Bahasa Untuk Shakaijin

On 26/08/2008, in Diari Kembara - Jepun, Kampus, by Abu Saif | 5,047 views | Print Print | Email Email |

“Wakarimasen ¹!”, itu sahaja ungkapan awal yang saya hafal.

“Nihongo wa hanasemasen²”, satu lagi ayat penyelamat.

Saya tidak boleh berbahasa Jepun.

Walaupun saya boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Turki, semuanya tidak berfaedah di sebuah negara bernama Jepun.

Minda Jepun ialah, setiap yang datang ke Jepun, adalah yang berhajat kepada Jepun. Maka menjadi tanggungjawab setiap yang datang itulah untuk belajar Bahasa Jepun, belajar tentang Jepun. Dek kerana apa yang ada pada Jepun, pendirian sebegitu tidak menjadikan orang lari daripada mereka. Dunia datang ke Jepun, biar pun dengan kepayahan.

Seminggu berada di Jepun, saya yakin ia cukup untuk saya membuat beberapa kesimpulan. Antaranya ialah, pelajar Malaysia di Jepun rata-ratanya fasih berbahasa Jepun. Tiada yang saya ketemu tergagap-gagap menuturkan Nihongo.

Mungkin bagi orang lama, mereka lebih menguasai selok belok Bahasa Jepun halus dengan contengan-contengan hiragana dan katakana yang rumit. Tetapi umumnya, keupayaan pelajar Malaysia berbahasa Jepun itu memuaskan.

Saya bertemu dengan fenomena ekstrim ini juga di Indonesia, apabila pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana nampaknya dapat menggarap dengan baik bahasa Jawa halus dan kasar.

Saya memerhatikannya.

NEGARA ARAB DAN INGGERIS

Fenomena ini berbeza dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di negara yang berbahasa Arab dan Inggeris.

Jelas sekali ada perbezaan yang ketara di antara pelajar yang fasih menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, berbanding dengan rakan-rakan lain yang tidak menguasainya. Suatu perkara yang umumnya terpaksa ditelan, boleh sahaja pelajar Malaysia yang bertahun tinggal di negara Arab, tetapi tidak mampu berkomunikasi di dalam bahasa itu, pada dialek mahu pun yang baku.

Bahasa Inggeris pun sama juga.

Mengapakah keadaan ini berlaku?

TERKENANG

Saya terkenang kembali kepada nasihat senior semasa saya masih di bangku sekolah menengah.

Beliau yang telah sedia berada di Mesir, menasihati saya supaya mencari negara lain, jika serius mahu menguasai Bahasa Arab. Di Mesir itu bukan tidak boleh, tetapi jalannya payah. Itu pesan beliau.

Itulah salah satu sebab utama, mengapa saya memilih pengajian di Jordan. Mahu tidak mahu, disebabkan oleh jumlah pelajar Malaysia yang amat sedikit (sekitar 300 orang di seluruh Jordan pada tahun 1993), maka peluang untuk menguasai Bahasa Arab itu lebih terbuka. Tambahan pula dengan kecenderungan orang Jordan sendiri yang tatkala bercakap dengan orang asing, atau berucap dan berkuliah (bertutur dengan minda sedar), maka mereka dengan sendirinya akan membakukan Bahasa Arab masing-masing.

Tetapi suasana di Jordan itu umumnya juga tidak cukup menekan.

Tatkala pelajar Malaysia bertambah ramai hingga mencecah ribuan orang pada pertengahan 90an, fenomena hilangnya kemampuan pelajar Malaysia bertutur di dalam Bahasa Arab menjadi ketara.

UZLAH

Semasa di tahun dua dan tiga pengajian, saya telah mengundurkan diri dari dunia Malaysia di Jordan. Banyak masa diluangkan bersama rakan non Melayu dan  ketika itulah saya menggarap momentum untuk memperbaiki penguasaan tiga bahasa serentak. Saya cuba membina keyakinan bertutur di dalam Bahasa Arab, mencari peluang untuk menggunakan Bahasa Inggeris agar tidak hilang, dan memulakan proses mengenal, belajar dan mempraktikkan Bahasa Turki.

Dua tahun itu penting buat saya.

Ketiga-tiga bahasa itu diperbaiki berbekalkan TEKANAN. Kerana adanya tekanan itulah, maka saya menghasilkan keterpaksaan diri untuk menguasainya.

SURVIVAL DIRI

Tekanan itu selalunya muncul dalam format survival. Saya memerlukan bahasa-bahasa tersebut untuk survival diri.

Inilah pada kiraan saya, punca kepada datangnya upaya pelajar Malaysia di Jepun menguasai Bahasa Jepun, atau pelajar-pelajar perubatan di pulau Jawa menguasai Bahasa Jawa Kasar dan Halus mereka. Bahasa itu perlu dikuasai demi survival. Dengan bahasa itu sahajalah mereka dapat belajar, mengendalikan praktikal, malah untuk makan minum dan seluruh aspek kehidupan. Mereka tidak boleh bertahan tanpa bahasa.

Demi tekanan inilah, belajar bahasa di negara bahasa itu dituturkan menjadi suatu kelebihan dan kemestian barangkali.

“Habis, kenapa bertahun duduk di negara Arab itu masih ramai yang tidak mampu bertutur dengan Bahasa Arab?”, bual rakan saya tatkala kami memperkatakan tentang hal ini.

“Iaitu apabila tekanan dihapuskan!”, saya sendiri cuba mencari jawapannya.

“Bagaimana?”, tanya lagi.

“Menghilangkan rasa perlunya bahasa itu dikuasai dengan baik. Rasa tak bersalah, tak berdosa”, susah cakap berlapik. Elok berterus terang sahaja.

Tekanan yang sepatutnya boleh ditawarkan oleh negara Arab kepada pelajar Malaysia yang menuntut di situ boleh dihapuskan dengan pelajar itu sendiri menurunkan standard mereka. Tanpa sedar, matlamat yang diletakkan hanyalah pada upaya lulus (sekadar lulus) dan balik ke Malaysia dengan kelulusan itu.

Bahasa untuk lulus peperiksaan memang tidak ke mana.

Tidak rasa bersalah, kalau bermasalah membaca kitab.

Tidak rasa bersalah, kalau bermasalah dalam menuturkan Bahasa Arab.

Sama juga dengan pelajar di alam Inggeris. Tatkala bidangnya itu sendiri ada di Malaysia, penaja melaburkan nilai gandaan menghantarnya ke luar negara, namun tanpa rasa bersalah pelajar itu pulang hanya dengan nilai sekeping ijazah. Lazimnya tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, ia petanda pelajar itu tidak menggarap kehidupannya dengan baik semasa di perantauan.

Sedangkan latihan survival itulah nilai yang sepatutnya dibawa pulang. Ukurannya ialah pada keupayaan berbahasa.

“Bagaimana kalau tekanan itu sememangnya tiada?”, soalan ini lazim untuk kebanyakan kita.

“Adakan tekanan. Datangkan tekanan itu!”, itu cadangan saya.

Terkenang kembali kepada pelajar China Muslim yang saya temui di Jordan lama dulu. Beliau menulis semua perkataan Arab yang baru dipelajarinya di tangan dan tidak di kertas. Tujuannya ialah untuk menghasilkan tekanan.

“Kalau saya tulis di kertas, saya akan lupa. Tapi kalau tulis di tangan, saya mesti pastikan saya ingat sebelum saya mengambil wudhu’ nanti”, jawabnya semasa saya bertanyakan perbuatannya menggosok tangan ketika berwudhu’ di Masjid Universiti di Amman.

MEWUJUDKAN TEKANAN

Saya wujudkan tekanan dengan bermusafir sendirian di Turki. Biar sebulan tiada nasi dan tiada Bahasa Melayu.

Saya wujudkan tekanan dengan memberanikan diri menerima jawatan Imam di Belfast Islamic Centre. Biar berkerut dahi saya berkhutbah, mengajar kitab, berdialog dan berkomunikasi penuh di dalam Bahasa Inggeris. Sesekali dengan dialek Northern Irish.

Saya wujudkan tekanan dengan menguzlahkan diri meninggalkan komuniti Malaysia di Jordan. Biar sakit kepala mencari kalimah, demi Bahasa Arab yang kerananya saya datang ke Jordan.

SESUNGGUHNYA

Keberadaan pelajar Malaysia di Jepun bukan sekadar untuk hidup sebagai GAKUSEI³ biasa, namun harus bersedia untuk SHAKAIJIN° yang MUKMIN lagi PROFESIONAL…

Seeru ‘ala barakatillaah!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

(¹) Saya tidak faham
(²) Saya tidak boleh bertutur Bahasa Jepun
(³) Pelajar
(°) Anggota masyarakat yang berketrampilan

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Anak Ana Confuse Bahasa La! “Jadi ustaz bercakap dengan anak-anak dalam Bahasa Arablah, ya?” tanya...
  2. Bahasa Arab 100 “Di manakah letaknya cantik sekuntum bunga?”, tanya Sheikh Yousef al-Qammaz...
  3. Bahasa Akal Bahasa Hati “Harry, open the door!” “Harry, can you please open the...
  4. Saifulislam.Com di Dalam Bahasa Inggeris Alhamdulillah, dengan bantuan dua orang kenalan, sejumlah artikel yang pernah...
  5. Bahasa Itu Sikap “What is your surname?”, tanya moderator yang mengendalikan kelas kami....

 

56 Responses to “Bahasa Untuk Shakaijin”

  1. Kak Ija says:

    Ulangkaji kuliah ustaz.

    Mewujudkan tekanan adalah perbuatan proaktif, tetapi mereka yang terpaksa adalah mangsa. (ceramah habit1).

  2. amar says:

    saya antara golongan yg rugi tidak menguasai b.arab di mesir suatu tika dahulu. kini di malaysia saya berusaha untuk mantapkan kembali. terlalu ramai pelajar m`sia disana (cairo sahaja lebih 30ribu org) membuat terlupa betapa ruginya tidak kuasai b.arab.

    moga jadi iktibar pada ustaz/zah yg sedang berada di sana atau dalam perjalanan ke sana.

    saya ada terjumpa website jualan ebuku ungkapan bahasa arab ini. saya dah membelinya. saya syorkan pada sesiapa yg berminat boleh memilikinya dan letakkan dalam pc pocket.

    everythingarabic.com

  3. ummusaif says:

    Teringat masa gi turki dulu. terkial2 cakap Turki dgn ‘nenek’ berusia >70 tahun. senyum aje la..

    • hehe ummusaif…rasanya mcm blh terbayang je perkara itu akan terjadi bila sy pergi moscow je huhu….btw ummusaif sy akan berangkat ke moscow lusa….x sempat nak jumpa ustaz lagi skali…

  4. salam ustaz….teringat keadaan sy di Perth
    pd thn pertama sy di perth(ketika mengambil foundation)
    sy tinggal di rumah dgn 8 org non-malaysia..(3 african + 5 spore)
    pd masa tu 24 hrs sy kena ckp bhs inggeris…dgn keadaan kelas sy yg ada malaysian tak sampai 5 org tp kerana ramainya foreigner maka semua malaysia akan ckp bhs inggeris dgn satu sama lain(even dgn malaysia)

    dan sy merasakan bhw tahap bhs inggeris sy telah mencapai ke level tanpa gagap dan berjaya bertutur dgn slang aussie…(masa tu cuma hari minggu sy pergi ke umah melayu sbb rindu masakan melayu dan bhs melayu)

    tp bila sy masuk 1st year di UWA, sy telah tinggal dgn org melayu….dan bermakna telah masuk komuniti melayu….maka sy sedar sy telah menurunkan level bhs inggeris dgn kelancaran nya berkurangan…

    maka penyelesaian yg sy lakukan…setiap lecture…sy akan cuba duduk dgn non-malaysian…either with sporean, australians or any other foreigner-english-speaker….supaya dgn cara ini sy berjaya mengelakkan keupayaan sy berbahasa inggeris berkurangan….dan sy rasa berjaya walaupun tak sehebat masa di college dulu….yg membuat sy bertambah pelik ustaz…pd pendapat sy indonesian n even brunei students can speak english with proficiency compare to malaysian students….i wonder why…sedangkan mcm indonesians….they have a lot indonesian students in perth n they speaks indonesian with each other but somehow their english r much much fluent than malaysian…any idea? perkara ini tak sempat dikaji kerana telah “melarikan” diri dr perth ke moscow :P

    dan sy rasa disebabkan usaha sy utk sedaya-upaya bercakap bhs melayu hanya apabila sy pulang ke rumah pd sebelah malam shj(ketika di UWA)….dan waktu selebihnya berbahsa inggeris telah menyebabkan sy masih boleh bertutur bhs inggeris dgn baik walaupun telah sembilan bulan di malaysia tanpa komunikasi inggeris yg efektif…rasanya masih ada lagi bhs inggeris di lidah …x lah cepat hilang….

    namun pemergian sy ke russia menyebabkan sy bimbang bhs inggeris sy akan hilang begitu shj kerana terhadnya bhs inggeris di russia…hmm…kena fikirkan alternatif utk maintain bhs inggeris…

    p/s: kena korban kan bhs melayu di sana kot?? :)

    • Abu Saif says:

      Selamat berangkat akhi….

      Sedih tak sempat berjumpa sebelum anta terbang ke Moscow, namun segala hasil perbualan kita tempoh hari, jangan dilupakan. Selagi anta sudi berkunjung ke saifulislam.com, selagi itu kita hakikatnya sentiasa bertemu.

      Selamat maju jaya.

      ????????????!

      • terima kasih ustaz…..

        sy pun turut sedih jugak ustaz…..insyaAllah segala pesanan ustaz tersemat di hati…klu boleh mahu ke negara I tue tp xde rezeki ke sana rasanya….tp semoga jln ke russia ni adalah jalan terbaik yg allah pilih utk sy….

        semestinya ustaz….blog ustaz ni dah dua tahun sy layari…insyaAllah takkan miss setiap hari :D

        sy berharap dpt menelefon ustaz sblm sy berangkat…sbb sy dah cuba 2-3 hari lepas utk menelefon ustaz tp xdak berjawab….

        ???????! ( thank you)

  5. Ibnu Alwi says:

    Salaam.

    Memang benar apa yang dituturkan ustaz. Sungguh saya merasai perubahan dikalangan junior saya, yang mana kerana mereka mempunyai senior yang ramai, mereka semakin lama semakin sukar untuk bergaul dengan orang negara lain di sekeliling. Terasa boleh survive tanpa tahu bahasa asing, tanpa bergaul dengan orang negara lain.

    Saya sendiri juga ingin menyentuh berkenaan ini di dalam entri saya akan datang, insyaAllah.

  6. SangPelangi says:

    Jangankan perbualan saja, Malaysian di sini sudah pandai menyanyi dalam bahasa Jepun. Ada juga yang gila drama Jepun. (saya sedang mencari nasyid dalam bahasa Jepun.)

    Petua yang saya pegang, yang disumbangkan oleh senior saya, jika ingin fasih (tahap mega) dalam bahasa Jepun, berbaik-baiklah dengan orang-orang tua Jepun. Mereka sangat peramah. Walau sepatah yang ditanya, berpatah-patah yang mereka jawab.

    Petanda kalau dah cukup fasih dalam sesuatu bahasa, apabila kita bermimpi dalam sesuatu bahasa itu. Setakat ni, saya tak pernah bermimpi bercakap dalam Jepun, tapi setakat mendengar dalam bahasa Jepun. Maknanya kena up level lagilah nampaknya.

    Ustaz pun pernah bermimpi dalam bahasa Turki, kan? Hihihihi..

    p/s:
    Yeay.. 1st gambar tu saya shoot, semata-mata ingin menampakkan suasana Jepun dalam gambar ustaz sebab ada tulisan Jepun. Kalau bergambar di belakang rak kasut, mesti nampak biasa saja. Di Malaysia pun ada rak kasut juga, bukan? Kikikiki.. ~”peace bengkok”

  7. Dental stud says:

    saya mewakili suara pelajar yg menuntut di ipt Malaysia. alhamdulillah, masuk thn ke-3 saya mampu untuk berkomunikasi BI ketika perbualan. pada saya itu peningkatan yang baik dan insyaAllah akan cuba dipertingkatkan lagi.

    how everything is started? how the education system made us become fluent in english?

    everyday there must english! all the lecturers will give lectures in english. any seminars or tutorials class, there is english! to communicate with friends, there must english! somehow im little bit disagree with the post above that when we entering malay community our english level will decreased.

    it is all about yourself. if u want to be good, you should start. luckily when i have started to speak in english with my friends, they will reply with the same manner as i did.

    dont leave the malay community, but bring ur power inside them. at the beginning of my study, when my friend was talking in english, i felt very stressful since i cant reply her talk in english. this PRESSURE push me to be better.

    as long as im brave enough to post this msg in english, i know i can and should be better in english, FOR NOW.

    (im wondering to be good in arab…later insyaAllah)
    wassalam

    • Abu Saif says:

      Of course it is all about our ownselves. We have a significant number of English spoken Malay circle here in the middle of the town. The concept of uzlah I mentioned in the article does not mean that we abandon kawan Melayu totally, but to redesign the credit hours and ratio.

      May I know, in which IPT are you studying my dear mate?

    • i would like to comment on ur comment…actually what ustaz n most of us experience is something that happened everywhere. when you are in a environment which you are the minority….somehow the magnet between the same community will happened…what the word again…hmm….comfort zone….that’s what happened to most of the oversea students….yeah i agree n most of us speak english in classes but its only in classes when the conversations are most likely to be technical not normal daily conversation…so improvement will not happened….after classes…they stay with their own community n because of being away from the homeland….they will without force will speaks malay…(lepas gian rindu kat malaysia)….n this is happening not only in our community but also in sporean, indonesian and bruneians….but i dunno how they did it…they manage to cope n master the language very fast….maybe they have more interraction with the native speakers…i think…so we are not saying that being in malays will be a downgrade to our english proficiency but somehow malaysians students are like that especially malays….so nak tak nak malays akan dikaitkan secara tak langsung…no offence to the malays

      • Abu Saif says:

        Yes… the technical language is very much different from the language that I specifically refer in this entry.

        One can speak fluently when presenting case report, or explaining the procedures in the lab since both of these two examples are related to his or her daily routine. But once the person is about to describe his or her idea about something… something abstract…. then the situation is completely different.

        • ummusaif says:

          Semua dok speaking English ni, nasib baik takdak yg cakap Arab atau Jepun kat sini pulak. :)

        • dental stud says:

          quote “One can speak fluently when presenting case report, or explaining the procedures in the lab since both of these two examples are related to his or her daily routine. But once the person is about to describe his or her idea about something… something abstract…. then the situation is completely different.”

          thank you Ustaz. now i understood.

          Among my friends, we always make an agreement to speak in english every seconds and everywherein. but it is difficult when it comes to daily routine. yes, truly difficult.

          em, i realized something. every week i will come in front of the class n start to give an announcement with the words n sentences that has been setup in my mind. that occurs in front of ‘our friends’. but when it comes to lecturers, esp the foreign one, i feel very free to speak in english :D the freedom make me better.

          sorry for the late to reply ustaz question.
          im studying in the oldest university in Malaysia.

  8. cucutokjanggut125z says:

    assalamualaikum wbt..
    memang saya akui untuk survive di jepun ni, Bahasa Jepun adalah segala2nya..jika tak boleh berbahasa, memang mengundang parah jawabnya! teringat ana tatkala pertama kali masuk ke kuliyyah di universiti, dengan muka tak malu, bercakap jepun yang entah merapu, cuba jugak sedaya upaya nak bertegur sapa dengan teman sekuliyyah. Dah menjadi kemestian di Jepun ni, kalau tak pandai berbahasa Jepun memang ketinggalan dalam segala2nya. Ana tak nafikan ramai student yang fasih berbahasa..dalam masa yang sama masih ramai juga yang tak mampu berbahasa dengan baik. Mmm..kalau dalam kondisi ana yang tinggal dalam suasana yang ramai student Melayu sekitar lebih 30 orang, peluang untuk berbahasa Jepun memang agak terhad kalau diri sendiri tak wujudkan tekanan tu. Setuju dengan pendapat Sang Pelangi tu, paling mudah untuk berkomunikasi dengan MAKCIK2 atau NENEK2 jepun. Selain tu, belajar bahasa melalui TV..alhamdulillah memang banyak membantu..

    p/s: sedaya upaya nak elakkan suasana “nasi lemak sambal ikan bilis” kat jepun ni..

    • Abu Saif says:

      Kami di Jordan dulu juga banyak belajar Bahasa Arab dari animasi di televisyen. Termasuklah si Abqur iaitu Doraemon yang cakap Arab dialek Saudi!

      • k.long syikin says:

        salam ustaz,

        suami ana cakap, tahun pertama dia kat jordan, duduk serumah ngan student2 arab..sebab nak dptkan bahasa tu :)

  9. imam says:

    Kuasai pelbagai bahasa untuk survival ilmu dan dakwah. Saya ex akademi IslamUM akui benar kata ustaz, environment mempengaruhi penguasaan bahasa kita.walaupun sebahagian kitab rujukan berbahasa Arab saya dan majoriti kwn2 tak dpt menguasai bhs ini tutama untuk berkomunikasi, coz duk asrama @ rumah sewa dan bljrpun ckp Melayu. Tp slps bekerja di agensi agama, ptg sgt kita menguasai arabic nih, tutama bila jd Liason Off pd perwakilan asing. alhamdulillah baru ni smpat ambik intensif course Arabic di Abu Dhabi, UAE. Ustaz dari Syria stiap hari terpaksa berckp Arab dlm kelas, dan bila kluar pekan dgn peniaga. 2 bln sy dpt kuasai bhsni Alhamdulillah. Kata orang “Masalah kita kena tukar jd peluang” br kita akan berjaya.

  10. ummudanial says:

    salam.
    alhamdulillah menarik entry ustaz.
    setuju juga dgn pengamatan ‘khairul asraf’ ttg indonesians and bruneians yg more fluent in Eng L rather than Malaysians……..padahal bila depa ckp bahasa depa lagi pekat….but still can maintain their proficiency…
    so malaysian should improve ourself….insya’allah. malaysia boleh!!!
    apapun…..cara ustaz mewujudkan tekanan unt mahir suatu bahasa itu adalah satu cara yg saya kira amat baik …..looking at it positively…..it comes naturally when u r in that environmentally geared towards using the language…..by hook or by crook ..u have to speak within ….otherwise hidup sosorang jelah….betul tak?….and by using this positive enforcement,…..u’d be fluent and master the language…insya’allah…….i’ve tried, mula2 rasa sesak nafas, but after st i’t like ur mother tongue……

  11. Perantau di Cape Town says:

    Assalamualaikum,

    Memang perkara yang utz nyatakan dalam artikel ini juga merupakan perkara yang sama saya nyatakan kepada junior2 saya yang mendapat peluang menyambung pelajaran ke luar negara. Even, alhamdulillah kerana wife saya ‘terpaksa’ menyambung PhD beliau di Cape Town. Setakat ini, dia adalah malaysian student yg pertama under government di Cape Town. So, cakap melayu pun bila balik rumah or bila jumpa Malaysian expats kat sini (2-3 bulan skali). Banyak membantu penguasaan english kami sekeluarga (termasuk anak-anak).

  12. perantau says:

    pada pandangan saya dan pengalaman, jalan menguasai bahasa ni bergantung kepada kreativiti, kesungguhan dan kemampuan masing2,ada yang jalan uzlah spt ustaz dan ada juga yang mampu menguasai dengan baik tanpa perlu beruzlah atau tinggalkan komuniti melayu di tempat sendiri apapun ukur kemampuan diri dan cipta jalan sendiri ke arah kejayaan Insya Allah

  13. Azzam says:

    salam wasilah ukhuwah fillah

    Saya amat bersetuju dengan ustaz bahawa untuk survival diri, perlunya kita menguasai bahasa yang dituturkan dalam satu-satu tempat. Jauh dari itu penguasan bahasa adalah penting kepada survival dakwah kita.

    Teringat kepada cerita-cerita orang kampung mengenai kedatangan dan penyebaran kristian di sabah seawal 1881 khususnya di sekitar tanah kelahiran saya, Pekan Kundasang, Ranau di sabah. Antara mubaligh awal yang datang adalah seorang ahli botani yang mengajarkan cara-cara penanaman sayur-sayuran tanah tinggi kepada penduduk tempatan. Untuk menerangkan kepada penduduk tempatan yang sememengnya tak tahu membaca dan menulis, jauh sekali mengenal nama-nama sayur-sayuran yang kita jadikan lauk setiap hari. Cara yang digunakan adalah dengan mempelajari bahasa orang tempatan. Akhirnya, sebelum pulang ke tanah air, mubaligh tersebut telah fasih berbahasa dusun disamping ‘kejayaan’nya menukar aqidah penduduk tempatan daripada pagan kepada kristian.

    Saya juga mengkagumi beberapa ustaz yang telah mengadaptasi suasana dan menguasai bahasa tempatan di sabah ini. Teringat saya semasa di sekolah menengah dulu semasa ceramah disampaikan oleh ustaz saya yang berasal daripada kedah, perkataan ‘limpas’ ( dalam bahasa tempatan sabah maksudnya ‘lalu’) menggelikan hati kami kerana ustaz tersebut tanpa sedar(mungkin), telah menggunakan beberapa perkataan bahasa tempatan dalam perbualan sehari-hari walaupun loghat kedahnya masih pekat.

    Ia amat penting untuk menerangkan Islam dengan jelas kepada masyarakat tempatan.
    Makanya, kuasai bahasa untuk survival diri dan survival DAKWAH.

  14. Ali Ali Ali says:

    Assalamualaikum wbt Ustaz,

    Sungguh menarik article kali ini, dan saya bersetuju dengan pendapat Ustaz tentang perlunya ada satu tahap ‘tekanan demi survival’ untuk menjadi satu perangsang kuat yang dapat membantu mereka yang belajar bahasa asing.

    Mengambil daripada pengalaman personal sendiri, ketika baru sahaja 2 bulan menjejakkan kaki di Jepun, saya telah dibawa ke balai polis di Nerima, Tokyo untuk di soal siasat atas satu tuduhan kecurian basikal. Dengan skill bahasa Jepun yang lintang pukang, alhamdulillah saya berjaya to talk myself out of trouble. Lepas kejadian itu, saya nekad untuk menguasai bahasa Jepun agar senang nanti bila datang masalah seperti ini lagi, dan juga untuk mengelakkan daripada terpedaya ataupon dipandang rendah disebabkan skill bahasa yg lemah.

    Penguasaan bahasa Jepun tersebut, selain daripada digunakan dalam pembelajaran, pergaulan dengan orang tempatan dan lain-lain, amatlah juga berguna dalam memberi penjelasan tentang Islam, dan membetulkan imej-imej kotor dan salah yang dipercayai oleh orang-orang Jepun tentang Islam. Japanese Jehovah’s Witness pun tidak mampu melawan hujah apabila ianya dibentangkan dalam bahasa Jepun sendiri.

    Terima kasih Ustaz kerana constantly berusaha untuk menulis artikel-artikel yang dapat mengajak pembacanya berfikir dahulu, bukan nya untuk di telan bulat-bulat begitu sahaja. Saya doakan kesejahteraan Ustaz dan keluarga.

  15. zamiluka says:

    I am the person among the graduted students cannot speak English and Arabic fluently,eventhough I’ve got enough space to improve myself..shame on me!!

  16. survivor says:

    salam ustaz,
    saya sendiri menuntut di Ireland, hampir 2 tahun, namun penguasaan English masih tahap yang biasa ja. Saya sendiri buntu kenapa begini?Pernah bersembang dgn abang sy, lulusan Jepun..dia belajar di Jepun, hanya 3 thn, namun bahasa jepunnya sangat cair org kate. Pelik jugak cemana dia melakukannya. Namun, baru-baru ini abang mintak sy bertutur dlm dialek english tapi slang Irish..tu pun sy tidak tahu nak ajuk. Patut la abang sy beria-ia nak sambung pengajiannya ke Universiti di UK yang tak byk penuntut Melayu, katanya “aku nak master English pulak”. Herm…terjawab dgn artikel ustaz yang ni. terima kasih ustaz.

  17. Assalamualaikum warahmatullah.

    Alhamdulillah,semoga dengan kata-kata dorongan yang diberikan,para pelajar di bumi jepun akan lebih bersemangat untuk memperkayakan bahasa,selaras dengan tuntutan da’wah terhadap masyarakat di sini.

    Bahasa jepun memang agak sukar,apatah lagi seperti juga bahasa cina,banyak kanji iaitu tulisan yang berlingkar-lingkar dan berseni-seni perlu di hafal.Namun penghantaran student malaysia ke jepun secara umunya dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk pembangunan negara di bidang kejuruteraan,khususnya.Wujud juga bidang lain seperti bidang pendidikan.

    Pendidikan yang di difokuskan oleh kerajaan malaysia khususnya,lebih mensasarkan kepada melatih guru-guru yang akan mengajar bahasa asing apabila pulang ke malaysia nanti.Kemana mereka ditempatkan?

    Sekadar di SBP..atau sekadar di MRSM…atau sekadar di sekolah-sekolah elit anak orang berada..??

    Sewajarnya,guru-guru bahasa asing ini,turut di hantar ke sekolah-sekolah biasa.Semoga dengan pendekatan ini,anak-anak kampung yang belum kenal di mana letaknya jepun sendiri pun,mempunyai dan mula menanam cita-cita yang panjang dan jauh.Bukan sekadar untuk menjadi ultraman.Bahkan bercita-cita untuk menjadi engineer ultraman!

    Selain bidang latihan perguruan bahasa asing,bidang ekonomi turut ditekankan.Namun di bidang ekonomi,hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang di tawarkan belajar di jepun,rata-ratanya di taja oleh petronas.Hebat juga petronas kerana berani melaburkan tenaga elitnya di bidang ekonomi di sebuah negara bergelar jepun.Maka bakal lahirlah CEO petronas yang mempunyai gerak kerja pantas dan tegas.Berhikmah pula,pabila diadaptasi dengan gerak kerja islam.

    Bahasa medan komunikasi.Bahasa juga medan memahami.Bahasa juga medan memberi.

    Bahasa jua medan da’wah.Selamat menyebarkan kebaikan.

  18. [...] Komen analisa pembacaan di artikel penulisan saifulislam.com [...]

  19. k.long syikin says:

    salam ustaz,

    sedangkan mrk yg belajar di negara arab masih tidak mampu utk menguasai bhs tersebut, ini kan pula mrk yg belajar b.arab di univ. tempatan, di mana survival tu jauhlah sangat..lagilah payah nak mahir menguasainya..tp, saya ada kawan baik yg memang berani bertutur b.arab sejak sekolah menengah..skrg, mmg bahasa tu adalah sebahgian drp perbualan hariannya..saya yg tak terbuat macam dia..mengaku salah diri sendiri ni :(

  20. student engine UM says:

    salam all….

    its mean we can try to stay abroad to push our self in order to fluent in language right??im thinking to do my master somewhere in UK:)

    • ummusaif says:

      Utk fasih B.I. tak semestinya kena tinggal di UK.
      Ada org tinggal atau belajar kt sana tapi tak pandai2 pun BI.

      Tapi, kalau dah duduk kt sana tu, ambillah peluang utk memahirkannya. Terutamanya dari segi accent, grammar dan kefasihan serta kelancaran pertuturan. Dan yg paling bagus, ambil dan praktiskan semua budaya positif yang ada dari sana. Yang merugikan bila duduk kt sana, asyik bergaul org kita dan tidak dgn org lain lantas tak belajar apa2. In other word, try and grab all the opportunities.

      Kt Msia pun blh gak mahir dan fasih BI. Bykkan membaca dan bergaul dgn org yg bertutur dlm BI setiap hari. InsyaAllah fasih, malah mungkin lbh fasih dpd mereka yg belajar di UK tapi tak bertutur setiap hari. Ini yg ustaz namakan ‘create the pressure’ iaitu kita reka sendiri tekanan tu walaupun takde siapa yg paksa.

      Same goes with other languages especially Arabic language!

    • rulza says:

      tapi kalau nak belajar kat jepun memang TERPAKSA kena belajar bahasa Jepun dulu sebelum pi sana…ada seorang expensyarah saya kat sini, dulu pi jepun amik kejuruteraan tapi kena bagi master bahasa jepun dulu sebab memang pengajaran lam JEpun..tapi tak berapa perform lam engineering balik ajar bahasa jepun kat Mesia…

      macam cakap ummi tu apapun initiatif kita untuk guna bahasa tu…kena selalu guna dan practice…

  21. Adik says:

    Assalamualaikum…
    Saya student ipt tempatan…Dulu,saya memang bercita2 nak melanjutkan pelajaran di oversea..Because of this reason and because i’m realy bad in english..tapi,saya x bernasib baik cam rakan2 lain..x berjaya dalam interview,end up dkt local university,w/pun subject semua in english,tapi betul2 saya terkilan dengan penguasaan english sekarang,this is my final year..Oh God..i’m still couldn’t speak in English fluently…B4 graduation,saya harap saya boleh menguasai English much better than now…and i hope,someday,i have a chance to live in environment that can push me to be much better in English….post grad student maybe…insyaAllah..sorry kalau bahasa terbelit-belit,untuk belajar saya x perlu malu..Tul kan ustaz

  22. rulza says:

    teringat masa belajar bahasa jepun dulu…..

  23. Pak Din says:

    “Tekanan yang sepatutnya boleh ditawarkan oleh negara Arab kepada pelajar Malaysia yang menuntut di situ boleh dihapuskan dengan pelajar itu sendiri menurunkan standard mereka. Tanpa sedar, matlamat yang diletakkan hanyalah pada upaya lulus (sekadar lulus) dan balik ke Malaysia dengan kelulusan itu.”

    Kalau lihat international conference yang melibatkan pelbagai bahasa, ramai yang berbahasa Inggeris rojak, atau telo/loght bahasa asal penceramah …. Faham juga makna yang disampaikan … begitulah nampaknya. Bukan teks tetapi konteks. Kurang tajwid tapi lebih faham?

  24. rulza says:

    sebenarnya melalui pengalaman saya dengan kawan-kawan saya, mereka sebenar malas nak ambil berat tentang bahasa inggeris sebab basic dari sekolah, mereka memang sangat lemah..bayangkan bila dah masuk u tapi sebutan yang mudah macam mosque pun takleh sebut… perkara ni saya sedar masa saya nak ambil muet…saya antara golongan yang amik MUET secara persendirian..maksudnya masa zaman sekolah saya dulu MUET lom ada lagi..jadi bila nak sambung degree kenala amik muet.sebab masa 2003 tu MUET dah jadi silibus dan wajib…alhamdulillah walaupun tak seberapa dapatlah band 4.tu kira lemah la lagi.ada kawan-kawan saya yang lagi bagus dapat band 5 dan 6….masa tu saya tak study pun sebab kalut nak ulang alik dari batu pahat ke langkawi, sebab masa tu amik MUET kat sekolah lama…

    saya ada beli beberapa buah buku rujukan tapi lansung tak disentuh…jadi bila kawan2 saya nak amik MUET saya agih-agihkan bagi kat diorang supaya diorang study…saya siap BAGI TERUS lagi…kesemua kawan-kawan saya ambil muet sebanyak 3 atau 4 kali..sedangkan sukatan MUET tu sama saja dengan bahasa inggeris yang dipelajari di U setiap sem masa diploma dulu…bila saya tanya buat latihan tak, baca tak article2 dalam bahasa inggeris, cuba sebut tak vocab yang tak tahu.sedihnya semua jawab tak…dalam hati saya ngomel senderi patutla kena amik MUET banyak kali tapi dengan harapan TOLONGlah guna buku yang dah siap dengan cd perbualan lagi supaya ada rujukan dan leh improve ….

    soalnya depa sebenarnya Malas…….dulu kena lepas band 3 baru leh konvo dan sambung degree..sekarang ni sebab dah banyak sangat tak lepas diorang dah tetapkan band 2 ja…kalau tak lepas juga taktaula…

  25. Salam..

    Tika diri terikat dgn suasana berkehendakkan tutur bicara bahasa Inggeris yang fasih, wujud pula golongan yang merendahkan sebahagian antara kita dengan lolongan lupa bahasa ibunda, tak yah “action” lebih dan sebagainya..

    terkadang sedih juga; kita ingin maju tanpa meninggalkan yg belakang, alih2 saudara sendiri yang jadi penghalang..

    Aduhai, letih… (-_- )
    Maaf ye, izin laluan tumpang mengadu di sini…hihihi

  26. alongsiti says:

    Salam,
    Daripada pengalaman diri sendiri belajar BI, saya rasa cara termudah untuk menguasai sesuatu bahasa ialah dengan memahami tatabahasa (or grammar kata org kg teman), kemudian tambah perbendaharaan kata melalui pembacaan (in my case mostly frm tv watching though :P ). Masa tengok cerita org putih tu, janganlah duk baca sarikata sahaja, telinga tu dengarlah juga perkataan/frasa yg digunakan.
    Alhamdulillah, saya tak pernah ke luar negara, sekolah pun kat tengah hutan Jengka for most of my schooling days, U pun kat malaysia je, tp English boleh la tolong membetulkan ayat kawan2.

    BTW, thanks to my standard6 English teacher in the middle of hutan Jengka who laid a solid English grammar foundation for me. :)

  27. amina nasuha says:

    salam
    hajimemashi-te

    korekara..
    watashimo..motto motto ishhokenmei
    hoka no gaikokugo o naraitai desu..
    tabun..thai go o naraitai desu

    douzo yoroshiku onegai shimasu…

  28. mat says:

    salam ustaz,
    jangan sebut pasal pelajar oversea sahaja,pelajar2 ipta di malaysia pun ada gejala comfort zone, bergaul sesama kawan senegeri.jangankan english, nak cakap baku pun susah.

  29. acabeire says:

    bahasa antara yang diperjuangkan di ireland
    saya menulis juga pengalaman tentang bahasa
    tapi rasanya bahasa inggeris di pulau pinang bertambah baik selepas pulang dari ireland
    disini lebih kerap berbahasa inggeris
    dan sekarang kelas mengajar student penang free school berbahasa inggeris
    xrugi belajar banyak bahasa

  30. Ibnu Dzar says:

    Terima Kasih artikel ustaz ini, banyak memberi peringatan kpd saya supaya mengambil peluang bertutur dlm English di kawasan persekitaran English. Alhamdulillah memandangkn classmate & housemate saya semua pelajar asing (i’m the only one malay), maka setiap hari berbahasa inggeris. Sy belajar di Hobart, Australia (bagi kebanyakkan Malaysian di Australia, Hobart dikira kawasan ‘kampung’ walaupun ia sebuah ibu negeri). Hanya ada 40 pelajar Melayu (malaysian + singaporean) disini yang masing2 tinggal berjauhan. Kami hanya berkumpul setiap hujung minggu di Masjid kerana mengikuti kelas pengajian agama/usrah selain solat Jumaat. kalau berjumpa pn di surau universiti utk solat. Persekitaran sy telah membantu sy utk cuba perbaiki english sy. Alhamdulillah sy telah boleh sedkit demi sedikit memahami slang aussie khususnya Tassie (Tasmanian). English Aussie/Tassie mmg ‘menyakitkan hati’ kerana sebutan yg berbeza dr UK english dan cara mereka bercakap yg agak laju (fast english). Masa mula2 masuk kuliah, sy rasa seperti berada di tengah planet asing, tak faham langsung apa lecture cakap, tp alhamdulillah kini semakin baik. BENAR artikel ustaz ini…

    Apa pn terima kasih dengan entry ni yang banyak MEMBERI INGATAN kepada saya.

    p/s : ustaz boleh tulis artikel berkaitan beradaptasi dengan budaya asing? sy yg baru sebulan lebih di Australia merasa sedikit ‘tertekan’ utk memahami budaya asing memandangkan semua housemate sy australian. Misalnya, bila saya ambil wuduk, pasti lantai bathroom akan basah, tp australian cukup pantang bila lantai bathroom wet. so sy terpaksa lap setiap kali lps ambil wudu’, ni menimbulkan rasa ‘tertekan’ or ‘kurang selesa’ pd saya..boleh ustaz tulis artikel berkaitan adaptasi budaya? THANKS

  31. senpai says:

    Salam,

    Seronok baca artikel ustaz tentang Jepun. Terkenang2 zaman saya di Jepun dulu. Malangnya zaman tu tak ada program tarbiyyah mcm Summer Camp ni. Bertuah sungguh ‘kohai2′. Kami dulu boleh lah dikatakan terkapai-kapai juga, hanya berbekalkan Muslim background and upbringing. Ada juga yang hanyut dan tersilap langkah. Bukan mudah hidup di bumi bukan Islam berseorangan, jarang2 skali dapat berkumpul2 dengan Muslim. Tapi di situlah, kita belajar mengenal diri sendiri, malah masa itulah saya belajar apa ertinya saya seorang Muslim. Disebabkan hidup bergaul dgn Jepun, seringkali di tanya tentang Islam, tentang tudung yg dipakai, tentang kenapa tak minum ‘sake’, x mkn daging x halal etc. Org Jepun sesuai dgn sifat mereka yg bersungguh2, kalau tanya pon memang bersungguh2, semuanya nak detail, bukan tanya sekadar bertanya….masa ni language skill mmg kena power la.

    Hanya reminiscing, semalam tengok “The Last Samurai’ kat TV3, terkenang2 la tanahairku no 2 itu.

  32. cahaya malamku says:

    huhu..saya pon nak citer pasal diri saya gak la..sy ni 3rd yr student..bila da masuk 3rd yr ni makna nya clinical yr la..bila msk clinical yr ni kene la byk bercakap..dah le..kene cakap BI..memg bg tekanan kat saya la..kalau dulu tengok citer owang putih tu coz nak tengok..tp skrg nengok coz nak blaja BI..yg plg kene tekanan skali bila sy present kat DR.
    she said my english is so bad..aduh..pedihnyer ulu hati..rase bengang je..but surely i should say thank to her coz give me some presure to improve my english…

  33. Ahmad says:

    Saya alhmadulillah best student English dan Malay, belajar kat Malaysia je pun still best student, tapi writing, reading and listening jer la. Speaking kena practise lagi ni.

  34. Asha says:

    Salam.

    Saya tertarik dengan artikel ini.Artikel ini mengenangkan kembali semasa saya study kat UIAM.Byk information dan instruction dalam English.Even saya yang ambik Islamic Studies terasa bahangnya dimana rasa English saya improved.Nobody cares if we speak broken English.

    Bercakap jer tak sah kalau satu kalimah tak der English even dengan Malay.Tapi semua sudah berlalu.

    Sekarang saya mengajar si smk di utara.Pegang jer akhbar The Star maka keluarlah ayat
    “Canggihnya ustazah baca suratkhabar Inggeris.Keluar satu ayat jer bahasa Inggeris akan tersenyum sinis beberapa org guru yg hanya anggap English is for English.Science n Maths teachers.

    Saya buat tak faham jer,cuma kadang-kadang ada gak menjawab dalam lawak.Sebab saya jenis lagi org merendahkan saya lagi saya nak buktikan.He he.Lawak juga bila ada org ingat ustazah tak pandai English.

    Tapi saya dapat rasakan bila tiada tekanan,bahasa itu akan hilang secara beransur-ansur dan kadangkala jadi tak ketahuan bila ditanya dalam English sedangkan dulu saya begitu ghairah berinteraksi dengan rakan negara lain.

    Cuma minda saya berfikir,kalau beginilah minda sesetengah guru bagi sesetengah guru macam tempat saya mengajar,(KL is different),penguasaan Bahasa Inggeris tak akan kemana.

    Wallauhaa’lam .It’s just my personal opinion.

  35. Salam, sy ingin tanya sedikit…. emm, en Abu Saif tau x dekat mana mempunyai kelas intensif b.arab & english….dalam masa 3bulan, dan harganya tidak lah mahal sangat……

Leave a Reply