Abdullah bin Saba’ Hanya Khayalan?

On 08/04/2007, in Akademik, Cabaran Islam, by Abu Saif | 6,250 views | Print Print | Email Email |

quds.jpg

Ramai pihak kebelakangan ini cuba menimbulkan rasa curiga terhadap Abdullah bin Saba”™ bahawa kewujudannya di dalam sejarah adalah tidak jelas, malah ditegaskan oleh sesetengahnya dengan bahasa yakin bahawa Abdullah bin Saba“™ itu tidak wujud sama sekali.

Dr. Amahzun di dalam thesis beliau Tahqiq Mawaqif al-Sahabah fi al-Fitnah min Riwayaat al-Imam al-Thabari wa al-Muhaddithin“ menyimpulkan bahawa golongan yang menafikan atau mengesyaki kewujudan Abdullah bin Saba”™ itu terdiri daripada segelintir Orientalis dan pengkaji Arab serta kebanyakan Syiah kontemporari.

Suatu perkara yang sangat menghairankan, bagaimana seseorang itu boleh tanpa malu menafikan kewujudan Abdullah bin Saba”™, sedangkan biografi dan komentar ulama mengenainya memenuhi buku-buku, bukan sahaja dari kumpulan Ahli Sunnah malah Syiah sendiri.

Kisah mengenai Abdullah bin Saba”™ dan fitnah yang dinyalakannya untuk memecah belahkan umat Islam di era Uthman bin Affan, bukan hanya termaktub setakat di dalam Tarikh al-Thabari yang disandarkan kepada riwayat Saif ibn “˜Amr al-Tamimi sahaja. Abdullah bin Saba”™ dan kisahnya bertebaran di pelbagai sumber lain. Bezanya, riwayat di dalam Tarikh al-Thabari itu lebih terpeinci berbanding riwayat yang lain, itu sahaja. Lantas riwayat itu sering dinukil oleh para penulis yang mencari maklumat.

AL-THABARI DAN TARIKHNYA

Suka saya tegaskan bahawa manhaj al-Thabari di dalam kitabnya sudah dinyatakan dengan jelas di dalam Muqaddimah kitab itu sendiri. Tarikh al-Thabari bukanlah sebuah teks sejarah yang telah sedia dipakai sebagai rujukan. Ia adalah bahan mentah.

Al-Thabari memasukkan SEMUA riwayat yang sampai kepadanya ke dalam buku itu tanpa dibezakan di antara maklumat dusta, mahu pun benar. Namun setiap riwayat disertakan dengan sanad, dan sanad itulah yang perlu dikaji untuk dibezakan antara maklumat yang baik, mahu pun dusta; atas peringatan oleh al-Thabari sendiri.

Walaupun ramai ahli sejarah termasuk Ibn Khaldun tidak begitu menyetujui pendekatan al-Thabari yang sekadar meriwayat tanpa analisa, namun kaedah al-Thabari itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tarikh al-Thabari menjadi rujukan luas seseorang itu melihat bagaimana satu-satu peristiwa diriwayatkan dari dimensi Ahli Sunnah, Syiah, Khawarij dan sebagainya. Dengan syarat, sanad dianalisa dan diambil kira.

Keburukan mana-mana riwayat di dalam Tarikh al-Thabari bukan suatu celaan ke atas Imam al-Thabari kerana manhajnya sudah dinyatakan dengan jelas. Tegasnya, Tarikh al-Thabari bukan buku untuk si malas, atau mereka yang suka dengan ‘rumah pasang siap!’

Apa-apa pun, menafikan kewujudan Abdullah bin Saba”™ adalah suatu penghinaan kepada para ulama yang telah membahaskannya, dan suatu penyelewengan sejarah yang penuh dusta.

ABDULLAH BIN SABA”™ DI SISI AHLI SUNNAH

Keterangan mengenai perihal Abdullah bin Saba”™ telah dinyatakan oleh Abdul Rahman bin Abdullah bin al-Harith al-Hamdani atau lebih dikenali sebagai A”™sya Hamdan. Beliau meninggal dunia pada tahun 83H / 707M) [A"™sya Hamdan, Diwan, ms. 148, al-Thabari, Tarikh al-Rusul, jilid 6 ms. 83].

Maklumat mengenai hal ini juga terdapat di dalam kitab al-Irjaa”™ oleh al-Hasan bin Muhammad bin al-Hanafiyyah (meninggal dunia 95H / 713M) [Diriwayatkan oleh Ibn Abi Umar al-"˜Adani di dalam kitab al-Iman, ms. 249].

Terdapat juga riwayat mengenai Abdullah bin Saba”™ di dalam riwayat daripada al-Sya”™bi (meninggal dunia 103H / 721M) [Ibn "˜Asakir, Tarikh Dimasyq (manuskrip), jilid 9 ms. 331)

Dr. Amahzun terus menyenaraikan lebih daripada 30 sumber Ahli Sunnah dari pelbagai zaman, bermula dari kurun pertama Hijrah, membawa ke era Abu al-Hasan al-Asy"™ari sampailah ke zaman al-Suyuthi (meninggal 911H / 1505)

ABDULLAH BIN SABA"™ DI SISI SYIAH SENDIRI

Kehadiran Abdullah bin Saba"™ di dalam sejarah kehuru-haraan fitnah, bukanlah kisah yang direka-reka oleh Ahli Sunnah untuk membuktikan kemasukan anasir Yahudi di dalam gerakan Syiah.

Keterangan mengenai Ibn Saba"™ ini turut memenuhi kitab-kitab yang dikarang oleh Syiah sendiri sebagaimana yang dinukilkan daripada Sa"™ad bin Abdullah al-Qummi Abu al-Qasim, iaitu seorang Muhaddith Syiah Imamiah (meninggal dunia 301H / 913M). Al-Qummi menyatakan bahawa Abdullah bin Saba"™ adalah orang pertama yang mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan para Sahabat, melepaskan diri dari mereka dan mendakwa bahawa Ali yang menyuruhnya berbuat demikian (Al-Qummi, al-Maqaalaat wa al-Firaq, ms. 20).

Begitu juga dengan riwayat yang dinyatakan oleh al-Hasan bin Musa bin al-Hasan al-Nubikhti, Abu Muhammad (meninggal dunia 310H / 922M) di dalam kitabnya Firaq al-Syiah, ms. 23.

Juga Abu Hatim al-Razi (meninggal dunia 322H / 933M), di dalam kitabnya Al-Zeenah fee al-Kalimaat al-Islaamiyyah, ms. 305.

Seterusnya seorang ilmuan Jarh wa Ta"™dil Syiah iaitu al-Kishi (meninggal dunia 340H / 951M) meriwayatkan dengan sanad kepada Abu Ja"™far Muhammad al-Baqir dengan katanya, "Sesungguhnya Abdullah bin Saba"™ menuntut Nubuwwah, mendakwa bahawa Amir al-Mu"™minin - "˜alayhi al-Salaam - adalah Allah - jauh dan Maha Tinggilah Allah dari dakwaan itu dengan ketinggian yang agung [al-Kishi, al-Rijaal, ms. 98 -99.

Al-Kishi juga menyatakan riwayat yang diambil daripada Aban bin Uthman yang berkata bahawa "aku mendengar Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq berkata, "laknak Allah ke atas Abdullah bin Saba yang mendakwa adanya Rububiyyah pada Amirul Mukminin sedangkan demi Allah, Amirul Mukminin (Ali) itu adalah seorang hamba yang taat kepada Allah. Celakalah ke atas sesiapa yang berdusta ke atas kami. Ada kaum yang memperkatakan tentang kami apa yang tidak kami perkatakan tentang diri kami sendiri. Kami berlepas diri kepada Allah dari mereka, kami berlepas diri kepada Allah dari mereka" [al-Kishi, Ma"™rifah Akhbaar al-Rijaal, ms. 70]

Abu Ja”™far al-Thusi (meninggal dunia 460H / 1067M) juga menyatakan bahawa Ibn Saba”™ kembali kepada kufur dan menzahirlah al-Ghuluw (melampau) [Abu Ja”™far al-Thusi, Tahdzeeb al-Ahkaam, jilid 2 ms. 322.

Di dalam thesis PhD Dr. Amahzun, beliau terus menyenaraikan hampir 20 sumber Syiah dari pelbagai era yang menyatakan tentang Abdullah bin Saba”™ itu sendiri. Maka dakwaan bahawa al-Thabari bersendirian membawa kisah palsu ini yang dinisbahkan kepada Saif ibn Amr al-Tamimi, merupakan suatu penyelewengan fakta di dalam penyalaan fitnah dan kekeliruan di dalam masyarakat, khususnya “˜pembaca ringan”™ yang tiada upaya menelaah sumber rujukan asal.

Ihsan Ilahi Zahir yang mempunyai kajian meluas terhadap Syiah sama ada di dalam sumber berbahasa Arab dan Parsi, berkata di dalam kitabnya al-Syiah wa al-Tashayyu”™ (ms. 64), “Tokoh-tokoh Syiah mutakhir seperti al-Mudzaffari di dalam kitabnya Tarikh al-Syiah turut mengakui akan kewujudan Abdullah bin Saba”™. Begitu juga dengan tokoh seperti al-Sayyid Muhsin al-Amin di dalam ensiklopedianya. Dan selain daripada mereka itu adalah ramai dan ramai…”

Syiah kontemporari sememangnya mempopularkan trend yang menggambarkan Abdullah bin Saba”™ sebagai seorang yang diragui kewujudannya, malah mungkin sekadar lagenda yang jauh dari realiti. Antara tulisan Syiah semasa ini adalah Ali al-Wardi di dalam kitabnya Wu”™adz al-Salatheen, ms. 273, Kamil Mustafa al-Shibi di dalam kitabnya Al-Silah bayn al-Tasawwuf wa-l-Tashayyu”™ , ms. 41 dan 43 serta Abdullah al-Fayadh di dalam Tarikh al-Imamiyyah, ms. 95 dan Murtadha al-”˜Askari di dalam kitabnya bertajuk Abdullah bin Saba”™, jilid 1 ms. 148.

KESIMPULAN

Tuduhan yang cuba memencilkan kisah kewujudan Abdullah bin Saba”™ kepada satu sumber sahaja iaitu Tarikh al-Thabari melalui susur galur Saif ibn “˜Amr al-Tamimi yang dibelasah habis-habisan bagi menghapuskan saki baki wujudnya Abdullah bin Saba”™ ini, adalah suatu tuduhan dangkal dan menyelewengkan fakta sejarah.

Populariti idea ini adalah lanjutan daripada dakwaan batil Taha Hussein yang menuduh bahawa kisah Abdullah bin Saba”™ direka-reka oleh Ahli Sunnah untuk menentang Syiah, dan ia adalah idea tempang yang tidak dapat berdiri walau sedetik kerana kitab-kitab Hadith dan Rijal, kitab Ansab, Thabaqat, Adab, Linguistik dan kajian-kajian terpeinci di dalam pelbagai thesis, sama ada oleh Sunni mahu pun Syiah, tidak dapat meninggalkan ruang untuk kewujudan Abdullah bin Saba”™ dinafikan.

Abdullah bin Saba”™ tetap tsabit dan kekal di dalam sejarah sebagai pemain utama di dalam penyalaan api fitnah yang membawa kepada pembunuhan Uthman bin “˜Affan Radhiyyallahu “˜anhu dan tragedi itu akan terus dikenang sebagai suatu bencana kepada perpaduan umat Islam yang terjejas hingga ke hari ini.

Kecualilah jika masih tanpa segan silu mahu membutakan mata dari hakikat ini semua.

“Wahai anak Adam, jika sudah tiada rasa malu, buat sahajalah apa yang kamu mahu”

روى شعبة عن منصور بن ربعي عن أبي منصور البدري

Ringkasan tulisan Dr. Muhammad Amahzun, “Tahqiq Mawaqif al-Sahabah fi al-Fitnah min Riwayaat al-Imam al-Thabari wa al-Muhaddithin“ 1415H / 1994, Riyadh: oleh Maktabah al-Kauthar dan Dar At-Thayyibah lin Nasyr wat Tauzi”™, jilid 1 mukasurat 284 – 317

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan You need to a flashplayer enabled browser to view this...
  2. Benazir Bhutto: Hanya Kematian Menjadi Noktah Dirinya Pagi itu cuaca amat dingin di kota Dublin. Saya menutup...
  3. Pendustaan Syiah di Dalam Sejarah Islam PENGENALAN Ulamak ilmu jarh wa ta’dil (penilaian keadilan perawi hadith)...
  4. Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada...
  5. Catatan Yogyakarta Bukan Hanya Wisata Semasa membeli tiket kapal terbang KUL-JOG-KUL, tiada penerbangan dari Yogyakarta...

 

15 Responses to “Abdullah bin Saba’ Hanya Khayalan?”

  1. Saybas pengkajian yang ilmiah bukan emosi….teruskan membongkar kepalsuan dan memberikan kebenaran,,

    Firman Allah yang bermaksud ” Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” [2.42]

  2. babysitter says:

    benda busuk, lagi lama simpan, lagi kuatlah bau yang boleh dihidu… buatlah bohong kot mana pun, tak sekejap, lama-lama terbongkar juga…

  3. sufi says:

    Kita sewajarnya menerima sejarah seadanya,lebih2 lagi jika disertakan dengan riwayat yg sahih.Kita perlu mengambil pengajaran daripadanya.Cuba letakkan objektif kepada apa yg kita lakukan…adakah bertujuan untuk kukuhkan perpaduan ummah atau sebaliknya.Tengok juga realiti adakan tindakan kita tersebut membuah hasil baik untuk ummah atau sebaliknya.

  4. Pembaca Setia says:

    sebab itulah saya rasa, ustaz kata bahawa isu seperti ini adalah isu untuk orang mengaji. bukan untuk orang awam macam saya. sebab kalau ia dijadikan isu orang awam, maka memang timbullah isu, relevan atau tidak isu ini kepada perpaduan.

    ustaz tak patut disalahkan sebab tulisan di atas bukan untuk orang yang tak boleh handle the information macam saya.

    kalau semua yang kontroversi mesti disembunyi, takde le dah fakulti syariah … semua kena simpan dalam buku. menda ni utk org mengaji, bukan org awam cm saye

  5. wahafiz says:

    Ustaz, terima kasih utk artikel ni. Ketika baca blog FT, saya percaya mesti ada explaination utk tuduhannya itu, cuma ilmu tak mencukupi. Skrg barulah boleh tambah sedikit. terima kasih ustaz. Moga Allah merahmati ustaz, juga saya; dan keluarga kita semua.

  6. Amin Ahmad says:

    Salam Ustaz,

    Perasaan saya bercampur antara gembira, sedih, tertanya, pasti, takut, risau dan sebagainya.

    Gembira kerana saya memang mengharapkan adanya kelompok pengguna zaman IT ni memanfaatkan kemudahan yang ada untuk tujuan pencerahan (dalam erti kata yang luas).

    Cuma dalam perkara yang berhubung kait dengan agama secara langsung, saya fikir ramai orang awam mudah terperangkap dalam perdebatan yang bersifat tinggi hingga kadang-kadang saya risau, takut dan sebagainya ada yang tergelincir (termasuk saya!) seperti panah yang lepas dari busurnya dek keghairahan untuk terlibat dan ingin tahu.

    Saya menghormati ustaz dan juga sdr FT dalam urusan yang mungkin sulit untuk saya dan kami yang mungkin terperangkap dalam proses ingin tahu. Saya percaya ada jalan keluar bagi mereka yang mahu keluar…

    Semoga ikhtilaf, atau kebodohan dan sebagainya dapat ditunjuki oleh Allah s.w.t. untuk rahmat dan penghakupayaan ummat ini.

  7. saifulislam says:

    Tak susah.

    Fokuskan sahaja kepada tajuk yang dibincangkan di dalam artikel.

    Seperti yang saya nyatakan, tajuk ini adalah bahan mengaji, bukan material dakwah.

    Bagaimana bahan ini nak diketengahkan dalam agenda dakwah, kena libatkan hikmah dan kebijaksanaan.

  8. wewr says:

    orang awam, kalau mengaji, lama2 jadi orang mengaji juga…
    jadi usah rasa rendah diri dengan ketidakngajian anda. yang penting, anda mengaji ikut pintu, bukan ikut tingkap.

  9. bunda says:

    Assalamualaikum Ustaz.
    Alhamdulillah, banyak maklumat yang saya dapat untuk menambah ilmu, terima kasih.

  10. abu sarah al feraki says:

    Assalamualaikum
    Shiah Kontemporari, anti hadith dan Orientalis memang bertemu pada satu titik : Abdullah Saba tidak wujud.
    Minta izin copy article ni. Jazakallhu Khair

  11. abu sarah al feraki says:

    BTW, boleh tak kita ambik tindakan keatas orang Shiah di negara ni cthnya Faizal Tehrani?

  12. famy says:

    terima kasih ustaz explanation ni.so,pada pndangan ustaz,pandangan FT terhadap ibnu taimiyyah n kewujudan abdullah ibnu saba’ memang betul2 salah k?dia tu cenderung kat syiah?

  13. ahmad says:

    terima kasih di atas kajian ustaz. di sini sy ingin menanyakan apekah terdapat di mana2 riwayat atau penulisan mengenai nasab Abdullah Bin Saba’. Para pengkaji arab terdahulu tidak mgkin terlepas dalam kajian mengenai nasab si Abdullah Bin saba’. terima kasih.

  14. [...] comment diatas, pertama sekali pasal Abdullah Bin Saba, silalah rujuk dekat post Saifulislam pasal perkara ini. klik [...]

  15. pak din 31 says:

    Dari artikel, “sanad itulah yang perlu dikaji untuk dibezakan antara maklumat yang baik, mahu pun dusta“, membawa makna ‘sanad, sanad juga, tetapi tak kurang yang tenat‘.

    Pengalaman penat macet (Melayu celupnya ‘jamm’) di jalanraya cuti-cuti sekolah ini, saya lebih tenang bersiar di karpet (merah) SIO ni … lengang!

    Di sana … “sbb fikiran tak berapa nak ‘center’ heh..“, yang kurang centre (bull eye) kita terpaksa terima yang paling hampir dengannya,

    Di situ pula, sangat menarik ajaran Bapanya, “nak sejuk tapi kita buat dunia makin panas” ataupun selalu saya sentuh ‘nak tenang kita lari dari kebenaran’, atau ‘nak Syariah, kita lupa Pencipta Syariah, yang bekerja cara SunnahNya’.

    Maka, yang qatie itu adalah usul selalunya, dengan ada keperluan (pada furuknya) mencari dan menggali apa yang ‘dikatakan benar‘ dengan menggunakan pendekatan Ulil Al Bab.

    Dan mana lagi kalau tidak dicari di SIO dan berterima kasih pada tuannya, dengan tidak melupakan memikiran banyaknya kepalbagaian dan ragam manusia.

Leave a Reply