“Wah, anta dah jadi ‘Ustaz Cinta’ sekarang ini ya”, sampuk teman saya tatkala melihat poster Seminar Manual Cinta Haraki di Ipoh baru-baru ini.
Saya tersenyum.
Agak janggal dan kekok dengan title ‘Ustaz Cinta’, apatah lagi melihat banner dan bunting wajah saya seiringan dengan kalimah ‘Cinta’ di tepi-tepi jalan.
PASCA AKU TERIMA NIKAHNYA
Semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, saya semakin dikaitkan dengan title ‘Ustaz Cinta’. Nyatanya gelaran itu tidak pernah ada di dalam bayangan dan perancangan hidup saya. Apatah lagi saya mula bercinta pada usia yang agak lewat berbanding biasa. Hanya setelah berjabat tangan di majlis nikah, cinta saya bermula. Lewat lima malah mungkin sepuluh tahun berbanding amalan biasa hari ini.
Buku Aku Terima Nikahnya itu bukan buku cinta. Ia buku tentang kehidupan. Tetapi cinta adalah manfaat dari menghayati makna kehidupan. Cinta dijadikan tema buku ini kerana kita sentiasa duduk dalam lingkungannya. Lingkungan cinta, antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, malah hubungan kita dengan Baginda Rasulullah SAW juga diungkap sebagai cinta. Semua itu digarap di dalam buku Aku Terima Nikahnya, bahawa ia memaksudkan sebuah kehidupan.
“Saya ada masalah dengan suami saya”, kata seorang penghantar email.
“Kami mahu bertunang, tetapi itu pun ibu bapa kami halang. Macam mana ustaz?”, rungut seorang lagi.
“Tunang saya kata, dia memang bercita-cita semenjak di Tingkatan Lima lagi mahu berpoligami. Pening kepala saya ustaz!”, luah satu lagi email yang saya terima.
Ya, semenjak penerbitan buku AKU TERIMA NIKAHNYA, kotak email saya dihujani sekurang-kurangnya dua atau tiga email sehari, khusus bertanya tentang cinta. Hingga saya tenggelam punca dan memperuntukkan sekali sebulan untuk membalas…andai ada upaya.
KESAN YANG MEMEDIHKAN
Penangan buku AKU TERIMA NIKAHNYA juga menyebabkan saya dan isteri terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan. Paling utama, saya berasa sungguh tidak selesa apabila berjalan di kedai, dan kemudian disapa oleh seorang perempuan. Peminat katanya.
Lebih memburukkan keadaan, apabila saya perkenalkan Ummu Saif di sebelah saya, ‘peminat’ itu sekadar senyum dan kembali mahu berbicara dengan saya. Dia seolah-olah memberitahu bahawa, “saya peminat Abu Saif, bukan Ummu Saif”.
Beberapa kali kejadian seumpama ini berlaku, ia benar-benar menjadi tamparan kepada saya dan isteri. Syukurlah dengan persefahaman yang ada, saya dan Ummu Saif selalu belajar berterus terang meluahkan apa yang terbuku di hati, agar tiada jarum patah yang tersimpan di dalam peti. Sikap sedemikian bukan sahaja tidak adil kepada Ummu Saif dan melukakan hatinya sebagai insan paling utama dalam hidup saya, malah tidak layak dengan nilai ‘malu’ yang seharusnya menjadi perhiasan kaum muslimah.
Terkini, seorang pengunjung menawarkan dirinya menjadi isteri kedua saya melalui shoutbox! Agama apakah yang adab susilanya untuk seorang perempuan berkelakuan begitu?
Justeru saya akur, bahawa cinta itu krisis besar dalam masyarakat hari ini. Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras.
Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini. Lantas mungkin kerana itu, sekali saya menulis tentang cinta, saya terperangkap di dalamnya hingga terpaksa memikul stem di dahi sebagai ‘Ustaz Cinta’.
KE INDONESIA
Bila bercakap tentang Islam dan cinta, kita tidak dapat lari dari menjenguk literature berkaitan dari negara jiran sebelah. Indonesia jauh terkehadapan dalam menggarap isu Islam dan cinta melalui penghasilan buku, novel, drama, filem, lagu dan nyatakan apa sahaja.
Tetapi ada yang satu ini menambat hati saya.
Sekira-kiranya saya mahu menumpang bahu, mencari model dari negara seberang untuk check and balance saya yang dihadapkan dengan label ‘Ustaz Cinta’ ini. Syukur, kerana saya bertemu dengan seorang tokoh yang nampaknya menghampar dan melalui jalan yang banyak persamaan dengan saya, biar pun senioriti dan kedudukannya di dalam masyarakat amat jauh berbeza dari saya.
CAHYADI TAKARIAWAN
Itulah Ustadz Cahyadi Takariawan atau juga dikenali dengan nama Pak Cah.
Beliau itu ‘Ustadz Cinta’ dari negara seberang.
Bukan calang-calang orang kerana Ustadz Cahyadi adalah salah seorang daripada anggota Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS). Tetapi beliau seorang yang sangat prolifik khususnya di dalam menghasilkan makalah dan buku. Tulisannya pelbagai khususnya membabitkan soal peraturan dakwah harakiyyah dan yang berkaitan dengannya.
Namun akhirnya, beliau makin terserlah dengan buku-buku, makalah dan ceramah yang berkaitan dengan CINTA.
Saya sempat membaca tentang beliau dan memasang azam untuk bertemu dengannya ketika saya ke Yogyakarta baru-baru ini. Malang sedikit, kunjungan saya ke kantor PKS Daerah Istimewa Yogyakarta yang telah diatur lebih awal, tidak mendapat izin dari Allah untuk menemukan saya dengan Ustadz Cahyadi Takariawan. Beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan di luar kota Jogja.
Namun saya tetap bersyukur malah gembira sekali berpeluang bertemu, berbincang dan berwacana dengan rakan-rakan aktivis PKS Yogyakarta yang lain. Mereka itu kaya dengan pengalaman dan buah fikiran. Perbincangan kami banyak membantu memahamkan gerak kerja amal Islami di kedua-dua negara yang satu cita-cita ini.
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH
Buku Ustadz Cahyadi Takariawan yang saya kira paling menarik berkaitan dengan cinta, malah seakan-akan buku AKU TERIMA NIKAHNYA versi Indonesia, ialah buku DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.
Buku setebal 223 mukasurat ini sangat kaya dengan saranan, pesanan dan panduan berkaitan cinta dan perkahwinan, khususnya di kalangan aktivis dakwah. Bahasanya ringan dan santai, banyak diselang selikan dengan cerita untuk menyuntik unsur realiti di sisi teori dan ringkasnya, saya jatuh hati dengan keunikan buku ini. Terima kasih kepada rakan IMAN di Bandung yang telah menghadiahkan saya buku ini.
BUKU KONTROVERSI
Akan tetapi, buku yang saya cari-cari namun sukar sekali menemuinya adalah sebuah buku yang telah menggegarkan Indonesia dengan skala yang sama dengan kisah poligami Aa Gym. Buku yang saya maksudkan itu adalah buku Ustadz Cahyadi Takariawan bertajuk BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI!
Ya, membaca tajuknya sudah memberi indikasi yang jelas kepada kita. Ustadz Cahyadi tidak enak dengan POLIGAMI.
Buku ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, khususnya di kalangan aktivis PKS sendiri, memandangkan ia ditulis oleh salah seorang pemimpin utama yang disegani. Apatah lagi amalan berpoligami itu agak biasa berlaku di kalangan aktivis PKS.
Terima kasih kepada rakan di Yogyakarta yang mengirimkan buku ini kepada saya. Setelah selesai membaca pusingan satu, saya amat berpuas hati dengan isi kandungannya.
Ternyata, Pak Cah tidak sama sekali menentang prinsip poligami. Keharusannya di dalam Islam adalah termaktub jelas dengan hikmah yang besar dan pelbagai. Lihat sahaja kematian ramai pria di Ambon, bagaimana nasib wanita dan anak-anak yang ditinggalkan? Islam merealisasikan ajarannya yang sangat fitrah dan cocok sebagai solusi ummah melalui poligami.
Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh.
Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.
Buku ini mengupas dengan terpeinci fungsi, manfaat dan logik mengapa poligami itu mesti dipertahankan sebagai solusi yang ada di dalam Islam. Akan tetapi buku ini juga mendedahkan dengan sopan tetapi berani, bahawa jarang sekali seorang lelaki menikahi isteri kedua, ketiga atau keempatnya atas fungsi, manfaat dan logik yang ada.
SALAH GUNA POLIGAMI
Saya hanya mampu mengangguk.
Di satu sudut, poligami itu boleh menjadi sesuatu yang negatif apabila disalah guna. Seorang suami yang meletakkan poligami sebagai satu option yang sedia diguna pakainya pada bila-bila masa, tidak akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah yang berlaku di antara dirinya dengan isteri yang ada. Cepat sahaja pergi kepada quick fix yang ada iaitu dengan berpoligami. Seandainya masalah yang dihadapinya itu berpunca dari diri sang suami, maka beliau bukan menyelesaikan masalah dengan poligami, sebaliknya mencambahkannya pula.
Pandangan-pandangan Ustadz Cahyadi Takariawan ini sangat meributkan keadaan hingga timbul usul untuk mengharamkan buku ini malah memecatnya dari PKS! Walhal buku itu sendiri telah dihias dengan kata-kata aluan isteri pertama presiden PKS iaitu Sri Rahayu Tifatul Sembiring. Dalam erti kata yang lain, buku ini tidak bermaksud mahu melukakan hati mana-mana lelaki atau perempuan yang terlibat di dalam poligami. Tetapi Ustadz Cahyadi mahu menganalisa dan membetulkan persepsi-persepsi yang salah tentang poligami. Ketika mana poligami itu disyaratkan dengan ‘BERLAKU ADIL’, itu jugalah syarat yang paling kerap terabai hingga ramai sekali perempuan dan anak-anak yang menjadi mangsa poligami yang tidak cukup syarat ini.
Bagi seorang lelaki bertaraf Nabi, yang banyak diberi kelebihan oleh Allah, sudah cukup payah untuk mengelola perasaan dan menghadapi isteri-isterinya Baginda. Apalagi untuk lelaki biasa. Ustadz Cahyadi pun membuat konklusi bahawa, “karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238).
MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI
Tatkala poligami itu menjadi kebiasaan dalam amalan warga aktivis dakwah, Ustadz Cahyadi ketika ditanya mengapa beliau tidak berpoligami, telah menjawab:
”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’ ‘
Teringat saya kepada cerita arwah abah tentang Nyang (moyang saya) yang berpoligami. Kerana mahu berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Nyang terus meminta dirinya dihantar ke rumah setiap isterinya mengikut giliran biar pun beliau ketika itu sudah amat uzur. Akhirnya Nyang menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas kereta kuda di tengah-tengah perjalanan di antara rumah kedua-dua isteri beliau dan disempurnakan jenazahnya di kawasan berkenaan.
Mampukah saya seadil itu?
Saya tidak perlu menjawabnya kerana SAYA SUDAH BAHAGIA DAN SEMPURNA DENGAN SATU ISTERI.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











salam…sy mewakili IMAN mengucapkan sama-sama.Semoga bermanfaat…Menantikan berakhirnya hidup “Jomblo”..hik3
Salam,
Benar, bahagiakan daku dengan seorang isteri…
Nak isteri banyak pun di surga nanti kerana itu adalah hadiah dari Allah…
hmmm…. ‘terbantut’ hasrat saya untuk memiliki ‘duo’ isteri….. so fokus pd ‘mono’ isteri dulu lah….
hehe
“so fokus pd mono’isteri dulu lah” lebih sedap kalau dibaca “so fokus pada mono’isteri’ sahaja”
Assalamualaikum..hehe..betul tu abe, sebut mcm yg ust cakap..
kt m’sia tak dijual ke buku tu?kalau dijual mesti laku..
p/s: boleh bagi hadiah untuk b’day abah.. =p
klu nak beli buku tu…sila datang kat kedai buku fajar ilmu baru…Jln.Masjid India “Wisma Yakin” Tkt.2
terima kasih ustaz!!!
semua orang komen pendek-pendek aje… tak terkata gamaknya
hehehe,
Ustaz, benar barangkali apa yang ustaz ingin sampaikan,.
Seorang isteri sudah cukup membahagiakan…
Banyak benda lain yang boleh di buat daripada fikir untuk beristeri lebih…
Bahagiakan daku dengan seorang isteri..ameen
kalau semua lelaki ingat dan paham “perkahwinan merupakan medan untuk memberi…”(kata2 ustaz ni) saya percaya sukar nak cari lelakiyg sangup berpoligami..
salam ustaz,
tang yang nukilan Ust Cahyadi tu:
”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….”
sudah ada dijadikan lirik lagu nasyid, rentaknya dilagukan dengan irama “Jagalah Hati” dari kumpulan Snada.
Saya sependapat bahawa keharusan poligami tidak patut menjadi pilihan utama. Nak komen panjang-panjang, saya masih budak hingusan . Belumpun bernikah
Madah untuk tatapan santai:
Bahagianya teman berumahtangga
Cinta tercurah jiwa dan raga
Pasti mereka berasa bangga
Cemburukah aku hidup sendiri
Usia senja kian menghampiri
Segala janji telah dimungkiri
Hidup bermadu difikir alternatif
Namun banyak negatif dari positif
Menjadi racun hati yang sensitif
entahlah..
Madah untuk tatapan santai:
Bukan bermegah atau berbangga
Tanggung jawab dan kewajipan penuh di dada
Mungkin qada’ dan qadar namanya
Ujian iman menuju ke syurgaNya..
Cantiknya dirimu kerana iman
Sabar, insyaAllah ada yang berkenan
Yakini janji sebagai pedoman
Tiada suami, insyaallah beroleh wildan..
Oleh itu wahai wanita
Jangan keluh janganlah hiba
Hiasi hidupmu dengan doa
Ibadah sepanjang waktu memukau usia..
assalamualaikum….ummusaif…
saya amat mengagumi ummusaif,teringin sangat nak baca tulisan ummusaif….selama ini, bila baca tulisan ustaz, sy akan cari komen dari ummusaif….
semoga ummusaif sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.
Poligami bagi yang mampu zahir dan batin…buat lah dengan mesyuarat bersama alim ulama…insyaAllah ada khair…tanpa mesyuarat banyak rugi dan penyesalannya…
Buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SEORANG ISTERI ditulis oleh seorang ulama bernama Cahyadi Takariawan.
Terima kasih ustaz!!!
Memang pendapat ustaz mengenai ini telah lama ditunggu.. Suami saya pun sependapat dengan ustaz…
1. Saya kira, perkara yang Ustaz dan Ummu Saif alami adalah suatu yang sangat memalukan. Selaku seorang perempuan, di mana rasa malu mereka pada orang yang mereka panggil “Ustaz” ?
2. Kalau saya di posisi Ummu Saif, barangkali saya boleh jadi jelak dengan sikap-sikap wanita seperti itu.. dan barangkali juga perkara ini boleh menimbulkan rasa cemburu.. (ah, kalau saya pasti akan marah dan beremosi dengan orang seperti itu!)
3. Elok juga Ustaz digelar Ustaz Cinta, kerna saya tak jumpa lagi seorang tokoh yang boleh memberikan pandangan dalam isu kekeluargaan dan hubungan (termasuk cinta) dari perspektif Islamik. Kalau pun ada, mungkin saya belum boleh terima dengan sebaiknya.
4. Isu poligami; saya punya seorang sahabat perempuan yang terang-terangan mengaku beliau tidak kisah jika hidup berpoligami. Entah mungkin beliau memang berjiwa independent, tapi saya jelas dan sedar diri saya takkan mampu hidup dalam dunia poligami. Punya sikap possessive dan cemburu yang tinggi bukan ciri yang baik untuk wanita yang mahu beri izin suami berpoligami.
5. Saya senang dengan pendirian poligami yang harus dielakkan, sepertimana juga yang Ustaz pernah sebut semasa di KLCC dan Ipoh kelmarin; yang diungkapkan oleh Pn Ainon dalam buku beliau. Tetapi, barangkali pandangan dasar terhadap sebuah perkahwinan dan tanggungjawab yang datang bersamanya itu, merupakan asas penting untuk menyedari bahawa poligami adalah sesuatu yang boleh dielakkan.
6. Wahai lelaki, pada pandangan saya yang naif dan mungkin sedikit tidak realistik, tiada isteri yang tidak rasa pedih dan sakit apabila perlu berkongsi kasih suaminya.. sedangkan Aisyah r.a. berasa cemburu dengan Khadijah r.a… inikan pula kami yang jauh lebih rendah martabatnya..
- komen ber-nombor stail Pak Din?
salam ustaz dan para pembaca…
ramai wanita sehati sejiwa dgn pendapat ini, cuma saya harapkan lebih ramai lelaki menyokongnya…
semoga setelah aku terima nikahnya, mampu pula di atas jalan dakwah aku menikah dan sehingga ke akhir hayat aku mampu bahagiakan diri dengan satu isteri. doakan saya!!!
aslm wbt
saya menyokongnya,
poligami seperti cerai, ia boleh jadi positif boleh jadi negatif.
ramai memandang negatif pada pasangan yang bercerai, sedangkan ia halal dan mungkin itulah penyelesaian kemelut rumah tangga mereka.
maka poligami, monogami, bercerai boleh jadi positif dan negatif, dan bagi iri saya (chewah tunang pun belum), insyaallah saya memilih untuk di masa hadapan seorang isteri sahaja.
Kenapa? Takut tidak adil, pasti ada rasa cinta yang lebih pada yang lebih kita cintai, maka takut dek perasaan itu terzalim pula si isteri. Bila yang dizalimi tak bermaksud isteri pertama sahaja dizalimi, boleh jadi yang lebih dicintai isteri pertama, dek kerana itu yang kedua dizalimi kerana layanan tidak adil. Heh ini mungkin boleh jadi satu hal yang perlu dipertimbangkan buat-buat isteri-isteri yang baik hati dengan menawarkan wanita lain sebagai isteri kedua kepada suami. Takut-takut bukan anda yang dizalimi, rakan yang anda tawarkan itu dizalimi.
Ish, ish. Melalut pula saya.
Assalam alaikum Ustaz dan rakan-rakan.
Salah satu cabaran menjadi penulis selebriti khususnya menulis buku berkenaan kehidupan berunsur cinta dan perhubungan adalah jenis perhatian pembaca. Tambahan lagi jumlah penulis kategori ini tidak ramai, maka ustaz akan menjadi tumpuan para pembaca dan bukan pembaca sebagai pakar bidang.
Satu istilah yang digunakan adalah para pembaca ‘meminjam bahu’ penulis bagi mendengar kisah dan situasi yang dihadapi. Sama seperti apa yang dilalui oleh Tuan HM Tuah Iskandar.
Kerana itu HM Tuah mewujudkan forum sebagai diversion agar temna-teman forum lain membantu pengaju soalan berkaitan topik berkenaan.
Tetapi walau apa pun, peranan buku seperti ini besar. Pertama, ia bertindak sebagai acuan kepada model yang betul bagi membina hubungan yang diredhai. Perhubungan dan cinta adalah cabang ilmu yang jika diamalkan betul pada pendekatan dan subjeknya, maka jadilah ibadah berpahala.
Dari konteks negara, orang yang mempunyai kecintaan yang betul mempunyai semangat hidup yang bermakna dan kesan kecintaan ini memberi kesan secara langsung kepada negara.
Bukankah negara berhadapan dengan isu sosial yang salah satu isu dikaitkan dengan dunia cinta remaja (dan dewasa). Jatuh mereka, maka jatuhlah negara.
Sungguh mencabar.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Di antara pandangan yang mengundang saya kepada berfikir dan bertadabbur
Seperkara lagi, ucapan tahniah atas kelahiran buku tersebut kerana peranan buku ustaz membantu dalam banyak segi.
1. Memberi pendekatan Islam dalam membina hubungan dan kasih yang diredhai Allah.
2. Sebagai alternatif kepada bahan bacaan luar negara yang kita sendir sudah tahu apakah bentuk ramuan dan resipi yang diberikan kepada pembaca tempatan.
3. Bertindak sebagai gate keeper. Kebanyakkan pembaca sudah lama terdedah kepada ilmu Barat. Buku ustaz bertindak sebagai penyaring ilmu bagi memilih ilmu yang baik dan berkat dan sebaliknya.
4. Pendokumentasian ilmu tempatan jarang dan sangat sedikit dilakukan. Sebaliknya ia penting bagi generasi 10 tahun dan seterusnya akan datang. Minda tempatan yang didokumentasikan, petua dan adab serta budaya fikir yang perlu disebar luas. Semua ini adalah usaha mengimbangi sudut pandang luar negara yang perlu ditapis.
Cabaran yang dihadapi ustaz dan Ummu Saif sememangnya memerlukan kesabaran.
Mungkinkah penulisan bersama sebagai pasangan untuk buku lanjutan seperti Aku Terima Nikahnya dapat dijadikan satu usaha berhadapan situasi ini pada masa akan datang?
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
bertuah semua isteri termasuk saya. tapi bagaimana pula dengan wanita yg masih belum bertemu jodoh walaupun umur sudah melebihi 30-an atau 40-an. biasanya pada umur sebegitu, susah nak jumpa lelaki baik dan masih bujang. mudah2an ada solution terbaik utk wanita2 sebegini menghindarkan diri dari fitnah akibat tidak bersuami
sebagaimana saya juga sedang kusut memikirkan beberapa lelaki yang telah mencecah usia 40an tetapi masih belum ada rezekinya untuk berumahtangga
Ya betul tu. Mmg ramai lelaki yg ‘bujang (tak) lapok’, kita lupa lak kt depa ni.
Golongan depa ni lagi kesian, bila dh tua lagi teruk tak terurus berbanding yg andalusia bcoz depa ni kebanyakannya tak pandai masak,basuh baju, atau buat housechores yg lain. Masa muda oklah, blh tinggal dgn mak bapak. Dah tua, sakit keluar masuk hospital, terpaksa bergantung dgn anak2 saudara (itupun kalau ada yg nk tolong jaga). Ramai jugak yg saya perhati menerima nasib macam tu di hospital saya tu.
p/s: so, maybe blh ‘offer’ pada golongan ini dahulu..
Salam utk ummusaif.
Abang saya pn x
Salam buat ummusaif. Abang saya smpai skrg x kawin. Agaknya dh x minat nk kawin sbb semua girlfren dia dh kawin dgn org lain. Bila tanya psl kawin, dia senyum je.
Salam..
Saya sebagai seorang perempuan dan ibu memang terasa malu dengan ‘offer’ adik muslimah dalam shoutbox tu. Tak dapat saya bayangkan betapa malunya saya kalau esok besar si Husna anak saya tu cuba buat perkara yang sama. Rasa macam nak kambus muka di dalam pasir. Mintak maaflah dik, akak ni lahir di zaman Jurassic agaknya.
Tapi, mahu tak mahu, terpaksa jugak untuk saya cuba memahami hasrat adik itu. Sebab saya harus belajar memahami suasana kehidupan anak saya kelak. Kalau tak salah saya, reason yang adik tu berikan, katanya orang perempuan dah semakin ramai (or something like that, tak ingat sangat)… hmm… kalau boleh saya nak tambah sikit, dan lelaki muslim yang bertaqwa semakin kurang. Melihatkan matlamat adik tu, mungkin ada benarnya. Tapi matlamat tak menghalalkan cara dik!
Saya ada juga terbaca bilamana seorang muslimin ini mencadangkan metod ‘perigi mencari timba’ untuk wanita di zaman sekarang. Dan ada contoh di zaman Nabi saw di mana ada wanita yang mengofferkan dirinya kepada Nabi. Siapalah saya untuk menafikan perkara di atas. Tapi, saya masih merasakan akan kepentingan ‘biar mati anak, jangan mati adat dalam konteks ini. Adat orang Timur, yang malu bertempat.
Adakah tindakan adik itu sebagai desparate attempt untuk menyelamatkan dirinya dari kaum lelaki yang semakin ‘entah apa – apa’ di zaman ini? Kalau itulah yang difikirkan, siapakah yang lebih desparate, antara adik yang muda belia tanpa sebarang tanggungan, berbanding dengan seorang surirumah kematian suami dan beranak 5 yang perlu disuap mulut mereka? Erm… ramaikah para suami di luar sana yang sanggup mengambil balu (yang dah seasoned with excess baggage 5 org) sebagai isteri kedua/3/4, berbanding dengan adik yang single itu? Wallahua’lam.
Walaupun banyak soalan kat atas tu, silalah baca dengan tenang dan berhemah dan meletakkan emosi ke tepi.. Kerana itulah yang ingin dinyatakan. Maaf sekali lagi buat adik itu, akak tak marahkan adik. Sekadar menegur secara umum dengan mengambil cerita adik tu sebagai contoh. Orang kata, cubit – cubit sayang. Wasalam.
p/s: hmm besar sungguh cabaran Kak Muna sebagai isteri ustaz. Ustaz sungguh bertuah mempunyai seorang isteri seperti Ummusaif! hee sekadar menyemadikan kata – kata Ibnu Aiman dari shoutbox. Dan semestinya saya juga bersependapat dgn Ibnu Aiman
cepat sungguh adik akak sorang ni memberi komen, kan baru balik dr ambik Ahmad?
Anyway, sungguh POWER pendapat ini!
Salam sayang dr akak.
p/s: akak pun dari zaman Jurassic!
hehe KAFA Ahmad dgn rumah saya cuma 5 min drive aje. Jalan pun tak jammed. Ni yang best dok PJ nih
Salam hormat dari saya.
poligami itu madu. namun tak semua dapat menghirupnya kerana mungkin disebaliknya racun yg bisa merosakkan.
nilai diri dengan iman bukan dengan nafsu untuk mendapatkan madu. jika berlandaskan iman dan cahaya agama, insyaallah ia menjadi sebahagian nikmat kurniaan Allah. Namun jika nafsu jadi sandarannya khuatir madu bertukar menjadi racun.Tidak kurang yang mendapat madu , ramai juga terkena racun poligami. tepuk dada tanya iman
salam
cukup la sorang
perempuan ni kan sukar difahami
kenapa nk beban kan kepala otak lg?
hehehe
(penat layan sorang neh..heheheh)
tp happy
alhamdulillah
~ artikel Hebat
Hmm .. nak komen macam mana . Bila Allah bolehkan sesuatu sememangnya ada orang yang memerlukannya . Namun bilangannya mungkin sedikit mungkin banyak . Jadi kita tahu diri kita masing2 . Jangan hanya kerna ada perosak di sana maka kita kaburkan kebaikkannya dan fokuskan keburukannya .
Kalau ianya lebih merosakkan dari membawa kebaikkan maka :
MENGAPAKAH ALLAH SWT MEMBOLEHKAN ? dengan bersyarat .
dalam bab berpoligami, lebih baik untuk seorang lelaki membahaskan tentang keburukan yang jarang diperkatakan sesama lelaki, berbanding terus menerus bercerita tentang fadhilat dan kelebihannya.
biarlah lelaki menekuni keburukan berpoligami, dan perempuan mempertimbangkan kebaikan berpoligami
lelaki menekuni keburukan berpoligami sememangnya telah banyak ana ikuti terutama bersama2 golongan agamawan . Memang banyak cabaran yang dilontarkan sekiranya hendak berpoligami . Malah kalau didalam perbincangan forum2 pun memokuskan ttg keburukan dan kebanyakan orang berpandangan bila berkahwin lebih dari satu maknanya keluarga tak bahagia .
Ana sangat2 tertunggu2 pula untuk melihat perbincangan kebaikan berpoligami bagi perempuan dan didiskusikan oleh panelis perempuan . Tempat kerja ana nie , My Boss adalah istri pertama dan suaminya dah beristri empat . Kalau dalam mesyuarat kadang2 dia melawak kat staff2 perempuan nie .. tak rugi suami bermadu .. ( mungkin dia dah kaya agaknya .. ) . Bila agaknya dapat dengan kebaikan berpoligami dari mulut kaum hawa sendiri .
Berpoligami bukan hanya menuntut pengorbanan suami sahaja .. Istri juga perlu berkorban { kasih – sayang } kerna kasih sayang ini tidak dapat disamaratakan …..
Salam semua,
Saya dah lama nampak kebaikan poligami. And I am female. Huhuhu. Maybe ramai lagi kaum hawa di luar sana yang sokong poligami. Tapi yang dok nampak cuma golongan hawa yang menentang.
Salam,
tak mampu saya nak habiskan baca 145 comments dari N3 abu saif yang ini. Saya merupakan isteri kedua dari suami yang berpoligami. memang banyak cabaran dan tulisan saudara dan komentar yang hadir di sini membuatkan saya berasa keputusan berpoligami adalah suatu kesilapan dan menguatkan saya untuk keluar sahaja dari poligami ini supaya suami saya boleh sahaja berbahagia dengan satu isteri.
Wsalam wbt.
Jika Puan Nur boleh bertenang dan teruskan membaca hingga ke bawah, mungkin ia akan menukar persepsi puan tentang tajuk ini. Berbahagia dengan satu isteri, adalah satu keadaan yang dicadangkan tanpa menolak peruntukan syara’ tentang keharusan berpoligami.
Namun bagi yang telah berpoligami, kendalikanlah apa yang ada dengan sebaiknya sebagaimana dialog di antara saya dengan Ummu_Allia yang juga merupakan isteri kedua kepada suaminya.
Sama ada satu isteri atau lebih, bercerai dan talaq bukanlah satu perkara yang digalakkan. Keharusannya adalah dengan sebab yang sangat kuat untuk mengharuskan. Jika tidak, ia nanti mengundang murka Allah.
sokong ummu hakim. lagi 1, memg confirm la lelaki yg poligami ni x leh nak bagi kasih sayang nya sma rata antara isteri2, sure ada gak yg lebih, yg lain kurang sket. Kalau teringin nk poligami, latih la diri utk berlaku adil dr skrg, yg dituntut adalah berlaku adil/mampu dari segi nafkah zahir & batin, bukannya membagi kasih sayang sama rata, hmmh..nk berlaku adil/melatih diri berlaku adil pon bukannya senang tp tak mustahil..kalu ada kekuatan, silakan. Kalau kurang kuat, tak yah la main ngan api.
Ustaz n ummi,
tahniah kerana masih ada kaum Adam yg berani mencungkil isu yg slalu mjadi kontraversi……..
cuma kakak nak bkongsi tntg apa yg kakak prnh bc dlm sebuah buku yg myatakan…seorg lelaki akn brkahwin buat kali ptama dgn ssiapa saja pilihannya tnpa mmikirkan apa2 tntg diri isterinya…ttp bila mrka bkhwin buat kali ke 2 ,mrk akan mmilih yg trbaik trutama rupa paras krn ini adalah mrupakan piala kemenangan bg seorg lelaki…..
saya pun pernah terbaca macam tu, rasanya dalam buku Psikologi Asuhan Keluarga oleh PTS. Dan biasanya ciri2 yg ke2 amat contrast dgn yg pertama.
Tp saya teringat kisah x-bosses ustaz, yg mana isteri pertama mereka adalah pilihan mereka, manakala isteri2 yg seterusnya adalah yg dipilih (‘paksa rela’) oleh ‘jemaah’.
Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran,
Di rumah ia isteri,di jalanan kawan,
Diwaktu kita buntu,dia penunjuk jalan.
Pandangan kita dipertenguhkan,
Menjadi kan kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan,
Kita lupa,dia mengingatkan.
Nasihat kita dijadikan pakaian,
silap kita dia betulkan,
penghibur di waktu kesunyian,
terasa ramah bila bersamanya.
Dia umpama tongkat sibuta,
bila tiada satu kehilangan,
dia ibarat satu simpanan ilmu,
semoga kekal untuk diwariskan.
(salam perjuangan dan kebahgian buat ustaz sekeluarga,insyaAllah.)
Sekadar cadangan,ustaz hadiahkanlah lagu ni kat post di atas.Maaf ustaz,banyak makan ruang.
hehe.. terima kasih.
ustaz pernah bekerja dengan penulis lirik nasyid ini dan telah menyampaikan ‘bantahan’ kepada ayat “di rumah dia isteri, di jalanan kawan”… pelik bunyinya
So, apa cadangan lirik gantian tu ustaz?
Assalamualaikum,
Tumpang tanya, buku2 Ustaz Cahyadi tu ada dijual di Malaysia tak?
salam singgah dari rantau saudi
kasihanilah ako kerne dah macam perigi cari timba
bagaimana bila kena fikir baik ako berdoa dan bermohon padaNYA smoga bila cepat sahaja ambil nyawako beri ako syurga mungkin disana adalah layak menjadi isteri yg kenombor berapa saje kerna didunia ini orang baik dah habis tak relakan diri berbagi hati,smoga cepat lah ALLAH ambil nyawako kerna amal ibadah yg sikit jumlahnya ni kian tipis krna dah banyak iri dgn lengkapnya pernikahan sbagai ibadah
meminta kematian adalah keputus asaan yang amat dicela agama.
berkahwin adalah satu peringkat hidup untuk menambah fungsi dalam kehidupan. tanpa berkahwin, kehidupan masih sebuah kehidupan dan tanggungjawab kita adalah untuk berterusan mentaati-Nya sama ada di dalam perkahwinan atau di luar perkahwinan.
dan setelah diketahui usaha mencari yang baik-baik itu sukar, mengapa tidak berusaha memperbaiki diri dan pilih sahaja yang ‘taklah baik sangat’ tapi boleh dididik menjadi baik?
Ustaz, jangan terkejut kalau saya katakan anak saudara lelaki saya pernah cadangkan saya poligami kerana melihat sejarah keluarganya dan kurangnya lelaki ‘cerdik dan takwa’ ketika di universiti. ALasan sebab perempuan makin ramai. Saya gelakkan saja tapi realiti memang ada di depan mata. Adakala khuatir juga tapi saya percaya ramai lagi lelaki ‘cerdik dan takwa’ boleh diambil sebagai suami. (saya single unavailable tau hahaha).
Pada pandangan saya satu sudah mencukupi. Saya teringat pada kata Tuan Guru Nik Aziz (kalau tak salah saya, silap tolong betulkan), kalau isteri saya boleh jaga makan pakai saya dengan baik buat apa saya nak kawin dua? Itu pun boleh jadi satu pegangan yang baik juga kan.
Adakala pun ustaz naik muak juga bila ada lelaki tiba-tiba gunakan hukum Islam membenarkannya sebagai alasan berpoligami. Wah, amalan lain tak nak pula ikut Islam tapi bila bab ni laju saja. Ego agaknya.
Nabi SAW berpoligami dengan janda dan wanita tua, tapi dia pula nak yang fresh dan masih bergetah. Para sahabat yang lebih akrab dengan Nabi tu pun berapa kerat saja yang berpoligami.
Salam,
Saya agak bersetuju dengan pendapat ustaz mengenai isu ini. Pernah saya bangkitkan isu ini di ofis kurang dua minggu lepas melibatkan dua staf individu lelaki dan perempuan. Melalui provokasi yang saya lakukan saya dapati pihak wanita agak ber’emosi’ berbanding lelaki yang lebih berhemah memuntahkan pendapat apabila isu ini disuntik.Tapi, walau apa-apa pun saya tidak boleh memberikan kesimpulan secara keseluruhan dan terburu-buru kerana ia hanya melibatkan dua individu sahaja. Lebih-lebih lagi nuansa mengenai isu poligami sejak akhir-akhir yang semakin terserlah melalui artikel di majalah, akhbar, ahli politik ataupun melalui filem fenomental Indonesia “Ayat Ayat Cinta (AAC)” yang sedang ditayangkan di seluruh negara.
Saya baru sahaja selesai menelaah buku ‘Aku Terima Nikahnya’. Pelbagai reaksi yang saya terima daripada rakan-rakan hatta ahli keluarga apabila membeli, membaca dan memegang buku ini yang rata-rata berbaur sinikal dan strereotaip. Ada yang ketawa berguling-guling apabila melihat tajuknya. Ada yang berkata “Kau dah buang tebiat ke?”, “Dah tak sabar nak kahwin la tu”. Saya menyatakan pendirian saya mengenai buku ini dan akhirnya mendapat sedikit respon positif. Buku ini saya rasa wajar dibaca oleh segenap lapisan manusia hatta yang belum atau sudah kahwin. Perasaan berbaur manis dan pahit lantas bermain di fikiran saya apabila memikirkan tentang alam pra dan selepas perkahwinan. Terdetik beberapa persoalan di hati saya setelah selesai membaca.
“Beginikah alam perkahwinan?”
“Poligami?Bahagia ke?”
salam bro. emir,
poligami? Bahagia ke? ia boleh jadi bahagia, boleh jadi derita..
saya berkesempatan mengenali mrk yg berpoligami dan isteri2 mereka. apa yg dpt saya simpulkan;
a. jika poligami itu atas keredhaan isteri2 sedia ada, poligami sang suami adalah mudah
b. jika poligami atas krg keredhaan isteri2 sedia ada, poligami suami adalah sukar.
saya dah jumpa madu2 yang very best fren. hinggakan, bila kenalkan kita dengan madu mrk, ayatnya adalah “ini kawan baik saya”..bukan sorang tau, tp setiap wanita bermadu yg baik dngn madunya akan gunakan ayat yang sama. bahkan saya melihat baiknya madu2 ni, hinggakan kalau naik kereta bersama, ada masanya si suami yang duduk di belakang!!!! madu masuk hospital, madu yg ada jaga anak2 madu yg sakit. kalau anak madu kawin, madu yg sorang lagi sibuk tolong sama
saya juga kenal madu2 yg mmg tak berapa baik hub. mrk..tp demi menjaga maruah suami, ketika mrk berjumpa di majlis yg sama, mrk buat hal masing2.. yg menariknya, hub. anak2 madu ni baik pula. cumanya bila madu pertama bawa bersama anak madu kedua berjalan bersama, bila dia perkenalkan pada kita, dia akan cakap “ini bukan anak saya, tapi anak orang lain”..nadanya lembut, tp kita faham kat situ dia tak berapa baik dngn madunya..bahkan ada madu cakap,” saya anggap madu saya tak wujud..”.saya pun taklah korek rahsia napa sampai begitu hub. dingin mrk
lelaki, kalau dah ambil tanggungjawab berpoligami, dia kena harungi kehidupan itu, tak boleh ambil enteng..kalau dpt tentangan isteri sedia ada, dia kena hadapi.kena lagi jaga hati isteri yg menentang, berusaha yakinkan si isteri bahawa dia masih dicintai dan disayangi..
jangan lari kata tak sanggup hadapi kerenah isteri2..sapa suruh kawin lagi? apatah lagi poligami tu jelas ditentang oleh isteri sedia ada sejak awal.
saya setuju dngn pendapat mrk yg mengatakan poligami itu bukan utk berbangga2..ia satu amanah sbnrnya. ingat, salah pikul amanah..alamat, senget/miringlah jalannya di akhirat kelak.
kalau suami tu cenderung menyintai seorang isteri lebih drp isterinya yg lain, jgnlah sampai isteri2 lain nampak..jagalah perasaan2 isteri lain tu. ingatlah betapa mrk sendiri jeruk perasaan sbb tak mo gaduh2, tp suami tak tau hargai..anggap diri bagus sangat..tu sbbnya, suami tak adil drp segi perasaan takkan dijudge di akhirat sbliknya adil drp segi lahiriah ..bayangkan Rasulullah sendiri pernah merintih dngn Allah yg dia lebih cenderung rasanya pada Aishah..
kalau suami tau muhasabah diri, dia takkan sekali2 berbangga dgn poligami yg dia pikul itu..kalau dia boleh ada rasa rendah diri “aku ni pun tak sempurna, isteri aku tak sibuk cari org lain pun, tak de nak menduakan aku..”jd, dia akan berusaha nak beri yg terbaik buat isteri2nya itu..pendek kata, suami mmg betul2 kena double usaha dia..tak leh putus asa. Munajat ngan Allah tu kena lebih kuat..
hmm..saya sendiri sejujurnya tak mampu nak bagi suami kawin lagi..tp kalau andai itu takdirnya suatu hari nanti..wallahu ‘alam.
Salam dear ustaz,
Pada pandangan akak sebagai seorang yang kini menjadi public figure sudah pasti bukan seorang malah ramai lagi anak gadis di luar sana yang menggilai ustaz kerana mereka dapat lihat dari penulisan dan perwatakan serta perlakuan ustaz mencerminkan keperibadian mulia yang sepatutnya ada pada seorang lelaki yang bergelar suami. Bukan salah si gadis menawarkan diri ingin menjadi pasangan hidup kerana itu adalah realiti hidup dan kita bukan lagi hidup di zaman di mana anak dara tinggal di rumah dan tertutup mindanya. Sekarang mereka punya pilihan menentukan masa depan mereka .Walaupun begitu proses pencarian jodoh ini perlulah mengikut adat dan adab agar kesopanan masih dikekalkan.
Dalam meniti usia 40an akak dapati isu poligami makin menjadi amalan dalam rumahtangga , malah rakan karib akak juga yang sama-sama berkahwin pada hari dan waktu yang sama kini telah hidup bermadu namun dia redha apa yang telah berlaku . Faktor utama suaminya berkahwin adalah kerana katanya kasihnya telah melimpah ruah , jadi tidak salah baginya menadah kasih yang telah tertumpah ke dalam ‘bekas’ lain dalam masa yang sama apa yang ada padanya dapat dikongsi oleh seorang lagi anak gadis yang sedang mencari cinta. Untuk pengetahuan semua si gadis yang kini isteri nya tetap mahu bersuamikan si suami sahabat saya itu kerana padanya hanya dialah lelaki yang dapat memberikan keadilan dan kebahagiaan dalam hidupnya dan kecantikan bukan faktor utama kerana isteri pertama lebih cantik dari isteri kedua.
Kisah terbaru yang juga berlaku pada sahabat akak yang juga seorang ustaz yang telah kematian isteri, berkahwin lain semasa cuti sekolah baru-baru ini dan dia bernikah 2 gadis sekaligus kerana bakal isterinya ketika itu memberi syarat bahawa jika ingin menyunting beliau, ustaz tersebut kena sunting juga rakan karibnya dan kini keduanya bermadu , itulah yang terjadi .
Contoh 2 kisah yang akak nyatakan di sini membuat akak berfikir kenapa akak dan pastinya ramai lagi manusia lain yang sibuk meletakkan pelbagai perkara negatif dalam hal poligami sedangkan empunya badan redha dan sentiasa berdoa agar mereka mendapat payung emas di akhirat kelak. Begitu tinggi kesabaran dan keimanan yang Allah curahkan kepada mereka .
Pada Ummu Saif akak ucapkan syabas kerana memahami tugas dan tanggungjawab ustaz dalam berdakwah dan syabas juga pada ustaz kerana membuat Ummu Saif lega apabila ustaz membuat entry ini.. semoga ustaz bahagia dengah satu isteri (sahaja), InsyaAllah…itu jugalah yang dinyatakan oleh darling akak selama ini, bahagia selamanya dengan isterinya yang satu.
salam kak,
kak..ada kes saya terima suami kata dia bahagia dngn isterinya sekarang ni, tp hatinya tetap terdetik kat org lain..berkenan kata orang. bila isterinya tanya, dia ada buat salah ke? si suami kata isterinya tu tak de salah pun..bahkan isteri yang baik.guane tu?
salam ,
Bagi kes macam ni keinginan berpoligami bukan kerana mengikut sunnah nabi, tapi tabiat diri sendiri yang ‘gatal’ /mata keranjang yang juga tabiat lelaki yang kurang setia dan kurang menghargai jasa dan pengorbanan isteri . Ada juga yang berkata berpoligami sebagai satu cara berdakwah, membimbing wanita lain agar menjadi seperti isterinya yang pertama, isteri mithali dan ibu solehah.
salam …
saya nk tanya tentang payung emas tuh..betulkah ada nas tentang payung emas nie? boleh sertakan nas nya tak?
Salam,
Pada pandangan saya (yang tak berpengalaman dalam kehidupan poligamilah)..wanita tidak menyukai poligami (apart from masalah kewangan etc etc tu) ialah perhatian suami yang kurang, even dengan seorang isteri pun. Sepatutnya sesiapa yang nak menambah isteri ni (atas alasan yang wajarlha dan mampu) ialah dia perlu bagi perhatian yang ‘terlebih’ pada isteri yang ada ni sehingga kalau dah beristeri lagi pun isteri yang pertama tak rasa kurangnya. In other words, si suami perlulah sedari awalnya bersikap sangat loving dan caring sehingga isteri pertama rasa ‘lemas’ dengan attention yang berlebihan ni…
Contohnya: Setiap hari call isteri, sms..ayat-ayat cinta, hug isteri every time berjumpa, pegang tangan isteri bila berjalan, pandang mata isteri bila bercakap, senyum sentiasa, bertutur lembut dengan isteri, memberi cenderhati tanpa apa-apa occasion yg penting, sentiasa ingin berdamping dengan isteri sewaktu, sentiasa membantu isteri di rumah, sentiasa memuji isteri….dan lain-lain lagilah..(apart from tanggung jawab lain lah seperti kewangan yang kukuh..etc etc)
In other words, very loving, highly responsible and financially very stable..Kalau macam ni rasa nya kurang lah sikit isteri yang menentang bagai nak rak…
Ini pandangan peribadi saya.
Anyway buat ustaz dan isteri semuga berbahagia.
assalamualaikum,
Tahniah ustaz, dah jadi macam fakhri dalam novel ayat-ayat Cinta pulak karangan Ustaz Cinta paling popular di Indo.
Tapi ingat ustaz, fakhri tu pun berjanji tak poligami, tapi akhirnya poligami juga kerana sebab-sebab yang tak dapat dielak.
Saya rasa la, bila dah pukul canang tak poligami kemudian tiba-tiba ‘terpaksa’ poligami juga, hentaman kepada jiwa isteri lebih hebat. Kerana tu lagi elok senyap aja isu ini bagi lelalki di luar sana, jadinya jika tetiba terjadi, ia tidak begitu menyakitkan isteri. Tak perlu janji tak poligami dan tak perlu berusaha untuk poligami.
sekdr berpandangan.
Wsalam wbt.
Pendirian saya mengenai poligami bukan satu kemenangan yang layak untuk ditahniahkan. Ia adalah sebuah pandangan dan pegangan. Saya juga tidak mencanangkan kerana ia bukan ‘test market’.
Pendirian saya ialah, poligami bukan option yang mudah.
Soal kebarangkalian, bukan sahaja ada kebarangkalian untuk poligami, malah ada juga kebarangkalian untuk bercerai talaq, juga bercerai mati. Pendirian saya tentang poligami adalah untuk mengecilkan kebarangkalian pada bidang kuasa saya sebagai manusia yang boleh memilih.
Tetapi ketentuan Allah? Kembalilah saya, Ummu Saif dan kita semua kepada hakikat kita hamba dan Dia Segalanya.
Fahri ayat-ayat cinta? Indahnya membaca sebuah ‘novel’.
Tahniah
gamaknya ada jual ke buku dari penulis Ustadz Cahyadi Takariawan, indonesia tu kat malaysia? Best kalau dapat buat koleksi
A’kum.
moga Allah campakkan kesabaran yg tinggi untuk ummu saif..Jadi isteri kepada org yg terkenal inilah cabarannye.
Isu nie pernah membuatkan sy tidur tak lena,makan tak lalu,dan hidup sy kucar kacir…mujur sy ada sokongan yg kuat dr keluarga. Alhamdullilah,syukur kepada Allah kerana suami sy masih tetap dgn 1 isteri.
Semoga ustaz dan ummu saif berbahagia di dunia dan akhirat.
Allah Maha besar.
p/s: terima kasih “aku terima nikahnye”.
salam,
kesian plak kat ustaz sbb terkejut dilamar utk berpoligami. hmm..lucu pun ya..tp itulah harga yang harus dibayar oleh ustaz nampaknya skrg ni sbg pendakwah. Dan yang pasti, perasaan ummu saif sedikit terusik.
Buat ummu saif, berdoalah sentiasa agar cinta abu saif sentiasa untuk ummu seorang dan dia qanaah dgn ummu seorang..
soal hati, tiada siapa boleh telah apa yang akan berlaku pada masa akan datang ..itu sebabnya suka saya nasihatkan kepada semua lelaki yg dtg ke website ini, jangan janji takkan berpoligami dngn isteri anda, sbb kita tak tau apa akan berlaku pada hati kita pada masa hadapan. tak semua lelaki jenis hu ha hu hat tu akan berpoligami, org yg nampak pendiam pun boleh berpoligami..yelah, soal hati..tak de sapa yang boleh tekakan?
teringat seorang ustaz yg berpoligami pernah berpesan pada suami saya, “poligami jangan dicari, tapi ALLAh yang beri”.. Bab Allah yang beri yang lomah tu..
ada org, mmg tak pernah terfikir langsung utk berpoligami, tapi tup2 Allah beri dia isteri baru..
ada orang, dah beria2 nak kawin baru, siap dpt keizinan isteri sedia ada lagi,tapi akhirnya tak berpoligami juga..
semuanya berlaku atas kehendak dan keizinan Allah juga..
saya suka dgn pandanan Dr. N..
betul, ada suami, sibuk nak kawin lagi..janji nak berlaku adil..tp, awal2 dah buatkan isteri rasa tak de jaminan utk bahagia bila dia dimadukan, mana taknya, tak ambil berat sensitiviti isteri. apa salahnya dah cakap kata nak kawin lagi tu, tunjukkan awak lagi care ngan isteri sedia ada, tunjukkan lagi loving n caring..lepas tu, jgn duk nak main sms tgh2 malam ngan bakal isteir baru tu, p dating ..hormati perasaan isteri yang ada. dahlah dia korbankan segalanya utk kebahagiaan suami selama ni, ni dia kena tambahkan lagi pengorbanan dngn menjeruk perasaannya..bila suami beri perhatian lebih,mcm Dr. N cakap tu, isteir nak menentang tak tentu hala pun, tak jadi.
saya tidak terkejut saya dilamar untuk berpoligami. yang mengejutkan saya ialah akhlaq perempuan tu. apakah sudah diterima umum kat shoubox minta orang buatkan assignment, minta fatwa, minta artikel dan terkini minta suami?
seperti biasa, saya sentiasa bercakap tentang AKHLAQ.
dan berkenaan ustaz yang janji tak berpoligami tapi kemudiannya berpoligami, saya ulang balik apa yang saya dah tulis kat atas tu:
.
salam
ya, betul kata2 ustaz tu.
dan kenapa saya cakap pasal janji tak berpoligami sblm berkahwin..sbb ada kes begitu berlaku..tu saya utarakan di sini..dan soal janji tak berpoligami ni tak kira pada semua orang, bergelar ustaz atau tidak..
dan semuanya atas ketentuan Allah akhirnya.
Salam..
Menurut pertimbangn akal fikiran sy sbg wanita biasa….’mono’ adalah impian setiap wanita dan selalu pula tertanya2 sapelah agaknya wanita yg ‘bodoh’ sanggup brkongsi suami. ……. Kisah wanita yang menawarkan dirinya menjadi isteri kedua ust melalui shoutbox.. sungguh mejengkelkan .. Sy tertanya2 plak, begitu skali ke..
Rasa diri tidak layak utk mberi komen tapi jauh di hati sy cuba memahami realiti. Mungkn kita tidak cuba mengerti…. menempelak sikap wanita tu yg agak ‘kurang’ kesopanannya.. tp wanita ni seratus ribu kali lebih baik dari wanita yg telah putus asa trhadap lelaki dan sebalikny memilih teman sejenis sbg teman hidup. Berapa ramai wanita diluar sanggup hidup membujang kerana dibayangi kerakusan kaum lelaki memperkosa tanpa mengira ibu atau adik beradik. Juga wanita yg jadi pelacur utk membiayai hidup suaminya. Tak terhitung lagi jumlah ibu tunggal yg mengemis simpati utk sekadar sesuap nasi anak-anaknya.
Mungkn kita patut memberi ‘pujian’ kpd wanita tu….sekurang-kurangnya dia tahu membeza ‘permata’ di antara ribuan karat besi yg mengelilingnya. Walau skadar no 2, choice ke-2, perampas suami org atau apepn namanya…dia tahu jika mungkin dia dpt mengahwini seseorg yg diyakini jelas agamanya.. sekurangnya terarah hidupnya.. REALITINYA………hidup ni bukan sekadar perkongsian gembira, derita, nafkah.. Ia adalah perkongsian iman… bukankah hidup lebih beerti dgn memberi…..Sesuci manakah lagi ikatn dgn ‘memberi’ kepd seorg wanita yg lemah kalau tidak dgn ikatn perkahwinan
Sekadar pandangan…………
dalam buku berkenaan Cahyadi Takariawan ada menegur alasan orang yang kata lebih baik berpoligami daripada berzina!
mana mungkin ayat sebegitu layak disebut! zina adalah haram cela dan keji, manakala poligami adalah halal, mulia dan diharuskan syara’. tidak layak untuk kedua-duanya dibanding atau disandingkan. untuk mengelak zina, adalah 1001 cara lain, termasuklah suami yang ‘kuat’ beronani dengan bantuan isteri.
tetapi memberi alasan lebih baik berpoligami berbanding zina, ini adalah ayat yang keluar dari mulut lelaki yang bukan sahaja tidak layak berpoligami malah tidak layak beristeri sama sekali. perkahwinan bukan hanya menghalalkan yang haram, tetapi ia datang dengan peranan dan tanggungjawab.
saya membantah perbandingan pelacur dengan perempuan bermadu. dua karakter yang tidak layak dibanding atau disanding.
isunya masih bab AKHLAQ
Salam…
Bila ustaz sebut ttg kata sesetengah org yang beralasan lebih baik berpoligami daripada berzina, saya teringat perbincangan lama. Ada segelintir pendapat (keluar dari topik poligami tapi ayatnya sama) yang mengatakan lebih baik kawin daripada berzina (fokus pd kahwin kali pertama).
Memang umumnya ia adalah pendapat yg biasa kita dengar tapi perkahwinan diusia muda atau perkahwinan yang sekadar mengelakkan zina juga akan memberi banyak keburukan kerana akhlak dan peribadi tak begitu matang/mantap untuk memikul tanggungjawab sbg suami/isteri, apatah lagi nak memikul tanggungjawab sbg ibubapa. Akhirnya perkahwinan begini biasanya melahirkan generasi yang tak terdidik akhlaknya. Lalu masalah sosial semakin lama semakin menjadi-jadi.
Berkahwin atau tidak, berpoligami atau tidak, isunya masih bab AKHLAQ.
salam,
pada saya, wanita yang sanggup berkongsi suami, terutama yg bersedia suaminya kawin lagi mempunyai sifat belas kasihan yang cukup tinggi terhadap insan lain. yg mana saya tak de sifat ni (kesian kat suami saya
dan belum tentu wanita yang menjadi isteir kedua itu, boleh membenarkan suaminya menambah isteri ketiga. (ini saya tanya sendiri ngan isteri2 no. 2.jawapan standard mrk : apa alasan dia nak kawin lagi? ) dan isteri no. 3 belum tentu boleh benarkan suaminya menambah no. 4 . pada saya, yg beruntungnya jadi isteri no. 4 la, sbb confirm suami dia tak boleh tambah lagi dah. haram!
. kalau nak tambah, kena buang satu mana2 yang sedia adalah..na’udzubillah.
sbb fitrah wanita nak jadi isteri pertama dan terakhir utk suami.makanya kalau suami dah ada seorang isteri..dan ada baki 3 lagi tpt kosong..maka isteri itu hendak namanya saja yang terukir di 3 lagi tempat kosong tersebut..no share share..
mcm yg dicakap, kalau nak tawar diri jd isteri seterusnya, jgnlah buat kat khalayak, jaga adab dan akhlak..buat secara personal..sbb kalau ditolak, mengaibkan si wanita ini juga..ni lebih pada nak jaga maruah adik tu juga.
tak salah nak tawar diri jadi isteri kpd seorang lelaki,krn Rasulullah juga dipinang Khatijah..tetapi guna cara molek kata orang.
Orang yang tak nak berpoligami ini mungkin ada 3 masalah utama.
1. Sibuk mengalahkan PM
2. Hidup pun atas ehsan bini.
3. Tenaga Batin tidak mengizinkan.
Menurut pandangan saudara, adakah sebab 3 di atas tu, tujuan untuk berpoligami? Kalau itu bukannya tujuan, maka ia tidak akan menjadi masalah. Wallahua’lam.
Maka, adakah ini bermaksud yang berpoligami itu pula mempunyai ciri2 di bawah:
1. lepak, tak kerja?
2. tapi kaya, harta melimpah ruah sampai tatau nak spend kat mana?
3. terlebih hormon atau kalau tak keterlaluan saya katakan ‘gila seks’?
So, yang mana satu?
p/s: Bila berkata2, saya syorkan jgn ada yg tersirat2. Kompius org dibuatnye..
Salam Ustaz,
Cuma inginkan pencerahan sedikit daripada ustaz. Ustaz mengatakan bahawa ustaz sudah cukup bahagia dan sempurna dengan satu isteri. Apakah ini bermakna bahawa jika seseorang lelaki itu tidak boleh nak bahagia dan sempurna dengan isterinya walaupun sudah bertungkus lumus berusaha, maka itu boleh dijadikan alasan yang baik untuk dia menikah lagi?
Kesudian ustaz untuk memberikan pandangan terhadap persoalan saya itu saya dahului dengan jutaan terima kasih.
Wsalam wbt.
Lelaki itu sepatutnya membuat muhasabah, apakah punca dia tidak bahagia? Adakah kerana isterinya atau dirinya sendiri? Isterinya tidak sesuai dengan dia, atau dia sendiri yang tidak sesuai dengan semua perempuan? Jika dia gagal bahagia memang disebabkan oleh faktor-faktor isterinya, maka poligami adalah option yang HALAL. Tetapi berkahwin untuk berperanan, bukan untuk menuntut hak. Beliau bukan hanya ada hak mendapat isteri yang baik, malah dia sebenarnya memikul tanggungjawab untuk menjadikan isterinya baik.
So… terpulang
ustaz ..
tak semestinya yang berpoligami apabila tak bahagia . Ada juga yang dah bahagia dalam rumahtangga tetapi masih berpoligami . Inilah satu pandangan yang tak dapat ana terima . Bila berpoligami tanda tak bahagia dengan keluarga sebelumnya .
manusia sekarang yang buruk lebih ramai dari yang elok . Kebanyakkan suami yang mampu berpoligami tetapi sebenarnya terhalang dek istri yang tak sanggup berkongsi . Tetapi yang terbaliknya suami yang tak layak berpoligami kebanyakkannya terus berpoligami walau dihalang istri yang taknak berkongsi . ……
komen ana yang di atas tu adalah komen ana kepada soalan yang ditanya sebelumnya.
statement ana ialah “ana tidak memilih poligami kerana ana sudah pun bahagia dengan satu isteri”. masa bila pulak ana kata “poligami hanya jika tidak bahagia?”
bak kata ustaz cahyadi takariawan, jika tidak bersedia nak membuka fikiran berbincang tentang poligami, jangan baca buku beliau jika ada mental block. ana juga nak sebut benda yang sama kepada alhikam, bahawa kalau anta ada mental block tentang ana, ana tak dapat berbuat apa-apa sebab apa sahaja yang ana cakap, anta akan melihatnya dari sisi yang sama. sceptism.
minta maaf banyak2 … tapi boleh bersembang lagi kan .. : )
Salam
Bila abu saif dah promote buku Bahagiakan Diri dengan Satu Istri mungkin setem Ust cinta tuh dah tak relevan dah kut, lepas ni mungkin akan dikenali dengn Ust Bahagia Satu Istri … hmm tak berat sangatkan tuh heheh
Setakat ni, nampaknya macam dilabel sebagai Ustaz Anti Poligami… bolehlah lepas ni jadi Ketua Dewan Muslimin Sisters in Islam.
Ustaz,
saya masih belum berhasrat untuk membaca buku Ustaz kerana saya takut saya betul-betul akan menerima nikahnya memandangkan saya masih belajar dan ibu tidak meredhai hasrat saya untuk bernikah dalam tempoh belajar.saya cuba mengelak sebarang perkara yang mendekatkan saya kepada menerima nikahnya.
dalam ruangan komen ini saya melihat ramai muslimah yang berharap mereka adalah isteri yang pertama dan terakhir…atas alasan apa sekalipun, berbahagialah dengan isteri yang satu.
walaubagaimanapun saya sering seakan-akan berlagak tenang dengan berkata
“jika Allah mentakdirkan suami(jika saya berkahwin) ingin berpoligami, saya reda krn Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk saya”
setelah membaca artikel Ustaz ini saya berfikir berkali-kali adakah saya benar-benar ikhlas dengan kata2 itu?
em…..
Teringat niat saya suatu ketika dahulu pun seideal itu.
Setelah berumah tangga ni, realiti mengatasi fantasi.
Tepuk dada, tanya iman.
Jgn sedap berkata2 kalau diri sendiri belum diuji.
Saya masih lagi menunggu utk sang isteri pertama utk meluahkan hati…
Tak bolehlah baca buku tentang mati sebab belum nak mati… err, ke macam mana?
em…
em…
em…
begini ustaz, bukannya tak nak baca. tetapi bila baca, buku-buku seperti ini membawa saya ke alam nak sangat berumahtangga.
tetapi saya tahu semua itu bergantung bagaimana kita mengawal perasaan yakni nafsu kita.
tidak mengapalah, jika saya terjumpa buku Ustaz di mana-mana kedai buku, saya akan membelinya untuk menambah ilmu di dada.
InsyaAllah walaupun terasa segan dan berat sedikit…
Jangan risau, sebagai pembaca saya lihat buku tu bukan buat naikkan semangat nak kahwin. Tapi buat diri terus tertanya, sudah bersediakah untuk sebuah tanggung jawab besar. Selepas timbul sedar, maka teruslah berusaha memperbaiki diri bersedia untuk tanggung jawab besar itu (walaupun lagi 5 atau 10 tahun kemudian baru nak menikah). Jadi baca, jangan tak baca
Tapi menanam niat untuk redho dengan suatu ujian itukan suatu kebaikan?
Menanam niat untuk berjuang dibarisan hadapan seandainya panggilan Jihad dikumandangkan adalah suatu yang sangat terpuji…
Walaupun realitinya tatkala benar2 diuji nanti belum tentu bagaimana…
Andai sebelum diuji lagi sudah berputus asa atau merasakan tak mampu, tak dapat dibayangkan nanti ketika ujian itu tiba…
Ana berpendapat, keyakinan saudari untuk redho andai diuji dengan poligami itu malah dipuji dan niat itu perlu sentiasa dikekalkan…
Salam….Kepada Syahidah atau sesiapa yang ingin mendapatkan buku Pak Cah, anda boleh dapatinya di Pustaka Fajar Ilmu Baru dekat masjid India…Di bangunan Wisma Yakin tingkat 2 rasanya…
Sekali anda baca tulisan Pak Cah, anda akan cukup terpesona dengan pemikiran beliau sebagaimana kita semua kagum dengan Ustaz Abu Saif…Saya merupakan antara peminat Pak Cah…
Walaupun saya masih lagi bujang, tapi azamnya nak berbahagia dengan satu isteri…tetapi memandangkan hidup dalam jamaah ini, kemungkinan-kemungkinan untuk dipasangkan kali kedua itu ada….Harapannya cukuplah seorang, bahagia dengan formula One!
Patutnya abu saif tak perlu fikir besar sangat lamaran angin tu (sampai buat artikel khas), ia mungkin aja budak-budak laki yang main-main. saya rasa hampir semua tokokh agama lelaki ada admirer dan yang harap jadi isteri kedua dan seterusnya. sebaiknya treat it silently.
bimbang juga ia kerja pembuli siber, bila tuan blogger ikut rentak pembuli siber, mereka akan suka. Abaikan aja sbb besar kemungkinan ia dibuat oleh orang yang cemburu web dan ust, akhirnya ganggu fikiran dengan berlakon jadi girl yang melamar terbuka.
Salam..
IMHO, kalau orang yang cemburu web ini, nampaknya telah backfire. Kerana dalam masa yang sekejap saja, dah 40++ (tu tak kira yg sub – sub- nye lagi) replies. Jumlah yang membaca, apatah lagi
Maafkan saya kerana menyampuk, bab melamar tu, satu hal, tapi perkara yang lebih pokoknya ialah akhlak ketika melamar itu yang tidak sedap dilihat. Sebenarnya tidak menjadi hal pun siapakah manusia kat shoutbox yang melamar tu (lelaki kah, perempuan kah, sesiapa saja), tetapinya keberaniannya berbuat begitu (melamar secara terbuka) diharapkan tidak menjadi contoh kepada insan – insan muslimah yang lain. Kita masih ada cara yang lebih sopan dari itu.
Cantik insan, pada imannya. Cantik iman, pada akhlaknya.
Wallahua’lam. Maafkan saya jika menyinggung perasaan sesiapa. Wasalam.
ummu saif boleh mengesahkan, bahawa saya sedang merangka-rangka artikel tentang poligami selepas membaca buku Pak Cah yang saya terima dari Yogyakarta baru-baru ini.
saya menulisnya hari ini kerana saya menulisnya, kebetulan ada pula orang yang melamar saya di shoutbox tempoh hari. sebagaimana saya tulis artikel “HUKUM MEMATUHI UNDANG-UNDANG JALANRAYA”, tiba-tiba keluar pulak cerita saman pelajar pondok Pasir Tumboh bab pakai serban naik motor. Semua itu kebetulan dan Insya Allah saya sentiasa ingat benda yang saya sendiri ceramah iaitu “ALWAYS REMEMBER TO PUSH THE PAUSE BUTTON AND CHOOSE THE RIGHT ACTION”
So, artikel ini bukan reaksi saya kepada lamaran di shoutbox tu. Ia adalah reaksi saya kepada buku Pak Cah dan krisis buku tu di Indonesia. Cuma perempuan tu melamar saya ‘kena pada masanya’!!!
assalam,dari perantau saudi
Astagfirullah taklah diri berharap mati kerna mati ialah hak ALLAH,ako ni tinggal dikhalayak arab negri bermulanya Islam topik pernikahan mono or poligami pun m’jadi bualan yg menarik walaupun dianggap biasa dan menterukkan, sebagian adalah curahan hati sorg karib yg terkirim awal,ako tahu tak hanya dsini para wanita ya belum dipercaya ALLAH tuk mnikah slalunya ada rasa iri dan miris tiap kumpul dgn puan rekan dah mnikah,bukanlah negative thingking bila faham bhw mrk worried suami kan tengok n minat pula nak buat poligami kami,para suami sholeh pun dgn alasan cinta n setia worried memilih poligami,kami hanyalah wanita biasa,jangan salahkan bila diantara doa n jeritan hati adl ketidak relaan pada wanita yg tak mahu berbagi hati,jangan slahkan maraknya perzinahan,hingga sorg klienko berkata “bila kumati n bersidang dmahkamahNYA kan menuntut pula para wanita yg egois menguasai suami n para suami sholeh yg mampu tapi menelantarkanku” akopun taksudi dpoligami bila tak berlandaskan iman baiklah diri lapok usia n smoga hanya ALLAH yg sudi mjadi kekasih hati namun tiada pupus pula penantian diri berharap datang sepasang insan sholeh menawarkan “wahai ukhti mahu n sediakah menjadi bahagian dari bahtera ini dgn manis madu iman?
Mungkin pendapat saya kurang popular. Pada pendapat saya apa-apa pun perlu kepada kesesuaian waqie’(keadaan/persekitaran). Apakah medan qital sesuai dijadikan pilihan di Malaysia? Tidak. Waqie’ nya tidak memerlukan medan qital digunapakai. Berlainan di Palestin.
Tidak sama sekali kita menolak medan qital 100%.
Sama seperti Poligami. Dalam waqie’ di Malaysia adakah perlu digunapakai? Jika dilihat jumlah muslimah yang tidak berkahwin, ada yang mengatakan boleh poligami digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Persoalannya, adakah golongan ini menjadi pilihan bagi suami2?
Jika dilihat pula kepada lelaki, bak kata seorang muslimah di ofis saya, “lelaki yang boleh diharap dah nak pupus, ada 10% je. So kalau poligami pun, poligamilah”. Adakah dengan peningkatan jumlah lelaki tak boleh pakai yang menyumbang wanita tidak berkahwin boleh diselesaikan dengan poligami? Mungkin masalah lelaki kurang kualiti ini perlu diselesaikan dahulu.
Lihat pula jumlah ibu tunggal, sama juga halnya dengan muslimah tidak berkahwin. Adakah mereka ini menjadi pilihan suami2?
Keadaan di Malaysia saya kira amat tidak sesuai dijadikan pilihan dan penyelesaian. Ditambah kos sara hidup yang amat tinggi sekarang, hanya mereka yang minyaknya ditanggung sahaja mampu berpoligami. Suasana hari ini memerlukan suami isteri bekerja. Itu baru soal ekonomi, belum masuk soal hati.
Tidak sama sekali kita menolak poligami 100%.
Salam,
Saya ingin komen tentang ‘lamaran’ terhadap ustaz. Saya rasa sebenarnya ramai diluar sana yang ‘minat’ dengan ustaz. Dan saya rasa ustaz berhak memberi komen tentang ‘kurang beradabnyanya’ cara si pelamar…
Walau bagaimana pun sebenarnya untuk pihak wanita (ummu saif too), lamaran terang-terangan ni sebenarnya lebih mudah ditangani (??) berbanding pendekatan minat secara senyap-senyap yang mungkin dilakukan oleh peminat-peminat ustaz (atau hubby sesiapa la). Peminat peminat kepada hubby kita mungkin ‘mendekati’ hubby kita sebagai student yang bermasalah, rakan sekerja yang prihatin, patient yang terlebih manja, setiausaha yang petah berbicara…dan lain-lain lagi la, yang mana hubby kita tak perasan pun pada mulanya mereka diminati, pelan-pelan hati dah dicuri, masa tu kita buat apa pun dia buat tak reti…tu lagi parah…
My opinion la….
sebab itu ada ratusan email yang saya tidak balas, malah sebahagiannya saya delete sahaja, kerana rasa pelik dengan isu-isu yang ditimbulkan.
Wahhh makin panas isu ni. seriau pulak rasanya. agak-agak apa komen dari orang bujang ni ye?
Isunya memang jelas berkaitan AKHLAK. “post kat shoutbox” ???, ibarat mencanang berita yang belum pasti, silapharibulan boleh jadi fitnah, kan tak manis. Sekalipun terdesak adik manis, ada banyak lagi jalan berhikmah yang boleh diambil. Mungkin dengan cara guna orang tengah (tapi jangan la ambik suami orang..ada yang lebih berhak), takkanlah hidup tiada saudara mara, kawan-kawan yg boleh minta tolong. Memang tidak dinafikan susah nak mencari lelaki yg ‘berjurus’ zaman sekarang ni, walauapapun yakinilah zat-zat Allah yang Maha Mengetahui akan isi hati hambaNya. Seperkara lagi, cuba adik letakkan diri adik dalam situasi “ummu saif” pulak?Bagi kokmi, sekiranya hendaklah melakukan sesuatu, lebih-lebih lagi melibatkan emosi orang lain, cuba letakkan diri kita dalam situasi orang yg berkenaan?
*Tepuk dada tanya iman*
Ada kemungkinan peminat2 ustaz melihat sisi2 positif sahaja. Sebenarnya banyak ciri2 penting yg diperlukan utk menjadi isteri seorang daie yg hyperaktif (ops!) Cuba tanya ummu saif berapa kali anak2 sakit semasa ketiadaan ustaz. Cuti sekolah yg perlu dihabiskan bersama anak2 dan tanpa suami.
Baiklah, akak sekadar membaca web ni jadi itulah beberapa ciri2nya. Sekadar berkongsi cerita, suami akak semi Abu Saif, selalu menganjurkan dan mempengerusikan program anak pintar soleh dan yg sewaktu dengannya. Akibatnya anak2 kami jadi sasaran penilaian masyarakat.
Beliau juga orang kuat masjid, kadang2 merayu akak di dalam hati, bila berpantang begini dengan 3 orang anak yg berumur 5, 7 dan 10 tahun yg tidak akan mengurangkan karenah msg2 hanya semata2 kehadiran adik 10 hari yg lalu. Aktiviti masjid tetap diteruskan, akak sekadar mengupah org menjaga akak dari pukul 8 pg hingga 5 ptg.
Pegangan dan azimat akak adalah ketabahan Siti Hajar apabila ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail di padang pasir. Tetapi akak ditinggalkan di dalam rumah dengan air dan makanan yg cukup. Banyak sebenarnya sirah yg boleh kita renungi, akak bukanlah seperti isteri Hanzalah yg ditinggalkan selepas malam pertama. Kami telah berkali2 berbulan madu.
Isunya, kdg2 manusia sentiasa nampak yg indah2 shj. Kami sama2 kerja, sama2 menyalurkan pendapatan kepada keluarga tetapi teramat jauh pengorbanan akak dibandingkan dengan Sayyidatina Khadijah mengorbankan hartanya demi Islam. Hati2 yg ditarbiyah sepatutnya sudah well-verse dalam mengenepikan emosi.
Maaf, komen yg panjang ini tidak ada kena mengena dengan poligami sama sekali. Mungkin satu saranan agar Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Suami.
Salam,
Betul tu k ija. Ada yg berkata reason utk berpoligami bcoz sibuk berjemaah. Saya pun tak pasti camana tu? Musykil2?
Yang pastinya lagi sibuk berjemaah, lagi byk kena tinggal, anak sakit kena handle sendiri, masuk iv drip utk anak sendiri, bawak anak jahit kepala pecah sendiri, pergi balik hantar anak ke sekolah sendiri, hantar suami gi ceramah/program sendiri, sendiri sakit sendiri cari ubat, dalam pantang bawak kereta sendiri dan sebagainya..(bukan niat mengeluh, sekadar berkongsi realiti). Kalau begitu itu yg dikatakan sooo sweet dan dicemburui ramai, saya pun tatau lah..
Mmm, sebenarnya saya tak suka nk komen lbh2. Saya tau akan penangannya jika salah berkata2. Tak kira lagi penangan saya sebagi isteri ustaz Hasrizal. Saya tak cukup kuat nk tahan kritikan mahupun pujian. Saya hanyalah insan biasa.
Tapi, yang pastinya saya bukanlah seorang SUPERWOMAN. Terus terang saya katakan, saya tidak mampu utk jadi the 1st wife. Saya takut saya akan mengengkari Allah SWT (dan suami saya yg saya taati lagi kasihi selama ini) sekiranya diuji sedemikian rupa.
Sekarang ni pun hati bergelombang, tangan sejuk, nafas tersekat2, ntah apa2 lagi sympathetic reaction yg ada dlm badan saya ni. Tidur tak lena, mandi tak basah mengenangkan hal ini. Naivekah saya? Kurang iman kah saya? Baru diuji dgn lamaran shoutbox, dah mereng.
Saya tahu poligami itu halal seperti penceraian namun ini adalah saya yg maha lemah tidak sekuat sesetengah wanita di luar sana. Sekiranya terus diuji, Allah SWT lah tempat pergantungan saya. Semoga iman saya tinggi dan kuat selagi hayat dikandung badan.
Bila baca semua komen, ada yg melucukan, ada yg menenangkan, ada yg menakutkan, ada yg meresahkan.. Tapi yg pasti poligami itu halal, cuma ianya bagi yg MAMPU dan ADIL. Cumanya sekadar ingatan, artikel ini ditulis bukanlah utk meng’haram’kannya. Tetapi utk kita muhasabah niat kita, bagi yg tidak berpoligami..bersyukur dan hargai dgn apa yg ada, bagi yg nak..muhasabah niat kita, bagi yg sudah..perbetulkan keadilan kita.
Wallahu a’lam..
Salam ummu saif dan semua pembaca,
Saya berkongsi rasa dengan apa yang ummu saif nukilkan .
Walaupun sama sekali kita tidak menidakkan sunnah untuk berpoligami namun saya rasa ada wanita (termasuk saya) yang tidak mampu untuk hidup di situasi itu, sekurang-kurangnya untuk waktu sekarang.
Saya rasa alasan berpoligami untuk menyenangkan urusan berjamaah adalah satu retorik semata-mata. Yalah kalau dengan satu isteri dan beberapa anak juga kadang-kadang hanya sempat hai-hai bye bye atau touch and go (kalau tak pun smart tag) macam mana pula kalau dengan lebih dari satu rumah yang perlu dipertanggungjawabkan.
Saya dapat memahami apa yang ummu saif alami, walaupun suami belum lagi dipinang orang secara terbuka (kalau secara rahsia tu, wallahu’alam) tetapi kadang-kadang cemburu juga bila suami selalu keluar dengan kawan baiknya (seorang lelaki ye
) untuk urusan jemaah.
Cuma saya selalu berdoa, janganlah saya diuji dengan sesuatu yang saya tidak mampu hadapi.
Allahu’alam.
Salam.
Saya sependapat dengan Kak Ija, Ummu Saif dan Ummi Zulfa. Bagi yang baru nak kahwin kali pertama Kena buat marriage reality check dulu. Bagi yang nak berpoligami pulak, bawak-bawak lah bertenang dulu – kena pandang belakang bukannya nak tengok hantu ponn tapi nak periksa track record pelaksanaan tanggungjawab terhadap rumahtangga – sama ada dah mencapai, melepasi KPI atau asyik semput jer memanjang.
Artikel-artikel ustaz kan banyak menyentuh tentang reality dan tanggungjawab sebuah perkahwinan. Pendapat saya, eloknya bacalah artikel-artikel ustaz berulang-ulang kali agar bertambah mengerti dan bertambah jelas fokus kehidupan.
Gelaran Ustaz Cinta terhadap ustaz sebenarnya boleh mengubah persepsi rata-rata anak gadis yang kebanyakkan tertipu dengan kandungan media hiburan tentang Cinta.
Saya juga seperti Ummi Zulfa, di dalam hati kecil selalu berdoa – janganlah Allah uji saya dengan sesuatu yang tak dapat saya tanggung emotionally. Saya tak sekuat dan setabah Aisyah r.a.
p/s: Ummi Zulfa, saya juga jeles dengan rakan2 baik hubby (4 guys – his office mates) sebab dia orang banyak aktiviti riadah sama2. Huh sungguh tak aci!
tu dia…baca life ummu saif ni pun dah menakutkan. mcm mana la ummu saif laluinya setiap hari? tahniah dan smoga terus kuat
email yg ana baru terima bebaru ni…
Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun.
Life starts at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’, kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time.
‘Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana
nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang
lagi…?!’
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya
I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya,
baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my
wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka.
Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran … semua dia dah tahu.
Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu …
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak
ragam.
Ye lah dia muda,
I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada.
Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.
Silap haribulan, takut lari lak, kan …
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda.
Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti
lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak
tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk
kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau
Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi barang-barang tu,
dia tak nak bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua,
awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas
berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.
Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres
dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia
40-inci mu itu …
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari
… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola
pun
tak
dapat …
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih
tertekan.
Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang
bapak mereka kahwin lebih dari satu.
Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa
I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak
kecil
( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam
kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak
dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan
topik-topik terkini dan juga kehidupanmereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan
bagi baby mandi.
haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.
Mula mula kawin tentu seronok.
Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana
dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi
shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak.
Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu.
Eii tak sanggup pula.
Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I …
… lagi haru …
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria
kita nak kan anak dia.
Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat
mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya
itu
ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan
kerlingan
mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua
baru I tu ….
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin
dua nih silakanlah.
Tapi bagi I selagi hayat dikandung
badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak
pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
Bukannya yang di dalam kepala.
Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi
susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah
Kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas
kalau isteri tu tak kejutkan.
Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala,
baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.
Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain.
Kang ada yang nangis bila disebutkan.
Cukuplah.
Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang
menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke?
Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Salam…
Sayunya baca part isteri pertama tu. Especially waktu miskin tu.. hmm saya merasa semuanya. Nasik lemak sebungkus dikongsi berdua. Bukan sebab romantik, tapi sebab tak cukup duit. “Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.”.. hmm semua tu dah merasa.
salam utk saudara, sy selaku mangsa poligami suami sy,tabik spring dgn luahan saudara.kalaulah smua suami brfikiran mcm saudara,aman dunia.beruntung isteri saudara.sbnarnya luka hati isteri pertama akan d bwa mati,pyah nk jmpa sang suami yg fkir dulu sblum buat………kbanyakannya ambil pakej mudah.buat dulu baru surrender.lpas tu apa nk jadi pun jadi lah.terima je.saya dpt tahu suami pasang 2 pun slpas 5 tahun .pernikahan mereka.masatu hnya tuhan sj yg tahu mcm mana hancurnya hati saya,air mata gugur mcm pili pecah kt tepi jln.kalau u all nk dpt gambaran keremukan hati ni, u all ambk gelas dan baling ke dinding sekuat2nye.saya hilang arah seketika.mcm nk pitam msa tu.saya tatap wajah suami. ….saya tanya kenapa dan kenapa? suami membisu,dan akhirnya keluarlah jawapan standardnya…………………NALURI LELAKI.13 tahun hidup bersamanya bnyk benda yg saya x faham tentang suami saya,of coz dia seorang yg x ckap bnyak.x friendly,nmpk cool.rupanya btul kata pepatah,air yg tenang jgn sangka x ada buaya.oopss…. lupa lak ,masa rahsia pcah isteri ke 2 nya dah hamil 5 bulan,wahai isteri2 kt luar gimana kalu u all ada kt tmpat saya? kalu nk cite ni panjang lagi nih….d pendek kan cite la ni dah 5 tahun saya knal madu saya.gadis sbrang yang mencari rezki kat negara kita.lain d cari lain yg jumpa.bohong le kalu saya kta x cemburu, x sakit hati.of coz saya bkn malaikat.satu lg ayat power sang arjuna ialah menyesal sbb kwin lg.bnyk masalah.amende .nyer.nasi dah jadi bubur,mkn je la……standard la bila dah ada 2.skit sbanyak nk banding jgk.tntulah kta yg pertama ni kalah.dah tua.isteri muda kalu tua pun ttap d panggil isteri muda.skarang hati saya dpt terima keadaan ini walau x spnuhnya.sakit tetap sakit.bnyk insan yang menangis bila saya meluahkan perasaan ini kpd mereka.apa yg pedihnya bla saya d lempar kata2 yg kurang enak d dengar ia itu x pandai jga suami,sedang kan saya membelai,menjaga,merawat lbih dari anak2.dan lebih dari diri sendiri.aminnnn.
Assalamualaikum wbt…
Persoalan yang dikupas memang menarik disertai dengan replies yang berilmiah dan berbentuk emosi. Namun bagi saya sebagai seorang manusia biasa, isu poligami ini jangan terlalu diwar-warkan dengan keburukannya kerana hasilnya ramai yang menentang poligami. Ramai yang terpengaruh dengan pendapat2 yang terlalu emosi sehingga mereka mengecam para lelaki terutama ustaz-ustaz yang berkahwin dua atau lebih dengan panggilan lelaki gatal..ustaz gatal, ustaz tak tahu malu…sedangkan apa yang dibuat adalah halal, sedangkan ramai lagi yang bermain kayu tiga, sex tanpa kahwin, sumbang mahram kerana tidak dapat menyalurkan kepuasan sex kepada isteri. Ada lelaki yang kuat nafsunya(jika baca dalam artikel Dr Ismail Tamby), tidak cukup dengan satu isteri, maka dibuatnya kepada perempuan lain (kes tidak beriman sepenuhnya) …maka ia zina…tapi ada perempuan tak pedulisme masalah ini, sedangkan wanita juga perlu sedari siapakah orang yang berkahwin dengan suami itu..juga seorang wanita. dikatakan wanita lebih memahami wanita, namun apabila tiba aspek poligami, tidak dapat memahami wanita lain yang ingin mendapatkan kasih sayang suaminya yang mungkin bertanggungjawab, baik, beriman dsb.
biasa juga saya mendengar wanita yang sudah beristeri, menaruh hati kepada lelaki lain yang bujang, malah yang lebih teruk ..suka kepada suami orang (agaknya jika hukum mebolehkan,,apa akan jadi??) tapi Allah maha mengetahui…
Maka institusi perkahwinan ini ialah give n take sepertimana yang ustaz hasrizal sebut..
Jika isteri juga tak mainkan peranan, campur suami tak reti nak baiki apa yang rosak dalam hubungan, maka apa lagi yang berlegar dalam fikiran suami. Sekarang ini, sudah ramai isteri yang balik lewat kerja, malah lebih suka pergi bersama rakan2 ke shopping complex, malah ramai juga yang makan bersama lelaki lain diluar, tapi apabila time suami kawin lain, dia mula melalak..pelik tapi benar!!
bagi saya, tajuk buku itu juga perlu tulis begini,
” Bahagiakan suamimu, bahagialah dirimu…wahai isteri!!
assalamualaikum
salam..
hehe slalu je ktrg ni medical student ppukm tersrmpk ummu saif kat hospital.. Dr x kisah ke kalo ktrg tegur?…hehe cam seganla plak =)
Salam,
kalau sudi tegurlah..Nk tutorial pun blh. Saya ada je kt A&E tu.
-k muna aka ummusaif
Bila masuk perbincangan pasal poligami, memang boleh jadi serba tak kena dibuatnya sebab kok mana pun kita bagi komen, mesti ada pihak yang terasa hati. Kalau sokong, ada isteri yang kecil hati. Kalau tak sokong, ada juga isteri yang kecil hati. Kalau hurai panjang, takut ada pulak lelaki yang kecil hati.
Yang perlu kita telan sebagai kaum wanita adalah poligami ini satu bentuk ujian yang Allah ciptakan untuk kita. Seperti juga ujian-ujian lain, kita tidak minta Allah menimpakannya kepada kita tetapi kalau ujian itu mengena kepada kita, ada baiknya juga jika ianya mengena dalam keadaan kita telah bersedia.
Kepada Ummu Saif, saya doakan semoga doktor tabah dalam menghadapi ujian ini. Daripada cerita yang saya dengar, ramai juga isteri para da’ei yang berprofile tinggi di luar sana mengalami ujian yang sama seperti doktor. Manakan tidak, sungguh susah sekarang ini untuk berrjumpa lelaki yang benar-benar berkualiti. Yang sedikit itulah yang menjadi ‘rebutan’.
Kalau nk jadi, jadi.. tak payah tunggu yg berprofile tinggi.
Sapa2 pun blh jadi. Itu permintaan sendiri.
Cuma, terfikir..
Isteri pertama cari suami yg seadanya
Isteri kedua pula ingin kan yg ada segalanya
Mengapa pula??
p/s: teringat abg ipar saya berusia 40 tahun yg masih bujang. Dia cuma bekerja sebagai pembuat gula batu sahaja agaknya..?
salam…
nampaknya puan doktor ‘generalized’ isteri kedua… Allah maha kaya… bagaimana kalau suatu hari puan terbangun dari tidur dan puan adalah seorang isteri kedua? jangan fikir tak mungkin terjadi… mungkin abu saif menyahut seruan ilahi terlebih dahulu dari puan? mungkin cinta bertaut sekali lagi dengan seorang lelaki yang telah beristeri? jangan takbur, ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara…
tidak perlu kita mengandai-andaikan perkara yang tidak atau belum berlaku.
jika saya mati dulu, ummu saif mesti teruskan hidup mengikut pertimbangannya sebagai manusia yang waras dan rasional dan jika dalam suratan takdir dia menjadi isteri kedua, ia adalah keputusan yang dibuat setelah semua point di sini dipertimbangkan. tiada salahnya.
saya menulis artikel ini bukan untuk protect isteri saya, atau menyerang suami yang berpoligami, atau menjatuhkan isteri kedua, ketiga atau keempat, tetapi suatu percubaan untuk merawat salah laku di dalam amalan poligami, sebagaimana salah laku dalam talak, dan salah laku dalam perkahwinan biasa.
salam ustaz..
jazakumullah khairan kathira atas artikel ini..
cerah mata saya nak sambung study Therapy pula..hehe
berharap sangat untuk memiliki ketiga-tiga buku tersebut..
insya allah
agak membuang masa apabila berbincang tentang positif ke negatif ke poligami sebab apa yang ustaz ketengahkan ialah perincian-perincian berkenaan kes salah guna poligami, dan ia merupakan ulasan buku ustaz cahyadi takariawan.
kebanyakan pemberi komen sudah ada preconceived idea tentang poligami dan terus sahaja nak bagitahu orang lain dia pro atau tak pro poligami. tak peduli pun pada isu2 yang ustaz tulis.
saya dan abu saif dah sama-sama mula rasa bosan membacanya
Aje yang benor kak,
Saya bincang dgn ummu fatihah, dan masuk sekali kisah Dr. HM Tuah. Ummu Fatihah pembaca setia Dr Tuah dan ceramahnya. Dr. Tuah lagi dahsyat offer isteri tambahannya. Kesimpulan yang dapat dibuat, masalah rumah tangga adalah epidemik dalam masyarakat. Kerana keluarga itu adalah nukleus, maka jika rosak resultnya catastrophic.
Seperti dalam komen pertama saya #43, masalah adalah berakar umbi kepada lelaki. Lelaki semakin kurang kualiti. Sama ada yang bujang atau pun yang sudah beristeri satu.
Buat wanita-wanita yang tidak mampu berpoligami…
Sekadar ingin memberi option, kerana ada manusia (wanita) yang memang tidak mampu menghadapi poligami, dan Rasululllah s.a.w. amat mera’ikan perasaan wanita seperti dalam kisah Fatimah dan Ali r.a. Tidak mampu dalam ertikata, bimbang akan memberontak, bimbang tidak mampu untuk ikhlas mengerjakan tanggungjawab dalam rumahtangga, dan lebih ditakuti bimbang akan berlaku nusyuz pada suami.
Pada wanita-wanita seperti ini, saya sarankan pada anda untuk berbincang dengan suami/bakal suami untuk meletakkan syarat, akan jatuh talak sekiranya suami/bakal suami kahwin lagi. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya sendiri, sememangnya tidak akan mampu untuk menghadapi ujian ini dan Islam sendiri mera’ikan perasaan wanita di dalam hal ini.
Tidak semua wanita sama, ada yang mampu hadapi poligami, ada yg sekarang tak mampu hadapi tetapi akan datang mungkin mampu, dan ada yang tidak mampu langsung hadapi poligami sampai bila-bila. Sebab manusia berbagai-bagai dan Islam adalah agama yang amat mera’ikan umatnya.
Sebagai seorang medical doctor dan suami seorang ustaz, saya amat memahami perasaan ummu saif, lebih2 lagi suami diberi kelebihan dari segi rupa dan akhlak, dan Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran atas Allah Maha Penyayang kerana mengurniakan suami yang betul2 memahami diri dan terlalu memahami.. Buat adik-adik yang belum berkahwin/akan berkahwin, berdoalah kepada Allah dengan doa yang khusus utk calon suami yang bagaimana yg dikehendaki, dengan doa yg bersungguh-sungguh, insyaAllah Allah permudahkan…
sekadar memberi pandangan…
Adakah poligami semata-mata untuk orang kaya sahaja? Orang miskin tak boleh berpoligami? Orang yang sederhana sahaja barangkali. Hmmm… Baru-baru ni ada kes di Terengganu yang hakim menghalang seorang pemuda yang nak tambah isteri keempat. Tak diluluskan atas alasan tak mampu. Bahkan ramai orang kaya tak mampu berpoligami kerana halangan isteri jua. Isteri si miskin kata si suami tak mampu sara bini kedua. Isteri yang mempunyai suami yang berada seadanya letak syarat banglo sebijik, kereta bmw $xxx tiap bulan,pakej bercuti dll…(cabaran utk sidia yang tak cukup kaya) Isteri yang mempunyai suami yang betul2 kaya pula kata TAK BOLEH!!!! kompleks nyer ?!! Hehehe… barangkali kunci kepada poligami adalah kebijaksaan membait tutur kata, peribadi suami isteri dan keadaan…
Salam.tahniah kepada Ustz diatas penerbitan buku ” AKu Terima Nikahnya”.Tak de rancangan ke ,nak keluarkan Aku Terima Nikahnya edisi kedua?
Saya ni tak pandai berkarya tapi setakat promote buku kat kawan-kawan boleh la.
Semoga Allah S.W.T memberkati rumahtangga Ustaz & Kak Muna.Amin…
Selamat berkarya.
Sampaikan salam utk isteri ustaz. saya pernah kenal dia sebab dia kawan roomate saya…masa kat upm
Wa’alaikumussalam.
Yati yg mana satu ye? Maaf, saya ni short term memori sikit.
Di mana ye? Saya berada di matriks UPM, Kulim Kedah. Kemudian terus ke Ireland.
ingat tak kasmawati ab samad…saya roomate dia masa kat upm…
Ingat kasma. dia kawin dgn ali kan. depa mengajar kt mrsm kuala kubu baru.
p/s: tak sangka nama saya masih disebut2 walaupun lama tak jumpa kasma..
salam..
wah! ramai sungguh peminat tajuk ni..sampai juling mata membacanya..
ustaz, terima kasih sebab terbitkan buku Aku Terima Nikahnya…Sy baru berkahwin.Suami sy yg bg buku tu suruh baca..Buat masa sekarang kitorang terpisah sekejap..Sedih rasanya kena tinggal..tp lepas sy baca buku ATN tu,kurang sikit sedih ni..boleh bertindak rasional smula.hehe..biasalah tuh..
Sy cadangkan sambung lg ATN tu..amat berkesan utk org2 muda zmn skrg.
Sentuh sikit mengenai poligami ni..sy seorg yg menyokong poligami..tapi dgn bersyaratlah..pendapat sy ni berubah disebabkan faktor sosiologi yg berlaku skrg.tu pun lepas sy ikuti kelas intro to sociology masa kat uia dulu.haha..nak jd best lg cerita ni, awak sem sy kat main camp dulu sy telah dilamar menjadi isteri kedua oleh lecturer sociology sy..hehe..
apa beza melamar seseorang ni kotak mesej shoutbox dgn melamar seseorg di tepi jalan??? hmmm…
kesimpulannya,mudah dan terang..
apapun sekali yg berlaku, berpunca drpd HATI. Tak semestinya setelah kita berkahwin pasangan kita adalah milik kita sepenuhnya dan seabadinya..
Persoalan akhlaq juga berpunca dr HATI. Ada org yg tinggi pelajarannya baik sahsiahnya,ada juga sebaliknya.Begitu juga ada yg tidak berpelajaran tetapi mempunyai sahsiah diri yg amat baik, ada juga sebaliknya..
Hati kita juga bukan milik kita. Apatah lagi pasangan kita. Dan berserahlah kepada DIA YANG MEMEGANG KUNCI DI SETIAP HATI MANUSIA..
……………………………………………………………….
p/s : mudah2an dapat berjumpa ustaz dan kak muna + anak2 di KL nanti…sebab Kamal (suami) ada ckp nak jumpa ustaz.. =)
sori lum baca lg buku ustd..baru tgk tajuk je..nnti sy baca..tahniah
“dalam bab berpoligami, lebih baik untuk seorang lelaki membahaskan tentang keburukan yang jarang diperkatakan sesama lelaki, berbanding terus menerus bercerita tentang fadhilat dan kelebihannya.
biarlah lelaki menekuni keburukan berpoligami, dan perempuan mempertimbangkan kebaikan berpoligami”…adakah kenyataan ini dirujuk kpd padangan mana2 ulama @ ustd nye pandangan??????
ulama telah membentangkan huraian-huraian tentang maksud nas yang bercakap tentang poligami.
tetapi buruk baik poligami terhadap satu individu berbanding satu individu yang lain pula, memerlukan mereka sendiri untuk menggunakan akal fikiran masing-masing bagi mempertimbangkan kemampuan, emosi ahli keluarga (suami, isteri dan anak-anak) dan hal-hal yang seumpama dengannya.
sebab itu dalam hal seperti ini, ulama selalu menyebut di dalam kitab-kitab munakahat “dalam hal ini, bagi setiap lelaki itu mazhabnya sendiri!” maksud mazhab sendiri pun bukan mazhab fikah seperti syafie atau hanbali dan lain-lain. tetapi ia bermaksud, kondisi setiap seorang harus dinilai secara individu kerana seorang dengan seorang yang lain, berbeza keadaan, peluang dan halangan mereka.
melihat kawan yang belum kahwin diumur 40an,
—–saya tidak menggemari mereka yang tidak begitu berkenan dengan poligami—-
kita tidak duduk di tempat mereka.. anak dara tua dan
janda beranak lima yang memerlukan perlindungan…
derita dan sepi mereka bolehkah anda membayanginya?
Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
saya isteri kedua..
dikahwini setelah janda anak dua
umur 40an jua
tidak seksi, menggoda, hanya redha..
suami menganggap poligami amanah dan ketentuanNYA
menganggap ia tanggungjawab dan sedang diuji olehNYA
madu saya
seperti perempuan lain.. kurang redha..
tapi akhlaknya sungguh mulia, saya tidak pernah dicerca..
walau anak2 dan suami kami adakala menjadi mangsa rajuknya
bagi saya, madu saya antara wanita paling mulia didunia akhir zaman ini
dihati saya, malah dihati suami kami, dan saya..
sentiasa mendoakan dia masuk syurga bersama suami
walau dia adakalanya seperti menyakiti… saya ehsan, belas
dan KAGUM,, dengan keupayaan dia menjaga tingkah, ibadah dan
bahasanya terhadap suami..
(saya dan dia tidak pernah bertegur sapa..
saya SEGAN mengganggunya, dan perasaaan dia terhadap saya pula
tidak dapat saya baca dan telah..)
… berapa banyak alim ulama adalah anak2 hasil poligami?
….ustaz lebih mengetahui.. sebab ustaz pakar sejarah.. dapat A kan..
wassalam.. dan maaf meleret2..
saya tidak pasti apakah puan sebenarnya sedang memuji atau menyindir madu puan?
dan jika puan menyindirnya, saya faham kerana puan tidak suka dengan orang yang tidak menggemari poligami… iatu saya dan isteri pertama suami puan
Yang berpoligami sudah
Yang menyokong sudah
Yang menggalakkan sudah
Yang anti sudah
Yang tak restu sudah
Yang ke dua sudah
Mana dia yang pertama??
Saya teringat cerita dari seberang di TV9, Isteri Buat Suamiku.
Bagaimana seorang isteri meminta suaminya menikahi seorang wanita kerana beliau tidak mampu melahirkan zuriat. Siap tolong pinangkan wanita itu dan hiaskan bilik pengantin. Tapi, beliau masih menangis di malam pertama suami dgn madunya. Cuba fikirkan kenapa?
Malangnya suami beliau hanya menyerahkan fizikalnya sahaja utk isteri ke dua, cinta dan perasaan mutlak utk isteri pertama. Isteri ke dua terseksa kerana segalanya ada tanpa cinta. Tak ke naya jadinya? Baik aje tunggu dan kahwin dgn org lain yg tentu dpt mencintainya sepenuh hati. End up semua orang tak bahagia dan miserable termasuklah isteri pertama.
Pendek kata,
mmg kita blh bagi seribu jenis reason utk berpoligami atau mencadangkan poligami.. tetapi cuba kita fikir sejenak, adakah ianya benar2 perlu dan kita mampu??
Siti Aisyah pun cemburukan Siti Khadijah walaupun beliau dah lama tiada sebelum Siti Aisyah bersama Rasulullah. Meaning, mustahil dan tak logik seorang isteri tidak ada sedikit cemburu bila suaminya bersama wanita lain.
Bagi yg sudah dimadukan, jalanilah hidup puan2 dgn sejuta kesabaran. Jgn sesekali menganiaya satu sama lain. Bagi yang mengoffer utk dimadukan, cuba fikir dalam2 sikit apa kesan jangka masa panjangnya.
Kalau anda seorang andalusia, janda atau balu, tak pernahkan anda terfikir bahawasanya anda juga layak menjadi yg pertama dan bukannya yg kedua, ketiga atau keempat. (Tapi kalau itu sahaja option yg ada setelah berusaha tanpa memilih yg ada segalanya, nak buat camana, Alhamdulillah utk semua..).
Bagi yg muda, single dan dh pasang niat utk berpoligami sama ada sebagai isteri pertama atau seterusnya… hmm saya tak tahu nak cakap. Masih lagi musykil..
Kalau offer utk jadi isteri kedua tu faham lah jugak, maybe isunya sebab kurang lelaki yg berkualiti.
Niat utk allow suami berpoligami sebelum berkahwin tu yg memeningkan saya.. reflek balik kisah sinetron di atas (tak semua lelaki blh menduakan cinta) dan kisah Siti Aisyah. Jgn berfantasi dan cuba berfikir dgn lbh realistik. Katakanlah anda diuji mendapat anak yg terencat akal atau ada sakit kronik asyik keluar masuk hospital (naudzubillah), anda nk ke offer kt suami menikah satu lagi bcoz kesian suami asyik berulang ke hospital? Anda tak kesian kt diri sendiri?
Kalau bagi alasan ‘agama’ sebab perempuan ramai dan katanya mencecah nisbah 50:1, silap haribulan yg nisbah 1 (lelaki) tu yg ramai tak kahwin berbanding yg nisbah 50 (perempuan) tu, disebabkan faktor kurang kualiti tadi.
Sekali lagi, saya tulis komen ni bukan nak lukakan hati sesape atau meng’haram’kan apa yg halal. Seperti abu saif dan ustaz Cahyadi, kami mahukan semua bermuhasabah, reflek realiti dan berfikir secara realistik dan bukan bermimpi serta jangan salah gunakan poligami seperti talak disalah erti. Selama ini ramai yg dah buat diskusi dan seminar menggalakkan ramai utk memahami dan menerima poligami, apa salahnya kami berkempen “Berbahagialah dengan SATU Isteri”.
Wallahu a’lam.
salam..
sindiran? saya masih berharap ustaz menyelami keikhlasan
disebalik sanjungan saya terhadap madu saya.. (dia tidak mengetahui ini..) ia antara saya dan ALLAH dan saudara/i pembaca
setiap kita mengharungi hidup berbeza.. ujian berbeza,
dan apa yang kita pegang dan yakini kini mungkin berubah..
mengikut arus masa dan keadaan..
terutama pada perkara dianggap ranting..
terimalah perbezaan pandangan.. saya terima pandangan dan
kecenderungan ustaz dan isteri.. (tetapi jika suatu masa
ustaz diuji.. terimalah jua dan tangani ia mengikut Kitabullah)
jika tidak.. tidak mungkin Zubair RH dan Thalhah RH bersama2
Ummul Mukminin memerangi Ali RH.. walau telah dipesan Rasululullah SAW mengenai salakan anjing….
(dihujung komen saya yang lepas mengenai Ustaz dapat A sejarah Islam tu.. adalah JOLOKAN bukan SINDIRAN…)
wallahualam… yang benar daripada ALLAH SWT, dan yang mengelirukan adalah dari kelemahan saya.. maaf zahir bathin.
Saya puji tulisan ustaz dan kehebatan olahan ustaz.
Tapi saya ikhlas ingin tegur ust satu perkara, dalam banyak2 tulisan us, ust kelihatan terlalu confident dgn diri sendiri dan sememang hujah us mampu tarik yakin ramai pembaca. Tak dinafikan jugak hujjahnya menarik dan enak dibaca.
Malangnya di satu sudut yg lain, ia terlepas pandang bahagian lain sehingga mencemuh secara tak sengaja orang yg berpandangan lain dari ust atau yang bertindak lain dari pendirian ust.
sbg contoh dlm artikel ini, secara tak langsung ia nampak macam mengutuk lelaki yang berpoligami dan wanita yang telah bermadu. saya rasa, mereka yg terlibat mesti malu-malu dan merah muka baca artikel ust ni. seolah-olah mrk telah buat kesalahan dan aib.
Saya pasti ust ada jawapan yang menebas pandangan saya dengan mudah berbekalkan kepintaran IQ dan logik ust, tapi yang penting saya ingin sampaikan mesej ini kpd ust. terpulang kpd ustz samada nak backing atau tidak. tapi itulah yg saya dapati dari banyak artikel ust.
Mungkin ust akan demand saya bawakan contoh dan bukti ayat mana yang membawa maksud itu. tapi rasanya tak perlu kerana saya pun tak larat nak mencari semula.
macih..
apabila seseorang menulis dalam keadaan teragak-agak, nanti dikatakan memandai-mandai. tetapi apabila seseorang menulis dengan tegas dan jelas, dikatakan pula menunjuk pandai. apa sebenarnya yang patut dibuat?
saya berlapang dada untuk berbincang jika yang diutarakan adalah hujah mengadap hujah. tetapi kalau diri saya, peribadi saya, isi hati saya, IQ saya dan bahasa saya yang dijadikan bahan pertikaian, apa yang mampu saya katakan?
di dalam artikel ini, bacalah tanpa prejudis, bahawa saya TIDAK menentang poligami. tetapi saya menjelaskan bahawa ia bukan option untuk saya, kerana saya sependapat dengan Cahyadi Takariawan yang menulis buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI. Bagi yang bahagia dan penuh manfaat pada pilihannya untuk berpoligami dan dipoligamikan maka ALHAMDULILLAH…. terserlahlah hikmah Allah SWT mengharuskan poligami. Tetapi bagi yang memilih poligami tanpa pertimbangan yang betul, apakah jalannya untuk hal ini diperbaiki?
Saya mencadangkan, bersihkan fikiran masing-masing dari prasangka dan perbuatan suka menilai apa yang selayaknya dinilai oleh ALLAH semata. Jangan kritik niat orang, jangan pertikai motif orang, sebab kita manusia yang tidak tahu perkara yang ghaib. Tapi kalau nak kritik manusia, kritiklah hujahnya, jawablah soalannya…
atau sampai bila-bila pun, orang Islam, pejuang Islam, website Islam dan jemaah Islam bangkrap sampai bila-bila!
ke… ni pun dianggap saya sedang bermain IQ dan berputar bahasa?
Salam buat tuan rumah, Ustaz dan tulang belakangnya Ummi Saif dan keluarga dan semua .
Yang berat berat semua dah dicerite kat atas:-) Ustaz dan Ummi saif punya pandangan pun dah clear dan realistic. Setuju.Nanti boleh beli buku sebab dah banyak sangat dengar tentangnya, insyaallah.
Saya sekadar berkongsi apa yang saya lalui sebagai isteri kepada suami yang lahir dari poligami.
Erk.Mula mula memang uncomfortable sebab ibu ayah kita gaduh gaduh pun masih satu ibu dan satu ayah. Alhamdulillah. Ayah pun dah lama meninggal dunia dan bermakna insyaallah mudah-mudahan ibu dan ayah saya dipertemukan di akhirat kelak.Amin. Makna kata memang dia takkan mempoligamikan ibu saya:-) Ha. bagi saya yang idealistic, super sensitive ini.. itu lah doa saya juga buat rumahtangga sendiri, sahabat, teman dan semua yang saya kasihi, saudara seislam. Moga Allah beri yang terbaik dunia akhirat buat semua.
Perkahwinan dengan satu keluarga yang lain bentuk topographynya dari kita adalah satu iktibar dan pengajaran buat saya. Ia membuka pengalaman dan pandangan baru. Dan memahami cantiknya Islam dan syariatnya, larangan dan kemudahannya. Kalau kena pada tempatnya.
Memang suami saya dibesarkan dan dimanjakan oleh Allahyarhamah ibunya tapi memang Allahyarhamah ibu tirinya adalah isteri pertama yang banyak sabarnya dan baik budinya kepada anak anak tirinya. Semoga dosa dosa mereka diampun dan roh mereka semua dirahmati Allah S.WT. Dan dihimpunkan kelak di dalam rahmat Allah.
Adik beradik mereka ramai dan saling bantu membantu. Hormat menghormati walau kadangkala ada tidak puas hati, masih boleh bermesyuarah dan bergaul mesra.
Dari cerita mereka adik beradik, boleh saya simpulkan, ilmu, keadilan dan ketegasan Allahyarham Ayah mertua saya yang menjadi pengikat mereka adik beradik.
Boleh jadi ada orang kalau berpoligami bagus tapi kenalah di isi dengan ilmu, keadilan dan ketegasan dan utamanya ugama. Bukan calang orang yang boleh poligami. Ujiannya hebat.
Kalau tanpanya, memang akan mengkucar kacirkan sosial stability. Akan ada isteri dan anak anak yang akan terluka pendidikan dan emosinya. Luka berdarah yang tak nampak di mata kasar tapi terjelma dalam tindakan sosialnya.
Oleh itu. buat ibu dan isteri juga anak anak yang terlibat dalam poligami, kena selalu solat malam untuk dapat redho dan sejukkan hati , juga membina kemaafan yang banyak untuk diri sendiri dan semua yang disayangi. Buat isteri yang macam saya dan dan anak anak yang masih bahagia dengan keluarga yang teguh, kena bangun solat malam sujud syukur kerana kita masih diberi kelebihan kasih sayang dan kesetiaan yang ramai telah tiada di masa ini.
Kita semua kan nak balik ke kubur yang sempit itu tapi harap harapnya moga Allah bagi sempait di mata kasar tapi rupanya terang benderang dan besar istana kat bawah nun. Amin.
Untuk Ustaz dan Ummu Saif, semoga kalian teguh dan terus berbakti dan berdakwah di jalan Allah dengan segala kelebihan dan kekuatan yang Allah anugerahkan.
Semua peristiwa yang hadir dalam hidup kita bukanlah kebetulan melainkan ada ilmu dan pengajaran yang Allah izinkan untuk menguji dan meneguhkan kalian dalam menyebarkan syiarNya.
Saya yang serba serbi kurang- dan dalam musafir mengenal Tuhannya dan mengamalkan Ad deen yang saya cintai.
Pokoknya kita semua lahir ada tujuan. Untuk kembali kepada yang Mencipta. Akan ada soal jawab. Apa kita dah buat untuk jalan Allah yang boleh Allah rahmatkan dengan syurga yang tak terjangkau akal fikiran kita. Boleh jawab?
hu2…menakutkan bila pk kawen..
as sis/bro ‘Dr hati’ tls:
“Buat adik-adik yang belum berkahwin/akan berkahwin, berdoalah kepada Allah dengan doa yang khusus utk calon suami yang bagaimana yg dikehendaki, dengan doa yg bersungguh-sungguh, insyaAllah Allah permudahkan…”
ade ke yg mcm kite nak? tandus. orang yang sebaik bapa/ abg/ adik L sndr. blm kawen dgr mcm2 psl putus tunang, psl rumahtangga bergolak, suami cari lain, P lain goda suami, keserasian bersama, etc2 yang menakutkan…
yang ‘bertanya’ 2 ramai, tp ana terlalu takut untuk menerima L..bkn memilih, tp berhati2.cz dah terkene=(
namun ana tetap yakin+ terus berdoa…
umpama kata ustaz pahrol, jadi solehah utk dapat yg soleh..(&vice versa)
Assalamualaikum,
Sesungguh rasulullah saw adalah manusia yang paling takut pada Allah dan Allah sunnahkan kepadanya poligami.
Poligami rasulullah ikutan dan contoh pada umat terkini yang meletakkan Allah dan rasulullah sebagai kekasih utama dalam kehidupan.
Contoh praktikal iaitu rasulullah dah ada didepan mata.
Masalah akan timbul apabila merasakan semua itu hak kita..baik si suami atau si isteri dan menyayangi suami atau isteri melebihi Allah dan rasul.
Manalah tahu di satu ketika apabila sang suami dah meninggal dunia, jandanya dipinang oleh seorang soleh yang nak membantu….kan cantik sunnah rasul dan ketentuan Allah.
Sesungguhnya yang baik hanya dari Allah dan rasul yang tersilap terkurang dari diri kita semua.
Wallah hu alam.
wassalam.
“Perjuangan harian untuk bersama rabb dan rasulku”
Rasulullah SAW sendiri semasa bernikah dengan Khadijah, tidak berpoligami. Sudikah mengkaji sebab musabbabnya?
Jika saya meninggal dunia, Ummu Saif nak berkahwin lain, apakah optionnya beliau kena jadi isteri kedua? Dah tak layakkah jadi isteri pertama? Dan itu keputusan Ummu Saif sebagai yang masih hidup. Adakah anda membayangkan saya akan bangun dari kubur dan menghantui kehidupan orang yang masih hidup?
Berpoligami adalah penyelesaian untuk keperluan-keperluan tertentu. Apabila ada keperluan yang well justified… silakan.
Takkanlah seorang ustaz berkelulusan syariah mahu menafikan syariat Allah??
Perjuangan harian untuk bersama rabb, rasulku dan umat seluruhnya
salam,
bila saya baca artikel ni, saya nampak ustaz macam lebih mengetengahkan bab akhlak dan pendirian. tapi bila baca komen semua menjurus kepada poligami jeh. saya salah baca ke?
Salam peduli dan salam sejahtera semua…
Wah, mantap juga tajuk ini..kira agak panas la…
Apapun saya berpendirian sama dengan Ustaz Hasrizal dan Ummu Saif…
Cukuplah berbahagia dengan seorang isteri…
Kepada adik-adik yang berpendapat lelaki muda tidak ada yang baik dah, u all kawin la dgn duda yang baik dan Islamis dan ada anak 2-10, ramai lagi puak2 sejenis macam ni…
Kepada lelaki yang nak berpoligami tu, cari la janda anak 10, umur 40 ke atas, baru poligami yang sebenar….
Kepada Isteri yang bermurah hati hendak bagi suami berpoligami, saya yakin tak de lah, kalu ada pun, fikir2la…suami awak tu mampu ke zahir batin, kalau setakat jogging sejauh 1 KM pun dah penat, tak yah lah…
Apapun, idea berbahagia dengan 1 isteri memang menarik! Saya bukan menentang poligami, kat atas tu saya dah bagi tips poligami macho!
Bukan tak boleh Pak Cha ya! …. pastikan syarat-syarat dahulu.
ntah la bla ank da rmai camni kta perlu sgt bntuan suami kita… ank kecik2 camni… suami pun takde masa sgt.. keje mndesak… jamaah lagi.. tak dpt bygkn kalo dia khwin lagi.. mungkin jugak taqarubiLLah saya tak cukup…tapi Allahu Akbar.. seusia ini minta dijauhkn
salam..
congrate!nice story n opinion about poligamy!
sy antara slh sorg yg x blh trima poligami yg seandainya berlaku pd diri sy.bkn niat sy utk menentang perkara yang halal itu,tp mksd sy di sini,diri saya x sekuat & setabah org yg blh trima poligami..di sini,sy ingin b’tnya pendapat ustaz bagaimana utk mmberi hujah yg kuat kepada lelaki yg ingin berpoligami dgn alasan & sebab nk bantu perempuan yg x kawen & sebab nk ramaikan zuriat dr pelbagai keturunan?
Harap sgt jwpn bg soalan sy ni…:(
I share the same feeling with thou, that One is already Too Many. O man, capitalise your time to understand & propagate Islam to mankind.
Salam,
salam buat abu + ummu saif, moga dirahmati Allah hendaknya..
sy telah ‘berjumpa’ dgn buku ulama tersebut 4 thn yg lalu, namun ‘terlupa’ utk memilikinya kerana masalah kewangan utk mendptkannya..
namun, terima kasih ustaz ‘mengingatkan’ semula buku tersebut!
salam..
terlambat bagi respon, ramai pula yang berminat bagi comment tentang tajuk ini..cuma satu je yang abu dzahin nak kongsi ngan abu saif..”bahabba zaujati hubban junuuni”..”khalli wahdah”
salam..
Ustaz pernah menulis dalam satu artikel mengenai Al Ghazali..(intipatinya. .- jangan taksub atau membenci seseorang hingga buta terhadap kebenaran-.. ) dan saya tidak akan memuji Ustaz kecuali saya kagum bahawa ALLAH SWT. yang telah mengurniakan kebijaksanaan kepada Ustaz…
untuk mengupas, menangani isu, memahami selok belok Islam dalam
keadaan global, sejarah dan susur galurnya
.. malah membuka website ini yang sebenarnya..
MasyaALLAH.. membantu sudah berapa banyak pembaca..
Wahai Ustaz yang kukasihi kerana ALLAH..
DIA sedang mengujimu.. dia memberimu tanggungjawab..
(dan saya tahu Ustaz menyedari.. cuma mungkin perlu sentiasa diingati..)
kita manusia cenderung kepada “memiliki”
tanpa menyelami hakikat semuanya adalah pinjam-pinjaman…
mendapat anak sempurna, cerdik pula..
bagaimana memahami ia pinjaman ALLAH SWT?
bukalah fikiran melihat ibubapa yang diuji dengan anak cacat dan bebal..
lahir dengan wajah cantik sempurna dan bijak..
itu jua pinjamanNYA.. bila2 DIA boleh ambil dengan kemalangan
dan kesakitan..
ramai antara kita lahir dalam keluarga senang.. kalau susahpun
tak sampai masuk BERSAMAMU..
itu jua nikmat dan pinjamanNYA..
begitu jua yang berkahwin bahagia dan suami setia..
perlu diingat dan fahami hakikat bahawasanya..
suami dan anak2 jua PINJAMANNYA..
bila2 ALLAH boleh ambil semula dalam bentuk kasih terbahagi,
anak melupakan dan melebihkan ISTERI/SUAMI..
alangkah sukarnya menjadi Muslim yang mendapat NIKMAT lalu TIDAK MENYEDARINYA.. dan mensyukurinya..
itu antara contohnya..
Saya jua begitu..
tidak menyedari begitu banyak nikmat yang diberiNYA..
sehinggalah ALLAH swt.. menggantikan suami yang zalim dengan
suami yang memimpin dan menghulurkan tangannya
membawa saya dijalan ALLAH..secara praktikal.. secara luhur
.. baru ku sedari betapa semua ini pinjam-pinjaman..
…sebab itu saya redha se redhanya pada madu saya..
…kerana WALAU dia kurang berkenan dengan poligami..
dia tunduk dan patuh pada syariat ALLAH..
ADAKALANYA SAYA CEMBURU ANTARA SAYA DAN MADU SIAPAKAH
YAN LEBIH ALLAH LIHAT DENGAN EHSAN, SAYANG DAN REDHA..
SIAPAKAH YANG DIPANDANG ALLAH DENGAN PANDANGAN KASIHNYA..
itulah puncak cemburu saya.. dan antara kami siapakah yang paling banyak ibadah dan penyerahanNYA pada ALLAH.. (ini jua atas bimbingan suami..)
wallahualam..
Memiliki, bukanlah sifat layak seorang hamba. Merasakan segalanya milik diri, adalah mazmumah yang mengundang binasa. Namun jiwa berkongsi tidak semestinya dengan berkongsi suami. Kerana perjuangan terlebih awal menanti.
Kerana jiwa yang sedar bahawa suaminya adalah milik Allah, maka dipasrahkan diri melepaskan diri ini berkelana di jalan-Nya. Dia dan cahaya mata, sering terbiar sepi di rumahtangga, kerana suaminya berkongsi diri dengan ummah yang menghambat saban hari. Tidak pernah jiwanya menyesali, mengahwiniku lelaki yang memadukan dirinya dengan perjuangan ini…
Setelah dilepaskan diri ini berjuang malam dan siang, apakah masih kau ragukan jiwanya yang sungguh memberi? Sabarlah isteriku, sesungguhnnya kebanyakan manusia, amat payah untuk memahami…
Bahagialah aku, dengan dirimu sebagai isteri. Yang satu yang istimewa, lagi tersendiri dan tinggi peribadi…
Bermadu dengan perjuangan suami, nyata pengorbanannya lebih tinggi!
kurapatkan tangan memohon maaf andai komen saya tersalah anggap..
“Setelah dilepaskan diri ini berjuang malam dan siang, apakah masih kau ragukan jiwanya yang sungguh memberi? Sabarlah isteriku, sesungguhnnya kebanyakan manusia, amat payah untuk memahami…”
tentang memiliki, ianya tidak ditujukan kepada ummusaif..
dipohon sangat agar Ustaz tidak menganggap komen saya secara peribadi terhadap Ustaz suami isteri..
ianya umum, kerana pengunjung blog ini pelbagai latarbelakangnya..
kalau terasa dihati, ampunkan dan maafkan saya…
– semuga ALLAH menerima amal kami dan amal kamu===
ikhlas…
Jangan bimbang ummu_allia, ustaz sekadar memberi motivasi kepada isteri2 para dai. Mesej ustaz ustaz ini kena pada masanya untuk diri akak.
Jazakallah khairan kathira ustaz.
Saya juga memohon maaf seandainya ulasan saya melampaui keperluan. Komen saya juga bukanlah untuk menerangkan perihal saya dan ummu saif semata-mata, tetapi mewakili pasangan-pasangan yang lain, bahawa apabila ada wanita yang berat hatinya melepaskan pasangan untuk bernikah kedua, janganlah dianggap terus bahawa wanita itu terlalu kuat rasa memiliki. Isteri kedua muncul mungkin selepas segala susah payah dan pengorbanan isteri pertama tatkala mereka itu bertatih membina rumahtangga mereka, sebelum hadirnya kita. Menzahirkan sifat memberi, ada banyak jalan dan saluran dan saya paling menghargai isteri yang ‘memberi’ suaminya kepada perjuangan, yang tidak lokek menyimpan suaminya di rumah ketika ummah kedahagaan, kerana itu yang paling menjadi keperluan umat, dan cabaran kebanyakan pendakwah.
Jika di celah-celah itu datang sabab musabbab berkaitan poligami, maka datanglah syara’ memberikan peruntukan. Kita mencari hukum dengan fatwa, kita amalkan hukum dengan Taqwa. Hukum membenarkan, kebijaksanaan kita pulalah yang perlu dalam melaksana dan mengamalkannya.
Namun saya bersyukur kerana perkahwinan ummu_allia dengan suami yang kini, telah mengundang banyak kesejahteraan selepas ummu_allia menempuh pengalaman ‘hitam’ di dalam perkahwinan yang sebelum ini. Moga-moga setiap poligami yang berlaku, biarlah berdasarkan keperluan-keperluan yang nyata seperti kes ummu_allia.
Akan tetapi, izinkan saya memberi pandangan, bahawa janganlah ummu_allia terus tertanya-tanya manakah yang lebih bertaqwa dan dipandang Allah antara puan dan madu puan, kerana biar pun pertanyaan itu disandarkan kepada Allah, ia tetap suatu perbandingan. Dan selagi puan terus membuat perbandingan, selagi itulah puan menzahirkan ‘rasa tidak kena’ dengan apa yang ada.
Jika madu puan tidak gemar dengan tindakan suaminya mengahwini puan, janganlah berusaha untuk diselesaikan ‘masalah’ itu. Benarkanlah untuk dia berperasaan begitu. Cuma jangan ditambah masalah yang sedia ada dan Insya Allah MASA akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Segan nak sebut, tetapi lihatlah rumahtangga belated Dato Megat Junid bersama Ziela Jalil serta isteri pertama Dato’. Benarkan masa menawarkan penyelesaian.
Jangan dilihat cacat pada wanita yang terhadap poligami hatinya berat, dan jangan dilihat cacat juga pada wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga dan seterusnya. Saya ulangi kata-kata popular ulama dalam membahaskan hal ini, bahawa setiap pelaku, baginya mazhabnya sendiri… iaitu kita teliti setiap kes secara eksklusif satu persatu. Tiada generalization. Ameen.
Mohon maaf atas tidak teraturnya bahasa dan butir bicara.
Salam.
Ummu_allia, harap dapat hubungi ummusalamah@ymail.com
syukran.
wassalam.
salam..
terima kasih ustaz..
semoga terus istiqamah dalam menyediakan artikel yang menyumbangkan kepada kebaikan ummah..
Salam ustaz..
Terima kasih atas tulisan ini bukan kerana ianya berkaitan dengan poligami namun kerana ianya sangat selari dengan sirah SalafSoleh dan sangat sama pandangan peribadi yang ana dapat belajar dari sebuah buku yang lebih kurang sama dengan buku Pak Cah yang ustaz sebut di atas. Pendapat yang ana pegang in tidak popular dan telah ana bincang jarang-jarang dengan sahabat terdekat bila kedapatan keperluan sahaja.Tidak sangka tumpahan tulisan ustaz bagai menjadi biasan kepada konklusi ana tentang poligami selama ini. Malah idea yang sama dengan ustaz hampir ana tumpahkan kepada tulisan dan bukan kerana ana seorang perempuan namun hanya sekadar tumpahan idea secara objektif berdasarkan mafhum dari perjalanan sirah Salafsoleh.
Buku yang ana maksudkan itu ana lupa tajuknya, namun salah seorang sahabat yang mengenalkannya dan menyatakan hasil konklusi buku itu ada dua menurut pendapat beliau:-
1) Menurut sirah salaf soleh menurut apa yang ana bincang dan baca buku ( yg ana terlupa tajuknya ) isu poligami bukanlah isu besar dan meriah yang sering para Sahabat bincangkan seperti zaman sekarang. Dan Nabi saw tidak menjadikan isu poligami sebagai isu perbincangan utama atau klise atau menjadi bualan harian dikalangan sahabat. Walau ianya harus, namun para sahabat sibuk dengan jihad, ilmu dan dakwah. Isu poligami bukan santapan mereka namun tidak sama sekali menafikan lansung hukum thabit tentang poligami.
2) Islam mengharuskan poligami dan bukan menggalakkannya.
3) Islam datang dengan menghadkan bilangan wanita yang boleh dikahwini berbanding tamadun sebelum Rasulullah saw; syariat para anbiya’ yang lain yang mana mereka berkahwin lebih banyak dari 4.i.e Nabi Sulaiman r.a dll. Datangnya Nabi saw; risalah terakhir bukan menambahkannya tetapi menghadkan. Ia dapat dihadami dari mafhum ayat Alquran sendiri.
4) Keharusan berpoligami perlu sebagai alternatif atau jalan keluar kepada memlihara hak dan maruah wanita terutamanya dalam dua keadaaan yang dikhuatiri menzalimi wanita seandainya tiada keharusan berpoligami dalam Islam. Keadaan yang mana ianya adalah keharusan yang maksima dan yang benar-benar selari dengan keharusan asal berpoligami.
a) Apabila isteri sakit dan tidak berkemampuan melayani suami. Tentunya dengan menceraikan isteri tanpa mempunyai jalan keluar akan memberi penderitaan secara definite. Jesteru, Islam memberi jalan dalam masa yang sama masih meraikan isteri pertama.
b) Apabila isteri tidak berkemampuan untuk melahirkan zuriat.
Dalam dua keadaan di atas, Islam memberi options syarie; menceraikan, berkahwin dua atau tidak berkahwin.
Keadaan sekarang dan an end note:-
- Keharusan berpoligami bukan sekadar nafsu dan apa sahaja perhubungan yang diakhiri dengan poligami dengan alasan ditakuti menghampiri zina sudah salah sebenarnya apabila si fulan dan si fulanah memulakan hubungan mereka dengan cinta terlarang kemudian ingin mengakhirinya dengan perkara harus. Ya ia ianya; harus namun keharusan yang harus itu perlu bermula dengan yang halal juga. Bukan keharusan itu diambil sewenang-wenang dengan memulakan muqaddimah yang haram iaitu memulakan cinta terlarang i.e affair. Namun keharusan yang ada tidak boleh dijadikan alasan untuk memulakan perhubungan dengan alasan; Islam membenarkan kahwin lain dan memasuki mukaddimah zina kemudian mengatakan; wajib berkahwin disebabkan sudah menghampiri zina! Sikap Muslim apakah ini, apabila hukum harus dimulai dengan yang haram? Mengambil jalan pintas memulakan yang haram dengan mengambil jalan licik dengan alasan perkara harus akan mengakhirinya?
The key word is: Keutamaan dan fokus kepada keutamaan.
Allahu’alam.
Terlupa ana ingin menambah di akhir komen ana sebentar tadi. Poligami itu harus, namun perhubungan cinta di antara lelaki yang sudah bergelar suami dengan wanita lain tidak pernah menjadi halal! Sedikit tambahan juga, kita memaklumi kita tidak memiliki satu apa pun dalam dunia ini. Isunya bukan kerana memiliki namun bagaimana menjalani keharusan dengan sunnah dan adab yang datang dari AlQuran dan Sunnah. Poligami yang di ajar Nabi saw kepada siapa sasarannya? Bagaimana duduk aturnya? Menolong janda, dimulai dengan orang tengah dan peminangan yang syarie dan sebagainya.
Itu yang wajar kita teladani bukan sekadar literally atau tekstual kepada harusnya berkahwin lebih dari satu. Membuat penilaian berdasarkan nafsu yang muthmainnah dan bukan nafsu su’u inshAllah berada dalam sejahteralah kita.
Allahua’lam.
Assalammualaikum
Buat Saudara Abu Saif, tahniah kerana bagi saya, saudara berjaya menyampaikan mesej-mesej berguna dalam “Aku terima nikahnya”…amat terkesan kepada diri saya. Terima kasih buat sahabat saya, Ainunnisa yang memperkenalkan karya ini kepada saya. Semoga pada masa mendatang karya-karya seumpama ini dapat membentuk masyarakat kita menjadi suatu masyarakat yang teguh berpegang pada tali Islam dan membudayakan akhlak Islam itu sendiri. Moga karya seumpama ini akan terus dihasilkan dan dapat menggantikan bahan-bahan bacaan picisan yang entah apa-apa hala tujunya. InshaAllah…moga Allah mempermudahkan jalan perjuanganmu…
salam semua,
alangkah baiknya jika x hubby saya membaca tulisan abi saif khasnya,dan tulisan2 ilmiah lainnya. namun, terfikir juga saya, apa gunanya dibaca jika “mazhab” yg menjati diri adalah berlainan sama sekali.
sukar utk berbicara/berbincang dgn telus. betul juga kata satu pendpt (maaf tak catat nama), isteri pertama asal ada, isteri kedua perlu perfect. tetapi x hubby lupa, dlm hal ini takdir Allah penentu segala.
setelah berkali-kali dan bertahun2 (berpuluh2 tahun) terkena, akhirnya saya mohon berundur.
takut dan resah usah ditanya kerana bimbang mengundang kemurkaan Allah, tapi demi Tuhan, saya sungguh tidak terdaya, jika khalifah sudah tidak bertindak sebagai khalifah, saya sendiri terpaksa menjadi khalifah diri dan anak2. dan hairan, x hubby masih sendiri. sejujurnya, saya (dan anak2) rasa lebih lega dan bahagia dgn hidup kami sekrg, walaupun byk dugaannya.
abu saif, kaum adam terbahagi kpd 2 kelompok besar, kelompok pertama yg memadai dgn yg satu dan satu kelompok lg sentiasa mencari jalan utk mencari yg lain (walaupun normalnya semua lelaki tertarik kpd wanita (selain isteri sendiri)). golongan pertama akan berusaha berpuas hati dgn yg sudah ada manakala golongan kedua akan berusaha menambah lagi satu. golongan pertama spt abi saif akan menolak walaupun jika benar ada gadis comel mengoferkan diri dan dirinya mampu. dan kelompok kedua walaupun tak mampu akan menggunakan hujah ‘islam menghalalkan poligami’.
jadinya,yg tak mahu berpoligami akan membaca ‘berbahagia dgn yg satu’, yg nak sangat berpoligami akan mencari2 buku ‘manisnya bermadu..’ amacam ustaz..
Salam..
ini antara komen yg saya tunggu2..pengalaman 1st wife. Satu pengalaman yg patut dikongsi bersama, buat panduan/pedoman kita semua.
Terima kasih kerana sudi menulis komen walaupun artikel ni dah berusia
lbh 2 minggu.
-ummu saif
ustaz..suami saya dulu nak kawen lagi sbb katenye saya buat hidupnye derita. die slalu pukul saya sbb katenye saya kurang ajar sbb sy yatim piatu makbapak x ajar, xdegr kate-suke menjawab,pandai lebih sbb ade degree,besar kepala sbb rase besarr dan sgt pandai etc… dan katenyer nak kawen ngan budak tu sbb nak ‘tolon’ die.. tp xjadi atas sbb2 tertentu. tp saya trauma sampai skrg (dah hmpir sataun peristiwa tu). siang mlm saya berdoa, ngaji, smbahyang taubat etc utk mohon disembuhkan jiwa sy yg sgt terluka. tp masih depressed.. masa kejadian tu berlaku:
1.sy mengandung 9bulan anak ketiga.x sehat..bdn lemah..buasir..sakit macam2..anak kwn kiteorg tido umah seminggu utk tolong2.satu mlm saya jumpa laki sy dlm bilik die. suami kate die ngigau..xsengaja blablabla.jd nak ambil tanggung jawab kat budak tu dan tak nak budak tu bawak mulut die ajak budak tu kawen. saya tentang-takkan takde cara lain. gado besar2an dah die sms saya ala2 nak berpisah/bercerai-tp x lafaz. die kate kalo x dapat satu dua2 die buang..die kate saya xdapat bahagiakan die.byk restriction dll.hati sy hancur dan bg die kawin seminggu lepas tu. sy dah pinangkan kat parents budak tu antar cincin. bapak die tentang. hubby kate saya cerita yg buruk2 kat mak budak tu sbb tu ditentang. esoknyer hubby tarik balik peminangan-xjadi. die cakap die tanak budaktu n x kontek lansung..sumpah wallah.. 3minggu lepas tu sy find out kat phone bills die dah bergayut siang mlm dan bersms berminggu2 sblm budak tu dtg umah saya. maksudnyer mase die dtg tido umah sy tu die girfrend laki saya. ntah ape yg die buat kat umah sy tanpa sy lihat.. sedehnya saya fikir. sy terTIPU! sy rase sgt pedeh dah perit dgn keadaan tu dan x dapat trima sampai skrg.. cuba jugak pujuk hati.. utk info- budak tu amalkan sex bebas.umo 18 taun.. bofrend keliling pinggang. setiap kali jumpa mesti for sex. biase dgn 1 nite stand.. dan hubby kate ‘die’ baik sbb die ikhlas ceritakan semua pengalaman die nih.. sedeh nyer hati sy.. tak tau camner nak crite sbnarnye.. dan sampai hari nih belum mampu berkongsi dgn satu umatpon dlmm dunia nih.. semua nyer tanggung sendiri.. kadang2 rase sehabiss nyawa nak tanggung beban jiwa yg lara.. tolong la bagi nasehat.. tiap hari saya minta petunjuk dan hidayah dr tuhan.. dan tiap hari jugak jiwa saya mengamuk memberontakk macam org gila.. sy dan pecahkan byk barg dlm umah sbb ngamuk xleh kawan diri dah.. laki saya marah, benci dan pukul+ sepak saya smpai darak kuar lajuuu.. sedeh kenang nasib diri.. tp yakinkan diri yg ada tempat disisNya.. insyaallah..
utk info.. lepas die tarik balik peminangan tu die masih bergayur dan bersms.. maksudnyer die tipu saya la.. hidup2 saya kene tipu.. mase tu sy bertarung nyawa mununggu saat kelahiran anak ketiga kami.. huru haru hidup saya.. siang malam sy menangis… sampai la sekarang..
xxxgirl….
Salam
Terima kasih ustaz atas artikel yang sangat bernas kupasannya. Satu lagi buku yang patut dibaca oleh pasangan/keluarga daie ialah ‘Agar Cinta Menghiasi Rumahtangga Kita’, juga tulisan Pak Cah. Buku ini mengupas isu bagaimana sepatutnya rumahtangga yang kita bina seharusnya sentiasa segar walaupun kita sentiasa sibuk dalam kerja dakwah dan tarbiyyah. Supaya janganlah perkara-perkara yang dulunya (diawal perkahwianan) sangat diambil berat telah bertukar menjadi rutin atau ala kadar sahaja.
Moga Allah mengurniakan kita pasangan/keluarga yang sentiasa membawa kita dekat kepadaNya.
amualaikum…mcmmcm hal lah dikupas mengenai suami vs isteri…..tapi mmg dah jadik lumrahlah…disebabkan lelaki ada option berpoligami..dia ambik mudah..pandang remeh hal rumahtangga..”apa susah tension ngan bini nie..kawin lagi satu” tak berusaha menyelesaikan masaalah rumahtangga yg 1 berhajat nak bina rumah yg ke 2 dan bagi alasan…ikut sunnah nabi…bagi alasan..isteri kena dgr cakap suami..bagi alasan..syurga dibawah tapak kaki suami…
kalau hanya dgn memikirkan kemungkinan suami ada yg lain pun boleh menyesakkan nafas…ini kan pula kalau suami betul2 berpoligamiiiiiiiiiiiiiiiii.
mmg tak berkemampuan utk menerima POLIGAMI.
salam alaik..
hurmm..menarik bab ni..kalu bab camni laju jer..=)..memang ade betulnya pe yg ustaz ckp..memang kalau kita tgk betul2 byk yg ckp kelebihan poligami dprd keburukannya..sbb tu nampak mcm bagus jer poligami ni.. yg jenis nak ‘tambah’ tu kdg2 x berapa perasan yg wpun dgn sorg isteri masih xmampu nak pikul tggjwb sbgai suami tp ade hati nak poligami gak..’konon2 mampu’ r katanya..mybe sbb nmpk kawen ni best dri stu sudut je kot..tu psl r..haishh..erm cume nk taw gak..mcm mane la nk jwb persoalan org zmn skrg yg boley dkatakan ‘jahil’ bertopengkan alim yg mengatakan ‘sy poligami ni sbb ikut sunnah’..kdg2 tu pelik la jugak..dlm byk2 sunnah yang nabi kita tinggalkan, yg ni jugak yg diutamakan..saya x katakan ia salah tapi nampak sgt pemikiran kita ni ke arah satu sudut je..ade ke kalau bab kawin nak ikut Rasulullah tapi bab2 lain pesal x berapa nak ikut jer..musykil laa..seolah-olah menjadikan sunnah poligami sbgai alsn kepada ikutan hawa nafsu(agaknya laa)..kdg2 kesian gak bila tgk perempuan jd mgsa dlm permasalahan ni..sdgkan Islam membela nasib kaum hawa ni..xptut mnde camni berlaku skrg..ptutnya kalau boley(bukan kalau..tp mesti) biarlah jadikan Rasulullah tu qudwah hasanah dalam semua aspek kehidupan ni..baru betul!!psl nak poligami ni..cermin2kanlah diri tu..layakke nak samakan poligami org biasa yg jahil dgn poligami yang Rasulullah anjurkan..hurmm..renung2kan dan slmt beramal..
btw..im boy n sy ni bkn la anti poligami..dan x bekawin lg pon..msih belajar lg dan psl2 kawin ni jauh lg dr prncgn..mgkin akan ade yg kate org yg x pernah kawin xkan tahu mnde2 camni..terpulanglah(nak buat camne kan)..cume nak ambil ksmptn mengutarakan pdpt sbb tgk zmn skrg mnjdkn sunnah poligami alsn nk tmbh..wpun x salah tp bairlah kene pd tempat
maaflaa jika tersilap kata..sbb ilmu di dada ni seciput jer..msih byk perlu ditempuhi utk menggapai rahmatNya..semoga dibukakan jalan olehNya..ameen!
allahu ‘alam
assalamualaikum..
nampaknya isu poligami ini amat hangat sekali diperkatakan…permulaan yang baik bab kata ustaz..belum tentu menjamin kebahgiaan…yang pasti mereka yang mengalaminya situasi tidak bahagia dengan seorang isteri ini adalah berpunca kerana suami merasakan dirinya dalam keadaan releks dan rasanya dirinya mampu untuk bekahwin lebih dari satu..dgn ekonomi yang dirasakan begitu mantap..rasanya-rsanya mampu membuka cawangan satu lagi kerana merasakan ekonomi dah lebih…tidakkah terfikir dgn ekonominya yang mantap itu..rasa-rasanya boleh tak lelaki terfikir untuk mencari pembantu rumah agar ringan kerja-kerja rumah isteri dgn anak-anak…walaupun isteri seorang surirumah…boleh mencari ruang untuk diri sendir kerana ada yang take over kerja-kerja rumah yang seintiasa bertamabh bila bertambahnya jumlah anak…kebanyakn suami kdg2 yang berlabelkan title ustaz..terlepas pandang perkara ini…bagi mereka ini adlah tugas seorang isteri..tanggujawab isteri semata-mata….jaga anak…basuh baju..gosok baju…masak..ini tugas isteri…tak fterfikirkah betapa penatnya si isteri…malam-malam nak melayan suami pun kdg2 kelopak mata tak mampu nak bukak..andai seorang ustaz pun balik dari kuliah magrib..dah habis pukul berapa dah…balik2 anak2 dah tido…akhirnya touch and go jela gan isteri…dah penat…mesin pun perlu rehat….inikan pulak manusia…zaman dah berubah….masing-masing perlu bertolak ansur sebenanrnya..teori bolehlah..praktikalnya belum tentu…bila dah merasakan ‘khidmat’ isteri dah x sempurna dan asyik2 taoch and go….mulalah rasa hidup tak bahagia…mulalah mencari cinta baru…tak sedar dan x cuba berbincang dgn siteri…apa yang tak puas hati…x cukup…dan cari jalan penyelesaian….kan cantik..tapi teori je semua ni…x semualah tapi…org2 yang terkena taulah..sekdar pandangan dari kisah kawan yang terdekat…sekadar bersimpati….tapi inilah realiti….dan bila dpt putik muda…sedaplah…secukup rasa…seronok kerana naluri dpt dipenuhi semula kerna yang lama dah lama x servis dek kerana sibuk gan urusan rumahtangga…nak servis duit x ada…mintak duit gan husband cukup2 unutk makan…minyak pulak naik..lagilah….kan kesian….inilah kerna percintaan bukan kerana allah…begitulah jadinya…akhirnya…kembali mencari jalan pulang…kerana apa?…barulah sedar….bab kata ustaz kan..cewah…meleret-leret pulak…dunia akhir zaman…fitnah yang paling dasyat adalah berpunca dari seorang wanita…kerana seorang wanita…runtuh sebuah kerajaan…runtuh ekonomi…malap negara…tu hebatnya seorang wanita…mampu melakukan apa sahaja…dan ramainya ahli neraka golongan wanita jugaklah…
okla wasslanm…
Bagi saya senang, sama ada u pilih berpologami atau tidak..tepuk dada tanya iman. Sanggupkah anda jadi penghancur rumah tangga org lain? Ada lak tu yg suruh lelaki tu ceraikan bini dia..takkan le lelaki tu masih anggap perempuan ke 2 tu wanita solehah? Kalau u perempuan sejati, u akan suruh lelaki tu konfont 1st wife dia dan cuba selesaikan apa2 marital problem dulu. bagi dia tempoh sebulan tanpa jumpa u. Kalau dia masih cari u after dah bagitau dan setel dgn wife dia, barulah u blh consider utk accept jadi 2nd wife dia.
Sekadar pandangan based on pengalaman hidup org lain..
salam… di zaman ini bilangan lelaki bertaqwa mmg pupus, bukan setakat bertaqwa jer, nak cari yg boleh jd imam pun susah. Mane taknye, dh laa bilangan kurang, ade yg jadi maknyah dan gay pulak. Bertambah kuranglah kuantiti lelaki sejati. Ape kate para wanita buat pakej, cari 3 rakan baik termasuk diri anda sendiri. Kire pakej kawin sekali dapat 4 isteri terus. hhehe… daripada bermadu degan org yg x dikenali lebih baik bermadu dengan rakan baik sendiri. win..win situation. ape pandangan kalian muslimah sekalian? zaman ni zaman fitnah, zaman ini zaman gawat. zaman kemelesetan ekonomi, zaman kemelesetan lelaki bertaqwa.
cadangan yang baik kalau tak ada “HHEHE” di tengah-tengahnya
Org selalu kata sekarang zaman kemelesetan. Pompuan lagi ramai dari lelaki. Makanya, kita kena promote poligami.
Kalau nombor yg semata2 dijadikan jawapan dan alasan, camana lak dgn anak2 yatim atau anak terbuang kt rumah kebajikan yg beribu2 nisbahnya tu? Takde pulak org promote ambik anak angkat utk selamatkan ‘keadaan’??
Begitu gak jawapan atau alasan sebab ianya sunnah, jgn pulak kita lupa bahawanya monogami juga sunnah dan superior daripada poligami.
Rasulullah bermonogami lbh lama tempohnya dari poligami.
Rasulullah sentiasa terkenang2kan zaman monogaminya dgn S. Khadijah sehingga S. Aisyah cemburu walaupun S. Khadijah telah lama wafat. Di mana Rasulullah sgt bahagia pada ketika baginda bersama S. Khadijah.
Rasulullah hanya dikurniakan anak hanya dengan S. Khadijah.
Hanya S. aisyah seorang anak dara dan yg lain2 janda atau balu semasa zaman poligami baginda.
Bagaimana isteri2 bagina selalu bergaduh sesama mereka sehingga Rasulullah malu apabila suara mereka didengari sehingga ke luar rumah.
Allah SWT pernah berfirman menegur Rasulullah di atas keputusan baginda yg salah dlm mendidik isteri2 baginda apabila mereka bergaduh.
Kesimpulannya, nombor bukan alasan atau sebab utk berpoligami.
Dan poligami tidak semudah seperti yg disebut. Bahkan, Rasulullah sendiri ditegur dan dibimbing oleh Allah SWT dlm menegur isteri2 baginda, bagaimana pulanya dengan kita? Siapa yg dpt membimbing kita? Oleh itu, seelok2nya elakkanlah retorik dlm berkata2. Realiti tak sama dgn fantasi.
@ummusaif, Salam InsyaAllah kita akan dibimbing dengan Al Quran dan As Sunnah.. nescaya selamanya tidak sesat. Minta maaf sekiranya menyakitkan..
betulkah isteri2 baginda selalu bergaduh sesama mereka sehingga Rasulullah malu apabila suara mereka didengari sehingga ke luar rumah? adakah ini seperti firman Allah atau hadith nabi?? atau sekadar cerite dongeng.? Saya pernah dengar pasal S. Aisyah cemburu, pergaduhan isteri2 baginda Rasulullah S.A.W xpernh saya dengar.Apa yg tulis di atas hanya cadangan sahaja. Tapi masih xterbukti keberkesanannya sebab saya sendiri x praktikkan =)
Berdasarkan buku Bahagiakan Diri dgn Satu Isteri oleh Cahyadi Takariawan:
1. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
2. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan poligami selama 10 tahun.
3. Rasulullah cuma dikurniakan anak dgn S. Khadijah.
4. Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dgn puteri Abu Jahal. “Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).
5. Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata “sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dgn keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).
6. Kisah yg lain di mana Aisyah cemburukan madunya Zainab Binti jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dgn Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yg didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?”
Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yg sama.
Nabi berkata, “Tidak apa2, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.”
Maka turunlah ayat Allah: (At-tahrim: 1-4)
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri2mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi maha bijaksana.
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yg diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada hafshah).
Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yg telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi maha mengenal”.
Jika kamu berdua (Aisyah dan hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang2 mukmin yg baik, dan selain itu malaikat2 adalah penolongnya pula.
7. Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan hajar di kawasan yg terpencil, jauh dari Sarah.
Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula2 mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq utk menghilangkan jejaknya terhadap sarah.” (HR. Bukhari)
KESIMPULANNYA:
1. Rasulullah berpoligami bukan utk tujuan seks dan nafsu (baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun).
2. Anak2 Rasulullah dilahirkan dan dibesarkan dlm suasana monogami. Ini satu fakta yg majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.
3. Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yg mempunyai perasaan yg fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul mukminin yg mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat2 wanita sebenar kita?
4. Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba
memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji utk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT.
Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat utk memberi petunjuk secara terus dan telus.
5. Ralulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dgn mana2 poligami yg salah atau tidak kena tujuannya.
6. Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yg penuh dgn peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, dlm Quran dan Hadis tidak ada secara literally menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara general.
7. Yang pastinya realiti tidak sama dengan fantasi. Easier said than done.
Marilah kita berfikir sejenak…
Buku Pak Cahyadi Takariawan “Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri” telah dijawab dengan baik oleh sebuah buku yang bertajuk “Menghapus Catatan Gelap Poligami : Komentar Opini Sesat di dalam Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri”.
Saya belum membaca buku karangan D. Amarudin tersebut. Namun sinopsisnya di alamat di bawah menjelaskan kepada saya bahawa di antara dua buku itu, asas penulisannya berbeza.
http://damarudin.multiply.com/journal/item/3/Mengapa_saya_menulis_buku_Menghapus_Catatan_Gelap_Poligami_-_Membongkar_Penyesatan_Opini_
Tidak dinafikan quotation yang dibuat oleh Pak Cah daripada kalam Imam Bishrun al-Hafi itu amat provokatif, namun isi-isi penting yang dikemukakan oleh D. Amarudin itu, tidaklah sampai menjadikan buku Pak Cah itu sesat atau runtuh idea utamanya.
Erm, sinopsis yg ditulis di laman web tersebut adalah prakata bagi buku tersebut….saya memang seorang yang meminati penulisan buku Pak Cah, bahkan saya banyak menjual buku2 beliau…pada kali pertama saya membaca buku beliau ini (bahagiakan diri), saya tidak merasakan apa2 melainkan bahawa betapa tidak sukanya beliau (Pak Cah) kepada poligami dan betapa teruknya amalan poligami sekarang.
Tetapi, ketika kunjungan saya ke Bandung yang lepas, saya terjumpa buku kritiknya tulisan D. Amarudin. Argumentasinya jelas. Banyak pernyataan dari Pak Cah yang tidak benar ataupun tidak sesuai (penulis menggunakan sesat dan menyeleweng)…
saya cadangkan yang membaca buku Pak Cah juga membaca buku D.Amaruddin supaya lebih adil dalam menyikapi. Seperti yang ustaz sedia maklum, buku ini (bahagiakan diri) menimbulkan kegemparan di kalangan aktivis PKS, bahkan dikalangan akhawat mahu buku ini menjadi silibus tarbiyah.
Saya tidak mahu suasana sama timbul di Malaysia. Jika ustaz mahu, saya boleh berikan bukunya pada ustaz, cuma emelkan kepada saya alamat ustaz.
Seperkara lagi, Pak Cah ialah masyaikh dakwah yang saya hormati, anggota majlis syuro DPP PKS, dan juga ikhwah yang dikasihi. Keganjilan pendapat beliau (bagi saya dan D.Amarudin) tidak mengurangkan kredibiliti beliau sebagai seorang tokoh dakwah, tidak dipersoalkan keikhlasannya dan tidak diragui sumbangannya. Semoga kita semua dilindungi Allah, amin.
Pakcah byk menggunakan approach sunnatullah iaitu hukum alam macam yg John Gray guna. Manakala D. Amarudin maybe byk menggunakan approach syariatullah, nas dan hadith. Tetapi Rasulullah menggunakan kedua-duanya sekali.
Walaupun, saya belum baca buku yg lagi satu tu, tapi tak jumpapun penyelewengan buku pakcah. Sekiranya PakCah seorang yg ikhlas dlm ilmu, sudah tentu apa yg diajar itu benar dan ikhlas dan bukan untuk melemahkan institusi kekeluargaan itu malah sebaliknya. Bagaimana beliau menceritakan pada ustaz, para suami lbh menyanyagi dan menghargai isteri selepas membaca buku beliau dan tidak sewenang2nya berpoligami. Kita ada otak, ilmu dan iman utk analisa buku beliau.
Maka, personally, saya rasa tak salah nk guna approach yg mana satu atau kedua-duanya sekali asalkan betul. Kalau betul apa yg diajar, maka tidak salah ia dipraktikkan utk kesejahteraan semua. Maka, tidak jadi isu untuk ambil yang mana satu. Tiada paksaan dalam memilih ilmu.
Wallahu a’lam.
Promo sikit.
Ana dapat maklumat daripada akh Masri (the-authenthic.blogspot.com) bahawa petang ini Ust Cahyadi akan hadir di UIAM dalam majlis anjuran QYC dan BESTA di Mini Audi, UIAM dari jam 3-5ptg. Allahua’lam.
Ustadz Cahyadi memang ada beritahu yang dia akan datang ke KL Ramadhan ini.
Kalau Husaini ada maklumat yang lebih terpeinci tentang program tu, emaillah ke ana or mailing list saifulislam.com. Ana boleh promo last minit. Ana tak available nak hadir. Rugi sekali!
Cuma pandangan seorang insan biasa… kalau salah tolonglah betulkan… Moga perbincangan kita untuk mencari kebenaran, bukan berlawan siapa benar atau salah…
Seringkali perbincangan mengenai poligami dikaitkan kembali dengan hukum poligami, poligami ni sunnah, poligami ni harus, poligami ni bahaya dll…
Kenapa tak kembali kepada asalnya hubungan antara seorang isteri dan suami yang terbina atas dasar sakinah, mawaddah wa rahmah?
Mengapa harus memberi poligami dengan label2, “tidak baik”, “sangat baik”, “berbahaya”, “jalan fitrah”, “penyelesai masalah” dan label2 yang sama waktu dengannya?
Mengapa mencari jalan keluar dari hubungan yang mempunyai masalah dengan meletakkan label2 itu tadi?
Ana suka dengan keterangan Ustaz tentang pendapat ulama’ yg mengatakan mengenai lihat setiap situasi dengan keadaan yang berbeza, kerana hukum (suatu ketentuan Allah SWT sbg jalan yang terbaik bg manusia) nya juga akan jadi berbeza.
Suatu yang Allah SWT benarkan, tentu ada hikmahnya disebalik pembenaran itu tadi.
Bukankah lebih baik kita menfokuskan kepada penimbangan antara kebaikan dan keburukan dari poligami itu terhadap individu yang berhadapan dengannya?
Dan setiap kes itu unik.
Kita timbangkan bukan dengan nafsu, bukan dengan cuma melihat pengalaman-pengalaman orang lain, tetapi berpandukan maslahat kepada diri sendiri, kepada masyarakat, dan kepada agama islam seluruhnya.
Sehingga kita tak lagi cuma berpandukan nafsu, perasaan suka atau tidak, melihat cuma contoh-contoh disekitar kita, dsb. Agar kita akhirnya menjadi mukmin yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang terbaik buat agama.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu, dan boleh jadi menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)
Bukan semua yang halal itu baik dan bukan semua yang haram itu tidak baik <– ditujukan pada yang haram secara lahiriah tanpa masuk perbincangan usul fiqh yang menukar sebahagian yang haram menjadi halal…
Bagi ana yang penting adalah pemahaman tentang Fiqh keutamaan. Meletakkan tingkatan antara kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan…
Terima kasih di atas perkongsian.
Kenyataan-kenyataan bahawa poligami itu sunnah atau tidak sunnah bukannya LABEL kerana kalimah LABEL mempunyai konotasi yang negatif. Ia adalah TAKRIF yang merumuskan apa benda yang kita bincangkan agar ada kata kunci yang boleh mewakili kefahaman kita.
Menjelaskan penyalahgunaan poligami di sini bukanlah dengan maksud untuk menghalang poligami. Seperti yang disebut, kalau orang nak berpoligami, berpoligami jugalah ia. Akan tetapi menjelaskan penyalahgunaan poligami di dalam artikel ini adalah untuk mengambil langkah proaktif mencegah salah guna dan masalah, yang jauh lebih mudah berbanding mengubat dan merawat.
Maka penjelasan tentang keperluan poligami itu perlu.
Menjelaskan tentang penyalahgunaan poligami juga perlu.
Memberikan bimbingan kepada pasangan yang berpoligami juga amat perlu.
Maka tidak harus untuk tiga perkara ini dikonflikkan dengan menyoal mana yang lebih utama. Keutamaan datang berdasarkan keperluan.
Wallahu A’lam
Salam ukhuwwah
ABU SAIF
Jazakallah atas penerangan yang melapangkan jiwa ini…
1. Maksud ustaz adalah tulisan ini sebagai penerangan tentang penyalahgunaan poligami, tanpa meletakkan apa-apa hukum ke atasnya, cuma sebagai suatu warning “ia boleh jadi sebegini bahaya”. Itukah maksudnya? kalau begitu ana yang salah faham… Mungkin kerana kehangatan reply-reply yg datang… huhu..
2. Dan yang kedua ana kurang faham sedikit. Mengenai melabel poligami, yang ana maksudkan adalah, setakat yang ana faham, poligami adalah satu yang neutral, jika digunakan dengan baik ia akan jadi baik, jika digunakan dengan salah ia akan membawa kerosakan… Jadi tak adil kalau yang disalahkan adalah poligami…
Ana merasakan solusinya adalah fiqh awlawiyat, pertimbangan antara maslahat(kebaikan) dan mudarat(keburukan) bagi seseorang sebab dalam mengambil sunnah pun tak semestinya semua sunnah itu adalah solusi terbaik. Perlu adanya pertimbangan antara maslahat-maslahat tadi untuk mencari jalan terbaik. Cthnya : pergi haji setiap tahun…
3. Cuma ana risau, dengan penulisan ustaz sebegini, atau lebih tepatnya penulisan Pak Cah, bahayanya pada para wanita yang kurang ilmunya dan memang secara fitrahnya tak sukakan poligami, terus menjadikannya alasan untuk menyalahkan dan memarahi suami yang mengambil poligami sebagai solusi. Ustaz Hasrizal pun kata tentang poligami macam ni.
BTW, ana sendiri tak pernah terfikir untuk berpoligami, cukuplah sorang ni bidadari dalam hidupku… cuma andai tiba nanti suatu ketika yang mana jelas maslahat dari poligami itu sangat besar mengatasi mudaratnya, ana tak menolak kemungkinan itu…
Wallahu A’lam
Salam,
“bahayanya pada para wanita yang kurang ilmunya dan memang secara fitrahnya tak sukakan poligami, terus menjadikannya alasan untuk menyalahkan dan memarahi suami”
Bagaimana pula dengan bahaya pada para suami yang kurang ilmunya dan memang fitrahnya sukakan poligami, terus menjadikan alasan untuk berpoligami tanpa ilmu dan kemampuan?
Bukankah bahayanya lagi besar apabila kejahilan itu membabitkan satu lagi manusia dan manusia-manusia lain yang bakal lahir?
Kesimpulannya, mencegah (salah guna) lebih baik dari merawat (kesan salah guna).
assalamualaikum warahmatullah ustaz…saya nak tanye…kat teluk intan ada ker dijual buku hasil tulisan ustaz…teringin nak beli….
menyalahertikan poligami. Sebahagian menyatakan jalan penyelesaian masalah. Sebahagian menyatakan ikut sunnah. Sebahagian menyatakan dah mampu. Sebahagian menyatakan ikut suka lah, dah wanita itu mahu.
Berat…. tidak semua mampu sanggupi. Cukup dengan satu.
Berdasarkan buku Bahagiakan Diri dgn Satu Isteri oleh Cahyadi Takariawan:
4. Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dgn puteri Abu Jahal. “Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).
KESIMPULANNYA:
5. Ralulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dgn mana2 poligami yg salah atau tidak kena tujuannya.
Berikut ini beberapa hadits yang terkait dengan kisah pelarangan Rasulullah kepada Ali untuk melakukan poligami. Dari beberapa hadits di bawah dapat disimpulkan bahwa alasan Rasulullah melarang Ali untuk melakukan poligami karena wanita yang akan dinikahi Ali adalah putri dari Abu Jahal.
Sebagaimana telah diketahui bahwa Abu Jahal adalah seorang tokoh musyrik yang sangat memusuhi Islam dan Rasululullah. Jadi alasan Rasulullah melarang poligami bukanlah dari hukum poligami itu sendiri melainkan karena faktor wanita yang akan dinikahi.
Para penentang hukum Allah(baca:penentang poligami) biasanya memotong-motong hadist tersebut seenaknya untuk mendukung pendapat mereka sendiri.Wallahu’alam bi showab.
Hadits 5230 1. Imam Bukhari r.h. berkata (hadits 5230):
Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah s.a.w. bersabda dari atas mimbar, “Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan putri mereka dengan Ali ibn Abu Thalib Maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putra Abu Thalib ingin menceraikan putriku dan menikah dengan putri mereka. Karena dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya.”
Hadits Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Muslim (2449), Abu Daud (2071), Turmudzi (3867, Ibnu Majah (1998), Nasai di dalam al-Fadhâil (265) dan di dalam al-Khashâish (130), dan Imam Ahmad (4/328), dan di dalam kitab Fadhâil al-Sahabat (Keutamaan Sahabat) (1328).
Hadits 3729 2. Imam Bukari r.h. berkata (hadits 3729):
Abu Yamân meriwayatkan kepada kami dari Syu’aib dari Zuhri dia berkata, Ali ibn Husain meriwayatkan kepadaku bahwa Miswar ibn Makhramah berkata, Sesungguhnya Ali meminang anak perempuan Abu Jahal. Kemudian Fatimah mendengar tentang hal itu lalu kemudian dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Kaummu mengira bahwa kamu tidak marah karena putri-putrimu. Dan ini Ali (ingin) menikahi anak perempuan Abu Jahal.” Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri, maka dia pun berdiri. Kemudian aku mendengarkan Beliau ketika mengucapkan tasyahhud (seperti pada khutbah) dan berkata, “Amma Ba’d, Aku telah menikahkan Abu Âsh ibn Rabî’ kemudian dia berbicara kepadaku dan jujur kepadaku. Dan sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku dan aku tidak senang ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah s.a.w. dengan anak perempuan musuh Allah pada satu laki-laki.” Kemudian Ali meninggalkan pinangannya.
Hadits Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Muslim (halaman 1903-1904), Abu Daud (nomor 2069), Ibnu Majah (hadits (1999) dan al-Muzzi menisbatkannya juga kepada riwayat Nasa`i.
Hadits 3110 3. Imam Bukhari r.h. berkata (hadits 3110):
Sa’id ibn Muhammad al-Jarmi meriwayatkan kepada kami dari Ya’qub ibn Ibrahim dari ayahnya bahwa Alid ibn Kutsair meriwayatkan kepadanya dari Muhammad ibn ‘Amar ibn Halhalah al-Daili dari Ibnu Syihab dari Ali ibn Husain bahwa mereka ketika datang ke Madinah dari tempat Yazid ibn Mu’awiyah pada waktu terbunuhnya Husain ibn Ali r.a., Miswar ibn Makhramah menemuinya lalu berkata kepadanya, “Apakah kamu ada keperluan yang bisa kamu perintahkan aku dengannya.” Lalu aku jawab kepadanya, “tidak ada.” Lalu dia berkata, Lalu apakah kamu (mau) memberikan kepadaku pedang Rasulullah s.a.w. itu? Maka sesungguhnya aku khawatir kaum tersebut mengalahkanmu atasnya (lalu dapat merebutnya). Dan demi Allah, jikalau kamu memberikannya kepadaku niscaya tidak akan mereka dapatkan selama-lamanya sampai dicabut nyawaku. Sesungguhnya Ali ibn Abu Thalib pernah melamar putri Abu Jahal atas Fatimah a.s. Kemudian aku mendengarkan Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah kepada orang-orang dalam masalah itu dari atas mimbarnya ini-dan aku ketika itu sudah dewasa (baligh). Lalu Beliau berkata, “sesungguhnya Fatimah adalah dariku dan aku sangat khawatir dia mendapatkan fitnah pada agamanya.” Kemudian Beliau menyebutkan kerabatnya (dari ikatan perkawinan) dari Bani Abd Syams dan memberikan pujian kepadanya dalam kekerabatan mereka dengannya. Beliau berkata, “dia berbicara padaku maka dia jujur kepadaku, dan dia berjanji kepadaku maka meyempurnakan janjinya kepadaku. Dan sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang halal dan tidak menghalalkan apa yang haram. Akan tetapi, demi Allah, tidak berkumpul putri Rasulullah dan putri musuh Allah selama-lamanya.”
Hadits Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Muslim (2449), Abu Daud (2069), Ibnu Majah (1998), dan dinisbatkan oleh al-Muzzi kepada riwayat Nasa`i.
dari laman web drtuah
Wallaahu a’lam.
Golongan yang mengkritik salah guna poligami, cepat sahaja dilabel sebagai PENENTANG HUKUM ALLAH.
Bagaimana dengan pencabulan AL-’ADL yang sering diremehkan?
Berhati-hati menghukum!
assalamualaikum ustaz….saya ambik dari laman forum web drtuah tentang poligami ni ustaz…bukan idea saya ni ustaz..cuma bila ada yang terus melabelkn ustz cahyadi ni seorang Orientalist…memutarbelitkan faktala kononnya…saya ni x pernah baca buku karangannya x retilah nak nilai..
oklah ustaz..selamat maju jaya
wsalam wbt.
Orientalis ialah label paling popular digunakan untuk character assassination.
salam… ustaz, saya sering dalam dilema.saya sedang bercinta dengan seorang lelaki kristian. saya ingin menikah dengannya. sebelum sy mgenali dirinya, mmg dia berminat dgn Islam. kehadiran saya baginya menguatkan smgtnya untuk mendalami Islam. saya pernah menyuarakan hasrat untuk menikah dengannya. tetapi ibu bapa halang dgn alasan kami masih belajar. saya hanya mememdam rasa. bagi saya menikah lebih baik drp trus menjalinkan hubungan tanpa ikatan pernikahan yang sah. sudah setahun kami menjalinkan hubungan cinta. Saya takut Allah murka dgn apa yg saya lakukan selama ini. saya takut terjebak dalam dosa dan maksiat. saya sayang dia. saya nk bimbing dia mengenali Islam. Apa yang patut saya lakukan? saya sgt bharap nasihat drp ustaz..terima kasih.
salam..,
saya amat terkesan sekali dengan tulisan ustaz..,bahagia dengan 1 isteri..,
terima pasangan kita seadanya dan SEBAHAGIANYA..
Ameen..,’
wasalam..
salam..,
buat izz,
apa keputusan terbaik yang bakal diambil (dlm hadapi ujianNya)..dan diestrak hikmahnya,
Dinaungi ALLAH selalu kebenaran yang berkekalan..,
ameen..,
wasalam..
salam semua..
buat izz, Jika telah ditakdirkan dia jodoh kamu, moga Allah permudahkan. persoalannya ‘Ikhlaskah dia untuk berSyahadah” atau kerana cinta semata2.. sementara kamu berdua masih muda untuk berumahtangga, mungkin inilah masa paling sesuai untuk dia mendalami ilmu Allah ini. Terlalu byk kes seumpama ini berlaku atas dasar cinta. Kwn Alia, seorg kaunselor bebas punya kes yg sama Ramadhan 08 baru ni. Perempuan Islam dgn Lelaki Cina. Dah bertahun kawan tapi belum Islam kerana khayal bercinta. Hingga bila tiba-tiba nak kawin baru terfikir nak peluk Islam..kemudian beliau terus kami rujuk ke Pejabat Agama untuk di Islam kan..
Alhamdulillah, beliau telah mengucap 2 kalimah Syahadah didepan Imam seminggu sebelum Syawal yg lalu. Tapi tak sampai disitu saja. kami pantau sebelum dia di benarkan kahwin. kami khaskan dia di bawah bimbingan para jamaah. Izz cubalah terapkan nilai2 Islam dalam membantu beliau mengenali Islam dgn lebih mendalam. Demi masa depan Izz juga. Bukan mudah kita bila bergelar Isteri nk membimbing Suami yg baru memeluk Islam ini untuk Tawajjuh kepada Allah..Doakan moga dia di pilih oleh Allah swt supaya menjadi contoh kepada umat yg lain.. Usaha kita hanya 10%, 90% selebihnya adalah Doa kehadrat Allah Azza Wajalla.
Aminn..
* Jagalah diri dan Akhlakmu sebagai seorang Muslimah*
(maaf lari tajuk, sekadar berkongsi pengalaman)
salamWBT, ust..betul apa yg ust tuliskan.. cuma nak tny- ustaz dah dapatkan buku bahagiakan dirimu dgn satu isteri tu?
Dah ada buku tu.
Salam, maaf ustaz, kebetulan ana ordar bayak buku ‘Di Jalan Dakwah Aku Menikah dan ‘Bahagiakan Diri Dengan Satu Istri’.. ni link http://buku2008.wordpress.com/pakcah/ ruangan promosi ana.
Salam, tak semestinya bahagia satu isteri….lebih bahagia jika ramai isteri.. seperti kita ramai anak semakin ramai anak semakin bahagia, murah rezeki banyak munafaat untuk bangsa, agama dan negara sbb tu nabi berpoligami … jangan melanggar sunnahnya…kebahagian ketentuan tuhan bukan pada satu atau dua isteri..itu ente kena paham lah….jangan anti sunnah nabi.. nanti sesat.. kalau tak berani dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai…mcm mana nak berjihat kalau perkara ni pun dah takut…bukankah berpoligami tu menyelamatkan kaum hawa di muka bumi ini…siapa Hawa tanpa kewujudan Adam..
salam ustadz,saya nak kongsi pengalaman berkenaan poligami.saya tidak menentang poligami.bahkan saya menggalakkan suami saya berpoligami kerana saya sangat kesian dengan wanita yang telah berusia tapi tak ada jodoh lagi.seperti ajal maut,jodoh dan pertemuan adalah ketentuan ilahi.saya dah offer sendiri suami saya kepada wanita yang berkerjaya yang dah lanjut usia tapi setelah empat tahun membuat tawaran suami saya masih belum berpoligami.jadi saya buat kesimpulan poligami adalah suatu hasrat dan allah yang menentukan,saya rasa tak salah kalau saya katakan ia adalah qadho dan qadhar allah keatas sesiapa yang di kehendaki.saya dah baca 2 buku ustadz dan saya dapati ustadz banyak bercerita tentang keburukan berpologami.mungkin buku itu boleh disalah ertikan oleh orang seperti saya.lagi satu buku bercinta sampai syurga juga banyak bercerita tenyang susahnya hidup berumah tangga.banyak cerita dalam buku itu di jadikan sebab dan alasan oleh wanita dan lelaki yang tidak mahu atau yang memandang ringan akan perkahwinan.jadi saya cadangkan supaya ustadz tulis lagi satu buku yang menceritakan kebaikan poligami dan keseronokan alam perkahwinan .sebab bagi saya perkahwinan adalah satu anugerah tuhan yang tak terhingga .Alhamdulilah saye dikurniakan 8 orang anak dan tawaran poligami masih terbuka untuk suami saya
sy stuju =)
salam ustaz,
saya nk minta pendapat ustaz, bapa saudara saya berkeinginan utk berpoligami dgn seorang janda muda yang tiada anak. jiran sebelah rumah plak. beliau juga memiliki 6orang anak dan selama ini tidak pernah memperdulikan hal2 rumah tangga mahupun anak2. utk pengetahuan ustaz, beliau boleh dikatakn salah seorang pendakwah. beliau juga ingin menjadikan poligaminya kononnya role model kepada org lain. tp pd hemat saya, beliau ingin berpoligami bkn kerana mahu mengikuti sunnah. alasannya sahaja kerana caranya sudah tidak betul. bantulah saya mamberi pndpt ustaz. syukran
@nur_sidiq,
u already know the answer..
sy ingt ‘beliau’ x muhasabah diri t’lebih dahulu sblm bertindak..maaf
Salam Ustaz & Ummu Saif,
Satu perbincangan yang menarik yang berjaya meruntun puluhan pendapat yang bersifat ilmiah, akademik, emosi, penyokong dan penentang. Saya bukanlah seorang Ustaz ataupun Dr. tetapi hamba Allah yang turut rasa tertarik untuk cuba melontarkan pandangan serta meraikan perbezaan pendapat.
Bila berbicara tentang poligami, kita akan lebih fokus kepada wanita dan beban emosi yang ditanggung. Tapi pernahkah kita berfikir sejenak tentang penciptaan lelaki sama ada dari segi biologinya, emosi, kepimpinan, kehendaknya serta kemampuannya?? Kita tidak dapat menolak bahawa fakta pengharusan poligami oleh Allah kepada lelaki ada kaitan dengan penciptaan lelaki itu sendiri.
Wanita merupakan makhluk Allah yang dikurniakan sembilan nafsu serta dari segi biologinya dikendalikan dengan sistem tubuh yang lebih kompleks dengan kepelbagaian hormon yang melebihi lelaki yang memungkinkan mereka lebih bertindak menggunakan emosi. Namun dengan iman dan kebijaksanaan suami emosi ini boleh disalurkan ke jalan yang lebih baik.
Perbincangan poligami tidak akan selamanya bertemu dengan satu titik pertemuan cuma yang penting adalah bagaimana kita menyesuaikannya dengan realiti masyarakat masa kini.
Terlalu banyak kelebihan poligami namun media massa serta pelbagai tulisan di sana sini lebih fokus pada sisi gelapnya. Bagi saya poligami ibarat sebilah pedang, di tangan mujahid ia menjadi alat menuju syahid, tetapi jika ditangan kafir harbi, ia akan menjadi alat memerangi Islam.
Sheikh Yusof Qardhawi Hafizahullah pernah mengulas: Pendapat yang menyatakan poligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini. “Sesungguhnya syariat Islam ini tidak mungkin menghalalkan sesuatu yang memudaratkan manusia, sama seperti tidak mungkin ia mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka” (Dipetik dari buku karangan Dr. Basri Ibrahim, Hidup Bahagia dengan Poligami, 2008).
Persoalan ini juga tidak dapat dibincangkan dengan nada emosi kewanitaan yang tidak terbimbing atau melalui pandangan sekumpulan lelaki yang takutkan isteri mereka (bukan ditujukan kepada ustaz). Hukum syarak sesuai dengan tuntutan akal yang waras dan logik yang kukuh walaupun emosi membantahnya.
Tanpa pengetahuan mengenai tindakan Doktor menyuntik bayi dengan jarumnya sehingga baik tersebut menangis, kita tentu membantah dan menganggap doktor ini zalim serta mendera bayi itu. Tapi dengan ilmu dan pengetahuan, kita tidak lagi terpengaruh dengan tangisan bayi itu tetapi mementingkan kepada kebaikan yang diperolehinya. Begitu juge dengan Poligami.
blh kongsi pndpt; ‘cerai’ adlh suatu y halal ttp tk disukai Allah
Salam @bunga, pertama2nya saya bukanlah seorang yang ahli dalam agama cuma seorang engineer by profession. Saya rasa Ustaz Abu Saif adalah orang yang lebih baik dan berauthoriti untuk mengulas bab ini. Namun berdasarkan kuliah ilmu yang dihadiri serta kajian dan pembacaan sendiri serta perbincangan dengan rakan2 Asatizah, hadis ini terdapat dalam matan Abu Daud dan Ibnu Majah. Dari matan Abu Daud: Maksudnya: Kami (Abu Daud) mendapatkan cerita dari Kasir bin Ubaid; Kasir bin Ubaid diceritakan oleh Muhammad bin Khalid dari Muhammad bin Khalid dari Mu’arraf in Washil dari Muharib bin Ditsar; dari Ibnu Umar dari Nabi SAW yang bersabda:”Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah perceraian.”
Menurut riwayat yang paling benar, hadis ini berkaitan dengan peristiwa Abdullah bin Umar yang menikahi seorang perempuan yang dia cintai. Namun, si ayah, Umar bin Khattab tidak menyukai anaknya itu menikahi perempuan tersebut. Abdullah pun mengadukan hal tersebut kepada Nabi SAW. Nabi SAW lantas mendoakan Abdullah, kemudian bersabda, “Ya, Abdullah, ceraikan isterimu itu!” Akhirnya, Abdullah pun menceraikan isterinya
Dalam teori pengurusan, potential problem analysis (PPA) wajib dilakukan, namun sekiranya terlalu banyak analisa akhirnya tidak membuahkan apa2. Begitu juga poligami, terlalu banyak fokus diberikan kepada sisi gelapnya dengan mengkesampingkan hikmah pengharusannya akan menjadikannya tampak kelam dan hodoh dan walhal kebaikannya cukup besar apabila dipraktikkan secara benar oleh lelaki yang yang beriman, layak serta berkeyakinan. Sepatutnya kita kena fokus tentang bagaimana untuk melahirkan generasi lelaki yang “layak” ini kerana ia penting bagi kes monogami ataupun poligami.
Lelaki yang layak ini sedar bahawa poligami adalah amanah serta wajib memenuhi syarat poligami seperti nafkah zahir & batin serta Adil. Kita kena faham bahawa rasa kasih bukanlah syarat poligami namun bukan bermakna suami boleh mudah2 mendera emosi isteri. Dalam sirah telah dijelaskan bagaimana untuk mengurus poligami. Perbuatan menghalang mereka dari berpoligami adalah ketidakadilan kepada wanita lain yang memerlukan suami sama ada dari kalangan wanita muda, andalusia ataupun janda.
Dalam rumahtangga saya Alhamdulillah, perbincangan kami suami isteri mencakupi “siapa itu lelaki serta siapa itu wanita”. Saya cuba memahami wanita dari segi biologi, emosinya… begitu juga isteri saya terhadap saya. Kami cuba menerapkan bahawa suami atau isteri itu adalah alat untuk mendapat redha Allah. Bercinta kerana Allah dan sekiranya kami lalai untuk menghargai pengorbanan kedua belah pihak.. tanamkan dalam hati bahawa Allah tetap akan membalasnya. Suami atau isteri bukan hak mutlak kita, ia hanya pinjaman.
Saya faham, ketika saya menyatakan hasrat saya, isteri saya memang terluka namun ia sedikit terubat dengan persefahaman yang telah dipupuk dan cinta kerana Allah. Suami kena buktikan bahawa cinta dan sayang kita x berubah .. dan ia fitrah kepada sebahagian lelaki.. Namun isteri saya sedar yang secara tidak langsung dia telah membantu wanita lain keluar dari fitnah Andalusia yang sentiasa mendapat sindiran dari wanita lain yang kononnya memahami perasaan wanita serta sangat menyayangi suami mereka.
Alhamdulillah mereka merupakan madu yang sejahtera… dan moga2 Allah sentiasa istiqamahkan kami dalam Iman dan islam serta menurunkan keberkatan dalam keluarga kami.
Poligami adalah ujian bagi suami serta para isteri, namun hikmahnya amat banyak. Bersangka baiklah pada Allah serta syariatnya.. semoga segala pengorbanan dan amalan kita di dunia ini mendapat balasan kebaikan OlehNya di akhirat.
salam..maaf skirany t’kasar. mungkin blh b’kongsi;apkh motif utk awk b’poligami..
@bunga, Salam, Alhamdulillah saya menikahi isteri kedua saya kerana Allah, beliau berkali2 hadir dalam mimpi saya mengejut berqiamulail, saya ceritakan pada isteri pertama saya.. beliau terperanjat pada mulanya namun beliau nasihatkan saya agar beristikharah. Dari panduan mimpi dan ilham perasaan serta sokongan isteri, saya melamar si dia. Dia x terus menerima serta saya telah nasihatkan dia istikharah juga. Alahamdulillah kami telah diijabkabulkan. Saya mencintai isteri2 saya kerana Allah, secara tidak langsung isteri ke 2 saya bebas dari sindiran “andalusia”.
Assalamualaikum Ustaz,
Komen ni hanya lontaran perasaan sendiri, bukan reaksi negatif terhadap post ni. Malah sy sgt setuju dgn pendapat ustaz.
Yg sy tak puas hati adalah pada persepsi masyarakat bahawa kalau seseorang perempuan tu tak dapat menerima poligami, bermaksud menolak sesuatu yg telah dibenarkan dalam Islam. Sy ambil cth sy sendiri.. sy menerima sepenuhnya bahawa berkahwin sehingga 4 isteri memang dibolehkan, tapi sy tetap tak dapat terima kerana kelemahan diri sy sendiri. Adakah sy salah? Adakah seorang isteri itu wajib pasrah dgn apa juga keputusan suami walaupun dia yakin hidup semua org yg terlibat akan bermasalah di masa depan?
Perkara poligami ni adalah salah satu perkara yg sy dah bincangkan dgn suami di awal perkahwinan lagi dan sy telah nyatakan pendirian sy kepadanya. Mungkin itu sbbnya sy tak pernah risau/was-was sekiranya dia berpergian dalam tempoh masa yg lama atau kalau dgr suara perempuan menelefonnya. Yakin dgn diri sendiri dan bersangka baik kepada suami adalah resepi terbaik dalam rumahtangga. Yg selebihnya, kita bertawakkal dan berserah shj lah kpd Allah.
@umihasran,
Well done!
@umihasran, Salam persefahaman suami isteri itu adalah usaha mendapatkan kebahagian rumahtangga, saya setuju. Namun kebahagiaan mutlak adalah di sisi Allah. Namun ia bukanlah satu syarat yang wajib dipatuhi dan bukanlah ia menyalahi janji. Rasulullah menerangkan: “Orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang menghalalkan perkara haram ataupun mengharamkan perkara halal” (Al Bukhari, Kitab ai-Ijarah, Bab Ajri Al-Simsarah).
@MujahidPerinduSyahid, Testing.. posting ..
salam,
saya ditanya oleh seorang non-muslim (non malaysian) tentang poligami, apakah alasan terbaik yg patut diberikan…(saya dah menyatakan jwpn2 saya..saya tekankan dengan TANGGUNGJAWAB dan ADIL..dan saya link kan dgn laman web yg berkaitan.) dan saya masih lg ditanya..”love can be shared?”. saya tiada jwpn kepada persoalan ini…
saya pernah di’offer’ jd isteri ke-2 dua kali…saya jd pelik dibuatnya tiada org bujangkah zaman ini???…setakat ini saya juga tidak menentang poligami ( mungkin belum faham erti cinta buat saya jd x kisah). setakat ini saya lebih prefer hidup sendri. Ada jodoh ada…xde pun xpe…
Bila membaca artikel ini teringat pengalaman lalu, ketika masih mentah, pernah hamba menawarkan diri menjadi isteri kedua kepada lelaki yang pada pandangan hamba seorang yang soleh. Namun, alhamdulillah, Hikmah, Rahmah, ujianNYA, lamaran hamba ditolak. Malah, apabila keuarga hamba mendapat tahu, pelbagai reaksi negatif diterima. Semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat mempersoalkan adab, akhlak, dan sikap keanak-anakan hamba yang jahil,kurang malu, kurang beradab…betapa hamba menangis bila dijauhi sahabat-sahabat yang kurang senang dengan idea poligami, malah ada yang merahsiakan pertunangan mereka (mungkin kerana bimbang dengan idea poligami yang tersemat dalam diri), memang peristiwa yang memberi sesalan yang tak berkesudahan.. dulu sering menangis mendengar segala teguran & nasihat (walaupun dulu terasa ia amat keras dan pedas menghiris hati seorang gadis, tapi sekarang terasa berbaloi) Pengalaman menerima nasihat yang mendewasakan diri! Alhamdulillah, semakin sedar betapa indah perancanganNYA. Sekarang berasa lega, kalaulah diterima sebagai isteri kedua, mungkin hidup hamba tak setenang hari ini. Ya,sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Terima kasih atas artikel serta semua komen yang terdapat di sini. Benar-benar menyedarkan diri sekali lagi. Ingin hamba memohon ampun dan maaf, turut mewakili diri gadis-gadis lain yang mungkin dalam situasi yang sama dengan hamba. Atas kejahilan hamba (yang dulu begitu teruja dengan hadis Anas bin Malik mengenai wanita yang menawarkan dirinya di hadapan para sahabat), lalu dengan kefahaman yang kurang tepat, dengan keberanian yang juga tidak kena tempat, hamba mengambil risiko tanpa terlebih dahulu meminta pendapat ayah tersayang sebagai wali dan ibu tercinta yang lebih mengetahui asam garam kehidupan. Lalu kesannya: memalukan diri sendiri dan keluarga tercinta serta menjadikan diri di’pulau’ sahabat muslimat tersayang. Maaf ayah ibu. Maaf para sahabat. Air mata penyesalan sememangnya tak pernah kering terutama bila mengingatkan perbuatan (yang atas pilihan sendiri) sehingga memalukan diri dan keluarga. Pengalaman ini sememangnya ubat yang amat pahit, luka yang masih berbekas, tetapi sememangnya pengalaman ini amat bermakna, memberi penyesalan yang tak sudah, betapa hamba begitu berdosa kepada keluarga sendiri, isteri, anak-anak, serta lelaki yang pernah hamba ganggu hidup mereka dengan tawaran hamba yang melulu. Betapa pengalaman ini menyedarkan diri. Semoga Allah Yang Maha Pengampun mengampunkan dosa-dosa kami (gadis2 yang pernah tanpa sedar dengan tawaran kami melukakan orang yang sangat kami segani dan hormati) Maaf, kepada para isteri dan sesiapa yang pernah disakiti, sesungguhnya diri yang lemah ini tidak sanggup memikul beban dosa sendiri apatah lagi dosa menyakiti dan dosa menggoyahkan rumah tangga orang yang beriman. Maaf, maaf, dan maaf… Dosa sesama manusia tidak diampunkan Allah kecuali setelah dimaafkan oleh orang terbabit. Harap dimaafkan. Hamba berikrar dalam diri tidak mengulangnya lagi. Semoga Allah membaiki dan mencantikkan sikap dan akhlak hamba.
-maaf, kisah ini hanya sekadar renungan bersama, tidak bermaksud menyinggung sesiapa, hamba harap dapat menyumbang sesuatu, dengan berkongsi kisah, semoga kisah ini dapat memberi sedikit sebanyak faedah kepada semua. Semoga ia menjadi penghapus dosa hamba berbekalkan prinsip daripada al-Qur’an
?? ??????? ????? ???????
sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghilangkan keburukan-keburukan (Hud: 114).