
Saya sahih sebab rujukan saya sahih!
Ini merupakan salah satu penyakit pemikiran yang merunsingkan saya.
Terutamanya dalam trend kembali kepada Quran dan Sunnah, ramai yang ditimpa penyakit ini.
Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih.
Penyakit ini menimpa golongan yang menisbahkan fikiran mereka sebagai mewakili teks yang dianggap benar. Ia bukan sahaja berlaku dalam lingkungan Muslim, malah telah wujud juga penyakit yang sama di semua agama. Masalah ini bukan masalah agama, tapi masalah sikap dan pemikiran.
Ketika menyelak lipatan sejarah, saya teruja melihat gelagat golongan Jacobin.
Semasa Perancis sedang bertarung dengan usaha membebaskan masyarakat dari cengkaman penguasa diraja dan gereja, 1793 memperlihatkan rusuhan besar-besaran yang akhirnya memberi ruang kepada Jacobin mengambil alih pemerintahan. Mereka menganggap bahawa merekalah golongan yang mewakili suara rakyat, memahami aspek keadilan serta baik dan buruk masyarakat.
Mereka menganggap tafsiran mereka terhadap konsep cintakan tanah air La Patrie dan kefahaman mereka terhadap kehendak Social Contract adalah yang paling tepat. Lantas mereka mesti menerima sokongan dan kepatuhan yang mutlak dari rakyat, kerana dari situlah rakyat beroleh kebaikan.

Antara tokoh terkenal dari kumpulan Jacobin ini adalah Maximilien Robespierre (1758 – 1794). Pemerintahannya dianggap pemerintahan yang luhur, berteraskan rujukan yang sahih, lantas dinamakan sebagai Republic of Virtue.
Tindakannya yang anti perhambaan, memberikan hak sivil kepada komuniti Yahudi dan pelbagai reformasi positif, di peringkat awalnya disambut baik oleh rakyat. Tetapi tindakan yang dinisbahkan kepada memenuhi kehendak iman telah menjadikan beliau dan pemerintahannya meng’kebal’kan diri dengan alasan mereka mewakili apa yang sahih.
… to detest bad faith and despotism, to punish tyrants and traitors, to assist the unfortunate, to respect the weak, to defend the oppressed, to do all the good one can to one’s neighbour, and to have with justice towards all men”
Robespierre telah membina imej agama kepada masyarakat yang ditadbirnya. Lantas, menentang pemerintahannya dianggap menentang kehendak agama.
Pemerintahan berteraskan tafsiran sahih terhadap kehendak rujukan yang sahih, telah membina sikap tidak boleh dikritik, lantas mereka menghukum sesiapa sahaja yang mempertikai. Mereka membanyakkan perisik untuk memastikan tiada usaha mempertikai dan menentang dari kalangan rakyat, dan sedikit demi sedikit, Republic of Virtue berubah menjadi Reign of Terror!
Saya bertemu dengan watak ini di dalam pusingan Sejarah. Sama ada Sejarah Islam, mahu pun sejarah yang di luar komuniti Islam. Golongan yang menganggap diri mereka mewakili teks yang sahih, terlupa bahawa teks yang sahih tidak menjadikan apa yang mereka faham tentang teks itu turut sahih dan tidak boleh menerima pertikaian.
Kerana itu, kita bertemu dengan pembiakan golongan yang mengambil teks secara literal tanpa mengambil kira peraturan-peraturan untuk teks tersebut difahami.
Misalnya, banyak hadith sahih tentang hubungan rakyat dan pemerintah diketengahkan. Teks hadith ini cuba untuk dijadikan prinsip siasah secara mudah, sedangkan kefahaman mengenai hadith-hadith itu langsung tidak mengambil kira apakah asbab al-wurud (sebab hadith itu disabdakan oleh baginda s.a.w), ‘illah, maqasid, hikmah dan apa yang mahu dicapai oleh Syariat Islam melalui hadith itu.
Lantas, usaha untuk mempertahankan ketaatan rakyat kepada pemerintah diperbesarkan dengan bahasa mutlak, bahawa pemerintah tidak boleh ditegur kerana hadith sahih berkata begitu, atas nama kehendak Sunnah!

Masyarakat diajak agar mengenepikan tanggungjawab membetulkan pemerintah, apatah lagi dengan memperkatakan apa yang benar, kepada pemerintah yang zalim. Sebaliknya tumpuan diberi kepada menjauhkan diri dari menyatakan penentangan kepada penyelewengan dan kezaliman pemerintah, kerana ia dilabel sebagai tradisi Khawarij. Sedangkan taat kepada pemerintah, dan menjauhkan Kalimah al-Haq ‘inda al-Sultan al-Ja’ir, itulah Sunnah.
Fahaman ini sukar diperbetulkan kerana pemikiran pendukungnya ialah “saya sahih sebab rujukan saya sahih”!
Soal menegur pemerintah secara tidak beretika, itu soal lain. Al-Quran sendiri memberi garis panduan kepada insan setinggi Musa tentang cara yang betul menegur manusia sejahat Firaun. Teguran tentunya dengan bahasa yang tidak menjadikan penegur memberanakkan dosa. Teguran tentunya mesti berasaskan fakta yang diteliti. Semua ini kehendak Syariat Islam.
Tetapi memberikan imunisasi kepada pemerintah semata-mata dengan alasan hadith sahih tidak membenarkan pemerintah ditegur, adalah suatu yang menghairankan, bukan hanya kepada rakyat yang Islam, malah kepada pemerintah sendiri.
“Tidak sangka, rupa-rupanya kalau menurut Syariat Islam, kita ini tidak boleh ditegur!”, kata pemerintah di empat penjuru alam Muslim. Siapa yang tidak mahu ‘Islam’ versi ini?
Tindakan para Anbiya’ seawal Nuh ‘alayhi al-Salaam berdakwah terhadap golongan al-Mala’, sirah Nabi s.a.w yang menolak pemerintahan Jahiliah di zamannya, derita para Imam seperti Imam Malik dan Imam Ahmad kerana tidak menyetujui pendirian pemerintah di zamannya, malah kematian dan derita pejuang Islam di Mesir, Syria, Jordan, Iraq dan di merata pelusuk alam, semuanya dilupakan.
Di dalam dunia kita hari ini, menegur kuasa pemerintah bukan hanya merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh pembangkang. Ia hanya salah satu daripada format menyatakan pendirian. Teguran dan nasihat juga disampaikan dalam format jurnalisma (seperti diskusi Edward Said di dalam bukunya Covering Islam), seni suara, seni lukis, karikatur dan sebagainya. Kesemua format itu berkongsi etika yang sama, bahawa menegur pemerintah adalah sebahagian daripada proses check and balance demi memastikan kuasa berada di tangan yang betul, dan turun ke rakyat dengan polisi-polisi yang betul lagi saksama.

Gerakan Islam, NGO dan pelbagai pertubuhan yang ada di dalam masyarakat, mempunyai pelbagai tanggungjawab dan peranan.
Malangnya, dalam suasana seperti apa yang ada hari ini, agenda menyelamatkan ummah dari ancaman Sekularisma hilang prioriti. Tanggungjawab menegakkan keadilan pada ekonomi, sosial dan undang-undang ditolak ke tepi. Tugas umat Islam menyelamatkan saudara-saudara mereka dari gelombang Riddah apabila manusia murtad menerusi peruntukan undang-undang dan lemahnya penguatkuasaan, sudah tidak lagi dibicarakan.
Malah bukan hanya itu, apa yang dinamakan sebagai perjuangan Islam. Bagaimana pula dengan polisi kerajaan dalam isu alam sekitar, pencemaran udara dan air, hinggalah kepada pencemaran budaya dan cara hidup, semua itu juga sebahagian daripada agenda Islam. Sistem Islam bukan hanya memperkatakan tentang undang-undang, malah mencakupi seluruh aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
Tugas pendukung agenda Islam sangat banyak. Sekurang-kurangnya ia sama banyak dengan kementerian dan jabatan kerajaan itu sendiri. Mereka perlu memantau keberkesanan penguasa di dalam isu kehakiman, sama juga di dalam isu kesihatan, penjagaan alam sekitar, kebajikan pekerja, pendidikan, dan senarai ini berterusan.
Di mana perjuangan al-Quran dan al-Sunnah dalam memperkatakan hal ini, jika kita semua diheret kepada sekadar persoalan “boleh atau tidak kita menegur pemerintah?”. Pemerintah sendiri pun tidak sangka ada isu semacam itu di belakang mereka.
Bukanlah saya bermaksud mengajak pembaca menjadi pembangkang secara membuta tuli. Namun pemantauan oleh rakyat kepada pemerintah, adalah suatu amalan yang terlalu biasa yang manusiawi, tiada apa yang ganjil. Bukan sahaja sistem pemerintahan Islam, malah mana-mana sistem pemerintahan yang sedar akan ‘keadilan’ menerima kepada adanya saluran untuk mereka yang memerintah, dinasihati oleh mereka yang diperintah.
Tetapi dengan krisis pemikiran yang menimpa umat Islam, kita menjadi komuniti yang pelik.
Yang diutamakan ialah ‘jangan menentang pemerintah selagi mana mereka bersolat’. Ini berpunca daripada kegelojohan untuk memahami hadith tanpa menggunakan alat-alat Syara’ seperti Usul Fiqh, perbahasan mengenai Maqasid dan sebagainya. Apakah tujuan Rasulullah s.a.w mendisiplinkan proses menegur pemerintah? Ada besar hikmahnya di situ. Soal mencegah kemungkaran tanpa menimbulkan kemungkaran yang lebih besar, diberikan keutamaan di situ. Agar jangan sampai semua orang secara semberono membunuh kestabilan masyarakat demi membetul satu dua kesilapan pemerintah.
Tetapi perincian kepada soal ini begitu malas untuk diambil peduli. Yang penting, saya telah petik hadith yang sahih di dalam pendirian saya. Itu kehendak hadith sahih yang saya rujuk. Saya sahih kerana rujukan saya sahih. Rujukan anda apa?
Hanya dengan ‘Islam’, kesilapan dan kesalahan pemerintah dapat didiamkan! Mahukah anda sebagai mangsa kepincangan profil tinggi, dengan Islam yang begini?
Saya sakit kepala memikirkannya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor











True… True… Da’wah needs no endorsements from the governing group of people. It is not the nature of “amar ma’ruuf nahi mungkar”. If in any way it is subjected to such kind of thinking then “amar ma’ruf nahi mungkar” would be belittled as such to a state as it is of no consequence to the community.
I bet there’s a lot more dalil that defines these matters (with regards to the notion of “I am sahih because my source is sahih”) in further detail. There is need for cross examining the subject at hand with the many texts we have (most of which are sahih) in order to further understand the argument. Such arguments can usually be refuted through the detailing of the arguments with more sahih sources.
Please… Correct me if I’m wrong, ya ustadz.
assalamualaikum ustaz…..
Boleh saya tanya apakah interaksi atau tafsiran ulamak2 hadith tentang hadith jangan tentang pemerintah selagi mereka solt? satu lagi ttg apa pula tafsiran ulamak2 yg giat dlm pembangkang di mesir (ikhwan), jordan (al-khalidi) dan di dunia islam lain ttg hadis ini?
Apakah manhaj dan cara mereka dlm menegur pemerintah di sana, mungkin dapat membantu kita di sini dlm menghadapi situasi seperti ini. Saya rasa penting kerana masyarakat kita masih baru terdedah secara langsung dgn pengajian hadis secara mendalam berbanding dengan masyarakat di mesir, jordan, syria dan lain2.
macam tau je dari mana timbulnya isu ini..hehe. Harap harap mereka yang terlibat tu dapat membaca artikel ini.
Bukankah ibnu taimiyyah antara orang pertama membangkitkan suara rakyat untuk menegur pemerintah? (correct me if i’m wrong)
ooo..cam2..jd camne cara Ibnu taimiyah menegur pemimpin?..
nak tau skit…
salam
cidos, rasanya sejak zaman nabi sebelum rasul s.a.w. lagi dah ada rasanya..terang lagi bersuluh telah ustaz nyatakan.
saya pernah menulis panjang tentang isu ini satu ketika dahulu ustaz..dalam satu laman web yang saya sifatkan ‘kononnya’ mewakili idealisme mahasiswa…
bukan untuk bertarung siapa benar atau siapa salah..tetapi saya melihat kelonggaran hujah yang boleh menjadi sebab kenapa orang menolak sistem islam.
yang peliknya, seruan ini didengarkan kepada yang lain atas nama ‘jom ikut sunnah’..seolah2 kezaliman itu satu sunnah pulak di pihak pemerintah.
sulit juga menjadi orang awam yang mahu mendaulatkan ilmu (dengan upaya yang mampu), apatah lagi bertarung di gelanggang politik yang hanya kenal jalur hitam atau putih sahaja sebagai pilihan.
alhamdulillah,
Mohon Ustaz memperincikan sedikit ttg tulisan ini. Dalam kita hendak menegur, siapakah orgnya org awam ke? Bagaimana kita hendak menegur pemerintah, apakah ayat AQ ttg Nabi Musa menghadap Firaun itu sbg asasnya. Apakah dgn meng’forward’ gambar isteri pemimpin yg tak menutup aurat, atau berbual juga menyampai keburukan pimpinan dikedai kopi. Apakah berita yg patut kita sampaikan, sbb kebykkan berita pimpinan menbuat onar ni 50-50 jer, payah nak dishahihkan tambahan pula yg membawanya musuh politik.
Mohon Ustaz menulis ttg ‘guideline’ nya pulak. Saya adalah salah sorang rakyat yg kebingungan sekrg ni.
ijtihad fi al-tatbiq hendaklah seiring dengan ijtihad fi al-fahmi-kerana pemahaman yang tepat kepada maksud teks perundangan tidak semestinya tepat atau menjaminya perlaksanaan tersebut kepada sesuatu kes yang tepat dan betul,makna dan maksud yang betul kemungkinan diaplikasikan kepada kes yg tidak betul atau selari dengan maksud teks perundangan tersebut-maka jadilah apa yg Ustaz cerita kat atas-sekadar pandangan sahaja.
Assalamualaikum
ana di ireland ini byk menggunakan rujukan kepada sikap org2 barat terhadap agama.
byk isu dalam agama kita skrg ni yg telah berlaku dalam agama mereka.
ana boleh katakan yg penganut kristian lebih matang dalam sikap mereka beragama berbanding muslim.
tanpa membelakangi Alquran dan Assunnah, kadangkala dalam sesetgh2 masalah yg berlaku dalam interaksi ana dgn masyarakat native muslim di Ireland, ana kutip penyelesaiannya dari contoh sikap org2 barat menyelesaikan masalah antara penganut agamanya. seronok berbual dgn mereka sbb kita dapat paradigm yg berbeza ttg sesuatu masalah.
insyaAllah, semua ni akan berguna utk pejuang islam di malaysia kelak
syabas ustaz. ana lihat pejuang islam hari ini, xramai yg nk cuba selesaikan isu salaf&khalaf di Malaysia. mungkin mereka menumpukan lebih kpd aspek siasah dan mungkin isu salaf&khalaf ini mmg rumit. teruskan menarik rambut dari tepung.
setuju dgn ust. masyarakat kita rata2 terbahagi kepada 2 kumpulan. satu kumpulan menganggap langsung tidak boleh menegur pemerintah yang kononnyer berdasarkan pemahaman al-Quran dan sunnah. Satu lagi kumpulan menganggap kita kena sentiasa membangkang dan menegur dgn apa cara sekalipun. menganggap teguran kepada pemerintah perlulah dibuat secara awam, sidang akbar dll supaya semua masyarakat nampak kelantangan dan keberanian mereka. tp amatlah kurang masyarakat yang memahami adab2 dan cara menegur pemerintah menurut pandangan al-Quran dan Sunnah.
wallahualam
kurang respondent la topic ni. sepatutnya topik hangat ni. ramai yg berdiam diri kot tak ngaku.
maybe takut melibatkan diri dengan hal-hal sebegini, ada bau-bau “pol ” katakan…
Nak komen panjang-panjang, satgi org dok kata merepek plak, rasanya artikel ustaz ni dah cukup jelas untuk depa nun di luar sana….
Komen sket :
Pemimpin yang naik dengan hati & hasrat orang yang dipimpin, insyaAllah akan dijaga oleh org yg dipimpin tersebut.
Pemimpin yang naik dengan cara yang ‘keji’ & ‘kotor’, ……………
entah la Labu… Malaysia dah moden….rindu plak nak blk Jordan …
Bagus ustaz,
Faham dah saya
tapi mereka2 tu tetap nak guna dalil sama walaupun diberi sbb
tertentu mengikut situasi sesebuah negara
apa maksud enta?..
ana kurang jelas…
isu best ni… jazakallah ustaz atas kupasan yg menarik! mcm ust ckp, masalah ini berlaku dlm stp agama, tp ini mmg masalah SIKAP… klu dah sikap nak penuhkan periuk nasik sendiri shj, maka masalah ini tiada kesudahan. Pemimpin yg tidak beramanah maka pengikutnya akan hanyut dek mngikut arus dunia pemimpin itu. Maka berjaga2lah kita dgn gejala Riddah spt hiburan melampau2 AF,Mentor, Malaysian Idol ,etc… peninglaa pk psl ni.. smua org mcm xbole hidup tanpa hiburan2 yg ditaja oleh pemimpin Islam sndiri…aishh…
(
assalamualaikum..
”fawai lullill musollin” neraka will la bagi org yg mendirikan solat…..
“dan bersabar dan kerjakan la solat,sesungguhnya kami tidak meminta rezeki dari kamu bahkan kami la yg memberi rezeki kepada kamu”….
Kalau nak disenaraikan Ayat-Ayat Allah yang dipergunakan oleh pemimpin, satu rim kertas tak cukup. Ulil Amri, Tahlukah, Arraddu ayat 11. Sakit mata bila ayat2 tersebut terpampang pada billboard bersama gambar2 pemimpin.
Akak pun pening kepala, remaja tidak dididik, penceramah dipantau isi ceramahnya tetapi hiburan tanpa batasan…
“Iman syafie hampir di hukum bunuh kerena dtuduh berfahaman syiah, tp kita tengok tiada pun murid2 beliau memberontak kpd pemerintah time tu…. tp hari ini org mengaku bermazhab imam syafie spt mbuta tuli menghetam pemerintah…. ini bukan bmazhab syafie namanya, tapi bermazhab anak2 murid imam syafie (yg terkeluar dan yg mnokok tambah anjaran) namanya….”
Inilah lebih kurang yg ana dengar atau faham dr sorang presenter semasa forum tajdid imam syafie kmarin.
persoalan ana pula:
Klu dulu kita dengar jemaah masjid berpecah 2 sebab pas dan umno (ye ke???)….. tp hari ini keadaan sama blaku, jemaah bpecah dua, satu jemaah yg tetap mbaca usholli, berqunut, letak tangan paras pusat, cuma angkat sekali je jari time taiyat dan tetap sapu muka, than wirit ramai2 dan sama2 aminkan doa…
dan satu lg jemaah yg baru mencari pengaruh ni, tak nak mcm tu… mrk nak tangan di letak paras dada, jari2 ‘digoncang2′ time taayat than tak boleh sapu muka…lpas solat sape nak wirit, wirit sorang2 (senyap) than jgn doa atau aminkan doa walaupun imam kat depan tgah baca doa….
(betul @ tak permerhatian anani???…betulkan klu silap)
ana jadi keliru…yg mane nak sertai…. yg bdasarkan dalil ‘shahih’ atau bdasarkan ‘mazhab’…… hmmmmm
ana garu2 kpala…. yelah brapa ramai lg yg tak solat, yg tak dtg ke masjid dan yg dpeleseran yg perlu dbawa kembali kpd ‘beragama’ tak dipertegaskan…..
eh..beze ke dalil n imam syafie..y ana tau imam syafie xde lak sruh sapu muka lepas solat…xde plak sruh berdoa pas solat…confius2..
jom kita rujuk balik…
cuba tgok ‘al-umm’..tnya ustaz..btul ke tak..
Rasulullah telah tinggalkan satu petunjuk aras atau diagnosis system utk memantau sistem sahsiah (politik) & sosial umat islam iaitu melalui SOLAT JEMAAH. Dar Islami hanya akan tertegak bila ummat mula ambil berat & istiqqamah dlm amalan solat berjemaah. Method semcm me-rebranding istilah (hadahari) belum mampu dapat mencapai matlamatnya.
:: Kalau isu 4 mazhab (termasuk wahabi/syiah) pon dah bersilat semula dlm jemaah masjid, jadi sy tak hairan bila ustaz timbulkan isu ‘Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih’….ini memang berlaku. kita lebih cepat menghukum tanpa usul periksa. Dah ler tu majlis ilmu sering saja kita ponteng atau tak hadir langsung.
:: Ummah tak satu hati – saff solat sering tidak lurus & rapat sebagaimana sunnah Rasulullah saw & para sahabat. Jemaah dah ler tinggal seciput aje.
:: Sekularisma, Materialistik & penting diri sendiri – solat sendirian di rumah. Tak suka, lemas, panas utk berdiri sama dlm solat jemaah. Kalau solat jemaah pon, lepas salam terus angkat kaki keluar tanpa amalan2 sunat (tak percaya pahala). Hanya sekadar lepaskan yg wajib.
:: Tak Hormat org tua – AJK masjid sering pandang sinis anak2 muda. Kununnya mereka tak boleh khyusuk sbb anak2 muda ni suka buat bising & main. Kanak2 dilayan mcm musuh mereka; diherdik, ditengking & dibelasah dlm setengah masjid/surau.
:: Ummah perlukan PEMIMPIN – Sejurus pak Bilal qamat masing2 masih terpaku berdiri tidak mahu maju ke depan membentuk saff. Sbb masing lagi mahu ke depan utk jadi imam. Kadang mereka terdiri dari para huffaz & berpengetahuan agama.
Banyak lagi elemen2 dlm solat berjemmah & masjid yg dapat dibuat ikhtibar.
Sama juga semasa revolusi Rusia golongan minoriti berjaya bila mereka menamakan parti mereka sebagai Bolshevik (majoriti).
Jauhilah golongan yang membuat circular reasoning…
betul pendapat ustaz…saya setuju…pemerintah kalo tak tau kuasa merupakan amanah akan jdkan kuasa sbg senjatanya mengaut keuntungan dunia dan sanggup gunakan agama demi kepentingan politiknya….Sedarlah umat Islam
[...] Saya sudah pun memperkatakannya di dalam artikel “Saya Sahih Sebab Rujukan Saya Sahih” [...]
assalamualaikum.herm, saya just nk kongsi pengalaman.semasa sesi tazkirah kursus BTN, text tazkirah tersebut ada menerang hadith yg maksudnya lebih kurang dengan ustaz terangkan dalam artikel ni. ketika itu, saya pun x sangka ada hadith macam itu. tapi sekarang saya dah sedar yang maksud hadith tidak boleh diambil secara direct. mesti tau sebab hadith itu diturunkan terlebih dahulu.tq ustaz.tetapi yang menjadi kerisauan saya adalah, adakah kawan-kawan yang hadir ke kursus BTN tersebut sedar akan hakikat sebenar hadith tersebut..harap-harap mereka baca artikel ustaz ni..thanks again
harap2 xde orang yg bersikap pukul rata disini.. takut sesetengah geng2 “jom ikut sunnah” yang buat salah, semua geng2 “jom ikut sunnah” terpalit sama..
Ana serinok membaca artikel ini sebab ia relevan kepada situasi beragama di negeri Perlis ini. Semejak Mufti baru menjawat jawatan, kian teruk masalah ini berlaku ….. ana berhujah seperti mana Abu Saif berhujah, tetapi tetap tidak diterima ….. last sekali ana biarkan mereka sebegitu.
Lebih baik ana tumpukan usaha mendidik anak-anak murid dengan tarbiyah dan fikrah Islam yang sahih dari menghabiskan masa berhujah dan berjidal dengan mereka. Di sekolah ini, cara ana mudah sahaja …. kalau tak setuju (contohnya program baca Yaasin setiap Jumaat untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang nak ambil UPSR yang mana di anggap bid`ah) ana cakap sila cadangkan alternatif untuk ganti program tersebut dankemudian berikan komitmen anda untuk untuk menjayakannya …. tidak hanya cakap kata bid`ah tapi cadangkan cara sunna dan berikan komitmen untuk menjayakannya ….
Pernah satu hari, ana menegur rakan ana yang anaknya suka tengok gusti. Kawan ana respons, minta ana beri altenatif rancangan apa yang nak bagi anaknya tengok sebab anaknya sangat suka program-program “ironman” – means, dia nak cadangan bagaimana nak salurkan minat anaknya itu untuk manfaat Islam.
Begiti juga kes bacaan yaasin tadi, pada ana kalau di rumah mereka belajar baca al-quran, tapi tiada siapa yang mengajar mereka isi kandungan ayat yang mereka baca untuk diambil manfaat untuk beramal. So …. ana ambil kesempatan dalam program yaasin tu …..
Tetapi tetap di angap bid`ah ….
Assalamu’alaikum,
Ana baru di sini. Sekadar nak berkongsi sedikit pandangan Pertama, ana sokong pendapat brock lessner
“harap2 xde orang yg bersikap pukul rata disini.. takut sesetengah geng2 “jom ikut sunnah” yang buat salah, semua geng2 “jom ikut sunnah” terpalit sama..”
Kedua, pada ana kesederhanaan itu amat penting. Masalah orang Melayu Islam ialah sikap SS (Syok Sendiri) serta suka menghukum orang lain. Tidak pernah bersikap positif dalam menerima teguran.
Penyakit ini jugalah yang menimpa bangsa kita: penyakit takabbur…memandang rendah pandangan orang lain dan menolak bulat2. Kalau semua pihak bermuhasabah, berlapang dada dan duduk berbincang, perkara ini takkan berlaku. Yang orang kita suka ialah berdebat demi menegakkan pendirian masing2 tanpa sedikit pun mahu mencari satu titik pertemuan.
Ana bukan dlm bidang agama…cetek sekali ilmu ana berbanding Ustaz2 semua. Tapi apa yg ana rasakan semasa dalam berjema’ah semasa student dahulu, pada ketika itu pun orang2 kita dah berpecah2 kepada beberapa Jema’ah. Yang sedihnya antara jema’ah x langsung menerima pendapat jema’ah yg lain. Kalau ada sahabat2 dari jema’ah lain nak join, ditolak mentah2. Dan budaya inilah yg dibawa kita ke dalam masyarakat selepas belajar.
Ana yakin di tempat Abu Saif semasa di Jordan dulu pun begitu kan?
Wallahu’alam.
iskh..ikut sunnah ni salah ke?..confius2..
assamualaikum wrt wbt.
teruja saya membaca artikel ni.termasuk semua pandangan2 dan komentar yg dilontar oleh pengunjung2 saifulislam.com.ingin saya berkongsi sedikit kisah diri sendiri….
sebelum saya sampai kesini, sering saya memikir ttg permasalahan2 sama@lebih kurang sama seperti yg dibincangkan disini.masalah kepimpinan,slogan,betulkah begitu atau salahkah begini…terutama sekali tentang TUJUAN HIDUP/dicipta(saya fikir ini perlu ditanya kepada PENCIPTA kita:anologi:kerana sekiranya kita ingin tahu kegunaan sesuatu ciptaan baru @ alat yg tidak diketahui tujuan dicipta/direka perlulah kita bertanya pada saintis atau engineer yg menciptanya)dan bg manusia jawapannya ada didalam al-Quran.saya fikirkn persoalan2 ini sendirian selalunya, kerana xramai orang2 dipersekitaran saya yang saya percaya bersedia untuk membincangkan topik2 berat sebegini.xberani nak luahkan pada orang sembarangan kerana bimbang dikatakan pelik,terlalu ambil kesah hal2 `kecil` dll. (mungkinkah masyarakat sudah tenggelam dalam aura Hedonisme hinggakan persoalan Mengenali Tuhan sudah jd basi spt kata saudara kita @ saya sendiri yg penakut,xberani bertukar pendapat dan berbincang?)
tp setelah membaca ruangan ni,saya rasa lega kerana tahu ada ramai saudara2 yg tidak terpengaruh dengan budaya `aku tidak pedulisme` .semacam melepaskan sesuatu yg berat dari kepala.semoga Tuhan merahmati kita semua dengan sedikit usaha untuk mencari The Truth ini.
p/s maaf sekiranya cerita saya tidak berkaitan dengan artikel.
[...] Peringatan dari SI. Dari SI, “Saya sahih sebab rujukan saya [...]
Bismilillah.
Ustaz.. saya faham. Apa yang saya faham? Golongan..
“Apa yang saya kata ni sahih kerana rujukan saya sahih!”.
Disusuli pula dengan,
“Apa yang anta nak kata, ana boleh dengar tetapi rujukan anta mestilah dari sumber yang qat’ie”,
“Itu pendapat anta, mana dalilnya?”.
dan akhir sekali,
” Kalau macam itu, kita tunggu akhirat nanti, kat padang masyar siapa betul siapa salah”.
ustaz.. saya mengambil pendirian berdiam diri dengan mereka.. moga Allah memberi kekuatan dan wihdatul fikr pada kita semua.
Ameen
Salam sahih,
1. “Saya sahih sebab rujukan saya sahih”, atau biasa “Saya soleh sebab saya Salleh”, “Saya Muslim sebab beragama Islam” dan sebagainya. Walaupun penekanan artikel ini adalah kepada kepimpinan siasah, kita sering lupa bawah di peringkat mikronya kita juga adalah seorang pemimpin. Kita adalah roh yang diberikan jasad dengan jiwa (nafs) sebagai perantara yang menggabungkan keduanya. “Kullu nafsun zaikatul maut”. Setiap yang berjiwa itu akan menghadapi kematian, iaitu perpisahan roh dan jasad. Persoalannya antara roh jiwa dan jasad, siapa yang memerintah dan siapa yang diperintah, atau siapa yang kalah dalam cuba memerintah?
2. AQ mengingatkan kita, roh sangat kenal dengan Rabbnya ketika belum lagi dimasukkan ke dalam jasad. Maka rohlah pemerintah dan pemimpin kepada kita, tanpa kebanyakan kita menyedari. Malangnya pengaruh jasad yang membekalkan hawa (Melayunya nafsu) atau kehendak, ketika berada di Dunia, sering mengatasi kepimpinan roh. Pancaran nur Illahi dari roh tadi sebenarnya tidak pernah padam, kerana dia telah mengenali Rabbnya jauh lebih terdahulu. Tetapi apabila nafsu bekalan jasad, menyeliputi roh, semakin lama semakin padam cahaya yang menerangi jalan kehidupan. Lagi teruk kalau tidak pernah dibersihkan atau empunya diri, tidak terdidik dengan keilmuan membersihkan pancaran.
3. Jiwa melambangkan hasil gabungan (resultant) dari roh dan jasad. Sebab itu jiwa boleh paling bawah menjadi jiwa amarah (bi’ suu – asas kehidupan) dan boleh boleh naik ketingkat tinggi jiwa mutmainnah. Semuanya terpulang kepada pengaruh penasihat yang hadir di dalam sistem diri kita. Malangnya bagi kebanyakan kita, roh adalah abstrak dan jasad, lebih mudah untuk diajak ke KFC, walaupun ada kempen boikot. Dari itu pengaruh roh dalam mengingatkan pemimpin kehidupan, yang dilaksanakan oleh jiwa, menjadi terlalu sukar kepada kebanyakkan kita, sedangkan roh dari awal-awal telah maaarifatullah. Hanya kerana kereta baru (jasad), terhalang roh mengingatkan pemimpin untuk mengingati Allah.
4. Masyarakat pula adalah sekumpulan jiwa-jiwa individu tadi yang bersetuju untuk menjalani kehidupan bersama. Antara mereka ada kesepakatan memilih pemimpin kerana ajaran agama mereka mengarahkan mereka berbuat begitu. Malangnya kalau ramai jiwa yang hanya lebih mengenal jasad, daripada mengenal roh, maka hasil dari pungutan suara (demokrasi kan) mengatakan, si Anu adalah terbaik sebagai pemimpin. Rupa-rupanya si Anu itu di dalam sistem dirinya sendiri berpaksikan kepada jasad, sebagaimana yang banyak memilihnya melihat. Teruslah dia melayani kehendak masyarakat dengan cara polularnya, kena melayani kehendak jasad. Apa lagi nak cerita pasal kepimpinan.
5. Jadi jangan salahkan pemimpin masyarakat kerana pemimpin diri adalah yang memilih pemimpin masyarakt. Berkurun kita cerita pasal membetulkan pemimpin masyarakat, selagi pemimpin diri masih tidak difahami maka, hasilnya pelbagai kajian dikemukan sebagai penawar. Sains masyarakat, sains sosial dan sebagainya tidak mengandungi bab tentang roh. Kalau adapun mungkin lepas kulit penghabisan, iaitu tersimpan di dalam minda penulisnya, yang tak dapat nak mencari bahasa yang mudah untuk menulisnya. Asalkan dapat jual buku yang ditulisnya cukuplah, dapat cari makan. Berterusanlah berligar-ligar di dalam kotak, kerana yang berfikir di luar kotak tidak akan dilantik menjadi pemimpin masyarakat, kerana sains masyarakatnya berkarat, sains ketuhanannya tak laku dalam masyarakat.
6. Satu artikel yang sangat baik bagi agamawan, yang tidak kurang menyentuh tentang kerohanian, tetapi keterbatasan minda menghalang dari meneruskan ke isu sains ketuhanan. Ingat roh itu kenal Rabbnya, dari sebelum ditiupkan ke jasad. Maka kerohanian ala-agamawan adalah ke arah mencari ketenangan, sementara yang sepatutnya dicari adalah kebenaran dalam ketuhanan. Agamawan mementingkan apa yang saya rujuk kepada Tuhan Persendirian, berbanding sains ketuhanan berkisar kepada Tuhan Universial. Dalam ajaran agamawan, nota penting adalah amalan, sementara ilmu ketuhanan menitik-beratkan kefahaman. Bertembunglah keduanya dalam masyarakat yang sangat memerlukan kepimpinan, ke arah kepentingan jasad atau kepentingan roh, selagi ia tidak diserasikan.
Kepada saudara saifulislam!
Saya minta saudara nyatakan teks hadis yang melarang tegur pemerintah. Sila nyatakan sebab atau sebab-sebab berlakunya hadis itu, dan bagaimana sepatutnya kita memahaminya, bukan ikut fahaman orang yang saudara kritik dalam tulisan saudara di atas.
Saya minta saudara nyatakan siapakah orang yang saudara maksudkan, golongan apakah mereka itu.