Politik Simbol Yang Membebalkan

Drama yang tidak pernah selesai.
Ataturk penulis skripnya?
Saya rasa tidak lagi.
Apa yang berlaku di Turki sudah mengatasi Kemalisma. Tingkah laku pengganas sekularis Turki itu lebih kepada memperalatkan Ataturk untuk survival mereka sendiri. Ada banyak lagi topik lain yang boleh menjadi kegusaran mereka jika benar-benar Kemalisma itu yang mahu dipertahankan. Tetapi hijab juga yang jadi sasaran.
Keadaan di Turki itu sudah jadi sungguh luar biasa.
Asalnya sekularisma diangkat menjadi falsafah negara untuk membina sempadan agama. Tetapi lama kelamaan, sekularisma itu pula menjadi agama. Ia dipertahankan bukan lagi sebagai sistem yang mengatur negara, tetapi menjadi agama yang dipaksa ke atas individu. Jika asalnya sekularisma mahu menyekat agama dari mencampuri urusan pemerintahan, kini pemerintah pula sibuk mencampuri urusan agama individu.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Februari lalu, Parlimen Turki telah berhasil melakukan pindaan kepada dua artikel penting Perlembagaan negara. Artikel 10 dan 42 dipinda hasil sokongan 411 ahli parlimen dari 3 parti iaitu AKP, MHP dan DTP daripada jumlah keseluruhan 550 anggota parlimen.
Artikel 10 memberikan penegasan tentang hak individu bahawa setiap rakyat berhak mendapat layanan yang sama apabila berurusan dengan birokrasi perkhidmatan awam. Manakala artikel 42 pula menyebut tentang hak menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi sebagai peluang sama rata untuk semua yang tidak boleh dikecualikan melainkan oleh undang-undang
Pindaan ini telah didakwa sebagai jenayah oleh Mahkamah Perlembagaan Turki!
Saya tidak dapat memahami tuduhan Mahkamah Perlembagaan Turki yang mendakwa bahawa pindaan artikel 10 dan 42 ini bertentangan dengan karakter sekularisma yang mereka pertahankan.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah tindakan Mahkamah Perlembagaan Turki yang merampas bidang kuasa parlimen. Mahkamah Perlembagaan sepatutnya berfungsi memeriksa form kepada pindaan sahaja. Dalam ertikata yang lain, bidang kuasa mereka terhad kepada memeriksa hal-hal teknikal dan prosedur berkaitan dengan pindaan semata; misalnya memeriksa jumlah ahli parlimen yang terbabit di dalam pindaan dan yang seumpama dengannya. Namun, kali ini Mahkamah Perlembagaan telah mencampuri substance kepada pindaan dengan membuat pendakwaan bahawa pindaan itu bertentangan dengan sekularisma sekaligus bertindak membatalkan pindaan tersebut. Mereka mengambil alih kuasa dan peranan Parlimen!
Semua ini adalah langkah-langkah yang bergerak ke satu arah yang jelas iaitu untuk mengharam dan menutup AKP pimpinan Recep Tayyib Erdogan.

Akan tetapi mereka lupa bahawa AKP tidak bersendirian melakukan pindaan berkenaan kerana jumlah ahli parlimen AKP itu tidak mencukupi. Pindaan itu berjaya dilakukan hasil gabungan undian ahli parlimen AKP bersama dengan dua lagi parti ‘bukan Islam’ iaitu MHP dan DTP. Fehmi Koru, kolumni akhbar Today’s Zaman menjelaskan bahawa, jika AKP mahu diharamkan dengan beralasankan pindaan berkenaan, maka MHP dan DTP juga berada dalam keadaan yang terancam.
Maka isu yang lebih besar ialah, apakah masih ada separation of power di Turki? Apakah masih ada demokrasi?
Pindaan yang dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan tersebut telah mengembalikan Turki ke square one apabila muslimah yang bertudung hilang hak mereka untuk menuntut di universiti walau sebagus mana sekali pun kelayakannya. Itulah implikasi yang dimahukan oleh pengganas sekularis di Turki.
KELUHAN SUMEYYE
Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, menggelarkan dirinya sebagai Sumeyye telah menulis kepada Mustafa Akyol suara hatinya tentang bencana yang sedang menimpa Turki baru-baru ini:
“Keputusan Mahkamah Perlembagaan tempoh hari telah menyebabkan saya rasa seperti orang yang telah mati. Tahun hadapan saya akan menduduki peperiksaan kemasukan universiti yang selama ini saya begitu teruja untuknya. Sejak sekian lama, saya telah bekerja keras mempersiapkan diri. Tetapi kini saya berasa sungguh kecewa. Saya dipaksa membuat pilihan di antara IMAN dan IMPIAN. Kini saya sangat marah kepada pihak yang mengenakan paksaan ini ke atas diri saya. Sebelum ini saya sering bercakap tentang soal toleransi dan saling memahami, dengan memetik kata-kata hikmah dari Jalaluddin Rumi dan Yunus Emre. Tetapi kini perasaan itu sudah hilang. Tiada lagi keadilan dan demokrasi di negara ini…”
Keluhan Sumeyye itu sangat menyentuh perasaan.
Saya tidak berhasrat mahu menghuraikan insiden penarikan semula kebenaran bertudung di universiti di Turki secara terpeinci. Ia adalah jatuh bangun perjuangan menegakkan keadilan dan hak beragama rakan seperjuangan kita di bumi Khilafah itu.
Endless!
Tetapi ibrah yang ingin dikongsi adalah pada harga yang perlu dibayar oleh muslimah di Turki terhadap pemakaian tudung mereka. Tatkala tudung semakin menjadi kebiasaan tanpa makna di Malaysia, ia terus menjadi simbol pilihan antara IMAN dan IMPIAN di Turki.
Saya menghormati pilihan masing-masing dalam hal ini. Bagi yang tidak bertudung, mereka tentu punya alasan tersendiri.
Mereka tidak perlu menjustifikasikannya kepada saya atau sesiapa yang mempersoalkannya. Sekadar mengingatkan bahawa soal bertudung atau tidak, adalah soal kepercayaan yang berkaitan dengan Dia yang Maha Tinggi itu. Ia bukan soal personaliti dan pilihan diri.
Namun fenomena mencabut tudung dengan alasan yang remeh temeh, inilah yang menjadi persoalan yang ingin saya perkatakan.
Selama berada di luar negara dan kini pulang ke tanah air sendiri, saya memerhatikan satu corak pengunduran diri dari bertudung di kalangan mahasiswi kita. Soal mengubah bentuk tudung, tidak saya persoalkan. Ia adalah manifestasi perubahan mentaliti, daripada kecenderungan mencari perbezaan (lalu memakai tudung yang ‘lebih’ dari orang lain) semasa belajar, kepada kecenderungan mendesak persamaan (lalu kembali kepada tudung biasa-biasa).
Akan tetapi, isu yang menjadi pemerhatian saya adalah dari bertudung kepada tidak bertudung. Ada di antaranya menanggalkan tudung secara khusus berkaitan dengan bidang pengajian dan seterusnya kerjaya mereka. Saya hadkan ia kepada beberapa bidang membabitkan perubatan dan geologi.
Bagi pelajar perubatan, mereka disulitkan dengan kritikan bahawa ia membawa kuman ke bilik pembedahan. Atau menimbulkan rasa tidak selesa pesakit dan pelbagai alasan lain yang diguna pakai dari semasa ke semasa.
Manakala bagi pelajar geologi yang banyak melakukan field trip, pemakaian tudung beransur-ansur ditinggalkan dan kedua-dua fenomena ini adalah pemecatan tudung yang berlaku seiringan dengan kemerosotan iman pelakunya. Field trip tersebut bukan hanya mencabut tudung sesetengah pelajar malah ada yang secara beransur-ansur meninggalkan solat.
“Just be yourself!”, pujuk diri atas keputusan mencabut tudung. Pujukan yang memutuskan hubungan tudung dengan Tuhan. Hanya diri yang jadi pertimbangan.
Justeru pelajar yang memilih bidang ini harus punya kesedaran di peringkat awal bahawa sama ada mereka akan terus berhijab atau beransur-ansur menyertai corak warisan yang ada.
Mengapa semudah itu?
Ia sungguh menyentuh perasaan rakan-rakan Turki yang begitu bersusah payah mencari segala jalan untuk membolehkan mereka berhijab, termasuklah dengan cara-cara yang tidak masuk akal seperti memakai snow cap dan wig untuk melepasi pintu keselamatan universiti.
Kerana menilai tudung sebagai manifestasi iman, pelbagai kesusahan ditempuh oleh rakan-rakan Muslimah di Turki, tetapi kita dengan satu alasan remeh sudah menarik diri dari mentaati-Nya.
FOBIA TUHAN

Kembali kepada kebebalan sekularisma di Turki.
Islamonline telah mendedikasikan halaman khas untuk memantau dan melaporkan perkembangan pemain bola sepak Muslim di EURO 2008. Musim kali ini menyaksikan jumlah pemain Muslim teramai di dalam sejarah kejuaraan. Menarik sekali untuk diperhatikan, sejumlah pemainnya adalah berketurunan Turki. Di antara mereka ialah Hakan Yakin (Switzerland), Ramazan Ozcan (Austria) dan Umit Korkmaz (Austria), di samping 10 lagi pemain yang terdiri daripada keturunan imigran, mahu pun pemain yang memeluk Islam.
Mereka tidak berdepan dengan masalah menjadi Muslim di dalam kejohanan yang amat berprestij ini.
Tetapi di Turki sendiri, pertembungan di antara sekularisma dan nilai Islam terus menjadi polemik yang memualkan, hingga ke padang bola!

Hakan Sükür
Hakan Sükür, bintang bolasepak Turki dan kelab Galatasaray, telah membuat suatu komen melalui temubual yang disiarkan di dalam akhbar Zaman. Komen itu adalah nasihat beliau kepada peminat bola sepak fanatik di Turki yang sering terjebak ke kancah keganasan. Katanya,
“Kita berada di dalam minggu kelahiran Nabi Muhammad (SAW), dan kita patut menghargainya. Bahkan kita sepatutnya membesarkan anak-anak kita dengan nilai toleransi Nabi kita. Para penyokong (Fenerbahçe and Galatasaray) sepatutnya datang ke stadium bukan dengan pisau, tetapi dengan bunga ros!”
Komen bersahaja oleh Hakan Sükür itu telah mencetuskan kacau bilau di kalangan pengganas sekularis Turki.
Akhbar Daily Vatan mendakwa bahawa Hakan Sükür cuba mencampur adukkan di antara agama dan bolasepak! Manakala Ercan Güven, kolumnis sukan akhbar Milliyet pula membuat kenyataan bahawa, “Jika negara ini satu hari nanti berdepan dengan masalah yang lebih besar, apabila saudara menjadi musuh kepada saudaranya sendiri, regim tumbang dan negara runtuh, pastikan Hakan Sükür itu dipersalahkan atas segalanya!”
Semua ini adalah penyakit kebodohan yang menimpa golongan sekularis Turki yang sudah tidak tentu hala dalam menentukan apa yang berkenaan dengan ‘agama’ mereka itu dan apa yang tidak. Mustafa Akyol menggelarkan penyakit mereka itu sebagai theophobia, iaitu ketakutan yang luar biasa kepada Tuhan.
Bukan takut dalam erti kata TAQWA, tetapi alergi mereka kepada G word. Apa sahaja yang berkenaan dengan Tuhan (God), akan menimbulkan kegelisahan yang luar biasa.
Kuman jenis apakah yang terserap ke minda pengganas sekularis ini? Saya sendiri pun tidak pasti.
Tetapi permainan politik murahan ini jugalah yang menjadikan segelintir kita di Malaysia alergi dengan warna hijau, dengan bulan, dengan lagu P. Ramlee Oh Azizah malah juga alergi dengan songkok, baju batik dan entah apa lagi yang membingungkan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor









































about 1 year ago
saya nak cari lepas ni tentang apa penjelasan saintifik kepada penyakit thephobia ni? mungkn saya perlu semak sejarah kamal atartuk sendiri. apa yang menyebabkan beliau begitu berani mengasaskan fahaman baru di turki
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
tertarik dgn muslimat kita di Turki kaitkan tuntutan hijab itu dgn prinsip Ketuhanan,dgn segelintir muslimat mengaitkan dgn keselesaan dan kebebasan..agak-agak kalau Mustafa Kamal hidup balik mesti terkejut dengan betapa kuatnya generasi selepasnya berpegang dgn thephobia…Kadang-kadang terfikir apa yang sebenarnya yg diperjuangkan..semacam konsep sekularisme itu pun tidak difahami dan dihadam dengan sepenuhnya…
Fenomena mewakafkan sesuatu simbol dengan sekelompok orang mengingatkan cerita ustz tentang hikayat Juha dan Serban.. cuma zaman yang berbeza..tetapi pelakon masih melakonkan watak yang sama…pening-pening…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 10th, 2008 7:29 pm:
Watak Nasrettin Hoca itu juga memang di Turki perihal serbannya
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sesungguhnya Allah sedang meguji para Muslimah Turki antara
IMAN..dan..IMPIAN. barangsiapa memilih iman, sudah tentu kurnia Allah yg besar di dunia dn akhirat… ‘min haisu la yaahtasib’ .
Barangsiapa memillih IMPIAN dunia yg sementara..dgn menjual dunia dgn harga yg murah, maka kerugian besar baginya di dunia dan akkhirat..serta kemurkaan dr Allah..
Allah mengkehendaki kita di Malaysia untuk mengambil ibrah drpd ketentuanNYa yg berlaku di Turki..
..Satu teguran dr Allah, ‘tamparan’ buat kita yg alpa di zon selesa supaya menyelami kembali hakikat hijab yg kita pakai tanpa sekatan di Malaysia..
yg merupakan satu perjuangan yg pahit dan perit buat saudara seISLAM kita di sana..alangkah bagusnya andai para pemerintah negara ISLAM yg kaya dan mempunyai belas dapat membiayai mereka untuk belajar di negara masing2…..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 10th, 2008 7:28 pm:
Alhamdulillah muslimah di Turki tidaklah pula meninggalkan IMPIAN mereka demi IMAN. Mereka bertindak di luar kotak dengan pelbagai cara yang terdaya. Malah seperti yang pernah saya cerita sebelum ini, ada di kalangan mereka yang memakai tudung dan kemudiannya menyarung rambut palsu semasa melintas pagar universiti. Kemudian mereka menanggalkan wig semasa di dalam kelas dan pelajar-pelajar lelaki pula duduk di kerusi depan untuk ‘melindungi’ pelajar perempuan yang bertudung malah sanggup pergi ke kafe untuk membelikan makanan bagi pelajar perempuan bertudung yang tidak keluar kelas hingga selesai seluruh lecture hari itu.
Itulah mujahadah mereka demi sebuah tudung
Respond to this comment [with empathy]
dr_taqwa reply on June 12th, 2008 8:22 pm:
ustaz, sungguh , ku tahan air mata ni dari menistis melihatkan mujahadahnya muslimat2 wanita di turki… hebatnya ukhuwah dan perjuangan muslimin membantu muslimat..
semoga Allah membantu mereka…
ya Allah, kau hancurkanlah si pelampau di turki, kau hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka!!
terkilan tul melihat perempuan2 islam yg tak bertudung dan tak sempurna bertudung kat malaysia..
Respond to this comment [with empathy]
ryna zynnirah reply on June 14th, 2008 10:15 am:
memang hebat IMAN mereka
kekal BERIMAN dalam mengejar IMPIAN
M’sia merupakan zon selesa dan selamat
sampai x rasa pun NIKMAT boleh BERSOLAT, BERTUDUNG dan sbgainya
bg mereka itu sumer NIKMAT
InsyaAllah …….. mr kita ambil iktibar
sedih sgt anak2 muda kita makin jauh dr Islam
pulanglah adikku, keterbatasan waktu menambahkan jurang antara kita
moga adik bisa sedar secepat mungkin,
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
bukan mudah untuk maintain berhijab… especially yang duduk di oversea tentunya. Alhamdulillah Allah beri peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk berada di bumi Volgograd,Rusia yang rata-rata penduduknya masih ATHEIS atau Kristian Orthodoks. Kami seolah-olah makhluk asing yang ‘comot’ bertudung di celah-celah wanita mereka yang putih dan cantik-cantik belaka.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk saudara seakidah di seluruh dunia…
jzkk ustaz atas perkongsian info. sungguh menarik
dijemput ke laman web kami http://www.musliminvolgograd.com
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 10th, 2008 7:25 pm:
kesan daripada apa yang berlaku di Turki, ramai muslimah mereka terpaksa mencari alternatif belajar di luar negara, iaitu suatu option baru bagi masyarakat turki. jika boleh ke rusia, mungkin mereka akan ke rusia… demi tudung.
hargailah peluang bebas bertudung di rusia walaupun mungkin terasa ‘comot’. tapi tudung tidak pernah mencomotkan sesiapa malah menjadikan pemakainya lebih kemas dan ’skema’
Respond to this comment [with empathy]
ummusaif reply on June 10th, 2008 7:49 pm:
Ya, kita cuma akan rasa ‘comot’ kalau kita tak yakin dgn ketrampilan diri kita. Tatau lah ada yg rasa hodoh bila memakai tudung. Who knows kalau2 org non muslim pulak yg rasa yg pakai tudung tu kelihatan cantik.
Saya teringat sewaktu belajar di Ireland dulu. Rata2 classmates Irish saya akan bertanya ttg ‘head scarf’. Ramai yg bertanya reason memakai tudung walaupun sekadar mengkagumi warna dan corak tudung yg pelbagai. Tapi, mereka tidak pernah memperlekeh tudung. Bcoz, mereka menilai kita bukan hanya berdasarkan tudung kita tetapi diri kita as a whole ie keseluruhan akhlak kita.
Itu di luar negara sana, tidak kurang insidennya di dalam Msia ini. Contohnya suasana semasa interview kerja. Kadang2 ada yg rasa yg free hair tu lagi cantik dan confident looking (baik yg diinterview atau yg menginterview). Tapi, ramai aje di kalangan yg memakai tudung itu lagi bergaya, kemas dan confident looking. Pendek kata, mereka confident dgn penampilan diri mereka (yg mana ini tak semua ada di kalangan calon interview).
So conclusionnya, you are what you see yourself.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 10th, 2008 7:52 pm:
she’s my lady!
Respond to this comment [with empathy]
ro ya alip dhod reply on June 10th, 2008 8:03 pm:
Yg menginterview nakkan yang ‘daring2′ kononnya nak ketenangan mata diofis yang ramai wanita anggun. Tapi tak tahu la bertapa sakit hati dengan wanita lulusan europe, english berbuih2, tak bertudung, kerja company IT tapi nak buat SUM function dalam excel pun tak reti.
Tapi bos2 buat tak kesah pun dungunya mereka.
Bab bertudung, ni saja nak cerita open secret. Cuba tgk bila family day organisasi/agensi kerajaan/syarikat. Yang biasa bertudung semasa kerja, tiba2 tinggal serkup kepala swimming je sebab ‘tak tahan’ tgk swimming pool hotel.
Respond to this comment [with empathy]
Ummu Saifullah reply on June 11th, 2008 1:17 pm:
Assalamualaikum,
Since Ummu Saif cerita pasal interview kerja, Akak nak cerita Pengalaman akak diinterview 20 tahun lepas di UKM. Interviewer, seorang professor, suruh akak rate diri akak dari scale from 1 to 10, how extreme i was in Islam. Ini sebab akak pakai, kata dia, “dark from head to toe”. Dia kata “orang macam awak ni bodoh jumpa Islam tersepak tengah jalan”. Darah akak dah mula mendidih. Akak Kata “dalam Islam tak ada istilah extreme, hanya Firaun saja extreme. Yang extreme to yang pakai seluar pendek, dedah sana dedah sini.” Prof tu terperanjat dengan jawapan akak. Akak sambung lagi, “Cuba tengok CGPA saya kalau nak tahu saya bodoh. Yang tak tutup aurat pun jarang yang dapat CGPA seperti saya. No C at all and Majority As with few Bs. Yang Bodoh tu yang tak takut Allah.” Dia mengaku akak pandai. Dia kata tak ramai orang macam akak ni dapat keputusan cemerlang dan ramai yang dropped out. Akhirnya dia buat keputusan segera yang akak tak layak.
Akak lega, puas hati kerana dapat meluahkan kemarahan akak. Rezeki bukan kat UKM saja. 2 bulan lepas tu dapat tawaran kerja lain. Tudung, tudung….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdullilah ada juga ilham menulis.
Note: thephobia sepatutnya theophobia.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on June 10th, 2008 7:49 pm:
Ilham yang terputus-putus penuh kepayahan. Typing error itu sudah dibetulkan, shukran
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terinagt sahabat yang pergi ke turkey…klu kita tengok kepada buku pelancongan dieorg akn nyatakan yang penddudk turkey adalah 99.99% adalah islam..tapi amt malang kebanyakn tidak nampak islamicnya malah ke”eropah”annya…
fikirkan< kawan saya beli coklat yang (memang terkenal di disana dengan coklat yang sedap2) dengan duit kertas yang besar nilainya entah berapa juta…tetapi alangkah terkejutnya apabila penjaga kedainya seorang gadis yang jelita islam pulak tue pergi ke belakang kedai.
maka tunggu la kawan saya berapa lama..tapi gadis tue tak keluar2 dari belakang..maka dia pun amik keputusan mewnjenguk kebelakng..
alangkah terkejutnya dia, budak perempuan tadi enggan memulangkan duai tapi membenarkan lelaki tadi tidur dengannya…terduga iman!
namun, kwan saya dapt “lepaskan” diri dari “keindahan” td dengan terus cabut lari keluar…
entahlah apa yang saya nak sampai kan pun tak tau…
bukan sengaja @ seronok2 cite tapi nak kita bersedia…tak mustahil jd di malaysia…Wal’ayazubillah
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
kekuatan iman lahir dr kesan jiwa yg merdeka dr penjajahan akidah sesat dan pemikiran yg terpesong
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
agaknya lumrah memang begitu, dimana islam dicemuh disitulah juga islam dijulang tinggi dan kukuh bertaut dalam hati
pelik amat dengan sikap
‘mereka’ di malaysia,
bukan tak tahu, tapi buat2 tak tahu
al-an’aam..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Dulu masa saya mula masuk kampus, sukar sekali nak jumpa perempuan tidak bertudung dan pakai seluar – walaupun pernah kecoh seluruh negara hal bohsia dan sebagainya (90-an), malah ada kes buang bayi di IPTA. Tapi jika nak dilihat sekarang, hampir terbalik..
Saya pun macam ustaz, reserve komen tentang pilihan kerana sikap yang ada sudah jelas.
Berkenaan Turki, semoga Allah s.w.t. menentukan yang terbaik untuk mereka. Recep Tayyip Erdogan dan partinya memang sentiasa dicemburui, hanya kerana mereka telah menunjukkan keluasan prinsip dan kaedah Islam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum Ustaz,kalo x dibendung sekarang x mustahil satu hari kita akan jadi macam tu, nak plak saper ikut mazhab islam hadhari, yang ader had dan hari… nauzubillah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Petikan dari Utusan “Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan gejala bebalisme adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak berdaya cipta. Paling ketara, mereka yang terperangkap dalam gejala ini tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah, tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri.
Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah ‘kemalasan intelek’. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.”
Membiaknya virus kemalasan intelek ini, yang dibuktikan oleh fakta tidak menerima kemajuan sains, seperti ditunjukkan oleh golongan Creationist, sebenar menjadi punca utama pembenaan timbuk sekularisma di sana.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
hmm…sy rasa kat malaysia pun kalau nak pakai tudung pun dpt tentangan drp pelbagai pihak yg berkuasa dan atasan…cuma belum sekeras puak sekular turki…malah ada wanita yg berkuasa telah memperlekehkan pemakaian tudung di atas trek lumba lari dan etc etc
haih….malaysia pun sedang menuju ke arah itu tanpa disedari
semoga minoriti umat islam di malaysia ini yg sedar akan berusaha keras seperti AKP dlm menegakkan islam di bumi Allah ni amin
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz…Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Memang benar kata ustaz…Di Kelantan,sebagai contoh,sesetengah pihak sangat pantang dengan warna hijau,hatta bangunan sekolah ataupun pakaian ketua murid yang warnanya hijau,diarahkan untuk ditukar serta-merta apabila terlihat oleh ‘golongan’ sebegini.Apalah salahnya kepada warna.Manusia menamakan hijau sebagai hijau..Ana pun xtau kat mane nak cari antidot mujarab untuk penyakit macam ni.Cuma bagi ana,ana cuba fahamkan keadaan,selami rasa orang berada di dalam situasi tu,dan bagi orang yang berpenyakit seperti ni yang berada dekat,Insyaallah ana cuba ‘basuh’ dengan baik.Kalau xberjaya,cuba try ’sental’ kuat sikit…Walahualam ustaz…Semoga Allah memberi pertolongan kepada saudara2 kita di Turki sana.Wallahul Musta’an……
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
bravo hakan sukur!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Gila pun banyak jenisnya. Gila ini paling bahaya, hakikatnya gila, tapi luarnya nampak bergaya.. http://www.radziqjalaludin.blogspot.com
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kegigihan mempertahankan tudung kerana keinginan yang tinggi untuk mempertahankan iman, yang menakjubkan wanita2 Turki bersemangat kental untuk mengejar impian. Akak teringat satu gambar di Palestin (ingat2 lupa lokasinya) anak2 sanggup merempuh pasukan bersenjata demi untuk ke sekolah, sedangkan anak2 di Malaysia ponteng sekolah!!!
Maaf, komen akak asyik ter”off topic” aje
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
jiva sekular yang kaca pikirannya….
jiva = jiwa
kaca = kacau
ustaz, satu laman web yang berinformasi dan menarik. teruskan!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum…
just nak kongsi..kita lihat wanita2 turki kuat n kentalnya iman mereka dlm mempertahankan tudung..tapi di bumi kita…ada sesetengah dari kalangan umat islam itu sendiri memandang tudung merupakan suatu pakaian yg merimaskan..
sebut pasal tudung nie… teringat 2 thn yg lalu, masa tue sy belajar di jambi, indonesia. semasa nak kuar dari labrary, adalah sekelompok org2 melihat kami studnt malaysia dan berkata; pakai jilbab x panas ker? harap jer muka manis..entah2 disebalik jilbab 2 entah mcmmana…pakai jilbab 2 sebab nak menutupkan kelemahan diri jer..sebab 2 ler diaorg pake jilbab”…rasa tersirap darah sy..rasa nak menjawap juga, tp masa tue masih baru lagi kat jambi..takut nt boleh menyusahkan keadaan..so sy ada tanya kt seorg pelajar yg berada di labrary; sapa org yg ckp tue? n pelajar tue bagitau dia tue lecturer syariah..sy dengar sambil menggeleng kepala shj…walaupun dia lecturer syariah tp ckp mcm org xtahu hukum hakam…mudah2an kita x termasuk dlm golongan seperti itu..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
tersentuh betul hati membaca keluhan seorang muslimat kita, sumeyye,” ya Allah, bantulah dia dan rakan2, berilah kepada mereka kekuatan, mudahkanlah segala urusan mereka..”
sakitnya hati membaca komen Ercan Güven dan puak2 bebal sekular ni!! “ya Allah, kau hancurkanlah mereka!”
apa yang saya nampak kesan dari keadaan yang berlaku di turki, iman dan penghargaan mereka kepada Islam begitu hebat! kesan tekanan itu membentuk manusia sebegitu!
tapi, tak kan nak tunggu malaysia jadi macam tu, baru kita mula nak bising untuk amalkan Islam? takkan bila kita kena sekatan, baru kita nak menghargai nikmat sekarang ini?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
takut untuk bertuhan pada mulanya menimpa eropah pada kurun ke-15 sehingga institusi keagamaan mereka telah hilang kuasa dan mereka skrg hanya terlibat dlm bidang ritual semata-mata…
kemudian ia telah menimpa empayar uthmaniyah….sehingga skrg pengaruh sekularisme mengatasi Islam di turki…
bila agama yang dipersembahkan kepada manusia tidak menepati fitrah manusia , iaitu agama yg ditokok tambah oleh manusia sehingga menyebabkan hilangnya keaslian agama samawi, maka ketika itu manusia akan jadi takut untuk bertuhan…. melainkan agama celup itu hanya digunapakai untuk sebab-sebab ritual sahaja….
Jikalau negara India memerintahkan dgn berpandukan undang-undang Hindu dan negara China memerintah dgn menggunakan undang2 buddha…..maka ketika itu rakyat di negara ini juga akan memilih sekularisme dan berpaling drpd agama mereka….
ini kerana agama bathil, agama celup dan agama penambahan manusia sudah pasti tidak boleh menepati fitrah manusia…..
Hanya Allah dgn KebijaksanaanNya dapat mengatur satu peraturan hidup yg memenuhi fitrah manusia…..
mungkin ini yg telah berlaku di eropah dan di turki..
kita kena elakkan ianya berlaku di Malaysia… sebelum ramai org Islam sendiri berbondong-bondong memilih sekularisme….
tapi dgn melihat kepada kelemahan institusi agama dan kebykan ulama mengikut agama Islam celup…… maka peluang untuk generasi masa depan untuk memilih sekularisme adalah cerah….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pada Februari lalu, adalah berita gembira buat kita saudara seagama sedunia. Sayang sekali semuanya terkubur semula.
Cuma kesedaran berhikmah saja yang bisa meresap ke dalam jiwa mereka yang berkuasa di Iran secara halus; sedikit demi sedikit.
Ustaz, saya punya satu persoalan yang sering bergelendangan di kepala. Corak (atau trend) pemakaian tudung di Malaysia bermula 70 an, sedikit demi sedikit menampakkan peningkatan, bukan?
Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah tindakan-tindakan yang terjadinya impak kesedaran orang Islam di Malaya untuk mengenakan tudung ketika itu?
p.s: cuma dalam filem wayang kita saja yang dari dulu masih ditakuk lama.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Mungkin kerana pengalaman Turki ketika dulu yang menyebabkan mereka alergik kepada Islam. Apa kata saudara menyelami sejarah Turki. Bagaimana mempolitikkan agama itu sangat memualkan seperti mana yang berlaku di Malaysia sekarang ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Saya memang pelik dengan apa yang berlaku di Turki sekarang. Sungguh hairan bin ajaib melihat golongan sekularis begitu alergi dengan apa2 bentuk agama sekalipun. Adakah mereka ini Muslim atau tidak? Atau mereka tidak pernah mengaku diri mereka sebagai Muslim?
- MENJ
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum.. sgt sy takjub dengan pendedahan sedemikian rupa.. memang sy sedar akan kejahilan dan sikap melampau sekularisme Turki namun sy tidak menjangka sehingga ke tahap ini.. kecewa, takut tetapi semakin membuak2 semangat perjuangan yang inginkan perubahan dan sekaligus mungkin berupaya menghalang negara ini dr terjebak ke kancah yg sama seperti turki.. InsyaALLAH..
Respond to this comment [with empathy]
about 3 days ago
Salam.
Di universiti saya belajar ini, terdapat begitu ramai pelajar asing sejak tiga empat tahun kebelakangan ini.
Pada umumnya kami menggelarkan mereka semua yang berwajah Arab (dan seangkatan dengannya) sbg Pak Arab atau Minah Arab, walaupun yg Iran-Iran semua marah bila kami panggi mereka Arab.
“We are not Arabs! We are Persians!!”
Whatever. Sama saja biadap dan ikut kepala sendiri mcm Arab, terutama peel mereka di jalanraya dlm kampus.
Lebih menjengkelkan bila minah-minah berwajah Arab ni segelintirnya (bukan semua) terus buang hijab, rambut diwarna blonde terus (depa tak mainlah brownish-brownish ni), kuku merah menyala, baju singkat (menampakkan perut buncit) dan memakai baju tanpa lengan. Terus terserlah bau kambing, direct dari ketiak uncensored (org Arab kuat makan daging kambing ya kawan-kawan).
Belum dikira mekap di muka yg tebalnya… memang takkan cair walaupun dilanda panas dek matahari dan basah dek hujan!
Kawan saya kata, “Depa jakun tu. Seronok dtg Malaysia tak payah tutup-tutup. Kat negara depa kena cover habis. Tu mai sini open semua. Jadi artis Hollywood.”
Kalau nampak wanita-wanita berwajah Arab yg sopan berhijab di universiti tempat saya belajar ni, biasanya itulah wanita-wanita Turki.
Kawan saya kata lagi, “Kat negara depa, authotity haramkan pakai hijab. Sebab tu mai Malaysia, org Turki ni hargai sangat-sangat takda siapa nak halang depa dan depa gunakan peluang tu sepenuhnya utk berhijab. Make sense kan?”
Saya lihat datangnya wanita-wanita Turki menuntut ilmu di universiti di Malaysia kerana mereka dapat memenuhi both IMAN dan IMPIAN.
Tenangnya menuntut ilmu di Malaysia.
Alhamdulillah. Saya peroleh iktibar di situ.
Respond to this comment [with empathy]