“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.
Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil.
DULU-DULU
Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!
Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.
Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.
Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.
Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.
HARI INI
Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.
Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.
Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah?
Tentu sahaja tidak.
Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!
Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.
‘ESCAPISM’
Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?
Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.
Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.
Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.
Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.
Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.
ALASAN
Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.
“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.
Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.
Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.
MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’
“Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.
Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.
“Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.
Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.
Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.
Sifirnya mudah.
Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.
Itqan.
Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!
Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.
Lupakah kita kepada firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]
Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.
Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA
Setuju. Saya setuju 100%.
Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.
Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.
Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.
Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana. Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!
Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!
AKIBAT LEMAH AKADEMIK
Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.
Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.
Syariatullah
Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.
“Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.
“Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.
“Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.
Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.
Itu jenayah terhadap Syariatullah.
Sunnatullah
“Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.
Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.
Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.
Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?
Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.
Mencetus mudarat..
Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!
Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?
‘Berdosa’ mengabaikan Bahasa Inggeris?
ALLAH MESTI TOLONG
Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.
Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.
“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.
Cuba perhatikan firman Allah SWT:

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Allah SWT berjanji akan membantu.
Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.
TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).
Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.
Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.
Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.
Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.
Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.
Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.
BERLATIH MENGURUSKAN REALITI
Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.
Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.
Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.
Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.
Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.
TAMRIN DISIPLIN
Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.
TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.

“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]
Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.
Berdisiplinlah!
p/s: pelajar yang enggan memikul amanah dakwah dengan alasan kesibukan akademik juga harus banyak berkoreksi dan memuhasabah diri…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam…
jazakallah khairul jaza’ ala kalimaat el-qiimah.
bir sey degil kardesim… Allah razi olsunuz!
Salam.. ustaz..
Syukran atas artikel yang penting untuk menyedarkan kebanyakan ahli terutama diri ini.
Ana rasa ada sedikit kesilapan pada ayat ini :
>Baginda SAW telah pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.<
‘telah’ agaknya ustaz nak tulis ‘tidak’.
wsalam.
terima kasih… pembetulan telah dilakukan. saya menghargainya
Assalamualaikum ustaz,
Bila ustaz bercerita ni mengingatkan saya pada kisah beberapa orang sahabat saya yang pernah dan nyaris kecundang dalam akademik gara-gara dakwah keterlaluan. Saya menghormati pegangan dan prinsip mereka aktif berdakwah. Cuma ada yang saya nasihatkan lebih fokus pada pelajaran tetapi alangkah sedihnya ada sahabat seperjuangan yang memperlekehkan saranan saya. Macam-macam alasan digunakan kononnya persekitaran universiti yang tidak islamik, pakaian perempuan menjolok mata, rakan-rakan menghina mereka ‘pointer rendah’ dan sebagainya. Seolah-olah menjadi satu ‘escapism’ saya kira. Ada yang lebih menggelikan hati ‘takpa syeikh kita belajar merangkak-rangkak kan lebih baik’ tetapi bila exam terus drop paper! (sesekali mungkin ada justifikasi tetapi kalau banyak kali?entahlah)
Bila orang biasa mungkin saya faham tetapi ni rakan seperjuangan, rakan sesama dakwah, memahami usrah dan sebagainya aduhai adakala pelik saya melihatnya ustaz… Bagaimana mahu menjadi contoh pada yang lain? Saya minta dijauhkan dari sikap sebegini.
Wallahuaklam.
bak kata pepatah melayu, hendak seribu daya. tak hendak seribu dalih, betul tak ikmal?
pakaian menjolok mata, suasana tak islamik… kalau nak camni.. gi la buat medik kat madinah
haha..synical..tp kat Madinah pun belum tentu bleh tahan tengok awek2 Arab yg cun melecun..pokok pangkalnya diri sendiri..
setuju ustaz, 2 masalah utama ‘ego’ atau ‘escapism’ bagi golongan sebegini. Itu saja jawapan yang tepat diberikan hehehe..very cynical ustaz
kena pula masa ustaz tulis artikel ni..di kala diri menghadapi exam dan ada sikap cincai ini datang..
Alhamdulillah. tulisan ustaz ini amat baik. Ia satu teguran dan juga muhasabah yang berguna.
Mengingatkan kembali alam kampus yang telah ditinggalkan sekian lama. Seingat saya bbrp rakan yang benar-benar ikhlas dan memikul amanah dakwah, organisasi dan juga akademik (yg paling prioriti) telah membuktikan bahawa mereka menjadi pelajar-pelajar terbaik dan menerima anugerah dekan dsb. bahkan ada yang dinobatkan sebagai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam majlis konvokesyen. Kejayaan yang benar-benar menumpahkan air mata terharu orang tua dan sahabat-sahabat yang lain yang mengetahui jasa dan juga masa yang dikorbankan untuk dua medan tersebut – akademik dan dakwah.
Sebetulnya dakwah menjadi sumber motivasi untuk terus berjaya dengan cemerlang, juga sifat kita yg bersederhana dalam tindakan dan juga keadaan. Pemikiran dan paradigma kita juga perlu jelas dan hati kita juga mesti ikhlas.
salam ustaz,
selain jenayah memesongkan tujuan ayat al-Quran ini dan menafsirkan ayat al-Quran di luar kontek, saya mohon agar ustaz boleh ulas juga nanti dalam artikel-artikel akan datang tentang ‘ketagihan’ membuat kerja dakwah yang memporak perandakan prioriti dan kerja amal Islam secara jama’iy (mohon bagi panduan untuk selesaikannya) dan juga ‘kemabukan’ dengan gula-gula dan solekan makna ukhuwwah fi-LLah.
Perkara yang positif tetapi menjadi sebaliknya. Ini mencemarkan nama baik Islam dan juga gerakan dakwah Islam.
alhamdulillah..terima kasih yg tak terhingga untuk ustaz..
satu teguran dan cubitan lembut ustaz untuk aktivis2 dakwah diluar sana..terutamanya untuk diri sendiri…nasib baik ustaz tak berikan ‘pelempang’ atau ‘penampar’…hehehe..gurau jer ustaz..pape pon,terima kasih sekali lagi,kerana mengingatkan saya pada ayat2 terakhir surah alam nasyrah…wat yang terbaik,pastu baru tawakkal sepenuhnya..dulu selalu amalkan ayat ni masa nak masuk exam…skrg jadi lupa…diri sendiri pon dah tak bersemangat nak masuk exam..insyaallah,pasni kena cas balik iman ni…hehehe…
dalam tulisan, cubit-cubitan senggol senggolan.
dalam tamrin, maybe pelempang boleh diselitkan
… tengok keadaan
Alhamdulillah,
Moga semakin ramai da’ei yang faqih dan faqih yang da’ei dapat dilahirkan pada masa akan datang.
Kita tidak mahu melihat pendakwah itu begitu semangat berdakwah, mengajak kepada kebaikan namun terabai pelajaran dan lesu di kuliah serta dalam masa yang sama, kita juga tidak gemar melihat seseorang yang begitu rajin menelaah, namun menghabiskan masa hanya di meja tulis tanpa memikirkan masalah ummat yang begitu dahagakan ilmu dan tarbiyah pada hari ini.
Moga artikel ni memberikan kesedaran kepada kita semua. Terus bersemangatlah ye kawan-kawan! Hidup kita pun sekejap cuma. Moga dapat tinggalkan sesuatu untuk generasi yang akan datang. Allah yuftah alaik ya ustaz…
salam ya ustaz. Ana melihat kebenaran yang jelas dengan situasi ana pada artikel ustaz kali ini. Realitinya, untuk berjaya di medan dakwah kedua-duanya diperlukan samaada daripada segi kecemerlangan akademik mahupun sahsiah. Mereka yang berada di jalan dakwah seharusnya mempunyai minda yang kritikal dan ini yang dilatih melalui assignment dan tutorial yang diberikan di universiti. Malah, andai kita mampu cemerlang dalam akademik ianya sebagai nilai tambah kepada kita selaku daei. Tapi persoalannya ustaz, yang menjadi masalahnya, interprestasi kecemerlangan pada seseorang itu adalah berbeza antara individu. Ada yang berpendapat, cukuplah hanya grade dan dapat posting sahaja dan kita sudah dikira berjaya. Ini yang menyebabkan mereka sambil lewa dalam pelajaran. Mungkin ustaz ada cara untuk menyedarkan mereka?
jika golongan sambil lewa ni perempuan, beritahu mereka yang nanti bakal suami mereka lebih berminat dengan ayam masak merah bibik berbanding ayam masak merah mereka.
jika golongan sambil lewa ni lelaki, beritahu mereka yang nanti bakal isteri mereka lebih banyak memuji-muji penceramah di masjid yang kemas dan beriya-iya, berbanding suami yang selebet dan menyemakkan mata.
salam ustaz..
tulisan yang sedikit sebanyak memberi impak kepada semangat diri.Alhamdulillah.apapun membuat yg terbaik dalam setiap aspek kehidupan adalah satu kewajipan kita.
huhu… mekasih ustaz atas peringatan…. saye ade terase jugak la… hehe…. bukan ape… bukan tak rajin pegi kelas… saye suke sangat2 pegi kelas… ceduk ilmu dari cikgu… “explore” rahsie penciptaan Tuhan…. cume yang sye tak suke tu bile kene stadi sorang2… mase tu memang malas nk kate ape la… hehe…. lagi2 nak dekat exam… saye benci stadi untuk exam!! sangat2… so saye lebih fokus untuk blaja ilmu2 ukhrawi kalo dekat2 exam… huhu…. memang rase x kene je… =(
bila dah dekat dengan exam, apa salahnya mengulangkaji pelajaran untuk exam. exam keperluan, Allah (Akhirat) tujuan… tidak perlu dilaga-lagakan antara belajar kerana exam dengan belajar kerana Allah.
salam.nmpaknya masih ada lg yg kurng faham dgn dakwah islam hingga menyebabkan dakwah pula yg menjadi mangsa. personally for me, sy bukanlah pelajar yg top dan rajin. tp sebab kenal jalan dakwahlah sy usaha juga jd rajin utk belajar. maka org tak pandang rendah org yg bawa dakwah. namun ada kalanya ada juga teman2 daie yg tersungkur walaupun telah berusaha sehabis baik. tp dakwah juga yg org sekeliling akan persalahkan. pelajaran adalah wasilah sj bg saya. islam itu tetap matlamat yg nk dicapai. di sini niatlah yg paling penting. jgn sampai jdkan alasan tak nak berdakwah sbb konon nk jd top scorer je (ini memang masalah paling besar daie student). btw… all the best utk yg sedang musim imtihan. kejayaan anda penentu masa depan umat islam.
tersungkur selepas berusaha… insya Allah sudah berada di trek kecemerlangan. tersungkur kerana tidak berusaha, bye-bye…
salamwbt.
teguran yang begitu bermakna buat para dai’e =)
syariatullah dan sunnatullah haruslah seiring,barulah boleh laksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah dan ibadat padanya..
ibaratnya dalam satu telur ada kuninh dan putihnya,kuning adalah matlamat serta tujuan, dan putih sebagai alat..memanglah kuning telur yang utama,namun putih diperlukan untuk perkembangan..begitulah kolaborasi ilmu yang Allah suruh kita capai ,syariatullah dan sunnatullah(sains tulen+sains sosial)
syukron ustaz kerana mengingatkan kami.
patutlah kenduri kahwin diberi buah tangan telur ayam. ada metafora TAQWA sunnatullah dan syariatullah padanya… terima kasih
Telur yang diberikan kepada tetamu semasa kenduri kahwin dengan doa supaya pasangan mempelai subur dan mendapat anak yang ramai. Pada orang Melayu, anak adalah anugerah.
alhamdulillah..
peringatan yang amat berguna buat diri yang lupa..
Alhamdulillah…. Pesan yg sering saya ingat…. Sebagai mahasiswa dua perkara yang boleh mengembirakan ibubapa kita: Kejayaan yg cemerlang dalam akademik, akhlak yg baik…. So teman2, Mari sama2 kita perbaiki diri, stdy dan dakwah perlu seiring; jangan kita datangkan fitnah kepada dakwah kerana pencapaian akademik kita yg kurang memuaskan…
Alhamdulillah, seronok dengor sedara mara cakap macam ni
: setuju sKaLi…..
: GoLonGan2 mCm ni La kdg2 mrosakkan “minda” peLAjar2 iPTA……..
: Teringat zman diploma dulu…tiap kaLi meeting PMi,ucapan nila yg slalu diungkapkan…..”kita tlg agama ALLAH msti ALLAH tolng kita”….
: Smoga artikel ini dapt mmberi sdkt ksdran pd golongan2 yg “syok”2 sndiri ini……….
bagi yang sibuk study hingga tidak peduli kepada dakwah juga, ada banyak bahan muhasabah yang mereka perlukan
salam ust dan semua pembaca…
syukurlah andai diberikan kefahaman bagini kepada seluruh tenaga dakwah…
tambah pulak manusia bersifat menilai dan nilainya pulak lebih ‘mahal’ kalau diadun antara bidang asas atau ‘core business’ seseorang dengan tugas tambahan iaitu dakwah…
terima kasih ustaz…
tatkala saya selesai membaca aktikel ini…
saya bermuhasabah diri saya balik…
mmg saya salah seorang yang agak cincai dalam study…
saya selalu bertikam lidah dengan seorang kawan sekelas saya…
dia meletakkan kayu ukur utk sesebuah kejayaan hanya pd pangkat dan wang ringgit…
tidak meletakkan pada ketaatan kepada Allah…
saya sering mengatakan pendapatnya salah…
tapi saya agak lalai dalam pelajaran…
tapi saya amat menjaga perhubungan dgn Allah…
insyAllah…
atas teguran ustaz…
saya akan berusaha untuk merubah diri dan kawan2 saya…
terima kasih byk2 pada ustaz atas teguran yang amat bermakna…
ustaz,
terima kasih dgn artikel yg sebegini hebat. Betul, kadang-kadang naqib usrah ni lgsung tak pikir yg anak buahnya ni sedang belajar dn banyak komitmen dgn pelajaran……
tp ustaz, anak usrah ni kerana komitmennya dgn pelajaran lgsung lari dgn usrah ni…..kerana tekanan dgn pelajaran…..ni pun masalah juga..
komited dengan pelajaran hingga lari dari usrah… kena cek dua benda. satu, maybe usrah tu gersang nilai. pengisian tak bagus, kualiti rendah… so ahli suka melarikan diri kerana tidak mahu berterusan ‘membuang masa’.
kedua, andai ahli lari sebab attitude, Insya Allah dia akan terus lari dari usrah dan dakwah selama2nya sebab alam pekerjaan dia nanti jauh lebih menekan dan membebankan dari akademik empat lima tahun di universiti tu.
Assalamua’laikum w.b.t ustaz, entri yang menarik dan sangat membina. Ana ingin bertanyakan bagaimana seorang pelajar, jua aktivis dakwah dan dalam masa yang sama diuji dari segi kesihatan dapat menyeimbangkan masanya, menguruskan mindanya dan kerehatan untuk tubuh yang diuji
Wsalam wbt.
Alhamdulillah jika idea ini diterima, maka bolehlah diusulkan pula tajuk pengurusan masa di dalam tamrin, selain tajuk harakiyyah lain yang biasa
Salam semua,
Sekiranya kita betul-betul faham konsep beribadah kepada Allah, sudah pasti tidak timbul kelesuan semasa menjalankan sesutu kerja berbanding kerja yang lain. Keseluruhan hasil dakwah di masa lepas terletak kepada kejayaan yang dicapai Ummah sekarang ini. Ummah masih terlalu lemah di dalam segala bidang, ditambah lagi dengan penekanan yang masih tidak mengutamakan yang perlu didahulukan walaupun hasilnya mengatakan tidak memberangsangkan.
Pemikiran syariatik yang saintifik memastikan fatwa tidak tertinggal fakta. Sebaliknya syariatik yang tidak tidak saintifik melibatkan fatwa yang penuh dengan petua. Fakta bermula dari petua, kerana petua datangnya dari pengalaman perjalanan kehidupan. Petua yang tidak menjalani proses saintifik akan kekal sebagai petua dan sekiranya dipetik menjadi asas kepada fatwa, menghasilkan fatwa yang tidak mengandungi fakta. Sebeb itu sangat penting petua itu menjalani proses pembuktian menjadi fakta sebelum dipetik menjadi fatwa, bagi melahirkan Umma yang beribadah selaras dengan tututan Rukun Ihsan.
Wsalam wbt.
Terima kasih Pak Din atas penambahan yang bermakna.
Rancak di al-ahkam.net sekarang ya
Sementara diberikan ilham oleh Allah. Mereka kelihatan kurang berminat menserasikan sains dengan Agama.
salam dakwah salam tarbiyah..
Alhamdulillah artikel yang sangat2 berguna sbg bekalan atas jalan ini..
alfu syukran ustaz..
mmm…keperibadian kita harus diteliti..silap langkah jadi fitnah pada dakwah pula..itulah kelemahan manusia..sukar nak menyeimbangkan dua perkara..namun InsyaAllah kita cuba..tiada alasan utk kecundang dlm dakwah dan akademik..muslim mukmin amilin harus berbeza…
Pembentukan keperibadian Islam adalah merupakan pembentukan barisan pemimpin; barisan pekerja-pekerja Islam yang mampu menghadapi jahiliyyah, barisan kepimpinan yang tidak mudah diperdaya atau ditipu oleh jahiliyyah yang menyamar diri dalam berbagai rupa dan gaya hingga sukar dikenali…
mmm…adakah ini juga mentaliti yg cuba disengat pda aktivis dakwah oleh musuh..melebihkan satu perkara meninggalkan satu perkara..?
moga Allah pelihara gerak langkah kita..
wallahu’alam..
Terkesan dengan artikel ni.
Huhu. Seorang da’ie sepatutnya mengenalpasti kepentingan antara kedua2 aspek – dakwah dan study.
Adakah bila berdakwah, automatik study akan terencat? Atau bila study, takleh berdakwah?
Da’wah itu seni. Da’wah itu natural. Sesiapa yg menjadi Islam, maka seruan berdakwah itu sudah kena ke atasnya. Bukan hanya terpikul atas bahu ustaz2. Atau penceramah2.
Persoalannya, bagaimana cara berdakwah itu? Tentunya dalam skop sebagai seorang pelajar, berdakwah tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada seseorg untuk bergelar “pelajar”.
Da’ie yg bagus, akan memecut dakwahnya tetapi dalam masa yg sama, tidak kehilangan identitinya iaitu siapa dia. Sama ada seorang pelajar, seorang doktor, hatta pemilik kedai runcit atau petani, masing2 mampu dan ada keupayaan untuk berdakwah. Cuma bezanya, pada skala mana magnitud dakwah itu dapat digerakkan.
Mungkin seorang student yg bz, hanya dapat berdakwah di malam hari melalui laman blognya. Mungkin seorang doktor berdakwah secara tidak langsung semasa sesi rawatan. Dan dakwah pula, tidak semestinya perlu besar-besaran = mensasarkan kepada ribuan pengunjung, membawa topik2 berat seperti bersyarah mengenai Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syahadatul Haq dan sebagainya. Cukup sekadar menyampaikan tauladan yang baik, hatta itu pun dikira sebagai dakwah!
Nah, apa lagi mengatakan bila berdakwah, aktiviti2 lain boleh terencat! Tak masuk akal! Kenapa tidak boleh bergerak seiring? Maka salah da’ie lah kerana tidak tahu mengasimilasikan dakwah dalam dirinya dan kehidupan sehariannya. Sedang Rasulullah itu sendiri bukan semata2 seorang pendakwah, baginda ahli perniagaan, baginda ketua kerajaan. Tetapi itu semua tidak menghalang dakwah baginda. =)
Teringat ungkapan yg pernah saya temui di laman2 pendakwah “muda”:
“Dakwah bukan segalanya, tetapi segalanya sia2 tanpa dakwah”
dan
“Study is the first, but dakwah is never the second.” =)
ps: maaf ustaz, saya melalut. tgh pening kepala study untuk final exam. huhu. apa2pun, “ps” ustaz betul2 menyengat saya. adeh!
Terima kasih atas ulasan bernas Leokid.
Itulah ayat yang sering diputar2 rakan pendakwah hingga tersasar dari maksud sebenarnya.
Selamat menempuh peperiksaan…
Terima kasih ustaz..
artikel ni betul2 dah mengetuk hati ni..slalu salah konsep tentang dakwah..kdg2 abai pelajaran konon2 menjadikan alasan Siapa tolong Allah ,pasti Allah tolong kita.
Terima kasih sekali lagi..doakan kami yang sedang menuntut ilmu dan yg ingin bekerja utk Islam semoga dipermudahkan..
Salam ustaz..menarik artikel ustaz…Nanti saya mahu copy, nak minta kebenaran dari ustaz…
Saya ada seorang kawan dari program linguastik, tapi beberapa hari lepas dia bersembang dengan saya, ” Sheikh, ana cadang nak tukar kos la, ana ni lebih cenderung dgn bidang hadis…linguastik ni ana kurang ummm la…”……………
Saya geleng kepala…..
wsalam. silakan… tak perlu kebenaran ustaz, asalkan disertakan alamat blog ini untuk rujukan.
masalah nak tinggalkan bidang2 so called bukan bidang agama sebab minat bidang agama ni sungguh meletihkan…
assalamu’alaikum…
agak lambat jugak artikel ni keluar.. masa exam baru-baru ni tak tau nape, memang maaaalas sangat study.. hm, memang dapat la habuannye.. kena ubah sikap la selepas ni.. do’akan ana ye ustaz..
Wsalam wbt tuan
Insya Allah ana yang jauh ni doakan. Anta yang empunya badan kena lipat gandakan usaha, boleh?
inshaAllah.. syukran jazakallaahu kk..
kerana diri kita adalah duta… jd diri sendiri adalah wadah terbaik untuk melakukan dakwah..
salam ustaz, syukuran jaziila atas aritkel ustaz ni.. alhamdulillah, semangat saya dah naik kembali.. untuk pengetahuan ustaz, kami dak2 medik kat mesir ni sedang exam oral, tapi saya dah tak de semangat nak study sebab macam dah bosan je dengan buku medik, ye laa, baca benda sama je.. so, sekarang saya baca buku pasal sirah nabawiyah, rahsia khusyuk dalam solat dll, baca buku medik je mengantuk, baca buku2 islamik segar plak
tapi, alhamdulillah, artikel ustaz ni memang dah menyedarkan saya, saya minta izin nak copy n paste, letak dalam blog saya sebagai sumber motivasi buat saya , seorang manusia yang cuba untuk menjadi memperjuangkan Islam walau diri ini lemah sangat!
cuma ustaz, saya nak tanya dari sudut praktikal saranan ustaz pada komintmen dalam kelas skit.. sebab bagi saya, sebagai pelajar medik yang memang tekenal dengan silibus macam gunung ni, tak sempat kalau nak komitmen sepenuhnya pada pengajian.. sebab kalau saya buat begitu, memang saya tak ada masa la nak fikir dan usaha untuk buat kerja2 dakwah, nak bermesyuarat dan lain2..
so, apa kata ustaz kalau saya ambik tindakan macam ni, paksa diri duk depan dalam kelas, tanya kalau tak faham, tapi, saya tak ulangkaji langsung selepas belajar.. dan sebulan sebelum exam, saya dah tak fikir pasal dakwah2 (melibatkan persatuan), saya cuma tumpukan untuk pelajaran je.. sebab nak dapatkan result cemerlang dalam exam, saya takut kegagalan saya akan jadi fitnah kepada perjuangan saya! apa pandangan ustaz tentang tindakan saya tu? terima kasih..
sedikit respon berkenaan komen di atas.
Ustaz ada berkata untuk cemerlang dalam pelajaran itu kita perlu melalui proses.
jika diyakini ingatan tidak sekuat al ghazali, rancanglah strategi dan laluilah proses.
setiap hari dalam hidup kita memang sentiasa perlu berdakwah.
pada pandangan saya, penting untuk kita menyusun strategi untuk cemerlang kedua-duanya.
saya sendiri telah mencuba pelbagai strategi belajar sehingga akhirnya saya berjumpa satu yang saya amalkan sehingga sekarang tanpa membelakangkan dakwah.
ustaz,
saya memang jumpa ramai aktivis dakwah yang berpegang pada ayat ‘siapa tolong agama Allah, Allah akan tolong dia”.
sehinggakan masa untuk dia study boleh dikira.
saya melihat orang ini dari sudut yang berbeza.
mungkin kerana dia lebih bijak dan cepat tangkap dalam kelas membuatkan dia mudah melalui proses pembelajaran.
tetapi tidak saya. saya perlu lalui segala proses tersebut. tapi masalah umat saya tak tinggalkan.jika tidak mampu ke tempat ceramah yang jauh, cukuplah sekadar saya mendengar di surau yang berdekatan.
saya juga pernah dipaksa untuk berdemonstrasi semasa musim peperiksaan walaupun ia tidak mengganggu pelajaran saya.
tetapi saya sedih melihat rakan2 saya yang lemah dalam pelajaran masih memberi masa untuk hal itu sedangkan mereka akan menghadapi exam. memang mereka berpegang kpd ‘siapa tolong agama Allah, Allah akan tolong kita’.
kadang-kadang saya jadi ‘bosan’ bila mendengar ayat itu. saya tak nampak perubahan yang baik. yang terlibat dalam bidang dakwah ni sampai saat ni masih merangkak-rangkak dalam pelajaran.
semoga Allah benar-benar membantu mereka.
wallahualam
pertamanya, pelajar medic kena balance sikit kepercayaan bahawa silibus mereka sangat banyak jika dibandingkan dengan orang lain. jika dibandingkan medic dengan shariah, sebenarnya shariah juga tak kurang bebannya. tetapi bagus lemah medic mudah diukur (measurable) sedangkan shariah ni lebih subjektif. kalau pelajar shariah sedar beban yang bakal mereka tanggung, mereka akan study bahan yang bakal menggerunkan student medic yang paling ulat buku.
begitu juga, pattern belajar ni berbeza-beza di antara seorang dengan seorang yang lain. untuk saya, memang bersoal jawab di dalam kelas, duduk kat depan… sangat-sangat membantu memudahkan saya membuat ulangkaji akhir sebelum exam. itu yang saya maksudkan sebagai MENGIKUT PROSES
apabila dakwah disempitkan kepada tugas-tugas ustaz dan ustazah,usrah dan halaqah,ceramah dan forum….
jazakallah ustaz
salam ustaz, maaf ustaz, saya minta izin nak bold kan mana2 ayat ustaz yg saya sesuai untuk siri saya…
dan pasal kebosanan saya kepada subjek medik, saya BUKAN bosal kepada substance medik tu, cuma saya bosan sebab saya dah baca silibus untuk exam tu berkali2.. so, saya rasakan ilmu saya tak bertambah2 sebab ulang benda yang sama, TAPI, saya memang mengaku bahawa saya gagal silibus tu 100% sebab ingatan saya bukan macam imam al-bukhari….
sebab tu, saya baca buku2 agama, paling kurang dapat juga ilmu2 tambahan buat diri saya…saya cuma nak kan ilmu saya bertambah…
wsalam.
its not always either or. maksud saya tidaklah pula masa tengah exam kena baca buku exam je. of course bosan tu muncul dan salah satu caranya ialah dengan relaks sekejap baca buku lain, or even nak main game ke, tengok tv sat ke… terpulang…. tetapi yang penting ialah jangan sampai seronok berhenti rehat kat R&R Tapah, terus lupa yang matlamat asal ialah nak ke Penang…
Salam…
Artikel yang bagus… Syukran… memotivasikan…
artikel motivasi yg mencabar kendiri da’ie, sungguh!!
perlu ditekankan pada kepelbagaian masalah pelajar dalam pembelajaran masing2 (tanpa dipukul rata mereka dgn label ‘malas’ atau ‘lepas tangan’) , tetapi amat malu jika menjadikan ‘dakwah’ sebagai jalan keluar kepada kerunsingan dan tekanan dlm dewan kuliah, dalam erti kata dengan meninggalkan kewajipan sebagai seorang pelajar…
benar dengan berdakwah akan memberikan sedikit banyak kekuatan dalam jiwa pelajar yang menggendong ID ‘da’ie, tetapi aulawiyat perlu diperhalusi lantaran medan itu masih di alam mahasiswa/wi.. jika peperiksaan yang mendatang hanya tinggal hari yang boleh dikira dengan jari, seimbangkan antara hak dakwah dan hak akademik.. bahkan terelok lagi jika da’ie itu yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada mad’u dan sahabat lain dalam mencapai kecemerlangan akademik…
terima kasih ust has atas artikel yang mencabar diri yang ingin ditetapkan hati memikul tugas seorang da’ie..
Salam
Terrrbaik lah ustaz artikel ni..sebijik-sebijik kena batang hidung mereka!! tak insaf jugak tak taulah….
Jazakallah..
“akademik adalah nombor satu, tapi dakwah bukan nombor dua”. Syukran ustaz di atas peringatan yang penting ini.
saya ingin berkongi beberapa kes dan mohon Ustaz dan sesiapa yang arif untuk membantu
1-tiba-tiba diberitahu esok ada tugasan yang perlu dilakukan sedangkan malam ini ada meeting. kalau dah meeting mau 2 jam. apa pandangan?
2-setiap malam agenda dai’e perlu mengendalikan usrah. hujung minggu sibuk dengan taklim, dan rehlah. saya tersekat. tak bolehkah agenda dakwah disusun dengan lebih fleksible? saya tersekat d tengah-tengah antara pelajaran dan dakwah. setiap kali dilafazkan masalah ini, naqibah pasti berkata ‘siapa tolong agama Allah, Allah akan tolong dia’
saya rasa seperti mahu lari dari jemaah ini dan berdakwah dengan cara saya sendiri walaupun hanya sekadar menunjukkan cth akhlak yg baik.
3-perjuangan ni pahit Ustaz. tapi akhirnya manis. BENAR. jadi kerana pahit itu, biarlah pahit di dunia. biarlah kita fail exam sekalipun tapi jangan belakangkan dakwah.
4-ustaz pernah berkata, kalau kita nak cari kesempurnaan pada sesuatu jamaah tu, kita takkan jumpa. saya pi sana, agenda dakwahnya saya tak mampu pikul. tapi tarbiyyah mantop. saya pi sini, tarbiyyahnya membebankan saya lagi adalah. usrah pun tak bersistem.
tak perlu jemaah lah Ustaz. tak semestinya berdakwah kene duk dalam jamaah. sekeliling saya yang dok dalam jamaah ni pun masih dok depan TV petang2 buang masa daripada yang lain2 bukan dalam jemaah tu..
5-macammana nak cakap dengan kawan2 usrah yg paksa kita ikut program sedangkan exam is around the corner?rasa nak lari!
apa komen Ustaz?
(kes2 di atas berdasarkan pemerhatian saya d alam semesta ini, dan ada juga yang saya melaluinya sendiri)
tidak ada quick fix untuk penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. tabiat tidak sihat dalam mana-mana jemaah ni, dah lama bersarang dan berkarat. ustaz sendiri mengambil masa yang panjang untuk boleh mengungkaikannya satu persatu. itu pun sekadar usaha mengungkai… selesai atau tidak belum tentu lagi.
saya dah sebut berulang kali sebelum ini bahawa berjemaah itu adalah sistem biasa dalam apa sahaja kerja yang kita buat. hukum sinergi. kalau kita merayau-rayau mencari jemaah yang bagus, memang susah nak jumpa. mungkin tak jumpa sampai bila-bila. tetapi kalau kita mencari jemaah tempat untuk berperanan, maka kita boleh segera landing. jemaah yang banyak masalah, banyak peluang untuk belajar menguruskan masalah. besar manfaat kalau bijak menguruskan masalah.
kalau saya di zaman undergraduate dulu, saya akan cuba laksanakan tugas-tugas dakwah sebaik mungkin. tapi kalau naqib naqibah bermesyuarat merepek-repek berjam-jam, saya akan bentang tilam tepi dinding dan tidur je. “gerak ana kalau dah berganjak agenda mesyuarat ye!”, itu pesan saya kepada mereka sebelum lena melayan tidur yang lebih bermanfaat!
bosan dengan manusia yang bermesyuarat untuk membincangkan berapa kali nak mesyuarat
“tetapi kalau kita mencari jemaah tempat untuk berperanan, maka kita boleh segera landing. jemaah yang banyak masalah, banyak peluang untuk belajar menguruskan masalah. besar manfaat kalau bijak menguruskan masalah.”
syukran jazilan Ustaz.
setiap masalah itu ada penyelesaiannya.
saya perlu lebih berperanan. kadang-kadang akibat terlalu petah bercakap dikata memberi alasan.
“study study jugak, dakwah kena buat jugak”
tengoklah siapa yang tegur saya. kalau pelajaran dia mantop, memang saya tidak boleh nak bagi ‘alasan’.
namun walaubagaimanapun saya berpegang pada kata2 yg sering diulang
“iSLaM is number ONE but StUdy is Not number TwO”
aduh…terkenanya! saya antara org yg pakai ayat2 tu masa belajar dulu. bila dah tua dan berpijak di bumi nyata ni, terasa malu mengenangkan zaman2 fantasi dulu. thank you ust. dalam keadaan anak2 dan diri sendiri kurang sihat pun, ust mampu bagi yang terbaik utk pembaca
Assalamu’alaikum ustaz,
‘Jagalah (agama) Allah, nescaya Dia menjagamu’-ungkapan yang sering saya jadikan motivasi dalam kesibukan sebagai pelajar perubatan dan melatih diri dalam aktiviti persatuan dan dakwah, dengan syarat syariatullah dan sunnahtullah dijaga.
Pesan saya pada diri, jangan mudah beralasan, dan jangan pula bermalasan.
Seorang da’i yang bijaksana adalah yg menjaga tuntutan syariatullah dan sunnahtullah dengan seimbang. Analogi ustaz sewaktu puisi 2007 sentiasa menjadi peringatan buat saya. Terima kasih ustaz atas peringatan ini.
Pengalaman ana sewaktu belajar dulu, kami memang mencapai kata sepakat untuk membekukan aktiviti jemaah at least 2 minggu sebelum exam semester. Reduce stress, at least got some time to concentrate.
Bayangkan exam sem 2 kali setahun. dah belajar bulan2 dan keputusan pembelajaran itu akan hanya ditentukan dalam exam yang ambil masa 2-3 jam utk satu subjek. So akan menimbulkan masalah bertimpa-timpa kalau tak lulus etc..sebab at the end of the day, semua result itu akan accumulate.
syukran ustaz!
artikel ni betul2 terkesan pada sy yang seminggu lagi dah nak pergi sambung belajar untuk lepasan SPM tempoh hari..
alhamdulillah pesan ustaz ni akan jadi pengingat kepada sy untuk tidak jadi terlalu ‘MASYUK’ dengan dakwah dan usrah sampaikan akademiknya TERKIAL-KIAL pula nanti..hehe~=P
Assalamualaikum ustaz.
Terima kasih ustaz sebab tulis artikel ni.. saya sangat hargainya.. artikel ni memaparkan pelbagai situasi yang secara realitinya berlaku hari ini. Saya bermuhasabah sendiri.. kadangkala doktrin dari senior atau naqib menyebabkan anak buah ikut sekali.. dakwah dan belajar seiringan dan perlu ada stratergi dalam menyusun hidup.. aktivis dakwah bukan tidak bijak..tetapi gagal merancang.betul tak ustaz?
Wallahu a’lam
Salam,
SATU LAGI ISU KRITIKAL IALAH MENGANGGAP KEPATUHAN KEPADA JEMAAH ADALAH WAJIB! X IKUT KATA AMIR ATAU NAQIB BERDOSA! Silap haribulan jadi ajaran sesat ni.
HADIS TAAT KEPADA JEMAAH bukan bermaksud taat kepada kumpulan jemaah A atau B di kampus atau luar kampus.
MINTA UST TULIS HURAI TENTANG ISU NI, BAHAYA FAHAMAN NI.
ALLAHUMMANSURNA
Likulli maqaamin maqaal… setiap kalam itu ada masa dan tempat yang sesuai untuk diperkatakan mengenainya.
Tidak ada mana-mana gerakan Islam yang mengajar bahawa kepatuhan kepada naqib dan amir adalah wajib vs. dosa! Jika ada naqib/ah dari kalangan kenalan anda yang buat benda macam ni, maka yang kena basuh ialah mereka dan bukan jemaah dan gerakannya.
Apa yang ada dalam sebuah gerakan Islam ialah disiplin bekerja secara berjemaah sebagaimana etika kerja apabila menjadi pekerja di sebuah syarikat. Ada disiplin, ada kepatuhan, ada tanggungjawab, ada amanah… dan semua itu nature biasa dalam mana-mana keadaan manusia bekerja secara teamwork.
Jika disiplin ini dilanggar, mencetus mudarat kepada sesiapa.. maka dosa boleh datang, bukan kerana tidak ikut cakap naqib/ah, tapi kerana mencetus mudarat kepada orang lain dengan kaedah umum laa dharara wa laa dhirara.
Maka ahli gerakan Islam kena teliti dalam menjustifikasikan hal sebegini.
Dan dalam masa yang sama, tiada makna bekerja secara berkumpulan tetapi semua kepala boss dan tiada disiplin teamwork!
Salam….Entry yang mantap.Memang dah lama saya mencari penyelesaian bagi masalah ini..Seringkali fenomena ini terjadi.Dan saya sdar diri ni pun xterlepas dari menjadi ‘penjenayah akademik”..Moga diberi kekuatan..Ameen…
Banyak bebenor jenis golongan manusia ini…
Ada segelintir golongan yang mantap dakwah dan islamnya..Pada masa yang sama jugak akademik…Subhanallah.Golongan ini telah menunaikan Syariatullah dan jugak Sunnahtullah.Untung didunia dan jugak diakhirat
Ada segelintir golongan yang mantap dakwah dan Islamnya..Tetapi bila masuk bab akademik…bermasalah.Golongan ini telah menunaikan Syariatullah tetapi Sunnahtullahnya bermasalah.Rugi didunia tetapi Insyallah untung diakhirat
Ada segelintir golongan yang tidak suka dan mahu pada dakwah dan Islam.Tetapi bab akademik “Superb”.Golongan ini tidak melaksanakan Syariatullah tetapi insyAllah Sunnahtullah sudah lepas.Untung didunia tetapi akhirat belum tentu.
Ada segelintir golongan yang tidak suka dakwah dan Islam..Dan pada masa yang sama akademik pun “Hampeh”.Syariatullah dan Sunnahtullah bermasalah.Golongan ini ana kira rugi didunia dan akhirat…
P/s: Ini kesimpulan yang ana dapat buat berkenaan perihal dakwah dan akademik…mungkin ada yang ana terlepas pandang.Jadi perlukan Abu Saif dan sahabat-sahabat sama2 menambah nilai…Agak kita duk digolongan mana ek? Renungan buat ana dan sahabat2…afwan ustz..komen pnjg lagi=)
salam,
mmg kna artikel ustaz kalini di musim peperiksaan skang nih..penatnya rs belajar lg2 bg yg amik medic nih.kdg2 blaja utk setahun tp di uji hanya dlm 20min utk oral test. sekdar utk berkongsi pengalaman dgn yg baru nk menempuh alam universiti dan kpd yg tgh malas belajar…
sy baru je ikut kerja2 dakwah dan aktif dlm ikut tarbiah ni di universiti,knal dgn web ustaz pon br 2tahun lps=)tu pon sbb kwn yg sama2 ikut kerja dakwah yg perkenalkan.alhamdulillah.
sy dulu belajar di sebuah sekolah yg ustaz impikan sgt nk msk=)xpyah la sy sebut rsnye.mmg biah disekolah tersebut sungguh hasanah.ms belajar dulu rs tenang,tp sy mmg kurang setuju dgn cara mereka2 yg bergelar naqib dan naqibah ni.sbb nye kalo di surau/kelas bukan main lg lantang berckp psl agama tp kalo bab belajar mmg menangla tdo memanjang.mcmne nk respect?sy dulu boleh di kira keras kepala la skit.hee.sbbnye suka wat xlayan dgn golongan2 tersebut(mtk maapla).diorg mmg bagus bab agama,tp kalo bab pelajaran mmg down,bukanla nk kata xpandai ke ape,tp kalu xpandai xkn boleh msk skolah sy dulu tuh(SBP).tp perangai masa beljar dan asik tdo je dlm kelas tuh…
so konklusinye sebagai seorg yg bwk ikon agama nih kna la tunjuk contoh yg terbaik.
utk yg rs down atau malas belajar,bg bidang yg sy ambil medic nih.sy selalu menjadikan pengalaman kakak sy yg sedang housemenship sbgai penguat smngt.ape yg sy maksudkan adalah,sy perlu belajar rajin2 dan dpt result yg terbaik,nnt dpt sambung jd specialist utk ganti specialist2 yg bukan islam yg slalu nk ‘torture’ org melayu.diorg slalu bg HO melayu ni lmbt lulus,torture mentally.geram2..xkn kita nk slalu di bwh mereka?kita pon kna bgn!!jgn bljar sekadar melepas batuk di tangga,dpt result pon ala kadar.setakat cukup jd GP je.so kalo kita yg x jd specialist,jd org2 atasan sape lg?
teman2 ku dan adik junior yg baru nk melangkah ke alam universiti.jgn jdkan alasan sibuk belajar utk tidak terlibat dlm dakwah dan jgn jadikan alasan sibuk berdakwah utk tidak belajar.tepuk dada tanye iman!bg yg sedang terlibat dlm dakwah dan sdg sibuk berorganisasi,jgn jdkan diri kita sebagai fitnah kpd islam.
sy budak baru belajar,kalo salah tlg tunjukkan=)
terima kasih ustaz..
alhamdulillah..superbike saye x terbabas lagi dari track..saye harap rakan2 saye yang lain pun sama..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..saye setuju dengan ustaz..satu PENGKHIANATAN PADA ILMU kalau seorang ustaz hanya cakap ikut sedap dan seorang doktor bagi ubat ikut dos sendiri..
salam ustaz,
syukran ustaz.. saya stuju 100% pndangan ustaz.. Saya sendiri pun tersentak.. Saya ingat lagi masa sya belajar dulu, guru saya dgn tegas tp nadanya agk tenang berkata, “siapa2 yang cgpa below 3, di ‘haram’kan utk terus berada dlm jemaah”. Beliau sbnrnya cuma mau mengingatkan bkn menyingkirkan@meng’haram’kan (dlm erti kata sbnar) trus ahli jmaah yg bermsalah (akademik), yg agk rmai wktu tu.. Pndangan ustaz ini lbih kepada mnjelaskan lagi kekusutan dan kesempitan cara berfikir.. AlhamduLillah.. Mnta kbnran ustaz jgk utk dsebarkn artikel ni..
Assalamualaikum,
adakah ustaz bersetuju jika saya mengatakan sudah menjadi lumrah manusia untuk lebih cenderung ke arah perkara2 yang mudah daripada perkara yang complex?
dalam hal ni, saya letak 2 perkara sebagai analogi
1. belajar/kuliah sebagai tugas hakiki pelajar ketika di universiti/etc
2. berdakwah/beraktiviti sebagai rutin sampingan
secara realitinya memang belajar memerlukan komitmen dan senang cerite, menjadi susah apabila malas atau subject2 semakin berat. berdakwah/beraktiviti pula sememangnya mudah, menyeronokkan dan tak perlu bersusah2..walopon agak pelik kerana masih ada juga pelajar yang sanggup ber’susah’2 untuk keluar duit pergi sana-sini, beli itu-ini dengan niat hendak berdakwah, tapi sebab berdakwah/aktiviti ini menyeronokkan, mereka tidak hirau ke’susahan’ itu
jadi, saya nampak naluri manusia yang cenderung ke arah perkara2 mudah & mengGEMBIRAkan ini yang membuat mereka kadangkala lupa tugas hakiki sebagai seorang pelajar. justeru hal-hal akademik dianggap dunia & tidak berapa penting..bersama2 dengan hati yang telah menganggap Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya yang menolong agamaNya.
agak tertarik dengan ‘PENGKHIANATAN ILMU’ yang ustaz perkatakan. iya, saya bersetuju jugak.. pada saya, dalam apa pon kita buat, wasatiah kena ada dan istiqamah itula yang membuatkan kita lebih kehadapan. jadi, tak salah utk berdakwah/aktiviti tapi ingatla tugas hakiki ketika menuntut ilmu, after all, menuntut ilmu pon jihad jugak kan ustaz? hehe
wallahua’lam
Salam ustaz,
Syukran di atas artikel yg menarik yg menyebabkan diriku terfikir akan ‘keperluan’ utk menghabiskan pelajaran dgn ‘kekuatan taqwa’. Insya Allah, hujung bulan 7 ini ana akan menghabiskan pengajian diploma dan final exam pada 14 Julai. Doakan juga agar dipermudahkan. Syukran sekali lagi atas artikel yg sungguh bermakna ini.
on-tyme-accurate-short-yet-deeply meant shot!
bangkit dhuat sekalian.
ayuh! belajar kuat kuat (^-^)v
jzkk ya ustaz.
bengang je tgk org kuat berpesatuan tapi kelas diabaikan
kurang2 ade hujah dalam hal ni..
syukran ust…..
quote
“Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti.”
macam dari citer “The Great Debaters” je ustaz?hehe.
“We must do what we have to do ,to do what we want to do”
skian.tumpang lalu.
aslm wbt
ustaz, saya kongsikan di sini 3 motivasi untuk saya belajar daripada asyik fail sahaja kepada naiknya pointer.
Dakwah sepatutnye memotivasikan kita untuk berjaya, itu pun jika benar kita mahu survive dalam arena dakwah.
Result Exam dah dapat
at 1:59 PM
Assalamualaikum WBT.
Dari hari Isnin lepas aku dok sibuk nak check result exam aku. Petang Isnin result dah keluar. Tapi ada satu subjek tak available. Check lagi malam tadi. Baru dapat check result semua subjek. Alhamdulillah, ada improvement. Mungkin tak sehebat kawan-kawan aku, tapi janji aku untuk improve pointer berjaya. Bukan improve sikit-sikit, improve banyak.
Nak kata bagus sangat result aku taklah. Tapi yang ini yang terbaik pernah aku dapat lah selama aku jejak kaki ke bumi matrik di PJ dan kampus induk di Gombak ni.
Banyak benda dorong aku untuk cuba improve pointer aku. Yang utama sekali ialah mak bapak aku. Diaorang lah yang jadi sumber utama motivasi aku. Aku dah pernah tengok macam mana kecewa mak bapak aku bila tengok result aku tak bagus. Mereka tak pernah marah aku sejak aku masuk matrik tak kira macam mana teruk result aku. Tapi aku tahulah mereka sedikit kecewa. Jadi lepas tengok apa yang mereka rasa. Benda ni macam bagi motivasi balik kat aku. Aku kena buang kekecewaan mak bapak aku. Biar muka yang suram dulu bila tengok result aku bertukar menjadi ceria. Seronok! Malam tadi lepas aku dah check semua result. Aku terus SMS angah. Bagitahu dia result aku. Dari kelmarin dia dah call aku tanya macam mana result aku. Rasanya dialah yang bagitahu mak aku pasal result aku. Tu yang mak aku, terus masuk bilik aku, usap kepala aku, cakap tahniah. Mak senyum gembira. Aku buat muka rileks sahaja. Senyum tak, ketawa tak, sedih pun tak. Memang aku macam tu. Lepas tengok result tu pun aku buat macam tak rasa apa-apa dan tak ada apa-apa berlaku. Walau dalam hati sebenarnya aku dah happy giler. So next sem, aku kena naikkan lagi pointer aku supaya aku dan mak bapak aku akan terus happy setiap kali result exam keluar.
Mesti ada yang tanya, awat motivasi pertama aku ialah mak bapak aku, bukan Allah. Macam aku letakkan mak bapak ak lebih utama daripada Allah lak. Aku letak motivasi pertama aku ialah mak bapak aku,sebab mereka menjadi pendorong. Aku usaha gila sebab nak bagi mereka happy. Sebab apa aku nak bagi mereka happy? Sebab Allah yang suruh kita buat baik kepada mak bapak kita. Jadi aku buat ni sebab Allah yang suruh. Cuma dalam al-Quran tak adalah letak fokus cerita supaya dapat pointer bagus supaya ibu bapa gembira. Jadi dengan arahan Allah untuk buat baik kat mak bapak aku, tu yang Alhamdulillah jadi motivasi aku.
Apa pulak motivasi kedua aku. Aku ni selalu involve dengan kem solat, tukang iklan kuliah-kuliah agama di UIA, penulis blog berunsur agama dan lain-lain. Benda ni jadi motivasi aku. Sebab aku terpikir, takkan aku nak terus dengan result aku yang hancuss. Bayangkan sekiranya budak-budak peserta kem solat dapat tahu macam mana result aku yang hancuss tu. Macam mana jika kawan-kawan yang aku selalu ajak hadiri kuliah-kuliah agama tu tahu macam mana bengongnye aku di dalam akademik. Macam mana kalu pembaca blog soal jawab aku dapat tahu bagaimana malasnya aku nak bukak buku-buku ekonomi yang memang subjek aku? Ini semua aku kena ambil kira. Macam mana pulak pandangan cikgu-cikgu sekolah aku. So aku hanya jumpa satu jalan keluar. Aku kena improve pointer aku. Tu sahaja.
Apa pulak motivasi ketiga. Hah ni motivasi yang mungkin nampak bodoh sikitlah. Aku pernah terfikir, budak perempuan yang aku suka tu, nak ke terima aku kalau result aku teruk giler. Budak perempuan tu pulak bukannya ‘ngekngok’ study dia. Dia rajin, aku rasa jauh sangat kalau nak banding rajin dia dengan aku. Jadi rasa-rasa segan lak. Takkan aku nak ‘usha’ dia dengan result yang tak best. So kenalah improve pointer aku. Tiap kali terbayang nak ‘usha’ dia, mesti aku teringat pasal result aku. So terus tak jadi usha. Hehehe. Jadi jalan mudah nak selesai kena improve pointerlah. Sebab hal inilah
Lepas tu adalah sumber-sumber motivasi yang minor. Cuma yang tiga di atas ini yang major. jadi, nasihat aku, kalau rasa susah sangat. Kenalah cari sesuati yang boleh jadi sumber motivasi dan inspirasi. Paling senang mak bapak kita. Mereka sumber motivasi paling kuat bagi aku. Jangan kamu dok fokus kat sumber inspirasi yang ketiga tu sudahlah.
Ok, chow chin chow. Wslm wbt.
http://the-authenthic.blogspot.com/2007/11/result-exam-dah-dapat.html
Assalaamualaikum Ustaz,
Syukran jaziilan diucapkan di atas peringatan di atas. Sungguh ianya menjadi peringatan kepada diri sendiri dan kepada para pendokong dakwah Islam yang lain.
Mungkin lari sedikit dari topik, tetapi sekiranya ustaz sudi dan punyai kelapangan, ana ingin sangat untuk mencadangkan ustaz kupas juga ‘the other end of the extreme’, iaitu fenomena ‘Keciciran di medan Jalan Dakwah’.
Terutamanya yang terjadi dikalangan pelajar-pelajar haraki yang kembali ke tanah air/keluar dari menara gading, kebanyakannya dengan keputusan akademik yang cemerlang, dan apabila ditawarkan pekerjaan yang hebat, ditambah pula dengan perkahwinan dan lain-lain, suara yang suatu ketika dahulu lantang bersuara kini semakin layu.
Ana fikir kerana ustaz sendiri pernah alami fasa ‘graduation’ ini, dan mungkin ustaz boleh berkongsi sedikit dengan kami bagaimana ustaz dapat beristiqomah di dalam medan dakwah. Antara sebab lainnya ialah, kebanyakan dari para pembaca saifulislam juga akan mengalami fasa yang sama.
AlhamdulIllah, artikel kali ini mantap dan kena dengan situasi ‘present’. Diharapkan ustaz dapat mengulas juga situasi ‘future’ kami.
JazakAllahu khair, dan maaf sekiranya ana terlalu ‘demanding’! Seolah-olah boleh request artikel pula!
Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah utz dapat merungkai masalah pendakwah dikalangan student sekarang.
Moga pendakwah2 yang baru berkecimpung dalam bidang amal islami akan dapat mengatasi mind setting ini dan seterusnya menjadi yang terbaik..
Its a good article for the ‘new comer’ and the ‘old school’..
May Allah bless you..
Salam
Good article. Full message.
Tengah2 musim exams ni, tiba2 syeikh yutus estes datang melbourne bagi talk. So, sebab talk tuh berdekatan dgn library, ana pergi jer. yg bestnya, dia pesan, If u can’t be nice, then be fair. Never be a liar.” Selalu dia sebut, thank you for asking my religion.
One more paper to go.. jihad2
Saya kira, ini adalah post terbaik yang pernah saya baca sepanjang mengikuti SaifulIslam.com. Sangat realistik.
“Berusaha Kawal Diri,
Komited Buat yang Kita Tidak Suka,
Demi Meraih yang Kita Suka,
Suatu Hari Nanti.”
-SaifulIslam-
Saya tampal di sebelah meja study. Hehe.
Biar bertambah ceria warna Sang Pelangi di balik Fujiyama!
Adakah ini minda sekular ustaz? Maksud saya aktivis dakwah mengasingkan keperluan akademik dengan kerja dakwah? Mereka (mungkin saya juga) gagal melihat hubungan akademik dengan kerja dakwah..
minda kumpulan pemisah barangkali!
Assalamualaikum wbt ustaz
Terima kasih atas penulisan artikel yang penuh bermakna lagi memberi kesan kepada saya ni. Dalam keadaan baru habes exam dan lebih kurang 4 jam lagi result nak keluar, bace pulak artikel ustaz ni yang sedikit sebanyak ada jugak la terkena batang hidung sendiri. Memberi peluang kepada saya untuk muhasabah diri sendiri.
Jazakillah dan Alhamdulillah atas peringatan penting yang ustaz berikan. Rupa-rupanya masalah ni dihadapi kebanyakan orang, bukan saya dan sahabat-sahabat saya sahaja. Sememangnya akademik dan dakwah sama-sama penting, sebab kedua-duanya pun adalah sebahagian daripada kewajipan sebagai Muslim. Semoga para dae’i semua terus cemerlang dalam aktiviti dakwah dan juga pencapaian akademik, bagi yang masih belajar.
Jazakillah sekali lagi kepada ustaz.
Wsalam wbt.
Semoga ada khabar gembira 4 jam lagi.
Anyway, ucapan JAZAKILLAH itu ialah ucapan yang ditujukan kepada perempuan. Ucapan yang ditujukan kepada lelaki perlu secara nahunya disebut JAZAKALLAH
Atau sebutan yang betulnya, JAZAKALLAHU KHAIRAN dan JAZAKILLAHU KHAIRAN
Hayya bil ‘Arabiyyah
Salam ustaz
Oh terima kasih ustaz betulkan saya. Maaf tersilap, tak mahir berbahasa tapi nak tulih jugak =). Jazakallahu Khairan.
salamu’alaik ustaz..
alhamdulillah.terima kasih atas peringatan ni.
ramai yang mengingatkan bahawa dakwah adalah nombr satu,tetapi,pelajaran bukanlah nombor dua..
insya’Allah,lepas ni kedua-duanya lebih seiring dan sejalan.=D
terima kasih atas kupasan ust yang mengetuk kealpaan
saya rasa tidak salah mengamalkan ayat ini.
Ia adalah satu tawakal yang bulat kepada Allah akan kuasaNya, setelah berusaha. Itu lebih baik dari yang rasa hanya diri dia aje yang berkuasa dan manisnya menggantungkan tawakal kepada Allah ini bukan mudah nak dicapai.
Cuma selebihnya kena tengok, kepada apa niat kita pada bantuan yang kita harapkan Allah akan beri, kerana ia adalah sebuah doa.
” Jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. ”
Bantuan apa yang kita nak Allah berikan?
1. Lulus cemerlang dalam peperiksaan? Kalau takat ini sahaja jadilah seperti yang ust sebutkan tu. Lulus cemerlang, tapi tak de ilmu.
2. Nak cemerlang dan ilmu serta kefahaman? Kalau setakat ini sahaja Allah boleh berikan kecemerlangan dalam exam dan Allah boleh permudahkan kita faham, masa nak exam tu, orang baca buku 24 jam untuk faham, kita baca 2 jam dah boleh faham.
3. Nak cemerlang, faham ilmu, ingatan yang kuat, dan skill memanfaatkan ilmu kepada masyarakat seterusnya menyumbangkan bakti sebagai khlaifah Allah kepada masyarakat? Allah boleh berikan ini, dengan pelbagai cara. Tak semestinya dengan cara tradisional, baca buku semata. Kengkadang, dengan cara diskusi dengan kawan, waktu buat kerja dakwah, sembang2 ilmiah, boleh tambah ilmu. Masa mendekati mad’u, boleh diskus2 pelajaran.
Menyampaikan dakwah juga boleh melatih kita skill pengucapan awam untuk public presentation untuk ilmu yang kita pelajari. Ilmu mendekati mad’u yang didakwahi, mungkin boleh menjadi skill yang baik untuk para bakal doktor merawat pesakit mereka?
Pendek kata, bukan salah ayat tersebut. Tapi niat dan harapan kita seterusnya kepada Allah akan bantuan yang kita harapkan. Dan usaha kita untuk membenarkan bantuan Allah itu sampai kepada kita iaitu dengan berusaha.
Saya pernah tgk kengkawan2 yang tidur dalam kelas kerana kepenatan dengan aktiviti2 dakwah. Dia tetap berusaha untuk study cuma kepenatan tadi tetap menjadi kekangan buat diri beliau. Tapi itu tidak menghentikan mereka dengan kerja dakwah mereka. Allah bagi kekuatan lain kepada mereka, baca buku senang faham. Pergi tanya guru untuk pemahaman yang lebih dll. Sedangkan orang lain, baca banyak kali pun tak faham2.
Sekian, terima kasih.
Ya Allah….article ni sesuai betul untuk dijadikan peringatan buat diri saya. Saya mahu Islam menjadi satu agama yang dihormati. Untuk mencapai goal itu, saya hendaklah bermula dengan diri sendiri ie. memajukan diri sendiri dahulu. Tapi kadang-kadang saya betul2 mengalami masalah mendisiplinkan diri. Ada subjek2 tertentu yang saya rasa sangat tidak berminat untuk mempelajari. Kesannya, saya seperti mengabaikan subjek itu. Saya sangat hendak berubah…..
di Jun 17, 2008 pada 9:02 am4 Pak Din
Salam semua,
dari artikel … diikuti dengan persoalan “Banggakah kita menjadi Muslim?”.
Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi Muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini.
Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penakhlukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi SAW. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.
Menjadikan Salafi idola sebagai contoh perlu kepada melihat yang tersirat bukan yang tersurat. Yang tersurat ialah pedang dan kuda, yang tersirat ialah kemenangan Muslim mengatasi kekuatan Kafir. Sekarang ini kalau Muslim mahu mengidolakan Salafi, jangan di atas dasar mengenepikan ilmu sains dan teknologi.
Saya sebut ini kerana, memang itu yang berlaku. Apabila membaca Al-Quran (AQ) Muslim hanya membaca yang tersurat dan meninggalkan yang tersirat, maka di dalam kehidupan seharian pun terbawa-bawa sikap tersebut. Sentiasa tidak mahu memahamai apa yang tersirat di dalam surat. Sentiasa mahu mengambil Salafi sebagai idola tetapi kurang memikirkan apa yang tersirat di sebalik kemajuan golongan Salafi terdahulu.
gulp….gedebuk kne ats diri sndiri….
huhuhu….mmg btui ust…koya je..walhal xberusehe pon utk dptkn rezat yg baep..=(…rezat xm baru kua…mmg deserve la….sdey mmg sdey…tp sp soh sy wat cam2..kan da dpt rezat yg smemangny da agak pn….ble igt2 blk…mmg xfokus dlm klas, skip klas…heee…terukny….ishishish….
insyaAllah sy akn berusehe lpas ni…
arigato gozaimas byk ust….
malunyy..huhu~
Salam ziarahhh…ermm…ana rasa teruju dengan artikel ini…memang terjadi pada diri ana, dan sahabat di kampus…namun ana pernah menyuarakan pendapat kepada pimpinan agar menekankan tengtang pengurusan masa yang berkesan dan disiplin diri yang tinggi, bermula dengan perubahan sikap diri sendiri setiap ahli…erm…satu perkara yang tak setuju pada meeting yang berjam-jam lamanya…
dakwah dan akademik perlu seiring sejalan umpama ombak yang menyayangi pantainya
alhamdulillah.akhirnya,sy jumpe juge artikel yg merungkai persoalan kpntingan sbg pelajar dan daie in the same time.terima kasih ustaz.
syukran atas artikel yang berguna ini.kadang-kadang rakan sedakwah lebih berpengarauh mengajak kita ikuti program2 kebaikan ini.wal hal dlm masa yang sama kita nak fokus untuk studi tambahan pula hari peperiksaan semakin dekat.oleh itu, beri peluang kepada rakan untuk menghabiskan masa untuk dirinya sementara waktu sebab sebelum ini , dia telah pun mengorbankan masa bersama-sama dlm da’wah. kita tak nak terlampau aktif dlm da’wah ,pelajaran tercicir. seorang pejuang perlu seimbangkan waktu dunia dan akhirat untuk menuju al-falah.mudah-mudahan pembaca yang budiman dpt memahami situasi seseorang rakan seperjuangan.pelajaran no 1 tapi da’wah bukan no 2.
Salam ustaz. Rasanya masalah ini sudah terlalu lama menjadi virus dalam jemaah. Kerap kali saya bertemu dengan ahli jemaah yang masuk tahun ke 5 pengajian (bukan perubatan), pun tidak habis-habis pengajian. Orang lain dah bekerja dan menyambung master lalu bergerak aktif di luar, dia masih ditakuk lama. Tesis tidak lulus, terpaksa mengulang subjek. Lama-lama menjadi fitnah kepada jemaah itu sendiri.
Pernah juga semasa belajar dulu, bergaduh dengan teman serumah. Diajaknya berprogram sehingga ke Pahang. Walhal saya punya tempoh seminggu sahaja lagi untuk presentation projek akhir dan menghantar tesis. “Alah.. extend sahaja. Pensyarah tentu faham!” ujarnya.
“Extend sahaja pengajian. Kamu masih diperlukan di kampus”
“Ah.. tidak mengapakan. PNGK kamu masih 3 ke atas”
“Alah.. PNGK yang tidak bagus pun, jika dilihat pada jumlah kegiatan luar, tentu tidak sukar untuk mencari pekerjaan!”
Bagaimana hendak mengubah mentaliti itu? Sudah di tahun 4 pengajian (extend) pun masih memegang jawatan yang tinggi. Kadang-kala rasa seperti hendak rotan sahaja orang-orang sebegini supaya tersedar akan realiti.
sekadar menceritakan pengalaman:
masa kat u dulu sekitar awal thn 70an tak join aktiviti dakwah. Malu nak mengaku..memang tak minat…apa lagi di masa tu..faham2 lah..yg pakai tudung pun hanya yg join dakwah saja.. jadi yg tak join aktiviti dakwah kebanyakan bogel kepalanya….
Tapi kuasa Allah..baru2 ni bertemu kembali member2 lama..Alhamdulillah semua yg ditemui (yg tak join aktiviti/kumpulan dakwah masa kat u) dah berubah, pakai sopan, bertudung (ada yg labuh, ada yg fesyen wardina, fesyen ustazah siti Norbayah, dll)
Dan ada pula yg sangat2 aktif dlm aktiviti dakwah, ngo dll di samping karier dan pangkat, dan ada pula yg berhenti awal semata2 nak tumpu pada aktiviti dakwah..
Dalam banyak2 figure tu sesuatu yg sangat2 memeranjatkan ialah, yg bertudung semasa ramai yg tak bertudung kira2 lebih 30 thn lalu, telah membuang seluruh tudungnya. Hanya dia & Allah yg tahu sebabnya..
Akhirnya doa untuk semua umat Islam.. semuga dirahmati Allah. AMIN
Macam lari topik lak.
But anyway, saya rasa masa zaman 70an tu di antara sebab mereka memakai tudung (selain dpd mereka yg benar2 faham) ialah taqlid buta dan peer pressure.
Ramai yg mula memakai tudung ketika mereka mula masuk U atau pergi oversea, padahal latar belakang dan didikan keluarga sikit pun tidak islamik utk level zaman tu.
So, bila mereka pulang semula ke kampung/society, mereka tertekan dgn identiti baru yg famili/society dan mereka sendiri tidak fahami (pada zaman tu), lalu menyebabkan mereka kembali ke identiti yg lama iaitu tidak bertudung.
Apa yg saya katakan ini mungkin bukan sekadar postulat semata2, kerana saya mengenali seseorang yg sedemikian rupa dan Alhamdulillah telah beransur2 kembali kepada Islam di usia akhir 40annya.
Yg penting ialah sokongan padu dari ahli keluarga dan kawan yg sentiasa memberi galakan dan jgn sesekali menghukum mereka.
Wallahu a’lam.
Memang pun lari dari topik, dr. Maaf, kak ni pun kadang2 tak pandai menulis, bakat bukan kat situ kot. Kak lebih suka kaitkan dgn pengalaman & pemerhatian (maklumlah umur dah setengah abad), walaupun itu bukan ukuran utk diteladani 100%. Dulu dan sekarang tak boleh disamakan.
Mesej yg nak kak sampaikan ialah, manusia ni berbeza2 Allah berikan kebolehan. Ada yg mampu buat dgn cemerlang kedua2nya (aktiviti dakwah juga aktiviti2 lain & pelajaran), ada yg terpaksa buat pilihan kena kurangkan salah satunya klu nak berjaya salah satunya.
Ada yg semasa pelajar tak de bakat dan tak kisah lansung kerja2 dakwah ni, tapi bila dah meningkat umur, masyaAllah! unsangkarable!
Sendiri kena tanya keupayaan sendirilah, dan sendirilah yg buat keputusan, setelah berbincang, bertanya pendapat & meyerahkan pada Allah.
Mungkin pendapat kak ni akan ditolak, tak pe, ianya sekadar pendapat iaitu:
Yg tak boleh buat kedua2nya dgn cemerlang, apa kata klu semasa belajar lebih tumpukan pada akedemik? Namanya pun sedang belajar kan. Sebab kerja dakwah ni bukan saja boleh buat masa belajar, selepas tu nanti lagi luas skopnya. Semakin dewasa & berharta (perlu ke ni?), semakin rasa nikmat berdakwah. Betul ke? betul kot.
Kan tujuan utama belajar supaya dapat kerja baik & pendapatan baik, betul tak?
Yg pentingnya hubungan dgn Allah sentiasa dijaga..
Mudah2an tak banyak lari dari topik kali ni, he..he. Salam utk mu ummusaif sayang, teringin sangat nak jumpa..cium utk anak2 dr nenek mas
Setuju dgn pendapat k mas tu.
Bila kita faham ttg maksud berdakwah tu tak semestinya kita kena hyperaktif dalam aktiviti dakwah atau jemaah sampai mengabaikan pelajaran. Yang penting pemahaman yg mendalam dan bukan taqlid buta semata2 beserta kemampuan fizikal, mental dan spiritual.
Kalau asyik ponteng gi tutorial sebab nak gi usrah sampai mengabaikan pelajaran buat ape!
Thanks k mas dgn perkongsian di atas.
Assalamaualaikum,
Perkara ini memang patut diberi perhatian oleh du`at semua yang masih bergelar students.
Tugas sebagai da`ie adalah tugas asas bagi kita. Ia adalah satu kewajipan. Bukan hanya bagi mereka yang menyertai mana-mana organisasi sahaja.
Ianya bukan pilihan tapi satu kemestian!
Tapi bagaimana kita menjalankan tugasan dakwah ini?
Mesti jadi ustaz dan berceramah di atas tiket agama sahajakah?
Perlu hingga mengorbankan study kita yang pada pandangan orang `keduniaan’ ?
Bersikap cuai dan malas dalam pelajaran hanya kerana tugasan atas nama dakwah yang bertiindih?
Ana yakin tentu tidak.
Nabi bersabda yang mana maksudnya:
” Di antara kebaikan seorang hamba Allah itu ialah, apabila dia melakukan sesuatu perkara perlulah dia bersungguh-sungguh”.
Maka kita perlu mengambil iktibar dari hadis ini.
Belajar hendaklah dengan kesungguhan. Walau apa bidang yang kita ambil sekalipun.
Kerana semua ilmu itu milik Allah.
Tapi tugasan dakwah jangan dikesampingkan.
Sinergi is the key to success!!
Good luck to all of you out there who are still sitting for their exams!!
Chayok! Chayok !
Assalamualaikum Warahmaullah…
Sesekali bertamu di laman ini, banyak manfaat yang dapat ana tuai… Terima Kasih pada ustaz …
Siapakah yang mahu gagal, setelah memijak kaki ke menara gading? Bukankah itu matlamat ramai manusia bergelar pelajar di Malaysia?
Namun, ana cuba berkongsi dengan pembaca sekalian… Ana memasuki universiti pada pertengahan tahun 1990-an. Kala warna politik di Malaysia panas. Mahasiswa buta warna pun akan sensitif dengan warna tertentu. Tapi bukan ini yang ingin diceritakan…
Ana melihat ramai sahabat-sahabat ana; rebah satu persatu dibuang universiti…. Pernahkah kalian merasanya? Ana didatangi sahabat-sahabat menceritakan kebuntuan mereka untuk memperbaiki pointer; di kala kerja jemaah yang dilambakkan di pundak mereka…. Ada si ‘A’ yang berbapakan penoreh getah, tapi kerana cintakan Islam, dia terjebak dengan gerak kerja jemaah yang dibebankan kepadanya, walhal semua orang tahu bahawa dia tidak mampu menggalasnya. Akhirnya, dia terpaksa meninggalkan universiti… Setelah gagal dua semester berturut…
Sepanjang ana belajar, hampir 20 orang di kalangan muslimin dan muslimat telah dibuang dari universiti. Itu yang ana perasan… Apabila masalah ini diadukan ke puncak pimpinan (yg kebanyakannya berurat egoistik di muka), mereka menemplak sahabat2 ana yang dibuang ini… Apa kata mereka? :”Kalau dah tak mampu nak belajar, kenapa sibukkan diri dengan amal jamaie?”
Hakikatnya… tiada langsung pembelaan terhadap semua sahabat ana yang berjuang di kampus… Surat pimpinan simple: KAMI TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA.
Memang ada yang cemerlang dan dalam masa yg sama menjadi pimpinan. tetapi bilangannya sangat sedikit. Mereka yg tergolong dalam kelompok ini adalah kelompok pengeksploit. Mereka eksploit orang di sekeliling mereka utk buat kerja jemaah bagi pihak mereka, dan mereka boleh study. Mereka hanya pandai menghafal utk periksa secara last minute, tetapi dari segi pembinaan ilmu, mereka jauh ketinggalam.
Memang ramai yang kandas…. Justeru, apa peranan jemaah kampus dalam menangani masalah ini? mengapa diheret mereka ke program mega yang menyebabkan mereka terpaksa bertanggungjawab? mengapa dihukum mereka kalau ada di antara mereka yang menolak utk melakukan kerja jemaah?
Pelajar di universiti oversea memang tidak pernah merasa kegilaan mahasiswa tempatan berprogram. Untuk menunjukkan kehebatan jemaah dan keupayaan mereka memerintah kampus, lalu berapa banyak projek mahasiswa dibuat…. lalu kita melahirkan student yang lemah dalam pelajaran, dan gagal dalam mengenggam segulung ijazah.
Tidakkah kita akan berdosa kerana melukakan hati ibu bapa kerana gagalnya kita memenuhi harapan mereka untuk graduasi? tetapi jarang sekali pimpinan jemaah kampus merasa berdosa atas dosa yang mereka lakukan pada anak buah mereka….
Perkara ini serius kerana ramai yang akan bertanya pada pemimpin mereka di akhirat kelak….
Semasa studi dulu, kami di pihak fakulti mengeluarkan arahan sendiri kepada ahli. Terpaksa menjadi penderhaka, kerana biasanya pimpinan kampus tidak memahami situasi pembelajaran di fakulti IT. Bila kami beritahu, kami ada terlalu banyak assignment, soalan mereka, “Berapa ratus mukasurat perlu tulis?” *sigh~. Sepatutnya tanya “berapa ribu baris aturcara perlu ditulis?”.
Arahan kami simple. “Tumpukan pelajaran. Terutama kepada pelajar semester akhir. Jangan mengada-ngada nak extend. Jika kamu tidak tolong diri sendiri, tiada siapa yang akan tolong kamu,”.
Sebab itu agaknya pihak pimpinan kampus tidak suka kami.
Salam…
Teringat pula kawan saya, NA, kat uni dulu. Bagi saya, dia adalah di antara Muslimah Sejati Terakhir
Dari first year sampai final year, keputusan exam cantik aje. Akhlaknya MasyaAllah, memang super cantik. Pendek kata, kawan – kawan yang lain senang sangat nak berdamping dengan dia ni. Baik hati budi. Lemah lembut dan seorang yang humble. Dari segi pelajaran pulak, dia seorang yang sangat rajin. Rajin datang kuliah (selalu duduk kat depan) dan rajin menyalin nota. Rajin juga buat nota sendiri. Hmm.. tanyalah kat batch kami waktu tu, siapa yang tak pernah fotostat nota kawan saya ni. At least satu, mesti ada. Dah la tulisanpun kemas dan senang dibaca.
Dalam pada tu, masih sempat aktif dalam kumpulan dakwahnya. Tapi bab nih, ala – ala concealed sikit. Dia lebih banyak melibatkan diri dengan dakwah di luar fakulti. Yang saya tau, dia memang memainkan peranannya dengan baik. Dari tahun pertama hingga akhir, dia menjadi ketua muslimah kami. Seorang pemimpin yang layak memberi tauladan kepada kami.
Tahun akhir, dia dilamar oleh senior kami. Mereka diijabkabulkan di hujung – hujung semester dalam keadaan yang serba sederhana. Hmm beruntung senior saya tu. Sekarang ni, suaminya baru saja selesai Masters in Orthopaedics dan kawan saya ambil turn untuk buat Masters in Pathology. Start intake tahun ni. Setelah 7 tahun tak jumpa, beberapa bulan lepas kami berjumpa kembali. Lama berpeluk melepaskan rindu.
Itulah yang saya katakan Muslimah Sejati Terakhir. Serba serbi tip top. Akhlak cemerlang. Dakwahpun seimbang. Yang bestnya, pelajaranpun cemerlang. Satu dalam seribu kawan saya ni. Nampak macam pujian melambung, tapi hakikatnya, itulah dia. Semoga dia berjaya dunia dan akhirat, ameen.
Wasalam.
“Kalau kamu tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kamu!”
Aqidah ini perlu ditanam ke dalam lubuk hati orang yg beriman,barang siapa mempermainkan ayat Allah tunggu pembalasanNya….
Cuma yg masalah ader manusia yg menyelewengkan pernafsiran ayat tersebut ….
Perlu kita fahami syarat2 pertolongan yg akan diberi oleh Allah perlu kita laksanakan….jangan menjadi golongan Qodaraiah dan Jabaraiah tetapi jadilah Ahlu Sunnah Wal Jamaah….
Peringatan jangan menafsirkan ayat2 Allah dengan tiada ilmu dan hawa nafsu……..
assalamualaikum wbt.
ustaz, secara praktikalnya bagaimana ya?
Saya secara jujurnya, mengaku , saya tak boleh nak wujudkan dua minat(atau tumpuan) dalam satu masa. Saya minatkan kerja dakwah, tapi buat masa sekarang, tumpuan saya pada pelajaran. Jadi apa yang saya buat untuk memastikan pelajaran saya smooth ialah, dengan mengurangkan kerja dakwah…dan akhirnya apa yang terjadi sekarang ialah dakwah saya lesu.
Sampai bila saya harus berkeadaan begini, sedangkan tahun dan fasa hidup yang akan datang adalah lebih mencabar, busy dan sebagainya, sedangkan saya bercita-cita untuk menjadi seorang dai’e senior yang bertaqwa.
Susah sangatkah untuk memiliki 2 personality dalam satu masa, seperti doktor ustaz?
slm..
bagi ana,tak salah nak berdakwah,tapi biar pandai mebahagikan masa.Allah nak kita jadi yang terbaik dalam segala hal untuk jadi penolongNya yang hebat.InsyaAllah kalau kita cuba bagi comitmen sama rata,kita akan dapat kedua-duanya,akademik dan perjuangan dakwah.
InsyaALlah…terima kasih kerana respon.
Ya, pembahagian masa itu yang memerlukan kecekapan, kena belajar bagaimana caranya, dan perlu pengorbanan yang bukan calang-calang.
Menarik tulisan ustaz ini sangat berbetulan dengan prinsip dan pendiriaan ana selama. Semasa masik anak-anak hingusan di bumi anbiya’ dulu ana pernah di’interview’; seandainya berlaku pertembunagn dengan mesyaurat dan kuliah yang mana satukah akan didahulukan. Maka ana menjawab, melihat kepada keutamaan dan dhoruriyat. Seandainya mesyuarat tersebut benar-benar sangat-sangat dhoruri, tidak boleh di buat selain dari waktu kuliah, tidak boleh dihadiri dan diganti orang lain, maka keperluaannya adalah menghadiri mesyuarat. Namun andai pelaksanaan pengurusan kita yang salah, makah menghadiri kuliah adalah kewajiban dan keutamaan kritikal! Andai mereka memberi alasan memonteng kelas/kuliah berkali-kali dengan alasan mempunyai mesyurat dan mesuraray itu untuk Islam, ana membalas kepada mereka; bukakankah menhadiri kuliah dan cemerlang dalam peperikasaan untuk Islam juga? Kita lakukan kerana tanggungjawab kepada Islam. Supaya tidak berlaku fitnah kepada pelajar khususan Islam, supaya tiada tohmana daie dan ahli gerakan Islam tidak cemerlangan dalam pelajaran. Supaya gerak kerja dakwah dapat disampaikan dengan tiada quanter acttack menyerang pelajar pendidikan Islam yang gagal kerana gagal menyusun masa, keutamaan dan time managment yang baik. Semuanya kerana Islam juga.
Allahua’lam.
Assalamualaikum Ustaz,
Mohon kebenaran untuk copy paste & edit sikit artikel ustaz ni untuk dimasukkan di blog saya. Actually dah pernah baca artikel ustaz ni dulu..memang kena batang hidung..keputusan exam takdelah teruk sangat..tapi tak se-cemerlang dulu. lepas ni dah nak masuk Sem baru…saya harap sangat dapat ubah sikap Malas Akademik nie…takut takut nanti dah ‘fail’ baru nak berubah. kalau boleh sy nak print artikel ni lekat depan dinding bagi saya sentiasa ingat perkara ni. Bila LUPA, jadi LALAI dan akhirnya MALAS untuk berubah. Harap ustaz doakan. Terima Kasih atas artikel yang sangat berguna ni.
jelas… saya hampir jadi mcm tu… sememangnya ilmu di dalam klas itu pon penting…
Assalaaualaikum tuan.
Saya tak tahulah nak memberi komen tentang dakwah semasa kuliah ni, sebab saya tak pernah masuk kuliah di Universiti. Agak bodoh, mana dapat masuk U.
Saja-saja nak menjenguk blog tuan yang penuh ilmu dan pengajaran ni. Nak belajar…
Wassalam
Artikel sangat menarik dan berguna kepada kami semua..TQ
Salam usataz
Terima kasih atas ulasan artikel ni.Sya amat bersetuju dgan lontaran yg diberikan ustaz.Saya ada pengalaman kawan yg terjebak dgan dadah stelah pegi berdakwah dan bercampur dgan kaki2 hisap dadah.Juga bapa saudara yg pegi brdakwah tetapi abaikan keluarga hingga menjadi kucar-kacir.Sguh menyedihkan dan terasa geram di hati.
salam ustz,
terima kasih ats artikel ni, saya dpt muhasabah diri saya dlm usha melakukn kerja2 dakwah dan stdy, 2 kerja dlm 1 mse…
jzk