Kesungguhan Tanpa Tuhan dan Akhirat?

On 07/09/2008, in Diari Kembara - Jepun, Majalah SOLUSI, by Abu Saif | 6,446 views | Print Print | Email Email |

“Tengok tu ustaz!”, kata Irfan kepada saya.

“Tengok apa?”, saya kurang pasti.

“Itu, orang tua tu”, jelas beliau.

Saya tersenyum. Pemandangan itu pemandangan yang biasa khabarnya di Jepun.

Seorang perempuan tua yang sudah bongkok tiga sedang membelek-belek topi berfesyen yang tergantung untuk jualan di sebuah pasaraya. Saya kurang pasti bagaimana mahu menafsirkannya. Orang tua itu sudah bongkok hampir 90° tetapi masih merayau-rayau di tengah kota Tokyo. Bukan sahaja masih gagah berjalan, malah kepingin pula mencuba fesyen terkini!

Tengah hari itu, saya berhasrat untuk membeli Jinbei, iaitu pakaian tradisional Jepun yang lazimnya dipakai oleh lelaki atau perempuan secara kasual di rumah. Susah sekali untuk membeli pakaian saiz saya di Jepun kerana saiz saya lebih selesa dicari di negara Eropah!

Di Jepun segala-galanya terasa kecil untuk saya. Dari selipar hinggalah ke tandas dan bilik mandi. No place like home!

“Orang tua di sini memang macam itu ustaz. Walaupun dah bongkok sabut atau bongkok udang, mereka tak duduk di rumah. Masih merayau ke sana sini”, tambah Lokman.

“Kalau di Malaysia pun, selalunya kita tengok kaum Cina yang begitu. Mereka sedaya upaya keluar dari rumah, ke pasar, berTaiChi dengan kawan-kawan. Tetapi ana rasa ini pemandangan biasa yang lebih ketara di negara maju. Bukan apa, apabila sistem kesihatan untuk rakyatnya bagus dan geriatric medicine berkembang baik, maka jangka hayat rakyatnya pun panjang”, saya memberikan komen.

“Walaupun makan babi!”, tambahan ayat saya.

Kami ketawa.

SYARIATULLAH VS SUNNATULLAH

Terkenang kembali pengisian di dalam Summer Camp 2008 yang baru berakhir. Saya mempersoalkan hujah yang popular berkaitan dengan larangan memakan daging babi di dalam Islam semata-mata berpunca dari aspek kesihatan. Masalahnya di Jepun, orang yang makan babi dari kecil sampai ke tua hidup hingga 70 ke 80 tahun. Manakala yang makan makanan Halal (siap ada cop JAKIM lagi), usia 50 tahun sudah mati terkena stroke!

Itulah idea Syariatullah dan Sunnatullah.

Kita makan yang HALALAN tetapi kita tidak menjaga aspek TAYYIBAN. Keberkatan makanan ialah pada sembelihannya dilakukan oleh ‘Imam Besar’ (kriteria Syariatullah) tetapi tidak pada kepatuhan kriteria hukum Sains Pemakanan yang menjadi asas TAYYIBAN (kriteria Sunnatullah).

“Apabila ramai orang tua, tentu bebanan ke atas kerajaan pun tinggi. Jumlah mereka yang hidup sebagai pesara lebih lama daripada hidup sebagai pekerja, tentu sahaja begitu ramai. Letih kerajaan menanggung pencen!”, saya sekadar melontar idea tersebut.

“Betul, ustaz. Benda ini memang diperbahaskan oleh kerajaan Jepun. Mereka amat khuatir dengan isu berkenaan. Tambahan pula jumlah orang muda yang merosot, malah kanak-kanaknya juga sangat sedikit”, kata Jimi yang menuntut jurusan Ekonomi di Universiti Yokohama.

“Di tempat ana, ada tiga sekolah yang terpaksa digabungkan menjadi satu kerana kekurangan murid-murid”, tambah Lokman yang menuntut di Sendai.

Ya, saya suka dengan diskusi sebegini. Kecenderungan yang ekstrim di negara-negara maju sudah menonjolkan kesan yang di negara membangun masih berada di tahap andaian.

Maksud saya, di negara kita Malaysia, mungkin tiada siapa peduli dengan trend tidak mahu beranak ramai, atau tidak mahu anak di kalangan orang urban.

“Negara bebas, beb. Suka hati aku laaa!”, itu bahasa orang yang ‘rabun jauh’.

Tetapi di negara-negara seperti Jepun, kecenderungan-kecenderungan yang menyalahi Sunnatullah sudah pun menunjukkan kesan yang membimbangkan. Saya akui selama seminggu di Jepun, saya dapat menangkap pemandangan bahawa Jepun kekurangan kanak-kanak.

Ramai yang hidup secara individualistik, tidak mahu berkahwin, malah bagi yang berkahwin hanya beranak seorang dua atas faktor yang pelbagai. Itu belum lagi diambil kira golongan self-centered gay dan lesbian. Perhubungan mereka amat berteraskan self-centered dan tidak menyumbang kepada SINERGI yang mengembangkan kehidupan manusia.

DETERMINATION: KESSHIN

“Tapi, ana kagum dengan kesungguhan orang-orang tua di Jepun ini untuk hidup. Mereka hidup selagi boleh!”, entah mengapa saya terfikirkan hal ini.

“Sebab itulah dah tua-tua pun masih bergaya”, ujar Zul yang diam mendengar semenjak tadi.

“Apabila mereka tidak memikirkan soal hidup selepas mati, mereka hidup bersungguh-sungguh dan menggunakan setiap peluang yang ada”, tambah Lokman.

Sungguh menghairankan manusia ini.

TUHAN DAN AKHIRAT

“Apabila mereka mengimani Akhirat, mereka tidak bersungguh-sungguh memakmurkan Dunia. Apabila mereka mengimani Tuhan, mereka tidak bersungguh-sungguh berbuat baik kepada manusia”, saya keliru.

“Berat tu ustaz”, komen Jimi.

“Memang berat. Ana teringat kepada keluhan aktivis-aktivis organisasi kemanusiaan kita di Malaysia. Mereka bercerita tentang betapa susahnya mereka hendak mendapatkan derma dari orang ramai. Orang kita bila banyak duit, mereka suka mencari pahala dengan hablun minallah. Pergi umrah berkali-kali, haji berkali-kali. Tidak suka mencari pahala yang lebih dengan hablun minannaas“, saya menambah.

Memang begitu realitinya. Hingga ditegur oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengenainya.

Kita terlupa bahawa jika orientasinya adalah pahala dan keredhaan Allah (IKHLAS), maka manusia yang paling baik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Carilah redha Allah dengan membantu hamba-hamba-Nya. Itu lebih bermakna. Allah suka, manusia pun dapat manfaatnya.

Sama juga dengan soal Akhirat.

KESEIMBANGAN

Sepatutnya, jika seseorang itu dapat menghayati betapa hopeless kehidupan di Akhirat tanpa secukup bekal dari amalan di dunia, maka seseorang itu akan lebih menghargai kehidupan Duniawi berbanding orang Jepun. Dia sedar, untuk pulang sebagai HAMBA Allah yang diredhai di SANA, dia harus sepenuhnya berperanan sebagai KHALIFAH Allah di SINI.

Hidup untuk dunia seakan-akan hidup selamanya, hidup untuk Akhirat seakan-akan mati esok harinya! Tidakkah itu motivasi Islam untuk kita bersungguh-sungguh memakmurkan dunia?

Malang sekali jika dunia ini dipimpin oleh orang yang menolak Akhirat kerana dia akan berkrisis nilai.

Malang sekali jika manusia dibantu oleh manusia yang menolak Tuhan, kerana dia akan berkrisis nilai.

Mereka ketiadaan TUJUAN.

Tetapi apalah pula nilainya, manusia yang mengimani Akhirat dengan mengabaikan Dunia, mengimani Allah tetapi mengabaikan manusia.

MUSLIM dan ISLAM, sekali lagi menjadi persoalannya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Beragama Tanpa Tuhan Gambar hiasan “Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”,...
  2. Memaknakan Dunia Dengan Akhirat REDA….Norazian Bistaman menyiram kubur Nurin Jazlin sambil diperhatikan oleh Jazimin...
  3. Nihonjinron: Secebis Nilai Islam Tanpa Muslim “Masih banyak sawah padi di Jepun ini ya”, saya menyambung...
  4. Perlukah Manusia Kepada Tuhan? “Kalau kamu setuju bahawa kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini,...
  5. Antara Tuhan dan Hantu! “Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam...

 

45 Responses to “Kesungguhan Tanpa Tuhan dan Akhirat?”

  1. Jerung Sakti says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Isu yang bagus untuk diperbincangkan disini. Ianya sekali lagi berkisar diantara ISLAM dan MUSLIM. Mengapa masih wujud dikotomi diantara keduanya? Mungkin kerana senget imbangan diantara syariatullah dengan sunnatullah, sepertimana kiri sahaja akan mereng tanpa ada kanan yang melengkapkannya.

    Jika ustaz memperkatakan seolah ada dikotomi diantara ISLAM dan MUSLIM, saya berpendapat ianya agak selari dengan pandangan Raja Petra Kamarudin yang mencetuskan idea bahawa MUSLIM pada hari ini adalah musuh kepada ISLAM (Yang membezakan antara ustaz dan RPK ialah ustaz lebih beradab dan rasional dalam melontar penghujahan).

    Saya tidaklah bersetuju 100% dengan idea beliau, memandangkan ianya dilontar secara emosi dan berdasarkan observasi peribadi beliau, tetapi apa yang saya kesalkan ialah beliau menulis dalam keadaan yang menarik rambut dari tepung sehingga habis berselerakan.

    Apa yang pasti, usaha menyatukan kembali antara ISLAM dan MUSLIM adalah proses yang berterusan. Minda masyarakat perlu diusahakan suatu perubahan, sebelum kualiti hidup dapat diangkat menepati ciri MUKMIN.

    Terima kasih atas pencerahan. Saya akan cuba memikirkan tindakan seterusnya untuk mencerahkan my circle of influence.

    Salam perjuangan

  2. nanar says:

    Salam ustaz…

    Jimi tu, x-mrsm pasir tumboh ke dulu….

  3. akh due says:

    salam ust.terima kasih penerangan kali ini..banyak yang perlu diterangkan dan dibincangkan lagi pasal ni..harap dapat terus bersama dalam kupasan ust tentang ISLAM DAN MUSLIM pada masa2 akan dtg..

  4. Mr Huhu says:

    slm,
    bile komuniti jadi terlalu self-centered, masyarakat akan hidup dlm kebimbangan, semua org xleh nk percaye. nk amik gamba budak kecik kat hari sukan sekolah pon xleh, takut2 child pornografi/pedofilia

    mcm kat oz nih.. haih

  5. Abu Sarah says:

    Just want to share :-

    Cuba google ni :-

    ‘The Arabs: A Japanese Point of View,’ by Japanese researcher Nobuaki Notohara.

    Secara amnya mereka pandang rendah orang Islam. Pada pandangan mereka pencapaian technology dan ekonomi kita sangat rendah berbanding dengan bangsa2 lain di dunia. Jepun angkuh dengan kejayaan mereka yang tak seberapa tu… Itu lah mereka fikir kalaulah Islam itu bagus sangat tapi kenapa negara Islam semua pun mundur dan tidak maju seperti mereka? Sampai bila la nak tunggu orang jepun mula menerima Islam seperti orang2 eropah.

    • Abu Saif says:

      sulit sekali.

      terutamanya kerana buku itu ditulis secara phenomenology yang mana banyak point kita tiada pilihan kecuali mengiyakannya.

      • SangPelangi says:

        Sebab itu saya bimbang nak baca mana-mana buku Barat dengan sesuka hati. Biasanya saya akan baca dulu review dari sahabat-sahabat atau dari ustaz.

        p/s: sebenarnya baru pertama kali dengar perkataan itu.
        Phenomenology : A philosophical doctrine proposed by Edmund Husserl based on the study of human experience in which considerations of objective reality are not taken into account

        • munirah hishamshah says:

          bg sy mungkin perkara macam ni yang menyebabkan ada orang and even muslims terasa macam sukar nak meyakini idea seperti yang dibawakan sheikh yusuf qardhawi:(rujuk artikel ustadz ‘baca dgn mata hati’)

          ‘saya mestilah meyakini bahawa masa depan yang gemilang adalah milik islam’

          sbb tu sy pun setuju bhw kita kena hati2 bila baca buku dr non-muslim, takut menyimpang dr akidah..especially bila terlalu banyak phenomynology y kene di’iya’ kan…

          sbb, mcm y ustadz dah terangkan kat PUISI 07 hari tuu…an idea as ‘vague’ as meyakini masa depan gemilang adalah untuk islam tu needs us to trust in

          ‘believing is seeing’

          rather than

          ‘seeing is believing’
          (kesimpulan saya)

          sbb mmg hakikatnya kalau orang minta contoh ttg bagaimana islam menggemilangkan dunia, kita hanya boleh bagi kisah yg berada dalam lipatan sejarah….sedangkan masyarakat sekarang begitu jauh dgn menghargai sejarah…

          hmm..y penting baca, lihat dan tafsir dgn mata hati seorang muslim, insyaAllah…

  6. Ucu Lina says:

    Salam,

    Kagum bila melihat nenek yang berusia 80 tahun , masih gagah & kuat bertarawih di masjid. Subhanallah…Orang mudah camner?

  7. norhasmah says:

    …Kita terlupa bahawa jika orientasinya adalah pahala dan keredhaan Allah (IKHLAS), maka manusia yang paling baik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Carilah redha Allah dengan membantu hamba-hamba-Nya. Itu lebih bermakna. Allah suka, manusia pun dapat manfaatnya…

    Saya nak mengajak kepada yang mencari pahala yang lebih dengan hablun minannaas terutama di bulan Ramadhan ini…
    menderma lah kepada saudara baru kita dengan memberi sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre – Pusat Sokongan Saudara Baru.. “Saudara Baru Saudara Kita”… JOM JADI RAKYAT YANG PRIHATIN…

    untuk maklumat lanjut http://ummiroses.blogspot.com

  8. rulza says:

    Dulu saya pernah tanya mak …

    ” Mak kenapa kita tengok org kafir ni selalunya semua pandai..kaya-kaya..tapi depa lansung tak ikut allah..depa buat maksiat yang allah larang tapi diaorang berjaya”

    Mak saya jawab begini…

    “MEreka hanya ada dunia tetapi tidak ada AKhirat”

    Saya tanya Kenapa….

    ” Allah sengaja beri mereka kesenangan dunia sebab jika mereka terus Kafir mereka akan dibalas neraka..Baguslah kita tak terlalu pandai dan tidak terlalu kaya, takut2 kita lupa dunia..Allah tak bagi semua didunia sebab kita sebagai muslim ada balasan di akhirat..jadi jangan kecewa kalau gagal..kalau allah tak beri sekarang insyaallah balasannya di syurga..”

    • Abu Saif says:

      Saya tidak salahkan emak Rulza yang menjawab begitu kerana hampir kesemua ibu bapa akan menjawab demikian.

      Tetapi saya menyediakan jawapan yang berbeza..

      “orang kafir pandai, kaya raya sebab mereka berusaha bersungguh-sungguh. Allah kata, siapa berusaha dia berjaya. tapi Allah tak sayang orang kaya. Allah sayang orang yang baik. kalau nak Allah sayang, kena baik. Kalau nak Allah lagi sayang, kena baik dan kaya supaya boleh tolong orang lain pula”.

      Ia memerlukan anjakan paradigma.

      Nak cemerlang Akhirat, kena cemerlang Dunia. Sebab Dunia ladang Akhirat.

  9. rulza says:

    masa saya tanya mak,masa tu saya compare dengan pelajar cina di kelas saya. agak keliru juga..betul mereka sangat bersungguh , sangat rajin dan berusaha..tapi mereka tetap buat apa yang allah larang walaupun hakikatnya mereka bukanlah menyembah allah….mereka minum arak, berjudi dan seks sebelum kahwin….

    kebetulan masa tu saya gagal satu subjek walaupun saya rasa saya dah puas berusaha…subjek kejuruteraan tersebut betul2 saya tidak dapat ikut walaupun dikelas…macam macam cara saya belajar tapi saya gagal…

    jadi bagi saya betul juga apa yang mak cakap..mungkin dari VALUE PERMIKIRAN mak begitu…Ketika itu saya rasa ada semangat supaya saya tak berputus asa dengan doa dan rahmat serta hikmah yang allah nak bagi..jadi saya akan berusaha supaya terus belajar dan jangan lupa minta pada allah..yang selebihnya allah yang bagi….kalau tak dpat mungkin ada cela saya..atau mungkin allah nak bagi len kali….:)

  10. rulza says:

    betul juga cakap ustaz..mungkin masa saya gagal tu, usaha saya mungkin tak cukup untuk beri kejayaan pada saya…dan mungkin doa nya pun tak cukup untuk saya berjaya…pendek kata semuanya belum cukup saya usahakan agar saya berjaya…:)

  11. Nafisah says:

    Salam…tersenyum saya baca cite rulza..InsyaAllah, kejayaan pasti akan tercapai jugak, be optimist :) btw, waktu kecik2 camtu, saya pun sama jugak..Kalo baca cite muslim di macam-macam negara, hati ni membara sangat, mungkin hati ni masih bersih, belum terkontaminasi, n spirit belajarnya sgt tinggi, alhamdulillah, Allah membantu hambaNya ini..Ditambah belajar di sekolah Islam, observasi di sekitar bahawa orang-orang Islam sering dipandang rendah (its true, even in our country), makin pulun belajar untuk buktikan org Islam tak boleh dipandang lemah. Pernah satu ketika, pi kedai fotostat, fotostat result, Cina yang fotostat komen, hebat jugak org Melayu ye, setelah melihat huruf alphabet pertama tersusun lurus di result tu..Tapi, semakin masa berlalu, umur bertambah, hati n minda tercontaminated, roh n spirit makin memudar…Saya hanya mampu bersemangat bila dah pergi usrah. If tak, kalo before exam, saya tak sempat pi, saya boleh agak dah outcome result saya yg semestinya tak sgt memuaskan…Yang penting biarlah, dimana pun kita, Allah sentiasa di hati kita…Wallahua’lam. Selamat Berbuka Ustaz n family, n seluruh muslimin…Barakallahu’alaikum…

  12. seri says:

    Assalamualaikum ustaz..
    Saya stuju dgn penyataan ustaz ttg sikap org2 di negara kita ni yg suka mencari pahal hanya melalui hablumminallah..pi haji berkali2..pi umrah setiap tahun…tapi anak2 sedara ada yang brenti skolah/mngaji sebab tak cukup duit. saya pikir masalah ni timbul bila kita lihat ibadah tu dari sudut yg tersenarai dalam rukun islam je. ramai yg bangga berulang-alik berpuasa di Makkah setiap tahun, tapi tak celik2 jugak hati nak bersedeqah sesama saudara untuk meringankan bebanan hidup. masih ramai ummat islam tak paham konsep ibadah dalam konteks yg lebih luas..
    Wallahua’alam..
    p/s : ustaz,saya nak tanya..adakah malas berfikir itu satu kekufuran?

  13. shirwansany says:

    terima kasih atas penulisan yang sangat bemakna ini.

  14. belasungkawa says:

    Pergi umrah berkali-kali, haji berkali-kali. Tidak suka mencari pahala yang lebih dengan hablun minannaas“, saya menambah.

    Memang begitu realitinya. Hingga ditegur oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengenainya.

    Maaf saya tak faham ayat di atas, perkara apa yang ditegur oleh Sheikh Yusuf dan apa tegurannya?

    • Abu Saif says:

      Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menegur amalan orang Islam yang suka buat Haji dan Umrah berulang-ulang kali sedangkan masih ramai umat Islam yang miskin, kelaparan dan memerlukan bantuan kewangan. Itu lebih utama di sisi Allah SWT untuk dilaksanakan.

      Boleh baca di http://www.islamicvoice.com/november.99/news.htm

      • belasungkawa says:

        Terima kasih, tapi saya masih blur tentang susunan perkara yang perlu diutamakan.

        Sheikh Qaradhawi said a supererogatory performance cannot take the place of what is mandatory, and what is absolutely mandatory on each individual cannot be equated with what is mandatory only if some individuals carry it out. He said: “By the same token, what is necessary should take precedence over what is not.”

        Contoh: Bulan Ramadan digalakkan bersedekah, tapi beri makan kepada jemaah surau (misalnya) atau beri kepada keluarga dulu? Bagaimana pula jika orang itu berhutang (pinjaman pelajaran JPA), lunaskan hutang dahulu kah, atau utamakan sedekah dahulu?

        Maaf ya ustaz, bab ni paling saya banyak keliru..jangan marah ya ustaz, bulan ramadan kena banyak bersabar =p

  15. Kak Ija says:

    Ini adalah artikel yang mengasah gergaji akal fikiran dan perlu dibaca dengan mata hati. Jadi tidak menghairankan komennya tidak sampai 20 orang setelah disiarkan lebih 30 jam. View tu macam hampir 1,600 tapi akak pun view berkali2 artikel berat nih.

    Dulu akak pernah juga bincang soal syariatullah dan sunnatullah ni dengan bapa akak, tapi dia nasihatkan jangan mempersoalkan qada dan qadar Allah. Beza zaman kami melebihi 30 tahun, zaman dia zaman tidak boleh makan “batang keladi”.

    Tapi dari segi praktikalnya akak teruk kena “dera” dengan bapa akak. Kalau tak nombor 1 dalam periksa jenuh kena “drill”. Maknanya dia percaya tapi tak sanggup menyebutnya dengan kata2.

    Isu hablumminallah vs hablumminannas ni pula akak bincang dengan suami. Topiknya adalah kecenderungan jiran2 dan sahabat2 melakukan kenduri arwah sebelum Ramadan. Akak kata kan lebih baik duit tu disedekahkan kepada Palestin. Kenduri ni kalau kat Klang Valley mencecah RM1k ++.

    Dia jawab buat dua-dua, kenduri buat, sedekah pun buat. Akak cakap dalam hati, kalau tak dijamu orang2 berada ni kan lagi berganda. Cakap dalam hati je sebab “not worth mentioning”. Bukan senang nak ubah mentaliti kenduri arwah ni.

    Soalan artikel ni memang power sebab akak pun mencari2 jawabannya untuk diri akak. Sebagai seorang yang meyakini Allah dan Hari Akhirat rasanya akak belum “live life to the fullest”. Ummu Saif nasihatkan akak bersyukur dengan tahap iman masing2. Lebih kurang macam tu lah statementnya.

    Islam dan melayu mempunyai sentimen yang pelik terhadap kematian. Ianya digunakan sebagai senjata agar anak tidak kerja atau belajar di tempat yang jauh apatah lagi luar negara.

    Maaf atas komen yang bercelaru…mungkin kerana kefahaman dan pemikiran yang tidak tersusun.

    • rulza says:

      Bila kak ija sentuh tentang kenduri arwah, baru baru ni kelurga mertua saya pun buat…suami saya kata ni adat jawa dijadikan seolah2 wajib dilakukan sebelum puasa.dan suami kata susah nak ditegur sebab dah cakap berulang kali tetap buat juga…

      yang saya lihat dalam satu malam ada hampir 4 buah rumah kenduri arwah….yang baca tahlil semua org yang sama..maksudnya dari rumah 1-4 ikut turn la….kebetulan malam tu rumah mertua yang paling akhir..jam pun dah lewat juga…orng yang baca tahlil pun dah penat…baca pun dengar tak ketahuan hala…..

      lagi teruk org semua sibuk tahlil anak-anak menyembang kat dapur…..

      lagi teruk kalau kenduri tahlil wat tapi hari2 lain anak-anak lupa pulak mendoakan kebaikkan untuk si mati….

      terlampau dijadikan adat sampai hilang tujuan yang baik2.. sampai taktau perlu atau tidak..sampai termakan duit yang sepatutnya hak dan keperluan adik2 yang bergelar anak yatim..sampai menyusahkan keluarga si mati..

      yang ada cuma rasa malu kalau tak buat sebab semua orng buat….

    • Abu Saif says:

      Hubungkait Syariatullah vs. Sunnatullah dengan isu Qadha serta Qadar adalah satu daerah yang sedang saya terokai. Tengah merumuskannya. Antara yang sedang saya baca ialah buku “MENGUBAH TAKDIR” oleh Agus Mustofa terbitan Padma Press.

      Artikel ini memang berkait secara langsung dengan intepretasi kita terhadap rukun Iman keenam itu, tetapi saya tidak mahu menyebutnya pada peringkat ini supaya kefahaman kita berkembang secara gradual

  16. orkid says:

    …go_0d article…i’m luving it kerana dunia ladang akhirat

  17. Mazlina says:

    “Memang berat. Ana teringat kepada keluhan aktivis-aktivis organisasi kemanusiaan kita di Malaysia. Mereka bercerita tentang betapa susahnya mereka hendak mendapatkan derma dari orang ramai. Orang kita bila banyak duit, mereka suka mencari pahala dengan hablun minallah. Pergi umrah berkali-kali, haji berkali-kali. Tidak suka mencari pahala yang lebih dengan hablun minannaas“, saya menambah.

    Memang begitu realitinya. Hingga ditegur oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengenainya.

    Kita terlupa bahawa jika orientasinya adalah pahala dan keredhaan Allah (IKHLAS), maka manusia yang paling baik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Carilah redha Allah dengan membantu hamba-hamba-Nya. Itu lebih bermakna. Allah suka, manusia pun dapat manfaatnya.
    (Quoted from Abu Saif)

    Mmg setuju bebenor statement/post ustaz kat atas tu..dahla budaya memberi di kalangan kita esp melayu Malaysia ni mmg kurang, ditambah pulak “kegiatan” melakukan umrah berkali2 di kalangan org2 yg berada… ishh apa sebnarnya yg mereka (kita) cari???

    kadang2 terasa mcm mmg ceroi betul la org2 kita ni kan ustaz. termasukla org yang memberi respon ni… saya la tu.

    • Kak Ija says:

      Mengikut seorang sahabat yang suka melakukan umrah di bulan Ramadan, rasa dekat kepada Allah yang dicari. Terasa segala pengaduan didengari.

      • Abu Saif says:

        Boleh berkembang menjadi sokongan kepada paradigma sekular

        • Mazlina says:

          Yup agree ustaz

          (dipetik dari satu kuliah…kalau baca dan faham betul2 ada cerita ttg “sekularisma” dlm kehidupan manusia dan bagaimana Allah yang Maha Mengetahui menilainya…)
          Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”

          Jawabku, “Ya, Sayidil Mursalin.”

          Sabda Rasulullah SAW, “Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak.”

          “Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.”

          “Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,”Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.

          “Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,”Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”

          “Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong.”

          Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,
          “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,”Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

          Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,”Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

          Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.” Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata,”Saya ini penjaga sumah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya`. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya`.

          ” Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan,”Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

          “Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.” “Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?” “Laknat-Ku tetap padanya.” Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”

          Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

          Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?”

          Sabda Rasulullah SAW, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

          Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?”

          Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

          “Jangan riya` dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam.”

          Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”

          Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

          Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka.”

          ASTAGHFIRULLAHAL ‘AZIIM

    • hanzalah says:

      baca majalah i yang terbaru tentang mustafa ali yang menuntut ilmu sampai ke syria. tak sangka masih ada lagi masyarakat yang begitu pemurah. hebat….

  18. Campden Grove says:

    Ustaz, jinbei = Cin Bey = Tuan Jin

    Pasal orang lebih suka buat umrah/haji daripada bagi derma – bukankah berpunca daripada sikap penting diri sendiri?

  19. Pak Din says:

    Salam

    “Kita terlupa bahawa jika orientasinya adalah pahala dan keredhaan Allah (IKHLAS), maka manusia yang paling baik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Carilah redha Allah dengan membantu hamba-hamba-Nya. Itu lebih bermakna. Allah suka, manusia pun dapat manfaatnya.”

    Kita juga sering terlupa keikhlasan itu dibahagi kepada 4 hubungan utama. Ikhlas dalam hubungan kita (roh) dengan Allah, sesama manusia (roh), sesama mahluk lain dan keikhlasan dengan jasad (sebagai kenderaan hidup di Dunia). 3 hubungan berbentuk tawassul (untuk mencapai tawakkal) kepada Allah sementara dengan Allah sudah pasti kita bertawakkal, menjadikan akhirnya semua hubungan adalah kerana Allah.

  20. [...] Pak Din: Salam “Kita terlupa bahawa jika… [...]

  21. [...] Jika dibanding dengan masyarakat barat dan timur seperti Jepun, mereka mempunyai semangat inquisitive/ingin tahu yang mendalam dalam pelbagai bidang, dan selagi hayat dikandung badan, mereka akan cuba hidup dengan prinsip lifelong-learning. Kesungguhan mereka untuk ‘hidup’ jauh menjangkau kita yang percayakan konsep Tuhan dan Akhirat. (Rujuk) [...]

  22. kechiwa says:

    9 tahun sudah, buat solat istikharah. Saya dah cuba fahami dan hayati maksud doa. Kini nampaknya pilihan yang dibuat menjauhkan lagi saya dari Tuhan. Diri makin lalai, ibadat khusus makin longgar. Qadha dan Qadar ialah Rukun Iman yang paling sukar saya fahami…Maaf, berkongsi yang negatif. 4 bulan kebelakangan ini saya dah jadi orang yang kecewa.

    • Kak Ija says:

      Tidak ada siapa yang akan mengerti apa yang kita alami, cuma akak harap jangan disalahkan takdir. Bilal B Ra’bah mendekati Allah dengan penuh kepayahan bertuankan insan yang kejam. Tingkatkan keimanan dengan merombak kembali keyakinan. Kalau menikahi seorang daie sekalipun, ibadah kita tetap kita sendiri yang menjaganya.

      Berbincanglah dengan insan terpilih tersebut dan berdoalah kepada Allah. Kami mendoakan yang terbaik.

  23. [...] Bacaan tambahan : Kesungguhan Tanpa Tuhan dan Akhirat? [...]

  24. anna says:

    Sekadar ingin berkongsi pengalaman berada di Jepun berbelas-belas tahun lepas.

    Tandas kecil tu tak apa ustaz.

    Mula-mula sampai di sana (semasa di Narita Airport lagi), saya bingung tandas di Jepun tiada sumber air utk mencebok!

    Alahai…Takkan nak calit dgn tisu je kot. Terpaksalah saya menjadi kreatif dgn air yg keluar dari flush toilet tu :(

    *Org Jepun tak ramai anak sebab anak depa semua jadi anak hantu merangkak dlm cerita Ju-On. Hihi. Gurau je…

  25. [...] Kesungguhan Tanpa Tuhan, Ustaz Hasrizal [...]

Leave a Reply