Ketidakpastian Yang Disengajakan

Menanti sebuah malam.
Menanti atau mencari dan memburunya?
Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.
Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu.
“Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang khusus bahawa itulah malam Lailatul Qadar?” ada yang bertanya.
“Anta cadangkan malam yang mana?” saya pun bertanya seada-adanya.
“Malam 27 barangkali” katanya.
“Maka beruntunglah penjual minyak tanah dan pelita untuk malam tujuh likur itu ya!” saya bergurau.
“Eh, ke situ perginya ustaz” kata beliau.
KEKELIRUAN E-BACAAN (ANTI HADITH)
Saya terbaca sebuah artikel yang dikarang di halaman web e-bacaan yang menolak hadith-hadith Nabi SAW termasuk hadith berkaitan Lailatul Qadar. Ulasan penulisnya mengatakan bahawa penantian atau pencarian Lailatul Qadar itu adalah sia-sia kerana kesemua hadith berkaitan, bertentangan di antara satu sama lain. Walhal hadith-hadith itu adalah himpunan dialog dan penjelasan Nabi SAW tentang Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya 9 kali ketibaan Ramadhan di sepanjang hayat Kerasulan Baginda SAW. Setiap hadith itu diungkapkan pada tahun-tahun yang berbeza, bukannya saling bertentangan seperti yang terfahamkan oleh golongan anti hadith ini.
Soalnya, bagaimana kalau ketidakpastian itu suatu kesengajaan? Ia bukan kejahilan tetapi ada rahsia besar di sebalik semuanya?
MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI
Lebih mudah untuk kita analogikan seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. Orang yang makan gaji, pendapatannya tetap setiap hujung bulan. Sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama. Malah pada bulan Ramadhan ini, dengan membanyakkan tidur di pejabat dan pulang awal setiap hari, hasil pendapatan tetap sama. Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti, seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.
Berbeza pula dengan yang berniaga sendiri. Penghasilannya amat bergantung kepada kesungguhan, kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat bekerja banyak hasilnya. Sedikit berusaha, terjejaslah pendapatannya.
Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan. Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya.
Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.

LIPATGANDA
30 hari yang terlalu panjang itu mungkin berat untuk sebuah pencarian. Justeru Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar Lailatul Qadar yang tidak pasti itu pada malam-malam 10 yang terakhir. Lantaran ia hadir pada malam-malam yang tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Malam Lailatul Qadar.
Kesungguhan itulah pelengkap proses Taqwa.
Kesungguhan yang diperlukan untuk sebuah kehidupan yang pasti ada jangka masa, tetapi persoalan bila itu dibiarkan sebagai sebuah ketidakpastian. Mati itu tentu, masanya tidak pasti. Antara ketentuan dan ketidakpastian ajal, seorang mukmin memajukan sebuah kehidupan.
Memikirkan peluang beramal berakhir pada jangka waktu yang tidak pasti, Nabi SAW memberi ingatan kepada kita agar mengerjakan solat dengan “SOLAT PERPISAHAN”. Bayangkan setiap solat yang didirikan sebagai solat terakhir kita, kerana mati itu tidak pasti. Kerana kita mati sentiasa di antara dua solat…
Ketidakpastian yang mendesak kesungguhan juga perubahan.
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor








































about 1 year ago
Salam ustaz…Benar sekali.Moga2 kita semua terus sitiqamah menghidupkan malam2 10 Ramadan yang akhir ini..
P/S
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ramadhan penuh barakah untuk semua..
Maha Suci ALLAH mencipta bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini
“same event, different outcomes”
tema yang diraikan di bumi UIAM Kuantan Kampus. Tema yang sangat berkesan di hati.
Selama kita hidup, contohnya 22 tahun, sudah 22 kali menemui ramadhan di dalm hidup kita. Minus zaman belum mumayyiz atau baligh kira2 dalam 10tahun kita menemui ramadhan dengan akal yang waras berfikir. persoalannya, berapa kali dalam 10tahun ini, Ramadhan itu berkesan di hati kita..
ana sendiri baru menyedari bahawa di tika umur 22 tahun ini barulah terasa ingin menghargai Ramadhan Mubarak ini, kerana mungkin selama ini terhijab dengan kelalaian dan kealpaan pada nikmat Tuhan. Bak kata2 yang sering kita dengar, Islam tidak mencari kita, seharusnya kita mencari Islam. Teramatlah rugi insan yang mempunyai lesen shahadah tapi mensia2kannya.
Mukmin yang beriman adalah golongan yang hari ini mereka adalah lebih baik daripada semalam kerana menyedari kesilapan dan berusaha untuk mengatasinya.semoga kita tergolong dikalangan orang2 itu.
“Same event different outcomes”
Salam mencari redha dan keampunan ALLAH di jalanan terakhir Ramadhan ini..-syahid impianku-
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
InsyaAllah…
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz, saya pun ada bace artikel kat e-bacaan tu.kandungan dlm web tersebut boleh mendatangkan was-was kepada pembace.saya risau jika ramai orang tepengaruh dengan web anti hadith tu.semoga kita semua dapat menemui malam lailatul qadar.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
setaip tahun di peringat akan malam 1000 bulan ini… namun yang paling sukar ialah pada mendapatkan kekuatan/istiqomah utk benar2 ikhlas menghidupkan nya!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
salam ustaz…smg Allah ketemukan ustaz kepada malm keberkatan ini.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
assalammualaikum…ustaz salah ke kalau kita bangun tiap2 malam demi mengharapkan malam itu malam lailatulqadar,doa sungguh2 mohon keampunan dan setiap yang kita inginkan terkabul,,,,?
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Ustaz,
Terima kasih sekali lagi untuk tulisan yang meyedarkan.
Satu analogi menarik antara makan gaji dan kerja sendiri.
Untuk ketidakpastiaan yang disengajakan, moga berjaya memburu dan meraih ketidakpastian yang pasti itu!
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam ustaz,
ya, mati itu pasti tp tidak diketahui bila. Terkesan dgn ayat itu.
Mohon izin nak copy paste sket artikel ustaz ni untuk diletak di blog. Boleh? Sbg peringatan utk diri dan pembaca yg sudi membaca..
Tq.
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Teringat cerita “paycheck”. Future is let to be in mystery by the God. Why? Just for the people to strive and keep praying before the God for something good for that future and to have some hope.
Dan kita diajar agar sentiasa berdoa dalam keadaan bimbang takut (bimbang ditolak) dan dalam keadaan terharap-harap. Moga-moga dipertemukan jua malam yang berharga itu.Shukran
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
Salam..
syukran ustaz.artikel y sgt2 bmanfaat.analogi y mudah dfahami..
smoga bsama2 mburu n mcari peluang mjana n mlipatganda akaun akhirat..
didoakn kpd dri sndri n skalian umat Islam agar bjaya mbru malam pnuh ketidakpastian,pnuh psoalan.amin..
Respond to this comment [with empathy]
about 1 year ago
jazakallahu khoir ustaz atas intipati yang sgt bermanafaat.. ana berharap kita dapat berkongsi sedikit sebanyak perihal dakwah.. insyaALLAH… sama-sama kita berdoa agar kita mendapat nikmat al-qadar…ilai liqa’
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
salamunalaikum,kita sedia maklum,tugas sebenar nabi adalah menyampaikan wahyu allah kepada kita semua,tak lebih tak kurang,nabi kita telah wafat 200 tahun,baru timbul bermacam macam hadis,yg memfitnahkan nabi.nabi kita tak memadai membuat sesuatu hukum sendiri melainkan ia dari allah s.w.t.kita jananlah terpegaruh dengan hadis2 yg tak tahu datang dari mana,hanya khabar dari si anu kepada si anu aja,bukan dari mulut nabi sendiri,renung2kan lah ,salamunalaikum.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz,
Nak tanya Al Quran mula diturunkan pada hari nuzul quran atau malam lailatur qadar?
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Salam ustaz
Sy adalah pengunjung setia blog ustaz dari Brunei. Bile ustaz nak datang brunei? Kami tersangatlah mengharapkan kedatangan ustaz utk beri ceramah kat negara kte.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Perkara yang perlu dilakukan apabila bertemu malam lailatul qadar : 1)Solat subuh dan isya’berjemaah 2)Perbanyakkan solat sunat 3)Banyak berdoa dan membaca Al-Quran 4)Menjauhkan perkara haram kecil @ besar.
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
Assalamualaikum
untuk makluman bagi yang mahu berqiamulail bagi 10terakhir hari di bulan ramadhan boleh ke surau al-falah.
-makanan sahur di sediakan
-juadah berbuka puasa juga disediakan bagi malam ganjil.
-malam genap boleh mula memenuhi masjid bermula pukul 3pagi sehingga solat suboh
-malam ganjil boleh mula berbuka/maghrib hingga solat suboh.
-ada yang melakukan solat malam dan tazkirah(membaca&memahami al-quran) oleh Dr Abdullah Yasin.
-Alhamdulillah malam tadi diimamkan oleh syeikh dr mohd amin dari pakistan(beliau pernah tinggal 20tahun di tanah arab).malam tadi bacaan beliau diulas oleh Dr Abdullah Yasin yang mengatakan bacaan beliau merdu dan adakala beliau baca seperti imam mekkah,adakala imam madinah dan adakala seperti imam riyadh.
_________________
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
mencari sesuatu yang tidak pasti itu seperti menentang musuh yang tidak kelihatan…
kita mestilah sentiasa bersiap sedia setiap waktu dan ketika…
insyAllah,
semoga kita beroleh kejayaan…
Respond to this comment [with empathy]
about 5 months ago
semoga kesibukanku sebagai student tidak mengalpakan diriku dalam menanti sebuah malam………..
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
layakkah diri ini mendapatkan lailatulqadar..malam rahsia yg disimpan TUHAN utk hamba-hambanya…
Respond to this comment [with empathy]
about 4 months ago
Assalamualaikum Ustaz,
Adakah kita ditegah dari menghebahkan ttg Lailatul Qadr.Misalnya “sebelum subuh tadi hujan turun,kemungkinan semalam bukan Lailatul Qadr”…diskusi ‘memburu’ tanda-tanda Lailatul Qadr disiang harinya setelah berlalu malam-malam tersebut. Adakah hikmah dilarang berbincang tersebut kerana dikhuatiri menyebabkan umat Islam berputus asa pada malam-malam seterusnya?
Respond to this comment [with empathy]