Kursus NVIVO8 di Kuala Lumpur

On 16/09/2008, in Teknologi, by Abu Saif | 1,730 views | Print Print | Email Email |

Hari ini saya menghadiri kursus NVIVO8 anjuran QSR International berkaitan dengan pengurusan data di dalam Qualitative Research. Kursus ini diharapkan dapat membantu saya mengoptimumkan penggunaan software berkenaan yang amat berguna dalam menyelesaikan thesis Master saya, juga kerja-kerja yang membabitkan latihan motivasi kerana banyak kaji selidik dibuat.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengunjung saifulislam.com yang sudi klik paypal dan adik-adik di Summer Camp IPIJ 2008 di Jepun yang membeli buku Aku Terima Nikahnya. Ia menjadi asbab untuk membolehkan saya membeli software NVIVO8 dan menyertai kursus yang diadakan ini, kerana semuanya mencecah ribuan ringgit.

Semoga dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya perolehi di dalam kursus ini akan menambah lagi nilai untuk saya terus bekerja dan memberi.

Menerima, memberi, menerima…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Seputar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 Alhamdulillah… Sabtu dan Ahad pertama untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala...
  2. Trend Menyuburkan Dosa Melalui Kursus Motivasi GAMBAR HIASAN: Peserta kumpulan 1 yang mengikuti Kursus Mukmin Profesional...
  3. Getting to Know the Quran It is a challenge for Dhuat to help our young...
  4. Getting to Know the Quran It is a challenge for Dhuat to help our young...

 

12 Responses to “Kursus NVIVO8 di Kuala Lumpur”

  1. nik says:

    salam..

    pastinya software dan bayaran kursus ni mahal ya..

  2. KNizam says:

    wahhh tahniah ustaz!

  3. Abu Dzahin says:

    salam..tahniah syeikh.

    ana cuba call enta tapi tak dapat…ana di Putra Hotel depan IJN..dari hari Ahad coz ada meeting..Insyallah lain masa kita jumpa.

    salam

  4. ibnusulaiman says:

    alhamdulillah berkenaan ngan software ustaz leh merujuk kepada ana… Insyallah …kalo leh bantu ana bantu la :)

  5. SangPelangi says:

    Ustaz dapat recommendation software ini dari siapa ya? Nampak menarik untuk handle statistik dan sebagainya. Bagus untuk kajian teks.
    Nanti nak cuba-cuba trial versionnya (kalau ada.)

    • Abu Saif says:

      Yang rekemen software ini ialah sahabat ana, student PhD di UKM. Khabarnya UKM sudah lama guna software ni sejak NVIVO2 lagi.

      opps, nak ke bazar sekejap..

  6. Wan Nurul Adila says:

    Assalamualaikum w.b.t

    Hmm ini rupanya NVIVO8. Saya dan rakan-rakan sedang buat kajian kualitatif sekarang ni. Pensyarah saya dah berkali-kali sebut pasal NVIVO8 ni, tapi saya tak tahu apa pun. Dia kata program ni baru lagi, tak ramai yang tahu guna. Syukur, bertuah ustaz dapat pergi kursus pasal program ni. =)

    • Abu Saif says:

      Wsalam wbt.

      Saya sangat menganjurkan penggunaan software ini kerana untuk pengurusan dan pemerosesan data kualitatif… terasa macam magik pulak :)

      Lesen tinggal 200 hari lebih sahaja… kena guna segera ni :)

  7. tumpang tanya says:

    macam best je..berapa harganya software ni dan bagaimana nak dapatkan? boleh sapa2 bagi maklumat terima kasih

  8. shiha says:

    Salam..

    Sayapun dapat recommendation yang sama dari seorang Prof kat fakulti saya. Rupanya ada juga yg even a cheaper version, yg boleh pakai utk 6 bulan, USD 100++. Baru release 12 Sept 2008.

    Tapi bila dok browse the website, tengok XSight tu pun mcm menarik juga. Dok tengah contemplating, sbbnya saya nak pakai utk projek yg sgt kecil. Saya buat Focused Group Discussion utk about 20 breastfeeding mothers. A total of 3+ hours discussion. Dan result tu nak kena buat poster presentation kat konferens nanti. Itu aje. Dok pikir, berbaloi ke tak utk spend that much?

    Bila tengok free software utk QDA rupanya ada banyak jugak kat internet. Dok tengah cari alternatif lain selain NVIVO atau XSIGHT. Ada sebarang cadangan?

    Wasalam

  9. zuraidah says:

    salam,
    saya sgt berminat untuk menghadirikursus Nvivo. saya merupakan sudent phd dan menggunakan mix method. so saya telah mengaplikasi Nvivo 2 dan ingin menghadiri kursus seterusnya di Kuala Lumpur atau di sekitar Malaysia pada tahun 2009. harapan saya akan dapat maklumat terkini…
    wassalam.

Leave a Reply