Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut

Saya siarkan kembali artikel yang ditulis pada 4 September 2008 yang lalu, sebagai reaksi saya kepada isu penayangan video kematian kepada murid-murid sekolah rendah (semuda Tahun 1) yang disebut di Buletin Utama sebentar tadi (TV3 11 Nov 08). Penggunaan video tersebut dan perbahasan tentang kematian kepada kanak-kanak semuda 7 -10 tahun, adalah merupakan suatu pendekatan yang fatal oleh pihak yang melakukannya dalam usaha membentuk dan mendidik anak-anak. Tindakan yang tidak mengambil kira cara berfikir kanak-kanak pada usia sebegini adalah suatu jenayah yang boleh memusnahkan jati diri mereka sekali gus menjadi amaran kepada perunding-perunding motivasi dan guru-guru agar lebih peka.
Semoga perbuatan sedemikian dihentikan serta merta – ABU SAIF
“Syurga itu cantik. Ada kanak-kanak di dalamnya”, beritahu seorang guru kepada anak muridnya.
“Orang mati akan masuk Syurga. Di Syurga semua yang kita mahu Allah akan bagi”, tambahnya lagi.
“Kamu kena ikut cakap emak ayah kamu. Macam mana kalau emak dengan ayah kamu mati? Kamu nak?”, ugut seorang ustazah kepada anak muridnya yang ‘degil’.
Dialog-dialog di atas adalah dialog pelajaran ‘Zikr al-Maut’ yang disampaikan kepada murid-murid sekolah. Bagi yang lebih kreatif, penyampaikan disertakan pula dengan video-video tentang kematian dengan audio dan visual yang menakutkan.
Alasannya mudah, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!
Sabda Nabi SAW:

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)” Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.
Kata-kata Fudhail ibn ‘Iyadh yang masyhur:

Dan cukuplah mati itu menjadi peringatan (buatmu)
KANAK-KANAK
Akan tetapi kita tidak harus lupa, bahawa Islam mengajar kita supaya bercakap secara empati. Melihat keadaan manusia yang dibicarakan, sertakan membahasakan mereka sesuai dengan taraf keupayaan akal fikiran yang ada.
Justeru pesanan-pesanan tentang kematian yang tidak diteliti, bisa mengundang kesan yang sebaliknya.
Kanak-kanak menggarap idea tentang kematian itu sebagai perpisahan dirinya dengan ibu dan bapa! Ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan mereka, dan ia menyebabkan si anak berterusan di dalam keadaan resah dan gelisah bimbangkan kehilangan insan yang disayanginya.
Malah sebaliknya, jika kanak-kanak itu membenci ibu dan bapanya atas faktor yang pelbagai, idea ‘membunuh’ ibu dan bapa sebagai penamat kepada tekanan dan penderitaan yang dihadapinya, adalah risiko yang amat menakutkan.
Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

THE GOOD SON
Saya teringat kepada filem The Good Son (1993) lakonan Macaulay Culkin (sebagai Henry) dan Elijah Wood (sebagai Mark). Idea tentang ‘mati’ yang disuntik secara salah kepada kanak-kanak pada usia seperti itu, telah mencetuskan pemikiran di kepala Henry untuk menjadikan kematian sebagai ‘penyelesaian’ kepada tekanan dan saingan yang tidak disenanginya.

Henry telah mengembangkan idea sociopath di kepalanya secara berperingkat. Bermula dengan perbuatan membunuh anjing jirannya, menjatuhkan patung ‘Mr. Highway’ dari jejantas ke lebuhraya hingga menyebabkan kemalangan besar, hinggalah membawa kepada suatu bencana yang mana ibu Mark, iaitu Susan (lakonan Wendy Crewson) terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan Mark atau Henry! Salah seorang daripada mereka terbunuh di akhir filem ini.
Kali pertama saya menonton filem tersebut, ia amat mengganggu fikiran saya. Tetapi saya terpaksa menontonnya sekali lagi, demi untuk memahami perilaku anak saya yang bercakap tentang kematian dalam format yang mengundang cemas.
FALSAFAH MATI
Sesungguhnya kematian itu, falsafahnya tidak mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Pemikiran simplistik mereka menyebabkan satu-satu idea tentang kematian, ditafsirkan secara yang merbahaya. Usia anak-anak di umur pra-sekolah, adalah usia keghairahan yang tinggi untuk belajar, bertanya dan mencuba. Justeru peringatan-peringatan yang melampau terhadap kematian kepada kanak-kanak di usia sebegini, amat berisiko.
Kanak-kanak mungkin akan hidup dalam tekanan dan keresahan disebabkan oleh idea tentang mati.
Kanak-kanak juga mungkin akan berusaha ‘mempercepatkan’ kematian dengan alasan mahu berpindah atau memindahkan orang-orang yang disayanginya kepada kehidupan yang lebih baik dan indah!
PERBUATAN DAN BALASAN
Oleh itu, adalah memadai untuk anak-anak diberikan kefahaman bahawa kematian itu adalah perpindahan manusia dari kehidupan dunia kepada kehidupan baru yang mana segala perbuatan baik dibalas oleh Allah dengan kebaikan (Syurga), manakala kejahatan dibalas dengan hukuman Neraka.
Penekanan perlu dibuat kepada aspek perbuatan dan kesan perbuatan supaya berfikir tentang mati itu boleh menjadi elemen yang mendidik, dan bukan menyuntik salah faham yang fatal!
MATI HANYA DENGAN SEBAB
Perlu juga diberi perhatian oleh kita semua bahawa kanak-kanak tidak harus didedahkan dengan idea bahawa mati itu boleh berlaku tanpa sebab. Hal ini mencetuskan kegelisahan yang amat serius dan menjadikan mereka putus asa terhadap kehidupan.
Kombinasi di antara tekanan, kemurungan, putus asa, dan idea ‘membunuh diri’ sudah cukup untuk menyalakan ‘lampu kecemasan’ kepada ibu bapa untuk anak-anak ini dibawa segera mendapatkan rawatan profesional.
Mati kerana kemalangan.
Mati kerana sakit.
Mati kerana dibunuh orang jahat.
Nyatakan sebab-sebab yang boleh menjadi punca kematian. Sebab-sebab ini boleh berfungsi untuk mencegah mereka daripada bermain dengan alat elektrik, bermain di jalan raya dan lain-lain perbuatan yang mendedahkan diri mereka kepada bahaya.
Tetapi jangan sekali-kali diberikan idea bahawa di antara kekuasaan Allah ialah mematikan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, kerana ini membunuh jiwa kanak-kanak yang belum mumayyiz ini.
Hal ini tidaklah sama sekali bermaksud bahawa kita tidak berlaku jujur dengan mereka, sebaliknya tindakan ini adalah kerana meraikan keupayaan akal mereka yang terbatas.
BILA PERLU SAHAJA
“Nak ayah mati? Kalau ayah mati dan kamu tak pandai, kamu nak kerja apa? Siapa nak bagi kamu makan?”, ugut si bapa kepada anak, semata-mata kerana anak enggan mengulangkaji pelajaran.
Kemalasan itu suatu kekhuatiran.
Tetapi menanganinya dengan idea MATI, adalah sangat melampaui keperluan malah merbahaya.
Bukanlah suatu bahan pendidikan yang baik, untuk kanak-kanak yang memiliki segala cita-cita dan impian masa depan ini, di’basuh’ dengan idea tentang kematian secara berterusan. Ia sepatutnya dibicarakan hanya apabila datang keperluan. Misalnya semasa dia bertanya, atau melihat peristiwa kematian ahli keluarga dan yang seumpama dengannya.
Bercakaplah tentang mati hanya semasa perlu sahaja.
HARAPAN UNTUK HIDUP
“Kawan saya sakit macam awaklah. Tiga hari lepas tu dia meninggal dunia!”, kata seorang lelaki semasa menziarahi rakannya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Orang seperti ini bukan sahaja bercakap dari kerendahan mentalitinya, bahkan ia menyalahi Sunnah yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Justeru pesakit harus didamaikan jiwanya dengan harapan dan dorongan untuk sembuh dan bukannya bercerita tentang mati dan harga terkini untuk semeter kain putih!
Begitu jugalah perihalnya dengan kanak-kanak.
Mereka sedang belajar untuk melihat dunia. Jiwa mereka penuh harapan dan cita-cita.
Menjadi suatu jenayah apabila segala potensi ini dibunuh oleh kesalahan kita memperkenalkan silibus manusia tua yang degil seperti kita, kepada kanak-kanak yang fitrah dan luhur itu.
Pepatah Arab menyebut:
![]()
“Setiap tempat itu ada topik bicara (yang sesuai dengannya)”
Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah suatu kezaliman.
Justeru ibu bapa dan guru, jangan zalimi anak-anak kita, biar pun pada soal sebaik Zikr al-Maut!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
RUJUKAN
Al-Maut fee Adzhaan al-Sighar oleh al-Fatih Shaa’ban
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor









































about 1 year ago
Kita terkadang menzalimi kanak-kanak secara tidak sedar dan semacam sikap “kita masa kecil-kecil dahulu dididik semacam itu,dan patut terap hal yang sama pada anak-anak”…
Jika interaksi antara dokter dan pasien ada bahasanya sendiri,para daie dan madu’ dengan bahasanya kenapa tidak “berbahasa” yang sama pada si kecil.
Awal-awal statement ustz buat ana tersentak semacam menolak kuasa Allah dalam tentukan ajal seseorang…tetapi bila meneruskan pembacaan ana akui isu yang dilontarkan ustz ada benar.Bukan menolak kekuasaan Allah dalam tentukan ajal tetapi “memesrakan” ayat zikr al-maut untuk dihadam oleh si kecil…
Buat yang sudah mempunyai si kecil,tidak salah aplikasikan dalam bentuk tindakan,dan buat si bujang tarang tang tang amik sebagai peringatan dan ilmu untuk akan datang..=)
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 5th, 2008 5:33 pm:
Terima kasih amad anak soleh kerana menjadi pemberi komen pertama. Tajuknya sengaja ana tulis begitu untuk provokasi pembaca. Isunya amat berat dan sangat perlu diberi perhatian oleh ibu bapa, dan guru-guru semua.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Yer, salah satu ‘pembetulan’ yang amat-amat perlu/tepat.
Saya sendiri yang sudah menjangkau umur “default” ini pun terasa yang telah di ’salah beritahu’ semasa dulu-dulu..??
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 5th, 2008 10:14 pm:
Terima kasih Encik Adros.
Bagaimana life di Dubai?
Isu ini sangat kritikal. Saya menulisnya untuk mengungkaikan finding yang mengejutkan dalam kefahaman anak saya sendiri tentang MATI. Betapa mencabarnya proses mendidik dan membesarkan mereka
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
Semoga anak – anak kecil ini dapat ditarik keluar dari depression mereka. Saya pernah tanya kat Ahmad, sedih tak bila abah selalu takde kat rumah? Dia kata, takpe, abah takde sebab abah pegi work. Bila dia dapat duit, dia boleh belikan Ahmad toys! Alamak, ke situ pulak perginya. Tapi takpe, pelan2 boleh diubah sebab takpe tu. Yg penting dia still nampak the positive side of it. Ayat terbaru dari Ahmad, “Mama, Ahmad suka la kat dunia ni. Sebab Ahmad boleh pegi jalan – jalan, boleh pegi playground..”. Jadi saya instill la sikit kat ayat Ahmad tu. Saya cakap kat dia, “Mama suka kat Allah sebab Dialah yang buat dunia ni”. So ayat Ahmad dah bertukar sikit jadi “Ahmad suka la kat Allah, sebab Dia yg buat dunia ni. Jadi Ahmad boleh pegi playground, jalan – jalan..”
Oh, tak mudah nak guide them to see the positive sides of each kesusahan yang dihadapi. Terutamanya bila kita sendiri yang terhimpit dengan kesusahan tersebut. Namun, bila kita sedar akan prioriti dan peri pentingnya utk mereka memahami (sedikit) mengenai kesusahan itu dan mengetahui bahawa sentiasa ada silver lining di belakangnya, insyaAllah itulah yang cuba dididik kepada mereka. It is not easy, but I will never stop trying, for their sake and for Allah’s sake.
Wasalam.
Respond to this comment [with empathy]
akmalia reply on November 13th, 2008 8:52 am:
Salam, saya tertarik dengan cara pendekatan puan Shiha. Ibu bapa kini perlu belajar psikologi dalam nak mendidik jiwa anak-anak dalam akhir zaman yang amat mencabar. Kena ada ilmu, maka kena mencari, dan membaca buku-buku yang berkaitan. Pendidikan yang diberikan kepada anak-anak ini adalah untuk mempersiap siagakan mereka untuk cabaran yang lebih hebat di zaman akan datang. Wallahu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalamualaikum…suatu artikel yang sesuai dibaca untuk insan-insan yang begelar ibu bapa dan bakal begelar ibu bapa,by the way ustaz,bile pula ustaz nak lontarkan fikrah-fikrah politik ustaz dalam ni,rindu pula rasanya..hehe,sebab saya suka baca fikrah ustaz tentang politik,sebab kadang kala ustaz tambahkan pemikiran-pemikiran pemikir barat bersama pemikiran ulama’ islam,lagi pun,bissarahah,saya memang tak berapa tahu buku-buku mereka,yang banyak dalam simpanan hanyalah buku-buku ulama’ silam kita,bukanlah berasa jemu dengan pemikiran ulama’ islam,cuma terus terang saya katakan kadang kala skop perbahasan mereka jauh terbuka dan menyeluruh,apa pun,saya puji usaha ustaz yang banyak menggalakkan usaha berfikir dengan bernas dan kritis serta usaha ustaz yang cuba meleraikan pegangan sebilangan ahli agama yang sedikit sensitif dengan pemikiran golongan pemikir barat,allahu yubarik fikum..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bila baca artikel Ustaz kali ini, perkara pertama yang yang terfikir oleh saya ialah kisah seorang ibu yang hendak menyuruh anaknya membaca Al-Quran tapi degil sedikit.
” Nanti, kalau abang tak pandai baca Quran…kalau mama dan papa mati, siapa nak bacakan Quran untuk mama dan papa? ”
Walaupun saya pasti persoalan itu diajukan dengan lembut sekali dan selepas itu anak itu pun terus membaca Al-Quran, tetapi bila saya baca artikel ustaz, saya yakin anak tersebut dalam perasaan yang sangat takut bila memikirkan tentang kematian mama dan papanya.
Saya belum lah berkahwin lagi, tetapi sentiasa terfikir apalah agaknya cara terbaik dalam mendidik anak-anak. Selalu duduk bersembang dengan ibu-ibu dan melihat mereka mendidik anak-anak mereka.
Artikel ini membantu satu lagi bab dalam hidup saya. Dulu pun, walaupun tidaklah diajar tentang ‘kematian’ ini, tetapi makin lama saya semakin sedar yang apa yang saya faham tentang ‘kematian’ dulu memberi tekanan pada saya. Jadi takut nak tinggalkan rumah, sebab risau… mama, ayah dan adik-adik.
Sepupu-sepupu saya yang masih kecil sekarang berhadapan dengan situasi yang agak kritikal tentang kematian.
PS : Perkara kedua yang yang saya teringat bila membaca artikel ini, satu kisah yang Ustaz ceritakan tentang pemergian Ustaz waktu belajar dahulu, soalan-soalan yang ditanya oleh abang Ustaz semasa Ustaz membuat keputusan untuk belajar di Jordan, tidak silap saya. Disebabkan mind set saya yang lama dahulu, agak sukar juga membuat keputusan untuk berjauhan dengan keluarga.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
BismIllah,
teringat dahulu ketika sekolah, didedahkan dengan perkara-perkara tahyul berkaitan mati dan hidup oleh rakan-rakan, seperti “Jikalau pensil kamu lebih pendek dari jari manis, mak kamu akan mati!” (tak pasal-pasal mak yang dapat bencana) atau “Kalau melukis gambar orang, perlu lukis sekali tanda ‘X’ di tengkuknya, supaya dia tidak menjelma menjadi benda hidup nanti!”
isk isk isk…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ust.
Maaf….
Bagi pendapat saya bukanlah tak boleh kita memperkatakan tentang mati dengan kanak2…
tapi perlulah kena cara dan kaedahnya…
Jangan pandang rendah kemampuan seorang kanak2… mereka sangat bijak dan kreatif….
jangan disamakan konsep kematian barat yang memang terpesong… apatah lagi meruuk kepada filem-filemnya….
Terkadang, kerna terlalu takut berbicara tentang mati dari kecil… sampai ke besar pun tau…kenapa?? mak bapak tak ajar… malah lebih mengharukan, mak bapak pun tak tau nak cerita apa….
Berdasarkan pengalaman diri sendiri…. Atuk ngan nenek selalu cerita kat saya apa yang berlaku selepas mati dan bagaimana kesukaan kita bila disyurga… kadang2 dulu saya takut nk amik benda orang sbb teingat cerita2 tu….
perlu diingatkan bahawa bila kita nak sampaikan kepada kanak2 kaedahnya kenalah tepat… Jangan kita menyampaikan kepada mereka “Dokumentari Kematian”… tapi “Berceritalah” kepada mereka tentang kematian…
Saya bersetuju dgn Ust yang topic kematian bukanlah subjek utama dalam mendidik kanak2…. tapi, walaubagaimanapun mereka tetap perlu didedahkan..
maaf.
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 7th, 2008 2:07 pm:
seluruh artikel ini adalah untuk menjelaskan cara bercakap tentang mati kepada kanak-kanak. please get the point.
filem itu tak ada apa salahnya. there is no such thing as kematian konsep barat dan konsep Islam apabila berdepan dengan kanak-kanak yang FITRAH. saya tidak faham dengan apa yang anda maksudkan sebagai konsep kematian barat itu.
jangan pandang rendah kepada kanak-kanak? kerana kanak-kanak itu bijaklah maka isu ini saya tulis. saya sedang menguruskan seorang kanak-kanak dengan bantuan psikiatri yang mana kanak-kanak itu ‘bercadang membunuh diri’ kerana idea mati yang dipelajarinya dalam kuliah Tauhid!
hati-hati membaca artikel ini!
Respond to this comment [with empathy]
Ummu Aniq reply on September 9th, 2008 12:41 am:
Setuju dengan Ustaz, kadang-kadang anak-anak ini salah menerima apa yang kita maksudkan dengan kematian. Ada seorang anak murid akak bertanya “Boleh tak saya doa biar saya cepat-cepat mati supaya tak lah banyak sangat dosa saya nanti?” Haru sungguh… Lain yang kita maksudkan lain yang mereka terima!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Si A bertemu kawan lama si B yg biasa bergurau senda, dan keluarlah ucapan “lama tak jumpa, ingatkan dah mati”. Si B sangat berang, maka keluarlah kata2 tak enak, menyebabkan A hairan, apasal si B tak macam dulu, ceria & tak kisah pun klu gurau2 malah lebih dari itu.
Rupa2nya A tak tau yg si B ada penyakit yg agak serious.
So memanglah perkataan ‘mati’ ni walau pun bagus kita mengingatinya supaya kita tak tersasar, tapi nak sebut pada seseorg kenalah bertempat.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Waktu sekolah rendah dulu (tak ingat darjah berapa) pernah cuba commit suicide sebab tak tahan dengan tekanan dalam rumah (pisau potong daging dah letak atas urat pergelangan tangan). Yang ’seronoknya’, saya maklum bahawa kanak2 mati akan masuk syurga. Tapi saya batalkan niat, sebab ‘bunuh diri tempatnya di neraka’.
Nasib baik tak keluar idea2 kreatif supaya ‘terbunuh’ tanpa ‘membunuh diri’. Adoish..
Moral of the story, jaga jiwa kanak2. Hassan Al Banna sentiasa pastikan anak2nya tak memendam rasa waktu mereka kanak2 (Buku Cinta Di Rumah Hassan Al Banna, menarik!). Walaupun kita anggap mereka kecil, tapi sebenarnya mereka sudah mampu berfikir apatah lagi berperasaan. Tambah lagi kanak2 ni kreatif teramat.
Benar kata Ust Hasrizal. Zikrul Maut pada kanak2 perlu bijak.
Respond to this comment [with empathy]
mawaddah reply on September 9th, 2008 2:29 pm:
saya pon pernah mcm tu mase kecik2 sbb tak tahan dgn ibu dan bapa yang garang..atau pon saya sendiri yg nakal..heheh..
tapi ingat pesanan ustaz,kalo bunuh diri masuk neraka..
astaghfirullah….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
konsep kematian barat?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on September 7th, 2008 2:04 pm:
was just about to ask the same
Respond to this comment [with empathy]
kamarul reply on September 8th, 2008 11:00 am:
saya kira saudara/saudari wan harus membaca semula artikel ustaz ini dengan berhati-hati dan teliti dan cari apa yang ustaz ingin sampaikan.
p/s: samada barat atau islam, masing2 pasti berasa sedih dengan kematian.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Memang benar di fikiran anak2 konsep kematian ini adalah sesuatu yang sukar digarap, apatah lagi dengan input yang pelbagai. Ironinya ada juga yang sudah dewasa yang masih gagal memahami konsep kematian sehingga menimbulkan fitnah kepada Islam, seolah2 Islam menggalakkan umatnya pesimis. Jadi perbuatan proaktifnya adalah membetulkan konsep kematian sejak dari kecil lagi.
“Nak ayah mati? Kalau ayah mati dan kamu tak pandai, kamu nak kerja apa? Siapa nak bagi kamu makan?”, ugut si bapa kepada anak, semata-mata kerana anak enggan mengulangkaji pelajaran.
Kenyataan ini kelihatan melampau tetapi dengan cabaran syurga duniawi di sana-sini akak terfikir juga sebegini. Cuma akak tidak menggunakan senario ini. Akak cuma kata kalau orang lain ada rumah besar kereta besar jangan menyesal. Dalam masa yang sama konsep kebahagiaan tidak terletak pada wang ringgit juga diterapkan.
Memang tak sudah2 idea nak mendidik anak2 nih.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
slm semua,
hanya nak berkongsi cerita
seigt sy, dari kecil, saya tak pernah di dedahkan dgn citer2 ttg kematian di rumah. cuma di kelas mengaji & sekolah – yg kebetulannya ustazah2nya tu agak garang & straight to the point.
yg saya cukup igt, as a result, especially bila bicara pasal kiamat, saya boleh menangis2 kerana takutkan kiamat & keadaan selepas mati – dlm kubur, soalan2 kubur etc. lirik nasyid ‘di pukul di palu sehari hari’…tu semua buat saya termenung sorg. takut.
cukup paranoid. cukup tertekan masa tu – tekanan hal2 kematian utk kanak2 umur 8-11 tahun saya kira cukup besar la masa tu.
tapi alhamdulillah saya rasa dlm stress2 sy masa kecik tu, ada jugak kesan baiknya bila dah tua ni iAllah.
selamat berpuasa utk semua
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Alhamdulillah…bukan kanak2 je terkesan kalo kite bercakap tentang kematian melalui cara yg dapat mereka terima..rasanye org da ‘tua bangka’ mcm sy pon still terkesan juga….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Great minds think alike! heh..gurau je, Ustaz. Sejak isu ini keluar di TV ana dah berpandangan macam ini dah, tak sesuai sangat isu kematian dihadapkan kepada kanak-kanak. Mungkin sebab dah baca artikel ini sebelum ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Kadangkala bila topik-topik berbentuk politik dan ekonomi dah menjadi kemarahan masyarakat maka perlu di ‘cool down’ dengan hal-hal begini. ‘Permainan’ tetap diteruskan. Kita kekal menjadi bidak-bidak percaturan.
Ini pandangan saya sahaja..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
hah kena baca tarbiyyatul awlad, baca dan digest. tapi tayangan video tu untuk sedarkan akibat tak solat kat budak darjah 1 n 2.
Kepada guru: guna model ADIE; Analyze student, Develop product (cthnya video or any alat bak iburkan kanak2 dan sampaikan mesej, Implement dan evaluate bahawa adakah mgunakan video sajak kematian memberi mesej bguna.
Perhatian untuk para guru, ibu bapa dan sesiapa yang bakal menyusul
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz,
saya kurang jelas ttg video yg ditayangkan utk kanak2 oleh issue oleh tv3 tuh, samada vidoe yg penah kami lihat ms kecik2 dulu ttg kematian.. mengikut pengalaman, sy lihat video ttg kematian di awal usia 5tahun..maaf,bukan video, tp teater sakartulmaut.. ia ditayangkan di pentas sekolah tpt ayah saya mengajar.. ape yg sy ingat, lepas tayangan tu ia sgt memberi kesan kpd saya in term of peringtan ttg kematian.. sy alhamdulillah takde kemurungan dsbgnya, mlah sy dpt positive side.. sy tidak tinggal solat kerana tkut azab Allah.. ibu bapa xpernah ugut ttg kematian, tp bile nk tinggalkan solat, dia akan ingatkan saya, “nk masuk neraka ke syurga?”.. teringat akan teater kematian tu, sdikit sbyk sy boleh membayangakn ttg kematian dan azab utk org2 yg jahat.. saya takut, tp in positive way.. mungkin hari ini cr penyampaian tu salah.. pling ptg, guru perlu titik beratkan pengajian dulu sblm menayangkn video tersebut..
maaf ustaz, tp sy xnmpk penyangan video ni boleh membuatkan anak2 cuba membunuh diri etc, jika ia di deliver dgn cara yg pling baik org guru.. bukan dgn ugutan ‘jika ibu bapa mati, jika cikgu mati’ dsbgnya..tp dgn cr perigtn ttg realiti kematian selepas kehidupan.. dan peringtan2 nasib utk org2 yg jahat..
tp sy kurang stuju bila ibu bapa menyaman pihak guru yg menayangkan video tersebut..
sekian pndapat saya..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
setuju. mungkin intepretasi setiap kanak-kanak berbeza. Tidak dinafikan juga ia banyak bergantung kepada persekitaran, ibubapa dan orang dewasa yang ada disekitar mereka.
Hidup yang kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga memungkinkan kanak-kanak membunuh diri. Dalam bab kematian begini, tiada perkara fakta yang boleh dijadikan punca. Asbab kematian itu banyak, dan faktor yang mengundang kepada kematian itu juga pelbagai.
Saya teringat dulu ada satu lagu “Selimut Putih” yang didengar di ruang radio pada ketika dulu. Sangat bagus. Tapi ada pihak yang berpendapat ia perlu dihentikan kerana menyebabkan orang yang mendengarnya kurang bersemangat untuk kerja dan sebagainya, maka lagu itu di “haram”kan, untuk satu ketika.
jadi bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan mesej mati kepada si kecil? Mereka ibarat kain putih dan mudah dibentuk. Para remaja ibarat kain putih yang disapu lilin pada permukaan, boleh diwarna tetapi kadang-kadang warna itu meresap pada permukaan. Maka pada masa kanak-kanak inilah waktu yang amat sesuai untuk kanak-kanak dibentuk persepsi mereka. Persolannya disini adalah “bagaimana”
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Assalamualaikum Ustaz
Saya setuju dengan pendapat ustaz yg kita perlu berhati2 dlm mendidik anak2 ttg kematian. Bagaimanapun persoalan saya kini bila kanak2 itu sendiri suka bercakap ttg kematian, apa harus kita buat? Apa jawapan yg perlu kita berikan? Saya dan keluarga pernah menghadapi kemalangan jalanraya, dan seorang dr anak saya yg berumur 7 tahun telah kembali ke rahmatullah. Beberapa bulan sebelum itu bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah kerana sakit jantung. Dua tahun selepas anak saya meninggal dunia, sepupunye juga telah kembali ke rahmatullah ketika berusia 9 tahun akibat demam panas. Sejak itu cerita kematian macam telah menjadi lumrah dalam kehidupan anak2 saya yg kini berumur 4 dan 6 tahun. Mereka selalu bercakap ttg kematian dan saya sentiasa selalu menyatakan kepada mereka yg kakak dan sepupu mereka kini berada disyurga, saya tak pasti sama ada tindakan saya betul atau salah…….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
benar…pendekatan yg memaksa dan mengugut hanya memburukkan keadaan…
sebagaiman pengalaman sy yg lalu…
kami mmg terkesan dgn video2 sebegini…
mgkin kerana dilingkari suasana islam dan tarbiyah dari guru,
menyebabkan kami berfikir…
ini adalah satu wacana yang mana dapat mendatangkan kesedaran…
sepatutnya ibu bapa membantu menjelaskan perkara tersebut(mengulas tindakan ibu bapa (tv3))…
bukan mengambil jalan untuk menyaman pihak yang terbabit…
sekadar pandangan…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam Ustaz,
Pertama sekali, terima kasih kerana terus istiqamah dalam memberi. Moga terus diberi kekuatan.
Ustaz dan sahabat-sahabat yang mulia, bukanlah saya hendak bersetuju dengan tindakan Ustazah tersebut, kewajaran tindakannya telah dijelaskan dengan cukup baik dalam artikel ini.
Cuma apa yang saya kesalkan adalah bagaimana SIKAP ibubapa tersebut terhadap pihak sekolah secara khusus ustazah tersebut. Mengapa terus membuat laporan polis, seolahnya satu jenayah telah dilakukan. Bukankah lebih baik jika dibawa berbincang dan diusulkan langkah-langkah penyelesaian yang lebih berhikmah. Cari situasi menang-menang dan bukannya kalah menang dalam isu ini. Bukankah itu yang terbaik.
Satu lagi perkara yang saya kesalkan adalah sikap terpilih TV3 terhadap perkara ini, laporannya berat untuk menyalahkan ustazah tersebut. Bagaimana pula dengan tayangan filem-filem seram dan lucah di TV3 dan di pawagam. Desperate Housewives dan siri Seram setiap khamis antara contoh. Bukankah mudaratnya lebih besar dan impaknya lebih maksima terhadap khalayak yang menontonnya.
Mari kita sama-sama hantar surat dan buat laporan polis pula terhadap siri kelucahan dan seram melampau yang disiarkan di TV3, apa pula justifikasi mereka nanti?
Allah Maha Mengetahui
Respond to this comment [with empathy]
izzah reply on November 12th, 2008 11:48 am:
saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara. itu juga yang saya fikirkan sejak keluarnya isu ini..rasanya lebih baik anak2 ini dihidangkan dengan cerita tentang balasan orang2 yang mengingkari suruhan ALLAH.balasan dari berbuat maksiat dan keburukan dimuka bumi..dari dibiarkan anak2 takut kerana menonton hantu yang bermuka buruk yang menakut2kan orang.rancangan di televisyen lagi merbahaya..kerana kanak2 yang berusia kurang dr 7 tahun pun dah tahu nak takut hantu..bukan takut ALLAH.
tetapi saya tak menafikan bahawa pilihan umur pelajar perlulah sesuai. saya rasa ianya sesuai untuk ditonton utk pelajar tahap 2 sekolah rendah..kerana pada waktu itu juga la Islam meletakkan hukuman rotan bagi yang tidak mahu bersolat.rotan dan bayangan akan siksa kubur akibat melanggar perintah Allah..saya rasa itu perfect match.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
apakah kita perlu escape dari menceritakan hal kematian pada kanak2?
Respond to this comment [with empathy]
Abu Saif reply on November 12th, 2008 11:09 am:
kalau boleh, janganlah tanya soalan yang seolah-olah saya tidak ada membuat apa-apa penjelasan di dalam artikel di atas.
kanak-kanak ada pelbagai usia. artikel ini merujuk kepada usia tertentu. mohon dirujuk
Respond to this comment [with empathy]
rulza reply on November 12th, 2008 11:14 am:
saya rasa tak prlu escape tapi perlu di critakan dengan baik…kalu kita cerita pasal kematian tanya balik apa yang dia faham dan betulkan jika ada kesalahfahaman….
yang penting guna bila perlu..takkan nak suruh anak buat kerja sekolah pun nak cakap pasal mati…..
minda anak2 sekarang kot..dulu mak saya selalu juga cerita anak2 kecil yang belum baligh akan masuk syurga kalau mati tapi takdalah perasaan nak buat benda pelik2….kenapa ya, boleh fikir sampai macam tu sekali….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
minda anak2 penuh ngan perasaan ingin tahu yang mencetus kreativiti yang pelbagai….
kadang2 kita cakap A tapi di bayangkan A + B + C….
bercakap tentang mati ni mengudang rasa insaf tapi kalau benda kecik2 pun asik cakap pasal mati macam pelik lak bunyiknya…..
di tambah lagi fikiran anak2 yang sempit tentang sesuatu perkara..takut lagi disalah tafsirkan walaupun niatnya baik…
kalau sakit cakap pasal mati, sikit2 mati, macam brputus asa pla…tak salah kalau ingat tapi jangan pula disebut2…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam, ana setuju tayangan video spt ini ditayang kepada semua peringkat umur2 especially yg lagi tua la, bdk2 skolah pon tak jadi mslh, yg penting khulasah atau ulasan selepas tayangan yg memandu kepada objektif ianya ditayangkan..wallahua’lam..lebih baik anak2 kita ingat mati, takut dosa dari slalu terdedah dgn benda lucah dan tahyul…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam,
Terpangil untuk meluahkan yang terbuku dihati.
Sikecil itu sangat ghairah sifat ingin tahu. Adalah menjadi kebiasaan jika si kecil menyoal perkara-perkara yang kadang-kadang mencabar pemikiran ibubapa untuk menjawab kembali persoalan. Si kecil itu amat sensitive tentang apa yang dilihat, didengar, disentuh, dirasa dan sebagainya. Apa yang diterimanya akan disimpulkan mengikut tahap pemikiranya. Maka, siapakah yang akan mencorak cara pemikiran si kecil ini.
Sudah tentu ibubapa memainkan peranan penting. Jika ibubapa mendidik sikecil dengan kaedah yang tidak sesuai. Kebarangkalian untuk si kecil berfikir seperti ini adalah tinggi.
“ Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk ”
Tetapi, jika pembelajaran Zikr al-Maut ini digarap, diolah, disesuaikan dengan tahap pemahaman si kecil, rasanya ia akan memberi kesan yang amat baik. Itulah besar mustahaknya “ KAEDAH ”. Agar setiap pembelajaran itu mempunyai objektif nilai baik pada akhirnya..
Namun, jika kita lihat pada realitinya, adakah pelajaran Zikr al-Maut ini yang hanya mungkin diterapkan disekolah/rumah dan mempunyai objektif yang jelas begitu sekali tidak dipersetujui oleh segelintir ibubapa. Ya, mereka mempunyai alasan tersendiri tetapi apakah bezanya pembelajaran Zikr al-Maut ini dengan pembelajran yang motifnya hanya untuk HIBURAN. Seperti, rancangan berunsur lucah, ganas, keruntuhan akhlak, unsur tahyul, tari menari, nyayian dan sebagainya.
Malah, pelajaran hiburan itu didedahkan kepada si kecil secara terus menerus tanpa kita sedar. Adakah ini seimbang. Adakah lebih bahaya pelajaran Zikr al-Maut ( malah boleh diolah secara berhemah ) berbanding pelajaran HIBURAN. Si kecil tetap menilai apa yang dilihat dan didengarnya. Tumpuan pembelajaran sikecil adalah pada sekitarnya. Realiti kehidupan ibubapanya bagaimana?
Jika segelintir ibubapa yang tidak bersetuju pelajaran Zikr al-Maut pada sikecil, maka perkara sama perlu mereka lakukan pada pelajaran HIBURAN. Pada realitinya kecenderungan si kecil adalah tinggi pada rancangan seperti ‘ Power Ranjer, Kartun, Superman, Batman ’. Bunuh membunuh tetap ada. Apakah alasan kita sebagai ibubapa untuk membenarkan mereka melihat rancangan itu berbanding pelajaran Zikr al-Maut.
Bagi saya, berdasarkan reality sebenarnya kehidupan zaman ini adalah wajar pelajaran Zikr al-Maut (Kaedah Berhikmah) diserapkan kepada sikecil agar apabila mereka meningkat dewasa ia lebih mematangkan lagi sikecil. Tahu kebaikan dan keburukan. Dan sebagai ibubapa seharusnya kita bersikap lebih memahami apa pentingnya setiap perkara yang dilakukan untuk mendidik anak-anak. Moga kita mencapai objektif sebenar. InsyaAllah.
p/s: adalah pandangan saya semata-mata dan percambahan pemikiran sahabat sekalian
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
peliklah. Kalau 100 kanak-kanak bertambah insaf tapi ada seorang yang jadi masalah, adakah dengan penayangan video itu jadi tak betul.
sebagai contoh, saya tak salahkan ustzah anak saya yang mengatakan dalam tandas ada syaitan. memang akibatnya anak saya yang sudah 10 tahun (nak masuk 11 dah pun) jadi takut ke tandas. Tapi adakah itu pun tidak betul.
Keadaan terbalik jika hanya ada 1 saja kanak-kanak insaf dan 100 yang lain jadi kepala tak betul. Itu baru zalim namanya.
Pokok pangkal, golongan ustaz dan ustazah itu lagi dekat jiwa mereka dengan kanak-kanak. Mereka mungkin lebih tahu apa yang anakmurid itu perlukan. Saya rasa gembira bila anak-anak saya takut buat jahat bila terbayangkan mati yang cukup mengerikan. Terima kasih kepada guru-guru mereka.
Perkara ini soal hati. Lillahi taala. Kalau geguru tu ikhlas in sya Allah anak murid jadi baik. Itu sebab jangan disalahkan anak murid kalau yang mengajar itu sendiri pun tak ikhlas.
Tapi sebaik-baiknya biarlah video itu ditayangkan selepas umur UPSR.
Kena beri sokongan atas usaha yang baik. Janganlah kita nampak usaha kita sahaja yang baik. bila ada orang lain berushaa untuk kebaikan, tetapi kurang menjadi, kemain lagi kita kutuk-kutuk dan persalahkan. Sepatutnya kita bantu dan sokong dan syorkan cara yang lebih baik.
Bagi saya, mengajar anak-anak takut Tuhan lebih baik sedari kecik. memang boleh menangis bila terdengar anak-anak berbual memperingatkan diri mereka satu sama lain supaya jangan buat nakal sebab Allah nampak, Dan boleh dihukum tiba-tiba.
Wallahu a’lam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
saya berpendapat poin artikel ini bukanlah untuk menegah ibubapa/guru-guru bercerita soal kematian kepada kanak-kanak. tetapi lebih kepada cara penyampaiannya. biarlah ianya sesuai mengikut tahap dan kefaham umur kanak-kanak tersebut.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Terima kasih kamaruladli kerana ‘memahami’ artikel ini. nampaknya ramai yang mencampur adukkan banyak benda dalam artikel ini.
penegasan saya ialah tentang zikrul maut kepada kanak-kanak pra sekolah umur tadika ke awal sekolah rendah seperti darjah 1 dan 2 tu. amatlah berbeza ceritanya, kalau murid-murid yang dimaksudkan ialah murid darjah 4, 5 atau 6.
frust jugak, tulis panjang-panjang, bold sana bold sini, supaya jangan salah baca, tapi masih terbabas dalam memahami apa yang cuba saya sampaikan di sini.
keduanya, kalau kita kata “lebih baik bagi depa belajar bab mati, daripada tengok video lucah dan hiburan”, seolah-olah kita kata, “lebih kita kita besit anak-anak ni dengan tali pinggang, daripada mereka mencarut dan berdating”. Nampak tak di mana peliknya?
Mengapa kita terus menggunakan kaedah tarhib paling ekstrim dalam keadaan budak tu belum berdosa pun lagi? umur 7 tahun, rasulullah saw suruh ajar solat, bukan suruh ancam dengan kematian. umur 10 baru pukul, maknanya selepas 3 tahun baru berpindah dari taalim dan targhib kepada tarhib dan ta’dib. ni baru melangkah ke sekolah terus bagi bab mati, macam orang pening sikit terus bagi pain killers paling power morfin.
Kalau lepas ajar bab mati budak masih nakal, nak guna apa pulak? bagi mati bebudak tu? simpan-simpan le dulu. budak baru nak belajar seronok pergi sekolah.
Again, artikel ni tentang budak tadika dan darjah satu dua, bukan darjah 6 yang dah belajar merokok dalam jamban sekolah
Respond to this comment [with empathy]
siam reply on November 12th, 2008 8:45 pm:
salam ustaz,
Kita sedia maklum apa objektif artikel ini, semunya adalah bekisar tentang ‘kaedah, cara penyampaian yang berhemah’. Jelas disitu, tetapi kita sebagai manusia yang mempunyai sedikit ilmu ini adalah berbeza juga cara pemahamannya. Wajar tak wajar adalah atas pemahaman pembaca itu sendiri. Berbeza pendapat itu normal. Kita haruslah anggap ruangan komen ini adalah percambahan pendapat pembaca dan berlapang dada dengan idea yang dilontarkan. Ini juga memerlukan ‘kaedah dan berhikmah’.
Moga kita semua memahami maksud sebenar dan berlapang dada. Itu lebih baik bagi hemat saya.
Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah, Amin.
Respond to this comment [with empathy]
thiflah reply on November 13th, 2008 8:14 pm:
Memang tak sesuai..
Adik2 TINGKATAN 2 di sebuah sekolah demam selepas ditayangkan video ‘ala’ kematian di kem motivasi (dengan suasana hutan).
Tingkatan2 yang da baligh pun sampai demam2, inikan pula budak2 kecil yang faham ye atau tidak, salah atau betul.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Bab mak bapak saman ustazah tu, saya sikit pun tak sentuh mengenainya, kerana itu topik lain.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
memang bukan mudah nak mendidik dan mengasuh anak2 skrg ni. tapi yg paling penting, mendidik tu kena sesuai dgn tahap umur lah. bagi saya kalau umur 4-8thn tu biarlah kita bagi dia kenal dgn ALlah dulu….cerita ttg Rasul dan Nabi-nabi. Kematian tu suatu topik yg agak berat buat tahap usia yg begitu. Cukup sekadar kita mendidik dgn mengatakan…perbuatan baik dibalas baik, kalau buat jahat nanti masuk neraka. Bab-bab yg agak berat ttg sakaratul maut, padang mahsyar dan lain2 tu kurang sesuai utk usia kanak2 yg baru bersekolah.
Mendidik itu perlu berhikmah…wallahu’alam.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pelbagai pro dan kontra..sesuai pada satu keadaan..namun mudharat dalam pelbagai keadaan
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
aku harap kerajaan berentikanlah cerita2 hantu yang berlambak kat TV3 tu dulu?? Macam2 cerita hantu dah keluar… dari pontianak sampailah ke pocong..
Aku rasa benda tu lagik besar kesannya.. dan lebih buruk kesan yang tak elok.. takut kepada benda yang perlu ditentang.. dan macam2 lagik.. kaitkan malam jumaat dengan hantu la… ceh!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
walaubagaimanapun.. agak tidak wajar bagi pembuat video menvisualkan azab kubur… kerana itu termasuk dalam pekara2 ghaib.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
terima kasih Abu Saif,kini saya mengerti apa yang Abu Saif katakan.Terima Kasih sekali lagi.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
dalam kita dok risau macam mana anak-anak menterjemahkan hal kematian ni saya rasa kita patut jugak risau dngan lambakan crita2 seram yang di tayang kat tv sekarang.rasa sama seram ja impak dia ngan video kematian tu…
..takut-takut anak-anak kita lebih takut hantu daripada takut pada tuhan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Pada dasarnya sy setuju dengan pendedahan kepada kanak2 tentang video tersebut,kerana pada zaman sekarang ni,kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang sukar ditelah dan dijangkakan cabarannya.Justeru ,disini,peranan ibu bapa tu sebenarnya lagi penting utk memandu pemikiran anak-anak supaya segala kesan negatif yang menyerang sebilangan kanak-kanak dapat dineutralkan dan diseimbangkan.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam…
komen sy sblum ini seakan tidak bersetuju dengan artikel di atas…
tapi…alhamdulillah…
dalam kelas CCT(creativeand critical thinking) hari ini,kami di ajar tentang fallacy….yang mana penjelasannya menjelaskan satu kesalahan tidak mampu diubah dengan satu lagi kesalahan….dalam kes ini,anak-anak peringkat tadika dan ke bawah tidak sepatutnya ditakutkan dengan kematian atas alasan mereka tidak sembahyang…tambahan pula pada peringkat umur mereka,belum diwajibkan untuk solat,tetapi bukanlah bermakna proses pentarbiyahan mereka perlu dihentikan…mentarbiyyah tidak semudah berdakwah…dan pemaksaan bukanlah jalan terbaik walau untuk niat yang baik…sekadar pandangan….
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
setuju dengan komen AKU #33. azab kubur ni hal ghaib dan tak patutla divisualkan. keadaan ini boleh membawa kepada khurafat. mendidik kalau tak kena gaya lain jadinya.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Orang yang selalu mengingati mati adalah orang yang paling bijak. Namun untuk menceritakan sakaratul maut kepada kanak-kanak yang belum lagi mengenal dunia amatlah tidak sesuai.
Sepatutnya ibu bapa memperkenalkan Allah, Rasul, Malaikat dan Al-Quran dahulu kepada mereka. Jika ibu selalu membebel, “Kalau mak tiada nanti, siapa yang nak masak, siapa yang nak basuh baju, siapa yang nak jaga kamu???” Si anak yang baligh akan mengerti bahawa ibunya risau akan kehidupan mereka jika ibunya tiada nanti. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak yang baru menjangkau umur 4 tahun? Bagaimanakah reaksi dia? Mungkin akan menangis teresak-esak kerana menyangka ibunya mahu meninggalkan dia.
Wallahu’alam
Respond to this comment [with empathy]
about 8 months ago
assalamualaikum wbt,
ustz, a nk cadangkan agar ustz me limit kan bilangan patah perkataan dlm setiap posting. even if it requires further explanation, i propose dat it is presented in few chapters…
however it depends on ur mad’eu background.. a kurang pasti penulisan ustz melalui blog difokuskan pd readers of what range of age. kindly post some poll to do survey in ur site then? what says u..
knowing most of ur readers umur brp, status kerja/student perhaps might help u more in ur… gaya penulisan perhaps…
wallahua’lam
Respond to this comment [with empathy]
about 2 months ago
Ustaz…
kebetulan anak saya sedang trauma sekarang…saya kongsikan di blog http://ummuasiah2001.blogspot.com/2009/11/ummi-ampunkan-dosa-dosa-asiah-tak-ummi.html
Lewat ptg tadi hampir magrib langit mendung dan awan nampak berat..dia jadi amat takut sambil memandang ke langit..dia sembunyikan mukanya…dia hilang selera makan dan minum, asek sebut nak muntah tapi tak muntah…risau saya dibuatnya…
Respond to this comment [with empathy]