“Masih banyak sawah padi di Jepun ini ya”, saya menyambung perbualan.
“Cuma, lebih moden dan sistematik”, balas Huzaimi.
Kami berdua sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Tokyo – Narita menuju ke Mito di wilayah Ibaraki.
Kehijauan pemandangan di sepanjang perjalanan itu cukup mendamaikan. Apatah lagi bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur. Kota batu yang melelahkan manusia yang menagih kedamaian.
Setibanya kami di Mito, perut sudah berkeroncong. Fikiran saya ligat juga berfikir, apakah agaknya yang menjadi makanan pelajar Malaysia di Jepun ini? Setakat tiga penjuru alam yang sudah dituju, nampaknya pelajar Malaysia di luar negara sangat sinonim dengan ayam. Ayam Arab, Ayam English, Ayam Irish, Ayam Jerman, Ayam Indonesia dan apakah Ayam Jepun juga?
“Ustaz boleh makan nasi Jepun?”, tanya Huzaimi.
“Nasi Jepun itu bagaimana?”, saya mahukan kepastian.
“Nasinya sedikit berpulut. Selalunya dimakan dengan udang atau sayuran”, kata Huzaimi lagi.
“Insya Allah ok sahaja”, balas saya.

Set Tendon yang ringkas dan sesuai dengan selera Malaysia
Tengah hari itu, kami sama-sama mengisi perut dengan set Tendon, iaitu nasi Jepun bersama tempura dan labu yang digoreng tepung. Turut sama adalah semangkuk mi soba, yang sesekali saya jamah di Secret Recipe.
Agak kekok awalnya mahu memakan nasi dengan chopstick. Kalau emak tengok, tentu tersirap darahnya. Sensitif benar orang tua-tua kita dengan chopstick.
“Kalau orang Cina, ditolak-tolaknya nasi ni dengan chopstick ke dalam mulut”, saya menyambung perbualan.
Sebagai Muslim, makannya tidak harus terlalu senyap seperti budaya kaum Kristian, atau terlalu bising hingar bingar seperti Yahudi. Tiada salah berbual sedikit sambil makan, sederhana dan semulajadi.
“Tapi orang Jepun jarang mengangkat mangkuk, ustaz. Cuma, makannya kena berbunyi-bunyi sikit. Chup, chup!!”, kata Huzaimi sambil menggayakan bunyi yang dimaksudkan.
“Biar nampak berselera ya? Ustaz dah baca tentang hal itu dalam buku ini”, saya menunjukkan chopstick ke buku panduan pelancong yang saya beli di Kinokuniya KLCC.

Selalunya saya akan memilih siri DK EYEWITNESS TRAVEL kerana buku itu sangat cantik dan kemas aturcara isinya. Buku itu juga banyak memberikan pendedahan tentang etika dan panduan berinteraksi dengan baik tatkala masuk ke masyarakat dunia yang pelbagai ini.
“Tapi anta kena ingat, ada isteri di Malaysia yang memohon fasakh di mahkamah, dengan alasan tidak tahan dengan kerenah suami yang makan berbunyi-bunyi. Annoying!”, saya menambah rencah perbualan.
“Ya Allah… macam-macam! Kalau dah benci macam itulah”, balas Huzaimi.
“Ya. Dan kalau tengah cinta, kentut pun wangi!”, saya pula menambah.
Hampir tersembur nasi Jepun kami dibuatnya.
MENCARI DENGAN MEMERHATI
Di stesyen keretapi Mito, saya bertemu dengan sebahagian besar pelajar Malaysia yang akan menjadi peserta Summer Camp 2008 kali ini. Macam berjanji pula. Kami semua menaiki komuter dari stesyen Mito ke Hitachi-Ota.
Seperti biasa, ke mana sahaja saya bermusafir, mata ini suka memandang kelakuan manusianya. Mencari bahan berfikir di dalam zikir. Unik sekali masyarakat Jepun, ada beberapa kelainan yang saya perhatikan. Kerajinan membaca itu sudah tentu menjadi salah satu tabiat yang saya kesan di dalam keretapi. Tetapi ia tidaklah terlalu menghairankan kerana di Kuala Lumpur juga, pemandangan penumpang membaca di dalam LRT bukan lagi suatu yang asing. Perubahan itu sudah ada.
Tiba di stesyen, kami mencari teksi menuju ke lokasi program. Tidak jauh, hanya kira-kira 10 minit perjalanan dengan kadar tambang kira-kira 750 Yen.
BUTA HURUF
Di dalam teksi, terasa begitu hopeless apabila mendengar Huzaimi dan rakan-rakan berbual dengan pemandu teksi di dalam Bahasa Jepun. Ini adalah kali kedua saya pergi ke sebuah negara yang saya tidak memahami bahasanya. Terkenang kembali honeymoon saya bersama Ummu Saif di Perancis dulu. Kami keletihan kerana masalah bahasa. Namun sekurang-kurangnya saya masih boleh membaca tulisan Perancis dan kemudian menterjemahkannya. Tetapi kali ini, saya bagai buta huruf yang hanya melihat tulisan Jepun, tanpa mampu membacanya.
Ibaraki Kenritsu Nishiyama Kenshujyo bukanlah pilihan pertama penganjur. Namun lokasi asal program terpaksa dibatalkan kerana berlakunya gempa bumi di kawasan berkenaan.

Bersama pegawai bertugas di resort
Setibanya kami ke tempat program, kami disambut oleh pegawai yang bertugas. Saya hanya menundukkan kepala tanda hormat dan membalas senyuman. Terasa rugi benar kerana tidak berbahasa Jepun.
Semasa melangkah masuk, saya telah meninggalkan kasut di pintu masuk dan kasut diletakkan secara reverse parking.
“Ustaz rehat-rehatlah dulu. Pukul 2:30 nanti ada taklimat dari pihak resort”, beritahu Huzaimi kepada saya.
“Terima kasih”, saya membalas. Senyum dengan mata yang kuyu.
Biar pun mata terasa ingin lelap sejenak, saya lebih selesa untuk beramah mesra dengan peserta yang tiba secara berperingkat. Termasuk juga ‘Boss’, bekas Presiden IPIJ yang menyertai rombongan melamar saya di KLCC tahun lalu, semasa kami merancang Summer Camp ini.
“Selamat datang, ustaz”, kami bersalaman. Rakyat Malaysia setia dengan kain pelekat, walau di mana sahaja… hati saya terdetik tatkala melihat ‘Boss’ selesa berkain pelekat di Bumi Sakura.
Teringat saya kepada suasana di Jordan. Jika mahu dicari rumah pelajar Malaysia, carilah tingkap yang ada kain pelekat berkibaran… jalur sederhana gemilang!

Bersama Luqman Hakim, dan anakanda Umar
Belum pun lama saya duduk berehat, Luqman pun sampai. Beliau yang menuntut di Sendai, sudah terlebih awal saya kenali bersama abangnya yang sering menjadi regu berkongsi fikrah dan minat. Malah dek kerana kami berasal usulkan kampung yang sama, saya juga masih bersoreh untuk menyelesaikan jigsaw puzzle pertalian keluarga kami.
Jam 2:20 petang, pekerja resort berkenaan datang untuk memberikan taklimat. Awal 10 minit dari jadual asal. Beliau menerangkan tentang aspek keselamatan, serta cara-cara menggunakan bilik air, tandas, futon (tilam Doraemon) dan hal-hal yang bersangkutan dengannya.
Unik sekali.
Jepun mengingatkan saya kepada Singapura. Negara yang sangat banyak pantang larangnya. Do’s and don’ts berderetan dan semacam mustahil untuk menghafalnya.
ADAT JEPUN
“Memang, ustaz. Banyak betul pantang larangnya. Kalau kita terima business card sesiapa misalnya, jangan terus masuk dalam poket. Itu tanda kita memperkecilkannya. So, bila dapat kad tu, kita letak kat atas meja. Baca namanya, tengok orangnya, tanda kita bersungguh berkenalan dengannya”, kata Luqman kepada saya.
“Dalam bab ni, antalah sensei ana ye”, saya membalas.
Di bilik air, kami juga harus meletakkan selipar secara reverse parking.
“Sebenarnya, kalau di pejabat pun sama ustaz. Kita kena fikir selangkah ke depan. Kalau dah selesai kerja hari ini, kena siapkan bahan-bahan untuk mulakan kerja esok. Kalau kerja cleaner di hotel, tisu-tisu dan bahan yang sudah diagihkan ke bilik, kena dilengkapkan semula stoknya supaya mudah untuk kerja esok”, tambah Luqman lagi.
“Maknanya, kita tidak perlu hafal etika orang Jepun ini. Kalau kita tahu cara berfikir mereka, maka secara semulajadi sahaja kita akan buat perkara-perkara tersebut. Betul tak?”, saya cuba mencari kesimpulan.
“Betul”, katanya.
Mereka mencari kesempurnaan, dan sentiasa menyambung tugasan yang selesai dengan tugasan yang seterusnya. Itulah sebahagian dari makna NIHONJINRON barangkali. Khasaa’is Jepun!
Benarlah ungkapan Muhammad Abduh tentang Paris dan Kaherah… di Tokyo pula saya bertemu dengan nilai yang sama.
Firman Allah SWT:

“Kemudian apabila engkau telah selesai dari satu-satu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha meneruskan pekerjaan yang berikutnya” [Al-Insyirah 94: 7]
Inilah yang diajar oleh Islam. Bahawa setelah selesai suatu tugasan, apa yang harus datang ke fikiran adalah tugasan yang seterusnya. Bukannya membayangkan kerehatan dan santai-santai yang berlebihan.
Selesai solat fikirkan solat yang seterusnya.
Selesai projek, fikirkan projek yang seterusnya.
Selesai program, fikirkan program yang seterusnya.
Selesai suatu amal, teruskan dengan amalan berikutnya.
Namun sebagai seorang Muslim, imbangkanlah kesungguhan ini dengan sesuatu yang tiada pada orang Jepun:

“Dan kepada Tuhanmu jua, harus engkau datang memohon dengan penuh keinginan” [Al-Insyirah 94: 8]
Justeru bagi warga Summer Camp IPIJ 2008, apakah yang anda fikirkan setelah selesai berprogram?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010) Related posts:
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor















Seronoknya, kalau tak silap akak inilah program yang paling mendapat liputan meluas dan mendalam dari Ustaz, mungkin kerana keunikan masyarakatnya. Hebat sungguh cabaran pelajar Malaysia untuk menyerlahkan akhlak dan kecemerlangan Islam kepada penduduk setempat. Susah juga nak memperlihatkan keperluan bertuhankan Allah kepada mereka. Modalnya adalah ketenangan jiwa disebabkan target mereka sekadar di dunia.
Pemergian ke Jepun ni Kak Ija, penuh susah payahnya. Material, fizikal, emosional, mental, spiritual, semuanya teruji…. maka demi menjadikan semua itu berbaloi, sayalah yang kena kuat memerah kepala dan seluruh pancaindera agar outputnya setimpal.
Semoga pelajar di luar negara faham bahawa mereka dihantar ke sana sini bukan sekadar untuk memperolehi segulung ijazah.
Akak sangka erti perkataan nihonjinron tu utk perbuatan planning, rupanya utk teori mengenai org jepun. (setelah bertanya Haji Google le). Menarik juga untuk mengetahui tabiat2 mereka, jgn tak sudah2 ngan stmt “Ala…dalam Islam dah ada”. Kalau dalam ISLAM dah ada kenapa tiada pada MUSLIM?
wah!! TAJAMnye ayat Kak Ija… huhu..
jazakillah
Salam nilai,
1. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? Ya memang Ustaz telah lebih 10 tahun menguruskan Saifulislam berlandaskan nilai Islam. Ustaz Hasrizal sentiasa mengingatkan “Apa yang paling penting adalah komitmen kita dengan Akhlaq. Sepanjang Ramadhan, banyak artikel yang telah saya tulis untuk emphasize bahawa “kuat sejati ialah pada keupayaan mengawal diri ketika marah”. Kawal diri kalau suka sangat dengan sesuatu, kawal diri juga semasa marah atau bencikan sesuatu.”. Semuanya berkaitan akhlak dan berkaitan nilai Islam. Sehinggakan isu Paris kini dah ke Tokyo dan tidak hairan kalau ia terlihat di banyak lagi bandar-bandar besar di Dunia ini. Alhamdullilah.
2. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “5. Perlu diketahui dengan itu bahawa Alam keseluruhannya adalah Islam, iaitu dalam keadaan selamat dan menurut perintah Penciptanya, sehinggalah Allah menjadikan mahluk yang diberikan kebolehan untuk mencampakkan diri mereka ke lembah tidak selamat. Dengan adanya akal dan nafsu, manusia menjadi mahluk yang paling banyak diberikan pilihan untuk melaksanakan kehidupan. Segala-gala yang dibentuk pada awalnya boleh dimanfaatkan untuk manusia, terbatas hanya kepada kepintaran akal. Malangnya semua ini tidak berikan begitu sahaja, melainkan akan dipertanggung-jawabkan kepada manusia segala apa yang dia pilih untuk melakukannya. Allah sentiasa memberikan garis panduan melalui Kitab-kitab dan Rasul-rasulNya, agar manusia mendapat cara menjalankan kehidupan sesuai kehendakNya.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s02/
3. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “3. Allah tidak bertindak untuk terus menegur manusia dengan secara terus, melalui pemberian syariat tertentu pada awalnya, sebagaimana tidak adanya disebut Al Quran behubung permberian kitab atau suhuf kepada Nabi Adam. Bagaimanapun Al Quran menceritakan bagaimana anak-anak Nabi Adam belajar dari persekitaran (Alam) dengan meniru gaya perlakuan binatang melakukan sesuatu. Ini merupakan bukti bahawa Allah memberikan manusia kepercayaan penuh terhadap kepandaian mereka menggunakan akal yang baru diberikan. Hanya selepas beberapa waktu, manusia semakin jauh menyimpang dari landasan asal, barulah Allah bertindak mengwahyukan kepada orang-orang pilihannya, untuk membawa peringatan secara terperinci.” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/
4. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “Islam adalah cara hidup yang diterima Allah. Islam itu dari sejak azali. Kesemua mahluk di dalam keadaan ISlam (selamat) sebelum Allah beriradah memberikan cukup akal kepada manusia pertama iaitu N Adam as. Selepas itu dengan berbekalkan akal dan ilmu, tanggungjawab juga terpikul ke atas bahu manusia dari segala pilihan yang dibuatnya. Isu kahlifah adalah isu kepimpinan dan kepimpinan itu bermula dari roh yang memimpin diri dan akhirnya mencapai kepada kepimpinan kepada sekumpulan diri atau masyarakat. Ini yang dikatakan politik. Kepimpinan masyarakat. Maka disebabkan Islam itu adalah cara hidup dan ia berkisar kepada USUL maarifatullah sebagai asas agama, kesemua politik atau kepimpinan masyarakat semestinya berpaksikan kepada ketuhanan. LAri dari asas tersebut maka ia tidak menajdi Islam lagi.” Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/21/s03/#comment-1822
5. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “3. Kenyataan “Hampir semua tamadun purba ada kesan wahyu dan kenabian padanya, biar pun sulit untuk kita buktikan secara jazam”, perlu dilihat dengan mengemukakan adanya 124,000 nabi-nabi yang telah diturunkan Allah. Dari manusia pertama, Nabi Adam, sehingga Nabi Muhammad saw, nabi penutup, dan sudah pasti Sunnah Allah menurunkan mengikut keperluan masa dan tempat. Jadi bolehlah dinafikan “Tetapi Tamadun Eropah nyata berbeza. Tiada nabi yang diutus untuk mereka selain Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita.” Sekiranya tidak “bagaimana kesan yang hanya mampu dicetus oleh sari pati Tauhid boleh kelihatan dalam banyak aspek kehidupan Eropah hari ini?” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/11/26/r48/
6. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? “5. Islam itu jelas dari mula. Islam itu memberikan penekanan kepada mengenal dan mentauhidkan Allah dari mula. Mengesakan Allah tidak berubah dari awal sehinggalah ke Nabi terakhir, walaupun syariat berubah mengikut zaman, sesuai tahap kepandaian manusia menggunakan akal yang diberikan Allah dari mulanya. Dan tahap penggunaan akal manusia masih terus berkembang, sesuai penemuan-penemuan ilmu alam semulajadi yang baru oleh manusia. Maka setiap kali pengamal Islam terkeluar dari landasan tauhid, Allah menurunkan Kitab dan persuruhNya untuk memperbetulkan keadaan. Yang terkeluar dari landasan inilah yang akhirnya menamakan diri mereka, lain dari Islam, contohnya menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani dan sebagainya (dengan Islam sebagai asas),” – Dari http://sharudin.wordpress.com/2007/10/28/r21/
7. Nilai Islam tanpa Muslim. Sesuatu yang baru? Persoalannya sekiranya nilai Islam itu terdapat dan boleh dilihat di mana-mana, maka ia bukanlah sesuatu yang baru. Kerana sebelum N Adam diberikan cukup akal lagi, Islam itu sudah ada di Dunia ini, malah di Alam ini. Dengan pemberian akal kepada N Adam as, manusia diberikan kebebasan memilih. Malangnya terlalu ramai yang memilih mengikut nafsu, sehinggakan perutusan utamanya, iaitu mengenal Allah dengan mengesakanNya, menjadi rendah keutamaannya. Yang mudah diserap adalah nilai-nilai Islam yang datang dengan kalimat tauhid tadi. Cukup bail tetapi tidak sampai kepada maarifatullah.
Untuk renungan. Sesuatu yang baru?
[...] R81 Nilai Islam tanpa Muslim. Telah terbit Ogos 25, 2008 DARWIN Salam nilai, [...]
salam,,,
adakah nihonjindron sama maksud jugak dengan continue dan istiqomah?
Salam tina,
nihonjinron bermaksud kajian atau teori mengenai orang Jepun
[...] Komen analisa pembacaan di artikel penulisan saifulislam.com. [...]
Assalamualaikum warahmatullah.
Sepanjang berada lebih kurang setahun setengah di bumi jepun ini,banyak pemerhatian yang ingin dikongsi.Banyak eksperimen dan data-data yang tidak berlatarkan makmal dan mikroskop manual sering kali direnungkan.Mungkin ada kalanya ianya wajar disimpan dan ada ketikanya ia harus dikongsi buat renungan bersama.
Jepun lebih kedepan dalam aspek dan ciri-ciri islam berbanding negara kita sendiri.Sebuah negara yang kita sering agungkan kerana jumlah kapasiti individu yang mengaku dirinya islam itu ramai.Maaf kerana kata-kata yang dilafazkan melalui tulisan yang tidak seberapa ini sedikit kasar bunyinya,namun inilah hakikat yang semestinya kita iyakan.
Point 1-Jepun memang mendahului dalam aspek kebersihan.Lihat sahaja tandas mereka.”Benarkah semua tandas di Jepun bersih berkilat?”,seorang anak muda menangkas ruang bicara,bernadakan tanda tidak puas hati.
Namun izinkan nada ini dituturkan oleh diri ini,tika berada di malaysia nanti.”Memang benarkah tandas di malaysia semua kotor-kotor? Tiada siapakah yang sudi menjaga kebersihan? Adakah perlu kepada bayaran terlebih dahulu,lantas akan terbitnya nilai kebersihan?”,ana bermonolog sendirian.
Benar lagi tidak takjub sekali.
Pantas sekali ada bayaran yang di kenakan,bersihlah sedikit tandas tersebut.Namun berapa banyak tandas malaysia yang berbayar yang tidak bersih??-maaf kerana sekali lagi,ingin melahirkan rasa ketidakpuasan hati.
Mungkinkah YB-YB tidak pernah ke tandas awam?? Masakan mereka hanya ke tandas yang berbayar sehingga RM 5?-Tandas awam di malaysia perlu di dibersihkan!
Bukan pada lokaliti tempatnya.Namun apa yang pasti pada pemikiran rakyatnya yang harus dibersihkan.Pemikiranku.Pemikiran kalian.Pemikiran kita bersama.
Seringkalikah kita lupa,bahawa kebersihan itu sebahagian daripada islam? Lihat tandas yang kotor dan jelek sahaja,lantas ditutup mata dan di hempas pintunya,lambang dan tanda melahirkan protes?
Mahukah kita berubah..
Islam itu bersih.Namun kenapakah seringkali islam difitnah kerana kebobrokan yang ada pada muslimnya?-lantas,ayuh sama-sama mencari titik bermuhasabah.
Salam
“Bukan pada lokaliti tempatnya.Namun apa yang pasti pada pemikiran rakyatnya yang harus dibersihkan.Pemikiranku.Pemikiran kalian.Pemikiran kita bersama.” kata Sdr warkahraudhah. Setuju!
Tidak begitu sedih kalau masaalah pembersiah minda ini hanya masaalah Melayu atau Malaysia. seperti yang saudara kemukakan, kerana dari 20+ million, hanya 40% Islam-Melayu. Yang amat menyedihkan saya, ialah ini masaalah Muslim, yang mengaku Islam tetapi terus mencemari Islam dan berlaku berluasa di Dunia Muslim. Tambah menyedihkan lagi apabila Muslim meningkatkan kepekaan emosinya apabila ditegur tentang nilai Islamnya, atas preteks mencemuh atau memperkecil Islam dan Muslim. “Namun kenapakah seringkali islam difitnah kerana kebobrokan yang ada pada muslimnya?” Kalau keganasan Jepun di WW2 adalah kerana nilai kejepunan yang patuh arahan dan peraturan, tanpa soal-balik kewajaran arahannya, tidakah itu yang berlaku sekarang di Dunia Muslim? Akan terus berlaku kalau kita tidak mengenalpasti saranan utama di dalam mengamati wahyu yang diberikan oleh Pengubal nilai Islam. Maka … Kenali Pengubal kemudaian nilai yang digubal.
Untuk renungan. Sesuatu yang baru?
Jepun memang mengkagumkan tapi terlalu extreme dalam sesuatu perkara. Golongan dewasa / pekerja hidup dalam tekanan. Nak release tension cari keseronokan di kelab malam, pegi minum2,kawaii, geishaa kemudian dah lewat malam baru balik rumah.Patutlah kes bunuh diri sangat tinggi.
Itulah yang sering berlegar dalam fikiran akak, kenapa manusia sanggup tertekan untuk kehidupan yang sementara sedangkan akak yang kononnya meyakini kehidupan yang abadi (mati hanya mengubah kedudukan dari alam fana ke alam kekal) tak sanggup diuji? Alamak! Tak lulus lagi le bahagian “Saya mestilah Islam Dari Sudut Akidah”
Iman kita ni byk peringkat k ija. Sabar dgn tahap iman sendiri.
Bak kata org kampung saya, “Slowly, but surely…”.
-ummusaif
Salam.
Detuju dengan K Ija tu … Kita (roh) tak mati, immortal! Hebat ya.
“Kita sebagai roh, yang diberikan jasad di Dunia, melalui 7 phasa kehidupan di alam Allah. Dengan adanya roh (pemandu) dan jasad (kenderaan) maka kita di gelar An Naas (pelupa) kerana semamangnya itu yang berlaku. Di alam roh sebelum diberikan kenderaan baru, roh kita telah kenal dengan sekenal-kenalnya Allah, tetapi akibat kecanggihan BMW (kenderaan) yang diberikan, terus lupa diri dan mememandu laju, tanpa menghiraukan had-laju dan peraturan yang disediakan.” – dari http://sharudin.wordpress.com/2008/05/12/m001-respond-to-muhtar-suhaili/
Tapi kenapa tak lulus bahaigan tu? TK.
Salam,
Setuju dengan Kak Ija, kita (roh) tak mati.
“Kita sebagai roh, yang diberikan jasad di Dunia, melalui 7 phasa kehidupan di alam Allah. Dengan adanya roh (pemandu) dan jasad (kenderaan) maka kita di gelar An Naas (pelupa) kerana semamangnya itu yang berlaku. Di alam roh sebelum diberikan kenderaan baru, roh kita telah kenal dengan sekenal-kenalnya Allah, tetapi akibat kecanggihan BMW (kenderaan) yang diberikan, terus lupa diri dan mememandu laju, tanpa menghiraukan had-laju dan peraturan yang disediakan.” – dari http://sharudin.wordpress.com/2008/05/12/m001-respond-to-muhtar-suhaili/
Tapi kenapa tak lulus bahagian tu? TK.
Saya ke Jepun pada tahun 2006, tidak sukar untuk saya faham apa yang ustaz tulis sambil mengakuinya
Jepun mungkin antara bandar yang terbersih di dunia – hatta dalam hal puntung rokok!
Malang dan sayangnya, mereka tidak tahu mengapa mereka diciptakan di dunia ini. Lantas ramai yg membunuh diri kerana tidak tahu hala tuju.
Benarlah, akhlak tanpa agama sama tidak berguna seperti agama tanpa akhlak.
Syukran jaziilan ustaz atas entri-entri yang begitu bermakna bagi ana dan rakan-rakan yang belajar di Jepun ini.
“Justeru bagi warga Summer Camp IPIJ 2008, apakah yang anda fikirkan setelah selesai berprogram?”
Soalan yang berbentuk harapan ini agak berat bagi ana kerana merasakan menjadi satu kesalahan besar bila ana gunakan masa terluang yang ada dengan sia-sia tanpa memikirkan program-program atau aktiviti-aktiviti tarbiyah dan dakwah yang seterusnya.
Alhamdulillah ustaz, kami sekarang ini sedang mengatur dan berbincang tentang program kami yang berikutnya. Moga-moga dengan begitu banyak input yang diterima oleh ustaz baru-baru ini mewujudkan proses yang berterusan dan akhirnya terhasil output yang baik untuk semua orang di sini dan di Malaysia juga insyaAllah.
Pinjam trademark ustaz sekejap,
“Erti Hidup pada Memberi” =)
salam
saya belajar bahasa jepun,macam senang tapi sukar jugak.terutamanya listening,kena dengar dan faham,2 tindakan yang memerlukan tumpuan yang lebih mendalam.okla ustz, gambatte kudasai=)
seronok membaca cerita pengalaman ustaz di Jepun, hampir sama dengan pengalaman saya sedekad dahulu. Saya mengambil artikel ini untuk dimuatkan dlm blog saya. Terima kasih.
[...] by nash on August 29, 2008 Artikel ini diambil dari Saifulislam.com berkisar tentang pengalaman Ustaz Hasrizal di Jepun. Hampir sama dengan pengalaman pertama kali [...]
salam. seronok saya baca cerita ustaz ni. berjalan.. melihat.. mentafsir.. banyak faedahnya bermusafir ye..
[...] Nihonjinron : Secebis Nilai Islam Tanpa Muslim [...]
[...] Sensei. Seperti kata Ustaz Hasrizal, di dalam diri Jepun ada nilai islam yang tiada pada muslim (sumber). Mereka tidak beriman, tapi soal menjaga masa sudah dianggap sebahagian nyawanya, lebih hebat dari [...]