Doa si Mazlum

On 13/09/2008, in Siasah, by Abu Saif | 3,561 views | Print Print | Email Email |

Tuhan…
Ramadhan…
Keadilan…
Kemanusiaan…
Regim itu sudah hilang kewarasan!

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.

Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

  1. Yusuf tidak bersalah
  2. Pemenjaraannya tanpa had masa.

Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.


Simbol kezaliman

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?

Ditahan tanpa bicara.

Ditahan tanpa had masa.

Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

Tanpa harapan tiada kekuatan.

Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.

Sesungguhnya setiap titis air mata mengiringi penangkapan ISA, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Betapa benci dan murkanya Allah kepada kezaliman, hingga Rasulullah SAW memberi ancaman:


“Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, biar pun dia itu seorang KAFIR. Sesungguhnya di antara ALLAH dan si KAFIR MAZLUM yang berdoa itu TIADA HIJAB antaranya” [Sahih al-Jaami' 119]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Bipolar Disorder: Bantu Si ‘Zalim’ dan Mazlum “Akak dah tak tahu nak buat macam mana ustaz. Memang...
  2. Yusuf di Dalam Tahanan Ala ‘ISA’ Gambar hiasan Malam ini saya menyambung lagi perbahasan berkenaan dengan...
  3. Antara Kamunting dan Guantanamo Bay Source: Amnesty Terdiam seketika. Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum...
  4. Kebodohan Yang Menjadi Istidraj Istidraj itu luar biasa. Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya....

 

32 Responses to “Doa si Mazlum”

  1. pemikir21 says:

    Ustaz, kalaulah entri ini dipanjangkan ke tingkat 4 JPM…

  2. pemikir21 says:

    Biar mereka sedar sket

  3. Abu Saif says:

    Tak pun, saya sendiri jadi ‘mazlum’ yang seterusnya.

  4. org yg tk pndai says:

    jangan diikut sgt ustaz org2 pt pemikir21 tu… mencari mani’ yg awlnya tidak menghalang usaha kita…

  5. adros says:

    pembuka kata entri ini menampakan penulis sudah (jauh) bertambah matang dalam penulisannya seindah para sastrawan memusing kata (penuh bermakna!)
    perenggan ke-2 kaitan ayat-ayat Allah tentang kezaliman zaman Nabi Yusuf (pernah saya mengikuti kupasannya secara ‘live’ di surau an-naim sedikit masa dulu) yang mampu di ‘sangkut’kan dengan ‘fenomena’ terkini dalam negara sendiri (Malaysia).
    maka ‘terdedah’ lah sedikit rasa tidak puas hati kepada mereka yang sedang berkuasa dengan tindak-tanduknya..

  6. Amin Ahmad says:

    Tidakkah Ramadhan memberi erti apa-apa kepada sebilangan kita?

    Ya Allah, peliharalah kami yang jahil dan lemah ini.

  7. mahasiswa says:

    Hapuskan ISA!!! apa yg kita rasakan jika kasih sayang seorang ayah kpd anaknya dihalang oleh ISA??? Kita mungkin tak rasa apa2 sebab yg kena itu bukan dari keluarga kita… Dalam masa yg sama kita melaungkan utk memperjuangkan islam, tetapi kita tidak berasa apa2 bila memperkatakan ttg ISA; hanya kerana mahu mentaati pemimpin yg masih bersolat!

    • Abu Saif says:

      akhi mahasiswa… setelah beriya-iya ana mengarang draf untuk membalas email anta, tak terhantar juga jadinya. ya akhi… kuatkan semangat dan tekad. jangan tergugat. jalan masih panjang, kejayaan adalah pada kekalnya kita di atas jalan itu.

      menghapuskan ISA seperti menyingkir regim yang menzalimi anak palestin. kezaliman… kezaliman

  8. Ittaqu da’watal mazlum! Ta marbutah atau ha’? Maaf Ustaz, lari dari tajuk, sekadar bertanyakan pembetulan.

    Atas alasan apa sekalipun, ISA tidak patut wujud sama sekali!!

  9. firdaus says:

    ustaz..apekah itu mazlum?

  10. umn says:

    salam ustaz,

    saya selalu juga baca buku isteri dan family mangsa akta zalim ini. alhamdulillah, system library dunia sebelah sini yang bersikap terbuka dan pemurah memudahkan akses saya ke kisah2 ini. servisnya pula adalah percuma. banyak buku2 bahasa malaysia di celah2 buku yang dikumpul dari seluruh dunia. bila dengar ‘dimanakah abi’ dalam ipod, selalu sebak dada dan kadang2 menitis air mata terkenang situasi dan tekanan emosi mereka yang dialami mereka. moga mereka yang dizalimi ini diberikan kekuatan utk menuntut hak2 mereka, insha-Allah..

  11. nur iman says:

    kezaliman akan tumbang jua akhirnya..kerana Allah itu Maha Mendengar rintihan para mazlum..

  12. abu shofi says:

    salam ustaz

    ramai orang ‘tahu’ bahawa ISA zalim tetapi masih tak nak ‘sedar’ bahawa ISA itu memang zalim sebab otak dah berkarat dengan mentaliti… asalkan tiap2 bulan cucuk ATM keluar duit dapat makan perut aku kenyang cukuplah, lagipun bukan aku yang sain tentukan saper masuk ISA, lagipun bukan aku yang kena ISA, diorang yang kena dan diorang yang sain, lantaklah diorang….
    secara kasarnya, orang2 mcm ni letak akalnya kat perut ataupun hampir ke dubur sebab tulah mata pun buta telinga plak pekak daripada melihat ancaman2 Allah. Na’uzubillahi min zalik.

    • Angah says:

      Ramai lagi yang masih berpegang kepada fahaman ‘aku tidak pedulisme’. Begitulah jadinya, bila ramai yang terleka dengan budaya hedonisme yang melalaikan.

      Moga terpelihara. Amen.

  13. ss says:

    salam…
    betul…ISA sepatutnya dimansuhkan…sgt zalim…
    dithan tnpa dbcarakan…mengalahkan hukuman Allah…layak ke kte ni sbg makhluk nak mghukum org sbgtu rupa…dah lah xtau silapnya dmana…hmm…

  14. alqasam says:

    Aiwah

    Entah alasan apa yang mereka berikan lagi.

    A definate justice is what they are asked for.

    Bersalah atau tak= Law of justice. Equal treatment. Di mahkamah.

    Walaupun ada menteri yang mengatakan telah beberapa kes yang telah dibicarakan di mahkamah tapi itu masih kes terpencil. Sedang tidak terkirakan mereka yang terpenjara tanpa masa menghitung hari yang tiada hujungnya untuk bersama keluarga paling tidak di mana kedudukan aku dalam penangkapan ini.

    ISA atau Guantanamo Bay? Entah mana yang lebih zalim. Bezanya satu diuruskan oleh Muslim satu lagi oleh Kuffar. Entah sampai bila.

    Ya Allah, berikan keadilan kepada mereka yang dizalimi, kesabaran dan kelapangan kepada ahli keluarga mereka. Amin ya Rabb.

  15. rohul says:

    Saya hidup utk Islam dan saya yakin demi masa depan Islam. Allahuakbar

  16. Fariz says:

    Bagi saya, ISA masih lagi relevent untuk kes2 tertentu yang medesak ia digunakan.. seperti penahanan Ketua kongsi gelap yang mana kemungkinan kita tiada bukti yang kukuh buat sementara ini tetapi kita pasti die membuat salah dan bagi mengelak die membuat onar dan melarikan diri, perintah ISA amat diperlukan. Tetapi tempoh penahanan patut tidak melebihi 60 hari seperti termaktub dalam akta tersebut. So polis berusaha kumpul bukti sepanjang tempoh tersebuat tanpa mengharapkan kementerian keselamatan dalam negeri dapat melanjutkan tempoh penahanan jika tempoh 60 hari itu tamat. Sebenarnya bagi saya ISA tuh ada gunanya tapi jika disalah guna akan menjadi satu alat untuk menzalimi masyarakt…

    • Abu Saif says:

      ISA: Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan
      Beh Lih Yi | Sep 14, 08 3:30pm

      Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai ‘tidak adil’.

      Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

      Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam.

      “Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

      “Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

      “Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

      “Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.

      Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.

      Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.

      “Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan…komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu,” katanya.

      Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

      “Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

      “Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya.

      Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.

      http://www.malaysiakini.com/news/89687

  17. ncj says:

    Sedih dan sebak sebab yang melakukan kezaliman tersebut adalah di kalangan umat Islam sendiri.

  18. tabah says:

    saya harap ustaz dapat write version lain yg lebih mudah saya fahami. nampak mcm menarik artikel ni.tapi saya jenis org yg x fhm ayat berkias n berbunga2..saya lebih suka ayat yg simple and maksud direct to the point..maybe sbb saya byk sgt involve ngan technical writing..

  19. ikhwa87 says:

    Salam, ‘tabah’, bg ikhwan, itu dah kira direct to the point dah tu.
    Penulisan ustaz kira bagus ape. kalau ape2 yang xpham, apekate kalau ‘tabah’ tanya direct terus kat ustaz. ttg ayat2 yang tabah tak faham.

  20. maverich says:

    MashaAllah , saya pernah beberapa kali membaca terjemah surah yusuf tetapi saya terlepas pandang mengenai kaitan antara cara nabi yusuf a.s dipenjarakan dgn akta ISA di negara kita. mungkin saya tidak merasakan insiden tersebut sesuatu yg menyayat hati kerana saya kita semua maklum akan kesudahan hidup nabi yusuf a.s yang telah dimuliakan oleh Allah.

    melihat kpd apa yg berlaku kpd UMNO dan BN , saya rasa doa2 mazlum itu sudah dimakbulkan Allah. kita sedang melihat proses itu di mana mereka yg menzalimi itu sedang ‘hancur’ secara hina.

    ustaz , pernah tak berlaku dalam sejarah sebelum ini , mana2 kerajaan yang terselamat setelah mereka mendapati mereka dalam keadaan ‘free falling’ ???

  21. j-QAF says:

    Salam.
    Kerajaan perlu “Berusaha Untuk Memahami, Sebelum Difahami” – Tabiat ke5.

    Seperti kata SS Dr MAZA ;

    “Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

    “Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.”

    Sumber : http://drmaza.com/home/?p=426

  22. rangin says:

    Islam sendri menentang penuduhan apalagi penahanan tanpa bicara. Jika yg tertuduh dikatakan menghina Islam bawa berhadapan berdialog dan berhujah dan bukan menahan di bawah ISA. Ini macam budak kecil kalah main bola…ngamuk habis semua org kena sepak.

    Satu lagi…tak boleh tunggukah hari lain dan bukan waktu Jumaat ketika khutbah akan dibacakan dan di bulan Ramadan ini.

    Ada lagi…Pak Menteri pula berkata polis yg tangkap…tetiba Pak Menteri mengaku arahan Kabinet…apakah ini lidah bercabang?

    ISA pada Islam, Kristian, Hindu, Buddha atau ateis atau kepada mana mana bangsa adalah salah.

    Jika Guantanamao Bay dikutuk…maka Kamunting juga setaraf dengannya.

    Buangkan kezaliman itu…kembalikan keadilan tanpa mengenal agama, bangsa dan rupa.

    Rangin
    Kampung Pasir Pandak

  23. wawan says:

    Ya Allah…tabahkanlah hati pejuangmu…

Leave a Reply