“Ya, kita berikan tepukan gemuruh buat peserta kita yang hebat itu tadi!”, kata pengacara Akademi Nasyid di TV9.
Seluruh hadirin bertepuk tangan.
Hairannya, kenapa semua bertepuk tangan terbalik?
Peserta bertepuk tangan terbalik. Penonton pun sama. Apakah ada arahan di belakang kamera menyuruh begitu?
Menepuk tangan terbalik adalah suatu pemandangan yang biasa kita temui. Lazimnya ia berlaku di dalam majlis yang bersifat Islamik, dan hadirinnya oleh mereka yang berakhlaq dengan akhlaq Islam. Namun, sejauh manakah bertepuk tangan terbalik itu menjadi sebahagian daripada akhlaq Islam?
PANDANGAN ISLAM

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu. [Al-Anfaal 8: 35]
Kalimah Mukaa’ di dalam ayat ini bermaksud perbuatan bersiul-siul. Manakala kalimah Tasdiyah itu pula bermaksud menepuk-nepuk tangan.
Kedua-dua perbuatan ini dilakukan oleh kaum Arab Jahiliah dengan maksud ‘ibadah’ mereka di dalam ritual di keliling Kabah. Ia dicela oleh Allah SWT, di samping tawaf jelek yang mereka lakukan dalam keadaan bertelanjang seperti keterangan Ibn ‘Abbas..
Sebahagian ulama’ mengumumkan maksud bertepuk tangan di sini secara meluas kepada keseluruhan perbuatan bertepuk-tepuk tangan. Justeru perbuatan ini dianggap terlarang, atau sekurang-kurangnya makruh di sisi Islam.
Apakah lagi bagi kaum lelaki, kebiasaan bertepuk tangan diasosiasikan dengan perempuan. Sama ada kerana peruntukan syara’ untuk perempuan membetulkan Imam di dalam solat dengan menepuk tangan, atau pun kerana budaya masyarakat Arab yang menjadi kelaziman kaum perempuan di dalam keraian mereka sering bertepuk tangan untuk berhibur.
Pandangan seperti ini dikemukakan, antaranya oleh Sheikh Ibn Baaz di dalam Fataawa Islamiyyah, j. 4, ms. 332-333.
Justeru alternatif kepada perbuatan menepuk tangan untuk merai atau menunjukkan penghargaan kepada sesuatu, wajar dilakukan dengan melafazkan Allahu Akbar, atau kalimah-kalimah pujian biasa seperti “bagus”, “well done” dan yang seumpama dengannya.
PANDANGAN KEDUA
Akan tetapi, bagi Sheikh `Atiyyah Saqr dari Jawatankuasa Fatwa al-Azhar, perbuatan bertepuk tangan yang ditegah itu adalah bertepuk tangan yang bermaksudkan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah, kerana sesungguhnya ia adalah cara jahiliah yang tidak harus bagi seorang Muslim menirunya.
Walau bagaimana pun menepuk tangan di dalam kehidupan harian, atau majlis-majlis biasa, tiada sebarang nas yang menegahnya, maka ia mengambil hukum HARUS yang asal. Bertepuk tangan tiada salahnya.
Akan tetapi, untuk majlis yang diadakan di dalam masjid, dengan suasana manusia beribadah secara khusus kepada Allah, bertepuk tangan bukanlah sesuatu yang molek untuk dibiasakan.
Justeru, pada ruang yang ada ini, pilihlah di antara bertakbir atau bersorak dengan kalimah-kalimah yang menyuntik semangat serta penghargaan, atau bertepuklah tangan seadanya.
Ada pun bertepuk tangan secara terbalik, ia suatu keganjilan yang tidak harus dinisbahkan kepada akhlaq Islam hingga menimbulkan sangkaan bahawa itulah cara yang diajar oleh Sunnah.
ANTARA TAKBIR DAN BERTEPUK TANGAN
“Saya rasa kesedaran Islam di Malaysia jauh lebih baik dari di Turki. Jika di Malaysia, ceramah kita disambut dengan laungan takbir. Tetapi di Turki, mereka bertepuk tangan dalam ceramah gerakan Islam!”, ucap seorang pemimpin pertubuhan Islam, mengulas pengalamannya sejurus pulang dari Turki.
Antara takbir dan bertepuk tangan, saya menepuk dahi!
Janggal sungguh pengukuran yang dangkal sebegitu.
Apa pun, marilah kita tonton satu sedutan ceramah oleh Sevki Yilmaz, bekas Ahli Parlimen Parti Refah dari Rize, Turki, yang menjadi pemidato favourite saya, di dalam satu majlis anjuran Milli Genclik Vakfi pada pertengahan 90an.
Semenjak dijatuhkan hukuman penjara ke atas beliau dan beberapa siri tekanan lain ke atasnya, khabar terakhir saya memberitahu Sevki Yilmaz melarikan diri ke Jerman. Tuduhan menghina Ataturk, tentera dan Suleyman Demirel, tidak mengizinkan kehidupan yang selamat buatnya di tanah air sendiri.
Antara takbir dan bertepuk tangan, saya memilih kualiti perjuangan!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor






salam..
ustaz, nak komen sedikit tentang penyakit ‘jump to conclusion’. kerap saya lihat orang malaysia buat kesimpulan ‘mudah’ berdasarkan pemerhatian mereka. bukan sahaja yang berada di malaysia tapi malaysian yang duduk di bumi asing pun tidak terlepas dari fenomena ini. lebih2 lagi jika pelawat dari malaysia yang datang ke sebelah barat ini, mudah sangat nak associate dengan perkara2 negatif. macam dah jadi trend tiap2 kali mereka lawat dunia barat ini. saya selalu senyap saje memandangkan sebahagian mereka lebih tua dari saya. pernah juga saya terangkan kenapa barat buat begini dan begitu, kenapa sistemnya seperti ini etc. cuba untuk menerangkan logiknya tapi susah bagi mereka untuk faham. salah cara saya agaknya. mungkin kesan media yang selalu berikan tafsiran negatif kepada dunia barat, habis semua perkara yang ada di sini jika boleh hendak dicari ‘cacatnya’. kalau benar barat ini teruk, kenapa mereka masih mampu sediakan tempat solat bagi muslim di tempat kerja, airport, university? kenapa mereka mampu berikan ruang kepada muslim untuk suarakan pendapat sehingga suara muslim mampu didengar di Congress kini? bukankah muslim pernah dicop sebagai musuh utama kepada mereka dulu. tindakan ‘jump to conclusion’ selalu membawa padah jika tidak diperbaiki. saya bukan nak protect barat tapi pandangan saya mereka memang mereka layak (bukan berhak) pimpin dunia sekarang selagi kita (muslim) tak pulihkan keadaan kita dan masyarakat. wallahuallam..
wsalam wbt.
macam mana nak kaitkan dengan tajuk ni ya?
ustaz ada tulis mengenai pemimpin yang baru pulang dari Turki dan melontarkan pandangannya. perkara yang biasa berlaku jika ada lawatan ‘short-term’ ke negara asing, dan pulang dengan macam2 cerita yang ‘seronok’ didengar, lebih2 lagi jika society atau sistem kita dijulang2 lebih baik, lebih bagus, lebih segala2nya. kitalah yang terbaik kononnya. jika benar kita terbaik, buktikan dengan fakta bukan dengan cerita yang mendodoikan.
OooOoo, ok ok. Nampak dah
Setuju!
saya sebenarnya masih terkesima(kalau perkataan ni betul) dgn penerangan ustaz…masih banyak lagi yg tak diketahui dan yg diamalkan tanpa tahu kesahihan nya…hmm…mungkin byk lagi pemulihan yg perlu dilakukan…
satu artikel yg menarik….maksud yg disampaikan hampir sama dgn artikel yusuf islam….keperluan utk kita berfikiran terbuka dan byk melakukan kajian sebelum sesuatu itu difatwakan…malah perlunya sesuatu yg sudah difatwakan itu boleh dikaji semula utk dilihat kesesuaian nya(lebih2 lagi berkenaan cabang2)
waalahualam (minta ustaz betulkan jika saya salah
Salam,
Masalahnya ramai yang buat sesuatu sebab ikut-ikut. Dah lah sendiri ikut-ikut, ajak/ajar orang lain buat benda yang sama.
Since ustaz dah menulis bab ni saya pun nak berkongsi pandangan. Ni bukan masalah ajar benda yang tak elok…tapi benda elok yang tak di teruskan. Waktu saya masuk SBP tahun 1980an almost all female student tak bertudung. Minggu orientasi di tamatkan dengan pertandingan nyanyian, temasuklah saya….Pada masa tu juga seorang sahabat yang masuk memperkenalkan pemakaian yang menutup aurat. saya respect dia sebab waktu semua org dtg dgn kepala yang ‘gondol’ dia berjubah hitam dan bersarung tangan. kakak nya yang dtg pula menutup muka..angin perubahan melanda. Beberapa tahun kemudian tiada lagi pertandingan nyanyian..alhamdulillah. Tapi masa tu jugaklah tepuk tangan terbalik ni saya belajar. saya pun macam org lain lah tepuk lah tgn terbalik. masa tu jugaklah ramai gang yang ‘alim-alim’ pakai tudung labuh dan jalan tunduk ke lantai. saya respect depa sebab saya ni (masa tu lah) menganggap tentu ilmu mereka tinggi sebab bkn senang nak bertudung labuh…masa berlalu..Now bila bertemu kembali saya ‘pelik’ sebab ramai dari mereka dah tak mcm dulu..Ada yang dah ‘gondol’ balik..sedih jugak menengoknya. Bila umur dah nak menuju separuh abad ni saya melihat benda ni sebagai kesan dari buat sesuatu tanpa ilmu ….ikut-ikut aja…
Kepada yang bertudung labuh harap jgn tersalah anggap akan tulisan saya ini…Saya sekadar mengenang mereka yang tak meneruskan apa yang mereka percaya dari awal..
Jika mereka faham kenapa mesti hidup bertuhan..insyAllah senario yang Dr N ungkapkan tidak akan berlaku…Islam ikut-ikutan dan Islam warisan,selama mana Islam semacam ini kekal dikala mana arus jahiliah melanda…Senario seperti diatas…
Betul.. saya setuju. Cuma tambahan, kita semua melalui satu masa ‘penemuan islam’ yang bukan islam makbapak. Tapi seperti biasa, as time goes on, kita akan diuji. Di uji untuk melihat kefahaman kita keatas perbuatan kita semasa bertemu dengan ‘Islam bukan makbapak’. Dengan kefahaman yang jelas yg kemudian kita jadikan prinsip, kita akan diuji sehingga sampai ke satu tahap, apakah prinsip yg kita pegang itu yang sebenar. Artikel tentang Yusuf Islam, dan ustaz sendiri, yang menolak muzik semasa pertemuan Islam bukan makbapak, diuji Allah. Dan kita lihat mereka ini akhirnya bertemu dengan konsep kesederhanaan di dalam islam itu sendiri. Ustaz sebut tentang kepelbagaian dalam islam itu sendiri, sememangnya ujian kepada kita umat Nabi Muhamad yang ditinggalkan dengan Al Quran dan Sunnah. Wallahu’alam.
Assalamualaikum,
Memang terpanggil untuk sama-sama berkongsi pengalaman. Saya termasuk dalam senarai seperti yg dinyatakan abu saif (menepuk tangan secara terbalik) & seperti apa yg disebutkan DR.N (bertudung labuh), tetapi perbuatan menepuk tangan secara terbalik berlaku secara semulajadi pada diri saya. Mungkin dari kecil terikut-ikut cara orang dewasa menepuk begitu. Untuk perbuatan bertudung labuh pula, saya tidaklah bertudung labuh sepanjang masa. Pernah juga kene ‘sekeh’ dengan soalan “kenapa kejap pakai tudung labuh kejap tidak?”, bila saya berkurung memang saya bertudung labuh, ‘time’ main badminton ‘idok ler’, bilamana berkeadaan selesa, masih menutup aurat, longgar & yakin tidak akan mendatangkan fitnah maka pakailah seadanya. Semoga sebagaimana Allah mencantikkan kejadian manusia itu, maka perindahkanlah juga akhlak & akidahnya.
“p/s:ngeri jugak dgn mentaliti remaja sekarang yg berpandangan tak mesti yg menutup aurat tu baik, yg penting hati mau baik..???”
Terima kasih diatas huraian. Kebanyakkan budaya atau adat yang kita anggap ‘islamic’ sebetulnya tiada nas2 dalam Al-Quran & Hadis.
Jazakallahukhair
most of malay culture origins from akhlak islam actually.. but people who define themselves as pejuang budaya come with the idea that malay is all about kesenian… so in here let we define again our budaya and make it bombastic like what we did 500yrs ago…
Salam,
‘Bertepuk tangan di dalam kehidupan harian, atau majlis-majlis biasa, tiada sebarang nas yang menegahnya, maka ia mengambil hukum HARUS yang asal. Bertepuk tangan tiada salahnya.’
hmmm….nak tergelak pun ada…bermulanya saya bertepuk tangan terbalik semasa duduk di asrama…di suatu masa yang ramai pelajar kena histeria….antara warning ustaz kami jangan bertepuk tangan kerana ia akan meramaikan syaitan.hanya tepuk terbalik…tidak boleh jalan di bawah ampaian kerana di situ adalah tempat syaitan bergayut…( hu…hu….kami pelajar ni jahil,jadi kalau seorang ustaz dah keluarkan fatwa sudah pasti ramai yang mengiakan dan tak perlulah mencabar dari hadis mana)
Saya kira banyak lagi perkara yang masyarakat kesamaran peraturan dalam kehidupan keliru antara amalan ciptaan manusiawi dan amalan /petunjuk dari ilmu wahyu. Adakalanya orang yang di percayai memulakan pelanggaran prinsip maka diakhiri amalan masyarakat.Mungkin di sini disebabkan kegagalan kedua-dua pihak memahami dan menghayati ilmu itu sendiri.
Terima kasih kepada ustaz kerana setiap artikel ustaz adalah siri “transformers” yang dapat berkembang dan merubah pemikiran pembaca berlandasan Quran dan Hadis. Jazakallahu khairan…
Tidak boleh berjalan di bawah ampaian tu petua orang tua-tua. Nanti dapat sakit kepala.
Mungkin tepuk tangan terbalik ni petua orang tua-tua juga kot. Budaya orang Melayu ni takde yang dikitabkan, semuanya diturunkan dari mulut ke mulut. Susah nak detect mana asal-usul dia.
Jalan tunduk di depan orang tua, jangan makan berpindah randah, kalau diikutkan memang takde dalam sunnah. Tapi dalam alam melayu, kalau tak ikut namanya tak beradab. Dan tidak beradab pun tidak sunnah juga.
saya objektif terhadap adat-adat melayu. tetapi saya tidak rasa budaya menepuk tangan terbalik ini sebagai adat melayu. ia tiada dalam amalan ibu bapa datuk nenek kita. ia hanya amalan orang-orang ‘Islamik’
@Abu Saif, salam ustaz rasa terpanggil pula untuk komen di sini. Pertama – sebagaimana ustaz tidak rasa budaya menepuk tangan terbalik sebagai adat Melayu, saya juga tidak rasa budaya menepuk tangan macam biasa tu adat Melayu. Jadi, kita jangan sinis apabila apa yang dikatakan orang-orang ‘Islamik’ itu cuba membudayakan amalan menepuk tangan terbalik kerana itu adalah satu alternatif yang cuba diimbangkan antara tepuk ke tak tepuk. Nak tepuk tak ada nas kata boleh meskipun sesuatu yang tak ada nas harus tetapi tepuk ini sebagaimana tulisan ustaz adalah amalan orang Jahiliyah. Demikian juga pandangan Sheikh `Atiyyah Saqr dari Jawatankuasa Fatwa al-Azhar. Juga amalan tepuk ini tidak ada dalam sirah Rasul. Sebab itulah, orang-orang yang dikatakan ‘Islamik’ ini cuba mencari kaedah selamat antara tepuk, tak tepuk. Jadi, tak salah pun kita tepuk terbalik kalau kita rasa tepuk macam biasa pun ok. Daripada kita tepuk dahi, baiklah kita tepuk terbalik.
salam…jujur,ana semalam beringat kisah tepuk tangan di Turki itu apabila membaca article “Dia Kembali”..tgk2 hari ini ustz,menukilkan cerita ini… Erm,kuat betul firasat ustz…
“Tutup aurat tak penting sgt, yg penting dekat dalam @ HATI mesti baik-Allah tak tengok luaran, Allah nilai yang di dalam”. Betul KokMi, bukan saja remaja, malah dari artis sampai ke anak isteri menteri kita berkata begitu. Mohon jika boleh Al Fadhil Ustaz garapkan artikel berkenaan statement sebegini.
yang pentingnya hati mesti baik dan ikhlas.luaran tidak penting. tetapi jika melanggar hukum Allah adakah sesuatu perkara yang baik? dari mana datangnya sikap itu jika bukan dari hati? bolehkah kita katakan hati kita sudah baik jika melanggar hukum Allah?
salam,
imam bukan statik. Imam/hati baik – perlu diterjemahkan. Samalah juga dengan sesuatu identiti. Jika hanya menekan identiti muslim atau mukmin ini hanya terkurung dalam hati, ia bercanggah dengan the concept of – act of identity – yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam byk sabda baginda cthnya hadith2 tentang sifat golongan yang beriman, maka rasulullah ulas dengan bbrp ‘acts’ yang bukan statik – melalui tindakan spt berbakti/berbuat baik pd org tua, jiran, membuang duri di jalanan, act amar maaruf nahi munkar dsb. Begitu juga sifat golongan beriman dalam surah al-mukminin digariskan satu persatu terjemahan/acts of the mukminin utk mencapai tahap mukminin yang dijamin syurga firdaus.
(boleh baca tariq ramadan dan juga marranci punya tulisan utk lebih fahami proses identiti muslim berkembang – tak statik)
Begitulah juga menterjemahkan keimanan kita kpd ayat-ayat tentang aurat wanita, maka ditutup aurat dengan sempurna. ‘Dengan sempurna maksudnya luas samada berjubah, berbaju kurung, berseluar, berskirt labuh, bertudung tiga segi, bertudung labuh, berjalan dlm berkotak, berbaju besi dsb. (maaf, hanya teringat bbrp kenangan silam bila rakan2 berjubah komplen, baju dipakai tak dpt menampung aurat/dada/susuk tubuh utk ditutup apabila ditiup angin kencang)
- kembali pd tajuk – bertepuk tangan. Bertepuk tangan ini salah satu cara melahirkan kegembiraan, mengucapkan tahniah atas kejayaan dan lain2 ucapan dengan matlamat yg positif. Mengucapkan tahniah adalah sunnah dan ajaran akhlak Islam. Jika dengan bertepuk tangan boleh melahirkan perasaan gembira dan menzahirkan tahniah, maka apalah salahnya. Bahkan jika individu yg berjaya itu seorang muslim, mengapa dingin sambutan diberikan untuknya?
cumanya spt yg ust, sebut – kehidupan kita ada asas, ada perkara ibadah, dan ada perkara yg digariskan halal haramnya. Bertepuk tangan untuk suara wanita yang dilagukan hatta dalam bentuk nasyid sekalipun, perlulah difikir-fikirkan. Semoga Allah tidak gelincirkan kita ke dalam perkara yg samar dan juga diharamkan.
typing error – imam – itu ‘iman’
jzkk
Assalamualaikum thaqeefayyub,
“Tutup aurat tak penting sgt, yg penting dekat dalam @ HATI mesti baik-Allah tak tengok luaran, Allah nilai yang di dalam”.
Sebenarnya statement seumpama ini telah banyak kali ustaz hurailan, cuma taklah exactly the same statement. INPUT-PROSES-OUTPUT. Iman itu INPUT, Solat, amal ibadah, menutup aurat, ini baru PROSES. OUTPUTnya ….
Saje je gian nak bagi tutorial nih.
OUTPUTnya kak ija.?
ermm.. tgk bab mcmni teringt la ms sek dulu, ustz kt org yg berfikiran mcmni mmg xleh kt bwk berbincg dgn dlil sma, dia kata kt tnya dia, kalu pg kedai, antara kedai yg terjaga kebersihannya, tertutup elok dgn kedai yg terdedah. yg mane lg menjadi pilihan? ermm..
Sebenarnya INPUT ini pelbagai, ilmu, pemerhatian, pengalaman dsbnya adalah INPUT. Apabila kita berfikir dengan sengaja, kita telah memPROSES input ini dengan baik, dan memberi reaksi positif terhadapnya, tetapi sekiranya kita biarkan INPUT2 tersebut mempengaruhi kita, lebih malang lagi jika ianya memberi kesan/pengaruh negatif ke atas hidup kita. Ini merupakan PROSES tidak sempurna.
OUTPUT bagi PROSES yang baik adalah akhlak yang baik, orang yang memberi manfaat kepada orang lain dsbnya. PROSES yang tidak sempurna memberi OUTPUT sebaliknya.
Kesimpulannya, selalunya kita tidak dapat memilih INPUT tetapi kita boleh memilih PROSES. Anda boleh mengubahnya.
“Ada pun bertepuk tangan secara terbalik, ia suatu keganjilan yang tidak harus dinisbahkan kepada akhlaq Islam hingga menimbulkan sangkaan bahawa itulah cara yang diajar oleh Sunnah.”
Tetapi berjaga-jaga agar tidak terjatuh ke dalam kesilapan / dosa adalah sebahagian daripada akhlak Islam.
Pada pandangan saya, tepuk terbalik tu adalah cara untuk kita berjaga-jaga agar tidak sama dengan kelakuan jahiliyyah. Boleh atau tidak? pada saya boleh, tetapi berjaga-jaga itu adalah lebih baik.
Itu yang dinamakan wara’: meninggalkan perkara yang boleh kerana takutkan perkara yang tidak boleh!! meninggalkan tepuk tangan biasa kerana takut menyerupai orang Jahiliyyah maka kita tepuk tangan terbalik.
Wallahua’lam.
Sedap ceramah walaupun tak faham bahasanya. Jarang orang ceramah sampai boleh membuat tangisan.
Point inilah yang menjadi sebab kenapa saya menulis artikel ini. Setelah penjelasan syara’ diberikan tentang kedudukan hukum menepuk tangan, saya tidak mahu “alasan menjaga agama dan membezakan diri dari amalan jahiliah”, maka kita bertepuk tangan terbalik.
Kebimbangan timbul apabila ia jadi seragam di dalam Akademi Nasyid. Apa-apa yang ditonjolkan melalui media, akan menjadi suatu proses pembudayaan. Secara berperingkat, orang akan menganggap bertepuk tangan terbalik itu adalah Islamik. Hakikatnya, alternatif yang ada ialah bertepuk sahaja tangan seadanya, atau tinggalkan terus.
Hihihi..tiba-tiba saya teringat idola hiburan alaf baru cik Siti Nurhaliza kita pun tepuk tangan terbalik….
-Kalau mcmtu kenapa tak tinggalkan terus..tak payah bertepuk tgn langsung, takbir je..
Dulu, semasa sy di asrama (SMKA) kami dibiasakan dgn takbir shj setiap kali mengalu2kan sesuatu upacara.ada juga sy melihat bertepuk tgn terbalik ni tp hati rasa tak sedap..mcm ada yg tak kena..(macam tak ikhlas menepuk, lagipun berbunyi ke sbg menunjukkan rasa kita menghargai sesuatu?)
Berdasarkan artikel ustaz, yg menyerupai amalan jahiliyyah apabila ia melibatkan dalam upacara ibadah spt dalam masjid yg tiba2 bertepuk tgn..jd, di majlis2 keraian yg lain tak perlulah tepuk tgn terbalik.tepuklah dgn seikhlas hati, bukan kerana kita hendak atau mahu mengikut amalan jahiliyyah tapi hanyalah semata-mata utk menghargai dan menghormati suatu majlis mahupun situasi.
lps baca artkel ni barulah sy tau kenapa hati sy rasa tak sedap bila bertepuk terbalik..terima kasih ustaz atas penerangan ni.
salam
Artikel yang sangat berguna. Zaman ikut-ikutan begitu harap-harapnya berakhir. Manusia dibekalkan dengan akal untuk berfikir, mencari yang haq. Syiar Islam yang difahami masyarakat banyak yang palsu daripada yang benar. Perkara juz’i yang belum tentu benar salahnya menjadi syiar atau lambang ISLAM. Sedang yang haq dan terang terangan termaktub dalam al-Quran dikatakan bathil. Fitnah Syubhah (kekeliruan) diakhir zaman ini penyelesaiannya ilmu. Ilmu yang tentang haq dan kebenaran, ilmu DIEN ringkasnya.
wallahua’lam
Salam fzkr,
saya rasa lah point terpenting yang ustaz nak sampaikan dalam banyak artikal artikal dia ialah toksah lah mengaitkan perbuatan/benda-benda yang tak da dalilnya dengan amalan ‘islam’. kalau sah tak da, tak usah la even ‘kait-kait’ atau ‘diambil sebagai alternatif’. tambahan pulak disiar dalam TV yang ditonton berjuta-juta orang. Kat Malaysia ni ( kat mana-mana pun samalah saya rasa) banyak orang yang suka ikut-ikut…Yang suka nak jadi ‘ala kebaratan’ ikut-ikut ‘perangai yang tak elok dari barat’. yang eloknya tak diambil pulak (especially bab kebersihan – saya tension kalau pergi rumah yang ahlinya dari segi pakaian etc..memang hebat masyaallah…tapi masuk rumah, dapur and tandas…ngeri)
Yang nak lebih ‘islamik’ ikut pulak ‘perangai-perangai ala islamik’ yang tak semestinya berdalil. Masalahnya kalau kita ikut benda yang buruk tu memang jelas buruknya dan orang sekitar pun boleh tegur. Tapi kalau perangai ‘ala-ala islamik ni ‘ termasuklah tepuk tangan terbalik sapa yang berani nak tegur? Dah tu selepas bertahun-tahun akhirnya kalau tak dibetulkan seluruh masyarakat akan terima sebagai adab Islam….(macam saya lah ni, dah baca artikal ustaz baru tahu yang tepuk tangan terbalik tu bukan berasaskan hukum -salah sendiri sebenarnya)
Entah lah ustaz..mungkin saya ni ‘taksub’ dengan cara ustaz…tapi saya amat wish agar dalam masyarakat kita…bakal-bakal ustaz yang berlambak keluar setiap tahun dari dalam dan luar negara dapat membantu perjuangan ustaz dalam memberi penerangan kepada masyarakat tentang sebenarnya cara hidup Islam..Bukan sekadar ajar bab nikah kawin dan mandi junub…Kita perlukan lebih ramai ustaz yang berpengetahuan luas dan ambil kisah untuk baca buku dari pelbagai genre, and a bonus if his/her english is excellent..
Wassalam….
Pada saya, jangan salahkan tepuk tangan terbalik tetapi salahkan orang yang tepuk tangan terbalik tetapi tidak memahami mengapa!! Kalu nak jadi proaktif, jangan salahkan mana-mana tapi nyatakan penjelasan.
Apa salahnya ia jadi budaya, kalau semua orang memahami budaya itu? Yang salah budaya yang tidak difahami.
—————-
“secara berperingkat, orang akan menganggap bertepuk tangan terbalik itu adalah Islamik.”
Pada saya, ya ia adalah islamic sekiranya pelakunya memahami konsep wara’. kalau tidak taqlid buta.
—————
Soalan saya: Sekiranya sesuatu perbuatan dilakukan dengan niat yang betul dan tidak disanggah oleh syara’, apakah hukum perbuatan itu??
Mungkin Abu Saif dan sahabat2 boleh perluaskan konsep amalan islamik dengan jawapan kepada soalan ini.
——————–
- kerisauan saya: ungkapan ‘perangai-perangai ala islamik’- macam memerli mereka-mereka yang cuba nak jadi Islamik, takut nanti lebih menjauhkan mereka.
Pada saya ‘perangai-perangai ala islamik’ ini sebenarnya adalah usaha untuk membentuk biah atau suasana yang kondisif dengan Islam. Pemakaian kita, penggunaan bahasa kita etc ana, anta is much better then u i, cara bertegur dll.
———————–
Saya setuju kalu kita melarang tepuk tangan terbalik yang jadi budaya taqlid buta, tapi seharusnya ia diharuskan jadi budaya yang difahami orang.
———————–
Saya setuju dengan pandangan saifuddin yang mengaitkan ia dengan adat. Adat itu pun asalnya bukan adat, lama kelamaan jadi adat bila dilakukan secara berterusan oleh suatu kominiti.
———————-
Sekadar berbincang idea bernas dari Abu Saif.
Wassalam.
“Pada saya ‘perangai-perangai ala islamik’ ini sebenarnya adalah usaha untuk membentuk biah atau suasana yang kondisif dengan Islam. Pemakaian kita, penggunaan bahasa kita etc ana, anta is much better then u i, cara bertegur dll.”
Pada saya pembahasaan diri sebagai “ana/anta” mungkin tampak islamik tetapi ia masih lagi satu pemesongan dalam berbahasa. Saya tidak merasakan penggunaan kata-kata ganti diri di dalam Bahasa Melayu yang pelbagai, patut dianggap sebagai kurang islami. Malahan penguasaan sesebuah bahasa dengan sebaiknya dan bertutur di dalamnya dengan penggunaan tatabahasa dan frasa yang betul yang sepatutnya dianjurkan! Apakah keelokan berbahasa itu tidak islamik?
Dari satu sudut lain pula, pengguna ‘ana/anta’ ini juga mungkin dilihat sebagai satu lagi jurang pembezaan di antara golongan yang cenderung agama dan yang tidak. Apakah akan wujud kekurangan di dalam penyampaian Islam di dalam Bahasa Melayu sekiranya tiada ‘ana’ dan ‘anta’?
Salam.
Bersetuju…comment Dr.N & Awang.
dan saya ingin menambah kata gantinama ‘ana/anta’ tidak ada kaitan “ala-ala islamik”. Ia cuma bahasa yang digunakan masyarakat arab yang islam dan TIDAK islam.
Pendita Zaaba pernah berkata ” Kita semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki segala hal ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama , hendak mengubah segala sifat keaadan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik. Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercyaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran baharu yang segar dan hidup dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat”
erm..sy teringat masa sekolah dulu…
kala diannounce dapat hadiah ke..kala pengerusi mempersila vip berucap ke atau apa sahaj yg sewaktu dengannya…
kami dididik utk sambut dgn Allahuakbar..
sudah menjadi budaya kami tidak bertepuk tgn..
tp bila dh keluar, x terbudayakan lagi…
masih adakah lagi budaya itu di sekolah ku?..
Fzkr,
Pada pendapat sy yg setahun jagung nilah ek..Islamik atau bkn islamik bkn kita yg menentukannya..Berperangailah seadanya mengikut apa yg jelas dan termaktub dlm quran sunnah. yg tak jelas, kita jauhkan.
Sebagai masyarakat yg hidup di zaman skrg ni, kita tak mampu mengubah semuanya mengikut acuan kita sendiri. tapi kita boleh teruskan dgn mendidik dan memahami apa yg kita percaya selama ini agar dikongsi bersama mereka yg tidak tahu.
tapi dlm pemerhatian sy, org zmn skrg lbh suka utk tak peduli apa yg org lain percaya. mungkin sudah kondusif dan selamat dgn baiah yg sudah tercipta.
Cuma pendapat shj..tak semestinya betul..Mungkin juga ada kesalahan..
Selamat Hari Raya! =)
Salam…
Memanglah bertepuk tangan terbalik tu bukanlah satu tuntutan dalam agama Islam…sama ada wajib ataupun sunnah..
Pada pendapat saya… bertepuk tangan terbalik ni lebih kepada LAMBANG KESOPANAN seorang yang berimejkan ISLAMIK…
Ianya telah menjadi satu perkara yang telah lama diketahui dalam masyarakat melayu muslim malaysia..adalah imej kesopanan seorang yang berimejkan islamik…sepatutnya tidak menjadi persoalan yang besar…melainkan kalau ada segolongan yang meanggapnya adalah salah satu sunnah nabi yang mulia…
p/s:maaf kalau pening baca komen ni…saya dah tak tau macam mana nak susun atur ayat yang mudah difahami semua orang..harap maaf ye..
Ustaz, saya ingin berkongsi tulisan saya tentang rancangan ini di
http://afyan.com/ver1/?p=228
Salam. Alhamdulillah, terbaca artikel ni dari blog saifulislam. Dari sekolah dulu diajar tepuk tangan terbalik, main ikut jer.. tak penah terfikir pulak, sebab dah jadi budaya… Hari ni baru tau..
Awal tahun dulu, saya ada melatih murid-murid yang akan mempersembahkan nasyid sempena sambutan MaulidurRasul. Selesai latihan yang dibuat di hadapan rakan-rakan mereka, saya tepuk tangan dan kata pada rakan-rakannya yang lain, “tepuk la sikit, sian kawan kamu..”. Sekali ustazah de kata, apa tepuk-tepuk? Orang nasyid tak de tepuk-tepuk… (Terkedu le saya masa tu.. Malu giler..Rasa macam nak sorok muka bawah meja..) Tujuan tepuk tangan tu, nak bagi semangat, bukan nak mengagung-agungkan.. Salah ke??
ikutkan saya nak cari makna takbir raya, tersesat pulak kat sini.
pasal tepuk tangan tu, nak bagi semangat, bukan nak mengagung-agungkan.. Salah ke???
ok bagi saya adalah lebih balik kita lihat sejarah nabi muhammad dan para sahabat, persoalan apakah yang akan nabi buat jika nak bagi semangat kepada para sahabat jika melakukan satu-satu kerja/amal/sebagainya dengan baik???
1) adakah nabi akan cakap benda-benda yang baik pada sahabat???
2) adalah nabi akan tepuk belakang sahabat???
3) adalah nabi akan tepuk tangan???
yang perlu kita faham, tepuk tangan takde dalam sejarah nabi muhammad dan para sahabat. jadi dari tepuk tangan, baiklah ucapkan kata-kata semangat. lagipun apa yang saya lihat,dengar dan baca sejarah nabi muhammad dan para sahabat, itulah yang nabi buat apabila sahabat melakukan sesuatu. nabi akan berkata-kata benda yang baik-baik dan bersemangat kepada para sahabat
bukan begitu kawan-kawan