Catatan Yogyakarta Bukan Hanya Wisata

On 01/06/2008, in Diari Kembara - Indonesia, by Abu Saif | 5,251 views | Print Print | Email Email |

Semasa membeli tiket kapal terbang KUL-JOG-KUL, tiada penerbangan dari Yogyakarta ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Mahu tidak mahu, saya hanya boleh terbang pulang ke Kuala Lumpur pada tengah hari Selasa.

Maka setelah selesai PERMAI’08 pada petang Ahad, saya mempunyai masa yang cukup untuk mengintai-intai Yogyakarta, sebagai secebis usaha saya untuk memahami Indonesia, kehidupan, budaya, masalah dan peluangnya. Semuanya atas keyakinan bahawa Indonesia itu realitinya tidak pantas dihukum dari lambakan Cinetron, filem, artis dan muhajirin ekonominya di Malaysia.

Seperti yang pernah saya katakan, Indonesia itu seperti Turki. Sebuah negara yang tidak mungkin dapat difahami dari jauh, melainkan harus datang, melihat, berfikir dan menafsirkannya hasil pengalaman dan pengamatan sendiri.

PENERBANGAN

Saya memilih penerbangan MAS kerana harganya sama sahaja dengan harga yang ditawarkan oleh Air Asia. Kemudahan KLIA dan kutipan point Enrich saya, menjadikan penerbangan MAS sebagai pilihan utama.

Namun penerbangan ke Yogyakarta kali ini agak ganjil buat saya kerana jumlah penumpang di dalam pesawat Boeing737-400 itu tidak sampai 50 orang. Jika keadaan ini berterusan, mahu sahaja MAS membatalkan penerbangannya ke Yogyakarta sebagaimana yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Pesawat berlepas dari KLIA jam 9:20 pagi. Saya menggemari penerbangan siang kerana berpeluang melihat pemandangan luar, khususnya penerbangan ke arah Timur dan Selatan yang jarang saya perolehi. Mungkin pemandangan paling mengejutkan ialah apabila pesawat yang saya naiki melintasi ruang udara Singapura.

Hampir keseluruhan pulau Singapura itu sedang giat ‘membesar’. Mengembang dan tambakan-tambakan di segenap pelusuk. Dalam masa yang sama, pulau-pulau kecil yang mengelilinginya sudah berlubang-lubang, mungkin kerana dikorek untuk projek menambak pulau utama Singapura.

Tidak lama mengamati perjalanan dan pemandangan di ruang udara, saya mencipta pemandangan sendiri… terlelap, lena!

Pesawat terbang di sepanjang pantai dan menyusuri daerah Bantul di selatan Yogyakarta sebelum bergerak turun. Saya cuba mengintai-intai kesan gempa bumi 27 Mei 2006 yang lalu di wilayah paling terjejas ini. Namun kelihatan dari atas, hanya sebahagian sahaja bangunan musnah yang masih bersisa. Masyarakatnya sudah bingkas bangun memulihkan kembali kehidupan.

KETIBAAN

Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto jam 11 pagi waktu tempatan. Cemas juga semasa pendaratan kerana tatkala pesawat sudah hampir mencecah bumi, di bawah saya masih sarat dengan bumbung rumah. Tak semena-mena teringatkan kecelakaan pesawat di Medan beberapa tahun yang lalu.

Nyata sekali Yogyakarta dengan penduduk lebih 3 juta itu padat sekali.

Ketibaan saya disambut oleh Isa Azzaki yang setia menunggu.

PERMAI’08 bermula pada petang itu dan terus berlangsung hingga acara penutup pada petang Ahad. Alhamdulillah


Setelah puas saya menjenguk, akhirnya berjaya juga merakam puncak Gunung Merapi di waktu Maghrib Sabtu 24 Mei 2008. Satu-satunya gunung berapi yang masih aktif di provinsi DIY (Daerah Istimewa Yogyakarta)

PASCA PERMAI’08

Saya menghantar peserta pulang hingga ke tepi jalan.

Mahu mereka itu lama menyimpan kenangan dan bahawa secara emosionalnya, saya itu tidak melepaskan mereka secara bersahaja.

Selesai dua bas berangkat, saya mengambil masa untuk tidur seketika sementara AJK berbaki mengemas dewan. Alhamdulillah, sindrom pos ceramah saya tidak terlalu berat. Sekadar lenguh betis lantas rindu kepada pijakan anak-anak setiap kali saya sakit badan. Sesekali emaknya menurut sama.


Makan malam di Restoran Phuket

Malam itu saya dijemput bersama beberapa AJK Permai’08 untuk makan malam di Restoran Phuket. Masakan Thai di Yogyakarta, tentu sahaja istimewa. Jamuan kami diiringi oleh kumpulan penyanyi lagu jazz yang gayanya seperti manusia putus cinta saban masa. Tak faham beta!

KELIRU MASA

Sebagaimana ketika saya berada di Sabah dan Sarawak, saya sering mengalami kekeliruan masa, khususnya berkaitan dengan waktu Solat dan waktu tamat ceramah. Selepas solat subuh, saya bersantai-santai melayan lenguh kaki dan sedikit gangguan asthma, mungkin kerana udara di Kaliurang yang bersulfur.

Suasana pagi di rumah Farizi dan Razif yang saya tumpangi sungguh nostalgik. Lorong-lorong kecil yang dipanggil Gang, di celah rumah kampung, dengan kedai kopi berselang Bakso, mengingatkan saya pada kenangan semasa kecil dahulu sama ada di Ipoh mahu pun di Padang Asam, kampung saya di Kuala Kangsar.

Kami bersarapan nasi kuning, seperti orang Jogja!

Seawal jam 7:30 pagi, saya bersama-sama dengan Isa dan Hasnul warga Yogyakarta, disertai juga oleh Mohsein dari Bandung… kami memulakan kembara menuju ke daerah Magelang untuk melawat Borobudur.

“Ustaz, apa hukumnya melawat kuil ya?”, tanya salah seorang peserta PERMAI’08 yang terlebih dahulu sudah menziarahi Borobudur di pagi Jumaat lalu yang penuh barakah.

“Aduh, susahnya ustaz mahu menjawab soalan sebegini. Usahkan kuil, gereja pun ustaz masuk. Soalnya adalah niat, dan yang keduanya adalah bentuk lawatan kita”, saya menjawab.

Jika lawatan kita ke kuil, gereja, tokong atau apa sahaja tempat ibadat dengan niat yang diharuskan oleh syara’, maka saya tidak melihat sebarang halangan. Niat yang diharuskan oleh syara’ itu mungkin di antara lawatan untuk dialog dan dakwah, hinggalah kepada lawatan dengan maksud mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Andai pergi tanpa maksud, usahkan ke gereja atau candi, hatta ke masjid pun jadi lagha!

Keduanya, ziarah kita itu tidak dengan bentuk ta’abbudi. Pakaian, cara kita hadir, tidak menunjukkan ketundukan kita kepada nilai sembahan yang ada di situ. Justeru, janganlah hadir ke Batu Caves pada hari Thaipusam, atau ke Borobudur di hari Wesak!

Lainlah jika tempat yang kita lawati itu, dinyatakan secara spesifik oleh Sunnah akan kemakruhan melewatinya, seperti Lembah Muhasser di antara Muzdalifah dan Muna (Mina) yang dikatakan tempat Allah membinasakan tentera bergajah sebagaimana keterangan Surah al-Fil.

BOROBUDUR

Saya tidak melihat Borobudur itu sebagai rumah ibadat Buddhism. Sama juga dengan kekeliruan kita terhadap ritual menghormati roh orang mati amalan Konfusianist yang disebut sebagai chuchong. Ia sering disalah tanggap sebagai suatu sembahan kepada ‘tuhan’ sedangkan ia lebih merupakan doa si hidup untuk si mati.

Bagi saya, Borobudur itu lebih berfungsi sebagai sebuah ‘Madrasah’. Penganut Buddhism datang ke Borobudur bukan dengan maksud beribadah, tetapi untuk belajar dari ukiran (relief) berdasarkan Lalitavistara dan kitab-kitab Buddhism yang lain.

“USD11, ustaz!”, kata Isa kepada saya.

“Haha! Teringat ustaz kepada tiket masuk ke Kota Purba Petra di Jordan. Penduduk tempatan membayar tiket 1 Dinar, manakala pelancong asing membayar 25 Dinar (RM5 / RM125)”, saya membalas.

Mujurlah saya membawa kad matrik UIA. Maka saya mendapat potongan dan hanya membayar USD9. Manakala Isa, Mohsein dan Hasnul, masing-masing membayar 6 ribu rupiah sahaja (kira-kira setengah Dolar US sahaja). Kami juga menambah 50 ribu rupiah untuk khidmat pemandu pelancong, agar lawatan kami terisi dengan maklumat yang diperlukan.

Kagum sekali saya dengan kefasihan wanita pemandu pelancong itu. Kalaulah beliau menyertai program Masters saya di UIA, nescaya beliau akan menjadi pelajar yang paling disayangi oleh Prof. Arshad Islam!

Setiap satu ukiran, diulasnya dengan terpeinci.

“Kalaulah ana datang ke Borobudur ni bulan Mac sudah, tentu cemerlang keputusan peperiksaan subjek Ancient Indian Civilization ana”, saya memberitahu mereka, sambil ketawa.

Ya, semua keterangan yang disampaikan oleh pemandu pelancong itu, menyegarkan ingatan saya terhadap hafalan saya tentang sejarah perkembangan Buddhism khususnya di dalam skop Mahayana.


Besar-besar belaka rakyat Malaysia di Borobudur pagi ini


Borobudur ditandakan sebagai salah satu keajaiban dunia, dan distatuskan sebagai World Heritage oleh UNESCO


Ukiran yang memaparkan ajaran Buddhism tentang hukum Karma


Tidak kekal di ‘syurga’. Segera sahaja turun ke bumi dan bergambar sebelum pergi


Yogyakarta… The Endless Asia City!

Apabila kami berbual tentang agama Buddha, saya cuba menyuluh Isa, Hasnul dan Mohsein tentang sudut yang menarik berkaitan dengan fahaman ini. Buddha itu sepatutnya dilihat sebagai suatu hasil pemberontakan jiwa manusia terhadap penguasaan ajaran yang sudah terlalu menguasai arus perdana. Buddha itu adalah semangat reformasi untuk keluar dari Hinduism dan pengaruh kaum Aryan yang menindas.

Sama juga dengan agenda Martin Luther yang mengasaskan aliran Protestantism menentang pengaruh Catholicism. Semangat yang sama juga boleh dilihat pada tokoh seperti Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh terhadap tradisionalisma Islam.

Oleh kerana saya sedang berada di dalam disiplin pengajian Sejarah, maka saya lebih cenderung untuk melihat kesan-kesan tabiat manusia, berbanding aspek Teologi.

Perjalanan kami berakhir kira-kira sejam setengah selepas mengelilingi Borobudur. Perjalanan turun sungguh merunsingkan apabila dikerumun oleh penjual cenderamata yang sangat memaksa. Jika difikirkan, harga yang mereka tawarkan ada juga yang bagus, malah saya sebenarnya tertarik semenjak di awal perjalanan untuk membeli topi dek cuaca yang panas. Namun disebabkan oleh desakan dan rayuan agresif mereka, saya jadi keliru dan biar sahaja kepala ini panas membara!

“Saya mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengiringi lawatan kalian. Dan oleh kerana perjalanan kita itu tadi lebih satu jam, maka saya amat mengalu-alukan sumbangan kalian!”, kata jurupandu kami itu.

Aduh, ramah-ramahnya, dan kemurahan dirinya melambakkan kami dengan segala ilmu mengenai agama Buddha beliau, rupa-rupanya ‘ada makna’. Sangka saya, 50 ribu rupiah itu sudah memadai, kerana beliau dibayar gaji oleh syarikat yang mengendalikan Borobudur ini. Dua kali beliau merayu, dan akhirnya kami memberikan tambahan 20 ribu rupiah kepadanya sebagai ‘wang penghargaan’.

Pelajaran untuk orang baru di Yogyakarta.

BUAH SALAK

Kami bergerak meninggalkan Borobudur pada jam 11:45 tengah hari.

Hajat asalnya mahu singgah ke kebun salak. Namun kami tidak punya banyak masa kerana Keraton Yogyakarta akan ditutup pada jam 2 petang.

Maka kami sekadar singgah di pasar buah salak di pinggir jalan. 5kg buah salak dibeli sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.


Buah salak dibungkus rapi oleh penjualnya. Boleh terus dibawa masuk ke pesawat

KERATON YOGYAKARTA

Terus terang, saya tidak begitu arif tentang sejarah Yogyakarta mahu pun Indonesia. Biar pun banyak membongkar sejarah Islam dan Tajdid di era Muhammadiyyah, Nahdhatul Ulama, Masjumi dan gerakan Hasan Bandung, jujurnya kefahaman saya terhadap sejarah Indonesia itu agak serpihan dan tidak bercantum baik.


Pintu masuk Keraton Yogyakarta

Lawatan ke Istana Yogyakarta (Keraton) pada tengah hari itu amat berguna untuk menjernihkan kefahaman saya terhadap sejarah pembentukan Republik Indonesia, melalui jendela Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) ini.

Dulunya, daerah di kaki Gunung Merapi ini duduk di bawah Kerajaan Mataram. 1755, Kerajaan Mataram dipecah dua kepada Kesultanan Yogyakarta dan Surakarta (Solo). Raden Mas Sujana ditabalkan sebagai Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sri Sultan Hamengkubuwono I.

Keraton Yogyakarta itu sungguh unik. Ia seumpama Istana Topkapi di Istanbul, namun kelebihan Keraton Yogyakarta adalah fungsinya. Istana ini masih berfungsi sebagai kediaman Sultan Hamengkubuwono ke-10, pemerintah Yogyakarta hari ini. Berbeza dengan Topkapi yang kini hanya tinggal sebagai sebuah muzium merakam kenangan silam pemerintahan Islam Othmaniyyah.

Uniknya, lawatan kami diiringi oleh ‘pemandu pelancong’ yang merupakan ‘hamba’ kepada Sultan. Tidak pernah berkasut, berjalan kaki ayam, beliau ternyata amat setia dan menyanjungi Sultan.


Pemandu pelancong kami! Saya menghargai bahasa Jawa Halus yang diguna pakai. Banyak mengangguk sahaja

SHOPPING

Lazimnya, sesiapa sahaja yang turun ke Yogyakarta, tidak akan meninggalkan Malioboro sebagaimana jemaah Haji tidak meninggalkan Arafah. Malioboro adalah pusat membeli belah yang sangat merambangkan mata. Tetapi tiada apa yang saya cari untuk dibawa pulang sebagai buah tangan kerana Ummu Saif juga bukanlah peminat barangan seperti kain batik, telekung Indonesia atau yang seumpama dengannya.

Maka saya hanya mengambil peluang singgah ke kedai muzik untuk membeli beberapa CD yang saya cari. Itu sahaja.

CD pertama yang saya cari, tentu sahaja album terbaru Opick, “Ya Rahman”. Agak terkejut apabila lagu Taubat yang sangat syahdu bersama susunan muzik yang luar biasa, digunakan di Malaysia sebagai runut bunyi drama Bella. Saya membeli dua naskhah, satu untuk saya, dan satu lagi untuk peminat ‘fanatik’ Opick yang saya kenali.

Selain CD Opick, saya juga membeli CD Jeffri al-Buchory atau lebih dikenali dengan Ustad Gaul. Lunak sekali suaranya.

Begitu juga dengan dua album Ungu sempena Ramadhan iaitu SurgaMu, yang sangat bagus. Lagu SurgaMu yang sangat berkesan, tidak sepopular lagu Andai Ku Tahu. Entah mengapa.

Tetapi masih terasa janggal, untuk Ungu menghasilkan album ‘Islamik’ sebagus ini! Begitu juga dengan album Para PencariMu yang memuatkan lagu popular Sesungguhnya.

Susah untuk saya mencari lagu yang boleh saya terima sebagai hasil karya yang berkualiti… terutamanya pada kekuatan lirik, yang sering menyebabkan saya tenggelam dalam kehambaran apabila mendengar garapan nasyid tempatan.

Selesai membeli CD, Isa membawa kami semua makan Tongseng Kambing yang amat popular di Yogyakarta.

SELAMAT TINGGAL YOGYAKARTA

Terima kasih saya ucapkan kepada Isa dan Hasnul yang menemankan saya, juga Mohsein, warga Bandung yang tersengaja menukar jadual travelnya untuk pengalaman berharga kami di Yogyakarta. Begitu juga dengan Farizi dan Razif yang menumpangkan saya di rumah mereka selama beberapa hari. Semoga ukhuwwah yang terjalin, tidak tersia-sia di jalan kehidupan ini.

Mungkin antara memori yang kekal di ingatan saya berkaitan Yogyakarta adalah 2 perkara.

Pertamanya, saya mengagumi kegigihan penduduk Yogyakarta bekerja. Semua orang sibuk dengan proses survival yang sangat mencabar di sana. Nyata sekali, gempa bumi 27 Mei 2006 tidak melemahkan semangat mereka. Saya akui, tindakan terburu-buru pasukan bantuan perubatan luar melakukan amputation ke atas mangsa gempa mencetuskan beban sosial yang berat kepada rakyat dan pemerintah.

Keduanya, saya kaget kerana ramai benar X-KISAS di Yogyakarta dan Indonesia…!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada...
  2. Catatan Kelana Makassar “Syukur kepada Allah. Program ini adalah program yang dimudahkan Allah...
  3. Catatan Hujung Minggu Saya sedang demam. Mungkin keletihan selepas pulang dari Kota Bharu...
  4. Catatan Sunyi di Pagi Aidilfitri 1428H Sibuk dengan kuliah dan kerja, saya menjadi ‘The Ugly Duckling’...
  5. Catatan Kosong Buntu.. Fikiran saya keras seperti batu. Beku. Minggu ini saya...

Tagged with:  

49 Responses to “Catatan Yogyakarta Bukan Hanya Wisata”

  1. Kak Ija says:

    Wah! Banyaknya tempat pengukuhan aqidah yang ustaz lawati.

  2. Pak Din says:

    Candi Borobodur itu terdapat 7 tingkat yang dikatakan mewakili 7 tingkat tahap kepercayaan manusia di dalam Agama mereka. Apabila mencapai tingkat (makam) 7, mereka bebas?

  3. aimi says:

    assalammualaikum wbt ustaz

    memang betul indonesia sebuah negara yang unik dan menarik untuk dikunjungi
    terasa dekat dengan susur galur melayu dan bahasa
    saya pernah datang ke sana dua tahun lepas…
    mendekati masyarakat di sana sewaktu program anjuran persatuan perubatan Islam Malaysia bersama-sama ramai peserta dari negara luar.

    ustaz, cacatan dalam perenggan terakhir tu maksudnya celaan, kritikan, kecaman… saya rasa salah ejaan kot ustaz? catatan?

  4. faiz 139 says:

    huhu ust. kalau ust rase yogyakarta yg 3 juta tu padat..mai jakarta meh.. siang 27 juta malam 20 juta..hehe..mmg kite bole tgk mcm2 ragam org.. semuanya ada.. jalan kalau x macet(jammed) bkn jakarta..hehe.. dtg la ust..bile2 sy bwk jln2..

  5. mahasiswa says:

    Wah bestnya, hehehe. sy lah salah sorang yg ke bourbodur sebelum prog permai bermula. ehm memang sangat menginsafkan. Saya rasa seperti sedang berada di zaman jahiliah!. mana tak nya kiri kanan jalan nak ke candi tu sgt banyak kedai2 yg menjual ukiran2 batu dan patung! hehe Sedih gak rasanya, melihat manusia jauh dari hidayah sang penciptanya. Ust, kami berenam menghabiskan masa dari pkl 9am sampai 2pm. itu pun rasa masih belum puas!. Tapi rasa rugi lak kerana tak ambil pemandu pelancong. So lebih byk bergambar r, dari mengkaji ukiran2 di candi tu. hehe. Habis semua tingkat kami ‘tawaf’, nak cari ukiran patung TBC (tuberculosis). ehm tapi tak berjaya lak… Berpeluh gak satu badan, maklum r cuaca panas terik, dgn diekori oleh penjual2 ke sana kemari.. huhu pening kepala. campur tolak, dekat RM200 gak habis!.
    Alhamdulillah jogja dapat saya kunjungi.. byk lg kota2 di indonesia ini yg belum saya lawati. InsyaAllah masih ada sisa 3 thn saya menuntut ilmu di sini. Memang betul kata ustaz, kita tak blh judge Indonesia dari cinetron or pekerja2 mereka yg dtg ke mlys.. Cuma saya nak pesan, jgn terlalu look down negara ini. Byk permata-permata yg boleh kita dapat!! Saya sedar, pelbagai perkara yg perlu sy gali di sini, seribu satu macam kerenah hidup manusia… ada baik, ada buruk… Yang penting perspektif kita terhadap sesuatu itu.. Ok r sahabat2 di malaysia or dimana shj anda berada. Doakan kami di sini. Moga kami dpt pulang dgn membawa sesuatu yg berharga dari sini………….

    • badrul says:

      salam perjuangan…

      ana setuju…

      kata orang kalau dah grad dr madrasah kehidupan di indonesia, campaklah kat mana pun, sure bleh survive nye…hehe…

  6. ustok says:

    Jogja = Never Ending Asia..:)

  7. khairol1985 says:

    salam ustaz…

    saudara isa & hasnul tak bawak ustaz pi tengok candi prambanan ke? kalo datang yogyakarta tapi tak singgah ke borobudur & prambanan, memang tak sah tu ustaz… hehe

  8. muhaimin says:

    salam.jeles tgk mohsein dkk jln2 ngn ustaz,=)kami berenam pg ari jumaat tuh,penuh barakah,hehe.berjalan untuk mencari tahu,kalu xsilap sy waktu sy jln2 di borobodur tu,kami dpt penergn dr juru ckp di situ..katanya “stupa yg tertinggi atau terbesar” tu dahulunya tidak diketahui adanya patung besar di dalam,tp pd akhirnya diktahui selepas berlaku runtuhan struktur timur stupa itu,dan dijmpai patung yg paling besar.patung besar yg dijumpai rupanya tidaklah cukup sifatnya&tidak persis spt yg lain.rasenya kepale die ade dlm muzium sekitar tuh utk tatapan umum,dan pnduduk setempat yg beragama budha percaya patung terbesar tu adalah simbolik kpd “Tuhan” mereka yg tidak mungkin sama sifatnya dgn manusia.tu info yg sy dptla.=)
    ..sudah fitrah manusia percaya adanya Tuhan(tauhid Rububiyah) dan
    pengikut budha juga ternyata faham Tuhan tidaklah sama sekali sama seperti makhlukNya.

  9. abang long says:

    hasnul hayat adalah manusia paling tinggi di kisas 2001-2002.. hehe…

    • Abu Saif says:

      Hasnul berjaya mendidik saya menjadi manusia yang ‘merendah diri’

      • Hazman says:

        betul betul betul

        sahabat semeja sepanjang form 5 dulu, rasa ‘rendah diri’ sungguh, kalo tengah ‘menurun’ (tido dalam kelas) pun sama tinggi dengan kita yang duduk biasa..heheh..makhluk special, ade katil khas utk dia kat sekolah dulu..

        sorry non, bocoq rahsia hang..hehe =)

        p/s: mabruk ‘alaikum sahabat-sahabatku di indonesia, tapi ayat ust yang last tu macam ade maksud tersirat, kena fikir dalam2 sikit esp sahabat2 disana

    • ustok says:

      bukan di KISAS aje..rekod tu kt UGM pon die pegang lg…respek la non..hehe

    • Hasnul ni muka mcm YDP PIBG KISAS masa Hasnul di Kisas, Hj Megat. Ingatkan anak Hj Megat tu.

      • wira alfatah says:

        hehehe..kesian kat non..bertubi2 kena serang..to ustok,yek,non..afwan tak dapat dtg..kebetulan exam tue..ape2 hal..mabruk!To Ust,saya lum bersemuka lagi ngn ust..saya pun ex kisas 2002.Zaujah saya baca buku “Aku Terima Nikahnya”..saya lum bc lagi..leh ust kupAS ckit berkenaan buku tue..ramai lagi nie yg lum ikt jejak saya..hhehhee

  10. Ibnu Aiman says:

    Berjiwa muda balik ustz bila duk jln2 dgn org2 bujang ini…Mohsein..mcmana knal siapa dia nie….hehe

  11. UmmiFaiz says:

    Assalamu’alaikum…

    Ayat ini menarik perhatian saya : “Keduanya, saya kaget kerana ramai benar X-KISAS di Yogyakarta dan Indonesia…!” Sebelum ini, saya tidak pernah ber”cita-cita” untuk ke Indonesia, mungkin belum ada “sempena”. Namun, tulisan Ustaz dan ayat ini membuat saya berfikir dua kali. Tentu ada yang menarik di sana untuk dijadikan bahan tadabbur hingga kawan-kawan satu sekolah saya ramai di sana…

  12. Kak Ija says:

    Terima kasih untuk catatan sejarah, cemburunya melihat CD-CD yang dibeli.

  13. abuhuzaifah says:

    assalamualaikum…
    indonesia…negara extremist…kerana kurangnya golongan pertengahan…dari yg mkn mayat sampai ke ust gaul…aneh sungguh!!!
    jazakallah ust utk sebuah kembara heavyweight yg berharga…
    jumpe thn lagi thn depan di jogja utk “jogja the return” inAllah…

  14. Landau M says:

    salam,
    ustaz,sy aritu nak gak jalan2 kat Candi
    alik2 tukar plan,terpaksa balik ari ahad
    em…Dengan tubuh kami yang besar-besar belaka, elok tidak ditambah gempa kedua di Prambanan tu–>sy setuju..
    gurau je ustaz

  15. BANGFADLY says:

    assalaamu’alaykum ustaz,
    saya coba baca, walaupun terbata-bata, karena kendala bahasa dan budaya, ingin sekali serajin anda mengisi blog. apa arti X-KISAS tu utaz. doakan buku saya hampr selesai,

  16. Makasih ya bung rizal kerana ‘fanatik’ nya itu. InsyaAlloh akan dibalas.

  17. zz says:

    Menambah tahu serba sedikit tentang suasana Indonesia dari artikel Ustaz nie… Lagu Opick memang menarik untuk mendengarnya. Tak sangka pulak Ustaz juga minat dengan lagu Ungu yang ‘Islamik’. Saya juga suka lagu dari mereka kerana lirik yang menarik. Bak kata Ustaz “kehambaran apabila mendengar garapan nasyid tempatan” juga melanda pada diri saya.

    • Abu Saif says:

      ana bukan sahaja meminta lirik, malah susunan muziknya juga…

      4 tahun menjadi ahli muzik pada tahun 1983 – 1987 membantu diri mengesan bunyi yang berkualiti dari yang tak berkualiti…

      Namun al-Quran juga hiburan sejati :)

  18. Max KB says:

    Salam ustaz…Alhamdulillah Permai 08 dah melabuhkan tirainya.Seperti dalam jangkaan saya, Abu Saif memang mantap.Tambahan,digandingkan pula dengan Ust Fadly Reza..Tergeletek dengan kata2 Abu Huzaifah .Hehe…Tambahn Abu Huzaifah pun memang heavyweight kan ;p….
    Bdw ustaz,ana sangat2 berpuas hati dapat berkongsi rasa dengan ustaz.2 jam dikorbankan selepas Subuh yang sepatutnya dilepaskan atas tilam empuk,sambil dibuai dinginnya udara Kaliurang,memang sangat berbekas dalam diri ini.Syukron lak ya Ustaz (“,)

  19. zz says:

    Salam Ustaz,

    Quote “Agak terkejut apabila lagu Taubat yang sangat syahdu bersama susunan muzik yang luar biasa, digunakan di Malaysia sebagai runut bunyi drama Bella.”

    Tak silap saya lagu tu tajuk dia “Bila Waktu Tlah Berakhir” dari album Opick “Isthighfar”. Lagu tu masa episod akhir di babak di kubur. Sebab masa episod tu saya sempat tengok di babak terakhir tu.

    Minta maaf jika saya tersilap.

    • Abu Saif says:

      Lagu Taubat Opick dijadikan latar belakang awal part 4 dalam episod terakhir. Masa Doktor Mia tu baca surat al-marhumah ukhti Bella…

      • zz says:

        Oh ye ke Ustaz, saya tengok tu pun masa 10 minit terakhir, maklumla Tmn Desa Kelang Lama ke Ulu Yam…55km PLUS jammed = 1 jam 15 @ 30 minit baru sampai rumah

  20. Cukup ironik.

    Suatu ketika dahulu, Search digilai oleh peminat musik indonesia. Kemudian lewat 90an kumpulan Dewa memecah masuk Malaysia, maka bermulalah Indo-fever oleh peminat muzik Malaysia. Antara sebab Indo-fever ini adalah muzik Malaysia semakin hambar dan bosan.

    Patern yang sama berlaku dalam industri nasyid. Raihan sudah terkenal seantero Malaysia dan Indonesia. Tapi itu dahulu. Nasyid2 kreatif Indonesia sudah mula masuk ke Malaysia contohnya Opick. Sebab yang sama, Nasyid malaysia semakin hambar dan bosan.

    ( so what? I’m not supporting malaysian product by saying this?)

    Hakikatnya yang berkualiti akan menjulang tinggi.

  21. abuhuzaifah says:

    Opick…
    bekas seorang preman(baca: samseng kg dusun)
    bkn contoh hijrah songsang ye ustaz…alhamdulillah
    menanti kapan giliran ungu setelah 2 album religinya…

  22. ibnuaiman2 says:

    syukran ya ustaz diatas pengisiannya dalam program PERMAI 08.. mmg berbekas di hati, tinggal sekarang cara untuk merealisasikannya…thanx jugak pasal datang ke bumi indonesia, melihat sendiri kehidupan disini. tempat penuh dengan pilihan,ada tempat dangdut,ada pesantren…tepuk dada tanya iman!! adik2, blaja tu blaja jugak,tetapi agama bukan nombor 2..

  23. Landau M says:

    Ibnu aiman+ Abu Huzaifah,kate dah terkesan di hati pergi PERMAI.Bagus la tu.tapi Konfius sikit,orang ajak jadi moderator forum x mau.Aisy,x terkata betol!!!!!!!

  24. abu aslam says:

    Seronoknya dapat berjalan sambil berdakwah..

    saya sendiri agak kepingin melawat Indonesia..tapi belum ada ‘masa dan ketika’
    ini kerana nama saya juga ada diambil sempena salah seorang pemimpin Indonesia..Pak Adam Malik..

    Sebagai X KISAS juga selain SIS saya gembira kerana ramai X Kisas di sana..

  25. ildafluz says:

    hmm..saya x-kisas jugak..hehe..nasib baik ustaz tak masukkn gamba last kita amik time penutup permai tu..jeles sekolah2 lain kt pnganjur permai nanti..

    em,kisas memberi kesan tarbiyah yg tidak sedikit pada diri saya..namun indonesia jelas lebih mematangkan saya dalam erti haraki yg sebenar..saya bersyukur MR=murobbi saya kat sini bukan malaysian,dapat belajar pengalaman n disiplin ilmu yg jauh lebih baik dari MR kat malaysia..(hehe..naqib2 jgn marah ye)..

    clip yg menarik pasal MR indonesia.. click sini

    saya tau abu saif skali-skala ade buat lawatan kerja kat indonesia ni..if ade masa jengukla port kami disini. btw saya stil terkejut ustaz stil ingat nama aritu

    -bukan nama sebenar-

  26. ilmuan^islam says:

    quote:
    Saya akui, tindakan terburu-buru pasukan bantuan perubatan luar melakukan amputation ke atas mangsa gempa mencetuskan beban sosial yang berat kepada rakyat dan pemerintah.

    salam ustaz,
    apa maksud fakta ni ye?mungkin sy kurang membaca.

  27. ex kisasian/upimi says:

    assalamualaikum semua,

    pertama2 sekali tahniah dan syabas kpd mereka yg terlibat dlm mjayakan PERMAI 08, baik fasilitator, peserta mahupun panitia.

    terharu! itulah perasaan kala melihat segenap warga pelajar Islam Malaysia di seluruh dapat bertemu dan bersama buat julung2 kalinya dalam wadah bernama PERMAI.

    ketika diberitahu mengenai projek ini oleh saudara ISA (bukan ISA yg nak dimansuhkan tu ;) jujur saja saya agak terkejut juga dengan budget yang diperuntukkan untuk program ini, kerana sebatas pengetahuan saya kewangan UPIMI/PKPMI tidaklah begitu banyak. dan program – program UPIMI/PKPMI suatu masa dulu banyak tergendala kerana masalah klasik : dana

    namun dengan tekad layaknya para mujahid kelas wahid, para panitia kelihatannya dapat mengatasi masalah klasik itu tadi. Syabas Sekali lagi.

    kemudian tika menjenguk Website PERMAI pra pelancaran khususnya bila melihat tentatif program serta Pengisi2 program yang mantab (serta dekat di hati)-pinjam kata2 ustaz mari mengaji;) saya 99% yakin program ini akan dapat memenuhi objektifnya dan berjalan menurut perancangan.

    keyakinan saya menjadi 100% ketika melihat hasilnya di Website ustaz!

    saya Doakan semoga program sperti ini dan yg lebih mantab dari ini akan ada dan trus ada di masa yang mendatang.AMin

    wassalamualaikum

    p/s: kepada para x-kisasian 98 yg blm mdaftar alumni 98, bolehla register di http://www.exki.org. InsyaAllah pada hujung tahun ini akan diadakan pjumpaan sempena Sepuloh Tahon kita meninggalkan bangku sekolah, bangku kolej lebih tepatnya ^_^

    • anonymous says:

      salam

      macam kenal je ex-kisasian/upimi ni..:)

      terima kasih kami atas sumbangan yg ex-kisasian/upimi berikan untuk kelancaran PERMAI. terima kasih juga atas doanya.

      Kalau free-free tu, moh la ke Jogja..:)

  28. Afisus says:

    Salam ustaz.ustaz sempat ke Bantul tak?Parang Teritis.?saya telah pergi ke sana sewaktu gempa bumi.saya di sana selama sebulan utk misi bantuan perubatan ATM..saya masih rindukan Jogjakarta..afisus.wordpress.com

  29. salam wbt.

    maaf kepada ustaz dan rakan-rakan kerana pelajar-pelajar Malaysia dari Medan, Indonesia tidak dapat menghantar wakil ke PERMAI’08. Kebetulan, kami sedang menghadapi peperiksaan akhir semester ketika itu. Semuga kita dipertemukan di lain kesempatan. Insyallah

    Jauh di mata dekat dihati :)

  30. Umar says:

    salam sekelian..

    nak tanya kepada fasilitator permai…ada ke tidak wakil dari padang yang datang ke aktiviti permai di sana baru-baru ini

    Tahniah..kerana menganjurkan program sebaik ini..

    Ex padang..

Leave a Reply