Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina

July 29th, 2008 by Abu Saif 6:13 pm | 12,730 views | Print Print | Email Email | Leave a reply »


Saiful Islam dan Beyza, semasa di Istanbul

“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop ada dekat mana?”, anak sulung saya bertanya. Usianya baru enam tahun.

“Sudah besar, anak aku rupanya”, hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa.

“Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat lain. Tempat tu Allah sahaja yang tahu”, saya cuba memberitahu. Entah ya entahkan tidak, saya mencuba.

“Macam mana Yop boleh ada dalam perut Ummi?”, tanya si anak lagi.

Err, saya tergamam. 

“Abi kan kahwin dengan Ummi. Sebab itulah Yop ada dalam perut Ummi”, saya menjawab (tapi tidak menjawab).

Anak saya mengangguk-angguk.

Mujur!

Soalan-soalan seperti ini sudah muncul semenjak usia lima atau enam tahun lagi. Malah pada usia sebegitu, ada kemungkinan anak-anak sudah mula berkesperimentasi. Mereka sudah sedar akan persamaan dan perbezaan fizikal antara adik beradik berlainan jantina, malah perbezaan fizikal kanak-kanak dan orang dewasa.

Atas kesedaran itu, Baginda SAW telah mengarahkan agar anak-anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik pertiduran mereka pada usia mereka belajar tentang solat.

“Ajarkanlah anak kamu bersolat pada usia 7 tahun, pukul andai masing enggan bersolat tatkala berusia 10 tahun, dan pisahkan pertiduran mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud]

Tertib ini perlu kerana tahap umur bereksperimentasi mereka sudah bermula pada usia sedemikian rupa. Kesedaran anak-anak terhadap kejantinaan mereka sudah bermula. Di sinilah ibu bapa dengan bantuan guru, harus mula memperkenalkan kepada anak mereka beberapa panduan berkaitan dengan seks.

Kita sedar akan betapa besarnya tanggungjawab ibu bapa dan guru-guru untuk mengajak pendidikan seks kepada anak murid. Seawal usia pra sekolah, keperluan memperkenalkan beberapa garis panduan kepada kanak-kanak ini sudah jadi mendesak, akibat exposure yang pelbagai di sana sini di dalam kehidupan mereka.

MULAKAN DENGAN NILAI

Pendidikan seks boleh dimulakan dengan memperkenalkan nilai kepada anak-anak. Ajar mereka tentang sifat MALU, yang akan membantu mereka membina batas-batas pergaulan, seterusnya memilih tindakan dengan bertertib.

“Yop, keluar bilik air pakailah tuala siap-siap!”, Ummu Saif menegur anak kami.

“Naurah, duduk elok-elok”, saya betulkan duduk Naurah, agar ada sopan santun.

Tidak mudah… tetapi saya dan isteri terus mencuba. Perlahan-lahan. Perlu sekali untuk anak-anak dipupuk agar sifat malu mereka terjaga. Sifat malu itu tidak perlu diperkenalkan kerana ia naluri. Namun naluri itu boleh mati dan hilang jika ia tidak dipupuk, apatah lagi didedahkan kepada nilai yang bertentangan.

“Sesekali biarkan anak-anak kita bertelanjang bebas, untuk mereka bereksperimentasi!”, kata Miriam Stoppard di dalam salah sebuah buku parenting tulisan beliau.

Oh, walaupun saya amat terbuka malah menggalakkan semua orang membaca buku-buku seperti ini, namun kita hendaklah selektif dalam menilai. Mana-mana yang tidak sesuai dengan nilai agama dan budaya kita, haruslah bijak membuat saringan.

Saya tidak selesa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang membiarkan sahaja anaknya ‘bolen‘ bertelanjang ke sana sini di dalam atau di halaman rumah.

Sifat malu yang hilang akan menyulitkan pendidikan seks kepada mereka nanti.

MENURUTI PERTAMBAHAN USIA

Pendedahan ibu bapa kepada permasalahan seks kepada anak-anak juga harus meraikan aspek umur. Sesuaikan penjelasan dengan tahap keupayaan memahami anak-anak. Sesuaikan juga dengan tahap keperluan.

“Kenapa mama tak sembahyang?”, boleh sahaja anak pada usia 7 tahun bertanya. Hairan melihat ibunya ‘bercuti’.

“Allah sayang ibu. Sebab itu semua ibu Allah beri cuti seminggu. Ayah kuat. Jadi Ayah boleh terus solat. Tak perlu cuti”, mungkin penjelasan sebegini sudah memadai.

Tetapi apabila usia anak meningkat ke 10 hingga 12 tahun, persoalan haid sudah boleh dijelaskan dengan baik kepada anak-anak.

KUNCINYA KOMUNIKASI

Berbalik kepada isu utama, ibu bapa hanya berada di dalam mood yang betul untuk berperanan mendidik tentang seks kepada anak-anak, hanya apabila mereka mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak. Sikap terbuka ibu bapa berbincang dengan anak-anak membolehkan pelbagai isu dapat dibincangkan, dan ibu bapa menjadi orang kepercayaan anak-anak.

Tentu sahaja pendidikan terbaik oleh ibu bapa kepada anak-anak ialah dengan menjadi model mesej kepada mereka. Sifat malu, menjaga batas aurat, penggunaan bahasa yang sopan dan bertertib, adalah suatu kemudahan yang besar untuk mendidik anak tentang seks dalam konteks akhlaq Islam.

Sebelum bercakap tentang tajuk sesusah seks kepada anak-anak, perlulah ibu bapa sudah biasa berbincang tentang tajuk-tajuk yang lain dengan mereka.

MELUCAHKAN SEKS


Cakar harimau?

Dalam susah payah kita mahu memberikan panduan pendidikan seks dan benteng penyelamat bagi anak-anak, usaha itu diancam oleh mentaliti kotor sebahagian masyarakat kita yang gemar MELUCAHKAN SEKS.

“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang ustaz di akhir sebuah kursus.

Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.

Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.

Hebatlah ustaz itu barangkali! Lawaknya menjadi.

Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.

Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.

Siapakah juara dalam budaya melucahkan seks ini?

Tolak ketepilah lelaki-lelaki singkat akal yang kotor hidup dan kotor bahasanya.

Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh orang agama sendiri. Ustaz-ustaz lucah!


Kursus kahwin – Gambar hiasan

Kalaulah boleh diadakan kaji selidik, siapakah peserta kursus kahwin yang terselamat dari lawak lucah penceramahnya? Saya sendiri turut mengalaminya. Kursus kahwin yang saya sertai, bukan sahaja penuh kekeliruan terhadap perbahasan hukum hakam, malah turut tercemar secara rutin dengan lawak-lawak yang lucu bagi manusia singkat akal. Melawakkan seks dan melucahkannya.

Di dalam ceramah agama pun sama juga. Kotor sungguh majlis-majlis ilmu dengan cakap-cakap sebegini.

Malah, bukan sahaja ustaz-ustaz yang buat kerja kotor seperti ini, ustazah-ustazah pun sudah turut menjadi mubalighnya. Bercakap kotor, membuat gaya-gaya gatal dan gedik, bergaya mengalahkan selebriti… entah apa yang cuba didemonstrasikannya.

PUNCA

Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan orang agama terhadap lawak lucah sebegini.

Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.

Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.

Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.

Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!

…  Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya. – petikan artikel Bipolar Disorder 30 Oktober 2007.

SESUNGGUHNYA

Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?

Falaa yalumanna illa nafsah!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

SHARING IS CARING:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Live
  • Print
  • Technorati
  • MyShare
  • Upnews
  • PDF
  • RSS
  • Add to favorites
  • Twitter
  • MySpace

Related posts:

  1. KMS: Khalifatullah Bermula Dengan Pendidikan Sebagai salah seorang bapa yang menghantar anak ke Khalifah Model...
  2. Merawat Budaya Kuning Anak-anak “Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi”...
  3. Adab Sopan Budaya Iman Saya dan Fatih ”Jom ke kedai Pakcik Hasan”, Fatih mengajak...
  4. Buang Bayi: Kejutan Budaya di Tanah Air Sendiri “Rizal, hati-hati di luar negara nanti. Takut terkena kejutan budaya!”...
  5. Ke Syurga Bukan Dengan Jantina “Kamu mahu bercinta dengan seorang Muslim?” ibu Jane menyoal anaknya....

Advertisement

86 comments

  1. Perantau di Cape Town says:

    Salaam Uztaz,

    Rasanya keadaan melucahkan seks ini berpunca dari sifat malu tak bertempat sesetengan individu penceramah. Rasanya kalau diterangkan secara formal, ia tidak menjadi lucah, malah biasa sahaja kita belajar biologi di tingkatan 3 atau 4 dulu mengenai sistem pembiakan manusia. Masalahnya, sesetengah penceramah nie, dek kerana ‘malu’ nak cerita secara terus, mereka bercerita panjang lebar mengunakan kiasan yang menyebabkan imaginasi pendengar merawang-rawang di alam fantasi.

    Bila cerita secara kiasan dan lawak mereka mendapat sambutan, maka seperti orang mengantuk disorong bantal, makin menjadi-jadi la ceritanya sampai ada yang tercerita hal bilik tidur sendiri disebalik kiasan-kiasan tersebut.

    Masa kami hadiri kursus perkahwinan dulu (cerita lama nie), ada seorang doktor yang berceritakan mengenai hal kesihatan dalam perkahwinan, tapi dia ada juga menyentuh tentang hal-hal seks dalam bentuk yang sangat diterima, tak ada ketawa dekah-dekah dan ana rasa semua yang mendengar memang mengambil berat apa yang dicakap (walaupun doktor tu cakap agak detail). Tapi bila time penceramah lain, yang diingat bukan isi, tapi lawak tu yang lebih.

  2. ImamKhalid says:

    Sekarang budaya ceramah berunsur lucah semakin menjadi2. Mungkin kerana penceramah2 agama mendapat sambutan bila buat macam tu, pendengar pun tak ngantuk.

    Tapi yang saya tahu, majlis ilmu yang mengantuk itu lah yang lebih berkat dan banyak pahala kerana menuntut ilmu dengan lebih serius dan dugaan mengantuk yang kuat, syaitan menggoda supaya tak mendapat ilmu agama yang disampaikan.

    Sebaliknya, majlis ilmu atau ceramah yang penuh dengan hilai tawa dan bernafsu dikatakan tiada keberkatan dan kurang berhasil. Hanya sekadar hiburan sahaja, yang kalau disalahguna, boleh menjadi suatu pembaziran…

    Betulkah begitu, ustaz? Boleh ustaz perincikan sedikit, sebab saya dengar2 orang berkata sahaja…

    Saya tanya ni pun untuk dijadikan panduan saya dan kawan2 bila pergi menadah dengan ustaz2 yang ‘memboringkan’ tetapi tepu dengan ilmu yang amat tinggi nilainya, seperti bab2 keTuhanan, tauhid, dan sebagainya.

    Sebagai tambahan juga untuk mewujudkan rasa sakit hati apabila lawak lucah sebegini didengari…

    P/s: Ustaz baru balik dari Kuching ker? ;)

    • Abu Saif says:

      Saya tak pasti benarkah ceramah yang mengantuk lebih berkat? Soal MENGANTUK, SEGAR, LAWAK dan SADIS adalah topik yang mungkin berasingan dari BERKAT.

      • Kak Ija says:

        BERKAT literally bermakna kebaikan yang berkekalan, jadi ceramah yang sedemikian adalah yang membekas di hati dan mendorong ke arah MAMPU.

      • ImamKhalid says:

        Maksud saya, yang “berisi tapi membosankan” adalah lebih baik daripada “menyeronokkan tapi tidak berisi”. Yang nyata yang “menyeronokkan dan berisi” adalah yang terbaik.

        Soalnya, antara 2 keadaan tersebut (yang biasa berlaku di kawasan hulu dan luar bandar) pendengar lebih suka bertandang ke tempat yang tidak berisi tetapi menyeronokkan.

        Saya akur perkara sebegini amat jarang berlaku di kawasan bandar, kerana masyarakat celik dan tahu menilai.

        Wallahu a’lam. :)

        • Aisyah says:

          Salam… saya tidak melihat masyarakat bandar yang cerdik semuanya mahu menilai… sebenarnya memang ilmu itu penting untuk menilai tetapi tidak semua org yang berilmu mahu menggunakan ilmunya… Semuanya bergantung kepada kesedaran (hidayah)… Anyway, berbalik kepada cerita majlis ilmu yang ‘mengantuk tapi berisi’ dan yang ‘menyeronokkan tapi kosong’, saya berpendapat bukannya bila berisi tidak boleh menjadi menyeronokkan dan yang menyeronokkan itu mesti kosong. Dan yang lebih dahsyat bila tidak menyeronokkan dan kosong pula. Sangat bertuah jika penceramah itu berilmu dalam agama dan berilmu dalm menarik minat pendengarnya (ilmu psikologi) hingga dapat memberi ceramah yang berisi dan menyeronokkan… Kepincangan boleh berlaku jika populariti yang dicari, seperti kita biasa dengar, ustaz selebriti. Semoga kita dapat mendalami ilmu2 yang penting dalam menyumbang ke arah kebangkitan Islam… Bangkitlah semua saudara2ku…

  3. Perantau di Cape Town says:

    Tambahan dari reply yang pertama,

    Bukan lawak itu tidak boleh, namun sesetengah ceramah tu kadangkalah dah bertukar jadi ‘David Latterman’ show pula. Ana rasa presentation sesetengah alim kita perlu diubah sedikit, sayang kerana isinya elok, tapi kerena mekapnya berlebih-lebihan, leka kita dengan mekapnya itu.

    Kadangkala, terlalu berterus terang juga nampak macam tak beradap juga. Macam disini (mungkin juga majoriti di negara barat), dah jadi terlalu biasa, kiasan tu macam tak wujud, maka bila bercakap hal2 ‘dewasa’ ni, bila ada anak2, kita pula yang jadi tersipu-sipu. Malah ‘normal’ sahaja bila berbincang di tempat kerja topik2 seks ni, tak kira sama ada yang berbincang atau yang mendengar tu sudah berkahwin atau belum.

    Seeloknya, biar kena tempat, masa dan audien. Contohnya nak ajar pelbagai jenis ‘cakar’ (tak kisahlah rimau ke, beruang ke, koala ke), moleknya dalam kursus atau dalam buku, bukan di media elektronik percuma!

  4. Muslimin Agung says:

    Di UMS sendiri terdapat gelaran ustaz lucah! Sungguh mengaibkan

    • ums says:

      ums……banyak je letcuture yang seposen..ntah camner jadi ustaz popular tapi tym kuliah meremang bulu rome…student female slalu takut masuk klas dia….

  5. egypt_medik says:

    salam ustaz, maaf dah lama menyepi ni, terpanggil pulak nak mengomen..

    pada saya, blh je kalau penceramah atau2 ustaz2 nak bercakap benda macam tu, bergantung la kepada niat ustaz2 tu, kalau memang dia nak melawakkan benda tu, a’uzubillah min zalik…

    sebab kadang2, ada gak pompuan2 yg tak faham, kalau kita gunakan bahasa kiasan, kalau kita guna bahasa diarect, baru diorang faham, lebih2 lagi bab yang melibatkan haid.. mesti terang detail2 utk memahamkan pendengar…

    konklusinya, kembali kepada niat si penceramah…

  6. Naga Tasik Chini says:

    Mungkin kursus-kursus kahwin ni patut dibatalkan jeh. Peratusan perceraian meningkat dr tahun ke tahun. Tak menunjukkan keberkesanan dalam memberi kefahaman kepada bakal-bakal pengantin. Pengisian pula tak lebih dr borak-borak kosong di kedai-kedai kopi. Kalaupun ada yg bermanfaat, sedikit amat. Baik diberikan sahaja buku-buku bab pernikahan dan diuji kefahaman dengan ujian. Lebih mudah. Mesej sampai, kefahaman dapat diuji dan tak perlu membazirkan masa dua hari untuk mendengar omong-omong kosong.

    Negatif sangat pula komen ana ni. Tapi ini yg ana rasa sepanjang mengikuti kursus kahwin. Kekadang rasa malu sebab yg memberi pengisian kat depan tu berkopiah elok tapi bercakap perkara bukan-bukan.

    Minta maaf ustaz jadikan ruangan komen sebagai tempat meluah perasaan. hehe

    • insan says:

      tak setuju.. bukan salah ibu mengandung.. maksudnya bukan salah program kursus, tapi salah pengisi program.. kenapa marahkan nyamuk kelambu dibakar?

      • Aisyah says:

        Tapi kalau dah tiada (atau terlalu sedikit hingga tidak disedari kehadirannya) orang yang boleh memberikan kesan positif kepada program ini, saya rasa banyak perkara perlu dikaji sebelum perkara ini diteruskan, pemerhatian saya setakat ini, di Malaysia tanah airku tercinta ini, jarang sekali kajian terperinci di buat sebelum sesuatu dilaksanakan, sistem penyampaian pun kadang2 dibuat setelah perlaksanaan secara eksperimen, first batch akan menjadi mangsa eksperimen… sabar ajelah untuk setakat ini…

  7. k.long syikin says:

    salam ustaz,

    mmg semua ibu bapa akan lalui pengalaman ini. ana pun sama gak..dah kena tanya makna lesbian apa, makna haidh, makna zina apa ..tp alhamdulillah dpt jawab juga wlwpun jwpn tu on the surface kata orang. tp mmg soalan camner anak boleh ada dlm perut ummi tu mmg soalan wajib la rasanya..

    ustaz, bila anak kita belajar bab fiqah di sekolah seperti belajar perkara2 yg membatalkan wudhu’, puasa dsb yang berkaitan hukum hakam seperti perkara datang haidh, keluar air mani, jimak mmg tak dapat dielakkan. Di sekolah, ustaz/ustazah akan bagitau sepintas lalu saja, tanpa menerangkan dngn mendalam apa itu haidh, air mani, jimak dsb. jd, anak2 akan tertanya2, apa maknanya perkataan2 ini dan mereka tidak faham.

    jadi, tempat rujukan pertama mereka adalah ibu bapa. dan sebagai ibu bapa, mmg kena terangkan sebaik mungkin mengikut kesesuaian umur anak itu. untungnya kalau mak bapak tu ada background agama dan boleh terangkan cara berlapik. kalau dapat anak pintar, cakap sekali mereka boleh faham. tp kalau anak tu lambat faham, jenuh la juga..

    tp kalau mak bapa yg asas sangat pengetahuan agamanya, jwbnya mmg kena tuntut ilmu cepat2..maksudnya banyak bahan bacaan berkaitan fiqh asas ni kat kedai2 luar nun, boleh baca utk dptkan maklumat dan boleh terang ngan sebaik mungkin kat anak2.

    kita mmg tak leh nak marah kalau mereka tanya perkara2 ini, sebab kalau kita marah, mreka akan jadi fed up, sudahnya mereka akan cuba dptkan info drp rakan2 mereka..buatnya dpt kawan yg dah advanced info mereka, aduh..sakit dibuatnya..takut di luar pengetahuan kita, mana yg mrk boleh buat eksperimen, mereka buat..tu yg jadi masalah sekarang, budak2 13 tahun dah pandai buat mukaddimah zina, paling menakutkan siap berzina lagi, na’udzubillah.

    bila ustaz cakap ustazah2 pun ada gaya2 gatal dan gedik tu dengan gaya suara menggoda, hati pun risau gak..sbb ustazah2 pun boleh datangkan fitnah jugak..

  8. ummusaif says:

    Salam.
    Alhamdulillah, ramai muslimin yg respon kepada artikel yg bukan berbau politik ni.

    Memang, isu ini antara perkara yg merisaukan kami iaitu “melucahkan seks’. Seks merupakan satu topik education/pendidikan yg penting tetapi disampaikan dengan cara yg salah walaupun berniat utk santai atau bersahaja yg mana kebanyakannya berakhir atau disimpulkan sebagai bahan jenaka seperti yg kebanyakan kita alami semasa kursus kahwin!
    Semasa kursus kahwin, point yg paling penting diajar ialah bab rukun nikah kahwin, cerai dan yg berkaitan. Yang itu tak pulak didetailkan betul2 sehingga ramai yg main cerai sms atau ceraikan isteri di waktu2 yg tidak sepatutnya (eg sms mengandung).
    Ttg tip2 seks yg depa ceritakan dlm kursus tu saya rasa org yg paling sesuai utk ceritakan ialah ahli keluarga atau sahabat handai yg sudah berkeluarga. Saya teringat cerita housemate saya dulu di mana tatkala abgnya ingin berkahwin, parents mereka telah memanggil bakal pengantin ke dalam bilik parents mereka sehari sebelum nikah utk ‘dislowtalk’. Nobody outside the room knows what was discused. Mula2 saya dengar cerita ni, saya rasa dodgy jugak dan mesti abg kawan saya tu blushed pipinya. Tapi fikir2, bagus gak parents turunkan ilmu- ilmu suami.isteri soleh/ah, ibu bapa yg soleh/ah, ilmu contraception, ilmu kewangan keluarga dll. Begitu jugak dr sahabat2 yg telah pun berumah tangga. Cumanya, tak perlu lah diceritakan secara terbuka sehingga jadi diskusi umum yg explicit!

    Sex education juga wajar disampaikan oleh doktor perubatan esp bila masuk bab perancang keluarga, penyakit2 berkaitan esp penyakit kelamin (Sexual transmitted disease/STD), Pregnancy dan proses kelahiran bayi). Dan ini sesuai disampaikan secara terbuka dan terperinci.

    Berbalik kepada isu kursus kahwin tadi, saya selalu hairan mengapa doktor blh menyampaikan isi ceramah mereka (bab sains) tanpa lawak2 yg kotor/lucah berbanding ustaz yg menyampaikan ceramah bab nikah kahwin iaitu hukum/syariat Allah dpd berpandukan al-Quran dan sunnah?? Malah, saya rasa lebih baik cerita secara direct daripada berkias bcoz at last nanti ramai yg tak faham.

    Melucahkan seks di tempat kerja.

    Ini antara budaya yg biasa berlaku. Saya cukup risau akan perkara ini bcoz lawak lucah bukan sahaja diperkatakan sesama jantina malah di antara lelaki dan perempuan secara depan2 dan kadang2 secara berkumpulan di dalam perbualan harian mereka. Saya selalu berhadapan dgn situasi ini yg mana biasanya saya akan ignore atau cepat2 tukar topik. Personally, saya rasa perkara ini kalau dibiarkan ianya akan menjadi satu habit yg tidak baik. Ianya akan meleret2 kesemua bahan perbualan termasuklah memceritakan ‘pengalaman’ sendiri kepada berlainan seks.

    Sex education utk anak2.

    Selain di rumah, di sekolah2 bermula seawal tadika juga wajib menyampaikan ilmu kepada anak kita. Ilmu disampaikan mengikut tahap umur kanak2 itu. Basic things seperti
    1. asingkan tempat tidur lelaki dan perempuan,
    2. elakkan mandi bersama2 di antara kanak2 lelaki dan perempuan,
    3. tanamkan sifat malu dgn elakkan anak dr bertelanjang,
    4. memakai pakaian yg proper dan bukannya berunsur seksi seperti nampak pusat bagi kanak2 perempuan,
    5. selalu ingatkan anak sama ada dia boy or girl dan body parts.
    6. Always mention what’s their private part yg tidak blh dilihat atau disentuh oleh org lain.

    Di antara keburukan melucahkan seks ialah kesukaran utk melaksanakan sex education di kalangan anak2. Kerana terbiasanya budaya melucahkan seks ini maka ianya dgn mudah blh menular bukan sahaja di kalangan mereka yg telah berkahwin dan bekerja bahkan mereka yg bujang, tidak bekerja, remaja dan seterusnya kepada anak2. Harian Metro baru2 ini menceritakan perihal perogol di kalangan pelajar sekolah rendah yg menakutkan saya. Mungkin ianya bukan sahaja disebabkan oleh kewujudan cd2 lucah tetapi juga disebabkan oleh budaya perbualan serong dan lucah daripada ibu bapa!

  9. ummunaili says:

    salam. yang paling susah bila anak dah pandai baca surat khabar dan tanya, mummy, what is sodomy ? (maaf, ini contoh betul)

  10. uA says:

    salam,

    semoga Allah memberikan kita kekuatan utk membesarkan anak dlm dunia yg semuanya ‘canggih manggih’. Rasa terpanggil utk comment on kursus kahwin (sorry kalau keluar tajuk sikit).

    Saya dulu pergi 2 kursus kahwin..

    Satu yg disyaratkan JAIS.. tak teringat pulak apa kandungannya. ada ustaz yg humble, dok cerita how husbands should be kind to his wife. that one was good. there was also a gynae talking about family planning.

    Satu lagi organized by an NGO kat masjid kLCC. In which, it took 2 days 1 night , full of everything, (sebenarnya tak tersempat nak cover semua), but it covered (as far as i can remember):

    1. pengertian dan penghayatan mawaddah rahmah wa sakinah, by an ustaz
    2. tips kewangan (takaful, simpanan, budget planning etc), by i would say experts in finance
    3. memahami communication between husband and wife, by the one they called “bapak Baitul Muslim”
    4. perancangan keluarga (exclusive breastfeeding, condom usage, etc), by a gynaecologist
    5. penyakit2 seperti STD , by a gynaecologist
    6. perkongsian pengalaman dr pasangan2 yang telah brkahwin, dugaan dan rintangan dalam usaha mencapai no 1. tadi, by selected married couples
    7. Brainstorming and role play on ciri2 suami dan isteri idaman, how can you go through an emotional argument etc etc.
    8. Sedikit cerita ttg anak2.

    Semua yg berkaitan sex education were delivered formally, in a no-joke tone, xde lawak2. video on ceasarian section (at that time it was my first time seeing such a video!!) was also shown to us.

    Since this was a pre marriage program, they concentrated on couples’ management dulu (that’s my opinion). Ttg anak2 mungkin program lain. Mmg nampak halatuju perkahwinan itu, dan memberi gambaran vision dan mission till hereafter, insya Allah.

    • Aisyah says:

      Saya harap banyak lagi program sebegini dianjurkan memandangkan bukan satu ilmu sahaja diperlukan dalam perkahwinan… tahniah kepada uA kerana berjaya menghadiri kursus kahwin yang sangat berilmu dan menyeronokkan…

  11. Pak Din says:

    Kata aja “Itu perbuatan syaitan!”

  12. Hairul says:

    Assalamualaikum Ustaz, dan para pembaca Saifulislam sekalian.

    “Lucu dan lucah.”

    Dua perkara ini memang sukar nak dipisahkan dalam budaya kita. Kadang-kadang kita nak buat lucu, tapi tak sedar yang lucu kita itu adalah lucah.

    Dan yang lucah itu ada lucunya.

    Pendidikan seks memang perlu bermula di rumah. Ibu bapalah yang perlu menjadi guru dan membimbing anak-anak.

    Oh ya, saya tertanya-tanya.

    Perlukan kita mengehadkan pembacaan surat khabar dan buku-buku kepada kanak-kanak supaya mereka tak terdedah dengan isu-isu seksual yang negatif?

    Ataupun penjelasan dari ibu bapalah yang lebih penting bila kanak-kanak bertanya tentang istilah-istilah yang berkaitan dengan seks?

    • Aisyah says:

      Salam, tumpang lalu memberi pendapat… Bagi saya, memang penting menghadkan pembacaan anak2 tapi bila media umum memperkatakan perkara2 yang negatif, menjadi cabaran kepada ibubapa untuk memahamkan dan mendidik anak2… tidak adil pula jika anak tidak dibenarkan membaca surat khabar atau menonton siaran tv biasa…

      • rulza says:

        betul memang perlu hadkan bacaan anak-anak..saya ingat lagi mak, kalau dia beli sebarang buku,dan majalah mak akan baca dulu..halaman yang berunsurkan seks mak akan koyak dan buang….sebenarnya penting bab ni..tapi sekarang ni tgklah anak-anak sekarang buku buku, komik komik dibeli ada unsur-unsur lucah pun ada mak ayah tak heran…..majalah2 hiburan sekarang ni kalau tgk istigfar jala…dulu di rumah ayanh meng”HARAM”kan kemasukan majalah hiburan macam mangga,uitv(ntah betu ke idak sebutnya ni) dan remaja tu(zaman saya yang ni lah popular)..bila pi umah kawan2 heran kenapa ada belambak2 tapi tak berani nak baca sebab ayah tak bagi…huihui..bila dah besar baru faham maksud ayah tu….memang takda faedah lansung..merosakkan akal pula…

        • rulza says:

          lagi satu pasal tv, kawan semua org heran kenapa saya tak tengok cerita macam conan tu, lost world tu,smack down tu maksudnya crita crita yang tak tutup tutup aurat ni..kalau kawan kata apalah tak tengok, saya jawab macam mak selalu kata buat apa nak tengok cerita tak tutup aurat tu, malulah tengok aurat org, mak akan buak eksen geli dan tak suka jadi kalau anak-anak yang ikut cakap mak ayah dia, pasti diorang pun rasa tak suka…masa dok kompleks guru tu semua tingkat ada 8 buah rumah semua 7 buah rumah yang len semua pasang astro tapi rumah kami mak ngan ayanh tak mau pasang….kat rumah cuma dapat 3 siaran je.tv1 tv2 ngan tv 3..bila tanya mak kenapa rumah kita tak pasang astro mak..mak cakp 3 channel tu pun tak larat layan ni nak pasang lagi astro tu..membazir je…bila saya pi umah kawan tgk siaran macam af tu, tom tombak tu terus saya pun anti nak pasang astro…hihi..

          cntoh macam ustaz akhil hayy cerita dalam ceramah dia,

          bila keluar adegan tak tutup aurat ni, cewwah!! ayah pun tutup mata along, along tutup mata angah, angah tutup mata acik pastu ayah pesan, ” ha cerita ni budak kecik takleh tengok org besar macam ayah boleh tengok”

          ha sudah..macam mana nak kepimpinan melalui tauladan ni?…

          memang mak tapis bab bab ni…insyaallah bila anak saya dah lahir nanti saya nak didik sebegitu..walaupun cabarannya lebih besar saya akan cuba buat yang terbaik…walaupun dalam hati ada sikit risau MAMPUkah aku ni?

    • rulza says:

      penjelasan tu lebih penting sebab bagi saya, anak yang 5 ke 15 tahun tak memerlukan penjelasan yang detail..tapi boleh di lakukan dalam bentuk cerita, kiasan, humor diselit dengan baik buruk perkara tersebut, kenapa allah jadikan perkara tersebut, dosa dan pahala….anak-anak mudah menerima hal tersebut baik atau tidak baik untuk dilakukan atau diperkatakan pada waktu ni…

      tapi bila menginjak 15 dan ke atas…ibu bapa perlu terangkan dengan jelas.tapi dalam masa yang sama masih tekankan baik buruk, dosa dan pahala….masa anak ni anak dah mula nak buat eksperimen..kena tekan implikasi perbuatannya dan tatacara yang sepatutnya dia lakukan….

      mmm semua ni adalah pendidikan yang berterusan..bergantung kepada level anak dan pemikirannya….

      pendedahan terhadadap perkara-perkara seks secara terbuka tanpa kawalan ni bahaya juga…sebab tu adalah lebih baik hadkan rancangan tv dan bacaan anak2..tapi jangan menghalang secara membuta tuli…jelaskan pada anak kena takleh tengok dan kenapa takleh baca….

  13. saifuddin says:

    “Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”

    Saya tak paham apa yang lawaknya.

  14. umn says:

    salam,

    dua wajah berbeza kursus perkahwinan di sana dan di sebelah barat ini. kesamaan kursus ini adalah pada perkataan Islam di tajuknya. mungkin kerana terlalu memandang mudah, tidak diberatkan akhlak dalam ‘kursus’ (eg penyampaian) di sana. Faktor luaran yang berbeza di sana dan di sini boleh saya terima kerana Tuhan ciptakan kita berbeza-beza. eg ada yang kaya, ada yang miskin. Tetapi perbezaan dalaman (akhlak) tidak patut wujud. wallahuallam.

  15. rulza says:

    Assalamualaikum…

    keluarga saya terdiri daripada mak ayah 5 anak perempuan dan seorang nak lelaki yang bongsu..walaupun kami semua perempuan, arwah ayah sentiasa tegas dalam mendidik rasa malu dalam hati anak-anaknya….

    kalau keluar dari bilik air jangan lah nak berkemban2. arwah ayah dan mak akan marah.paling tidak kalau keluar dari bilik air mesti memakai tuala dan baju basahan….

    tidak dibenarkan memakai short atau naju yang ketat..dulu rumah kami makan bersila saja..walaupun pakai kain makan kalau bersila jangan nampak betis…kalau tak kenalah nanti…

    kalau beristirehat kat depan tv..jangan nak baring2 kalau ayah ada…duduk elok2..

    kadang2 perkara begini nampak ringan tpi kalau tak dijaga rasa malu hilang dan anak-anak akan ambil mudah tentang perkara-perkara berkaitan seks ni…..

    ayah selalu pesan, “kalau tak ajar kat rumah nanti esok esok hampa tak malu kalau pi kat rumah org”

    dalam dua minggu yang lalu saya teman suami untuk baiki internet networking kat satu rumah budak perempuan….suami bagi salam supaya perempuan tu tau yang ada lelaki datang…agak lama juga nak buka pintu ..masa tu saya ingat dia nak pakai tudung lah…rupanya sekali buka pintu, saya istigfar saja dalam hati…pakai short separas paha..baju ketat nampak abih semua…masa tu saya yang malu….saya tak pandang pun budak perempuan tu…cuma kesalnya sebab saya tak tertegur yang dia kurang sopan masa tu….dalam hati kalau lepas ni dtg lagi rumah dia saya nak tegur kalau dia pakai tak senonoh lagi……masa tu terfikir samada dia mengalami kejutan budaya atau mak dan ayahnya ambil ringan tentang perkara berkaitan rasa malu, apa itu aurat dan pendidikan seks ni…..

    masa dalam jagaan ayah, ayah selalu pesan keluar pakai tudung…bukan saja keluar gi bandar ke, sekolah ke, hatta kalau keluar seminit dua ke depan pintu tu pun……

    tentang kursus kahwin tu saya rasa wajar di teruskan tapi perlu diperbaiki lagi pengisiannya..bukan apa, bukan semua org memiliki pengetahuan agama yang baik…at least jika penyampaian nya betul mungkin ada ruang dan jalan dalam hati2 mereka ni nak berubah….kadang2 anak muda ni ambil ringan tentang soal nikah kahwin ni…jika di murnikan lagi kursus kahwin tu at least tersampailah ilmu kat mereka…..

    selalunya dari pemerhatian saya, mereka yang suka bercakap lucah dan melucukan kelucahan ni org yang pendek akal malah tak berpelajaran tinggi…selalunya mak yah diorang pun begitu, jadi benda begitu dah jadi biasa bg diorang..yang sedihnya ada juga perempuan, malah dan berumur pun…padahal walaupun lucu kadang2 apa yang mereka khabar tu adalah hal rumah tangga mereka sendiri…malunya…..

    bg saya kalau nak menerangkan tentang pengertian seks pada anak2 perlu pada peringkat umurnya.tak perlu terang secara detail.kalau dia tanya tentang seks yang negatife contoh sodomy…terangkan perkara itu tidak baik dan jangan dibuat nanti allah marah dan sebagainya dengan cara yang sesuai..contohnya tentang macam mana saif leh ada lam perut ummi…kalau pada umur macam saif penerangan secara detail dia takkan faham..mlah akan lagi mengelirukan….tapi ibu bapa perlu jadi kawan pada anak2..serapat yang mungkin…saya dari kecil sampai dah berumah tangga semua rahsia dan masalah saya tujukan kepada mak…saya rasa itu yang paling selamat..kalau kawan2 saya bercerita tentang haid, pakwe makwe, pregnancy antara mereka saya rasa mak saya paling sesuai untuk berkongsi semua tu..dan saya rasa malu nak bercakap tentang di khalayak atau antara kawan2….kalau mak dan ayah jdi kawan, kita leh guide apa yang anak2 salah pemahamannya..tapi jika mereka lebih suka rujuk pada kawan, buku, internet tanpa kawalah dan bimbingan nanti mereka akan suka ikut ikutan…….

  16. shiha says:

    Salam..

    Bab ustaz/ah melucahkan seks dan bab doktor tak melucahkan seks (bukan semua, tapi mereka yang berkenaan sajalah). Elok juga balik kpd pepatah, ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi. Ini budaya yg diperturunkan. Saya tak pasti mengenai bagaimana ustaz/ah belajar bab ni. Tapi untuk medical student (macam saya dulu), lecturers memang ajar secara direct to the point dengan muka yang biasa2 saja. Takde tersengih – sengih atau terlalu serius. Saya rasa, kat mana2 medical schoolpun macam tu. Kita respect ilmu itu, sebagai sesuatu yang perlu dipelajari, dan perlu aplikasikan utk tujuan pendidikan dan juga membuat diagnosis.

    Wallahua’lam dan wasalam

    • Ummu Aniq says:

      Masa akak sekolah dulu, waktu subjek Biologi Manusia dan Kemasyarakatan bab pembiakan manusia diterangkan, cikgu akak siap-siap beritahu kepada yang pelajar yang ketawa ” Kamu ketawa, kamu yang lucah!”.

  17. rulza says:

    jika bercakap secara ilmiah perkara tersebut tidak jadi lucah..ia bergantung macam mana ia disampaikan..macam kursus kahwin..saya rasa perlu ustaz/ustazah menerangkan sedikit tentang apa itu seks, hubungan kelamin dan sebagainya…tapi jangan pula dilucu lucukan….tu yang tak kena…

    lagi satu bukan saja cara penyampaian tapi keterbukaan kita menerima….kadang2 perkara tersebut betul tapi kita menganggap ia lucah….jadi peranan yang meyampaikan supaya menekan ini adalah ilmu yang hendak disampaikan bukan satu kelucuan yang lucah….

  18. Kalam Bicara says:

    Entah la … kenapa yer budaya “melucahkan seks” begitu dominan sekarang ? Sekarang dah jadi perkara biasa….

  19. rulza says:

    sebab tak malu….

  20. say says:

    erm..maybe ustaz2 tu perlu baca novel ayat2 cinta dan jadikan panduan…seingat sy dlm novel tersebut takde pon kelucahan…

  21. pakdi says:

    lawak mmg boleh jadi bahan untuk kurangkan hilang mengantuk peserta. tetapi lawak yang keterlaluan menyebabkan penceramah boleh hilang kredibiliti.

    barangkali ustaz, imam, khatib kita kena belajar oratory skill.

    yg byk dipelajari oleh pastor-pastor.

    bagaimana nak grab attention audience tanpa perlu byk sgt berlawak. tetapi dgn teknik lain yang lebih bersesuaian.

    • saifuddin says:

      Kalau dalam kursus kahwin, tak perlu lawak lucah rasanya. Semua perserta dalam tu tengah berkobar-kobar semangat nak kahwin. Ceramah paling boring kat dunia pun jadi menarik. Lebih kurang macam kursus hajila. Tak perlu lawak pun, tapi menarik sebab semangat nak pergi.

    • wardah syifa says:

      Assalmualaikum..

      stuju dgn statement ni..

      tp ssh jgak..walaupun ilmu agama tggi, nilai moral rendah..mcm x slari plak ustaz2 zaman ni (segelintirnya..)

  22. sweet sunnah says:

    ‘Di dalam ceramah agama pun sama juga. Kotor sungguh majlis-majlis ilmu dengan cakap-cakap sebegini.

    Malah, bukan sahaja ustaz-ustaz yang buat kerja kotor seperti ini, ustazah- ustazah pun sudah turut menjadi mubalighnya. Bercakap kotor, membuat gaya-gaya gatal dan gedik, bergaya mengalahkan selebriti… entah apa yang cuba didemonstrasikannya.’

    Hal sebegini semakin menjadi-jadi, sekiranya tidak diperbetulkan ia akan membebalkan minda ummah. Sudah tiba masanya mereka ini berubah dan saya sangat berharap artikel ini dikongsi dan dimanfaat oleh pihak yang terbabit.

    Memang benar bila para doktor menerangkan hal sebegini, masyarakat boleh dengar tanpa tersengih-sengih sebaliknya para ustaz/ah yang selalu merangsang pencemar keadaan. Mungkin mereka juga kurang faham dan arif bagaimana menyampaikan ilmu ini.

  23. guest says:

    salam ust
    off topic sikit…muka naurah masa tengah baring tu fotostat muka ust betul la…

  24. NilzaSaza says:

    Salam..

    Ana pernah dengar kawan2 cerita ttg ustaz2 kursus perkahwinan yg bicara ttg isu hubungan suami isteri tanpa menyusun kata agar nampak sopan dan supaya yg mendengar dapat ilmu untuk beribadah dengan hubungan kelamin yg halal.

    Mujurnya ketika ana dan bakal suami pergi ke kursus perkahwinan, ia diadakan pada bulan puasa. Maka langsung tidak dibincang bab tersebut dan ust hanya menyuruh kami mencari bahan bacaan masing2.

    Ana cadangkan agar ust2 yang mengikuti tarbiyyah harakiyah agar berusaha mengendalikan kursus2 perkahwinan ini supaya kita mempunyai bakal2 pengantin yg faham tujuan, matlamat dan pengisian dalam sebuah perkahwinan.

    wallahu a’lam..

    • rulza says:

      hari tu masa saya kursus kahwin awal tahun lepas, saya dan suami masa tu sajalah yang agak educated..kebanyakan yang lain di kalangan budak2 yang berumur dalam 20 an tapi dah nak kahwin…dan ada juga yang janda(cerai)….dr pemerhatian saya diorang kebanyakkannya pergi kursus kahwin sebab nak kahwin semata….dan penilain mereka terhadap perkara perkara berkaitan pendidikan seks dianggap lucah dan dijadikan senda gurau….

      alhamdulillah kursus kahwin yang saya hadiri disusun dengan baik..ustaz/ustazah dan doctor cuba membawa isu isu realiti supaya semua orng faham dan tahu nak ambil tindakan tapi masalah pada audience lak yang lebih menganggap benda tu satu bahan lawak..saya masa tu pun pelik apa yang lawak sangat bg mereka….contoh bila doctor cerita tentang HIV, seks rambang, ibu mengandung dan menyusu pun diorang leh gelak2…pastu leh lak sambung dengan perkataan2 yang berbaur lucah….

      Tapi lagi masalah juga kalau org berpendidikan ambil isu pendidikan seks ringan, dilucahkan dan dilawak2kan pula….

      bg saya ustaz dan ustazah memang perlu menerang kan realiti dan keadaan yang sebenar dalam kehidupan seks suami isteri, rumah tangga dan sebagainya..tambah tambah lagi kalau kat kawasan yang pendudukanya PENDEK AKAL..ikut apa org buat tapi taktau kenapa….macam kat tempat saya ni..johor….statistik zina sngatlah membimbangkan…salah satu sebab sebab diorang tak tahu tentang agama dan pendidikan seks ni…..

    • rulza says:

      hari tu masa saya kursus kahwin awal tahun lepas, ..kebanyakan yang hadir di kalangan budak2 yang berumur dalam 20 an tapi dah nak kahwin…dan ada juga yang janda(cerai)….dr pemerhatian saya diorang kebanyakkannya pergi kursus kahwin sebab nak kahwin semata….dan penilain mereka terhadap perkara perkara berkaitan pendidikan seks dianggap lucah dan dijadikan senda gurau….

      alhamdulillah kursus kahwin yang saya hadiri disusun dengan baik juga.bagi saya apa yang disampaikan berkisar seks, pregnancy dan rumah tangga adalah ilmu yang patut diketahui..tambah kalau ustazah dan doktor menekankan isu zina..bagi saya tu pun satu pendidikan seks…ustaz/ustazah dan doctor cuba membawa isu isu realiti supaya semua orng faham dan tahu nak ambil tindakan tapi masalah pada audience lak yang lebih menganggap benda tu satu bahan lawak..saya masa tu pun pelik apa yang lawak sangat bg mereka….contoh bila doctor cerita tentang HIV, seks rambang, ibu mengandung dan menyusu pun diorang leh gelak2…pastu leh lak sambung dengan perkataan2 yang berbaur lucah….katerbukaan minda menilai juga perlu…

      Tapi lagi masalah juga kalau org berpendidikan ambil isu pendidikan seks ringan, dilucahkan dan dilawak2kan pula….

      bg saya ustaz dan ustazah memang perlu menerangkan realiti dan keadaan yang sebenar dalam kehidupan seks suami isteri, rumah tangga dan sebagainya..tambah tambah lagi kalau kat kawasan yang pendudukanya PENDEK AKAL..ikut apa org buat tapi taktau kenapa….macam kat tempat saya ni..johor….statistik zina sngatlah membimbangkan…salah satu sebab sebab diorang tak tahu tentang agama dan pendidikan seks ni…..malah bagaimana ia berlaku pun masa kursus kahwin tu pun ada yang tak tau…

  25. khadijah says:

    assalamualaikum…ustaz,saya ingin bertanya..mungkin ada nampak kejahilan saya disini tapi jika saya tidak bertanya,maka makin jahillah saya ustaz…

    saya masih belum berkahwin tp di tmpt kerja saya kebanyakkan sudah berkahwin…dan kadang2 ustaz,gurauan mereka menjurus kpd hub suami isteri walaupun scr general….ustaz,apa hukumnya ustaz?selama yg saya tahu,hub suami isteri adalah rahsia atr suami isteri tersebut..dan menjadi rahsia selg tiada kes yg mengharuskannya…kdg2 saya rimas…org kita sekrg menjadikan ia satu gurauan yg melampau…manakan tidak anak2 remaja,bahkan yg msh bersekolah rendah ada yg menjadi ‘pelik’…harap ustaz boleh menjawab persoalan saya ini…kadang2 saya yg malu sendiri ustaz…yg general takpe..tp kalau yg dah lain,lain jdnya ustaz…

    • Aisyah says:

      Saya pun mengalami masalah yang sama… saya memang pekakkan telinga saja tapi kadang2 mereka tak puas hati dan ingin melibatkan kita dalam perbincangan yang kononnya penting (padahal langsung tidak memberi faedah walau setitik)… saya akan cuba pekakkan telinga tapi kalau dah tak tahan saya akan kata ‘Saya tidak suka terlalu terbuka (dalam membicarakan sesetengah perkara) terutama yang melibatkan DOSA…’. Senyapla diorang sekejap…

  26. saya says:

    saya sendiri sampai sekarang masih belum pernah menceritakan apa2 kisah dalam kelambu pada orang lain, hatta mak sendiri… macamana benda2 macam ni orang boleh buat sebagai lawak…???

    • rulza says:

      kalau cerita hal pasal dalam kelambu memanglah takleh cerita pada org walaupun mak sendiri….tapi kan kadang org kampung ni bila depa berkumpul mulahlah..macam benda dikeluarkannya….naik geli mendengarnya…..ni jenis org yang suka cakap sia2 ni memang begitu….dah tak tau benda nak cakap agaknya….

      • Aisyah says:

        bukan orang kampung saja… orang bandar/profesional pun kalau tak berakhlak dalam berfikir dan berbicara… begitulah jadinya

  27. mariani says:

    assalamualaikum…menarik perbincangan ni. sememangnya isu melucahkan seks bukan perkara pelik dalam kalangan agamawan. teringat waktu sekolah dulu…form5…saya bersekolah di sekolah yang dilabel sbg antara sekolah terbaik di malaysia.
    waktu tazkirah maghrib di surau, seorg ustaz (merangkap warden) telah mengisi slot.saya x ingat cerita agama yang diceritakan beliau. tp ustaz kami tu menyelitkan cerita lucah dalam surau. ada ke patut seorg ustaz bercerita mengenai pertandingan saiz payudara di indonesia dalam surau?!!!katanya, cerita tu disampaikan oleh rakannya.moral cerita tu:jangan mendengar cerita yang sia2. dah nama cerita yg sia2, kenapa pula cerita tu diperdengarkan kepada kami?gunalah contoh lain…
    bayangkan dalam surau tu, pelajar lelaki berdekah2, kami pula menyorok muka

    • Perantau di Cape Town says:

      Mungkin uztaz tu bukan berniat nak buat cerita lucah, tapi menggunakan pertandingan tu sebagai contoh (mslh akhlak di Indon dsb). Masalahnya yang mendengar tu pula menganggap cerita tersebut sebagai point of interest, or mungkin juga cara uztaz tersebut bercakap meng’induce’ pendengar supaya gelak.

      Apa pun, yang penting, cara, situasi, mentaliti pendengar perlulah diberi perhatian oleh penyampai. Know your audience bak kata omputih. Ana bagi contoh (maaf kalau x sesuai), kebanyakan art institutions abroad ada subjek human object. Depa ni selamba je guna nude model and mintak students lukis gambar model tersebut. Yang pelik, students (laki2 and pompuan) majority boleh je lukis dengan teliti (which mean they have to really look at) sebab mereka dah set in mind yang itu adalah part of their learning process (mmg ada juga yang jadi tak keruan, tp minoriti la).

      Rasanya, kalau utz tu menyampaikan dengan cara yang sesuai/betul, bukannya gelak, bahkan pakat ramai2 kat surau tu istighfar!!!

      • PemujaRahasia says:

        tp still saya tk bstuju mbincangkan perkara sebegitu dlm surau sedangkn masih byk lagi mende lain yg perlu dibincang dan dijadikan topik.

        duh~
        tktaula kalo ade org tepuk tgn, takut lebih ramai org tepuk dahi jer dengo ‘ustaz’ tu bercerita.

  28. yang lemah says:

    apa email peribadi ustaz?

  29. Abu Saif says:

    wah, marah betul rulza. sampai 7 komen bertindan-tindan :) teruskan

    • rulza says:

      bukan apa ustaz…saya dok kat parit raja ni dikelilingi oleh pelajar IPT UTHM ni macam tak tau adab seorang muslim…yalah dah terkena kat btg hidung sendiri…isu tentang pendidikan seks ni..pendidikan seks ni bagi saya bukan hanya hubungan lelaki perempaun saja tapi berkaitan fizikal dan tatacara diri keseluruhannya…macam kes saya cerita tulah ustaz..budak perempuan yang saya pergi rumah dia tu..pakai tak senonoh..ni spesis yang tak malu dan SUKA nak tunjuk aurat dia…kalau jati diri kuat mana pergi pun pasti pandai jaga diri sendiri….yang sedihnya pulak ustaz, kenapalah saya tak leh tegur..masa tu lam hati macam nak ckp last2 tak tercakap..saya istigfar sendiri….

      lagipun malulah ustaz kalau orang alim dan dipercayai keluarkan cerita lucah untuk sekadar lawak saja…

      tapi saya yakin isu pendidikan seks dan menerangkan pada sesetengah golongan masyarakat perlu…tapi dengan cara yang betul dan sederhana….contoh kat tempat saya ustaz, masa saya pi kursus kahwin tu doktor tu keluarkan statistik dr kajian dia ramai penduduk di bp ni tak faham dan tak tahu pasal apa itu pendidikan seks keseluruhannya….tambah tambah lagilah agama…sebab tulah dia kata zina paling tinggi kat johor lah….memanglah mana-mana tempat pun ada masalah sosialnya tpi saya rasa taklah seterbuka macam kat kampung saya langkawi nun…tapi kat situ maksiat TERSEMBUNYI pulak banyak….

  30. Farahanim says:

    Dengan kehadiran ustaz-ustaz yang berfikiran kotor inilah yang membuatkan sesetengah golongan dalam masyarakat tidak respect kepada orang-orang yg beragama secara keseluruhannya.

  31. ainil says:

    amat tak suka seseorang yg saya hormati(ustaz dan ustazah) buat lawak masukkan unsur2 seks…..meluat

  32. PiE says:

    “Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang ustaz di akhir sebuah kursus.

    ***

    Teringat seorang ustaz yang pernah mengajar saya di sekolah dulu. Selalu juga dia membuat lawak-lawak sebegini, dan boleh dikatakan satu kelas akan ketawa terbahak-bahak. Dan saya pun kadang-kadang turut serta dalam peristiwa ketawa terbahak-bahak itu. Nak senyapkan diri sahaja, takut dikata ‘ketinggalan’ kerana tidak memahami lawak yang dibuat.

    Ingatkan selepas meninggalkan sekolah tersebut, akan tiada lagi lawak-lawak sebegitu. Rupanya tidak. Pernah beberapa kali, saya bersama-sama dengan beberapa orang dewasa samada berbual kosong atau ada aktiviti, apabila ada di kalangan mereka membuat lawak lucah yang pada pandangan saya, agak tidak sesuai. Mungkin di kalangan mereka, lawak-lawak sebegitu adalah perkara biasa kerana mereka sudah berkahwin. Tetapi apabila ada orang muda seperti saya, yang masih jauh lagi dengan alam perkahwinan, adalah agak tidak sesuai untuk membuat lawak begitu. Mereka tidak rasa apa-apa, sebaliknya saya pula yang rasa janggal dan segan apabila lawak seumpama itu dibuat. ;)

    • Aisyah says:

      Sudah kahwin atau tidak, tidak menghalang seseorang itu untuk malu sekurang2nya kepada Allah yang meminjamkan lidah untuk berbicara…

  33. Abu Saif says:

    Aisyah,

    Saya harap setiap komen yang nak ditambah, seboleh-bolehnya biarlah yang menambah nilai dan isi dari komen yang sedia ada. Jangan terburu-buru memberikan komen

    • Aisyah says:

      Minta maaf kepada ustaz dan semua pembaca… Saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri… Diharap semua pihak dapat memaafkan keterlanjuran saya… Terima kasih atas teguran ustaz dan saya harap keinsafan ini akan terus berkekalan…

  34. anakkusoleh says:

    Ust,

    Mohon kebenaran untuk copy artikel ini ke blog kami ANAKKUSOLEH. Bagus artikel ust.

  35. wainna alkuantani says:

    salam…patutnye si ustaz yg bg ceramah mengenai hal2 perkahwinan ni kne la tau ape yg nak disampaikan dan effect ape yg telah dia smpaikan,,,main hentam keromo….x bley laaa….mcm nak tanak nasi,,,,kne letak air,,,,x bley bubuh minyak masak……..mcm tu laaa

  36. nasibah says:

    alhamdulillah ..ada artikel yang menyentuh perihal kebanyakkan ustaz/ustazah terutama yg mengendalikan kursus2 kahwin. saya tidak dapat memahami sikap sesetengah ustaz yang mesti menyentuh ‘lawak berlibido’ ini.. adakah mungkin ingin dianggap cool atau untuk meraih perhatian peserta2 yang kebanyakannya tersedia mengantuk? saya sebagai kaum hawa jijik mendengarkannya.. yang lebih mendukacitakan kadangkala di dalam tazkirah2 di surau juga turut diselitkan so called hiburan begini.. adakah demi ‘hiburan’ kaum hawa layak dipandang enteng?

  37. bestari says:

    a’kum.tak perlu bijak berkata mengenai seks.cuba banyak muhasabah diri berfikir utk memajukan diri dgn keadaan negara kita yang MELAYunya hampir tergadai. cuba jd macam cina,sentiasa majukan diri ada mereka nak ckp pasal seks!tepuk dada tanya iman.

    • saifuddin says:

      Organisma dan seks tidak dapat dipisahkan demi meneruskan kemandirian spesis. Allah mencipta manusia dicipta sekali dengan kemahuan seks atau libido, bukan tujuan untuk dilucahkan, tapi bertujuan dunia ini dimakmurkan oleh umat manusia.

      Seks dan Islam juga tidak dapat dipisahkan. Seseorang muslim menjadi mukallaf apabila berlaku sexual physiological changes atau senang cerita akil baligh. Bukankah male ejaculation dan female menstrual cycle tu sangat berkait dengan seks? ‘Seks’ itu jugalah yang menjadi kayu ukur dalam Islam untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah wajib bersolat atau tidak! Adakah Islam lucah?

      Soalnya bukanlah seks itu lucah. Soalnya pada persepsi. Adakah nudity itu lucah? Kalau tanya pada student ekonomi mungkin ya. Tapi pelajar perubatan mungkin memberikan jawapan yang berbeza. Bagaimana kita mendifinisikan lucah itulah yang membezakan.

      Budak-budak kecik perlu dididik tentang sex education dengan cara yang betul, bukanlah terus dihalang inquiry mereka. Dalam teori psychosexual development oleh Sigmund Freud, sexual drive adalah antara elemen utama yang mempengaruhi behaviour atau perlakuan manusia. Islam mengajar untuk mengawal sexual desire ini.

      Jangan sampai meremehkan seks kerana rumah tangga pun boleh retak kerana soal seks.

      • rulza says:

        bagi saya seperti yang sebelum ni, saya yakin pendidikan seks dan bercakap tentang apa itu seks serta pendidikannya adalah perlu..tetapi melalui wadah dan imej yang baik….

        kenapa orng yang bukan islam tidak bercakap tentang seks?? sebab mereka tiada halangan untuk melakukanya dan kita pun tak tahu kalau diorang bercakap dalam bahasa yang kita tak faham (maksudnya bahasa merekalah),saya rasa mereka pun sama juga.kalau mencarut apa yang mereka kata????pikir sendirilah…

        kadang2 kejumudan pemikiran kita tentang pendidikan seks secara keseluruhannya menyebabkan perkara yang kecil kita besar-besarkan..

        tapi memang betul kalau seorang yang berpendidikan agama, yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan ilmu bercakap kotor dan berlebihan2 itu adalah melampau….dan sekiranya kita sebagai manusia masih bercakap perkara yang tidak perlu dan remeh temeh itu adalah sia-sia…betul tepuk dada tanya iman tapi macam saifuddin cakap tak patut kalau kita meremehkan seks..

        pendidikan seks perlu bagi mendidik anak-anak kita dan diri sendiri tentang rasa malu dan untuk menjaga diri…ia juga perlu untuk psikologi rumah tangga, kesihatan mengandung dan std dan sebagainya…

        hmm…perlu faham juga defini seks itu sebenarnya…
        bukan semata hubungan yang berkaitan lelaki dan perempuan sahaja…kejumudan kita yang yang memberi definisi ini menyebabkan kita sempit untuk menilai bicara seks …

        kalau tengok keadaan sekarang saya yakin ia perlu disampaikan. ustaz/ustazah perlu bercakap dan menerangkan perkara realiti..sekarang ni keadaan sangat dasyat…cubalah bercampur dengan mereka yang rosak akhlak ataupun tak cukup ilmu agama, sedih mereka sangat miskin ilmu malah ada yang taktau apa-apa…sebab tulah mereka buat perangai ikut suka saja…tiada panduan….cerai berai semuanya sebab taktau ilmu seks dan rumah tangga…zina sebab tak tau ilmu seks dan agama…sekali lagi ditekankan seks itu bukan sahaja hubungan lelaki dan perempuan….tapi adab, tatacara, organ, dan keseluruhannya….

        cuma buanglah budaya bercakap tentang hal rumah tangga yang remeh temeh di tempat awam atau kepada kawan-kawan…takda faedah pun..silap2 kalau kita cerita kawan tu terpikat pulak kat suami/isteri kita..yalah nak tunjuk hebat tapi manalah tau org lain pla menyimpan cemburu…..kalau takda masalah tutup mulut..tukan rahsia…tapi kalau ada masalah perlu cakap cr lah kaunselor dan org yang boleh dipercayai….

        mencarut yang bukan2 tu pun tak payah lagi buat…kadang macam tak sengaja tapi anak-anak pulak ikut..kan payah…

  38. Raihanah says:

    salam,menarik isu ini..pengalaman sebegini selalu dilalui semasa sekolah2 dahulu dengan ustaz2 yg bercerita tentang munakahat,pernah sekali pengalaman saya yg hanya saya dan kawan(the only 2 girls) in the class,yg mana cara penyampaian yg “lucu tapi lucah” berbaur “sexual harrassment” dan “bahan ketawa” pelajar lelaki..

    sehinggakan pernah saya pernah digelar “feminisme” /”aminah wadud”kerana mengkritik cara begini..

    alhamdulillah nasib baik saya tidak terjerumus menjadi pejuang feminist/liberalist kerana isu sebegini setelah di sini(UK) saya temui “hikmah” dan “kebijaksanaan”pendakwah2 di sini yang menyentuh hati saya untuk lebih dekat dengan islam.

    alhamdulillah..saya pun tak tahulah bagaimana cara yang terbaik lagi berhikmah untuk menegur mereka yang tidak menghormati ‘sensitiviti’ wanita dan budaya begini..

    Wallahua’lam..

  39. khadijah says:

    Teringat masa ikut kursus kawin dulu. lg la dgn student UTM kesemuanya..sama shj.tipikal org majlis agama memberi ceramah.dewan penuh dn gelak ketawa dr awal hingga akhir..smpi 1 tahap rasa mcm geli dgn lawak2 lucah ustaz2 yg berpendidikan dan berilmu agama tinggi tu..

    point sy, tidak kira manusia zmn skrg smada berpendidikan tinggi atau tidak, kampung atau bandar, mak ayah dah ajar atau tidak kadangkala tetap meneruskan tradisi ni. sy pun kurang pasti di mana silapnya. dulu, semasa belajar byk dah kejadian mcm pn.rulza katakan jadi di depan mata.(sy anak jati johor dan sy menyedari perkembangan ini.masalah sosial dan akhlak remaja semakin meruncing walau di mana2 shj).. masa tu hati juga terdetik, mak ayah dia tak ajar ke? tp, akhirnya sy menyedari kesilapan sy bahawa kita tidak boleh sewenang2nya menyalahkan ibubapa 100% apabila melihat akhlak remaja sekarang. tp, mmg benar anak2 itu cerminan ibubapa.

    maksud sy, bila kita mula mempersoalkan bagaimana ibubapa lain menjalankan tugasnya dlm mendidik anak, natijahnya kelak, kita juga akan menjadi ibubapa kepada anak2 dan dugaan ke atas kita akan jadi lebih hebat dr org yg kita persoalkan itu nanti.walaupun org berkenaan tak tahu,tp dgn kata2, Allah akan menguji setiap hambanya dgn apa yg diperkatakannya.

    Oleh sebab itu, sy suka mengambil pendekatan utk memerhati dan menilai sesuatu situasi. Kelak,bolehlah sy ambil pengajaran utk mendidik anak2 pd masa zmn yg lbh mencabar akan dtg.

    Bukan apa ustaz, pd pemerhatian sy secara peribadi kadangkala ibubapa dah ajar akhlak yg baik, pendidikan agama yg cukup, termasuk sebarang perkara yg tak sepatutnya perlu ditapis sejak dr kecil tp semakin membesar anak itu apabila semakin ramai kawan yg bermacam2 dan keadaan sekeliling yg semakin mencabar dan terbuka ini, apa yg ditutup atau dihalang oleh ibubapa itulah semakin membesar perasaan ingin tahu anak itu. mulalah melakukan kemungkaran secara perlahan2 di belakang ibubapa yg amat garang itu.

    Sy amat takutkan dgn situasi begini. bagi sy klu ada anak kelak, biarlah dia melakukan kesalahan atau kesilapan di dpn mata sy sendiri atau bertanya dgn ibubapanya sendiri drpd senyap2 dia melakukan kesalahan di belakang sy dgn mengkhianati pendidikan agama dan cth2 baik yg sudah diberi apatah lg mendapat jwpn yg salah drpd org2 yg kita tak pasti niatnya. A’uzubillahi min zaalik..

    ** saya Khadijah yg lain ye, bkn org yg sama dgn komentar di atas sblm ni..hrp maklum..**

  40. abqorian says:

    salam ustaz@abusaif..wow banyaknya komen..

    sy xsempat nak belek satu2, manalah tau kopi yg sy
    nak hidangkan
    ni dh pun dihidangkan sebelumnya..

    takpa lah, sy hidangkan juga-sy namakan ini kopi ekspresso Jakarta.
    mudahan enak dirasa.

    kes melucahkan seks ni, sejak zaman sy sekolah kat SBP di selangor, kami dh ‘menikmati’nya.

    muak dan menyampah dengan ustaz2nya..berganti-ganti
    ustz, tp modal lawak tetap tak berubah..

    maybe nak tarik perhatian audience (students2 skolah
    menengah SBP) spaya tak tidur atau berborak..

    ujung2nya, ilmu agama yg disampaikan penuh dgn
    caca-merba, yg diingat dari ceramah2 tu hanyalah lawak bodoh
    dan lucah yg menjatuhkan
    imej org2 agama..

    alangkah baiknya sebahagian golongan ini mendalami
    ilmu masing2 sehingga dpt berhujah dgn baik dn
    menyelesaikan permasalahan ummat..

    kes kursus kahwin pun satu hal. sy pernah ikut secara percuma
    selepas tamat A-Level, nilai dari kursus tu hampir takda..
    penuh crita sensual yg tak perlu
    diceritakan pun. maka, dengan pengisian kursus yg sebegini
    sy tak hairan kalau ramai pasangan gagal melayari bahtera rumahtangga dengan baik..mungkin juga ramai yg terpaksa ikut
    sekadar utk mendapatkan sijil kursus spaya boleh menikah..

    tp malang buat sy sebab sijil tu dh hilang..aduiih, kene la buang masa 2 hari lg utk dengar lawak2 mereka..mudah2an pengisiannya
    lebih baik di masa akan datang..

    kalau ustz jadi tenaga pengajar di kursus2 kahwin pun orait juga. kalau ustz terlalu sibuk, mungkin shbt2 yg sefikiran dgn ustz boleh mengisi ‘kekosongan2′ di kursus2 kahwin tersebut=)

    just my 1000 rupiah..wassalam

  41. Mujahidin Islamiyyah says:

    Salam untuk saudara seiman..

    semoga kita sentiasa diberkati Allah.. apa khbar iman d hati…

    selagi insan mampu mngawal diri dan sentiasa beristiqamah di atas jalan

    yang lurus ini (Islam), insyAllah tiadalah cacat celanya keperibadian insan

    itu kerana syumulnya (Islam) yang dijadikan pegangan hidup…

    Niat hanya disandarkan kepada Allah Yang Maha Esa…pasti segalanya

    baik sahaja…

  42. nourhayati says:

    salam ustz,
    kita semua dapat perhatikan sekarang ini sex n lucah menjadi hidangan yang paling laris. oleh itu kita sebagai umat yang beragama jadilah guru,ustaz n ustazah yang baik untuk pendidikan anak bangsa kita yang semakin rosak akhlak..
    untuk pengetahuan ustaz, kerajaan kelantan bawah pimpinan ulamak yang bertama mewajibkan pemaju perumahan sepaya setiap rumah yang dibangunkan wajid tiga(3)bilik, ini adalah bagi memisahkan tidur ayah n mak , anak perempuan dan anak lelaki.. muga semua ini dapat menghalang perkara yang tak diingini.

  43. wawi says:

    assalamualaikum ustaz.. rasa tak puas pulak baca article ni.. macam tersekat separuh jalan.. harap ada sambungan dari article ini. Terima kasih ustaz.

  44. Hafizadam says:

    akhirnya, kursus kahwin seolah2 memberitau perkahwinan cuma demi seks!

  45. ALFirdaus says:

    Assalamualaikum Ustaz ..,

    Pada pandangan ustaz .. ade ke care yang efektif untuk menyedarkan golongan USTAZ-USTAZAH LUCAH ni dari terus menerus dengan ceramah@kursus yang membuatkan para pendengar terus berkhayal dari ucapan² yang lalai yang membabitkan isu seks ini ..

    “Jadilah manusia sejati, jangan biarkan orang lain merosakkan kita.” “Allah sentiasa melihat pergerakan kita”.

    wallahualam.

  46. Hazimah says:

    Assalamualaikum…
    Sy sendiri ada pengalaman mengikuti ceramah yg diselitkn dgn unsur2 lucah. Kalau yg beri ceramah tu bkn ustaz atau pun ustazah sy boleh terima. Tp bila golongan agama yg bercakap dgn cara yg langsung tak berhikmah ni meluat nak dengar. Kononnya nak buat lawak. Secara jujurnya sepanjang hidup sy, rata2 rakan2 memberikan komen yg sama, ustaz dan ustazah kebanyakannya suka cakap lucah.. Mmg tak semua mcm tu tp biasa la krn nila setitik rosak susu sebelanga. Kesimpulan yg boleh sy buat.. menilai pada apa yg diperkatakan, bukan pd org yg berkata-kata.

Leave a Reply