Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal

On 25/02/2010, in Zikir Fikir, by Abu Saif | 9,164 views | Print Print | Email Email |

prophets-maqam.jpg

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.

Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”

Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.

Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!

- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

ANTARA TAWA DAN HIBA

Jamuan
Kemeriahan
Perarakan
Kegembiraan
Cuti dan kerehatan
Hakikatnya 12 Rabi’ul Awwal yang diraikan
Tiada pasti benarkah itu tarikh kelahiran
Insan mulia Nabi Junjungan
Namun tercatat oleh satu kepastian
Ia tarikh sebuah kematian
Pemergian yang tiada kepulangan
Kembalinya Muhammad kepada Tuhan
Kekasih Tinggi Baginda yang Rahman

Fee al-Rafeeq al-A’laa
Fee al-Rafeeq al-A’laa

….

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
12 Rabi’ ul-Awwal 1431H
68000 Kuala Lumpur

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related posts:

  1. Apa Rasanya Disalah Erti? Apa rasanya jika diri anda disalah tafsirkan? Lain yang dicakap,...
  2. Dia Pernah Mencintaimu “Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,”...
  3. Erti Sebuah Perkahwinan Bulan ini, sudah lima tahun saya berumahtangga, bergelar suami kepada...
  4. Erti Kejayaan Diri Semasa masih di bangku pengajian, kita mengukur kejayaan diri pada...
  5. Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam? “Apa erti saya menganut Islam?”, tidakkah soalan itu soalan yang...

 

20 Responses to “Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal”

  1. aye says:

    Salam Ustaz Hasrizal…. ana dah lupe sape ye ummu ayman??? ape hubungan beliau dgn rasulullah…. dan pada pandangan ustz mgapa abu bakar dan umar pergi ke rumah ummu ayman, bukan rumah aisyah atau fatimah???
    Maaf ustaz ana ingin mendapat pelajaran..

  2. saifulislam says:

    Wsalam wbt.

    Ummu Ayman adalah wanita yang menjaga Nabi SAW semasa baginda kecil. Ingat lagi peristiwa Baginda bersama bondanya Aminah pergi menziarahi kubur ayahandanya?

    Baginda SAW sering berkunjung menziarahi Ummu Ayman dari semasa ke semasa. Abu Bakr dan Umar pergi untuk memberitahu Ummu Ayman tentang kewafatan Baginda SAW. Buat apa ke rumah Aisyah? :) Memang baginda wafat di rumah Aisyah…

  3. Ati@Fathiyah says:

    Selawat kepada baginda kekasih Allah…Nabi Muhammad SAW…
    semoga rasa kasih sayang yang mengalir dlm diri kita buat baginda segar sepanjang masa bukan nya pada Hari Maulidur Rasul ini sahaja…

    ~sambil mendengar lagu Muhammad Ya Rasulullah dendangan Far East~

  4. Ummu Aniq says:

    Salam.
    Salam dan selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW… Betapa tingginya kasih dan sayang baginda kepada umatnya sehingga akhir hayat baginda yang disebut adalah \”ummati…ummati..\” Baginda juga bangga dengan umat akhir zaman walaupun tidak pernah melihat baginda tetapi tetap mengikut ajaran yang disampaikan olehnya… Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa mengikut ajaran Islam yang sebenar (yang diperolehi melalui ilmu dan bukan sekadar ikut-ikutan) mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

  5. Ummu Aniq says:

    Salam.
    Tumpang lalu sekali lagi…Lepas ni ustaz tulislah tentang khutbah terakhir Rasulullah SAW sebelum baginda wafat. Bukannya apa, cuma sebagai peringatan untuk kita dalam melayari hidup yang sementara di dunia ini…

  6. irshadian says:

    mana ada orang sambut birthday kalau dah takde kat dunia kecuali RasulAllah. selawat dan salam ke atas junjungan besar s.a.w.. sama2 menghayati ajaran bginda, kepimpinan dan akhlak Muhammad S.a.w

  7. Abu Saif says:

    saya demam Ummu Aniq :) recycle artikel lama aje

  8. syedali51 says:

    assalamualaikum.
    anayangjahil ni ingin bertanya! macam mana hendak baca bila ditulis/taip salepas perkataan Nabi Muhammad (SAW) tu? dan apakah maknanya sekali!

  9. Abu Saif says:

    Maaf, singkatan SAW tu ialah SallaLlahu ‘alayhi wa Sallam (selawat kita ke atas baginda Rasulullah)

  10. shiha says:

    Salam..

    Baru balik dari kursus yang menepukan minda, tapi, dalam pada masa yang sama, amat menyegarkan perasaan :) . 6 hari tak dapat surfing internet, dah macam – macam cerita yang saya ketinggalan, di dalam web ini dan juga beberapa web kegemaran yang lain.

    Tapi kisah kewafatan Baginda SAW tak pernah gagal untuk menyebabkan saya mengalirkan air mata. Betapa kita sudah terlalu jauh dari Rasulullah SAW dari segi tempoh masa. Tapi, sentiasa dekat di hati bagi kita yang mencari dan mencari. Hakikatnya benda yang dicari akan semakin menghampiri, tapi jangan sekali – kali berhenti mencari.

    Semoga SIO sentiasa mendekati pembaca dengan pelbagai cerita yang dekat di hati, insyaAllah.

    Wasalam.

  11. Abu Saif says:

    Alhamdulillah, semoga kita semua dekat di hati dengan mendekati-Nya dengan mengasihi kekasih-Nya

  12. ariff55 says:

    bismillah, wassalatu wassalamu ‘ala Saidina Muhammadin NABIYILUMMIYI wa’ala alihi wasahbihi ajmain

    ALLAH telah mengajar Khatamun Nabi ADDEEN yang lengkap

    cuma beliau tinggalkan Alquran dan Assunah serta EMPAYAR ISLAM yang tertegak didalamnya SYARIAT ISLAM

    SUNNAH mulanya dibersihkan HATI oleh JIBRIL a.s dengan dibedah dadanye… sebagai persiapan menerima WAHYU ILAHI

    tapi kini UMMATNYA yang diseru UMAMATI-UMMATI semasa NAZAKNYA
    tidak ambil peduli PEMBERSIHAN HATI lagi kecuali sedikit drp mereka…

    Pembersihan HATI melalui ZIKRULLAH, terutama taddabur ALQURAN wahyu terakhir merupakan MUKJIZAT teragung BAGINDA s.a.w

  13. wardah18 says:

    salam ustaz..saye penah dengar ceramah dulu.,dah lama..katanya sebelum baginda wafat, baginda bukan sekadar menyebut ummati 3 kali, tapi juga annisaa’ 3 kali..benarkah begitu?sehingga sekarang, saya masih tertanya2 akan kebenarannya~

  14. pak din 31 says:

    “Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat

    Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?”

    Tidakkah kita terfikir bahawa tiada sesuatu yang berlaku di Alam ini, yang terlepas

    pengetahuan di sisi Allah?

    Kebijaksanaan Nabi saw menterjemah ayat-ayat Allah menjadikan dia Ulil Albab yang tidak

    mengenepikan SunnahNya.

    Ketangkasan NAbi saw menjalankan muamaalah sebagai aktiviti kehidupan awalnya, menjadikan

    dia kemudian mengasaskan sebuah Empayar teragung.

    “ALLAH telah mengajar Khatamun Nabi ADDEEN yang lengkap” sebagai pelengkap kepada 124000

    Nabi-nabi terawal yang ditugaskan melaksanakan hukum Islam,

    Kedatangan 12 Rabi’ulAwwal merupakan puncak mengingati hakikat kebenaran yang tersirat di dalam Islam dan telah digunakan oleh Nabi-nabi Utusan dalam mencapai kejayaan pendakwahan.

  15. [...] 4. #14 written by pak din 31 [...]

  16. syumul says:

    i was crying

    and i cry again when i remember what Muhammad had said in his khutbah in Hujjatul Wida’

    Allah… Allah… Allah…
    guide us in everything we do as the same as Muhammad did

    –baca seerah baginda tak habis lagi
    –buat sunnah baginda tak konsisten lagi
    –selawat pun bukannya dilazimi

    apalah harga cinta itu berbanding cinta orang yang hampir mati ; bukannya ingatkan nasib diri tapi manusia lain yang dia ingin Allah reda pada mereka

  17. Mohon pinjam puisinya ustaz…sgt menyentuh.

  18. Nor says:

    Salam Ustaz,
    Saya sekadar ingin berkongsi rasa kebimbangan dengan kekalutan umat Islam sekarang. Tidak tahu bagaimana nak menyumbang, bila nanti ditanya “saudaramu dizalimi, apa yg engkau lakukan?”

    Sesungguhnya masa itu telah tiba
    Umat Islam seperti buih di lautan
    Ramai, tapi tidak mengesankan
    Dilapah rakus oleh musuh durjana
    Tanpa upaya melawan dan bersuara

    Ya Rasulullallah
    Apakah yang akan kau lakukan jika kau ada di waktu ini
    Bagaimana harus disusun strategi
    Melawan musuh yang maju teknologi
    Sedangkan diri umatmu sibuk dan disibukkan
    Dengan hiburan dan kalalaian yang tanpa henti
    Dengan urusan yang menghitamkan hati
    Hingga kami tidak kenal siapa nabi
    Hingga sering kami alpa suruhan Ilahi

    Sesungguhnya masa itu telah tiba
    Gembala kambing menjadi hartawan
    Ibu melahirkan tuan
    Bangunan tinggi mencakar awan
    Bumi resah tidak keruan

    Ya Rasulullah
    Kami ini umatmu
    Tapi kami begitu jauh darimu
    Janganlah engkau meminggirkan kami dari syafaatmu
    Kami lemah, kami lalai
    Cinta kami amat kurang padamu
    Maafkanlah kami
    Ampunkanlah kami
    Ya Rasul junjungan
    Doakan keselamatan kami di dunia dan akhirat
    Semoga iman dan Islam terus ditegakkan

  19. muhaimin says:

    Assalamualaikum ustaz, gambar makam nabi terbalik

Leave a Reply