Dari Istanbul ke Legasi Meiji

“Pesawat MH88 ke Tokyo Narita sudah bersedia untuk berlepas dari pintu C27″, saya mendengar pengumuman dibuat dari corong suara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam itu.
Kaki melangkah perlahan.
Antara letih, bersemangat, gementar, dan pelbagai perasaan yang bercampur aduk ketika itu.
JEMPUTAN
Jimi dan ‘Boss’ menghulurkan jemputan kepada saya untuk datang ke Jepun, lebih setahun lalu. Pertemuan kami di Masjid al-Syakirin, menghasilkan keputusan bahawa saya akan ke Jepun pada Ogos 2008.
Jemputan yang diterima ini, mengingatkan saya kepada apa yang pernah dibaca dari buku Modernist Islam, 1840 – 1940: A Sourcebook oleh Charles Kurzman. Di dalam buku tersebut, ada dicatatkan sesuatu yang menarik… sesuatu yang entah bagaimana, boleh berkait dengan saya.
MUTSUHITO MEIJI
Lebih 100 tahun yang lalu, tatkala Jepun diperintah di bawah kepimpinan Maharaja Mutsuhito Meiji (1867 – 1912), beliau pernah menghantar surat kepada ‘khalifah terakhir umat Islam’, Sultan Othmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909) di Istanbul. Surat itu merupakan perutusan dari seorang Maharaja ‘Timur’ kepada seorang Maharaja ‘Timur’ yang lain, menyatakan keinginan Maharaja Mutsuhito untuk mengangkat persamaan ketimuran itu ke tahap yang lebih tinggi.

Maharaja Meiji
“Kita berdua adalah Maharaja Timur, dan sudah tentu menjadi tuntutan keperluan sesama kita dan rakyat kita, untuk bersahabat dan saling berhubung, sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Barat sesama mereka, tatkala Barat itu juga melihat kita sebagai ’satu’ iaitu ‘orang Timur’. Beta melihat orang Barat menghantar misionari mereka ke negara ini untuk menyebarkan agama mereka kerana kebebasan beragama yang ada di sini…
Beta melihat tuan tidak melakukan perkara yang sama. Beta mahu tuan menghantar pendakwah-pendakwah ke negeri ini untuk mengajar dan menyebarkan agama tuan, yang boleh menjadi asas ikatan moral antara kita!”, titah Maharaja Mutsuhito Meiji di dalam perutusannya kepada Sultan Abdul Hamid II di ibu kota Ummah, Istanbul.
REAKSI KHALIFAH
Kapal terbang Boeing 777-200 meluncur laju meninggalkan landasan. Jauh di bawah kelihatan kerlipan-kerlipan lampu Lembah Kelang. Semoga Allah melapangkan jiwa isteri dan anak-anak saya yang terpaksa ditinggalkan seketika demi suatu misi.
Fikiran saya terbang mencari fakta-fakta yang pernah dibaca itu…
Tatkala tamadun Islam di ambang keruntuhan dek serangan luar dan dalam, ketika itulah suatu negeri baru ditawarkan sebagai tapak menyuburkan Islam… bumi Jepun.

Sultan Abdul Hamid II
Surat Maharaja Meiji itu sangat menarik perhatian Sultan Abdul Hamid II. Di Istana Yildiz, sebuah komiti telah ditubuhkan untuk mengkaji akan hal ini. Komiti itu dibentuk bersama Sheikh al-Islam dan Menteri Pendidikan, kedua-duanya sangat mengambil berat akan pelawaan luar biasa ini. Ketika itu, kedua orang penting Istana ini telah berpakat bersama Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, reformis Muslim terkemuka di zaman itu yang bermastautin di Istanbul, untuk menyediakan perancangan berkaitan hal ini. Mereka pergi mengadap Sultan dan diskusi bermula.
“Kami mencadangkan agar sebuah rombongan deligasi dibentuk dari kalangan ilmuan Madrasah Istanbul untuk dihantar ke Jepun”, kata Sheikh al-Islam dan Menteri Pendidikan.
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani hanya mendiamkan diri.
Sultan Abdul Hamid II merenung ke arahnya dan meminta pandangan al-Afghani.

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
“Tuanku, ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam, bagaimanakah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk mengajak masyarakat Jepun kepada agama kita? Saya berpendapat, adalah penting untuk kita mengkaderkan golongan bijak pandai, memberikan mereka pendidikan khas untuk melayakkan diri mereka memikul tugas ini mengikut keadaan semasa”, tegas Sayyid Jamal al-Din al-Afghani.
Sultan terdiam.
“Buat masa ini, cukuplah dihantar surat perutusan bersama hadiah-hadiah yang sesuai untuk memaklumkan kepada Maharaja Meiji bahawa jemputannya sudah diterima dan diberikan perhatian yang serius. Nyatakan yang tuanku akan menunaikan jemputan itu dengan sebaik mungkin”, simpul Sayyid Jamal al-Din al-Afghani kepada Sultan Abdul Hamid II.
Cadangan itu diterima.
Perutusan dihantar, namun agenda pendidikan khas untuk pendakwah Islam ke Jepun itu tidak terlaksana. Jemputan itu ditelan masa dan hilang dari ingatan…
PAN ISLAMISMA
Malam semakin larut.
Di dalam kepekatan malam, pesawat terus menyeberangi Laut China Selatan menuju ke negeri Matahari Terbit. Saya terus melayan fikiran, meraba-raba ingatan terhadap kehidupan ummah yang pernah gemilang ini. Catatan yang hilang dari keutamaan, kerana apa yang didambakan arus perdana hanya nilai material yang tidak berkesudahan tatkala semuanya tidak kekal.
Sultan Abdul Hamid II menggerakkan Agenda Pan Islamisma beliau dengan begitu agresif. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani yang sering berkonflik bersama beliau, adalah ideologue yang tidak boleh dikesampingkan. Pan Islamisma adalah ibarat Islam sebagai ideologi politik, bertujuan membina ikatan emosi dan rasa antara umat Islam seantero dunia, agar bersatu padu mendepani imperialisma Barat yang semakin dominan.
Perutusan Pan Islamisma dihantar ke seluruh dunia.
Dan saya merenung ke luar, melihat pekat malam yang menyelubungi Laut Cina Selatan, menjejaki perjalanan kapal Ertugrul yang belajar atas titah Sultan Abdul Hamid II menuju Jepun.
PELAYARAN ERTUGRUL
607 anak kapal bersama 57 pegawai telah memulakan pelayaran jauh menuju Jepun pada 14 Julai 1889, bersama Kapten Ali Bey sebagai ketuanya. Perjalanan membelah lautan itu sungguh dramatik. Persinggahannya ke India, dan Semenanjung Tanah Melayu sarat dengan pelbagai catatan yang berharga. Masakan tidak, kapal utusan khalifah bangsa Islam itu belayar dengan misi besar, mengajak kaum Muslimin bersatu dari Istanbul ke hujung terbitnya mentari harapan.
Selepas 11 bulan belayar, Ertugrul tiba di Yokohama pada 7 Jun 1890.

Krew kapal Ertugrul disambut meriah
Rombongan yang dipimpin oleh Kapten Ali Bey itu disambut meriah oleh Maharaja Meiji dan penduduk Jepun. Mereka saling bertukar hadiah dan meriam ditembak ke udara sebagai mengalu-alukan ketibaan rombongan yang dinanti-nanti ini. Masyarakat Jepun keluar beramai-ramai berpesta dan berebut-rebut melihat bendera dan kapal Othmaniyyah.
Selama beberapa hari, pelbagai majlis diadakan. Ketibaan kaum Muslimin Othmaniyyah itu amat dialu-alukan.
TRAGEDI

Kapal Ertugrul sebelum pelayaran akhirnya pada tahun 1890
“Tangguhkan sebentar. Ini musim taufan!”, pesan watan kepada tetamu.
Namun Ertugrul tidak bertangguh. 15 September 1890, Ertugrul berlayar meninggalkan Yokohama.
Hari pertama cerah menyinar. Kapal itu ceria dengan 1001 berita yang ingin disampaikan kepada Sultan di Istanbul. Namun segala-galanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila taufan 16 September datang seperti yang dipesan. Ertugrul terperangkap di dalam bencana.
Sehingga lewat malam, kapal dan kira-kira 600 anak buahnya dalam keadaan genting. Pelbagai kerosakan berlaku dan tatkala pekat malam mengundang pagi, Ertugrul terhempas berkecai merempuh terumbu di Pulau Oshima, tidak jauh dari pantai Wakayama yang berbatu.
Dalam jerit pekik warga utusan khalifah, Ertugrul tenggelam ditelan ombak. Lebih 500 anak kapal terbunuh. Maharaja Meiji menyambut berita itu dengan kesedihan.

Tugu peringatan Tragedi Kapal Ertugrul di Pulau Oshima hari ini
Terasa basah air mata saya mengenangkan kemalangan itu. Ia bukan sekadar kemalangan yang menenggelamkan kapal utusan Khalifah, ia juga menenggelamkan harapan ramai umat Islam di Kepulauan Melayu yang turut sama mengirimkan mesej ke kapal Ertugrul agar Khalifah mengusahakan bantuan membebaskan tanah air kita dari penjajahan Britain dan Belanda.
Bukan itu sahaja, ia turut sama menjadi siri bencana yang akhirnya menyaksikan tenggelamnya legasi Ummah apabila Sultan Abdul Hamid II sendiri digulingkan oleh Parti Ittihad ve Terakki pada 1909 dan Khilafah Othmaniyyah dengan rasminya dikebumikan pada tahun 1924… tiada lagi Islam dan Ummah sebagai satu. Turki menjadi Turki, Jepun sebagai Jepun, Tanah Melayu bergelar Malaysia, dan semangat persaudaraan Islam hilang ditelan masa.
MENDARAT
Di dalam pekat malam, saya menunaikan Solat Subuh di dalam pesawat. Boeing 777-200 yang semakin hampir mencecah kepulauan Okinawa di selatan Jepun dinyalakan lampu untuk sarapan pagi.
Maharaja Meiji telah menjemput Islam dan Muslim… seakan semangat penduduk Madinah yang membuka ruang baru selepas kesempitan Mekah yang menekan dakwah.
Namun kelemahan umat, menjadikan jemputan itu tidak terisi. Biar pun Muslim sudah sekian lama bertapak di Bumi Sakura, namun peranan mereka masih berada di dalam tandatanya. Saya teringat kepada komentar Sayyid Jamal al-Din al-Afghani:
“Tuanku, ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam, bagaimanakah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk mengajak masyarakat Jepun kepada agama kita? Saya berpendapat, adalah penting untuk kita mengkaderkan golongan bijak pandai, memberikan mereka pendidikan khas untuk melayakkan diri mereka memikul tugas ini mengikut keadaan semasa”
Tersebarkah Islam, jika Muslim yang bertindak melumpuhkannya?
Sesungguhnya telah ada sekumpulan bijak pandai yang dihantar dari watanku Malaysia ke bumi Jepun. Apa yang diperlukan adalah untuk mereka itu diberikan sentuhan khas bagi melayakkan diri memikul tugas yang besar dan mulia ini. Jepun di tahun 2008 tidak mungkin memandang Islam retorik dan idea basi. Ia harus datang sebagai Islam sebenar yang penuh kualiti dan nilai tinggi.
Di atas misi itulah, saya terbang ke bumi Jepun.
Semoga Summer Camp 2008 mampu mencetuskan kualiti yang dicari, agar anak Ummah di bumi Sakura itu mampu menyampaikan mesej Islam yang telah dipelawa lebih sekurun lalu. Itu cita-citaku.

Saat tiba di Tokyo – Narita International Airport
Pesawat MH88 mendarat sempurna di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo-Narita tepat jam 7:40 pagi. Saya menarik nafas sambil menggenggam erat kedua tangan.
Urusan imigresen berjalan lancar. Tatkala menjalani pemeriksaan kastam, pegawai bertugas memberikan tanda sokongan, memuji saya kerana menulis buku. 40 buah buku Aku Terima Nikahnya saya bawa, sebagai memenuhi permintaan sebahagian peserta yang berhubung sebelum ini. Terkenang kepada sebuah pepatah Cina yang menyebut bahawa, “belumlah seorang itu menjadi lelaki sehingga dia menulis sebuah buku!”.
Ketibaan saya disambut oleh saudara Norhuzaimi dengan penuh kemesraan… Nihon e Youkoso!
Tatkala kaki melangkah naik ke bas menuju ke Mito untuk Summer Camp 2008, fikiran saya melayang melihat kehijauan bumi Jepun yang buat pertama kalinya dijejak diri.
“Think big, act small“, slogan saya kali ini.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Tokyo, Jepun
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor










































about 1 year ago
salam abu Sayf…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz,
Boleh terangkan apakah maksud ayat ini?
“ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam”,apkh yang dmaksudkan olehny? maaf ye kerana kkurangan pengetahuan.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 21st, 2008 12:57 pm:
Wsalam WBT.
Maksud kata-kata al-Afghani itu adalah ‘ulama-ulama yang dicadangkan oleh Sheikhul Islam dan Menteri Pendidikan itu adalah ulama yang tidak berkualiti. Pandangan-pandangan mereka telah menyebabkan ramai umat Islam sendiri menjadi rosak, bagaimana mungkin mereka mahu dilantik sebagai penyebar Islam di Jepun”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam
Suatu pencerahan minda.Harapan yang diletakkan bukanlah harapan di saat ini,malah harapan yang diharapkan mekar sejak 100 tahun yang lampau.Dikala umat masih tercari-cari hasil dari nilai-nilai Islam,Jepun boleh menjadi contoh.Walaupun Bumi Sakura ini ketandusan iman,namun output yang baik berjaya dihasilkan.Namun output yang baik tanpa input dan proses yang sepatutnya tidak memberi sebarang makna walaupun elok dipandangan mata.Kitalah yang sepatutnya berusaha mengelokkannya dimulakan dengan menyuntik input iman dan mengolah yakni memprosesnya dalam ibadah dan amalan harian.
10 tahun secara tidak langsung diletakkan sebagai sasaran merealisasikan harapan,biarlah cepat atau lambat harapan itu direalisasikan,sekurang-kurangnya kita laksanakan dan mulakan dalam kelompok yang mampu dicapai oleh tangan.Think big,act small..
Ampun tuanku,disaat harapan tuanku hampir luput ditelan zaman,kami diperingatkan dan akan bersama menyuburkannya kembali.Memekarkan harapan Tuanku dan sekalian ummah…
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 21st, 2008 2:03 pm:
Terima kasih Zull…
Semoga mesej yang cuba disampaikan dapat dihayati bersama. Buat apa cuti-cuti ni?
Respond to this comment [with empathy]
zull japan reply on August 21st, 2008 2:13 pm:
Masih ada misi yang belum terlaksana ustaz di kala cuti ni.Saya dan Idris masih ada exam hujung bulan ini.Sekarang masa kembali kepada buku dan pena..;-) Mujahadah,mujahadah..Mungkin selepas exam akan pulang bercuti di Malaysia untuk sebulan.Meraikan Ramadhan bersama keluarga.
Respond to this comment [with empathy]
Inda reply on August 22nd, 2008 8:09 pm:
ganbatte zull, sang pelangi dan idris dengan misi kalian
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…
Terima kasih Ustaz… Terubat rindu yang lama menantikan artikel tentang Turki…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Adakah artikel ini terlalu berat untuk pembaca? Maaf jika tidak berhasil melunakkannya
Respond to this comment [with empathy]
budak jepun maniri reply on August 21st, 2008 3:58 pm:
Alhamdulillah,ustaz,dah habis exam.Bukak-bukak dah ada artikel baru.Laju sungguh ram ustaz.Kami,anak-anak muda patut lawan lagi semangat yang ada pada ustaz.
Artikel ini mungkin sedikit berat.Berat kerana di penuhi dengan fakta sejarah yang penuh pengajaran untuk diteladani,khususnya buat remaja-remaja.Anak-anak muda jepun kini seringkali dimomokkan dengan islam sebagai terorist.Pernah juga,rakan-rakan da’wah tabligh yang menjalankan tanggunjawab da’wah mereka juga seringkali diekori oleh polis jepun.Bahkan,seolah-olah mendapat layanan istimewa kerana kemana sahaja pergi,keselamatan terjamin dek kerana dapat bodyguard percuma.:) Namun,benarkah jepun negeri yang maju yang akan terus maju? Atau sedang menunggu masa dan ketika menghadapi kejatuhan pada generasi mendatangnya? Jika ditanya pada sukan olimpik,nescaya jepun akan terus megah dengan generasi mudanya.Lihat sahaja pada hasil kutipan pingat mereka.Namun,jika ditanya pada generasi tuanya,adakah jawapan serupa bakal didengari?
Jepun-Turki-Malaysia.Kita mempunyai titik pertemuan di atas kalimah islam.Bukan batas geografi yang harus kita pedulikan,sebaliknya pada persamaan sejarah ketuanan islamlah,masa depan bersama islam akan lebih tersingkap.Lebih diyakini.Syabas ustaz kerana dapat menghubungkan kami dengan dunia sirah islam.Sejarah islam yang telah di beri nafas baru.
Semua pihak harus menjalankan amanah masing-masing.Usah sering persoalkan sejauh mana kejayaan mereka,tapi selalulah bermuhasabah diri,sejauh mana penglibatan diri sendiri.
Benarlah,fikir besar,bertindak kecik.
Kecik-kecik,lama-lama jadi besar.
Respond to this comment [with empathy]
cucutokjanggut125z reply on August 22nd, 2008 11:41 am:
salam ustaz..
tatkala mendengar kalam dari ustaz dalam Summer Camp 2008 yang menyatakan terdapat hubungan yang erat antara Jepun dan Turki Uthmaniyyah, memang ana rasakan agak terkejut. Tak sangka bumi Jepun yang sedang ana diami sekarang punyai catatan silam yang menunjukkan Islam pernah ada peluang untuk diterima di Bumi Sakura ini. Tapi sayangnya, catatan silam yang bernoktah dengan kesedihan itu seakan menggamit hati kami di sini bahawa kamilah yang sepatutnya menyambung rantai perjuangan itu. Ya Allah moga Kau iringi perjalanan dan perjuangan kami di sini.. Doakan Islam mekar di Bumi Sakura wahai muslimin..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam…
Ulasan dan komen Sayyid Jamal al-Din al-Afghani ini:
“Tuanku, ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam, bagaimanakah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk mengajak masyarakat Jepun kepada agama kita? Saya berpendapat, adalah penting untuk kita mengkaderkan golongan bijak pandai, memberikan mereka pendidikan khas untuk melayakkan diri mereka memikul tugas ini mengikut keadaan semasa”
bagi ana diluahkan dalam bentuk yang santai tetapi maksudnya yang berat.Ana 2,3 kali baca untuk dapatkan isi sebenar ungkapan dia.Islam itu diseliputi kelam dan gelap oleh tindakan penganut-penganutnya.Cuma sekarang tinggal kita adakah berusaha memutihkan gelap itu atau menambah gelapnya lagi…
Ungkapan Bapa Nasir, Pemimpin Masyumi: Jangan kita bangunkan,pada masa yang sama kita robohkan.Kita bangunkan gedung-gedung bangunan tetapi kita runtuhkan orang didalamnya…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Semoga Allah memberkati usaha dakwah tuan. Amin.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Sejarah itu sebenaranya memberi kekuatan jika kita benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan olehnya. Kerana sirah itu adalah ibrah, bukan sekadar renungan dan untaian membanggakan diri di mana Muslim pernah berkuasa, tetapi sebagai satu mekanisme pemberitahuan dan penegur bila kita mula lupa pada tugas utama dijadikan di muka bumi ini sebagai Khalifah.
Semakin lama tenggelam dengan sejarah yang disampaikan oleh Ustaz, semakin banyak teguran dan untaian-untaian sinis terkena kepada batang hidung sendiri. Tapi ramai membaaca sejarah, tetapi hanya sekadar memahami di lapisan atas tanpa menoleh ke dalam maksud yang besar.
Mungkin selepas 10 tahun ini, manusia pula akan bercakap-cakap tentang Malaysia. Dengan ungkapan mulia seperti mana yang diungkapkan oleh Muhammad Abduh cumanya akan berbeza sedikit “saya ke Malaysia lantas bertemu dengan Muslim, pulang ke Jepun lalu bertemu dengan Muslim”.
Kader-kader yang dicipta melalui sentuhan erti hidup pada memberi, seperti yang disarankan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, akan bersinar dengan membawa cahaya Islam di Jepun dengan meluas, dan membentuk muslim yang sebenar-benar Muslim di Malaysia, tanah tumpah air sendiri.
10 tahun tidak lama….
WaAllahualam
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum ustaz,
Mudah2an Allah merahmati ustaz sekeluarga.
Hati terasa berat sangat untuk melepaskan ustaz kembali ke Malaysia. Tautan ukhuwwah memang amat terasa.Mudah2an Allah menjadikan saya dan sahabat2, pendokong Islam yang ikhlas dan bermanfat.
Artikel diatas memberi satu nafas baru dalam hubungan Islam-Jepun. Dahulunya jepun dianggap satu dimensi yang asing dari Islam rupa2nya mempunyai hubungan yang rapat cumanya ia ditutupi oleh tangan2 kotor orang yang bencikan islam dn sejarahnya atau kekurangan diri yang lemah/malas untuk mengkaji. Seperti baru mengetahui seorang kawan, juga merupakan seorang saudara-mara, ikatan emosinya akan menjadi lebih mendalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
**Komen yang tidak bersangkut paut dengan entri di sini.
Wah. Sejak berwajah baru ni, web load time semakin pantas. Saya fikir, ustaz boleh kekalkan struktur design yang ini. Mungkin sebab iklan Nuffnang dah ditiadakan (buat sementara waktu barangkali).
Ustaz boleh buat speed test dengan menggunakan tool di sini. Semak beberapa kali, dan ambil purata saat. Tapi, speed bergantung pada jenis connection dan geografi.
p/s: Nanti kalau ada masa, saya akan usahakan untuk letakkan kod iklan di footer HTML (melalui PHP) tanpa mengubah kedudukan iklan di tempat teratas (melalui CSS) untuk mempercepatkan proses loading.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 22nd, 2008 8:08 am:
Ustaz dah uninstall 5 plugin yang kurang penting dan kini hanya 10 plugin sahaja yang active. Kemudian iklan nuffnang kat atas tu telah dibuang (sob sob sob)…
Thanks for the advice (walaupun ustaz dah tahu, tapi takde determination nak buat)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
ust, jimi tu huzaimi ke?klu betul rasanya ahli usrah ana dulu time sek..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 22nd, 2008 8:10 am:
jimi tu huzaimi, huzaimi tu jimi… x-kisas
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalammualaikum ustaz..
artikel ni menjwab persoalan saye sejak hari2 pertame ketibaan saya d jepun..
tanah besar china,punyai berjuta2 rakyat yang beragama islam..
china hanye terletak seberang laut dr jepun..
tp,kenape untuk menemui muslim jepun,ataupun japanese yg beragama islam,mcm nak cari sebutir pertame d padang pasir huhuhuh
pernah terjadi,saya berborak dgn seorng japanese,n she or he(couldn’t recall) didn’t even know,the word muslim…islam pun same..mati kutu saye huhuh..mungkin die x berpelajaran.tp,betape la x tersebarnye agama itu d jepun..walaupun sudah beribu tahun islam bertapak d china..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 22nd, 2008 8:12 am:
wsalam wbt.
Tidak mustahil untuk jepun menerima perkembangan Islam secara terpisah berbanding China biar pun kedudukan mereka berjiran. Antara selatan China dan Beijing juga bukanlah pendek jaraknya.
Respond to this comment [with empathy]
Ibnu Alwi reply on August 22nd, 2008 4:49 pm:
satu persoalan menarik dari ‘dr timur’ utk dibincangkan. walaupun saya tidak mahir di dalam sejarah, tetapi mmg diketahui sebelum era meiji jepun mengamalkan konsep tertutup, dan enggan menerima pengaruh luar. sehinggakan mubaligh kristian yang datang berdakwah satu ketika dulu dibunuh beramai-ramai (walaupun saya tidak pasti zaman bilakah peristiwa ini berlaku).
jika diambil seratus tahun yang lalu sebagai kayu ukur bermulanya penyebaran Islam di Jepun, maka kita masih terkebelakang, walaupun alhamdulIllah pada masa ini masjid2 di jepun bercambah bagai cendawan selepas hujan, atas usaha saudara2 Islam di sini. semoga meningkatnya masjid sebagai pusat penyebaran Islam, maka bilangan penganut Islam berdarah Jepun juga meningkat insyaAllah.
buat masa ini sudah berpuluh2 masjid dan musolla didirikan di serata Jepun, dan dalam masa beberapa tahun ini sahaja, banyak cafeteria universiti2 telah mengiktiraf kewujudan pelajar Islam dan telah menyediakan makanan halal, dan dua sekolah rendah Islam sedang didalam pembinaan.
sifat2 Islam yang mulia telah mereka miliki, cuma perlu ditambahkan dengan ilmu tauhid dan iman sahaja.
semoga Islam mekar di bumi sakura. amiin ya Rabb!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
nak mengalir air mata tgk ending video yg ustaz embed kan tuh..hebat sungguh..
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on August 22nd, 2008 8:14 am:
itulah youtube… jika bijak mencari, banyak mutiara di celah badai dan ombak
Respond to this comment [with empathy]
saladen2 reply on August 22nd, 2008 10:53 am:
terima kasih kerana mendapatkan mutiara untuk saya kali ini..semoga saya juga berjaya menjadi pencari mutiara kelak..:)
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
sungguh mengharukan kisah ertugul!! sob sob..
dibaca pula pada hari peringatan al quds…sob sob sob
smg ustaz dan keluarga terus istiqomah dgn da’wah…
teruskan usaha demi menghidupkan hati2 agar terus berjuang demi Islam! Allahu Akbar!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Alhamdulillah, faham mesej yang ingin ustaz sampaikan…
Pan-Islamisasi
Ada juga buat sedikit pembacaan untuk pembentangan sejarah gerakan Islam satu masa dahulu dan artikel ustaz kali ini melengkapkan lagi kepingan-kepingan puzzle dalam kepala saya.
Rupa-rupanya, “sekumpulan bijak pandai yang dihantar dari watanku Malaysia ke bumi Jepun” yang ada sekarang ini, bukanlah memulakan tugas yang baru di bumi asing tetapi dalam usaha melengkapkan misi yang belum lagi berkesudahan.
Tidak pernah terlintas di fikiran saya sehinggalah sekarang…
Think big, act small
Bila dah nampak the big picture, barulah tahu tujuannya…
Respond to this comment [with empathy]
zull japan reply on August 21st, 2008 10:27 pm:
Saya sokong kata-kata Kak Inda, seperti ungkapan ustaz, “kita bukan pemula tapi perlu bermula”.Jalan dan lorong telah dibuka, diteroka oleh generasi terdahulu,kini kitalah sebagai penyambung jejak,warisan dan harapan mereka.
Alhamdulillah, diberi kefahaman oleh Allah entry kali ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
hmmm… rupa-rupanya inilah yang berlaku…
sekarang kena teliti balik buku ‘Islam in Korea (IRCICA)’, supaya segar kembali.
all the best!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
alhamdulillah, semoga Islam terus menyinar di Jepun secerah matahari yg terbit darinya. semoga Islam menyinar juga di bumi Czech republic! bersama kita pastikan Islam kembali menyinar dimuka bumi!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum,
Amat bagus input sejarah dari Ustaz ini. Jarang-jarang terbongkar dan dibongkarkan. macam itu, banyak peristiwa sejarah kena refer dekat Ustaz .
Anyway, saya ada award nak bagi kat Ustaz. Silalah jengah-jengah di sini.
http://azzlie.blogspot.com/2008/08/award.html
wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Jepun,
1. Satu “Suatu pencerahan minda” seperti kata Zull Jepun #3. “Artikel diatas memberi satu nafas baru dalam hubungan Islam-Jepun. Dahulunya jepun dianggap satu dimensi yang asing dari Islam rupa2nya mempunyai hubungan yang rapat cumanya ia ditutupi oleh tangan2 kotor orang yang bencikan islam dn sejarahnya atau kekurangan diri yang lemah/malas untuk mengkaji.” kata Hafiizah Japan #9. Malangnya ada yang kata “Artikel ini mungkin sedikit berat. Berat kerana di penuhi dengan fakta sejarah yang penuh pengajaran untuk diteladani, khususnya buat remaja-remaja.” kata budak jepun manuiri #4.
2. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berat minda membaca analisa, berat lagi yang menulisnya. Maka benarlah kata-kata, “Tuanku, ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam, bagaimanakah mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk mengajak masyarakat Jepun kepada agama kita? Saya berpendapat, adalah penting untuk kita mengkaderkan golongan bijak pandai, memberikan mereka pendidikan khas untuk melayakkan diri mereka memikul tugas ini mengikut keadaan semasa”, tegas Sayyid Jamal al-Din al-Afghani. Bukan membaca, bukan menulis, tetapi mengajak, sememangnya satu tugas yang sangat berat. Terlalu berat untuk memikulnya.
3. Akibat di perintah Jepun, generasi ayah saya memberikan gambaran negatif kepada Jepun. Dipaksa meminum air sabun, memaksa sebahagian generasi tersebut mengutuk sekeras-kerasnya Jepun dan berkaitannya. Akhirnya apabila saya bekerja dengan orang Jepun (Usahasama Jepun Malaysia) sedikit-demi sedikit, saya faham siapa itu orang Jepun. Sangat patuh pada ketua dan pada peraturan, menjadikan tiada sesuatu yang mustahil untuk mereka capai bersama. Lihatlah bagaimana mereka bangun dari kemusnahan dan terus mencapai satu demi satu teknologi, yang kemudian menjadi kegunaan harian seluruh Dunia, termasuk masyarakat Islam, hari ini.
4. Nilai Islam yang diwahyukan Allah, ke arah mencari kesempurnaan, menjadi wawasan dalam menjalankan kegiatan hari mereka. Tiada yang hanya baik, melainkan mencari cara membaiki ke arah terbaik. Pelbagai cara difikirkan bagi mengatasi segala cabaran dan rintangan dalam pencarian menjadi yang terbaik. Kalaulah pelawaan menyebarkan Islam itu berlaku, sebagaiman pencarahan Ustaz, sudah pasti mereka dapat memperbaiki penerapan nilai-nilai Islam itu menjadi lebih mendalam dari apa yang ada sekarang! Hanya mungkin berlaku di Jepun?
5. Sudah pasti ada bahagian-bahagian anggota masyarakat Jepun yang pincang dan negative. Ada bahagian pemikiran dan budaya yang kotor. Tidak dinafikan, tetapi melihat secara keseluruhan budaya Jepun sangat selari dengan nilai-nilai Islam. Kepatuhan pada masa, keikhlasan dalam bermasyarakat merupakan tonggak utama membena satu jemaah atau negara dan budaya yang berjaya. Malangnya sebagai Muslim kita jarang menilai penterjemahan nilai Islam dalam budaya, tetapi selalunya hanya melihat semangat luaran yang dilontarkan sebagai Islam. Maka sekali lagi, saya terpegun dengan perncerahan Ustaz tentang, “ilmuan-ilmuan yang dicadangkan itu telah menjauhkan Muslim dari Islam”.
6. Keluar dari Jepun melangkan ke Dunia Islam, telah banyak artikel di Saifulislam selari dengan ‘menjauhkan Muslim dari Islam’. Islam sebagai agama yang hidup, didakwahkan sebagai agama yang mati, apabila mereka mengajak kembali ke zaman silam. Mereka menyalah-tafsikan terjemahan zaman silam itu sebagai zaman terbaik! Mereka hanya mengagungkan teks yang menyatakan kegemilangan zaman silam itu, tanpa mahu memahami konteksnya dan menggunakan akal bagi menterjemah nilai-nilai keagongan yang telah diberikan di zaman itu. Sudah pasti kejayaan ekonomi Jepun tidak berlandaskan kepada terjemahan yang sama.
7. Maka teruslah mereka memenangi riuh sorakan semangat luaran. Mereka menang bilangan ahli tetapi kalah kiraan kualiti. Qunatity Over Quality. “Takapalah lambat keretapi 2 minit”. “Takapalah tak kenal carakerja Allah”. “Takapalah mereka baca Quran, tanpa memahami apa yang dibaca” dan terus takapalah sehinggalah akhirnya “Takapalah tak bernilai Islam, asalkan mereka Muslim”. Dan seterusnya ….
Saya setuju Ustaz mengkritik kerana kecintaan kepada Islam. Dah 10+ tahun! Syabas.
Respond to this comment [with empathy]
SangPelangi reply on August 22nd, 2008 8:58 pm:
Berkenaan poin oleh PakDin, di No.5, “keikhlasan dalam bermasyarakat”;
Mengingatkan saya tentang satu peristiwa, sewaktu seorang junior saya yang baru turun dari mendaki Gunung Fuji. Dompetnya terjatuh dan hilang entah ke mana. Kemudian, dia membuat laporan polis.
Bila sampai di rumah, alangkah terkejutnya dia. Dompetnya yang hilang itu telah sampai ke rumah lebih awal dari tuannya.
Kadang-kadang, saya selalu pening memikirkan, apakah caranya untuk melahirkan “keikhlasan” dalam diri masyarakat kita. Jika melihat orang Jepun sendiri, “keikhlasan” mereka tidak bersandarkan hadiah mahupun pahala. Adakah memang sudah fitrahnya manusia itu berhati ikhlas lagi bersih?
Tawaran Maharaja Meiji kepada pendakwah Turki, tak punya agenda misteri di baliknya. Semuanya atas sebab “keikhlasan” untuk bersatu sebagai kuasa Timur.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam..
i really love you saifulislam.com… from the 1st until now many input i can get from here… really appreciate it.. really thankful to u!!!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
meremang bulu roma saya baca surat utusan maharaja meiji tu…harap islam dapat subur di bumi sakura.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ilmuan yang menjauhkan muslim dari Islam.
Baru2 ini buku bertajuk Pelik Tapi Benar Dalam Solat telah diharamkan, akak rasa buku tersebut bagus untuk ibu2 yg keseorangan menjaga anak kecil di rumah, sekiranya kita tahu rukhsahnya tidaklah kita resah bila tiba waktu solat. Rasanya kalau ada niat untuk menulis mengenai solat semasa sakit baiklah rujuk dgn KDN dulu. Kebanyakan org menganggap memilih mazhab sebagai input atau pun output bukannya proses.
Terima kasih SIO untuk ilmu melihat the big picture
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Misi Ustaz (para ustaz) ‘berat’!
Semalam saya berkenalan dgn seorang pelajar Tahfiz AlUlum New Castle South Afrika yang singgah di Dubai untuk urusan visa melanjutkan pelajaran ke Suria (Syria).
Dihujung perbualan saya katakan tugas ustaz (sekarang) ialah mengaplikasikan evolusi keatas tanggapan kebanyakkan muslim yang seolah-olah cuba menjauhkan sains (sunahtullah) dari islam. Ceramah Israq-Mi’raj mithalnya, para ustaz nampaknya ‘tidak berkebolehan’ mengaitkan insiden-insiden yang di utarakan, keatas kechanggihan teknologi sekarang yang mampu membawa suasana lebih memahami akan cara Allah bekerja (tiru kata-kata Pak Din). Maka mereka yang di peringkat ‘lay man’ tidak berganjak kefahamannya untuk proses seterusnya i.e. ‘menambahbaik’ iman..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz..
Alhamdulillah terasa kenyang minda ni membaca artikel Ustaz. Banyak input dah di”save” kat kepala ni agaknya. Adalah jarang sekali kita mendengar akan kisah hubungan kerajaan Othmaniyyah dengan negara² barat & timur yang begitu bertolenransi dan terbuka yang pemimpinnya benar² menunjukkan akhlak Islamiyyah dalam pemerintahannya. Salah satu kisahnya adalah seperti yang telah diceritakan oleh ustaz dalam artikel ini. Walaupun kisah ini pernah saya membacanya dalam majalah “The Fountain” satu ketika dahulu. Bagi saya artikel Ustaz ini telah menyegarkan kembali imbauan sejarah dan dapat menaikkan semangat untuk menyebar luaskan mesej Islam yang titik noktahnya pabila hancurnya dunia ini.
Satu lagi kisah yang menarik mengenai kerajaan Othmaniyyah yang dapat saya kongsikan adalah ketika Ireland menghadapi krisis kekurangan makanan & penyakit (peristiwa ini dikenali sebagai “Great Hunger”) dimana kerajaan Othmaniyyah telah menghantar beberapa buah kapal yang penuh dengan muatan berisi bekalan makanan & ubat²an sebagai misi kemanusiaan, malangnya pentadbiran British ketika itu telah tidak membenarkan kapal² ini berlabuh di pelabuhan Belfast atau Dublin. Kekadang umat Barat tidak mengenali Islam yang sebenar adalah disebabkan oleh tangan² jahat pemimpin² mereka. Adapun begitu juga dengan kedatangan Islam ke Jepun, adalah diketahui Jepun sebelumnya mengenali Islam dari missionaries² Kristian dimana melalui mereka jugalah bangsa Jepun telah diberikan tafsiran yang salah mengenai Islam.
Di awal abad ke-19 lah dikatakan bermulanya hubungan diplomatic antara dua negara dan seterusnya Islam datang ke negara matahari terbit ini. Kepada Ustaz, syabas untuk artikel ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah kerajaan Othmaniyyah bolehlah merujuk majalah “The Fountain”, sebuah majalah yang saya rasa cukup ilmiah dan banyak manfaatnya.
Source:
Islam in Japan
http://www.fountainmagazine.com/articles.php?SIN=a50586fd4f&k=263&437773947&show=part1
Gratitude to the Ottomans
http://www.fountainmagazine.com/articles.php?SIN=e2e2490305&k=854&207602166&show=part1
p/s: saya petang tadi telah dimaklumkan oleh wakil pengedar majalah “Fountain” mengenai seminar bertajuk “Globalization in Islam and Gulen movement” yang akan diadakan di ISTAC besok.
Tempat: ISTAC, Persiaran Duta, Jalan Duta
Waktu: 5.30 p.m.
Anjuran: Fountain Turkish Cultural Centre
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Seminar: Globalization in Islam and Gulen Movement
Seminar on
“Globalization in Islam and Gulen Movement”
28 August 2008/Thursday
Main Hall/ISTAC*
Speakers;
Prof. Dr. Ibrahim M. Abu-Rabi, Harford Seminary, USA
Prof. Dr. Omar Zaid, IIUM
Associate Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim, IIUM
Associate Prof. Dr. Abdulaziz Berghout, IIUM
Schedule of Seminar
17:15 – 17:30 : Registration/Arrival of Guests
17:30 – 18:45 : Speeches
18:45 – 19:15 : Questions & Answers
19:15 – 19:30 : End of Seminar/ Refreshment
Open for Public. Free of charge.
Note: Transportation from IIUM Gombak Campus to ISTAC will be provided at 16:30, Main Staircase, Administration Building, IIUM, Gombak Campus
*Address of ISTAC: Persiaran Duta, Jalan Duta, Kuala Lumpur (New
Campus) ,near Hentian Bas Jalan Duta and opposite to Institut Integriti Malaysia
Contact person: Mr Urgu 017-2114987
Alhamdulillah dah ade rupanya hebohan pasal ni. Sila ke:
http://infomajlisilmu.blogspot.com/2008/08/seminar-globalization-in-islam-and.html
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
Salam..nk tnya..bleh x tlog explain pasal fikir besar,bertindak kecik..kalu fikir besar, bertndak besar cmne plak..fikir kecik,bertindak kecik..fikir kecik bertindak besar…huhu,,sorila tanya soklan ntah pape nie..syukron…
Respond to this comment [with empathy]
about 7 months ago
mahu menangis ustaz saya baca artikel ini..tq ustaz atas pencerahan. erm ustaz boleh cadangkan saya mana2 buku untuk membaca lebih lanjut akan sejarah ini? memang menarik minat saya
Respond to this comment [with empathy]