
Ini cerita lama. Lebih 15 tahun yang lalu.
Saya berkunjung ke sebuah tempat, yang molek saya rahsiakan. Perlu dirahsiakan, kerana penemuan saya di tempat itu sungguh luar biasa. Saya ketawa, kemudian tertelan air liur sendiri, kemudian ligat berfikir dan kemudian mengabadikannya dalam kenangan.
Kenangan yang luar biasa.
KANAK-KANAK TIDAK MENIPU
Petang itu saya yang masih muda remaja tenggelam melayan kerenah kanak-kanak yang rancak bermain di depan Madrasah. Tiba-tiba salah seorang mereka tersepak bola bersalut tanah tepat ke muka kawannya yang berdiri di depan.
“Ooi, Mahathir engkau!”, kata kawan yang terkena bola.
“Apa mencarut-carut ni. Berani kau kata aku Mahathir ya!”, jawab kawan yang di’maki’ tadi.
Saya sejuk.
Antara mahu ketawa, dan sakit kepala.
UPDATE VERSI 2008
Sempena kenaikan harga minyak mendadak oleh sebuah negara pengeluar petroleum berkualiti tinggi pada 5 Jun 2008, saya tertanya-tanya, di manakah kanak-kanak itu hari ini? Apakah mereka bercadang untuk me’maki’ dengan ganti nama terkini?
Sindrom ‘PEDULI APA’ di kalangan manusia AL-MALA’ sudah sampai ke kemuncak kegilaan mereka.
Media Prima dan ASTRO dengan kelakuan PEDULI APA mereka. Menghabiskan duit rakyat dengan program hiburan, sms demi sms untuk membayar ketagihan mereka terhadap dadah hedonisma.
Celcom dengan kelakuan PEDULI APA mereka. Menganjurkan pertandingan yang nyata JUDI dengan modal sms ratusan ringgit untuk memenangi Toyota Camry yang menggiurkan peminat jalan pintas!
Semuanya menjadi LITTLE NAPOLEON kerana bertuankan ideologue PEDULI APA!
WHAT YOU GIVE YOU GET BACK
Tetapi nak kata apa?
Sindrom PEDULI APA itu berkembang biak kerana masyarakat sendiri selesa hidup dalam sikap AKU TIDAK PEDULISMA mereka selama ini.

Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara keseluruhan). Dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfaal 8: 25]
Moga sentuhan azab Allah di kehidupan duniawi ini tidak melarat ke alam Akhirat.
Berubahlah… anda tahu di mana permulaannya.
p/s: Tahniah Ezam!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
>>> Post powered by mobile Nokia N95
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











[...] Kenangan Luar Biasa [...]
a very good entry tht teach evrybody to think. i’ve got my very own answer and hope others too..it is just a few minutes job to our mind..thanks ustaz (ustaz boleh delete comment sblm ni)
salam..ya!..’kenangan luar biasa’..Harga minyak yg melambung tinggi ini jugak mnjadi ‘kenangan luar biasa’ bagi rakyat Malaysia (kecuali bg mereka yg masih lg di alam fantasi, masih tidur dan tidak sedar2 lg)..Iktibar bagi rakyat Malaysia spya ambil cakna dan endah dgn masalah negara yg berlaku..(hadiah pasca PRU untuk rakyat)
Salam, Satu hypothesis
what if crude petrol itu bukan kepunyaan petronas? what if masa penemuan petrol dulu petronas tak ada teknologi dan kemahiran lalu memajakkan telaga minyak kepada syarikat shell and esso selama say 45 tahun? jadi sekarang ni petronas beli balik crude oil dengan harga pasaran untuk diproses.
i agree with petrol price increase even though i am a PAS member for life. for how long we should support orang kaya pakai kereta besar? the money should go to the deserving like the poor. keadilan itu bukan equal distribution tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
but i don’t agree with the mechanism of subsidizing the poor. they should think of other ways.
my idea is unpopular but i think we should not give to the rich. i’m willing to pay more because i think it is not right to take the money which should be for the benefits of the poor (the poor is a household of four that earned less than RM3000.00 per month in the City).
Itulah masalahnya ummu saifullah. Banyak persoalan berbentuk ‘what if …(fill in the blank)?’ sebab selama 50 tahun, Petronas tidak ada accountability dengan public (contohnya melalui parlimen). Mereka hanya ‘liable’ kepada satu manusia sahaja di Malaysia (i.e. PM). Tidak ada transparency. Pendapat peribadi, SUBSIDI ADALAH DENDA yang dikenakan terhadap kerajaan kerana gagal menaikkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.
Kegagalan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia setelah 50 tahun merdeka melayakkan mereka dikenakan denda yang setimpal. Meningkatkan taraf hidup juga bermaksud menyediakan suasana di mana rakyat boleh berdikari.
Sebagai contoh, petrol akan dikaitkan secara langsung dengan pengangkutan. Dan pengangkutan bukanlah satu yang ‘luxury’, tapi dah menjadi barang(atau service) yang asas seperti beras dan gula. Sifirnya mudah: tak pergi kerja, tak boleh dapat duit, tiada duit, maka tiada makanan, perut lapar dan etc.
Dalam 50 tahun pemerintahan BN,banyak kemajuan disandarkan kepada pembinaan infrastruktur (lebuh raya, masjid besar, bangunan besar, pembinaan railway dan etc) semata-mata. Dan reformasi dalam pengangkutan awam tidak diberikan tumpuan sewajarnya. Kalau kita ambil projek mega yang ada bunyi ‘koridor’. Cuba tunjukkan jika ada inisiatif dalam reformasikan pengangkutan awam. Tadi saya ada sebut ‘railway’ bukan? Memang sekali imbas bila kerajaan nak buat landasan keretapi berkembar daripada Ipoh ke Rawang, masyarakat marhaean akan nampak usaha kerajaan untuk pengangkutan awam, tapi itu hanya ‘smokescreen’. Yang mendapat manfaat terbesar hanyalah mereka berkepentingan. Hujah saya? Landasan berkembar Ipoh-Rawang telah lama siap, tapi trem komuter baru dibeli awal tahun ini. Memang kelakar! Padahal yang menggunakan komuter bersesak-sesak melebihi kepadatan ikan sardin dalam tin. Kalau analogi dipanjangkan, bina jalan raya, bina lebuhraya tapi tiada sistem pengangkutan awam yang melengkapinya.
Sepatutnya kita dulunya terbeban, tapi tidak (ataupun kurang), kerana beban kita diserap secara ‘artificial’ oleh subsidi minyak. Maka bila subsidi ditarik, rakyat yang akan terperosok dalam kemiskinan. Tidak kisahlah, sama ada dia seorang doktor atau penyapu sampah majlis perbandaran, graduan universiti atau yang tak masuk uni, semua mendapat penangan yang sama. Dan bila ada penjimatan, saya ingin membuat persoalan: what if..penjimatan atas nama pembangunan itu diboroskan oleh kerajaan? Sejarah tidak pernah berbohong.Atau sejarah mungkin berulang (mengikut kata ahli sejarah)
lihat berita MKINI yang lepas untuk tahu hasil akhir penjimatan subsidi 4 billion- “Pak Lah: Don’t question RM4.4 bil for public transport”
klik sini
Salam.
Yg pertamanya, tidak akan mungkin wujud hypothesis begitu, kerana hakikatnya pengeluaran minyak dinegara kita diusahasama secara production sharing contract (PSC).
Tapi sebenarnya apakah yang rakyat marah ? Benarkah rakyat marah kerana harga minyak naik ? Atau memang rakyat sudah marah tentang banyak hal lain, jadi isu minyak macam jadi pembakar kemarahan ?
Saya sebenarnya tidak marah sangat harga minyak naik. Sebab bila harga minyak naik, saya menjadi pengguna minyak yang lebih efficient. I am now commuting to work using a smaller car. Sekarang dirumah saya aircond 24 jam, bila harga electric naik, we will have to consider pasang timer utk aircond. So, I think, saya menjadi lebih islamik dalam penggunaan bahan api. Apabila bahan api terlalu murah, kita jadi rakyat yang membazir.
Tetapi yang saya marah ialah kerana, pemimpin2 kita yang sudah lupa bagaimana hidup rakyat marhaen. Terlalu lama hidup senang, mereka lupa bagaimana kita tersepit dlm traffic setiap hari, mereka lupa bagaimana perasaan tunggu bas dan berhimpit2 dlm LRT. Mereka suruh rakyat berjimat, tapi mereka ada berjimat ? Setakat potong 10%. 10% tu dari elaun keraian. elaun keraian tu 10% saje dari total salary package dia. So maknanya 1% sajelah turun. Lepas tu, kalau setakat tak berjimat tak apa, tapi membazir ! ! Itu yang rakyat sangat marah ! Setiap kali balik ke Kuala Terengganu, hati ni terbuku tau tengok masjid terapung.
Mereka juga gagal mengawal harga barang. Memang fuel cost contribute towards higher food prices, tapi tidaklah sampai berganda. Sebab minyak bukan component 100% dalam makanan kita . Mungkin 10% saje. Jadi kalau harga minyak naik 30%, sepatutnya barang naik 3% sajelah.
hurm…ana fhm pe ust nk smpaikan..tp xper la..maybe ust nk hurai lg kot…hehe..buat mak saudara ust, ,g rohnya dicucuri tahmat..ditempatkn bersam org2 yg beriman…ameen..
rasa macam pernah baca artikel ni.
tapi di mana ya? -_-”
owh baru sedar. ade “update versi 2008″.
ganti nama terkini? hoho. makes me wonder. =p
takziah buat keluarga ustaz. kullu nafsin za iqatul maut. sehari kita hidup, sehari lebih dekat kita kepada maut. mungkin esok lusa, masa kita pula.
apa yg ust nak smpaikn kita sumer sedia mklum..bahasa kiasan yg indah dan gramatis hehe..;p yg cuba me’relate’kn kenangan luar biasa ust yg lepas dgn perkara luar biasa yg berlaku sekarang,iaitu minyak,minyak dan minyak..emm..’kanak-kanak’ Malaysia dgn sindrom ketidakpeduliannya..
salam..
sememangnya saya sejujurnya merasakan sedikit kejutan bila dikhabarkan ttg kenaikkan harga minyak, walaupun ketika ini sy tidak berada di tanah air.. di fikiran sy, terbayang bahang keperitan yg bakal dihadapi oleh sesetengah golongan yg “biasa-biasa”..kemampuan mereka kini telah dibatasi oleh satu lg bebanan tanpa sempat masalah lain di usaikan.. mereka juga rakyat seperti kita..??
p/s: benar kata bidalan “berat sama dipikul, yg ringan dijinjing sama”.. namun sikap ketidakpeduliaan telah menafikan pepatah ini..
p/s:tahniah ezam!…ape mksud ust?
Baca sebagai satu bahasa sinikal tanda protes… Marah tandanya sayang!
sdra/i izzrawda
pesanan ini melankolik cuma.
Bahasa Majaz.
-:)
Salam..
ana kesal sungguh dgn kenaikan harga minyak petrol di Msia. Sewaktu pulang dr bersiar2 di bandar, kelihatan kenderaan beratur utk memasuki stesen minyak memandangkan harga minyak akan naik selepas tgh mlm ini (5 Jun 08). Mcm mana la rakyat nk survive lepas ni. Mcm2 la alasan kerajaan bg, tp hanya menabur janji2 yang x berkesudahan. Akhirnya, rakyat jugak yg tanggung derita. Ana berbual la dgn ibu ana di sebelah, wkt Mahathir dulu, xde plak jd macam ni. Smpai dh naik geram dgn Pak Lah. Last2, ana plak kena marah. Golongan muda yang terlalu berwawasan katanya. Ssh juga bila org2 seusia mak ana ni yg terlalu pro kerajaan. Mgkin sudah terlalu sebati dengan tipu helah parti dacing tu smpaikan apa2 shj yg mereka buat btul. Ana harap rakyat msia, trutamanya golongan muda mudi skrg mampu bawa perubahan pd msia suatu hari nnti. Pak Lah, tlg lah jaga dr tidur anda! =(
Perit!!! Itu yg dapat ana katakan kepada semua rakyat Malaysia. Di sini (NZ) harga petrol 2 dollar seliter tapi gaji minimum dlm 1000 dolar sebulan dan harga ayam, daging dan susu masih lagi murah. Tambahan lagi pengangkutan awamnya amat efisen dan jug harga kereta yg murah. Maknanya tak ada org yg merungut krn harga petrol selaras dgn harga brg2 lain. Di tanahair ku…harga minyak dekat RM3! Gaji murah, tol disana-sini, kereta mahal dan serba-serbi lagi barang mahal…sedih teringatkan ibu di kampung dan adik-beradik yg tak seberapa pendapatannya!!!
Tumggukan kenaikan harga barang2 yang lain kerana kos pengangkutan!!!
Dalam politik kawan dan lawan tidak kekal, bergantung kepada siapa yang melompat.
Pahit nak ditelan. Memang tepat kita mengundi perubahan selama ini.
Subsidi jadi tinggi bila ada yang pergi petrol pam 5 kali sehari. Jual minyak subsidi pada yang tak layak dapat subsidi. kita yang pergi isi minyak 4 kali sebulan ni kena tanggung mereka ni.
Asslmualaikum..
Tahniah kepada rakyat malaysia..dan tahniah kepada cendiakawan malaysia kerana anda berjaya mendisplinkan rakyat supaya bejimat cermat. Aman dan makmur kerana setiap hari tiada jenayah…
Para cendiakawan membahagi idea yang kreatif dalam ekonomi dan strategi untuk menyelamatkan subsidi minyak supaya rakyat negara jiran tak bleh curi subsidi minyak… kenaikan minyak tidak akan menyebabkan harga barang naik kerana rakyat akan melaporkan kepada kerajaan sebarang kenaikan dan kerajaan akan pantau..kenaikan desebakan harga semasa, dan kita agak murah jika dibandingkan dgn negara bukan pengeluar
Tahniah kepada agenda islam hadari kerana pinjaman loan dan kad kredit sekarang amat mudah diperolehi tampa penjamin.. ini memudahkan rakyat membeli secara hutang secara langsung dapat meringankan beban rakyat..
Tahniah kerana anda telah mencerahkan siapa yang disebut akhir zaman..
saya atau awak atau kerajaan atau rakyat atau melayu atau cina atau bangsa lain atau pak lah.. atau siapa nak dipersalahkan, alasan atau penyelesaian, strategi atau penipuan, pakatan pembrontakan atau pakatan penyeselaian, auta atau fakta… sama sama fikir
sungguh mendalam…sungguh sopan tapi tajam…
stuju2…
sungguh tajam…maksud yang tersirat yang sungguh mendalam..sama2 kita hayati…
Tak salah menggunakan teknologi canggih ini untuk kebaikan…tapi tolong lah rakyat Malaysia henti kan lah peraduan dan undian yang membabitkan sms ini…sakit hati sungguh…apatah lagi sekarang ini saya lihat senang sungguh ibubapa memberi duit anak beli top up…”mak nak 10 ringgit,nak beli top-up”..anak saudara saya mintak duit dari mak nya…sedangkan maknya sedang bertungkus lumus di market menjual kuih…YA Allah..sedih saya..tapi yang peliknya mak pun bagi…saya tanya kenapa bagi..”tak pa la diaorang tolong kak pagi tadi”..macam tu ker mak bapak layan anak sekarang…macamana la anak saya nanti bila dah besar..hanya memanjatkan doa kepada Allah saja yang dapat menghindarkan anak-anak saya terjebak dalam keadaan yang tidak diingini…Saya seru rakyat Malaysia tolong lah jauh diri dari undian-undian hiburan ini..tolong lah…Kepada Ustaz..teruskan lah dakwah ustaz…saya percaya isteri ustaz seorang yang baik dan memahami…ustaz teruskan berdakwah dan sentiasa la seru rakyat Malaysia tentang hiburan yang terlalu melalaikan…
Salam takziah buat ustaz atas ‘pemergian’ ibu saudara…
Petro naik scara mengejut sebanyak RM 0.78 yang diumumkan Perdana Menteri semalam semacam mimpi buat saya, sebab semalam juga saya submit borang untuk beli kereta baru…. dialog dalam diri saya “macam tahu-tahu dah pak lah ni, ari ni aku nak beli kereta, ari ni juga die naikan harga minyak…hampeeh betullah “.. afuan
salam…
Tahniah dan dukacita..tahniah buat penyokong BN..ana yakin mereka semua kaya-kaya.Makan sekali 4-5 jenis lauk.Tidur 4-5 lapis tilam.Rumah sekali buat 4-5 lapis..jadi apa sangat kenaikan minyak ini.Lagi naik,lagi bagus..sebab mereka mampu…
Dukacita buat rakyat marhain yg telah membuat perubahan.Tetapi inilah hakikat demokrasi.Suara terbanyak itu berkuasa.Walaupun suara terbanyak itu adalah golongan Al-Mala’…Salam takziah buat kalian
Ana masih menunggu golongan yg mengatakan tidak boleh menegur pemimpin islam scr terbuka…kena pergi jumpa dalam keadaan tertutup dan tegur..So tunjukkan tindakan anda yg syarie’ itu.
Barang Naik,Bila Naik?,Baru Naik,Berapa Naik?,Banyak Naik…Minyak dah naik..rakyat bila nak “NAIK MINYAK JGK?”…
Afwan ustz,ana xsempat nak tekan butang pause…dan terkilan melihat kwn masih tebal sikap “TIDAKPEDULIMA”
Sampai sekarang saya masih hairan kenapa kita selaku negara pengeluar minyak dunia tidak mampu membekalkan minyak dengan harga yang murah kepada rakyat. Ke mana minyak yang digali kat Terengganu tue pergi?
Org yg memuliakan ilmu dan ulama, tidak akn menghentam pendapat org lain yg juga berhujahkan al-Quran/hadits. Tlg jaga adab dlm ber’khilaf’
Tepuk sebelah tangan tidakkan berbunyi…alangkah indah jika quote jaga adab dlm “berkhilaf” itu diamalkan bagi kedua-dua pihak.Jangan sampai bila kita cuit org tidak ada masalh dan sampai masa org lain cuit kita..kita melompat mengeluarkan keris lantaran alasan tidak beradap…
Teringat article ustz “Saya Sahih kerana Rujukan Saya Sahih” http://saifulislam.com/?p=257 …Salam syg buat hanafi…by the way,nta make good point there…=)
Would you mind explaining yourself?
moga bertemu titik yang diperlukan.
ana dah pencen
Takpe.. takpe… harga minyak kita masih murah. Kalau nak compare dengan Singapura dan Indonesia jauhhh lagi murah kita. Thailand pun tak murah macam kita.
Yenadey?? macam ini ke sikap pemimpin-pemimpin Malaysia? Nampaknya nak kena suruh ustaz bagi kem motivasi kat dia orang. Tiap-tiap hari kerja tipu orang je. Cubalah belajar-belajar think outside the box ke. Ini ribut tak, hujan tak. Tau- tau naik.
Tahniah la kat penyokong-penyokong dan juak-juak UMNO/BN kat luar sana. Dengar cerita dapat kupon potongan harga minyak.( Ke tak dapat?). tak payah bising-bising, orang dah cakap taknak dengar.
Pasal sms tu, peraduan akan diberhentikan sementara atas arahan MCMC. Harapnya akan diberhentikan terus. Tunggu pengumuman dalam masa terdekat.
Sedang menanti, apakah yang bakal berlaku kelak.
Bila bekalan minyak habis, dunia ini akan kembali seperti hidup di zaman batu.
Apa khabar agaknya pelantar kita di Kelantan yang dikhabarkan akan didaratkan di Terengganu?
saya antara orang yang paling terasa kesan kenaikan minyak melampau ni. perjalanan saya ke tempat kerja setiap hari memerlukan belanja sebanyak RM40 sehari untuk minyak dan tol. bayangkan berapa rm sebulan. gaji cukup2 je lepas tolak perbelanjaan lain. lepas ni negative la nampaknya gaji saya
Saya nak beli kuda. Ada orang jual?
Tak perlu pakai minyak, bagi makan rumput dan air je (air lopak pun boleh). Tak perlu lalu highway,tak ada tol, boleh redah hutan amik shortcut. Parking pun tak perlu bayar.
Gurau je ye.
assalamu’alaikum..
erm entry ni macam perlukan komen untuk difikirkan bersama ek..?
kalau dulu, mereka kata ‘mahathir engkau’, sekarang ni..??!
huhu mungkinkah..?!
mencela itu lbih baik drpd menasihati?…
“Saya nak isi minyak penuh tangki ye. Saya undi BN dulu. Bagi diskaun lah…..”
Bahasa kiasan ustaz dalam artikel ni agak tinggi bagi saya. Got to think a a lot…. Siapakah ezam yg dimaksudkan? why he deserves that congtraz? or does it mean the other way???
Bahasa pilihanraya pun tak paham lagi, mungkin bahasa atas jalanraya baru paham kot.
Kat Arab Saudi, kalau tak silap minyak dijual dalam harga rial (tolong betulkan jika saya silap), jadi rakyat dapat beli minyak dengan harga murah, sbb Arab Saudi merupakan negara pengeluar minyak.
Minyak kat Malaysia dijual berpandukan dolar amerika. Sebab tu, bila harga dunia melambung naik, kita turut terasa kesannya. Sepatutnya negara kita sebagai pengeluar minyak, dapat untung banyak bila harga pasaran naik. Maka, sepatutnya, kita sebagai rakyat dapat menikmati hasil jualan minyak yg berganda…bukannya kita turut sama merasai keperitan kenaikan minyak dunia….
Di Australia, minyak juga mengikut harga pasaran dunia, tetapi bila harga dunia jatuh, harga minyak turut turun. Adil lah sebab Aust. bukan negara pengeluar minyak. Masalahnya kat Malaysia, bila harga minyak dunia jatuh, harga minyak kita tak turun pun…huhu…
kat arab saudi minyak depa seliter 50sen (duit riyal) kalo compare dengan duit kita lebih kurang 30 sen seliter kot…
oh Malaysia tanah airku
Bagaimana harus dibantu
Fikiran jadi buntu
Manusia menjelma hantu
Darah dihisap tanpa silu
Hati jadi tambah pilu
Sumpah sudah tidak perlu
Nak kata apa??
undi yang sana, minyak naik
undi yang sini, dapat kandang 100 juta
Nak kata apa?
Yang peduli pun buat2 tak peduli..
undi sini, dapat najis di dalam kandang.
undi sana, dapat najis naik ke takhta!
ibu saya seorang penjual kuih..baru2 ini ibu beritahu saya yg dia dah berhenti jual kuih..
bila saya tanya kenapa berhenti?..sebab barang2 dah naik harga ke?…
jawab ibu saya..bukan tak mampu nak beli tepung atau minyak..tapi tak sanggup nak naikkan harga kuih beliau kepada pelanggan…
Alhamdulillah, entry yang ditunggu untuk respon “kenangan luar biasa” dari pemimpin “unggul” negara. Tertarik saya dengan sindrom peduli apa dan ‘aku tak pedulisma’. Macamana ustaz dengan ‘kita yang penuh peduli’ yang membawa angin perubahan pada PRU12 lepas. Kemudian ‘suara besar’ kita masih halus rupanya. Mungkin ustaz satu buku untuk kita sama-sama mengambil langkah penuh peduli. Letih sebenarnya isu ini menggigit semua kelompok masyarakat. Hati rasa sakit, bila kenang ayahbonda dikampung pasti terasa dengan ‘hadiah’ pasca harga minyak naik nie. Tengah menunggu ngauman besar wakil2 pilihan kita di dewan’besar’. Nak cepat habis belajar nak balik mesia.
makin lama makin menjadi..huhu~
Salam, kepada ustaz, sy sbenarnye berharap ustaz akan lebih bersifat muasarah dan terkini.
Skang isu terbesar dlm negara kite minyak naik dgn mendadak. Orang miskin dan sederhana mungkin ada yg kena serangan jantung time dengar pengumuman smlm.
Skang, baru la jd sindrom aku tak peduli secara besar-besaran kt masyarakat msia. semua hanya peduli akan survival masing2. Bagi la pendakwah hebat mana pun, bagi la citer indah mana pun, orang dah tak kesah. Orang kesah bile kite sentuh isu yg menjadi masalah paling besar time ni.
Wsalam wbt.
Muhammad ya Muhammad… jika bukan isu kenaikan harga minyak, isu apakah yang sedang saya sebut dalam artikel ini hingga anta meminta saya lebih muasarah dan terkini?
Saya tulis dan edit artikel ini menggunakan handphone dari kampung dalam suasana sedih atas pemergian emak saudara saya semalam. Supaya muasarah dan semasa!
bukan apa ya ustaz, byk harapan yg digalas kan diatas bahu ustaz.
sy cuma mengharapkan penekanan yg lebih, dan juga perbincangan yg lebih menyeluruh daripada artikel ustaz.
Kerana sebahgian besar kalangan kite masih lagi tidak kena prioriti nye, masih hidup dalam fantasi-fantasi ana-enti, masih lena dalam pertelingkahan gerakan, masih lagi khayal syok sendiri “gerakan aku dah bagus & cukup”. Tapi dalam masa yg sama tidak menghiraukan apa yg berlaku dlm masyarakat, apa krisis & “penyakit sbenar” masyarakat kite.
Kemudian boleh pula tidak menyedari yg mereka dan usaha mereka tidak disedari dan dihayati oleh masyarakat kita.
Teruskan usaha ustaz…insyaAllah membuahkan hasil. Kerana golongan agama seperti ustaz yg diberi harapan untuk memimpin masyarakat dan menghayati masalah mereka bersama2.
Teruskan keluar memimpin masyarakat seperti yg ustaz buat selama ini. Bukan tenggelam dalam gerakan masing2. Wujud pun tak diketahui, tenggelam pun tak disedari.
Satu lg, innalillahi wainnalilahi raji’un. Takziah utk keluarga ustaz
update melalui hfone membataskan. Saya pendekkan sentuhan saya berkenaan tajuk ni dengan surah al-anfaal ayat 25 tu. Tapi belum ada komen yang mengulasnya.
Dan kalau masuk banyak2 topik, bunyi mcm berleter pulak nanti
baik…
ana setuju 2…kita mesti keluar bersama2 masyarakat..
Isu paling besar ketika ini ialah, kita membayar harga perang Iraq, melalui kenaikan harga petrol, samada kita sedar atau tidak. Hanya dengan pemerhatian perangai manusia di Alam ini, kita dapat membuat kesimpulan tersebut. Maka selalunya kalau kita marah seseorang, kita sebut namanya, tetapi jangan lupa, apabila kita mendewa juga kita sebut namanya.
Ulasan sebahagian sahabat tidak semestinya sama dengan apa yang saya maksudkan
Salam.
Sedihnya sy baca komen2 sahabat2…apakah kita hanya mampu kaya dengan memiskinkan? Rasailah hidup susah… di Indonesia ni harga matawang makin rendah: RM1 = Rp2890 berbanding RM1 = Rp2300 pd thn 2006. Tapi harga minyak terus2an naik. Terlalu sakit utk rakyat yg hidup dengan membawa beca atau menjual koran (surat khabar) di tepi jalan, apatah lagi yang tiada pekerjaan. Sedihnya melihat org Indonesia yg sakit, byrn pengubatan mahal tiada subsidi, segalanya semakin mahal…di mana harapan utk hidup? Dunia semakin sakit kerana beban dosa penghuninya!
10 tahun akan datang, rakyat Malaysia pula pergi ke Australia bekerja sebagai buruh binaan dan pembantu rumah…
“begin with the end in mind”???
hahaha…
biar yang makan cili terasa pedasnya…
Saya nak cuba ulas surah al-anfal ayat 25 tu.
Bila Allah sebut bencana, tak semestinya bencana alam spt ribut taufan, banjir, gempa semata-mata. Kenaikan harga minyak ini juga bencana. Harga barang naik, kadar jenayah meningkat, traffic jam…. itu pun dikira bencana.
Bencana ini bukan kena pada org jahat (termasuk perasuah) semata-mata, tapi pak imam baca khutbah pun kena sama. Cukup melata azabnya..
Maka, utk atasi masalah ini, perlu kembali pada Allah, perlu berperanan sbg hamba Allah. Amar maaruf nahi mungkar mesti dilaksanakan oleh sesiapa shj sbb azabnya melata….
Saya rasa, azab yg Allah kenakan hari ini amat bertepatan waktunya utk merawat penyakit AKU TIDAK PEDULISEME. Saya quote tulisan Raja Petra ttg aku tidak peduliseme ini yg bagi saya amat tepat sehingga terpaksa mengangguk banyak kali;
Do anything. Kill detainees in the police lockup. Detain political opponents and dissidents without trial on the lame excuse that they are threats to national security. Spend billions of the nation’s money on white elephants and monumental projects. Siphon out billions of Ringgit in ‘commissions’ from government projects and stash the money in numbered Swiss bank accounts. Kill of all the Rainforests. Mess up the environment. In short, do whatever you want. Just don’t put any strain on my pocket. The instant you touch my pocket, then, and only then, will I rise up in anger. That is the mentality of the Malaysian Rakyat.
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8433/84/
terima kasih.
the most appreciated comment
setuju sangat. saya pun terangguk2 sama
: tv an sume lidah2 kerajaan telah MEMBODOH2-KAN kita semua….
: membanding-kan harge minyak negara malaysia dgn negara yang memang TAK dikurniakan anugerah minyak …..SANGAT DUNGU PEMIKIRAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KITA………………………..
saya yg paling terkena bila minyak naik ni….ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan….itu minyak harga rm1.92 je….aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni.
Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula…tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis…terima kasih kerajaan malaysia….
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek…
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1…..ahhh…malas nak pk apa lagi yg akan naik….
jika isteri dapat bertahan dari berhenti belajar, ia mungkin penyelesaian jangka sederhana kepada masalah bebanan ekonomi ini. izinkan saya mencadangkan corperto dan isteri struggle lagi sikit untuk cari segala possiblity untuk pengajian isteri dapat diteruskan.
Corpertro, dah difikir panjang ke? Saya amat tersentuh orang terpaksa berhenti belajar sebab duit. Sebab dulu saya pernah nak berenti belajar sebab malas belajar extend berkali2, bukan sebab duit. Tapi saya gagahkan juga. Lepas la cukup makan.
Fikir dulu masak2, kalau isteri dah separuh jalan belajar carilah jalan juga. Kalau baru mula boleh juga mula semula di tempat lain.
” Ezam pun kena bayar minyak mahal, walaupun dia bawa agenda ‘suci’ ke dalam Umno”
salam. apa sebenarnya yang berlaku? PM luluskan harga minyak dinaikkan sebab memang harga minyak satu dunia naik. mungkinkah kita memang kena hadapi semua ni?dan adakah memang ni tindakan yang perlu PM kita ambil?
Saya rasa kebanyakan kita ada idea tertentu dan kemudian, singgah di blog mana-mana pun, tanpa mengira apa yang ditulis di blog demi blog, kita memberikan komen berdasarkan pre-conceived idea tersebut. Lalu ia menenggelamkan mesej asal yang ada di dalam artikel penulis kerana sangkaan kita bahawa semua orang menulis benda yang sama
1. Yang memaki adalah budak-budak yang saya jumpa, bukannya saya.
2. Pada tahun 2008, saya tertanya-tanya, apakah budak itu setelah hari ini hampir sebaya dengan saya yang 30an ini, adakah masih terus dengan makian yang sama, lantas mahu memaki Pak Lah pulak pada hari ini selepas 15 tahun yang lalu mereka memaki Mahathir.
3. Dan bukannya saya mengesyorkan pembaca supaya memaki Pak Lah
4. Kenaikan minyak adalah fenomena global. Saya secara prinsip bersedia berdepan dengan kemungkinan kenaikan harga minyak. Maka saya tidak menolak BN hanya kerana kenaikan minyak. Tetapi di sana ada banyak isu penting yang tidak dinyatakan, misalnya:
a. Mengapa media tidak membuat perbandingan Malaysia dengan negara-negara pengeluar minyak?
b. Kenaikan berlaku lebih awal dari tarikh yang diwar-warkan kepada rakyat. Ia menjadi kecemasan massa. Mengapa ini berlaku?
c. Permohonan menetapkan gaji minimum pekerja swasta ditolak.
d. Kenaikan minyak seiring dengan kenaikan tol, elektrik, harga makanan dan segala-gala keperluan basic masyarakat.
e. Upaya beli masyarakat telah jatuh merosot.
f. NGV sebagai bahan bakar alternatif masih dimonopoli oleh PETRONAS
g. Pengangkutan awam sebagai alternatif masih sangat buruk kualitinya.
Inilah sebahagian isu penting yang memerlukan penelitian, bukan secara retorik tetapi dengan bantuan mereka yang berkeahlian.
h. Kebergantungan kita kepada minyak selama ini, kemudian minyak menimbulkan pelbagai perubahan politik dunia, perang Iraq dan hinggalah kepada terperangkapnya kita dengan kenaikan baru-baru ini… semuanya saya rangkumkan sebagai FITNAH yang menimpa, sebagaimana yang disebutkan TUHAN di dalam al-Anfaal 25.
i. Ketika UMNO sedang dikritik hebat oleh kawan dan lawannya, Ezam menyertai UMNO dan beliau memilih masa yang penuh fitnah untuk membuktikan apa yang ingin dibuktikannya… Susah benar pilihannya itu.
Akhirnya saya terpaksa menulis dengan bahasa kaku, bahasa berita, secara bullet point kerana bahasa berkias amat jarang mencapai maksud.
Again and again!
Salam Ustaz…
Sabar ye, kadang-kadang manusia ni ada yang jenis skema, straight to the point, tak faham bahasa kiasan…
As Salam
Selagi kita hidup tanpa mahu mendalami falsafah kehidupan, terutmanya falsafah menjalani cara kehidupan, selagi itu kita (kebanyakan Muslim di dunia) akan tersepit dan terpaksa ikut sistem yang dibentuk oleh bukan Muslim, yang sudah pastinya secara halus memberikan mereka comparative advantage. Sudah pasti kita tidak mempunyai kekuatan untuk membuktikan strategi jahat mereka, kerana ketidak-sudian kita mempejalari banyak perkara tentang kehidupan, terutamanya kemajuan sains.
hhmm..yeke xde…rasanya td jee Datuk sharir criter kat dalam tv psal perbndingan mlysia n negara pengeluar minyak y lain…
kalau dah ada datuk shahrir cerita, kongsilah di sini.
ishk..ssah a klu criter..pnjang sgt…
ok..criter pndek..
malaysia xleh nk banding dgn negara pengeluar myk lain, brunei contohnya..mmang minyak dorang murah sb rakyat dorang skit, xtrase sgt klu krajaan nk bg subsidi…simpanan myk dorang plak mmang la jauh lbih skit dr malaysia, tp xpe a dorang mampu bertahan sampai berpuluh2 tahun lg sbelum myk dorang habis, berbanding malaysia y dijangka habis 2014(btul ke x xtau, klu dorang tipu dorang dosa, saya xmampu smpai nk check sampai simpanan minyak)…jd keuntungan petronas sekarang digunakan untuk mencari tapak baru atau alternatif bhn bakar lain sebelum malaysia kehabisan sumber minyak…huh(ni dah ayat surat khabar ni)…hehe..
camni je prinsip saya,
saya xkan sesekali mendhoifkan semua yg ada dalam berita harian n mensahihkan semua y ada dalam harakah n sebagainya…
..
Sejuk hati Pak lah ada rakyat macam org awan…=).
kalau itu prinsip orang awan, tentu tabah membaca kitab ihya’ dan tanbih al-ghafilin. Saya pun sama prinsipnya
Salam,
Saya hairan bila paklah anounce minyak naik..
menteri kewangan ke2 dengan bangga nya bagi tau yang kerajaan dapat JIMAT DUIT sebanyak 13 Bilion Ringgit….
RakYat (miskin)..kena tanggung kos minyak dunia dan kerajaan yang BIJAKSANA dapat JIMAT(UNTUNG) Berbilion2 Ringgit…
Hai, dah kenapa manusia ni…
ok..kembali kepada tajuk…
btul x org awan 2 criter psal minyak tu?…
ade ssper nk ulas kot2 fakta saya salah ke?…
Salam…
Dah baca tulisan Dr. MAZA…
http://drmaza.com/?p=315
very well said!
p/s: komen saya kat sini sebelum ni tak lepas ke? Did I write something which was not right?
Wasalam
spam control tidak berbahasa melayu. namun dia akan menahan komen yang di dalamnya ada URL (link)
hmm… tapi komen tu tak dimasukkan apa2 link pulak.. mungkin salah saya yg terlupa nak tekan button ‘send’ kot? Takpelah. Can always resend
**********
Salam…
Memang terkesan dengan kenaikan harga minyak ini. Kalau nak mengeluh, memang panjang berjela keluhan tu. Kalau nak menyalahkan, banyak jugak pihak yg nak disalahkan. Macam2 yg nak dicakapkan, agar sekurang – kurangnya reda perasaan membara di hati.
Tak dinafikan, kesian kat pakcik makcik di kampung2 (tapi at least, diorang tak teruk kena bayar tol..), kesian jugak pada golongan yg berpendapatan rendah dan sederhana di bandar2 besar, juga kesian pada ibu2 tunggal yg perlu lebih struggle selepas ini. Tapi, buat masa sekarang, life goes on!
Ada jugak yg dah start usha2 nak pakai ngv. Ada yg resort nak naik public transport. Ada yg dah planning lepas ni takleh nak cuti2 Malaysia macam dulu lagi dah. Dalam pada mulut dok mengomel tak puas hati tu, terpaksalah adapt dgn situation baru ni, agar terus timbul dan tak tenggelam2.
Izinkan saya copypaste kisah seorang ibu (dari forum susuibu.com):
Re: Minyak naik, bajet pun naik
Cotet7 wrote:
tak abis baca semua post.. but i just want to share , my secretary, yg ade diploma, a single mother, tiap2 pagi drive hantar 4 anak ke 2 sekolah (menengah & rendah) , lunch hour makan bekal yg dimasak pagi, abis waktu kerja, akan tuka baju jadi cleaner (sapu, vacuum dan angkat sampah for another 2-3 hours) balik i dunno what time, but she will be the first to come and the last to go back…(x pulak langsung takde bagi nafkah kat anak2)…
tiap2 bulan pun gaji cukup2 je… cemana laaaaa dia nak survive… kalau dulu dia akan spend 280 utk minyak, now akan jadi nearly 400 lebih… kalau semua bende naik… i tak boleh imagine cemana dia nak buat….
ntah… hati ni tergerak utk email kat boss mintak salary adjustment/increment utk golongan2 sole breadwinner ni…
minitis air mata each time i see my own secretary.. she very dedicated and hardwoking and reliable…
********************
Good luck rakyat Malaysia!
Wasalam.
Dr. Shiha masukkan link ke halaman web Dr. MAZA. Link itulah yang menyebabkan komen Dr. Shiha tersangkut di spam control saya. Anyway, kalau komen tersangkut, inform di shoutbox supaya saya boleh cek, Insya Allah.
Thanks for the story..
Saya baru membaca di METRO semalam, analisa seorang pensyarah sains sosial UKM, beliau menjangkakan akan lahir golongan marhaen baru ialah golongan berpendapatan sederhana yang kembali menjadi miskin. “Orang Miskin Baru”
Assalamualaikum. W.B.T.
Ustaz, setuju tak pendapat saya yang kenaikan harga minyak ini akan meningkatkan jurang taraf hidup diantara golongan berpendapatan tinggi dengan yang perpendapatan rendah. Cth ny kalau selalu di Indonesia, rakyat miskin btul2 miskin, kaya btul2 kaya, apa pandangan ustaz?
‘Peace’
salam..
bergenang rasanya air mata mendengar berita harga minyak dinaikkan… terbayang kesukaran mak ayah di kl untuk bertahan selepas ini..itu baru mak ayah saya yang alhamdulillah pegawai kerajaan tahap sederhana..bila terfikir rakyat biasa yang lain, tak mampu rasanya untuk berkata apa-apa…dan mungkin kenaikan harga minyak adalah petunjuk Allah untuk saya untuk membuat satu perubahan dalam diri..dan secara peribadi saya merasakan kenaikan harga minyak sebagai satu HADIAH pasca PRU paling bermakna untuk semua rakyat malaysia..tahniah untuk pihak kerajaan dan takziah untuk rakyat biasa…
ustaz, tiba-tiba terasa takut nak balik malaysia summer ini…banyak benda yang menakutkan saya di malaysia..kos sara hidup yang tinggi, minyak naik, makanan naik, semua naik, crime rate yang tinggi..tak bebas nak berjalan kaki ke sana sini macam di sini..ya Allah~
p/s: two thumbs up to ustaz MAZA for his article on isu agama tidak memiskinkan umat (or something along that line)..very well said..
Menitis air mata saya membaca cerita secretary yang dedicated itu..teringat pengalaman saya melihat negeri orang…TERENGGANU… dengan masjid kristal yang tersergam indah tak boleh digapai kecuali menaiki sampan,yang terkenal dengan hasil minyak yang bermutu..negeri yang kaya raya tapi rakyat hidup miskin merempat…yang rata-rata sebuah keluarga mempunyai anak7-8 orang..
perbualan saya dengan gadis sebaya saya..yang mengeluh betapa sukarnya mencari pekerjaan ditempat sendiri bila mana semua jawatan diisi warga asing hatta di stesyen minyak pun penuh dengan warga asing..sedangkan gadis itu lepasan politenik…
bagaimana si gadis ingin membantu keluarga dengan adik2 yang ramai masih kecil ditambah dua anak saudara kematian ibu bapa…
pemuda-pemudi di terengganu yang kaya raya terpaksa bekerja kampung,bercucuk tanam bagi menampung keperluan hidup..sedangkan wang royalti minyak habis entah kemana…
dengan situasi harga minyak yang semakin menggila naik ni…tak tahu bagaimana nasib rakyat jelata yang rata-rata adalah golongan sederhana
Saya rasa sedikit terkilan ngan minyak naik tp pd dasrnya sy mmg menjangkakn..
tp apa yg membuatkan kita geram terhadap kerajaan bila dlm keadaan bgini br rakyat yg kna menampung segala kesusahan.. saya tidak heran jika org yg mnyuruh sy mengubah cara hidup itu Tok Guru Nik Aziz yg sememangnya kita tahu bagaimana cara hidup dia.. tp sy sgt meradang bila yg menyuruh sy ubah cr hidup tidak henti2 membuat project gajah putih hanya utk membantu syarikat2 tempatan(read:kroni) utk trus maju.. cthnya masjid kristal, monsson cup, dll.. tgklah kes tol bandar mahkota cheras.. kalo ia satu kerajaan yg prihatin, xperlu bersusah payah mengkaji itu ini, dr awal lg dia sudah tetapkan ade jln alternatif utk mgurangkn beban rakyat yg kna bayar toll.. sapa suh wat jalan bertol, nasib la xde sapa nk lalu..
sedikit pendapat saya..
Sesebuah keluarga dipimpin oleh ibubapa (ibu selalu dulu pasal … 3x ibu baru bapa). Pimpinan diketuai oleh suami. Negara pula dipimpin oleh Penyokong Kerajaan dan Pembangkang (yang selalu bertikam lidah di TV tu) … jadi, kegagalan ibu menyatakan sesuatu kepada bapa, merupakan kegagalan ibu memahami kehendak bapa dan keluarga.