
Saya dan Saiful Islam bersama Abu Ahmad dan Ashraf di halaman rumah kami di Naas, Ireland
“Allahu Akbar! Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un”, saya membaca sms yang masuk ke inbox.
“Kenapa bang?”, isteri saya bertanya.
“Baca ini..”, saya menghulurkan telefon bimbit kepada Ummu Saif.
Sms yang baru diterima dari Wan Saiful di London, sangat mengejutkan. Terasa bagai terputus jantung menerimanya. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa Amir Ashraf, anak kedua kepada Abang Aminuddin Omar dan Kak Syazlina di Luton telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un…
Ashraf adalah salah seorang rakan bermain Saiful Islam tatkala kami sama-sama berjiran di Naas, County Kildare, Ireland. Hanya kami dua keluarga yang tinggal di Naas, maka sering sahaja Abang Amin membawa anak-anaknya datang bertandang ke rumah kami.
Ada masanya ketika usrah dan jamuan.
Ada kalanya, sekadar bertamu bertukar-tukar cerita.
Tatkala kami rancak berbual, Ashraf, Afifi dan kadang-kadang Aslam pun turut sama memeriahkan ruang tamu rumah kami itu.
“Yop, ingat lagi tak pada Abang Ashraf? Dia dulu main sama-sama dengan Yop!”, saya memberitahu Saif semasa mengambilnya di PASTI sebentar tadi.
“Kawan Yop kat mana?”, tanya anak saya.
“Kat Ireland dulu”, saya memberitahu.
“Alaa, tak ingat la Abi”, jawab Saif.

Gambar kenangan kami sekeluarga bersama Abang Amin (di sisi kiri saya) dan Dr. Syazlina (di sisi kiri Abang Amin) semasa melawat rakan di Ireland. Al-Marhum anakanda Amir Ashraf berada dalam pegangan Abang Amin
Ya, tentu sahaja Saiful Islam sukar untuk ingat. Ketika itu usia Saif baru dua tahun. Ashraf bersama Aslam dan Afifi jauh lebih dewasa. Tetapi itulah teman yang ada. Kesempatan yang tidak panjang mana, terisi untuk tali ukhuwwah antara ibu bapa, kemudian diperturunkan kepada anak-anak.
Tatkala catatan ini ditulis, jenazah Amir Ashraf masih menunggu proses bedah siasat. Ashraf meninggal dunia semasa tidur selepas demam panas. Itu sahaja yang saya ketahui setakat ini.
Kepada Abang Amin dan Dr. Syazlina, saya dan Ummu Saif turut sama berkongsi kesedihan atas pemergian anakanda Ashraf. Tatkala namanya disebut, perasaan rindu dan hiba bercampur aduk kerana setelah sekian lama tidak berjumpa, tiba-tiba namanya muncul semula, namun dengan kesedihan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata.
Kami doakan Abang Amin sekeluarga, yang juga pengunjung dan pengulas setia halaman web saifulislam.com ini, dikurniakan Allah segala kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat berat ini.
Tabahkan hati, semoga Ashraf menjadi syafaat buat ayah dan ibunya di Sana nanti.
Salam takziah dari saya sekeluarga dan warga Saifulislam.Com…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











Allahuakbar…! Innalillahi wainna ilaihirajiuun…
Bru jumpa Abg Amin & anak2 haritu…
Moga roh arwah dicucuri rahmat & takziah buat Abg Amin sekeluarga… tabahkan hati yea..
Innalillahi wainna ilaihirajiuun. Memang tak mampu dibayangkan perasaan ibubapa Asyraf. Anak kena suction pun habis basah kuyup tudung.
Salam takziah buat abg amin dan kak syaz. Semoga tabah dan kuat menghadapi ujian ini.
innalillahiwainnailaihiraji’un
innalillahiwainnailaihiraji’un. Takziah kepada Abang Amin, lama ana tak jumpa tiba-tiba dapat berita mcm ni, harapnya seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
kes yang sama seperti arwah kakak saya – demam panas semasa kecil.
semoga Allah s.w.t. memberi kita kesabaran dan kesedaran.
We are trying our best to help the family. It was very sudden and, indeed, a tragedy. The family realised at around 6am, called me, and I arrived around 15 minutes after. Unfortunately there was nothing I could do other than phone the ambulance.
Many friends are coming over, including some from Ireland. Friends in Luton have been particularly helpful.
A special thanks too to Encik Nazri and Ustaz Erfino (MSD) for their very kind assistance. I called them both at around 7.30am and they immediately rushed over to the house.
Al-Fatihah.
smoga k.shaz dan abg amin tabah menghadapi segalanya..tak terungkap rasa hati ..Allah sahaja yg mengetahui..smoga rohnya dicucuri rahmat..amin..
Salam..
Ucapan takziah kepada En. Aminuddin Omar dan Dr. Syazlina. Allah… seberat – berat dugaan buat saya, berat lagi dugaan utk keluarga ini :’/ Semoga tenang menghadapinya, amin.
Assalammualaikum.
Salam takziah daripada kami sekeluarga untuk abg. Amin & kak Syazlina.Tabahkan hati hadapi dugaan yg melanda.
Al-Fatihah..
assalamu’alaikum
Salam takziah buat Abu Ahmad sekeluarga, semoga tabah
menghadapi kehilangan anakanda tercinta. Hidup di dunia
sementara…..
Takziah…Walaupun tidak mengenali, alfatihah dan doa buat arwah.
Teringat sy kisah kwn mak ayah sy. Kedua2nya seorg doktor pakar. Anaknya meninggal di pangkuannya slps accident. Maknya yg mengalami tekanan hebat kerana tak berjaya selamatkan anaknya.
Bukan apa, sy percaya bahawa setiap kita diuji dgn apa yg kita katakan dan di lingkungan mana kita berada. sama juga seorg motivator yg berhadapan dgn anak sendiri yg bermasalah.semua ini menuntut kesabaran yg tinggi di sebalik kehilangan / kegagalan.
Moga Abu Ahmad sekeluarga tenang, sabar, ikhlas dan redha terhadap apa yg berlaku.
ya Allah, kurniakan kesabaran utk abg amin dan juga kak shaz. semoga apa yg menimpa ini menjadi tanda utk mereka di akhirat dan mereka masuk ke syurga-Mu dengan semua anak-anak mrk melalui pintu sabar. Amin ya Rabba ‘al-alamin.
Salam takziah buat Akh Amin dan zaujah,
Hilang seorang lagi bakal pejuang Allah di muka bumi.Tapi tidak mengapa,La Tahzan,moga Allah menggantikan beliau dengan anak yang lebih baik lagi.
Al-Fatihah buat Adik Asyraf yang baruku kenali 2 minggu yang lalu.Moga dicucuri rahmat oleh Allah hendaknya.
Masaku pun akan tiba jua bila Malaikat Maut menghadiri jasadku.
Subhanallah
semoga abang amin dan kak syaz tabah dalam menghadapi dugaan ini…
Innalillhiwainnailaihi rojiun…
Innalillhiwainnailaihi rojiun… semoga abg Amin dan Dr. Syazlina diberi kekuatan. Hanya Allah yang Mengetahui hikmah di sebaliknya.
al fatihah..
meremang bulu roma membacanya .arwah meninggal sebab demam panas.
sbb sekarang jam 3.21 pagi. saya sendiri terjaga dlm 3 pagi td sbb baby asmaa 9 bln yg demam sejak semalam, bertambah kuat panasnya. terjaga bila dia merengek nak susu. Pagi semalam dah ke klinik. baru kejap td bagi dia makan ubat demam dan tuam badan dia supaya cepat sejuk. Moga saya tidak diuji secepat ini spt keluarga arwah.
Tapi itulah, bila dah ajal, takkan cepat atau lewat sesaat.
Moga kedua org tua arwah diberi kekuatan dan ketabahan yang cukup tinggi terutama pada si ibu kerana dia yg mengandung dan melahirkan. Kuatlah…
salam
akhi amin yang ana kenal hebat orangnya.Dah lama ana tak jumpa dia. Sejak berpindah ke UK tak dapat nak bertembung muka. Didoakan supaya tabah menghadapi kenyataan Illahi
wassalam
Assalamu’alaikum warahmatullah
Almarhum Amir Ashraf adalah anak kedua kami. Seorang yg baik dan penyayang terhadap adik2 nya. Selalu membantu ibubapanya dan guru2nya. Setiap minggu dia akan mencipta mainan untuk adik2nya daripada kertas, kotak, tali dan apa sahaja yg ada di rumah. Beliau sudah menghasilkan beberapa buah buku lukisan yg dibuatnya sejak berpindah ke Luton. Dilahirkan dan membesar semasa isteri masih belajar, di tengah mesyarakat pelajar di Dublin, beliau dan abangnya sering dipelihara oleh masyarakat pelajar di Dublin. beliau merupakan ‘anak’ masyarakat pelajar di Dublin.
Banyak sokongan kami perolehi daripada masyarakat Malaysia Luton, khususnya sahabat lama saya Wan Saiful yang telah berhempas pulas membantu pengurusan sejak awal pagi hari kematian sehingga sekarang. En. Nazri dan Ust Erfino dari MSD London telah berkejar ke sini untuk membantu kami. Ramai rakan2 yang mengambil cuti untuk menziarahi kami sekeluarga daripada UK dan Ireland. Tidak kurang sms dan panggilan telefon memberi sokongan drp keluarga dan rakan2 lama daripada berbagai tempat. Saya ingin merakam setinggi2 penghargaan terhadap segala jasa baik dan sokongan mereka, juga kepada pengunjung Saifulislam.com. Hanya Allah s.w.t. yang mampu mengganjarinya.
Doakan kami sekeluarga di sini.
Sesungguhnya anak2 hanyalah amanah pinjaman daripada Allah. Kami bersyukur kerana Almarhum Amir Ashraf adalah anak yang soleh dan baik pekertinya. Setiap malam beliau tidur dalam alunan AlQuran., termasuk pada malam terakhirnya. Kami pulangkannya kepada Pemiliknya dalam keadaan sejahtera. Pemergiannya memberi keinsafan kepada semua tentang TUJUAN sebenar hidup ini.
Masya Allah. Innalillahi wainnailaihi raajiuunn. Saya baru baca post ni kerana saya memang mencari Shaz yang dah lama lost contact lepas balik ke Malaysia dulu. Rindunya pada Shaz. Slam sayang dan rindu saya pada dia.. Saya mencari dia kerana saya bercadang ke Dublin lepas berseminar di London pada 10-12 Sept ni. Kalau us Amin baca posting saya ni, harap sangat ustaz/Shaz contact saya di assatirah@yahoo.com/ assatirah@gmai/.com. Atau tel: 03-78462935 / 019-2140241. Saya tinggal di Shah Alam.Kawan rapat Shaz di SMAP Labu
Wan Satirah
Waalaikum al-Salam wbt.
Terima kasih kami ucapkan kepada Abang Amin atas perkongsian di atas. Kalau diturut rasa yang terbuku, mahu sahaja ana bergegas terbang ke sana. Tetapi jarak yang begitu jauh, menjadikan doa dan munajatlah sebagai wasilah kami mengembalikan segala peristiwa kepada Allah SWT.
Di samping kekuatan yang kami pohonkan dari Allah buat Abang Amin dan Kak Shaz, kami juga berdoa agar Aslam, Afifi, Fatimah dan adiknya (maaf, lost track) turut didamaikan Allah perasaan mereka yang tentu merindukan Ashraf yang telah pergi selama-lamanya.
Sesungguhnya Allah tidak akan mensesiakan ganjaran setiap ahli muhsinin… ameen.
assalamu’alaikum
Tersentuh dengan kalimat2 yang diucapkan oleh Br. Amin. Amanah
ALlah SWT dipulangkan dalam keadaan yang sebaik2nya, ALhamdulilLah. isk.
Takziah daripada Pimpinan MPPUMS
takziah abg amin..
moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum..
kami di Msia sentiasa mendoakan abg amin sekeluarga..
salam takziah buat abg amiin dan k.syazlina..
moga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat kluarga abg dan akak..
semoga roh almarhum sentiasa di cucuri rahmat..
amiin..
salam takziah buat amin dan nana sekeluarga.semoga sabar dan tabah menghadapi ujian dari yang maha esa.kami mendoakan kesejahteraan amin dan nana sekeluarga
Assalamualaikum……. Salam Takhziah kepada Shazlina & Amin sekeluarga. Sungguh tersentuh & amat sedih mendapat berita kembalinya Allahyarham Ameer Ashraf ke Rahmatullah. Setelah sekian lama tidak berjumpa (last jumpa mungkin dia berumur 4 or 5 years ago) semasa Ibu & ayahnya pulang ke Malaysia. Umurnya lebih kurang dengan MUAZ yang pernah main bersama2. Muaz sekarang dah darjah 2 & Ameer Ashraf tentu dah darjah 3. Tengah petah seronok berbiara dan belajar tentang Agama dan Menghafaz Surah2 yang diajar di Sekolah Agama Al-Amin pada sebalah pagi dan pada sebelah petang sekolah Kebangsaan Cina. Sudah tentunya Arwah Ameer Ashraf lebih matang dan bijak seperti mana yang Mak Pok tahu sebelum ini. Terkenang akan wajahnya yang pandai protect adik2nya dan juga abangnya Aslam.
Allah maha mengetahui dan lebih menyayanginya…. maka diShurgalah tempat nya… InsyaAllah!!……
Niat di hati ingin nak datang ke UK tapi belum kesampaian, InsyaAllah suatu hari nanti.
Mak Pok di sini tidak pernah lupa akan Nana & Amin sekeluarga juga Ru dan sentiasa mendoakan agar tabah dengan ujian ALLAH SWT…. (dariNya kita datang kepadaNya kita kembali).
I hope n pray U ALL remain strong and patient in these period of losses…
our love to All of You.
From: Mak Pok, Che Ida & MUAZ.
To Amin & Shaz……
Dah ada ke berita terkini keputusan Jenazah untuk dikebumikan??….
Berdoa agar disegerakan perkebumian Jenazahnya.
Have to remain STRONG & PATIENT in these period of LOSSES……
GOD Knows Everythings, Dear!!!
Assalamualaikum…….
Salam.
Ustaz Hasrizal, minta jasa baik berikan saya email/contac Dr Shazlina/Amin. Sy kawan Shaz masa di SMAP LAbu. Close friend.Tapi list contact sejak setahun dua ni