komen kecil, terlalu kerdil untuk mengecilkan hati pejuang yang berjiwa besar. Haadi’ ya akhuy al-habib!
(^_^) alhmdulillah
kelebihan ustaz adalah dpt menggunakan perkataan utk menjelaskannya dgn baik
[...] Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah [...]
Salam ziarah,tuan ..sila ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan jangan lupa add blog saya..tq
[...] Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah May 19th, 2008 | by Abu Saif | 9,541 views | Print | Email [...]
salam ustad,
Alhamdulillah, terjawab juga sedikit persoalan sya dlm isu ni.. cuma nk tanya ustad, knape yea ada isu rahsia-berahsia antara jemaah2 ni? selen tu, btulke kita x buleh terlalu fikirkn ttg jamaah ni, msuk je mne2.. xyah kaji.. mlah de seorng ukhti ni ckp, de orng sampai gila fikir ttg jemaah.. so, x payah kji lebih.. masuk dn tgok sendri..
benarkah begitu??
wallahualam
Betul kata ustaz kita kenalah tahu tujuan dan matlamat kita. Apa matlamat agama Islam yan dibawa oleh Rasullulah. Kemudian kita lihat balik diri kita betulkah kita ini menepati kehendak Rasullullah dalam menepati kehendak agama. Kalau semuanya dah tepat, sudah pasti tidak akan kita mudah dikelirukan oleh sesiapapun.
[...] **ni utk perkongsian. Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah [...]
salam ustaz…secara zahirnya jemaah memang tidak salah namun ahli2 di dalamnya yg sering melakukan kesilapan dan dalam pada masa yg sama menimbulkan fitnah buat Islam itu sendiri. Ingin saya menanyakan satu isu tentang bagaimana kita ingin melahirkan Qudwah dalam kalangan ahli Jemaah sedangkan dalam masa yg sama sering menimbulkan fitnah dalam kalangan orang luar, misalnya masyarakat kampus.Masalah ini kadang-kadang menjadi intipati terbesar dalam gerakan Islam itu sendiri kerana mampu membawa menuju kepada kehancuran Islam…mohon pandangan
Salam alaik, isu ni kian hebat di ucapkan di kampus2 mungkin, sebab isu ni juga hangat di UMS. Pada pandangan saya, tiada masalah untuk join usrah j lain, ia tak rencatkan Fikrah pun jika wujud kefahaman dalam j sebenar yang di ikut. Anggap shaja la tujuan kita untuk mendapat ilmu dari usrah J lain. Mungkin ada kekuatan dari pelbagai posisi dari sudut perkongsian usrah dari ABIM,JIM, ISMA,IKHWAN dan seangkatannya. Buat apa mahu diperdebatkan sedangkan matlamat kita 1, dan saya yakin jika wujud kefahaman dalam mana2 ahli J dan dalam J yang berbeza, pasti mereka tahu untuk mengintima’ kan diri selepas dari bergelar mahasiswa nanti. Sekadar pandangan
assalammualaikum…asyik megutarakan pndapat,pandangan..tp tpikir kah kalian sebagai islam,apa yg kalian lakukan?sumbangan kalian?..fikir fikir kan.
@murizan alhabsyi,
elok juga difikirkan sama bahawa mereka yang memberikan komen-komen ini juga aktif bekerja. jangan digalakkan persepsi bahawa pemberi komen hanya tahu komen. Boleh juga dibaiksangkakan bahawa mereka juga aktif dalam kapasiti masing.
salam ust ana tertarik dgn penulisan berkenaan tajuk ni.minta ust ulas mengenai pandangan ust zawawi mengenai taadud jemaah .
http://www.issainad.blogspot.com/
ustaz…dlm fatrah budaya kampus bagi mahasiswa skrg…ramai lagi yang terpinga-pinga dan mcari-cari dahan untuk berpaut dimedan dakwah…mencari sesuatu ‘bekas’ yang sebetulnya mampu menjelaskan fikrah terbaik dalam memperjuangkan ISLAM..harap ustaz dapat bagi skill utk buat penilaian terbaik memilih yang mana lebih bersifat ‘syumul’.
salam,
bole tak ustaz tulis artikel dalam gaya bahasa yang mudah. saya maklum bahasa yang ustaz gunakan itu indah, tapi agak sukar untuk difahami. saya mencadangkan bahasa yang simple dan ringkas, supaya semua orang yang baca faham
Istilah bahasa arab (yang jarang didengari) yang ustaz gunakan kalau bole disertakan maksud
terima kasih
Salam kepada anonymously..
bahasa yang ustaz tulis tu memang susah untuk difahami jika kita membaca tanpa selami dan hayati maksudnya. bukan trend membaca untuk peperiksaan, tapi membaca untuk dijadikan panduan hidup sebagai mukmim. selain itu, perlu juga anonymously ikuti perbincangan yang lalu supaya faham apa yang nak di sampaikan. setiap ilmu yang kita belajar ada disiplinnya, jika tiada disiplin ilmu maka pendirian dalam menyatakan sesuatu akan berubah-ubah. tapi cadangan sertakan makna bagi istilah bahasa arab tu bagus juga, saya sokong. macam mana ustaz?
Salam…artikal yang membina. Ramai sahabat yang memberi komen dalam masalah ni..Saya amat setuju tentang bab Intima’(komitmen) dalam sesuatu jemaah perlu ada.
Sekadar cadangan..Ustaz perlu letak dimana posisi ustaz yang sebenarnya.PAS or sebaliknya kerana orang yang memberi komen masih kabur dan hanya mencari titik persamaan jemaah. jika diberi secara jelas, ia akan selesai.
Dari sudut kontek masyarakat umum atau mahasiswa dimana posisi yang sesuai???
Adalah menghilangkan nilai kalau setiap kali menulis, saya kena declare saya ni PAS atau ‘the Others’, walhal artikel ini boleh dibaca dengan sejahtera tanpa bias dengan tidak mengambil kira penulisnya dok cawangan, kawasan atau lajnah mana dalam parti.
Kalau korek-korek sikit dalam archive, rasanya jawapan kepada permintaan Pali sudah terang benderang. Saya tidak pernah menyembunyikan siapa saya, tetapo saya juga tidak menghebah-hebahkannya.
Ia adalah responsibility, bukan opportunity yang boleh menjadi liability!
Setuju dengan Ustaz tentang tak perlunya declaration, hijau ke tidak pada parti, kerana yang memimpin sekarang ialah gabungan penyokong dan pembangkang!
10x setuju, tetang banyaknya artikel tentang siapa Ustaz, apa Ustaz buat, apa Ustaz fikir … sampai kadang-kadang tak tahu di mana Ustaz … (di mana kita)
“Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.” dari artikel.
Jernihkan, terangkan, bulatkan (dan sebagainya), minda dan fikrah dalam semua tindakan harian, menjadikan kemudiannya dakwah berkesan.
Kembalikan diri kepada FITRAH, bukan dengan mematikan semangat hidup di Dunia, tetapi dengan memahami FITRAH mengenali dan membudayakan CarakerjaNYa.
It is not only the art of performing life, but the SCIENCE of understanding the art of performing life.
Index 5
salam..
“…Cuma, ana nak tanya, kalau sekiranya ada student yang ikut tarbiyah PAS, nak ke MSM atau ISMA atau ISK (?) terima student ni jadi ahli mereka? Setakat realiti yang ada, usahkan nak jadi ahli, jemputan pun tak diperpanjangkan….”
berdasarkan pengalaman setelah jemputan diperpanjangkan, ie. utk program2 umum, feedback2 yg diperolehi drpd ahli2 yg telah ikut tarbiyah PAs, boleh la antum semua baca sendiri di blog2 mereka..bukan 1,2,3 kali..
kalau program ISK mmg program umum, tetapi hanya untuk mereka2 yg masih bersih minda dan jiwa mereka..kerana dikhuatiri pisang berbuah dua tiga empat kali..
mohon maaf..
wallahualam..